draf 3 - kkbi sdp waj 3073 2014

4
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PISMP) TUGASAN PROJEK TAJUK PROGRAM : PISMP NAMA PELAJAR : KOD DAN NAMA KURSUS : WAJ 3073 SENI DALAM PENDIDIKAN SEMESTER / TAHUN: SEMESTER 2/2014 TARIKH MULA 25 Julai 2014 TARIKH HANTAR 22 Ogos 2014 I. Hasil Pembelajaran Kursus 1. Menghuraikan peranan seni dalam pendidikan 2. Menjelaskan konsep asas dalam seni visual, muzik dan pergerakan sebagai cara menghubungkaitkan pengetahuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 3. Merancang, mereka bentuk dan melaksanakan aktiviti meneroka, mengalami dan mengekspresi yang melibatkan kepekaan deria kanak-kanak. 4. Mengaplikasikan aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan dalam pelbagai mata pelajaran yang lain. 5. Mengamalkan nilai-nilai murni melalui pelbagai pengalaman seni. Kerja Kursus ini bagi menilai Hasil Pembelajaran 2, 3, 4 dan 5. II. Objektif Kerja Kursus Projek Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut: 1. Mengumpul dan memproses maklumat bagi unsur-unsur seni visual, muzik dan pergerakan mengikut Sukatan Pelajaran Sekolah Rendah 2. Menghuraikan konsep dan mengaplikasikan teori serta hubungkait seni visual, muzik dan pergerakan dengan mata pelajaran lain melalui penulisan esei 1

Upload: ky-kam

Post on 09-Dec-2015

227 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

kkbi

TRANSCRIPT

Page 1: Draf 3 - Kkbi Sdp Waj 3073 2014

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PISMP)

TUGASAN PROJEK

TAJUK PROGRAM : PISMP NAMA PELAJAR :

KOD DAN NAMA KURSUS :WAJ 3073SENI DALAM PENDIDIKAN

SEMESTER / TAHUN:

SEMESTER 2/2014

TARIKH MULA 25 Julai 2014 TARIKH HANTAR 22 Ogos 2014

I. Hasil Pembelajaran Kursus

1. Menghuraikan peranan seni dalam pendidikan2. Menjelaskan konsep asas dalam seni visual, muzik dan pergerakan sebagai cara

menghubungkaitkan pengetahuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.3. Merancang, mereka bentuk dan melaksanakan aktiviti meneroka, mengalami dan

mengekspresi yang melibatkan kepekaan deria kanak-kanak.4. Mengaplikasikan aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan dalam pelbagai mata

pelajaran yang lain.5. Mengamalkan nilai-nilai murni melalui pelbagai pengalaman seni.

Kerja Kursus ini bagi menilai Hasil Pembelajaran 2, 3, 4 dan 5.

II. Objektif Kerja Kursus Projek

Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:

1. Mengumpul dan memproses maklumat bagi unsur-unsur seni visual, muzik dan pergerakan mengikut Sukatan Pelajaran Sekolah Rendah

2. Menghuraikan konsep dan mengaplikasikan teori serta hubungkait seni visual, muzik dan pergerakan dengan mata pelajaran lain melalui penulisan esei

3. Membuat kajian pemerhatian dan maklumat tentang penghasilan melodrama.4. Menghasilkan skrip jalan cerita dan pementasan melodrama.5. Menganjurkan persembahan melodrama secara berkumpulan.6. Membuat perkaitan aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan dalam persembahan

mereka.

1

Page 2: Draf 3 - Kkbi Sdp Waj 3073 2014

III. UAK (40 %)IV. Tugasan Projek (60 %)

Bahagian A: Pengumpulan Maklumat (20%)

Menyediakan folio dengan mengumpul dan memproses maklumat yang berkaitan dengan pengetahuan dan kemahiran asas dalam seni visual, muzik dan pergerakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelbagai mata pelajaran sekolah rendah secara individu. Nota hendaklah disediakan dalam bentuk pengurusan grafik. Pengurusan grafik hendaklah disediakan dengan kombinasi aplikasi manual dan grafik komputer. Pastikan penerapan unsur seni dan prinsip rekaan yang bersesuaian dalam persembahan tugas anda. Tugasan anda hendaklah lebih kurang 20 muka surat tidak termasuk isi kandungan dan bibliografi. (20 markah)

Bahagian B: Penulisan Akademik (10%)

Teori konstruktivisme telah membuktikan kanak-kanak tidak memperolehi pengetahuan secara pasif, tetapi mereka membina pengetahuan secara aktif dengan belajar secara aktif serta membina ilmu yang didapati bermakna kepada dirinya (actively construct knowledge that they find personally meaningful). Bincangkan dapatan ahli konstruktivisme ini dalam SDP dan perkaitannya dengan subjek major anda.

Esei anda hendaklah dalam lingkungan 1000 patah perkataan tidak termasuk helaian rujukan (10 markah)

Bahagian C: Persembahan (30%)

Secara berkumpulan seramai 10 orang, hasilkan persembahan melodrama bertemakan kemerdekaan.

Persembahan melodrama adalah suatu aktiviti yang boleh disesuaikan di dalam mata pelajaran Seni Dalam Pendidikan. Aktiviti yang akan dipersembahkan nanti dapat memperlihatkan bahawa seni visual, muzik dan pergerakan boleh disepadukan menjadikan suatu persembahan yang menarik , menghiburkan para audien dan memberi manfaat dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah.

Berdasarkan kenyataan di atas, hasilkan melodrama secara berkumpulan. Melodrama adalah pementasan atau persembahan drama (sandiwara dan lain lain) yang banyak menunjukkan ciri atau episod penuh sensasi (sentimental, romantik, merawan hati, dan sebagainya). Persembahan perlu disokong dengan props yang bersesuaian. Setiap kumpulan perlu menyediakan skrip cerita dan mempersembahkannya kepada audien. Panjang persembahan lebihkurang 25 minit. (30 markah)

Panduan Pelaksanaan Projek1. Tugasan ini adalah tugasan individu dan berkumpulan2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul maklumat3. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:

i. Fon Arialii. Saiz huruf ialah 11iii. Langkau satu setengah baris

4. Amalan plagiat tidak dibenarkan.5. Panjang tugasan lebih kurang 20 muka surat untuk pengurusan grafik.

2

Page 3: Draf 3 - Kkbi Sdp Waj 3073 2014

6. Penulisan esei hendaklah dalam 1000 patah perkataan.7. Persembahan melodrama berdasarkan kepada skrip yang dihasilkan untuk jangkamasa

25 minit.

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:

1. Format dan organisasi pengurusan grafik perlu jelas dan koheren.Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.

2. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah dikemukakan.

3. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil maklumat dan sokongan ilmiah.

4. Penulisan esei perlu jelas dan koheren dan menunjukkan kesesuaian teori, konsep dengan subjek major dan menggunakan laras bahasa yang betul dalam penulisan.

5. Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan sahih serta memenuhi kehendak tugasan.

Kriteria PemarkahanTugasan ini akan dinilai berdasarkan rubrik pentaksiran yang disediakan.

3

Tugasan ini disediakan oleh:

…………………………………

AZIMAH A. SAMAHPensyarahJabatan Sains Sosial

Tarikh : 21 Jun 2014

Disemak oleh:

…………………………………

SOON YEAN WANPakar Bidang (SME)Jabatan Sains Sosial

Tarikh : 21 Jun 2014

Disahkan oleh Ketua Jabatan:

…………………………………

HJ YAHYA BIN PANOTKetua JabatanJabatan Sains Sosial

Tarikh : 21 Jun 2014