document 3

Upload: ng-yievia

Post on 03-Mar-2016

13 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

nmvbnmvhnmvbmn

TRANSCRIPT

Sedih harimau makin pupus MyCAT bimbang jumlahnya merosot akibat perburuan haram dan habitat terancam

Suzalinur Manja BidinSebagai pejuang dalam isu pemuliharaan dan perlindungan hidupan liar, Suzalinur Manja Bidin ada sebab untuk berasa kecewa. Kenapa? Ikuti luahan hati beliau.Sejak kecil, saya mempunya minat terhadap alam semula jadi yang terus mendalam seiring dengan usia. Antara pengisian masa lapang adalah dengan beriadah di persekitaran alam semula jadi atau membaca buku mengenainya.Minat saya untuk terlibat secara aktif dalam usaha pemuliharaan harimau bermula setelah saya menamatkan pengajian di peringkat ijazah.Sebagai haiwan pemangsa utama dalam hutan di negara kita, harimau berperanan penting dalam memastikan keseimbangan ekosistem habitatnya.Ekosistem merujuk kepada sebuah hubung kait antara keseluruhan komuniti habitat meliputi tumbuhan, haiwan dan mikroorganisma, untuk berfungsi sebagai sebuah unit. Sebuah ekosistem yang sempurna dan sihat bukan sahaja bermanfaat kepada penghuninya malah memberi kelebihan kepada manusia seperti bekalan air dan udara yang bersih.Namun, sepertimana spesies harimau lain di dunia, harimau Malaya turut berada dalam keadaan bahaya kerana ancaman seperti perburuan haram dan kemusnahan habitat.Apakah saat yang paling saudara ingati sepanjang bersama MyCAT dan apakah yang paling mendukacitakan?Saat paling diingati apabila kerajaan Persekutuan menerbitkan Pelan Tindakan Pemuliharaan Harimau Kebangsaan pada tahun 2008 yang telah diiktiraf oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri setahun selepas itu.Saat paling mendukacitakan saya baru-baru ini pakar pengkaji bersepakat memutuskan bahawa anggaran bilangan harimau Malaya liar di negara kita kini telah berkurangan dengan anggaran jumlah antara 250 hingga 340 ekor berbanding 500 ekor 10 tahun yang lepas dan 3,000 ekor pada 100 tahun lepas.Ini masih terjadi walaupun hampir kesemua usaha pemuliharaan dilaksanakan seperti yang tersenarai dan dirancangkan dalam Pelan Tindakan Pemuliharaan Harimau Kebangsaan, bilangannya tidak bertambah seperti diharapkan.Ini disebabkan oleh permintaan yang tinggi di sesetengah negara untuk bahagian badan harimau liar yang menyebabkan perburuan haram berleluasa.Walaupun kita tidak dapat mengawal perdagangan haram di negara luar, kerajaan dan rakyat Malaysia bertanggungjawab untuk melindungi harimau Malaya yang merupakan ikon penting negara.Oleh kerana harimau Malaya hanya terdapat di Semenanjung Malaysia, kepupusannya di sini bermakna kepupusan subspesies ini secara menyeluruh. Sehingga kini, tiga subspesies harimau liar telah pupus iaitu Harimau Bali, Harimau Kaspia dan Harimau Jawa.Bagaimanakah nasib haiwan liar di negara kita? Apakah masyarakat kian sedar mengenai masalah atau nasib malang spesies terancam ini?Secara keseluruhannya, nasib hidupan liar di negara kita masih lagi berada di tahap yang membimbangkan. Setiap hari ada sahaja berita mengenai rampasan hasil perburuan atau perdagangan haram hidupan liar daripada spesis terancam di media massa.Jenayah hidupan liar kini melibatkan organisasi terancang yang turut terlibat dalam urus niaga dadah, senjata api dan pemerdagangan manusia.Bagaimana memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai pentingnya menyayanagi haiwan?Salah satu daripiada aktiviti anjuran MyCAT adalah untuk menghebahkan mengenai ancaman jenayah terhadap haiwan liar, khususnya harimau Malaya, dan bentuk sokongan yang dapat masyarakat berikan untuk membantu mengurangkan berlakunya jenayah ini.Beberapa bentuk sokongan penting adalah dengan:1. Melaporkan sebarang jenayah yang diketahui atau dicurigai berlaku di persekitaran mereka kepada pihak berkuasa atau ke talian hotline Hidupan Liar MyCAT 019-356 4194 /[email protected] / www.facebook.com/wildlifecrimehotline, yang beroperasi setiap hari sepanjang masa.Aduan boleh meliputi sebarang bentuk perburuan, perdagangan atau pemilikan yang melibatkan apa jua spesies liar yang disenaraikan sebagai dilindungi atau dilindungi sepenuhnya oleh Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.2. Elakkan memburu, menyimpan, membela atau memperdagangkan haiwan daripada spesies hidupan liar yang terancam.3. Jauhi daripada restoran yang menghidangkan sajian hidupan liar terancam.4. Pelajari dan fahami ancaman terhadap harimau Malaya di laman web www.malayantiger.net dan www.facebook.com/themalayantiger.5. Sertai program Citizen Action for Tigers (CAT) anjuran MyCAT dalam usaha memastikan keselamatan harimau dan habitatnya terjaga di Koridor Hidupan Liar Sungai Yu di Merapoh, Lipis, Pahang. Maklumat lanjut di www.citizenactionfortigers.myAntara fungsi utama MYCAT adalah untuk: Menyelaras dan menguruskan program dan aktivitiusaha sama, seperti program kesedaran awam Harimau Malaya Selamanya, Talian Hotline Hidupan Liar (019 356 4194/[email protected]) dan Citizen Action for Tigers (CAT). Membantu Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dalam memantau pelaksanaan berkesan Pelan Tindakan Pemuliharaan Harimau Kebangsaan. Menyelaras penyaluran maklumat berkenaan pemuliharaan Harimau Malaya daripada rakan perikatan MyCAT kepada orang awam.