bil 11/2011 edisi november103.8.163.254/document/upload/zpjun8v2dkdonbfme7ybl4u980...pada tahun 2010...

16
Bil 11/2011 Edisi NOVEMBER

Upload: vanphuc

Post on 31-Mar-2019

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Bil 11/2011 Edisi NOVEMBER

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian2

Perlaksanaan sistem pembekalan input bersepadu pertanian adalah amat

penting. Pengguna input pertanian dalam aktiviti pertanian oleh petani membolehkan mereka melaksanakan projek dengan sempurna.

Oleh itu menjadi tanggungjawab Pertubuhan Peladang Kwasan (PPK) untuk menyediakan perkhidmatan pembekalan input pertanian. Ini bertujuan supaya semua ahli dan bukan ahli mendapat manfaat melalui perkhidmatan yang disediakan. Secara keseluruhan, PPK mempunyai pusat input pertanian masing-masing. Mereka akan menjalankan aktiviti urusniaga dengan pelanggan secara terus disamping menawarkan bekalan dengan harga berpatutan. Sebagai mengiktiraf salah satu perkhidmatan yang disediakan oleh PPK kepada pelanggannya, maka LPP telah meletakkan input pertanian sebagai satu kategori anugerah sempena Sambutan Hari Inovasi.

Anugerah Input Pertanian Bersepadu Pertubuhan Peladang tahun 2011 dimenangi oleh Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sri Medan, Johor. Anugerah ini bertujuan mengiktiraf PPK yang melanggan bekalan input pertanian samada untuk kegunaan projek yang diusahakan atau dijual kepada ahli dan bukan ahli. Urusniaga input pertanian ini dilakukan secara terus kepada pelanggan. Antara kriteria yang dinilai melalui Anugerah ini ialah nilai langganan, sistem rekod aktiviti langganan dan perkhidmatan penyampaian kepada pelanggan. Sebelum diiktiraf sebagai pemenang anugerah peringkat kebangsaan, mereka terlebih dahulu dinilai di peringkat negeri. Dengan sokongan negeri dan kelayakan yang memenuhi kriteria pemarkahan, maka pusat Input Pertanian Bersepadu PPK Sri Medan layak diiktiraf sebagai penerima anugerah.

Pengurusan PPK diketuai oleh Tuan.Hj. Ramli Bin Tambi dibantu oleh 9 orang anggota LPP dan 51 anggota lantikan PPK. Mereka sentiasa memastikan urusniaga pusat input berkenaan mencapai

Input Pertanian Bersepadu -Meneruskan Kecemerlangan

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian2

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 3

sasaran nilai langganan. PPK Sri Medan mempunyai langganan bernilai RM 1.72 juta daripada PPN Johor pada tahun 2010. Input Pertanian ini dijual kepada ahli dan bukan ahli untuk kegunaan projek tanaman kelapa sawit sekitar Mukim 18 Dan Mukim 7, Chaah Baru. PPK berhasrat untuk mengembangkan pusat input pertanian dengan mempelbagaikan bahan bekalan input petanian mengikut permintaan pelanggan. Bahan bekalan input yang dijual adalah pada harga yang berpatutan. Secara tidak langsung membolehkan mereka bersaing dengan pembekal input pertanian persendirian yang lain.

Kebanyakan bekalan input pertanian yang dilanggan oleh PPK digunakan untuk projek yang diusahakan. Ia juga dijual kepada ahli-ahli peladang serta Jabatan dan Agensi Kerajaan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Bagi memastikan bekalan input pertanian sentiasa mencukupi, PPK melantik seorang Pengurus iaitu Encik Mohamad bin Misman bagi mengendalikan urusniaga . Beliau turut dibantu oleh beberapa orang pekerja

lantikan PPK dalam memastikan urusniaga ini berjalan lancar. Semua urusniaga direkodkan dengan teliti dan teratur bagi memastikan semua maklumat dicatat dan direkod dengan betul.

Dalam menambah pengetahuan tentang penggunaan baja dan racun kepada ahli, PPK mendapatkan khidmat nasihat daripada ACM, PPN Johor dan Peladang

Tech. dengan mengadakan taklimat dan lawatan susulan kepada pengguna. Adalah menjadi matlamat PPK untuk terus menyediakan perkhidmatan bekalan input pertanian yang bermutu tinggi dan memenuhi keperluan pelanggan. Pihak PPK akan meneruskan perkhidmatan mereka kepada para pelanggan dalam memastikan penggunaan bekalan input dapat diaplikasikan dengan betul.

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 3

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian4

Sambutan Hari Kualiti adalah perlu bagi setiap jabatan dan agensi kerajaan. Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) juga tidak ketinggalan untuk mengadakan Majlis Sambutan Hari Kualiti ini pada setiap tahun. Bermula tahun 2010, Hari Kualiti telah ditukar kepada Hari Inovasi.

Ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan bagi membolehkan setiap inovasi yang dipertandingkan mempunyai mutu yang diiktiraf. Berikutan itu, LPP bertekad untuk memberi penghargaan kepada semua LPP Negeri dan Pertubuhan Peladang (PP) yang telah mencapai standard untuk diberi anugerah. Terdapat 12 anugerah yang disediakan. 1 daripada anugerah tersebut mempunyai 5 kategori yang berlainan iaitu :

• KategoriTanamanPadi

• KategoriTernakan

• KategoriTernakair

• KategoriSayur-Sayuran

• KategoriBuah-Buahan

Kategori Tanaman Padi

Projek Tanaman Padi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tanjung Karang, Selangor telah memenangi Anugerah Inovasi Pengurusan Projek Terbaik bagi Kategori Projek Mini Estet Terbaik 2011. Ia diketuai oleh Encik Ahmad Fuad Bin Zakaria selaku Pengurus Besar, dan dibantu oleh 10 orang anggota lantikan LPP dan 22 lantikan PPK menjadikan projek ini sebagai teras kepada pendapatan PPK. Projek tanaman padi seluas 1,141.45 hektar diusahakan secara Mini Estet dengan penglibatan seramai 1,032 orang ahli PPK. Pendapatan daripada hasil padi pada tahun 2010 mencecah 13 ribu metrik tan yang bernilai RM 16.25 juta dengan keuntungan mencapai RM 130 ribu. Purata hasil pengeluaran padi pula adalah sebanyak 8.5 mt/hektar.

Dalam memastikan hasil yang diperolehi mencapai sasaran, PPK menyediakan kemudahan infrastruktur, pembekalan input pertanian, kredit, khidmat pembajakan dan perataan tanah, khidmat jentanam, pengangkutan dan penuaian yang dilaksanakan secara pengurusan berpusat. Dengan adanya keperluan pertanian seperti ini, PPK telah berjaya melaksanakan projek tanaman mini estet padi.

PPK juga menjalinkan kerjasama dengan pihak syarikat ACM bagi pemindahan teknologi secara ‘hands on’ melalui kursus serta taklimat. PPK telah merencanakan kursus ini untuk dilaksanakan secara berjadual dan dari masa ke semasa.

Kejayaan Pengurusan Projek Terbaik PP - Titik Peluh yang Diiktiraf

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian4

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 5

Untuk memperkukuhkan lagi perlaksaan projek ini, PPK telah membentuk ahli jawatankuasa (AJK) Mini Estet Padi yang terdiri daripada peserta-peserta bagi tujuan membincangkan isu dan masalah serta membuat keputusan terhadap pelaksanaan projek ini. Pengurusan dilaksanakan secara berpusat dan berkelompok akan diperluaskan melalui berperingkat meliputi keseluruhan kawasan padi PPK untuk meningkatkan produktiviti hasil padi peserta projek dan ahli peladang.

Kategori Ternakan

Projek Ternakan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pengerang Johor memenangi Anugerah Pengurusan Projek terbaik bagi kategori ternakan ayam daging sistem tertutup. Projek ini telah mula dilaksanakan pada tahun 2006. Diterajui Oleh Encik Fairulizam bin Maskon selaku Pengurus Besar dengan dibantu oleh 8 orang kakitangan LPP. Untuk memperlicinkan urusan, PPK telah melantik Encik Mohd Amram bin Embong sebagai pengurus projek dengan dibantu oleh pekerja asing. Mereka sentiasa memastikan projek ini kekal berdayasaing. Asas kejayaan kepada projek ini ialah komitmen yang berterusan dan pengetahuan yang mendalam dalam bidang penternakan ayam. Tapak projek ini terletak di Kg. Sungai kapal dengan kapasiti 2 reban berkeluasan 4 hektar yang boleh memuatkan 70,000 ekor ayam bagi setiap pusingan. Pembekalan anak ayam (DOC) diperolehi dari pusat penetasan yang dibekalkan oleh Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ). PPNJ merupakan pembekal anak utama kepada PPK Pengerang.

Anak ayam diberi makan makanan pembesar bagi membolehkan ia dapat dipasarkan apabila mencapai umur 29 hingga 42 hari. Purata setiap reban boleh menghasilkan 70 metrik tan ayam dalam satu pusingan. Kematian untuk projek ini pernah mencecah 1.9% sahaja. Atas kejayaan inilah PPK bertekad untuk terus menjadi peneraju bidang ternakan ayam sistem tertutup di Negeri Johor.

Berhubung pemasaran, PPK Pengerang telah menjalankan projek ini secara ‘contract farming’ dengan PPNJ. Ini adalah

rantaian pengeluaran dimana PPNJ bertindak sebagai pembekal anak ayam dan kemudian membeli semula ayam tersebut. PPK Pengerang telah menerapkan kualiti pengeluaran ayam bagi menepati garis panduan Sijil Amalan Ternakan baik. Dengan kerjasama dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), PPK Pengerang turut mendapat khidmat nasihat berhubung penternakan ayam. Kerjasama erat yang dijalinkan dengan pihak lain membuktikan bahawa PPK Pengerang layak melaksanakan projek ini secara berterusan.

Kategori Ternakair

Projek ternakan ikan marin yang diusahakan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sungai Petani Kedah merupakan pemenang Anugerah Pengurusan Projek Terbaik bagi kategori ternakair tahun 2011. Projek ini dimulakan pada tahun 1993 dan diterajui oleh Encik Ismihan bin Mohamad selaku Pengurus Besar. Beliau dibantu oleh Encik Basri bin Hussain selaku pengurus projek serta 2 orang pekerja lantikan PPK dan 9 orang dari peserta kursus peralihan tentera.

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 5

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian6

Tapak projek ini terletak di Kg. Bukit Kechil, Sungai Petani dengan luas keseluruhan kawasan 12.5 ekar. Projek ini mempunyai kolam ternakan berjumlah 13 buah dimana 3 buah kolam diusahakan untuk ternakan ikan siakap manakala 10 buah kolam lagi dijadikan tempat asuhan ikan siakap. Setiap kolam berkeluasan diantara 0.03 hektar hingga 0.5 hektar. Projek ini mampu menampung ternakan benih ikan siakap sebanyak 50,000 ekor sepusingan dan ikan siakap besar 60,000 ekor sepusingan. Ia adalah projek yang berdaya saing dan sentiasa mendapat pasaran yang tinggi. Untuk ternakan siakap, ia sesuai diternak di kawasan air payau dan air laut terlindung. Antara faktor yang perlu diambil kira untuk projek ini ialah pmilihan tapak kolam, mutu air, pengurusan ternakan, pemakanan dan juga kawalan penyakit. Ini memerlukan kemahiran dan pengetahuan yang tinggi bagi membolehkan projek ini memperoleh hasil lumayan.

Projek ini telah mendapat peruntukan dari LPP bernilai RM 694 ribu meliputi pembangunan infrastruktur, pembinaan kolam, pembekalan ‘paddlewheel’ dan makanan ternakair. Makanan ikan diberi dalam bentuk ’pallet’ bagi mempastikan pembesaran dan membolehkan ia dipasarkan mengikut tempoh yang ditetapkan. Setiap kolam ternakan ikan siakap boleh menghasilkan 10 hingga 15 metrik tan . Setiap pusingan ternakan atau asuhan boleh menghasilkan sebanyak 50,000 ekor benih ikan siakap bersaiz 3” hingga 4”. Pada tahun 2010, PPK telah berjaya menghasilkan 290 ribu ekor benih yang menjana pendapatan berjumlah RM 345 ribu dengan keuntungan bersih berjumlah RM 105 ribu lebih. Bagi memartabatkan industri ternakair, PPK telah merancang untuk terus memperluaskan lagi projek ini.

Benih ikan siakap keluaran PPK dapat menampung permintaan penternak tempatan serta permintaan bagi ternakan ikan siakap PPK yang berdekatan. PPK juga bercadang untuk mewujudkan satu pusat latihan yang moden bagi pembenihan ikan siakap kepada anak-anak ahli dan juga usahasama yang dijalankan dengan IPTA dalam program Penyaluran Teknologi Ternakan khususnya kepada siswazah. PPK berharap agar dapat meneruskan kecemerlangan projek ini dan memastikan ia adalah projek utama dalam komoditi akuamarin di negara ini.

Kategori Sayur-sayuran

Anugerah Pengurusan Projek Terbaik bagi kategori Sayur-Sayuran Tahun 2011 sekali lagi telah dimenangi oleh Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pengerang. Diterajui oleh Encik Fairulizam bin Maskon selaku Pengurus Besar dengan dibantu oleh 8 orang kakitangan LPP. Tapak projek jagung ini terletak di kawasan Kg. Baru, Ramunia iaitu di salah satu Unit Peladang PPK Pengerang. Projek seluas 10 hektar ini telah diusahakan oleh PPK sejak awal tahun 2010.

Tapak Projek ini merupakan tanah milik JKK Kg. Baru yang pada asalnya tidak diusahakan. Dengan kerjasama ketua kampung iaitu Encik Tahir bin Aris yang juga Ketua Unit Kg. Baru, kawasan ini telah diusahakan dengan tanaman jagung dan projek ternakan lembu. Inisiatif yang diambil membolehkan tanah terbiar dibangunkan dengan projek yang menepati kehendak permintaan.

Pada tahun 2010 projek ini telah mengeluarkan hasil sebanyak 50.24 metrik tan yang dianggarkan berjumlah RM 78 ribu ringgit. Antara variati jagung yang ditanam adalah daripada

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian6

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 7

variati F1 392 ‘giant’ dan F1 388. 2 jenis variati ini telah mendapat permintaan yang tinggi dipasaran dan berpotensi untuk dieksport. Setelah jagung ini dituai, ianya akan di gredkan dengan beberapa gred yang bersesuaian dengan kualiti dan saiz sebelum ianyanya di pasarkan kepada FAMA dan pemborong tempatan. Inovasi yang diterapkan oleh PPK Pengerang dalam projek ini adalah pengendalian sisa batang jagung selepas habis menuai. Batang jagung dipotong menggunakan jentera dan dijadikan silaj untuk makanan lembu.

PPK Pengerang yakin untuk meneruskan projek ini untuk pusingan seterusnya mengikut modus operandi yang ditetapkan oleh PPK. Selain meningkatkan bekalan makanan untuk negara, projek ini juga menyumbang banyak kebaikan pada projek ternakan lembu.

Kategori Buah- buahan

Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pontian Timur Johor yang menjalankan projek tanaman nanas telah merangkul Anugerah Pengurusan Projek Terbaik (Kategori Buah-Buahan) tahun 2011. PPK ini mempunyai kekuatan 8 orang anggota LPP dan 2 orang anggota lantikan PPK. Diterajui oleh Encik Zulhadi bin Md. Ali dan di bantu oleh Encik Ishak bin Saleh selaku Pengurus Projek. Projek ini dimulakan pada tahun 2007 dengan keluasan 90 hektar yang terletak di GSA Kg. Ulu Kayu Ara Pasong.

Pada tahun 2008, projek ini dipantau, diselia serta mendapat peruntukan dari Jabatan dan Agensi di bawah MoA inc iaitu LPP,

Jabatan Pertanian, MARDI, FAMA, Jabatan Pengairan dan Saliran serta Kerajaan Negeri. Manakala PPK pula bertindak sebagai agen pengurusan kepada peserta-peserta projek yang terdiri daripada 16 orang ahli PPK dengan keluasan 90 hektar. Melihat kepada potensi projek ini, PPK terus mengorak langkah untuk mempelbagaikan variati tanaman nanas.

Tanaman Nanas adalah dari Varieti N36, Josapine, Moris& Gandul. Tanaman ini membolehkan pengeluaran hasil optimum serta mudah dipasarkan. Atas permintaan yang memberangsangkan, PPK telah mengambil inisiatif untuk melakukan inovasi kepada tanaman ini. Inovasi yang dilaksanakan bagi memulihkan pokok-pokok nanas, ialah dengan pemangkasan. Proses pemangkasan dilakukan selepas buah nanas dituai. Selepas itu, proses pemilihan tunas-tunas terbaik akan dilakukan dari masa ke semasa dan sulur nanas akan dijaga dengan pemberian baja, racun serangga/kulat, pembersihan kawasan mengikut jadual. Penanaman dan pengairan yang bersistem akan menghasilkan nanas yang berkualiti. Nanas akan mengeluarkan hasil setelah 16 bulan ditanam.

Bermula tahun 2009 sehingga 2011 projek ini telah mengeluarkan hasil sebanyak 651 metrik tan bernilai RM 270 ribu lebih dan dipasarkan melalui FAMA dan peraih tempatan. PPK berharap usaha kerajaan negeri untuk menjadikan Johor sebagai pengeluar utama nanas akan berterusan dan lebih banyak kawasan akan diusahakan dengan tanaman ini. Adalah menjadi harapan PPK untuk meneruskan pencapaian projek ini di masa-masa akan datang.

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 7

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian8

LPP Terengganu – Mengamalkan Budaya Kerja Cemerlang

“Kami beriltizam memberikan perkhidmatan yang

profesional untuk menguruskan pertubuhan peladang berkualiti dan membangunkan peladang komersial yang menjadi pengeluar utama makanan negara”

Dasar Kualiti LPP

Selaras dengan Dasar Kualiti LPP samada di peringkat ibu pejabat atau di negeri, sentiasa mahukan perkhidmatan yang terbaik dan berkesan terhadap para peladang. Sebagai salah satu agensi yang bernaung di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, LPP perlu memastikan setiap perlaksanaan program yang disalurkan dapat memberi faedah kepada semua ahli. Adalah menjadi bertanggungjawab setiap LPP Negeri untuk merencanakan perjalanan PP bagi melaksanakan projek dengan perkhidmatan yang telus dan berkesan. Sempena Sambutan Hari Inovasi LPP tahun 2011, anugerah pengurusan LPP Terbaik diberi kepada LPP Negeri yang memenuhi standard pencapaian yang ditetapkan.

Anugerah Pengurusan LPP Negeri Terbaik tahun 2011 dimenangi oleh Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu. LPP Negeri diterajui oleh Tuan Haji Shamsuddin Bin Mat Rani sebagai Pengarah Negeri dengan dibantu anggota pelbagai peringkat. Sebagai peneraju kepada 16 buah Pertubuhan Peladang (PP) di Terengganu, semua anggotanya sentiasa mengamalkan budaya kerja cemerlang. Untuk memperkukuhkan

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian8

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 9

perkhidmatan, LPP Terengganu mempunyai 5 cawangan iaitu Cawangan Pembangunan, Cawangan Pentadbiran & Kewangan, Cawangan Urusan Pendaftar, Cawangan Audit Pertubuhan dan Cawangan Teknologi Maklumat. Kesemua cawangan ini sentiasa bekerjasama bagi mewujudkan cara kerja yang lebih kondusif dan dinamik.

LPP Terengganu juga telah mewujudkan suasana tempat kerja yang indah dan selesa. Suasana ini disokong dengan kepimpinan yang ada dan telah membudayakan semangat kerja berpasukan yang tinggi. Disamping itu, LPP Negeri juga dapat menyelia, melaksana dan memantau pelan tindakan bersepadu untuk mencapai matlamat organisasi. Pemantauan pengurusan samada dari kerja dan kebajikan pekerja sentiasa diutamakan. Sifat seperti ini telah memberikan impak positif kepada PP dibawah naungannya untuk dijadikan tauladan.

LPP Negeri telah mengenal pasti dengan tepat kehendak pelanggan seperti yang digariskan dalam piagam pelanggan. Kepuasan hati pelanggan terbukti dapat dipenuhi oleh anggota LPP Terengganu berdasarkan maklum balas yang diterima sama ada secara lisan atau bertulis. Maklumbalas yang diterima adalah membanggakan. Melalui aduan pelanggan, LPP Terengganu

sentiasa mengambil perhatian dan berusaha untuk memperbaiki segala kelemahan. Ini bertujuan supaya tahap kecekapan dan produktiviti kerja semakin bertambah.

Dari segi peningkatan pengeluaran makanan, LPP Terengganu memberikan keutamaan dalam projek-projek pengeluaran makanan yang diusahakan oleh PP. Antara Projek tersebut ialah :

• TernakanKambingboer • Projekfetigasirockmelon

• Projekfertigasicili, • Jagung

• Vitato • IkanMarin,

• danlain-lain.

Projek-projek PP yang di kawal selia LPP Terengganu mencapai kejayaan yang membanggakan. Kejayaan ini menunjukkan anggota LPP Negeri Terengganu telah merancang, mengurus dan memantau segala program dan projek dengan jayanya serta dapat memberi perkhidmatan pengurusan yang professional kepada Pertubuhan Peladang. Adalah diharapkan supaya LPP Terengganu meneruskan kecemerlangan ini di masa akan datang.

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 9

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian10

Perkembangan ICT dalam negara kita

kini berkembang pesat. Sektor pertanian turut tidak ketinggalan dalam memastikan penggunaan teknologi terkini diaplikasikan. Selaras dengan perkembangan semasa, Pertubuhan Peladang Kawasan turut terlibat secara langsung dalam penggunaan ICT.

Melihat kepada teknologi maya yang amat perlu diguna pakai, PPK telah memperkukuhkan penggunaan ICT di kalangan anggota dan ahlinya. Disamping itu, PPK juga dapat memberi maklumat terkini dan berterusan kepada golongan sasar. Atas inisiatif yang ditunjukkan, PPK yang mencatatkan prestasi pengurusan ICT terbaik diberi pengiktirafan sempena Sambutan Hari Inovasi.

Anugerah Kategori Pengurusan ICT Terbaik tahun 2011 dimenangi oleh

PPK Merbok – Capai Tahap Pengurusan ICT PP Terbaik

Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Merbok Kedah. PPK ini diterajui oleh Tuan Haji Yahaya bin Abd. Azizi selaku Pengurus Besar dengan dibantu oleh 29 anggota lantikan LPP dan PPK. Bagi mengemas kini urustadbir dan keperluan ICT PPK, pengurusan PPK telah melantik Puan Nor Afzan binti Abd Jabar sebagai pegawai penyelaras ICT. Beliau akan memastikan semua rekod dan data yang disimpan mengikut sistem yang telah diwujudkan. Antara objektif PPK mewujudkan sistem penggunaan komputer ini adalah :

• Pusat penyelarasan dan penyatuansumber maklumat yang dikumpul ke dalam satu rangkaian sistem.

• Memudahkancapaiankeinternet.

• Memudahkan pencarian sesuatumaklumat.

• Meningkatkan kualiti perkhidmatanpekerja.

• MenambahpengetahuandalambidangICT.

• Membangunankan sistem aplikasiyang dapat membantu pengemaskinian maklumat PP dan ahli.

Berdasarkan sistem yang diwujudkan, semua dokumen berkaitan sistem aplikasi, inventori, penyelenggaraan perkakasan disimpan didalam fail-fail yang berkenaan bertujuan untuk memudahkan rujukan. Pengwujudan sistem ini secara tidak langsung telah meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan PP. Disamping itu, penggunaan sistem ini akan memudahkan PPK untuk merancang dan memantau aktiviti samada dari segi pentadbiran, perlaksanaan projek dan khidmat sosial. Kemudahan perkhidmatan seperti ini akan mendapat perhatian ahli dan sekaligus akan menarik perhatian golongan muda untuk mendekati sektor pertanian.

Selain itu peralatan ICT juga disusun dengan kemas dan teratur dengan menampal poster dan peringatan keselamatan ICT. Ini akan memudahkan pengguna menggunakan peralatan ICT dengan berhati-hati. Semua penggunaan ICT akan direkodkan untuk tujuan semakan dan rujukan. PPK Merbok mempunyai 20 unit komputer dan 3 unit ‘notebook’. Nisbah pengguna dan komputer adalah 1:1. Selain perkakasan tersebut, terdapat 1 unit server, 7 unit pencetak laser serta dotmatrix, 2 unit pengimbas dan 1 unit projektor. PPK menggunakan antivirus berlesen dan terkini bagi semua komputer

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian10

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 11

dan notebook. Selain itu, penyelenggaraan perisisan dijalankan setiap bulan bagi memastikan sistem beroperasi dengan baik.

Untuk capaian ke internet, PPK menggunakan talian streamyx melalui capaian internet tanpa wayar (WiFi). PPK menggunakan sistem aplikasi yang dibekalkan oleh LPP seperti Sistem Primary Pertubuhan Peladang (SPPP), HRMIS dan e-Prestasi. PPK turut menggunakan sistem aplikasi lain seperti Sistem Gaji (SIGA) bagi tujuan bayaran gaji kakitangan lantikan PPK, Sistem Pengurusan Ahli (SISPRO), Sistem Simpanan, Sistem Separa (MEP) dan Sistem Jadi (insentif racun, baja tambahan dan input). Setiap sistem ini telah ditambah baik dari semasa ke semasa untuk memastikan ia sentiasa dikemaskini.

Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Merbok juga melaksanakan ‘backup data’ untuk sistem yang dibekalkan oleh LPP. ‘Backup data’ ini dilaksanakan melalui server dan juga ‘external hard disk’. Ianya adalah sebagai simpanan data jika data pada perisian telah rosak atau dimasuki virus. PPK Merbok turut mempunyai laman sesawang (Website) yang telah dibina untuk memudahkan ahli mendapat maklumat terkini. Pengemaskinian maklumat dilaksanakan oleh Pegawai Penyelaras ICT PP dengan dibantu oleh anggota PPK. Sistem penyelenggaran ICT dilaksanakan mengikut keperluan bagi mempastikan segala peralatan, sistem dan aplikasi berada dalam keadaan yang terbaik bagi melicinkan urusan di PPK.

Adalah menjadi harapan PPK Merbok untuk terus membantu anggota dan ahli menambah ilmu pengetahuan dalan teknologi ICT. Peranan teknologi ICT perlu dipertingkatkan di semua PP supaya PP tidak ketandusan sistem teknologi maklumat yang semakin hari semakin canggih. Tahniah kepada PPK Merbok yang telah berjaya meningkatkan pengurusan ICT.

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 11

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian12

Kepesatan pembangunan pertanian di Malaysia

kini dapat dilihat dengan peningkatan nilai bekalan eksport hasil pertanian. Semua jabatan dan agensi yang bernaung di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sentiasa sedia berkhidmat untuk menyumbang idea, tenaga, pengetahuan dan teknologi kepada semua petani.

Atas kesedaran dan keperluan tersebut Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) telah merangka pelan perkhidmatan yang dilaksanakan melalui Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) kepada ahli. Saluran perkhidmatan ini perlu dilaksanakan untuk memenuhi kehendak petani supaya seiring dengan perkembangan industri lain dan teknologi.

Disamping perlaksanaan projek yang dijalankan, PPK juga perlu memastikan kualiti perkhidmatan yang diberikan. Pada setiap tahun LPP menganjurkan hari Anugerah Inovasi sebagai pendorong kepada PPK untuk memberi pengiktirafan kepada perkhidmatan yang diberikan. PPK juga akan dinilai berdasarkan

kriteria-kriteria tertentu supaya perkhidmatan yang diberikan mencapai tujuan kepada golongan sasaran. Anugerah Kategori Penyampaian Sepuluh Perkhidmatan Terbaik dimenangi oleh Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Kurau Perak. PPK yang diterajui oleh Encik Abdul Halim Bin Ahmad dengan dibantu seramai 10 orang anggota ini mementingkan kualiti dalam memberi perkhidmatan kepada ahli.

Sepuluh perkhidmatan yang disediakan kepada ahli adalah seperti berikut :

• PerkhidmatanPembiayaan

• PerkhidmatanTeknologiPemprosesanMakanan

• PerkhidmatanPemasaran

• PerkhidmatanBekalanLadang

• PerkhidmatanPusatSumberSibertani

• PerkhidmatanTeknologiLepasTuai

• Perkhidmatan Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia

• PerkhidmatanMekanisasi/AutomasiLadang

• PerkhidmatanInfrastrukturLadang

• PerkhidmatanPengembangandanKhidmatNasihat

Penyampaian 10Perkhidmatan Terbaik

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian12

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 13

Bagi memastikan perkhidmatan yang diberi sampai kepada ahli dan mencapai matlamat, pengurusan PPK mengambil beberapa langkah dalam penyediaan maklumat mengenai Sepuluh Perkhidmatan. Poster Sepuluh (10) Perkhidmatan diletakkan di tempat yang strategik dan mudah dilihat untuk makluman kepada ahli-ahli yang berurusan di PPK. Mereka akan dapat melihat dengan jelas perkhidmatan yang ditawarkan.

Di samping itu ‘flyer’ Sepuluh Perkhidmatan disediakan dandiedarkan untuk kemudahan ahli. Setiap maklumat yang diberikan boleh digunakan sepenuhnya oleh ahli untuk menjalankan aktiviti mereka. Setiap anggota PPK diberi pendedahan dan pengetahuan yang secukupnya. Ini akan membolehkan mereka memberikan perkhidmatan terbaik kepada ahli.

Keberkesanan perkhidmatan yang diberi dipantau melalui borang terima pesanan dan aduan. Aduan akan direkod untuk rujukan pihak pengurusan PPK. Selain itu, PPK turut menyediakan carta proses aliran kerja Sepuluh Perkhidmatan agar permohonan ahli dapat diproses segera mengikut prosedur yang ditetapkan. Ini akan dijadikan pengukur keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada PPK. Jawatankuasa bagi mengatasi permasalahan yang timbul semasa penyediaan dan perlaksanaan perkhidmatan ditubuhkan dalam memastikan ia dilaksanakan seperti yang dirancang. Kerjasama yang terjalin antara ahli dan pihak pengurusan berterusan dalam memastikan aktiviti pertanian yang dijalankan selari dengan kehendak kerajaan. Kejayaan dan keberkesanan sektor pertanian memerlukan penglibatan dan sokongan dari semua pihak yang terlibat samada diperingkat PPK, LPP mahupun Kementerian. Peningkatan mutu perkhidmatan akan bertambah sekiranya semua pihak sentiasa bekerjasama dan peka terhadap perkhidmatan yang diberikan.

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 13

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian14

PROGRAM TRANSFORMASILEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG

Oleh : Wahyudi bin Baharudin, LPP Ibu Pejabat.

1 November 2011

Mesyuarat Jawatankuasa Induk HPPNK bil.2/2011

Timbalan Ketua Setiausaha(Perancangan) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Yang Berusaha Tuan Haji Raihan bin Sharif telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk HPPNK bil.2/2011 bertempat di Bilik Gerakan Negeri, Bangunan Perak Darul Ridzuan.

8 November 2011

Mesyuarat Jawatakuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JKPA) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Suku Ketiga Tahun 2011

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Yang Bahagia Dato’ Mohd Hashim Bin Abdullah telah mempengerusikan mesyuarat yang diadakan di Bilik Gerakan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Turut serta dalam mesyuarat tersebut adalah Ketua Pengarah LPP, Yang Hormat Dato’ Haji Arpan Shah bin Satu.

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian14

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 15

8 November 2011

Majlis Perasmian Mesyuarat Agung NAFAS kali ke 38

Majlis Perasmian disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB. Tan Sri Muhyiddin bin Yassin bertempat di Manhattan Ballroom, Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur. Turut serta pada majlis tersebut adalah Pengerusi LPP, Y.Bhg. Dato’ Zainal bin Dahalan dan Ketua Pengarah LPP, YH. Dato’ Haji Arpan Shah bin Satu.

9 November 2011

Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 17 Permodalan Peladang Berhad

Ketua Pengarah LPP, Yang Hormat Dato’ Haji Arpan Shah bin Satu telah merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 17 Permodalan Peladang Berhad bertempat di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur.

10 November 2011

Mesyuarat Lembaga Perolehan ”B” LPP bil.4/2011

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Ketua Pengarah LPP, Yang Hormat Dato’ Haji Arpan Shah bin Satu bertempat di Bilik Kasturi, Aras 3, LPP Ibu Pejabat.

10 Nevember 2011

Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Persatuan/Kesatuan Dalaman LPP Bagi Tahun 2011

Pengerusi LPP, Yang Bahagia Dato’ Zainal bin Dahalan telah merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan/Kesatuan Dalaman LPP bagi tahun 2011 bertempat di Hotel The Regency, Jalan Raja Alang, Chow Kit, Kuala Lumpur. Turut serta adalah Ketua Pengarah LPP, Yang Hormat Dato’ Haji Arpan Shah bin Satu.

12 November 2011

Majlis Pelancaran Pusat Pengumpulan Ladang (PPL) Bukit Belimbing dan Penyampaian Bantuan Azam Tani Parlimen Tanjung Karang

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Yang Berhormat Datuk Seri Noh bin Haji Omar telah merasmikan Majlis Pelancaran Pusat Pengumpulan Ladang (PPL) Bukit Belimbing dan Penyampaian Bantuan Azam Tani Parlimen Tanjung Karang yang telah diadakan di PPK Bukit Belimbing, Kuala Selangor, Selangor. Ketua Pengarah LPP, Yang Hormat Dato’ Haji Arpan Shah bin Satu turut serta pada majlis tersebut.

12 November 2011

Majlis Perasmian Pelancaran KORTANI peringkat PPK Gombak dan Petaling

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Pengerusi LPP, Yang Bahagia Dato’ Zainal bin Dahalan bertempat di Taman Rekreasi Alang Sendayu, Batu 12, Gombak, Selangor.

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 15

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian16

Penaung :Dato’ Arpan Shah bin Satu

Penasihat :Haji Ramli bin SalikanHaji Mohd. Salim bin Haji Taha

Ketua Pengarang :Haji Md. Zahari bin Abdullah

Penyunting :Azizan bin Haji OthmanAnnie Laily bt Arif

Edisi Internet :Haninah bt Abd. RahmanShahzunizam bin Zulkafli

Grafik :Kamaruzzan bin Hanif

Jurufoto :Ishak bin Abd. Rahman

Diterbitkan oleh :Lembaga Pertubuhan Peladang,Blok C, Pusat Bandar Damansara,50460 Kuala Lumpur.

Edaran Majalah Transformasi :Nik Mazri bin Mat YusofMohd Haniff bin Asim@HasyimNaharuddin bin Abdul RahmanWahyudi bin BaharudinAdnan bin IsmailShafrin Azhar bin Abd. Ghani

Berita Transformasi Elektronik boleh dilayari :Http://www.lpp.gov.my

Dicetak oleh :OMR Press Sdn. Bhd.Tel : 03-8024 6396

“ Lahir Peladang Progresif ”

14 November 2011

Majlis Perasmian Hari Inovasi LPP 2011

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Yang Bahagia Dato’ Mohd Hashim Bin Abdullah bertempat di Dewan Terbuka, Blok K, Pusat Bandar Damansara, Kuala Lumpur. Pengerusi LPP, Yang Bahagia Dato’ Zainal bin Dahalan dan Ketua Pengarah LPP, Yang Hormat Dato’ Haji Arpan Shah bin Satu turut hadir ke majlis tersebut.

17 November 2011

Majlis Khidmat Cemerlang Operator/Pekerja PPN Jentera 2011Ketua Pengarah LPP, Yang Hormat Dato’ Haji Arpan Shah bin Satu telah merasmikan Majlis Khidmat Cemerlang Operator/Pekerja PPN Jentera 2011 di Institut Pengurusan Peladang Langkawi, Kedah.

19 November 2011

Majlis Perasmian Hari Peladang, Penternak dan Nelayan (HPPN) Negeri Selangor 2011

Majlis Perasmian Hari Peladang, Penternak dan Nelayan (HPPN) Negeri Selangor 2011 telah disempurnakan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Yang Berhormat Datuk Seri Noh bin Haji Omar bertempat di Stesen Mardi, Jalan Kebun, Klang, Selangor. Pengerusi LPP, Yang Bahagia Dato’ Zainal bin Dahalan turut hadir ke majlis tersebut.

Lah i r Pe l adang P r og res i f