enzim dan pencernaan

16
PRAKTIKAL 5 : Enzim Dan Pencernaan OBJEKTIF : (a) Untuk menunjukkan tindakan amiles ke atas kanji. (b) Untuk menunjukkan kesan suhu ke atas tindakan enzim. ALAT RADAS : Bikar, Silinder penyukat, Termometer, Tabung uji, Jubin putih, Penitis, Jam randik. BAHAN : Larutan kanji 1%, Asid hidroklorik asid, Natrium hidroksida cair, Larutan Benedict, Larutan iodine, Telur, Pepsin, Rennin, Susu, Minyak kelapa, Hempedu daripada pundi hempedu tikus belanda, Kertas litmus biru dan merah. PROSEDUR : (a) Untuk menunjukkan tindakan amiles ke atas kanji. Langkah-langkahnya adalah : 1. Mulut telah dikumur dengan air. 2. Perbuatan mengunyah telah dilakukan dan air liur telah dikumpul ke dalam tabung uji. 3. Air liur telah diuji dengan menggunakan kertas litmus untuk memastikan sama ada berasid atau beralkali. 1

Upload: masrurah-dzulkefli

Post on 12-Aug-2015

256 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

amali kimia

TRANSCRIPT

Page 1: Enzim Dan Pencernaan

PRAKTIKAL 5 :

Enzim Dan Pencernaan

OBJEKTIF :

(a) Untuk menunjukkan tindakan amiles ke atas kanji.

(b) Untuk menunjukkan kesan suhu ke atas tindakan enzim.

ALAT RADAS :

Bikar, Silinder penyukat, Termometer, Tabung uji, Jubin putih, Penitis, Jam

randik.

BAHAN :

Larutan kanji 1%, Asid hidroklorik asid, Natrium hidroksida cair, Larutan

Benedict, Larutan iodine, Telur, Pepsin, Rennin, Susu, Minyak kelapa, Hempedu

daripada pundi hempedu tikus belanda, Kertas litmus biru dan merah.

PROSEDUR :

(a) Untuk menunjukkan tindakan amiles ke atas kanji.

Langkah-langkahnya adalah :

1. Mulut telah dikumur dengan air.

2. Perbuatan mengunyah telah dilakukan dan air liur telah dikumpul ke dalam

tabung uji.

3. Air liur telah diuji dengan menggunakan kertas litmus untuk memastikan sama

ada berasid atau beralkali.

4. Air liur telah dicairkan dengan menggunakan air suling yang sama banyak.

5. Campuran air liur telah dibahagikan kepada tiga bahagian yang sama banyak ke

dalam tabung uji yang telah berlabel A, B, C dan D. Setiap tabung uji telah diisi

seperti:

A – 3 cm3 air suling (eksperimen kawalan)

B – 3 cm3 air liur campuran

1

Page 2: Enzim Dan Pencernaan

C – 3 cm3 air liur campuran dan 3 cm3 asid hidroklorik cair

D – 3 cm3 air liur campuran dan 3 cm3 natrium hidroksida cair

6. 5 cm3 larutan kanji telah dimasukkan ke dalam tabung uji dan telah dikacau.

7. Selepas 30 minit, setengah daripada kandungan setiap tabung uji telah diuji

dengan larutan iodin dan setengah lagi telah dipanaskan dengan larutan

Benedict yang sama banyak.

8. Keputusan telah dicatatkan seperti dalam jadual di bawah.

KEPUTUSAN :

Tabung

uji

Bahan Ujian Iodin Ujian Benedict Inferens

A Kanji + air

suling

Warna larutan

berubah

kepada biru

gelap.

Warna larutan

tidak berubah

dan kekal

berwarna biru

muda.

Ujian Iodin:

Warna larutan Iodin berubah

kepada biru gelap. Ujian iodin

positif menunjukkan kehadiran

kanji.

Ujian Benedict:

Warna larutan Benedict tidak

berlaku sebarang perubahan

kerana tiada kehadiran gula

penurun dalam larutan.

B Kanji + air

liur

Warna larutan

tidak berubah

dan masih

kekal

berwarna

coklat

kekuningan.

Warna larutan

berubah

daripada warna

biru muda

kepada warna

hijau dan

kemudiannya

Ujian Iodin:

Warna larutan tidak berubah.

Ujian iodin negatif kerana

ketidakhadiran kanji.

Ujian Benedict:

Ujian Benedict positif kerana

2

Page 3: Enzim Dan Pencernaan

warna kuning.

Terdapat

mendakan

merah bata.

kehadiran gula penurun.

Mendakan merah bata

terbentuk apabila bahan dan

larutan Benedict dipanaskan.

Air liur yang mengandungi

enzim amiles menukarkan

kanji kepada glukosa.

C Kanji + air

liur + asid

hidroklorik

cair

Warna larutan

berubah

daripada

warna coklat

kekuningan

kepada warna

biru gelap.

Warna larutan

tidak berubah,

masih kekal

berwarna biru

muda.

Ujian Iodin:

Warna larutan berubah kepada

biru gelap. Ujian iodin positif

menunjukkan kehadiran kanji.

Ujian Benedict:

Ujian Benedict negatif kerana

ketidakhadiran gula penurun.

Kanji tidak berubah menjadi

maltosa. Ini kerana

penambahan hidroklorik asid

telah menyebabkan larutan

menjadi terlalu berasid. Enzim

amiles tidak dapat bertindak

dengan aktif.

D Kanji + air

liur +

natrium

hidroksida

cair

Warna larutan

tidak berubah

dan masih

kekal

berwarna

coklat

kekuningan.

Warna larutan

berubah

daripada warna

biru muda

kepada warna

hijau dan

kemudiannya

warna kuning.

Ujian iodin:

Warna larutan iodine kekal.

Ujian iodin negatif kerana

ketidakhadiran kanji.

Ujian Benedict:

Ujian Benedict positif kerana

kehadiran gula penurun.

3

Page 4: Enzim Dan Pencernaan

Terdapat

mendakan

merah bata.

Kanji ditukar kepada maltosa

oleh enzim amiles dalam air

liur. Penambahan natrium

hidroksida cair menyebabkan

larutan menjadi alkali.

KESIMPULAN :

Amiles dapat dihidrolasi dalam keadaan beralkali. Ia menukarkan kanji kepada glukosa.

4

Page 5: Enzim Dan Pencernaan

(b) Untuk menunjukkan kesan suhu ke atas tindakan enzim.

Langkah-langkahnya adalah :

1. Larutan air liur telah disediakan seperti dalam eksperimen (a).

2. 5 cm3 larutan air liur itu telah dimasukkan ke dalam setiap tabung uji dan 5 cm3

larutan kanji 1% telah dimasukkan ke dalam satu tabung uji yang lain.

3. Kedua-dua tabung uji telah dibiarkan pada suhu bilik.

4. Sesiri titisan larutan iodin telah dititiskan ke atas jubin putih.

5. Kedua-dua larutan telah dicampurkan ke dalam tabung uji dan masa campuran

dibuat telah dicatatkan.

6. Melalui rod kaca yang bersih, campuran telah dikacau dan diuji dengan satu

titisan larutan iodin di atas jubin. Warna biru telah kelihatan.

7. Langkah (6) telah diulang pada selang masa 1 minit, rod kaca telah dibersihkan

dengan air suling pada setiap ujian sehingga campuran tidak menunjukkan

warna biru dengan iodin.

8. Masa yang telah diambil untuk campuran air liur dan larutan kanji pada akhir

ujian telah dicatat. Masa untuk kesemua kanji bertukar kepada maltosa oleh

amilase pada suhu bilik.

9. Eksperimen ini telah diulang pada suhu yang berbeza iaitu 5oC, 15oC, 25oC,

35oC, 45oC, 55oC, 65oC dan 75oC.

10.Keputusan telah dicatatkan dalam rajah.

KEPUTUSAN :

Suhu Masa dalam minit (t) Aktiviti (1/t)

Suhu bilik (29 oC) Tidak selesai selepas 10 minit 0

5oC 5 0.20

15oC 3 0.25

25oC 2 0.5

5

Page 6: Enzim Dan Pencernaan

35oC 1 1.00

45oC 3 0.33

55oC Tidak selesai selepas 10 minit 0

65oC Tidak selesai selepas 10 minit 0

PERBINCANGAN :

6

Page 7: Enzim Dan Pencernaan

1. Larutan air liur dan kanji untuk setiap eksperimen hendaklah dipanaskan atau

disejukkan merujuk kepada suhu yang diperlukan sebelum kedua-dua larutan ini

dicampurkan. Untuk suhu yang tinggi daripada suhu bilik, air suam perlu

digunakan manakala untuk suhu yang lebih rendah daripada suhu bilik, kiub ais

perlu digunakan untuk menurunkan suhu.

2. Untuk eksperimen di atas, kerja berkumpulan adalah digalakkan kerana setiap

kumpulan akan menjalankan suhu yang tertentu.

3. Oleh kerana masa yang sedikit untuk enzim lebh aktif, aktiviti (kadar tindakbalas)

ditandakan sebagai 1/t (salingan masa yang diambil).

KESIMPULAN :

Kadar tindakbalas enzim meningkat sehingga 35oC dan menurun selepas 35oC.

SOALAN :

1. Plot graf 1/t terhadap suhu. Apakah suhu optimum?

35 o C

2. Terangkan bagaimana suhu memberi kesan kepada enzim yang dimangkinkan

oleh tindakbalas biokimia?

Pada suhu 0 o C, enzim tidak aktif. Oleh itu, enzim air liur tidak dapat

dihidrolasikan kepada kanji. Apabila suhu meningkat, kadar tindakbalas enzim

meningkat sehingga mencapai suhu optimum 37 o C. Apabila melebihi suhu

optimum, kadar tindakbalas enzim menurun dan terhenti sama sekali pada suhu

60 o C. Pada suhu 60 o C tidak berlaku aktiviti pengeziman kerana enzim telah

denatured disebabkan oleh suhu yang tinggi.

(c) Untuk menunjukkan tindakan pepsin ke atas putih telur (protein).

7

Page 8: Enzim Dan Pencernaan

Langkah-langkahnya adalah :

1. Satu suspensi putih telur telah disediakan dengan memukul sedikit putih telur

dengan air mendidih di dalam bikar dan telah dibiarkan sejuk.

2. Beberapa cm3 suspensi putih telur telah dimasukkan ke dalam 3 tabung uji yang

telah dilabel A, B dan C.

3. Ketiga- tiga tabung uji diletak ke dalam water bath pada suhu badan (37oC).

Setiap tabung uji telah diisikan seperti berikut:

A- 5cm3 asid hidroklorik 0.2%

B- B- 5cm3 jus gastrik buatan

C- 5cm3 jus gastrik buatan dan 1cm3 natrium hidroksida cair

4. Mulut tabung uji telah disumbat dengan kapas yang dicampur thymol untuk

mengelakkan kerosakan.

5. Tabung uji telah dibiarkan selama 1jam dan telah digoncang dan semasa ke

semasa.

6. Ujian Biuret telah dilakukan ke atas kandungan setiap tabung uji di akhir 1 jam.

7. Keputusan telah dicatatkan dalam jadual.

KEPUTUSAN :

Tabung

uji

Kandungan Pemerhatian Ujian Biuret Inferens

A

Putih telur +

HCI cair

Campuran

bertukar

kuning, telus

dan perlahan-

lahan

melarut.

Warna larutan

berubah kepada

ungu.

Putih telur telah bertukar

daripada protein kepada

asid amino.

B

Putih telur + jus

gastrik buatan

Warna

campuran

menjadi

warna

kuning, telus

Warna larutan

berubah menjadi

warna ungu.

Putih telur telah bertukar

daripada protein kepada

asid amino.

8

Page 9: Enzim Dan Pencernaan

dan perlahan-

lahan

melarut.

C

Putih telur + jus

gastrik buatan

+ natrium

hidroksida cair

Campuran

tidak

berubah.

Tiada perubahan

warna yang

berlaku pada

larutan.

Asid dan alkali apabila

dicampur bersama akan

menjadi neutral. Pepsin

tidak berfungsi dalam

keadaan neutral.

PERBINCANGAN :

1. Tabung uji perlu direndam dalam water bath untuk mengekalkan suhu 37oC

kerana pepsin akan bertindakbalas pada suhu yang optimum.

2. Pepsin menghidrolis albumin kepada polypeptides dalam larutan berasid.

Larutan bertukar menjadi cerah/jelas kerana polypeptides larut dalam air.

3. Keadaan PH dalam tabung uji A dan B (PH3) adalam optimum untuk pepsin

bertindakbalas. Ini kerana kandungan tabung uji A dan B menjadi telus pada

penghujung eksperimen. Ini menunjukkan albumin telah dihidrolis sepenuhnya

oleh pepsin.

4. Kandungan tabung uji C tidak mengalami perubahan pada penghujung

eksperimen. Ini menunjukkan tabung uji neutral tidak sesuai untuk aktiviti pepsin.

KESIMPULAN :

Tindakbalas pepsin dipengaruhi oleh PH larutan. Pepsin akan bertindak balas dengan

aktif pada larutan berasid iaitu pada pH 3.

(d) Untuk menunjukkan pembekuan susu.

9

Page 10: Enzim Dan Pencernaan

Langkah-langkah adalah :

1. 5cm3 susu, sedikit larutan rennin telah diambil.

2. Larutan telah diletakkan pada water bath suam (37oC).

3. Selepas 1 jam, perbandingan telah dilakukan dengan rennin kawalan yang

belum ditambah.

PERBINCANGAN :

1. Beberapa faktor yang mempengaruhi aktiviti rennin yang memyebabkan

pembekuan adalah suhu untuk tindakbalas rennin dan pemanasan susu sebelum

ditambah rennin.

2. Pembekuan optimum oleh anak lembu rennin adalah kira-kira 40oC hingga 42oC.

3. Suhu pembekuan kurang pesat dan tiada pembekuan berlaku pada suhu 10oC

hingga 15oC.

4. Tiada pembekuan berlaku pada 60oC hingga 65oC.

5. Pembekuan menjadi perlahan pada suhu rendah dan sukar dan berserabut pada

suhu tinggi.

6. Suhu optimum untuk pembekuan adalah pesat bagi kepekatan tertentu daripada

rennin dan susu.

SOALAN :

Apakah perubahan yang berlaku? Apakah nilai reaksi pada mamalia?

Apabila larutan rennin ditempatkan pada water bath suam, ia membeku. Rennin

adalah enzim proteolitik yang disintesis oleh sel utama dalam perut. Ia berfungsi

dalam penghadaman untuk membekukan susu di dalam perut, proses ini penting

bagi binatang yang muda. Jika susu tidak dibekukan, ia akan mengalir laju melalui

perut dan terlepas peluang untuk pencernaan protein awal.

KESIMPULAN :

10

Page 11: Enzim Dan Pencernaan

Keasidan rennin dipengarhi oleh suhu. Pembekuan optimum oleh rennin adalah

37oC.

(e) Untuk menunjukkan pengemulsian lemak.

Langkah-langkah adalah :

1. Sedikit minyak kelapa telah digoncang bersungguh-sungguh dengan air dalam

tabung uji.

Soalan: Apa yang boleh diperhatikan selepas larutan telah dibiarkan seketika?

2. Sedikit hempedu telah diperolehi daripada pundi hempedu tikus belanda dan

telah dimasukkan ke dalam campuran (1).

3. Ia kemudian telah digoncang bersungguh-sungguh; campuran telah dibiarkan

seketika.

PERBINCANGAN :

1. Hempedu, bahan dihasilkan oleh hati dan disimpan dalam pundi hempedu.

2. Hempedu terdiri daripada molekul yang mempunyai dua sifat.

3. Setengah daripada molekul adalah lemak.

4. Molekul hempedu boleh berada antara lemak dan air.

5. Dalam cara ini, titisan lemak kekal terapung didalam air dan tidak bergabung

bersama.

6. Proses ini dipanggil pengemulsian.

7. Pengemulsian penting kerana meningkatkan luas permukaan lemak,

menyebabkan ia boleh dihadamkan oleh lipes, yang mana tidak boleh

mengakses dalam titisan lipid.

SOALAN :

11

Page 12: Enzim Dan Pencernaan

Apakah perbezaan sebelum dan selepas ditambah hempedu?

Sebelum menambah hempedu dalam tabung uji, minyak kelapa tidak boleh larut dalam

air walaupun digoncang bersungguh-sungguh. Apabila hempedu ditambah ke dalam

tabung uji, minyak pecah kepada titisan kecil.

KESIMPULAN :

Hempedu adalah bahan yang dihasilakan oleh hati dan boleh mengemulsi lemak dan

memecahkan lemak kepada titisan kecil.

RUJUKAN :

Gan, Wan Yeat. (2006). Exploring Biology Form 4. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn

Bhd.

Abdullah, H. D. (2009). College Matriculation Biology Semester I & II. Shah Alam:

IPTA Publications.

Wai, M. C. (2007). TOTAL PRO SPM Biology Form 4&5. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn.

Bhd.

Blurt. (2009). What Is The Effect Of Temperature On Enzyme Activity? Diambil

daripada Blurt It!: http://www.blurtit.com/q923677.html

College, B. (2009). Effect of temperature on enzyme activity. Diambil daripada Biology

4:http://academic.brooklyn.cuny.edu/biology/bio4fv/page/enz_act.htm

Steane, R. (2009). The Action of Amylase on Starch. Diambil daripada

BioTopic.co.uk:http://www.biotopics.co.uk/nutrition/amylex.html

Wikipedia. (2008). Biuret Test. Diambil daripada

Wikipedia.com:http://en.wikipedia.org/wiki/Biuret_test

12