kejohanan bola jaring pesta sukan antara yayasan...

13
1 Peraturan Pertandingan Bola Jaring – PESAYA KE-11, JOHOR 2013 Peraturan Pertandingan 1) Nama Pesta Sukan Antara Yayasan Negeri Se-Malaysia ke-11 akan mengelolakan satu kejohanan yang di namakan KEJOHANAN BOLA JARING. Kejohanan ini terbuka kepada Pasukan Bola Jaring Yayasan Negeri Se-Malaysia yang menyertai PESAYA KE-11 JOHOR 2013. 2) Pengelolaan Pertandingan ini akan di kelolakan bersama oleh YAYASAN PELAJARAN JOHOR dan PERSATUAN BOLA JARING JOHOR. 3) Tarikh dan tempat Kejohanan Kejohanan ini akan berlangsung di dalam tempoh 9hb hingga 15hb Februari 2013 dan akan diadakan di Dewan Serbaguna Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, Johor. 4) Syarat- syarat Penyertaan 4.1 Sila rujuk Peraturan Am Kejohanan PESAYA ke 11 tahun 2013. KEJOHANAN BOLA JARING PESTA SUKAN ANTARA YAYASAN NEGERI SE-MALAYSIA KE – 11, JOHOR 2013

Upload: others

Post on 07-Sep-2019

28 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEJOHANAN BOLA JARING PESTA SUKAN ANTARA YAYASAN …ypj.gov.my/pesaya/document/Peraturan_bolajaring.pdf · Peraturan Pertandingan Bola Jaring – PESAYA KE-11, JOHOR 2013 Peraturan

1 Peraturan Pertandingan Bola Jaring – PESAYA KE-11, JOHOR 2013

Peraturan Pertandingan

1) Nama

Pesta Sukan Antara Yayasan Negeri Se-Malaysia ke-11 akan mengelolakan satu

kejohanan yang di namakan KEJOHANAN BOLA JARING. Kejohanan ini terbuka kepada

Pasukan Bola Jaring Yayasan Negeri Se-Malaysia yang menyertai PESAYA KE-11 JOHOR

2013.

2) Pengelolaan

Pertandingan ini akan di kelolakan bersama oleh YAYASAN PELAJARAN JOHOR dan

PERSATUAN BOLA JARING JOHOR.

3) Tarikh dan tempat Kejohanan

Kejohanan ini akan berlangsung di dalam tempoh 9hb hingga 15hb Februari 2013 dan

akan diadakan di Dewan Serbaguna Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, Johor.

4) Syarat- syarat Penyertaan

4.1 Sila rujuk Peraturan Am Kejohanan PESAYA ke 11 tahun 2013.

KEJOHANAN BOLA JARING

PESTA SUKAN ANTARA YAYASAN NEGERI SE-MALAYSIA KE – 11, JOHOR 2013

Page 2: KEJOHANAN BOLA JARING PESTA SUKAN ANTARA YAYASAN …ypj.gov.my/pesaya/document/Peraturan_bolajaring.pdf · Peraturan Pertandingan Bola Jaring – PESAYA KE-11, JOHOR 2013 Peraturan

2 Peraturan Pertandingan Bola Jaring – PESAYA KE-11, JOHOR 2013

4.2 Penyertaan adalah terbuka kepada semua kontijen daripada setiap Yayasan

Negeri yang menyertai PESAYA ke 11 tahun 2013.

4.3 Setiap kontinjen Yayasan Negeri hanya boleh mendaftarkan satu (1) pasukan

sahaja

4.4 Hanya peserta yang didaftarkan sahaja layak menyertai pertandingan ini.

4.5 Pertukaran peserta yang didaftarkan selepas Mesyuarat pengurus pasukan

adalah tidak dibenarkan.

4.6 Status sukan adalah WAJIB (di ambil mata).

4.7 WAJIB menyenaraikan minima seorang pemain veteran (pemain yang berumur

35 tahun keatas pada 1 Januari 2013)

5) Format Pertandingan

5.1 Pertandingan Liga Peringkat Awal melibatkan dua (2) kumpulan iaitu Kumpulan A

& Kumpulan B.

5.2 Pertandingan Peringkat Separuh Akhir dan Akhir di mainkan secara kalah mati.

5.3 Pasukan yang kalah di peringkat Separuh Akhir akan bertanding bagi tempat

ketiga dan keempat.

Page 3: KEJOHANAN BOLA JARING PESTA SUKAN ANTARA YAYASAN …ypj.gov.my/pesaya/document/Peraturan_bolajaring.pdf · Peraturan Pertandingan Bola Jaring – PESAYA KE-11, JOHOR 2013 Peraturan

3 Peraturan Pertandingan Bola Jaring – PESAYA KE-11, JOHOR 2013

6) Cara Pertandingan

6.1 Jawatankuasa Sukan & Teknikal bertanggungjawab menentukan pertandingan ini

berjalan dengan baik dan lancar serta sesuai dengan kehendak-kehendak pihak

pengelola. Jawatankuasa berhak mengubah format pertandingan sekiranya

perlu.

6.2 Peringkat Awal

6.2.1 Pertandingan di jalankan secara liga dalam kumpulan.

Penentuan pembahagian liga kumpulan akan ditentukan oleh

Jawatankuasa Sukan & Teknikal Pengelola Sukan Bola Jaring PESAYA 11

tahun 2013.

6.2.2 Format pertandingan secara liga adalah seperti di Lampiran 1.

6.2.3 Pemberian mata adalah seperti berikut:

Menang - 3 mata

Seri - 1 mata

Kalah - 0 mata

6.2.4 Jika terdapat dua atau lebih pasukan memperolehi mata yang sama,

pemenang akan ditentukan seperti berikut:

a) Secara PURATA GOL, iaitu dengan membahagikan jumlah gol

yang dijaringkan dengan jumlah gol yang kena

Page 4: KEJOHANAN BOLA JARING PESTA SUKAN ANTARA YAYASAN …ypj.gov.my/pesaya/document/Peraturan_bolajaring.pdf · Peraturan Pertandingan Bola Jaring – PESAYA KE-11, JOHOR 2013 Peraturan

4 Peraturan Pertandingan Bola Jaring – PESAYA KE-11, JOHOR 2013

b) Jika Purata Gol masih seri, maka keputusan akan ditentukan

secara PERBEZAAN GOL iaitu jumlah gol yang dijaringkan tolak

jumlah gol yang kena.

c) Jika kedudukan masih seri, maka pasukan yang menjaringkan gol

terbanyak akan diisytiharkan sebagai pemenang.

6.2.5 Hanya 2 pasukan dengan mata tertinggi bagi setiap kumpulan liga layak

ke peringkat kedua.

6.2.6 Jawatankuasa Sukan & Teknikal berhak mengubah bilangan pasukan bagi

setiap kumpulan liga yang layak ke peringkat kedua berdasarkan jumlah

bilangan penyertaan pasukan ke Kejohanan.

6.3 Peringkat Kedua (Separuh Akhir hingga Akhir)

6.3.1 Johan dan Naib Johan setiap kumpulan liga layak memasuki perlawanan

separuh akhir

6.3.2 Pertandingan Separuh Akhir adalah seperti berikut:

Johan Kumpulan A lwn Naib Johan Kumpulan B

Johan Kumpulan B lwn Naib Johan Kumpulan A

6.3.3 Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.

6.3.4 Jadual pertandingan dan ketetapan perlawanan adalah seperti di

Lampiran 2.

Page 5: KEJOHANAN BOLA JARING PESTA SUKAN ANTARA YAYASAN …ypj.gov.my/pesaya/document/Peraturan_bolajaring.pdf · Peraturan Pertandingan Bola Jaring – PESAYA KE-11, JOHOR 2013 Peraturan

5 Peraturan Pertandingan Bola Jaring – PESAYA KE-11, JOHOR 2013

6.3.5 Pasukan yang menang disetiap peringkat akan memasuki peringkat yang

seterusnya.

6.3.6 Pasukan yang kalah di peringkat separuh akhir akan bertanding untuk

tempat ketiga dan keempat.

6.3.7 Bagi pertandingan yang dijalankan secara kalah mati, jika keputusan

pertandingan berakhir dengan seri, maka keputusan pertandingan akan

ditentukan seperti berikut:

a) Apabila tamat masa pertandingan, pasukan akan diberi masa rehat

selama dua (2) minit.

b) Masa tambahan selama dua (2) x tujuh (7) minit setiap bahagian akan

dimainkan

c) Pasukan akan bertukar Kawasan Gol dan perlawanan dimulakan

semula oleh pasukan yang berhak kepada Hantaran Tengah

berikutnya.

d) Pasukan bertukar Kawasan Gol diseparuh masa tanpa rehat

e) Sekiranya berlaku seri di akhir masa tambahan, permainan akan

diteruskan sehingga satu pasukan mendapat dua (2) kelebihan gol.

Page 6: KEJOHANAN BOLA JARING PESTA SUKAN ANTARA YAYASAN …ypj.gov.my/pesaya/document/Peraturan_bolajaring.pdf · Peraturan Pertandingan Bola Jaring – PESAYA KE-11, JOHOR 2013 Peraturan

6 Peraturan Pertandingan Bola Jaring – PESAYA KE-11, JOHOR 2013

7) Bilangan Pegawai dan Peserta

7.1 Bilangan Pegawai dan Atlet bagi Kejohanan ini untuk satu pasukan adalah

14 orang yang terdiri daripada:

Pengurus Pasukan 1 orang

Jurulatih Pasukan 1 orang

Atlet / pemain 12 orang

7.2 Sekiranya, jurulatih atau / dan pengurus pasukan hendak bermain di dalam

pertandingan, maka nama jurulatih dan pengurus pasukan tersebut

hendaklah didaftarkan sebagai pemain di dalam senarai pemain. Namun pemain

mestilah mematuhi syarat pertandingan seperti yang termaktub di dalam

Peraturan Am PESAYA ke 11 tahun 2013.

7.3 Tidak Cukup Pemain

Pertandingan ini boleh di mulakan melainkan satu-satunya pasukan itu

menurunkan sekurang-kurangnya 5 orang pemain. Pasukan yang kurang dari 5

orang pemain dianggap kalah.

8) Jadual, Waktu dan Tempat Perlawanan

8.1 Jawatankuasa Sukan & Teknikal akan merangka jadual pertandingan. Jadual ini

akan diedarkan kepada semua pasukan yang mengambil bahagian sekurang-

kurangnya empat belas (14) hari sebelum perlawanan di mulakan.

Page 7: KEJOHANAN BOLA JARING PESTA SUKAN ANTARA YAYASAN …ypj.gov.my/pesaya/document/Peraturan_bolajaring.pdf · Peraturan Pertandingan Bola Jaring – PESAYA KE-11, JOHOR 2013 Peraturan

7 Peraturan Pertandingan Bola Jaring – PESAYA KE-11, JOHOR 2013

8.2 Masa dan tempat perlawanan diserah kepada Jawatankuasa Sukan & Teknikal

dan akan diumumkan kepada setiap pasukan sejurus selepas jadual perlawanan

siap dirangka.

9) Pakaian dan Warna Jersi Pasukan

9.1 Pemain-pemain diwajibkan memakai bib mengikut Peraturan Gabungan

Persekutuan Bola Jaring Wanita Antarabangsa (IFNA)

9.2 Tiap-tiap pasukan dikehendaki membawa 2 set bib

9.3 Pemain-pemain hanya dibenarkan memakai seluar trek dan jersi secara

berpasukan sahaja.

9.4 Jika kedua-dua pasukan memakai bib yang sama warna, penentuan dibuat

secara lambungan duit.

10) Peraturan Pelawanan

10.1 Pertandingan akan di jalankan mengikut Peraturan Am Kejohanan PESAYA ke 11

tahun 2013 dan juga Undang-Undang Permainan yang digunapakai dan

berkuatkuasa sebagaimana yang diputuskan oleh Lembaga Persatuan-Persatuan

Bola Jaring Antarabangsa.

Page 8: KEJOHANAN BOLA JARING PESTA SUKAN ANTARA YAYASAN …ypj.gov.my/pesaya/document/Peraturan_bolajaring.pdf · Peraturan Pertandingan Bola Jaring – PESAYA KE-11, JOHOR 2013 Peraturan

8 Peraturan Pertandingan Bola Jaring – PESAYA KE-11, JOHOR 2013

10.2 Sekurang-kurangnya 30 minit sebelum bermulanya perlawanan, tiap-tiap

pasukan hendaklah mengemukakan nama tujuh (7) pemain dan tiga (3) pemain

simpanan serta posisi mereka di dalam borang yang di berikan oleh pengadil.

10.3 Setiap pasukan DIWAJIBKAN mendaftarkan minima sekurang-kurangnya seorang

pemain veteran (35 tahun dan ke atas).

10.4 Sekurang-kurangnya seorang pemain veteran mestilah bermain di dalam

pertandingan yang berlangsung pada setiap masa. Pemain veteran yang di

keluarkan perlu digantikan dengan pemain status yang sama.

10.5 Pemain berstatus veteran hendaklah memakai lilitan ‘identification band’ di

lengan kiri bajunya. Sekiranya pemain veteran ditukar, lilitan tangan perlulah

dipakai oleh pemain veteran yang menggantikan pemain veteran yang telah

ditukar.

10.6 Tiada had penukaran pemain TETAPI penukaran pemain hanyalah boleh dibuat

semasa masa rehat dan semasa kecederaan.

11) Masa Permainan

11.1 Pertandingan akan dijalankan selama 23 minit, iaitu 10 minit bagi tiap-tiap

separuh masa pertama dan kedua. Masa rehat adalah 3 minit.

11.2 Pasukan hendaklah bertukar gol selepas separuh masa permainan.

Page 9: KEJOHANAN BOLA JARING PESTA SUKAN ANTARA YAYASAN …ypj.gov.my/pesaya/document/Peraturan_bolajaring.pdf · Peraturan Pertandingan Bola Jaring – PESAYA KE-11, JOHOR 2013 Peraturan

9 Peraturan Pertandingan Bola Jaring – PESAYA KE-11, JOHOR 2013

11.3 Pemain tidak boleh meninggalkan padang sewaktu pertandingan berjalan atau

ketika waktu rehat atau ketika rehat antara cukup masa dengan masa tambahan

kecuali dengan kebenaran pengadil.

12) Perkara-perkara yang tidak dinyatakan

Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Permainan ini akan diputuskan

oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan dan keputusannya adalah MUKTAMAD.

***********

Page 10: KEJOHANAN BOLA JARING PESTA SUKAN ANTARA YAYASAN …ypj.gov.my/pesaya/document/Peraturan_bolajaring.pdf · Peraturan Pertandingan Bola Jaring – PESAYA KE-11, JOHOR 2013 Peraturan

10 Peraturan Pertandingan Bola Jaring – PESAYA KE-11, JOHOR 2013

LAMPIRAN

Kejohanan Bola Jaring

Pesta Sukan Antara Yayasan Negeri Se-Malaysia ke-11

(PESAYA ke-11 JOHOR 2013)

Kedudukan Kumpulan

KUMPULAN A

KUMPULAN B

A 1

PAHANG B 1 JOHOR

A 2

KEDAH B 2 SARAWAK

A 3

MELAKA B 3 PERAK

A 4

SABAH B 4 N. SEMBILAN

Page 11: KEJOHANAN BOLA JARING PESTA SUKAN ANTARA YAYASAN …ypj.gov.my/pesaya/document/Peraturan_bolajaring.pdf · Peraturan Pertandingan Bola Jaring – PESAYA KE-11, JOHOR 2013 Peraturan

11 Peraturan Pertandingan Bola Jaring – PESAYA KE-11, JOHOR 2013

LAMPIRAN 1

Kejohanan Bola Jaring

Pesta Sukan Antara Yayasan Negeri Se-Malaysia ke-11

(PESAYA ke-11 JOHOR 2013)

Format perlawanan secara liga (pusingan awal)

Kumpulan A

Pahang Kedah Melaka Sabah Mata Kedudukan

Pahang

Kedah

Melaka

Sabah

Kumpulan B

Johor Sarawak Perak N.Sembilan Mata Kedudukan

Johor

Sarawak

Perak

N.Sembilan

Page 12: KEJOHANAN BOLA JARING PESTA SUKAN ANTARA YAYASAN …ypj.gov.my/pesaya/document/Peraturan_bolajaring.pdf · Peraturan Pertandingan Bola Jaring – PESAYA KE-11, JOHOR 2013 Peraturan

12 Peraturan Pertandingan Bola Jaring – PESAYA KE-11, JOHOR 2013

LAMPIRAN 2

Kejohanan Bola Jaring

Pesta Sukan Antara Yayasan Negeri Se-Malaysia ke-11

(PESAYA ke-11 JOHOR 2013)

Format Perlawanan Peringkat Kedua (Separuh Akhir hingga Akhir)

SEPARUH AKHIR KE-3 DAN 4 AKHIR

Johan A

Naib Johan B

KE-3 & 4 AKHIR

Johan B

Naib Johan A

Page 13: KEJOHANAN BOLA JARING PESTA SUKAN ANTARA YAYASAN …ypj.gov.my/pesaya/document/Peraturan_bolajaring.pdf · Peraturan Pertandingan Bola Jaring – PESAYA KE-11, JOHOR 2013 Peraturan

13 Peraturan Pertandingan Bola Jaring – PESAYA KE-11, JOHOR 2013

LAMPIRAN 2

Kejohanan Bola Jaring

Pesta Sukan Antara Yayasan Negeri Se-Malaysia ke-11

(PESAYA ke-11 JOHOR 2013)

Cadangan tarikh dan jadual Kejohanan

Tarikh Masa No Perlwnn

Perlawanan Kump Padang Keputusan

10.2.13 8.00 pagi 1 Pahang x Kedah A 1

(Ahad) 8.40 pagi 2 Johor x Sarawak B 1

9.20 pagi 3 Melaka x Sabah A 1

10.00 pagi 4 Perak x N. Sembilan B 1

10.40 pagi 5 Pahang x Melaka A 1

11.20 pagi 6 Kedah x Sabah A 1

12.00 t/hari 7 Johor x Perak B 1

2.00 t/hari 8 Sarawak x N. Sembilan B 1

2.40 petang 9 Pahang x Sabah A 1

3.20 petang 10 Kedah x Melaka A 1

4.00 petang 11 Johor x N. Sembilan B 1

4.40 petang 12 Sarawak x Perak B 1

11.2.13 8.00 pagi 13 Johan A x Naib Johan B M 1

(Isnin) 8.40 pagi 14 Johan B x Naib Johan A N 1

9.20 pagi 15 Naib Johan M x Naib Johan N 3 / 4 1

10.00 pagi 16 Menang M x Menang N 1 / 2 1

Nota:

Jawatankuasa Sukan & Teknikal Pengelola Sukan Bola Jaring PESAYA 11 tahun 2013 berhak

mengubah format ini jika perlu