document(11)

7
BAB 7 – EKONOMI MALAYASIA SPM 2004. Soalan 4 (b) Mengapakah kerajaan membuat pinjaman dalam negeri dan pinjaman luar negara? [6 markah] Contoh jawapan: Tujuan pinjaman kerajaan ialah 1. Untuk menampung kekurangan hasil negara apabila jumlah perbelanjaan melebihi pendapatan negara 2. Untuk membiayai perbelanjaan pembangunan ekonomi negara kerana hasil negara hanya cukup untuk menampung perbelanjaan mengurus 3. Pengagihan pendapatan melalui projek pembangunan untuk merapatkan jurang pendapatan antara penduduk kawasan bandar dan luar bandar 4.Untuk membiayai kelewatan kutipan hasil cukai bagi membiayai perbelanjaan mengurus (c) Terangkan tiga jenis pinjaman dari sumber dalam negeri. [6 markah] Contoh jawapan: Tiga jenis pinjaman dari sumber dalam negeri ialah 1. Bil Perbendaharaan Kerajaan, iaitu pinjaman jangka pendek, tempoh matang kurang daripada setahun 2. Surat Jaminan Kerajaan, iaitu pinjaman jangka panjang yang diperoleh dari KWSP atau Bank Simpanan Nasional 3. Sijil Pelaburan, iaitu pinjaman dari institusi kewangan Islam. Pemberi pinjaman memperoleh dividen SPM 2005 Soalan 5 (a) Gambar 5 menunjukkan sebahagian daripada suatu sektor dalam struktur ekonomi negara.

Upload: guna

Post on 14-Dec-2015

225 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

e

TRANSCRIPT

Page 1: Document(11)

BAB 7 – EKONOMI MALAYASIA

SPM 2004.

Soalan 4

(b) Mengapakah kerajaan membuat pinjaman dalam negeri dan pinjaman luar negara? [6 markah]

Contoh jawapan:Tujuan pinjaman kerajaan ialah1. Untuk menampung kekurangan hasil negara apabila jumlah perbelanjaan melebihi pendapatan negara2. Untuk membiayai perbelanjaan pembangunan ekonomi negara kerana hasil negara hanya cukup untuk menampung perbelanjaan mengurus3. Pengagihan pendapatan melalui projek pembangunan untuk merapatkan jurang pendapatan antara penduduk kawasan bandar dan luar bandar4.Untuk membiayai kelewatan kutipan hasil cukai bagi membiayai perbelanjaan mengurus

(c) Terangkan tiga jenis pinjaman dari sumber dalam negeri. [6 markah]

Contoh jawapan:Tiga jenis pinjaman dari sumber dalam negeri ialah1. Bil Perbendaharaan Kerajaan, iaitu pinjaman jangka pendek, tempoh matang kurangdaripada setahun2. Surat Jaminan Kerajaan, iaitu pinjaman jangka panjang yang diperoleh dari KWSP atau Bank Simpanan Nasional3. Sijil Pelaburan, iaitu pinjaman dari institusi kewangan Islam. Pemberi pinjaman memperoleh dividen

SPM 2005

Soalan 5

(a) Gambar 5 menunjukkan sebahagian daripada suatu sektor dalam struktur ekonomi negara.

Page 2: Document(11)

Terangkan masalah yang akan dihadapi oleh ekonomi negara jika hanya bergantung kepada sektor itu [7 markah]

Contoh jawapan:Gambar 5 menunjukkan kegiatan ekonomi di sektor utama.Masalah pergantungan ekonomi kepada sektor utama ialah;1. Ketidakstabilan harga komoditi menyebabkan pendapatan negara tidak stabil2. Peluang pekerjaan terjejas kerana giuna tenaga rendah3. Kehausan dan kepupusan sumber seperti bijih timah yang tidak boleh diganti4. Merugikan imbangan dagangan kerana harga komoditi mentah yang dieksport lebih murah daripada harga barang siap yang diimport

(b ) Terangkan lima jenis cukai tidak langsung. [10 markah]

Contoh jawapan:Lima jenis cukai tak langsung ialah:1. Duti import, iaitu cukai yang dikenakan ke atas barang tertentu yang diimport seperti tembakau2. Duti eksport, iaitu cukai yang dikenakan ke atas keluaran utama yang dieksport seperti kayu balak3. Duti eksais, iaitu cukai ke atas barang keluaran tempatan yang dijual di negara ini seperti petrol 4. Cukai jualan, iaitu cukai ke atas barang akhir keluaran tempatan dan luar negara 5. Cukai perkhidmatan, iaitu cukai yang ditanggung oleh perkhidmatan seperti hotel

SPM 2006

Soalan 4

( b) Jadual 3 menunjukkan peratus sumbangan sektor ekonomi kepda guna tenagaMalaysia dari tahun 1960 hingga 2000.

Peratus Sumbangan Sektor Ekonomi KepadaGuna Tenaga Malaysia

Tahun Sektor

1960 1970 1980 1990 2000

Sektor utamaSektor kedua

Sektor ketiga

61.3 9.8

28.9

53.115.4

31.5

38.520.1

39.5

28.425.9

45.7

15.635.7

48.7 (Sumber: Laporan Ekonomi Malaysia,Pelbagai Keluaran)

JADUAL 3

Terangkan lima kesan daripada perubahan tersebut. [10 markah]

Page 3: Document(11)

Contoh jawapan:Lima kesan perubahan struktur ekonomi negara Malaysia ialah 1. Pelaburan asing, iaitu pelabur asing mambawa masuk modal dan teknologi tinggi2. Perkembangan sektor perkilangan, iaitu banyak kilang didirikan3. Peluang pekerjaan meningkat dapat mengurangkan pengangguran4. Pendapatan negara meningkat kerana daya pengeluaran tinggi5. Peningkatan taraf hidup dengan penyediaan kemudahan infrastruktur seperti bekalanair dan elektrik

(c) Jadual 4 menunjukkan dua sumber pinjaman kerajaan.

Sumber X Sumber YBil Perbendaharaan

Surat Jaminan KerajaanSijil Pelaburan

Pinjamn ProjekKredit PembekalPinjaman Pasaran

JADUAL 4Terangkan tiga kelebihan pinjaman kerajaan dari Sumber X. [ 6 markah ]

Contoh jawapan:(c) Sumber X ialah pinjaman dari dalam negeri.Tiga kelebihan pinjaman kerajaan dari sumber dalam negeri ialah1. Mudah diperoleh kerana syarat senang2. Menjimatkan pertukaran asing kerana tidak melibatkan pengaliran wang keluar negara3. Kadar faedah yang lebih rendah4. Tidak dipengaruhi oleh perubahan kadar pertukaran asing

Soalan 5

Gambar rajah 3 dan gambar rajah 4 menunjukkan dua contoh barang yang terdapat dalampasaran tempatan.

GAMBAR RAJAH 3 GAMBAR RAJAH 4

(a)

Terangkan cukai yang boleh dikenakan ke atas barang pada: (i ) Gambar rajah 3 [4 markah ]

Page 4: Document(11)

(ii) Gambar rajah 4 [ 4 markah ]

Contoh jawapan:Cukai yang boleh dikenakan atas barang dalam;(i) Gambar 3 1. Cukai eksais, iaitu cukai yang dikenakan ke atas barang keluaran tempatan yang dijualdi negara ini

2. Cukai jualan, iaitu cukai ke atas barang akhir keluaran tempatan dan luar negara

(ii) Gambar 4 1. Duti import, iaitu cukai yang dikenakan ke atas barang tertentu yang diimport

2. Cukai jualan, iaitu cukai ke atas barang akhir keluaran tempatan dan luar negara

SPM 2007

Soalan 4(c) Jadual 3 menunjukkan anggaran perbelanjaan kerajaan bagi tahun 2007.

Perbelanjaan Jumlah (RM juta )Emolumen

Bayaran Khidmat hutang

Perkhidmatan ekonomi

Pemberian dan serahan kepada kerajaan negeri

Perkhidmatan sosial

Keselamatan

Pencen dan ganjaran

Bekalan dan perkhidmatan

Pentadbiran am

Perbelanjaan lain

19730.00

8880.00

12700.00

2540.00

16250.00

3100.00

4410.00

14300.00

3090.00

21960.00Jumlah 106960.00 Jadual 3

(i ) Jelaskan maksud perbelanjaan pembangunan [ 1 markah ]

(ii) Hitung perbelanjaan pembangunan. [ 5 markah ]

Page 5: Document(11)

Contoh jawapan:(i) Perbelanjaan pembangunan ialah pelaburan kerajaan dalam projek-projek pembangunan ekonomi negara. Perbelanjaan ini tidak bersifat berulang-ulang, dapat meningkatkan pengeluaran barangan untuk menjaga kebajikan masyarakat.

(ii) Perbelanjaan pembangunan ialah

Perbelanjaan Jumlah ( RM juta )

Perkhidmatan ekonomi

Perkhidmatan sosial

Keselamatan

Pentadbiran Am

12700.00

16250.00

3100.00

3090.00

JUMLAH 35,140.00

(d) Gambar 5 menunjukkan perbualan tiga orang sahabat mengenai keadaan ekonomi semasa negara.

Bagaimanakah kerajaan melalui belanjawan negara mengatasi masalah

Page 6: Document(11)

Ketidakstabilan ekonomi tersebut melalui:

(i ) Kadar cukai [ 4 markah ]

Contoh jawapan:i. Kadar cukai

Dengan cara menaikkan kadar cukai, pendapatan boleh guna turun, kuasa beli turun, permintaan turun, inflasi dapat dikawal

(ii) Perbelanjaan negara [ 3 markah ]Dengan cara menurunkan perbelanjaan, kesannya pendapatan penduduk akan jatuh, kuasa beli berkurang, permintaan berkurang, seterusnya inflasi dapat dikawal

2008

5(a) Maklumat berikut berkaitan dengan jumlah hasil dan perbelanjaan kerajaan pada suatu tahun.

(i) Tafsirkan kedudukan kewangan kerajaan. [ 3 markah ]

Contoh jawapan:Kedudukan kewangan kerajaan:Belanjawan kurangan/negatif/defisitPerbelanjaan kerajaan melebihi hasil kerajaanLebihan perbelanjaan sebanyak RM 18 724 juta

(ii) Bagaimanakah kerajaan mengatasi keadaan di 5(a)(i)? [ 1 markah ]

Contoh jawapan:Cara mengatasi:Kerajaan membuat pinjaman

(iii) Mengapakah kerajaan perlu berbuat demikian? [ 5 markah ]

Contoh jawapan:Kerajaan perlu berbuat demikian kerana:1. Menampung jumlah perbelanjaan yang melebihi jumlah hasil2. Membiayai projek pembangunan ekonomi negara3. Membiayai kelewatan kutipan hasil cukai4. Mengagihkan pendapatan melalui projek tertentu5. Membiayai perbelanjaan mengurus

Jumlah Hasil = RM 106 304 jutaPerbelanjaan Mengurus = RM 97 744 jutaPerbelanjaan Pembangunan = RM 27 284 juta

Page 7: Document(11)