disediakan oleh: pejabat hal ehwal mahasiswa universiti ...intake.utm.my/semakan/docs/pdf/panduan...

21
1 Disediakan Oleh: Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia Johor Bahru, Johor

Upload: vukien

Post on 10-Mar-2019

246 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1

Disediakan Oleh:

Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa

Universiti Teknologi Malaysia Johor Bahru, Johor

2

KANDUNGAN

Kata Aluan 03

Senarai Semakan 05-06

Objektif Program Minggu Transformasi Mahasiswa 2012/2013 07

Pengisian Program 08

Pendaftaran Kolej 09

Kemudahan-Kemudahan Yang Disediakan 11-14

Panduan Pendaftaran 15-18

Direktori Telefon 19

3

KATA-KATA ALUAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Assalamualaikum wm. wbt. dan Salam Sejahtera,

Alhamdulilah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya saya diberi kesempatan

merakamkan sepatah dua kata di dalam buku panduan Minggu Transformasi Mahasiswa Sesi

2012/2013 ini.

Saya dan semua warga Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah

dan syabas atas kejayaan saudara/saudari kerana telah berjaya melanjutkan pengajian di UTM.

Kehidupan kampus merupakan cabaran baru kepada saudara/saudari dalam proses menimba ilmu

pengetahuan yang lebih tinggi. Seluruh warga kampus sentiasa bersedia memberi didikan, dorongan

dan bimbingan kepada saudara/saudari dalam membentuk graduan berkualiti yang mampu

mendukung wawasan negara.

Universiti telah menggariskan wawasan dan objektif yang jelas selaras dengan aspirasi negara,

pastinya memerlukan penggemblengan usaha di antara tenaga akademik, pentadbiran dan juga para

mahasiswa untuk bersama-sama memikul tanggungjawab ke arah wawasan dan objektif tersebut.

Matlamat utama Universiti adalah untuk menjadi institusi akademik yang berteraskan sains dan

teknologi bertaraf dunia menerusi kreativiti. Universiti sangat menggalakkan apa jua program

mahasiswa bagi menjana penemuan idea, inovasi dan reka cipta. Saudara-saudari seharusnya

memupuk sikap bertanggungjawab dalam diri dan mempunyai daya saing yang tinggi untuk

menghadapi cabaran ini. Tumpuan sepenuhnya harus diberikan di dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.

Universiti berharap Program Minggu Transformasi Mahasiswa ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya

oleh saudara/saudari untuk mengenali UTM secara menyeluruh. Universiti penuh yakin dengan

dedikasi tinggi, keikhlasan serta semangat gigih saudara/saudari akan mencapai kejayaan yang

cemerlang.

Selamat Maju Jaya!

PROF. DATUK IR. DR. ZAINI BIN UJANG.

Naib Canselor

4

KATA-KATA ALUAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (HEM & ALUMNI)

Assalamualaikum wm. wbt. dan Salam Sejahtera,

Selamat datang ke kampus induk Universiti Teknologi Malaysia. Pihak Universiti yakin pemilihan

UTM sebagai pusat pengajian tinggi akan membawa kejayaan, baik kepada diri sendiri mahupun

kepada keluarga. Kami di Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni (HEMA) mengalu-alukan

kedatangan saudara sekalian.

“WE CARE” merupakan moto Pejabat HEMA sentiasa terbuka untuk membantu saudara sekiranya

saudara menghadapi sebarang masalah atau memerlukan apa-apa maklumat setelah saudara

menjejak kaki ke kampus yang indah ini.

Sempena dengan kemasukan mahasiswa baru, Universiti mengadakan Minggu Transformasi

Mahasiswa (MTM) bermula 2 hingga 8 September 2012. Program ini dirancang bagi menyambut

kedatangan mahasiswa baru dengan suasana mesra, agar mahasiswa dapat menyesuaikan diri

dengan persekitaran kampus dengan lebih kondusif. Peluang ini juga menggalakkan mahasiswa

berkenalan dengan rakan baru dari berbilang kaum dan latar belakang yang berbeza agar dapat

memperluaskan lagi konsep perkongsian dan pemahaman silang budaya.

Perlaksanaan Minggu Transformasi Mahasiswa akan dapat memantapkan dan memberi satu

motivasi serta pengalaman baru untuk memupuk nilai berdikari di samping membantu

menyesuaikan diri dengan sistem pembelajaran dan kehidupan baru di dalam kampus.

Saya berharap maklumat dalam buku ini dapat membantu saudara sebagai persiapan dalam

menjalani minggu pertama semester dengan penuh bersemangat.

Salam Mesra dan Selamat Maju Jaya.

PROF. DATUK DR. MOHD. TAJUDIN BIN HJ. NINGGAL

Timbalan Naib Canselor (HEM & Alumni)

5

SENARAI SEMAKAN

Senarai Semakan berikut adalah bertujuan untuk membantu anda supaya anda cukup bersedia

untuk menghadapi Hari Pendaftaran Mahasiswa Baru di Universiti Teknologi Malaysia kelak. Sila

tandakan (/) pada kotak yang berkenaan.

Surat Tawaran Pengajian Ke UTM.

Kad Pengenalan

Borang Pemeriksaan Kesihatan, UTM 1a, 1b, 1c dan X-ray.

Borang Soal-Selidik PSZ

Borang UTM P5, telah diisi secara online di www.jpt.utm.my dan dicetak dua (2) salinan untuk diserahkan kepada:

i) kaunter kolej mahasiswa semasa pendaftaran

ii) kaunter fakulti semasa pendaftaran program

Borang Perakuan Pelepasan Tanggungan (UTM 2a)

Borang Ikrar Pelajar (UTM 4)

Borang Jaminan Kewangan Bagi Penjamin Pertama (UTM 3a) dan Penjamin Kedua (UTM 3b)

Surat Aku Janji Mahasiswa

Pengakuan MengenaI Penyalahgunaan Dadah (UTM 2)

Borang Pengakuan Orang Kelainan Upaya (Jika Berkaitan)

Slip Pembayaran Yuran Pengajian melalui BIMB/CIMB Click .

Borang Perakuan dan Permohonan Bayaran Melalui Bank

Salinan sijil-sijil yang telah disahkan.

Gambar warna berukuran pasport (10 keping) untuk kegunaan kolej/klinik dan fakulti.

Salinan Surat Beranak yang telah disahkan.

Salinan kad pengenalan (10 keping) dan slip gaji terkini atau pengesahan pendapatan atau

Borang 'J' atau kad pesara ibu bapa atau penjaga (10 keping) dan pengesahan bagi setiap

salinan tersebut.

Salinan muka hadapan buku akaun bank CIMB.

Cadar, bantal dan sarung bantal serta selimut.

Baju Melayu lengkap bersamping dan bersongkok (untuk mahasiswa Melayu).

6

Kemeja 'T' berkolar, seluar track-bottom, berkasut sukan dan berstokin.

Kemeja, seluar gelap, kasut dan stokin (lelaki).

Baju kurung @ lengan panjang, kain labuh berwarna gelap, kasut (perempuan).

Baju batik lengan panjang (lelaki).

Baju kurung batik (perempuan).

Wang sebanyak RM25.00 untuk Kemeja T kolej dan Buku Panduan Akademik

Telah menghantar/menempah kemudahan penginapan untuk ibu bapa atau penjaga (jika perlu).

7

PROGRAM MINGGU TRANSFORMASI MAHASISWA (MTM)

Kedatangan mahasiswa baru setiap tahun memang dinanti-nantikan oleh Universiti. Minggu

Transformasi Mahasiswa adalah laluan pertama bagi mahasiswa baru sebagai persediaan menjadi

sebahagian daripada masyarakat Universiti. Pengharapan mereka terhadap kehidupan di Universiti

digarap melalui perlaksanaan Minggu Transformasi Mahasiswa supaya seiring dengan nilai dan

budaya Universiti agar bersesuaian dengan kehendak mahasiswa dan seterusnya dapat mengikuti

program pembelajaran Universiti dengan penuh yakin dan jayanya.

Mahasiswa baru yang menjejakkan kaki ke Universiti membawa bersama-sama mereka kepelbagaian

latar belakang, sifat, fahaman, harapan dan pengalaman. Kepelbagaian ini adalah merupakan satu

aset yang penting, bukan sahaja dapat menyatupadukan mahasiswa, memupuk perasaan saling

memahami dan sikap toleransi antara satu sama lain malahan juga boleh dijadikan sumber kekuatan

untuk memperkayakan diri melalui peluang pembelajaran yang berterusan antara satu sama lain.

Minggu Transformasi Mahasiswa dirancang bersesuaian dengan hasrat kedatangan mahasiswa baru

dapat disambut dengan penuh kemesraan supaya mereka tertarik dengan kehidupan di Universiti

yang boleh mencetus semangat, motivasi dan daya saing bagi mencapai kecemerlangan akademik

serta kehidupan yang harmoni.

OBJEKTIF

Objektif Minggu Transformasi Mahasiswa adalah seperti berikut:

i) Memberi penerangan yang jelas kepada mahasiswa mengenai matlamat, fungsi dan hala tuju

universiti.

ii) Memberi motivasi kepada mahasiswa untuk berjaya dalam bidang akademik dan kokurikulum

semasa di universiti.

iii) Memupuk nilai berdikari di samping membantu mereka menyesuaikan diri dengan sistem

pembelajaran dan kehidupan baru di dalam kampus.

iv) Menanam dan menyuburkan nilai-nilai murni serta mengeratkan perhubungan kaum menerusi

pelbagai program pembangunan mahasiswa.

8

PENGISIAN MINGGU TRANSFORMASI MAHASISWA

MAJLIS CERAMAH

Bagi membuka minda, fikiran dan menghidupkan budaya keintelektualan mahasiswa, majlis-majlis

ucap utama seperti ucapan pemimpin negara, Naib Canselor UTM dan Timbalan Naib Canselor (Hal

Ehwal Mahasiswa dan Alumni) UTM akan diadakan di Dewan Sultan Iskandar. Pendedahan kepada

majlis sebegini rupa diharapkan memberi pengetahuan dan pengalaman yang baru kepada

mahasiswa serta memberi peluang kepada mahasiswa mempelajari perjalanan sesuatu majlis

formal.

LAWATAN SEKITAR KAMPUS

Minggu Transformasi Mahasiswa telah disusun untuk memberikan gambaran yang sebenar kepada

mahasiswa mengenai kehidupan kampus serta budaya yang ada di dalamnya. Mahasiswa akan

mengenali kehidupan serta mendapat pengalaman baru di kampus serta memberi peluang kepada

mahasiswa untuk berfikir dalam usaha untuk menyesuaikan diri di dalam suasana baru.

PROGRAM INTERAKSI DENGAN PEGAWAI KANAN UNIVERSITI

Program tertentu yang memberi peluang kepada mahasiswa berinteraksi dengan Pegawai Kanan

Universiti seperti upacara perasmian Minggu Transformasi Mahasiswa yang melibatkan seluruh

pegawai kanan Universiti dan juga program berinteraksi di peringkat fakulti dan jabatan seperti

bersuaikenal dengan Dekan Fakulti, Profesor dan Ketua-ketua jabatan akan diaturkan melalui

program Minggu Transformasi Mahasiswa tersebut. Program berinteraksi sebegini diharap dapat

menambah keyakinan di dalam diri mahasiswa baru bagi memulakan kehidupan di kampus.

PROGRAM PENGHAYATAN NILAI MURNI

Bagi menyemai dan menyuburkan sikap dan penghayatan, nilai murni berlandaskan kesedaran

kepada Tuhan, program usrah, ceramah agama, ceramah motivasi dan solat berjemaah (bagi

mahasiswa beragama Islam) akan diadakan di masjid atau surau kolej kediaman. Manakala program-

program lain akan dilaksanakan di Dewan Sultan Iskandar.

PROGRAM PENINGKATAN KETATANEGARAAN

Bagi mahasiswa yang bukan beragama Islam, program berbentuk tatasusila dan kesedaran sivik serta

ceramah akan diadakan bermatlamat untuk memantapkan lagi nilai sosial, perhubungan dan budaya

ilmu di kalangan mereka.

PROGRAM SUKAN DAN RIADAH SERTA KEBUDAYAAN

Bagi memberi peluang kepada mahasiswa menunjukkan bakat yang sedia ada, program sukan dan

riadah serta kebudayaan akan diadakan. Mahasiswa akan diberikan ruang yang luas melibatkan diri

secara menyeluruh di dalam sukan dan kebudayaan bagi merebut pengalaman yang berguna dan

manfaat yang berterusan.

Selain itu, program Gotong Royong Perdana dan Pameran Inovasi diadakan bagi mengeratkan

semangat 1Malaysia antara mahasiswa baru dan memperkenalkan unit/bahagian/fakulti yang ada

di UTM.

KREW MINGGU TRANSFORMASI MAHASISWA

Krew Minggu Transformasi Mahasiswa telah dilantik daripada mahasiswa kanan yang

berpengalaman di dalam pengendalian kumpulan mahasiswa. Fungsi utama krew adalah untuk

membantu mahasiswa baru mengharungi proses pengajian/kehidupan sebagai mahasiswa

Universiti. Diharapkan agar mahasiswa baru memberikan kerjasama sepenuhnya kepada krew ini.

9

PENDAFTARAN MASUK KOLEJ (Sila rujuk masa pendaftaran seperti dalam surat tawaran)

Mahasiswa dikehendaki mendaftar seperti dalam surat tawaran.

Berikut adalah perkara yang perlu dilakukan semasa pendaftaran di kolej:

1. Tunjuk Surat Tawaran Pengajian

2. Dapatkan nombor bilik kolej kediaman dan kunci bilik

3. Kemukakan Slip Pembayaran Yuran melalui BIMB/CIMB Clicks dan Borang Akaun Bank CIMB

Selepas pendaftaran dan juga mengambil kunci bilik, mahasiswa dikehendaki merujuk kepada Atur

cara Minggu Transformasi Mahasiswa Sesi 2012/2013 (dibekalkan semasa pendaftaran) untuk

mengikuti program berikutnya.

APA YANG PERLU ANDA BAWA?

1) Pakaian harian dan pakaian sukan yang sesuai dan tidak menjolok mata. Mahasiswa wanita

diminta membawa seluar panjang sukan (track bottom) dan t-shirt berlengan panjang.

2) Keperluan kolej kediaman: 2 helai cadar berukuran katil bujang, 2 helai sarung bantal, bantal dan

selimut.

3) Keperluan untuk solat termasuk pakaian baju Melayu kebangsaan lengkap bersamping dan

songkok berwarna hitam atau biru tua (mahasiswa lelaki Islam sahaja)

4) Pakaian sukan yang sesuai termasuk kasut sukan dan stokin.

5) Kasut berwarna gelap dan stokin hitam untuk upacara rasmi.

6) Digalakkan menggunakan beg beroda untuk membawa barang-barang keperluan ke Pusat

Pendaftaran dan ke bilik kediaman.

7) Upacara rasmi Universiti pada waktu siang, semua mahasiswa lelaki diwajibkan memakai kemeja

berlengan panjang (warna bebas), bertali leher dan berseluar gelap. Manakala mahasiswa wanita

beragama Islam berpakaian baju kurung(warna bebas), kain labuh berwarna gelap dan

bertudung. Bagi mahasiswa wanita bukan Islam, berpakaian baju lengan panjang berkolar dan

memakai kain labuh berwarna gelap. (Sebarang perubahan pemakaian akan dimaklumkan)

8) Upacara pada waktu malam, semua mahasiswa lelaki dikehendaki memakai baju batik lengan

panjang dan berseluar gelap manakala semua mahasiswa perempuan dikehendaki berbaju

kurung batik dan bertudung (untuk perempuan Islam sahaja). (Sebarang perubahan pemakaian

akan dimaklumkan)

10

PERINGATAN

Universiti Teknologi Malaysia telah melaksanakan Hari Berpakaian Kemas (Smart Day) pada setiap

hari Isnin. Anda dikehendaki mematuhi peraturan berikut:

1. Semua mahasiswa lelaki hendaklah berpakaian formal ke kuliah dengan memakai kemeja lengan

panjang, berwarna atau lain-lain dan berseluar gelap (seluar jeans tidak dibenarkan), berstokin

gelap, berkasut kulit dan bertali leher.

2. Semua mahasiswa perempuan Islam hendaklah berpakaian formal ke kuliah dengan memakai

baju kurung, bertudung dan berkasut. Seluar panjang/ seluar jeans tidak dibenarkan pada hari

Isnin.

3. Semua mahasiswa perempuan bukan Islam hendaklah berpakaian formal ke kuliah dengan

memakai baju lengan panjang, berkolar, kain labuh berwarna gelap dan berkasut. Seluar

panjang/seluar jeans tidak dibenarkan pada hari Isnin.

4. Pada hari-hari kuliah yang lain mahasiswa adalah tertakluk kepada Tatacara Pemakaian

Mahasiswa.

KENDERAAN BERMOTOR

Mahasiswa Tahun Satu TIDAK DIBENARKAN membawa/menyimpan atau memiliki kenderaan

bermotor di dalam kampus. Perkhidmatan bas transit ulang alik dari kolej kediaman mahasiswa ke

fakulti disediakan seawal jam 7.15 pagi hingga jam 11.30 malam setiap hari kecuali hari Sabtu, Ahad

dan Cuti Am. Saudara hendaklah menggunakan perkhidmatan bas yang disediakan.

SIMPANAN WANG

Mahasiswa digalakkan untuk menyimpan wang di dalam bank dan TIDAK membawa tunai secara

berlebihan ketika hari pendaftaran dan Minggu Transformasi Mahasiswa untuk mengelakkan

kehilangan atau kecurian. Universiti tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa kehilangan harta

peribadi dan wang tunai sepanjang pengajian mahasiswa. Untuk makluman bank yang beroperasi di

dalam Kampus UTM Johor Bahru adalah CIMB sahaja. Manakala Bank Islam hanya ATM sahaja.

11

KEMUDAHAN-KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN

1) KEMUDAHAN PENGANGKUTAN

A. Bas Universiti

Pada 2 September 2012, bas UTM akan menunggu di Perhentian Bas Larkin dan Stesen

Keretapi Kempas pada jam 7.00 pagi hingga 10.00 pagi sahaja.

B. Bas Awam Ke Kampus UTM

i) Dari Bandaraya Johor Bahru - Bas Causeway Link (No. 5B), Triton (No. 503) dan Bas

Transit Link (No. 331)

ii) Dari Terminal Bas Larkin ke Bandaraya - Kesemua bas bandaraya

C. Teksi Ke Kampus UTM

i) Tambang teksi dari Pusat Bandaraya Ke UTM – RM30.00 (tertakluk kepada perubahan)

ii) Tambang teksi dari Lapangan Terbang Senai - RM35.00 (tertakluk kepada perubahan)

D. Keperluan Kenderaan Dari Lapangan Terbang

Mahasiswa yang memerlukan perkhidmatan dari lapangan terbang mestilah memberitahu

masa dan tarikh ketibaan kepada Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa seminggu sebelum tarikh

penerbangan di talian 07-5530567/5530263. (Saudara diingatkan supaya tidak

menggunakan perkhidmatan teksi yang tidak berpermit (teksi haram) demi keselamatan

saudara.

E. Kenderaan Sendiri

Bagi mahasiswa yang datang ke kampus dengan kenderaan sendiri, sila perhatikan tanda

arah meletak kenderaan yang disediakan oleh pihak Universiti. Saudara diminta mematuhi

arahan Pegawal Keselamatan yang bertugas untuk mengelakkan kesesakan jalan raya

sepanjang proses pendaftaran dijalankan. Kerjasama pemandu amat dihargai.

12

2) KEMUDAHAN KESIHATAN

Pusat Kesihatan Universiti di Blok J01 memberi rawatan dan kemudahan perubatan kepada

mahasiswa.

Pemeriksaan kesihatan (medical check-up) mahasiswa baru boleh dibuat di Pusat Kesihatan

Universiti selepas tarikh pendaftaran dengan bayaran RM60.00.

Rawatan Kecemasan

UTM menyediakan talian telefon untuk rawatan kecemasan untuk mahasiswa. Sila dail

sambungan 30999 melalui telefon di dalam kampus atau 07-5530999 jika anda berada di

luar kampus.

Mahasiswa juga boleh menghubungi Pengetua/ Felo Kolej masing-masing untuk bantuan

kecemasan.

Rawatan Hospital Kerajaan

Universiti akan menanggung kemudahan rawatan mahasiswa di mana-mana Hospital

Kerajaan. Surat jaminan tanggungan bayaran hospital oleh Universiti boleh diperolehi dari

Pusat Kesihatan Universiti.

Bayaran yang ditanggung oleh Universiti ialah meliputi semua bayaran yang dikenakan oleh

pihak hospital ke atas mahasiswa.

Pembayaran hospital yang telah didahulukan oleh mahasiswa boleh dituntut dari Universiti

dengan mengemukakan resit pembayaran rasmi hospital kepada Pusat Kesihatan Universiti.

Universiti hanya menanggung perbelanjaan Wad Kelas 2 sahaja.

13

3) KOLEJ KEDIAMAN

KADAR SEWA KOLEJ KEDIAMAN

(Tertakluk Kepada Jenis Bilik Yang Ditawarkan)

Jenis Kadar Sewa (Hari)

Berdua RM3.50-RM4.00

PERATURAN KOLEJ

Semua mahasiswa baru yang telah selesai proses pendaftaran dan telah menandatangani

Surat Aku Janji adalah dengan ini terikat dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971,

Kaedah-Kaedah Universiti Teknologi Malaysia (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999.

Mahasiswa diingatkan supaya membaca Buku Peraturan Mahasiswa, Universiti Teknologi

Malaysia dan diminta untuk tidak melakukan apa-apa perkara yang bertentangan dengan

peraturan bertulis yang digunapakai oleh Universiti.

Mana-mana mahasiswa yang telah disabitkan kesalahan akan dikenakan tindakan yang

setimpal dengan kesalahannya yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib Mahasiswa.

Kesalahan yang telah disabitkan ke atasnya bersama tindakannya sekali akan dicatat ke

Rekod Peribadi Mahasiswa yang boleh menjejaskan masa depan mahasiswa (pesalah)

selepas tamat pengajian kelak.

14

4) BANTUAN KEWANGAN

Semua mahasiswa adalah dinasihatkan memohon biasiswa atau bantuan kewangan

daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Badan Berkanun dan swasta melalui iklan

yang dikeluarkan di akhbar tempatan.

Selain dari itu, pihak Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa akan mengeluarkan iklan tawaran

bantuan kewangan daripada penaja-penaja untuk makluman para mahasiswa dari masa ke

semasa. Sila rujuk papan kenyataan sekitar kampus atau hubungi Unit Biasiswa 07-5530185.

LAIN-LAIN PERKHIDMATAN

1. Perkhidmatan mesin kad auto-teller ATM-MEPS CIMB boleh didapati di tingkat bawah

Bangunan Persatuan Mahasiswa, Arked Kolej Tun Dr Ismail dan Arked Kolej 9 & 10.

2. Manakala mesin kad auto-teller ATM-MEPS, Bank Islam Malaysia boleh didapati di Arked

Cengal.

3. Kemudahan Pejabat Pos terletak di Bangunan Persatuan Mahasiswa.

4. Mesin basuh berbayar disediakan hampir di semua kolej kediaman mahasiswa.

5. Kemudahan kedai dan kafetaria ada di semua kolej kediaman mahasiswa.

6. Surau disediakan hampir di semua kolej kediaman mahasiswa dan Masjid Sultan Ismail

berdekatan dengan Dewan Sultan Iskandar. Rumah-rumah ibadah lain terletak di sekitar

Taman Universiti dan Taman Sri Skudai.

15

KEMUDAHAN PENGINAPAN

Kemudahan penginapan terdapat di sekitar Taman Universiti, Skudai, Taman Tun Aminah

dan Pasir Gudang yang boleh disewa untuk kemudahan ibu bapa yang datang awal. Berikut

adalah nama hotel, nombor telefon dan anggaran jarak rumah tamu, hotel dan rumah

tumpangan berkenaan bagi memudahkan proses penempahan anda:

Bil Nama Hotel No. Telefon Jarak dari

UTM

Lokasi

1 Scholar’s Inn(Rumah Tamu) 07-5535197 -dalam

kampus-

-dalam kampus-

2 Hotel Seri Malaysia 07-2211002 20 km Larkin

3 Hotel Mutiara 07-3300300 22 km Johor Bahru

4 Hotel Rasa Sayang 07-2248600 22 km Johor Bahru

5 Hotel Kelana 07-5562050 4 km Taman Jaya

6 Hotel Good Hope 07-5572828 6 km Taman Skudai Baru

7 Hotel Puteri Pacific 07-2199999 22 km Johor Bahru

8 Le Grandeur Palm Resort Johor 07-5996000 12 km Senai

9 Pulai Spring Resort 07-5212121 4 km Jalan Pontian

10 Thistle Hotel JB 07-2229234 22 km Johor Bahru

11 Rose Cottage 07-5211366 2 km Taman Universiti

12 Hotel Selesa 07-3323999 22 km Johor Bahru

16

PANDUAN PENDAFTARAN MAHASISWA BARU SESI 2012/2013

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

JOHOR BAHRU, JOHOR

3 SEPTEMBER 2012

17

PENDAFTARAN MAHASISWA BARU SESI 2012/ 2013

(3 September 2012)

KAUNTER YANG PERLU ANDA LALUI

Anda digalakkan menanda (/) di dalam kotak untuk semakan.

KAUNTER 1 (SERANTA)

1. Pertanyaan dan semakan Dokumen

KAUNTER 2 (AKUJANJI DAN OKU)

1. Pengesahan Surat Aku Janji Mahasiswa (2 salinan)

2. Serahkan Borang Orang Kelainan Upaya (OKU)

(Kepada mahasiswa-mahasiswa yang berkaitan)

KAUNTER 3 (KLINIK)

1. Pemeriksaan Rabun Warna

(Mahasiswa Fakulti Kej. Kimia, Fakulti Kej. Petroleum Dan Kejuruteraan

Tenaga Diperbaharui, Fakulti Kej. Elektrik, Fakulti Kej. Mekanikal,

Fakulti Alam Bina (SBES/SBEL/SBEP) dan Fakulti Kej. Bioperubatan dan

Sains Kesihatan sahaja)

2. Serahkan Borang Pemeriksaan Kesihatan UTM 1a, 1b, 1c dan x-ray

3. Temujanji yang belum membuat pemeriksaan kesihatan (jika perlu)

18

KAUNTER 4 (CENDERAMATA)

1. Tunjuk Slip Pembayaran Yuran Atau Surat Tawaran Pengajian untuk mendapatkan

set cenderamata anda.

2. Pastikan Anda Mendapat:

- Beg

- Buku Panduan Mahasiswa Pejabat HEMA & Buku Peraturan Mahasiswa

- Atur cara Minggu Transformasi Mahasiswa 2012/2013

- Cenderamata

KAUNTER 5 (KAD MATRIK MAHASISWA)

1. Tunjuk Surat Tawaran Pengajian

2. Sesi Fotografi

3. Buat semakan dan pengesahan nama

19

HARI PENDAFTARAN

1. PERATURAN PAKAIAN

1.1. Setiap mahasiswa dikehendaki memakai pakaian yang bersih serta kemas dan bagi

mahasiswa lelaki hendaklah memakai baju kemeja berlengan panjang (warna bebas)

serta bertali leher, berseluar gelap dan berkasut gelap.

1.2 Mahasiswa perempuan Muslim hendaklah bertudung (warna bebas), memakai baju

kurung (warna Bebas), berkain gelap dan berkasut gelap.

1.3 Bagi mahasiswa perempuan bukan beragama Islam, berpakaian baju lengan panjang

berkolar, berkain labuh berwarna gelap dan berkasut. Pakaian yang menjolok mata

adalah tidak dibenarkan.

1.4 Mahasiswa tidak dibenarkan memakai kemeja "T" tidak berkolar, seluar jeans atau

selipar.

1.5 Mahasiswa tidak dibenarkan memakai pakaian yang menutup muka (purdah).

2. PERATURAN RAMBUT

2.1 Rambut mahasiswa lelaki mestilah tidak melebihi atau mencecah kolar baju kemeja

biasa, tidak menutup telinga dan tidak sampai menutup kening

2.2 Rambut mahasiswa perempuan mestilah sentiasa berada di dalam keadaan kemas

dan tidak diwarnakan; dan

2.3 Mahasiswa tidak dibenarkan mempunyai rambut berekor, mewarnakan rambut dan

fesyen rambut yang tidak keterlaluan, memakai subang, anting-anting serta rantai

leher.

3. Peraturan Am ini berkuatkuasa selaras dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti, 1971

Kaedah-Kaedah Universiti Teknologi Malaysia (Tatatertib Pelajar-Pelajar), 1999.

4. Mahasiswa yang tidak mematuhi peraturan di atas atau tidak menuruti Tatacara Pakaian

Pelajar yang telah ditetapkan TIDAK akan dibenarkan mendaftar.

20

DIREKTORI TELEFON KOLEJ

1. Encik Zulkepli bin Jemain

Kolej Rahman Putra (KRP)

Tel: 07-5537246/5537242

Faks: 07-5532701

Emel: [email protected]

2. Puan Salmiah binti Salleh

Kolej Tun Fatimah (KTF)

Tel: 07-5537259/5537255/37256

Faks: 07-5532702

Emel: [email protected]

3. Encik Nazam bin Isa

Kolej Tun Razak (KTR)

Tel : 07-5537277/ 5530542

Faks: 07-5532703

Emel: [email protected]

4. Encik Mohd. Rashdan Jamian@Raduan

Kolej Tun Hussein Onn (KTHO)

Tel : 07-5532624/ 5532593

Faks: 07-5532704

Emel: [email protected]

5. Puan Norsidah binti Othman

Kolej Tun Dr. Ismail (KTDI)

Tel: 07-5531952/5531951

Faks: 07-5532705

Emel: [email protected]

6. Cik Ema Razrina Ambayah

Khairil Zaidi Mohd Zaki

Kolej Tuanku Canselor (KTC)

Tel : 07-5535657/5535658/35680

7. Encik Abdul Razak Abd. Wahab

Kolej Perdana (KP)

Tel : 07-5536610/5536609/36614

Faks: 07-5535000

Emel: [email protected]

8. Puan Rubiah binti Abd. Aziz

Encik Hamdan Abd Ghani

Kolej 9 & 10

Tel : 07-5535016/5535008

Faks: 07-5535018

Emel: [email protected]

Emel: [email protected]

9. Puan Meery Zailina binti Ismail

Kolej Datin Seri Endon

Tel : 07-5537701/5537702/37759

Faks: 07-5537700

Emel: [email protected]

10. Encik Ab. Rahim bin Shafie

Kolej Tun Ghafar Baba

Tel : 07-5537726/5537711/37710/

37705/37724

Faks: 07-5537725

Emel: [email protected]

11. Encik Mohamad Hairil Abdul Ghani

Kolej Dato’ Onn Jaafar

Tel: 07-5537709/ 5537708/37746

Faks: 07-5537706

Emel:[email protected]

Faks: 07-55335984

Emel: [email protected]

Emel: [email protected]

21

PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan mengenai Minggu Transformasi Mahasiswa (MTM),

anda boleh berhubung terus ke Hotline MTM:

07-5530263/5530771/5530261

(8.00 pagi - 5.00 petang/Isnin - Jumaat)

Lawati laman web kami di alamat www.utm.my/hema

http://web.utm.my/hep/documents/Buku-Panduan-Pendaftaran-MTM2012.pdf