ekonomi - pertanian

23
5.1 Pertanian Sektor pertanian Malaysia mengalami pembangunan agak pesat sepanjang tempoh Dasar Ekonomi Baru (DEB; 1971-1990). Perkembangan ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor. 1

Upload: nur-az

Post on 23-Jun-2015

233 views

Category:

Economy & Finance


7 download

DESCRIPTION

Ekonomi Dalam Pengurusan Awam 2

TRANSCRIPT

Page 1: Ekonomi - Pertanian

5.1 Pertanian

Sektor pertanian Malaysia mengalami pembangunan agak pesat sepanjang tempoh Dasar Ekonomi Baru (DEB; 1971-1990). Perkembangan ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor.

1

Page 2: Ekonomi - Pertanian

Pertama, pembangunan sektor ini sebahagian besarnya dihasilkan melalui pembukaan tanah-tanah baru oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), agensi-agensi di peringkat negeri dan syarikat-syarikat swasta.

2

Page 3: Ekonomi - Pertanian

Keduanya, melalui pembangunan in-situ seperti Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADP), Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Persekutuan (FELCRA), Lembaga Kemajuan Perusahaan Pekebun-pekebun Keeil Getah (RISDA) dan Lembaga Pembangunan Wilayah (LPW).

3

Page 4: Ekonomi - Pertanian

Kesemua agensi yang terlibat telah meningkatkan daya pengeluaran melalui penggunaan teknologi baru dan tanaman bermutu tinggi. Tidak ketinggalan juga pertumbuhan dalam subsektor perikanan dan penternakan melalui penggunaan teknik penangkapan ikan yang lebih baik dan pengurusan ternakan yang serba moden.

4

Page 5: Ekonomi - Pertanian

Pada tahap awal pembangunan sehingga akhir 1970an pencapaian sektor pertanian sangat menggalakkan. Kerajaan telah membuat banyak pelaburan untuk membangunkan sektor berkenaan.

5

Page 6: Ekonomi - Pertanian

Program yang memberi sumbangan kepada ekonomi negara dalam tempoh tersebut termasuk pembukaan tanah baru untuk aktiviti pertanian, program penanaman semula getah, pelbagaian tanaman serta pembinaan dan pembaikan sistem pengairan dan saliran.

6

Page 7: Ekonomi - Pertanian

Walau bagaimanapun, sejak tahun 1980, sektor pertanian mula memperlihatkan aliran menurun dan kemerosotan ini menimbulkan keresahan kepada kerajaan dan golongan yang terlibat dalam pembangunan pertanian.

7

Page 8: Ekonomi - Pertanian

Kelembapan prestasi sektor ini disebabkan beberapa faktor seperti kejatuhan dalam harga eksport komoditi utama dan kenaikan harga import keperluan ladang.

Sebagai contoh, harga komoditi pertanian mula menurun pada tahun 1982 dan akibatnya akaun dagangan Malaysia mencatatkan defisit sebanyak RM1.926 billion iaitu nilai defisit tertinggi yang pernah dialami negara ini (Malaysia, 1988).

8

Page 9: Ekonomi - Pertanian

Akan tetapi, dalam tempoh 1983-1994, akaun dagangan mencatatkan prestasi bertambah baik dengan pertambahan lebihan kerana harga eksport dan harga pasaran kelapa sawit yang tinggi.

Lebihan akaun dagangan tertinggi yang pernah dicapai dalam tempoh tersebut ialah pada tahun 1987 dengan lebihan sebanyak RM14,703 bilion.

9

Page 10: Ekonomi - Pertanian

Walaupun lebihan akaun dagangan menjunam pada tahun 1995 ke paras RM233 bilion sahaja, ia meningkat semula pada tahun-tahun berikutnya.

Pada tahun 1997, akaun dagangan telah mencatat lebihan sebanyak RM10 billion.

10

Page 11: Ekonomi - Pertanian

Pembangunan Sektor Pertanian

  Sebagai satu gabungan kepada program

pelbagaian ekonomi, Malaysia menekankan kepada usaha meningkatkan taraf sosioekonomi sektor luar bandar.

Umumnya, pembangunan sektor luar bandar samalah dengan pembangunan sektor pertanian.

11

Page 12: Ekonomi - Pertanian

Di antara ciri-ciri utama sektor ini ialah kewujudan kadar kemiskinan tinggi, penggunaan saiz ladang tidak ekonomik, daya pengeluaran rendah serta lebihan tenaga buruh yang tidak berkemahiran.

12

Page 13: Ekonomi - Pertanian

Dalam usaha meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar, program yang khusus telah dirancang.

Sebagai contoh, Aktiviti perikanan yang serba moden serta

bercirikan nilai-nilai komersial diperkenalkan untuk meningkatkan pendapatan para petani;

Teknik baru penternakan haiwan digunakan untuk meningkatkan taraf hidup para penternak;

13

Page 14: Ekonomi - Pertanian

Manakala subsektor perhutanan dapat berkembang melalui pengurusan sumber-sumber hutan secara moden, komersial dan saintifik.

Bagi sektor tanaman pula, tiga program pembangunan tanah yang kesemuanya bertujuan meningkatkan hasil keluaran dan daya pengeluaran telah diiketengahkan melalui penggunaan teknologi Revolusi Hijau. Usaha ini meliputi projek pembukaan tanah-tanah baru, pembangunan tanah innsitu dan pembangunan wilayah.

14

Page 15: Ekonomi - Pertanian

Prestasi Sektor Pertanian

Pencapaian ekonomi negara sebelum ini telah membawa banyak perubahan terhadap sektor pertanian.

Di antara beberapa penunjuk penting tentang prestasi sektor pertanian ialah sumbangannya terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) , guna tenaga dan nilai ditambah.

15

Page 16: Ekonomi - Pertanian

Sumbangan Sektor Pertanian kepada KDNK

Nyata sekali pembangunan ekonomi melalui dasar pelbagaian dan perindustrian yang bermula pada tahun 1950an telah membawa perubahan pesat terhadap struktur ekonomi negara..

16

Page 17: Ekonomi - Pertanian

Paling jelas sekali ialah perubahan dalam sumbangan pelbagai sektor terhadap KDNK.

Perubahan ini bukanlah menjadi satu masalah, malah fenomena ini turut dialami negara-negara lain yang berusaha membangunkan ekonomi mereka

17

Page 18: Ekonomi - Pertanian

Sehubungan itu, sumbangan sektor pertanian (sektor yang menjadi tumpuan kepada sebahagian besar masyarakat Melayu) telah menurun dengan hebatnya.

Dalam tempoh 30 tahun sahaja, sumbangan sektor pertanian jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan pencapaian sektor perkilangan dan perkhidmatan.

18

Page 19: Ekonomi - Pertanian

Sebagai contoh, daripada sejumlah 35.1 peratus sumbangan sektor pertanian kepada KDNK pada tahun 1965, menurun kepada 13.1 peratus sahaja pada tahun 1995.

Sumbangannya dijangka terus menurun kepada 10.5 peratus dalam tahun 2000. Bagi tempoh yang sama, sumbangan sektor perkilangan mampu melonjak ke atas daripada 10.4 peratus sahaja kepada 32.2 peratus.

19

Page 20: Ekonomi - Pertanian

Sumbangannya bagi tahun 2000 dijangka meningkat lagi kepada 37.5 peratus.

Manakala sumbangan sektor perkhidmatan pula meneatatkan penurunan yang keeil sahaja daripada 45.0 peratus pada tahun 1965 kepada 43.0 peratus pada tahun 1995. Sumbangannya dijangka menurun lagi kepada 41.5 peratus pada tahun 2000.

20

Page 21: Ekonomi - Pertanian

Tanda-tanda ini jelas menunjukkan pola dan fenomena tersebut akan berterusan pada masa akan datang.

Akibat daripada perubahan ini, sektor pertanian dianggap sebagai sebuah "industri senja" (sunset industry) yang sedang menanti malam gelap gelita (Abdul Aziz, :994).

21

Page 22: Ekonomi - Pertanian

Perubahan yang berlaku ini mungkin menjadi lebih hebat lagi dengan perlaksanaan dasar kerajaan yang ingin membawa negara kita ke taraf negara perindustrian menjelang tahun 2020. Perubahan sumbangan perbagai-bagai sektor terhadap KDNK dari tahun 1965 hingga tahun 1995 dapat dijelaskan dalam Jadual 6.5.

22

Page 23: Ekonomi - Pertanian

23