draft tesis.docx

Upload: mencari-sinar

Post on 01-Nov-2015

74 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pengenalan mengenai tambah tolak pecahan wajar sama penyebut

TRANSCRIPT

1.0 PENDAHULUAN1.1 PengenalanBerdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, di mana pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan kearah lebih memperkembangankan potensi individu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.Selain itu, menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (2013) yang dinyatakan di dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Sekolah Kebangsaan Tahun 4, matematik di sekolah rendah adalah satu mata pelajaran yang menegaskan kepada penguasaan bahasa matematik, kefahaman konsep, penguasaan kemahiran mengira, menaakul dan kemahiran menyelesaikan masalah serta penerapan nilai-nilai murni.Perkara ini disokong dengan pernyataan di dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran bagi Tahun 4 (2013) bahawa antara objektif Kurikulum Sekolah Rendah ialah membolehkan murid memperluaskan penggunaan kemahiran operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi yang berkaitan dengan Nombor dan Operasi, Sukatan dan Geometri, Perkaitan dan Algebra dan Statistik dan Kebarangkalian. Di dalam keempat-empat bidang ini, tajuk pecahan terletak di dalam bidang Nombor dan Operasi. Di mana, pecahan merupakan salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap murid sekolah rendah dan tajuk ini dipelajari murid bermula sejak dari Tahun 1.Walaubagaimanapun, menurut Dr. Jamil Ahmad dan rakan-rakan melalui Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains dan Matematik (2008), guru berdepan dengan pelajar yang membawa ilmu dan pengalaman yang dipelajari dari luar yang kemungkinan bercanggah dengan apa yang guru sampaikan semasa sesi pengajaran. Sekiranya ilmu yang bercanggah ini tidak diperbetulkan maka ia akan membentuk miskonsepsi dalam ilmu yang ingin disampaikan.Miskonsepsi boleh juga terjadi apabila guru mengajar sesuatu perkara yang tidak betul, kemungkinan tanpa disedari oleh guru. Guru yang berjaya memulihkan pelajar daripada berlakunya miskonsepsi secara berterusan bukan sahaja membantu pelajar dalam pembelajaran tetapi mereka juga memudahkan urusan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Guru seharusnya berhenti seketika dan reflek tentang apa yang berlaku dalam sesi pengajaran mereka. Setiap miskonsepsi atau apa kesilapan pelajar akan dapat diperbetulkan besama guru dan pelajar.Sehubungan dengan itu, dalam mencapai Wawasan 2020 kini, pengetahuan Matematik amat diperlukan oleh negara kearah melahirkan warga yang boleh membangunkan negara pada masa hadapan. Oleh itu, penguasaan Matematik boleh menjadi prasyarat kepada kejayaan negara mencapai negara maju berorientasikan teknologi maklumat. Melalui ilmu Matematik pelbagai bidang ilmu lain dapat digarap dan diterjemah untuk faedah semua. Oleh itu, bagi merealisasikan hasrat tersebut, para guru harus sentiasa mengamalkan research thinking and orientation dan research-based decision-making dalam pengajaran harian bagi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah.Maka, penyelidik menggunakan bahan bantu belajar iaitu kotak telur untuk membantu murid meningkat kemahiran operasi bergabung tambah dan tolak pecahan wajar sama penyebut supaya dapat meningkatkan prestasi mereka dalam pembelajaran tambah dan tolak pecahan wajar sama penyebut.Kesimpulannya, kajian tindakan adalah satu kajian yang berbentuk amalan refleksi guru sebagai penyelidik dalam usaha bagi memperbaiki serta meningkatkan kefahaman terhadap amalan pengajaran seterusnya meningkatkan kualiti amalan pengajaran dan pembelajaran guru guru dalam subjek matematik di sekolah.

1.2 Refleksi pengajaran dan pembelajaran

Penyelidik ditugaskan mengajar matematik tahun 4 yang terdiri daripada 29 orang murid yang berpencapaian tinggi, sederhana dan lemah sewaktu menjalani praktikum Fasa 3 di sebuah sekolah di daerah Batu Pahat. Penyelidik telah menggunakan pendekatan penerangan dengan menggunakan teknik bercerita dan bahan konkrit untuk mengajar tajuk operasi bergabung tambah dan tolak pecahan wajar sama penyebut.Oleh kerana kelas tersebut mempunyai perbezaan pencapaian, maka penyelidik mengajar murid dengan cara step by step bagi memudahkan murid memahami tajuk tersebut serta memberikan contoh dan latihan yang banyak. Walaubagaimanapun, berdasarkan pemerhatian semasa Proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di dapati 4 orang murid tidak memberi fokus sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dan menghadapi kesukaran dalam menambah dan menolak pecahan.Bagi mengenalpasti masalah tersebut, penyelidik melaksanakan ujian diagnostik dan hasil dapatan daripada ujian tersebut, penyelidik mendapati 4 orang murid ini menghadapi kesukaran dalam menambah dan menolak pecahan dengan melakukan beberapa kesilapan dalam menjawab soalan.Antara kesilapan murid ialah menulis jawapan dalam melakukan penambahan dan penolakan pada sebahagian nombor sahaja dan melakukan kecuaian sewaktu membuat pengiraan. MURID 1

MURID 2

MURID 3

MURID 4

Gambar 1.0 : Kesilapan murid menjawab soalan dalam ujian diagnostikOleh itu, penyelidik mengambil inisiatif untuk mengatasi masalah ini dengan menggunakan kotak telur bagi meningkatkan kemahiran tambah dan tolak pecahan wajar sama penyebut dalam kalangan murid.

1.3 Refleksi Nilai PendidikanBerdasarkan Dokumen Standard Kurikulum Prestasi (2013), Matematik merupakan suatu bidang ilmu yang melatih minda supaya berfikir secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Sifat matematik adalah menggalakkan pembelajaran yang bermakna dan mencabar pemikiran dan merupakan salah satu bidang yang terpenting dalam sebarang usaha pembina insan. Tambahan pula, matematik merupakan salah satu platform untuk mengembangkan profesiensi intelektual individu dalam membuat penaakulan logik, visualisasi ruang, analisis dan pemikiran abstrak. Selain itu, Matlamat Kurikulum Standard Sekolah Rendah adalah untuk membina pemahaman murid tentang konsep nombor, kemahiran asas dalam pengiraan, memahami idea matematik yang mudah dan berketrampilan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik secara berkesan dan bertanggungjawab dalam kehidupan seharian.Pernyataan ini juga disokong oleh Seow Siew Hua(1995) di dalam buku Pengajaran Matematik KBSR, di mana matematik diperlukan dalam pelbagai bidang kerjayaan dan matematik diperlukan untuk memahami ideal Negara dan peranan diri. Hal ini kerana, matematik merupakan satu bidang asas akademik yang digunakan sebagai alat pengkhususan dalam sesuatu bidang dan dikenali sebagai King Of Subjeck. Kini pula, matematik merupakan satu penanda aras dan menjadi kelayakan asas untuk pemohonan untuk masuk ke peringkat pendidikan mahupun kerjaya. Kelayakan ini penting untuk mengetahui sejauh mana kecergasan seseorang untuk mengendalikan tugas yang akan dipikul dan pecahan merupakan salah satu kemahiran dan pengetahuan konsep yang terdapat dalam matematik.Berdasarkan kertas Peperiksaan Percubaan UPSR Matematik Kertas 1 Tahun 2014, terdapat 11 daripada 40 soalan berkaitan dengan tajuk pecahan dan 4 daripada 11 soalan tersebut memerlukan kemahiran penambahan dan penolakan pecahan. Manakala kertas Peperiksaan Percubaan UPSR Matematik Kerts 2 Tahun 2014 pula, terdapat 4 soalan daripada 20 soalan berkaitan tajuk pecahan yang membawa markah satu hingga tiga markah dan 1 daripada 4 soalan memerlukan murid menguasai kemahiran penambahan dan penolakan pecahan. Oleh itu, jelas menunjukkan bahawa tajuk pecahan membawa markah yang besar di dalam Peperiksaan UPSR dan akan menjejaskan prestasi murid dalam pencapaian UPSR jika mereka tidak menguasi kemahiran penambahan dan penolakan pecahan. Tambahan pula, tajuk-tajuk di dalam matematik berhubung kait antara satu sama lain. Justeru, jika murid tidak dapat menguasai kemahiran penambahan dan penolakan pecahan wajar sama penyebut dengan baik maka pembelajaran seterusnya akan turut terganggu untuk tajuk penambahan dan penolakan pecahan wajar lain penyebut, peratus, per[puluhan dan tajuk-tajuk lain.Di samping itu, pecahan juga memainkan peranan penting di dalam kehidupan seharian kita. Di mana, pengetahuan dan kemahiran dalam pecahan ini akan digunakan untuk menganggarkan masa untuk sampai ke suatu destinasi dari satu tempat ke tempat yang lain. Contohnya, bertolak daripada Batu Pahat jam tujuh setengah pagi, pergerakan dari Batu Pahat ke Melaka mengambil masa 2 jam suku. Maka tiba di Melaka pada jam 9.40 pagi. Kemahiran penambahan dan penolakan pecahan juga digunakan sebagai sukatan bahan ketika memasak atau adunan sesuatu masakan. Justeru, pengetahuan dan kemahiran pecahan akan memberi impak negatif yang besar kepada murid jika mereka tidak menguasainya dengan baik dan menjadi tanggungjawab guru untuk menghubungkaitkan idea matematik dengan kehidupan seharian bagi memudahkan murid menyedari kegunaan ilmu matematik yang mereka pelajari.Oleh itu, penyelidik menggunakan kotak telur sebagai bahan bantu belajar semasa rawatan dijalankan bagi membantu murid meningkatkan kemahiran mereka dalam penambahan dan penolakan pecahan wajar sama penyebut serta secara tidak lengsung meningkatkan prestasi mereka di dalam pencapaian matematik.

2.0 FOKUS KAJIAN 2.1 Isu / Masalah KajianBerdasrkan daripada buku Pengajaran Pembelajaran Matematik : Pecahan (1998) yang diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, pecahan bermaksud nisbah dua kuantiti yang ditulis sebagai apabila . Menurut Siti Nadawiah dan Tengku Zawawi Tengku Zainal di dalam Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1) (2009), pecahan ialah nombor yang mewakili sebahagian daripada keseluruhan sekumpulan benda. Berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah, tajuk pecahan mula diperkenalkan sewaktu murid-murid berada di Tahun 1. Pada tahap permulaan murid-murid diperkenalkan dahulu dengan konsep pecahan dan tatanda pecahan. Tajuk pecahan merupakan salah satu tajuk yang penting dan akan dipelajari oleh murid selepas tajuk operasi bergabung. Tajuk pecahan ini amat penting untuk murid menguasai konsep pecahan kerana tajuk-tajuk seperti perpuluhan, peratus, ukuran panjang, cecair dan isipadu serta masa dan waktu juga melibatkan tajuk pecahan.Sewaktu penyelidik mengajar tajuk pecahan pada murid tahun 4, penyeldidik mendapati terdapat beberapa orang murid menghadapi kesukaran murid untuk melakukan operasi bergabung tambah dan tolak pecahan dengan betul. Oleh itu, penyelidik melaksanakan ujian diagnostik bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid. Hasil dapatan daripada ujian diagnostic tersebut, penyelidik mendapati 4 orang murid menghadapi masalah dan melakukukan beberapa kesilapan sewaktu menjawab soalan ujian diagnostik. Gambar 2.0 di bawah menunjukkan kesilapan yang di lakukan oleh murid-murid tersebut.MURID 1

Murid hanya melakukan operasi penambahan pecahan wajar sama penyebut sahaja. MURID 2

Murid melakukan kecuaian sewaktu menambah dan menolak pecahan wajar sama penyebut.

MURID 3

Murid melakukan kecuaian sewaktu menambah dan menolak pecahan wajar sama penyebut.MURID 4

Murid meletakkan sebarang nombor sebagai jawapan dan tidak bersungguh-sungguh menjawab soalan.

Gambar 2.0: Kesilapan yang dilakukan oleh murid. Justeru, perkara ini jelas membuktikan bahawa pembelajaran yang lepas tidak dapat membantu murid dalam memahami tajuk penambahan dan penolakan pecahan wajar sama penyebut. Oleh itu, penyelidik menggunakan inisiatif untuk mengatasi masalah ini dengan menggunakan kotak telur dalam meningkatkan prestasi dan minat murid terhadap tajuk ini.Penyelidik juga meminta pendapat guru yang mengajar murid-murid tersebut dalam tajuk operasi bergabung nombor bulat. Guru tersebut menyatakan bahawa murid tidak mempunyai masalah dalam tajuk tersebut dan dapat menjawab dengan betul soalan yang diberikan beliau jika operasi bergabung tambah tolak nombor bulat sehingga 100.Oleh itu, kajian ini akan dijalankan secara fleksibel di mana kajian ini tidak memerlukan tempat yang spesifik dan boleh dilaksanakan di mana-mana sahaja serta kajian ini mudah ditadbir dan diuruskan jika disusuli dengan perancangan yang sistematik seperti menetapkan masa, tarikh dan juga tempoh perlaksanaan kajian. Disamping itu, penyelidik berpendapat keadaan ini jika dibiarkan akan menjerumuskan murid ke arah kegagalan dalam mata pelajaran Matematik. Hal ini kerana miskonsepsi dan kecuaian yang dilakukan amat banyak dan boleh dianggap di peringkat yang kritikal. Walaupun tajuk penambahan dan penolakan pecahan wajar sama penyebut hanya satu tajuk kecil, namun kesan tidak menguasai operasi ini memberi kesan yang sangat besar kerana kemahiran ini akan diaplikasikan dalam tajuk yang seterusnya.

Penyelidik juga berpendapat, cabaran kajian ini bukan sahaja tertumpu kepada penyediaan penambahbaikan kaedah baharu dalam mengajar operasi bergabung tambah dan tolak pecahan wajar sama penyebut bahkan perlu mengambil kira tahap pemikiran serta penelitian masalah yang dialami murid supaya kaedah yang ingin diketengahkan dapat diterima.Oleh itu, bagi memastikan keberhasilan kajian ini, penyelidik menggunakan beberapa meteodologi untuk mengumpul data antaranya termasuk ujian pra dan pasca, soal selidik, temubual dan rakaman video. Data-data yang dikumpul akan dianalisismbagi menjawab persoalan-persoalan kejaian. Proses pengumpulan data ini juga dijalankan dengan kerjasama daripada pihak sekolah, murid, guru panitia Matematik dan pensyarah pembimbing. Di mana guru panitia Matematik dan pensayarah pembimbing merupakan rujuka utama bagi memastik kajian ini berjalan dengan lancar dan peningkatan prestasi dan minat murid terhadap tajuk penambahan dan penolakan pecahan wajar sama penyebut dapat dicapai.

2.2 Definisi OperasiDalam kajian ini, terdapat beberapa istilah iaitu pecahan, pecahan wajar, penyebut, prestasi dan minat. Di mana kajian ini berdasarkan permasalahan murid yang dikenalpasti dalam tajuk Pecahan dalam meningkatkan kemahiran tambah dan tolak pecahan wajar sama penyebut. Oleh itu, berikut adalah definisi bagi istilah yang akan digunakan sepanjang kajian dijalankan:PecahanMenurut Kamus Matematik KBSM terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (1997), Pecahan ialah nombor yang merupakan hasil bahagi satu nombor dengan nombor yang lain. Manakala menurut, Baharin Shamsudin (1993) di dalam buku penulisannya Kamaus Matematik Bergambar Sekolah Rendah, pecahan ialah nombor yang mewakili sebahagian daripada keseluruhan atau sekumpulan benda. Berdasarkan kajian Norfarhana Bitni Mohamad Norizan (2010), pengkaji menyatakan bahawa pecahan merupakan salah satu tajuk yang sering menjadi rungutan murid kerana mereka tidak memahami atau kurang jelas terhadap sesuatu konsep yang diajar. Disebabkan pemahaman konsep yang lemah, murid sering kali melakukan kesilapan dalam tajuk pecahan. Oleh itu, ini merupakan salah satu faktor yang mengukuhkan pengkaji untuk memilih tajuk pecahan sebagai tajuk kajian.

Pecahan WajarMenurut buku Konsep dan Aktiviti Pengajaran Pembelajaran Matematik: Pecahan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (1998), pecahan wajar membawa maksud pecahan yang nilai penyebutnya lebih besar daripada nilai pengangka.Pecahan wajar merupakan satu subtopik di dalam tajuk pecahan dan dipelajari selepas murid memahami konsep pecahan dan tatatanda pecahan. Di mana konsep pecahan difokuskan kepada murid konsep sebahagian daripada satu keseluruhan bagi satu benda dan sebahagian daripada satu kumpulan.. Bagi tajuk penambahan dan penolakan pecahan wajar sama penyebut, murid tidak boleh hanya menghafal algorithma penambahan dan penolakan untuk mendapat jawapan malahan mereka perlu memahami konsep penambahan dan penolakan pecahan itu. Masalah yang seringkali dihadapi guru Matematik adalah bagaiman untuk memudahkan murid memahami penambahan dan penolakan pecahan dan hasil jawaoan daripada operasi bergabung tersebut. Oleh itu, buku ini menyarankan guru harus mengembangkan pengajaran daripada peringkat konkrit kepada separa konkrit dan akhir sekali ke peringkat abstrak. Justeru itu, pengkaji menggunakan kotak telur sebagai bahan bantu belajar untuk mengembangkan pengajaran di peringkat konkrit.

PenyebutMerujuk kepada buku Konsep dan Aktiviti Pengajaran Pembelajaran Matematik: Pecahan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (1998), penyebut merujuk kepada bilangan bahagian yang sama saiz dalam satu keseluruhan. Penyebut merupakan salah satu tatatanda dalam pecahan .Di dalam pecahan, tajuk penambahan dan penolakan pecahan wajar sama penyebut merupakan satu tajuk yang mudah dan senang untuk murid memahami konsep kerana tidak perlu melakukan sebarang pertukaran penyebut. Oleh itu, apabila pengkaji mendapati terdapat empat orang murid menghadapi masalah dalam tajuk ini, pengkaji merasakan masalah ini akan menjadi lebih serius untuk murid mempelajari tajuk yang seterusnya yang melibatkan pertukaran nilai penyebut, operasi bergabung yang melibatkan darab dan bahagi dan sebagainya. Oleh sebab itu, pengkaji memilih tajuk penambahan dan penolakan pecahan wajar sama penyebut untuk membantu muird-murid tersebut dalam menguasi konsep pecahan dan secara tidak langsung meningkatkan prestasi dan minta mereka.

PrestasiMenurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, prestasi bermaksud pencapaian atau hasil yang telah diperolehi. Oleh itu, dalam sapek kajian tindakan ini, peningkatan prestasi murid membawa maksud peningkatan pencapaian murid berdasarkan pencapaian mereka di dalam kemahiran penambahan dan penolakan pecahan wajar sama penyebut.Meteodologi yang akan digunakan penyelidik bagi menganalpasti peningkatan prestasi murid di dalam tajuk penambahan dan penolakan pecahan wajar sama penyebut dengan melaksanakan ujian pra dan ujian pasca. Di mana jika terdapat peningkatan pencapaian murid di dalam tajuk ini, murid kan menunjukkan peningkatan markah ujian pasca lebih tinggi dari ujian pra ataupun murid berjaya menjaya semua soalan yang diutarakan oleh guru dengan tepat dan cepat.Minat

2.3 Tinjauan Dan Analisis Masalah2.3.1 Kementerian Pembelajaran MalaysiaMenurut Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah pada bahagian pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran, pelbagai perubahan berlaku memberi kesan terhadap kandungan dan pedagogi dalam pengajaran Matematik sekolah rendah. Perubahan ini memerlukan kepelbagaian cara pengajaran Matematik di sekolah. Penggunaan sumber pengajaran adalah amat penting dalam membentuk konsep Matematik, guru boleh menggunakan bahan sebenar atau bahan konkrit dalam pengajaran dan pembelajaran untuk menolong murid mendapat pengalaman, membina idea yang abstrak, mencipta, membina keyakinan diri, berdikari dan bekerjasama.Manakala menurut Kurikulum Standard Sekolah Rendah pada bahagian fokus, di mana proses pengajaran dan pembelajaran matematik diberikan keutamaan kepada penguasaan pengetahuan dan pemahaman bagi membolehkan murid mengaplikasikan konsep, prinsip, dan proses matematik dipelajari. Penekanan kepada aspek perkembangan pemikiran murid secara matematik dibina dan dikembangkan melalui proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah berdasarkan prinsip berikut iaitu penyelesaian maslah, komunikasi, penaakulan, perkaitan, membuat perwakilan dan penggunaan teknologi dalam matematik. Perkara ini bertujuan untuk membangunkan modal insan yang seimbang, berpengetahuan dan berketerampilan.Tujuan ini disokong oleh objektif Pendidikan Matematik yang disunting daripada buku Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik (2001), bahawa pendidika Matematik memberi penekanan kepada perkembangan murid yang menyeluruh termasuk perkembangan kognitif, sikap, psikomotor serta memupuk nilai-nilai murni untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dimana pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan isana uang baik, seimbang dan bersepadu secara langsung merupakan saluran utama untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara dalam memburu Wawasan 2020.2.3.2 Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Berkesan.Merujuk Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik (2001), matematik merupakan suatu mata pelajaran yang penting dan mencabar bagi kebanyakkan murid serta mata pelajaran yang wajib lulus pada abad 21 kini. Hal ini kerana, matematik memainkan peranan penting di dalam kehidupan seharian dan kesemua bidang ilmu melibatkan matematik secara langsung dan tidak langsung. Oleh itu, bagi memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, guru haruslah memberikan perhatian dalam proses pengajran dan pembelajaran di mana murid melibatkan diri secara aktif dan menunjukkan minat yang bersungguh-sungguh.Disamping itu, guru perlu menunjukkan sikap yang positif terhadap matematik dengan menunjukkan minat terhadap Matematik dan meyakinkan murid bahawa semua orang boleh maju dalam Matematik supaya mendorong mereka untuk meminati Matematik dan menggambarkan sikap dan aspirasi yang ditunjukkan oleh guru. Oleh itu, murid akan melibatkan diri secara aktif sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran .Selain itu, berdasarkan buku Pengajaran dan Pembelajaran Yang Berkesan karya Azizul Rahman Abdul Rahman dan Mohamad Saleeh Rahamad (2011), guru juga perlu memastikan kelas di dalam keadaan yang terkawal sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana jika kelas di dalam keadaan yang tidak terkawal pengajaran dan pembelajaran tidak akan berkesan kerana fokus murid terganggu dan tidak dapat memberikan perhatian sepenuhnya kepada pengajaran guru. Hal ini kerana bagi kelas yang lemah, guru hanya menggunakan silibus yang minimum kerana tahap pencapaian mereka yang rendah dan jika mereka berjaya memahami dan menguasai silibus yang minimum sahaja sudah memadai kerana mereka secara umunya kurang bermotivasi untuk mencapai tahap yang lebih tinggi seperti murid pintar.Menurut Baharom Mohamad (2009), bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan guru perlu menyediakan set induksi yang berjaya motivasikan murid dan menyediakan proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik minat murid supaya murid dapat menguasasi kemahiran, pengetahuan, sikap dan objektif pembelajaran yang ingin dicapai. Selain itu, guru perlu menyediakan satu platform atau suasana pengajaran yang efektif di mana aktiviti pengajaran yang dilakukan berupaya meningkatkan hasil pembelajaran dalam suasana yang sihat, demokratik dan bersemangat.Menurut Wan Zah Wan Ali (2000), bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan guru perlu bersikap peramah dan mudah didekati serta mempunyai sikap yang adil serta tidak memilih kasih. Oleh itu,murid tidak berasa takut untuk bertanya soalan kepada guru atau berkomunikasi dengan guru. Di samping itu, guru juga perlu memberikan peneguhan positif kepada murid terhadap usaha-usaha positif murid untuk meningkatkan prestasi diri dengan memberikan pujian walaupun jawapan yang diberikan salah. Maka, murid akan merasakan guru prihatin terhadap mereka dan perkara ini akan mewujudkan suasana pembelajaran yang mesra.Merujuk kepada buku Pendidikan Moden Jepun yang diterjemahkan oleh Faridah Mohamad (2010), pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dengan mengajar murid-murid supaya seronok belajar. Hasil kajian Nakamoto (1979) yang di petik daripada buku ini berpendapat bahawa murid dapat digalakkan untuk belajar jika mereka faham perkara asas dan menerima pengajaran yang seronok untuk mereka belajar. Apabila murid berasa seronok sewaktu belajar anggapan mereka bahawa bidang matematik ialah suatu bidang yang amat susah sehingga ramai murid yang cuba mengelak mempelajarinya dapat diatasi.Disamping itu, menurut Dr Muhamad Hasan Ab. Rahman (2000) di petik daripada buku Media Pengajaran Penghasilan Bahan Pengajaran Berkesan bahawa penggunaan bahan media yang teratur dan sistematik akan dapat membantu guru mencapai objektif pengajaran dengan baik. Fungsi media pengajaran-pembelajaran seperti alat dan bahan teknologi dapat membantu pencapaian objektif pembelajaran dan guru dapat menyampaikan pembelajaran dengan lebih berkesan. Oleh itu, pemilihan media yang sesuai dengan tahap kognitif murid dan sesuai dengan situasi pembelajaran dapat meningkatkan keberkesanan dan kecekapan pengajaran guru. Justeru, guru perlu bijak memilih dan menggunakan media yang sesuai agar penggunaan media dapat menggalakkan komunikasi dua hala antara guru dan murid.Penggunaan media pengajaran- pembelajaran ini juga selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia menerusi 11 anjakan PPPM. Dimana penggunaan media pengajaran dinyatakan pada anjakan ke-7 iaitu memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.2.3.3 Teori-Teori Pembelajaran Dan Strategi Pendekatan Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Kajian ini melibatkan subjek kajian yang berumur lingkungan 10 tahun. Oleh itu, mengikut Teori Pembelajaran Piaget di dalam buku Psikologi Pendidikan (2008) , di mana tahap perkembangan kognitif kanaka-kanak berumur 7 hingga 12 tahun pada tahap operasi konkrit. Di tahap operasi konkrit, kanaka-kanak dapat memanipulasikan dan membentuk membentuk representasi mental secara terperinci dengan mempunyai pelbagai pemikiran dan memori tentang objek-objek konkrit dan maujud di sekeliling mereka. di tahap ini juga kanaka-kanak dapat mengesan dan mengenalpasti kuantiti-kuanitit yang terkandung di dalam objek secara mendalam. Menurut Piaget lagi, tahap perkembangan ini adalah kanak-kanak akan meneliti dan mengaplikasikan prinsip-prinsip yang sama kepada konsep-konsep abstrak. Oleh itu, penyelidik berpendapat pada peringkat ini, pendekatan ataupun kaedah pembelajaran yang menggunakan bahan-bahan manipulatif yang bersifat konkrit adalah sangat digalakkan bagi membina pengetahuan yang diinginkan dalam kalangan murid-murid. Maka, penyelidik bertekad untuk menggunakan kotak telur sebagai bahan bantu belajar untuk murid menguasai kemahiran penambahan dan penolakan pecahan wajar sama penyebut.Selain itu, penyelidik juga menggunakan strategi pendekatan pembelajaran kooperatif dalam pengajaran dan pembelajaran tajuk penambahan dan penolakan pecahan wajar sama penyebut. Mengikut strategi pendekatan pembelajaran kooperatif, pembelajaran akan menekankan kepada penguasaan kemahiran, konsep dan maklumat. Pendekatan pembelajaran ini bertujuan untuk menggalakkan murid bekerjasama dalam kumpulan dan juga memupuk pemikiran aras tinggi serta menerapkan nilai bertanggungjawab ke atas setiap ahli kumpulannya. Pendekatan ini sesuai untuk semua peringkat tahap kognitif murid dan dapat membantu murid berpencapaian lemah dan sederhana untuk menunjukkan prestasi yang terbaik dan setiap sumbangan mereka di dalam aktiviti kumpulan akan dihargai. Hal ini kerana, pencapaian dalam kumpulan bergantung kepada pembelajaran individu dalam kumpulan. Oleh itu, bagi memastikan kejayaan kumpulan mereka, murid akan memastikan ahli kumpulan mereka bersedia sengan soalan yang akan diajukan oleh guru dan menganggap pencapaian kumpulan mereka sebagai suatu perkara yang serius. Pembelajaran ini menggalakkan murid berinteraksi antara ahli kumpulan disamping membina perasaan positif dan mempertingkatkan harga diri.Selain itu, penyelidik menggunakan strategi pembelajaran berasaskan sumber atau bahan. Strategi ini berpusat bahan bermaksud penyelidik menggunkana banyak bahan seperti buku, bahan-bahan maujud, pusat sumber, pusat akses dan laini-lain untuk melaksanakan pengajarannya. Strategi berpusatkan bahan ini akan dibimbing oleh guru sehingga murid mampu belajar secara individu. Kepelbagaian sumber dan bahan dapat membantu meningkatkan pemikiran kritikal dan kemahiran mental murid.Penggunaan pembelajaran berasaskan bahan juga dapat memudahkan murid memahami sesuatu konsep dengan lebih baik, cepat serta tepat. Hal ini akan menggalakkan pembelajaran yang lebih bermakna dan seronok. Pembelajaran berpusatkan bahan juga dapat membantu guru untuk memenuhi keperluan murid yang pelbagai kerana pembelajaran ini menunjukkan cara untuk belajar mengikut kadar sendiri pada bila-bila masa dan tempat serta membantu murid yang tidak hadir untuk mempelajari pembelajaran pada hari yang mereka tidak hadir.Strategi pendekatan ini disokong oleh strategi pengajaran dan pembelajaran yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan menggalakkan pembelajaran yang menggunakan teknologi dan pembelajaran akses sendiri.Walaubagaimanpun, penyelidik juga boleh menggunakan kaedah pembelajaran penemuan. Menurut Bruner, pembelajaran menemuan tidak terhad kepada objek tetapi meliputi sebarang aktiviti yang menggunakan otak dan murid akan berusahah untuk mendapatkan ilmu. Ilmu tersebut akan diperolehi melalui daya usaha murid itu sendiri dan pendekatan pembelajaran ini boleh dilaksanakan mengikut kesesuai subjek dan murid yang terlibat. Keadah oembelajaran penemuan ini dapat membantu meningkatkan motivasi instrinsik dan minat murid dalam pembelajaran serta mempantu perkembangan potensi intelek, pemikiran kreatif dan kritis murid.2.3.4 Masalah Yang Sering Dihadapi Murid Dalam Tajuk PecahanMenurut Menurut Dr. Jamil Ahmad dan rakan-rakan melalui Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains dan Matematik (2008), miskonsepsi adalah satu daripada masalah yang sering dihadapi oleh murid dalam pembelajaran matematik dan sering menjadi penghalang kepada mereka untuk memahami konsep-konsep matematik yang berkaitan dengan konsep yang disalah tafsirkan oleh mereka. Sebahagian murid tergolong dalam lemah matematik mungkin disebabkan oleh kurang mahir membaca, menulis, melakukan latihan pengiraan dan bercakap. Dalam matematik, masalah ini akan lebih ketara dengan adanya istilah matematik yang mana sebahagiannya daripada mereka yang belum pernah mendengar dan lupa istilah yang diberikan..Oleh itu, tajuk pecahan merupakan tajuk yang penting dan perlu dikuasai oleh murid sebelum mereka mempelajari tajuk perpuluhan dan peratus. Kebanyakkan murid menghadapi masalah dalam tajuk pecahan dan gagal dalam matapelajaran matematik kerana mereka tidak dapat menguasi tajuk ini. Menurut Anidah Binti Abd Rahman di dalam kajiannya mendapati murid menghadapi masalah dalam tajuk pecahan kerana murid tidak mengingati isitlah-istilah penting dalam pecahah seperti pecahan wajar, nombor bercampur dan sebagainya.Norfarhana Binti Mohamad Norizan (2010) di dalam kajiannya ke atas 90 orang murid tingkatan dua mendapati majoriti murid tidak menguasai pemahaman konsep pecahan secara sepenuhnya dan mereka hanya mempunyai pemahaman jenis instrumental. oleh sebab itu, murid tidak dapat menjawab soalan yang diebrikan dengan betul dan melakukan kesilapan semasa menjawab soalan.Melalui kajian Jimyy B Johan @ Juhan (2008) mendapati murid menghadapai masalah pada tahap penyelesaian masalah pecahan. Di mana murid lemah pada penyelesaian masalah yang melibatkan operasi bergabung. Murid akan melakukan kesilapan menggunakan konsep pecahan bagi beberapa operasi matematik dan menggunakan prosedur yang dalam dalam penyelesaian matematik.Walaubagaimanapun, masalah yang dihadapi oleh murid dalam tajuk pecahan juga berpunca daripada pengajaran guru Matematik. Berdasarkan kajian Mazlini Adnan dan Effandi Zakariadi dalam Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia mendapati bakal guru memilik pengetahuan matematik yang rendah. Hal ini kerana kebanyakkan guru tidak mempunyai kefahaman dan pengetahuan yang kukuha dalam isi kandungan bagi topic yang di ajar oleh mereka. Oleh itu, guru tidak dapat mengaitakan suatu idea matematik dengan idea matematik yang lain dan tidak dapat membuat perkaitan antara dunia matematik dengan dunia sebenar. Hal ini kerana, tajuk pecahan sahaja ditumpukan kepada perkenalan kepada simbol dan operasi pecahan sahaja tetapi menumpukan kepada pemahaman makna pecahan supaya ilmu yang disampaikan kepada murid dengan lebih berkesan.Selain itu pengetahuan pedagogi isi kandungan guru juga menjadi faktor berlaku miskonsepsi dalam kalangan murid. Menurut Tengku Zawawi, Ramlee Mustapha dan Abdul Razak Habib di dalam Jurnal Pendidikan Malaysia (2009), mendapati gaya dan amalan pengajaran guru tidak semestinya selaras dengan pengetahuan dan kefahaman yang dimiliki bagi sesuatu tajuk. Kebanyakkan aktiviti yang dilaksanakan lebih berpusatkan kepada guru dan guru tidak memiliki kefahaman instrumental untuk membuat penyampaian konsep secara konseptual dengan aktiviti konkrit yang berpusatkan kepada murid. Selain itu, konsep asas dan operasi pecahan disampaikan kepada murid secara prosedur atau teknik. Oleh itu, murid hanya menghafal prosedur yang dinyatakan oleh guru tanpa memahami konsep asas pecahan.Maka tidak hairan kebanyakkan murid menganggap pecahan suatu tajuk yang sudah kerana pengajaran guru tidak dapat difahami mereka kerana terlalu abstrak serta guru memainkan peranan sebagai penyampai maklumat manakala murid berperanan sebagai penerima dan pemerhati sahaja tanpa wujudkan komunikasi dua hala.2.3.5 Kajian-Kajian Lepas Tentang Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Tajuk Pecahan Berdasarkan kajian Mohd Ridzuan Bin Ahmad Johar dan Nik Mohamad Bin Nik Jusoh (2013) ke atas empat orang murid tahun empat dalam membantu murid tersebut menyelesaikan penambahan dan penolakan pecahan menggunakan cross-ticking method. Kajian ini mendapati penggunaan Cross-ticking method membantu murid untuk menyelesaikan penambahan dan penolakan pecahan wajar tidak sama penyebut dengan peningkatan markah responden. Peningkatan ini jelas menunjukkan kaedah Cross-ticking Method berjaya mengatasi masalah murid dalam mencari penyebut yang sesuai dan tidak memahami konsep penambahan dan penolakan pecahan wajar lain penyebut.Selain itu, melalui kajian Syafiqah Liyana Binti Saharudin dan Mas Norbany Binti Abu Samah (2013) ke atas 5 orang murid lemah tahun 4 dalam menguasai kemahiran menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur menggunakan ATS. Berdasarkan refleksi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran, pengkaji mendapati murid menghadapi kesukaran untuk menukarkan pecahan tak wajar penyebutnya hingga 10 kepada nombor bercampur melalui pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen seperti lembaran kerja, buku latihan dan ujian diagnostik.Oleh itu, pengkaji menggunakan bahan manipulatif ATS untuk membantu penguasaan muris dalam tajuk penukaran pecahan tak wajar kepada nombor bercampur. Kekuatan utama bahan manipulatif ATS adalah bersifat mesra penggunan dan membantu dalam pengukuhan konsep pecahan. Hasil dapatan daripada kajian ini mendapati penggunaan ATS berjaya membantu murid memahami konsep dan menguasai kemahiran penukaran pecahan tak wajar kepada nombor bercampur dengan baik. Walaubagaimanapun, terdaapt beberapa kelemahan yang boleh ditambah baik untuk kajian ini pada masa akan datang.Muhammad Syazwan Bin Idris dan Mas Norbany Binti Abu Samah (2014) dalam kajiannya terhadap 4 orang murid tahun 4 dalam menguasai kemahiran mempermudahkan pecahan menggunakan building board. Melaui tinjauan awal pengkaji didapati murid tidak menguasai fakta asas darab dan bahagi, tidak mempermudahkan pecahan yang diperolehi, tidak faham kemahiran mempermudahkan pecahan dan keliru dalam memilih sifir yang boleh dibahagikan oleh penyebut dan pengangka dalam sesuatu pecahan. Oleh itu, pengkaji menggunakan Building Board dan Peta Alir I-Think BSL untuk membantu murid menguasai kemahiran mempermudahkan pecahan wajar penyebut sehingga 10 kepada pecahan bentuk termudah. Dapatan kajian mendapati murid dapat menguasai kemahiran mempermudahkan pecahan wajar dengan penyebt sehingga 10 kepada pecahan bentuk termudah dan berupaya membantu murid yang tidak menguasai silir untuk mempermudahkan pecahan wajar di samping melaksanakan aktiviti hands-on dan penggunaan visualisasi amat berkesan dalam membantu murid menguasai kemahiran mempermudahkan pecahan.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN/ SOALAN KAJIAN

3.1 OBJEKTIF KAJIANKajian ini dijalankan untuk mencapai beberapa obejktif iaitu:i. Meningkatkan prestasi murid dalam tajuk operasi bergabung tambah dan tolak pecahan wajar sama penyebut.ii. Meningkatkan minat murid dalam pembaelajaran operasi bergabung tambah dan tolak pecahan wajar sama penyebut..

3.2 SOALAN KAJIANKajian ini dilaksanakan bagi menjawab beberapa persoalan iaitu:i. Adakah penggunaan kotak telur dapat meningkatkan prestasi murid dalam kemahiran operasi bercampur tambah dan tolak pecahan wajar dengan penyebut sama?ii. Adakah penggunaan kotak telur dapat meningkatkan minat murid dalam pembelajaran operasi bergabung tambah dan tolak pecahan wajar dengan penyebut sama?

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini merupakan usaha penambahbaikan amalan pengajaran dan pembelajaran dalam kemahiran operasi bergabung tambah dan tolak pecahan wajar sama penyebut di sebuah sekolah kebangsaan dalam daerah Batu Pahat. Seramai 4 orang subjek kajian yang dipilih kerana mengalami miskonsepsi dalam tajuk Operasi Bergabung Tambah dan Tolak Pecahan Wajar Sama Penyebut. Kesemua subjek kajian ini berumur dalam lingkungan 10 tahun.Subjek kajian dipilih berdasarkan daripada pencapaian dan penyemakan terhadap ujian diagnostik . Di mana murid ini mendapat pencapaian di tahap yang lemah dan sederhana. dua orang rmuridyang mendapat pencapaian rendah dikenalpasti berdasarkan ujian diagnostik, di mana responden melakukan banyak kesilapan sewaktu menjawab soalan ujian. Dua orang murid yang mendapat pencapaian sederhana dipilih kerana melakukan kecuaian dan beberapa kesilapan sewaktu menjawab soalan ujian diagnostik serta tidak menjawab kesemua soalan operasi bergabung tambah dan tolak pecahan wajar sama penyebut dengan betul.Oleh itu, mereka tergolong di dalam kelompok yang belum menguasai kemahiran ini dan penyelidik melibatkan mereka di dalam kajian ini.

5.0 TINDAKAN YANG DICADANGKANDalam kajian ini, tindakan yang akan dilaksanakan bagi membantu murid menjawab soalan operasi bergabung tambah dan tolak pecahan wajar penyebut sama ialah dengan menggunakan kotak telur. Kaedah ini merupakan kaedah alternatif operasi bergabung tambah dan tolak pecahan yang direka berdasarkan permasalahan murid yang telah dikenalpasti dalam tajuk Pecahan. Kotak telur digunakan sebagai cara penyelesaian masalah ini kerana murid dapat menggunakan bahan konkrit dalam membina kefahaman mereka. Prosedur mengaplikasikan kaedah ini dalam pengajaran telah dibahagikan kepada 8 peringkat.

5.1 Perancangan langkah langkah tindakan5.1.1 Ujian Sebelum IntervensiUjian ini akan dijalankan sebelum kaedah penggunaan kotak telur diperkenalkan dan diaplikasi dalam pengajaran operasi bergabung tambah dan tolak pecahan wajar penyebut sama. Ujian ini mengandungi 6 soalan yang menguji kefahaman murid mengenai operasi bergabung tambah dan tolak pecahan wajar penyebut sama. Contoh Ujian Sebelum Intervensi boleh dirujuk pada Lampiran B.

5.1.2 Pengenalan IntervensiKotak telur digunakan supaya murid dapat melihat perbezaan antara penyebut dan pengangka. Tambahan pula, penggunaan kotak telur sebagai bahan konkrit dapat memberikan murid pengalaman dan memudahkan murid memahami konsep. Dimana kotak telur yang mewakili penyebut akan diwarnakan dengan warna hitam dan kotak telur yang mewakili pengangka akan diwarnakan dengan warna yang berlainan. Gambar 1 a): PenyebutGambar 1ab) : Pengangka

Kotak telur yang mewakili penyebut akan dipotong berdasarkan soalan yang diberikan manakala kotak telur yang mewakili pengangka akan dipotong secara satu-satu bagi memudahkan murid memasukkan kotak telur pengangka di atas kotak telur penyebut.

Gambar 2: Cara menggunakan kotak telur5.1.3 Menggunakan intervensi bagi menyelesaikan operasi bergabung tambah dan tolak pecahan wajar sama penyebut.Setelah murid diperkenalkan dengan cara menggunakan kotak telur seterusnya, murid akan cuba mengaplikasi kaedah ini secara kumpulan. Guru akan memberikan contoh soalan kepada murid. Seterusnya, murid akan cuba menjawab soalan tersebut dengan menggunakan kotak telur. Guru akan lebih mudah untuk menjalankan pemerhatian ke atas murid seterusnya memberi bimbingan kepada murid jika masih belum menguasai kemahiran operasi bergabung tambah tolak pecahan wajar sama penyebut..5.1.4 Penggunaan intervensi bagi menyelesaikan operasi bergabung tambah dan tolak pecahan wajar sama penyebut secara individu.Seterusnya, murid menggunakan kotak telur secara individu. Pada peringkat ini, murid tidak lagi mendapat bimbingan daripada rakan rakan. Namun begitu, murid masih boleh mendapat bimbingan daripada guru. Tujuan kaedah ini dilaksanakan secara individu adalah supaya murid diberi peluang untuk menyelesaikan operasi bergabung pecahan dengan menggunakan kotak telur sendiri.5.1.5 Penyelesaian operasi bergabung tambah dan tolak pecahan wajar sama penyebut tanpa intervensiPeringkat ini merupakan fasa terakhir intervensi. Pada peringkat ini, murid dikehendaki menyelesaikan operasi bergabung tambah dan tolak pecahan wajar sama penyebut secara berseorangan tanpa menggunakan intervensi. Murid tidak lagi mendapat bimbingan guru dan rakan rakan.

5.2 Ujian selepas intervensiSelepas tamat proses intervensi ke atas murid, penyelidik akan menjalankan ujian selepas intervensi bagi menguji keberkesanan pemahaman murid berkenaan operasi bergabung tambah dan tolak pecahan wajar sama penyebut. Ujian ini mengandungi 5 soalan yang terdiri daripada mengenai tajuk operasi bergabung tambah dan tolak pecahan wajar sama penyebut.

6.0 PERANCANGAN KAEDAH PENGUMPULAN DATA6.1 Perancangan kaedah mengumpul dataPengumpulan data akan dibuat sejurus berakhirnya 3 sesi pengajaran dan pembelajaran bersama responden. Kaedah yang penyelidik akan gunakan bagi membantu murid dalam meningkatkan pemahaman mereka dalam tajuk operasi bergabung tambah dan tolak pecahan wajar sama penyebut menggunakan kotak telur. Penyelidik akan menggunakan 4 instrumen iaitu Ujian, Soal Selidik, temu bual dan analisis dokumen murid. Hal ini adalah bertujuan untuk menilai kembali kesesuaian penggunaan kotak telur bagi membantu murid Tahun 4 dalam operasi bergabung tambah dan tolak pecahan wajar sama penyebut serta menilai bagaimanakah pengaplikasian penggunaan kotak telur mempengaruhi minat murid tahun 4 terhadap tajuk operasi bergabung tambah dan tolak pecahan wajar sama penyebut.. 6.1.1 UjianPenyelidik akan menggunakan kaedah ujian untuk menguji kesesuaian penggunaan kotak telur bagi meningkatkan kefahaman murid dalam melakukan operasi bergabung tambah dan tolak pecahan wajar sama penyebut. Oleh itu, dua bentuk ujian akan dibina iaitu ujian sebelum intervensi (Rujuk lampiran C) dan Ujian Selepas Intervensi (Rujuk lampiran D) akan dilaksanakan bagi membuat banding beza mengenai tahap pencapaian murid dalam ujian tersebut.Kedua dua ujian ini mengandungi 6 soalan yang terdiri daripada soalan berkenaan tajuk bergabung tambah dan tolak pecahan wajar sama penyebut. Soalan ujian selepas intervensi adalah sama dengan soalan ujian sebelum intervensi supaya proses analisis dapat dijalankan dengan lebih berkesan.

6.1.2 Soal SelidikSatu soal selidik akan dijalankan selepas intervensi bagi mendapatkan data mengenai minat responden terhadap penggunaan kotak telur. Soal selidik ini akan terdiri daripada lima item. Skala item yang digunakan dalam soalan soal selidik ini mempunyai 2 pilihan jawapan sama ada Ya atau Tidak. Borang soal selidik akan ditadbir kepada seorang responden iaitu sebelum dan selepas penggunaan kotak telur diperkenalkan. BilItemMuridJumlah

M1M2M3M4YaTidak

1Penyelidik suka mengira jawapan soalan tajuk pecahan.

2Aktiviti yang dijalankan adalah menarik

3Penyelidik suka membuat kerja rumah soalan pecahan operasi bergabung tambah dan tolak.

4Penyelidik seronok belajar tajuk pecahan dengan guru

5Penyelidik dapat melakukan operasi bergabung tambah tolak pecahan wajar sama penyebut dengan baik

6Penyelidik minat untuk belajar tajuk pecahan

Jadual 1: Borang soal selidik6.1.3 Temu BualTemu bual merupakan salah satu kaedah yang digunakan untuk mengukuhkan lagi dapatan kajian penyelidik. Temu bual ini akan dilaksanakan selepas menggunakan kotak telur diperkenalkan. Hal tersebut bertujuan bagi mengenalpasti kesesuaian kegunaan kotak telur dalam meningkatkan motivasi dan minat murid dalam mempelajari tajuk pecahan. Disamping itu, temu bual juga dilaksanakan bagi mengenalpasti bagaimana kegunaan kotak telur dapat membantu murid Tahun 4 dalam tajuk operasi bergabung tambah dan tolak pecahan wajar sama penyebut. Temu bual yang akan dijalankan adalah temu bual separa berstruktur.SoalanBagaimana kamu menyelesaikan soalan pecahan ini?

Murid

SoalanApa yang kamu faham mengenai pecahan?

Murid

SolanaSebab apa kamu gabungkan nilai tempat pengangka dan penyebut?

Murid

Jadual 2: Temubual bersama murid

6.1.4 Analisis DokumenPengumpulan data daripada dokumen adalah kaedah bagi mengukuhkan dapatan daripada instrument kajian yang lain. Dalam kajian ini, dokumen yang akan dianalisis ialah buku tulis dan lembaran kerja responden sepanjang pengaplikasian kegunaan kotak telur dijalankan. Hal ini bertujuan bagi melihat kesesuaian kotak telur ke atas murid melalui jalan kerja yang ditunjukkan. Analisis akan dijalankan sepanjang kajian ini dijalankan.

6.2 Perancangan kaedah menganalisis data6.2.1 Rekod UjianPenyelidik akan menjalankan dua jenis ujian sepanjang intervensi dilaksanakan iaitu ujian sebelum intervensi dan ujian selepas intervensi. Soalan ujian selepas intervensi adalah sama dengan soalan ujian sebelum intervensi supaya proses analisis dapat dijalankan dengan lebih berkesan.Ujian sebelum intervensi ini dijalankan pada semua murid bagi mengenalpasti murid yang mempunyai masalah di dalam tajuk ini dan ujian selepas intervensi dijalankan pada 1 orang responden bagi menguji kesesuaian penggunaan kotak telur dalam pengajaran operasi bergabung tambah dan tolak pecahan wajar sama penyebut kerana dia seorang sahaja yang miskonsepsi terhadap tajuk ini. Nilai pemarkahan murid akan diberikan dalam bentuk gred iaitu gred A, B, C, D dan E mengikut peratus pemarkahan ujian tersebut 6.2.2 Soal SelidikRespon yang terdapat dalam borang soal selidik ini akan memberikan gambaran tentang minat responden terhadap penggunaan kotak telur. Soal selidik ini akan dijalankan kepada 1 orang responden sebelum dan selepas penggunaan kotak telur diperkenalkan. Terdapat lapan item yang dikemukakan dalam borang soal selidik ini. Skala item yang digunakan dalam soalan soal selidik ini mempunyai 2 pilihan jawapan sama ada Ya atau Tidak. 6.2.3 Temu BualSatu sesi temu bual akan dijalankan bagi mengukuhkan lagi dapatan kajian penyelidik. Menurut Burns (2000), kaedah temu bual dapat turut membantu dalam mendapatkan maklumat berkenaan kemahiran dan minat murid dalam operasi bergabung tambah dan tolak pecahan wajar sama penyebut dengan lebih tepat. Melalui kaedah temu bual juga, penyelidik dapat menerima tindak balas dan pandangan murid yang terlibat terhadap penggunaan kotak telur yang telah diperkenalkan kepada murid tersebut. Sesi temu separa berstruktur akan dilaksanakan selepas intervensi penggunaan kotak telur diperkenalkan.6.2.4 Analisis DokumenMeriam (2009) menyifatkan bahawa dokumen adalah sumber data ketiga terpenting. Pengumpulan data daripada dokumen ini akan membantu dalam mengukuhkan lagi dapatan daripada instrument kajian yang lain. Dalam kajian ini, dokumen yang akan dianalisis ialah buku tulis dan lembaran kerja responden. Ini dilakukan bagi melihat sejauh mana penguasaan mereka terhadap kemahiran operasi bergabung tambah tolak pecahan wajar penyebut sama melalui jalan kerja yang ditunjukkan. Analisis akan dilaksanakan sepanjang kajian ini dijalankan.

6.3 Perancangan jadual pelaksanaan/Carta GanttJadual 3 :Carta gantt perancangan pelaksanaan tindakanBILPERKARAJanFebMacAprMeiJunJulOgoSepOktNovDis

1Taklimat pelaksanaan proposal/

2Pemilihan tajuk/

3Pencarian maklumat/

4Penghasilan draf proposal pertama/

5Penghasilan draf proposal kedua/

6Penghasilan draf proposal ketiga/

7Penyerahan proposal yang lengkap/

8Mengenalpasti masalah dan pengumpulan data awal/

9Merancang cara menganalisis data/

10Merancang tindakan/

11Mesyuarat pembinaan ujian /

12Melaksanakan P&P secara lisan/

12Pelaksanaan ujian /

13Memproses data ujian pra/

14Mesyuarat perancangan untuk pemerhatian/

15Analisis data untuk ujian pra dan pemerhatian/

16Melaksanakan P&P menggunakan VIDEO

17Pelaksanaan ujian, soal selidik dan pemerhatian.

16Memproses data ujian, soal selidik dan pemerhatian

17Refleksi kajian

18Penulisan laporan kajian

6.4 Kos yang diperlukanBIL.JENIS BAHANKUANTITI X HARGA SEUNITJUMLAH KOS

1Warna Air1 x RM 10.00RM 10.00

2.Kertas A41 x RM 8.90RM 8.90

JUMLAHRM 18.90

Jadual 4:Anggaran kos kajianKos kajian ini dikira melalui penggunaan bahan-bahan yang diperlukan dalam melaksanakan kajian ini, sebagai contoh borang-borang soal selidik, perlaksanaan ujian dan laporan kajian yang perlu dilaksanakan.

7.0 SENARAI RUJUKANBurns R.B. (2000). Introduction to research methods (4th ed,) Frenchs Forest, N.S.W: Pearson Education.Chua Y.P. (2006). Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur. McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.Merriam S.B. (2009). Qualitative Research: A guide to design implementation. San Francisco: Jossey- Bass.Mohd Majid Konting. (2000). Kaedah penyelidikan tindakan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Nik Azis Nik Pa. (2008). Isu-isu Kritikal dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.Noraini Idris. (2006). Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd.Dr. Jamil Ahmad/ (2008). Miskonsepsi Matematik- Satu Refleksi. Kuala Lumpur, Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains Dan Matematik. Mohd Ridzuan Bin Ahmad, Nik Mohamad Bin Nik Jusoh. (2003). Cross-Ticking Method Membantu Murid Tahun 4 Menyelesaikan Penambahan Dan Penolakan Pecahan Wajar. IPG KAmpus Dato Razali Ismail, Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013.Siti Nadawah Binti Abd Rahman, Tengku Zawawi Tengku Zainal. (2003). Penggunaan Kit Transparensi Membantu Murid Tahun 5 Memahami Konsep Dan Menguasai Penambahan Pecahan Wajar Yang Penyebutnya Tidak Sama Hingga 10. IPG KAmpus Dato Razali Ismail, Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013.

8.0 LAMPIRAN

30