document 4

8
1.0 PENDAHULUAN Tugas seorang guru kini bukan sekadar pengajar, sebaliknya mencurahkan segala ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada semua murid dan pelajar. Begitupun pada masa kini peranan seorang guru semakin kurang memberi tumpuan kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah walaupun tugas dan tanggungjawab itu sebagai skop tugas utama guru di sekolah. Tugas seorang guru pada hari ini semakin berat dan ramai dalam kalangan guru meluahkan rasa keluhan dan rungutan mengenai tumpuan tugas mereka yang semakin hari semakin membebankan.Tugas dan tanggungjawab guru kini tidak seperti guru pada satu zaman sebelum ini yang dihormati atas kredibiliti sebagai guru yang tegas dalam menyampaikan pengajaran serta cukup disegani atas kedudukan sebagai gedung ilmu. Sebaliknya, pada hari ini semakin banyak pihak yang mungkin mencebik, menjuih bibir apabila guru merungut mengenai beban yang mereka hadapi di sekolah. Tidak kurang juga yang mengatakan guru ketika ini manja dan banyak ‘songeh’ serta pelbagai kritikan lagi dilemparkan kepada para guru termasuklah sindiran seperti ‘sudahlah kerja separuh hari, cuti banyak pula, itupun nak merungut’. Mereka yang kebanyakannya menyalahkan guru dalam isu ini mungkin tidak peka mengenai situasi sebenar kerjaya guru di sekolah ketika ini yang bukan sekadar bekerja melebihi masa sepatutnya, malah dibebani dengan longgokan kerja yang ada kalanya tidak selesai di sekolah dan terpaksa dibawa sehingga ke rumah pada hari Sabtu dan Ahad.

Upload: karipap-go

Post on 07-Dec-2015

229 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

doc

TRANSCRIPT

Page 1: Document 4

1.0 PENDAHULUAN

Tugas seorang guru kini bukan sekadar pengajar, sebaliknya mencurahkan segala ilmu

pengetahuan dan kemahiran kepada semua murid dan pelajar. Begitupun pada masa

kini peranan seorang guru semakin kurang memberi tumpuan kepada aktiviti pengajaran

dan pembelajaran di dalam bilik darjah walaupun tugas dan tanggungjawab itu sebagai

skop tugas utama guru di sekolah. Tugas seorang guru pada hari ini semakin berat dan

ramai dalam kalangan guru meluahkan rasa keluhan dan rungutan mengenai tumpuan

tugas mereka yang semakin hari semakin membebankan.Tugas dan tanggungjawab

guru kini tidak seperti guru pada satu zaman sebelum ini yang dihormati atas kredibiliti

sebagai guru yang tegas dalam menyampaikan pengajaran serta cukup disegani atas

kedudukan sebagai gedung ilmu. Sebaliknya, pada hari ini semakin banyak pihak yang

mungkin mencebik, menjuih bibir apabila guru merungut mengenai beban yang mereka

hadapi di sekolah. Tidak kurang juga yang mengatakan guru ketika ini manja dan

banyak ‘songeh’ serta pelbagai kritikan lagi dilemparkan kepada para guru termasuklah

sindiran seperti ‘sudahlah kerja separuh hari, cuti banyak pula, itupun nak merungut’.

Mereka  yang kebanyakannya menyalahkan guru dalam isu ini mungkin tidak

peka mengenai situasi sebenar kerjaya guru di sekolah ketika ini yang bukan sekadar

bekerja melebihi masa sepatutnya, malah dibebani dengan longgokan kerja yang ada

kalanya tidak selesai di sekolah dan  terpaksa dibawa sehingga ke rumah pada hari

Sabtu dan Ahad.

Di sekolah pada hari ini, banyak kerja yang sepatutnya dilakukan oleh seorang

kerani atau pegawai data kini menjadi tugas seorang guru. Tugas-tugas guru yang rutin

seperti merekod maklumat murid, data profil murid, analisis keputusan ujian dan

peperiksaan secara manual dan berkomputer. Begitu juga dengan kerja-kerja

pembayaran buku rujukan, pembahagian susu dan pakaian sekolah, rekod skim

pinjaman buku teks, inventori aset sekolah dilaksanakan oleh seorang guru. Tugas-

tugas tambahan ini kemudian diteruskan lagi dengan tugas arahan pentadbiran dan

sehinggalah kepada urusan pada peringkat pejabat pelajaran daerah serta jabatan

pelajaran negeri.

Page 2: Document 4

Justeru itu, adalah tidak wajar seorang guru dahulu dan sekarang dijadikan

perbandingan kerana pada zaman berteknologi maklumat serba canggih ini. Jika pada

hari ini semua kerja perlu direkod dalam sistem berkomputer walaupun rekod bertulis

telah dibuat dan yang menyedihkan, bukan semua guru ada komputer dan tidak semua

guru tahu dan celik menggunakan komputer. Bagi ketua panitia mata pelajaran pula,

bebanan itu ditambah dengan keperluan menyediakan kertas soalan peperiksaan,

penyimpanan dan pelaporan serta analisis peperiksaan dan ujian yang telah

dilaksanakan sepanjang tahun.

Profesion sebagai guru adalah profesion yang sungguh mencabar memandangkan tugasnya

yang begitu banyak dan tanggungjawabnya yang begitu berat. Di Malaysia, persoalan

mengenai tekanan kerja di kalangan guru - guru juga menjadi topik hangat yang sering

diperkatakan. Basinun (1995) menyatakan antara masalah utama guru adalah masalah

kenaikan gaji, peluang kenaikan pangkat dan beban kerja guru yang keterlaluan. Selain

daripada tugas mendidik murid - murid, guru-guru perlu berdepan dengan karenah disiplin

murid yang menambahkan lagi beban kerja guru. Muhamad (1995) memetik laporan Kongres

Kesatuan Guru - Guru Malaysia menyatakan bahawa guru-guru menghadapi tekanan dengan

kerja - kerja persediaan mengajar seperti menyediakan perancangan tahunan, penggal,

mingguan dan harian. Di dalam bilik darjah, guru juga menghadapi tekanan dengan karenah

dan bilangan murid yang ramai. Faridah dan Zubaidah (1999) juga mengakui profesion guru

amat mencabar kerana mereka bukan setakat mengajar, malah terpaksa menangani masalah

pelajar nakal dan kerja-kerja perkeranian yang menuntut masa yang banyak untuk diselesaikan.

Beberapa reformasi yang berlaku dalam pendidikan adalah seperti KBSR, KBSM dan KSSR

dilihat seperti menambahkan lagi bebanan kerja guru yang sedia bertimbun.

Menurut Dunham (1992), terdapat lima faktor utama yang menyebabkan berlakunya

tekanan kerja guru iaitu salah laku pelajar, beban tugas, keperluan penghargaan, kekangan

masa dan tekanan kerja di kalangan guru sekolah dan hubungan interpersonal. Keadaan ini

juga berlaku di Malaysia seperti mana yang dinyatakan oleh Faridah dan Zubaidah (1999) di

mana guru berhadapan dengan masalah sosial, anak muda yang terbiar dan masalah disiplin

yang menakutkan serta disusuli pula oleh tekanan kerja yang kuat. Di samping itu, faktor beban

tugas juga banyak mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Di

dalam bilik darjah guru berhadapan dengan masalah salah laku pelajar yang mana faktor ini

dipercayai antara faktor yang menyebabkan guru - guru di sekolah menengah menghadapi

Page 3: Document 4

tekanan. Guru - guru terpaksa berhadapan dengan masalah pelajar-pelajar yang suka membuat

bising, biadap atau kurang ajar dan kesukaran mengawal pelajar dalam kelas.

Sehubungan itu, kita perhatikan bahawa faktor penghargaan merupakan faktor yang

boleh menyebabkan tekanan kerja kepada guru. Faktor penghargaan ini merujuk kepada

penghargaan yang sepatutnya diberikan kepada guru-guru yang rajin, berdedikasi, dan

cemerlang dalam akademik dan kokurikulum. Terdapat guru-guru yang benar-benar memberi

komitmen yang tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran, namun penghargaan yang

sewajarnya masih belum diperolehi. Selain itu, terdapat guru-guru yang tidak berpeluang untuk

kenaikan pangkat dan masih diiktiraf senioritinya untuk memegang sesuatu jawatan.

Adakalanya pandangan, pendapat dan suara guru-guru terhadap kebaikan sekolah tidak

dihargai atau kurang mendapat perhatian yang baik dari pihak pentadbiran sekolah. Ini juga

boleh menimbulkan perasaan tersinggung dan kecewa sehingga menyebabkan guru - guru itu

menjadi kurang proaktif lagi. Terdapat segelintir guru yang melihat gaji yang diterima tidak

seimbang dengan tugasnya sedangkan mereka ini mengharapkan gaji yang seimbang dengan

tugas-tugas yang ditanggungnya. Sepatutnya apabila guru - guru tersebut memegang sesuatu

jawatan atau tugas yang berat, pihak pentadbir harus peka terhadap mereka yang dibebani

kerja yang banyak.

        Profesion keguruan merupakan satu profesion yang memainkan peranan yang sangat

penting dalam menjulang martabat pendidikan di negara kita Malaysia.Ini kerana golongan guru

merupakan golongan utama yang diamanahkan untuk bertanggungjawab membantu negara

dalam mencapai matlamat utama pendidikan di Negara kita iaitu untuk menampung keperluan

tenaga kerja dan mencapai perpaduan Negara melalui perkembangan bersepadu individu yang

menyeluruh dari segi jasmani,emosi,rohani,intelek,dan sosial selaras dengan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan (FPK).

      Dalam menyempurnakan hasrat (FPK),para guru bukan sahaja dituntut untuk sekadar

menyebarkan ilmu semata-mata bahkan mereka juga bertanggungjawab dalam pembentukan

sahsiah dan tingkahlaku anak didik mereka.Untuk itu,dalam mencapai hasrat (FPK)

ini,golongan guru seharusnya sedar bahawa tugas mereka bukanlah satu tugas yang mudah

sebaliknya mereka memikul tanggungjawab yang sangat besar.Ini kerana tugas menyampaikan

Page 4: Document 4

ilmu serta mendidik bukanlah satu tugas yang mudah kerana ia memerlukan satu perancangan

jangkamasa panjang disamping perlu berhadapan dengan karenah anak-anak murid dan juga

mesyarakat di sekeliling.

  

     Disamping itu,mereka juga perlu peka dengan perubahan semasa serta bijak

menyesuaikannya dalam tugas terutamanya bagi menangani masalah pelajar dalam proses

pengajaran dan pembelajaran terutamanya hal-hal yang berkaitan dengan disiplin pelajar yang

sememangnya semakin menular pada masa kini.Secara umumnya,kita boleh mengatakan

bahawa sememangnya para guru perlu mempunyai pengetahuan yang luas dan juga

profesional dalam semua bidang.Menurut Robiah (1998),untuk menjadi seseorang guru yang

profesional,seseorang guru itu perlu menekankan kepada tiga aspek penting yang perlu ada di

dalam dirinya iaitu kepakaran,pengetahuan,dan juga pembentukan sahsiah.

     Ini menunjukkan bahawa dalam menjadi guru yang profesional,amat penting bagi seseorang

guru dalam mempunyai sahsiah dan keperibadian yang mantap disamping mempunyai

kepakaran dan pengetahuan yang luas dalam sesuatu bidang.Sebenarnya pihak kerajaan

sudah lama mahu meningkatkan martabat bidang perguruan ini supaya menjadi satu bidang

ataupun kerjaya yang profesional.Namun apa yang berlaku pada hari ini adalah sangat

menyedihkan di mana ada sahaja kes-kes ataupun isu-isu yang berkaitan dengan salah laku

guru yang sering kita dengar melalui dada televisyen mahupun akhbar-akhbar malah ianya

semakin meningkat dari hari ke hari.

      Sebenarnya isu guru-guru yang melanggar etika perguruan ini bukanlah satu perkara yang

baru dalam bidang pendidikan di negara kita ini malahan ianya sudah wujud sejak dari dahulu

lagi.Walaupun sistem pendidikan pendidikan di Negara kita dilihat semakin maju dan

berkembang,namun sedar atau sedar kita bahawa kes-kes atau isu-isu guru yang melanggar

etika adalah didapati semakin meningkat.Situasi ini dapat dilihat apabila semakain hari semakin

banyak berita-berita ataupun laporan yang tersiar di dada akhbar mahupun berita mengenai

salah laku guru-guru dari seluruh pelosok Negara.Tidak kira siapa pun guru tersebut malahan

guru yang memegang gelaran ustaz sekalipun tidak terlepas daripada terlibat daripada terlibat

Page 5: Document 4

di dalam gejala pelanggaran etika dan tingkahlaku ini.Fenomena ini secara tidak langsung telah

mencalar imej perofesion perguruan yang semakin tidak disenangi oleh ramai pihak ini.

2.0 ULASAN ISU ( GURU PONTENG )

       Guru adalah insan biasa yang mempunyai peribadi dan kehidupan sosialnya yang

tersendiri sama seperti manusia-manusia lain. Justeru, guru tidak terlepas dari melakukan

kesilapan ataupun kesalahan.  Antara isu salah laku guru yang sering diperkatakan masa kini

ialah isu guru ponteng kerja yang sering kita dengar berlaku di mana-mana sekolah tidak kira

sekolah menengah mahupun sekolah rendah. Menurut kamus Dewan edisi ketiga (2002),

ponteng dari segi bahasa boleh didefinisikan sebagai kecoh,tipu,lari daripada tugas yakni

tanggungjawab dan lain-lain.Manakala dari segi istilah ponteng membawa maksud tidak hadir

bertugas tanpa sebab ataupun dengan sebab yang tidak munasabah.

    Menurut Cascio (2005), ketidakhadiran bermaksud apa-apa sahaja kegagalan seseorang

pekerja daripada melaporkan diri ataupun tidak berada di tempat kerja mengikut masa yang

telah ditetapkan atas apa alasan sekalipun.Ini menunjukkan apabila seseorang itu tidak dapat

hadir ke pejabat pada waktu bekerja maka mereka dianggap sebagai tidak hadir.Sekiranya

seseorang pekerja tidak hadir tanpa sebarang sebab yang munasabah, maka ianya boleh

dianggap sebagai ponteng kerja.

     Berdasarkan kepada keratan akhbar Utusan Malaysia yang bertarikh 20 Mei 2008 yang

bertajuk “Guru Ponteng : Tindakan Tegas Akan Diambil”,isu yang dapat dikenalpasti adalah isu

guru yang ponteng kerja di mana pihak kementerian telah mengambil keputusan untuk

mengambil tindakan tegas terhadap seorang guru yang mengajar di sebuah Sekolah

Kebangsaan Jenis Tamil (SJKT)di Perak jika siasatan membuktikan bahawa guru itu ‘ponteng’

mengajar dengan sengaja.Ini bermaksud jika guru tersebut gagal mengemukan sebarang

alasan yang munasabah mengenai ketidakhadirannya ke sekolah,maka guru tersebut akan

dipecat daripada jawatannya sebagai seorang guru secara rasmi.

      Kenyataan tersebut dikeluarkan secara rasmi oleh Timbalan Menteri Kementerian Pelajaran

Malaysia,iaitu Datuk Dr. Wee Ka Siong.Menurut beliau,sebelum mengambil apa-apa

Page 6: Document 4

tindakan,pihak kementerian akan menjalankan siasatan terlebih dahulu untuk membuktikan 

dakwaan bahawa guru tersebut ponteng kerja adalah benar.Ketika ditemubual wartawan pada

ketika itu,beliau mengakui bahawa sedang menunggu laporan penuh daripada jawatankuasa

yang diarahkan bagi membuat siasatan.

    Dakwaan yang dikenakan ke atas guru tersebut adalah berdasarkan rungutan-rungutan yang

dikeluarkan oleh pihak ibu bapa melalui sebuah stesen televisyen yang mendakwa guru

tersebut kerap kali tidak hadir ke sekolah.Guru tersebut juga didapati tidak hadir ke sekolah

selama 30 hari dan dia hanya memaklumkan perkara tersebut kepada pihak sekolah melalui

khidmat pesanan ringkas(SMS).Menurut Datuk Dr. Wee Ka Siong lagi, kementerian mengambil

serius kes tersebut walaupun ia merupakan kes terpencil dan jarang berlaku.Beliau juga

menjelaskan tindakan tegas perlu dilakukan kerana tidak mahu menjejaskan kerjaya perguruan.

     Menurut perkara yang dibincangkan dalam artikel ini,ia secara tidak langsung menunjukkan

bahawa isu guru ponteng ini merupakan satu isu yang serius tidak wajar dipandang enteng oleh

guru-guru walaupun ianya merupakan satu isu yang dilihat tidak meluas dan terpencil.Ini kerana

pihak kementerian sememangnya memandang serius mengenai isu ini kerana ianya boleh

membawa kesan yang buruk terhadap pendidikan di Negara ini khusunya terhadap anak-anak

didik.Ini bertepatan dengan kenyataan Datuk Dr. Wee Ka Siong di dalam artikel ini di mana

beliau menyatakan bahawa pihak kementerian memandang serius kes tersebut walaupun ia

merupakan kes yang terpencil.

        Kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Dr. Wee Ka Siong juga dilihat sangat   bertepatan

dengan satu lagi kenyataan yang telah dibuat oleh Datuk Muhiddin Yusin,Pengarah Pelajaran

Negeri Sabah seperti yang dilaporkan dalam akhbar Utusan Borneo yang bertarikh 24

Disember 2011 yang bertajuk “Guru Ponteng Isu Serius”. Datuk Muhiddin Yusin dalam

kenyataannya berkata “ Pihak Kementerian dan Jabatan Pelajaran Negeri Sabah berasa kesal

dan memandang serius tentang ketidakhadiran guru di Sekolah”.Kenyataan tersebut di buatkan

berdasarkan kepada hasil pemantauan dan pemeriksaan pihak Jemaah Nazir dan Jaminan

Kualiti (JNJK)pada 25 Mei 2010 yang menunjukkan seramai 157 guru dari 14 buah sekolah

yang didapati tidak hadir bertugas di sekolah.Selain itu,dalam artikel yang sama Datuk Muhiddin

juga menegaskan walaupun kejadian itu mungkin terpencil,namun hal berkenaan tidak boleh

dibiarkan berterusan kerana ia mampu melumpuhkan sistem pendidikan negara jika tidak

ditangani  dengan sewajarnya.

Page 7: Document 4

    Kenyataan yang dikeluarkan oleh dua orang menteri yang terdapat di dalam artikel-artikel ini

secara langsungnya mempertengahkan mengenai isu ponteng yang dilihat semakin menular

serta berleluasa di dalam kalangan guru – guru di negara ini.Semakin hari semakin banyak

faktor penyebab yang dilihat menjadi punca kepada gejala ini.Gejala ponteng dikalangan guru

ini juga dilihat secara tidak langsungnya telah mencemarkan nama profesion guru itu sendiri di

samping telah melanggar etika kerja profesion perguruan yang telah digubal.Justeru itu,sebagai

bakal guru,wajarlah isu guru ponteng ini dipertimbangkan serta dibincangkan dengan serius dan

mendalam kerana ianya mencerminkan profesion perguruan yang selama ini dipandang mulia

oleh masyarakat.

        Di sini, saya memilih untuk membincangkan “Masalah Penyalahgunaan Masa” sebagai isu

yang melanggar etika profesion perguruan kerana masalah ini kerap terjadi di kalangan guru.