cover laporan tahunan bpl 2014 - utm library...
TRANSCRIPT
LAPORAN LAPORAN LAPORAN LAPORAN
TAHUNAN 2014TAHUNAN 2014TAHUNAN 2014TAHUNAN 2014
Bahagian
Perkhidmatan Lanjutan
Perpustakaan UTM
(Bangunan Perpustakaan Sultanah Zanariah)
UTM Johor Bahru
1
Ketua EditorKetua EditorKetua EditorKetua Editor Junaidah Isnain Editor Editor Editor Editor Salina Shamshuri Sidang PengarangSidang PengarangSidang PengarangSidang Pengarang Junaidah isnain Salina Shamshuri Junaidah Abdullah Abas Rahmat Mat Isa Sahat
JurufotoJurufotoJurufotoJurufoto Wan Jamal Mohd Ariff EdaranEdaranEdaranEdaran Faridah Patoni Sapuan Jamjuri Mohd Nizam Hashim Mohammad Firdauz Kusnin Telefon —607 5530095
Portal—library.utm.my
Copyright @ 2014Copyright @ 2014Copyright @ 2014Copyright @ 2014
LAPORAN TAHUNAN 2014
EDITORIALEDITORIALEDITORIALEDITORIAL
2
KANDUNGAN KANDUNGAN KANDUNGAN KANDUNGAN 4444
PENDAHULUAN 5555
PERPUSTAKAAN FAKULTI 9999
PERPUSTAKAAN INSTITUT BIOPRODUK (ibd)
11111111 UTM READING S TATION
11115555
KHIDMAT KOMUNITI
11116666 PENERBITAN
11118888
LAWATAN AKADEMIK
22221111 PAMERAN
22223333
PROGRAM BUDAYA ILMU
22226666 PERKHIDMATAN HALAMAN KANDUNGAN
22228888
KEAHLIAN KORPORAT
30303030 KEAHLIAN ALUMNI
33331111
STRATEGI 2015
3
JADUALJADUALJADUALJADUAL Jadual 1 Koleksi Perpustakaan Fakulti 2014
Jadual 2 Penerimaan Bahan Perpustakaan Fakulti 2014
Jadual 3 Jadual 4
Peminjaman Bahan Perpustakaan Fakulti 2014 Pengunjung Perpustakaan Fakulti 2014
Jadual 5 Jumlah Lokasi UTMRS
Jadual 6 Lokasi Baru UTMRS 2014
Jadual 7 Audit UTMRS 2014
Jadual 8 Penerbitan Perpustakaan UTM 2014
Jadual 9 Lawatan Akademik ke Perpustakaan UTM 2014
Jadual 10 Pameran Bagi Tahun 2014
Jadual 11 Program Budaya Ilmu 2014
Jadual 12 Perbandingan Penghantaran Halaman Kandungan Bagi Tahun 2013 dan 2014
Jadual 13
Senarai Keahlian Korporat 2014
Jadual 14 Jumlah Keahlian Alumni 2010-2014
RAJAHRAJAHRAJAHRAJAH Rajah 1 Jumlah Kumulatif Koleksi UTMRS
Rajah 2 Jumlah Pelawat 2014
4
PENDAHULUANPENDAHULUANPENDAHULUANPENDAHULUAN
Tahun 2014 menyaksikan Bahagian Perkhidmatan Lanjutan, Bangunan Perpustakaan Sultanah Zanariah UTMJB terus beroperasi berdasarkan kepada sasaran petunjuk prestasi yang ditetapkan dengan melaksana tugas memproses bahan, memberi perkhidmatan kepada pengguna melalui aktiviti promosi dan alumni, mengusahakan program pembudayaan ilmu, pengurusan Perpustakaan Fakulti serta mengurus dan memantau UTM Reading Station.
� Objektif Bahagian Perkhidmatan Lanjutan Objektif Bahagian Perkhidmatan Lanjutan Objektif Bahagian Perkhidmatan Lanjutan Objektif Bahagian Perkhidmatan Lanjutan
1. Mengurus, menyelaras serta melaksana aktiviti publisiti bagi mempromosi perkhidmatan perpustakaan.
2. Memupuk budaya ilmu dan kecemerlangan minda di kalangan masyarakat UTM melalui program bicara karya dan pelbagai aktiviti yang berimpak tinggi.
3. Memastikan perkhidmatan Perpustakaan Fakulti dalam keadaan baik melalui penyediaan koleksi dan lain-lain peralatan yang mencukupi.
4. Menguruskan penubuhan UTMRS baru dan melaksanakan aktiviti UTMRS seperti
memperoleh sumbangan bahan, memproses bahan, memantau pengedaran
penggunaan serta memastikan keadaan UTMRS dalam keadaan baik.
� Carta Organisasi Carta Organisasi Carta Organisasi Carta Organisasi
5
PERPUSTAKAAN FAKULTI PERPUSTAKAAN FAKULTI PERPUSTAKAAN FAKULTI PERPUSTAKAAN FAKULTI
Perpustakaan Fakulti bertanggungjawab menyediakan khidmat sokongan kepada proses pembelajaran di peringkat fakulti melalui penyediaan bahan rujukan dan khidmat runding rujuk kepada pengguna. Di samping memainkan peranan yang amat penting dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti serta kepuasan kepada pelanggan perpustakaan.
� Koleksi Perpustakaan Fakulti Koleksi Perpustakaan Fakulti Koleksi Perpustakaan Fakulti Koleksi Perpustakaan Fakulti
Jadual Jadual Jadual Jadual 1 1 1 1 : Koleksi Perpustakaan Fakulti 2014
TahunTahunTahunTahun
Perpustakaan Perpustakaan Perpustakaan Perpustakaan FakultiFakultiFakultiFakulti
2013201320132013
2014201420142014
FAB 11,066 11,872
FKA 9301 10,201 FKM 17,507 19,710
FKE 17,859 18,643
FKK 8126 9738 FGHT 9277 8920
FP 11,442 12,104
FS (K&F) 7441 9185
FM 8760 9356
FSKSM 11,476 11,918
SPS 4095 5354 FS (M) 5462 5681
JUMLAHJUMLAHJUMLAHJUMLAH 122,023122,023122,023122,023 132,682132,682132,682132,682
Jumlah keseluruhan koleksi Perpustakaan Fakulti bagi tahun 2014 meningkat kepada
132,682 bahan berbanding sebanyak 122,023 bahan pada tahun 2013. Peningkatan
koleksi sebanyak 8% ini menunjukkan bahawa Perpustakaan Fakulti komited
memantapkan koleksinya agar dapat menyokong proses pendidikan di UTM.
6
� Penerimaan Bahan Perpustakaan Fakulti 2014Penerimaan Bahan Perpustakaan Fakulti 2014Penerimaan Bahan Perpustakaan Fakulti 2014Penerimaan Bahan Perpustakaan Fakulti 2014
Jadual Jadual Jadual Jadual 2222 : Penerimaan Bahan Perpustakaan Fakulti 2014
TahunTahunTahunTahun
Perpustakaan Perpustakaan Perpustakaan Perpustakaan FakultiFakultiFakultiFakulti
2013201320132013
2014201420142014
FAB 1,784 812
FKA 727 900
FKM 1,050 2303
FKE 708 784
FKK 1,081 1612
FGHT 2,727 644
FP 1,310 662
FS (K&F) 6,439 592
FM 1,087 596 FSKSM 1,022 442
SPS 1,316 1259 FS (M) 523 217
JUMLAHJUMLAHJUMLAHJUMLAH 19,77419,77419,77419,774 10,82310,82310,82310,823
Pada tahun 2014, sejumlah 10,823 naskhah diterima untuk koleksi Perpustakaan
Fakulti , di mana ianya menunjukkan penurunan 45.3% berbanding dengan tahun 2013
(19,774 naskhah).
Koleksi cakera padat merupakan bahan paling banyak diterima iaitu 3,700 keping, diikuti 3,097 naskhah tesis Sarjana Muda dan 1,612 naskhah tesis Sarjana dan sebanyak 1,197 naskhah buku. Walaupun menunjukkan penurunan jumlah koleksi, namun kesemua Perpustakaan Fakulti secara agresif menambah bilangan koleksi perpustakaannya untuk menampung keperluan pengajaran, penyelidikan dan pembelajaran di UTM.
� Peminjaman Bahan Perpustakaan Fakulti Peminjaman Bahan Perpustakaan Fakulti Peminjaman Bahan Perpustakaan Fakulti Peminjaman Bahan Perpustakaan Fakulti
Jadual Jadual Jadual Jadual 3333 : Peminjaman Bahan Perpustakaan Fakulti 2014
TahunTahunTahunTahun
Perpustakaan Perpustakaan Perpustakaan Perpustakaan FakultiFakultiFakultiFakulti
2013201320132013
2014201420142014
FAB 702 286
FKA 1,061 1512
FKM 1,819 1984
FKE 981 934
FKK 425 439
7
FGHT 3,718 2972
FP 320 26
FS (K&F) 692 535
FPPSM 4,628 8738
FSKSM 1,048 1842
SPS 409 319
FS (M) 219 244
JUMLAHJUMLAHJUMLAHJUMLAH 16,02216,02216,02216,022 19,83119,83119,83119,831
Berdasarkan Jadual 2, peminjaman bahan Perpustakaan Fakulti pada tahun 2014 menunjukkan peningkatan yang ketara iaitu sebanyak 19,831 jika dibandingkan peminjaman sebanyak 16,022 pada tahun 2013. Peminjaman bahan Perpustakaan Fakulti paling tinggi didapati di Perpustakaan Fakulti Pengurusan iaitu sebanyak 8738 jumlah pinjaman dan paling rendah iaitu 26 jumlah pinjaman adalah di Perpustakaan Fakulti Pendidikan. � Pengunjung Pengunjung Pengunjung Pengunjung PPPPerpustakaan Fakulti erpustakaan Fakulti erpustakaan Fakulti erpustakaan Fakulti
Jadual Jadual Jadual Jadual 4444 : Pengunjung Perpustakaan Fakulti 2014
TahunTahunTahunTahun
Perpustakaan Perpustakaan Perpustakaan Perpustakaan FakultiFakultiFakultiFakulti
2013201320132013
2014201420142014
FAB 2,039 3061
FKA 2,306 3161
FKM 9,606 10149
FKE 972 1231
FKK 503 835
FGHT 2,220 2674
FP 614 4624
FS (K&F) 2,862 1341
FPPSM 2,243 4019
FSKSM 1,222 2145
SPS 485 361
FS (M) 389 509
JUMLAHJUMLAHJUMLAHJUMLAH 25,46125,46125,46125,461 34,11034,11034,11034,110
8
Bagi tahun 2014, jumlah keseluruhan pengunjung Perpustakaan Fakulti adalah sebanyak 34,110 iaitu kenaikan 40% jika dibandingkan pada tahun 2013 hanya sekitar 25,461 kunjungan sahaja. Berdasarkan Jadual 3, Penggunaan Perpustakaaan Fakulti paling tinggi adalah di Perpustakaan Fakulti Mekanikal dengan 10,149 penggunaan jika dibandingkan dengan penggunaan paling rendah iaitu sebanyak 361 di Perpustakaan Fakulti Sekolah Pengajian Siswazah. Secara keseluruhan, peningkatan ini menggambarkan bahawa pelajar UTM kini mula menggunakan Perpustakaan Fakulti sebagai sumber rujukan utama mereka dalam menyiapkan tugasan atau penyelidikan mereka. � Mengurus Penubuhan Perpustakaan Fakulti Mengurus Penubuhan Perpustakaan Fakulti Mengurus Penubuhan Perpustakaan Fakulti Mengurus Penubuhan Perpustakaan Fakulti FBMEFBMEFBMEFBME
Beberapa siri lawatan dan perbincangan telah diadakan di Perpustakaan Fakulti FBME
yang akan ditubuhkan. Pihak fakulti telah menyediakan kemudahan asas perpustakaan
seperti rak buku, kerusi dan meja .
� Lawatan Ke Perpustakaan FakultiLawatan Ke Perpustakaan FakultiLawatan Ke Perpustakaan FakultiLawatan Ke Perpustakaan Fakulti
Bagi memastikan kelancaran Perpustakaan Fakulti, lawatan telah dilaksanakan ke PF
FKE, PF FAB dan PF FS (bangunan baru).
9
PERPUSTAKAAN INSTITUT BIOPRODUK PERPUSTAKAAN INSTITUT BIOPRODUK PERPUSTAKAAN INSTITUT BIOPRODUK PERPUSTAKAAN INSTITUT BIOPRODUK
Perpustakaan Institut Bioproduk bertanggungjawab menyediakan khidmat sokongan kepada proses pembelajaran di peringkat Institut Bioproduk melalui penyediaan bahan rujukan dan khidmat runding rujuk kepada pengguna. Di samping memainkan peranan yang amat penting dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti serta kepuasan kepada pelanggan perpustakaan.
� Peminjaman Bahan Peminjaman Bahan Peminjaman Bahan Peminjaman Bahan
Bagi tahun 2014, jumlah keseluruhan penggunaan Perpustakaan Institut Bioproduk adalah sebanyak 6,422 pengunjung dengan jumlah pinjaman adalah sebanyak 90 transaksi. � Pembelian dan Langganan Bahan Pembelian dan Langganan Bahan Pembelian dan Langganan Bahan Pembelian dan Langganan Bahan Pada tahun 2014 Perpustakaan IBD telah membuat pembelian bahan perpustakaan IBD sebanyak 14 naskhah yang bernilai RM6290.27 dengan menggunakan bajet pengurusan IBD.
� Penghantaran Maklumat MelalPenghantaran Maklumat MelalPenghantaran Maklumat MelalPenghantaran Maklumat Melalui Eui Eui Eui E----Mail Mail Mail Mail ddddan an an an ImbasanImbasanImbasanImbasan Serta Muatnaik Keratan Serta Muatnaik Keratan Serta Muatnaik Keratan Serta Muatnaik Keratan AkhbarAkhbarAkhbarAkhbar
Sebanyak 250 artikel akhbar telah diimbas ke dalam portal Perpustakaan IBD dari sumber akhbar seperti Berita Harian, Utusan Malaysia, The Star dan News Straits Times. Walau bagaimana pun, penerimaan akhbar tersebut telah terhenti dari bulan April sehingga Disember 2104 kerana ketiadaan pembekal.
� PePePePencarian Maklumatncarian Maklumatncarian Maklumatncarian Maklumat PerkaraPerkaraPerkaraPerkara
Pada tahun 2014, sebanyak 38 pencarian informasi mengikut judul perkara telah dilakukan untuk pegawai penyelidik dan 6 pencarian dalam menyediakan data maklumat untuk persembahan powerpoint untuk kegunaan Pegawai Penyelidik dan Pengarah IBD. Antara maklumat bidang perkara yang berkaitan ialah gaharu, kesihatan, kanser, herba, kosmetik, petroleum, kelapa sawit dan maklumat terkini mengenai keadaan semasa.
� Pengumpulan Kertas Kerja Dan PenulisanPengumpulan Kertas Kerja Dan PenulisanPengumpulan Kertas Kerja Dan PenulisanPengumpulan Kertas Kerja Dan Penulisan
Kertas kerja dan bahan penulisan kakitangan akademik merupakan aset kepada pihak Universiti dan IBD. Perpustakaan IBD telah dipertanggungjawabkan oleh pihak pengurusan IBD untuk mengumpul dan menyimpan segala bentuk penulisan sebagai bahan rujukan dan arkib. Bahan-bahan penulisan ini adalah terdiri daripada ’refereed jurnal’ dan kertaskerja yang dibentangkan di seminar dan proceeding dalam dan luar negara dan penulisan buku/chapter.
10
Kertas kerja dan refereed jurnal ini telah digunakan untuk rujukan oleh pihak universiti dan IBD sebagai bahan bukti penulisan dalam pemohonan Research Universiti (RU), Grant for Centre of Excellent (HICOE) serta Key Performance Index (KPI) IBD pada hujung tahun. Pada tahun 2014 sejumlah 45 penulisan jurnal dan 3 perbentangan , 15 penerimaan sijil anugerah dan 1 penulisan buku asli serta 3 chapter buku telah dikumpulkan untuk rujukan dan simpanan.
� Penghantaran Penghantaran Penghantaran Penghantaran NewsletterNewsletterNewsletterNewsletter Sebanyak 352 maklumat berinfomasi dari keratan akhbar dan artikel dari internet telah dihantar kepada komuniti UTM melalui emel.
� Reading StationReading StationReading StationReading Station IBD (RS50)IBD (RS50)IBD (RS50)IBD (RS50) Reading Station IBD ’RS50’ telah diselia oleh Perpustakaan dan pentadbiran IBD dengan baik. Ianya mendapat sambutan yang mengalakkan di kalangan pengunjung dan staf IBD sendiri yang mana telah berjaya memupuk minat membaca di kalangan warga IBD sendiri. Sehingga kini terdapat sejumlah 320 buah buku di dalam koleksi ’RS50’.
11
UTM READUTM READUTM READUTM READING STATION ING STATION ING STATION ING STATION
Melalui petunjuk prestasi Community Engagement, UTM Reading Station (UTMRS) diwujudkan semenjak tahun 2009, kini meningkat dari tahun ke tahun. UTMRS kini berjumlah 92 buah di mana ianya ditempatkan di dalam kampus (57 buah di UTM Johor dan 17 buah di UTM Kuala Lumpur) iaitu di kolej kediaman pelajar, pejabat dan fakulti. Manakala di luar UTM (18 buah) iaitu di sekolah menengah, sekolah rendah, Pejabat Pendidikan, Rumah Anak Yatim, Lapangan Terbang Senai (Pejabat Penerbit), masjid, hospital dan di dewan awam. UTMRS turut berkembang di luar negara iaitu di Fussan Rehabilitation Centre, Tokyo, Japan dan di Indonesia. Dalam fasa baru perkembangan UTMRS, Perpustakaan UTM bergerak secara senergi bersama Kolej Pelajar, Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa (HEMA) dan mahasiswa bagi pewujudan UTMRS di luar UTM. Sehingga penghujung tahun 2014, jumlah UTMRS terkini telah mencapai kepada 92 buah. Pada tahun 2014, terdapat enam (6) lokasi baru UTMRS telah dibuka. � Lokasi UTMRSLokasi UTMRSLokasi UTMRSLokasi UTMRS
Jadual Jadual Jadual Jadual 5555 : : : : Jumlah Lokasi UTMRS
BilBilBilBil Lokasi UTMRSLokasi UTMRSLokasi UTMRSLokasi UTMRS Bilangan UTMRBilangan UTMRBilangan UTMRBilangan UTMRSSSS
1 Kampus UTM Johor Bahru 57
2 Kampus UTM Kuala Lumpur 17
3 Luar UTM 18
Jumlah Keseluruhan UTMRS 92
12
� Lokasi Lokasi Lokasi Lokasi Baru Baru Baru Baru UTMRSUTMRSUTMRSUTMRS
Jadual Jadual Jadual Jadual 6666 : : : : Lokasi Baru UTMRS 2014
Bil.Bil.Bil.Bil. LokasiLokasiLokasiLokasi
1 Dewan Sri Teratai, Kg. Temenin, Kota Tinggi Johor (Program kerjasama dengan Mahasiswa Kolej Tun Abd Razak, UTM Johor Bahru dan pejabat HEMA)
2 Fakulti Kejuruteraan BioSains & Perubatan (FBME) , UTM Johor Bahru
3 Akademi Bahasa UTM, Johor Bahru
4 Razak School of Engineering & Advance Technology, UTM Kuala Lumpur
5 Sekolah Dasar, Bandung, Indonesia (Program Usahasama Mahasiswa UTMKL & Pejabat HEMA)
6 Sekolah Dasar, Batang Palupuh, Bukit Tinggi, Padang, Indonesia (Program usahasama Mahasiswa UTM KL & Pejabat HEMA)
Gambar UTMRS di Dewan Sri Teratai, Kg. Temenin, Kota Tinggi Johor
13
� Koleksi UTMRSKoleksi UTMRSKoleksi UTMRSKoleksi UTMRS
Rajah 1Rajah 1Rajah 1Rajah 1 : Jumlah Kumulatif Koleksi UTMRS
Koleksi UTMRS yang terdiri dari buku dan majalah yang merupakan bacaan am dan akademik diterima melalui sumbangan daripada orang perseorangan dan pembekal. Pada tahun 2014, jumlah kumulatif koleksi UTMRS telah meningkat kepada 34,027 naskhah berbanding sebanyak 33,389 naskhah pada tahun 2013. Peningkatan ini menggambarkan aktiviti giat yang telah dijalankan oleh pihak Bahagian Perkhidmatan Lanjutan (BPL) untuk meningkatkan sumbangan bahan untuk dijadikan koleksi UTMRS. � Audit UTMRSAudit UTMRSAudit UTMRSAudit UTMRS Audit UTMRS diadakan secara berkala setiap tahun mengikut keperluan untuk melihat penggunaan koleksi di UTMRS. Aktiviti mengaudit UTMRS di kampus UTM Johor Bahru telah diadakan pada bulan Ogos 2014, melibatkan pengauditan koleksi/penggunaan bahan/peralatan di 20 UTMRS. Manakala pengauditan UTMRS di Kuala Lumpur dilaksanakan oleh staf Perpustakaan Sultanah Zanariah UTM Kuala Lumpur.
Hasil dapatan audit (Jadual 6) menunjukkan, pengguna lebih cenderung meminjam buku tanpa merekodkan di dalam buku rekod pinjaman. Bagi tahun 2014, penggunaan bahan UTMRS adalah sebanyak 4,564 buku dipinjam dengan peratus pinjaman iaitu 47% di kampus UTM Johor Bahru. Kampus UTM Kuala Lumpur pula menunjukkan sejumlah 688 buku sahaja yang dipinjam dengan hanya 17% peratus pinjaman.
14
JadualJadualJadualJadual 7777 : Audit UTMRS 2014
BilBilBilBil.... Lokasi Lokasi Lokasi Lokasi UTMRSUTMRSUTMRSUTMRS
BilanganBilanganBilanganBilangan UTMRSUTMRSUTMRSUTMRS di Auditdi Auditdi Auditdi Audit
BilanganBilanganBilanganBilangan Bahan Bahan Bahan Bahan
DipinjamDipinjamDipinjamDipinjam
Peratus Peratus Peratus Peratus PinjamanPinjamanPinjamanPinjaman
(%)(%)(%)(%)
1 Kampus UTM Johor Bahru
20 4,564 47
2 Kampus UTM Kuala Lumpur
18 688 17
3 Purata Pinjaman Bahan di UTM Johor Bahru & Kuala Lumpur
38 5,252 38
15
KHIDMAT KOMUNITI KHIDMAT KOMUNITI KHIDMAT KOMUNITI KHIDMAT KOMUNITI
Khidmat Komuniti adalah usaha Perpustakaan UTM untuk menyumbang kepada warga universiti dan masyarakat menerusi penganjuran dan penglibatan staf dan pelajar dengan menggunakan kepakaran, kemahiran dan kemudahan yang terdapat di universiti untuk faedah masyarakat. Berikut adalah beberapa projek khidmat komuniti yang telah dijalankan sepanjang tahun 2014. � ProjekProjekProjekProjek NILAM NILAM NILAM NILAM
Bagi tahun 2014, antara program yang telah dijalankan ialah Perasmian Projek Nilam di Sekolah Menengah Sultan Ismail, Johor Bahru yang dirasmikan oleh Ketua Pustakawan UTM pada 23 Februari 2014. Turut diadakan ialah sumbangan buku novel dan bacaan umum untuk Perpustakaan Sekolah dan syarahan motivasi mengenai kepentingan pembacaan buku kepada semua murid oleh Ketua Pustakawan UTM.
� Kempen Derma Darah Kempen Derma Darah Kempen Derma Darah Kempen Derma Darah Kempen derma darah ini dilaksanakan di Bangunan Perpustakaan Sultanah Zanariah UTM, Johor Bahru pada 18 November 2014 yang melibatkan penderma darah daripada warga UTM.
16
PENERBITANPENERBITANPENERBITANPENERBITAN
Penerbitan adalah salah satu medium untuk mempromosi kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan kepada para pelanggannya. Sepanjang tahun 2014, beberapa penerbitan bercetak dan elektronik untuk mempromosi kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan telah dibuat.
� Penerbitan Perpustakaan UTMPenerbitan Perpustakaan UTMPenerbitan Perpustakaan UTMPenerbitan Perpustakaan UTM
JadualJadualJadualJadual 8888 : Penerbitan Perpustakaan UTM 2014
Jenis PenerbitanJenis PenerbitanJenis PenerbitanJenis Penerbitan DeskripsiDeskripsiDeskripsiDeskripsi
Buku Panduan Buku Panduan Buku Panduan Buku Panduan Perpustakaan Perpustakaan Perpustakaan Perpustakaan 2014/20152014/20152014/20152014/2015
Buku Panduan Perpustakaan 2014/2015 versi penuh pengemaskinian maklumat telah diterbitkan secara bercetak dan atas talian di portal perpustakaan.
Buletin Buletin Buletin Buletin Perpustakaan 2014Perpustakaan 2014Perpustakaan 2014Perpustakaan 2014
Buletin Perpustakaan bagi tahun 2014 versi bercetak dan atas talian di portal perpustakaan.
Laporan TaLaporan TaLaporan TaLaporan Tahunan hunan hunan hunan Perpustakaan 2013Perpustakaan 2013Perpustakaan 2013Perpustakaan 2013
Laporan Tahunan Perpustakaan 2013 secara bercetak telah berjaya diterbitkan sekitar bulan Mac 2014 manakala versi digital telah diterbitkan di portal perpustakaan untuk rujukan pengguna. Laporan Tahunan Perpustakaan kini diterbitkan dalam Bahasa Malaysia sahaja dengan lebih ringkas dan padat.
LainLainLainLain----lain penerbitanlain penerbitanlain penerbitanlain penerbitan
1. Lain-lain bahan terbitan yang turut
diterbitkan adalah berkaitan dengan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan. Antara penerbitan yang terlibat adalah banner, brosur, bunting, poster dan buku program serta cenderahati kepada setiap aktiviti yang dijalankan oleh Perpustakaan.
2. Perpustakaan UTM turut terlibat mempromosi kemudahan dan perkhidmatannya melalui penulisan di dalam terbitan universiti dan media massa seperti Info Terkini Konvo dan UTMOnline.
3. Penerbitan Buku Petunjuk Prestasi Perpustakaan Akademik di Malaysia yang sedang dalam proses editing.
18
LAWATAN AKADEMIK LAWATAN AKADEMIK LAWATAN AKADEMIK LAWATAN AKADEMIK
Pada tahun 2014, Perpustakaan UTM telah menerima sebanyak 44 lawatan akademik daripada individu, institusi pengajian tinggi, organisasi serta sekolah dari dalam dan luar negeri yang telah melibatkan seramai 1746 orang berbanding tahun 2013 iaitu seramai 2246 orang pada tahun sebelumnya iaitu penurunan sebanyak 22%.
RajahRajahRajahRajah 2222 : Jumlah Pelawat 2014
2246
1746
19
Meskipun jumlah pelawat ke Perpustakaan UTM didapati menurun, namun perpustakaan yakin antara faktor yang membawa pelawat ke Perpustakaan UTM ialah bagi tujuan penandaarasan atau ‘benchmarking’, audit, akreditasi serta promosi yang dilakukan khususnya oleh Unit Pemasaran Universiti untuk menarik minat pelajar sekolah tempatan dan luar negeri menyertai UTM.
JaduaJaduaJaduaJadual l l l 9999 : Lawatan Akademik ke Perpustakaan UTM 2014
Bil.Bil.Bil.Bil. Nama Institusi / PelawatNama Institusi / PelawatNama Institusi / PelawatNama Institusi / Pelawat
1 Program Persediaan UiTM MARA
2 Yayasan Amanah Pahlawan
3 Fakultas Teknik Universitas Riau, Indonesia
4 SMA Informatika Kota Serang, Jakarta
5 Universitas Negeri Yogyakarta, Indonesia
6 Public Works Department, Indonesia
7 Peserta Kursus HYDRO I (FGHT) UTM Johor 8 Madrasah Al Quran Sinaran Baru, Johor
9 East Asia High School 10 Universitas Muhammadiyah Makassar
11 IKIP PGRI Semarang Indonesia
12 Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Sarawak 13 Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Puncak Perdana
14 Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia, Negeri Sembilan
15 Kolej Vokasional Muadzam Shah, Pahang
16 Pensyarah Gifu National College of Technology Johor
17 Pensyarah UiTM Shah Alam 18 Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Puncak Perdana
19 Universitas Bung Hatta, Padang Indonesia 20 Delegasi Engineer Dari Sudan
21 Kolej Teknologi Darul Naim, Kelantan
20
22 Universitas Maritim Raja Ali Haji (UMRAH) Indonesia
23 Staf Perpustakaan UiTM Perlis
24 Pensyarah Dr. Naji Arafat Mahat – Fakulti Sains
25 Pelajar UiTM Puncak Perdana Shah Alam 26 Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Datin Seri Endon UTM
27 Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang Johor 28 Pelajar Universitas Riau, Indonesia
29 Program UTM Aspirasiku
30 SMK Taman Johor Jaya
31 SMK Sultan Alaudin, Johor
32 SMK Bukit Katil, Melaka 33 SMK Mutiara Rini 2 Johor
34 Majlis Agama Islam Negeri Sembilan 35 SMK Tun Ismail, Johor
36 SMK Kota Masai Johor 37 Universitas Negeri Padang, Indonesia
38 Sekolah Agama Sedili Kecil, Johor
39 Program Kem Anak-anak Staf UTM
40 SMK Agama Johor Bharu
41 SK Kota Warisan Sepang, Selangor
42 SK Taman Perling 3, Johor
43 SMK Ismail Petra Kota Bahru Kelantan
44 Erican Language Centre,Johor
21
PAMERAN PAMERAN PAMERAN PAMERAN
Pameran dilaksanakan sebagai salah satu aktiviti yang mendokong pemupukan budaya keilmuan telah dijalankan sebanyak lapan (8) kali di lobi dan foyer Perpustakaan UTM sepanjang tempoh 2014 seperti berikut:
Jadual Jadual Jadual Jadual 10101010 : Pameran Bagi Tahun 2014
Bil. Bil. Bil. Bil. TajukTajukTajukTajuk Tarikh Tarikh Tarikh Tarikh DeDeDeDengangangangannnn Kerjasama Kerjasama Kerjasama Kerjasama
1 Pameran Denggi April 2014
(6-16 April 2014)
Pejabat Kesihatan Johor
2 Membaca@Jiwa , Bahasa Jiwa Bangsa
Julai 2014 (10 Julai – 11 Ogos 2014)
Kerjasama dengan Dewan Bahasa & Pustaka Johor
4 Strong the Nation (Independence) Ogos – Sept 2014 (17-31 Ogos 2014)
Kerjasama dengan Polis DiRaja Malaysia / Arkib Negara
5 Perpustakaan UTM Sept – Okt 2014 Perpustakaan UTM
6 Student Societies & Entrepreneurial Exhibition Sempena Minggu Mesra Mahasiswa Sesi 2014/2015
3 September 2014
Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa (HEMA)
7 Pameran Hari Kesihatan Mental Sedunia 2014 “Living with Schizophrenia”
29-30 Oktober 2014
Hospital Pakar Permai & Perpustakaan UTM
8 Pameran Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) UTM Kali ke 10 Tahun 2014
11-12 November 2014
QRim & Perpustakaan UTM
22
� Pameran Kesihatan Mental Pameran Kesihatan Mental Pameran Kesihatan Mental Pameran Kesihatan Mental
Pameran Kesihatan Mental dengan kerjasama Hospital Permai, Johor Bahru, diadakan di Bangunan Perpustakaan Sultanah Zanariah UTM Johor Bahru pada 29 Oktober 2014. Antara aktiviti yang turut diadakan ialah pengukuran tahap mental dan kesedaran mental warga UTM.
23
PROGRAM BUDAYA ILMU PROGRAM BUDAYA ILMU PROGRAM BUDAYA ILMU PROGRAM BUDAYA ILMU
� PengenalanPengenalanPengenalanPengenalan
Atas kepercayaan bahawa budaya ilmu adalah asas kejayaan sesebuah badan keilmuan, Perpustakaan UTM komited untuk terus melaksanakan program budaya ilmu yang melibatkan beberapa aktiviti seperti program Perkongsian Ilmu (K-Sharing), Bicara Karya dan pertandingan Debat Mahasiswa UTM pada tahun 2014 ini. Program Perkongsian Ilmu dan Bicara Karya melibatkan ahli panel di kalangan tokoh atau pakar dalam sesuatu bidang samada dari dalam UTM mahupun diundang khas dari organisasi luar. � Objektif ProgramObjektif ProgramObjektif ProgramObjektif Program
Bertujuan untuk menjana pemikiran kritis, memupuk kewibawaan peribadi, meningkatkan kapabiliti di kalangan staf akademik, pengurusan serta semua mahasiswa bagi mencapai hasrat ke arah kecemerlangan holistik mencakupi aspek akademik dan kemahiran insaniah. � PelaksPelaksPelaksPelaksanaan Programanaan Programanaan Programanaan Program
Bagi memperkasa budaya cintakan ilmu di kalangan warga kampus, beberapa aktiviti yang berkaitan pemupukan budaya keilmuan telah dianjurkan sebagai medan perkongsian maklumat, pengalaman dan suntikan motivasi oleh panel-panel terpilih dalam pelbagai bidang sepertimana berikut :
JadualJadualJadualJadual 11111111 : Program Budaya Ilmu 2014
Bil.Bil.Bil.Bil. TarikhTarikhTarikhTarikh ProgramProgramProgramProgram PanelPanelPanelPanel KehadiranKehadiranKehadiranKehadiran
Staf Staf Staf Staf AkademikAkademikAkademikAkademik
Staf Staf Staf Staf PelaksanaPelaksanaPelaksanaPelaksana
MahaMahaMahaMaha----siswasiswasiswasiswa
JumlahJumlahJumlahJumlah
1. 18 Mac 2014
K-Sharing: 1st Public Lecture Series on Campus Sustainability
• Dr Choong Weng Wai (FKSG)
• PM Dr. Abdullah Sani Hj. Ahmad (FAB)
1 51 54 106
2. 22-23 Mac 2014
Pameran & Ceramah: Kempen Kesedaran Alam Sekitar
• Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau & Air (KeTTHA) 50 80 130
3. 28 Ogos 2014
K-Sharing : 2nd Public Lecture Series on Campus Sustainability – Concepts and Opportunities In Sustainable Future Waste Management
• Dr. Harrie Hofstede, Pengarah Spartel Environmental Solutions, GGR Technologies dan FABCOM Ltd
6 28 18 52
24
4. 23 September 2014
K-Sharing : My Research Experience
• Prof. Dr. Ahmad Fauzi Ismail, Dekan Materials and Manufacturing Research Alliance
59 89 98 246
5. 28 September 2014
Bicara Karya : How Stella Saved The Farm: A Tale About Making Innovation Happen
• Y. Bhg. Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid Omar, Naib Canselor UTM
55 99 10 164
6. 18 November 2014
K-Sharing : Nurani Insani: Lain Bangsa Lain Negara
• Ustaz Ellyeen Amineen Mohd Salleh, Pegawai Hal Ehwal Islam UTM
3 109 9 121
7. 20-21 Disember 2014
Pertandingan Debat Mahasiswa UTM
5 30 69 106
� PencapaianPencapaianPencapaianPencapaian Program berkaitan budaya ilmu dapat dilaksanakan walaupun panel dan tarikh tidak mengikut perancangan asal. Kehadiran dan maklumbalas audien adalah menggalakkan. Jumlah kehadiran yang direkodkan tidak mengambil kira jumlah ahli jawatankuasa yang bertugas. Bagi menggalakkan kehadiran staf, kehadiran dicatat sebagai jam latihan manakala promosi kepada mahasiswa dilakukan melalui saluran Majlis Perwakilan Mahasiswa, fakulti serta Sekolah Pengajian Siswazah. Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya menjadi platform perkongsian idea dan maklumat. Adalah diharapkan dengan penganjuran secara konsisten dan berterusan, martabat budaya keilmuan di UTM akan dapat terus ditingkatkan.
K-Sharing : 2nd Public Lecture Series on Campus Sustainability – Concepts and Opportunities In Sustainable Future Waste Management bersama Dr. Harrie Hofstede,
25
Pengarah Spartel Environmental Solutions, GGR Technologies dan FABCOM Ltd pada 28 Ogos 2014 di Bilik Seminar 3, Perpustakaan UTM (PSZJB)
Bicara Karya : How Stella Saved The Farm: A Tale About Making Innovation Happen bersama Y. Bhg. Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid Omar, Naib Canselor UTM pada 28 September 2014 di Dewan Senat, Bangunan Canseleri.
Pertandingan Debat Mahasiswa UTM berlangsung pada 20-21 Disember 2014 di Dewan Bankuet dimenangi oleh Kumpulan PERMAS (Persatuan Mahasiswa Sabah)
26
PERKHIDMATAN HALAMAN KANDUNGANPERKHIDMATAN HALAMAN KANDUNGANPERKHIDMATAN HALAMAN KANDUNGANPERKHIDMATAN HALAMAN KANDUNGAN
Jumlah pengguna yang menggunakan Perkhidmatan Halaman Kandungan pada tahun 2014 adalah seramai 19 orang staf akademik dan lapan keahlian korporat, menjadikan jumlah pengguna sebanyak 27 berbanding 28 pengguna yang terdiri dari 20 orang pensyarah dan 8 keahlian korporat pada tahun 2013. Penurunan ini disebabkan seorang staf akademik telah menamatkan perkhidmatan dari UTM. � Promosi dan MaklumbalasPromosi dan MaklumbalasPromosi dan MaklumbalasPromosi dan Maklumbalas Pada awal tahun 2014, emel telah dihantar kepada semua staf akademik sebagai usaha untuk mempromosi perkhidmatan ini. Berdasarkan maklumbalas yang diperolehi, pengguna keliru antara perkhidmatan ini dengan perkhidmatn pencarian dan pembekalan artikel. Walaupun penerangan lebih terperinci telah diberikan, masih tiada staf akademik yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan ini sepanjang tahun 2014. Dapatan Audit Dalam 2014 membuat teguran supaya perkhidmatan ini disemak semula memandangkan kira-kira 95% jurnal kini telahpun diterbitkan dalam bentuk elektronik di mana pengguna boleh mendaftar untuk mendapat makluman mengenai artikel terkini dalam bidang mereka. Lanjutan daripada teguran Audit Dalam ini, emel bagi mendapatkan maklumbalas daripada semua pengguna berhubung minat mereka untuk meneruskan perkhidmatan ini telah dihantar pada November 2014. Walau bagaimanapun, tiada maklumbalas diperolehi. � Pencapaian PerkhidmatanPencapaian PerkhidmatanPencapaian PerkhidmatanPencapaian Perkhidmatan Secara keseluruhan, jumlah penghantaran halaman kandungan pada tahun 2014 adalah sebanyak 524 isu iaitu 33 isu jurnal bercetak manakala 491 isu dari jurnal atas talian. Sila rujuk Jadual 1 di bawah bagi perbandingan penghantaran halaman kandungan antara tahun 2013 dan 2014.
27
Jadual 1Jadual 1Jadual 1Jadual 12222 : : : : Perbandingan Penghantaran Halaman Kandungan Bagi Tahun 2013 dan 2014
Jumlah penghantaran tahun 2014 menunjukkan penurunan amat ketara sehingga melebihi 50% berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Tindakan akan diambil bagi memastikan prestasi yang tidak menggalakkan ini dapat diperbaiki.
28
KEAHLIAN KORPORATKEAHLIAN KORPORATKEAHLIAN KORPORATKEAHLIAN KORPORAT
Sebanyak 11 syarikat aktif menjadi ahli korporat perpustakaan pada tahun 2014 di mana lapan merupakan syarikat yang memperbaharui keahlian manakala tiga adalah syarikat yang mendaftar sebagai ahli baru. Syarikat yang mendaftar sebagai ahli bukan sahaja terdiri dari syarikat sekitar Johor Bahru tetapi juga dari daerah lain termasuk luar negeri Johor. Syarikat-syarikat ini pula terdiri dari pelbagai latar bidang perniagaan seperti pemakanan, bahan binaan, industri besi keluli, biokimia, petrokimia dan lain-lain. Jadual 2 di bawah menunjukkan senarai keahlian korporat pada tahun 2014.
Jadual Jadual Jadual Jadual 11113333 : : : : Senarai Keahlian Korporat 2014
Bil.Bil.Bil.Bil.
Nama SyarikatNama SyarikatNama SyarikatNama Syarikat
BidangBidangBidangBidang
1. Union Laboratories Sdn. Bhd. Seberang Prai, Pulau Pinang
Biochemical & Microbiological Testing
2. BASF Pertonas Sdn. Bhd. Kuantan, Pahang
Pertochemicals
3. KI Integrated Constultans Sdn. Bhd. Kajang, Selangor
Engineering Forensic & Consultation
4. Seng Huat Moh Aik Sdn. Bhd. Sungai Petani, Kedah
Building & Materials Construction
5. Orion Manufacturing Sdn. Bhd. Ulu Tiram, Johor
Metal Stamping & Electronic Components
6. J-Bio Microbe Industries Sdn. Bhd. Nusajaya, Johor
Microbe product
7. JB Cocoa Sdn. Bhd. Gelang Patah, Johor
Manufacturing
8. Electroloy Corporation Sdn. Bhd. Masai, Johor
Solder Alloy
9. Synthomer Sdn. Bhd. Batu Pahat, Johor
Polymer & Rubber
10. IFFCO (M) Sdn. Bhd. Pasir Gudang, Johor
Oleo Chemical
11. Palsgaard (M) Sdn. Bhd. Nusajaya, Johor
Emusifiers & Stabilizers
� Pengurusan KeahlianPengurusan KeahlianPengurusan KeahlianPengurusan Keahlian KKKKorporat orporat orporat orporat Kertas kerja cadangan kenaikan yuran keahlian korporat dari RM300.00 kepada RM2000.00 telah dibentangkan di dalam Mesyuarat Senat Bil 04/2014/2015 pada 3 September 2014. Mesyuarat bagaimana pun menolak cadangan ini dan seterusnya perpustakaan akan mempergiatkan usaha untuk melakukan aktiviti promosi bagi mendapatkan lebih banyak keahlian.
29
Pada tahun 2014, sebanyak 40 surat mengandungi brosur promosi telah dihantar kepada syarikat-syarikat berpotensi di seluruh Malaysia. Kriteria yang diambil kira untuk memilih syarikat adalah kapasiti pekerja, keterlibatan dalam penyelidikan dan pembangunan, lokasi dan status syarikat. Promosi juga telah dibuat kepada ahli alumni UTM melibatkan 10 individu yang mempunyai syarikat yang dijangkakan berpotensi untuk menjadi ahli korporat UTM hasil maklumat yang dibekalkan pihak Unit Perhubungan Alumni UTM.
30
KEAHLIAN ALUMNIKEAHLIAN ALUMNIKEAHLIAN ALUMNIKEAHLIAN ALUMNI
Keahlian alumni merupakan salah satu perkhidmatan yang diperkenalkan khusus kepada ahli berdaftar alumni UTM mulai tahun 2010. Ahli yang berdaftar layak mendapat kemudahan peminjaman bahan sebanyak dua buah dalam tempoh satu bulan. Walau bagaimanapun ia hanya tertakluk kepada warga Malaysia dan warga asing yang menetap di Malaysia. Penurunan jumlah keahlian alumni perpustakaan menurun setiap tahun memandangkan pendaftaran bukanlah secara automatik tetapi bergantung pada kehendak ahli sendiri. Berdasarkan pengamatan, kebanyakan mereka lebih berminat untuk mendapatkan perkhidmatan akses ke pangkalan data langganan perpustakaan berbanding peminjaman bahan. Ini juga merupakan faktor penurunan keahlian. Sebagai usaha mempromosi keahlian, borang pendaftaran dalam bentuk atas talian telah diperkenalkan dan kini dalam usaha menambahbaik borang tersebut. Sehingga 2014, terdapat sebanyak 153 ahli alumni UTM yang berdaftar sebagai ahli alumni perpustakaan. Jadual 3 di bawah menunjukkan jumlah keahlian alumni perpustakaan dari tahun 2010 hingga 2014.
Jadual Jadual Jadual Jadual 11114444 : : : : Jumlah Keahlian Alumni 2010-2014
31
STSTSTSTRATEGI 2015RATEGI 2015RATEGI 2015RATEGI 2015
Bahagian Perkhidmatan Lanjutan berusaha meningkatkan aktiviti, operasi dan perkhidmatannya agar segala perancangan tahunan mencapai matlamatnya. Mesyuarat serta perbincangan sering diadakan sepanjang masa sebagai medan perbincangan. Bahagian ini yakin dengan adanya gabungan idea, tenaga dan kepakaran, strategi pada tahun 2015 yang dirangka ini boleh menampakkkan hasilnya.
1. Mengindahkan dua (2) buah Perpustakaan Fakulti iaitu di Fakulti Kejuruteraan Awam dan Fakulti Alam Bina
2. Penubuhan Perpustakaan Fakulti baru di FBME 3. Mendapatkan paten UTMRS 4. Mengaudit UTMRS 5. Mempromosi UTMRS bagi menambah koleksi UTMRS 6. Penubuhan UTMRS baru di dalam atau luar serta seluruh negara 7. Membuat pertukaran koleksi di antara UTMRS 8. Meningkatkan promosi keahlian korporat 9. Meningkatkan aktiviti Program Budaya Ilmu 10. Mempergiatkan aktiviti promosi perpustakaan