eko nomi

56
TOPIK 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI Pengertian ekonomi Soalan 1 Nyatakan 4 sumber ekonomi @ Jelaskan 2 faktor pengeluaran yang terlibat dalam pengeluaran barang dan perkhidmatan (4 - 6 m) Terdapat empat jenis faktor pengeluaran iaitu buruh,tanah,modal dan usahawan. Buruh - menerima upah sebagai ganjarannya.terbahagi kepada dua iaitu buruh mahir dan tidak mahir Modal - alat atau wang yang digunakan untuk meningkatkan output Usahawan - individu yang menggabungkan faktor-faktor menghasilkan barang dan perkhidmatan. Tanah - anugerah alam semula jadi yang merangkumi sumber dipermukaan bumi dan di dalam bumi Soalan 2 F = Tanah, Buruh, Modal, Usahawan Persamaan di atas menunjukkan kaedah penggabungan faktor-faktor. Berdasarkan teori di atas, huraikan peranan faktor pengeluaran yang menggabungkan semua faktor di atas. Sumber Ekonomi yang Terhad a. Buruh merupakan individu yang memberikan sumbangan yang produktif dalam proses pengeluaran sama ada dalam bentuk fizikal atau mental. b. Tanah adalah sumber semula jadi yang terdapat sama ada di bumi atau di dalam lautan.

Upload: lavanya-thevi

Post on 10-Sep-2015

328 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

none

TRANSCRIPT

TOPIK 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI

Pengertian ekonomi

Soalan 1Nyatakan 4 sumber ekonomi @ Jelaskan 2 faktor pengeluaran yang terlibat dalam pengeluaran barang dan perkhidmatan (4 - 6 m)

Terdapat empat jenis faktor pengeluaran iaituburuh,tanah,modaldanusahawan.

Buruh- menerima upah sebagai ganjarannya.terbahagi kepada dua iaitu buruh mahir dan tidak mahir

Modal- alat atau wang yang digunakan untuk meningkatkan output

Usahawan- individu yang menggabungkan faktor-faktor menghasilkan barang dan perkhidmatan.

Tanah- anugerah alam semula jadi yang merangkumi sumber dipermukaan bumi dan di dalam bumi

Soalan 2

F = Tanah, Buruh, Modal, Usahawan

Persamaan di atas menunjukkan kaedah penggabungan faktor-faktor.Berdasarkan teori di atas, huraikan peranan faktor pengeluaran yang menggabungkan semua faktor di atas.

Sumber Ekonomi yang Terhada. Buruhmerupakan individu yang memberikan sumbangan yang produktif dalam proses pengeluaran sama ada dalam bentuk fizikal atau mental.

b. Tanahadalah sumber semula jadi yang terdapat sama ada di bumi atau di dalam lautan.

c. Modalpula merupakan sumber produktif yang dicipta oleh manusia untuk digunakan dalam proses pengeluaran.

d. Usahawanmerupakan individu yang bertanggungjawab menggabungkan sumber-sumber ekonomi untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan (output).

Jenis barang

Soalan 3

Sek Men Keb Dato FarrellFarrell International School

i. Kenal pasti jenis barang di atas.

ii. Huraikan perbezaan-perbezaan ciri barang di atas.

i. Sek Men Keb Dato Farrell - barang jenis awamFarrell International School - barang jenis ekonomi

ii. Jenis barang-barang

Masalah ekonomi (Firma & Isirumah)SPM FOKUS

Soalan 4 Jelaskan Peranan unit ekonomi (Bergambar)(3 - 6 m)

Unit-unit ekonomi terdiri daripadaIsirumah,FirmadanKerajaan.

Isirumah-Membuat permintaan untuk barang dan perkhidmatan

-Membuat penawaran sumber-sumber ekonomi

Firma-Membuat permintaan untuk sumber-sumber ekonomi

-Membuat penawaran barang dan perkhidmatan

Kerajaan-Menyediakan Barang dan Perkhidmatan yang tidak dapat disediakan oleh swasta

-Mengutamakan kebajikan dan keadilan agihan pendapatan melalui cukai dan subsidi

Masalah Asas Ekonomi (MAE)

SPM FOKUSMasalah asas ekonomiwujud sebab ketidakseimbangan antara kehendak manusia dengan sumber keluaran.Kehendak manusiaadalahtidak terhadmanakalasumber keluaranadalahterhad. Ia terbahagi kepada empat iaitu:

a. apakah barang yang hendak dikeluarkan

b. berapakah banyakkah barang itu perlu dikeluaran

c. bagaimanakah barang itu hendak dikeluarkan

d. untuk siapa barang itu dikeluarkan berdasarkan agihan pendapatan

Masalah ekonomi yang dihadapi oleh 3 unit ekonomi

MAE tersebut diselesaikan oleh:

SituasiMasalah kekurangan wujud disebabkan sumber ekonomi yang terhad tidak dapat memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad. Masalah tersebut dihadapi oleh ketiga-tiga unit ekonomi iaitu isi rumah,firma dan kerajaan

a. Isirumahmenghadapi masalah kekurangan pendapatan yang menyebabkan mereka tidak dapat membeli barang dan perkhidmatan yang dikehendaki.

b. Firmamengahadapi masalah kekurangan pengeluaran iaitu buruh,tanah dan modal berbanding barang yang dikeluarkan.

c. Kerajaanmenghadapi masalah kekurangan hasil untuk membiayai perbelanjaannya terhadap projek - projek pembangunan.

MASALAH PILIHAN

Kesan daripada masalah kekurangan ketiga-tiga unit ekonomi iaitu isi rumah, firma dan kerajaan terpaksa membuat pilihan mengikut keutamaan. Firma membuat pilihan untuk memaksimumkan keuntungan dan meminimumkan kos.

Firma boleh menggunakan kaedah pengeluaran intensif buruh atau intensif modal (mesin) untuk keluaran televisyen. Kerajaan membuat pilihan untuk memaksimumkan kebajikan masyarakat

MASALAH KOS LEPAS

Kos lepas ialah barang-barang atau perkhidmatan kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan akibat daripada pemilihan barangan terbaik. Akibat daripada pilihan terbaik yang dibuat oleh isi rumah, firma dan kerajaan, mereka terpaksa menghadapi masalah kos lepas.

Masalah Asas Ekonomi (MAE)

Malaysia mengamalkan sistem ekonomi campuran.

Sistem ekonomi campuran ialah sistem ekonomi gabungan antara mekanisme pasaran / swasta / kapitalis / permintaan dan penawaran kerajaan / sosialis.

Sistem Ekonomi Kapitalis

1. Sistem ekonomi kapitalis dikenal juga sebagai sistem ekonomi pasaran bebas ataulaissez faire.2. Dalam sistem ekonomi kapitalis tiada langsung campur tangan daripada pihak kerajaan.

3. Antara negara-negara yang mengamalkan sistem ekonomi ini termasuklah Amerika Syarikat dan Hong Kong.

4. Cara Sistem Ekonomi Kapitalis Menyelesaikan Masalah Asas Ekonomi

SISTEM EKONOMI PERANCANGAN PUSAT

1. Dikenal sebagai sistem ekonomi arahan pusat atau sistem ekonomi sosialis

2. Corak kegiatan ekonomi dan penyelesaian masalah asas ekonomi ditentukan sepenuhnya oleh kerajaan

3. Antara negara yang mengamalkan sistem ekonomi ini ialah Korea Utara dan Cuba.

4. Ciri-ciri Sistem Ekonomi Perancangan Pusat

5. Cara Sistem Ekonomi Perancangan Pusat Menyelesaikan Masalah Asas Ekonomi (MAE)

PERBANDINGAN

Cara penyelesaian masalah asas ekonomi melalui ekonomi yang diamalkan adalah seperti berikut:

DEFINISI EKONOMI

SATU SAINS SOSIAL MENGKAJI BAGAIMANA MANUSIA MEMPERUNTUKAN SUMBER EKONOMI YANG TERHAD UNTUK MEMENUHI KEHENDAK YANG TIDAK TERHAD.

KONSEP

JENIS JENIS BARANG DALAM EKONOMI

MASALAH ASAS EKONOMI

BERDASARKAN SKEMA JAWAPAN SPM PELAJAR BOLEH MENJAWAB DENGAN MENGGUNAKAN *JADUAL*

CIRI CIRI SISTEM EKONOMI

BAB 2 : PENDAPATAN BOLEH GUNA

PENDAPATAN INDIVIDU

1. Pendapatan individu terbahagi kepada:

JENIS-JENIS PENDAPATAN INDIVIDUSPM FOKUS

1. Upah / Gaji ganjaran yang diterima / pembayaran / pendapatan kepada individu / buruh.

Kerana memberi sumbangan tenaga kerja / bekerja untuk orang lain.

Sama ada secara fizikal / mental.

Terhadap proses pengeluaran

Contoh, bekerja dengan orang lain.

Upah wang atau upah nominal merupakan upah yang dibayar mengikut:

a.tempoh masa (contohnya sebulan);

b.bilangan unit barang dihasilkan.

2. Bila harga purata meningkat, upah benar jatuh

Bila purata barang menurun, upah benar meningkat.

3. Sewa Ialah ganjaran kepada faktor pengeluaran tanah yang penawarannya tetap. Pengguna terpaksa membayar sewa terhadap faktor pengeluaran tanah kerana tanah itu bukan milik pengguna tersebut.

4. Untung Ialah ganjaran kepada usahawan yang menganggung risiko yang tidak dapat diinsuranskan. Selain mengurus dan mengorganisasikan perniagaannya usahawan juga membuat pilihan mengenai kombinasi faktor-faktor pengeluaran. Upah,sewa dan faedah sentiasa bernilai positif tetapi untung boleh bernilai positif atau negatif.Untung bermaksud kerugian. Secara rumus:Untung = Jumlah hasil - Jumlah kos5. Faedah Ialah ganjaran kepada pemilik modal wang. Seseorang individu menerima pendapatan faedah kerana modal wangnya telah digunakan oleh pihak lain dan dia terpaksa menanggung risiko penggunaan wang itu.

diterima oleh pemilik modal wang yang menyimpan wangnya di bank /

menangguhkan perbelanjaannya / penggunaannya pada masa kini.

6. Dividen diterima oleh pemilik modal wang yang menyimpan di institusi kewangan Islam / sebahagian daripada keuntungan syarikat yang diagihkan kepada pemegang saham syarikat / ganjaran yang diterima oleh pemilik unit amanah saham.

7. Bayaran pindah menyumbangkan apa-apa dalam proses pengeluaran /contoh bayaran pindahan seperti pencen / biasiswa / derma / wang saku dll.

Pendapatan Boleh Guna - Pengiraan

1. Pendapatan boleh gunaialah baki pendapatan setelah ditolak potongan wajib.

pendapatan Boleh Guna = Pendapatan-potongan wajib

Contoh potongan wajib: Cukai pendapatan / Caruman KWSP / Zakat / PERKESO

2. Pendapatan boleh cukaiialah baki pendapatan setelah ditolak pelepasan cukai.

Pendapatan Boleh Cukai = Pendapatan - pelepasan cukai

Contoh pelepasan cukai : Pelepasan diri / Pelepasan isteri / Pelepasan anak / premium insurans nyawa / kos perubatan / komputer peribadi / buku dan majalah / premium anuiti KWSP / yuran pendidikan institusi pendidikan tinggi / alat sokongan khas.

3. Jumlah pendapatan sebenar seseorang individu iaitu pendapatan yang diterima setelah ditolak pelbagai potongan seperti KWSP, cukai pendapat, zakat dan insurans nyawa.

4. Pendapatan benar ini digunakan oleh seseorang individu untuk memperoleh barang dan perkhidmatan bagi memuaskan keperluan dan kehendaknya

PENGGUNAAN PENDAPATAN BOLEH GUNASPM FOKUS

1. Pendapatan boleh guna (Yd) boleh digunakan untuk:

a. perbelanjaan terhadap barang dan perkhidmatan

b. tabungan

2. Formulanya ialah: Yd= C + Siaitu C = perbelanjaan penggunaanS = tabungan

Pendapatan Boleh Guna= Pendapatan Potongan Wajib (Cukai pendapatan / Caruman KWSP / Zakat / PERKESO

Pendapatan Boleh Cukai= Pendapatan Pelepasan Cukai (Pelepasan diri / Pelepasan isteri / Pelepasan anak / premium insurans nyawa / kos perubatan ibu bapa / premium insurans pendidikan / premium insurans perubatan / komputer peribadi / buku dan majalah / premium anuiti KWSP / yuran pendidikan institusi pendidikan tinggi / alat sokongan asas)

Pendapatan individu= gaji + elaun + bonus + dividen + komisyen + bayaran pindaan

Pelepasan cukai- diri sendiri, isteri. anak, ibu bapa, KWSP, insurans.

Belanjawan peribadi= pendapatan boleh guna semua perbelanjaan individu

Contoh pengiraan pendapatan boleh guna adalah seperti yang berikut:

Pengiraan Cukai Pendapatan dan Pendapatan Boleh Guna**Soalan 5. Maklumat yang berikut berkaitan dengan pendapatan Encik Hussein.Encik Hussein bekerja di Syarikat AA Sdn. Bhd. dan memperoleh pendapatan sebanyak RM3 000 sebulan.

. Apakah jenis pendapatan yang diterima oleh Encik Hussein?

. Terangkan tiga jenis pendapatan individu yang lain selain daripada (a)i.

. upah

. sewa - pemilik harta membenarkan hak penggunaan hartanya kepada orang lain.faedah - pemilik wang menyimpan wangnya di bank perdagangan untuk memperoleh faedahbayaran pindahan - individu menerima wang saku daripada ayahnya.

Perbezaan antara Barang keperluan & Barang kehendak

Keperluan dan kehendak IndividuKeperluan dapat dibahagikan kepadakeperluan asasdankeperluan lain.Keperluan asasialah keinginan individu terhadap barang dan perkhidmatan bagi membolehkan mereka menjalankan kehidupannya.Kehendak individudapat ditakrifkan sebagai keinginan individu untuk memiliki barang dan perkhidmatan bagi mencapai kehidupan yang lebih selesa.

Perbezaan antara keperluan dengan kehendakKeperluan dapat ditakrifkan sebagai keinginan individu terhadap sesuatu barang dan perkhidmatan bagi membolehkannya hidup pada tahap keselesaan yang minimum manakala kehendak pula dapat ditakrifkan sebagai keinginan individu

BELANJAWAN PERIBADI

1. Belanjawan peribadiialah satu anggaran pendapatan dan perbelanjaan untuk satu tempoh yang akan datang.

2. Individu perlu membuat belanjawan peribadi supaya tidak berbelanja lebih daripada pendapatan boleh gunanya.

3. Perbelanjaan individu boleh dikategorikan kepada tiga jenis barang yang utama iaitu:

a. barang tahan lamai. boleh digunakan untuk tempoh yang panjang dan melebihi tempoh 1 tahun

ii. tidak mudah rosak

iii. terdiri daripada barang kehendak

iv. contoh : kipas, peti sejuk, dan televisyen

b. barang tidak tahan lamai. boleh digunakan untuk tempoh yang singkat, iaitu kurang daripada setahun

ii. mudah rosak

iii. terdiri daripada barang keperluan harian seperti sayur-sayuran, minyak petrol, dan minuman.

c. Perkhidmatan- terdiri daripada perkhidmatan seperti pengangkutan, pendidikan, dan perubatan.

4. Langkah-langkahnya untukmenyediaan belanjawan peribadi:SPM FOKUSa. Mengenalpasti punca pendapatan dan potongan wajib

b. Mencatatkan semua perbelanjaan yang diperlukan.

c. Menysun segala perbelanjaan tersebut mengikut keutamaan

d. Mengimbangkan pendapatan boleh guna dengan perbelanjaan

e. Melakukan tabungan dan mencatatnya bagi memupuk amalan suka menabung.

5. Kepentingan Belanjawan Peribadia. Mengelakkan pembaziran belanjawan peribadi dapat membantu individu mendahulukan barang yang penting. Perancangan awal dapat membantu individu untuk membeli barang yang perlu sahaja. Oleh itu, pembaziran dapat dielakkan.

Menggalakkan individu untuk menabung penyediaan belanjawan peribadi membolehkan individu mengagihkan sebahagian daripada pendapatan mereka untuk tujuan tabungan. Tabungan sangat berguna pada masa hadapan untuk menghadapi saat-saat kecemasan, untuk tujuan pendidikan dan menghadapi perkara di luar jangka.

Menyelaraskan perbelanjaan dengan pendapatan dengan penyediaan belanjawan peribadi, individu dapat merancang perbelanjaannya mengikut pendapatan yang ada. Tanpa belanjawan peribadi, individu sukar mengawal perbelanjaan mereka dan menyebabkan perbelanjaan melebihi pendapatan.

Membantu mengawal inflasi belanjawan peribadi dapat mengawal individu daripada berbelanja terhadap barang yang tidak diperlukan. Maka, keadaan ini dapat membantu mengawal harga di pasaran daripada terus meningkat. Oleh itu, masalah inflasi akan dapat dikawal.

Mengelakkan individu daripada berhutang penyediaan belanjawan peribadi membolehkan individu mengimbangkan antara perbelanjaan dengan pendapatan. Maka, perbelanjaan melebihi pendapatan tidak berlaku. Oleh itu, individu dapat mengelak daripada berhutang.

TABUNGANSPM FOKUS

1. Ialah pendapatan boleh guna yang tidak dibelanjakan.Secara rumusS =Yd- C2. Tabungan adalah positif jika pendapatan boleh guna melebihi perbelanjaan penggunaan Tabungan adalah negatif jika pendapatan boleh guna kurang daripada perbelanjaan penggunaan. Tabungan adalah sifar jika pendapatan boleh guna sama dengan perbelanjaan penggunaan.

3. Antaratujuan tabunganialah perbelanjaan kecemasan dan awasan, jaminan masa depan,pembelian harta, pendidikan,pembelian barang tahan lama,pulangan tabungan, pelaburan perniagaan, pelancongan dan ibadat haji.

4. Tabungan diperlukan oleh individu untuk membiayai semua perbelanjaan kecemasan dan awasan seperti kemalangan dan kecemasan yang mungkin berlaku pada bila-bila masa.

5. Cara-cara menabungIndividu boleh membuat tabungan di pelbagai institusi kewangan bank atau bukan bank. Antaranya:

Bank perdagangan

Syarikat kewangan

Bank Simpanan Nasional

Lembaga Tabung Haji

Koperasi

Unit Amanah

Syarikat Insurans nyawa.

Konsep TabungunSPM FOKUS

-> Formula= Pendapatan boleh guna - Semua perbelanjaan

SoalanPendapatan benar yang tinggi membolehkan individu menabung.Mengapakah individu perlu menabung?

PINJAMANSPM FOKUS

1. Pinjaman berlaku apabila perbelanjaan individu melebihi pendapatannya.

2. Tujuan Pinjamana. Menampung perbelanjaan semasa / hairan individu meminjam apabila pendapatan boleh gunanya tidak cukup untuk membeli barang hairan. Hal ini demikian kerana individu telah berbelanja lebih daripada pendapatan boleh gunanya

b. Membeli barang tahan lama individu meminjam untuk membeli barang tahan lama seperti kereta dan rumah kerana harganya mahal. Individu biasanya membayar pendahuluan dan selebihannya meminjam dari institusi kewangan

c. Menghadapi saat kecemasan individu meminjam ketika berlaku kecemasan. Apabila berlaku kecemasan seperti sakit, individu memerlukan wang dengan segera untuk tujuan perubatan. Oleh itu, individu membuat pinjaman

d. Menampung kos pendidikan kos pendidikan di peringkat yang lebih tinggi sangat mahal. Oleh itu, individu terpaksa membuat pinjaman dari institusi kewangan dan agensi kerajaan

3. Individu sebagai pengeluar juga membuat pinjaman untuk tujuan berikut:a. Memulakan sesuatu perniagaan individu memerlukan pinjaman untuk memulakan perniagaan kerana modal yang banyak diperlukan untuk membeli bahan mentah, pejabat dan aset tetap

b. Menambah modal pengeluar meminjam untuk membeli barang modal seperti mesin, jentera dan bangunan supaya dapat meningkatkan produktiviti

c. Meningkatkan produktiviti apabila perniagaan menambahkan bilangan modal yang dimiliki, produktiviti pengeluaran akan meningkat

d. mengurangkan pembayaran cukai sesetengah syarikat besar akan melakukan pinjaman untuk tujuan mengurangkan pembayaran cukai syarikat.

4. Sumber Pinjaman banyak Bank Perdagangan

Syarikat kewangan

Bank Simpanan Nasional

Syarikat kredit

Bank Pertanian Malaysia

Syarikat Koperasi

Syarikat Insurans

Bank Islam memberikan pinjaman mengikut prinsip islam

Pinjaman tidak rasmi

Tujuan KWSP

Mencapai umur 55 tahun

Telah hilang akal atau keupayaan jasmani dan fizikal

Telah meninggal dunia.

Membeli tanah, komputer serta untuk pendidikan anaknya.

Pencarum juga boleh keluarkan wang KWSP untuk perubatan diri sendiri

PELABURANSPM FOKUS

1. Ialah perbelanjaan terhadap barang-barang modal atau penambahan stok modal atau harta untuk menambahkan pendapatan pada masa depan.

a. Tujuan pelaburan Meningkatkan pendapatan.

Menggantikan barang modal yang telah haus

Meningkatkan ekonomi ke arah kemajuan

b. Cara pelaburan Modal kerja,

Stok atau inventor

Skala dan keupayaan pengeluaran

Membina rumah kediaman

Harta benda

Pendidikan sumber manusia

2. TEKNIK PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

3. 4. 5. 6. 7. BAB 5

1. MAKSUD PASARAN, PERMINTAAN PASARAN DAN PENAWARAN PASARAN

2. JADUAL KESEIMBANGAN PASARAN

Jadual Permintaan dan Penawaran Buruh (Juruteknik) di Pasaran Faktor Buruh

3. KELUK KESEIMBANGAN PASARAN.

4. ALIRAN EKONOMI 2 SEKTOR

BAB 6

MAKSUD WANG DAN CIRI-CIRI WANG.

FUNGSI BANK PUSAT

2. PRINSIP PRINSIP BANK ISLAM.

BAB 3 : ISI RUMAH SEBAGAI PENGGUNA

PENGERTIAN ISI RUMAHSPM FOKUS

1. Peranan isi rumah sebagai unit ekonomi adalah seperti yang berikut:

i. Sebagai pembekal faktor faktor pengeluaran isi rumah bertindak sebagai pembekal faktor faktor pengeluaran[buruh,tanah,modal dan usahawan] dan memperoleh ganjaran dalam bentuk upah, faedah, sewa, dan untung daripada firma

ii. Sebagai pengguna barang dan perkhidmatan pendapatan yang diterima oleh isi rumah akan digunakan untuk membeli barang dan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan dan kehendaknya.

OBJEKTIF PENGGUNAAN ISI RUMAHSPM FOKUS

1. Isi rumah yang bijak dan rasional akan mengagihkan pendapatan yang diperoleh untuk membeli barang dan perkhidmatan berdasarkan kepentingan sesuatu barang dan perkhidmatan tersebut

2. Pendapatan yang terhad berbanding dengan kehendak yang tidak terhad akan mewujudkan masalah pilihan kepada isi rumah

3. Isi rumah akan membuat pilihan berdasarkqan kepuasan (utiliti) yang diperoleh daripada penggunaan barang dan perkhidmatan itu

4. Barang yang memberikan kepuasan maksimum akan dipilih oleh isi rumah.

5. Konsep utiliti jumlah utiliti iaitu jumlah kepuasan

utiliti sut ialah tambahan dalam jumlah utiliti akibat tambahan satu unit barang

PERMINTAAN

1. Hukum permintaanialah berkadarsongsang / negatifantara harga dan kuantiti barang dimintaSPM FOKUS

2. Perubahan dalam kuantiti dimintadisebabkan oleh perubahan harga barang itu sendiri dan digambarkan oleh pergerakan di sepanjang keluk permintaan yang sama.

3. Perubahan permintaandisebabkan oleh perubahan faktor-faktor lain selain daripada harga barang itu akan ditunjukkan oleh peralihan keluk permintaan sama ada ke kanan atau ke kiri selari dengan keluk permintaan asal.

4. Penentu permintaanSPM FOKUS

Soalan 1SPM FOKUS

Berdasarkan Jadual 3, jualan kereta persendirian dari tahun 1996 hingga tahun 1998 telah merosot. Terangkan faktor-faktor yang mungkin menyebabkan perubahan tersebut.

Faktor-faktor yang menyebabkan jualan kereta persedirian merosot:

i. Faktor harga kereta persendirian itu sendiri harga kereta persendirian yang mahal menyebabkan permintaan masyarakat berkurangan

ii. Faktor harga barang lain / barang pengganti / barang penggenap kos pengangkutan awam yang lebih murah / harga minyak petrol yang mahal menyebabkan pengguna mengurangkan permintaan terhadap kereta persendirian

iii. Faktor jangkaan harga masa depan harga kereta persendirian dijangka akan turun masa hadapan menyebabkan pengguna menanguhkan pembelian masa kini

iv. Citarasa / iklan cita rasa individu dipengaruhi oleh iklan iaitu iklan yang kurang berkesan dan mereka mungkin tidak gemar kepada model kereta penupang. Ini mengurangkan permintaannya.

v. Pendapatan individu / kegawatan ekonomi Pendapatan berkurangan akibat kegawatan ekonomi menyebabkan kuasa beli jatuh, permintaan jatuh

vi. Saiz dan struktur penduduk penduduk yang ramai terdiri daripada golongan kanak-kanak dan orang tua melebihi golongan muda menyebabkan permintaan kereta kurang mendapat sambutan

KEANJALAN HARGA PERMINTAAN

1. Maksud: Peratus perubahann dalam kuantiti diminta akibat peratus perubahan dalam harga barang itu

Ed= bermaksud kesan perubahan kuantiti diminta akibat perubahan

2. Secara ringkasnya, perubahan harga memberikan kesan yang berikut terhadap jumlah hasil.

Soalan 2

a. Berdasarkan keluk permintaan di atas, kira keanjalan harga permintaan ikan (Ed).

b. Jelaskan jenis-jenis keanjalan permintaan.

c. Berdasarkan keluk penawaran teh, huraikan kesan terhadap keluk penawaran dengan melukis satu gambarajah. (6m)

d. Selain faktor harga teh, terangkan 2 faktor lain yang boleh menyebabkan peralihan pada keluk penawaran kopi?

BAB 4 : FIRMA SEBAGAI PENGELUAR

Konsep Firma- maksud, objektif, peranan

Soalan 1

Apakah maksud firma dan terangkan objektif serta peranannya dalam ekonomi?SPM FOKUSFirmaialah unit ekonomi produktif sama ada organisasi atau unit pengeluaran yang menggunakan faktor-faktor pengeluaran untuk menghasilkan barang-barang atau perkhidmatan.

Firma berperanan menawarkan barang dan perkhidmatan dan membuat permintaan untuk faktor-faktor pengeluaran dengan menawarkan ganjaran untuk setiap faktor.

Objektif firma adalah untuk memaksimumkan keuntungan, meningkatkan jualan dan memaksimumkan kebajikan masyarakat.

Pengeluaran

1. Pengeluaranialah proses menggunakan sumber,ekonomi(input) untukmenghasilkan barang dan perkhidmatan(output).

2. Tempoh pengeluaran terdiri daripadajangka pendekdanjangka panjang. Ianya berkaitan denganinput pengeluaran.

3. Input pengeluaran terbahagi kepada input tetap dan input berubah.SPM FOKUS

4. Perbezaan konsep jangka pendek dan jangka panjang

Soalan 2

Hubungan antara AP (keluaran purata) & MP (keluaran merginal / sut) dan Perbezaan IT (input tetap & IB (input berubah) (8 m)

Hubungan AP (Keluaran Purata) & MP (Keluaran Marginal/Sut)Keluaran Purata (AP) adalah Jumlah Keluaran yang dapat dihasilkan oleh satu input berubah seperti buruh. Keluaran Marginal (MP) pula ialah jumlah perubahan dalam jumlah keluaran akibat pertambahan dalam input berubah. Hubungan perlu dikaji dan ditafsirkan berdasarkan data yang diberikan dalam soalan.

Perbezaan IT (Input Tetap) & IB (Input Berubah)Input Tetap ialah input yang tidak berubah pada sebarang tingkat output. Input berubah ialah input yang berubah mengikut tingkat output. Jangka masa pendek ialah jangka masa yang terdapat sekurang-kurangnya satu input tetap dan tingkat output dapat diubah dengan mengubah input berubah. Jangka masa panjang ialah jangka masa yang semua input adalah input berubah.

Pengiraan

Kos Pengeluaran

jumlah perbelanjaan yang dibuat oleh firma kerana penggunaan faktor , pengeluaran (buruh, modal, tanah dan usahawan) dalam proses pengeluaran.

Kos Pengeluaran

a)Jangka Pendek: Kos Tetap & Kos Berubah- Jumlah kos, Kos purata, Kos Sut

b)Jangka Panjang: Kos Berubah

Perbezaan antara kos tetap dan kos berubah

Dalam jangka pendek terdapat juga jenis-jenis kos berikut yang berasal daripada kos tetap dan kos berubah.

Penawaran

1. Hukum penawaranSPM FOKUSmenyatakan bahawa semakin tinggi harga, semakin banyak barang ditawarkan dan sebaliknya semakin rendah harga, semakin kurang barang ditawarkan dengan andaian ceteris paribus.

Hubungan antara harga (P) dengan kuantiti barang yang ditawarkan (Q) adalah langsung atau positif.

Hubungan antara tingkat harga barang dengan kuantiti barang yang ditawarkan dapat ditunjukkan melalui jadual penawaran dan keluk penawaran

Apabila harga sesuatu barang meningkat, kuantiti penawaran terhadap barang itu akan bertambah. Sebaliknya, apabila harga barang itu turun , kuantiti penawaran terhadap barang itu akan berkurangan.

2. Jadual penawarandigunakan untuk menunjukkan hubungan antara harga dan kuantiti sesuatu barang yang ditawarkan.

3. Keluk penawaran individu:SPM FOKUSGraf yang menunjukkan hubungan antara harga dan kuantiti sesuatu barang yang ditawarkan oleh firma tertentu dalam tempoh tertentu.

Soalan 3

Syarikat M&R Sdn Bhd telah menambah pengeluaran dari 50 000 Unit ke 80 000 Unit . Apabilla harga meningkat kepada RM1.50 seunit. Terangkan faktor-faktor selain daripada harga barang itu yang mendorong Syarikat M&R Sdn Bhd menambah pengeluaran

1. Tingkat teknologi Kemajuan teknologi seperti teknik pengeluaran yang lebih cekap akan membantu meningkatkan daya pengeluaran / dapat mengurangkan kos pengeluaran firma

2. Harga faktor pengeluaran / kos pengeluaran yang rendah Ini menyebabkan firma akan menggunakan lebih banyak faktor pengeluaran seperti buruh. Maka penawaran output firma akan meningkat .

3. Matlamat firma / pengeluaran untuk memaksimumkan jualan Syarikat M&R berusaha untuk memaksimumkan jualan/untung/menguasai pasaran. Oleh itu penawaran akan dapat menurunkan kos purata barang. Maka ini mendorong peningkatan penawaran barang

4. Dasar kerajaan yang positif / galakkan kerajaan Dasar kerajaan memberikan subsidi / mengurangkan cukai bahan mentah / menurunkan kadar faedah pinjaman. Ini dapat membantu merendahkan kos pengeluaran firma. Oleh itu, output dapat ditingkatkan

5. Kaedah cuaca yang menggalakan / musim Cuaca yang baik, membolehkan pengeluaran bertambah seperti sayuran dan ikan

6. Harga barang lain / harga barang pengganti / harga barang penggenap Apabila harga barang pengganti turun, menyebabkan Syarikat M&R meningkatkan penawaran / contoh

7. Jangkaan harga masa depan Syarikat M&R menjangkakan harga akan naik pada masa depan, menyebabkan Syarikat M&R meningkatkan penawaran pada masa kini.

Keanjalan Harga SS - Maksud, kiraan & tafsiran

Konsep Keanjalan Harga PenawaranSPM FOKUS

1. Perubahan dalam kuantiti ditawarPerubahan kuantiti yang ditawar bagi sesuatu barang akibat perubahan harga barang itu sendiri.

2. Perubahan penawaranPerubahan kuantiti penawaran sesuatu barang yang bukan disebabkan oleh perubahan harga barang itu sendiri.

3. Keanjalan harga penawaranTindak balas kuantiti sesuatu barang yang ditawar akibat perubahan harga barang itu.

Pekali keanjalan harga penawaran(E):

Nisbah peratus perubahan kuantiti ditawar bagi sesuatu barang kepada peratus perubahan harga barang itu.

Keanjalan harga penawaran anjal (ES > 1) Penawaran dikatakan anjal jika peratus perubahan kuantiti yang ditawarkan adalah lebih besar daripada peratus perubahan harganya (%AQ > % AP)

Barang yang mempunyai keanjalan harga penawaran anjal ialah barang perkilangan.Ini disebabkan firma perkilangan dapat menambahkan pengeluaran dengan cepat iaitu bertindak dengan cepat terhadap perubahan harga.

KEANJALAN HARGA PENAWARANSPM FOKUS

Maksud:Peratus perubahann dalam kuantiti ditawar akibat peratus perubahan dalam harga barang itu

Soalan 4

Jadual di bawah menunjukkanpenawaransejenis barang oleh Firma A dan Firma B

Berdasarkan jadual di atas

i. hitung penawaranpasaran pada tiap-tiap harga yang dinyatakan

ii. lukiskandanterangkanpembentukan keluk penawaran pasaran bagi barang tersebut[10 markah]

i. Contoh : pada harga RM 3, firma A 2 unit campur Firma B 6 unit pasaran & unit. Titik-titk penawaran pasaran pada setiap tingkat harga disambungkan untuk mendapatkan keluk penawaran pasaran.

ii. pembentukan keluk penawaran pasaran

apabila harga barang itu RM 3, kuantiti barang yang ditawarkan di pasaran ialah 2+6=8 unit yang ditunjukkan sebagai titik T dalam rajah. Seterusnya apabila harga RM 4, kuantiti barang yang ditawarkan di pasaran ialah5+7=12 unit yang ditunjukkan sebagai titik U dan akhirnya apabila harga RM 5, kuantiti di pasaran ialah 8+8=16 unit y7ang diwakili oleh titik V.

oleh itu, barang yang ditawarkan di pasaran pada harga RM 3, RM 4, RM 5 ditunjukkan oleh titik T, U, V. apabila titik ini disambungkan, akan diperoleh keluk penawaran pasaran barang itu yang ditandakan sebagai SSp.

keluk ini menunjukkan hubungan yang positif / secara langsung antara kuantiti barang yang ditawarkan dengan harganya.

Soalan 5

Seorang pengeluar mengeluarkan satu juta unit barang pada awal tahun dan menambah keluarannya pada akhir tahun.Huraikanfaktor-faktor yang mempengaruhikeputusan pengeluar tersebut.[15 markah]

i. Pertambahan permintaan pertambahan permintaan dari orang ramai adalah disebabkan:

kenaikan harga barang lain

pertambahan pendapatan isi rumah

perubahan cita rasa

musim iaitu cuaca dan perayaan

kenaikan gaji pekerja

ii. Matlamat pengeluar. firma telah mencapai matlamat keuntungan yang dijangkakan

. keupayaan pengeluaran membolehkan firma mendapat sumber kewangan yang cukup untuk menanggung kos pengeluaran. Lebihan untung boleh digunakan untuk melabur semula ke dalam firma dan seterusnya menjamin pertumbuhan pengeluaran.

a. memenuhi keperluan pengguna

a. firma mahu lebih ramai isi rumah memiliki barang tersebut. Oleh itu mendorong firma menambah keluaran barangnya di pasaran.

b. menguasai pasaran barang

b. bertanding dan bersaing dengan firma lain

a. Kos faktor pengeluaran jumlah pengeluaran maksimum yang boleh dicapai oleh firma berubah apabila bilangan faktor brubah ditambah atau dikurangkan. Jika kosnya jatuh atau rendah firma dapat membeli banyak faktor pengeluaran dan seterusnya dapat menambahkan keluaran barangan di pasaran.

Perubahan penggunaan teknologi pengeluaran / kemajuan teknologi tempoh setahun membolehkan pengeluar mengubah cara keluaran dengan menggunakan lebih banyak mesin dan jentara yang cekap dapat meningkatkan jumlah pengeluarannya.

Jangkaan harga masa depan firma mungkin menjangka harga akan naik pada masa hadapan. Oleh itu firma membuat keputusan untuk menambahkan pengeluarannya.

Polisi kerajaan / dasar kerajaan kerajaan menggalakkan pengeluaran dengan memberi subsidi yang menyebabkan kos pengeluaran menjadi lebih rendah yang akhirnya meningkatkan lagi pengeluaran.