esaimen bm minor fitri

10
1.0 Peranan dan Kepentingan Pendekatan Komunikatif Matlamat Standard Kurikulum Bahasa Malaysia digubal ialah untuk menambahkan potensi murid dari sudut berketerampilan dalam berbahasa dan mempunyai kemahiran dalam berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, ilmu, nilai, maklumat, serta perhubungan sosial dengan masyarakat dalam kehidupan seharian. Selaras dengan perubahan tersebut, Standard Kurikulum Bahasa Malaysia telah digubal dan dihasilkan setelah melalui proses penambahbaikan dan semakan menggantikan Huraian Sukatan Pelajaran. Kurikulum Bahasa Malaysia digubal bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial berpaksikan Rukun Negara dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Kemahiran-kemahiran berbahasa iaitu membaca, mendengar, menulis dan bertutur diharap dapat dikuasai oleh murid dengan memberi perhatian kepada kemahiran bertutur. Peluang perlu diberikan kepada mereka bertutur dalam kelas untuk memastikan murid mampu berkomunikasi dengan menyempurnakan tugas komunikasi yang perlu diselesaikan. Komunikasi haruslah dipraktikkan di dalam kelas kerana berguna kepada murid untuk membolehkannya menggunakan bahasa- bahasa yang dipelajari semasa berada di dunia luar. Pertuturan sesama guru dan murid dapat merujuk kepada komunikasi sehingga mereka dapat bertukar-tukar peranan sebagai penutur dan pendengar antara satu sama lain. Hal ini bermakna aktiviti di dalam kelas Bahasa Melayu harus diterapkan komunikasi berbahasa. Untuk menjadikan pengajaran bahasa sebagai suatu yang hidup, guru perlu menyediakan peluang bukan hanya menghafal tatabahasa dan perkataan. Peranan yang signifikan haruslah dimainkan oleh guru-guru untuk menjayakan hasrat Standard Kurikulum Bahasa Malaysia. Pendekatan pengajaran secara komunikatif haruslah diterapkan oleh guru-guru kerana mereka perlu memastikan aktiviti komunikatif dapat dijalankan. Murid-murid dapat menguasai bahasa Melayu dari segi sistem bahasa bahasa dan kemahiran bahasa apabila pengajaran yang dijalankan mengikut prinsip-prinsip pendekatan pengajaran secara komunikatif. Pelbagai langkah lazimnya diimplementasikan. Antara pendekatan yang seringkali digunakan adalah pendekatan komunikatif. Pengajaran bahasa Melayu menerusi pendekatan aktiviti komunikatif jarang dilakukan di dalam bilik darjah. Pendekatan komunikatif merupakan pendekatan berfokuskan kepada interaksi dan komunikasi di dalam bilik darjah. Pendekatan ini menitikberatkan penggunaan bahasa yang betul untuk aktiviti komunikasi selain pembentukan tatacara berkesan dalam pengajaran dengan melibatkan keempat-empat kemahiran berbahasa. Pendekatan komunikatif merupakan pendekatan yang berfokus kepada interaksi dan komunikasi di dalam bilik darjah. Penggunaan bahasa yang betul 1

Upload: muhammad-fitri-mat-saad

Post on 23-Dec-2015

28 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

esaimen bm

TRANSCRIPT

Page 1: Esaimen Bm Minor Fitri

1.0 Peranan dan Kepentingan Pendekatan Komunikatif

Matlamat Standard Kurikulum Bahasa Malaysia digubal ialah untuk menambahkan

potensi murid dari sudut berketerampilan dalam berbahasa dan mempunyai kemahiran dalam

berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, ilmu, nilai, maklumat, serta perhubungan sosial

dengan masyarakat dalam kehidupan seharian. Selaras dengan perubahan tersebut, Standard

Kurikulum Bahasa Malaysia telah digubal dan dihasilkan setelah melalui proses

penambahbaikan dan semakan menggantikan Huraian Sukatan Pelajaran. Kurikulum Bahasa

Malaysia digubal bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan kebangsaan bagi

melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan

sosial berpaksikan Rukun Negara dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Kemahiran-kemahiran berbahasa iaitu membaca, mendengar, menulis dan bertutur

diharap dapat dikuasai oleh murid dengan memberi perhatian kepada kemahiran bertutur.

Peluang perlu diberikan kepada mereka bertutur dalam kelas untuk memastikan murid mampu

berkomunikasi dengan menyempurnakan tugas komunikasi yang perlu diselesaikan.

Komunikasi haruslah dipraktikkan di dalam kelas kerana berguna kepada murid untuk

membolehkannya menggunakan bahasa-bahasa yang dipelajari semasa berada di dunia luar.

Pertuturan sesama guru dan murid dapat merujuk kepada komunikasi sehingga mereka dapat

bertukar-tukar peranan sebagai penutur dan pendengar antara satu sama lain. Hal ini bermakna

aktiviti di dalam kelas Bahasa Melayu harus diterapkan komunikasi berbahasa. Untuk

menjadikan pengajaran bahasa sebagai suatu yang hidup, guru perlu menyediakan peluang

bukan hanya menghafal tatabahasa dan perkataan.

Peranan yang signifikan haruslah dimainkan oleh guru-guru untuk menjayakan hasrat

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia. Pendekatan pengajaran secara komunikatif haruslah

diterapkan oleh guru-guru kerana mereka perlu memastikan aktiviti komunikatif dapat

dijalankan. Murid-murid dapat menguasai bahasa Melayu dari segi sistem bahasa bahasa dan

kemahiran bahasa apabila pengajaran yang dijalankan mengikut prinsip-prinsip pendekatan

pengajaran secara komunikatif. Pelbagai langkah lazimnya diimplementasikan. Antara

pendekatan yang seringkali digunakan adalah pendekatan komunikatif. Pengajaran bahasa

Melayu menerusi pendekatan aktiviti komunikatif jarang dilakukan di dalam bilik darjah.

Pendekatan komunikatif merupakan pendekatan berfokuskan kepada interaksi dan komunikasi

di dalam bilik darjah. Pendekatan ini menitikberatkan penggunaan bahasa yang betul untuk

aktiviti komunikasi selain pembentukan tatacara berkesan dalam pengajaran dengan

melibatkan keempat-empat kemahiran berbahasa.

1

Page 2: Esaimen Bm Minor Fitri

Pendekatan komunikatif merupakan pendekatan yang berfokus kepada interaksi dan

komunikasi di dalam bilik darjah. Penggunaan bahasa yang betul dititikberatkan dalam

pendekatan ini untuk aktiviti komunikasi selain pembentukan tatacara berkesan dalam

pengajaran dengan melibatkan keempat-empat kemahiran berbahasa. Menurut Hymes (1971)

di dalam Buku Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu oleh Tuan Jah Tuan Yusof dan Faridah

Naisr, kaedah komunikatif terbentuk berlandaskan teori huraian bahasa fungsian dan teori

kecekapan komunikatif. Menurut Cromer (1976; Schlesinger (1977) menerusi di dalam buku

Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu oleh Tuan Jah Tuan Yusof dan Faridah Nasir, teori

pembelajarannya pula adalah berasaskan teori interaksi. Eksperimen telah dijalankan serta

berjaya membuktikan bahawa bahasa memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian

dalam satu eksperimen iaitu Eksperimen Halliday (1970).

Menurut Halliday, bahasa digunakan untuk tujuan mendapatkan sesuatu, mengawal

tingkah laku orang lain, menyampaikan maksud, meluahkan perasaan, berhubung dengan

orang lain, menyampaikan maklumat dan mencipta sesuatu kreatif dan imaginatif. Pendekatan

komunikatif didefiniskan sebagai pendekatan yang berlandaskan pemikiran bahawa

penggunaan bahasa dalam komunikasi merupakan tujuan yang harus dicapai untuk

pembelajaran bahasa dalam buku yang ditulis oleh Adenan Ayob dan Khairudin Mohmad iaitu

Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu. pendekatan komunikatif menerapkan konsep kompetensi

yang membezakan komponen bahasa menjadi dua bahagian, iaitu kompetensi dan prestasi

atau jalan kerja. Selain itu, ciri-ciri pendekatan komunikatif turut disenaraikan dalam buku

tersebut. Brumfit dan Finocchioro (1997) membicarakan 22 ciri pendekatan komunikatif dalam

pengajaran bahasa.

Antaranya ialah makna merupakan aspek terpenting, percakapan dan pertuturan

haruslah berpusat di sekitar fungsi komunikatif dan tidak dihafal secara normal.

Kontekstualisme merupakan penerokaan utama dalam menimba ilmu dan mencerap ilmu.

Belajar bahasa membawa maksud berkomunikasi iaitu berkomunikasi c=secara efektif. Latih

tubi dibenarkan tetapi tidak boleh membebankan, ucapan yang dapat difahami menjadi

keutamaan, setiap alat bantu pengajaran diaplikasikan dengan mantap dan penggunaan

bahasa yang berkesan akan diambil perhatian khusus. Seterusnya, terjemahan akan digunakan

dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran sekiranya perlu membaca dan menulis dimulakan

lebih awal.

2

Page 3: Esaimen Bm Minor Fitri

Komunikasi komunikatif merupakan tujuan asas dalam setiap asas komunikasi.

Kepelbagaian lingusitik merupakan konsep utama dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran,

urutan pengajaran ditentukan berdasarkan pertimbangan isi, makna dan fungsi untuk

meningkatkan minat murid. Guru mendorong murid supaya mengikut bimbingannya untuk

menggunakan bahasa yang betul dari sudut tatabahasa dan bunyi. Bahasa akan dicipta oleh

murid melalui kaedah cuba jaya. Fokus utama dalam aspek kefasihan bahasa selain ketetapan

yangdinilai dalam konteks bukan abstrak. Murid digalakkan berinteraksi dengan orang lain

dalam kelompok atau pasangan sama ada secara lisan atau tidak lisan. Guru juga tidak boleh

meramalkan apakah bahasa yang akan digunakan oleh murid serta motivasi. Hal-hal

komunikasi akan diambil perhatian oleh murid-murid yang sememangnya berminat dengan

perkara-perkara yang dibincangkan.

Dalam proses pengajaran komunikatif pula, guru bahasa memainkan peranan penting

ke arah pelaksanaan pelbagai aktiviti untuk membentuk mrid dalam kumpulan komunikasi yang

aktif dan responsif. Hal ini demikian kerana proses pemerolehan bahasa kanak-kanak sangat

mementingkan kaedah komunikatif serta melibatkan kognitif dan interaksi bahasa. Pengajaran

kecekapan bahasa iaitu tatabahasa dan kecekapan komunikatif sememangnya dititikberatkan

dalam kaedah ini khususnya kemahiran mendengar dan bertutur. Mereka menguasai makna

terlebih dahulu sebelum dapat menggambarkan makna tersebut dalam struktur ayat tersebut

sewaktu murid melalui proses pemerolehan bahasa. Guru boleh memberikan situasi dan soalan

tugasan kepada murid supaya mereka dapat berkomunikasi menggunakan bahasa mengikut

konteks yang sesuai dalam proses melaksanakan aktiviti.

Seterusnya, murid berbincang bersama-sama rakan tentang soalan tugasan yang

diberikan oleh guru. Proses komunikasi akan terlibat apabila perbincangan dijalankan secara

berkumpulan atau individu. Murid digalakkan untuk bertanya dan berbincang dengan guru

semasa proses perbincangan sedang berlangsung. Temubual dijalankan oleh murid di hadapan

bilik darjah apabila murid membentangkan hasil wawancara dan perbincangan bersama rakan-

rakan dan guru. Selain itu, guru juga digalakkan memberi saranan dan pandangan mereka

untuk tujuan penambahbaikan. Penambahbaikan sememangnya penting kerana hal ini

membantu murid dalam meningkatkan kualiti dan prestasi komunikasi selain memantapkan

kemahiran bertutur murid tersebut.

3

Page 4: Esaimen Bm Minor Fitri

Terdapat tiga prinsip pendekatan komunikatif. Antaranya ialah aktiviti bahasa yang

dilaksanakan telah diketahui oleh murid serta pengajaran bahasa dilaksanakan dalam konteks

wacana dan pengajaran bahasa perlu berpandukan proses komunikasi yang sebenar. Faktor-

faktor kognitif dan sosiobudaya dititikberatkan dalam prinsip pendekatan komunikatif untuk

mempengaruhi kecekapan berbahasa dan berkomunikasi seseorang penutur dalam

masyarakat. Struktur bahasa telah diajar agar komunikasi senang difahami dan dikuasai serta

memantapkan kecekapan berbahasa sesuai dengan fungsi komunikasi. Selain itu, seorang

guru bahasa sememangnya wajib mempunyai pengetahuan tentang kegunaan bahasa dan

penggunaannya. Aspek kegunaan bahasa akan dilaksanakan dalam membina ayat yang betul

berasaskan pengetahuan berbahasa. Murid perlu mengetahui menggunakan pengetahuan

tentang hukum-hukum tatabahasa untuk berkomunikasi secara berkesan.

Chomsky (1965) menggunakan istilah kecekekapan sebagai pengetahuan si penutur

dan pengguna lain dalam kebolehan menggunakan bahasa mengikut situasi. Kecekapan yang

dikuasai oleh murid menjurus kepada pengetahuan ilmu tatabahasa serta aspek-aspek yang

lain termasuklah ketetapan daripada segi penggunaan bahasa dalam situasi sebenar.

Campbell (1972) dan Hymes (1972) mencadangkan kecekapan berbahasa dipandang dari

sudut kemantapan berkomunikasi dengan orang sekeliling. Guru bagi mata pelajaran Bahasa

Melayu boleh mengaplikasikan pelbagai teknik dalam mengajar aspek kemahiran lisan serta

melaksanakan pelbagai aktiviti yang menarik. Pelaksanaan teknik dan aktiviti yang menarik

mampu membantu dalam merangsang miat dan minda murid untuk menyempurnakan aktiviti

pembelajaran secara aktif.

Di samping itu, kepelbagaian aktiviti dalam satu-satu perancangan mampu memenuhi

aspek perbezaan individu. Setiap individu mempunyai tahap penerimaan pembelajaran yang

berbeza seperti yang kita sedia maklum. Aktiviti yang dilaksanakan oleh guru bagi murid yang

lambat tahap penerimaannya terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran sangat banyak

untuk meningkatkan proses komunikatif dengan syarat aktiviti tersebut haruslah bersesuaian

dengan semua pelajar. Dalam mengajar aspek kemahiran lisan kepada murid-murid

menggunakan kaedah komunikatif, guru boleh melaksanakan beberapa teknik pengajaran yang

sesuai dijalankan seperti teknik main peranan, teknik soal jawab, teknik lakonan atau drama,

teknik permainan bahasa, teknik penyelesaian masalah dan sebagainya.

4

Page 5: Esaimen Bm Minor Fitri

2.0 PERMAINAN BAHASA

2.1 Pemintal Lidah

Mata pelajaran : Bahasa Malaysia

Kelas : Tahun 2 Nilam (Tahap 1)

Bilangan murid : 20 orang

Masa : 11.15-12.15 petang

Tema : Nilai murni

Tajuk : Permainan

Standard pembelajaran: 2.3.2 Membaca ayat pemintal lidah dengan cepat, lancar dan intonasi

yang betul mengikut tanda baca.

Objektif pembelajaran: Pada akhir unit ini, murid akan dapat:

Membaca ayat pemintal lidah dengan cepat, lancar dan intonasi yang betul mengikut tanda

baca.

Bahan Bantu Mengajar: Lembaran kerja, kad ayat, jam randik

EMK : Menjana idea

: Bacaan secara tepat

: Kreatif dan inovatif

Nilai / Sikap : Bekerjasama

: Tolong menolong

: Hormat-menghormati

5

Page 6: Esaimen Bm Minor Fitri

Langkah/Masa Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Catatan

Set induksi (5 minit) 1. Guru memasang radio lalu

memperdengarkan beberapa

contoh pemintal kepada

pelajar.

- Murid mendengar

- Patuh kepada arahan

Langkah 1 (5 minit) 1. Guru menunjukkan kad yang

tertulis ayat pemintal lidah.

2. Guru mengarahkan murid

membaca ayat yang tertulis

dengan kuat

- Murid memerhati

-Murid membaca

Langkah 2 (10 minit) 1. Guru menerangkan permainan

yang terlibat dalam ayat

pemintal lidah.

2. Guru menyuruh murid

membaca sekali lagi ayat

pemintal lidah

- Petikan (bahan bacaan)

- Murid membaca

Langkah 3 (10 minit) 1. Guru membimbing murid

membaca ayat pemintal lidah.

2. Guru menyuruh murid

menyebut ayat pemintal lidah

berulang kali dengan jelas dan

intonasi yang betull.

- Kemahiran membaca

Langkah 4 (10 minit) 1. Guru meminta empat orang

murid (individu) membaca

petikan diikuti oleh semua

murid.

2. Guru telah meminta murid

membuat beberapa kumpulan.

- Kemahiran menghayati

Langkah 5 (10 minit) 1. Kumpulan yang dibentuk akan

diberikan peluang sebanyak 3

kali untuk membaca petikan

dengan laju dan betul.

2. Kumpulan yang dapat

6

Page 7: Esaimen Bm Minor Fitri

menyebut ayat secara laju dan

tepat mendapat markah

bonus.

Contoh ayat:

1. Baba beli bola, bawa bola beri

Bobo.

2. Jojo jemput Jamil jarang

joging jadi johan

3. Cici cari congkak cuba curi

ceri Chan

4. Liya lompat lama lagi lalu

lalang lari lubang

5. Rita raba rosak ragbi rumah

Raihan

Penutup 1. Guru memberi penerangan

ringkas tentang rumusan pada

hari ini.

Penerapan nilai-nilai murni

- Bekerjasama

-Tolong-menolong

1. Baba beli bola, bawa bola beri Bobo.

2. Jojo jemput Jamil jarang joging jadi johan

3. Cici cari congkak cuba curi ceri Chan

4. Liya lompat lama lagi lalu lalang lari lubang

5. Rita raba rosak ragbi rumah Raihan

7

Page 8: Esaimen Bm Minor Fitri

2.2 Perkataan Tersembunyi

Mata pelajaran: Bahasa Malaysia

Kelas : Tahun Tiga Baiduri (Tahap 1)

Bilangan murid: 30 orang

Masa : 8.30-9.30 pagi

Tema : Nilai murni

Tajuk : Keluargaku

Standard pembelajaran: 2..2.3 Mengetahui nilai murni dalam hidup keluarga

Objektif pembelajaran : Pada akhir unit ini, murid akan dapat

1. Mengetahui panggilan yang sesuai untuk keluarga

Bahan bantu mengajar: Kertas mahjong, kad ayat, komputer riba

EMK : Menjana idea

: Menghubung kait

: Nilai murni

Nilai/Sikap : Tolong-menolong

: Kasih sayang

: Berakhlak mulia

8

Page 9: Esaimen Bm Minor Fitri

Langkah/Masa Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran Catatan

1.Set induksi

(15 minit)

1. Gelaran diberikan dalam keluarga

dalam bentuk lagu oleh guru.

2. Guru memasang sebuah lagu

daripada komputer riba

-Kemahiran

mendengar

-Kemahiran menyanyi

2.Langkah 1

(10 minit)

1. Guru memberi lembaran kerja

2. Murid diminta untuk mencari perkataan

tersembunyi berkaitan keluarga.

-Pemerhatian

terhadap perkataan

-Kekeluargaan

3.Langkah 2

(20 minit)

1.Guru menyuruh murid menulis kembali

perkataan yang ditemui dalam lembaran

kerja

2.Guru menyoal murid tentang

tanggungjawab setiap ahli dalam

keluarga

-Kemahiran eneliti

-Kemahiran menulis

3.Penutup (15

minit)

1. Guru menerangkan secara ringkas apa

yang dipelajari sepanjang hari ini

- Pengajaran dan nilai

murni

- Tolong-menolong

Kasih sayang

W S A Y A N G A

H K P N C N Y B

A D I K O S J A

Z Q E L F G I N

R F O H E T B G

I T A O L N U B

I Y K K A K A K

A J A D G R W S

9

Page 10: Esaimen Bm Minor Fitri

3.0 RUMUSAN

·     Pendekatan komunikatif merupakan pendekatan yang berpusatkan murid iaitu

berfokuskan kepada bentuk-bentuk komunikasi iaitu seperti meminta maaf, bercerita ataupun

melapor. Situasi ini berlaku dalam amalan masyarakat sehari-hari. Melalui pendekatan ini,

penekanan tentang penyerapan bentuk gramatikal adalah bagi tujuan komunikasi. Pendekatan

ini wujud kerana didapati pendekatan lain lebih mementingkan penguasaan bahasa pada

peringkat membina ayat-ayat yang betul secara pencilan yang terkeluar daripada konteks

wacana. Hasilnya, murid tidak menguasai kecekapan berkomunikasi.

·         

Penguasaan komunikasi adalah perlu agar murid dapat membuat pemilihan struktur

ayat yang betul mengikut konteks bahasa. Dalam pendekatan komunikatif ini, beberapa prinsip

perlu dipatuhi oleh guru agar murid dapat menggunakan bahasa yang betul dalam

berkomunikasi antaranya ialah murid perlu mengetahui aktiviti yang dilakukan dan guru

haruslah merancang terlebih dahulu aktiviti agar murid menggunakan bahasa dalam

berkomunikasi.  Selain itu, pengajaran bahasa dibuat dalam konteks wacana dan guru perlu

mengajar bahasa yang melampaui batas ayat agar pelajar dapat berkomunikai secara

berkesan. 

·         

Pengajaran bahasa lebih mengikut proses komunikasi sebenar iaitu seperti perbualan

dalam kehidupan sehari-hari.Rumusan yang boleh dibuat ialah pendekatan merupakan sesuatu

yang agak umum dan ia seolah-olahnya menunjukkan sesuatu haluan tetapi tidak menerangkan

bagaimana caranya untuk menuju haluan itu. Cara-cara yang digunakan untuk menuju arah

yang ditetapkan oleh sesuatu pendekatan pengajaran adalah kaedah-kaedah pengajaran.

10