e-dagang

6
Definisi E- dagang E-dagang adalah mengeksploitasi teknologi dan aplikasi untuk menghubungkan sistem perniagaan yang kritikal secara terus kepada pelanggan, pekerja dan pembekal melalui Internet, Extranet dan WWW, tak kira saiz, lokasi dan jenis perniagaan. Berdasarkan kepada sumber yang berlainan, perdagangan elektronik mempunyai definisi yang berlainan. Dari perspektif ahli ekonomi, perdagangan elektronik adalah alat yang menyampaikan keinginan pembeli dan perniaga untuk mengurangkan kos sambil menambah kualiti barangan dan meningkatkan kepantasan servis penghantaran. Dari perspektif pengurusan, perdagangan elektronik adalah aplikasi teknologi ke arah penggunaan jentera dan aliran kerja sesuatu perniagaan. Dari perspektif pemasaran, perdagangan elektronik adalah pengangkutan yang baru bagi menyediakan maklumat kepada sesuatu target pasaran melalui pengiklanan, promosi dan publisiti. Dari perspektif teknologi, perdagangan elektronik bermakna penghantaran maklumat, produk, perkhidmatan dan bayaran melalui rangkaian komputer. . Kebaikan pelaksanaan e-dagang adalah dapat memudahkan dan mempercepatkan urus niaga. Hal ini kerana urus niaga dan perkhidmatan e-dagang ini boleh diakses dengan mudah

Upload: karen-ling

Post on 01-Oct-2015

21 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

rbt

TRANSCRIPT

Definisi E- dagangE-dagang adalah mengeksploitasi teknologi dan aplikasi untuk menghubungkan sistem perniagaan yang kritikal secara terus kepada pelanggan, pekerja dan pembekal melalui Internet, Extranet dan WWW,tak kira saiz, lokasi dan jenis perniagaan. Berdasarkan kepada sumber yang berlainan, perdagangan elektronik mempunyai definisi yang berlainan. Dari perspektif ahli ekonomi, perdagangan elektronik adalah alat yang menyampaikan keinginan pembeli dan perniaga untuk mengurangkan kos sambil menambah kualiti barangan dan meningkatkan kepantasan servis penghantaran. Dari perspektif pengurusan, perdagangan elektronik adalah aplikasi teknologi ke arah penggunaan jentera dan aliran kerja sesuatu perniagaan. Dari perspektif pemasaran, perdagangan elektronik adalah pengangkutan yang baru bagi menyediakan maklumat kepada sesuatu target pasaran melalui pengiklanan, promosi dan publisiti. Dari perspektif teknologi, perdagangan elektronik bermakna penghantaran maklumat, produk, perkhidmatan dan bayaran melalui rangkaian komputer.. Kebaikan pelaksanaan e-dagang adalah dapatmemudahkan dan mempercepatkan urus niaga. Hal ini kerana urus niaga dan perkhidmatan e-dagang ini boleh diakses dengan mudah setiap masa dan di mana jua sama ada di pejabat, rumah dan sebagainya. Contohnya, urus niaga ini boleh dimulakan walaupun berada di rumah dengan adanya kemudahan mengakses internet. Pengguna tidak perlu bersesak dengan masalah trafik. Masalah kekurangan tempat letak kereta dapat diatasi. Barangan tempahan dari mana-mana sahaja boleh dihantar terus ke pintu rumah. Boleh membeli-belah 7 hari seminggu dan 24 jam satu hari .Selain itu, urus niaga secara talian juga dapatmenjimatkan masa dan tenagakepada pengguna. Hal ini kerana pengguna tidak perlu berkunjung ke tempat yang jauh untuk membeli barangan keperluan sebaliknya pengguna hanya perlu memesan barangan atau perkhidmatan yang diperlukan melalui talian. Di samping itu, urus niaga elektronik dapatmemudahkan pengeluar dan pengguna mendapatkan maklumat untuk membeli atau memasarkan sesuatu barangan. Hal ini memberi peluang kepada syarikat-syarikat untuk menghantar mesej-mesej pemasaran dan maklumat produk kepada pengguna multinasional di seluruh dunia melalui internet. Keadaan ini akan lebih memudahkan promosi sesuatu barangan. Pengguna juga akan mendapat maklumat yang tepat sebelum membeli sesuatu barangan.Kebaikan yang seterusnya adalah membesarkan pasaran produk sehingga ke peringkat global. Internet berupaya mencapai khalayak pengguna yang jauh lebih besar, iaitu sehingga 60 juta pengguna di seluruh dunia dalam masa yang singkat. Contohnya , E-dagang berjaya dilaksanakan di Amerika Syarikat dan Eropah bagi jualan buku (Amazon.com) dan jualan komputer Dell .Tambahan pula, dapat menghapuskan golongan tengah dalam dunia perniagaan. Maklumat perkhidmatan dan perdagangan boleh disalurkan kepada pelangan secara langsung melalui laman web berkenaan dalam internet dan tidak perlu membayar sewa kedai, menyediakan kelengkapan dan perabot serta pelayan kedai. Pembeli boleh membeli terus daripada penjual atau pengeluar tanpa perlu bayar komisen kepada agen .Keburukan adalahberlaku penyelewengandalam urus niaga ini. Hal ini berlaku kerana pengguna atau pembeli mungkin ditipu dalam urus niaga ini. Contohnya, barang yang dibeli pengguna mungkin tidak wujud sama sekali. Seterusnya, barang yang dibeli secara elektronik tidak berkualiti dan mendatangkan kemudaratan kepada pengguna.Keburukan yang seterusnya adalahberlaku ketidaktentuan trasaksi. Misalnya, akses internet yang lambat di sesetengah kawasan menyebabkan pengguna sukar membuat tempahan atau pembelian. Barang yang dibeli pengguna juga kadangkala tidak sampai kepada pengguna seperti dalam terma dan syarat yang dipersetujui antara pengguna dan pengeluar. Di samping itu, soal keselamatan pengguna harus diambil kira. Masalah kejadian penipuan dalam urus niaga internet oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Pengguna dan penjual masih samar tentang idea E-dagang berfungsi. Masyarakat kampung dan golongan yang berusia 40 tahun ke atas tidak memahami internet E-dagang .Keburukan yang seterusnya adalah masalah kemudahan penggunaan komputer atau internet. Tidak semua para perniagaan ( besar / kecil ) dapat menyediakan laman web bagi menceburi pendekatan laman web bagi menceburi pendekatan E-dagang ini . Tidak semua masyarakat kita terdiri daripada kalangan yang celik PC .Kesimpulannya, Konsep E-dagang memanglah suatu konsep yang menarik. Oleh itu, semua pihak perlu bekerjasama untuk menggerekkan ekonomi negara agar lebih maju dan setanding dengan negara luar. Keselamatan pengguna harus diberikan perhatian untuk mengelakkan kesan-kesan sampingan yang tidak diingini. Urus niaga secara talian ini mempunyai kesan negatif dan positif yang tersendiri. Namun, jika dimanfaatkan dengan baik urus niaga ini dapat membawa produk dan imej negara ke persada antarabangsa serta mampu bersaing dalam ekonomi dunia tanpa sempadan.

http://www.ftsm.ukm.my/aj/prokomers/pic/definisi.htmhttp://karangan-net.blogspot.com/2011/07/e-dagang.htmlhttp://tingkatanenam.blogspot.com/2013/06/urus-niaga-dalam-talian.html