dskp pendidikan kesihatan tahun 4 (2014)

Upload: mohd-asri-silahuddin

Post on 13-Apr-2018

275 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 4 (2014)

    1/29

    KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    PENDIDIKAN KESIHATAN

    KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

    DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

    DRAF

    TAHUN EMPAT

  • 7/27/2019 DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 4 (2014)

    2/29

  • 7/27/2019 DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 4 (2014)

    3/29

    KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

    PENDIDIKAN KESIHATANTAHUN EMPAT

    BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

    DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

  • 7/27/2019 DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 4 (2014)

    4/29

    Cetakan Pertama 2013 Kementerian Pendidikan Malaysia

    Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalamapa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelummendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia,

    Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

  • 7/27/2019 DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 4 (2014)

    5/29

    RUKUN NEGARA

    BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita

    untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan

    seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup

    demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran

    negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil

    dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap

    tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai

    corak; membina satu masyarakat progresif yang akan

    menggunakan sains dan teknologi moden;

    MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan

    seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut

    berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

    KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN

  • 7/27/2019 DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 4 (2014)

    6/29

    Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha

    berterusan ke arah lebih memperkembangkan

    potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

    untuk melahirkan insan yang seimbang dan

    harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan

    jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan

    kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk

    melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu

    pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,

    bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

    kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan

    terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,

    masyarakat dan negara.

  • 7/27/2019 DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 4 (2014)

    7/29

    DRAF

    KANDUNGAN

    RUKUN NEGARA

    FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAANKURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN

    PENDAHULUAN 1

    MATLAMAT 1

    OBJEKTIF 1

    FOKUS 1

    PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL

    (PEERS) DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN

    2

    CADANGAN PENGAGIHAN WAKTU 3

    ORGANISASI STANDARD KURIKULUM 3

    PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 4

    KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) 5

    PENTAKSIRAN 6

    KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN EMPAT

    OBJEKTIF PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN EMPAT 9

    MODUL 1 : KESIHATAN FIZIKAL 11

    MODUL 2 : KESIHATAN MENTAL, EMOSI DAN SOSIAL 15

    MODUL 3 : KESIHATAN PERSEKITARAN 18

  • 7/27/2019 DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 4 (2014)

    8/29

  • 7/27/2019 DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 4 (2014)

    9/29

    DRAF

    PENDAHULUAN

    Pendidikan Kesihatan ialah disiplin ilmu yang membolehkanmurid mendapat pengalaman pembelajaran secaraberterusan untuk membuat keputusan, meningkatkan literasi

    kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Murid dididiksupaya sentiasa bersedia menyesuaikan diri dalam aspekfizikal, mental, emosi, sosial dan rohani. Pengajaran danpembelajaran Pendidikan Kesihatan yang terancang dapatmeningkatkan potensi individu ke tahap kesihatan optimum.

    MATLAMAT

    Pendidikan Kesihatan membolehkan individu mengawalkesihatan diri, keluarga, masyarakat dan persekitaran

    menerusi pengetahuan, kemahiran, amalan gaya hidup sihatdan bersikap positif untuk mencapai kesejahteraan hidupserta jangka hayat panjang yang berkualiti.

    OBJEKTIF

    Murid boleh :

    (i) mempertingkatkan pengetahuan, sikap dan amalankesihatan diri, keluarga, masyarakat serta persekitaran;

    (ii) mempamerkan kemahiran mencegah masalah kesihatandan penyakit; dan

    (iii) menguasai keupayaan bagi menghadapi dan menanganimasalah serta isu berkaitan dengan kesihatan.

    FOKUS

    Kurikulum Pendidikan Kesihatan terdiri daripada PendidikanKesihatan Reproduktif dan Sosial iaitu PEERS (75%),pemakanan (15%) dan pertolongan cemas (10%). Sejumlah

    35 waktu dalam penjadualan persekolahan setahun diagihkanuntuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran PendidikanKesihatan bagi Tahap Satu dan Tahap Dua sekolah rendah.

    Kandungan Pendidikan Kesihatan memberi penekananterhadap gaya hidup sihat bersesuaian dengan ciri dankeperluan murid serta disusun mengikut tiga modul utamaiaitu :

    Modul 1 : Kesihatan FizikalModul ini menekankan aspek perkembangan fizikal sertapenjagaan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat. Fokusdiberi kepada kesihatan diri dan reproduktif, pemakanan danpenyalahgunaan bahan.

    Pendidikan Kesihatan

    Reproduktif danSosial (PEERS)

    (75%)

    Pemakanan

    (15%)

    PertolonganCemas

    (10%)

    1

  • 7/27/2019 DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 4 (2014)

    10/29

    DRAF

    Modul 2 : Kesihatan Mental, Emosi dan SosialModul ini menekankan aspek perkembangan mental, emosidan sosial serta mengurus risiko, konflik dan perubahandalam kehidupan. Fokus diberi kepada pengurusan mentaldan emosi, kekeluargaan serta perhubungan.

    Modul 3 : Kesihatan PersekitaranModul ini menekankan aspek kesihatan dan keselamatanpersekitaran. Fokus diberi kepada pencegahan penyakit,keselamatan dan pertolongan cemas.

    PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL(PEERS) DALAM KURIKULUM PENDIDIKANKESIHATAN

    Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) diajarmelalui kurikulum Pendidikan Kesihatan. PEERS adalahsatu proses sepanjang hayat untuk memperoleh pengetahuandan membentuk sikap, nilai serta kepercayaan terhadapidentiti, perhubungan dan keintiman sesama insan.

    PEERS bukan hanya terbatas kepada isu seksual atauhubungan seks semata-mata. PEERS mencakupipengetahuan dari aspek biologikal, sosiobudaya, psikologikaldan kerohanian ke arah amalan tingkah laku yang sihatdalam kehidupan.

    Objektif PEERS adalah untuk membantu murid :

    (i) membentuk pandangan yang positif tentang kesihatanreproduktif dan sosial untuk diri, keluarga danmasyarakat;

    (ii) menyediakan maklumat yang perlu diketahui supayamurid mengambil berat tentang kesihatan seksual dankeluarga sebagai institusi asas manusia sertamenyumbang kepada pemeliharaan integriti institusikekeluargaan secara berterusan dan berkekalan; dan

    (iii) memperoleh kemahiran membuat keputusan secarabijak dan bertanggungjawab tentang kesihatan dantingkah lakuseksual pada masa kini serta masa depan.

    PEERS merangkumi :

    (i) Kesihatan diri dan reproduktif Aspek perkembangan dan perubahan fizikal,

    fisiologikal serta psikologikal semasa akil baligh,dan penjagaan kesihatan reproduktif.

    (ii) Penyalahgunaan bahan Kesan buruk pengambilan bahan berbahaya iaitu

    rokok, dadah, inhalan dan alkohol, serta kemahiran

    berkata TIDAK.

    (iii) Kemahiran pengurusan mental dan emosi Kemahiran pengurusan konflik dan stres dalam diri,

    keluarga, rakan sebaya dan masyarakat.

    2

  • 7/27/2019 DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 4 (2014)

    11/29

    DRAF

    (iv) Kekeluargaan Kepentingan institusi perkahwinan, kekeluargaan,

    peranan dan tanggungjawab ahli dalam keluarga.

    (v) Perhubungan Kepentingan etiket perhubungan dan kemahiran

    interpersonal yang positif dalam persaudaraan sertapersahabatan.

    (vi) Pencegahan penyakit Pengetahuan dan kemahiran mengurus kesihatan

    daripada penyakit berjangkit, tidak berjangkit,genetik, keturunan dan mental.

    (vii) Keselamatan Langkah-langkah keselamatan diri di rumah, sekolah,

    taman permainan dan tempat awam, serta aktaperlindungan bagi kanak-kanak, gadis dan wanita,termasuk kemahiran mengelak diri daripadaancaman orang yang tidak dikenali dan orang yangperlu dihubungi jika berlaku gangguan, ancamanserta kecemasan.

    CADANGAN PENGAGIHAN WAKTU

    Tahap Satu dan Tahap Dua Sekolah Rendah(35 waktu setahun)

    Pendidikan KesihatanReproduktif dan Sosial(PEERS)

    75% 26 waktu = 780 minit

    Pemakanan 15% 5 waktu = 150 minit

    Pertolongan Cemas 10% 4 waktu = 120 minit

    ORGANISASI STANDARD KURIKULUM

    Standard Kurikulum Pendidikan Kesihatan digubal denganmenetapkan Standard Kandungan dan StandardPembelajaranyang perlu dikuasai oleh murid. Tujuan utamapenetapan standard adalah untuk ekuiti dan kualiti. Ekuitibermaksud semua murid diberi peluang pendidikan yangsama, manakala kualiti bermaksud semua murid perlu diberipendidikan yang berkualiti. Justeru, kurikulum berasaskanstandard memberi pendidikan berkualiti yang sama kepadasemua murid.

    Standard Kandungan merupakan pernyataan spesifik

    tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukandalam suatu tempoh persekolahan. Standard Kandunganmerangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

    3

  • 7/27/2019 DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 4 (2014)

    12/29

    DRAF

    Standard Pembelajaranmerupakan satu penetapan kriteriaatau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yangboleh diukur bagi setiap standard kandungan. Standardyang ditetapkan mesti dilaksanakan, mesti dicapai olehmurid dan mesti ditaksir secara berterusan oleh guru.

    Pendekatan menggunakan standard menuntut guru untuklebih bertanggungjawab ke atas pencapaian murid.

    PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    Selaras dengan hasrat dan matlamat Falsafah PendidikanKebangsaan, Pendidikan Kesihatan menekankanperkembangan individu yang menyeluruh dan bersepadu dariaspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Oleh itu,pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan perlu

    memberi tumpuan terhadap pemerolehan ilmu pengetahuandan kemahiran asas kesihatan serta pemupukan danpenghayatan nilai.

    Dalam usaha ke arah mencapai matlamat PendidikanKesihatan, perkara berikut perlu diberi perhatian dalampengajaran dan pembelajaran :

    1. Pendekatan bersepadu merupakan satu strategi yangpenting untuk menjalin dan mengadunkan unsur-unsurilmu, kemahiran, bahasa dan nilai-nilai murni. Melalui

    pendekatan ini perkembangan kemahiran berfikir,kemahiran generik dan kemahiran belajar perlu diberipenekanan. Di samping itu, pengetahuan dan kemahirandaripada pelbagai mata pelajaran lain, pengalaman hidup

    harian murid serta isu-isu global perlu dihubung kaitdalam proses pengajaran dan pembelajaran disiplinilmu Pendidikan Kesihatan.

    2. Daya pemikiran murid perlu dipertingkat untuk

    membolehkan murid membuat keputusan, meningkatkanliterasi kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat.

    Aktiviti yang memberi peluang untuk murid berfikir secarakreatif dan inovatif perlu dikendalikan oleh guru.

    3. Penggunaan pelbagai pendekatan pengajaran danpembelajaran yang melibatkan murid secara aktif adalahperlu untuk membolehkan murid memperoleh pengalamandan memahami konsep menjaga diri, keluarga sertakomuniti. Bagi tujuan ini, kaedah inkuiri penemuan sertapembelajaran melalui pengalaman sangat digalakkan.

    Antara kaedah dan teknik yang boleh digunakan termasukaktiviti kumpulan, kerja luar, perbincangan, kajian kes,simulasi dan main peranan. Pengalaman pembelajaranseperti ini dapat memberi peluang kepada murid untukmelahirkan pandangan sendiri, asas untuk membinasemangat, membina sikap sentiasa cinta dan dahagakanilmu, minat membaca serta belajar seumur hidup.

    4. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, penekananperlu dibuat terhadap pemupukan nilai-nilai murni yangselaras dengan matlamat Pendidikan Kesihatan. Antaranilai yang perlu diterap dan diamalkan ialah kebersihan,keselamatan, tanggungjawab, keprihatinan, kasih sayang,kejujuran dan kerjasama.

    4

  • 7/27/2019 DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 4 (2014)

    13/29

    DRAF

    5. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankanoleh guru perlu memberi peluang kepada murid untukmenguasai kemahiran berkomunikasi, membinaperhubungan yang sihat, empati dengan orang lain,berupaya mengendalikan emosi serta tekanan dalam

    menguruskan hidup secara produktif dan sihat.

    6. Dalam menjalankan aktiviti bilik darjah, pengalamanmurid dan pengalaman pembelajaran perlu disusun aturdengan mengambil kira pelbagai tahap kecerdasan agarmurid dapat belajar dengan cara tersendiri dalamkeadaan yang paling sesuai. Kaedah dan aktiviti yangberbeza perlu dirancang untuk murid yang berbeza tahapkecerdasan.

    7. Penguasaan kemahiran kecekapan psikososial (life skills)

    adalah perlu dan membantu murid untuk mengadaptasipermintaan serta cabaran kehidupan harian, memberikesedaran tentang sesuatu isu atau permasalahan yangberlaku pada masa lampau, masa kini dan masa depan.Ini bermakna murid dapat membuat ramalan, menjangkaakibatnya dan mengendali perubahan supaya mendapatmanfaat yang maksimum.

    8. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi sepertiInternet, e-mel, CD-Rom dan sidang telekomunikasidalam proses pengajaran serta pembelajaran perludigalakkan sebagai melengkapkan diri dengan kemahiranabad ke-21.

    KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)

    Kurikulum Kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan muridyang seimbang, berdaya tahan, bersifat ingin tahu, berprinsip,bermaklumat, dan patriotik serta mempunyai kemahiran

    berfikir, berkomunikasi dan bekerja secara berpasukan.Kemahiran abad ke-21 ini selari dengan enam aspirasi yangdiperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing padaperingkat global yang digariskan dalam Pelan PembangunanPendidikan Malaysia iaitu setiap murid akan mempunyaikemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dankerohanian, identiti sosial, pengetahuan dan kemahiranberfikir.

    Kemahiran berfikir telah ditekankan dalam kurikulum sejaktahun 1994 dengan memperkenalkan kemahiran berfikir

    secara kritis dan kreatif (KBKK). Kemahiran berfikir inimenekan kepada pemikiran dari aras rendah hingga arastinggi. Bermula pada tahun 2011, Kurikulum StandardSekolah Rendah (KSSR) telah memberi penekanan kepadaKemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

    Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ialah keupayaan untukmengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalammembuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikanmasalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupayamencipta sesuatu. KBAT adalah merujuk kepada kemahiranmengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta.Kemahiran ini ditulis secara eksplisit dalam setiap kurikulummata pelajaran.

    5

  • 7/27/2019 DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 4 (2014)

    14/29

    DRAF

    KBAT Penerangan

    Mengaplikasi Menggunakan pengetahuan, kemahiran,dan nilai dalam situasi berlainan untukmelaksanakan sesuatu perkara

    Menganalisis Mencerakinkan maklumat kepadabahagian kecil untuk memahami denganlebih mendalam serta hubung kait antarabahagian berkenaan

    Menilai Membuat pertimbangan dan keputusanmenggunakan pengetahuan,pengalaman, kemahiran, dan nilai sertamemberi justifikasi

    Mencipta Menghasilkan idea atau produk ataukaedah yang kreatif dan inovatif

    KBAT boleh diaplikasikan dalam bilik darjah melalui aktivitiberbentuk menaakul, pembelajaran inkuiri, penyelesaianmasalah dan projek. Guru dan murid perlu menggunakanalat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan ThinkingHats serta penyoalan aras tinggi di dalam dan di luarbilik darjah untuk menggalakkan murid berfikir.

    PENTAKSIRAN

    Pentaksiran dalam Pendidikan Kesihatan dirancang dandikendalikan oleh guru pada peringkat sekolah. Perkara yangditaksir merangkumi penguasaan pengetahuan, penerapan

    sikap dan nilai, penguasaan kemahiran, status kesihatanserta amalan harian. Hasil pentaksiran digunakan untuktindakan susulan bagi meningkatkan pembelajaran murid danmemperbaiki pengajaran guru. Pelaporan dibuat padaperingkat sekolah untuk memberi maklum balas kepadamurid, ibu bapa dan guru lain.

    Standard Prestasi

    Standard Prestasi merupakan skala rujukan guru untuk

    menentukan pencapaian murid dalam menguasai StandardKandungan dan Standard Pembelajaran yang ditetapkan.

    Standard Prestasi mengandungi enam tahap penguasaanyang disusun secara hirarki dari pencapaian terendah hinggapencapaian tertinggi. Setiap pernyataan tahap penguasaanditafsir secara generik sebagai aras tertentu untuk memberigambaran holistik tentang pencapaian murid.

    6

  • 7/27/2019 DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 4 (2014)

    15/29

    DRAF

    Tafsiran umum pernyataan tahap penguasaan adalahseperti yang berikut :

    Tafsiran pernyataaan Standard Prestasi bagi PendidikanKesihatan adalah seperti yang berikut :

    TahapPenguasaan

    TafsiranTahap

    PenguasaanTafsiran

    1 Murid tahu perkara asas, atau bolehmelakukan kemahiran asas atau memberirespons terhadap perkara yang asas.

    1 Mempunyai pengetahuan tentang asaskesihatan fizikal, mental, emosi, sosial danpersekitaran.

    2 Murid menunjukkan kefahaman untukmenukar bentuk komunikasi ataumenterjemah serta menjelaskan apa yangtelah dipelajari.

    2 Memahami aspek kesihatan fizikal, mental,emosi, sosial dan persekitaran.

    3 Murid boleh menggunakan pengetahuanuntuk melaksanakan sesuatu kemahiran

    pada suatu situasi.

    3 Memahami kepentingan dan bolehmengurus penjagaan diri, pengurusan

    mental, emosi dan sosial, serta kesihatandan keselamatan diri.

    4 Murid melaksanakan sesuatu kemahirandengan beradab, iaitu mengikut proseduratau secara sistematik.

    4 Memperkembangkan aspek penjagaan diriserta pengurusan mental, emosi dan sosialterhadap keluarga dan masyarakat.

    5 Murid melaksanakan sesuatu kemahiranpada situasi baharu, dengan mengikutprosedur atau secara sistematik, serta tekaldan bersikap positif.

    5 Mempunyai kemahiran kecekapanpsikososial dalam mengurus hidup secarapositif dan sihat.

    6 Murid berupaya menggunakan pengetahuandan kemahiran sedia ada untuk digunakan

    bersikap positif, kreatif dan inovatif sertaboleh dicontohi.

    6 Mempunyai keupayaan membuat keputusanuntuk mengadaptasi permintaan serta

    literasi kesihatan, dan mengamalkan gayahidup sihat.

    7

    pada situasi baharusecara sistemati cabaran kehidupan harian, meningkatkan

  • 7/27/2019 DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 4 (2014)

    16/29

  • 7/27/2019 DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 4 (2014)

    17/29

    DRAF

    OBJEKTIF PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN EMPAT

    Pada akhir pembelajaran, murid dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan amalan :

    1. Menjaga kebersihan dan cara pengurusan diri semasa haid dan ihtilam;

    2. Menghargai perubahan fizikal pada diri sendiri dan individu lain, serta cara menangani pelbagai situasi negatifuntuk menjaga keselamatan dan kehormatan diri;

    3. Mengetahui kepentingan pengambilan makanan berdasarkan Piramid Makanan Malaysia;

    4. Mengetahui cara berkata TIDAK kepada pembelian dan pengambilan alkohol;

    5. Memilih cara mengurus konflik dan stres;

    6. Mengetahui kepentingan hubungan kekeluargaan dan sokongan ahli keluarga dalam menangani gejala sosial;

    7. Mengetahui kepentingan menyayangi diri sendiri dan ahli dalam keluarga, serta cara meluahkan perasaan yangsesuai dalam pelbagai situasi;

    8. Mencegah penyakit tidak berjangkit seperti penyakit jantung, asma, penyakit buah pinggang dan diabetes;

    9. Memilih ciri rakan sebaya yang boleh dijadikan suri teladan; dan

    10. Mengetahui kepentingan bantu mula mengikut situasi dan langkah-langkah yang diambil semasa memberi bantumula untuk kecederaan ringan.

    9

  • 7/27/2019 DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 4 (2014)

    18/29

  • 7/27/2019 DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 4 (2014)

    19/29

    DRAF

    MODUL 1: KESIHATAN FIZIKAL

    KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF

    StandardKandungan

    Standard Pembelajaran

    Standard Prestasi

    TahapPenguasaan

    Tafsiran

    1.1 Mengetahuidanmemahamipertumbuhansertaperkembanganfizikal yang

    sihat.

    1.1.1 Menyatakan maksud akil baligh.

    1.1.2 Menyatakan tanda-tanda akil balighbagi lelaki dan perempuan.

    1.1.3 Menyatakan perubahan fizikal lelakidan perempuan apabila akil baligh.

    1.1.4 Menyatakan tempoh kitaran haid.

    1.1.5 Menjelaskan tiada gangguan aktivitiharian semasa haid.

    1.1.6 Menjelaskan cara pengurusan diriapabila mengalami haid dan ihtilam.

    1.1.7 Mengenal pasti perubahan yangmungkin dialami semasa haid.

    1 Menyatakan maksud akil baligh.

    2 Menceritakan tanda-tanda dan perubahanfizikal apabila akil baligh.

    3 Menghitung tempoh kitaran haid danmenjelaskan dengan contoh cara mengurus

    diri semasa mengalami haid serta ihtilam.

    4 Menjelaskan melalui contoh perubahan yangmungkin dialami semasa haid dan perubahantersebut tidak mengganggu aktiviti harian.

    5 Memilih dan mengamalkan cara pengurusandiri yang betul semasa akil baligh.

    6 Menyampaikan maklumat kepada orang laintentang cara pengurusan diri yang betul

    semasa akil baligh.

    11

  • 7/27/2019 DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 4 (2014)

    20/29

    DRAF

    StandardKandungan

    Standard Pembelajaran

    Standard Prestasi

    TahapPenguasaan

    Tafsiran

    1.2 Mendemonstrasikeupayaan dankemahiran untukmenanganipengaruhdalaman sertaluaran yangmempengaruhikesihatan diridan reproduktif.

    1.2.1 Menyatakan cara menghargaiperubahan fizikal pada diri sendiri.

    1.2.2 Menyatakan cara menghormatiperubahan fizikal individu lain.

    1.2.3 Menyatakan cara menanganipelbagai situasi negatif terhadapperubahan fizikal pada diri sendiri,rakan dan keluarga.

    1.2.4 Menyatakan batas sentuhan untukmenjaga keselamatan dankehormatan diri.

    1 Memberi contoh perubahan fizikal pada dirisendiri.

    2 Menjelaskan cara menghargai perubahanfizikal pada diri sendiri dan cara menghormatiperubahan fizikal individu lain.

    3 Melakar dan menjelaskan perubahan fizikalpada diri sendiri serta individu lain, danmemberi contoh batas sentuhan.

    4 Menjelaskan melalui contoh cara menanganipelbagai situasi negatif terhadap perubahanfizikal pada diri sendiri, rakan dan keluarga.

    5 Mewajarkan batas sentuhan untuk menjagakeselamatan dan kehormatan diri.

    6 Mencadangkan cara menangani pelbagaisituasi negatif kepada orang lain untukmenjaga keselamatan dan kehormatan diri.

    12

  • 7/27/2019 DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 4 (2014)

    21/29

    DRAF

    PEMAKANAN

    StandardKandungan

    Standard Pembelajaran

    Standard Prestasi

    TahapPenguasaan

    Tafsiran

    1.3 Mengetahui danmengamalkanpemakananyang sihat sertaselamat.

    1.3.1 Melakar dan melabel PiramidMakanan Malaysia.

    1.3.2 Mengenal pasti kumpulanmakanan mengikut aras PiramidMakanan Malaysia.

    1.3.3 Menyatakan kepentinganpengambilan pelbagai jenis

    makanan berdasarkan PiramidMakanan Malaysia.

    1.3.4 Menjelaskan kepentinganpengambilan sarapan yang sihat.

    1.3.5 Menjelaskan kepentingan kualitipembungkusan dan maklumatyang terdapat pada label makananiaitu tarikh luput dan kandunganbahan.

    1 Melukis dan menamakan aras PiramidMakanan Malaysia.

    2 Memberi contoh makanan mengikut arasPiramid Makanan Malaysia dan faedahpengambilan sarapan.

    3 Menjelaskan dengan contoh kepentinganpengambilan pelbagai jenis makanan

    berdasarkan Piramid Makanan Malaysia.

    4 Menghubungkaitkan status kesihatan dengankepentingan kualiti pembungkusan danmaklumat yang terdapat pada label makanan.

    5 Memilih makanan berdasarkan kualitipembungkusan dan maklumat yang terdapatpada label makanan.

    6 Menyampaikan maklumat kepada orang lain

    tentang kepentingan memilih pelbagai jenismakanan yang sihat berdasarkan PiramidMakanan Malaysia dalam kehidupan harian.

    13

  • 7/27/2019 DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 4 (2014)

    22/29

    DRAF

    PENYALAHGUNAAN BAHAN

    StandardKandungan

    Standard Pembelajaran

    Standard Prestasi

    TahapPenguasaan

    Tafsiran

    1.4 Mengetahuijenis dan kesanpenyalahgunaanbahan sertaberkemahiranmenanganisituasi berisikoterhadap diri,keluarga dan

    masyarakat.

    1.4.1 Menyatakan contoh makanan danminuman yang mengandungialkohol berdasarkan label.

    1.4.2 Menyatakan kesan jangka masapendek terhadap fizikal dan mentalakibat pengambilan alkohol.

    1.4.3 Menyatakan kesan jangka masa

    panjang terhadap fizikal dan mentalakibat pengambilan alkohol.

    1.4.4 Berkata TIDAK kepadapengambilan dan pembelianmakanan serta minumanberalkohol.

    1.4.5 Mendemonstrasi caramenyebarkan maklumat berkaitankesan pengambilan alkohol

    kepada ahli keluarga dan rakansebaya.

    1 Mengenal pasti contoh makanan danminuman yang mengandungi alkoholberdasarkan label.

    2 Memberi contoh kesan jangka masa pendekdan jangka masa panjang terhadap fizikalserta mental akibat pengambilan alkohol.

    3 Menunjuk cara kemahiran berkata TIDAK

    kepada pengambilan dan pembelianmakanan serta minuman beralkohol.

    4 Menganalisis kesan jangka masa pendek dankesan jangka masa panjang akibatpengambilan alkohol terhadap diri, keluargaserta masyarakat.

    5 Mencadangkan cara mengelak pengambilandan pembelian makanan serta minumanberalkohol.

    6 Menyebarkan maklumat berkaitan kesanpengambilan alkohol kepada ahli keluarga danrakan sebaya.

    14

  • 7/27/2019 DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 4 (2014)

    23/29

    DRAF

    MODUL 2: KESIHATAN MENTAL, EMOSI DAN SOSIAL

    PENGURUSAN MENTAL DAN EMOSI

    StandardKandungan

    Standard Pembelajaran

    Standard Prestasi

    TahapPenguasaan

    Tafsiran

    2.1 Mengetahuipelbagai jenisemosi,kepentingandan caramengurusemosi untuk

    meningkatkankesihatanmentaldalamkehidupanharian.

    2.1.1 Menyatakan maksud konflik danstres.

    2.1.2 Mengenal pasti tanda-tanda konflikdan stres dalam diri sendiri.

    2.1.3 Menyatakan punca konflik dan

    stres dalam diri sendiri.

    2.1.4 Menyatakan kesan konflik danstres terhadap diri sendiri.

    2.1.5 Memilih cara mengurus konflikdan stres.

    1 Menulis maksud konflik dan stres.

    2 Menerangkan tentang tanda-tanda dan puncakonflik dalam diri sendiri.

    3 Menjelaskan dengan contoh kaitan antarakesan konflik dengan stres dalam diri sendiri.

    4 Mengenal pasti langkah-langkah untukmelakukan intervensi terhadap konflik danstres dalam diri sendiri.

    5 Mengesyorkan cara-cara mengurus konflik danstres terhadap diri sendiri.

    6 Mencadangkan cara membantu orang lainmengurus konflik dan stres dalam kehidupanharian.

    15

  • 7/27/2019 DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 4 (2014)

    24/29

    DRAF

    KEKELUARGAAN

    StandardKandungan

    Standard Pembelajaran

    Standard Prestasi

    TahapPenguasaan

    Tafsiran

    2.2 Mengetahuiperanan dirisendiri dan ahlikeluarga sertakepentinganinstitusikekeluargaandalam aspekkesihatan

    keluarga.

    2.2.1 Menjelaskan kepentinganhubungan kekeluargaan.

    2.2.2 Menerangkan peranan dantanggungjawab ahli keluargadalam mencegah sertamenangani gejala sosial.

    2.2.3 Menjelaskan kepentingan

    sokongan ahli keluarga dalammenangani gejala sosial.

    1 Menyatakan kepentingan hubungankekeluargaan, dan peranan sertatanggungjawab ahli keluarga.

    2 Menceritakan kepentingan hubungankekeluargaan.

    3 Menjelaskan dengan contoh kepentinganhubungan kekeluargaan dalam mencegah dan

    menangani gejala sosial.

    4 Menghuraikan kepentingan sokongan ahlikeluarga dalam mencegah serta menanganigejala sosial.

    5 Membahaskan dalam kalangan rakanberkenaan kepentingan sokongan ahli keluargadalam menangani gejala sosial.

    6 Mencadangkan cara penyelesaian masalah

    untuk menangani gejala sosial dalam sesebuahkeluarga.

    16

  • 7/27/2019 DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 4 (2014)

    25/29

    DRAF

    PERHUBUNGAN

    StandardKandungan

    Standard Pembelajaran

    Standard Prestasi

    TahapPenguasaan

    Tafsiran

    2.3 Mengetahui danmengaplikasikemahiraninterpersonalsertakomunikasiberkesan dalamkehidupanharian.

    2.3.1 Menjelaskan kepentinganmenyayangi diri sendiri dan ahlidalam keluarga.

    2.3.2 Menyatakan cara meluahkanperasaan kasih sayang dalamkeluarga.

    2.3.3 Mempamerkan cara meluahkanperasaan yang sesuai dalampelbagai situasi.

    1 Menyatakan kepentingan menyayangi dirisendiri dan ahli dalam keluarga.

    2 Menceritakan kepentingan menyayangi dirisendiri dan ahli dalam keluarga serta carameluahkan perasaan kasih sayang.

    3 Menunjuk cara menyayangi diri sendiri dancara meluahkan perasaan kasih sayangkepada ahli dalam keluarga.

    4 Membezakan cara meluahkan perasaankasih sayang dalam pelbagai situasi.

    5 Mengesyorkan cara meluahkan perasaanyang bersesuaian dengan pelbagai situasidalam keluarga.

    6 Menghasilkan karya untuk meluahkanperasaan kasih sayang terhadap diri sendiridan ahli dalam keluarga.

    17

  • 7/27/2019 DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 4 (2014)

    26/29

    DRAF

    MODUL 3: KESIHATAN PERSEKITARAN

    PENYAKIT

    StandardKandungan

    Standard Pembelajaran

    Standard Prestasi

    TahapPenguasaan

    Tafsiran

    3.1 Mengetahuijenis penyakitdan cara

    mencegah serta

    mengelak risiko

    penyakit dalam

    kehidupanharian.

    3.1.1 Menyatakan penyakit tidakberjangkit seperti penyakit jantung,asma, penyakit buah pinggangdan diabetes.

    3.1.2 Mengenal pasti simptom dantanda penyakit tidak berjangkit

    seperti penyakit jantung, asma,penyakit buah pinggang dandiabetes.

    3.1.3 Menyatakan kesan penyakit tidakberjangkit seperti penyakit jantung,asma, penyakit buah pinggangdan diabetes sekiranya tidakdikawal.

    3.1.4 Menjelaskan cara mencegah

    penyakit tidak berjangkit sepertipenyakit jantung, asma, penyakitbuah pinggang dan diabetes.

    1 Menyebut contoh jenis penyakit yang tidakberjangkit.

    2 Memberi contoh simptom dan tanda penyakityang tidak berjangkit.

    3 Mencari maklumat tentang penyakit tidak

    berjangkit melalui media massa.

    4 Menghuraikan kesan penyakit tidak berjangkitkepada pesakit sekiranya tidak dikawal.

    5 Mempraktikkan cara mencegah penyakit tidakberjangkit.

    6 Menyebar luas maklumat berkaitan penyakittidak berjangkit dan cara pencegahannyakepada orang lain.

    18

  • 7/27/2019 DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 4 (2014)

    27/29

    DRAF

    KESELAMATAN

    StandardKandungan

    Standard Pembelajaran

    Standard Prestasi

    TahapPenguasaan

    Tafsiran

    3.2 Mengetahuikepentinganmenjagakeselamatan diridanmendemonstrasikemahirankecekapanpsikososial

    dalamkehidupanharian.

    3.2.1 Menyatakan maksud rakansebaya.

    3.2.2 Menerangkan peranan rakansebaya.

    3.2.3 Membezakan pengaruh positif dannegatif rakan sebaya.

    3.2.4 Menjelaskan cara-cara mengatasipengaruh negatif rakan sebaya.

    3.2.5 Memilih ciri rakan sebaya yangboleh dijadikan suri teladan.

    1 Menyatakan maksud rakan sebaya.

    2 Menjelaskan perananrakan sebaya.

    3 Membanding beza pengaruh positif dannegatif rakan sebaya serta kesannya terhadapdiri sendiri.

    4 Memilih ciri rakan sebaya yang boleh dijadikansuri teladan.

    5 Membahaskan cara-cara mengatasi pengaruhnegatif rakan sebaya.

    6 Menghasilkan karya tentang ciri rakan sebayayang boleh dijadikan suri teladan.

    19

  • 7/27/2019 DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 4 (2014)

    28/29

    DRAF

    PERTOLONGAN CEMAS

    Standard Pembelajaran

    Standard Prestasi

    TahapPenguasaan

    Tafsiran

    3.3 Mengetahuiasaspertolongancemasdankepentinganbertindakdenganbijak mengikut

    situasi.

    3.3.1 Menyatakan maksud bantu mula.

    3.3.2 Mengenal pasti jenis kecederaanringan seperti luka, calar, lebamdan terseliuh.

    3.3.3 Menyatakan langkah-langkah yangdiambil semasa memberi bantumula untuk kecederaan ringan

    3.3.4 Menjelaskan kepentingan bantumula mengikut situasi.

    1 Menyatakan maksud bantu mula.

    2 Memberi contoh jenis-jenis kecederaanringan.

    3 Menerangkan kepentingan bantu mulamengikut situasi.

    4 Menyusun langkah-langkah yang perludiambil ketika memberi bant mula untukkecederaan ringan.

    5 Menunjuk cara langkah-langkah yang diambilsemasa memberi bant mula untukkecederaan ringan.

    6 Menyampaikan maklumat kepada orang laintentang bantu mula untuk kecederaan ringan.

    20

  • 7/27/2019 DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 4 (2014)

    29/29