ekonomi (ekonomi kewangan)

Download EKONOMI (EKONOMI KEWANGAN)

Post on 24-Jan-2017

218 views

Category:

Documents

3 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • FAKTOR YANGMEMPENGARUHI AMALAN BERWAKAF DALAMKALANGAN MASYARAKAT ISLAM

    NOR AISHAH BINTI ISMAIL

    TESIS DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SYARAT UNTUKMEMPEROLEH IJAZAH SARJANA EKONOMI (EKONOMI KEWANGAN)

    (MOD PENYELIDIKAN)

  • v

    ABSTRAK

    Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi amalanberwakaf dalam kalangan masyarakat Islam. Kaedah kuantitatif digunakan denganmelibatkan 365 orang responden di daerah Kota Bharu Kelantan. Model regresilogistik diaplikasikan bagi tujuan mengetahui hubungan antara faktor dalaman iaitufaktor kepercayaan kepada agama, kerohanian dan kepuasan kebajikan, dan faktorluaran iaitu tingkat pendapatan, tahap pendidikan, status pekerjaan dan bilangantanggungan dengan amalan berwakaf. Hasil analisis kajian menunjukkan bahawakesemua pemboleh ubah tersebut mempunyai hubungan yang signifikan denganamalan berwakaf. Faktor pendapatan pula dilihat sebagai penyumbang utama kepadaamalan berwakaf. Implikasi kajian ini ialah pihak Majlis Agama Islam Kelantan(MAIK) dapat mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi masyarakat berwakaf,seterusnya boleh merancang strategi bagi menarik minat masyarakat untuk mendalamiilmu wakaf sertamenjadikan wakaf sebagai satu amalan dalam hidup mereka.

  • VI

    FACTORS WHICH INFLUENCE WAQF PRACTICE AMONG MUSLIMCOMMUNITIES

    ABSTRACT

    This study aims to identify factors that affect the waqf practice among Muslimcommunity. Quantitative methods were employed involving 365 respondents in KotaBharu, Kelantan. Logistic regression model was applied for the purpose of knowingthe relationship between internal factors, namely the belief in religion, spirituality andwelfare satisfaction; and external factors, namely income level, education level,employment status and number of dependents with waqf practice. The results showedthat all of the variables mentioned above were significantly correlated with waqfpractice. Income factor contributed most to the waqf practice. Implication of the studyis MAIK parties can determine the factors that influence the society to practice waqf,and plan strategies to attract people enriched their knowledge in waqf and practicewaqf in their life.

  • KANDUNGAN

    Muka Surat

    PENGHARGAAN iv

    ABSTRAK v

    ABSTRACT Vl

    KANDUNGAN lX

    SENARAI JADUAL x

    SENARAI RAJAH Xl

    SENARAI SINGKATAN XU

    SENARAI LAMPlRAN Xlll

    BABI PENDAHULUAN

    1.1 Pengenalan 11.2 Latar Belakang Kajian 21.3 Pemyataan Masalah 111.4 ObjektifKajian 121.5 Persoalan Kajian 121.6 Hipotesis Kajian 131.7 Kerangka Kajian 131.8 Batasan Kajian 151.9 Kepentingan Kajian 16

    1.10 Definisi Kajian 171.11 Rumusan 20

    BAB 2 KONSEPWAKAF DALAM ISLAM

    2.1 Pengenalan2.2 Definisi Wakaf

    2.3 Pensyariatan Wakaf

    2.4 Rukun Dan Syarat

    22

    23

    25

    28

  • Vlll

    2.5 Jenis-Jenis Wakaf 30

    2.6 Hukum Wakaf 34

    2.7 WakafKekal Dan WakafSementara 34

    2.8 WakafGolongan Bukan Islam 362.9 Pengurusan HartaWakaf 37

    2.10 Peranan-Peranan Wakaf 39

    2.11 Hikmah Wakaf 41

    2.12 Rumusan 42

    BAB3 TINJAUAN LITERATUR

    3.1 Pengenalan 443.2 Kepenggunaan Dalam Islam

    3.2.1 Prinsip Umum Kepenggunaan 453.2.2 Prinsip-Prinsip Kepenggunaan Islam 463.2.3 Konsep Kebajikan 493.2.4 Faktor Kepercayaan Kepada Agama 503.2.5 Faktor Kerohanian 52

    3.2.6 Faktor Kepuasan Kebajikan 543.3 Faktor-Faktor Demografi Sosio-Ekonomi 583.4 Rumusan 61

    BAB4 METODOLOGI

    4.1 Pengenalan 63

    4.2 Reka Bentuk Kajian 644.3 Populasi Dan Sampel Kajian 644.4 Instrumen Kajian 654.5 Kajian Rintis 68

    4.6 Prosedur Kajian 71

    4.7 Analisis Kajian 72

    4.8 Rumusan 77

  • IX

    BAB5 DAPATAN KAJIAN

    5.1 Pengenalan 785.2 Ujian Kesahan 795.3 Ujian Deskriptif 805.4 Ujian Regresi Logistik 935.5 Rumusan 101

    BAB6 KESIMPULAN DAN CADANGAN

    6.1 Pengenalan 1026.2 Kesimpulan 1036.3 Implikasi Kajian 1046.4 Cadangan

    6.4.1 Cadangan Kepada Majlis Agama Islam Kelantan 1076.4.2 Cadangan Kajian Penyelidikan Akan Datang 112

    6.5 Rumusan 112

    BIBLIOGRAFI

    LAMPlRAN

    [14

  • x

    SENARAI JADUAL

    Jadual Tajuk Jadual Muka Surat

    1.1 StatistikWakafMengikut Negeri di Malaysia 82.1 Rukun dan Syarat-SyaratWakaf 292.2 Jenis-jenis wakaf 302.3 Hukum Wakaf 342.4 Peranan-peranan Institusi Wakaf 402.5 Hikmah-hikmahWakaf 424.1 Pembahagian Item da1am Bahagian A 674.2 Pembahagian Item Mengikut Faktor Mempengaruhi 68

    Masyarakat Berwakaf4.3 Nilai a berdasarkan Cadangan Penyelidik Lepas 694.4 Index yang Diperihalkan dalam Kesahan Instrumen 704.5 Kebolehpercayaan Faktor yang Diuji 704.6 Ringkasan Ukuran Pembolehubah tidak Bersandar 765.1 Perbandingan Kebolehpercayaan antara Kajian Rintis 79

    dengan Kajian Sebenar5.2 Pengetahuan Jenis-jenis Wakaf 805.3 PengetahuanWakaf dan Sedekah 815.4 Penglibatan terhadap Wakaf 825.5 Wakaf yang Dilakukan 835.6 Keinginan Pewakafmengikut Penggunaan 845.7 Faktor Kepercayaan kepada Agama 855.8 Faktor Kerohanian 855.9 Faktor Kepuasan Kebajikan 865.10 Penglibatan WakafMengikut Jantina 875.11 Penglibatan WakafMengikut Peringkat Umur 885.12 Penglibatan WakafMengikut Status Perkahwinan 895.13 Penglibatan wakafMengikut TarafPendidikan 905.14 PenglibatanWakafmengikut Tingkat Pendapatan 915.15 PenglibatanWakafMengikut Status Pekerjaan 925.16 Penglibatan Wakag Mengikut Bilangan Tanggungan 935.17 Klasifikasi Regresi Logistik tanpa Pembolehubah tidak 94

    Bersandar5.18 Hasil Ujian-ujian keatas Model 945.19 Klasifikasi Regresi Logistik dengan Pembolehubah tidak 95

    Bersandar5.20 Pembolehubah dalam Persamaan 97

  • Xl

    SENARAI RAJAH

    Rajah Tajuk Rajah Muka Surat

    1.1 Hubungan Antara Pembolehubah dalam Kajian3.1 Pemaksimumam Kepuasan Pengguna Muslim4.1 Rangka KeIja

    145772

  • AMLA

    CDVM

    ed

    et. al

    HoIKIM

    JAKIM

    JAWHAR

    JcorpKMO

    KPNKK

    MAIJ

    MAIK

    MAIM

    MAIN

    MAIS.MUIS

    PERKAYA

    PMR

    r.a

    RM

    SAN

    SAR

    s.a.w.

    SPSS

    SPM

    ST

    STAM

    STPM

    s.w.t

    t.t

    WARESS

    YWM

    xu

    SENARAI SINGKATAN

    Administration ofMuslim Law Act

    Categorical Dependent Variable ModelEditor

    Et. alia (dan lain-lain)Hipotesis NolInstitusi Kefahaman Islam MalaysiaJabatan Kemajuan Islam MalaysiaJabatan WakafZakat dan HajiJohor Corporation BerhadKaiser-Meyer-OlkinKementerian Perdagangan dalam Negeri, Koperasi danKepenggunaanMajlis Agama Islam JohorMajlis Agama Islam KelantanMajlis Agama Islam MelakaMajlis Agama Islam NegeriMajlis Agama Islam SelangorMajlis Ugama Islam SingapuraPertubuhan Kebajikan Anak YatimPenilaian Menengah RendahRadiya allahu 'anhu / haRinggit MalaysiaSekolah Agama NegeriSekolah Agama RakyatSallallahu 'alayhi wa sallamStatistical Package for Social ScienceSijil Pelajaran MalaysiaSyarikat TakafulSijil Tinggi AgamaMalaysiaSijil Tinggi Persekolahan MalaysiaSubhanallahu wa ta 'ala

    Tanpa TahunWakafReal Estate of SingaporeYayasan WakafMalaysia

  • Xlll

    SENARAI LAMPlRAN

    A Jadual Saiz Sampel Krejcie & Morgan (1970)

    B Jadual Perbandingan Ujian Kesahan

    C Jadual Keputusan SPSS Keseluruhan

    D Borang Kaji Selidik

  • BAB1

    PENDAHULUAN

    1.1 Pengenalan

    Ekonomi Islam menitikberatkan kebajikan masyarakat. Tindakan individu adalah

    untuk menentukan tahap kebajikan yang dicapai dalam ekonomi. Peningkatan

    kebajikan ekonomi mengikut Islam tidak diukur dalam aspek kebendaan sahaja,

    malah unsur kerohanian turut diambil kira. Sehubungan itu, terdapat beberapa

    instrumen yang boleh meningkatkan kebajikan masyarakat. Selain daripada zakat,

    wakaf merupakan instrumen yang semakin mendapat perhatian dalam pelaksanaan

    ekonomi Islam masa kini. Memandangkan peranan wakaf tidak disempitkan untuk

    tujuan beribadat, maka kajian ini penting untuk mengenal pasti apakah faktor-faktor

    pendorong masyarakat untuk berwakafbagi tujuan yang pelbagai.

  • 2

    1.2 Latar Belakang

    Objektif kebajikan ekonomi Islam boleh dicapai melalui pelbagai instrumen seperti

    zakat, wakaf dan sedekah. Zakat merupakan amalan yang wajib sementara sedekah

    dan wakaf adalah amalan sunat yang dilakukan untuk membantu seseorang bagi

    tujuan kebaikan. Instrumen yang paling banyak ganjaran pahala adalah amalan wakaf.

    Seseorang Islam yang bersedekah memperoleh pahala ketika bersedekah sahaja,

    namun ganjaran yang diterima pewakaf berterusan dan kekal selagi harta wakaf itu

    dimanfaatkan. (Portal Perbadanan Wakaf Selangor, 2014). Instrumen-instrumen ini

    merupakan medium pembangunan sosio-ekonomi masyarakat dan negara. Abu

    Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bahawasanya;

    "Tangan yang di atas (memberi) lebih mulia daripada tangan di bawah(menerima) ".

    (Hadis riwayatMuslim)

    Hadis ini memberi gambaran bahawa berbuat baik seperti bantu-membantu terhadap

    golongan yang memerlukan dan berhadapan dengan masalah ekonomi dipandang

    mulia oleh Allah S.W.t. serta mendapat ganjaran pahala berlipat kali ganda (Surtahman

    dan Sanep, 2005).

    Berdasarkan Muhammad (2007), kelangsungan ganjaran oleh pewakaf adalah

    disebabkan kesediaan menahan diri dari mendapat manfaat pokok zat harta untuk

    dimanfaatkan oleh diri sendiri sebaliknya manfaat diterima oleh orang lain untuk jalan

    kebaikan dari awal hingga akhir. Kemuliaan amalan berwakaf telah bermula sebelum

    kedatangan Islam lagi. Ia dapat diselusuri berdasarkan sejarah pembinaan masjid al-

  • 3

    Haram di Mekah dan masjid al-Aqsa di Palestin (Osman, 2002). Selain masjid, antara

    jenis-jenis harta wakaf yang disumbangkan oleh masyarakat Arab sebelum

    kedatangan Islam ia

Recommended

View more >