draf metodologi penulisan buku perundangan islam

8
METODOLOGI PENULISAN BUKU PENGANTAR UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA :SATU ANALISIS Objektif Kajian Kajian ini dijalankan oleh penulis untuk mencapai objektif-objektif berikut:- 1.Mengetengahkan sejarah penulisan buku perundangan Islam dan perkembangannya di Malaysia. 2.Menganalisis metodologi penulisan Prof. Dato’ Dr. Mahmood Zuhdi Hj. Abd. Majid di dalam bukunya Pengantar Undang-undang Islam di Malaysia. 3.Menilai keistimewaan kandungan buku tersebut dengan membandingkan dengan buku perundangan Islam yang lain.

Upload: hafizuddinhussin

Post on 05-Jul-2015

906 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

metodologi penulisan buku perundangan islam

TRANSCRIPT

Page 1: Draf metodologi penulisan buku perundangan islam

METODOLOGI PENULISAN BUKU PENGANTAR UNDANG-UNDANG

ISLAM DI MALAYSIA :SATU ANALISIS

Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan oleh penulis untuk mencapai objektif-objektif berikut:-

1.Mengetengahkan sejarah penulisan buku perundangan Islam dan

perkembangannya di Malaysia.

2.Menganalisis metodologi penulisan Prof. Dato’ Dr. Mahmood

Zuhdi Hj. Abd. Majid di dalam bukunya Pengantar Undang-undang

Islam di Malaysia.

3.Menilai keistimewaan kandungan buku tersebut dengan

membandingkan dengan buku perundangan Islam yang lain.

Page 2: Draf metodologi penulisan buku perundangan islam

Hipotesis Kajian:

Kajian ini menggunakan hipotesis-hipotesis berikut yang menjadi

sandaran bagi penulisan ini :-

1.Penulisan buku perundangan Islam bermula pada kurun

ke-2 Hijrah.

2.Keistimewaan buku ini adalah isi kandungannya mudah

difahami oleh pelajar-pelajar dalam bidang perundangan

Islam.

3.Penulisan buku perundangan Islam di Malaysia tidak

berlaku serentak dengan kedatangan Islam.

Page 3: Draf metodologi penulisan buku perundangan islam

KONSEP DARAR SYARIE DALAM KES FASAKH :SATU KAJIAN DI

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH PETALING JAYA

OBJEKTIF KAJIAN

Secara umumnya kajian ini bertujan untuk mengkaji konsep darar syari'e

dalam kes fasakh yang terdapat di dalam Enakmen Undang-Undang

Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 dan penulis juga telah

menggariskan beberapa objektif kajian :

1. Kajian ini untuk mengetahui dengan lebih jelas konsep sebenar darar

syari'e dalam kes fasakh yang terdapat dalam Enakmen Undang-Undang

Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

2. Perbuatan-perbuatan yang diharuskan fasakh dalam konteks darar

syari’e.

3. Untuk mengkaji dan membuat analisis kepada kes-kes terkini fasakh

yang telah diputuskan oleh Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya

Page 4: Draf metodologi penulisan buku perundangan islam

HIPOTESIS KAJIAN

Dalam memulakan dan meneruskan kajian ini, hipotesis ataupun

tanggapan awal terhadap permasalahan ini perlulah diutarakan untuk

mengkaji dan menyelidik serta menyelesaikan permasalahan ini daripada

terus berleluasa dan meningkatkan kes-kes penceraian di negara ini.

Melalui penyelidikan ini, penulis telah membuat satu andaian

tentang konsep darar syari'e dalam kes fasakh. Di mana ia menerangkan

keadaan-keadaaan yang membolehkan seseorang isteri meminta fasakh

apabila berlakunya kes darar syari'e.

Konsep darar syari'e merupakan satu konsep yang terdapat dalam

Undang-Undang Keluarga Islam dan penulis membuat andaian bahawa ia

tidak relevan dan perlu dikaji semula kerana ia tidak digunakan sepenuhnya

kerana masyarakat tidak faham apa yang dikatakan darar syari'e.

Selain itu dari segi darar syari'e dalam kes fasakh penulis membuat

andaian bahawa untuk mendapatkan bukti-bukti yang jelas dan kerjasama

pihak-pihak tertentu agak sukar untuk dibuat. Contohnya jika suami yang

mengidap penyakit H.I.V ataupun yang terlibat dalam kes jenayah,

pembuktian terhadap kes-kes ini amat sukar.

Page 5: Draf metodologi penulisan buku perundangan islam

KAITAN MORAL DAN UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA: SATU PERBANDINGAN

SIVIL DAN SYARIAH

Objektif kajian

Moral merupakan salah satu elemen penting dalam kehidupan manusia. Penulis telah

memilih beberapa objektif dalam mengkaji tajuk ini. Antara objektif kajian ini ialah:

• Kajian ini untuk mengetahui dengan lebih jelas konsep sebenar undang-undang

berkenaan dengan moral di Malaysia.

• Mengetahui sejauh mana moral dan undang-undang mempunyai kaitan antara satu

sama lain.

• Sejauh mana penguatkuasaan undang-undang sivil dan syariah yang melibatkan moral

atau tingkah laku dilaksanakan di Malaysia.

• Samada undang-undang moral yang dikuatkuasakan menggugat hak asasi manusia.

• Mengkaji kes-kes yang berkitan dengan moral atau tingkah laku di Malaysia.

Hasil kajian ini diharap dapat membantu kita pada memahami perbandingan moral

dalam aspek undang-undang sivil dan syariah agar kekeliruan yang timbul dapat

dirungkaikan.

Page 6: Draf metodologi penulisan buku perundangan islam

Hipotesis kajian

Penulis membuat tanggapan awal bahawa setiap tingkah laku

manusia adalah tidak terlepas daripada undang-undang samada

sivil atau syariah.

Selain daripada itu, penguatkuasaan undang-undang terhadap

moral melibatkan kesalahan yang dilakukan oleh individu samada

memberi kesan kepada masyarakat atau tidak. Justeru itu

kebanyakan orang awam tidak tahu tentang sejauh manakah

penguatkuasaan undang-undang yang melibatkan moral dan tingkah

laku.

Islam memandang serius tentang akhlak dan perkara yang

melibatkan tingkah laku manusia samada kepada penganutnya atau

bukan. Oleh itu Islam telah melaksanakan undang-undang bagi

mengawal moral dan tingkah laku umatnya dan ianya tidak

mencabul hak asasi manusia.

Page 7: Draf metodologi penulisan buku perundangan islam

KAWALAN UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH BERKENAAN MINUMAN

MEMABUKKAN: SATU KAJIAN DI KOTA BHARU

Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan oleh penulis untuk mencapai objektif seperti berikut:-

1. Mengkaji sejauhmana keberkesanan kawalan undang-undang jenayah

syariah berkenaan minuman memabukkan kepada masyarakat Islam di Kota

Bharu.

2. Mengetahui sejauhmanakah perlaksanaan undang-undang jenayah syariah

berkenaan minuman memabukkan terhadap individu yang didapati bersalah

di Mahkamah Syariah Kota Bharu.

3. Mengetahui faktor-faktor yang menyebabkan masyarakat Islam di Kota Bharu

terpengaruh dengan minuman memabukkan ini dan kefahaman masyarakat

Islam di Kota Bharu terhadap minuman memabukkan.

4. Mengetahui sejauhmana kesan kemudaratan minuman memabukkan

terhadap peminum dan masyarakat daripada segi teori dan praktikal.

Page 8: Draf metodologi penulisan buku perundangan islam

Hipotesis Kajian

Penulis membuat beberapa hipotesis terhadap kajian ini, iaitu:-

1.Terdapat segelintir masyarakat Islam di Kota Bharu yang tidak mengendahkan undang-

undang jenayah syariah dan memandang remeh perbuatan jenayah syariah ini.

2.Tiada penguatkuasaan yang berkesan untuk membanteras gejala minuman memabukkan

ini seperti yang terkandung dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan 1985.

3.Kadar hukuman yang dilaksanakan tidak mengikut Enakmen Kanun Jenayah Syariah

Negeri Kelantan (EKJSNK) 1985 secara menyeluruh, dengan yang demikian masyarakat

menganggap masalah minuman memabukkan adalah kesalahan yang kecil dan tidak serius.

4.Penjualan minuman yang memabukkan berleluasa di Kota Bharu tanpa lesen yang sah,

mengakibatkan masyarakat senang mendapatkannya. Terdapat segelintir masyarakat yang

membuat sendiri minuman memabukkan ini sebagai contoh air tuak kelapa, air daun ketong,

dan sebagainya.

5.Masyarakat Islam di Kota Bharu mudah terpengaruh dengan budaya barat, sebagai contoh

media massa, majalah, surat khabar, novel manakala media elektronik, seperti televisyen,

radio, video dan sebagainya. Masyarakat juga ingin mencuba perkara yang baru sedangkan

perkara tersebut bertentangan dengan ajaran Islam.