power point eko
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
ANALISIS PERUBAHAN KOMPOSISI GUNA TENAGA
DALAM INDUSTRI PERKHIDMATAN DI
MALAYSIA PADA TAHUN 2000 HINGGA TAHUN 2005
Di sediakan oleh :Norhasnira Binti Jusoh
LATAR BELAKANG• Guna tenaga ialah jumlah tenaga buruh yang digunakan oleh berbagai kegiatan
ekonomi di dalam sesuatu negara.
• Sektor perkhidmatan pula merupakan salah satu daripada tiga sektor ekonomi, yang lainya adalah sektor sekunder (kira-kira sama seperti pembuatan) dan sektor premier (pertanian, dan pengekstrakan seperti perlombongan).
• Sektor perkhidmatan terdiri dari lima kategori sub-sektor iaitu kategori pertama adalah elektrik,gas dan air, kategori kedua sub-sektor pengangkutan, penyimpanan dan kominikasi, kategori ketiga sub-sektor perdagangan borong dan runcit, penginapan dan restoran, , kategori keempat sub-sektor kewangan, insurance, hartanah dan perkhidmatan perniagaan dan kategori kelima sub-sektor perkhidmatan kerajaan dan sub-sektor perkhidmatan lain-lain.
• Sektor perkhidmatan terus mengekalkan peratusan pekerjaan tertinggi di mana sektor perkhidmatan membekalkan jumlah guna tenaga yang terbesar jika dibandingkan dengan sektor-sektor lain dalam negara.
• Sektor perkhidmatan memainkan peranan yang sangat penting dalam menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.
• Kekurangan tenaga kerja mahir dan berpendidikan tinggi akan lebih meruncing dalam persaingan global yang sengit kerana tenaga kerja yang berkualiti akan tertarik ke negara yang menyediakan peluang paling baik.
• Persoalannya, dengan pencapaian produktiviti yang negatif, adakah sasaran Malaysia untuk mencapai komposisi guna tenaga penuh dalam sektor perkhidmatan menjelang tahun 2020 dapat direalisasikan?
• Bagi menjawab persoalan ini, kajian ini dilakukan bagi menganalisis perubahan komposisi guna tenaga dalam sektor perkhidmatan dan mengkaji pertumbuhan guna tenaga dalam sektor perkhidmatan pada tahun 2000 hingga tahun 2005.
PERNYATAAN MASALAH
Mengkaji pertumbuhan guna tenaga dalam sektor perkhidmatan dari tahun
2000 hingga 2005.
Menganalisis faktor-faktor
perubahan komposisi guna
tenaga dalam industri
perkhidmatan pada tahun
2000 hingga 2005.
OBJEKTIF KAJIAN
KAEDAHKAJIAN
Kajian
Kepustaka
an
Analisis Data
Rujukan Internet
Laporan
Agensi
Kerajaan
KAJIAN KEPUSTAKAAN
Mengunjungi perpustakaan di Perpustakaan Awam di Bandar Permaisuri untuk menjalankan
penyelidikan sumber-sumber yang ada disitu dengan cara merujuk
buku rujukan seperti buku ilmiah untuk menguatkan lagi bukti kajian
ini.
RUJUKAN INTERNET
Menggunakan kemudahan ICT
dengan melayari laman sesawang berkaitan dengan
tenaga buruh untuk mendapatkan
maklumat tambahan
LAPORAN AGENSI KERAJAAN
Menganalisis data melalui laporan agensi kerjaan iaitu Unit Perancang Ekonomi dan
Kementerian Sumber Manusia bagi mendapatkan data
mengenai tenaga buruh dalam sektor perkhidmatan di
Malaysia.
ANALISIS DATA
Pengiraan Peratus
Perbandingan
Ringkasan
HASIL
KAJIAN
Pertumbuhan Tahunan Guna Tenaga Sektor
Perkhidmatan
• Jumlah pertumbuhan tahunan guna tenaga ekonomi ialah sebanyak 39.38 peratus dari tahun 2000 hingga 2005.
• Peratusan pertumbuhan tahunan dalam sektor perkhidmatan sangat memberangsangkan di mana pertumbuhan tahunan guna tenaga dalam sektor perkhidmatan ialah sebanyak 31.97 peratus iaitu pertumbuhan yang jauh lebih tinggi berbanding sektor-sektor lain yang hanya mencatatkan pertumbuhan tahunan guna tenaga sebanyak 7.41 peratus.
PERKHIDMATAN LAIN-LAIN0
5
10
15
20
25
30
35
Purata Pertumbuhan Tahunan Guna Tenaga (%)
SEKTOR
Faktor-faktor Perubahan Komposisi Guna Tenaga Sektor Perkhidmatan
• Hasil menunjukkan perubahan komposisi guna tenaga dalam sektor perkhidmatan adalah positif iaitu sebanyak 424,861 orang.
• Permintaan domestik mencatatkan perubahan yang positif iaitu sebanyak 401,703 orang. (lambakan pekerja asing yang berkemahiran).
Permintaan Domestik Eksport Penggantian Import Perubahan Produktiviti Perdagangan Bersih
-2500000
-2000000
-1500000
-1000000
-500000
0
500000
1000000
1500000
Perubahan Komposisi Guna Tenaga
• Namun begitu, elemen eksport menunjukkan perubahan yang negatif iaitu sebanyak 1,987,545 orang (permintaan perkhidmatan negara di pasaran antarabangsa semakin berkurangan - kemelesetan ekonomi yang berlaku pada tahun 2000 berikutan krisis ekonomi yang melanda sekitar awal tahun 1999).
• Penggantian import telah mencatatkan nilai yang positif iaitu 1,225,270 orang (menimbulkan masalah defisit dalam imbangan perkhidmatan - nilai eksport negative).
• Ekoran daripada elemen eksport yang mengalami penurunan manakala penggantian import yang didapati bernilai positif, perdagangan bersih mencatatkan nilai yang negatif iaitu sebanyak 762,275 orang dari tahun 2000 hingga 2005 (penggunaan teknologi tinggi kurang digunakan bagi menjana dan mengeluarkan produk yang berkualiti dan berdaya saing).
• Seterusnya, perubahan produktiviti buruh didapati mengalami penurunan dari tahun 2000 hingga 2005. Hasil menunjukkan penurunan produktiviti adalah sebanyak 1,003,358 orang (pihak kerajaan tidak membuat pemantauan pada tahap yang maksimum agar keberhasilan pelbagai dasar yang telah ditetapkan dicapai).
CADANGAN• Pihak kerajaan haruslah mengatur pelbagai strategi bagi
meningkatkan prestasi pertumbuhan sektor perkhidmatan ke tahap yang optimum. Ini kerana dengan perancangan dan strategi yang baik dalam sektor perkhidmatan terutamanya perkara yang meliputi aspek pelaburan modal manusia, secara tidak langsung ianya akan mempercepatkan lagi pertumbuhan ekonomi negara.
• Kerajaan perlulah memainkan peranan yang penting dalam merangka dasar-dasar agar ianyanya memberi manfaat kepada semua pihak. Contohnya, perlaksanaan dasar pelaburan modal manusia bagi membentuk perubahan komposisi guna tenaga yang positif perlulah diselarikan dengan penggunaan teknologi tinggi agar ianya dapat menjana dan mengeluarkan produk yang berkualiti dan berdaya saing.
• Lambakkan pekerja asing yang mempunyai kemahiran rendah perlulah dikurangkan agar ianya dapat membuka peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.
PENUTUP/RUMUSAN• Perubahan komposisi guna tenaga secara keseluruhannya dalam
sektor perkhidmatan adalah bernilai positif iaitu pada tahap yang memberangsangkan.
• Pertumbuhan sektor perkhidmatan dan setiap subsektor perkhidmatan semakin meningkat bermulanya tahun 2005 berbanding dari tahun 1995 yang sentiasa berlaku turun naik dalam tingkat produktiviti. Ini disebabkan oleh faktor kecanggihan teknologi.
• Pelbagai langkah dan usaha perlu dijalankan oleh negara bagi meningkatkan ekonomi pada tahap yang lebih tinggi dalam usaha mencapai matlamat untuk melahirkan guna tenaga yang berkualiti dan berkemahiran tinggi setanding dengan guna tenaga di negara-negara maju yang lain.
SEKIAN
TERIMA KASIH