e4161_sistemkomputer_unit2.doc

15
STRUKTUR ASAS DAN CIRI-CIRI SISTEM PENGOPERASIAN DAN SISTEM NUKLEUS E4161/UNIT2/ 1 OBJEKTIF OBJEKTIF AM : Mempelajari dan memahami Struktur Asas ,ciri-ciri Sistem Pengoperasian dan Sistem Nukleus. OBJEKTIF KHUSUS : Di akhir unit ini pelajar akan dapat :- Menerangkan struktur asas Sistem Pengoperasian Menyenaraikan dan menerangkan ciri-ciri utama seperti Serentak, Perkongsian, storan kekal dan kebolehsuaian. RNS/PSP/2001 UNIT 2

Upload: awe-sky

Post on 10-Nov-2015

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

UNIT 1

STRUKTUR ASAS DAN CIRI-CIRI

SISTEM PENGOPERASIAN DAN SISTEM NUKLEUS E4161/UNIT2/ 1

OBJEKTIFOBJEKTIF AM :

Mempelajari dan memahami Struktur Asas ,ciri-ciri Sistem Pengoperasian dan Sistem Nukleus.

OBJEKTIF KHUSUS :

Di akhir unit ini pelajar akan dapat :-

Menerangkan struktur asas Sistem Pengoperasian

Menyenaraikan dan menerangkan ciri-ciri utama seperti Serentak, Perkongsian, storan kekal dan kebolehsuaian.

Menyenaraikan dan menerangkan ciri-ciri sokongan seperti kecekapan,Kebolehpercayaan ,kebolehsenggaraan dan saiz yang kecil.

2.0PENGENALAN

Keupayaan sistem pengoperasian tiada hadnya yang penting ialah apakah pengguna perlu jangkakan daripada sistem pengoperasian yang dikehendakinya. Misalnya Unix, sistemnya mengandungi beberapa keperluan di antaranya :

Sistem pengoperasian

Contoh : program loader, arahan penterjemah

Bahasa pemproses

Contoh : compiler dan linker C Utiliti

Contoh : teks editor, terminal emulator Subrutin library

Contoh : lib.c, include fail

Sumber bahan-bahan fizikal sistem pengoperasian : pemproses, ingatan utama, storan sekunder, peranti i/o.

Perkhidmatan yang diberi oleh sistem pengoperasian : antaramuka pengguna, keselamatan data.

Secara amnya sistem pengoperasian ialah program yang sentiasa dilaksanakan dalam komputer (kernel).

2.1 STRUKTUR SISTEM PENGOPERASIAN

Rajah 2.1 di bawah menunjukkan struktur bagi Sistem Pengoperasian di mana terdapat bahagian-bahagian Program Aplikasi dan juga Sistem Program.

Program Aplikasi

Sistem Program

Antaramuka Pengguna

Panggilan Sistem

Perisian

Pengurusan Pengurusan Kawalan Pengurusan

Proses Ingatan

I/O

Fail

Perkakasan

CPU Ingatan

Peranti Storan

Utama

I/O

Sekunder

Rajah 2.1 : Struktur Sistem Pengoperasian.

2.2 STRUKTUR ASAS SISTEM PENGOPERASIAN

2.2.1Perkakasan

Dari segi fizikalnya satu sistem komputer terdiri daripada unit pemprosesan pusat, ingatan utama dan beberapa peranti input-output yang merupakan periferal sistem komputer. Semua ini dikenali sebagai perkakasan atau mesin komputer.

Tanpa sistem Pengoperasian, pengguna akan menghadapi banyak masalah kerana pengguna tersebut tidak dapat mengendalikan semua perkakasan dengan tepat.

2.2.2Perisian

Perisian sebenarnya yang membentuk dan membolehkan komputer melakukan sesuatu tindakan dan perisian yang boleh bertindak demikian di panggil Perisian Penggunaan

Bagi memudahkan juruaturcara membangunkan perisian penggunaan ini , kebanyakan sistem komputer menyediakan satu lagi jenis perisian yang dikenali dengan nama Perisian Sistem. Di antara contoh perisian jenis ini ialah pengkompilasi, penyunting, pepaut dan pemuat.

Dari perbincangan di atas, kita telah dapati bahawa satu tugas utama Sistem Pengoperasian ialah untuk menyembunyikan perkakasan komputer dari pengguna dan menyelesaikan semua masalah yang bersangkutan dengannya.

AKTIVITI 2aSekarang mari kita uji kefahaman dan minda bersam-sama. Anda juga boleh menyemak jawapannya pada halaman selepas ini.

2.1 Apakah yang dimaksudkan dengan :

i. Perkakasan

ii. Perisian

Di dalam Sistem Pengoperasian.

MAKLUMBALAS 2aAnda boleh menyemak jawapan yang diberikan.

2.1 i.PerkakasanDari segi fizikalnya satu sistem komputer terdiri daripada unit pemprosesan pusat, ingatan utama dan beberapa peranti input-output yang merupakan periferal sistem komputer. Semua ini dikenali sebagai perkakasan atau mesin komputer.

Tanpa sistem Pengoperasian, pengguna akan menghadapi banyak masalah kerana pengguna tersebut tidak dapat mengendalikan semua perkakasan dengan tepat.

ii.Perisian

Perisian sebenarnya yang membentuk dan membolehkan komputer melakukan sesuatu tindakan dan perisian yang boleh bertindak demikian di panggil Perisian Penggunaan

Bagi memudahkan juruaturcara membangunkan perisian penggunaan ini , kebanyakan sistem komputer menyediakan satu lagi jenis perisian yang dikenali dengan nama Perisian Sistem. Di antara contoh perisian jenis ini ialah pengkompilasi, penyunting, pepaut dan pemuat.

2.3CIRI-CIRI UTAMA SISTEM PENGOPERASIAN

Ciri-ciri Utama Sistem Pengoperasian dibahagikan kepada :-

2.3.1Serentak

Sistem pengoperasian dapat melaksanakan aktiviti-aktiviti dengan serentak / selari, (Misalnya operasi-operasi I/O dilaksanakan serentak dengan operasi pengiraan). Dengan ini bermakna beberapa program pengguna dilaksanakan dalam satu jangka masa yang sama.

Masalah :1. Penukaran daripada satu aktiviti kepada aktiviti

yang lain

2. Perlindungan antara satu aktiviti dengan aktiviti yang lain.

2.3.2Perkongsian

Oleh kerana aktiviti-aktiviti dilaksanakan serentak maka sumber-sumber komputer, data dan maklumat dikongsi bagi tujuan-tujuan berikut :

Dapat mengurangkan kos di mana satu sumber sistem dapat digunakan oleh beberapa pengguna sistem.

Kelebihannya : penggunaan sumber-sumber bahan yang adil kepada pengguna-pengguna sistem kerana tidak semua sumber bahan digunakan sentiasa oleh seorang pengguna.

Kos berkurang dan manfaat dapat ditingkatkan apabila sumber bahan dapat dikongsi oleh beberapa pengguna.

Kongsi aturcara dan rutin

Tenaga kerja juruaturcara dapat dijimatkan apabila rutin misalnya rutin isihan, penyusunan dikongsi penggunaannya.

Kongsi data

Fail yang mempunyai data global / pangkalan data boleh dikongsi oleh aturcara berlainan. Dengan ini dapat menjimatkan ruang storan dan mengelakkan duplikasi fail dan data.

Apabila melibatkan perkongsian sumber bahan (peranti, fail, aturcara dan rutin) perkara yang perlu dipertimbangkan ialah :

Peruntukkan sumber bahan

Capaian data

Perlaksanaan aturcara dengan serentak

Perlindungan data dari kerosakan

2.3.3Storan Jangka Panjang

Dengan keperluan perkongsian data, aturcara dan rutin ianya perlu distor pada storan seperti RAM, storan sekunder. Perkara yang perlu dipertimbangkan :

Penyediaan capaian data / aturcara yang mudah

Perlindungan dari gangguan Perlindungan dari kegagalan sistem.

2.4CIRI-CIRI SOKONGAN SISTEM PENGOPERASIAN

2.4.1Keberkesanan (cekap dan tepat)

Satu perisian yang cekap boleh menyelesaikan masalah yang agak cepat. Kriteria cekap dan berkesan adalah sifat sistem pengoperasian yang baik, ianya diukur mengikut :

Masa purata di antara kerja-kerja

Masa pemproses pusat yang terbuang

Masa pusingan semula kerja-kerja kelompok

Masa maklumbalas dalam sistem capaian berganda

Penggunaan sumber-sumber sistem komputer

Faktor-faktor di atas tidak mungkin dapat dioptimumkan serentak. Walaubagaimanapun sistem pengoperasian cekap mempunyai ciri-ciri yang mengoptimumkan penggunaan sumber-sumber dan memaksimumkan daya pemprosesan sistem komputer.

2.4.2Kebolehpercayaan

Satu perisian yang boleh dipercayai adalah perisian yang dapat memberikan satu khidmat yang memuaskan hati pengguna. Kebolehpercayaan ini adalah sangat penting bagi mana-mana perisian, apatah lagi satu sistem pengoperasian kerana tidak akan menghasilkan masalah yang besar kepada pengguna.

Selain dari itu disebabkan sistem pengoperasian akan digunakan oleh berbagai jenis pengguna, sistem pengoperasian tersebut mesti mampu menghadapi sebarang kemungkinan dan memberikan satu tindakbalas yang sesuai.

2.4.3Mudah Diselenggarakan

Satu perisian yang baik akan sentiasa mengalami perubahan dari semasa ke semasa, sama ada bagi membetulkan sebarang kesilapan yang ada atau mengubahsuai bagi mengikuti perubahan spesifikasi, atau bagi memindahkan perisian tersebut ke satu persekitaran yang lain. Semua perkara-perkara tersebut adalah disebut sebagai Penyelenggaraan Perisian.2.4.4Saiz Kecil

Seperti yang telah diketahui , sistem pengoperasian akan diperlukan pada setiap masa semasa sistem komputer sedang berjalan. Jadi sistem pengoperasian akan sentiasa berada di dalam ingatan utama, dan seterusnya mengurangkan ruang ingatan yang boleh digunakan oleh aturcara pengguna. Justru itu satu sistem pengoperasian seharusnya mempunyai saiz yang kecil bagi mengurangkan ruang ingatan yang digunakan.

Juga biasanya satu system yang besar akan lebih cenderung untuk mempunyai kesalahan dan memakan masa yang lama untuk ditulis.

AKTIVITI 2b2.2Senaraikan tiga ciri-ciri utama Sistem Pengoperasian.

2.3Terangkan satu daripada cirri-ciri tersebut.

MAKLUMBALAS 2b

2.23 ciri-ciri utama Sistem Pengoperasian

i.Serentak

ii. Perkongsian

iii. Storan Jangka Panjang

2.3Storan Jangka Panjang

Dengan keperluan perkongsian data, aturcara dan rutin ianya perlu distor pada storan seperti RAM, storan sekunder. Perkara yang perlu dipertimbangkan :

Penyediaan capaian data / aturcara yang mudah

Perlindungan dari gangguan Perlindungan dari kegagalan sistem.

PENILAIAN KENDIRIAnda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan.

Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda.

Semoga anda maju jaya.

SOALAN 2-1

a.Senaraikan 3 ciri-ciri utama Sistem Pengoperasian.

SOALAN 2-2 a.Nyatakan 4 ciri-ciri sokongan Sistem pengoperasian dan terang maksud kesemua cirri-ciri tersebut.

MAKLUMBALAS

Jawapan 2-1

Ciri-ciri Utama :-

i.Serentak

ii.Perkongsian

iii.Storan Jangka PanjangJawapan 2-2

Ciri-ciri sokongan :

i.Keberkesanan (cekap dan tepat)

ii.Kebolehpercayaan

iii.Mudah Diselenggarakan

iv.Saiz Kecili.Keberkesanan (cekap dan tepat)

Satu perisian yang cekap boleh menyelesaikan masalah yang agak cepat. Kriteria cekap dan berkesan adalah sifat sistem pengoperasian yang baik, ianya diukur mengikut : Masa purata di antara kerja-kerja ,Masa pemproses pusat yang terbuang, Masa pusingan semula kerja-kerja kelompok, Masa maklumbalas dalam sistem capaian berganda, Penggunaan sumber-sumber sistem komputer

ii.Kebolehpercayaan

Satu perisian yang boleh dipercayai adalah perisian yang dapat memberikan satu khidmat yang memuaskan hati pengguna. Kebolehpercayaan ini adalah sangat penting bagi mana-mana perisian, apatah lagi satu sistem pengoperasian kerana tidak akan menghasilkan masalah yang besar kepada pengguna.

Selain dari itu disebabkan sistem pengoperasian akan digunakan oleh berbagai jenis pengguna, sistem pengoperasian tersebut mesti mampu menghadapi sebarang kemungkinan dan memberikan satu tindakbalas yang sesuai.

iii.Mudah Diselenggarakan

Satu perisian yang baik akan sentiasa mengalami perubahan dari semasa ke semasa, sama ada bagi membetulkan sebarang kesilapan yang ada atau mengubahsuai bagi mengikuti perubahan spesifikasi, atau bagi memindahkan perisian tersebut ke satu persekitaran yang lain. Semua perkara-perkara tersebut adalah disebut sebagai Penyelenggaraan Perisian.iv.Saiz Kecil

Seperti yang telah diketahui , sistem pengoperasian akan diperlukan pada setiap masa semasa sistem komputer sedang berjalan. Jadi sistem pengoperasian akan sentiasa berada di dalam ingatan utama, dan seterusnya mengurangkan ruang ingatan yang boleh digunakan oleh aturcara pengguna. Justru itu satu sistem pengoperasian seharusnya mempunyai saiz yang kecil bagi mengurangkan ruang ingatan yang digunakan.

Juga biasanya satu sistem yang besar akan lebih cenderung untuk mempunyai kesalahan dan memakan masa yang lama untuk ditulis.

UNIT 2

INPUT

INPUT

Adakah anda telah mencuba dahulu?.

Jika SUDAH, sila semak jawapan anda.

RNS/PSP/2001

_1057597616.doc