disiplin sejarah

15
DISIPLIN SEJARAH PENDAHULUAN Sejarah merupakan suatu disiplin ilmu yang tersendiri. Ia adalah suatu ilmu pengetahuan yang mempunyai prinsip atau kaedah- kaedahnya yang berbeza dengan disiplin ilmu yang lain. Namun, timbul pertikaian yang berterusan hingga kini di kalangan para sarjana di dunia ini kerana kesangsian mereka semata-mata terhadap kedudukan sejarah itu sebagai suatu disiplin ilmu yang yang tersendidri. Secakhususnya, sejarah ialah suatu ilmu pengetahuan yang cuba melihat masa lampau melalui masa kacamata masa kini. Inilah keistimewaan yang dimiliki oleh ilmu sejarah yang tidak ada pada ilmu-ilmu lain.[1] Secara umumnya, sejarah merupakan penyelidikan terhadap peristiwa yang lalu. Rekod-rekod yang terdahulu diselidiki pula oleh para sejarawan untuk mengkaji sejarah dan peristiwa yang telah berlalu. Oleh itu segala rekod yang terdahulu serta peristiwa yang telah berlaku itu biasanya dianggap sebagai sejarah.[2] Namun begitu terdapat juga golongan yang berpendapat sejarah tidak mempunyai kepentingan dan tidak mempunyai tujuan tertentu. Mereka menganggap sejarah sebagai peristiwa yang lampau yang turut disamakan dengan berita lapuk dan usang. Keadaan sedemikian berterusan sehingga kini terutama dikalangan golongan pascamoden yang merasakan sejarah tidak mempunyai makna yang jelas. Namaun begitu, ilmu sejarah merupakan ilmu yang penting dalam membentuk sesebuah masyarakat dan negara ISTILAH DAN PENGERTIAN SEJARAH Ilmu sejarah yang kita pelajari atau yang ada pada kita pada hari ini merupakan bidang ilmu yang dibawa masuk dari peradaban barat dengan dilakukan beberapa perubahan dan pertambahan supaya ia 1

Upload: d-nes-wari-perumaly

Post on 15-Apr-2016

18 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

sejarah

TRANSCRIPT

Page 1: DISIPLIN SEJARAH

DISIPLIN SEJARAH

PENDAHULUAN            Sejarah merupakan suatu disiplin ilmu yang tersendiri. Ia adalah suatu ilmu

pengetahuan yang mempunyai prinsip atau kaedah-kaedahnya yang berbeza dengan disiplin

ilmu yang lain. Namun, timbul   pertikaian yang berterusan hingga kini di kalangan para sarjana

di dunia ini kerana kesangsian mereka semata-mata terhadap  kedudukan sejarah itu sebagai

suatu disiplin ilmu yang yang tersendidri. Secakhususnya, sejarah ialah suatu ilmu pengetahuan

yang cuba melihat masa lampau melalui masa kacamata masa kini. Inilah keistimewaan yang

dimiliki oleh ilmu sejarah yang tidak ada pada ilmu-ilmu lain.[1]

            Secara umumnya, sejarah merupakan penyelidikan terhadap peristiwa yang lalu.

Rekod-rekod yang terdahulu diselidiki pula oleh para sejarawan untuk mengkaji sejarah dan

peristiwa yang telah berlalu. Oleh itu segala rekod yang terdahulu serta peristiwa yang telah

berlaku itu biasanya dianggap sebagai sejarah.[2]

            Namun begitu terdapat juga golongan yang berpendapat sejarah tidak mempunyai

kepentingan dan tidak mempunyai tujuan tertentu. Mereka menganggap sejarah sebagai

peristiwa yang lampau yang turut disamakan dengan berita lapuk dan usang. Keadaan

sedemikian berterusan sehingga kini terutama dikalangan golongan pascamoden yang

merasakan sejarah tidak mempunyai makna yang jelas. Namaun begitu, ilmu sejarah

merupakan ilmu yang penting dalam membentuk sesebuah masyarakat dan negara

ISTILAH DAN PENGERTIAN SEJARAH            Ilmu sejarah yang kita pelajari atau yang ada pada kita pada hari ini merupakan bidang

ilmu yang dibawa masuk dari peradaban barat dengan dilakukan beberapa perubahan dan

pertambahan supaya ia selaras dengan keadaan dan kehendak tempatan. Di barat juga

pewujudan ilmu sejarah itu sebagai suatu bidang pengajian ataupun disiplin yang tersendiri

hanyalah bermula pada kira-kira pertengahan kurun ke-19.

            Secara umumnya sejarah mempunyai banyak pengertian, sebagai contoh pengertian

sejarah dari pandangan timur, barat dan pandangan daripada sejarawan. Di dalam bahasa kita,

sejarah itu, secara penegertian kita yang terus, diertikan oleh Kamus Dewan sebagai sastera

lama, asal-usul(keturunan) salasilah, peristiwa yang benar-benar berlaku di waktu yang lampau,

kisah riwayat, tambo, dan ilmu sejarah iu ialah kajian atau pengetahuan mengenai peristiwa

yang telah lalu.[3]

            Di dalam bahasa asing, khusunya di barat, perkataan sejarah itu disamakan dengan

perkataan  history (bahasa Inggeriss) yang pada asanya berasal daripada perkataan Yunani

purba, historia, yang bererti penyelidikan.[4]

1

Page 2: DISIPLIN SEJARAH

            Di alam Melayu pula, istilah sejarah yang disamaertikann dengan History dikatakan

berasal daripada perkataan Arab iaitu syajarah  yang bererti  pokok. Sestengah sejarawan

seperti Drs. T.Ibrahim Alfian dan Pyan Husayn mengatakan kemungkinan sejarah berasal

daripada perkataan Arab iaituSyajaratun  yang bermaksud pohon atau pokok yang akhirnya

membawa erti salasilah, riwayat, keturunan, dan asal usul.[5]

            Pengertian dan istilah sejarah juga dapat dirujuk daripada pandangan para sejarawan.

Terdapat banyak pandangan-pandangan daripada sejarawan. Pandangan mereka ini berbeza-

beza mengikut definisi dan tafsiran mereka tentang sejarah.

            Sebagai contoh pandangan daripada manusia yang digelar ‘bapa sejarah’ iaitu

Herodatus. Herodatus  merupakan orang yang pertama menggunakan perkataan sejarah

atau historia dalam karyanya iaitu Histories yang bermaksud penyelidikan atau penyiasatan

terhadap segala peristiwa silam mahupun sezaman.[6] Beliau telah membuat pengkajian yang

mendalam terhadap segala peristiwa yang ditulisnya agar karyanya menjadi karya yang

berasaskan peristiwa yang sebenarnya berlaku.

 sejarawan yang bernama Leopold Von Ranke  merupakan ahli fikir sejarah dari Jerman

beliau telah menimbulkan suatu tradisi pensejarahan yang sangat kuat pengaruhnya pada

bahagian akhir kurun kesembilan belas sehinggalah bahagian-bahagian awal kurun yang kedua

puluh ini. Suatu teori pensejarahan beliau yang sangat mengkagumkan sejarawan sezamannya

ialah bahawa sejarah itu haruslah dikaji wie es eigentlich gewesenataupun “seperti sebenarnya

berlaku.”[7] Pandangan beliau ini dapat dirumuskan sejarah merupakan sesuatu yang peristiwa

yang benar-berlaku pada masa lalu dan tidak bercampur aduk dengan dongeng  serta khayalan

yang tidak berasas.[8] Baginya sejarah haruslah dikaji dengan hati-hati kerana ia adalah

peristiwa yang unik serta mempunyai taraf yang sama antara satu sama lain atas hakikat

bahawa setiap satunya adalah ciptaan yang maha berkuasa belaka.[9]

            Selain daripada pandangan Leopold von Ronke, terdapat sejarawan yang lain

memberikan pandangan dan tafsiran tentang sejarah. Menurut E.H. Carr, mengatakan sejarah

itu satu proses interaksinya yang berterusan di antara sejarawan dengan fakta-faktanya, suatu

dialog yang tidak putus-putus diantara sejarawan dengan fakta-faktanya, suatu dialog yang

tidak putus-putus diantara masa kini dengan masa lalu.[10] Pandangan beliau ini dapat

disimpulkan sejarah adalah perkara yang berterusan dari zaman lampau. Sejarah adalah

berkait dan tidak dapat lari dari pekara yang berlaku ketika dahulu dan pada zaman sekarang.

Menurut sejarawan Britain yang bernama R.G. Collingwood pula, menyatakan sejarah itu

merupakan pemikiran[11].Benedetto Croce pula memberikan pengertian, bahawa sejarah itu

adalah sejarah sezaman.[12]Pandangan beliau ini dapat disimpulkan bahawa sejarah itu adalah

2

Page 3: DISIPLIN SEJARAH

perkara yang merangkumi peristiwa yang berlaku pada masa dahulu dan dikatkan dengan

perkara yang terjadi sekarang.

 Rentetan daripada pandangan yang diberikan oleh Leopold von Ranke telah

menyebabkan kepada perkembangan ilmu pensejarahan itu, iaitu dengan munculnya pula

beberapa orang sejarawan yang merasakan bahawa penulisan sejarah yang saintifik, lengkap

dan muktamad akan dapat dilakukan dalam sedikit masa lagi. J.B.Burry merupakan sejarawan

yang penuh yakin mengatakan bahawa sejarah itu sains, tidak kurang dan tidak lebih.

[13] Pandangan ini tidak dapat dipersetujui oleh sesetengah sejarawan. Bagi mereka sejarah

bukanlah sains dan tidak perlu dianggap seperti demikian. Pandangan ini juga dianggap tidak

munasabah dan tidak boleh dilaksanakan. Antara sejarawan yang menentang pandangan

bahawa sejarah itu adalah saintifik ialan E.H.Carr, R.G.Collingwood dari Britain, Benedetto

Croce dari Itali dan Charles A. Beard dari Amerika.

            A.Marwick pula membahagikan makna sejarah kepada tiga tahap atau bahagian.

Pertama, sejarah merupakan konotasi tentang keseluruhan masa lalu manusia yang

sebenarnya  telah berlaku. Kedua konotasi terhadap percubaan manusia untuk menggambar

dan mentafsirkan masa lalu. Ketiga sejarah adalah suatu disiplin ilmu pengetahuan yang telah

mantap atau sekurang-kurangnya setanding dengan ilmu falsafah, matematik, sains dan ilmu-

ilmu lain.[14]        

            Terdapat juga sejarawan-sejarawan lain yang turut memberikan definisi dan pandangan

mereka tentang sejarah. Sebagai contoh R.Suntharalingam melalui bukunya yang bertajuk

pengenalan kepada sejarah, beliau menyatakan sejarah sebagai satu ilmu pengetahuan yang

mencakupi segala hal.[15] Ini kerana sejarah merupakan sesuatu perkara yang telah berlaku

yang boleh dijadikan panduan atau landasan dalam semua aspek termasuk ekonomi social dan

politik. Sejarawan Indonesia yang bernama Sidi Ghazalba melihat tahap-tahap perubahan

tenggapan terhadap sejrah dan lantas makna istilah sejarah itu menerusi tahap-tahap

perkembangan budaya (Melayu/Indonesia) melalui proses akulturasi dengan Islam dan Barat

dari sejak dari kurun ke-13 dan kurun ke-15.[16] Seorang lagi sejarawan Indonesia yang

bernama Sartono Kartodijo pula cuba membahagikan pengertian sejarah kepada dua bahagian

iaitu sejarah dalam erti kata yang subjektif dan objektif.[17] Pada pandangan beliau sejarah

yang subjektif adalah suatu binaan peristiwa yang disusun oleh penulis sebagai satu cerita atau

harian.[18] Manakala sejarah dalam erti kata yang objektif menujukkan kepada kejadian atau

peristiwa itu sendiri iaitu proses dalam keadaan yang sebenarnya berlaku.[19] DR.Radar

Krishnan pula mendefinisikan sejarah sebagai ingatan oleh sesuatu bangsa dan negara.[20]

3

Page 4: DISIPLIN SEJARAH

            Selain itu juga terdapat sejarawan barat yang lain turut memberi pandangan tentang

pengertian tentang sejarah, sebagai contoh A.L.Rowse memberi pengertian sejarah dari segi

keseluruhan masa lalu bagi keseluruhan benda, peristiwa, alam, manusia, haiwan ataupun

makhluk secara amnya.[21] R.O.Winstedt pula memberi pengertian, sejarah berasal daripada

perkataan Arab. Beliau mengertikan sejarah itu sebagai salasilah, tawarikh, atau babad.

[22] Menurut Henry Johnson pula, sejarah adalah sesuatu perkara mendalam tentang kejadian

yang telah berlaku.[23]

            Sejarawan Islam yang terkenal juga iaitu Ibnu Khaldun juga turut menberikan

pandangannya tentang pengertian sejarah. Belaiau menyatakan bahawa sejarah itu merupakan

catatan tentang masyarakat manusia, atau peradaban dunia. Tentang perubahan yang telah

berlaku pada sifat-sifat masyarakat itu seperti kebiadaban, keramahan dan perasaan dan

perasaan setia kawan segolongan, tentang revolusi dan pemberontakan sesuatu golongan

manusia terhadap manusia lainnya dengan mengakibatkan terbentuknya kerajaan dan Negara.

Bersama-sama rakyat jelatanya yang mempunyai berbagai-bagai ilmu pengetahuan dan

pertukangan dan pada umumnya tentang semua perubahan bentuk yang dijalani oleh

masyarakat itu menurut sifatnya.[24] Selain itu, Tagore juga turut memberikan buah fikirannya

tentang pengertian sejarah. Beliau menyatakan, hanya terdapat satu sahaja sejarah iaitu

sejarah manusia.[25]

KEPENTINGAN ILMU SEJARAH KEPADA MASYARAKATKepentingan ilmu sejarah kepada masyarakat antaranya ialah sejarah sebagai sumber

abstrak dan nyata.[26]Masa lalu merupakan sumber abstrak dan juga nyata bagi manusia untuk

menjalani kehidupan yang beerti lagi berkeyakinan. Sejarah dikatakan sebagai abstrak

kerana mustahil bagi seorang manusia menghidupkan kembali dari segi jasadnya peristiwa

yang telah berlaku. Kita mungkin pernah menyaksikannya,tetapi apabila kita mengingatnya

kembali,kita tidak dapat mengingatnya, apatah pula menghidupkan kembali keseluruhan

peristiwa yang telah kita saksikan itu.Sejarah juga merupakan sumber abstrak kerana setengah

daripada kita gagal memahaminya sungguhpun kita memerlukannya.Manakala sejarah

dikatakan sebagai sumber yang nyata kerana kita dapat membentuknya atau

menggambarkannya kembali walaupun tidak sepenuhya,walaupun ia tidak nyata seperti

asalnya.Setiap kejadian yang cuba kita wujudkan kembali,walau sekecil sekalipun sesuatu

peristiwa itu,sebenarnya pernah berlaku pada kita ataupun pada orang lain pada suatu ketika

dahulu dan kesannya masih ada sama ada pada tubuh,jiwa,mahupun,ingatan ataupun pada

benda-benda yang lain.

4

Page 5: DISIPLIN SEJARAH

Seterusnya,sejarah sebagai petunjuk kepada masyarakat.[27] Hakikat ini mestilah dilihat

dari segi kesedaran setiap insan itu tentang segala pengalaman,kewarasan dan kekuatan azam

serta cita-citanya.Seseorang itu mestilah menyedari kenyataan kehidupannya dan kemudian

bertindak untuk mengatasinya. Tetapi tidak semua orang yang pernah gagal ataupun yang

serba kekurangan dapat dan mahu bangun menebus kembali kedaifan hidupnya.

Sesetengahnya ada yang rela meragut nyawanya sendiri akibat berlaku kegagalan dalam

hidupnya seperti bankrap dalam perniagan ataupun gagal dalam percintaan. Namun pada

amnya,setiap anggota masyarakat yang psikologinya tidak dirosakkan oleh penekanan

penjajahan ataupun sistem politik tradisi yang beku, akan mempunyai daya usaha srta kekuatan

untuk berjuang kembali demi menebus kembali kekurangan dan juga kegagalannya pada masa

yang lepas.Dalam hal ini,masa lalu itu merupakan petunjuk bagi seseorang insan untuk

mengendalikan masa yang sedang dihadapinya dengan penuh keyakinan atau kekuatan.

Kepentingan ilmu sejarah kepada masyarakat juga adalah untuk meningkatkan ilmu

pengetahuan.[28] Menurut R.G.Collingwood, tujuan asas mempelajari sejarah adalah untuk

mendapatkan pengetahuan diri manusia. Kita sebagai manusia seharusnya mengetahui akan

diri kita dan mengetahui keupayaan diri kita sendiri Jika kita lupa akan sejarah masa lalu dan

tidak menjadikannya sebagai pengetahuan kepada kita,maka kita akan lupa akan asal usul,adat

istiadat,tradisi,dan budaya bangsa kita sendiri. Sejarah sememangnya memberi pengetahuan

kepada kita akan segala aspek kehidupan sesuatu bangsa sehingga lahirnya semangat

kekitaan.

Selain itu,ilmu sejarah juga memberi pendidikan kepada masyarakat.[29] Sejarah turut

memberi pendidikan kepada kita terutamanya pendidikan moral.Ini dapat dibuktikan melalui

peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah melayu yang memberikan pendidikan moral kepada

kita. Misalnya,antara faktor kejatuhan kerajaan Singapura adalah akibat kezaliman rajanya yang

telah mengaibkan rakyatnya iaitu sikap Raja Iskandar (raja singapura) yang telah menjatuhi

hukuman yang mengaibkan di hadapan khalayak ramai terhadap gundik  kesayangannya

setelah difitnah berlaku curang oleh gundik-gundik yang lain yang cemburu kepadanya.

Pembinaan moral dalam kalangan masyarakat adalah penting kerana tanpa aspek ini akan

melahirkan masyarakat yang kurang matang dalam segala aspek kehidupan dan tidak mampu

bersedia menghadapi dunia akan datang.

Kepentingan ilmu sejarah juga untuk mematang minda dan diri manusia.

[30] Pembelajaran sejarah berupaya mematang minda dan diri manusia kerana melalui

pengkajian sejarah maka kita akan dapat memperoleh ilmu pengetahuan dan

maklumat.Dengan ilmu dan maklumat ini,maka minda kita akan memproses dan menganalisis

5

Page 6: DISIPLIN SEJARAH

pertumbuhan mental dan perkembangan yang ada hubungannya dengan persekitaran.Dengan

kematangan minda,maka kita akan dapat meningkatkan keyakinan diri setelah melihat

keterlibatan dan sumbangan yang telah dicurahkan oleh tokoh-tokoh sejarah yang bertindak

sebagai ejen sejarah terutamanya mereka yang terlibat dalam proses perkembangan tamadun

dunia.Malahan sesuatu yang perlu dilakukan ialah kita perlu bersaing dengan usaha yang telah

dilakukan oleh tokoh-tokoh tersebut atau sekurang-kurangnya membuat yang terbaik daripada

sesuatu yang telah kita lakukan.

Ilmu sejarah juga turut memupuk semangat cintakan negara dalam kalangan

masyarakat.[31] Sejarah Malaysia adalah unik dan mempunyai kedinamikan yang tersendiri.

Sejak berkurun lamanya Malaysia telah membentuk identifikasi psikologi sendiri dan telah

melalui beberapa peristiwa penting yang membuktikan bahawa masyarakat Malaysia juga

bertamadun serta mampu melahirkan struktur politik,ekonomi,dan sosial yang kompleks.

Pengalaman yang dilalui negara memaparkan kronologi pahit manis bagaimana nenek moyang

kita berjuang memartabatkan bangsa,mendaulatkan negara dan menjana paradigma

perubahan zaman masyarakat.Contohnya peristiwa ketika mendapatkan kemerdekaan yang

telah dilakukan oleh Tunku Abdul Rahman dan beberapa tokoh yang lain. Malaysia telah

melalui beberapa peringkat  zaman yang boleh dikategorikan sebagai zaman prasejarah,zaman

protosejarah,dan zaman sejarah yang merangkumi zaman kerajaan Kesultanan Melayu  dan

zaman kerajaan moden. Perkembangan pada setiap zaman ini menunjukkan

masyarakat Malaysia berjaya mengharungi pelbagai cabaran dan rintangan yang mampu

menyemarakkan semangat cintakan negara dalam kalangan warga Malaysia kini. Adalah

menjadi tanggungjawab seluruh warga Malaysia untuk mengetahui, memahami,dan

menghayati, perkembangan ini bagi mengenali diri,masyarakat,bangsa,dan negara.Kita bukan

saja perlu mengetahui ciri dan sifat masyarakat yang wujud,tetapi juga perlu memahami,sejarah

latar belakang perkembangan yang membentuk masyarakat kita.

Disamping itu,kepentingan ilmu sejarah juga adalah mewujudkan masyarakat majmuk.

[32]Kewujudan masyarakat majmuk di Malaysiaberlaku sejak zaman awal lagi seperti mana

dalam kegiatan perdagangan yang berlaku di dalam kerajaan Kesultanan Melayu

Melaka.Perdagangan ini mengakibatkan munculnya petempatan-petempatan asing.

Kebiasaaanya,para pedagang luar berulang alik di antara petempatan di Kepulauan Melayu

dengan tempat asal masing-masing.Namun, ada juga yang menetap dan mendirikan

rumahtangga dengan wanita tempatan.Kuasa penjajah Portugis,Belanda,dan British tidak

pernah menyekat kemasukkan para imigran asing terutama dari negara China dan India ke

Tanah Melayu untuk mengerjakan kepentingan mereka di sector perlombongan dan

6

Page 7: DISIPLIN SEJARAH

perladangan.Kemasukkan para imigran asing ini membawa satu dimensi baru dalam proses

pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia.

Ilmu sejarah juga  memberi kepentingan sebagai warisan untuk generasi akan datang.

[33]  Setiap perkara yang baik kita lakukan sudah pasti  kita mahu perkara itu diwarisi dan

diperturunkan kepada generasi akan datang. Begitu jugalah keadaanya dengan  sejarah. Setiap

peristiwa yang telah berlaku itu ada kebaikan dan keburukannya,maka generasi akan datang

yang akan menentukan kehidupan yang akan datang.Contoh yang terdekat dengan kita ialah

adat masyarakat Melayu.Adat ini masih lagi diamalkan walaupun terdapat perubahan serba

sedikit  daripada yang asalnya.Jadi boleh kita katakana bahawa adat tersebut diketahui melalui

sejarahnya.Daripada persoalan inilah,maka sejarah perlu dipelajari agar sesuatu yang

dipusakai akan terus kekal diwarisi dan tidak hilang daripada masyarakat zaman moden.Jika

dilihat daripada pensejarahan melayu seperti Tuhfat al-Nafis,kita dapati karya ini merupakan

salah satu hasil tinggalan zaman lampau yang dikarang oleh Raja Ali Haji yang menceritakan

sejarah masyarakat Melayu suatu masa dulu.

Seterusnya,ilmu sejarah juga adalah memberi pengajaran kepada masyarakat.

[34] Pendidikan dan pengetahuan sejarah amat penting bagi setiap manusia. Ini kerana setiap

perkara itu sama ada ia merupakan suatu idea,penciptaan,ilmu yanh pelbagai disiplin dan

sebagainya ada sejarahnya tersendiri.Walau apapun pengetahuan sejarah itu seharusnya

dijadikan sumber kesedaran kepada masyarakat dalam memupuk semangat baru bagi

memperbaiki segala kelemahan,menilai,kesilapan yang telah dilakukan oleh masyarakat

tradisi,memulihkan semula kekuatan moral dan mental bagi kemajuan individu,masyarakat dan

negara.Selain kita boleh mengetahui tentang sejarah yang telah berlaku melalui pendedahan

pengalaman masyarakat masa dahulu kala bagi memberi pemahaman dan pengajaran kepada

kita dalam menghadapi masalah masa sekarang dan akan dat

KEPENTINGAN ILMU SEJARAH KEPADA NEGARA            Sejarah merupakan ilmu dimana penggunaannya sangat meluas. Sejarah dapat

dijadikan sebagai panduan atau landasan kepada semua tingkah laku atau aspek-aspek yang

mempengaruhi kehidupan seharian. Melalui sejarah kita dapat tahu rentetan peristiwa yang

berlaku yang boleh dijadikan sebagai panduan dalam hidup. Sesebuah negara yang ingin

mencapai kemajuan juga seharusnya meggunakan sejarah sebagai panduan untuk mencapai

status negara maju. Oleh yang demikian, sejarah memang memainkan peranan yang penting

dan besar dalam membina sesebuah negara yang progresif dan produktif.

            Antara  kepentingan ilmu sejarah kepada negara ialah untuk pembangunan bangsa dan

negara. Salah satu tujuan pembelajaran ilmu sejarah adalah untuk mempertahankan

7

Page 8: DISIPLIN SEJARAH

kegemilangan dan pencapaian yang pernah dicapai oleh sesebuah negara. Sebagai

contoh, Malaysia pernah dijajah oleh kuasa barat iaitu Portugis, Belanda dan British serta kuasa

asing yang lain iaitu Jepun sebelum Malaysia berjaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos

1957. Ramai pejuang negara yang cintakan tanah air telah terkorban untuk membebaskan

negara ini daripada ancaman musuh sebelum kemerdekaan dapat dikecapi. Secara tidak

langsung, semangat cinta akan tanah air akan tersemat didalam diri anak-anak

muda Malaysia apabila mereka mengingati perjuangan para pejuang yang banyak menaburkan

jasa bagi memastikan negara kita bebas daripada ancaman penjajah. [35]

            Selain itu, hubungan budaya yang lalu dengan budaya masyarakat hari ini perlu diberi

pemahaman yang mendalam bagi memastikan masyarakat hari ini dan hari depan dapat

dibangunkan dan dimajukan. [36] Contohnya di Barat, untuk memperbaiki kehidupan

masyarakat mereka, sejarah telah dilihat daripada pelbagai sudut. Manakala bagi masyarakat

Jepun pula, mereka telah menjadikan peristiwa pengeboman bom atom

di Hiroshima danNagasaki sebagai titik tolak kepada kemajuan negara mereka pada hari ini.

Buktinya negara Jepun telah menjadi salah sebuah negara maju yang terkemuka dan disegani

oleh negara-negara lain pada masa kini. Seperti di Malaysia, peristiwa 13 Mei telah menjadi

pengajaran yang amat berguna kepada negara. Hikmah daripada peristiwa tersebut, kerajaan

telah bertindak membentuk Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi membasmi gejala kemiskinan

yang membelenggu majoriti masyarakat Melayu pada ketika itu. Melalui gagasan DEB ini,

kerajaan berharap taraf ekonomi masyarakat Melayu dapat ditingkatkan supaya setaraf dengan

bangsa-bangsa yang lain di negara ini dan seterusnya bangsa Melayu dapat mencapai

kemajuan. [37]

            Seterusnya, kepentingan ilmu sejarah kepada negara ialah mewujudkan perpaduan

masyarakat. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan peristiwa hitam yang telah berlaku di negara

kita. Pada tarikh ini, rusuhan kaum yang paling buruk dalam sejarah negara telah berlaku.

Rusuhan ini melibatkan dua kaum yang terbesar di Malaysia iaitu Melayu dan Cina. Peristiwa

berdarah ini telah menyebabkan banyak kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa. Banyak

harta benda awam turut musnah dan menyebabkan kerajaan menanggung kerugian dalam

jumlah yang begitu besar. Untuk mengawal kestabilan dan ketenteraman awam, pihak

berkuasa telah bertindak menguatkuasakan arahan perintah berkurung. Akibatnya masyarakat

menghadapi masalah untuk mencari rezeki dan interaksi antara kaum tidak bebas seperti

dahulu.  Peristiwa ini telah mengajar dan menuntut masyarakat dinegara ini agar mengekalkan

perpaduan diantara kaum dinegara kita yang tercinta ini. Masyarakat dinasihatkan supaya

8

Page 9: DISIPLIN SEJARAH

mengikis sikap “ethno-centric” atau perkauman supaya kedamaian dan keamanan dapat

dicapai dan peristiwa pahit tersebut tidak akan berulang lagi pada masa yang akan datang. [38]

            Amalan perkongsian kuasa di Malaysia telah menunjukkan bahawa perpaduan dapat

dicapai melalui kaedah ini. Sikap tolak ansur yang ditunjukkan oleh para pemimpin setiap kaum

di Tanah Melayu sebelum merdeka telah membawa kepada kemerdekaan negara pada 31

Ogos 1957. Parti Perikatan iaitu gabungan tiga parti utama yang mewakili tiga kaum terbesar di

Tanah Melayu iaitu Melayu yang diwakili oleh Parti Umno, Cina diwakili oleh Parti MCA dan

India yang diwakili oleh Parti MIC telah ditubuhkan pada 1955 bagi menghadapi pilihanraya

umum yang pertama pada tahun 1955. Hasilnya parti Perikatan telah berjaya memenangi

sebanyak 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Selepas mereka berjaya

membentuk kerajaan, beberapa pemimpin Perikatan diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra

Al-Haj telah berangkat ke London untuk berunding dengan British bagi menuntut kemerdekaan.

Akhirnya hasil usaha para pemimpin tersebut Tanah Melayu berjaya mencapai kemerdekaan

pada 31 Ogos 1957. Jika tiada perpaduan yang terjalin antara kaum ketika itu, kemungkinan

besar kemerdekaan tidak dapat dicapai dan rusuhan antara kaum mungkin terjadi.

            Salah satu kepentingan ilmu sejarah kepada negara ialah sebagai warisan untuk

generasi akan datang. Antara contoh yang terdekat kepada negara kita ialah adat masyarakat

Melayu seperti ziarah-menziarahi, yang muda menghormati orang tua, adat ketika berunding

dan sebagainya. Walaupun terdapat beberapa perubahan serba sedikit daripada yang asal,

adat ini masih diamalkan masyarakat pada hari ini. Bagaimana adat ini diketahui oleh

masyarakat kini? Hal ini berlaku kerana generasi muda masa kini mengetahuinya daripada

sejarah adat itu sendiri. Oleh itu, bagi memastikan sesuatu adat itu agar terus dipusakai dan

diwarisi serta tidak luput daripada ingatan masyarakat kini, sejarah adat itu perlu terus

dipelajari. [39]

                Seperti dalam Tuhfat al-Nafis, hasil nukilan Raja Ali Haji dan Raja Haji Ahmad,

didapati karya agung ini merupakan salah satu hasil tinggalan masyarakat zaman dahulu.

Menurut salah seorang pengarangnya iaitu Raja Ali Haji:

Perkara yang ingin disampaikan oleh Raja Ali Haji dalam petikan diatas ialah tentang

kepentingan daripada segi jurai keturunan dan juga cerita sejarah yang telah dikarangkan oleh

beliau perlu diteruskan oleh generasi selepas beliau. Jadi, bagi mengetahui warisan atau

tinggalan serta pengalaman yang dialami oleh manusia masa lampau, adalah penting bagi

generasi masa kini mempelajari sejarah.[40]

\

9

Page 10: DISIPLIN SEJARAH

KESIMPULAN            Sejarah merupakan satu disiplin ilmu yang mempunyai prinsip-prinsip atau kaedah-

kaedahnya yang berbeza dengan disiplin ilmu yang lain. Pengertian dan definisi sejarah juga

banyak di pertikaikan sebagai contoh J.B. Burry yang mengatakan sejarah itu adalah sains tidak

lebih dan tidak kurang. Kenyataan beliau ini banyak ditentang oleh sejarawan yang lain kerana

bagi mereka kenyataan itu tidak munasabah dan sejarah tidak boleh dikaitkan dengan sains

atau diterjemahkan menggunakan teori sains. Selain itu juga terdapat sejarawan lain

memberikan definisi atau pengertian sejarah seperti Sidi Ghazalba, E.H. Carr, R.O. Winsteadt,

Tagore, Jones, Leopold Von Ranke dan ramai lagi. Walauapapun pendapat yang diberikan oleh

para sejarawan ini berbeza-beza, namun begitu pandangan mereka ini dapat disimpulkan

bahawa sejarah adalah ilmu yang mengkaji perkara-perkara di masa lampau dan dikaitkan

dengan kehidupan masa kini.

            Sejarah juga dapat dijadikan sebagai panduan atau landasan kepada kehidupan

seharian kita pada hari ini. Hal ini kerana sejarah merupakan ilmu yang mengkaji peristiwa

masa lampau yang boleh dijadikan iktibar oleh masyarakat sekarang sebagai panduan hidup.

Oleh yang demikian sejarah juga banyak memainkan peranan dalam membentuk sesebuah

negara dan masyarakat. Sebagai contoh sejarah telah menceritakan tentang peristiwa hitam 13

Mei 1969, oleh itu rakyat seharusnya menghayati ilmu sejarah itu sendiri supaya kedamaian

masyarakat dan kemajuan negara dapat dipertingkatkan.

10