edu 3053

21
1.0 PENGENALAN Pendidikan memainkan peranan utama bagi pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sesebuah Negara. Proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam bilik darjah merupakan petunjuk terbaik bagi kemajuan masa depan sesebuah Negara. Selain itu, pendidikan juga asas pembinaan Negara bangsa dan pengukuhan perpaduan.Pendidikan menyediakan peluang kepada individu untuk meningkatkan taraf hidup, menjadi ahli masyarakat yang Berjaya, dan menyumbang secara aktif kepada pembangunan Negara. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia merupakan satu usaha Kementerian Pendidikan Malaysia melengkapkan system pendidikan dalam konteks memenuhi pendidikan bertaraf antarabangsa dan mempersiapkan rakyat Malaysia menghadapi keperluan abad ke-21 supaya dapat bersaing di peringkat global melalui anjakan transformasi pendidikan. Kemahiran pembelajaran abad ke-21 diberi penekanan dengan mempertingkatkan kemahiran pembelajaran dan inovasi melalai kemahiran teknologi maklumat dan media berasaskan kemahiran berfikir aras tinggi. Ini dapat direalisasikan oleh guru yang mempunyai ciri- ciri guru abad ke-21. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) merupakan hasil penglibatan masyarakat dan pendidikan meluas yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan. Pelan ini dibangunkan dengan tiga objektif iaitu : a) Memahami prestasi dan cabaran semasa system pendidikan Malaysia dengan memberi tumpuan terhadap akses kepada pendidikan , meningkatkan kualiti, merapatkan jurang 1

Upload: rkartina

Post on 15-Nov-2015

36 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

TUGASAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

TRANSCRIPT

1.0 PENGENALAN

Pendidikan memainkan peranan utama bagi pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sesebuah Negara. Proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam bilik darjah merupakan petunjuk terbaik bagi kemajuan masa depan sesebuah Negara. Selain itu, pendidikan juga asas pembinaan Negara bangsa dan pengukuhan perpaduan.Pendidikan menyediakan peluang kepada individu untuk meningkatkan taraf hidup, menjadi ahli masyarakat yang Berjaya, dan menyumbang secara aktif kepada pembangunan Negara.Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia merupakan satu usaha Kementerian Pendidikan Malaysia melengkapkan system pendidikan dalam konteks memenuhi pendidikan bertaraf antarabangsa dan mempersiapkan rakyat Malaysia menghadapi keperluan abad ke-21 supaya dapat bersaing di peringkat global melalui anjakan transformasi pendidikan. Kemahiran pembelajaran abad ke-21 diberi penekanan dengan mempertingkatkan kemahiran pembelajaran dan inovasi melalai kemahiran teknologi maklumat dan media berasaskan kemahiran berfikir aras tinggi. Ini dapat direalisasikan oleh guru yang mempunyai ciri-ciri guru abad ke-21. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) merupakan hasil penglibatan masyarakat dan pendidikan meluas yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan. Pelan ini dibangunkan dengan tiga objektif iaitu :

a) Memahami prestasi dan cabaran semasa system pendidikan Malaysia dengan memberi tumpuan terhadap akses kepada pendidikan , meningkatkan kualiti, merapatkan jurang pencapaian, mengukuhkan perpaduan dalam kalangan murid, serta menoptimumkan kecekapan system.b) Menujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk setiap murid dan system pendidikan secara keseluruhan bagi tempoh 13 tahun akan datang.c) Menggariskan system transformasi system pendidikan yang komprehensif merangkumi perubahan penting dalam Kementerian bagi memenuhi permintaan baharu dan harapan tinggi masyarakat, serta mencetus dan menyokong transformasi perkhidmatan awam.Dalam anjakan ke-7 PPPM, Kementerian ada menyatakan bahawa memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. ICT akan membantu memperkukuh proses pengajaran dan pemudahcara di semua sekolah. Murid akan memperoleh akses kandungan yang lebih luas, menarik dan interaktif. Mereka akan dapat belajar mengikut kadar kendiri dan mempunyai pilihan pengajian yang lebih luas melalui program jarak jauh. Kemudahan ICT akan menjadi sebahagian daripada kehidupan murid di sekolah, tanpa jurang pemisah antara bandar dengan luar bandar. Semua guru dan murid akan dilengkapi kemahiran yang perlu bagi menggunakan teknologi ini secara berkesan dan bermakna.Impak pelaksanaan transformasi PPPM ini memberi kesan yang mendalam terhadap semua pihak. Namun pihak yang mengalami kesan yang paling ketara adalah murid dan guru. Murid akan mendapat manfaat yang signifikan dalam perkembangan pendidikan mereka tanpa mengira latar belakang. Murid akan belajar dalam persekitaran yang kondusif,dan akan berasa terangkum dan terdidik dengan pengalaman pembelajaran di sekolah. Apabila menamatkan persekolahan murid akan mempunyai pengetahuan dan kemahiran bertaraf dunia nilai moral yang tinggi dan berupaya bersaing dengan rakan sebaya dari Negara lain.

2.0 MODEL ASSURE

Model ini telah diperkenalkan oleh Heinich, Molanda, Russell pada tahun 1989. Model ASSURE mendapat namanya daripada hasil akronim huruf awal bagi setiap perkataan seperti berikut, iaitu A yang mewakili Analyse learner yang bermaksud analisis murid, S mewakili State objectives yang bermaksud nyatakan objektif, S yang seterusnya mewakili Select method, media and materials yang bermaksud pilih kaedah, media dan bahan, U bagi mewakili Utilise media and materials yang bermaksud gunakan media dan bahan, R mewakili Require leaner response/ participation yang bermaksud memerlukan penglibatan murid dan yang terakhir E bagi mewakili Evaluate and revise materials iaitu nilai dan semak semula bahan pengajaran dan pembelajaran.Menurut Noriati et al., model ASSURE dapat membantu para guru merancang pengajaran yang memanfaatkan penggunaan media bagi setiap mata pelajaran. Berikutan itu, penulis dapat merancang satu sesi pengajaran bagi mata pelajaran dengan mengaplikasikan model tersebut melalui 6 langkah seperti berikut:

Rajah 1 : Enam langkah Model AssureANALISIS PELAJAR Langkah pertama dalam Model ASSURE ini adalah analisis pelajar / analyse learner. Dalam langkah ini, murid dijadikan golongan / kumpulan sasaran yang akan diperhatikan dalam sesuatu tempoh atau waktu pengajaran dan pemudahcaraan. Menurut Noriati A. Rashid et al. terdapat 3 faktor utama dalam menganalisis murid iaitu, ciri-ciri umum murid, pengalaman sedia ada murid dan gaya belajar murid. Ciri-ciri umum murid termasuklah jantina, umur, taraf sosiekonomi murid, pekerjaan ibu bapa murid, kesihatan, persekitaran, budaya dan sebagainya. Guru harus mempunyai pengetahuan yang cukup mengenai latar belakang murid. Pengetahuan guru terhadap perkara-perkara ini dapat membantu guru menyediakan isi pelajaran yang bersesuaian dengan diri murid.Seterusnya, pengalaman sedia ada murid. Pengalaman sedia ada murid bermaksud pengetahuan atau ilmu yang sudah ada dalam minda seseorang murid. Guru harus menilai atau menguji tahap pengetahuan sedia ada murid seseeorang untuk menetapkan aras kemahiran atau pengetahuan murid. Ini boleh menyenangkan tugas guru untuk menyediakan latihan atau isi pelajaran yang sesuai dengan kefahaman murid agar isi pelajaran senang difahami. Gaya belajar murid bermaksud cara belajar murid. Gaya belajar terdapat banyak jenis. Contohnya, terdapat murid yang lebih cenderung ke arah kinestetik, logikal-matematik,ruang, muzik dan sebagainya. Pengetahuan guru mengenai kecenderungan atau gaya belajar murid boleh menjadikan unsur atau gaya penyampaian p&p menarik dan berkesan.

MENYATAKAN OBJEKTIFLangkah kedua adalah menyatakan objektif. Dalam langkah ini, guru menetapkan objektif pembelajaran pada setiap sesi pengajaran dan pemudahcaraan. Ini akan menyediakan tjuan yang jelas tentang apa yang akan dipelajari oleh murid dan apa yang akan disampaikan oleh guru. Penetapan objektif pelajaran akan menimbulkan rasa ingin tahu dan menarik terhadap apa yang akan murid pelajari daripada guru. Ini akan merangsangkan suasana pembelajaran yang kondusif dan berkesan. Objektif yang dinyatakan pula haruslah bersepadanan dengan kandungan yang akan diajar sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini demikian kerana, ketidaksepadanan objektif dengan isi kandungan dalam pembelajaran dan pemudahcaraan akan menyebabkan berlaku kekeliruan pada murid dan akhirnya mereka tidak memberikanperhatian sepenuhnya. Oleh itu, sebelum menetapkan objektif, guru telah meneliti setiap aspek yang akan diajar dan diuji bagi mengetahui tahap pencapaian para murid.

PILIH KAEDAH, MEDIA DAN BAHANLangkah ketiga ialah memilih kaedah, media dan bahan. Langkah ini amat penting dipertimbangkan ketika merangka sesuatu sesi pengajaran dan pemudahcaraan. Guru haarus mengambil berat ketiga-tiga unsur ini ketika merangka isi pelajaran yang sesuai. Penggunaan kaedah pengajaran yang sesuai penting untuk memastikan apa yang diajar oleh guru itu difahami dan sampai kepada murid. Kaedah yang digunakan haruslah sesuaia dengan tahap, umur, pengalaman sedia ada murid, budaya , persekitaran dan sebagainya. Antara contoh kaedah yang terdapat adalah. Contohnya aktiviti permainan boleh digunakan sebagai kaedah untuk menarik perhatian dan menigkatkan minat pada permulaan pelajaran. Sebagai mengembangkan pelajaran guru boleh melaksanakan kaedah sumbang saran atau perbincangan. Lantaran itu,pelajar dapat mencambahkan maklumat baru. Jika diteliti dengan lebih terperinci, format atau bentuk media adalah fizikal paparan mesej. Format media termasuklah carta flip, slaid,audio, video, filem, computer multimedia dan sebagainya. Sehubungan itu, guru perlu memilih media dalam bentuk aliran atau senarai semak. Guru perlu memilih media berdasarkan kumpulan sasaran, situasi pengajaran bagi setiap format yang disediakan.

GUNA MEDIA DAN BAHAN SUMBERLangkah seterusnya adalah gunakan media dan bahan sumber. Berdasarkan ASSURE terdapat 5 prinsip yang guru patut ikuti semasa menggunakan mediadan bahan sebagai sumber pengajaran dan pemudahcaraan. Pertama adalah menyemak atau pratonton bahan media yang hendak digunakan dalam kelas. Guru harus menyemak sama ada bahan yang digunakan itu sesuai atau tidak gari segi isinya, masanya dan sebagainya. Melalui langkah ini, guru boleh membetulkan apa sahaja kesilapan atau ketidaksesuaian dalam bahan media yang dipilih untuk dijadikan bahan bantu belajar. Kedua adalah membuat penyediaan bahan media yang akan digunakan dalam kelas. Penyuntingan atau penapisan terhadap bahan media,video,audio atau gambar yang dipilih. Penyuntingan dilakukan agar content knowledge dalam bahan media yang dipilih bersesuaian dan selari dengan apa yang diajar oleh guru. Setelah langkah pra tonton dilakukan maka bahan tersebut boleh ditentukan sama ada dapat digunakan sebagai bahan bantu mengajar berkaitan tajuk yang dipilih. Oleh itu, guru merancang langkah-langkah penggunaannya dalam sesi pembelajaran dan pemudahcaraan supaya bahan tersebut dapat diguna pakai dengan sebaik mungkin. Ketiga, guru menyediakan persekitaran yang kondusif untuk penggunaan bahan media yang dipilih. Bahan dan sumber yang hendak digunakan disusun dengan kemas agar ia senang diakses dan digunakan dengan selamat. Guru harus memastikan bahawa murid-murid di dalam kelas mengambil giliran atau masa-masa yang tertentu sahaja untuk menggunakan bahan atau sumber tersebut dan tidak boleh digunakan sesuka hati. Hal ini mampu memberi manfaat dari segi percambahan pemikiran apabila mereka berinteraksi sesama rakan untuk menghasilkan satu peta minda yang berkualiti.

Keempat adalah menyediakan pelajar. Guru menyediakan murid untuk mendapat manfaat daripada bahan sumber dengan membentuk kumpulan kecil yang terdiri daripada 4 hingga 5 orang murid supaya mereka mampu berkolaborasi antara satu sama lain semasa melakukan aktiviti kumpulan yang dirancang. Selepas menonton video atau mendengar audio sebagai proses persediaan atau set induksi, murid-murid dikehendaki untuk membina peta minda berkaitan punca-punca pencemaran yang terdapat dalam kad gambar yang diedarkan. Ini dapat merangsangkan lagi momentum pembelajaran yang efektif di dalam bilik darjah.

Kelima adalah menyediakan pengalaman pembelajaran murid. Secara tidak langsung para murid akan mendapat pengalaman melalui pelaksanaan aktivti yand berunsur aspek kolaborasi di mana perbincangan dalam kumpulan diadakan. Hal ini demikian kerana, kaedah perbincangan yang dipilih mampu memberi peluang kepada murid untuk berkongsi pengetahuan dan pangalaman maka pembelajaran kontruktivisme akan berlaku apabila para murid menerima dan mengasimilasi pengetahuan baharu dengan pengetahuan sedia ada untuk membentuk pengalaman pembelajaran yang baharu. Pasa masa yang sama, guru berperanan sebagai fasilitator atau pembimbing kepada setiap kumpulan bagi memastikan aktiviti tersebut berjalan secara lancar.

LIBATKAN PELAJAR DALAM PEMBELAJARANDalam langkah ini. guru harus memastikan segala strategi dan aktiviti pengajaran dirancang bagi memastikan penglibatan murid secara aktif seperti membuat latihan, perbincangan, latih tubi, kuiz, projek dan sebagainya. Pembelajaran yang melibatkan pelajaran secara aktif akan menghasilkan tingkah laku yang diharapkan. Ini telah disokong oleh semua teori pembelajaran seperti teori kognitif dan teori behavioris. Pengalaman kejayaan pelajar terhadap pembelajaran akan meningkatkan motivasi pelajar terhadapaktiviti pembelajaran. Namun begitu, jika bahan media yang dibina oleh guru tidak melibatkan aktiviti yang aktif oleh pelajar akan menyebabkan objektif dan sasaran guru tidak akn tercapai. Oleh itu guru perlulah membina bahan atau media yang kreatif sebagai menggalakkan pelajar terlibat secara aktif dalam pengajaran dan pemudahcaraan. Secara tidak langsung dapat memupuk budaya berfikir di kalangan pelajar. Justeru itu, bahan media yang berasaskan model ASSURE perlu digunakan oleh guru sebagai merancangtingkah laku dan minda pelajar dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan

Penyediaan media dan bahan sumber yang sesuai pula dapat membantu dan mengekalkan penglibatan pelajar dalam proses pelajar, gambar, foto, slaid, gambar bersiri dan video dapat mencetuskan perbincangan dalam kumpulan dapat menjana idea dan juga menjalankan aktiviti penyelesaian masalah.

NILAI DAN SEMAK SEMULA Komponen yang terakhir dalam Model ASSURE ialah menilai dan menyemak semula bahan. Kedua-dua komponen ini merupakan aspek penting kepada pembangunan kualiti pengajaran dan ia melibatkan langkahyang berterusan . Penilaian seharusnya dilakukan oleh guru sepanjang pengajaran pembelajaran bagimemastikan pilihanobjektif, media dan bahan sumber sesuai dengan keupayaan pelajar.

Oleh itu, penilaian perlu dilakukan oleh guru bagi mengetahui pencapaian kemahiran mereka seperti yang dikehendaki oleh guru. Penilaian semasa pengajaran juga mempunyai tujuan diagnostik yang direka sebagai mengesan dan memperbaiki masalah yang boleh mengganggu pencapaian objektif pengajaran pembelajaran. Menurut Yusup (2006), terdapat beberapa aspek yang boleh digunakan antaranya:

Adakah objektif pembelajaran tercapai? Adakah bahan media yang digunakan dapat membantu pengajaran pembelajaran? Apakah kesemua pelajar dapat menguasai pembelajaran dengan menggunakan media? Berapakah bilangan pelajar yang menggunakan bahan media dengan betul? Adakah suasana pembelajaran berada dalam keadaan yang kondusif?

3.0 PERANCANGAN REKA BENTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DENGAN MENGAPLIKASIKAN MODEL ASSURE DALAM KONTEKS PEMBELAJARAN ABAD KE-21

Reka bentuk pengajaran ialah satu proses sistematis menterjemahkan prinsip-prinsip umum pembelajaran dan pemudahcaraankepada bentuk perancangan bahan dan penyampaian pembelajaran (Noriati A. Rashid et al., 2012). Menurut Baharuddin Aris et al. (2002), reka bentuk pengajaran ialah satu proses sistematik yang mana elemen-elemen seperti guru, pelajar, media, bahan pengajaran dan persekitaran pembelajaran diberikan penekanan dan peranan tertentu dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Pada asasnya, reka bentuk pengajaran menetapkan perkara yang hendak diajar dan cara atau kaedah yang digunakan agar pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. Terdapat tiga kateori reka bentuk pengajaran iaitu yang pertama reka bentuk pengajaran sebagai satu proses, yang kedua reka bentuk pengajaran sebagai satu disiplin dan yang ketiga reka bentuk pengajaran sebagai satu sains. Briggs (1977), berpedapat reka bentuk pengajaran sebagai satu proses. Hal ini demikian kerana, beliau percaya reka bentuk pengajaran merupakan pembinaan perancangan pengajaran yang sistematis dengan mengaplikasikan teori pengajaran dan pembelajaran. Hal ini merangkumi proses menganalisis keperluan pembelajaran dan matlamat pembelajaran, membina sistem penyampaian untuk menyampaikan matlamat pembelajaran, menyediakan bahan dan aktiviti pengajaran, melaksanakan perancangan pengajaran dan pembelajaran, dan akhir sekali membuat penilaian pengajaran dan aktiviti pembelajaran.

Di bawah kategori reka bentuk pengajaran sebagai satu disiplin pula, Duffy dan Jonassen (1991) menyatakan bahawa reka bentuk pengajaran merupakan satu cabang ilmu pengetahuan yang berkait dengan penyelidikan dan teori tentang strategi pengajaran, termasuk proses pelaksanaan strategi pengajaran. Teori ini juga menentukan kaedah-kaedah yang dianggap paling sesuai digunakan bagi memastikan pembelajaran berlaku. Kategori reka bentuk pengajaran sebagai satu sains pula mendefinisikan reka bentuk merupakan satu kaedah merancang secara terperinci untuk memasak, melaksana, menilai, dan menyelenggara situasi yang dapat membentuk, melaksana, menilai, dan menyelenggara situasi yang dapat menggalakkan pembelajaran bagi unit pembelajaran yang berskala kecil mahupun besar pada semua peringkat. Menurut Richey (1986), reka bentuk pengajaran jenis ini mencakupi seluruh proses pengajaran seperti mereka bentuk, mengembangkan, dan menguruskan pembelajaran.

Di samping itu, Yusuf Hashim (1998) berpendapat bahawa reka bentuk pengajaran merupakan satu proses untuk menentukan ciri-ciri dan keperluan untuk pembelajaran yang mengandungi empat bidang iaitu reka bentuk sistem pengajaran, reka bentuk strategi, reka bentuk mesej, dan ciri-ciri pelajar. Beliau juga menyatakan bahawa Gustafson (1991), telah membahagikan reka bentuk pengajaran kepada tiga tumpuan iaitu model yang berorientasikan bilik darjah, model yang berorientasikan produk, dan model yang berorientasikan sistem.

Model ASSURE (Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino, 1993) adalah model reka bentuk pengajaran yang boleh digunakan untuk merancang penggunaan media secara sistematik.Model ini digubal oleh Heinich dan rakan-rakan (1982). Model ini bertujuan untuk menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang menggunaan media.Model ini berfokus kepada perancangan pengajaran dalam situasi bilik darjah.

Pakar pendidikan kebanyakan Negara menyedari hakikat bahawa kanak-kanak memerlukan kemahiran selain 3M (menulis, membaca dan mengira)setelah mereka tamat alam persekolahan. Dalam dunia globalisasi, abad ke-21 keperluan bagi melahirkanmodal insan berkualiti tinggi menjadi semakin penting.

Di Malaysia, Kementerian telah mengenal pasti kemahiran dan kompetensi yang selaras dengan falsafah pendidikan Kebangsaan yang membolehkan murid Malaysia bersaingpada peringkat antarabangsa. Bagi mencapai hasrat tersebut, kurikulum kebangsaan digubal untuk melahirkan murid Malaysia yang seimbang. Bagi mencapai hasrat tersebut, Kurikulum Kebangsaa digubal untuk melahirkan murid Malaaysia yang seimbang, dinamik, proaktif, patriotic, penyayang serta mempunyai kemahiran berfikir dan berkomunikasi.

ANALISIS PELAJAR

Model ASSURE bermula dengan analisis pelajar. Ciri-ciri umum pelajar termasuklah deskripsi tentang umur pelajar, tingkatan, latar belakang dan sebagainya. Maklumat yang dinyatakan di atas boleh dijadikan asas dalam pemilihan media.Maklumat tersebut boleh diperolehi dengan meneliti rekod pelajar dan berinteraksi secara langsung dan pengajar akan dapat mengetahui harapan, sikap dan latar belakang pelajar.Contohnya, guru memasuki kelas tahun 3 Cemerlang buat pertama kali. Masing-masing guru dan murid-murid tidak mengenal satu sama lain. Apabila mengadakan sesi suai kenal, guru harus berbual dengan mesra memperkenalkan diri sendiri kemudian meminta mereka memperkenalkan diri mereka. Cara guru bertutur dan gaya badan guru yang mudah didampingi akan mewujudkan suasana yang mesra dan murid juga berasa senang hati untuk berkomunikasi. Semasa memperkenalkan diri murid dan guru berkongsi serba sedikit latar belakang keluarga. Hal ini membantu guru untuk membuat satu kesimpulan yang umum terhadap cara pembelajaran dan persekitaran murid-murid kelas 3 Cemerlang.

Dalam langkah analisis pelajar ini juga ia berkaitan dengan pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar tentang tajuk dan kandungan pelajaran.Maklumat diperolehi daripada ujian kemasukan dan juga interaksi antara guru dengan murid dan murid dengan murid.Murid sebelum ini tentu pernah mendapat maklumat daripada buku rujukan dan mendapat pendedahan melalui majalah dan TV, namun begitu tahap pengetahuan setiap murid berbeza antara satu sama lain. Guru tidak boleh menyimpulkan tahap ilmu semua pelajar adalah sama kerana latar belakang setiap murid mempengaruhi tahap ilmu mereka yang berbeza.Sebagai contoh, dalam pengajaran bertemakan keselamatan jalan raya, guru mengaju soalan terhadap tajuk keselamatan jalan raya terhadap murid-murid. Dalam sesi penyoalan itu, guru boleh mengenal pasti tahap pengetahuan sedia ada setiap murid. Guru menggunakan pendekatan deduktif terhadap murid-murid yang dikenal pasti lemah atau kurang berminat dalam pembelajaran bahasa supaya mereka mampu memahami perkara yang diajar secara ringkas dan mudah. Guru juga menggunakan media seperti gambar, tayangan slaid , video, bahan konkrit dan seumpamanya untuk merangsang pembelajaran murid-murid. Penggunaan media dan bahan bantu belajar ini dapat merangsangkan sesi pengajaran dan pemudahcaraan murid-murid di dalam bilik darjah.

MENYATAKAN OBJEKTIF

Objektif pembelajaran perlu dinyatakan dengan jelas supaya guru dapat lebih fokus kepada perkara yang sepatutnya dipelajari dan dikuasai oleh pelajar. Setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang adalah untuk menyampaikan maklumat berdasarkan objektif pembelajaran. Penggunaan kaedah dan media yang bersesuaian dapat dipilih kerana guru telah fokus terhadap pengetahuan, kemahiran dan sikap baru yang perlu dikuasai oleh pelajar. Objektif pembelajaran berfokuskan kepada apakah pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baru untuk dipelajari. Guru harus memastikan bahawa objektif pembelajaran yang ditetapkan untuk sesuatu sesi pembelajaran itu sesuai dengan isi pelajaran dan tahap pengetahuan murid di dalam sekumpulan sasaran. Pernyataan objektif secara khusus berdasarkan pencapaian yang dirancang adalah amat penting bagi membantu guru mereka bentuk pembelajaran dengan memuatkan isi-isi pembelajaran yang bersesuaian dan berkesan terhadap pembelajaran murid. Objektif yang dinyatakan juga secara tidak langsung dapat memudahkan murid untuk mengetahui tujuan utama mereka mempelajari sesuatu topik tersebut. Apabila mereka mengetahui tujuannya, murid-murid pasti dapat memberikan respon sepanjang pembelajaran dan pemudahcaraan berlaku sama ada dengan bertanya soalan atau memberi pendapat apabila ditanya. Tindak balas dan respon yang diberikan oleh murid ini secara tidak langsung dapat menjadikan sesi pembelajaran lebih menarik dan membolehkan murid yang kurang memahami topik yang dipelajari bertambah faham berdasarkan perbincangan yang berlaku antara guru dengan rakan-rakannya.

Objektif pembelajaran secara tidak langsung menjadi garis panduan bagi guru untuk mereka bentuk pengajaran yang sesuai. Misalnya, guru menetapkan objektif pembelajaran bagi pengajaran Bahasa Melayu Tahun 3 iaitu murid mengemukakan pandangan dengan menggunakan perkataan, frasa dan ayat yang sesuai daripada pelbagai sumber secara bertatasusila berkaitan peribahasa. Guru juga menerangkan objektif tersebut kepada murid-murid supaya mereka tahu dan jelas berkaitan hala tuju pembelajaran pada hari berkenaan.

Semasa guru menjelaskan kepentingan penggunaan peribahasa, guru menerapkan ilmu kemahiran kehidupan dalam pengajaran agar murid-murid tahu kepentingan peribahasa yang dipelajari itu. Guru menggunakan topic peribahasa untuk melaksanakan aktiviti main peranan di dalam kelas. Setiap kumpulan diminta melakukan sketsa selama 5 minit yang berkaitan dengan peribahasa yang diberi oleh guru. Aktiviti ini dapat mengintegrasikan elemen-elemen kemahiran abad ke-21 seperti kreatif, kritis, komunikasi dan kolaborasi. Intipati daripada peribahasa dan sketsa yang dipelajari menjadi unsur pembangunan diri murid secara menyeluruh. Pemahaman terhadap peribahasa dan maksudnya akan dijadikan pedoman dalam kehidupan murid di mana ia merangsangkan pembangunan jasmani, emosi, rohani,intelek dan sosial (JERIS).

PILIH KAEDAH MEDIA DAN BAHAN

Dalam langkah ini, pemilihan kaedah, media dan bahan bantu belajar merupakan unsur yang amat penting dalam menjayakan sesi pengajaran dan pemudahcaraan yang berkesan. Pemilihan, membaiki atau mengubah suai media, bahan dan sumber perlu berdasarkan kepada tahap pengetahuan, kemahiran dan ilmu serta kebolehan murid agar objektif pembelajaran tercapai.

Guru boleh memilih bahan media yang sedia ada, kemudian menyesuaikannya dengan objektif pengajaran. Bahan media yang dipilih terdapat beberapa seperti audio,video, grafik dan sebagainya. Guru boleh memperolehi media daripada laman sesawang yang sedia ada atau membina bahan media yang tersendiri mengikut kreativiti guru untuk mata pelajaran yang berkenaan. Namun begitu, pemilihan yang tepat harus dilakukan kerana tidak semua media yang sedia ada bertepatan dengan objektif pembelajaran.

Sebagai contoh, sekiranya guru ingin mengajar tatabahasa dalam Bahasa Melayu maka guru akan memilih bahan sumber yang menggunakan bahasa Melayu terkini dan sesuai dengan latar masa dan tahap penguasaan para murid. Hal ini demikian kerana, seperti yang diketahui umum, tatabahasa Bahasa Melayu sering mengalami perubahan. Oleh itu, penulis meneliti aspek bahasa sebelum memilih dan menggunakan bahan yang sedia ada. Semasa pemilihan bahan, guru harus mengambil kira aspek kumpulan sasaran iaitu murid serta tahap penguasaan mereka.

Contohnya guru menayangkan video mengenai suku kata kepada murid-murid tahun 4. Video yang digunakan haruslah sesuai dari segi tempoh masanya tidak terlalu lama atau pendek kerana ia akan menyebabkan kebosanan atau ketidak fahaman. Video yang mempunyai unsur kecindan dan dan visualisasi yang menarik seperti kartun, warna warni dan sebagainya. Penggunaan video yang berbentuk ceramah tidak sesuai kerana murid tahun 4 sukar faham dan berasa bosan dan tidak menarik.

GUNAKAN MEDIA DAN BAHAN SUMBER

Penggunaan media dan bahan dalam pengajaran adalah penting kerana hal ini menjadi penentuan kepada keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.Guru boleh menggunakan internet dalam proses pengajaran dan menyediakan bahan pengajaran dalam bentuk nota dan latihan. Buku teks Bahasa Melayu juga sesuai diguna pakai.Media dan bahan yang telah dipilih akan menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran pelajar. Selain itu pemilihan bahan dan media tersebut adalah bersesuaian dengan pengalaman pelajar, jadi akhirnya dapat mendatangkan manfaat kepada para pelajar.

Selalunya dalam situasi kini, guru kerap menggunakan buku teks dan buku aktiviti ketika menagajar mata pelajaran Bahasa seperti Bahasa Melayu misalnya. Penggunaan bahan pembelajaran yang sama secara berterusan kadang-kala akan menyebabkan murid berasa kurang bersemangat dan bosan untuk mengikuti pelajaran. Guru harus menggunakan bahan dan media yang berlainan dari masa ke semasa mengikut kesesuaian tajuk atau tema yang diajar. Ini akan memberangsangkan minat pelajar untuk mempelajari dan meneroka bahan-bahan yang baharu.

Apabila guru mengajar tajuk tatabahasa bagi murid tahun 4, guru boleh berinovasi dan menggunakan kreativiti mengaplikasikan media terkini seperti Aplikasi Web 2.0 sebagai bahan bantu belajar di dalam bilik darjah atau makmal computer. Aplikasi web 2.0 merupakan landasan pembelajaran yang berkesan yang mengintegrasikan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi terkini kea rah pemngajaran dan pemudahcaraan yang lebih berkesan dan mantap.

Menurut Bruffee 1993, pembelajaran kolaboratif adalah situasi di mana dua atau lebih manusia belajar bersama-sama. Guru boleh merangka p&p menggunakan aplikasi web 2.0 seperti Socrates, Piratepad dan banyak lagi. Pembelajaran ini juga dikenali sebagai pembelajaran kolaboratif melalui ICT, di mana murid dapat menjalankan perbincangan dan perkongsian maklumat untuk mempelajari sesuatu yang baharu. Gaya belajar ini boleh memupuk semangat bantu-membantu sesama murid-murid, belajar bersama-sama serta berkongsi pendapat. Pembelajaran kolaboratif ini mendatangkan banyak kebaikan positif tanpa disedari oleh murid. Pembelajaran koperatif seperti Jigsaw, Think-Pair &Share, Round Robin dan sebagainya merupakan antara contoh pembelajaran abad ke-21 secara berkumpulan. Gaya belajar ini dapat meningkatkan kemahiran interpersonal, berkomunikasi, penyelesaian masalah, kemahiran berfikir dan menilai kekuatan serta kelemahan. LIBATKAN PELAJAR DALAM PEMBELAJARAN

Untuk mempastikan proses pembelajaran berlaku, pelajar perlu terlibat dalam aktiviti pembelajaran seperti perbincangan, gerak kerja kumpulan, latihan, latih tubi dan sebagainya.Pengukuhan serta merta perlu diberikan atas tindak balas pelajar yang betul. Dalam topik pengajaran ini, pelajar dibahagikan kepada kumpulan untuk mencari rupa bentuk mikroorganisma melalui internet.Selepas itu latihan struktur juga diberikan kepada pelajar.

Guru mengkoordinasikan strategi pengajaran berpusatkan murid di dalam kelas untuk mewujudkan penglibatan aktif murid. Contohnya guru mengajar mengenai pencemaran alam sekitar. Murid diagihkan kepada beberapa kumpulan kecil. Guru menayangkan video menenai pencemaran alam sekitar. Setiap kumpulan kecil diberi tajuk yang berlainan untuk menghasilkan peta minda I-Think mengenai punca, kesan dan cara mengelak pencemaran alam sekitar. Setiap kumpulan diberi masa selama 10 minit. Setiap kumpulan harus membentangkan hasi perbincangan mereka. Sewaktu pembenatang, murid-murid lain mencatat nota yang dibentangkan di dalam buku nota Bahasa Melayu. Guru selaku pembimbing memberi ulasan terhadap penyampaian mereka di samping memberi pujian dan kata-kata semangat kepada kumpulan-kumpulan yang menyempurnakan tugasan mereka dengan cemerlang. Guru juga telah memberi aktiviti pemulihan kepada beberapa murid yang dikenal pasti mempunyai kelemahan terutamanya dalam kemahiran lisan kerana objektif utama sesi pembelajaran dan pemudahcaraan tersebut fokus kepada kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur.

Satu lagi model yang boleh dilaksanakan oleh guru adalah kelas berbalik atau flipped classroom. Dalam situasi di atas pula, guru memberi tugasan prabacaan melalui e-pembelajaran mengenai pencemaran alam sekitar, dan murid menyiapkan tugasan di rumah. Waktu pengajaran di bilik darjah digunakan untuk menjalankan aktiviti pengukuhan, perbincangan dan aktiviti kumpulan. Justeru guru berperanan sebagai fasilitator dan pembimbing manakala kaedah pembelajaran berpusatkan murid dan bahan diamalkan.

NILAI DAN SEMAK SEMULA

Penilaian ialah proses untuk melihat keberkesanan keseluruhan proses P&P mahupun program pendidikan yang dilaksanakan. Penilaian boleh dibuat terhadap sesebuah program atau kursus, kesusuaian penggunaan media, pembinaan bahan pengajaran, dan pencapaian murid mengikut keperluan.Setelah tamat pengajaran, penilaian perlu dilakukan untuk melihat kekuatan dan keberkesanan media secara menyeluruh agar penambahbaikan dapat dilakukan untuk mendapatkan kesan penggunaan media yang maksimum dalam pengajaran.Penilaian ialah proses membuat pertimbangan nilai tentang sesuatu perkara. Keputusan penilaian akan mempengaruhi keputusan yang diambil terhadap perkara yang dinilai.

Pembelajaran pelbagai mod atau dikenali sebagai Blended Learning merujuk keada penyepaduanpendekatan pengajaran bersemuka dan pendekatan pengajaran dibantu teknologi. Kaedah ini bukan sekadar menggunakan teknologi sebagai alat bantuan mengajar malah sebagai strategi pengajaran dan pendekatan pedagogi baharu. Masa kelas pengajaran dibahagikan berasaskan computer dan guru. Semasa sesi berasaskan computer, murid menggunakan perisian web 2.0 seperti Blendspace,Emodo, Socrative dan sebagainya untuk belajar mengikut kemampuan dan gaya belajar kendiri. Guru kemudian menilai dan menyemak data yang trekasil daripada perisian untk mengenal pasti bidang yang murid memerlukan bimbingan tambahan.

4.0 RUMUSANGuru berperanan memudah dan mencetus inspirasi pembelajaran dan kreativiti murid. Matlamat PPPM bukan sahaja untuk memanfaatkan potensi ICT bagi meningkatkan pemikiran yang mendalamserta menambah baik kualiti keseluruhan pendidikan. Hasrat ini bukan sahaja setakat mengajar murid untuk mampu menggunakan fungsi asas ICT seperti mencari maklumat dan sebagainya. ICT dalam pendidikan seharusnya dapat membantu murid meningkat kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Jelaslah model ASSURE mempunyai peranan penting dalam membangunkan pengajaran pembelajaran yang berkualiti. Dengan menggunakan model ASSURE sebagai panduan reka bentuk pengajaran guru,ia akan dapat membantu guru merancang rancangan pengajaran yang rapi dan sistematik. Dalam masa yang sama juga penggunaan model ASSURE ini akan menimbulkan minat pelajar untuk beralih kepada bahan lain, dan memberi kefahaman kepada pelajar dan mengubah persepsi pelajar bahawa pengajaran pembelajaran yang selalu dianggap sebagai membosankan.Berdasarkan model ini pemilihan dan penggunaan media yang dibuat secara teliti dapat memastikan guru membuat pilihan media yang tepat dan menggunakan media secara optimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran.14