document 11

13
PENTAKSIRAN BM SEKOLAH RENDAH 1.0PENGENALAN Guru merupakan individu yang memainkan peranan penting daam menge!an perkem"angan# ke"$e%an# kema&uan dan pen'apaian murid( Guru "ertanggung&a)a"menentukan %a!ipem"ea&aranyang %endak diniai( Guru &ugaa% yang meran'ang dan mem"ina in!trumenpeniaian# mentad"ir u&ian# merek$d %a!i peniaian# menganai!i!makumat# meap$r dan men&aankan tindakan !u!uan yang peru !eperti aktiviti penguku%an# pengayaan dan pemui% Dengan itu# pentak!iran yang tepat dan "erke!an peru di&aankan $e% guru daam "iik dar&a% untuk mem"antu guru !endiridaam mempertingkatkan pen'apaian penga&aran dan pem"ea&aran yang "erke!an !erta mem"antu gu daam menge!an keema%an murid !eteru!nya memperkem"angkan agi teknik# kaeda% dan !trategi penga&aran guru agar !e!uai dengan ta%ap dan kemampuan murid( Manakaa# u&ian iaa% !aa% !atu kaeda%# tuga! atau pr$!edur yang digunakan untuk memper$e% pemer%atian yang !i!tematik tentang !i*at# atau trait !e!e$ra "er%u"ung dengan a!pek pendidikan atau p!ik$$gi +M$k%tar I!mai# ,--./( Bagi mengupa! tuga!an ini dengan e"i% mendaam agi#!aya tea% mengumpukan !edikit !e"anyak makumat mengenai pengu&ian# pentak!iran# peniaian# Tak!$n$mi B$$m dan 0adua Spe!i*ika!i 1&ian +0S1/ agar dapat mema%ami ta&uk !$aan ker&a kur!u! dengan e"i% "aik dan "aka meng%uraikannya dengan e"i% "erke!an( 4.0 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU) 0adua Spe!i*ika!i 1&ian atau 0S1 merupakan a!pek penting daam penyediaan !e!uatu u&ian( 1&ian yang tidak mempunyai peran'angan yang rapi "ia!anya tidak mempunyai ke!a%an dan ke"$e%per'ayaan yang tinggi( 2ara yang "aik untukmeran'ang !e!uatu u&ian adaa% dengan menyediakan 0S1 tere"i% da%uu yang &uga merupakan ran'angan per!ediaan item 3 !$aan( 0S1 &uga dikena !e"agai Te!t Bue Print dan Te!t Spe'i*i'ati$n( Ia mengandungi matrik dua pak! pak!i 4Kandungan5 +menegak/ dan pak!i 4Ara! Kema%iran5 +meintang/( Dengan meru&uk kepada Huraian Sukatan Ta%un .# "erikut merupakan kema%iran yang dipea&ari $e% murid Ta%un .6 Kata Ganti Nama Diri Kata Ad&ekti* Kata Ker&a Kata Sendi Nama Kata Hu"ung Kata Biangan Kata Seru Kata Ganda Kata Tanya Kata Penguat Kata Ara% 3 Tun&uk Peri"a%a!a Pen&$d$% Biangan Im"u%an K$!a Kata

Upload: amri-brahim

Post on 05-Nov-2015

216 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PENTAKSIRAN BM SEKOLAH RENDAH

1.0PENGENALANGuru merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Guru bertanggungjawab menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai. Guru jugalah yang merancang dan membina instrumen penilaian, mentadbir ujian, merekod hasil penilaian, menganalisis maklumat, melapor dan menjalankan tindakan susulan yang perlu seperti aktiviti pengukuhan, pengayaan dan pemulihan.Dengan itu, pentaksiran yang tepat dan berkesan perlu dijalankan oleh guru di dalam bilik darjah untuk membantu guru sendiri dalam mempertingkatkan pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan serta membantu guru dalam mengesan kelemahan murid seterusnya memperkembangkan lagi teknik, kaedah dan strategi pengajaran guru agar sesuai dengan tahap dan kemampuan murid.Manakala, ujian ialah salah satu kaedah, tugas atau prosedur yang digunakan untuk memperoleh pemerhatian yang sistematik tentang sifat, atau trait seseorang berhubung dengan aspek pendidikan atau psikologi (Mokhtar Ismail, 1995).Bagi mengupas tugasan ini dengan lebih mendalam lagi, saya telah mengumpulkan sedikit sebanyak maklumat mengenai pengujian, pentaksiran, penilaian, Taksonomi Bloom dan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) agar dapat memahami tajuk soalan kerja kursus dengan lebih baik dan bakal menghuraikannya dengan lebih berkesan.

4.0 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)Jadual Spesifikasi Ujian atau JSU merupakan aspek penting dalam penyediaan sesuatu ujian. Ujian yang tidak mempunyai perancangan yang rapi biasanya tidak mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Cara yang baik untukmerancang sesuatu ujian adalah dengan menyediakan JSU terlebih dahulu yang juga merupakan rancangan persediaan item / soalan. JSU juga dikenali sebagai Test Blue Print dan Test Specification. Ia mengandungi matrik dua paksi iaitu paksi Kandungan (menegak) dan paksi Aras Kemahiran (melintang).Dengan merujuk kepada Huraian Sukatan Tahun 5, berikut merupakan kemahiran yang dipelajari oleh murid Tahun 5; Kata Ganti Nama Diri Kata Adjektif Kata Kerja Kata Sendi Nama Kata Hubung Kata Bilangan Kata Seru Kata Ganda Kata Tanya Kata Penguat Kata Arah / Tunjuk Peribahasa Penjodoh Bilangan Imbuhan Kosa Kata Antonim Sinonim Pilih Jawapan Pilih Soalan Ayat Yang Betul Ayat Sama Maksud Kata Banyak Makna

Berdasarkan kemahiran tersebut, satu Jadual Spesifikasi Ujian telah dibina sebelum menyediakan soalan ujian. Soalan ini bakal dilaksanakan kepada murid-murid Tahun 5 di sekolah praktikum guru pelatih iaitu Sekolah Kebangsaan X. Berikut merupakan Jadual Spesifikasi Ujian yang telah dibina guru pelatih:

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU) TAHUN 5BAHASA MELAYU KERTAS 1Petunjuk aras kesukaran1PengetahuanMudah

2Pemahaman

3AplikasiSederhana

4Analisis

5SintesisSukar

6Penilaian

NO. SOALAN

ITEM OBJEKTIFARAS KESUKARAN

123456

TATABAHASA

1Kata Ganti Nama Diri1

2Kata Ganti Nama Diri1

3Kata Kerja1

4Kata Arah / Tunjuk1

5Kata Adjektif1

6Kata Hubung1

7Kata Hubung1

8Imbuhan1

9Penjodoh bilangan1

10Imbuhan1

11Imbuhan1

12Simpulan Bahasa / Peribahasa1

13Kata Ganda1

14Kata Ganda1

15Simpulan Bahasa1

16Sinonim1

17Kata Banyak Makna1

18Kata Banyak Makna1

19Ayat Sama Maksud1

20Ayat Yang Betul1

PETIKAN

21Syarahan1

22Syarahan1

23Syarahan1

24Syarahan1

25Syarahan1

26Diari1

27Diari1

28Diari1

29Diari1

30Diari1

Analisa:Jumlah soalan 30

Jumlah soalan aras mudah 11(pengetahuan dan pemahaman)

Jumlah soalan aras sederhana 10(aplikasi dan analisis)

Jumlah soalan aras tinggi 9(sintesis dan penilaian)

BAHAGIAN OBJEKTIFSoalan 1 15Isi tempat kosong dengan jawapan yangpaling sesuai.1 __________ mesti menyerahkan laporan tahunan kelab ini kepada Cikgu Rahman sekarang, kata Bidin kepada Zaidi.ASaudaraB KamiC KamuD Tuanku Pengetahuan Aras Mudah2 Bendahara, adakah persiapan untuk majlis anakanda ____________ sudah siap diatur? tanya Sultan Melaka kepada Tun Perak.A tuankuB patikC betaD baginda Kefahaman Aras Mudah3 Encik Maniam ____________ saiz buku itu dengan menggunakan sebatang pembaris.A menconggakB mengukurC menggarisD mengira Aplikasi Aras Sederhana

Soalan 4berdasarkan gambar di bawah.

(GAMBAR)4 Sawardee duduk di ___________ leher gajah untuk memudahkannya mengawal gajah itu.A atasB puncakC sisiD tepi Pengetahuan Aras Mudah

5 Suasana di kampung itu damai dan sawah padi ____________ luas di kaki bukit.A terbentangB terdamparC terhamparD terlantar Analisis Aras Sederhana

6 ____________ hari hujan maka perlawanan bola sepak itu akan di batalkan, kata Zuraimi kepada Iskandar.A JikaB SemenjakC TatkalaD Malahan Pengetahuan Aras Mudah

7 Makanlah nasi goreng ini dahulu ___________ kamu tidak lapar dalam perjalanan ke Taman Negara nanti kata puan Yati kepada anaknyaA hinggaB sewaktuC sementaraD agar Pengetahuan Aras Mudah

Soalan 8berdasarkan gambar di bawah.

(GAMBAR)8 Semua penumpang kapal terbang mesti berada di ____________ sejam sebelum waktu berlepas.A ruang tungguB ruang menungguC ruang penungguanD ruang penungguPengetahuan Aras Mudah

9 Nah, ambillah dua ____________ kek coklat ini! kata Hanisah kepada adik lelakinya.A butirB potongC ulasD kerat Pengetahuan Aras Mudah

10 Jamilah meminta kebenaran daripada ibunya untuk __________ aktiviti perkhemahan.A sertaiB penyertaanC disertaiD menyertai Aplikasi Aras Sederhana

11 Ceramah itu diadakan untuk menyedarkan murid-murid tentang _________ najis dadah.A menyalahgunakanB penyalahgunaanC disalahgunakanD kesalahgunaan Analisis Aras Sederhana

12 Mengapakah kamu tidak __________ tentang pelajaran kamu sedangkan peperiksaan sudah hampir? kata Cikgu Jamal kepada Rahim.A ambil anginB ulat bukuC ambil hatiD ambil berat Aplikasi Aras Sederhana

13 Bot nelayan itu ___________ dipukul ombak yang kuat ditengah laut.A terayun-ayunB tergoyang-goyangC terumbang-ambingD terpontang-panting SintesisAras Sukar

14 Pak Cik Leman meletakkan _________ untuk menyangga tiang itu.A tetupaiB sesikuC kekudaD jejari SintesisAras Sukar

15 Perasaan Haliza __________ apabila permohonannya untuk melanjutkan pelajaran di kolej itu gagal.A seperti kaca terhempas ke batuB seperti bulan jatuh ke ribaC seperti ular kena paluD seperti mencurah air ke daun keladi SintesisAras Sukar

Soalan 16Pilih kata seerti yang sesuai.16 Shafik berasa bangga kerana abangnya berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Pilih perkataan seerti bagi bangga.A bongkakB kagumC megahD sukacita KefahamanAras Mudah

Soalan 17Pilih ayat-ayat yang menggunakanperkataan bergarisdengan betul.17 I Meja makan di rumah Datin Suhaila diperbuat daripada kayu yangkeras. II Budin memang seorang budak yangkeraskepala. III Pemandu kenderaan dilarang sama sekali mengambil minumamkeras. IV Anjing itu menyalak dengankerasapabila melihat pengemis itu berada di pintu pagar.A I dan IIB I dan IIIC I II dan IIID II III dan IV SintesisAras Sukar

18 I Peraturan di sekolah berasrama itu agakketat. II Baju yang baru dibeli itu tidak muat kerana terlaluketat. III Sejak perselisihan faham itu, Ahmad menjadi musuhketatsaya. IV Buku-buku di perpustakaan itu disusun denganketat.A I dan IIB I dan IIIC I II dan IIID II III dan IV AnalisisAras Sederhana

Soalan 19Pilih ayat yangsama maksuddengan ayat yang diberikan.19 Beg tangan daripada songket itu dijahit oleh Puan Maimunah.A Puan Maimunah menjahit beg tangan daripada songket itu.B Puan Maimunah akan menjahit beg tangan daripada songket itu.C Puan Maimunah jahit beg tangan daripada songket itu.D Puan Maimunah menjahit beg tangan untuk saya daripada songket itu.AnalisisAras Sederhana

Soalan 20Pilih ayat yang betul.20 I Hanif pergi ke kedai runcit untuk membeli santan. II Adik merengek-rengek minta dibelikan aiskrim. III Kaki seluar abang yang koyak itu kakak jahit. IV Pengerusi majlis meminta para-para tetamu duduk di atas kerusi.A I dan IIB II dan IIIC III dan IVD I dan IV SintesisAras Sukar

BAHAGIAN SUBJEKTIFSOALAN 21 - 25Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Selamat pagi saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Inai, pada hakim yang bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah Masalah Kegemukan.Hadirin yang saya hormati, Sejak kebelakangan ini, kita sering mendengar banyak aduan dalam kalangan masyarakat kita bahawa mereka mengalami berat badan yang berlebihan. Apakah faktor yang membawa kepada masalah kegemukan ini? Menurut kajian yang telah dijalankan, faktor pertama menyumbang kepada pertambahan berat badan ialah gaya hidup yang tidak sihat. Makan terlalu banyak, pengambilan minuman berkabonat dan makanan berlemak dan kolesterol tinggi serta tidak bersenam menjadi punca kepada pengumpulan lemak berlebihan di dalam badan. Masyarakat kini sibuk mengejar kesenangan sehingga lupa mengamalkan gaya hidup aktif dan seimbang.Hadirin sekalian, Di samping itu,faktor genetikatau keluarga turut mempengaruhi pembentukan berat badan kita. Ibu bapa berbadan gempal, kebarangkalian anak mereka juga mempunyai masalah yang sama. Hasil kajian turut menyokong kenyataan ini dengan menyatakan bahawa penghasilan lemak pada anggota badan anak biasanya diwarisi daripada ibu bapa mereka.Hadirin yang saya hormati, Faktor emosi juga memainkan peranan dalam mempengaruhi tabiat pemakanan kita. Emosi yang terganggu akan menyebabkan kita rasa tertekan, marah dan sebagainya. Untuk meredakan ketegangan ini sesetengah orang akan mengambil lebih makanan tanpa memikirkan kesannya. Kesimpulannya, terdapat banyak punca yang mendorong kegemukan. Kegemukan yang berlebihan hanya akan mengakibatkanpenyakit kronik. Justeru itu, kita mestilah mengamalkan gaya hidup secara sihat dan mengamalkan tabiat pemakanan yang seimbang.Sekian, terima kasih.

21 Apakah faktor utama yang menyebabkan berlakunya masalah kegemukan? PengetahuanAras Mudah22 Nyatakan punca pengumpulan lemak yang berlebihan di dalam badan.KefahamanAras Mudah23 Apakah yang dimaksudkan dengan faktor genetik?SintesisAras Sukar24 Frasapenyakit kronikdalam petikan bermaksud SintesisAras Sukar25 Pada pendapat kamu, siapakah yang menyampaikan syarahan tersebut? AplikasiAras Sederhana

SOALAN 26 - 30Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.5 Disember2012 Pada pukul 4.30 petang, aku bersama kawan-kawan selamat sampai di Gua Tempurung, Gopeng. Perjalanan selama 4 jam dari sekolah amat meletihkan. Setelah 30 minit berehat, kami mula mendirikan khemah, mencari kayu api dan memasak. Pada sebelah malam, aktiviti suai kenal diadakan. Aku berasa sangat gembira dapat berkenalan dengan rakan-rakan yang lain secara lebih dekat.6 Disember 2012 Kami berkumpul pada pukul 8.00 pagi. Setelah bersenam, kami diberi taklimat ringkas sebelum memasuki gua ini. Aku sangat teruja dan tidak sabar memulakan ekspedisi ini. di dalam gua. Kami dapat melihat kelawar dan batu-batu kapur secara dekat. Kami dinasihatkan supaya berhati-hati kerana terdapat juga binatang-binatang berbisa seperti labah-labah dan ular. Pada waktu malam, kami tidak mengadakan sebarang aktiviti kerana terlalu letih.7 Disember 2012 Hari ketiga kami dipenuhi dengan aktiviti mendaki anak bukit. Kami dibahagikan kepada 3 kumpulan. Aku dilantik sebagai ketua pasukan. Setiap kumpulan dikehendaki mencari harta karun di dalam hutan. Aktiviti ini berjaya memupuk semangat kepimpinan. Aku berasa sangat gembira kerana kumpulanku mampu menghabiskan pencarian harta karun dengan pantas.8 Disember 2012 Setelah mengemas dan membersihkan kawasan perkhemahan, kami bertolak pulang ke sekolah. Aku dan rakan-rakan berasa sangat gembira sepanjang perkhemahan ini. Perkhemahan ini amat menguji ketahanan fizikal dan mental. Di samping itu, iamengeratkan hubungankami. Aku berharap dapat menyertai perkhemahan seperti ini lagi.

26Apakah aktiviti yang dilakukan selepas tiba di Gua Tempurung?KefahamanAras Mudah27 Pada pendapat kamu, mengapakah aku teruja dan berasa tidak sabar?AplikasiAras Sederhana28 Nyatakan semangat yang penting dalam menjayakan sesuatu aktiviti berkumpulan.PengetahuanAras Mudah29 Apakah aktiviti yang meguji ketahanan fizikal dan mental? Nyatakan.SintesisAras Sukar30 Frasamengeratkan hubungandalam petikan bermaksudSintesisAras Sukar

6.0 SKEMA PERMARKAHANSOALAN OBJEKTIF1.C 11. B2.C 12. D3.B 13. C4.A 14. A5.A 15. A6.A 16. B7.D 17. C8.B 18. C9.B 19. A10.D 20. A (satu soalan = 1 markah)

SOALAN SUBJEKTIFPetikan 1 (Syarahan)21. Faktor utama yang menyebabkan berlakunya masalah kegemukan ialah gaya hidup yang tidak sihat. (2 markah)22. Punca pengumpulan lemak yang berlebihan di dalam badan ialah makan terlalu banyak, pengambilan minuman berkarbonat, makanan berlemak dan berkolestrol tinggi dan tidak bersenam. (4 markah)23. Maksud faktorgenetikialah faktor keturunan (3 markah)24. Maksud frasapenyakit kronikdalam petikan ialah penyakit yang berbahaya. (3 markah)25. Pada pendapat saya, murid sekolah/ ketua kelas/ ketua pengawas yang menyampaikan syarahan tersebut. (3 markah)

Petikan 2 (Diari)

26. Aktiviti yang dilakukan selepas tiba di Gua Tempurung ialah mendirikan khemah, mencari kayu api dan memasak. (3 markah)27. Pada pendapat saya, aku teruja dan berasa tidak sabar untuk memulakan ekspedisi memasuki gua. (2 markah)28. Semangat yang penting dalam menjayakan sesuatu aktiviti berkumpulan ialah kepimpinan. (2 markah)29. Aktiviti yang menguji ketahanan mental dan fizikal ialah memasuki gua / perkhemahan / mendaki anak bukit.(5 markah)30. Frasamengeratkan hubungandalam petikan bermaksud merapatkan silaturrahim. (3 markah)

7.0 Analisis Item UjianSeramai 17 orang murid Tahun 5 Sekolah Kebangsaan X telah menjawab set soalan yang disediakan. Mereka terdiri daripada 10 orang murid lelaki dan 7 orang murid perempuan. Selepas memeriksa kertas soalan yang disiapkan mereka, berikut merupakan keputusan yang diperoleh oleh murid.

BilNama MuridMarkah (%)

1Abdullah B Muhamad62

2Afiq Afifi Bin Ibrahim86

3Amirul Mukminin Zaid30

4Mifdal Haziq Mustafa68

5Mohd Alif Bin Sanap54

6Mohd Danish Denial Hafiz62

7Mohd Firdaus Bin Alias66

8Mohd Lokman Bin Mashasan32

9Naufal Hadif B Muhammad Haikal56

10Willy Yap52

11Faasyihah Mustafa68

12Farhani Ishak68

13Mariah Binti Musa66

14Normariana Bt Zakaria70

15Nurin Amanie Abd. Majid64

16Puteri Masyitah A. Aziz74

17Siti Musliha Aiman Bt Haiqal48

Berikut merupakan graf keseluruhan murid berdasarkan markah yang diperoleh:(GRAF)

Secara keseluruhannya, hanya seorang murid yang Berjaya mengumpul markah cemerlang iaitu antara 80% - 100% dengan markah sebanyak 86%. Manakala seramai 10 orang murid berjaya memperoleh markah sederhana iaitu antara 60% - 80%. Selain itu, 4 orang murid juga mendapat markah lemah iaitu antara 40% - 60% dan bakinya iaitu seramai 2 orang hanya memperoleh dalam lingkungan 30% yang mana termasuk dalam kategori sangat lemah (0% - 40%). Berdasarkan graf garis di atas, murid yang mendapat markah tertinggi ialah Afiq Afifi bin Ibrahim dengan jumlah markah sebanyak 86% manakala Amirul Mukminin Zaid hanya berjaya mengumpul markah sebanyak 30% iaitu markah yang paling rendah.Di bawah menunjukkan carta pai tentang peratusan yang terkumpul mengikut gred yang telah ditetapkan.GredMarkah (%)

A80 100

B60 80

C40 60

D0 40

(CARTA PAI)Berdasarkan carta pai di atas, hanya 6% daripada jumlah murid yang berjaya mencapai gred A iaitu antara 80% - 100% dalam ujian yang dijalankan. Manakala sebanyak 59% murid berjaya mencapai gred B (60% - 80%) seterusnya menunjukkan peratusan terbesar dalam penguasaan murid dalam menjawab soalan yang disediakan. Selain itu, sebanyak 23% murid mencapai gred C iaitu antara 40% - 60%. Dan yang selebihnya, sebanyak 12% daripada jumlah murid hanya memperoleh gred D iaitu 0% - 40%.Berdasarkan jumlah markah yang diperoleh, terdapat beberapa masalah yang dikenalpasti menjadi pengganggu kepada murid untuk memperroleh markah yang tinggi. Pertama, hampir kesemua murid menjawab soalan subjektif dengan ayat yang tidak lengkap. Murid hanya memberikan jawapan kepada soalan yang diutarakan tanpa menggunakan ayat yang penuh. Sebagai contoh:Contoh soalan :Pada pendapat kamu, siapakah yang memberikan syarahan tersebut?Contoh jawapan :Pada pendpat saya, murid Sekolah Kebangsaan Taman Inai yang telah memberikan syarahan tersebut.Jawapan murid :Murid Sekolah Kebangsaan Taman Inai

Justeru, mereka hanya akan mendapat separuh daripada jumlah markah yang diperuntukkan iaitu 2 daripada 3 markah. Terdapat banyak sekali markah yang dibazirkan murid yang disebabkan oleh masalah ini.Selain itu juga, hampir kesemua murid juga tidak dapat menjawab soalan objektif nombor 14 dengan betul. Hal ini mungkin kerana mereka kurang didedahkan dengan beberapa kata ganda yang jarang kita gunapakai seperti tetupai. Dengan itu, murid hanya memberikan jawapan yang dirasakan mereka agak sesuai dan biasa digunakan di persekitaran seperti kekuda dan sesiku.Pada pendapat saya, soalan yang saya sediakan ini agak sukar untuk dijawab oleh murid kelas kedua daripada 3 kelas. Sebagai bukti, hanya seorang murid yang mampu untuk mendapar Gred A dalam ujian yang dijalankan. Selain itu, pentadbiran ujian yang dilakukan pada waktu tengahari juga mampu mencuri tumpuan murid untuk terus fokus menjawab soalan. Mereka kelihatan sedikit malas untuk menjawab soalan ujian yang diberikan dan ada juga yang kelihatan termenung ketika menjawab soalan. Selepas ditegur barulah mereka kembali ke alam nyata dan menyambung kembali menjawab soalan. Bagi soalan subjektif, saya merasakan soalan yang disediakan terlalu panjang dan murid juga terpaksa menjawab soalan dengan jawapan yang panjang. Oleh sebab itulah mereka hanya menjawab dengan memberikan jawapan semata-mata.

Cara mengatasi masalahUntuk mengatasi masalah ini, sebolehnya guru sendiri cuba menjawab soalan yang dibina terlebih dahulu. Cara ini bertujuan untuk guru menilai kembali adakah soalan yang disediakan sesuai dengan tahap dan kemampuan murid, soalan tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek, jawapan yang diperlukan juga tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek, menentukan peruntukan jumlah masa menjawab yang sesuai di samping dapat memeriksa kesalahan-kesalahan kecil seperti ejaan dan tanda baca sebelum diedarkan kepada murid-murid. Guru juga perlu menambahkan jumlah markah pada hujung ruangan jawapan sebagai bantuan kepad murid untuk mendapatkan markah. Hal ini akan memberikan murid untuk berfikir dan menjawab dengan jawapan yang logik sesuai dengan markah yang diperuntukkan. Justeru, mereka akan memberikan jawapan yang sesuai dan jumlah isi yang mencukupi.Sebelum menjalankan ujian juga, guru perlu memberikan arahan kepada murid dengan jelas. Sebagai pengajaran kepada saya, saya perlu mencatat siap-siap terlebih dahulu akan arahan yang bakal diberi kepada murid selepas mengedarkan kertas soalan. Misalnya, murid perlu menjawab soalan subjektif dengan menggunakan ayat yang lengkap. Kerana kesilapan saya yang tidak memberikan arahan pada awal ujian, ramai murid kehilangan markah kerana tidak menjawab menggunakan ayat yang lengkap.Jumpah masa yang diperuntukkan juga boleh dipendekkan. Sebanyak 20 soalan objektif dan 10 soalan subjektif dijawab dalam masa satu jam. Keadaan ini menjadikan ramai murid mahu menghantar soalan ujian lebih awal kerana bosan untuk menunggu masa yang terlalu lama. Oleh sebab itulah, guru perlu mencadangkan jumlah waktu yang sesuai dengan jumlah soalan yang diberikan iaitu 40 minit.

8.0 RefleksiTugasan BMM 3103 ini memberikan saya satu pendedahan yang amat bermakna dalam bagaimana mahu menyediakan soalan yang berkualiti dan sesuai dengan tahap dan kemampuan murid, cara yang betul untuk membina soalan berdasarkan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU), adakah soalan yang diberikan boleh dijawab dengan baik oleh murid, bagaimana mahu mentadbir sebelum, semasa dan selepas ujian serta sebagainya. Dengan adanya tugasan ini dan dibuat secara amali juga, menjadikan saya lebih memahami tajuk kursus dengan lebih baik lagi. Pengalaman menyediakan dan menjalankan ujian yang dibina sendiri di sekolah agak mencabar kerana keadaan ini merupakan kali pertama dilakukan guru pelatih apatah lagi untuk berhadapan dengan murid arus perdana. Bagaimanapun, saya berasa gembira semasa melaksanakan kerja kursus ini. Kerjasama yang diberikan oleh guru perdana juga amat baik dan murid-murid juga menunjukkan respon dengan baik. Pelaporan yang perlu disiapkan juga menjadikan saya perlu membuat analisis dan penilaian hasil kerja dengan baik. Saya perlu mengimbas kembali apa yang telah saya lakukan, bagaimana saya lakukan, mengesan masalah yang timbul dan bagaimana cara tersebut boleh diatasi. Ianya juga perlu disematkan di dalam hati agar perkara atau kesilapan yang sama walaupun kecil dapat menjadi pengajaran serta diharap tidak akan berulang kembali. Kesimpulannya, pembelajaran secara amali ini menjadikan saya lebih memahami tajuk kursus dengan lebih baik. Segala teori yang dipelajari semasa berada dalam kuliah dan latihan yang dibuat semasa dalam kelas dapat diaplikasikan secara nyata di sekolah.