edu 3102 perkembangan kanak-kanak
DESCRIPTION
PISMP BM SEMESTER 1 JANUARI 2012TRANSCRIPT
KERJA KURSUS PENDEK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU 3102)
1.0 PENGENALAN
Teori Perkembangan Kognitif yang dipelopori oleh Jean Piaget tidak asing lagi
dari dahulu hinggalah ke hari ini. Bahkan teori ini mendapat banyak kitikan dari
pelbagai pihak. Ada yang menyokong teori yang di asaskan oleh beliau bahkan ada
yang menolak kewujudan teori beliau. Dalam teori perkembangan Jean Piaget,
beliau telah mengutarakan beberapa peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak
iaitu terbahagi kepada empat antaranya, tahap sensori motor, tahap praoperasi,
tahap operasi konkrit dan operasi formal.
Kanak-kanak dalam peringkat sensori motor atau juga dikenali sebagai deria
motor berumur lingkungan 1 bulan hingga 2 tahun manakala peringkat praoperasi
berusia lingkungan 2 hingga 7 tahun. Dalam peringkat operasi konkrit kanak-kanak
berusia dalam lingkungan 7 hingga 12 tahun dan operasi formal berusia sekitar 12
tahun ke atas.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS 1
KERJA KURSUS PENDEK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU 3102)
2.0 TUGASAN A (BERKUMPULAN)
2.1 KRITIKAN TEORI JEAN PIAGET
Jean Piaget atau nama sebenarnya Jean Will Fritz Piaget merupakan seorang
ahli psikologi dan juga ahli falsafah yang sangat disegani melalui kajiannya terhadap
kanak-kanak. Dilahirkan pada 9 Ogos 1896 di Neuchatel, Switzerland, Jean Piaget
adalah anak sulung kepada Arthur Piaget yang merupakan seorang professor di
Universiti Neuchatel dan juga anak kepada Rebecca Jackson. Ketika berumur 11
tahun, Jean Piaget telah menulis satu karangan ilmiah yang berkenaan dengan
seekor ‘albino sparrow’ yang merupakan permulaan terhadap penulisan-
penulisannya yang lain dimana melebihi 60 buah buku dan ratusan artikel. Minat
utama Jean Piaget adalah berkenaan moluska. Minatnya ini telah menjadikannya
terkenal sehingga ke peringkat universiti. Jean Piaget telah menyambung
pengajiannya di Universiti Neuchatel selepas tamat persekolahan tinggi dalam
bidang Sains Tulen dimana dia memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) ketika
berumur 22 tahun.
Piaget kemudian telah berhijrah ke Perancis selepas berada di Universiti Zurich
selama satu semester. Pada ketika ini, minat beliau terhadap bidang psikoanalisis
bermula. Di Perancis, beliau telah bekerja di sebuah institusi kanak-kanak lelaki yang
dibangunkan oleh Alfred Binet dan De Simon. Jean Piaget telah menyelaraskan
satu ujian kepintaran (test of intelligence) dan melakukan kajian pertama beliau
berkenaan pertumbuhan minda (the growing mind) selepas Alfred Binet dan De
Simon membangun satu ujian untuk mengukur kepintaran kanak-kanak.Beliau
kemudiannya telah dilantik sebagai pengarah pengajian di institut J.J Rousseau di
Geneva atas permintaan Sir Ed. Claparede dan P.Bovet pada tahun 1921 dan pada
waktu ini, beliau telah menerbitkan satu artikel yang merupakan artikel pertamanya
tentang psikologi kepintaran. Di Institut J.J Rousseau, Piaget bersama-sama dengan
para pelajarnya telah mula mengkaji tentang penaakulan kanak-kanak sekolah
rendah. Piaget meneruskan kajiannya tentang kognitif kanak-kanak dengan
menggunakan anak-anaknya sebagai bahan kajian. Beliau bersama isterinya
mengkaji perkembangan intelek dari masa kanak-kanak serta perkembangan bahasa
anak-anak mereka. Pada tahun 1955, beliau telah mewujudkan dan mentadbir ‘The
International Center For Genetic Epistemology’ sehingga akhir hayatnya pada 16
September 1980. Kajiannya mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS 2
KERJA KURSUS PENDEK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU 3102)
adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat iaitu Peringkat Deria Motor (0-
2 tahun), Peringkat Pra Operasi (2-7 tahun), Peringkat Operasi Konkrit (7-12 tahun)
dan Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun). Teori perkembangan kognitif
kanak-kanak oleh Jean Piaget menghuraikan tentang bagaimana kanak-kanak
memperoleh pengetahuan. Tahap yang pertama merupakan golongan kanak-kanak
yang baru lahir sehingga berumur 2 tahun. Tahap yang kedua ialah praoperasi, iaitu
kanak-kanak yang berumur 2 tahun sehingga 6 tahun. Tahap perkembangan yang
ketiga merupakan tahap operasi konkrit, iaitu kanak-kanak yang berumur 7 tahun
hingga 11 tahun dan akhir sekali ialah tahap yang keempat iaitu tahap operasi
formal, yang terdiri daripada kanak-kanak berumur 11 tahun ke atas. Jean Piaget
berpendapat bahawa kanak-kanak perlu melalui tahap-tahap berikut sebelum melalui
tahap-tahap perkembangan yang lebih kompleks.
Namun begitu, teori Piaget terhadap perkembangan kanak-kanak ini masih
dipertikai mengenai kebenarannya. Menurut Gelman dan Baillargeon (1983), mereka
mengatakan bahawa jika kanak-kanak melalui setiap peringkat perkembangan
kognitif berdasarkan set operasi yang khusus maka mereka juga sepatutnya dapat
menyelesaikan semua masalah yang memerlukan set operasi yang sama. Sebagai
contoh, peringkat operasi konkrit sebagaimana yang telah diutarakan oleh Jean
Piaget dalam teorinya menunjukkan kemampuan pemuliharaan kanak-kanak dalam
angka dan berat pada masa yang sama. Namun dalam kajian yang dilakukan oleh
Klausmeier dan Sipple pada tahun 1982 menunjukkan keadaan yang berbeza di
mana kanak-kanak sentiasa menunjukkan kemampuan pemuliharaan berat lebih
lewat berbanding pemuliharaan angka. Hal ini bermakna pada peringkat operasi
konkrit kanak-kanak lebih dahulu memahami konsep angka daripada berat .
Selain itu, dari segi metodologi pula, Jean Piaget hanya menjalankan
kajiannya terhadap ketiga-tiga orang anaknya sahaja. Hal ini dibuktikan dalam karya
penulisan Dr. Paul Suparno di dalam buku yang berjudul Teori Perkembangan
Kognitif Jean Piaget di mana beliau menyatakan bahawa Piaget meneruskan
penelitian dalam bidang perkembangan kognitif kanak-kanak bersama isterinya
menerusi ketiga-tiga orang anaknya pada tahun 1920 hingga 1930. Hasil penelitian
Piaget keatas anak-anaknya telah dibukukan dalam buku yang bertajuk The Origins
of Intellegence in Children dan The Construction of Reality In The Child. Menurut Jas
Laile Suzana Jaafar dalam buku yang bertajuk Pengenalan Kepada Psikologi
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS 3
KERJA KURSUS PENDEK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU 3102)
Kanak-kanak dan Remaja, beliau menyatakan ketidaksesuaian kaedah yang beliau
gunakan untuk kajiannya. Responden kajian beliau hanyalah tiga orang anaknya dan
bukan 40 atau 50 orang responden yang dapat mewakili satu persampelan yang
lebih besar. Jas Laile Suzana juga menyatakan bahawa kemungkinan wujud
keputusan yang bias kerana bilangan responden yang sedikit, tiada pemerhati yang
lain dan kurang kawalan semasa Piaget jalankan kajian. Apabila kajian yang sama
dijalankan dengan lebih ramai responden dan kawalan yang lebih baik dalam
makmal, aliran tahap perkembangan Piaget dapat membuktikan kebenarannya tetapi
tidak pada umur sebenar perubahan itu berlaku. Hal ini amatlah tidak menepati
piawaian yang sepatutnya di samping tidak mengambil kira faktor baka merupakan
satu faktor penting yang mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak. Hal ini
turut menjelaskan bahawa beliau mengambil kira semua kanak-kanak adalah
serupa dengan anak-anaknya tanpa berfikir bahawa setiap kanak-kanak mempunyai
tahap kognitif yang berbeza. Menurut Arnold Gesell faktor baka merupakan
penggerak utama dalam perkembangan seseorang individu. Sedangkan Jean Piaget
hanya menggunakan ketiga-tiga orang anaknya sahaja sebagai kajian. Hal ini jelas
menunjukkan kelemahan teori ini. Bahkan Ginsburg dan Opper (1988) dalam buku
Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget karya Dr. Paul Suparno turut mengatakan
metodologi yang digunakan oleh Jean Piaget adalah lemah dan tidak lengkap.
Mereka berpendapat bahawa pengamatan seorang bapa terhadap anaknya
berkemungkinan tidak tepat dan meragukan kerana mempunyai hubungan darah.
Hal ini turut disokong oleh Wodworth (1989) yang mengatakan bahawa teori
perkembangan Jean Piaget bukan suatu yang mantap dan tetap serta tidak lengkap.
Objektif teori yang dibuat oleh Piaget ini adalah untuk mengkaji bagaimana
kanak-kanak mengadaptasikan dan mengaitkan selain mengubahsuai kemahiran
asas atau skema yang ada dalam kognitif seseorang kanak-kanak selepas
menerima input atau pengetahuan baru. Pendapat atau saranan beliau ini walau
bagaimana pun tidak dapat diterima dengan sepenuhnya kerana perkembangan
kognitif kanak-kanak tidak hanya bergantung kepada perubahan umur sahaja tetapi
juga bergantung kepada faktor-faktor lain.Antaranya ialah faktor persekitaran atau
faktor latar belakang dan faktor pengalaman. Faktor-faktor ini juga memainkan
peranan penting dalam perkembangan kognitif kanak-kanak.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS 4
KERJA KURSUS PENDEK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU 3102)
Selain itu, jika dilihat peringkat perkembangan kognitif yang telah diutarakan
oleh Jean Piaget, ianya seolah-olah mengetepikan golongan kanak-kanak yang
bekeperluan khas. Sebagai contoh, tahap perkembangan kognitif kanak-kanak
normal dan kanak-kanak bekeperluan khas adalah berbeza. Contoh individu yang
mempunyai masalah mental seperti sindrom, lembam, dan sebagainya manakala
masalah fizikal seperti cacat penglihatan,pekak dan bisu. Jean Piaget perlu
melakukan kajian ke atas setiap individu tidak mengira kanak-kanak biasa atau yang
bermasalah kerana tidak semua mempunyai tahap pemikiran dan perkembangan
kognitif yang sama. Hal ini membuktikan Jean Piaget tidak mampu menjelaskan
elemen diatas dengan ilmiah dan jelas. Mengikut Fisher (1980), di dalam buku
Pengenalan Kepada Psikologi Kanak-kanak dan Remaja karya Jas Laile Suzana
Jaafar, beliau telah menyarankan bahawa perkembangan kanak-kanak dalam
sesuatu bidang seperti bahasa, penyelesaian masalah, main peranan dan lain-lain
lagi bergantung kepada pengalaman mereka. Namun begitu, Piaget percaya bahawa
perkembangan kognitif merupakan proses semula jadi dan perkembangan struktur
kognitif kanak-kanak dipelajari secara sendiri tanpa pengajaran orang dewasa.
Menurut Burger, 1988 mengatakan Jean Piaget lebih menumpukan kanak-
kanak biasa dan tidak mengambil kira perbezaan individu atau kanak-kanak dari segi
warisan, budaya dan pendidikan. Selain itu, Jean Piaget juga sangat mementingkan
pengetahuan dalaman individu dan tidak mengambil kira motivasi dan pengajaran
luaran dalam teori perkembangan kognitifnya. Dalam teori kognitif Jean Piaget
beliau membahagikan peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak kepada empat
peringkat seperti yang telah dinyatakan. Hal ini berbeza dengan teori perkembangan
kognitif Jerome Bruner. Menurut Jerome Bruner (1915), dalam teori perkembangan
kognitifnya terdapat tiga sahaja peringkat perkembangan kognitif iaitu peringkat
Enaktif (0-2 tahun), peringkat Ikonik (2-4 tahun) dan peringkat Simbolik (5-7 tahun).
Di samping itu, Bruner juga menghuraikan teori perkembangan kognitifnya
berlandaskan kepada teori pengajaran bukan teori pembelajaran. Hal ini selari
dengan pendapat Burger yang mengtatakan bahawa jean Piaget tidak menekankan
individu dari segi motivasi dan pengajaran luaran.
Jean Piaget perlu mengambil kira perbezaan individu dari segi latar belakang
keluarga contohnya jika kanak-kanak itu berasal daripada keluarga yang kaya maka
tahap pemikiran mereka adalah lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang yang
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS 5
KERJA KURSUS PENDEK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU 3102)
miskin. Hal ini kerana kanak-kanak yang kaya mempunyai banyak kemudahan untuk
belajar iaitu mereka mampu membeli buku-buku rujukan, komputer dan sebagainya.
Oleh itu, tahap pemikiran mereka adalah lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang
miskin. Selain itu, Jean Piaget juga perlu melihat seseorang individu dari aspek
kebudayaan dan pendidikan.
Menurut Robert Hurighurst perkembangan manusia di pengaruhi oleh
persekitarannya, nilai-nilai, norma dan budaya masyarakat. Pendapat ini sama
seperti Burger (1988) mengatakan bahawa Jean Piaget tidak mengambil kira
perbezaan individu dari aspek kebudayaan. Hal ini kerana keluarga yang kaya
mampu untuk membeli banyak buku untuk dibaca. Oleh itu, kanak-kanak ini lebih
gemar membaca buku kerana ianya merupakan budaya keluarga berbanding
dengan kanak-kanak yang miskin yang tidak mampu membeli buku menyebabkan
budaya membaca mereka menjadi kurang. Hal ini akan menyebabkan tahap
pemikiran di antara setiap individu berbeza mengikut kebudayaan masing-masing.
Di samping itu,Jean Piaget juga hanya mementingkan pengetahuan dalaman
individu dan tidak mementingkan motivasi dan pengajaran luaran. Hal ini tidak begitu
tepat kerana motivasi adalah penting kepada seseorang individu kerana motivasi
akan mendorong seseorang melakukan sesuatu dan interaksi berlaku secara terus-
menerus antara motivasi dan tingkah laku menurut Imam Al-Ghazali. Motivasi juga
penting untuk pembelajaran yang berkesan dan pendorong untuk kanak-kanak
melakukan sesuatu menurut Dr. Omar Al- Syaibani dalam buku Falsafah Pendidikan
Islam. Seterusnya, Piaget banyak menyentuh tentang contoh sains dan matematik
dalam teori perkembangan kognitifnya. Hal ini mungkin kerana beliau ialah seorang
ahli biologi. Namun begitu, hal ini tidak sesuai kerana beliau hanya menumpukan
kajiannya lebih kepada sains dan matematik dan beliau sepatutnya mengemukakan
contoh-contoh secara keseluruhan seperti yang ada di persekitaran kita. Hal ini akan
lebih memudahkan kanak-kanak memahami apa yang ingin disampaikan.
Selain itu, Piaget juga telah membuat beberapa andaian terhadap teori
perkembangan kognitif kanak-kanak ini. Antaranya andaian yang dibuat oleh Piaget
ialah kanak-kanak mempelajari sendiri banyak perkara tanpa bantuan orang yang
lebih dewasa. Namun apa yang berlaku ialah kanak-kanak memerlukan bantuan
daripada orang dewasa untuk mempelajari sesuatu perkara. Contohnya, seorang
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS 6
KERJA KURSUS PENDEK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU 3102)
kanak-kanak itu akan mengetahui sebiji epal setelah ibunya memperkenalkan buah
epal itu kepadanya dan kemudiannya memberitahu kepada kanak-kanak itu bahawa
apa yang dilihatnya itu adalah sebiji epal. Justeru, kanak-kanak tidak dapat
mempelajari sesuatu yang baru itu tanpa bantuan daripada orang dewasa. Selain itu,
kanak-kanak tersebut mungkin akan tersalah konsep sesuatu benda itu. Sebagai
contoh, apabila kanak-kanak melihat permukaan bumi yang rata, mereka akan
mengandaikan bahawa bumi ini adalah rata dan leper. Pada hakikatnya bumi adalah
sfera dan tidak rata jika kanak-kanak ini mengetahui konsep yang diajar oleh orang
dewasa kepada mereka. Oleh itu, bantuan daripada orang dewasa sangatlah penting
untuk memberi pengetahuan atau ajaran yang baru kepada kanak-kanak ini.
Disamping itu, Piaget juga telah membuat andaian bahawa kanak-kanak
secara semula jadi termotivasi untuk belajar dan tidak memerlukan motivasi dalam
bentuk ganjaran daripada orang dewasa. Apa yang dimaksudkan oleh Piaget ini
adalah kanak-kanak akan termotivasi untuk belajar sendiri sesuatu yang digemarinya
tanpa paksaan daripada mana-mana pihak. Sebagai contoh, kanak-kanak yang
menggemari angka-angka, akan termotivasi untuk lebih cenderung mendalami ilmu
matematik dan kanak-kanak ini akan sentiasa membuat latihan matematik dengan
sendirinya tanpa disuruh oleh orang dewasa. Namun begitu, kebanyakkan kanak-
kanak yang menggemari subjek matematik kurang berminat untuk mendalami bidang
sastera seperti subjek bahasa. Justeru, kanak-kanak tersebut memerlukan motivasi
daripada orang dewasa untuk mempelajari subjek yang kurang digemarinya dan
guru perlulah sentiasa memberikan peneguhan positif sebagai salah satu cara
memotivasikan murid tersebut bagi menggalakkan murid tersebut untuk belajar
subjek yang kurang digemarinya itu.
Selain itu juga, Jean Piaget telah mengutarakan andaian beliau terhadap teori
perkembangan kanak-kanak ini bahawa kanak-kanak membina sendiri pengetahuan
baru berdasarkan pengalaman yang diperolehinya. Kenyataan Piaget dalam hal ini
mungkin tepat. Hal ini demikian kerana melalui pengalaman-pengalaman lalu bukan
sahaja orang dewasa dapat membina pengetahuan baru ini malah ianya juga dapat
memberikan satu pengetahuan untuk kanak-kanak membina pengetahuan mereka
untuk kegunaan masa hadapan. Sebagai contoh, apabila seorang kanak-kanak
belajar berjalan. Kanak-kanak tersebut akan cuba berjalan walaupun mereka telah
jatuh beberapa kali. Selepas jatuh untuk beberapa kali, kanak-kanak tersebut akan
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS 7
KERJA KURSUS PENDEK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU 3102)
menjadikan pengalaman yang lalu untuk mereka membina pengetahuan yang baru
bagi mencapai matlamat mereka untuk berjalan sendiri tanpa bantuan orang lain
sehinggalah mereka berjaya berjalan dengan betul tanpa mendapat sebarang
bantuan lain. Walau bagaimanapun, dalam hal ini juga mungkin Piaget telah tersalah
dalam membuat andaiannya ini kerana pengetahuan itu diberikan oleh orang yang
lebih dewasa berdasarkan pengalaman kanak-kanak tersebut. Semasa kanak-kanak
menjalankan ujikaji tentang subjek Sains dalam makmal sains misalannya, guru
perlu memberi penerangan kepada kanak-kanak tersebut untuk menjadikan
pengalaman itu bermakna dan seterusnya membina pengetahuan pelajar tersebut.
Jika kanak-kanak itu dibiarkan tanpa penerangan daripada gurunya maka
pengalaman itu akan menjadi sia-sia dan kanak-kanak tersebut tidak dapat
membentuk pengetahuan yang baru.
Kesimpulannya teori yang diperkenalkan oleh Piaget mempunyai beberapa
kelemahan tetapi teori beliau menjadi asas kepada perkembangan kanak-kanak.
Menurut Jean Piaget (1896-1980), perkembangan kognitif kanak-kanak adalah
berbeza dan berubah melalui empat perinkat dan setiap peringkat perkembangan
kognitif kanak-kanak merupakan faktor penting yang mempengaruhi pembentukan
konsep, sama ada konkrit atau abstrak. Bagi menguatkan teori ini, Piaget telah
membuat hujah yang logik melalui pendedahan yang dibuat oleh Piaget melalui
teorinya iaitu pededahan kepada kanak-kanak adalah secara berperingkat dan
mengikut kematangan. Perubahan ini bermula daripada satu peringkat ke satu
peringkat dan seterusnya hanya akan berlaku apabila kanak-kanak tersebut
mencapai tahap kematangan yang ideal dan terdesah kepada pengalaman yang
relevan. Jika kanak-kanak tersebut tidak memiliki pengalaman-pengalaman
tersebut, besar kemungkinan kanak-kanak tersebut dianggap tidak mampu mencapai
tahap perkembanagan kognitif yang tinggi. Sesungguhnya teori kognitif ini dapat
membantu kanak-kanak menguasai pembelajaran mereka dan juga dapat
memudahkan persediaan guru untuk mengajar kelak. Kanak-kanak yang masih
berada pada tahap sensorimotor tidak akan memahami pembelajaran peringkat
operasi formal. Semua pembelajaran adalah berdasarkan kematangan minda kanak-
kanak dan berkait rapat dengan umur kanak-kanak. Secara konklusinya, hujah Jean
Piaget adalah logik dan boleh diterima kerana kanak-kanak yang lebih matang boleh
memahami pengajaran yang lebih kompleks.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS 8
KERJA KURSUS PENDEK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU 3102)
3.0 TUGASAN B (INDIVIDU)
3.1 INDIVIDU A (JUNAIDA BINTI SHUKOR)
A) ANALISIS KRITIKAN TEORI JEAN PIAGET
Kritikan Teori Jean Piaget sememangnya terdapat kebenarannya
sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Berger 1988 di mana beliau mengatakan
bahawa Jean Piaget mengambil masa yang terlalu lama untuk menerangkan ciri-ciri
perkembangan kanak-kanak tanpa mengambil kira perbezaan setiap individu yang
berlainan keturunan, budaya dan juga latar pendidikan. Sebagaimana yang telah
beliau utarakan dalam teorinya, kanak-kanak mengalami empat peringkat proses
perkembangan kognitif antaranya peringkat sensori motor, peringkat praoperasi,
peringkat operasi konkrit dan peringkat operasi formal. Gelman dan Baillargeon 1983
turut mempertikai keempat-empat peringkat teori perkembangan kognitif yang telah
diutarakan oleh Jean Piaget.
Jika dilihat kajian yang telah dijalankan oleh Jean Piaget terhadap kanak-
kanak dalam peringkat praoperasi iaitu lingkungan usia dua hingga tujuh tahun,
kanak-kanak gagal menggambarkan proses transformasi. Sebagai contoh, apabila
batang kayu jatuh dari keadaan tegak, dia hanya akan dapat tumpukan perhatiannya
kepada kedudukan tegak kayu atau kedudukan baringnya. Saya juga telah
melakukan eksperimen yang sama dengan menggunakan sebatang kayu ketika
menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah terhadap murid-murid Tahun 1 dan
hasil eksperimen saya mendapati bahawa kanak-kanak menjawab pelbagai jawapan
dan tiada jawapan yang khusus untuk eksperimen tersebut. Hal ini membuktikan
bahawa kritikan terhadap Jean Piaget berkenaan peringkat praoperasi yang telah
diperkenalkan beliau tidak tepat sama sekali. Jean Piaget juga telah mendapat
kritikan berkaitan tentang peringkat perkembangan kognitif operasi konkrit yang
mengatakan bahawa kanak-kanak menguasai kedua-dua konsep angka dan berat
sekaligus sedangkan kajian yang dilakukan oleh Klausmeier dan Sipple pada tahun
1982 menunjukkan perkara yang sebaliknya. Saya juga telah menjalankan
eksperimen berkaitan isu tersebut terhadap murid Tahun 5 dan buktinya jelas
menunjukkan bahawa kanak-kanak terlebih dahulu memahami konsep angka
kemudian diikuti dengan berat dan ukuran-ukuran yang lain.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS 9
KERJA KURSUS PENDEK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU 3102)
Jika dilihat pada teori perkembangan kognitif yang diutarakan oleh Jean
Piaget, beliau lebih menekankan perkembangan kanak-kanak normal tanpa
mengambil kira permasalah kognitif yang dialami oleh golongan berkeperluan khas.
Beliau seolah-olah menyamakan perkembangan kognitif kanak-kanak normal
dengan kanak-kanak abnormal adalah serupa. Melalui Pengalaman Berasaskan
Sekolah yang telah saya jalankan beberapa minggu yang lepas, perkembangan
kognitif kanak-kanak sangatlah berbeza berbanding kanak-kanak normal. Saya telah
memasuki kelas Pendidikan Khas di mana ianya terdiri daripada kanak-kanak yang
mempunyai masalah pendengaran, percakapan, penglihatan dan lembam serta
mempunyai lingkungan usia antara lapan hingga empat belas tahun. Golongan
kanak-kanak berkeperluan khas ini mempunyai perkembangan kognitif yang agak
lambat jika dibandingkan kanak-kanak normal yang lain di mana mereka sangat
lambat dalam proses belajar, bertutur dan seumpamanya.
Jean Piaget juga memberi pendapat bahawa kanak-kanak belajar sendiri
melalui pengalaman yang diperolehi tanpa bantuan orang lain. Hal ini amat
bertentangan dengan apa yang pernah saya lalui semasa menjalankan aktiviti
Pengalaman Berasaskan Sekolah di mana kanak-kanak perlu diberi bimbingan dan
tunjuk ajar dari orang lain dalam proses belajar. Jika dilihat kaedah kajian yang
dilakukan oleh Jean Piaget dalam memberikan hujah berkaitan dengan teorinya,
beliau lebih banyak menggunakan subjek Matematik dan Sains tanpa mengambil
kira faktor motovasi luaran terhadap diri kanak-kanak. Melalui pengalaman yang
telah saya jalankan di sekolah, kanak-kanak lebih cepat berkembang tahap
kognitifnya sekiranya diberi galakan dan sokongan yang padu.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS 10
KERJA KURSUS PENDEK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU 3102)
B) REFLEKSI
Teori yang diperkenalkan oleh Jean Piaget ini sesuai dilaksanakan dalam
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas di mana beliau berpendapat bahawa isi
kandungan pelajaran hendaklah disusun mengikut peringkat perkembangan kognitif
kanak-kanak iaitu daripada senang kepada yang susah serta mengikut
perkembangan fizikal kanak-kanak. Hal ini bermakna setiap perkara yang di ajar
kepada murid-murid perlulah bersesuaian mengikut tahap umur.
Menurut Piaget dalam buku Perkembangan Kanak-kanak karya Mok Soon
Sang, pembelajaran merupakan perubahan bentuk tingkah laku. Pembelajaran yang
baru dan kompleks hendaklah menggunakan proses akomodasi untuk mengubah
struktur kognitifnya dan mengadaptasikan keperluan situasi pembelajaran yang
dihadapinya. Hal ini bermaksud sebagai seorang guru kita seharusnya bersedia
mengubah sikap dan tingkah laku murid dengan menyerap nilai-nilai murni dalam
sesuatu pembelajaran dan pengajaran. Kanak-kanak juga perlu diberi galakan serta
bimbingan dalam melaksanakan sesuatu aktiviti dengan menyediakan aktiviti yang
menarik perhatian mereka. Jika dilihat dengan lebih jelas, teori perkembangan
kognitif Jean Piaget sesuai diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam
subjek Sains dan Matematik kerana kebanyakkan kaedah kajian yang dilakukan oleh
Jean Piaget adalah menggunakan metode Sains dan Matematik seperti mengukur
konsep keabadian sesuatu benda maujud dan menguji keupayaan kanak-kanak
dalam mengamati operasi songsang.
Selain itu, teori Jean Piaget ini juga sesuai diajar dalam matapelajaran Bahasa
Melayu di mana tahap penguasaan bahasa kanak-kanak adalah mengikut peringkat
umur. Hal ini membolehkan kita memahami serta meneliti terlebih dahulu isi
kandungan pembelajaran terhadap pelajar yang mempunyai perbezaan peringkat
umur ini. Walaupun teori Jean Piaget menerima banyak kritikan dari pelbagai pihak,
ianya tetap masih boleh diaplikasikan dalam pembelajaran dan pengajaran di dalam
kelas.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS 11
KERJA KURSUS PENDEK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU 3102)
3.2 INDIVIDU B (MOHD. SOFIAN BIN HJ. HUSIN)
A) ANALISIS KRITIKAN TEORI JEAN PIAGET
Teori Perkembangan Kognitif kanak-kanak yang telah dikemukakan oleh Jean
Piaget menjadi asas rujukan bagi setiap ahli psikologi kanak-kanak sehingga ke hari
ini. Teori yang dikemukakan oleh Piaget yang terdiri daripada empat peringkat
perkembangan kognitif iaitu tahap sensori motor atau deria motor ( 0-2 tahun ), tahap
praoperasi ( 2-7 tahun ), tahap operasi konkrit (7-12 tahun ) dan tahap operasi formal
(12 hingga dewasa) mempunyai banyak kelemahan walaupun ianya merupakan satu
teori yang amat terkenal berkaitan dengan perkembangan kogntif kanak-kanak.
Kelemahan utama yang dapat dikenalpasti ialah Jean Piaget banyak menggunakan
kaedah yang tidak sesuai.
Salah satu daripada kaedah yang tidak sesuai itu ialah Jean Piaget
menggunakan bilangan responden yang sedikit untuk membuktikan teorinya.
Berdasarkan ujian kognitif yang dijalankan pada Pengalaman Berasaskan Sekolah di
Sekolah Kebangsaan Siong, Baling, Kedah yang lalu, didapati bahawa terdapat
kanak-kanak yang mampu berfikir diluar peringkat yang dinyatakan dalam teori Jean
Piaget. Satu ujian kognitif isipadu air (Gambar 1) seperti yang telah dilaksanakan
Jean Piaget bagi membuktikan teorinya terhadap kanak-kanak tahap praoperasi (2-7
tahun) dijalankan pada tahun satu dengan bilangan murid sebanyak 24 orang dan
telah mendapati bahawa terdapat sejumlah tiga hingga lima orang murid yang dapat
memberi respon yang tepat.
Soalan yang telah diajukan kepada murid-murid dalam ujian kognitif tersebut
antaranya seperti berikut:
Soalan 1 : Adakah isipadu air sama banyak?
Soalan 2 : Adakah isipadu air masih sama banyak?
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS 12
Gambar 1
KERJA KURSUS PENDEK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU 3102)
Soalan 3 : Bekas yang manakah mengandungi isipadu air yang banyak?
Dalam ujian ini, air dimasukkan kedalam dua bekas cawan yang sama saiz
dalam isipadu yang sama banyak. Kemudian soalan 1 telah diajukan kepada murid-
murid tersebut. Jawapan yang diberikan oleh mereka adalah seperti yang
dikehendaki. Kemudian air pada cawan berlabel B telah dimasukkan kedalam bekas
leper (pinggan) kemudian soalan 2 telah diajukan dan didapati beberapa orang murid
dapat memberikan jawapan yang betul iaitu isipadu air adalah sama. Akhir sekali,
soalan 3 diajukan bagi memastikan murid-murid yang memberikan jawapan yang
betul benar-benar tahu akan jawapan bagi soalan 2 dan ternyata sebilangan murid
tersebut sekali lagi dapat menjawab dengan betul. Hal ini dapat menunjukkan
perbezaan daya kognitif kanak-kanak adalah berbeza antara satu sama lain.
Justeru, teori yang dikemukakan Jean Piaget memang menggunakan kaedah yang
tidak sesuai terutamanya dalam usaha beliau membuktikan teorinya.
Selain itu, kelemahan teori Jean Piaget juga ialah menggunakan kaedah lisan
dalam kajiannya. Seperti yang kita sedia maklum, penguasaan bahasa kanak-kanak
masih lemah terutamanya pada tahap praoperasi dimana kanak-kanak sedang
memperoleh ataupun mempelajari sesuatu bahasa tersebut. Kanak-kanak sukar
untuk memahami sesuatu makna perkataan secara tepat. Semasa Pengalaman
Berasaskan Sekolah yang lalu, ujian untuk membuktikan keberkesanan penggunaan
kaedah lisan yang dilakukan oleh Jean Piaget telah dijalankan juga pada tahun satu
namun kelas yang berbeza dengan jumlah murid seramai 23 orang. Didapati, kanak-
kanak memang sukar untuk memahami soalan-soalan tertentu yang diajukan secara
lisan kepada mereka namun mereka tetap menjawab walaupun soalan yang diajukan
tidak difahami oleh mereka. Seterusnya, soalan diajukan dengan menggunakan
bahan rangsangan seperti gambar. Murid-murid kali ini dapat menjawab dengan
tepat dan ini menunjukkan bahawa murid-murid tersebut lebih mudah memahami
sesuatu soalan dengan bantuan bahan rangsangan tersebut berbanding soalan yang
diajukan secara lisan sahaja. Justeru, hal ini jelas menunjukkan bahawa kanak-
kanak akan memberikan jawapan yang tidak tepat jika soalan yang diajukan tidak
dapat difahami oleh mereka.
Disamping itu, Jean Piaget hanya mementingkan pengetahuan dalaman
individu dan tidak mementingkan motivasi dan pengajaran luaran didalam teorinya.
Hal ini tidak tepat sama sekali kerana faktor persekitaran banyak membantu kanak-
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS 13
KERJA KURSUS PENDEK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU 3102)
kanak menerima dan mempelajari pengetahuan yang baharu. Pemerhatian yang
dilakukan semasa PBS yang lalu dapat membuktikan bahawa kanak-kanak banyak
mempelajari pengetahuan baharu menerusi persekitarannya. Pemerhatian yang
dilakukan pada PBS yang lalu memperlihatkan kanak-kanak memperoleh
pengetahuan melalui guru, iaitu menerusi pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas (P & P) dan juga melalui rakan sebaya serta banyak lagi faktor persekitaran
yang lain. Oleh hal yang demikian, faktor persekitaran banyak mempengaruhi
perkembangan daya kognitif kanak-kanak.
Kesimpulannya, banyak kelemahan yang boleh dikenalpasti didalam teori
perkembangan Kognitif Jean Piaget. Walaupun teori ini penting dan masih lagi
diajdikan rujukan oleh sesetenga pihak, namun kelemahan-kelemahan teori ini patut
dijadikan sempadan oleh semua pihak terutamanya warga pendidik kerana teori
Jean Piaget mempunyai banyak percanggahan idea tentang pembelajaran kanak-
kanak.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS 14
KERJA KURSUS PENDEK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU 3102)
B) REFLEKSI
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya
dapat juga saya dan rakan-rakan menyiapkan tugasan kerja kurus pendek (KKP) ini
dan juga dapat kami tempuhi aktiviti Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) pada
tempoh hari. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para
pensyarah yang banyak membantu saya dan rakan-rakan dalam usaha kami
menyiapkan tugasan ini. Saya juga ingin berterima kasih kepada rakan-rakan
sekumpulan yang banyak membantu dalam usaha saya menyiapkan tugasan ini dan
juga melaksanakan PBS dari segi perkongsian maklumat dan sebagainya. Ucapan
terima kasih juga saya ucapkan kepada semua yang banyak membantu saya dan
maaf dipita kerana tidak sempat saya sebutkan nama disini.
Sepanjang Pengalaman Berasaskan Sekolah yang lalu, banyak pengajaran-
pengajaran penting yang telah saya perolehi. Antaranya ialah pengajaran dari segi
bagaimana untuk berinteraksi dengan berkesan. Sebelum ke sekolah bagi
melaksanakan Pengalaman Berasaskan Sekolah yang lalu, saya dan rakan-rakan
telah diberi taklimat awal berkaitan dengan teknik komunikasi atau interaksi yang
baik bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan. Teknik yang diiajar pada saya
dan rakan-rakan pada mulanya dianggap tidak penting oleh saya. Namun, semasa
melaksanakan PBS, sangkaan saya mula meleset apabila mendapati interaksi yang
baik amat diperlukan bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan daripada warga
sekolah. Saya bersyukur kerana teknik berinteraksi secara berkesan yang diajar
masih diingati dan seterusnya dapat saya gunakan bagi berinteraksi dengan warga
sekolah bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan disamping mengeratkan
ukhuwah dan sillaturrahim diantara saya dan warga sekolah. Justeru, pengalaman ini
mengajar saya jangan menambil mudah akan sesuatu perkara itu.
Disamping itu, pengajaran lain yang saya perolehi ialah pentingnya teknik
kawalan kelas yang baik. Semasa PBS yang lalu, pada hari kedua PBS, saya telah
memohon untuk mengendalikan sebuah kelas tahun tiga bagi mendapatkan
pengalaman mengendalikan kelas. Alhamdulilah, saya telah berjaya mendapat
peluang untuk mengendalikan kelas dan peluang itu telah saya gunakan sebaiknya.
Kelas yang dikendalikan oleh saya ialah kelas tahun tiga Nekad. Semasa mula-mula
menjejakkan kaki masuk kedalam kelas, murid-murid agak bising dan syukur sekali
lagi kerana di Institut, saya telah diajarkan teknik kawalan kelas yang baik. Untuk
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS 15
KERJA KURSUS PENDEK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU 3102)
meredakan kebisingan dalam kelas tersebut, saya terpaksa menggunakan nada
suara yang tinggi seperti yang diajarkan oleh pensyarah di Institut. Alhamdulilah,
kelas tersebut berjaya dikawal dengan baik oleh saya selepas itu sehingga tamat
kelas. Lantaran itu, saya telah dapat belajar bahawa teknik kawalan kelas sangat
penting bagi mengawal keadaan kelas.
Banyak lagi pengajaran yang saya perolehi sepanjang PBS ini dilaksanakan
namun ianya mungkin terlalu banyak untuk dinyatakan disini. Saya sekali lagi ingin
bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan rahmat-Nya dapat juga saya
melaksanakan PBS dan juga menyiapkan tugasan Kerja Kursus Pendek (KKP)
dengan jayanya.
Sekian, terima kasih.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS 16
KERJA KURSUS PENDEK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU 3102)
3.3 INDIVIDU C (MOHD. SYAMIM BIN ABDULLAH)
A) ANALISIS KRITIKAN TEORI JEAN PIAGET
Pada 4 hingga 8 Mac yang lalu, semua pelajar Program Ijazah Sarjana
Perguruan (PISMP) semester 1 telah menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah
(PBS) di sekolah yang telah dipilih para pelajar. Oleh itu, tujuan sampingan PBS ini
dijalankan adalah untuk kami melihat sejauh mana kebenaran tentang teori kognitif
kanak-kanak yang diperkenalkan oleh Jean Piaget itu adalah benar. Kajian ini
dijalankan selama 5 hari di Sekolah Kebangsaan Haji Hassan Itam. Sekolah ini juga
merupakan antara sekolah kategori luar bandar yang terdiri terdiri daripada pelajar
Prasekolah sehinggalah pelajar darjah 6. Kajian yang dibuat adalah melalui
beberapa kaedah untuk mendapatkan bukti dan kesahihan mengenai teori yang
dikemukakan oleh Piaget sepanjang PBS ini dijalankan.
Salah satu teori kognitif Piaget yang sering dibahaskan mengenai
kebenarannnya ialah empat tahap yang diperkatakan oleh Piaget. Antara tahap-
tahap tersebut ialah yang melibatkan bayi baru lahir sehingga umur 2 tahun (sensori
motor), kanak-kanak umur 2 tahun sehingga 6 tahun (praoperasi), 6 sehingga 7
tahun (operasi konkrit) dan akhir sekali kanak-kanak berumur 12 tahun
keatas(operasi formal). Menurut Jean Pieget , kanak-kanak perlu melalui keempat-
empat peringkat tahap perkembangan ini sebelum mereka mencapai tahap
perkembangan yang lebih kompleks. Oleh itu, satu kajian klinikal telah dibuat oleh
pengkaji dalam mengkaji proses perkembangan kognitif kanak-kanak ini melalui
pemerhatian intensif bermula dari bayi baru lahir sehingga kanak-kanak awal remaja
sebagai salah satu metodologi kajian. Di samping itu, Brunner (1915) di dalam buku
Perkembangan Kanak-Kanak yang ditulis oleh Mok Soon Sang telah bersetuju
dengan teori yang di kemukakan oleh Piget ini bahawa kanak-kanak perlu melalui
peringkat-peringkat yang tertentu.
Namun begitu, teori ini juga turut mempunyai kelemahannya tersendiri. Piaget
telah memberi satu rangka penerangan tentang perkembangan kognitif kanak-kanak
yang amat berfaedah. Walaubagaimanapun, Piaget tidak menerangkan tentang
kaitan antara teorinya dengan peristiwa-peristiwa empirikal, istilah-istilah penting
seperti asimilasi, akomodasi, keseimbangan dan tahap-tahap perkembangan
kognitifnya agak kurang jelas dan tidak tepat. Selain itu, Jean Piaget juga tidak
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS 17
KERJA KURSUS PENDEK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU 3102)
menyatakan dengan jelas bagaimana fahaman-fahaman ini berkait dengan tingkah
laku kanak-kanak itu sama ada kanak-kanak tersebut berjaya atau tiduk untuk
mengakomodasi maklumat-maklumat baru.
Disamping itu, ada juga pengkritik yang mempertikaikan kebenaran wujudnya
empat peringkat perkembangan kognitif yang disarankan oleh Piaget. Menurut
Gelman dan Baillargeon (1983) menyatakan sekiranya kanak-kanak melalui setiap
peringkat perkembangan kognitif berasaskan set operasi yang khusus, maka apabila
kanak-kanak tersebut berjaya memahirkan set operasi tertentu, mereka sepatutnya
juga dapat menyelesaikan semua masalah yang memerlukan set operasi yang
sama. Namun begitu, dalam kajian yang dilakukan oleh Klausmeier dan Sipple
(1982) menunjukkan keadaan yang berbeza di mana kanak-kanak sentiasa
menunjukkan kemampuan pemuliharaan berat lebih lewat daripada pemuliharaan
angka. Contohnya, apabila kanak-kanak menunjukkan kemampuan pemuliharaan
iaitu yang terdapat pada tahap operasi konkrit, maka berdasarkan teori Piaget,
kanak-kanak sepatutnya dapat menunjukkan kemampuan pemuliharaannya dalam
angka dan berat pada masa yang sama.
Selain itu, Piaget juga menggunakan kaedah yang tidak sesuai untuk
kajiannya. Pengkaji menggunakan tiga orang anaknya sebagai responden kepada
kajiannya sedangkan sesuatu kajian yang dilakukan seharusnya menggunakan 40
atau 50 orang responden yang dapat mewakili satu persampelan yang lebih besar.
Menurut Jas Laile Suzana Jaafar di dalam buku Pengenalan kepada Psikologi
Kanak-kanak dan Remaja, apabila kajian yang sama dijalankan dengan lebih ramai
responden dan kawalan yang lebih baik, aliran tahap perkembangan Piaget dapat
membuktikan kebenarannya tetapi tidak pada umur sebenar perubahan itu berlaku.
Jean Piaget juga seharusnya menjalankan kajian tersebut kepada pelajar-pelajar
yang kurang upaya seperti murid-murid pemulihan dan pendidikan khas. Kanak-
kanak normal dan kurang normal mempunyai tahap pemikiran yang berbeza, hal ini
juga dapat mempengaruhi keputusan yang bakal diperoleh.
Piaget mengandaikan bahawa kanak-kanak membina sendiri pengetahuan
berdasarkan pengalaman. Walaupun kanak-kanak mampu membina pengetahuan
berdasarkan pengalaman mereka dalam kehidupan seharian, namun tidak dapat
dinafikan bahawa kanak-kanak masih memerlukan penerangan daripada orang
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS 18
KERJA KURSUS PENDEK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU 3102)
dewasa untuk menjadikan pengalaman itu bermakna seterusnya mengukuhkan lagi
pengetahuan mereka. Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan semasa murid-
murid Tahun 6 menjalankankan ujikaji Sains di dalam makmal sains, guru telah pun
memberikan penerangan awal kepada murid-murid sebelum ujikaji dijalankan.
Melalui ujikaji yang dijalankan, murid-murid akan memperoleh pengalaman yang
bermakna seterusnya membina pengetahuan mereka sendiri melalui pengalaman
tersebut.
Selain itu, Piaget juga tidak menerangkan tentang perbezaan individu. Piaget
percaya bahawa perkembangan kognitif merupakan proses semula jadi dan
perkembangan struktur kognitif kanak-kanak dipelajari secara sendiri tanpa
pengajaran orang dewasa. Meskipun kanak-kanak mampu mempelajari sesuatu
benda secara sendiri tanpa bantuan orang dewasa, namun dibimbangi akan berlaku
pertentangan maklumat dalam kalangan kanak-kanak. Hal ini demikian kerana,
ketiadaan orang yang lebih dewasa untuk membantu dalam menerangkan sesuatu
perkara yang baru diperoleh kanak-kanak dengan jelas dan tepat. Berdasarkan
pengalaman semasa PBS, murid-murid prasekolah yang berumur 6 tahun
memerlukan penjelasan beserta beberapa contoh daripada guru sebelum
memulakan sesuatu aktiviti. Ternyata bahawa bantuan orang dewasa diperlukan
bagi membantu kanak-kanak mempelajari perkara baru.
Seterusnya, teori yang dikaji oleh Jean Piaget ini tidak mementingkan faktor
baka. Hal ini berlawanan dengan teori yang dikemukan oleh Arnold Gesell dimana
pengkaji ini mementingkan faktor baka sebagai salah satu faktor perkembangan
kognitif. Secara umumnya baka mempunyai kaitan dengan perkembangan kognitif
kanak-kanak. Melalui pemerhatian yang dilakukan semasa PBS, murid-murid yang
mempunyai ibubapa berpendidikan tinggi lebih cepat memperoleh apa yang
dipelajari berbanding dengan murid-murid yang mana ibubapanya hanya orang
biasa. Hal ini demikian kerana, murid-murid tersebut mewarisi baka daripada
ibubapa mereka.
Kesimpulannya, hasil dapatan kajian yang diperoleh sepanjang tempoh 5 hari
PBS berjalan ternyata menunujukkan bahawa kritikan terhadap teori perkembangan
kognitif Piaget juga mempunyai kelemahannya. Hasil analisis jelas membuktikan
bahawa teori Piaget telah memperkecilkan perkembangan kognitif kanak-kanak.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS 19
KERJA KURSUS PENDEK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU 3102)
B) REFLEKSI
Alhamdulilah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana akhirnya saya dapat
melaksanakan tugasan ini seperti mana yang telah ditetapkan.Jutaan terima kasih
juga kepada pihak IPG Kampus Perlis dan pihak Sekolah Kebangsaan Haji Hassan
Itam atas bimbingan dan tunjuk ajar serta kerjasama yang diberikan. PBS yang
dijalankan ini sedikit sebanyak dapat membantu dalam menyiapkan tugasan yang
diberikan berkaitan dengan teori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget.
Sepanjang PBS dijalankan, saya telah telah diminta untuk menggantikan
kelas untuk murid tahun 2, 5 dan juga 6. Melalui aktiviti tersebut, didapati bahawa
kawalan kelas amatlah penting bagi memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) berjalan dengan lancar. Pada awalnya, saya menghadapi
masalah untuk mengawal keadaan kelas.Namun begitu, hasil perbincangan dengan
rakan PBS yang lain dan guru-guru, akhirnya saya dapat menyelesaikan masalah ini
dengan tenang. Sebagai seorang guru, kawalan kelas amatlah penting untuk
memastikan murid-murid memberi fokus dan memastikan P&P berjalan dengan
lancar. Hal ini telah meninggalkan kesan dan menjadi pendorong kepada saya untuk
memperbaiki diri saya dari semasa ke semasa disamping melengkapkan diri dengan
pelbagai ilmu dan kemahiran baru.
Selain itu, melalui PBS ini juga saya dapat memahami tentang perkembangan
kognitif kanak-kanak dengan lebih mendalam. Hasil analisis yang dijalankan, didapati
bahawa setiap kanak-kanak mempunyai tahap perkembangan kognitif yang berbeza
mengikut peringkat umur mereka. Sebagai seorang guru, adalah amat penting untuk
mengetahui tentang tahap perkembangan kognitif murid-murid terlebih dahulu
sebelum memulakan proses P&P. Hal ini dapat membantu guru untuk merancang
dan melaksanakan proses P&P yang sesuai dengan tahap perkembangan kognitif
murid-murid serta menjamin keberkesanan proses P&P. Justeru, guru haruslah
mengajar murid-murid mengikut peringkat perkembangan mereka supaya murid-
murid mudah peroleh.
Seterusnya, melalui pemerhatian saya sewaktu menggantikan kelas
matematik, seorang guru matematik harus menumpukan perhatian terhadap kanak-
kanak dalam peringkat operasi konkrit dan memahami kebolehan mereka dalam
aktiviti pembelajaran. Murid-murid sekolah rendah hanya boleh memahami konsep
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS 20
KERJA KURSUS PENDEK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU 3102)
matematik melalui pengalaman konkrit. Oleh itu, alat bantu mengajar memainkan
peranan penting untuk menyampaikan konsep matematik dengan berkesan. Hal ini
demikian kerana, murid-murid suka menjalankan aktiviti pembelajaran dengan
menggunakan alat bantu mengajar. Justeru amatlah penting kepada seorang guru
untuk menyediakan alat bantu mengajar sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran
(P&P) berjalan.
Kesimpulannya, pengajaran yang telah diperoleh sepanjang PBS ini amatlah
bermakna dan bernilai dalam membentuk diri saya menjadi seorang guru yang
berkualiti pada masa akan datang. Pengajaran yang diperoleh akan saya jadikan
sebagai pendorong untuk saya terus berusaha meningkatkan kualiti diri saya
disamping melengkapkan diri dalam pelbagai bidang ilmu dan kemahiran baru
seiring dengan kemajuan dunia teknologi dan maklumat (ICT) kini.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS 21
KERJA KURSUS PENDEK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU 3102)
3.4 INDIVIDU D (NORSHAFIZA BINTI KAMARUDDIN)
A) ANALISIS KRITIKAN TEORI JEAN PIAGET
Berdasarkan Pengalaman Berasaskan sekolah (PBS) yang telah dijalankan
selama seminggu di sekolah, pelbagai pengalaman dan ilmu baru yang diperolehi
berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak di sekolah rendah
yang berkait rapat dengan teori perkembangan kognitif Jean Piaget ini. Hal ini kerana
setiap kanak-kanak mempunyai perkembangan kognitif yang berbeza-beza. iaitu
bertepatan dengan pendapat Burger (1988),yang menyatakan bahawa Jean Piaget
tidak mengambil kira perbezaan individu dari aspek baka, kebudayaan dan
pendidikan.
Melalui PBS yang telah di jalankan di sekolah, di dapati bahawa teori
perkembangan kognitif Jean Piaget kurang tepat yang menyatakan bahawa
pembelajaran kanak-kanak harus secara semula jadi kerana di sekolah kanak-kanak
belajar melalui pembelajaran di dalam kelas bukan secara semula jadi. Hal ini
kerana, setiap individu mempunyai tahap kecerdasan dan potensi yang berbeza-
beza. Menurut kajian ahli-ahli psikologi Galton (1865), Goddard (1890), Newman
(1865), dan Sheldon (1962) membuktikan bahawa setiap individu mempunyai
kecerdasan dan kebolehan intelek yang berbeza dengan rakan sebaya yang lain. Ini
jelas membuktikan bahawa kanak-kanak harus belajar dalam pembelajarannya
bukan semulajadi kerana setiap kanak-kanak mempunyai pemikiran dan kebolehan
yang berbeza-beza.
Berger, (1988), berpendapat bahawa Jean Piaget tidak mengambil kira
perbezaan individu dari segi baka, kebudayaan dan pendidikan. Hal ini dapat
diperhatikan dalam teori kognitifnya yang mementingkan carian dalaman individu
untuk pengetahuan dan tidak menekankan motivasi luaran. Motivasi adalah penting
bagi seseorang individu untuk melakukan sesuatu. Hujah ini bertepatan dengan kata-
kata Imam Al-Ghazali iaitu “motivasi akan mendorong seseorang individu melakukan
sesuatu”. Hasil daripada PBS yang dijalankan di sekolah , jelas bahawa kanak-kanak
memerlukan motivasi luaran yang banyak untuk belajar dan berfikir agar dapat
meningkatkan tahap pemikiran kognitif mereka.Dalam teori perkembangan kognitif,
Jean Piaget hanya melakukan kajian terhadap tiga orang anaknya sahaja tanpa
melakukan pemerhatian dan kajian terhadap individu lain dalam skala yang lebih
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS 22
KERJA KURSUS PENDEK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU 3102)
besar iaitu antara 40-50 responden di samping tidak mengambil kira perbezaan
kanak-kanak biasa dan kanak-kanak yang bermasalah seperti cacat, pekak, sindrom
dan sebagainya. Kanak-kanak yang mempunyai masalah ini kebanyakkannya adalah
disebabkan oleh faktor baka atau warisan contohnya jika ibu bapa normal akan
melahirkan anak yang normal dan sebaliknya. Menurut kajian Johann Gregor Mandel
(1822-1882), individu yang normal akan melahirkan anak yang normal mengikut gen
yang di bawa olehnya. Oleh itu, hujah ini jelas menyatakan bahawa perkembangan
kognif kanak-kanak adalah berbeza mengikut baka dan warisan.
Di sekolah, setiap kanak-kanak mempunyai perbezaan dari segi kognitif,
emosi dan cara berfikir. Hasil daripada PBS yang dijalankan di sekolah, jelas
menunjukkan bahawa kanak-kanak kelas pemulihan dan pemulihan pendidikan khas
amat berbeza dengan kanak-kanak biasa dari segi peringkat perkembangan kognitif
dan cara mereka berfikir. Flavell (1985), juga mengkritik Jean Piaget sebagai
seorang yang ingin menerangkan sesuatu hanya mengikut keinginan dirinya sendiri
tanpa memikirkan keperluan orang lain. Bukan sahaja kebanyakkan kajiannya tetapi
penulisannya juga menurut caranya sendiri contohnya dalam teori perkembangan
kognitifnya dia tidak mengambil kira perbezaan individu dari aspek pemikiran, mental
dan fizikal.
Selain itu, piaget juga berpendapat bahawa perkembangan kognitif awal
bergantung kepada motor dan deria. Beliau tidak terfikir mungkin otak bayi boleh
berkembang lebih cepat daripada keupayaan motor dan deria. Beliau juga percaya
bahawa bayi tidak faham tentang konsekuen tindakan terhadap persekitaran
sehingga berumur 4 atau 5 bulaniaiyu apabila mereka mempunyai kawalan ke atas
pergerakan tangan mereka. Namaun begitu, ada kajian yang telah membuktikan
bahawa bayi yang berumur 2 bulan pun telah dapat memahami bahawa tindakan
mereka akan member kesan terhadap persekitaran.
Jean Piaget juga telah memperkecilkan perkembangan kognitif kanak kanak-
kanak dalam teori perkembangan kognitifnya iaitu menyatakan bahawa
perkembangan kognitif kanak-kanak bergantung kepada empat peringkat-peringkat
yang terdapat dalam teorinya. Contohnya ada kajian yang membuktikan bahawa
kanak-kanak faham tentang konsep kekekalan objek lebih awal daripada apa yang
dijangka oleh Jean Piaget. Bukti-bukti kajian telah membuktikan bahawa kanak-
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS 23
KERJA KURSUS PENDEK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU 3102)
kanak praoperasi kurang menunjukkan sifat egosentrik seperti yang disangka oleh
Jean Piaget. Terdapat juga kanak-kanak praoperasi berupaya menyelesaikan
konsep yang lebih kompleks daripada apa yang disarankan oleh Jean Piaget jika
kana-kanak diberikan dan didedahkan dengan kaedah yang sesuai dengan mereka.
Hal ini jelas menunjukkan bahawa perkembangan kognitif dan cara pemikiran
kanak-kanak adalah lebih meluas dan tinggi berbanding dengan kajian yang
dilakukan oleh Jean Piaget. Hal ini kerana Jean Piaget hanya mengikut kehendak
dirinya dalam menjalankan pemerhatian ke atas kajiannya tanpa merujuk kepada
orang lain contohnya beliau menjalankan kajian terhadap tiga orang anak tanpa
mengambil kira individu-individu lain serta bilangan respondennya amat sedikit tidak
mencapai tahap responden yang sepantutnya iaitu antara 40 atau 50 orang
responden dalam sesuatu kajian. Oleh itu, terdapat sedikit kelemahan dalam teori
perkembangan kognitif Jean Piaget namun teorinya tetap sesuai digukan sebagai
rujukan.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS 24
KERJA KURSUS PENDEK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU 3102)
B) REFLEKSI
Syukur Alhamdulillah, saya telah Berjaya menyiapkan kerja kursus pendek
(KKP) perkembangan kanak-kanak yang diberikan oleh pensyarah pembimbing iaitu
Pn. Rohana binti Osman dalam masa yang telah ditetapkan. Saya juga telah
menyiapkan tugasan ini serentak dengan tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah
(PBS) yang perlu di buat selama seminggu di sekolah. Hal ini kerana PBS yang telah
dijalankan berhubung kait dengan tugasan perkembangan kanak-kanak. Dalam
usaha menyiapkan kerja kursus ini, saya telah berusaha mencari maklumat dan
bahan-bahan berkaitan dengan teori perkembangan kognitif Jean Piaget.
Antara usaha yang telah saya lakukan untuk mendapatkan maklumat tentang
tajuk tugasan ini ialah saya telah pergi ke sekolah Kebangsaan Sik untuk
menjalankan PBS, dengan itu saya telah menemui dengan beberapa orang guru di
sekolah tersebut dan mengadakan kolaborasi serta perbincangan untuk
mendapatkan maklumat berkaitan dengan teori perkembangan kognitif Jean Piaget.
Melalui perbicangan dengan guru-guru, saya telah mendapat banyak input-input baru
berkaitan dengan teori kognitif Jean Piaget. Saya berasa sangat seronok semasa
berada di sekolah kerana dapat menemu bual guru dan dapat berkongsi pengalaman
daripada guru-guru yang sangat berpengalaman dalam pengajaran murid di sekolah
rendah.
Selain itu, di sekolah saya juga telah melihat bagaimana kanak-kanak balajar
di dalam kelas dan suasana semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang
berlaku. Dari sini saya dapat membuat satu andaian bahawa kanak-kanak yang
umur sama dalam satu kelas mempunyai perbezaan dari segi pemikiran kognitif dan
tingkah laku. Oleh itu, saya dapat mengetahui bahawa tidak semestinya kanak-kanak
yang sama umur mempunyai pemikiran yang sama. Saya melihat dalam satu kelas
terdapat pelbagai ragam murid. Saya merasakan diri saya masih terlalu lemah dan
kurang ilmu untuk menjadi pendidik. Oleh itu, saya akan berusaha untuk
mempertingkatkan ilmu pengetahuan berkaitan dengan bagaimana cara untuk
mengawal murid dalam sesebuah kelas.
Melalui kerja kursus ini, saya juga telah mendapat banyak ilmu-ilmu yang
berkaitan dengan teori perkembangan kognitif Jean Piaget terhadap kanak-kanak
antaranya ialah saya dapat mengetahui peringkat-peringkat perkembangan kanak-
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS 25
KERJA KURSUS PENDEK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU 3102)
kanak iaitu ada empat peringkat deria motor, praoperasi, operasi konkrit dan operasi
formal. Saya juga telah dapat mengetahui apakah faktor-faktor yang menyebabkan
perbezaan seseorang kanak-kanak. Saya juga dapat menambah pelbagai ilmu dan
pengalaman baru antaranya ialah saya telah di beri peluang untuk masuk ke kelas
murid tahun empat dan saya telah dapat melihat sendiri bagaimana mereka belajar
dan berinteraksi dengan guru semasa dalam proses pengajaran dan pembalajaran.
Dalam kelas, saya melihat murid-murid sangat aktif dalam mengambil
bahagian contohnya semasa guru berkomunikasi dengan murid. Namun begitu, ada
juga murid yang kurang aktif. Di sini saya dapat melihat bahawa kanak-kanak
mempunyai kognitif dan tingkah laku yang berbeza. Saya juga dapat melihat sendiri
bagaimana seorang guru mengawal kelas dan melihat sendiri bahan-bahan bantu
mengajar yang di bawa oleh guru untuk mengajar murid-murid di dalam kelas. Saya
juga dapat mempelajari kaedah dan teknik-teknik pengajaran yang digunakan oleh
guru semasa dalam proses pengajaran dan pembekajaran di dalam kelas berlaku.
Kesimpulannya, kerja kursus dan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ini
banyak memberikan impak positif kepada saya kerana melalui tugasan ini juga saya
dapat membentuk pemikiran saya terhadap ilmu pendidikan dan dapat
memantapkan lagi pengetahuan saya dalam teori perkembangan kognitif kanak-
kanak Jean Piaget serta dapat melihat sendiri tahap perkembangan kognitif kanak-
kanak yang berbeza-beza melalui aktiviti-aktiviti yang dilakukan. Akhirnya, saya
berharap agar dapat menggunakan serta mengaplikasikan ilmu teori perkembangan
kognitif ini Jean Piaget ini dalam kehidupan saya serta dapat menggunakannya
dalam bidang profesion perguruan yang saya pilih dengan baik dan sempurna.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS 26
KERJA KURSUS PENDEK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU 3102)
3.5 INDIVIDU E (SITI AISYAH BINTI ROSLAN)
A) ANALISIS KRITIKAN TEORI JEAN PIAGET
Kritikan telah dilakukan ke atas Jean Piaget sebelum menjalankan PBS. Jean Piaget
merupakan seorang ahli psikologi dan juga ahli falsafah yang sangat disegani
melalui kajiannya terhadap kanak-kanak. Jean Piaget telah memberi sumbangan
yang besar dalam psikologi terutama dari segi penerangannya tentang
perkembangan kognitif yang luas. Walau bagaimanapun, ahli-ahli psikologi yang lain
bersependapat bahawa teori kognitif Jean Piaget mempunyai beberapa kelemahan.
Analisis telah dilakukan bagi mengenalpasti sama ada kritikan yang dilakukan ke
atas Jean Piaget adalah benar ataupun tidak semasa menjalankan Pengalaman
Berasaskan Sekolah (PBS).
Menurut Gelman dan Baillargeon (1983), mereka mengatakan bahawa jika
kanak-kanak melalui setiap peringkat perkembangan kognitif berdasarkan set
operasi yang khusus maka mereka juga sepatutnya dapat menyelesaikan semua
masalah yang memerlukan set operasi yang sama. Sebagai contoh, peringkat
operasi konkrit sebagaimana yang telah diutarakan oleh Jean Piaget dalam teorinya
menunjukkan kemampuan pemuliharaan kanak-kanak dalam angka dan berat pada
masa yang sama. Namun dalam kajian yang dilakukan oleh Klausmeier dan Sipple
pada tahun 1982 menunjukkan keadaan yang berbeza di mana kanak-kanak
sentiasa menunjukkan kemampuan pemuliharaan berat lebih lewat berbanding
pemuliharaan angka. Hal ini bermakna pada peringkat operasi konkrit kanak-kanak
terlebih dahulu memahami konsep angka daripada berat . Berdasarkan pemerhatian
yang dilakukan terhadap murid-murid tahun 1, didapati kanak-kanak memahami
konsep angka dahulu daripada berat. Mereka tidak dapat menyatakan berapa berat
sesuatu objek jika mereka tidak memahami konsep angka. Mereka juga memerlukan
objek konkrit atau maujud sebelum memahami konsep angka.
Selain itu, pemerhatian dari segi metadologi juga dilakukan semasa
menjalankan Program PBS. Menurut Laile Suzana Jaafar dalam buku yang bertajuk
Pengenalan Kepada Psikologi Kanak-kanak dan Remaja, beliau menyatakan
ketidaksesuaian kaedah yang beliau gunakan untuk kajiannya. Responden kajian
beliau hanyalah tiga orang anaknya dan bukan 40 atau 50 orang responden yang
dapat mewakili satu persampelan yang lebih besar. Hal ini amatlah tidak menepati
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS 27
KERJA KURSUS PENDEK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU 3102)
piawaian yang sepatutnya di samping tidak mengambil kira faktor baka merupakan
satu faktor penting yang mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak. Hal ini
turut menjelaskan bahawa beliau mengambil kira semua kanak-kanak adalah serupa
dengan anak-anaknya tanpa berfikir bahawa setiap kanak-kanak mempunyai tahap
kognitif yang berbeza. Pemerhatian telah dijalankan terhadap murid prasekolah
untuk peringkat praoperasi dan murid tahun 4 untuk peringkat operasi konkrit. Aktiviti
pengabadian cecair atau isipadu dijalankan untuk murid prasekolah. Contohnya,
isipadu air yang sama telah dituangkan ke dalam bikar yang berbeza saiz. Didapati
mereka mengatakan bahawa air dalam kedua-dua bikar sama banyak dan ada juga
yang mengatakan air dalam bikar bersaiz besar banyak. Jawapan tersebut
membuktikan bahawa kanak-kanak mempunyai tahap kognitif yang berbeza dan
faktor baka juga mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak. Terdapat
kanak-kanak berupaya menerima dan menghargai orang lain atau mereka kurang
egosentrik terhadap pemerhatian yang dilakukan tadi. Pada pendapat saya, hal ini
jelas menunjukkan bahawa hujah Jean Piaget mempunyai kelemahan dari segi
metadologi kerana beliau hanya jalankan kajian terhadap tiga orang anaknya sahaja
tanpa mengambil kira kanak-kanak lain yang mempunyai kognitif yang berbeza dan
disebabkan oleh faktor baka.
Tambahan pula, pemerhatian juga telah dilakukan terhadap kognitif kanak-
kanak normal dan kanak-kanak bekeperluan khas. Tahap kognitif kanak-kanak
normal dan kanak-kanak berkeperluan khas juga berbeza. Mereka tidak dapat
menguasai konsep pengabadian jisim, nombor, panjang, cecair dan luas walaupun
mereka telah berada di peringkat operasi konkrit serta mereka juga tidak boleh
berfikir secara logik. Jika dilihat peringkat perkembangan kognitif yang telah
diutarakan oleh Jean Piaget, ianya seolah-olah mengetepikan golongan kanak-kanak
yang bekeperluan khas. Jean Piaget perlu melakukan kajian ke atas setiap individu
tidak mengira kanak-kanak biasa atau yang bermasalah kerana tidak semua
mempunyai tahap pemikiran dan perkembangan kognitif yang sama. Hal ini
membuktikan Jean Piaget tidak mampu menjelaskan elemen diatas dengan ilmiah
dan jelas.
Menurut Burger (1988) mengatakan Jean Piaget lebih menumpukan kanak-
kanak biasa dan tidak mengambil kira perbezaan individu atau kanak-kanak dari segi
warisan, budaya dan pendidikan. Berdasarkan pemerhatian, kanak-kanak itu berasal
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS 28
KERJA KURSUS PENDEK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU 3102)
daripada keluarga yang kaya maka tahap pemikiran mereka adalah lebih tinggi dan
mereka juga berada di kelas hadapan berbanding kanak-kanak yang yang miskin
yang kebanyakkannya berada di kelas belakang. Hal ini kerana kanak-kanak yang
kaya mempunyai banyak kemudahan untuk belajar iaitu mereka mampu membeli
buku-buku rujukan, komputer dan sebagainya. Oleh itu, tahap pemikiran murid yang
kaya adalah lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang miskin. Selain itu, Jean Piaget
juga perlu mengambil kira perbezaan dan melihat seseorang individu dari aspek
kebudayaan dan pendidikan serta warisan dan latar belakang keluarga. Ini jelas
menunjukkan kelemahan hujah Piaget yang tidak mengambil kira perbezaan
individu.
Akhir sekali, Jean Piaget juga sangat mementingkan pengetahuan dalaman
individu dan tidak mengambil kira motivasi dan pengajaran luaran dalam teori
perkembangan kognitifnya. Menurut Dr. Omar Al- Syaibani dalam buku Falsafah
Pendidikan Islam, motivasi juga penting untuk pembelajaran yang berkesan dan
pendorong untuk kanak-kanak melakukan sesuatu. Hasil pemerhatian, murid-murid
memerlukan dorongan daripada guru sebelum memulakan proses pengajaran dan
pembelajaran serta inginkan pujian daripada guru sebagai dorongan dan sokongan
untuk meningkatkan prestasi pembelajaran. Hal ini menunjukkan hujah Piaget tidak
begitu tepat. Begitu juga dengan andaian yang dibuat olehJean Piaget juga tentang
kanak-kanak mempelajari sendiri banyak perkara tanpa bantuan orang lebih biasa
adalah tidak tepat. Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan terhadap budak
prasekolah, mereka memerlukan guru untuk mempelajari sesuatu perkara iaitu
dengan adanya benda maujud atau bahan konkrit sebelum mengenal konsep
sesuatu perkara. Contohnya, mereka akan mengenali kapal terbang setelah guru
menyatakan dan menunjukkan objek kapal terbang permainan kepada mereka serta
bilangannya jika belajar tentang konsep angka. Oleh itu, bantuan daripada orang
dewasa sangatlah penting untuk memberi pengetahuan dan ajaran yang baru
kepada kanak-kanak.
Kesimpulannya, hasil pemerhatian dan aktiviti yang dijalankan terhadap
murid-murid semasa Program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), terbukti
banyak hujah Jean Piaget mempunyai kelemahan, tidak mantap dan tidak lengkap.
Hasil kritikan yang telah dilakukan terhadap Jean Piaget semasa Program
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS 29
KERJA KURSUS PENDEK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU 3102)
Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) adalah benar dan telah terbukti melalui
pemerhatian dan aktiviti yang dilakukan terhadap murid-murid di sekolah.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS 30
KERJA KURSUS PENDEK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU 3102)
B) REFLEKSI
Alhamdulillah, terdapat banyak pengajaran-pengajaran yang saya dapat daripada
pengalaman aktiviti saya berdasarkan teori perkembangan kognitif Jean Piaget
dengan murid-murid di sekolah semasa Program Pengalaman Berasaskan
Sekolah(PBS). Banyak pemerhatian dan aktiviti yang saya lakukan bagi
menganalisis sejauh mana kebenaran kritikan yang saya lakukan terhadap hujah
Jean Piaget.
Pertama, saya dapat mengenali murid-murid biasa dan murid-murid yang
bekeperluan khas yang mempunyai banyak perbezaan. Tahap perkembangan
kognitif murid-murid pendidikan khas ini amat berbeza dengan murid-murid biasa
atau normal oleh sebab mereka mempunyai masalah mental seperti sindrom,
lembam dan masalah fizikal seperti cacat penglihatan, pekak dan bisu. Pada
mulanya, saya memerhati seorang murid di kelas pendidikan khas. Murid ini
kelihatan seperti murid normal tetapi dia mempunyai masalah iaitu lembam. Tahap
kognitif murid pendidikan khas amat berbeza dengan murid biasa dan tahap kognitif
murid bekeperluan khas yang berada di tahap operasi konkrit tidak dapat lagi
menguasai konsep pengabadian dan tidak dapat berfikir secara logik.
Kedua, saya dapati murid di kelas yang hadapan dan di kelas belakang
mempunyai tahap kognitif yang berbeza. Kelas hadapan agak bijak dan kebanyakan
murid di kelas hadapan mempunyai latar belakang keluarga yang kaya. Mereka rajin
belajar dan mempunyai banyak kemudahan untuk belajar seperti membeli buku
rujukan, komputer dan sebagainya. Oleh itu, tahap pemikiran mereka lebih tinggi
berbanding murid-murid yang miskin yang tidak mampu membeli buku rujukan dan
sebagainya. Ini jelas menunjukkan Jean Piaget hanya menumpukan kanak-kanak
biasa dan mengabaikan kanak-kanak yang berlatar berbeza latar belakang dan
murid-murid yang bekeperluan khas.
Terdapat murid-murid yang aktif atau cerdik, sederhana dan lemah di dalam
sebuah kelas. Oleh itu, guru perlu meletakkan kedudukan pelajar yang lemah di
tengah-tengah antara murid-murid yang cerdik dan sederhana agar mereka dapat
bersaing dan dapat mempertingkatkan tahap perkembangan kognitif murid-murid
tersebut. Ketiga atau terakhir, murid-murid pada tahap praoperasi mempuyai
pemikiran egosentrik yang rendah. Jean Piaget menyatakan pemikiran kanak-kanak
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS 31
KERJA KURSUS PENDEK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU 3102)
pada tahap praoperasi adalah egosentrik. Saya membuat aktiviti dengan budak-
budak prasekolah dan dapati budak-budak prasekolah mempunyai sedikit
keupayaan untuk menerima perspektif orang lain atau rendah egosentrik. Kanak-
kanak prasekolah juga boleh menguasai sedikit demi sedikit konsep pengabadian
seperti jisim, nombor, panjang, cecair dan luas.
Saya telah melakukan aktiviti pengabadian cecair atau isipadu untuk murid
prasekolah. Contohnya, isipadu air yang sama telah dituangkan ke dalam bikar yang
berbeza saiz. Didapati mereka mengatakan bahawa air dalam kedua-dua bikar sama
banyak dan ada juga yang mengatakan air dalam bikar bersaiz besar banyak.
Jawapan tersebut membuktikan bahawa kanak-kanak mempunyai tahap kognitif
yang berbeza dan sudah dapat menguasai konsep pengabadian.
Kesimpulannya, saya dapat banyak pengalaman dan pengajaran melalui
pemahaman dan pengetahuan serba sedikit mengenai tahap pekembangan kognitif
kanak-kanak terutamanya kanak-kanak yang berada pada tahap praoperasi dan
tahap operasi konkrit semasa menjalankan Program Pengalaman Berasaskan
Sekolah (PBS). Pengalaman ini dijadikan sebagai ilmu pengetahuan baru tentang
tahap perkembangan kognitif kanak-kanak di samping dapat menyiapkan tugasan
kerja kursus pendek perkembangan kanak-kanak. Sekian, terima kasih.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS 32
KERJA KURSUS PENDEK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU 3102)
4.0 SENARAI RUJUKAN
Choong Lean Keow Phd. (2011), Murid dan Alam Belajar Edisi ke-2. Selangor:
percetakan Seasons Sdn. Bhd.
Ea Ah Meng (2003), Ilmu Pendidikan Pengetahuan dan Ketrampilan Ikhtisas
(semester 1). Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Lee Shok Mee (1997), Psikologi Pendidikan 2 Teori dan Aplikasi Psikologi Dalam
Pembelajaran & Pengajaran, Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Mohamad Daud Hamzah (1994), Perkembangan Kanak-Kanak dan Pembelajaran.
Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang (2003), Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Sekolah Rendah Komponen
1&2) Psikologi Pendidikan &Pedagogi. Selangor: percetakan Seasons Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang (2012), Perkembangan kanak-kanak Edisi ketiga. Selangor:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Rohaty Mohd. Majzub (1992), Psikologi Perkembangan Untuk Bakal Guru. Kuala
Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.
Suppiah Nachiappan, Kamarulzaman Kamaruddin, Abd. Aziz Abd. Shukor, Ramlah
Jantan, Roslinda Mustapha, Hazalizah Hamzah (2009), Pembelajaran dan
Perkembangan Pelajar. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS 33