ekonomi

28
SEJARAH ISLAM Tema 2 : Pembangunan dan Penerokaan Bab 9 : Ekonomi Soalan : Bincangkan perubahan yang berlaku dalam bidang ekonomi pada zaman Nabi Muhammad ( abad ke7) Abbaisyah (abad ke11- 12) kesultanan Melayu Melaka ( abad ke 15). Disediakan oleh : Nur suziana Jaivi

Upload: suziana15

Post on 18-Aug-2015

23 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

SEJARAH ISLAMTema 2 : Pembangunan dan Penerokaan

Bab 9 : Ekonomi

Soalan : Bincangkan perubahan yang berlaku dalam bidang ekonomi pada zaman Nabi Muhammad ( abad ke7) Abbaisyah (abad ke11-12) kesultanan Melayu Melaka ( abad ke 15).

Disediakan oleh : Nur suziana Jaivi

sumberTeks STPM SEJARAH ISLAM ( 500-

1918 ), penggal 2http://semekarcintaku.blogspot.com/2013/03/peranan-baitulmal.html

httpkoki-forshort.blogspot.com/2013/05/ciri-ciri-dan-kegiatan-ekonomi.html://

http://bfs131.blogspot.com/2010/02/perkembangan-ekonomi-di-zaman-kerajaan.html

http://koki-forshort.blogspot.com/2013/05/kegiatan-ekonomi-masyarakat-melaka-abad.html

Zaman Nabi Muhammad S.A.W abad ke 7

Pengenalan • Konsep ekonomi Islam merujuk kepada suatu ilmu yang

mengkaji kegiatan manusia selaras dengan tuntutan syariat sama ada di peringkat perolehan,  penggunaan atau pengurusan sumber untuk kebaikan diri dan masyarakat dan negara dari segi rohani dan jasmani bagi mendapatkan keredhaan Allah SWT.

• Ekonomi Islam berasaskan konsep tauhid bagi melahirkan manusia yang beriman,  amanah dan bertanggungjawab untuk mengendalikan harta benda dan wang yang diamanahkan oleh Allah kepada manusia.

• Penghijrahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah telah mengubah sistem ekonomi yang dijalankan di Madinah.  Sebelum hijrah,  aktiviti ekonomi di Madinah dimonopoli oleh kaum Yahudi.

Kegiatan Ekonomi Zaman Nabi Muhammad

Sebelum kedatangan Nabi Muhammad S.A.W .

Ekonomi Madinah telah dikuasai oleh golongan Yahudi.Mereka merupakan petani,usahawan dan peniaga yang

berjaya dan mengamalkan riba dan penipuan.Barang dagangan yang utama pada zaman ini ialah

kurma kerana bumi Madinah amat subur dan bersesuaiaan dengan tanaman ini.

Selain kurma mereka juga berdagang bijirin,emas dan arak.

Manakala pada zaman ini kaum Aus dan Khazraj merupakan petani yang miskin.

Selepas kedatangan Nabi Muhammad S.A.W

Kegiatan ekonomi Madinah telah dikuasai oleh golongan Ansar dan Muhajrin.

Mereka mengamalkan aktiviti pertanian dan perdagangan yang mengikuti syarak.

Golongan Muhajirin terkenal sebagai pedagang di mekkah. Disebabkan oleh penyatuan golongan Ansar dan Muhajirin oleh Nabi Muhammad S.A.W telah membuka peluang kepada golongan Muhajirin muncul sebagai paniaga di Madinah.

Antara kegiatan ekonomi mereka ialah :I. PertanianII. Perdagangan.

Pertanian• Menjadi punca ekonomi yang utama kerana Madinah

merupakan kawasan yang subur.• Golongan Muhajirin dan Ansar mengusahakan tanah sebagai

aktiviti utama.• Kebanyakan golongan Ansar terlibat dalam bidang pertanian.• Golongan Muhajirin juga melakukan aktiviti bertani,

mengurus dan menyelenggarakan kebun tamar golongan Ansar.

• Kerjasama yang tidak terbatas antara golongan Muhajirin dan Ansar membawa kejayaan kepada golongan Muhajirin dan dapat memulakan kehidupan baru setelah berhijrah ke Madinah.

Perdagangan• Nabi Muhammad SAW bijaksana dan mempunyai visi dalam

membangunakan Madinah dengan menggunakan lokasi Madinah yang strategik bagi menjadikan Madinah sebagai pusat perdagangan.

• Terdapat beberapa pasar harian dan bermusim di dalam dan di sekitar Madinah.Pasar-pasar tersebut terus berkembang pada zaman Islam seperti pasar Ukaz, Zu al-Majaz, Majannah dan Hubashah.

• Nabi Muhammad SAW menerapkan sistem ekonomi Islam berasaskan aspek moral yang terpuji dalam perdagangan.

• Islam melarang amalan yang diharamkan seperti perdagangan barangan yang tidak halal, pengambilan riba, penipuan dalam sukatan dan timbangan, monopoli dan pemindasan dalam perdangangan.

• Kedudukan Madinah yang berada di tengah-tengah kesibukan jalan perdagangan antara Yaman dan Syam. Malah pedagang dari arah Makkah dan Ta’if juga menggunakan jalan ini sebagai laluan utama.

Kesimpulan

• Perancangan Nabi Muhammad SAW dalam bidang ekonomi adalah mengikut syariat Islam dan telah menjadikan Madinah sebagai pusat kegiatan ekonomi yang penting.

• Malah ekonomi di Madinah tidak lagi dimonopoli oleh kaum Yahudi di Madinah.

Zaman Bani Abbaisyah pada abad ke 11-12

Pengenalan • Zaman Abbasiyah adalah di anggap sebagai zaman yang paling

kaya dalam sejarah kekhalifahan Islam, ahli-ahli sejarah klasik dan moden bersetuju secara khusus meletakkan zaman pemerintahan Khalifah Harun Al-Rasyid (170 – 194H/786 – 809M) sebagai zaman pencapaian ekonomi yang paling tinggi sehingga layak menerima jolokan zaman keemasan (golden period). Prof.Philip K.Hitti menyifatkan kejayaan Abbasiyah dalam soal ini adalah luar biasa kerana ia mampu menaikkan taraf Baghdad dari satu keadaan yang mengagungkan setanding dengan keagungan Bayzantin.

Kejayaan Baghdad• Baghdad menjadi juara perdagangan dunia tentunya ada

hubungan dengan kedudukan Dawlah Abbasiyah sebagai kuasa besar dunia pada waktu itu. Kestabilan politik, kecekapan pengurusan pentadbiran serta ketinggian akhlak masyarakat juga menyumbang kepada pembangunan pesat kota Baghdad.

• Kerajaan Abbasiyah memberikan perhatian yang serius bagi memajukan sektor ekonomi Negara dengan mencurahkan perbelanjaan yang banyak khususnya dalam sektor perindustrian dan pertanian. Di setiap sektor memainkan peranan penting yang tersendiri untuk memberikan sumbangan ekonomi di tahap maksima

• Pada umumnya terdapat tiga sektor ekonomi yang menjadi tonggak kekayaan kerajaan Abbasiyah iaitu sektor pertanian, perindustrian dan perdagangan.

Pertanian • Kegiatan perdagangan tidak mungkin mencapai kepesatan

yang luar biasa jika tidak ditampung oleh kegiatan pertanian dan perindustrian yang kukuh.

• Hal ini yang sangat menjadi perhatian pemerintah dinasti Abbasiyah.

• Pada masa Abbasiyah lah bidang pertanian mengalami perkembgan pesat, kerana di samping ibu kota terletak di daerah sangat subur (di apit oleh sungai Eufrates dan Tigris), pemerintah memberi kebebasan kepada penduduk setempat untuk mengusahakan tanah pertanian mereka, tanpa tekanan-tekanan yang besifat diskriminasi (membezakan).

• Wilayah yang banyak menyumbangkan hasil pertanian ialah Mesir,Syam,Iraq,Yaman,Maghribi,Khurasan dan Andalus

• Pertanian juga telah mencapai kemajuan kerana kesedaran pihak pemerintah tentang betapa perlunya pertanian sebagai sumber hasil Negara yang utama dan juga kerana kerajaan memberi penghormatan dan layanan yang baik kepada pemilik-pemilik tanah yang subur.

• Kerajaan telah memajukan pertanian di kawasan lembah Sungai Eufrates dan Tigris yang terkenal subur itu, di mana kemudahan-kemudahan tali air dan terusan diadakan.

• Banyak hasil pertanian yang ditanam di asia barat diperkenalkan kepada Eropah, terutamanya penanaman tebu.

• Jenis tanaman mereka ialah bijirin seperti gandum, barli, beras. Buah-buahan seperti anggur, limau, kurma, epal, pisang, tembikai, buah tin dll. Sayur-sayuran seperti timun, kobis, kunyit, kacang tanah, ubi, tebu. Ternakan seperti lambu, kambing, ayam, itik, lebah dll

Perindustrian • kerajaan Abbasiyah telah memberi pelbagai insentif serta

galakan yang kuat kepada golongan usahawan tempatan agar menceburkan diri dalam bidang perindustrian bagi menjaga keseimbangan perniagaan. • Di bidang perindustrian terdapat pemisah antara sektor

kerajaan dan swasta, pihak swasta bebes bergerak dalam industri kraf tangan tetapi ia tetap di bawah peraturan dan pengawalan Negara, seperti kilang senjata, kapal laut, armada perdagangan fabric kertas dan barang-barang lainnya. • Pelabuhan-pelabuhan seperti Baghdad, Bashrah, Siraf

Kairo, dan Iskandariyah menjadi pelabuhan internaisonal.

JENIS PERINDUSTRIAN PENGELUAR

Tenunan, hamparan & permaidani Baghdad, Syiraz & Asfahan

Pinggan mangkuk Mesir & Syam

Barangan kaca, tembikar, mozek Baghdad, Mesir & Syam

Barangan kulit & senjata Mesir, Andalus & Maghribi

Perhiasan & batu permata Yaman, Khurasan, Bahrain & Lubnan

Kertas Iraq, Mesir, Maghribi & Andalus

Perdagangan • Aktiviti perdagangan pada zaman ini semakin

pesat disebabkan oleh beberapa faktor:a) Pembukaan wilayah-wilayah baru yang

memberi banyak ruang pasaran perniagaan. b) Perkembangan industri perkapalan yang

memudahkan pergerakan para pedagang. c) Sarjana-sarjana islam menghasilkan karya-

karya yang menjelaskan hukum-hakam perniagaan seta galakan terhadapnya.

d) Kemahiran orang arab dalam bidang perniagaan sejak zaman jahiliah

Selain itu, adanya langkah-langkah positif yang diambil oleh kerajaan abbasiyah untuk menggiatkan aktiviti perdagangan, seperti :

a) Membina pusat perniagaan yang dilengkapi dengan perigi dijalan-jalan utama.

b) Membina rumah api untuk panduan kapal perdagangan.c) Mengetatkan kawalan keselamatan untuk mengelak

daripada perompak dan lanun.• Wujud pelabuhan dan bandar yang menjadi tumpuan ahli

perniagaan ketika itu seperti : baghdad, Basrah, Antakia, Oman, Adan, Kaherah dan iskandariah.

• Wujud laluan sutera yang menjadi laluan para pedagang arab ke China.

• Para pedangang Islam ketika itu dimudahkan dengan sistem kewangan seperti travellers cheque / as-saftajah.

Kesimpulan • Kesan pembangunan ekonomi terhadap rakyat jelas

kelihatan semasa pemerintahan Abbasiyah, taraf kehidupan rakyat yang tinggi, banyak kemudahan-kemudahan untuk rakyat dapat disediakan .• Penduduk di sekitar ibu kota Baghdad pada masa itu

tidak lagi dibelenggu dengan masalah kemiskinan seperti sebelum ini. • Boleh dikatakan keseluruhan rakyat di bawah

pemerintahan Abbasiyah berada dalam keadaan aman dan tenteram.• Dengan kemajuan dan ketamadunan yang tinggi yang

telah dicapai oleh kerajaan Bani Abbasiyah telah memberikan kesan yang tertentu kepada masyarakatnya.

Zaman Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke 15.

Pengenalan

• Kegiatan ekonomi di Melaka pada abad ke-15 dibahagikan kepada dua jenis iaitu ekonomi sara diri dan ekonomi perdagangan.

• Ekonomi sara diri melibatkan kegiatan seperti bercucuk tanam khususnya sayur-sayuran dan padi, berdusun, memungut hasil-hasil hutan, menangkap ikan, berburu, menternak binatang dan kraf tangan.

Kegiatan ekonomi masyarakat Melaka.

• Ekonomi sarah diri yang terbahagi kepada 6 iaitu:PertanianAktiviti menanam padi dijalankan.Kegiatan tanam padi mula wujud di Melaka dengan

kemunculan kerajaan Melaka.Orang Melaka hanya mengeluarkan sedikit sahaja beras bagi

menampung keperluan penduduk.Oleh itu, Melaka import beras dari Siam, Palembang dan

Jawa.Sayur-sayuran ditanam untuk keperluan keluarga dan hanya

akan dijual sekiranya ada lebihan.

BerdusunAktiviti ini dijalankan oleh orang Melaka.Mengikut Tom Pires, Sultan Iskandar serta 1 000 orang

pengikutnya telah menebas hutan untuk menanam pokok dan membuat dusun.

Antara tanaman yang ditanam ialah tebu, pisang, nanas dll.

Menangkap ikan dan hasil lautIkan merupakan sumber protein yang khusus bagi orang Melayu.Sultan Iskandar Syah serta pengikutnya pernah menjadi nelayan

semasa berada di Muar bagi menampung keperluan seharian.Kegiatan menangkap ikan dan memungut hasil laut juga dilakukan

oleh orang laut.Kebanyakan orang Melaka bergantung hidup dengan aktiviti

penangkapan ikan.Mereka menggunakan perahu yang diperbuat daripada kayu bulat

yang ditebuk menjadi perahu.

Memburu

Penduduk Melaka menjalan aktiviti berburu untuk menampung kehidupan seharian.

Kegiatan memburu merupakan aktiviti yang diwarisi.Memburu juga merupakan aktiviti raja-raja Melayu Melaka.Rakyat biasa juga melakukan aktiviti berburu kerana mereka

tidak terlibat dalam aktiviti perdagangan.Aktiviti berburu ini dijalankan sebagai aktiviti sampingan untuk

menambah pendapatan.

Menternak binatang Aktiviti penternakan binatang secara kecil-kecilan merupakan

sebahagian daripada kegiatan ekonomi sara diri penduduk di Melaka.

Antara binatang ternakan ialah kambing, kerbau, lembu ayam, itik dsb.

Di Melaka dikatakan Bendahara Seri Maharaja membela kerbau dan binatang-binatang yang lain.

Memungut hasil hutanAktiviti memungut hasil hutan merupakan aktiviti ekonomi sara

diri yang dilakukan oleh penduduk Melaka.Antara hasil hutan yang dikutip ialah rotan, dammar, dan getah

jelutong.Aktiviti ini dijalankan kerana mereka banyak bergantung hidup

dengan persekitaran seperti sungai, hutan dan tanah pertanian.Hasil pertanian ini mendapat pemintaan yang baik dari pedagang

luar.

• Ekonomi perdaganganAktiviti perdagangan di Melaka merupakan warisan dan

penerusan aktiviti ekonomi masyarakat peribumi.Dijalankan secara kecil-kecilan dan besar-besaran.Perdagangan secara kecil-kecilan dilakukan oleh rakyat biasa

yang berjaja di pasar-pasar dan ada yang menggunakan perahu kecil.

Bagi golongan pembesar, kegiatan perdagangan diwakilkan kepada kiwi untuk berurus niaga bagi pihaknya.

Aktiviti perdagangan besar-besaran melibatkan urus niaga dengan pedagang luar.

Kesimpulan • Kehidupan masyarakat Melaka amat bergantung kepada

persekitaran seperti sungai, hutan dan tanah.• Mereka telah mengeksploitasi sumber persekitaran ini untuk

menampung keperluan seharian mereka.• Selepas abad ke-15,masyarakat Melaka mula melibatkan diri

dalam bidang perdagangan secara besar-besaran sehingga Melaka muncul sebagai pelabuhan entreport terkenal pada abad ke-15.