perkembangan ekonomi malaysia pertumbuhan ekonomi

Download PERKEMBANGAN EKONOMI MALAYSIA Pertumbuhan ekonomi

Post on 30-Jan-2017

236 views

Category:

Documents

8 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • PERKEMBANGAN EKONOMI MALAYSIA

    Pertumbuhan ekonomi meningkat pada suku kedua

    Walaupun permintaan dalam negeri Malaysia terus kukuh, kelemahan yang berpanjangan dalam sektor luar telah memberi kesan kepada prestasi pertumbuhan keseluruhan. Pada suku kedua, ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 4.3% (S1 2013: 4.1%). Penggunaan swasta terus berkembang, manakala pertumbuhan dalam pembentukan modal tetap kasar disokong oleh aktiviti pelaburan sektor swasta dan perusahaan awam. Eksport mencatat penurunan yang lebih besar berikutan prestasi yang lembap bagi kebanyakan produk eksport.

    Berdasarkan pelarasan musim suku tahunan (quarter-on-quarter seasonally adjusted), ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan sebanyak 1.4% (S1 2013: -0.4%).

    Permintaan dalam negeri kekal teguh

    Permintaan dalam negeri berkembang sebanyak 7.3% pada suku kedua (S1 2013: 8.2%), dirangsang oleh perbelanjaan isi rumah dan perniagaan yang berterusan serta sokongan berterusan daripada perbelanjaan sektor awam.

    Penggunaan swasta berkembang sebanyak 7.2% pada suku kedua (S1 2013: 7.5%), disokong oleh keadaan pekerjaan yang stabil dan pertumbuhan upah yang berterusan dalam sektor berorientasikan dalam negeri. Penggunaan awam bertambah baik pada suku kedua (11.1%; S1 2013: 0.1%), mencerminkan terutamanya perbelanjaan Kerajaan yang lebih tinggi untuk bekalan dan perkhidmatan serta perbelanjaan yang berterusan bagi emolumen.

    Pembentukan modal tetap kasar terus berkembang (6%; S1 2013: 13.1%); disokong oleh perbelanjaan modal sektor swasta. Pelaburan sektor swasta meningkat sebanyak 12.7% (S1 2013: 10.8%), didorong oleh perbelanjaan modal dalam subsektor perkhidmatan berkaitan pengguna seperti telekomunikasi dan harta tanah, pelaksanaan

    KDNK Mengikut Komponen Perbelanjaan (pada harga malar tahun 2005)

    2012 2013

    S1 ST1 S1 S2 ST1

    Perubahan Tahunan (%)

    Permintaan Dalam Negeri Agregat (tidak termasuk stok)

    Penggunaan Sektor swastaSektor awam

    Pembentukan Model TetapKasar

    Sektor swastaSektor awam

    Eksport BersihEksport Barangan dan

    PerkhidmatanImport Barangan dan

    Perkhidmatan

    14.09.18.6

    11.0

    26.225.627.2

    -40.4

    1.6

    8.3

    11.88.48.0

    10.1

    20.722.417.9

    -33.1

    1.9

    7.7

    8.26.17.50.1

    13.110.817.3

    -36.4

    -0.6

    3.6

    7.38.07.2

    11.1

    6.012.7-6.4

    -41.6

    -5.2

    -2.0

    7.77.17.45.8

    9.311.84.7

    -38.7

    -2.9

    0.8

    KDNK 5.6 5.4 4.1 4.3 4.2

    KDNK (Pelarasan musim suku tahunan) 1.3 - -0.4 1.4 -

    Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

    GFCF by Type of Assets

    43.0 47.6 45.6 43.6 46.4 48.8 46.8 45.7 46.4 51.0

    48.4 42.7 44.7 47.2 45.2 42.6 45.2 45.6 45.9 40.0

    8.6 9.7 9.6 9.2 8.4 8.6 8.0 8.7 7.7 8.9

    0

    20

    40

    60

    80

    100

    1Q 2011

    2Q 3Q 4Q 1Q 2012

    2Q 3Q 4Q 1Q 2013

    2Q

    Other assets* Machinery & equipment Structures

    * Other assets include mineral exploration, research & development, etc

    Source: Department of Statistics, Malaysia

    % share to real GFCF

    PMTK Mengikut Jenis Aset

    43.0 47.6 45.6 43.6 46.4 48.8 46.8 45.7 46.4 51.0

    48.4 42.7 44.7 47.2 45.2 42.6 45.2 45.6 45.9 40.0

    8.6 9.7 9.6 9.2 8.4 8.6 8.0 8.7 7.7 8.9

    0

    20

    40

    60

    80

    100

    S1 2011

    S2 S3 S4 S1 2012

    S2 S3 S4 S1 2013

    S2

    Aset lain* Jentera & peralatan Struktur

    * Aset lain termasuk explorasi mineral, penyelidikan & pembangunan, dan lain-lain

    Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

    % pembahagian peratusan PMTK

    Bahagian2012(%)

    2012 2013

    S2 ST1 S1 S2 ST1

    Perubahan tahunan (%)

    PertanianPerlombonganPerkilanganPembinaanPerkhidmatan

    7.38.4

    24.93.5

    54.6

    -4.62.25.7

    21.56.6

    -1.31.25.1

    18.56.2

    6.0-1.90.3

    14.25.9

    0.44.13.39.94.8

    3.11.01.9

    12.05.4

    KDNK Benar 100.01 5.6 5.4 4.1 4.3 4.2

    KDNK Benar (Pelarasan musim suku tahunan) - 1.3 - -0.4 1.4 -1 Angka-angka tidak terjumlah disebabkan oleh penggenapan dan pengecualian komponen

    duti import

    Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

    KDNK Mengikut Aktiviti Ekonomi (pada harga malar tahun 2005)

    43

    Buletin Suku TahunanSuku Kedua 2013

  • Pengenalan Siri KDNK Pelarasan Bermusim

    Pengenalan

    Mulai suku kedua 2013, Jabatan Perangkaan Malaysia (Department of Statistics Malaysia, DOSM) akan menyiarkan siri data pelarasan bermusim (seasonally adjusted, SA) bagi Keluaran Dalam Negeri Kasar Malaysia (KDNK) dan komponen utamanya. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha DOSM untuk menambah baik sumber-sumber data yang tersedia untuk tujuan analisis ekonomi. Dengan adanya data pelarasan bermusim, analisis akan boleh dibuat berdasarkan pertumbuhan berbanding suku tahun sebelumnya (quarter-on-quarter, q-o-q) yang lebih sensitif kepada momentum semasa jika dibandingkan dengan pertumbuhan berbanding suku tahun yang sama tahun sebelumnya (year-on-year, y-o-y). Yang nyata, pertumbuhan pelarasan bermusim q-o-q akan memudahkan pengenalpastian titik-titik peralihan (turning points) pada peringkat awal berbanding dengan pertumbuhan y-o-y. Amalan penggunaan KDNK pelarasan bermusim dan analisis pertumbuhan q-o-q adalah selaras dengan amalan terbaik antarabangsa, seperti ditunjukkan oleh penggunaannya yang meluas dalam ekonomi maju dan serantau1.

    Apakah pelarasan bermusim?

    Banyak data siri masa (time series) ekonomi dipengaruhi oleh faktor bermusim, yang turun naiknya boleh dijangka berdasarkan sesuatu tempoh pada tahun itu. Ini termasuk musim cuti dan musim perayaan yang lazim (contohnya Hari Raya Aidil Fitri dan Tahun Baharu Cina), faktor-faktor berkaitan cuaca (contohnya musim tengkujuh dan keadaan cuaca kering yang boleh dijangka) dan kesan hari urus niaga (berkaitan dengan bilangan hari bekerja dalam setiap suku tahun). Corak faktor-faktor bermusim ini telah menyebabkan turun naik dalam KDNK suku tahunan yang tidak mencerminkan asas kekukuhan ekonomi2. Pelarasan bermusim ialah proses menganggarkan dan melaraskan turun naik secara bermusim dalam siri data ini. Hasilnya, turun naik suku tahunan KDNK pelarasan bermusim akan mencerminkan dengan lebih baik perubahan dalam trend asas, pergerakan kitaran perniagaan dan kejutan tidak lazim yang mempengaruhi ekonomi, di samping mengurangkan gangguan disebabkan oleh turun naik secara bermusim (Rajah 1).

    DOSM menggunakan prosedur Pelarasan Bermusim bagi Malaysia (Seasonal Adjustment for Malaysia, SEAM) untuk melaraskan secara bermusim anggaran KDNK Malaysia3. SEAM menggunakan dua kaedah: (1) Kaedah X-12-ARIMA yang diterima pakai secara meluas4 dan (2) pembetulan berdasarkan pergerakan cuti yang khusus bagi Malaysia. Kaedah X-12-ARIMA membuat anggaran dan membuat pembetulan bagi pelarasan bermusim yang stabil (corak bermusim yang tidak berubah mengikut kalendar Gregori, contohnya hari Krismas) dan cuti hari Easter. Berikutnya, kaedah regresi digunakan untuk mencakupi hari cuti yang berubah-ubah di Malaysia yang ditentukan oleh kalendar dalam setiap agama5 dan tidak dicakupi oleh Kaedah X-12-ARIMA. Ini membolehkan anggaran yang lebih tepat bagi KDNK pelarasan bermusim di Malaysia.

    1 Ekonomi maju (termasuk Amerika Syarikat, kawasan euro dan Jepun) dan rakan serantau (termasuk RR China, Korea, Filipina, Singapura dan Thailand) menyiarkan data KDNK pelarasan bermusim dan pertumbuhan pelarasan bermusim q-o-q.

    2 Contohnya, penutupan kilang disebabkan oleh cuti panjang akan membawa kepada pengeluaran yang lebih rendah daripada biasa dalam sesuatu suku tahunan tertentu, walaupun tanpa kejutan atau kelembapan ketara.

    3 Sila rujuk Norhayati Shuja, Mohd Alias Lazim, dan Yap Bee Wah (2007) Moving Holiday Effects Adjustment for Malaysian Economic Time Series, Jabatan Perangkaan Malaysia untuk maklumat lanjut.

    4 X-12-ARIMA dibangunkan oleh United States Census Bureau.5 Kalendar berdasarkan agama di Malaysia kebiasaannya mengikut kalendar pergerakan bulan dan tidak selari dengan kalendar Gregori.

    Buletin Suku TahunanSuku Kedua 2013

    44

  • 6 Pertumbuhan y-o-y tidak sensitif kepada corak bermusim yang berlaku pada suku tahun yang sama setiap tahun.

    Bagaimanakah data pelarasan bermusim berguna?

    Dengan menggunakan data bukan pelarasan bermusim (non-seasonally adjusted, NSA), hanya pertumbuhan y-o-y boleh memberikan kefahaman mendalam yang berguna untuk dianalisis pada asas suku tahunan. Pertumbuhan y-o-y secara tersirat dilaraskan untuk mengambil kira faktor bermusim kerana pertumbuhan y-o-y membandingkan KDNK suku tahun tertentu dengan suku tahun yang sama pada tahun sebelumnya (Rajah 2). Sebaliknya, pertumbuhan q-o-q bagi KDNK bukan pelarasan bermusim adalah kurang bermakna kerana NSA dipengaruhi oleh turun naik suku tahunan secara bermusim (Rajah 3). Dengan adanya data pelarasan bermusim, analisis ekonomi dapat terus dipertingkatkan dengan membolehkan analisis pelarasan bermusim q-o-q yang lebih sensitif kepada momentum semasa berbanding dengan pertumbuhan y-o-y. Ini disebabkan oleh titik rujukan yang digunakan dalam pengiraan kedua-dua kadar pertumbuhan tersebut. Pertumbuhan pelarasan bermusim q-o-q dikira berasaskan suku tahun sebelumnya, lantas menunjukkan sejauh mana ekonomi negara telah berkembang sejak suku tahun sebelum itu. Sebaliknya, pertumbuhan y-o-y menunjukkan magnitud sejauh mana ekonomi telah berkembang berbanding dengan empat suku tahunan sebelumnya, lantaran kurang sensitif kepada momentum semasa. Pertumbuhan q-o-q (pelarasan bermusim) (skala kanan)

    Pertumbuhan y-o-y

    Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

    Rajah 6: Pertumbuhan q-o-q adalah lebih tidak menentu berbanding dengan pertumbuhan

Recommended

View more >