2a. edu3107 2.1-2-2 pkhid b&k

23
PISMP: EDU 3107 B&K Kanak-kanak Tajuk 2: Perkhidmatan B&K (1 jam) 1

Upload: syarifuddin-wan

Post on 09-Dec-2015

222 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

notes

TRANSCRIPT

Page 1: 2a. EDU3107 2.1-2-2 Pkhid B&K

PISMP: EDU 3107B&K Kanak-kanak

Tajuk 2: Perkhidmatan B&K (1 jam)

1

Page 2: 2a. EDU3107 2.1-2-2 Pkhid B&K

Hasil Pembelajaran

• 2.1 Menjelaskan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling

• 2.2 Membincangkan etika kaunseling

2

Page 3: 2a. EDU3107 2.1-2-2 Pkhid B&K

2.1 PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

1./ Perkhidmatan inventori individu dan rekod2. - Perkhidmatan memberi maklumat3.- Perkhidmatan bimbingan kelompok4. - Perkhidmatan Kaunseling5./ Perkhidmatan Penempatan6.- Perkhidmatan Mencegah Penyalahgunaan Dadah7./ Perkhidmatan Perundingan dan rujukan8. Perkhidmatan Penyelarasan Sumber9. Perkhidmatan Perbincangan Dengan ibu bapa10./ Perkhidmatan Penilaian

3

Page 4: 2a. EDU3107 2.1-2-2 Pkhid B&K

PERKHIDMATAN INVENTORI INDIVIDU DAN REKOD

1. Mengendalikan fail bimbingan untuk setiap pelajar.2. Mengumpul dan merekodkan butir-butir berkaitan dengan penilaian dan pentafsiran minat pelajar-pelajar.3. Mengawasi perangkaan dan corak kehadiran pelajar-pelajar yang dirujuk untuk kaunseling.4. Menyelaras,menjaga dan mengemaskini rekod pelajar.5. Memberi maklumat tentang pencapaian dan kemajuan pelajar-pelajar bermasalah untuk tujuan pemulihan.6. Menjalan kaji selidik dan membuat tafsiran yang difikirkan perlu atau berguna.

4

Page 5: 2a. EDU3107 2.1-2-2 Pkhid B&K

PERKHIDMATAN MEMBERI MAKLUMAT• 1.Mengumpul, menyedia dan menyebar

maklumat kerjaya, vokasional, latihan dan pelajaran kepada pelajar-pelajar; misalnya melalui risalah, poster hari kerjaya dan buletin sekolah.

• 2.Menambah dan mengemaskinikan fail-fail maklumat kerjaya, peluang latihan pelajaran, sosial dan peribadi.

• 3.Memberi maklumat tentang kerjaya, menyebarkan maklumat tentang pendidikan pencegahan dadah dan mengelolakan lawatan kerjaya.

5

Page 6: 2a. EDU3107 2.1-2-2 Pkhid B&K

PERKHIDMATAN BIMBINGANKELOMPOK• 1.Merancang dan menjadi penyelaras aktiviti bimbingan

kelompok dan tunjuk ajar yang dapat menggalakkan perkembangan konsep kendiri,kognitif,afektif,psiko - sosial,fizikal,seksual dan vokasional yang bersifat penyuburan.

• 2.Mengadakan bimbingan kelompok atau tunjuk ajar tentang isu-isu semasa pelajar seperti masalah disiplin, masalah pelajaran,masalah sosial dan lain-lain topik yang lebih bersifat penyesuaian atau pembaikan.

• 3.Membantu pelajar memilih mata-mata pelajaran pilihan untuk peperiksaan PMR,SPM dan STPM.

6

Page 7: 2a. EDU3107 2.1-2-2 Pkhid B&K

PERKHIDMATAN KAUNSELING• 1.Satu perkhidmatan kaunseling dengan

pelajar secara individu atau kelompok tentang : pencapaian akademik, kerjaya , ilmu pengetahuan dan peribadi serta masalah disiplin.

• 2.Jika perlu, kaunseling keluarga dan tunjuk ajar boleh diadakan untuk mengajar perkara-perkara yang berkaitan seperti penilaian kendiri, membuat keputusan, penjelasan nilai dan mengelakkan diri dari penyalahgunaan dadah.

7

Page 8: 2a. EDU3107 2.1-2-2 Pkhid B&K

PERKHIDMATAN PENEMPATAN• 1. Membantu pelajar memilih kegiatan ko-

kurikulum yang sejajar dengan kebolehan, minat dan kemampuannya.

• 2. Memberi input kepada pelajar tentang penempatan pekerjaan melalui :

Program pengalaman bekerjaMembekal data tentang pelajar-pelajar lepasan sekolah vokasional dan teknik.Membantu menempatkan pelajar-

pelajar untuk memasuki kilang-kilang dan firma.

8

Page 9: 2a. EDU3107 2.1-2-2 Pkhid B&K

PERKHIDMATAN MENCEGAH PENYALAHGUNAAN DADAH• 1.Mengadakan bimbingan individu atau

kelompok dalam menanam dan memupuk sikap dan nilai membenci dadah.

• 2.Membantu mendapatkan pertolongon pemulihan atau rawatan.

• 3.Membantu pelajar menyesuaikan diri semula ke alam sekolah selepas tamat program pemulihan.

• 4.Membuat penilaian dan memberi maklumbalas kepada Jabatan Pendidikan Negeri tentang program pencegahan penyalahgunaan dadah di peringkat sekolah.

9

Page 10: 2a. EDU3107 2.1-2-2 Pkhid B&K

2.1.2 Jenis Kaunseling

• Kaunseling individu• Kaunseling kelompok

10

Page 11: 2a. EDU3107 2.1-2-2 Pkhid B&K

• Apa itu kaunseling individu?

11

Page 12: 2a. EDU3107 2.1-2-2 Pkhid B&K

• Apa itu kaunseling kelompok?

12

Page 13: 2a. EDU3107 2.1-2-2 Pkhid B&K

2.2 Etika Kaunseling

•Apa itu kod etika?

• - satu senarai tatalaku yang mesti dipatuhi oleh ahli profesional yang menjalankan pekerjaan tersebut

• Kegagalan mematuhi – tindakan tata tertib

13

Page 14: 2a. EDU3107 2.1-2-2 Pkhid B&K

… etika kaunseling

•Mengapa kod etika penting?

• - jaga nama baik profesion kaunseling

• Memastikan mutu perkhidmatan yang diberi oleh para kaunselor

14

Page 15: 2a. EDU3107 2.1-2-2 Pkhid B&K

TANGGUNGJAWAB KAUNSELOR/GURU B & K

Kod Etika Kaunselor/Guru bimbingan dan kaunseling di sekolah telah mengariskan empat kategori tanggungjawab kaunselor seperti berikut :

1. Tanggungjawab terhadap klien2. Tanggungjawab terhadap rakan profesional3. Tanggungjawab terhadap masyarakat4. Tanggungjawab terhadap organisasi dan

majikan

Page 16: 2a. EDU3107 2.1-2-2 Pkhid B&K

1. TANGGUNGJAWAB TERHADAP KLIEN

Kaunselor bertanggungjawab untuk mengutamakan kepentingan klien, sama ada klien individu atau klien korporat.

Kaunselor hendaklah menghormati privasi klien dan merahsiakan segala maklumat yang diperolehi semasa kaunseling melainkan maklumat yang akan membahayakan klien atau orang-orang di persekitarannya.

Kaunselor hendaklah memahami dan menghormati latarbelakang sosio-budaya klien.

Semasa menjalankan sesi kaunseling, kaunselor hendaklah memelihara kesejahteraan fisikal dan psikologi klien, dan tidak memperalatkan klien untuk kepentingan diri sendiri sama ada dari aspek kewangan, seksual, emosi dan sebagainya.

Kaunselor hendaklah membimbing klien ke arah pembentukan sikap bertanggungjawab terhdapa tingkahlakunya. Kaunselor juga perlu menghormati keputusan atau penentuan kendiri yang dibuat oleh klien.

Page 17: 2a. EDU3107 2.1-2-2 Pkhid B&K

Samb. Tanggungjawab terhadap klien

Kaunselor hendaklah berkhidmat dengan penuh dedikasi, ikhlas, jujur dan membuktikan kemahiran serta kecekapan

profesionalismenya. Kaunselor tidak boleh mengamalkan, mempersetujui atau

menggalakkan diskriminasi berasaskan ras, jantina, agama, status ideologi, kecacatan fizikal, mental atau diskriminasi dalam bentuk apa sekali pun.

Kaunselor hendaklah menjelaskan kepada klien mengenai keperluan, proses dan implikasi perkhidmatan kaunseling.

Kaunselor hendaklah mencapai persetujuan dengan kliennya di peringkat awal sesi kaunseling mengenai batasan unsur kerahsiaan.

Persetujuan antara kaunselor dan klien mengenai kerahsiaan boleh disemak semula dan diubah dengan persetujuan bersama.

Dalam kes di mana jelas terbukti bahawa klien atau orang lain berada dalam keadaan bahaya, kaunselor hendaklah menggunakan budi bicaranya untuk menjaga kepentingan klien dan orang lain yg terlibat.

Page 18: 2a. EDU3107 2.1-2-2 Pkhid B&K

Samb. Tanggungjawab terhadap klien

Kaunselor tidak digalakkan memberi perkhidmatan kaunseling kepada suadara mara, kawan karib, atau sesiapa yang mempunyai hubungan intim dengannya, atau mempunyai hubungan dengan pihak pentadbiran yang membuat penilaian.

Kaunselor tidak boleh menghalang klien yang hendak menamatkan sesi kaunseling atau ingin bertukar kaunselor yang lain.

Kaunselor hendaklah memastikan bahawa kliennya tidak menjalani kaunseling dengan kaunselor yang lain pada masa yang sama.

Sekiranya mengikut pertimbangan kaunselor, klien memerlukan perkhidmatan luar dpd bidang kepakarannya kaunselor hendaklah merujuk klien tersebut kepada pihak yang berkenaan.

Kaunselor hendaklah menyediakan tempat yang selesa dan private untuk sesi kaunseling. Klien tidak seharusnya diperhatikan oleh orang luar melainkan kebenarannya, termasuk sesi kaunseling yg dirakam/dipita videokan.

Page 19: 2a. EDU3107 2.1-2-2 Pkhid B&K

2. Tanggungjawab Terhadap Rakan profesional

• Kaunselor hendaklah saling berusaha meningkatkan tahap kecekapan profesionalismenya.

• Kaunselor hendaklah menunjukkan sikap menghormati, adil dan terbuka terhadap rakan profesionalnya.

• Kaunselor bertanggungjawab untuk mencegah, mendedahkan serta memperbetulkan perlakuan rakan kaunselor yang tidak beretika.

• Kaunselor hendaklah bersedia untuk mempertahankan, membantu serta membela rakan kaunselor yang teraniaya akibat tuduhan dan tohmahan perlakuan yang tidak beretika.

Page 20: 2a. EDU3107 2.1-2-2 Pkhid B&K

3. Tanggungjawab Terhadap Masyarakat

Kaunselor hendaklah memahami dan menghormati unsur sosio-budaya masyarakat di mana dia berkhidmat.

Kaunselor hendaklah mematuhi undang-undang negara dan melaksanakan tugasnya berlandaskan undang-undang tersebut.

Page 21: 2a. EDU3107 2.1-2-2 Pkhid B&K

4. Tanggungjawab Terhadap Organisasi dan Majikan

Kaunselor hendaklah mematuhi persetujuan komitmen yang ditandatangani dengan organisasi tempat dia berkhidmat.

Kaunselor hendaklah berusaha untuk mengikuti polisi dan prosedur, serta meningkatkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan organisasinya.

Kaunselor hendaklah bertindak untuk mencegah berlakunya diskriminasi dalam organisasi dan dalam pelaksanaan polisi amalan pekerjaan.

Kaunselor tidak boleh menyalahgunakan kemudahkan dan sumber organisasinya.

Kaunselor hendaklah menjelaskan bidang kepakaran dan tahap kecekapan profesionalnya.

Page 22: 2a. EDU3107 2.1-2-2 Pkhid B&K

Samb. Tanggungjawab Terhadap Organisasi Dan Majikan

Kaunselor hendaklah mewujudkan hubungan interpersonal dan persetujuan kerja dengan penyelia dan stafnya mengenai khidmat kaunseling khususnya mengenai unsur kerahsiaan, perbezaan antara fakta umum atau peribadi, beban kerja dan akauntibiliti.

Kaunselor hendaklah memberitahu kepada pihak majikan tentang keadaan yang boleh menyebabkan konflik yang merosakkan atau menyekat keberkesanan perkhidmatannya.

Kaunselor hendaklah membenarkan dirinya di nilai secara profesional dari masa ke masa.

Kaunselor hendaklah bersama-sama bertanggungjawab ke atas peningkatan kerjaya untuk dirinya dan stafnya.

Page 23: 2a. EDU3107 2.1-2-2 Pkhid B&K

TERIMA KASIH

KERANA SUDI MENDENGAR