e-forum

Upload: najihah-sulaiman

Post on 05-Apr-2018

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 E-FORUM

    1/2

    Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia buat rakan-rakan seangkatansaya.Bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan taufik dan inayah-Nya dapatlahsaya mengutarakan buah fikiran saya mengenai topik perbincangan yang sangat hebat danberkait rapat dengan profesion perguruan iaitu Keruntuhan akhlak kini disebabkan guru-guru gagal menterjemahkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

    Saya dengan lantang suara menentang dan sama sekali tidak setuju denganpernyataan ini. Sebelum saya memulakan bicara,ingin sekali saya jelaskan serba ringkastetapi padat mengenai Falsafah Pendidikan Kebangsaan.FPK merupakan gabunganmatlamat, dasar-dasar dan amalan-amalan pendidikan yang berkaitan dengan tiga aspek.Tiga aspek itu adalah rukun negara, dasar ekonomi baru dan dasar pendidikan kebangsaan.FPK juga hanya bermatlamat kepada pembangunan kemanusian atau dengan kata lain,menghasilkan individu secara menyuluruh, bersepadu, seimbang dan harmonis dari segijasmani, emosi, rohani, dan intelek.

    Dengan kata lain, matlamat FPK adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yangsempurna dan menghayati ciri-ciri seperti percaya kepada tuhan, berakhlak mulia, berilmu

    pengetahuan , bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama, dan negara. Inilah yagyang tunjang dan intipati yang diterapkan bagi semua yang bergelar pendidik.Denganpemahaman mengenai FPK ini,guru-guru pastinya sehabis mungkin memikul danmelaksanakan sekaligus mengaplikasikan dalam pengajaran di sekolah.

    Tidak dinafikan permasalahan dan keruntuhan akhlak remaja menjadi semakinketara terutama di kalangan pelajar sekolah. Sering terjadi pelajar terlibat dengan dadah,peras ugut, lepak atau berkeliaran di tempat hiburan dan pasaraya. Tentunya sekolahmemainkan peranan yang penting selepas keluarga di dalam pembentukan akhlakramaja.Sejak kebelakangan ini, apabila orang berbicara dan mengaitkan soal pendidikan,maka tidak terlepas isu moral di kalangan pelajar atau remaja dibicarakan sebagai satu topikbesar.Tetapi adalah tidak wajar meletakkan guru-guru sebagai punca dan penyebab

    berlakunya keruntuhan akhlak dikalangan remaja kini.

    Cuba kita renungkan sejenak kata-kata ini.Kekalnya sesuatu umat itu adalah keranaketinggian dan kesempurnaan akhlaknya. Apabila lenyap dan runtuh akhlaknya maka runtuhdan lenyaplah umat tersebut. Kata-kata ini adalah rumusan yang dapat diambil daripadaperistiwa sejarah umat manusia dan tamadunnya. Menurut Mohd. Sulaiman Hj. Yasin(1992:7), akhlak adalah syarat mutlak kepada kemajuan dan ketinggian umat dantamadunnya, seterusnya menjadi syarat mutlak pula kepada kekal dan keterusan umat dantamadun tersebut.

    Setiap anak yang dilahirkan ke dunia ini merupakan anugerah tuhan yang tidak

    ternilai dan amanah Allah S.W.T. kepada setiap ibu bapa agar anak tersebutmenjadi insanyang berguna dan berbudi pekerti dengan akhlak yang mulia. Ibu bapa merupakan insanyang bertanggungjawab mendidik, memelihara, mengasuh,memberikan perhatian dan kasihsayang kepada anak-anak. Anak ibarat kain putih yang boleh dicorakkan pelbagai warnaoleh ibu bapa mereka. Sesungguhnya ditangan ibu bapalah terletaknya corak masa depananak-anak kerana mereka diamanahkan dengan tanggungjawab ini. Rasulullah s.a.w.bersabda yang bermaksud:

    "Setiap anak dilahirkan dalam keadaan suci, maka kedua ibu bapanyalahyang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi."(Riwayat Bukhari).

    Keluarga merupakan antara pengaruh utama dalam kehidupan seseorang remaja. Ini

    adalah kerana keluarga merupakan penyebar kepada sosialisasi yang pertama ditemuisejak mereka dilahirkan ke dunia. Kegagalan ibu bapa dalam mendidik anak-anak akan

  • 8/2/2019 E-FORUM

    2/2

    menjejaskan masa depan mereka yang menyebabkan mereka terjerumus kepadakeruntuhan ahklak dan tidak mampu untuk membentuk diri mereka menjadi orang yangberguna dan berwawasan.Keluarga terdiri daripada ibu bapa dan anak-anak. Ibu bapaberperanan dalam mendidik dan membentuk jiwa dan rohani anak-anak. Mereka selaku ibubapa mempunyai pengaruh yang kuat terhadap setiap diri anak-anak termasuk berfungsisebagai pelindung dalam segala hal di sepanjang usia kehidupan anak-anak. Inimenunjukkan sekiranya ibu bapa bercita-cita untuk melihat anak-anak mereka menjadi insanyang berguna dan berbakti kepada agama, bangsa dan negara, maka didikan dan asuhanyang sempurna merupakan aspek yang perlu diberi perhatian.

    Bukan itu sahaja, ibu bapa juga mestilah menunjukkan contoh teladan yang baiksupaya anak-anak melihat ibu bapa mereka mengamalkan sesuatu perkara itu dalamkehidupan seharian dan bukan hanya menyuruh anak-anak melakukannya. Ini akanmenyebabkan berlakunya kekeliruan di kalangan anak-anak.Pendek kata ibu bapalah rolemodel kepada anak-anak mereka. Sesungguhnya,pada pengamatan saya dalampendidikan yang melibatkan akhlak,institusi keluarga seharusnya memainkan perananpenting.

    Sebagai penutup perbincangan ini, jelaslah keruntuhan akhlak remaja kini bukanlahsebab kegagalan guru-guru menterjemahkan FPK,malah ianya lebih berkait rapat denganintitusi keluarga dan bagaimana sesebuah institusi keluarga itu memikul dan mencorakamanah yang dikurniakan oleh Allah S.W.T.

    Akhirul Kalam,Sekian,terima kasih.Waallahualam.