disclaimer - ajakrakan.com · apa perlu ada dalam resume? 44 1. gambar professional 44 - kod...

92

Upload: haliem

Post on 10-Jul-2018

255 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil
Page 2: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil
Page 3: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil

DisclaimerUntuk makluman anda, e-book ini ditulis berdasarkan pengalaman, pengetahuan dan kajian Tim Infokerjaya. Anda dilarang sama sekali untuk mengeluar ulang mana-mana bahagian e-book ini dengan apa cara sekalipun. E-book ini ditulis bagi anda yang baru sahaja tamat pengajian di mana-mana institusi pengajian sebagai tips untuk persediaan memohon kerja melalui penulisan resume yang baik. E-book ini bakal membantu anda mencipta resume yang memenuhi permintaan bakal majikan anda. Oleh itu, diharap e-book “Rahsia Resume Kerja” ini dapat membantu anda mencipta resume yang

baik seterusnya memudahkan anda terpilih ke temuduga.

Amaran• E-book ini adalah Hak Cipta Terpelihara Tim Infokerjaya PLT. • Anda dilarang sama sekali sama ada Mengubah, Mengedar atau Menjual e-book ini kepada Pihak Lain.• Sebarang kegiatan yang menyalahi etika penerbitan boleh dikenakan tindakan undang-undang.• Oleh itu, anda hendaklah melaporkan kepada pihak admin Tim Infokerjaya PLT Kerjaya jika menerima e-book ini tanpa melalui laman web www.resumekerja.com • Tindakan anda amatlah dihargai bagi membanteras kegiatan- kegiatan sebegini. E-book ini hanya untuk mereka yang membelinya secara sah dari www.resumekerja.com sahaja.• Jika anda memilikinya secara tidak sah, kami tidak menghalalkan ilmu di dalam e-book ini di Dunia mahupun Akhirat.

Ditulis Oleh

www.ResumeKerja.com

 

Page 4: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil

Isi Kandungan

Apa Itu Resume? 5Bagaimana Nak Hantar Resume? 7Proses Penapisan Resume 9

Proses Manual 9Proses Automatik 15

Bagaimana Nak Tulis Resume 99% Berjaya Dipanggil Ke Temuduga? 16

Teknik 1 – Soal Diri, Apa Saya Perlu Buat? 18Teknik 2 – Senaraikan Ciri-Ciri Yang Anda Miliki Yang Dikenalpasti Dapat Membantu Syarikat Capai Matlamat 20Teknik 3 – Berapa Tahun Pengalaman Anda Dalam Industri? 23

- Lepasan Graduan (Fresh-graduated) 24- Berpengalaman (Experienced) 27

Teknik 4 – Senaraikan Skil Terhebat Anda Yang Dapat Membantu Syarikat Mencapai Matlamat Dan Cabaran Dimasa Hadapan 29Teknik 5 – Senaraikan Pengalaman Professional Dan Kelayakan Anda 33Teknik 6 – Bagaimana Skil Terhebat Anda Dapat Menyelesaikan Masalah Syarikat Atau Capai Sesuatu Yang Berharga Untuk Syarikat? 37Teknik 7 – Senaraikan Pendidikan Tertinggi Yang Dapat Membantu Anda Dapatkan Jawatan Yang Diigini 40

Page 5: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil

Apa Perlu Ada Dalam Resume? 441. Gambar Professional 44

- Kod Pakaian 452. Butiran Diri 503. Jawatan Dimohon 554. Objektif 565. Ciri-ciri dan Skil Hebat 566. Kata Kunci (Keyword) 587. Pendidikan, Pengalaman dan Pencapaian (3P) 608. Gaji / Pendapatan 639. Hobi, Sukan dan Aktiviti Sosial 6510. Rujukan 70

Selain Resume, Apa Lagi Patut Saya Buat Untuk Dapat Kerja? 73

Surat Iringan 75Follow Up Call 78Kekemasan Resume 80

Kesimpulan 88

Page 6: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil

Rahsia Resume Kerja | 6

Resume adalah satu ringkasan mengenai kelayakan diri anda semasa memohon sesuatu pekerjaan. Satu lagi perkataan yang selalu digunakan dan membawa maksud yang sama iaitu Curriculum Vitae (CV).

Resume boleh dikatakan sebagai satu alat untuk mempromosikan diri anda kepada majikan sebelum anda diterima kerja.

Resume boleh juga disimbolikkan sebagai satu produk terhebat anda yang bakal dijual kepada pelanggan anda (bakal majikan) melalui seorang ajen jualan iaitu diri anda sendiri.

Apa Itu Resume?

Page 7: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil

Rahsia Resume Kerja | 7

Menulis resume ini lebih tertumpu kepada teknik untuk memikat bakal majikan anda.

Resume wajib memuatkan segala informasi terhebat anda sebelum ini sebagai sokongan untuk mendapat jawatan yang anda idam-idamkan.

Secara ringkasnya perkara yang perlu ada di dalam sesebuah resume adalah seperti berikut :

•Gambarprofilprofessional•Butirandiri•Pendidikan•Pengalaman•Pencapaianandasebelumini•Anugerahterhebat•Aktivitisukandansosial•Siaparujukananda(reference)•Designresume•Susunanformat

Page 8: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil

Rahsia Resume Kerja | 8

Resume kebiasaannya dihantar melalui dua cara iaitu melalui pos (offline) ataupun online. Terdapat juga resume yang dibawa sendiri semasa sesi temudugadijalankan seperti temuduga jawatan kerajaan.

Bagi jawatan kerja swasta, resume selalunya dihantar secara online sama ada melalui email atau pun melaluilampiran fail (file attachment) ke website syarikat tersebut contohnya seperti syarikat Intel, Petronas, Shell dan syarikat-syarikat besar yang lain.

Resume disediakan di antara 1 hingga 2 muka surat sahaja. Resume yang kemas, susunan yang menarik dan isi kandungan yang hebat menjadikan resume anda mempunyai daya tarikan yang tinggi.

Bagaimana Nak Hantar Resume?

Page 9: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil

Rahsia Resume Kerja | 9

Tujuan utama anda adalah untuk mendapatkan kerja. Halangan pertama anda adalah menulis resume yang hebat sebelum anda menjejak kaki ke dunia perkerjaan.

Untuk mendapat kerja yang hebat, resume anda semestinya hebat dan mesra majikan. Apa yang kami maksudkan dengan hebat adalah resume anda mempunyai pencapaian-pencapaian terhebat anda sebelum ini dan nampak menarik.

Apa yang dimaksudkan dengan mesra majikan pula adalah teknik-teknik memikat yang anda bakal gunakan melalui ebook ini.

Anda sebagai Romeo yang ingin memikat Juliet iaitu majikan baru anda. Pastikan resume anda mempunyai ciri-ciri ini.

Page 10: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil

Rahsia Resume Kerja | 10

Terdapat satu perkara yang anda perlu anda tahu sebelum anda menulis resume. Perkara yang kami maksudkan adalah “Proses Penapisan Resume”.

Proses ini dikategorikan kepada dua bahagian iaitu secara manual dan automatik. Sebelum anda menulis resume, apa kata luangkan masa anda sekejap untuk fahami proses yang dimaksudkan ini.

Proses Penapisan Resume

Proses Manual

Proses Penapisan Resume secara manual ini dilakukan dengan menggunakan tenaga manusia. Dalam konteksini dinamakan orang yang menilai resume sebagai “Penilai”.

Page 11: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil

Rahsia Resume Kerja | 11

Untuk satu-satu jawatan yang ditawarkan oleh sesebuah syarikat, berkemungkinan terdapat beratus-ratus atau mungkin beribu-ribu resume yang dihantar oleh calon yang ingin memohon jawatan kerja tersebut.

Penilai selalunya diberi tarikh akhir (dateline) oleh majikannya untuk menilai dan memilih beberapa resume yang hebat, menepati kriteria jawatan yang ditawarkan dan mesra majikan.

Untuk menapis resume sudah semestinya penilai mempunyai sistem penapisannya sendiri.

Kebiasaannya penilai akan menyediakan 3 ruang (folder – sama ada folder berbentuk fizikal atau digital) untuk membezakan tahap dan pencapaian resume yang dihantar.

Folder fizikal seperti fail yang biasa anda lihat di kedai-kedai buku (untuk resume yang dihantar secara hardcopy).

Folder digital pula adalah folder yang dicipta di dalam komputer (rightclick-newfolder) jika resume itu dihantar melalui emel atau lampiran fail (softcopy).

Page 12: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil

Rahsia Resume Kerja | 12

• Resume yang menepati kriteria jawatan, menarik, kemas dan mesra majikan.• Berjaya menambat hati penilai.• 99% berjaya dipanggil ke sesi temuduga.

• Resume yang berjaya memikat hati penilai tetapi sedikit tersasar daripada memenuhi kriteria jawatan yang dipohon.• Menjadi backup jika sekiranya calon di Folder A terlalu demand dengan gaji yang ditawarkan dan sebagai standby list untuk jawatan lain yang ditawarkan.• 50% berjaya dipanggil ke sesi temuduga.

FOLDER A

FOLDER B

Page 13: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil

Rahsia Resume Kerja | 13

• Resume yang tidak menepati kriteria jawatan yang ditawarkan.• 0% berjaya dipanggil ke sesi temuduga (tidak berjaya/gagal).

Penilai diberi sasaran untuk memilih beberapa resume jenis 99% berjaya di dalam satu jangkamasa yang ditetapkan atau mungkin dalam beberapa hari sahaja (time constraint).

Jika anda lihat, keadaan ini memberi tekanan kepada penilai. Lazimnya sesebuah resume hanya akan dinilai beberapa saat sahaja (<60 saat).

Jika penilai terjumpa satu resume jenis 99% berjaya beliau akan meluangkan masa lebih sedikit untuk mendalami isi kandungan resume tersebut.

FOLDER C

Page 14: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil

Rahsia Resume Kerja | 14

Kebiasaannya kurang daripada 5 minit ( < 5 minit) dan akan ditempatkan ke Folder A.

Kemudian penilai akan meneruskan menilai resume yang lain, jika terjumpa resume 50% berjaya beliau akan tempatkan resume tersebut ke Folder B tanpa luangkan banyak masa.

Beliau akan luangkan masa membaca resume jenis ini semula setelah selesai menyemak kesemua resume yang ada.

FOLDER B

FOLDER A

Page 15: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil

Rahsia Resume Kerja | 15

Setelah berpuluh-puluh resume yang disemak sudah tentu beliau penat, letih mata dan otak. Beliau akan mula kembali menyemak resume setelah berehat sebentar.

Kali ini, momentum penilai untuk mulakan semakan kali kedua ini telah menurun sedikit. Pada waktu ini resumeyang benar-benar menarik dan dapat merehatkan mata penilai akan berpotensi untuk dipilih.

Jika tidak dipilih masuk ke Folder A sekalipun, sekurang-kurangnya resume anda ditempatkan ke Folder B. Anda tidak perlu risau jika resume anda ditempatkan di Folder B.

Mengapa?

Kebiasaannya majikan akan menetapkan kuota untuk memilih calon daripada Folder A.

Selalunya resume yang ditempatkan ke Folder A akan memohon gaji yang agak tinggi (demanding) untuk sesuaikan dengan pencapaian mereka.

Terdapat juga calon daripada Folder A yang pencapaiannya cemerlang tetapi sikap dan etika semasa temuduga kurang menarik minat panel.

Oleh itu, peluang untuk calon di Folder B terbuka luas disini. Resume sebegini akan menjadi backup untuk menggantikan calon yang terlalu demand di Folder A tadi.

Page 16: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil

Rahsia Resume Kerja | 16

Proses Automatik

Apa yang dimaksudkan proses secara automatik ini adalah melalui penapisan resume menggunakan sistem database.

Sistem database berupaya menapis kata kunci (keyword) yang menepati kriteria jawatan yang ditawarkan oleh syarikat tersebut.

Untuk membenarkan sistem database tertumpu kepada resume anda, keyword yang digunakan mestilah kuat iaitu menepati ciri-ciri jawatan yang ditawarkan.

Proses penapisan resume secara automatik ini lazimnyadipraktikkan oleh syarikat-syarikat besar. Kami tidak membincangkan secara terperinci di sini.

Anda perlu bijak untuk menentukan keyword yang kuat dan mesra database untuk setiap jawatan yang anda mohon.

Ini kerana kata kunci berbeza antara satu jawatan dengan satu jawatan yang lain. Bagi menentukan kata kunci ini akan kami sentuh di dalam topik selanjutnya.

Page 17: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil

Rahsia Resume Kerja | 17

Seperti yang di terangkan diawal tadi, anda perlu memikat hati majikan anda untuk dapatkan jawatan yang anda inginkan.

Bagaimana nak pikat?

Untuk lakukan sesuatu anda mesti ada strategi untuk capai sasaran anda. Kami berikan satu contoh mudah iaitu “memikat gadis”. Mungkin teknik ini mudah bagi sesetengah orang dan mungkin juga susah.

Bagaimana ini berlaku? Bagi kami jika anda yang memiliki teknik dan strategi memikat yang bagus sudah tentu mudah bagi anda untuk dapatkan gadis idaman anda.

Bagi sesetengah anda yang gagal memikat berkemungkinan teknik dan strategi yang anda gunakankurang berkesan, sudah lapuk ataupun kurang memenuhi kriteria hati gadis tersebut.

Begitu juga teknik yang bakal anda gunakan untuk memikat majikan baru anda nanti seharusnya menarik dan mesra majikan.

Bagaimana Nak Tulis Resume 99% Berjaya Dipanggil Ke Temuduga?

Page 18: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil

Rahsia Resume Kerja | 18

Teknik dan strategi yang betul akan menjadikan resumeanda 99% berjaya ke temuduga.

Bagi menjadikan resume anda jenis yang kami maksudkan ini terdapat 7 teknik memikat yang anda boleh gunakan sebelum anda menulis resume.

Page 19: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil

Rahsia Resume Kerja | 19

Teknik 1 – Soal Diri, Apa Saya Perlu Buat?

Bermula dengan menyoal diri anda “Apa Saya Perlu Buat?”. Soalan ini membuatkan anda lebih bersedia dengan sasaran anda iaitu memikat majikan baru anda.

Sebelum anda mulakan strategi memikat, anda perlutahu jenis-jenis kriteria yang majikan anda mahukan.

Kriteria atau dengan lebih jelas lagi syarat-syarat kelayakan biasanya disiarkan di website syarikat tersebut.

Oleh itu, anda dinasihatkan untuk meneliti dan membuat kajian mengenai syarikat tersebut terlebih dahulu sebelum anda mula menulis resume.

Page 20: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil

Rahsia Resume Kerja | 20

Perkara yang disyorkan untuk anda tahu dan lakukan sedikit kajian mengenai syarikat adalah seperti berikut :

•Syarat-syaratkelayakanjawatan•Natureofbusiness•Produksyarikat•Cartaorganisasi•Siapapelanggansyarikat

Anda juga dinasihatkan untuk menyemak keseluruhan website syarikat tersebut selain daripada perkara yang kami sebut diatas sebagai informasi sokongan.

Page 21: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil

Rahsia Resume Kerja | 21

Teknik 2 – Senaraikan Ciri-Ciri Yang Anda Miliki Yang Dikenalpasti Dapat Membantu Syarikat Capai Matlamat

Setelah selesai melakukan kajian tentang syarikat tersebut,anda senaraikan ciri-ciri peribadi anda yang dikenalpasti dapat membantu dalam usaha memikat majikan baru.

INGAT! Tujuan awal anda adalah untuk menjual diri kepada majikan baru anda. JUAL DIRI? Ya…jual diri. Mulai dari saat ini promosi diri anda habis-habisan!!!

Sekarang cuba anda lihat di senarai ciri-ciri yang anda tulis sebentar tadi yang berpotensi untuk membantu anda cairkan majikan baru anda.

Kebanyakan resume hanya menulis ciri-ciri umum yang biasa dilihat pada resume rakan anda, abang, kakak atau kekasih anda sebelum ini.

Page 22: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil

Rahsia Resume Kerja | 22

Contohnya seperti berikut :

•Sayaseorangyangberfikiranterbuka(Open-mindedperson)•Sayaseorangyangberfikiranpositif(Positivethinking)•Sayaseorangyang cepat belajar (Aquicklearner)

Jika anda lihat contoh ciri-ciri di atas, nampak umum bukan? Apa kata anda cuba ubah sedikit supaya resume anda kelihatan lebih menarik.

Ayat diatas diubah kepada :

•Sayaseorangyangberfikiranterbukadansediamenerimapendapatumum.•Sentiasakomiteddanberfikiranpositifdalammenjalankantugas.•Seorangyangberdikaridalamtugasandanpantasmenerimapelajaranbaru.

Contoh lain ciri-ciri yang jarang digunakan dan agak luar biasa adalah seperti :

•Seorangpenyelesaimasalahsecaradiplomasi(aproblemsolverindiplomaticview)•Seorangyangberkeyakinantinggidalammenyampaikanucapanumum(confidentinpublicspeaking)

Page 23: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil

Rahsia Resume Kerja | 23

• pointinidijangkadapatmenarikminat majikanbaruanda.Inikeranakebanyakandaripadakitaagaktakut,menggigilataucubalarikandirijikadiberipeluanguntukmenyampaikanucapanumumdikhalayakramai.

•Seorangyangbermotivasitinggidanberupayamemberimotivasikepadarakansekerjaataupekerjabawahan(aself-motivatedandhavingabilitytomotivateothers).

Page 24: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil

Rahsia Resume Kerja | 24

Teknik 3 – Berapa Tahun Pengalaman Anda Dalam Industri?

Untuk Teknik 3 ini kami kategorikan kepada dua bahagian iaitu :

• Lepasan Graduan (Fresh-graduated)o Baru tamat pengajian (Degree, Diploma, etc)

• Berpengalaman (Experienced)o Pernah bekerja sebelum ini.o Berpengalaman dalam pekerjaan sebelum memohon perkerjaan baru.o Pengalaman bekerja sebelum tamat belajar contohnya bekerja di 7-Eleven, di pasaraya (sebagai Juruwang), pasar malam dan sebagainya - point ini membantu anda dan boleh menarik minat majikan baru anda. Point ini menunjukkan anda benar-benar seorang yang berdikari dan berusaha gigih dalam usaha meningkatkan ekonomi diri.

Page 25: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil

Rahsia Resume Kerja | 25

Lepasan Graduan (Fresh-graduated)

Bagi anda yang baru tamat pengajian, sudah semestinya anda telah ada pengalaman bekerja di dalam industri.

Walaupun pengalaman anda kurang daripada setahun (3 bulan hingga 9 bulan sahaja) di dalam industri anda wajib memuatkannya di dalam resume anda.

Mungkin anda takut untuk muatkan pengalaman latihan industri di dalam resume anda kerana latihan industri diberi tugasan yang berlainan daripada pengajian anda ataupun kurang berkaitan dengan jawatan yang bakal anda mohon.

Sebagai contoh, anda dalam pengajian ijazah kejuruteraan memohon jawatan DesignEngineer tetapi diberi latihan industri menjaga kualiti produk (QA/QC), membuat akaun ataupun tugasan pentadbiran.

Anda tidak perlu risau, apa yang anda perlu buat adalahfokus kepada jawatan yang anda mohon (DesignEngineer), bantu untuk kuatkan resume anda dengansubjek-subjek yang anda pelajari supaya dapat menyokong jawatan tersebut.  

Page 26: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil

Rahsia Resume Kerja | 26

Kebiasaannya anda diberi tugasan yang berlainan setiap minggu bertujuan untuk anda lebih memahami natureofbusiness syarikat tersebut.

Anda dinasihatkan untuk memuatkan segala pengalaman penting ke dalam resume anda. Sebagai contohnya seperti :

• Pengalaman mengendalikan tugasan menilai kualiti setiap produk • Pengalaman anda mempelajari perisian (software)penting di syarikat tersebut atau • Mungkin juga pengalaman anda menguruskan pekerja bawahan.

Anda mesti ingat, latihan industri bukanlah kayu ukur yang sebenar kerana latihan industri ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal dan persediaan mental kepada anda untuk menyesuaikan diri di dalam alam pekerjaan yang sebenar nanti.

 

Page 27: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil

Rahsia Resume Kerja | 27

Pengalaman kami, terdapat segelintir yang mencapai CGPA yang tinggi mencecah langit tetapi tidak mampumenunjukkan prestasi yang baik dalam pekerjaan.

Terdapat juga yang kurang berkeyakinan dalam memberi perhidmatan yang baik. Alam pekerjaan adalah berlainan sekali dengan alam pembelajaran.

Jika anda seorang yang berdikari semasa di universiti atau dibangku sekolah kami yakin anda seorang yang boleh melakukan kerja anda dengan baik.

Kami doakan kejayaan untuk anda.

Page 28: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil

Rahsia Resume Kerja | 28

Berpengalaman (Experienced)

Bagi anda yang pernah bekerja sebelum ini anda dinasihatkan untuk menyenaraikan:

•Namasyarikat•Pekerjaan/jawatanandasebelumini•Bulan/tahunandabekerjadan•Ringkasanpekerjaananda(jobscope)

Sebagai contoh, jawatan yang anda jawat sebelum ini adalah “System Engineer” selama 2 tahun. Kemudian anda ingin memohon jawatan baru yang lebih tinggi daripada jawatan anda sekarang.

Anda dinasihatkan untuk nyatakan pengalaman bermanfaat anda semasa menjawat jawatan tersebut.

Nyatakan juga hasil kerja, pilot project yang telah anda jayakan ataupun teknologi baru yang telah anda temui.

 

Page 29: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil

Rahsia Resume Kerja | 29

Semua pengalaman ini memberi sokongan yang kuat kepada anda untuk dapatkan jawatan yang anda idamkan itu.

Untuk anda yang mempunyai pengalamanbekerja sebelum ini, cabaran bagi anda adalah dibahagian pencapaian anda, surat iringan dan design resume anda.

 

Page 30: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil

Rahsia Resume Kerja | 30

Teknik 4 – Senaraikan Skil Terhebat Anda Yang Dapat Membantu Syarikat Mencapai Matlamat Dan Cabaran Dimasa Hadapan

Soal diri anda sekali lagi, skil apakah yang terhebat yang ada di dalam diri anda?

Senaraikan untuk jadikan anda lebih jelas dengan skil-skil yang anda miliki. Kami akan cuba bantu anda untuk mengenali skil terhebat yang ada pada diri anda.

Mungkin anda tidak sedar yang skil terhebat itu digunakan setiap hari dan dapat membantu menaikkan saham resume anda.

Cuba lihat kepada kefasihan anda di dalam bahasa asing. Jika anda seorang berbangsa Melayu, senaraikan beberapa bahasa asing yang anda mahir bertuturatau menulis selain daripada bahasa Inggeris (perlu dinyatakan juga).

Bahasa yang mempunyai permintaan tinggi di Malaysia adalah seperti :

•Inggeris• Melayu•Mandarin

Faktor bahasa juga bergantung kepada jawatan atau bisnes apakah yang bakal anda ceburi.

Page 31: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil

Rahsia Resume Kerja | 31

Sebagai contoh, jika anda memohon jawatan CustomerService atau jawatan di syarikat pelancongan sudah tentu penguasaan pelbagai bahasa menjadi point penting kepada anda.

Contoh skil terhebat dan menarik yang anda boleh gunakan adalah seperti :

• Abilitytocommunicateandinfluencecustomersinvariouslanguages

o Englisho Mandarino Korea

•Havingabilitytochangemanagementaccordingtobusinesschange.•Advanceskillsincustomerrelationshipmanagement.

Page 32: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil

Rahsia Resume Kerja | 32

Skil seperti kemahiran berkomputer juga penting untukanda muatkan di dalam resume anda. Penguasaan MicrosoftOffice seperti Word, Excel dan Power Pointdianggap penguasaan yang wajib untuk anda mahir.

Kami yakin anda mahir menggunakan perisian ini dengan baik. Jika anda masih kurang mahir apa kata anda bermula daripada sekarang.

Microsoft Word kebiasaannya digunakan untuk menyediakan surat-menyurat, Microsoft Excel untuk menyediakan spreadsheet berformula dan MicrosoftPowerPointuntuk tujuan presentation.

Anda dinasihatkan untuk menyatakan perisian (software) yang anda mahir dan bersesuaian dengan jawatan yang anda mohon.

Jika anda mahir menggunakan AdobePhotoshop kami syorkan untuk anda masukkan ke dalam resume anda.

Jika anda di dalam jurusan kejuruteraan atau arkitek, masukkan perisian penting yang telah anda belajar. Lagi banyak perisian yang anda mahir lagi tinggi saham resume anda.

 

Page 33: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil

Rahsia Resume Kerja | 33

 

Page 34: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil

Rahsia Resume Kerja | 34

Teknik 5 – Senaraikan Pengalaman Professional Dan Kelayakan Anda

Teknik ini meminta anda untuk menyenaraikan pengalaman professional anda sebelum ini. Apa yang diklasifikasikan sebagai pengalaman professional adalah pengalaman yang anda miliki melalui hasil kerja kuat anda sebelum ini. Contohnya :

• Anda benar-benar mahir dan penuh dengan skil mantap dalam mengendalikan peralatan syarikat sebelum ini. Oleh itu anda diminta untuk mengendalikan kelas latihan kepada seluruh anggota kerja yang lain. Ini satu point yang penting untuk anda nyatakan di dalam resume anda. • Anda menjadi wakil kepada syarikat sebelum ini pergi ke luar negara untuk menilai peralatan atau teknologi baru yang akan dibeli oleh syarikat. Point ini menunjukkan bahawa anda adalah salah seorang yang penting dan berkaliber di dalam syarikat sehinggakan syarikat sanggup melabur untuk diri anda terbang jauh hanya untuk menilai teknologi atau peralatan tersebut.

• Bagi lepasan graduan sudah tentu anda diminta untuk siapkan projek akhir tahun anda. Jika projek akhir tahun anda berasaskan teknologi terkini serta berpotensi mendapat permintaan

Page 35: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil

Rahsia Resume Kerja | 35

diluar berkemungkinan projek anda akan dicalonkan ke conference peringkat universiti. Ini pun anda jangan lupa nyatakan.

• Anda pernah menjadi wakil syarikat untuk mempromosikan produk baru syarikat di conferenceperingkat antarabangsa, jangan lupa juga untuk masukkan ke dalam resume anda.

Terdapat banyak pengalaman professional di dalam diri anda, cuba anda fikirkan dan kaitkan dengan jawatan yang anda mohon. Lihat sama ada ia membantu atau kurang membantu.

Page 36: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil

Rahsia Resume Kerja | 36

Untuk jadikan resume anda benar-benar mantap masukkanlah segala pengalaman anda yang lain daripada yang lain.

Anda dinasihatkan untuk menyenaraikan pengalaman hanya 5 tahun kebelakang.

Boleh juga menyenaraikan pengalaman anda sehingga10 tahun kebelakang, tetapi misi utama anda adalah menulis resume dua muka surat sahaja dan mempunyai daya memikat.

Bermakna ramuan di dalam resume anda mestilah pelbagai dan sedap, tujuannya adalah untuk menaikkan harum resume anda nanti.

Bagaimana pula dengan teknik penulisan? Begini, anda boleh menulis dengan :

• Menyenaraikanpengalamanandatahunyangterawaldahulukemudiandiikutiolehpengalamanyangkemudiankebawah.•Pengalamanandaditulisdibahagiankiriresume•Dantahun/bulandisebelahkanan.

Terpulang juga pada kreativiti susunan anda. Jika ia nampak menarik dan kemas tidak salah untuk anda membuat susunan sendiri.

Page 37: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil

Rahsia Resume Kerja | 37

 

Page 38: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil

Rahsia Resume Kerja | 38

Teknik 6 – Bagaimana Skil Terhebat Anda Dapat Menyelesaikan Masalah Syarikat Atau Capai Sesuatu Yang Berharga Untuk Syarikat?

Untuk Teknik 6 ini, ia lebih kepada menunjukkan kebijaksanaan anda dalam menguruskan skil yang anda miliki. Anda perlu memberi gambaran yang jelas bagaimana anda menyelesaikan masalah di dalam syarikat.

Kebijaksanaan anda menyelesaikan masalah menunjukkan anda mencapai tahap kematangan dalam syarikat tersebut. Skil-skil ini adalah skil yang telah anda senaraikan di Teknik 4.

Page 39: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil

Rahsia Resume Kerja | 39

Sasaran Teknik 6 ini meminta anda untuk mengenalpasti masalah dan menentukan strategi bagi menyelesaikan masalah tersebut kepada bakal majikan baru anda.

• Sebagai contoh, jawatan yang anda mohon adalah Sales Engineer, syarikat yang anda mohon pula dimiliki oleh orang Jepun dan dipelopori oleh rakyat Jepun sendiri.

Skil terhebat anda disini adalah anda mahir dalam pertuturan bahasa Jepun. Bermakna anda mempunyai satu aset diri yang benar-benar menarik iaitu bahasa Jepun.

Mereka lebih tertarik kepada anda kerana anda mahir dalam pertuturan bahasa mereka. Anda bukan sahaja mempunyai satu aset diri yang mantap tetapi berkemungkinan anda akan menjadi satu aset penting syarikat tersebut.

Situasi ini memudahkan syarikat tersebut menyalurkan informasi atau teknologi baru daripada negara mereka untuk disampaikan kepada pekerja-pekerja di Malaysia melalui kepakaran anda.

• Anda mempunyai skil yang hebat dalam menyelesaikan masalah. Semasa anda bekerja di syarikat sebelum ini, produktiviti syarikat kurang memberangsangkan dan penjualan produk menurun.

Page 40: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil

Rahsia Resume Kerja | 40

Anda adalah orang yang diberi tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah syarikat tersebut. Anda bermula dengan menyediakan plan tindak, menjalankan R&D kepada produk syarikat dan melakukan penambahbaikkan di dalam perkhidmatan yang diberi telah berjaya menaikkan kembali jualan syarikat.

Kejayaan anda disini adalah satu contoh bagaimana anda menggunakan skil terhebat anda (penyelesai masalah) untuk membaiki prestasi jualan syarikat. Kejayaan anda sebelum ini adalah kejayaan resume anda. Jangan lupa muatkan di dalam resume anda.

Page 41: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil

Rahsia Resume Kerja | 41

Teknik 7 – Senaraikan Pendidikan Tertinggi Yang Dapat Membantu Anda Dapatkan Jawatan Yang Diigini

Bagi anda yang mempunyai kelulusan pendidikan seperti Degree, Master, Dr (PhD), Ir (jurutera), Ar (arkitek) dan sebagainya anda amat disyorkan untuk nyatakan di dalam resume anda.

Kemudian anda perlu menulis tempat anda (universiti/institusi) menerima kelulusan tersebut. Anda yang baru tamat pengajian (fresh-graduated) juga perlu sama sekali untuk nyatakan degree anda, tahun dan CGPA terakhir yang anda perolehi.

CGPA < 2.0

Kepada anda yang malu untuk letakkan CGPA anda kami nasihatkan anda perlu sokong dengan projek akhir anda. Bagi kami CGPA yang terlalu rendah adalah dibawah 2.0 CGPA.

Setiap universiti akan memantau (monitor) CGPA setiap pelajarnya. CGPA dibawah 2.0 lazimnya akan ditamatkan pengajiannya lebih awal sebelum sempat mengakhiri pengajiannya.

Kami yakin anda tergolong di dalam golongan yang melepasi garis bahaya ini.

Page 42: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil

Rahsia Resume Kerja | 42

2.0 < CGPA < 2.99

Bagaimana pula CGPA 2.0 sehingga 2.99? Untuk anda yang telah mendarat di ruangan CGPA ini syabas kami ucapkan.

Berkemungkinan semasa di universiti anda masih membina aset diri anda perlahan-lahan. Itu tidakbermakna anda kurang bijak atau tidak pandai seperti pelajar yang mendapat keputusan CGPA 3.00 ke atas.

Pembinaan aset diri itu penting bagi setiap individusupaya lama-kelamaan kejayaan anda akan terserlah dari semasa ke semasa.

Page 43: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil

Rahsia Resume Kerja | 43

CGPA > 3.00

Anda mendapat CGPA 3.00 ke atas atau AnugerahDekan? Jika Ya, tahniah kepada anda! Tidak kisah berapa sekalipun CGPA anda, anda harus ingat ia bukan ukuran yang sebenar untuk tentukan kecemerlangan anda di alam pekerjaan nanti.

Jadikan ia sebagai batu loncatan untuk anda jadikan tiket semasa menulis resume nanti. Kepada anda yang cemerlang di dalam pencapaian CGPA, anda dialu-alukan untuk menulis CGPA anda di dalam resume nanti.

Ia seolah-olah bonus bagi anda untuk lulus dalam sesi penilaian resume ini.

Jangan lupa resume anda mestilah resume jenis 99% berjaya, kerana mungkin ramai calon diluar sana yang mendapat CGPA yang sama dengan anda atau lebih tinggi daripada anda.

 

Page 44: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil

Rahsia Resume Kerja | 44

Disini akan wujud persaingan antara anda dan pesaing anda. Cuba menangi liga ini dengan menonjolkan diri anda melalui penulisan resume yang menarik dan professional.

Kepada lepasan graduan, anda dinasihatkan untuk menyatakan bidang pengajian anda dan senaraikan mata pelajaran yang anda belajar di dalam bidang tersebut.

Untuk anda yang mempunyai kelulusan Master, Doktor (Dr), Inginieur (Ir), Architect (Ar) dan sebagainya anda dikalangan orang yang bagi kami berada di top level atau VVIP.

Kelulusan professional seperti Dr, Ir dan Ar cabaran bagi anda yang berkelulusan ini adalah daripada faktor pencapaian semasa di tempat kerja lama.

 

Page 45: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil

Rahsia Resume Kerja | 45

Apa Perlu Ada Dalam Resume?

1. Gambar Professional

Jika disoal perlukah gambar dalam resume anda? Jawapannya adalah YA! Sudah tentu majikan baru belumpernah melihat anda. Apa yang beliau tahu adalah butiran diri, pengalaman dan pencapaian anda sahaja.

Seperti yang kami terangkan diawal-awal lagi, anda diibaratkan sebagai ajen jualan, resume anda sebagai produk jualan dan majikan baru sebagai pelanggan anda.

Jika anda menerangkan sahaja kelebihan produk anda tanpa disertakan dengan gambar sudah pasti pelanggan kurang berminat dan yakin dengan anda.

Untuk itu gambar diperlukan untuk lebih meyakinkan pelanggan anda. Gambar yang menarik akan memberi banyak penceritaan hebat di dalamnya.

Begitu juga resume anda, akan timbul persoalan daripada majikan baru anda seperti “Bagaimana rupa fizikal calon ini?”, “Adakah benar yang calon ini sentiasa senyum dan berpenampilan menarik?”

Untuk menjawab persoalan ini persembahan gambar profil secara professional perlu dititikberatkan untuk meyakinkan majikan.

Page 46: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil

Rahsia Resume Kerja | 46

Ini bagi tujuan untuk majikan menilai karakter anda melalui penampilan awal iaitu gambar profil anda.

Kod Pakaian

Gambar profil anda seharusnya menampakkan anda seperti seorang yang professional, korporat dan berkeyakinan tinggi.

Bagi lelaki anda dinasihatkan untuk memakai kod pemakaian yang betul seperti memakai cot/blezzer, baju kemeja dan tali leher.

Bagi wanita juga sama, cuma anda tidak perlu memakaitali leher. Jika anda memohon jawatan setiausaha, gambar profil anda mestilah kelihatan seperti seorang setiausaha.

Page 47: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil

Rahsia Resume Kerja | 47

Ini menunjukkan anda benar-benar telah bersedia untukmenerima jawatan tersebut walaupun resume anda masih belum lagi diteliti oleh penilai.

• Cot/blezzer Dinasihatkan supaya anda memakai cot/blezzer berwarna hitam. Jika anda lihat, terdapat juga cot/blezzer yang berwarna biru, bercorak garis- garis halus menegak dan berbagai-bagai lagi. Untuk permulaan kami syorkan anda untuk memakai cot/blezzer berwarna hitam dahulu.

Warna hitam lebih menyerlah dan berimej korporat. Cuba dapatkan tumpuan penilai melalui penampilan gambar profil anda. Menangi hati penilai disini.

• Baju Untuk jadikan imej anda lebih professional, korporat dan berkeyakinan tinggi kami cadangkan anda memakai baju kemeja berwarna jernih dan kosong (plain). Contohnya seperti warna putih. Kameja berwarna putih lebih menonjolkan diri anda. Warna putih melambangkan anda seorang yang kemas dan bersih. Kameja berwarna putih sesuai dipakai oleh lelaki dan juga wanita.

Page 48: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil

Rahsia Resume Kerja | 48

Untuk anda yang memakai baju kurung, sesuaikan tudung anda dengan warna baju anda. Kami cadangkan kod pemakaian anda berwarna hitam dan putih. Kombinasi kedua-dua warna ini lebih menyerlahkan diri anda. Warna merah tak boleh ke? Boleh, tetapi agak kurang sesuai untuk imej professional.

• Tali Leher Bagi lelaki pemakaian tali leher penting untuk menjadikan imej anda kemas dan lebih professional. Kod warna untuk tali leher yang disyorkan adalah berwarna merah dan kosong (tiada corak). • Rambut Jangan lupa pada kekemasan rambut anda. Pastikan rambut anda pendek dan kemas bagi lelaki. Bagi wanita, pastikan rambut anda kemas dan terurus (jika tidak bertudung).

Untuk wanita yang bertudung, kami yakin dengan teknik pemakaian tudung yang ada di pasaran sekarang anda mampu menggayakan imej professional bertudung anda. Cuma anda perlu sesuaikan tudung anda dengan kod pemakaian anda sahaja.

Page 49: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil

Rahsia Resume Kerja | 49

• Cermin Mata Jika anda memakai cermin mata, pastikan kedudukan cermin mata anda center ditengah. Pastikan juga cermin mata anda memberi imej yang menarik kepada anda. Elakkan daripada menggunakan cermin mata yang menampakkan anda kurang serius.

Zaman sekarang ramai yang mahir tentang fotografi ini. Mungkin salah seorang daripada rakan anda pun hebat dalam fotografi.

Apa kata anda mohon khidmatnya untuk cipta satu gambar yang benar-benar professional tanpa ada usul penipuan.

Contohnya anda berkulit gelap, apabila sesi menyunting gambar nanti menggunakan perisisan Adobe Photoshop menjadikan kulit anda lebih cerah.

Disini akan wujud unsur penipuan jika anda berjaya ke peringkat seterusnya iaitu temuduga. Majikan pasti akan tertanya-tanya mengapa gambar anda tidak berpadanan dengan realiti diluar.

Jika ini terjadi, anda sekarang diambang bahaya kerana telah lakukan satu penipuan untuk kali pertama sebelumditerima bekerja. Persepsi majikan akan berubah walaupun resume anda jenis 99% berjaya.

Page 50: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil

Rahsia Resume Kerja | 50

Berkemungkinan anda tidak berjaya untuk sesi temuduga tersebut. Kami yakin anda yang membaca ebook ini penuh dengan integriti yang hebat dan bakal menjadi aset terpenting syarikat nanti.

Page 51: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil

Rahsia Resume Kerja | 51

2. Butiran Diri

Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah memperkenalkan diri kepada majikan baru anda. Ini adalah kali pertama anda bersua melalui perantaraan resume dengan bakal majikan baru anda.

Memperkenalkan diri dengan persembahan terbaik dan menarik akan menarik minat beliau untuk terus membaca resume anda sehingga perkataan terakhir.

Terdapat beberapa elemen yang perlu dimasukkan ke dalam resume anda. Antaranya adalah :

•Namaanda•Alamattempattinggal• Alamat email•Nombortelefonbimbit(handphone)dan•Nombortelefonrumah(jikaada)

“Saya telah memperkenalkan diri saya, bagaimana pula nak jadikan resume saya menarik?” Jika terlintas difikiran anda soalan ini, anda benar-benar prihatin untuk memperkenalkan diri anda dengan cara yang menarik. Tahniah!

Untuk jadikan ia lebih menarik, lihat kepada bagaimanasususan elemen-elemen diatas. Adakah ia mendatar sahaja?

Page 52: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil

Rahsia Resume Kerja | 52

Adakah ia disusun daripada atas ke bawah atau anda ada cara tersendiri untuk buatkan ia lebih menarik. Ia terpulang kepada kreativiti diri anda.

Kami tunjukkan contoh untuk anda jadikan sebagai rujukan bagaimana dikatakan persembahan menarik. Cuba lihat di bawah dan bandingkan antara satu sama lain, mana satukah yang lebih menarik?

Contoh 1

Contoh 2

Page 53: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil

Rahsia Resume Kerja | 53

Kami lebih syorkan contoh yang pertama. Contoh pertama nampak lebih ringkas, tersusun, lebih kreatif dan yang penting anda telah jimatkan ruang.

Contoh kedua mempunyai elemen butiran diri yang sama tetapi susunannya kurang menarik dan memakan ruang. Anda masih ingat kan, 1-2 muka surat sahaja!

AlamatPada bahagian alamat anda dinasihatkan untuk masukkan alamat yang terdekat dengan tempat anda mohon kerja.

Boleh juga anda masukkan alamat sebenar anda yang mungkin terlalu jauh beratus-ratus kilometer tetapi kami cadangkan anda buat pilihan yang bijak untuk memikat majikan baru anda dahulu.

Anda bayangkan jika anda menjadi majikan dan menilai satu resume yang datangnya beratus-ratus kilometer dari pejabat anda, sudah tentuanda akan mencari calon yang terdekat atas faktor mudah untuk datang ke tempat kerja untuk lakukan pemilihan.

Anda boleh letakkan alamat saudara-mara anda yang berhampiran dengan tempat anda mohon kerja jika anda tinggal terlalu jauh.

Page 54: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil

Rahsia Resume Kerja | 54

Alamat rakan anda boleh juga dimasukkan jika tiada saudara mara terdekat. Jika anda tiada pilihan bolehlah masukkan alamat tempat tinggal anda yang sebenar (bagi yang tinggal terlalu jauh).

Alamat EmailUntuk email, kami nasihatkan anda masukkan email yang sopan dan nampak professional. Kebanyakkan daripada calon mempunyai email yang ejaannya susah dan kadang-kadang kurang menyenangkan. Contohnya :

[email protected]@[email protected]

Jika ini satu-satunya email yang anda ada, kami cadangkan anda cipta satu lagi email khas untuk tujuan mencari kerja seperti :

[email protected]@[email protected]

Kami lebih suka menggunakan email gmail kerana email ini lebih mesra pengguna. Pastikananda selalu menyemak email anda kerana kebanyakan syarikat lebih gemar berurusan melalui email kerana cepat dan jimat kos.

Page 55: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil

Rahsia Resume Kerja | 55

Nombor TelefonNombor untuk dihubungi pastikan anda masukkan kedua-dua nombor telefon iaitu handphone dan rumah anda (jika ada).

Ini bagi memudahkan syarikat tersebut menghubungi anda dengan kadar segera jika mereka benar-benar memerlukan pekerja dalam masa yang singkat.

Jika tidak, mereka akan berurusan melalui email. Itulah sebabnya kami syorkan untuk anda sentiasa menyemak email anda.

Jika anda lihat kami masukkan nombor telefon +6017-234 2789 dan +603-4569 3491 dan tidak memasukkan 0172342789 atau 0345693491.

Cara penulisan begini memudahkan majikan mengenalpasti nombor telefon anda dengan mudah dan dapat merehatkan mata penilai semasa meneliti nombor telefon anda.

Page 56: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil

Rahsia Resume Kerja | 56

3. Jawatan Dimohon

Simpan satu baris untuk anda tuliskan jawatan yang anda ingin mohon. Tuliskan dengan menggunakan huruf besar, hitamkan dan tengahkan (center).

Ini menunjukkan bahawa semua isi resume anda merujuk kepada jawatan tersebut. Contohnya seperti :

ARKITEK JURURANCANG BERKALIBER JURUTERA PEMBINAAN BERINTEGRASI TINGGIPEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN BERDEDIKASI

Dengan menyatakan jawatan seperti contoh diatas, ia menunjukkan bahawa anda benar-benar serius untuk dapatkan kerja tersebut.

Persembahan ayat diatas dilakukan pada permulaan resume selepas butiran diri ditulis. Penulisan ayat satu baris ini berbeza antara satu calon dengan calon yang lain dan ia mengikut kreativiti anda sendiri.

Persembahan yang menarik hanya dengan 3 hingga 4 perkataan sahaja dapat menarik minat penilai.

Page 57: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil

Rahsia Resume Kerja | 57

4. Objektif

Objektif di dalam resume menerangkan matlamat yang ingin anda capai untuk syarikat tersebut.

Ia lebih merujuk kepada janji pertama anda kepada majikan untuk majukan syarikat tersebut jika anda berjaya dipilih bekerja. Lihat contoh dibawah :

 

5. Ciri-ciri dan Skil Hebat

Anda masih ingat lagi ciri-ciri yang anda tuliskan pada Teknik 2 dan skil hebat di Teknik 4. Ruangan ini memerlukan anda menulis dengan bijak bagi menerangkan ciri-ciri dan skil hebat anda.

Kami tunjukkan bagaimana anda boleh menulis ciri-ciri dan skil hebat anda.

Page 58: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil

Rahsia Resume Kerja | 58

Kedua-dua teknik ini berhubungan antara satu sama lain. Ciri-ciri dan skil hebat anda boleh ditulis seperti berikut :

Ciri – Ciri anda•Asmilepersonandpositivethinking•Aquicklearnerandproactiveinlearning•Aproblemsolverbyusingproblemsolvingtools•Confidentinpublicspeaking•Highlymotivatedandcapabletomotivateothers•FluentinEnglish,MandarinandJapaneselanguage•Havingcapabilitytoinfluencedanconvince customers

Skil/Kemahiran Anda•SkillfulinMicrosoftOffice(Word,ExceldanPowerPoint)•Expertinengineering/architecturesoftwares(masukkanperisianyangandamahir)•CreativeindesignbyusingAdobePhotoshop(masukkanperisianyangberkaitanmengikutkemahirananda)

 

Page 59: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil

Rahsia Resume Kerja | 59

6. Kata Kunci (Keyword)

Kata kunci disini merujuk kepada perkara yang kami sebutkan sebelum ini.

Penilaian resume dilakukan sama ada secara manual atau automatik. Penilaian yang dilakukan secara manual merujuk kepada tenaga manusia.

Seperti yang anda tahu, banyak faktor yang dapat mempengaruhi tenaga manusia ini, antaranya adalahsusunan yang menarik, ayat yang memikat, design resume yang kemas dan isi kandungan yang lengkap.

Memberi penekanan kepada kekemasan resume adalahpenting kerana resume anda dinilai oleh tenaga manusia. Emosi dan tumpuan penilai mungkin terganggu jika resume anda kurang menarik dan tidak kemas.

Page 60: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil

Rahsia Resume Kerja | 60

Untuk mengunci hati penilai, kami cadangkan anda tumpukan kepada kekuatan isi kandungan dan design resume anda supaya sejuk mata memandang.

Bagi mengunci penilai yang menilai menggunakan sistem database anda perlu untuk memuatkan kata kunci yang boleh dikaitkan dengan jawatan yang anda mohon.

Penilaian menggunakan sistem tidak melibatkan faktor emosi atau keletihan. Sistem tersebut diprogramkan untuk menyemak kata kunci yang bersesuaian dengan jawatan yang dipohon.

Contohnya anda memohon jawatan Jurutera, kata kunci dibawah membantu untuk anda buatkan sistem database berminat dengan resume anda seperti cadangan dibawah :

•Abilitytore-engineeredtechnoloqy•Productinnovation•Strategicmarketplanning

Page 61: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil

Rahsia Resume Kerja | 61

7. Pendidikan, Pengalaman dan Pencapaian (3P)

Masih ingat lagi pendidikan, pengalaman dan pencapaian anda di Teknik 3 dan Teknik 5.

Anda perlu masukkan pengalaman anda diruang pengalaman ini dan pendidikan seperti di Teknik 3.

Jika kata kunci berperanan untuk sistem mengunci perkataan atau ayat tertentu, di bahagian pengalamanini berperanan sebagai ramuan penting untuk menaikkan haruman resume anda.

Pastikan pengalaman anda membantu jawatan yang ingin dipohon. Pengalaman ini termasuklah pengalaman kerja dan pengalaman professional anda.

Contohnya seperti :

Pengalaman Kerja  

Page 62: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil

Rahsia Resume Kerja | 62

Pengalaman ProfessionalKami percaya banyak pengalaman professional anda yang boleh muatkan ke dalam resume anda. Cuba anda rujuk kembali Teknik 5 yang anda telah anda senaraikan.

Antaranya adalah :

• MenjadiwakilsyarikatmenghadiriconferenceantarabangsadiJepun(2009)

o (menunjukkanandaseorangyangpentingdidalamsyarikat)

•Mengendalikankelaslatihankendalianjenterabarusyarikatkepadapekerja bawahan.

PencapaianPencapaian anda di dalam syarikat atau di universiti (bagi lepasan graduan) sebelum ini juga membantu membuka mata majikan untuk menilai anda.

 

Page 63: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil

Rahsia Resume Kerja | 63

Dibahagian ini seboleh-bolehnya tunjukkan kepada majikan pengalaman anda sebelum ini akan membantu beliau majukan perniagaannya dimasa hadapan. Anda boleh rujuk pencapaian yang anda telah tulis di Teknik 6.

Tunjukkan yang anda seorang yang proaktif, berkaliber, setia kepada syarikat dan sentiasa lakukan perubahan untuk cipta keuntungan.

Anda dinasihatkan untuk memilih pencapaian yang paling gempak yang pernah anda dapat seperti:

• BerjayamelakukanjualanproduksyarikatmelebihiRM40jutadalammasa3bulan.

o (menunjukkanandaseorangyangberusahakerasuntukmenciptakeuntungan)

•ProjekakhirtahunberjayadipilihmenyertaiconferenceperingkatUniversiti•Projekakhirtahunberjayamemenangiprojekterbaiktahun2010•Mendapatpekerjacemerlang3tahunberturut-turut.

o (menunjukkan anda seorang yang penuhkomitmendengankerjaanda)

•Dianugerahkansebagaipelajarterbaikpadatahun2009.

Page 64: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil

Rahsia Resume Kerja | 64

8. Gaji / Pendapatan

Sudah semestinya anda bekerja untuk mendapatkan gaji. Ruangan inilah yang menjadi kegemaran ramai sebelum menulis resume.

Kepada lepasan graduan anda dinasihatkan supaya meletakkan gaji bersesuaian dengan kelayakan anda.

Jangan terlalu rendah untuk mendapat perhatian penilai dan jangan pula terlalu tinggi supaya tidak menampakkan anda terlalu demanding.

Kebiasaannya gaji pokok telah ditetapkan oleh majikandan dipaparkan di dalam website syarikat tersebut ataupun semasa iklan jawatan itu dikeluarkan.

Anggaran gaji pokok bagi graduan adalah seperti di bawah. Namun ia berbeza-beza antara gaji di sektor awam dan sektor swasta mengikut peredaran tahun.

Anda boleh rujuk maklumat terkini di pencarian internet bagi maklumat terkini.

ANGGARAN GAJI MENGIKUT KELAYAKAN PENDIDIKAN

DiplomaIjazah Sarjana MudaIjazah Sarjana (Master)

RM1,900 - RM2,200RM2,200 - RM3,500RM3,500 ke atas

Page 65: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil

Rahsia Resume Kerja | 65

 

Bagi anda yang pernah berkerja sebelum ini, dibahagian ini anda layak untuk demand gaji di syarikat tersebut. Pencapaian anda sebelum ini dapat menyokong anda memohon gaji yang lebih tinggi daripada sebelum ini.

Lazimnya, pertukaran dari satu tempat kerja ke satu tempat kerja lain disebabkan faktor gaji yang agak rendah dan kurang sesuai ditempat kerja tersebut.

Page 66: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil

Rahsia Resume Kerja | 66

9. Hobi, Sukan dan Aktiviti Sosial

Ruangan ini dapat membantu anda berikan maklumat kepada majikan tentang aktiviti-aktiviti sihat anda.

Contohnya seperti hobi anda. Jika anda pernah lihat resume yang biasa, kebanyakkan individu menulis hobi yang agak umum.

Sebagai contohnya seperti membaca, berenang, memasak dan sebagainya. Dengan hanya satu atau dua perkataan membuatkan ruangan ini nampak kurang menarik.

Apa kata jika anda dalami sedikit hobi dan tunjukkan kepada majikan yang anda lain daripada yang lain. Kami ambil contoh hobi membaca.

Cuba anda dalamkan sedikit penerangan mengenai membaca seperti :

Hobi : Membaca buku berkonsepkan bina diri, pengurusan dan kepimpinan.

Kami cadangkan jika anda pernah membacabuku-buku mengenai pembinaan diri, pengurusan masa, dan pemasaran cuba masukkan tajuk buku dan penulisnya seperti contoh diatas.

Page 67: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil

Rahsia Resume Kerja | 67

Kebanyakan buku yang berkonsepkan motivasi dan pengurusan ditulis oleh penulis-penulis yang hebat seperti Robert Kiyosaki, Donald Trump dan Dato’ Dr. Hj. Mohd. Fadzilah bin Kamsah.

Cara pemikiran dan motivasi diri anda akan bertambah jika anda banyak membaca buku-buku seperti ini.

Aset diri anda terbina sedikit demi sedikit, cara pemikiran dan tindakan anda juga menjadi bertambah matang.

Pembacaan begini menambah keyakinan penilai kepada anda dan menarik minatnya untuk lebih mengenali anda.

Pastikan anda betul-betul membaca buku tersebut. Jika anda berjaya untuk ditemuramah, panel temuduga akan meneliti resume anda sekali lagi.

Page 68: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil

Rahsia Resume Kerja | 68

Jika salah seorang panel pernah membaca buku yang anda baca, berkemungkinan beliau akan menyoal anda isi kandungan buku terbabit.

Jika anda bersikap jujur pasti anda boleh jawab soalan panel tersebut, jika tidak itu bermakna anda telah lupa atau tidak pernah membaca.

Anda dinasihatkan untuk menulis hanya sebuahatau dua buah naskah buku sahaja untuk mempamerkan diri anda terhadap pembacaan.

Sukan/Aktiviti Riadah

Bagi ruangan sukan ini, terdapat beberapa jenis sukan yang menjadi aktiviti sukan di sesetengah syarikat.

Contohnya seperti badminton, bowling, dan futsal. Apa yang kami perhatikan sekarang, kebanyakan syarikat memberi sokongan kepada pekerja untuk menyertai aktiviti-aktiviti sukan ini.

Page 69: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil

Rahsia Resume Kerja | 69

Ada juga syarikat yang menyewakan gelanggan badminton dan futsal secara mingguan kepada pekerjanya untuk bersukan.

Kebanyakan majikan sekarang prihatin dan menyokong penuh terhadap aktiviti bersukan ini.

Seperti sukan bowling, ia selalunya dijadikan aktiviti mingguan kepada sesetengah syarikat. Jika anda benar-benar aktif dengan aktiviti sukan ini ia bonus kepada anda.

Bersukan di jim dan berjoging juga sesuai dimasukkan. Jika anda mempunyai banyak lagi hobi yang menunjukkan anda sentiasa aktif anda dinasihatkan untuk masukkan ke dalam resume anda.

Aktiviti Sosial/Kemasyarakatan

Pernah ke anda lakukan aktiviti sosial, NGO?

Aktiviti sosial ini lebih kepada memberi khidmat bantuan kepada orang yang ditimpa kesusahancontohnya anda pernah membantu mangsa banjir atau pernah menganjurkan satu aktiviti bergotong-royong membersihkan rumah anak-anak yatim dan sebagainya.

Page 70: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil

Rahsia Resume Kerja | 70

Ini mencerminkan keperibadian anda yang baik dan seterusnya menambahkan saham resume anda.

Aktiviti sosial begini walaupun anda nampak kurang membantu, tetapi ia sebenar-benarnya memberi seribu makna kepada penilai.

Page 71: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil

Rahsia Resume Kerja | 71

10. Rujukan

Pada bahagian rujukan ini anda seharusnya meletakkan butiran seperti berikut :

•Namarujukan•Jawatan•Namasyarikat/universiti• Alamat•Nombortelefon•Alamatemailrujukananda

Rujukan anda ini mestilah terdiri daripada seseorang yang anda mengenalinya dan beliau juga mengenali anda. Contohnya seperti pensyarah anda sendiri.

Selalunya di setiap institusi pengajian, terdapat sistem mentor dan mentee. Bermakna pensyarah terpilih akan menjadi mentor anda sepanjang anda berada di institusi tersebut.

Page 72: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil

Rahsia Resume Kerja | 72

Oleh itu, beliau lebih sesuai dijadikan rujukan anda untuk dimuatkan ke dalam resume anda nanti. Pastikan anda maklumkan dahulu kepada rujukan anda sebelum anda masukkan namanya ke dalam resume anda.

Ini bertujuan supaya beliau lebih bersedia jika syarikatanda mohon kerja menghubungi beliau bagi mendapatkan maklumat anda.

Jika anda pernah bekerja sebelum ini, rujukan yang paling sesuai adalah bos anda sendiri. Bos anda lebih mengenali anda dan sentiasa menilai hasil kerja anda.

Anda dinasihatkan untuk elakkan daripada menggunakan saudara mara, jiran atau rakan serumah anda sebagai rujukan.

Bagi kami ia kurang sesuai untuk dimasukkan ke dalam resume anda. Jangan lupa untuk minta kepada rujukan anda menulis surat sokongan sebagai standby jika anda berjaya ke sesi temuramah.

Surat ini dijadikan sebagai bukti bahawa rujukan anda menyokong anda. Anda dinasihatkan untuk masukkan 2 – 3 orang rujukan sahaja.

Terdapat sesetengah panel temuduga cuba memerangkap calon dengan menyoal tentang surat sokongan ini.

Page 73: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil

Rahsia Resume Kerja | 73

Bagi sesetengah panel temuduga, surat sokongan ini menandakan calon kurang yakin dengan diri mereka sendiri hinggakan mereka perlu memohon sokongan daripada pihak lain.

Anda perlu bijak disini. Dalam sesetengah perkara anda perlu menggunakan instinct diri anda. Dalam kontek ini, anda perhatikan panel temuduga tersebut, lihat reaksinya.

Jika anda rasa diri anda cuba diuji dengan keyakinan diri, cukup sekadar anda sebagai penyokong diri anda dan tidak perlu sertakan surat sokongan kepada panel temuduga walaupun diminta.

 

 

Page 74: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil

Rahsia Resume Kerja | 74

Selain Resume, Apa Lagi Patut Saya Buat Untuk Dapat Kerja?

Lihat checklist di bawah dan anda boleh semak sama ada anda telah penuhi kesemua elemen penting dalam sebuah resume.

SENARAI SEMAK PERSEDIAAN RESUME

1. Gambar Profil Professional2. Butiran Diri3. Jawatan Dimohon4. Objektif5. Ciri-ciri Peribadi & Skil Hebat6. Kata Kunci7. Pendidikan, Pengalaman & Pencapaian8. Gaji/Pendapatan9. Hobi, Sukan & Aktiviti Sosial10. Rujukan

 

 

 

 

 

 

 

 

   

 

Jika semuanya telah selesai, Tahniah!! Anda telah berjaya membaca kesemua isi kandungan di dalam ebook ini.

Page 75: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil

Rahsia Resume Kerja | 75

Kami doakan semoga kejayaan sentiasa bersama anda. Untuk permulaan sebelum menghantar resume anda, surat iringan memainkan peranan penting.

Sebagai penutup kepada resume anda, follow-up call pula memainkan peranan. Kedua-dua elemen ini, merupakan elemen pembuka dan elemen penutup resume anda.

Page 76: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil

Rahsia Resume Kerja | 76

Surat Iringan

Apa tu surat iringan? Ramai diantara calon yang menghantar resume, tidak menyertakan sekali dengan surat iringan atau dalam bahasa orang putihnya adalah “CoverLetter”.

Berkemungkinan anda kurang sedar yang surat iringan ini sebenarnya penting untuk disertakan sekali dengan resume anda.

Penilai akan membaca surat iringan dahulu sebelum meneliti resume anda. Surat iringan ini disediakan seperti surat-menyurat yang biasa anda lakukan.

Cuma bezanya daripada isi kandungannya sahaja. Perkara yang perlu ditekankan di dalam surat iringan adalah seperti dibawah :

•Alamatanda•Alamatpenerima•Tarikh•Perkara/tajuk•Isikandungandan•Tandatangananda

Surat iringan ini merupakan pengenalan diri anda dengan cara terhormat kepada bakal majikan anda.

Anda perlu nyatakan di dalam surat iringan ini mengapa anda berminat dengan jawatan yang ditawarkan.

Page 77: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil

Rahsia Resume Kerja | 77

Ia juga memberi maklumat kepada penilai siapakah anda? Intention anda? dan jawatan apa yang anda mohon.

Melalui surat iringan inilah penilai dapat mengenalpasti resume mana satukah yang beliau akan teliti sama ada bersesuaian dengan jawatan yang ditawarkan atau tidak.

Jika anda gagal sertakan surat iringan ini bersama resume anda, saham resume anda mungkin jatuh sedikit.

Oleh itu, kami benar-benar sarankan kepada anda untuk sertakan surat iringan ini semasa menghantar resume anda nanti. Kami juga ada sertakan contoh untuk rujukan anda.

Surat iringan dan resume boleh diibaratkan seperti baju dengan butang dan seperti irama dan lagu. Tanpa salah satu daripadanya, baju dipakai tanpa butang, lagu dinyanyikan tanpa irama.

Page 78: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil

Rahsia Resume Kerja | 78

 

Page 79: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil

Rahsia Resume Kerja | 79

Follow Up Call

Setelah anda selesai menghantar resume dan surat iringan selama 5 hingga 7 hari anda dinasihatkan untuk menyemak status permohonan anda di website syarikattersebut atau di website ajen yang mengeluarkan iklan jawatan tersebut seperti (Jobstreet.com, Jabatan Tenaga Kerja).

Jika anda kurang yakin dengan status yang dipaparkan diruangan website tersebut anda dinasihatkan untuk menelefon syarikat terbabit.

Bermula dengan memperkenalkan diri anda, bila resume anda dihantar dan jawatan apakah yang anda mohon kepada syarikat terbabit.

Page 80: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil

Rahsia Resume Kerja | 80

Ini menunjukkan anda benar-benar serius dengan jawatan yang anda mohon itu. Kebanyakkan daripada calon setelah menghantar resume hanya duduk diam dan menunggu syarikat terbabit menelefon.

Ini adalah antara langkah proaktif untuk menyatakan minat anda bersungguh-sungguh terhadapat jawatan tersebut.

Follow-up call juga menarik minat majikan, kerana disinimenampakkan anda seorang yang bersungguh-sungguh. Usaha anda untuk menelefon mereka menaikkan lagi saham anda dan dipandang tinggi oleh majikan.

Page 81: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil

Rahsia Resume Kerja | 81

Kekemasan Resume

Setelah anda menulis kesemua elemen ini resume anda masih belum lengkap. Ia seolah-olah anda telahsiap memasak satu resipi yang hebat tetapi belum dihiasi lagi untuk dihidangkan.

Oleh itu untuk menghias resume supaya lebih menarik terdapat beberapa cadangan untuk anda gunakan seperti menggunakan sedikit grafik-grafik yang berkaitan dan kurangkan isi kandungan resume yang tidak berkaitan dengan jawatan dipohon.

Penggunaan Grafik

Penggunaan grafik di dalam resume dapat membantu menceriakan resume anda dan menarik minat penilai untuk membaca resume anda.

Page 82: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil

Rahsia Resume Kerja | 82

Grafik-grafik ini anda boleh dapatkan secara percuma di pencarian Google. Anda taip sahaja jawatan anda dan pastikan pencarian diletakkanpada bahagian Images dan bukan Web .

Gunakan kreativiti anda untuk memilih grafik yang sesuai. Anda boleh masukkan satu atau dua grafik yang bersesuaian sahaja. Sebagai contoh penggunaan grafik yang berkaitan dengan jawatan dipohon seperti contoh dibawah:

 

Page 83: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil

Rahsia Resume Kerja | 83

Jika boleh, anda gunakan grafik hitam putih supaya lebih nampak abstrak. Elakkan daripada menggunakan grafik berdasarkan lukisan kartun.

Ini akan menampakkan resume anda kurang serius. Anda bayangkan, anda ingin memohon jawatan arkitek dan anda muatkan beberapa grafik berunsurkan kartun.

Jawatan dimohon adalah jawatan professionaldan resume anda terdapat unsur kartun. Ia menjadikan resume anda kurang menarik walaupun anda menggunakan grafik.

Tujuan asal adalah untuk buatkan resume nampak menarik. Jika penggunaan grafik sebegitu, kami syorkan untuk anda tidak gunakan atau pun gantikan dengan grafik yang lain.

Anda boleh lihat contoh penggunaan grafik pada header resume selepas ini. Calon ini ingin memohon jawatan Peramugari (FlightAttendence) di salah sebuah syarikat penerbangan di Malaysia.

Dengan penggunaan satu grafik sahaja membuatkan header resume anda kelihatan lebih menarik.

Page 84: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil

Rahsia Resume Kerja | 84

Resume ini bersifat subjektif, anda boleh menggayakan resume ini mengikut kreativiti anda sendiri.

Faktor kekemasan dan penggunaan grafik seperti ditunjukkan mampu menarik minat penilai resume anda.

Untuk jadikan resume anda berinformatif, terdapat perkara yang perlu anda masukkan ke dalam resume dan terdapat juga yang kurang sesuai untuk dimasukkan ke dalam resume anda.

Sebagai contohnya, jika anda menulis nama di awal permulaan resume anda (header) Nur Natasya binti Nasarudin dan dimasukkan pula gambar seorang wanita cantik dengan kod pemakaian seorang Peramugari, sudah tentu anda seorang wanita.

Oleh itu, anda tidak perlu memasukkan lagi jantina anda (Sex : Female). Ini seolah-oleh anda mengulang kembali informasi yang telah sedia ada dan akan memakan ruang resume anda.

Page 85: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil

Rahsia Resume Kerja | 85

Status ini juga penting jika anda memohon jawatan Setiausaha (Secretary) atau Pembantu Peribadi (PersonalAssistant).

Selalunya jika status anda berstatus single, peluang untuk anda dapatkan jawatan tersebut terbuka luas. Jawatan sebegini kebiasaannya untuk calon wanita.

Jika dilihat pada jawatan Peramugari ini, butiranyang terpenting sekali adalah status perkahwinan sama ada bujang (single) atauberkahwin (married).

Status politik dianggap kurang penting disini kerana fokus anda adalah untuk mendapatkan jawatan peramugari tersebut dan bukannya ahli politik.

Penulisan Nombor

Bermula daripada awal anda menulis resume sehingga akhir dah tentu terdapat nombor-nombor yang anda tulis di dalam resume tersebut.

Contohnya seperti dibahagian nombor telefon,penulisan nombor (pada bahagian gaji) dan sebagainya.

Page 86: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil

Rahsia Resume Kerja | 86

Tidak salah jika anda menulis seperti orang lain menulis. Untuk lakukan kelainan, anda perlu lakukan sedikit perubahan.

Perubahan inilah yang kami maksudkan. Cuba anda lihat contoh dibawah :

Penulisan Nombor telefon

Telefon Rumah: +604-769 2564 +603-5510 2020Telefon Bimbit: +6013-5564734 +6017-2196987

Penulisan Gaji

Gaji/Pendapatan : RM2,000, RM100,000

Huruf, Partition, Bullet

Anda dinasihatkan untuk menggunakan huruf (font) yang sesuai untuk menulis resume anda. Cadangan font untuk digunakan adalah seperti :

Times New Roman Calibri Georgia

Page 87: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil

Rahsia Resume Kerja | 87

Penggunaan font ini lebih menarik dan dapat merehatkan mata penilai semasa meneliti resume anda.

Kami lebih suka menggunakan “Calibri” kerana ia lebih kemas dan dapat jimatkan banyak ruang. Cadangan saiz font adalah 11 hingga 12.

Calibri (Font 11)Calibri (Font 12)

Calibri (Font 18)

Elakkan font yang terlalu kecil sehingga penilai terpaksa gunakan banyak tenaga meneliti resume anda dan jangan terlalu besar kerana ia memakan ruang seperti yang kami terangkan sebelum ini.

Pembahagian (Partition) juga penting dan harusanda gunakan bagi membezakan antara satu elemen resume dengan elemen yang lain.

Penggunaan partition menampakkan resume anda lebih kemas dan tersusun.

 

Page 88: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil

Rahsia Resume Kerja | 88

Jika terdapat banyak perkara untuk dinyatakan, anda senaraikan perkara tersebut menggunakan“Bullet” seperti yang disediakan di dalam perisian Microsoft Word. Ia lebih nampak menarik dan tersusun.

Penggunaan Kertas

Jika anda menghantar resume secara hardcopy, mengenalpasti jenis kertas untuk dicetak juga penting bagi menarik minat penilai.

Cadangan penggunaan kertas yang menarik adalah seperti berikut :

oBersaizA4oJeniskertasGlossy(kertasgambar,keras)

Tetapi penggunaan kertas ini memerlukan anda keluarkan modal lebih sedikit daripada kertas biasa.

Cadangan lain dan kos lebih rendah adalah dengan menggunakan kertas A4, 80 gram (Double A).

 

Page 89: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil

Rahsia Resume Kerja | 89

Kesimpulan

Tahniah kepada anda kerana telah berjaya menghabiskan membaca e-book “Rahsia Resume Kerja” ini sehingga ke muka terakhir. Kami berdoa supaya kejayaan sentiasa berpihak kepada anda.

Sebagai kesimpulan daripada keseluruhan e-book ini, kami dapat simpulkan bahawa resume ini adalah bersifat subjektif. Anda boleh menggayakan resume anda dengan kreativiti yang anda miliki.

Isi kandungan resume pula berbeza-beza antara satu individu dengan individu yang lain. Setiap daripada anda mempunyai kehebatan dan pencapaian anda tersendiri.

Kami refresh kembali info terpenting yang anda perlutekankan daripada permulaan mendapat idea bagaimana menulis resume sehinggalah anda berjaya menjejak kaki ke alam pekerjaan.

Antaranya adalah :

• Study dulu website syarikat tersebut• Rancang isi kandungan resume anda• Penuhkan ruangan resume dengan point-point yang memikat• Design resume anda supaya lebih menarik dan penilai tidak bosan

Page 90: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil

Rahsia Resume Kerja | 90

• Jangan lupa lampirkan Surat Iringan (CoverLetter) bersama resume anda• Hantar resume

o Offline – pentingkan pemilihan kertas untuk cetak resume andao Online – jangan lupa convert resume anda daripada word kepada .pdf supaya lebih kemas.

• Selepas 5-7 hari hantar resume jangan lupa semak statusnya.• Lakukanfollow-upcall• Mohon kepada rujukan (reference) anda menulis surat sokongan bagi tujuan sokongan semasa temuduga

Mudah-mudahan anda mendapat manfaat daripada keseluruhan e-book ini dan lagi sekali kami mendoakan kejayaan anda.

Selamat Maju Jaya!

-Tim Infokerjaya

Page 91: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil

RAHSIA RESUME KERJA• Membantu anda membina resume kerja langkah demi langkah.• Menerangkan proses sesebuah resume dipilih untuk ke temuduga.• Dimuatkan dengan 20 soalan temuduga daripada resume kerja anda.• Terus ke www.ResumeKerja.com

RAHSIA BIJAK TEMUDUGA• Membantu persediaan temuduga anda.• Bagaimana menyediakan mental yang kuat sebelum hadir ke temuduga?• Mempunyai 1 ebook utama dan 5 komponen penting persiapan untuk temuduga.• Dan Banyak lagi yang menarik di www.RahsiaBijakTemuduga.com

PANDUAN KERJAYA JURURAWAT• Anda berminat menjadi Jururawat? • Menerangkan langkah demi langkah memohon jururawat kerajaan dan swasta.• Diterangkan dalam 7 Modul utama.• Kerjaya jururawat adalah satu kerjaya yang murni dan lumayan.• Terus ke www.KerjayaJururawat.com

Forum Blog Facebook

www.SembangKerjaya.com www.RujukanKerjaya.com TimInfokerjaya

Page 92: Disclaimer - ajakrakan.com · Apa Perlu Ada Dalam Resume? 44 1. Gambar Professional 44 - Kod Pakaian45 2. Butiran Diri 50 3. Jawatan Dimohon 55 4. Objektif 56 5. Ciri-ciri dan Skil