document(5)

10
BAB 1 – PENGENALAN KEPADA EKONOMI SPM 2004 1 (a) Terangkan masalah asas ekonomi. (4 markah) Contoh jawapan: Masalah asas ekonomi ialah 1. Apakah barang yang hendak dikeluarkan, merujuk kepada jenis keluaran diselesaikan berdasarkan permintaan masyarakat 2. Berapa barang yang hendak dikeluarkan merujuk jumlah keluaran sesuatu barang.yang diselesaikan berdasarkan permintaan masyarakat 3, Bagaimana hendak dikeluarkan merujuk pemilihan kaedah keluaran sama ada intensif buruh atau intensif modal dan diselesaikan dengan memilih kaedah yang mendatangkan keuntungan paling maksimum. 4. Untuk siapa dikeluarkan Diselesaikan berdasarkan agihan pendapatan. (b) Petikan berikut adalah berkaitan dengan firma Al kalam. Nyatakan dan terangkan masalah asas ekonomi yang belum diselesaikan oleh firma Al Kalam. (12 markah) Contoh jawapan: 1. Berapa banyak barang/pakaian yang hendak dikeluarkan? Berdasarkan mekanisme harga dalam pasaran yang adil dan saksama, Jika permintaan bertambah, syarikat akan menambah pengeluaran 2. Bagaimana barang/pakaian hendak dikeluarkan? Berdasarkan kaedah yang paling cekap sama ada intensif modal atau buruh . Kaedah yang digunakan tidak menjejaskan kepentingan awam atau tidak membawa kesan negatif kepada alam sekitar seperti pencemaran udara. 3. Untuk siapa barang/pakaian dikeluarkan? Berdasarkan agihan pendapatan. Islam mewajibkan zakat untuk merapatkan jurang pendapatan Firma Al Kalam merancang untuk mengeluarkan suatu barang halal yang berasaskan prinsip dan hukum Islam. Setelah kajian dijalankan ke atas keperluan semasa penduduk, firma Al kalam mengambil keputusan untuk mengeluarkan pakaian yang berimejkan Islam .

Upload: guna

Post on 07-Dec-2015

33 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

ghhk

TRANSCRIPT

Page 1: Document(5)

BAB 1 – PENGENALAN KEPADA EKONOMI

SPM 2004

1 (a) Terangkan masalah asas ekonomi. (4 markah)

Contoh jawapan:Masalah asas ekonomi ialah1. Apakah barang yang hendak dikeluarkan,merujuk kepada jenis keluaran diselesaikan berdasarkan permintaan masyarakat

2. Berapa barang yang hendak dikeluarkan merujuk jumlah keluaran sesuatu barang.yang diselesaikan berdasarkan permintaan

masyarakat 3, Bagaimana hendak dikeluarkan merujuk pemilihan kaedah keluaran sama ada intensif buruh atau intensif modal

dan diselesaikan dengan memilih kaedah yang mendatangkan keuntungan palingmaksimum.

4. Untuk siapa dikeluarkan Diselesaikan berdasarkan agihan pendapatan.

(b) Petikan berikut adalah berkaitan dengan firma Al kalam.

Nyatakan dan terangkan masalah asas ekonomi yang belum diselesaikan oleh firma Al Kalam. (12 markah)

Contoh jawapan:1. Berapa banyak barang/pakaian yang hendak dikeluarkan?Berdasarkan mekanisme harga dalam pasaran yang adil dan saksama,Jika permintaan bertambah, syarikat akan menambah pengeluaran

2. Bagaimana barang/pakaian hendak dikeluarkan?Berdasarkan kaedah yang paling cekap sama ada intensif modal atau buruh .

Kaedah yang digunakan tidak menjejaskan kepentingan awam atau tidak membawa kesan negatif kepada alam sekitar seperti pencemaran udara.3. Untuk siapa barang/pakaian dikeluarkan?Berdasarkan agihan pendapatan. Islam mewajibkan zakat untuk merapatkan jurangpendapatan

Firma Al Kalam merancang untuk mengeluarkan suatu barang halal yangberasaskan prinsip dan hukum Islam. Setelah kajian dijalankan ke ataskeperluan semasa penduduk, firma Al kalam mengambil keputusan untukmengeluarkan pakaian yang berimejkan Islam .

Page 2: Document(5)

SPM 2005

1. (a) Berikut adalah keputusan yang telah diambil oleh kerajaan sebuah negara

Kerajaan telah menangguhkan projek pembinaan landasan kereta api berkembar yang menelan belanja berbilion ringgit untuk memberi tumpuan kepada projek-projek pembangunan luar bandar.

Merujuk kepada konsep kekurangan, pilihan dan kos lepas, bagaimanakah keputusan tersebut diambil? [5 markah]

Contoh jawapan:Kerajaan menghadapi masalah kekurangan sumber kewangan untuk melaksanakan kedua-dua projek

Kerajaan menghadapi masalah pilihan jadi terpaksa memilih projek pembangunanluar bandar untuk memaksimumkan kebajikan rakyat

Kerajaan menghadapi kos lepas, iaitu projek pembangunan kedua terbaik yang dilepaskan untuk memilih projek terbaik.

Contohnya kos lepas memilih projek pembangunan luar bandar ialah projek pembinaan landasan kereta api berkembar. (b) Gambar 1 dan gambar 2 menunjukkan dua jenis barang.

Nyatakan ciri-ciri setiap barang tersebut. [8 markah]

Page 3: Document(5)

(b) Gambar 1 ialah barang awam. Ciri-ciri: Disediakan oleh kerajaan. Penawarannya terhad Mempunyai harga atau individu perlu membayar untuk mendapatkannya. Tiada orang boleh menghalang orang lain daripada menggunakannya. Gambar 2 ialah barang ekonomi. Ciri-ciri: Dikeluarkan oleh firma atau swasta Penawarannya terhad Mempunyai harga atau individu perlu membayar untuk mendapatkannya. Wujud kos lepas untuk menggunakannya.

(c) Berikut adalah maklumat tentang Negara A dan Negara B.

Negara A Negara B Kerajaan tidak campur tangan Kerajaan berkuasa penuh dalam membuat keputusan dalam membuat keputusan ekonomi. ekonomi

(i) Namakan sistem ekonomi Negara A dan Negara B. [2 markah]

Contoh jawapan Negara A mengamalkan sistem ekonomi kapitalis

Negara B mengamalkan sistem ekonomi perancangan pusat

(ii) Bezakan ciri-ciri sistem ekonomi tersebut. [10 markah]

Contoh jawaban Perbezaan ciri-ciri sistem ekonomi negara A dan negara B

Aspek Perbezaan Negara A Negara BPemilikan sumber ekonomi

Sumber ekonomi dimiliki oleh pihak swasta

Sumber ekonomi dimiliki oleh kerajaan

Penentuan harga

Harga barang ditentukan oleh mekanisme harga iaitu interaksi antara kuasa permintaan dan penawaran

Harga barang ditentukan sepenuhnya oleh kerajaan

Motif Pengeluaran

Untuk memaksimumkan keuntungan

Untuk memaksimumkan kebajikan sosial

Pilihan Individu bebas membuat pilihan dalam ekonomi

Individu tidak bebas membuat pilihan dalam ekonomi

Persaingan Firma bebas bersaing dari segi harga dan mutu barang

Tiada persaingan antara firma kerana semua firma milik kerajaan

Page 4: Document(5)

SPM 2006

1a) Jelaskan ciri sistem ekonomi Islam daripada aspek berikut:i) motif

Contoh jawapanUntuk mendapat keredaan Allah untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat . Bebas menerima keuntungan dan memiliki kekayaan asalkan tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang Islam. Lebih mengutamakan kebajikan sosial daripada kepentingan individu

ii) pemilikan sumber

Contoh jawapan Semua faktor pengeluaran adalah hak milik mutlak Allah.

Manusia hanya pemegang amanah. Individu dan pengeluar bebas mencari dan mengumpulkan kekayaan selaras dengan hukum Islam, asalkan tidak melakukan kerosakan dan menjejaskan kepentingan masyarakat. Sumber harus digunakan dengan cekap tidak bertentangan dengan hukum

syarak tanpa melakukan pembaziran dan penindasan.

iii) pembuat keputusan (3 markah)

Contoh jawapan:Dibuat oleh individu, firma dan kerajaan

. Kerajaan bertanggungjawab memastikan kesejahteraan dan kebajikan masyarakat terjamin.

Kerajaan akan bertindak mengeluarkan barang dan perkhidmatan yang tidak disediakan oleh pihak swasta.

b. Berikut adalah maklumat tentang Syarikat XY Sendirian Berhad.

Bagaimanakah syarikat itu menyelesaikan masalah tersebut? (6 markah)

Contoh jawapan:Syarikat XY Sdn. Bhd. menyelesaikan masalah ekonomi, iaitu1. Kekurangan Syarikat XY Sdn. Bhd. menghadapi masalah kekurangan faktor pengeluaran

seperti buruh, tanah dan modal berbanding dengan dua jenis barang iaitu tayar dan cermin kereta yang hendak dihasilkan.

2. Pilihan

Syarikat XY Sendirian Berhad barhasrat mengeluarkan tayar dan cermin kereta.Walau bagaimanapun syarikat tersebut menghadapi masalah ekonomi.

Page 5: Document(5)

Syarikat XY Sdn.Bhd. terpaksa membuat pilihan dengan memilih projek ekonomi yang memberi keuntunga paling maksimum kepada syarika3. Kos LepasSyarikat XY Sdn.Bhd. menghadapi kos lepas, iaitu projek ekonomi kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan kerana memilih projek terbaik

Jika Syarikat XY Sdn Bhd memilih untuk mengeluarkan tayar, maka kos lepasnya ialah mengeluarkan cermin kereta.

SPM 2007

(a) Gambar 1 menunjukkan perbualan antara seorang bapa dengan anaknya. Terangkan masalah ekonomi yang dihadapi oleh keluarga itu. [6 markah]

Contoh jawapan: Masalah ekonomi keluarga itu ialah

1. KekuranganKeluarga itu kekurangan pendapatan berbanding dengan kehendak yang

tidak terhad .2. PilihanSiti memilih anak patung untuk memaksimumkan kepuasan.3. Kos lepasKos lepas ialah barang kedua terbaik yang dilepaskan untuk memilih barang terbaikkos lepas Siti ialah jam tangan

Page 6: Document(5)

Gambar 2 menunjukkan satu contoh barang dalam ekonomi.

(i) Apakah jenis barang tersebut ? [1 markah]

Contoh jawapan:Barang ekonomi

(ii) Huraikan lima ciri barang di 1 (b)(i). [5 markah]

Contoh jawapan:Lima ciri barang ekonomi:1. Barang ini dikeluarkan oleh pihak swasta2. Penawaran barang ini terhad3. Barang ini mempunyai kos lepas.

4. Barang ini mempunyai harga dan perlu dibayar oleh pengguna5. Individu boleh dikecualikan daripada menggunakannya.

(c) Maklumat berikut berkaitan dengan satu ciri sistem ekonomi Negara X.

. Harga barangan ditentukan oleh mekanisme harga. . Kerajaan mengawal melalui cukai dan subsidi.

(i) Apakah sistem ekonomi Negara X? [1 markah]

Contoh jawapan:Negara X mengamalkan Sistem Ekonomi Campuran

(ii) Huraikan dua ciri lain sistem ekonomi tersebut. [6 markah]

Page 7: Document(5)

Contoh jawapan:Dua ciri lain sistem ekonomi tersebut1. Pemilikan faktorFaktor pengeluaran dimiliki oleh individu, firma dan kerajaan 2. Pembuat keputusan ekonomi-Keputusan dibuat oleh individu, swasta dan kerajaanKerajaan membuat keputusan untuk mengeluarkan barang awamSwasta membuat keputusan mengeluarkan barang ekonomi3. PilihanIndividu bebas membuat pilihan terhadap barang dan perkhidmatan tetapi penggunaan sesetengah barang dikawal oleh kerajaan melalui undang-undangFirma bebas mengeluarkan barang ekonomi, kerajaan mengawal melalui undang-undangKerajaan bebas mengeluarkan barang awam4. PersainganPersaingan wujud antara firma swasta pengeluaran barang ekonomi Dalam pengeluaran barang awam tidak wujud persaingan5, MotifMotif firma swasta ialah memaksimumkan keuntungan Motif kerajaan ialah menjaga kebajikan masyarakat. Motif pengguna untuk memaksimumkan kepuasan.

(c) Bezakan Sistem Ekonomi Kapitalis dengan Sistem Ekonomi Perancangan Pusat dalam menyelesaikan masalah asas ekonomi berikut:

(i) Apa yang hendak dikeluarkan. [2 markah] (ii) Bagaimana hendak dikeluarkan. [2 markah] (iii) Untuk siapa dikeluarkan. [2 markah]

Contoh jawapan: MASALAH ASAS EKONOMI

KAPITALIS PERANCANGAN PUSAT

(i)Apa yang hendak dikeluarkan

Ditentukan oleh permintaan pasaran dan mekanisme harga

Ditentukan oleh kerajaan

(ii)Bagaimana hendak dikeluarkan

Kaedah yang paling cekap supaya mendatangkan untung maksimum

Intensif buruh jika penggangguran tinggi,intensif modal jika modal banyak

(iii)Untuk siapa dikeluarkan Mengikut kuasa beli dan agihan pendapatan

Untuk semua rakyat

2008

Page 8: Document(5)

1(a) Terangkan empat sumber ekonomi yang diperlukan dalam pengeluaran sesuatu barang. (8 markah)

Contoh jawapan:Empat sumber ekonomi:BuruhMenerima upahMenyumbangkan tenaga fizikal atau mental dalam proses pengeluaran

TanahAnugerah alam/sumber semula jadiPenawaran terhadMenerima sewa

ModalMesin/jenteraDigunakan dalam proses pengeluaranModal wang menerima faedah/dividen

UsahawanMenggabungkan faktor-faktor pengeluaranMenerima untung

1(b) Gambar 1 menunjukkan perbualan berkaitan dengan pemilihan jenis barang untuk Encik Amin mendapatkan rawatan perubatan

Gambar 1

(i)Kenal

pasti jenis barang yang terlibat dari sudutekonomi (2markah)

Contoh jawapan:Hospital kerajaan – barang awamKlinik swasta – barang ekonomi

(ii) Adakah anda bersetuju dengan cadangan Puan Hajar?Berikan dua alasan berdasarkan ciri barang dalam ekonomi.( 3 markah)

Page 9: Document(5)

Contoh jawapan:Tidak setujuHospital kerajaan tidak dikenakan bayaran tetapi klinik swasta dikenakan bayaranHospital kerajaan tiada pengecualian penggunaan/semua orang boleh menggunakannya tetapi klinik swasta hanya untuk golongan yang mampu/ada pengecualian penggunaan

1(c) Maklumat berikut berkaitan dengan masalah asas ekonomi bagi sebuah syarikat.

Terangkan masalah asas ekonomi yang belum diselesaikan oleh syarikat tersebut.(4 markah)

Contoh jawapan:Masalah asas ekonomi yang belum diselesaikan:1. Berapa barang/rumah teres hendak dikeluarkan

Berdasarkan mekanisme harga/kuasa pasaran/interaksi antara permintaan danPenawaran

2. Untuk siapa barang/rumah teres setingkat dikeluarkanBerdasarkan agihan pendapatan/kuasa beli masyarakat

1(d) Gambar 2 menunjukkan perbincangan yang berkaitan dengan cadangan untuk menubuhkan cawangan baru syarikat.

Gambar 2(i) Namakan sistem ekonomi Negara X dan Negara Z. (2 markah)

Contoh jawapan:Sistem ekonomi Negara X – Sistem Ekonomi Kapitalis

Negara Z – Sistem Ekonomi Campuran

Syarikat Perumahan Mutiara Sendirian Berhad merancang untuk membina rumah teres setingkat dengan menggunakan intensif buruh

Page 10: Document(5)

(ii) Bezakan tiga ciri sistem ekonomi yang diamalkan oleh kedua-dua negara tersebut. (6 markah)

Contoh jawapan:Perbezaan sistem ekonomi Negara X dan Negara Z:

Aspek Perbezaan Negara X (Kapitalis) Negara Z (Campuran)Pemilikan Sumber Individu dan swasta bebas

memiliki sumber ekonomiIndividu, swasta dan kerajaan bebas memiliki sumber ekonomi

Pembuat Keputusan Swasta membuat keputusan berdasarkan mekanisme harga

Swasta membuat keputusan berdasarkan mekanisme harga. Kerajaan membuat keputusan untuk mengeluarkan barang awam

Pilihan Individu dan swasta bebas membuat pilihan

Individu dan swasta bebas membuat pilihan. Kerajaan mengawal melalui undang-undang

Penentuan Harga Harga ditentukan oleh mekanisme harga

Harga ditentukan oleh mekanisme harga. Kerajaan mengawal harga melalui cukai dan subsidi

Motif Motif swasta untuk memaksimumkan untung

Motif swasta untuk memaksimumkan untung. Motif kerajaan untuk memaksimumkan kebajikan

Persaingan Firma bebas bersaing Firma bebas bersaing. Kerajaan mengawal melalui undang-undang untuk memastikan persaingan adil