pembangunan majalah web: kesenian, isu semasa dan e … · manakala isu semasa dan e-forum...

25

Upload: others

Post on 19-Sep-2019

23 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBANGUNAN MAJALAH WEB: KESENIAN, ISU SEMASA DAN E … · Manakala isu semasa dan e-Forum memberikan pendedahan kepada pendidikan, aktiviti dan perbincangan matematik. Ruangan tersebut
Page 2: PEMBANGUNAN MAJALAH WEB: KESENIAN, ISU SEMASA DAN E … · Manakala isu semasa dan e-Forum memberikan pendedahan kepada pendidikan, aktiviti dan perbincangan matematik. Ruangan tersebut
Page 3: PEMBANGUNAN MAJALAH WEB: KESENIAN, ISU SEMASA DAN E … · Manakala isu semasa dan e-Forum memberikan pendedahan kepada pendidikan, aktiviti dan perbincangan matematik. Ruangan tersebut

PEMBANGUNAN MAJALAH WEB: KESENIAN, ISU SEMASA DAN

E-FORUM MATEMATIK

FAKHRUR RAZI BIN AHMAD

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2008

Page 4: PEMBANGUNAN MAJALAH WEB: KESENIAN, ISU SEMASA DAN E … · Manakala isu semasa dan e-Forum memberikan pendedahan kepada pendidikan, aktiviti dan perbincangan matematik. Ruangan tersebut
Page 5: PEMBANGUNAN MAJALAH WEB: KESENIAN, ISU SEMASA DAN E … · Manakala isu semasa dan e-Forum memberikan pendedahan kepada pendidikan, aktiviti dan perbincangan matematik. Ruangan tersebut

iii

gxÜ|áà|Åxãt‹ Uâtà UÉÇwt ;[}{jtà|Ç| Uàx `|áÄtÇ<

wtÇ Tçt{tÇwt ;[} T{Åtw U|Ç fâ}t~< çtÇz áxÇà|tát ÅxÇvâÜt{ ~tá|{ wtÇ ÅxÇçxÅt| v|àt

fxÜàt ~x~tÇwt çtÇz w|átçtÇz| fxztÄtÇçt t~tÇ ÅxÇ}tw| ux~tÄtÇ çtÇz uxÜzâÇt

fxÅÉzt }tátÅâ w||utÄtá TÄÄt{ fAjAg? \ÇáçtTÄÄt{‹

Page 6: PEMBANGUNAN MAJALAH WEB: KESENIAN, ISU SEMASA DAN E … · Manakala isu semasa dan e-Forum memberikan pendedahan kepada pendidikan, aktiviti dan perbincangan matematik. Ruangan tersebut

iv

PENGHARGAAN

Assalamualaikum W.B.T. dan salam sejahtera,

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang dan buat

junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Syukur Alhamdulillah kerana dengan kudrat

yang diberiNya dapat saya menyiapkan projek ini. Segalanya keranaNya.

Sekalung penghargaan buat penyelia yang dihormati, PM. Dr. Zaleha Binti

Ismail dan En. Mohd Khalid Bin Kasmin yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan

sokongan bagi menyelesaikan projek ini. Segala dorongan, ilmu dan nasihat yang

diberikan banyak membantu dan sentiasa menjadi pedoman.

Jutaan terima kasih juga saya rakamkan kepada keluarga tercinta serta teman-

teman yang terlibat secara langsung ataupun tidak, di atas kerjasama yang diberikan.

Jasa kalian amat dihargai.

Doa dan harapan menjadi tunas impian. Kegigihan dan kesabaran tunggak

kejayaan. Tanpa kalian terkuburlah semangat membina harapan.

Wassalam.

Page 7: PEMBANGUNAN MAJALAH WEB: KESENIAN, ISU SEMASA DAN E … · Manakala isu semasa dan e-Forum memberikan pendedahan kepada pendidikan, aktiviti dan perbincangan matematik. Ruangan tersebut

v

ABSTRAK

Pembelajaran berasaskan web semakin popular dikalangan guru dan pelajar

lantaran dari kemudahannya yang kian meluas. Pada masa kini, terdapat banyak portal

pendidikan yang mampu mewujudkan pembelajaran berpusatkan pelajar, terarah kendiri,

kadar kendiri dan akses kendiri. Untuk mencari pendekatan yang afektif dalam

melaksanakan e-Pembelajaran, projek ini memilih sistem pengurusan bahan, Joomla!

dan model rekabentuk instruksi bersistem ADDIE. Sistem dan model rekabentuk ini

sesuai, memandangkan rekabentuknya menyokong prinsip konstruktivisme sosial yang

menggalakkan pembelajaran secara koloboratif dan menekankan pembentukan

pengetahuan melalui aktiviti sosial seperti pebincangan dan pertukaran pendapat antara

komuniti secara maya. Majalah web yang merupakan satu format e-Pembelajaran

dibangunkan dengan menyediakan ruangan Fokus, Kesenian, Aplikasi, Isu semasa,

Permainan, Tokoh, Sejarah, Statistik, Kerjaya, Kuiz, e-Forum dan Pelajari matematik.

Namun, penulisan ini hanya menumpukan kepada Kesenian, Isu Semasa dan e-Forum

matematik. Bagi lima edisi yang pertama, ruangan Kesenian menghubungkaitkan

matematik dengan senibina, fraktal, muzik, seni ukiran dan rekabentuk serta proses

menjubin. Manakala isu semasa dan e-Forum memberikan pendedahan kepada

pendidikan, aktiviti dan perbincangan matematik. Ruangan tersebut membenarkan

pelajar atau guru memberikan komen atas talian untuk tujuan perkongsian idea.

Persekitaran pembelajaran dimantapkan dengan grafik, audio dan video. Majalah web

Dunia Matematik, telah diuji keberkesannya di sekolah oleh pengkaji yang lain dan

hasilnya menunjukkan aspek sosial, pembelajaran, emosi dan persekitaran pada tahap

positif yang tinggi. Oleh itu, majalah web Dunia Matematik perlu diberi perhatian oleh

guru, pelajar, dan warga pendidikan, khasnya, bagi menggalakkan penggunaan komputer

sebagai bahan bantu mengajar alternatif di sekolah.

Page 8: PEMBANGUNAN MAJALAH WEB: KESENIAN, ISU SEMASA DAN E … · Manakala isu semasa dan e-Forum memberikan pendedahan kepada pendidikan, aktiviti dan perbincangan matematik. Ruangan tersebut

vi

ABSTRACT

The web-based teaching and learning is becoming more popular among teachers

and students, as it has broadened in terms of facility. Today, there are many education

portal that enables student-centered learning, self-directed, and self access. In order to

find an effective approach in executing the e-Learning process, this project chooses the

content management system Joomla! and the instructional model design ADDIE. This

system and model design are appropriate, as the design supports the social

constructivism which encourages collaborative learning, and emphasizes the building of

knowledge via social activities, such as discussion and exchanging of opinions between

virtual community. Web magazine that is one of the e-Learning format developed,

prepare columns that consist of Focus, Arts, Application, Current Issues, Games,

Notable Person, History, Statistics, Carrier, Quiz, e-Forum and Learning mathematics.

However, for this writing only Arts, Current Issues and mathematics e-Forum will be

focused on. For the first five editions, the Arts column links mathematics with designing

or architecture, fractal, music, tiling process and the art of sculpture. Other than that,

Current Issues and e-Forum give exposure to education as well as activities and

discussions of mathematics. These columns would allow students and teachers to give

comments and share ideas online. The learning environment is enhanced with graphics,

audio and video. The Dunia Matematik web magazines has been tested for its

effectiveness in schools by other researchers and the results show a high level of positive

outcome on the social, learning, emotional, and environmental aspects. Therefore, the

Dunia Matematik web magazine should be paid attention to by teachers, students and

education population in general in order to promote the use of computers as an

alternative teaching aid in schools.

Page 9: PEMBANGUNAN MAJALAH WEB: KESENIAN, ISU SEMASA DAN E … · Manakala isu semasa dan e-Forum memberikan pendedahan kepada pendidikan, aktiviti dan perbincangan matematik. Ruangan tersebut

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN PELAJAR ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI RAJAH xi

SENARAI JADUAL xiv

SENARAI SINGKATAN xv

1 PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 3

1.2 Pernyataan Masalah 6

1.3 Objektif Projek 6

1.4 Kepentingan Projek 7

1.5 Skop dan Batasan Projek 8

Page 10: PEMBANGUNAN MAJALAH WEB: KESENIAN, ISU SEMASA DAN E … · Manakala isu semasa dan e-Forum memberikan pendedahan kepada pendidikan, aktiviti dan perbincangan matematik. Ruangan tersebut

viii

1.6 Kerangka Teori Projek 9

1.7 Definisi Istilah 10

1.8 Kesimpulan 12 2 SOROTAN PENULISAN

2.0 Pengenalan 13

2.1 e-Pembelajaran Di Malaysia 14

2.1.1 Kelebihan e-Pembelajaran 16

2.1.2 Kelemahan e-Pembelajaran 18

2.2 Konstruktivisme sosia dan Hubungannya dengan 19

e-Pembelajaran

2.3 Sistem Pengurusan Kursus Dalam e-Pembelajaran – 20

Joomla

2.4 Perisian Sumber Terbuka 21 2.4.1 Kelebihan Perisian Sumber Terbuka 22

2.7 Kajian Penggunaan e-Pembelajaran 23

2.7.1 Dapatan Kajian Dalam Negara 23

2.7.2 Dapatan Kajian Luar Negara 26 2.6 Majalah Web Matematik 26

2.7 Kesenian Matematik 28

2.8 Isu semasa Matematik 29

2.9 e-Forum Matematik 30

3.0 Penutup 31

Page 11: PEMBANGUNAN MAJALAH WEB: KESENIAN, ISU SEMASA DAN E … · Manakala isu semasa dan e-Forum memberikan pendedahan kepada pendidikan, aktiviti dan perbincangan matematik. Ruangan tersebut

ix

3 METODOLOGI PROJEK

3.0 Pengenalan 32 3.1 Kaedah Perlaksanaan 32

3.1.1 Analisis 33

3.1.2 Rekabentuk 35

3.1.3 Pembangunan 37

3.1.4 Perlaksanaan 55

3.1.5 Penilaian 55 3.2 Penutup 56 4 BAHAN E-PEMBELAJARAN DUNIA MATEMATIK

4.0 Pengenalan 57

4.1 Penghasilan Bahan Pembelajaran 57 4.1.1 Kesenian 58

4.1.2 Isu semasa 59

4.1.3 e-Forum 60 4.2 Majalah Web Dunia Matematik 61 4.2.1 Skrin Daftar Masuk atau ‘Log in’ 63

4.2.2 Skrin Halaman Utama 65

4.2.3 Skrin Edisi Lepas 65

4.2.4 Skrin Komen 66

4.2.5 Skrin Komuniti 68

4.2.6 Skrin Dunia Matematik 68

4.2.7 Skrin Kesenian 69

Page 12: PEMBANGUNAN MAJALAH WEB: KESENIAN, ISU SEMASA DAN E … · Manakala isu semasa dan e-Forum memberikan pendedahan kepada pendidikan, aktiviti dan perbincangan matematik. Ruangan tersebut

x

4.2.8 Skrin Isu semasa 69

4.2.9 Skrin e-Forum 76

4.3 Penutup 79 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN 5.0 Pengenalan 80 5.1 Perbincangan 80 5.2 Keistimewaan Majalah Web Dunia Matematik 82 5.3 Kebaikan Majalah Web Dunia Matematik 83 5.4 Kelemahan Majalah Web Dunia Matematik 84

5.5 Masalah yang Dihadapi Semasa Pembangunan 84

Majalah Web Dunia Matematik

5.5.1 Capaian Internet 85

5.5.2 Kepakaran Yang Terhad 85

5.6 Cadangan 85 5.7 Penutup 86

RUJUKAN 87 LAMPIRAN 93

Page 13: PEMBANGUNAN MAJALAH WEB: KESENIAN, ISU SEMASA DAN E … · Manakala isu semasa dan e-Forum memberikan pendedahan kepada pendidikan, aktiviti dan perbincangan matematik. Ruangan tersebut

xi

SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT 1.0 Kerangka Teori Projek 9 2.0 Skrin +plus magazine 28 3.0 Carta proses pembangunan majalah web 38

Matematik

3.1 Carta alir proses ‘upload’ media 39 3.2 Skrin pengurusan media (Media Manager) 39 3.3 Skrin fail ‘Stories’ 40 3.4 Skrin proses ‘upload’ media 40

3.5 Skrin pengurusan seksyen (Section Manager) 41 3.6 Skrin penulisan uraian @ diskripsi bagi seksyen 42 3.7 Carta alir proses pengurusan seksyen 43 3.8 Skrin pengurusan kategori (Category Manager) 43 3.9 Skrin penulisan artikel yang baru 44 3.10 Skrin penulisan uraian @ diskripsi bagi kategori 44 3.11 Carta alir proses pengurusan kategori 45

Page 14: PEMBANGUNAN MAJALAH WEB: KESENIAN, ISU SEMASA DAN E … · Manakala isu semasa dan e-Forum memberikan pendedahan kepada pendidikan, aktiviti dan perbincangan matematik. Ruangan tersebut

xii

3.12 Skrin ruangan penulisan artikel 46 3.13 Skrin menunjukkan butang ‘image’, ‘page break ‘dan 47

‘Read more’.

3.14 Skrin pemilihan media bagi artikel 47 3.15 Carta Alir bagi proses penulisan artikel 48 3.16 Skrin pengurusan pengguna (User Manager) 49 3.17 Skrin pengurusan menu (Menu Manager) 50 3.18 Skrin ‘Menu Item Manager’ bagi menu utama 50 3.19 Skrin ‘Menu Item Manager’ bagi Top Menu 51

3.20 Skrin pengurusan bahasa (Language Manager) 52 3.21 Skrin pengurusan halaman utama (Front Page Manager) 53 3.22 Skrin ‘Poll Manager’ 54 3.23 Skrin ‘Template Manager’ 55 4.0 Ruangan yang terdapat di majalah web Dunia Matematik 62 4.1 Skrin daftar masuk (Log in) 63 4.2 Skrin ‘Register’ 64 4.3 Skrin notis selepas proses ‘Register’ 64 4.4 Skrin halaman utama 65 4.5 Skrin Edisi Lepas 66 4.6 Senarai keseluruhan komen yang boleh dibaca oleh 67

Pembangun 4.7 Ruangan koemn bagi pengguna 67 4.8 Skrin komuniti 68 4.9 Skrin ruangan Dunia Matematik 69

Page 15: PEMBANGUNAN MAJALAH WEB: KESENIAN, ISU SEMASA DAN E … · Manakala isu semasa dan e-Forum memberikan pendedahan kepada pendidikan, aktiviti dan perbincangan matematik. Ruangan tersebut

xiii

4.10 Skrin kesenian bagi edisi pertama, Januari 2008 70 4.11 Skrin kesenian bagi edisi kedua, Februari 2008 70 4.12 Skrin kesenian bagi edisi ketiga, Mac 2008 71 4.13 Skrin kesenian bagi edisi keempat, April 2008 71

(Bahagian Atas)

4.14 Skrin kesenian bagi edisi keempat, April 2008 72

(Bahagian Bawah)

4.15 Skrin kesenian bagi edisi kelima, Mei 2008 72

(Bahagian Atas)

4.16 Skrin kesenian bagi edisi kelima, Mei 2008 73

(Bahagian Bawah)

4.17 Skrin Isu semasa bagi edisi pertama, Januari 2008 73 4.18 Skrin Isu semasa bagi edisi kedua, Februari 2008 74 4.19 Skrin Isu semasa bagi edisi ketiga, Mac 2008 74 4.20 Skrin Isu semasa bagi edisi keempat, April 2008 75 4.21 Skrin Isu semasa bagi edisi kelima, Mei 2008 75 4.22 Skrin e-Forum bagi edisi pertama, Januari 2008 76 4.23 Skrin e-Forum bagi edisi kedua, Februari 2008 77 4.24 Skrin e-Forum bagi edisi ketiga, Mac 2008 77 4.25 Skrin e-Forum bagi edisi keempat, April 2008 78 4.26 Skrin e-Forum bagi edisi kelima, Mei 2008 78

Page 16: PEMBANGUNAN MAJALAH WEB: KESENIAN, ISU SEMASA DAN E … · Manakala isu semasa dan e-Forum memberikan pendedahan kepada pendidikan, aktiviti dan perbincangan matematik. Ruangan tersebut

xiv

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 1.0 Kriteria pengukuran bagi sesebuah laman 24

web

Page 17: PEMBANGUNAN MAJALAH WEB: KESENIAN, ISU SEMASA DAN E … · Manakala isu semasa dan e-Forum memberikan pendedahan kepada pendidikan, aktiviti dan perbincangan matematik. Ruangan tersebut

xv

SENARAI SINGKATAN ADDIE – Analysis Design Development Implementation Evaluation BTP – Bahagian Teknologi Pendidikan CMS – Content Management System ICT – Information and Communication Technology IRC – Internet Relay Chat ISO – International Organization for Standardization IT – Information Technology KBK – Komunikasi Beperantarakan Komputer KBSM – Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah KBSR – Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah KPM – Kementerian Pelajaran Malaysia MSC – Multimedia Super Corridor PIPP – Pelan Induk Pembangunan Pendidikan P&P – Pengajaran dan Pembelajaran UTHM – Universiti Tun Hussein Onn Malaysia UTM – Universiti Teknologi Malaysia

Page 18: PEMBANGUNAN MAJALAH WEB: KESENIAN, ISU SEMASA DAN E … · Manakala isu semasa dan e-Forum memberikan pendedahan kepada pendidikan, aktiviti dan perbincangan matematik. Ruangan tersebut

1

BAB 1

PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan

Bagi menghadapi cabaran perkembangan teknologi dan maklumat pada abad ke

21 dengan berkesan, Koridor Raya Multimedia (MSC) dilancarkan oleh Perdana Menteri

pada Ogos 1996. MSC dilancarkan atas kesedaran betapa besarnya pengaruh teknologi

maklumat dan telekomunikasi (ICT) dalam usaha meningkatkan produktiviti dan kualiti

hidup manusia pada masa hadapan.

Konsep sekolah bestari dilaksanakan sebagai satu daripada aplikasi perdana

MSC, yang bertujuan bagi melahirkan generasi muda negara yang akan mewarisi

tampuk negara dan memanfaatkan serta mengembangkan infrastruktur MSC. Sekolah

bestari juga sebagai usaha ke arah mencapai misi Kementerian Pelajaran Malaysia

(KPM) dan pada masa yang sama melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu

pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan

mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran masyarakat dan negara.

Di Malaysia, sekolah bestari merujuk kepada sekolah yang memberikan peluang

teknologi maklumat interaktif untuk memainkan peranan penting dalam pengajaran dan

pembelajaran serta proses pengurusan. Sekolah ini memfokuskan usaha melahirkan

pelajar yang kreatif, dan berupaya menjana idea baru. Selain itu, dapat melahirkan

golongan pemikir dan bukan hanya individu yang hanya mengeluarkan semula

Page 19: PEMBANGUNAN MAJALAH WEB: KESENIAN, ISU SEMASA DAN E … · Manakala isu semasa dan e-Forum memberikan pendedahan kepada pendidikan, aktiviti dan perbincangan matematik. Ruangan tersebut

2

pengetahuan. Sekolah bestari mengutamakan perkembangan individu secara menyeluruh

dari segi intelektual dan afektif. Teknologi terkini akan digunakan untuk

mengembangkan peranan pengajaran ke arah akses sendiri, terarah pelajar dan mengikut

kadar pembelajaran individu.

Oleh itu, prasarana elektronik adalah diperlukan bagi membolehkan berlakunya

aliran maklumat dua hala, akses dan input sumber pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Kurikulum di sekolah perlu disesuaikan dengan peranan guru dan pelajar yang lebih

ditumpukan kepada proses pembelajaran kendiri.

Sehubungan dengan itu, salah satu bidang utama yang telah dikenalpasti untuk

diberi tumpuan ialah e-Pembelajaran. e-Pembelajaran adalah merupakan satu

perkembangan dalam pendidikan hasil daripada ledakan dan perkembangan teknologi

maklumat dan komunikasi (Ismail, 2002). Razmah (2001) mendefinisikan e-

Pembelajaran sebagai pembelajaran elektronik yang bersistematik dalam P&P, yang

menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi sama ada secara terarah guru atau

pelajar. e-Pembelajaran membolehkan pembelajaran kendiri dilaksanakan dengan lebih

berkesan. Pelajar boleh memilih masa, kandungan serta hala tuju pembelajaran mereka.

Pelajar juga berpeluang belajar tajuk yang sukar berulang kali sehingga pemahaman

dicapai. Mereka juga dapat belajar dalam suasana yang selesa, tanpa merasa malu untuk

bertanya. Perbincangan kumpulan yang lebih terancang dan teratur juga boleh dicapai

dengan mengunakan teknologi sedia ada.

Dewasa ini, pendidikan matematik lebih memberi tumpuan kepada penggunaan

teknologi maklumat dalam P&P matematik. Sehubungan itu, para pelajar perlu

didedahkan kepada penggunaan komputer supaya ia dapat meningkatkan kefahaman dan

penguasaan pelajar terhadap pelajaran, memberi peluang pembelajaran yang sama

kepada semua murid yang pelbagai keupayaan, meningkatkan motivasi murid dan

membolehkan pembelajaran sendiri (individualise learning) dilakukan. Majalah web

matematik yang merupakan satu format e-Pembelajaran dilihat sebagai satu alternatif

yang berkesan dalam P&P matematik.

Page 20: PEMBANGUNAN MAJALAH WEB: KESENIAN, ISU SEMASA DAN E … · Manakala isu semasa dan e-Forum memberikan pendedahan kepada pendidikan, aktiviti dan perbincangan matematik. Ruangan tersebut

3

1.1 Latar Belakang Masalah

Di dalam usaha pemantapan sistem pendidikan negara, KPM telah merangka

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 – 2010 (PIPP). PIPP akan menjadi garis

panduan pembangunan pendidikan negara secara menyeluruh sepanjang tempoh lima

tahun dalam RMK ke-9. Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information and

Communication Technology (ICT), antara aspek yang ditekankan dalam sistem

pendidikan. Selaras dengan perkembangannya pendidikan sains dan matematik, dilihat

amat penting dalam melahirkan masyarakat yang progresif dan saintifik, serta berilmu

dalam membentuk warganegara yang kreatif dan kritis serta berketrampilan dalam

mengamalkannya. Seharusnya, proses P&P matematik khususnya, menumpukan kepada

matematik sebagai proses inkuiri penemuan berasaskan konstruktivisme, pembelajaran

masteri, pembelajaran konstektual dan penerapan modal insan. Kaedah P&P perlu

dipelbagaikan dan lebih berpusatkan kepada pelajar. Pembelajaran elektronik atau lebih

dikenali sebagai e-Pembelajaran merupakan pendekatan yang tepat. Kemudahan e-

Pembelajaran yang terdapat di rangkaian teknologi maklumat, sistem telekomunikasi

dan pangkalan data membolehkan segala maklumat disalurkan dengan begitu mudah,

pantas dan terkini. Justeru itu, pembangunan majalah web matematik akan menjadi

saluran maklumat dan penghubung antara pelajar tanpa kekangan masa dan tempat serta

menjadi pendorong ke arah pelajar yang berdaya saing.

Ke arah pembudayaan penggunaan ICT dalam pendidikan, KPM telah

menggariskan tiga dasar utama iaitu, mengutamakan peranan dan fungsi ICT sebagai

mata pelajaran atau pengupaya dalam proses pengajaran dan pendidikan, memastikan

semua pelajar celik ICT serta menggalakkan penggunaan ICT dalam meningkatkan

produktiviti, kecemerlangan dan keberkesanan dalam sistem pengurusan. Projek

pengkomputeraan dan makmal komputer, projek rintis Sekolah Bestari, penyediaan

infrastruktur dan rangkaian jalur lebar SchoolNet, dan TV Pendidikan merupakan antara

langkah utama.

Seiring dengan pembudayaan ICT dalam P&P matematik, khasnya, dan sistem

pendidikan, umumnya, pembangunan majalah web matematik bertepatan dengan hasrat

Page 21: PEMBANGUNAN MAJALAH WEB: KESENIAN, ISU SEMASA DAN E … · Manakala isu semasa dan e-Forum memberikan pendedahan kepada pendidikan, aktiviti dan perbincangan matematik. Ruangan tersebut

4

kerajaan. Pengaplikasian majalah web matematik berpusatkan kepada pelajar, dan lebih

kepada pendekatan konstruktivisme. Di samping itu, ia menggalakkan pelajar untuk

melibatkan diri secara aktif dan dinamik dalam aktiviti pembelajarannya. Pelajar dapat

memperolehi pengalaman secara ‘hands-on’ dalam mengendalikan majalah web

matematik tersebut dan mereka dapat membuat rujukan dalam pembelajaran matematik,

membaca informasi berkenaan aplikasi matematik dalam pelbagai bidang, mengetahui

isu-isu semasa berkaitan aktiviti-aktiviti matematik dan pendedahan sejarah matematik

bagi meningkatkan tahap pengetahuan dan kefahaman para pelajar. Menurut

Muhammad Hassan (1998), penggunaan program pengajaran multimedia dapat

mendorong pelajar dan guru berinteraksi dengan lebih afektif dan berkesan. Penggunaan

multimedia dalam persekitaran P&P dikatakan menggalakkan pelajar untuk menjadi

seorang yang mampu berfikir secara kritikal, menyelesaikan masalah, lebih mahir dalam

proses mencari dan menyusun maklumat, bermotivasi dalam pembelajaran dan

sebagainya (Jamaluddin dan Zaidatun, 2003).

Sungguhpun demikian, terdapat guru yang masih menggunakan kaedah

tradisional dalam proses P&P matematik. Menurut Grabe (2004), ada tiga sebab

mengapa guru kurang mahir dan bersedia untuk mengintegrasikan teknologi dalam

pengajaran mereka. Pertama, kerana kebanyakkan institusi latihan guru tidak

mempunyai kelengkapan dan peralatan yang mencukupi. Kedua, sebahagian besar ahli

dalam fakultinya tidak dapat memanfaatkan penggunaan teknologi dalam kuliah masing-

masing kerana tidak berminat dan kurang bersedia mencubanya. Ketiga adalah kerana

kurikulum latihan perguruannya, hanya menumpu kepada aspek menggunakan teknologi

untuk tugasan, bukannya berlatih bagaimana menggunakannya untuk membantunya

mengajar.

Selain itu, sekiranya pelajar kurang faham terhadap proses pembelajaran di

dalam kelas mereka cenderung mendiamkan diri kerana tidak yakin dan malu untuk

bertanya. Perhatian guru kurang dapat diberikan secara individu kerana bilangan pelajar

yang ramai di dalam kelas. Menurut Razali (2002), pengajaran secara tradisional

memberikan penekanan kepada mengingati konsep-konsep dan istilah-istilah saintifik

atau matematik secara terasing yang mana akhirnya akan dilupai. Ini bercanggah

Page 22: PEMBANGUNAN MAJALAH WEB: KESENIAN, ISU SEMASA DAN E … · Manakala isu semasa dan e-Forum memberikan pendedahan kepada pendidikan, aktiviti dan perbincangan matematik. Ruangan tersebut

5

daripada objektif sebenar pendidikan yang telah digariskan, dimana proses pembelajaran

adalah berterusan dan dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Disamping itu, senario yang berlaku kini, pendidik matematik di Malaysia

terutama di peringkat sekolah hanya menggunakan pendekatan latih tubi tanpa

memberikan penerangan konsep matematik yang mencukupi. Kaedah ini adalah satu

kaedah yang baik sekiranya kita hanya inginkan hasil yang bersifat kuantitatif sahaja.

Tanpa kefahaman ini, adalah sukar untuk bersaing di peringkat yang lebih tinggi

khususnya yang berkaitan dengan matematik dan aplikasinya.

Melalui sistem pengajaran tradisional juga, guru tidak mampu untuk memantau

prestasi setiap pelajar di dalam kelas disebabkan kekangan masa dan bilangan pelajar

yang ramai. Selain itu juga, pelajar mungkin berasa terkongkong dengan pembelajaran

yang telah dirancang oleh guru. Tetapi melalui pembelajaran menggunakan internet,

guru dapat merekabentuk aktiviti-aktiviti pembelajaran yang menarik, menyediakan

bahan-bahan atas talian yang berkualiti dalam menghasilkan pembelajaran kolaboratif

(Razali, 2002). Pembelajaran menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi dapat

membantu guru mempelbagaikan aktiviti-aktiviti yang dilakukan di dalam kelas.

Oleh yang demikian, penggunaan e-Pembelajaran sebagai bahan P&P matematik

merupakan satu alternatif dalam meringankan beban guru bagi menangani pelajar-

pelajar yang terdiri daripada pelbagai tahap pemikiran. Menurut Faisal (2002), e-

Pembelajaran memberi beberapa kelebihan berbanding dengan P&P secara

konvensional. Antaranya, e-Pembelajaran bebas daripada kongkongan masa dan tempat,

meningkatkan cara pembelajaran dan menyediakan bentuk pembelajaran yang berkesan

melalui pendekatan seperti pembelajaran koperatif, pembelajaran berasaskan masalah,

pembelajaran berasaskan sumber dan sebagainya. e-Pembelajaran kaya dengan

maklumat dan media, serta berpusatkan pelajar.

Berdasarkan penerangan di atas, pembangunan majalah web matematik sejajar

dengan kehendak pendidikan masa kini yang dapat memberi manfaat kepada pelajar dan

guru. Justeru itu, guru perlu menggabungjalinkan penggunaannya dalam pengajaran agar

proses pembelajaran pelajar lebih bermakna.

Page 23: PEMBANGUNAN MAJALAH WEB: KESENIAN, ISU SEMASA DAN E … · Manakala isu semasa dan e-Forum memberikan pendedahan kepada pendidikan, aktiviti dan perbincangan matematik. Ruangan tersebut

6

1.2 Penyataan Masalah

Masalah pembelajaran matematik di sekolah telah wujud sejak dahulu lagi

hingga kini. Pelbagai cara dilakukan oleh pihak-pihak tertentu bagi mengatasi masalah

yang dihadapi. Seiring dengan perubahan teknologi yang semakin pantas, maka

pembelajaran menggunakan ICT merupakan satu alternatif bagi menangani masalah

tersebut. Terdapat beberapa portal pendidikan yang telah dibangunkan, tetapi ianya tidak

memfokuskan kepada satu subjek tertentu. Sehubungan dengan itu, majalah web yang

merupakan format kepada e-Pembelajaran dibangunkan supaya dapat menyediakan

bahan P&P matematik yang komprehensif dan fleksibel.

1.3 Objektif Projek

Objektif bagi projek bahan e-Pembelajaran ialah, membangunkan majalah web

matematik khusus kepada tiga bahagian berikut:

I. Kesenian dalam matematik

II. Isu semasa berkaitan matematik

III. e-Forum matematik

1.4 Kepentingan Projek 1.4.1 Pelajar

Para pelajar dapat menggunakan majalah web sebagai bahan pembelajaran dan

sebagai rujukan. Para pelajar dapat melakukan ulangkaji Kuiz yang disediakan, dan

Page 24: PEMBANGUNAN MAJALAH WEB: KESENIAN, ISU SEMASA DAN E … · Manakala isu semasa dan e-Forum memberikan pendedahan kepada pendidikan, aktiviti dan perbincangan matematik. Ruangan tersebut

7

tidak terbatas hanya di sekolah sahaja. Para pelajar dapat mengaksesnya dimana-mana

sahaja tanpa mengira waktu dengan capaian internet. Disamping itu juga, para pelajar

dapat memberikan pendapat atau menyuarakan permasalahan berkenaan matematik

dalam ruangan e-Forum yang disediakan. Para pelajar akan dapat berkomunikasi sesama

pelajar lain mahupun guru secara maya.

1.4.2 Guru

Guru dapat menggunakan majalah web ini sebagai bahan pengajaran di dalam

kelas. Proses pengajaran akan lebih efektif dan menyeronokkan. Selain itu, guru dapat

memberi pendapat dalam penyelesaian matematik di ruangan e-Forum tanpa batasan

waktu. Interaksi guru dengan pelajar tidak terbatas hanya di sekolah malah proses P&P

dapat dilakukan dimana sahaja.

1.4.3 Sekolah

Sekolah dapat menarik minat pelajar dalam meningkatkan tahap penguasaan

dalam ICT. Disamping itu, sekolah dapat melahirkan para pelajar yang celik IT, serta

pelajar akan lebih berfikiran global dengan segala informasi yang diberikan dalam

majalah web bagi setiap edisi.

1.4.4 Ibu bapa dan masyarakat

Ibu bapa juga dapat membantu anak mereka dalam menyemai tabiat membaca di

rumah. Ini merupakan alternatif lain bagi mewujudkan suasana pembelajaran dikalangan

ahli keluarga dan masyarakat. Melalui ruangan Kuiz, ibu bapa juga boleh mengenal pasti

Page 25: PEMBANGUNAN MAJALAH WEB: KESENIAN, ISU SEMASA DAN E … · Manakala isu semasa dan e-Forum memberikan pendedahan kepada pendidikan, aktiviti dan perbincangan matematik. Ruangan tersebut

8

permasalahan matematik yang dihadapi oleh anak mereka apabila mereka melakukan

aktiviti tersebut bersama-sama.

1.5 Skop dan Batasan Projek

Skop bagi projek ini hanya menyediakan:

I. Fokus

II. Isu semasa

III. Kesenian

IV. Sejarah

V. Tokoh

VI. Kuiz

VII. e-Forum

VIII. Kerjaya

IX. Statistik

X. Pelajari

XI. Permainan

XII. Kuiz

Batasan projek ini adalah menyediakan bahan e-Pembelajaran yang berkaitan

dengan dunia pendidikan matematik. Bahan e-Pembelajaran bagi majalah web

matematik ini akan diterbitkan sebanyak lima edisi. Penulisan ini hanya menumpukan

kepada ruangan kesenian, isu semasa dan e-Forum matematik.