dskp tmk tahun 4 (2014)

Upload: mohd-asri-silahuddin

Post on 04-Jun-2018

264 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/13/2019 DSKP TMK Tahun 4 (2014)

    1/27

    KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

    KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

    DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

    DRAF

    TAHUN EMPAT

  • 8/13/2019 DSKP TMK Tahun 4 (2014)

    2/27

  • 8/13/2019 DSKP TMK Tahun 4 (2014)

    3/27

    KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAHDOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

    TEKNOLOGI MAKLUMAT DANKOMUNIKASI

    TAHUN EMPAT

    BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

  • 8/13/2019 DSKP TMK Tahun 4 (2014)

    4/27

    Draf 040813

    Cetakan Pertama 2013 Kementerian Pendidikan Malaysia

    Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandunganbuku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman ataucara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian

    Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

  • 8/13/2019 DSKP TMK Tahun 4 (2014)

    5/27

    Draf 040813

    KANDUNGAN MUKA SURAT

    Rukun Negara v

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan vi

    Pengenalan 1

    Kurikulum Modular Berasaskan Standard 2

    TMK Sebagai Mata Pelajaran 2

    Matlamat 2

    Objektif 2

    Fokus 3

    Perancangan Kandungan 3

    Pelaksanaan 4

    Kandungan Standard Kurikulum TMK 4

    Perkakasan dan Perisian 5

    Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 7

    Pentaksiran 9

    Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi 11

    iii

    Kemahiran Berfikir Aras Tinggi 5

  • 8/13/2019 DSKP TMK Tahun 4 (2014)

    6/27

    Draf 040813

  • 8/13/2019 DSKP TMK Tahun 4 (2014)

    7/27

    v

    Draf 040813

  • 8/13/2019 DSKP TMK Tahun 4 (2014)

    8/27

    vi

    Draf 040813

  • 8/13/2019 DSKP TMK Tahun 4 (2014)

    9/27

  • 8/13/2019 DSKP TMK Tahun 4 (2014)

    10/27

    Draf 040813

    KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD

    Kurikulum Prasekolah dan Sekolah Rendah digubal dalambentuk pernyataan standard kandungan dan standardpembelajaran yang perlu dicapai oleh murid.

    Standard KandunganPernyataan spesifik tentang perkara yang murid patutketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempohpersekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahirandan nilai.

    Standard PembelajaranSatu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajarandan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standardkandungan

    Standard kandungan dan standard pembelajarandiorganisasikan dalam bentuk bahagian dan unit yangmengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yangtelah dikenal pasti perlu dikuasai oleh murid. Kandungankurikulum disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit yangdinamakan modul. Modul terdiri daripada Modul Teras Asas,Modul Teras Tema dan Modul Elektif.

    TMK SEBAGAI MATA PELAJARAN

    Pada Tahap II, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)diajar sebagai satu mata pelajaran sebagai persediaan kesekolah menengah yang menekankan kepada penguasaan ilmupengetahuan dan kemahiran disiplin ilmu TMK yangberteraskan Standard Kandungan dalam Dunia Komputer,

    Eksplorasi Multimedia, Sistem Rangkaian dan Dunia Internet,Dunia Pangkalan Data; dan Pengaturcaraan.

    MATLAMAT

    Matlamat Standard Kurikulum TMKTahap II adalah untukmenyediakan penanda aras pencapaian murid dari Tahun 4hingga Tahun 6. Ini adalah bagi memastikan murid menguasaipengetahuan dan kemahiran khusus disiplin ilmuTMK yangperlu dipelajari, menggalakkan kreativiti dan menyediakanpembelajaran yang menarik.

    OBJEKTIF

    Diakhir pembelajaran TMK Tahap II, murid akan dapat:

    i. Memahami tentang perisian dan peranti komputer.ii. Memahami ukuran data dan keselamatankomputer.

    iii. Menggunakan pengetahuan multimedia danaplikasi khusus untuk membangunkanpersembahan multimedia tak linear.

    iv. Memahami rangkaian komputer dan fungsiinternet.

    v. Memahami data, maklumat dan membangunkanpangkalan data.

    vi. Mengenali pengaturcaraan dan memahami

    algoritma untuk membangun aturcara.vii. Menjana idea dan maklumat secara kreatif dan

    inovatif.

    2

  • 8/13/2019 DSKP TMK Tahun 4 (2014)

    11/27

    Draf 040813

    FOKUS

    Pada Tahap II (Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6), fokus diberikankepada penguasaan illmu pengetahuan dan kemahiran yangsesuai dengan tahap kebolehan murid berdasarkan SK dan SPdalam lima modul yang diperkenalkan iaitu Dunia Komputer,Eksplorasi Multimedia, Sistem Rangkaian dan Dunia Internet,Dunia Pangkalan Data; dan Pengaturcaraan.

    PERANCANGAN KANDUNGAN

    TMK pada Tahap II lima modul diperkenalkan iaitu DuniaKomputer, Eksplorasi Multimedia, Sistem Rangkaian dan DuniaInternet, Dunia Pangkalan Data dan Pengaturcaraan. Kelima-lima modul ini akan diterjemahkan kepadadomain pengetahuan,

    kemahiran dan nilai. Kandungan yang terdapat dalam kesemuamodul ini disusun atur mengikut aras kognitif murid iaitu dariaras mudah ke aras yang lebih kompleks. Penerangan setiapmodul adalah seperti berikut:

    Modul PeneranganDunia Komputer Modul ini diperkenalkan kepada murid untuk

    mempelajari bagaimana sebuah sistemkomputer itu berfungsi, memahami fungsiperisian dan peranti yang terlibat, berupayamemanipulasi ukuran data, serta mampu

    menjaga keselamatan data dan komputer.

    EksplorasiMultimedia

    Eksplorasi Multimedia diperkenalkan kepadamurid untuk menunjukkan bagaimanamaklumat dipersembahkan dalam bentukmultimedia, membina bahan multimedia

    menggunakan aplikasi khusus danmembangunkan persembahan multimediainteraktif tak linear.

    SistemRangkaian danDunia Internet

    Modul ini merangkumi topik rangkaian daninternet secara teori dan amali. Murid akandiberikan pengetahuan mengenai rangkaianyang membolehkan komputer berinteraksiantara satu sama lain, perkhidmatan dalamInternet serta kemahiran membangunkanlamanBlog.

    DuniaPangkalan Data

    Modul ini diperkenalkan kepada murid untukmengenali data dan maklumat, mempelajariciri-ciri pangkalan data dan jenis data dalampangkalan data serta membangunkan satu

    sistem pangkalan data yang mudah.Pengaturcaraan Modul ini akan melatih murid belajar

    menggunakan pemikiran logik dalammenyelesaikan masalah melalui penggunaanaplikasi pengaturcaraan. Murid juga akanmempelajari proses yang terlibat dalammembangunkan sesuatu aturcara melaluipendekatan pembangunan aturcara yangsistematik dan mudah.

    Modul yang dibangunkan ini berasaskan kepada objektif yangdigariskan dan diterjemahkan dalam bentuk standardkandungan dan standard pembelajaran. Penekanan kepada 3domain pembelajaran akan menghasilkan perkara-perkaraseperti berikut:

    3

  • 8/13/2019 DSKP TMK Tahun 4 (2014)

    12/27

  • 8/13/2019 DSKP TMK Tahun 4 (2014)

    13/27

    Draf 040813

    Modul: Eksplorasi Multimedia1.0 Mengkaji Multimedia2.0 Menggunakan Aplikasi Khusus untuk Membangun

    Bahan Multimedia3.0 Membangun Persembahan Multimedia Interaktif Tak

    Linear

    Modul: Sistem Rangkaian dan Dunia Internet1.0 Mengenal Rangkaian Komputer2.0 Mengenalpasti Peranti Rangkaian Komputer3.0 Memahami Fungsi Internet

    Modul: Dunia Pangkalan Data1.0 Mengenali Data dan Maklumat2.0 Mengenali Sistem Pangkalan Data3.0 Membangunkan Pangkalan Data

    Modul: Pengaturcaraan1.0 Mengenali Pengaturcaraan2.0 Memahami Algoritma Dengan Menulis Kod Pseudo

    Dan Melukis Carta Alir3.0 Membangun Aturcara4.0 Menghasil projek Pengaturcaraan

    PERKAKASAN DAN PERISIAN

    Perkakasan dan perisian TMK yang dibekalkan ke sekolahadalah seperti berikut:a. Perkakasan di Makmal Komputer

    Pelayan

    Komputer (PC) guru

    Komputer (PC) murid

    Pengimbas

    Mesin Cetak

    Kamera dan Video Digital

    Mikrofon dan pembesar suara

    b. Perkakasan untuk guru

    Komputer riba

    Projektor LCD

    c. Perisian

    Perisian Sistem Pengendalian Windows, Linux dan Mac

    Perisian aplikasi Microsoft Officedan StarOffice

    Program utiliti seperti alat pemain media (WindowsMedia Player), perakam bunyi (Sound Recorder) dankalkulator

    d. Kemudahan InternetTalian akses Internet

    Semua perisian yang hendak digunakan di sekolah mestimempunyai lesen yang sah. Sekolah juga digalakkan untukmuat turun perisian percuma yang berkaitan dengan matapelajaran. Guru harus sesuaikan kandungan pengajaran danpembelajaran berdasarkan perkakasan dan perisian yang adadisekolah.

    KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)

    Kurikulum kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan muridyang seimbang, berdaya tahan, bersifat ingin tahu, berprinsip,bermaklumat, dan patriotik serta mempunyai kemahiran berfikir,berkomunikasi dan bekerja secara berpasukan. Kemahiranabad ke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh

    5

  • 8/13/2019 DSKP TMK Tahun 4 (2014)

    14/27

    Draf 040813

    setiap murid untuk berupaya bersaing pada peringkat globalyang digariskan dalam Pelan Pembangunan PendidikanMalaysia iaitu setiap murid akan mempunyai kemahiranmemimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, identitisosial, pengetahuan dan kemahiran berfikir.

    Kemahiran berfikir telah ditekankan di dalam kurikulum sejaktahun 1994 dengan memperkenalkan Kemahiran Berfikir ArasTinggi (KBKK). Kemahiran berfikir ini menekan kepadapemikiran dari aras rendah sehingga aras tinggi. Bermula padatahun 2011, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telahmemberi penekanan kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi(KBAT).

    Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ialah keupayaan untukmengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam

    membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah,membuat keputusan, berinovasi dan berupaya menciptasesuatu. KBAT adalah merujuk kepada kemahiran mengaplikasi,menganalisis, menilai dan mencipta seperti Jadual 1.

    KBAT Penerangan

    Mengaplikasi Menggunakan pengetahuan, kemahiran,dan nilai dalam situasi berlainan untuk

    Menganalisis Mencerakinkan maklumat kepada

    bahagian kecil untuk memahami denganlebih mendalam serta hubung kait antarabahagian berkenaan

    Menilai Membuat pertimbangan dan keputusanmenggunakan pengetahuan, pengalaman,kemahiran, dan nilai serta memberi

    justifikasi

    Menciptamenghasilkan idea atau produk ataukaedah yang kreatif dan inovatif

    Jadual 1: Penerangan KBAT

    Kemahiran ini ditulis secara eksplisit di dalam setiap kurikulummata pelajaran.

    KBAT boleh diaplikasikan di dalam bililik darjah melalui aktivitiberbentuk menaakul, pembelajaran inkuiri, penyelesaianmasalah dan projek. Guru dan murid perlu menggunakan alatberfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan Thinking Hatsserta penyoalan aras tinggi di dalam dan di luar bilik darjahuntuk menggalakkan murid berfikir. Murid diberi tanggungjawabdi atas pembelajaran mereka.

    6

    melaksanakan sesuatu perkara

  • 8/13/2019 DSKP TMK Tahun 4 (2014)

    15/27

    Draf 040813

    STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    Terdapat beberapa strategi pengajaran yang boleh diguna pakaioleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Pengajaran dan pembelajaran TMK akan menjadi lebihberkesan dengan menggunakan strategi berikut:

    a. Pembelajaran KendiriPembelajaran kendiri ini terdiri daripada empat pendekataniaitu Terarah Kendiri (Self-Directed), Kadar Kendiri (Self-Paced), Akses Kendiri (Self-Accessed) dan PentaksiranKendiri (Self-Assessed) yang lebih berfokuskan kepadapembelajaran berpusatkan murid. Dengan adanya TMK,konsep pembelajaran ini menjadi lebih mudah untukdirealisasikan. Sebagai contoh melalui penggunaan perisiankursus dengan terarah kendiri, murid boleh menentukanapa yang hendak dipelajari mengikut kadar kemampuansendiri, mampu mengakses sendiri, malah dapat mentaksirpembelajaran sendiri. Strategi ini membolehkan muridmenjadi lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran,lebih yakin dan tekun untuk mencapai standard kurikulum.

    b. KolaboratifPembelajaran kolaboratif merupakan pendekatan yangmementingkan kerjasama dan mengkehendaki muridmenyampaikan idea dalam kumpulan kecil. Dalam TMKpendekatan ini boleh dilaksanakan dengan guru memberi

    tugasan kepada kumpulan-kumpulan yang telah dikenalpasti.Murid boleh menggunakan emel untuk bertukar-tukar bahandan menggunakan perisian persembahan untukmempersembahkan hasil kerja mereka. Semua ahlikumpulan akan menyumbang dengan aktifnya pengetahuan,pendapat, kemahiran dan menyelesaikan masalah bersama.

    c. Pembelajaran Berasaskan ProjekPembelajaran berasaskan projek merupakan satu modelaktiviti bilik darjah yang berbeza dari kebiasaan. Pendekatanaktiviti pembelajaran ini mempunyai jangkamasa yangpanjang, menginterasikan pelbagai disiplin ilmu,

    berpusatkan murid dan menghubungkaitkan pengamalankehidupan sebenar. Projek ditakrifkan sebagai tugasan,pembinaan atau siasatan yang teratur yang menjuruskepada matlamat yang spesifik. Murid berupaya belajarmenggunakan TMK semasa proses menyediakan projek danmurid juga boleh meneroka atau membuat kajian terhadapprojek dengan menggunakan TMK.

    d. Inkuiri-PenemuanPendekatan Inkuiri-Penemuan merupakan pendekatan yangmementingkan pembelajaran melalui pengalaman. Inkuirisecara amnya membawa maksud maklumat, menyoal danmenyiasat sesuatu fenomena yang berlaku disekeliling.Penemuan merupakan sifat utama inkuiri. Pembelajaransecara penemuan berlaku apabila konsep dan prinsip utamadikaji dan ditemui oleh murid sendiri. Melalui aktiviti sepertieksperimen, murid akan mengkaji sesuatu fenomena danmencapai kesimpulan sendiri. Guru kemudian akanmembimbing murid untuk memahami konsep melalui hasilinkuiri.

    Penggunaan TMK dalam Inkuiri-Penemuan berlaku apabilaperisian kursus digunakan oleh murid untuk mencuba ataumelaksana ekperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahilatau bahaya dilaksanakan dengan cara biasa. Denganmenggunakan perisian aplikasi, murid juga dapat mengalami,mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara

    7

  • 8/13/2019 DSKP TMK Tahun 4 (2014)

    16/27

    Draf 040813

    simulasi. Selain itu, demontrasi sesuatu kejadian yangurutan babaknya boleh dikawal oleh murid boleh juga dilihatdengan mengunakan perisian 3D Modeling.

    e. Penyelesaian Masalah

    Kaedah penyelesaian masalah merupakan satu kaedahpembelajaran berasaskan masalah sebenar dan murid dapatmenyelesaikan masalah dengan keupayaan mereka sendiri.Kaedah ini boleh dijalankan secara kolaboratif danberpusatkan murid. Murid perlu kenal pasti masalah, carikaedah penyelesaian, laksanakan operasi penyelesaianmasalah dan menilai kaedah penyelesaian masalah yangdigunakan. Dalam konteks TMK, kaedah ini akan melibatkanmurid untuk membuat keputusan dalam menyelesaikanmasalah. Sebagai contoh, murid ingin menyiapkan sesuatutugasan yang memerlukannya memasukkan imej.Murid dapati imej yang diperlukan tidak ada dalamkomputernya. Maka untuk mengatasi masalah itu, muridhendaklah berbincang dengan rakan bagi mencaripenyelesaiannya. Guru berperanan sebagai fasilitatordengan memberi panduan kepada murid dalam prosespenyelesaian sesuatu masalah pada peringkat awal.

    f. Pembelajaran MasteriPembelajaran Masteri adalah pendekatan pengajaran danpembelajaran yang berfokus kepada penguasaan murid

    dalam sesuatu perkara yang dipelajari. Melalui pendekatanini murid diberi peluang untuk maju mengikut kebolehan dankadar pembelajaran mereka sendiri serta dapatmempertingkatkan tahap penguasaan pembelajaran.Sumber-sumber TMK seperti penggunaan papan putihinteraktif, tayangan video, perisian kursus, permainan

    komputer pendidikan dan bahan-bahan Internet yang terpilihdapat membantu murid menguasai pengetahuan dankemahiran yang spesifik.

    g. Konstruktivisme

    Pembelajaran secara konstruktivisme ialah satu kaedahdimana murid dapat membina sendiri pengetahuan ataukonsep baru secara aktif berdasarkan pengetahuan,kemahiran, nilai dan pengalaman yang telah diperolehidalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui pembelajarankonstruktivisme murid menjadi lebih kreatif dan inovatif.Murid gunakan TMK untuk mendapatkan data, maklumatdan pengetahuan.

    h. Pembelajaran PenerokaanPembelajaran Penerokaan membolehkan murid belajarmelalui penerokaan berdasarkan pengalaman yang sediaada. Murid secara aktif mencari dan mengakses maklumatdalam mencapai objektif pembelajaran mereka dalamkonteks yang terkawal. Sehubungan itu, TMK merupakanalat yang paling berkesan dalam menterjemahkan konseppembelajaran penerokaan memandangkan ianya dapatmencapai maklumat dan pengetahuan dengan cepat bagimembolehkan murid menganalisis dan memprosesmaklumat yang diingini dalam situasi pembelajaran yangberbentuk penyelesaian masalah, kajian masa depan dan

    simulasi.

    8

  • 8/13/2019 DSKP TMK Tahun 4 (2014)

    17/27

    Draf 040813

    PENTAKSIRAN

    Pentaksiran bertindak sebagai kayu pengukur untuk menilaipencapaian murid dalam memperoleh pengetahuan dankemahiran TMK. Pentaksiran mesti dilakukan secara berterusandan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran untuk

    memantau kemajuan murid dari segi pengetahuan, kemahirandan nilai berdasarkan kepada standard kandungan danstandard pembelajaran yang ditetapkan. Sebelum pentaksiranini dilaksanakan guru perlu mengenalpasti kemahiran-kemahiran yang terkandung dalam standard pembelajaran yangtelah dipilih.

    Standard Prestasi merupakan skala rujukan guru untukmenentukan pencapaian murid dalam menguasai StandardKandungan dan Standard Pembelajaran yang ditetapkan.Standard Prestasi mengandungi 6 Tahap Penguasaan yangdisusun secara hirarki di mana Tahap Penguasaan 1menunjukkan pencapaian terendah sehingga pencapaiantertinggi iaitu Tahap Penguasaan 6. Setiap pernyataan TahapPenguasaan ditafsirkan secara generik sebagai aras tertentuuntuk memberi gambaran holistik tentang pencapaian murid.Tafsiran umum pernyataan Band tersebut adalah seperti diJadual 2.

    TAHAPPENGUASAAN

    TAFSIRAN

    1 Murid tahu perkara asas, atau bolehmelakukan kemahiran asas atau memberirespons terhadap perkara yang asas.

    2 Murid menunjukkan kefahaman untukmenukar bentuk komunikasi ataumenterjemah serta menjelaskan apa yang

    telah dipelajari.

    3 Murid boleh menggunakan pengetahuanuntuk melaksanakan sesuatu kemahiranpada suatu situasi.

    4 Murid melaksanakan sesuatu kemahiran

    dengan beradab, iaitu mengikut proseduratau secara sistematik.

    5 Murid melaksanakan sesuatu kemahiranpada situasi baharu, dengan mengikutprosedur atau secara sistematik, serta tekaldan bersikap positif.

    6 Murid berupaya menggunakan pengetahuandan kemahiran sedia ada untuk digunakanpada situasi baru secara sistematik,bersikap positif, kreatif dan inovatif

    serta boleh dicontohi.

    Jadual 2 : Tafsiran Umum Standard Prestasi

    Murid boleh ditaksir dengan menggunakan sama adapentaksiran formatif atau sumatif atau kedua-duanya.Pentaksiran formatif dilaksanakan bertujuan untuk mengukurprestasi murid semasa pengajaran dan pembelajaran dan ianyaditaksir secara bersepadu melibatkan aspek pengetahuan,kemahiran dan nilai seperti dinyatakan dalaaan StandardPrestasi TMk di muka surat 1 hingga 8 Pentaksiran sumatif

    dilaksanakan dengan menyediakan ujian yang sesuai untukmenguji pencapaian pembelajaran. Nilai boleh diukurmenggunakan senarai semak atau melalui pemerhatian.Berikut adalah kaedah pentaksiran yang boleh digunakan dalampengajaran dan pembelajaran TMK:

    9

  • 8/13/2019 DSKP TMK Tahun 4 (2014)

    18/27

    Draf 040813

    a. RubrikRubrik ialah satu kaedah pentaksiran yang menggunakankriteria berbentuk skor bagi membolehkan guru membuatpenilaian sesuatu pengajaran untuk memastikanpengetahuan, kemahiran dan nilai dalam TMK dicapai.Dengan kaedah ini guru dapat membuat pentaksiran dengan

    lebih konsisten, teratur dan terarah berdasarkan kriteriayang jelas.

    b. PemerhatianPemerhatian merupakan salah satu cara pentaksiran yangboleh dilaksanakan oleh guru dan rakan sebaya terhadapproses kerja dalam sesuatu pembelajaran yang telahdirancang dari aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.Pemerhatian adalah pentaksiran yang berterusan danautentik yang berteraskan kepada perlakuan murid semasamelaksanakan kemahiran dan nilai dalam TMK.

    Bukti pemerhatian boleh direkod dengan menggunakan pitarakaman, video dan fotografi atau rekod bertulis denganmenggunakan borang pemerhatian seperti senarai semakatau borang deskriptif. Selain itu, buku log juga bolehdigunakan untuk mencatatkan peristiwa yang penting ataumencatatkan sesuatu pencapaian.

    c. PersembahanPersembahan ialah satu kaedah pentaksiran berbentuk

    lisan yang boleh dilaksanakan secara formatif dalam p&p.Kaedah ini melibatkan murid secara individu atauberkumpulan bagi mempersembahkan hasil kerja merekasecara kreatif dengan berbantukan komputer. Kriteria sepertireka bentuk visual, kandungan, bunyi dan cara penyampaianperlu diambilkira dalam persembahan.

    Guru menerangkan keperluan yang perlu ada dalampersembahan seperti tajuk, kandungan, reka bentuk visual,bilangan slaid dan perisian yang akan digunakan.

    Sesuatu persembahan boleh dinilai dengan menggunakaninstrumen pentaksiran seperti senarai semak dan rubrik.

    Hasil pentaksiran boleh digunakan oleh guru untuk memberikomen bagi menambah baik mutu sesuatu persembahan.

    d. AnekdotAnekdot merujuk kepada penceritaan semula suatupembelajaran TMK yang telah dipelajari dan ia bolehdinyatakan dalam bentuk lisan atau bertulis. Ia dilaksanakandengan murid menceritakan kembali suatu pembelajaranyang telah dipelajari. Guru menggunakan senarai semakuntuk menyemak isi penting yang dinyatakan oleh murid.

    e. Kuiz dan UjianKuiz merujuk kepada soalan lisan atau bertulis yangdigunakan untuk menguji pengetahuan atau kefahamanmurid mengenai satu topik pembelajaran yang telahdipelajari. Ujian pula merupakan gabungan pelbagai bentuksoalan bagi beberapa topik pembelajaran secara bertulis.Kuiz dan ujian digunakan untuk menilai tahap pengetahuan,kemahiran dan nilai dalam standard pembelajaran TMK.

    Antara ciri-ciri umum bagi kuiz ialah ia dijalankan secara

    tidak formal dan dalam tempoh masa yang singkat.Manakala bagi ujian pula ia berbentuk formal dan sistematik.

    f. Portfolio

    10

    Portfolio merupakan koleksi hasil kerja murid berbentuk

  • 8/13/2019 DSKP TMK Tahun 4 (2014)

    19/27

    Draf 040813

    dokumentasi berstruktur yang digunakan sebagai salah satucara pentaksiran di bilik darjah.

    Terdapat tiga jenis portfolio yang boleh digunakan dalamTMK seperti Portfolio Kerja Harian, Portfolio Dokumentari

    dan Portfolio Hasil Terbaik. Portfolio Kerja Harianmerupakan tugasan harian yang dikumpul dalam satu

    jangka waktu pembelajaran. Portfolio Dokumentarimerupakan bahan pembelajaran yang dikumpul selarasdengan objektif untuk sesuatu tugasan tertentu (task based)di mana proses penghasilan bahan tugasan perluditunjukkan dengan jelas. Portfolio Hasil Terbaik merupakanhasil tugasan terbaik yang dipilih dari Portfolio Kerja Harian.

    Kaedah rubrik adalah antara kaedah yang boleh digunakanuntuk pentaksiran portfolio dalam membantu guru menilaiperkembangan pembelajaran yang berterusan danberfokuskan kepada perkembangan murid dalam aspekkemahiran, pengetahuan dan nilai.

    g. SimulasiSimulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkanhampir menyerupai keadaan sebenar. Pentaksiran simulasiboleh dilaksanakan melalui tiga kaedah iaitu permainan,main peranan dan penggunaan model. Kaedah-kaedah ini

    digunakan untuk mengukur tahap pengetahuan, kemahirandan nilai pembelajaran TMK.

    Pentaksiran simulasi yang berbentuk permainan bolehdigunakan seperti perisian permainan. Guru boleh memilihpermainan komputer yang bersesuaian untuk menilai

    kemahiran murid. Contoh perisian permainan seperti GoTidy dan Basic Mouse Skill, di mana murid diukur bagikemahiran menggunakan tetikus. Dalam aspek pentaksiransimulasi berbentuk main peranan, murid berperanan sebagaikekunci di papan kekunci komputer dalam aktiviti mengenalpasti kedudukan kekunci abjad dan nombor serta menaip

    perkataan. Manakala pentaksiran simulasi berasaskanmodel, membolehkan murid belajar mengenai perkakasankomputer dengan menggunakan bahan buangan sepertikotak, tin dan tali untuk membina sebuah model komputer.

    STANDARD KANDUNGAN, STANDARD PEMBELAJARANDAN STANDARD PRESTASI

    Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) TMKterbahagi kepada Standard Kandungan, StandardPembelajaran dan Standard Prestasi.

    Standard Kandungan ini memberikan petunjuk tahap kebolehandalam lingkungan Standard Pembelajaran TMK. StandardKandungan dalam lingkungan Standard Pembelajaran akandiperkenalkan dan dikuasai oleh murid. Murid perlu mencapaikesemua Standard Kandungan dan Standard Pembelajaranseperti yang terkandung dalam DSKP TMK. Standard Prestasi

    pula akan menjadi indikator tahap penguasaan murid setelahguru menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran yangditetapkan dalam Standand Kandungan dan StandardPembelajaran.

    11

  • 8/13/2019 DSKP TMK Tahun 4 (2014)

    20/27

    Draf 040813

    KURIKULUM STANDARD DAN PENTAKSIRAN UNTUK SEKOLAH RENDAH TAHAP ll: TAHUN 4

    STANDARDKANDUNGAN

    STANDARD PEMBELAJARANTAHAP

    PENGUASAANSTANDARD PRESTASI

    DUNIA KOMPUTER (25 WAKTU)

    1.0 Memperihalkomputer danfungsinya(6 waktu)

    1.1

    1.2

    1.3

    1.4

    1.5

    Menyatakan maksudkomputer.

    Mengenal dan menyenaraijenis komputer.

    Mengenal bahagian-bahagianpenting komputer.

    Menunjukkan komponenpada unit sistem seperti portinput dan output, PemacuCakera Liut, Pemacu CakeraOptik dan soket input arusulang alik (AC).

    Menerangkan maksud input,proses, output dan storandengan menggunakananalogi mudah.

    1 Menyatakan jenis komputer dan bahagian-bahagianpenting komputer.

    2 Mengenal pasti port input dan output, Pemacu CakeraLiut/ Pemacu Cakera Optik dan soket input arus ulangalik (AC) pada unit sistem.

    3 Menerangkan maksud komputer dan kegunaanbahagian-bahagian penting komputer dan komponen

    pada unit sistem.

    4

    5

    6

    Menghubungkait perkakasan dengan konsep antarainput, proses, output dan storan.

    Meramal kesan dan akibat jika mana-mana bahagianpenting komputer tidak berfungsi.

    Mencipta model komputer masa hadapanberpandukan konsep komputer yang dipelajari secara

    kreatif dan inovatif

    12

  • 8/13/2019 DSKP TMK Tahun 4 (2014)

    21/27

    Draf 040813

    STANDARDKANDUNGAN

    STANDARD PEMBELAJARANTAHAP

    PENGUASAANSTANDARD PRESTASI

    2.0 Mengenalperisian komputer(3 waktu)

    2.1

    2.2

    2.3

    2.4

    Menyatakan maksud danjenis perisian.

    Menyatakan fungsi dan

    contoh sistem pengendalian.

    Menyatakan fungsi dancontoh perisian aplikasi.

    Menyatakan fungsi dancontoh program utiliti.

    1 Menyatakan maksud dan jenis perisian.

    2 Mengelaskan perisian mengikut fungsinya.

    3 Menggunakan perisian yang sesuai mengikut tugasanyang diberikan.

    4 Membuat perbandingan antara jenis perisian daripelbagai aspek.

    5 Memberi justifikasi terhadap keperluan sesuatuperisian berdasarkan situasi yang diberi.

    6 Menghasilkan folio mengenai idea satu perisian yangmempunyai fungsi baru selain daripada perisian yangdipelajari beserta ciri-cirinya.

    13

  • 8/13/2019 DSKP TMK Tahun 4 (2014)

    22/27

    Draf 040813

    STANDARDKANDUNGAN

    STANDARD PEMBELAJARANTAHAP

    PENGUASAANSTANDARD PRESTASI

    3.0 Memahamiperanti komputer(6 waktu)

    3.1

    3.2

    3.3

    3.4

    Menerangkan maksud danmemberi contoh peranti input.

    Menerangkan maksud dan

    memberi contoh perantioutput.

    Menerangkan maksud danmemberi contoh perantistoran.

    Menyenaraikan perkakasandan perisian komputerdengan menggunakanaplikasi hamparan elektronikbagi membeli satu setkomputer berdasarkan risalahsenarai harga.

    1 Menyenaraikan sekurang-kurangnya 2 peranti input,peranti output dan peranti storan.

    2 Menjelaskan mengapa perlu ada peranti input, peranti

    output dan peranti storan dalam sesebuah setkomputer.

    3 Membentuk sebuah set komputer lengkap dengangabungan peranti.

    4 Memberi justifikasi mana-mana peranti yang bolehditambah untuk meningkatkan lagi keupayaankomputer.

    5 Membuat keputusan untuk memilih perkakasan danperisian bagi set komputer mengikut keperluanmenggunakan perisian hamparan elektronik daripadapelbagai broshur jualan.

    6 Mencipta peranti baru yang menggabungkan beberapaperanti lain secara kreatif dan inovatif melalui lukisan.

    14

    D f 040813

  • 8/13/2019 DSKP TMK Tahun 4 (2014)

    23/27

    Draf 040813

    STANDARDKANDUNGAN

    STANDARD PEMBELAJARANTAHAP

    PENGUASAANSTANDARD PRESTASI

    4.0 Memahamiukuran data(5 waktu)

    4.1

    4.2

    4.3

    4.4

    4.5

    4.6

    4.7

    4.8

    Menerangkan maksud data.

    Menyatakan unit piawaiukuran data bit, bait, kilobait,

    megabait dan gigabait.

    Menukarkan ukuran dataKilobait (KB) ke Bait.

    Menukar ukuran dataMegabait (MB) ke Kilobait(KB).

    Menukar ukuran dataGigabait (GB) ke Megabait(MB).

    Menghubungkait fail data danbait.

    Menyatakan danmembandingkan saiz fail.

    Menggunakan aplikasiNotepad untuk

    membandingkan saiz fail satuperkataan dan satu ayat.

    1 Menyatakan maksud data dan unit piawai ukuran data.

    2 Menjelaskan saiz ukuran data bagi setiap unit piawaibit, bait, kilobait, megabait dan gigabait dalam urutan

    menaik dan menurun.

    3 Membuat pengiraan dengan menukar unit ukuran dataGB, MB dan KB kepada unit yang lebih kecil danseterusnya kepada yang lebih besar.

    4 Menentukan saiz fail dalam komputer danmembezakan antara fail yang besar dan yang kecilmengikut B, KB, MB dan GB.

    5 Membina dan menyemak pelbagai saiz failmenggunakan aplikasi yang berbeza bersaiz B, KBdan MB.

    6 Membina satu folder bersaiz tertentu yang bolehmemuatkan campuran fail bersaiz B, KB dan MB.

    15

    D f 040813

  • 8/13/2019 DSKP TMK Tahun 4 (2014)

    24/27

    Draf 040813

    STANDARDKANDUNGAN

    STANDARD PEMBELAJARANTAHAP

    PENGUASAANSTANDARD PRESTASI

    5.0 Menjagakeselamatan datadan komputer(5 waktu)

    5.1 Menggunakan perisian antivirus untuk mengimbaskomputer.

    1

    2

    3

    4

    5

    6

    Menyatakan langkah-langkah mengimbas virus,defragmentasi dan membuat kata laluan.

    Menerangkan kepentingan mengimbas komputer,

    defragmentasi dan penggunaan kata laluan.

    Melakukan imbasan, defragmentasi dan mencipta katalaluan terhadap data dan komputer.

    Membezakan antara keperluan imbasan virus,defragmentasi dan membuat kata laluan.

    Mengenalpasti punca masalah dan mengambiltindakan terhadap data dan komputer melalui senarioyang diberi.

    Mengguna perisian atau kaedah lain untuk imbasanvirus, defragmentasi atau membuat kata laluan bagimenjaga keselamatan data dan komputer.

    5.2 Menggunakan kata laluanuntuk keselamatan data.

    5.3 Melakukan defragmentasiterhadap storan luaran.

    16

    Draf 040813

  • 8/13/2019 DSKP TMK Tahun 4 (2014)

    25/27

    Draf 040813

    STANDARDKANDUNGAN

    STANDARD PEMBELAJARANTAHAP

    PENGUASAANSTANDARD PRESTASI

    EKSPLORASI MULTIMEDIA (13 WAKTU)

    1.0 Mengkajimultimedia(4 waktu)

    1.1

    1.2

    1.3

    Menyenaraikan elemenmultimedia (teks, imej, audio,video dan animasi).

    Membuat perbandingan saizformat fail bagi setiap elemenmultimedia seperti untuk teks,imej (jpeg, bmp, tiff), audio(mid, wav, mp3) dan video(avi, mpeg).

    Membezakan persembahanlinear dan tak linear.

    1 Menamakan semua elemen multimedia dan contohformat fail serta dapat mengenalpasti persembahanlinear dan tak linear.

    2 Menerangkan pelbagai format bagi setiap elemenmultimedia dan perbezaan persembahan linear dan taklinear.

    3 Mencari elemen imej, audio, video dan animasi untukmembuat persembahan dalam bentuk persembahanlinear dan tak linear yang mudah.

    4 Membuat perbandingan saiz bagi imej, audio, dan

    video yang sama bagi format yang berlainan dandipersembahkan dalam bentuk persembahan lineardan tak linear.

    5 Memberi komen dan justifikasi terhadap elemen danformat fail yang digunakan dalam multimedia yangdipersembahkan.

    6 Menghasilkan idea dan menceritakan kandunganpersembahan serta penggunaan elemen multimediaberdasarkan konsep linear dan tak linear.

    17

    Draf 040813

  • 8/13/2019 DSKP TMK Tahun 4 (2014)

    26/27

    Draf 040813

    STANDARDKANDUNGAN

    STANDARD PEMBELAJARANTAHAP

    PENGUASAANSTANDARD PRESTASI

    2.0 Menggunakanaplikasi khususuntuk membinabahan multimedia

    (2 waktu)

    2.1

    2.2

    2.3

    Menggunakan aplikasipenyunting grafik untukmenghasil dan menyuntingimej dalam format *.jpeg.

    Menggunakan aplikasipenyunting audio untukmenghasil dan menyuntingaudio dalam format *.wav,*.wma, *.midi atau *.mp3.

    Menggunakan aplikasipenyunting video untukmenghasil dan menyuntingvideo dalam format *.avi,

    *.wmv atau *.mpeg.

    1

    2

    3

    4

    5

    6

    Mengenalpasti aplikasi yang sesuai untuk menyuntingimej, audio dan video.

    Menerangkan fungsi fitur-fitur asas dalam aplikasi

    penyunting grafik, audio dan video.

    Menggunakan fitur-fitur asas dalam aplikasi penyuntinggrafik, audio dan video untuk menghasilkan perubahankepada imej, audio dan video.

    Menyunting imej, audio dan video menggunakan fitur-fitur asas dalam aplikasi penyunting mengikut kriteriaoutput yang ditetapkan.

    Menilai dan menambahbaik kualiti imej, audio dan

    video menggunakan fitur-fitur asas dalam aplikasipenyunting.

    Menghasilkan imej, audio dan video yang kreatif daninovatif melalui suntingan menggunakan fitur-fitur laindengan kaedah eksplorasi sendiri.

    18

    Draf 040813

  • 8/13/2019 DSKP TMK Tahun 4 (2014)

    27/27

    Draf 040813

    STANDARDKANDUNGAN

    STANDARD PEMBELAJARANTAHAP

    PENGUASAANSTANDARD PRESTASI

    3.0 Membangunkanpersembahanmultimediainteraktif tak linear

    (4 waktu)

    3.1

    3.2

    3.3

    Melakar papan cerita bagimenyediakan persembahanmultimedia interaktif taklinear.

    Membangunkanpersembahan multimediayang mengandungi sekurang-kurangnya tiga elemenmultimedia.

    Mempakejkan persembahanmultimedia dengan namayang sesuai.

    1

    2

    3

    4

    5

    6

    Menyatakan langkah-langkah pembangunanpersembahan multimedia interaktif tak linear.

    Menerangkan setiap langkah-langkah pembangunan

    persembahan multimedia interaktif tak linear.

    Membangun persembahan multimedia interaktif taklinear mengikut langkah-langkah pembangunanpersembahan.

    Membangunkan satu persembahan multimediainteraktif tak linear yang mempunyai elemenmultimedia dengan tidak melebihi had saiz failpersembahan yang ditentukan.

    Menilai dan memberi komen persembahan multimediainteraktif tak linear yang dibangunkan oleh rakan danmencadangkan penambaikan.

    Membangunkan persembahan multimedia interaktif taklinear yang menarik dan kreatif.

    19