diet rasulullah elak obesiti m - jamiyah.org.my · sebagaimana mafhum sabda nabi yang antara lain...

10
PERCUMA Bil. 56 2015 / 1436H PERSEKUTUAN SERUAN ISLAM SELANGOR & WILAYAH PERSEKUTUAN (JAM’IYAH) Dari kiri YDP Jam’iyah, Tuan Haji Isemaail Basri selaku pengerusi forum, Imam Besar Masjid Wilayah, ustaz Haji Zakaria Mat Isa dan Prof. Dr. Nor Azmi Kamaruddin. M akan nasi dan tabiat ‘dur selepas makan’ antara penyebab mengapa umat Islam di Malaysia ramai yang mengalami kegemukan dan mengidap penyakit kencing manis. Di Malaysia kadar kegemukan dari jumlah keseluruhan penduduknya ialah 40 peratus tetapi yang mengidap kencing manis mencapai 20 peratus, iaitu suatu kadar yang amat nggi; berbanding di Amerika Syarikat dimana kadar kegemukan dikalangan rakyatnya ialah 60 peratus tetapi kadar penduduknya yang mengidap kencing manis hanya 8 peratus. Walau pun ‘baik dan buruk’ merupakan ketentuan dari Allah namun manusia mempunyai ikhar untuk memilih tabiat yang lebih baik dan mengelak dari kemudaratan sebagaimana maum sabda Nabi yang antara lain menyebutkan “Kami suatu kaum yang hanya makan apabila lapar dan berhen makan sebelum kenyang…” Ia diperkuatkan lagi dengan sabdaan baginda yang bermaksud: “kamu adalah apa yang kamu makan…” Selain itu amalan bersahur di awal dinihari dan dur selepasnya juga menyumbang kepada gejala obesi berbanding yang melewatkan waktu bersahur dan diiku dengan akvi bekerja selepasnya. Itulah antara hikmah mengapa baginda menyarankan agar umatnya melewatkan waktu sahur. Berita lanjut sila iku halaman 2 BATU DARI NERAKA? Batu yang berusia lebih 1440 tahun ini ditemui di Yaman dan ada yang mengaitkannya dengan batu bawaan ababil yang diambil dari neraka. Penemunya telah ditawarkan RM12 juta. Cerita lanjut di halaman 20. Diet Rasulullah Elak Obesiti

Upload: ngokiet

Post on 22-Aug-2019

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Diet Rasulullah Elak Obesiti M - jamiyah.org.my · sebagaimana mafhum sabda Nabi yang antara lain menyebutkan “Kami suatu kaum yang hanya makan apabila lapar dan berhenti makan

PERCUMABil. 56 2015 / 1436H PERSEKUTUAN SERUAN ISLAM SELANGOR & WILAYAH PERSEKUTUAN (JAM’IYAH)

Dari kiri YDP Jam’iyah, Tuan Haji Isemaail Basri selaku pengerusi forum, Imam Besar Masjid Wilayah, ustaz Haji Zakaria Mat Isa dan Prof. Dr. Nor Azmi Kamaruddin.

Makan nasi dan tabiat ‘tidur selepas makan’ antara penyebab mengapa umat Islam di Malaysia ramai yang mengalami kegemukan dan

mengidap penyakit kencing manis.Di Malaysia kadar kegemukan dari jumlah

keseluruhan penduduknya ialah 40 peratus tetapi yang

mengidap kencing manis mencapai 20 peratus, iaitu suatu kadar yang amat tinggi; berbanding di Amerika Syarikat dimana kadar kegemukan dikalangan rakyatnya ialah 60 peratus tetapi kadar penduduknya yang mengidap kencing manis hanya 8 peratus.

Walau pun ‘baik dan buruk’ merupakan ketentuan dari Allah namun manusia mempunyai ikhtiar untuk memilih tabiat yang lebih baik dan mengelak dari kemudaratan sebagaimana mafhum sabda Nabi yang antara lain menyebutkan “Kami suatu kaum yang hanya makan apabila lapar dan berhenti makan sebelum kenyang…”

Ia diperkuatkan lagi dengan sabdaan baginda yang bermaksud: “kamu adalah apa yang kamu makan…”

Selain itu amalan bersahur di awal dinihari dan tidur selepasnya juga menyumbang kepada gejala obesiti berbanding yang melewatkan waktu bersahur dan diikuti dengan aktiviti bekerja selepasnya. Itulah antara hikmah mengapa baginda menyarankan agar umatnya melewatkan waktu sahur.

Berita lanjut sila ikuti halaman 2

BATU DARI NERAKA? Batu yang berusia lebih 1440 tahun ini ditemui di Yaman dan ada yang mengaitkannya dengan batu bawaan ababil yang diambil dari neraka. Penemunya telah ditawarkan RM12 juta. Cerita lanjut di halaman 20.

Diet Rasulullah Elak Obesiti

Page 2: Diet Rasulullah Elak Obesiti M - jamiyah.org.my · sebagaimana mafhum sabda Nabi yang antara lain menyebutkan “Kami suatu kaum yang hanya makan apabila lapar dan berhenti makan

SUARA JAM’IYAH 2 No.56 • 2015/1436H

Salah satu tabiat buruk warga Malaysia yang boleh menjadi asbab kepada meningkatnya

gejala penyakit kencing manis ialah “tidur selepas makan.”

Tidur selepas makan menyebab­kan makanan yang kita makan men­jadi lemak dan akan menambah berat badan serta menyebabkan obesiti atau kegemukan dan boleh menye­babkan kencing manis.

Justeru kita perlu mengubah cara pemakanan dengan membanyakkan makan di waktu pagi (bagi memberi tenaga untuk beraktiviti, khususnya dakwah), diikuti makan tengah hari yang sederhana dan kurangkan me­ngambil makanan yang berlebihan di sebelah malam.

Demikian disarankan oleh Prof. Dr. Nor Azmi Kamaruddin di majlis “Forum Di Ambang Ramadan” anjuran Persekutuan Seruan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan (JAM’IYAH) yang diadakan di Masjid al­Muhsinin Sg. Kandis Klang, dengan dipengerusikan oleh YDP Jam’iyah

Nasi Menyumbang Gejala Kencing Manis

AHLI-AHLI JAWATANKUASA AGUNG JAM’IYAH SESI 2013–2015

PenaungYAB Mohamed Azmin Ali(Menteri Besar Selangor)

Yang DipertuaHaji Isemaail Basri

Tim. Yang DipertuaProf. Madya Datuk Hj. Mohamad Ali Hassan

Naib Yang Dipertua IDato’ Seri Indah Diraja Dato’ Haji Abu

Bakar Haji Abdul Hamid, JP

Naib Yang Dipertua IIHaji Hishamuddin Tan Sri S.O.K. Ubaidullah

Setiausaha AgungHaji Milatusamsi Haji Hassan

Penolong Setiausaha IDato’ Seri Haji Mustapa Kamal Maulut

Penolong Setiausaha IIMohd Rijal A. Harris

BendahariHaji Shaari Ahmad Junid

Penolong BendahariHaji Fathil Haji Gzali

Ahli-Ahli Jawatan KuasaDrs. Haji R.S.Sofyan, Haji Zakariah Isa,

Haji Abdullah Osman, Dr. Ann Wan Seng, Hajah Rokiah Mohaimidin, Haji Mohamad

Ruslan Mat Jelas, Haji Minhat Dasmat, Haji Sujaidi Dasuki @ Sabda S.,

Haji Tumingan Marlan, Hj. Halhakasah Abdullah, Hjh. Qurrotul Aien Fatah Yasin,

Dr. Hj. Mokhtar Abu Bakar, Hj. Ab. Rahman Aziz, Encik Kalam Azad Abu Bakar,

Ir. Hj. Anhar Ahmad, Dra. Hajjah Hafsah Haji Abd. Rahman (Pengerusi Biro Wanita),

Hajah Zainab Ahmad

Setiausaha KerjaEncik Nor Izham Ismail

RekabentukIsmail Karim

SUARA JAM’IYAH diterbitkan oleh

Persekutuan Seruan Islam Selangor dan Wilayah (JAM’IYAH)

Persekutuan Darul Jam’iyah No. 25, Lot 203, Jalan Rahmat,

off Jalan Ipoh, 50350 Kuala Lumpur.Tel: 03-40441950/1951 Faks: 03-40441952

Pengerusi PenerbitanHaji Milatusamsi Haji Hassan

Sidang PengarangSabda S, Kamaluddin Mat Lela,

Abu Bakar Ali, Haji Shaari Ahmad Junid

Sumbangan rencana dan pandangan mengenai Suara Jam’iyah alamatkan kepada:

[email protected]

PengedaranMohd. Nazlie Nong, Mohd. Syukur Norfini,

Nurul Husna Mohamad Ruslan, Nasriah Ahmad, Nur Baity S. Nor

Langganan percuma alamatkan kepada: E-mel: [email protected]

www.jamiyah.org.my

Persekutuan Darul Jam’iyah

Sebahagian daripada 300 yang hadir.

sendiri, Tuan Haji Isemaail Basri.Dr. Nor Azmi memberitahu, ber­

puasa boleh mengurangkan berat badan; tetapi sebaik saja memasukki bulan Syawal mereka “membalas dendam” dengan makan berlebihan, hingga kebaikan jasmani yang di amal­kan di bulan Ramdan hilang fadilat nya.

Oleh itu katanya, salah satu cara bagi mengawal mudarat itu ialah de­ngan mengamalkan puasa enam hari dalam bulan Syawal.

Beliau menyarankan agar memula­kan berbuka puasa dengan makan kurma atau buah­buahan dan sedikit kuih dan air, dan kemudian bangun menunaikan solat Maghrib. “Selepas kira­kira 20 minit baru kita sambung makan nasi…”

Menurutnya, Rasulullah S.A.W. mengambil kurma sedakar satu atau tiga biji; tetapi kita makan berlebihan sehingga ada yang sampai sepuluh biji dan diikuti dengan berbagai minuman yang manis.

Para pakar makanan berpendapat bahawa salah satu asbab kepada gejala kencing manis ialah tabiat makan nasi. Beliau kemudiannya menceritakan

Page 3: Diet Rasulullah Elak Obesiti M - jamiyah.org.my · sebagaimana mafhum sabda Nabi yang antara lain menyebutkan “Kami suatu kaum yang hanya makan apabila lapar dan berhenti makan

SUARA JAM’IYAH 3 No.56 • 2015/1436H

bagaimana sekumpulan pelajar PhD yang dibawah seliaannya telah me­lakukan kajian terhadap beberapa ekor tikus putih dalam tiga buah sang kar yang berasingan.

“Sangkar pertama diisi 20 ekor tikus dan diberi makan jagung sahaja; dan sangkar kedua (juga 20 ekor) diberi makan jagung dan nasi; sementara sangkar ketiga (bilangan yang sama) dan diberi makan nasi sahaja.”

Selepas enam bulan didapati, tikus­tikus yang di sangkar pertama tidak mengalami kencing manis; dan pada disangkar kedua didapati satu pertiga darinya mengalami kencing manis; sementara separuh dari tikus­tikus di sangkar ketiga mengalamai kencing manis.

Justeru melalui kajian itu kemung­kinannya nasi menjadi punca utama mengapa ramai orang Malaysia men­dapat penyakit kencing manis, ujar Dr. Mohd. Nor Azmi.

Di Amerika menurutnya, kadar kegemukan bagi orang­orang dewasa ­nya ialah 2/3 atau 60% dari keseluru­han penduduknya; tetapi kadar kencing manis di kalangan mereka hanya 8% berbanding di Malaysia yang kadar kegemukannya 40% tetapi kadar ken­cing manis di negara kita 20% iaitu satu jumlah yang agak tinggi. “Saya ber­pendapat, jurang peratusan ini ber laku kerana orang Amerika jarang makan nasi.”

Selain itu katanya, tidur selepas makan merupakan tabiat yang tidak baik kerana makanan yang baru kita makan akan menjadi lemak dan me­nambahkan berat badan.

Sebelum itu Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan, Ustaz Haji Zakaria Mat Isa mengingatkan hadirin yang majoritinya terdiri dari kaum hawa agar tidak ambil ringan “hutang puasa” di bulan Ramadan.

Biasanya mereka yang “terhutang puasa Ramadan” sentiasa leka dengan kemeriahan Syawal, dimana di sana sini diadakan rumah­rumah terbuka sehingga ramai yang terlepas dari puasa enam. Dan apabila sudah me­le pasi bulan syawal suasana untuk me lakukannya semakin hilang kerana dorongan dan galakan sudah tiada.

Bulan Ramadan ialah bulan yang

penuh keberkatan atau dipanggil “Syahrul Mubarak” di mana kita di­galak kan mengislahkan diri dengan qiamullail dan melakukan berbagai solat seperti solat tahajjud, solat tasbih, solat hajat dan solat taubat serta diikuti dengan zikir dan tadarus.

Beliau juga mengingatkan hadirin agar mempersiapkan diri dengan per­siapan rohani dan jasmani sebelum memasuki Ramadan agar keberkatan Ramadan terus terbawa­bawa di sepan jang tahun.

Persiapan itu menurut Ustaz Zakaria ialah dengan mempelajari berbagai ilmu tentang puasa, ilmu tentang qiamullail, ilmu bagaimana tadabbur dengan al­Quran dan lain­lain fadilat amal di bulan Ramadan.

“Kita buat jadual tugas, apa yang perlu dilakukan selepas fajar dan se­sudah matahari naik; dan apa yang mesti dilakukan sebelum masuk zuhur dan selepas zuhur….”

“Begitu juga sebelum dan selepas asar, apa yang perlu kita lakukan sele­pas itu dan selepas tengah malam.”

Selain itu katanya, senaraikan juga apa yang dilarang dan ditegah; termasuk menahan lidah, menahan pandangan dan pendengaran, hati dan lain­lain nafsu yang boleh mengurangi fadilat puasa agar disiplin itu dapat dipertahankan pada bulan­bulan yang berikutnya sepanjang tahun.

Untuk tujuan itu katanya, kita perlu menanamkan budaya “mencintai ilmu” serta mengamalkan ilmu yang kita pelajari.

Antaranya beliau menyebutkan; “Jadilah orang alim yang mengamalkan ilmunya serta mengajarkan ilmunya kepada manusia. Jika tidak dapat ber buat demikian, jadilah orang yang suka kepada ilmu dan berusaha untuk mem pelajari dan dijadikan amalan; dan jika tidak mampu untuk berbuat demi­kian, jadilah orang yang hanya suka mendengar ilmu…”

Namun begitu katanya, orang yang paling malang ialah mereka yang belajar pun tidak mahu; mendengar pun tidak mahu… Oleh itu beliau menasihati hadirin agar muhasabah diri, apakah yang telah kita lakukan sepanjang tahun… (sebelumnya).

Seterusnya beliau menyebutkan keistimewaan orang­orang yang me­makmurkan masjid; di mana Allah S.W.T. akan meraikan mereka di padang mahsyar, di mana mereka akan diberi perlindungan ketika tiada sebarang per lindungan selain perlindungan dari­Nya.

Mengenai hutang puasa katanya, walaupun secupak sehari tetapi jika terus terhutang dari tahun kesetahun akan menjadi banyak dan berat; lebih­lebih lagi apabila kemampuan untuk membayar puasa semakin berkurangan akibah penyakit; akhirnya apabila men jelang nazak baru kita panggil para waris bagi memberitahu hutang puasa.

Dalam pusingan kedua pada forum yang sama Dr. Nor Azmi Kamaruddin menasihati hadirin supaya minum air sebelum tidur dan dua gelas se masa sahur. “Apabila badan kita ke kurangan air (dalam suasana panas) boleh mengakibatkan penyakit batu karang dan yang lebih merbahaya lagi boleh me nyebabkan kerosakan buah pinggang.”

Selain itu katanya, amalan sahur amat penting bagi memberi tenaga pada sebelah siang untuk kita ber­aktiviti. “Kita tidak mahu, disebabkan puasa orang­orang Islam menjadi tidak produktif dan bermalas­malas hingga menyababkan tugasan tidak sempurna.”

Beliau memberitahu, di seluruh dunia (menurut kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia– WHO) tidak kurang 55,000 orang mengalami sakit buah pinggang yang berpunca dari gejala kencing manis; termasuk 4,000 darinya rakyat Malaysia.

Justeru itu katanya, walaupun segalanya takdir Ilahi; namun sebagai manusia kita harus berusaha untuk mengelak dari musibah itu yang ber­punca dari tabiat dan gaya hidup manu­sia sendiri. “Minumlah air se cukupnya dan jangan tidur selepas makan,” ulang Dr. Nor Azmi di hadapan kira­kira 250 orang ahli Jam’iyah.

Sementara itu, Ustaz Zakaria pula dalam pusingan kedua menyarankan agar kita meneruskan amalan tadarrus sepanjang tahun. “Jadikan Ramadan sebagai madrasah agar kita istiqamah menjaga amal…” Ini kerana fadilat

Page 4: Diet Rasulullah Elak Obesiti M - jamiyah.org.my · sebagaimana mafhum sabda Nabi yang antara lain menyebutkan “Kami suatu kaum yang hanya makan apabila lapar dan berhenti makan

SUARA JAM’IYAH 4 No.56 • 2015/1436H

Wanita solat terawih di masjidWalaupun wanita tidak digalakkan solat terawih di masjid, tetapi untuk

tujuan mengambil keberkatan di bulan Ramadan, ianya diharuskan tetapi jangan sampai menimbulkan fitnah.

“Jangan ambil peluang untuk tujuan yang tidak mendapat keizinan suami.”

Kanak-kanak membuat bisingMasjid ialah jantung masyarat bagi menanam jiwa agama. Adalah tidak

wajar melarang anak-anak ke masjid “dibimbangi membuat bising…” Oleh itu, tugaskan seorang yang boleh mengawal kanak-kanak dari membuat bising dengan cara yang berhemah dan kasih sayang; di mana tugas mengawal ke-amanan dan ketenteraman untuk orang lain melakukan ibadah pun mendapat pahala.

– Ustaz Haji Zakaria Mat Isa dalam sesi soal jawab.

Ubah cara dietSuri rumah disaran bangun awal menyiapkan makanan supaya anak-anak

ke sekolah mempunyai tenaga yang cukup untuk belajar. “Kurangkan makan nasi terutama pada waktu malam, kerana tidur selepas

makan boleh menambahkan berat badan.”

Masalah diabetesSecara amnya semua buah boleh dimakan oleh pengidap diabetes (kencing

manis); cumanya buah-buah yang berjus seperti anggur, temikai, mangga dan sebagainya cepat hadam dan cepat masuk ke dalam darah berbanding dengan buah-buah yang lebih keras seperti jambu batu, epal dan sebagainya. Buah kurma pun boleh diambil tetapi jangan terlalu banyak!

Masalah joggingJika tidak pernah melakukan jogging jangan cuba-cuba berjoging ketika

berpuasa kerana kekurangan air boleh memberi kesan buruk kepada buah pinggang.

Di waktu biasa – jika untuk mengurangkan berat badan berjoginglah se-hingga setengah jam dalam sehari; dan jika untuk menguruskan badan lebih kan sehingga 45 minit sehari; dan untuk menguatkan jantung tambahlah sehingga satu jam setiap hari.

– Prof. Dr. Nor Azmi Kamaruddin dalam sesi soal jawab.

PERCIKAN IDEA DARI SESI SOAL JAWAB...

membaca al­Quran amat besar, di mana Allah akan memberi sepuluh ganjaran bagi setiap huruf yang kita baca.

“Selain memberi syafaat kepada pembacanya ketika dalam kubur, amalan itu juga menjadi perisai dari api neraka, perisai dari melakukan maksiat, perisai dari bermalas­malas dan culas.” Selain itu katanya, ibu dan bapa pembacanya juga akan diberi mahkota oleh Allah di akhirat kelak.

Beliau juga menasihatkan agar kita membanyakkan sedekah. “Amalan sedekah boleh menolak bala dari ber­bagai penyakit,” terang Ustaz Zakaria.

Menurutnya lagi, sebaik matahari terbit dari sebelah timur, dua malaikat akan berdoa supaya Allah gantikan apa yang telah kita sedekahkan; sementara satu lagi malaikat akan berdoa agar orang yang kedekut tidak diberi rezeki.

Ditanya mengenai turunnya Lailatul Qadr oleh pengerusi forum, Tuan Haji Isemaail Basri beliau memberi bebe­rapa pandangan.

Walaupun jumhur ulamak me nye­but kan ianya berlaku pada salah satu malam yang kesepuluh Ramadan; namun katanya, 20 malam yang sebe­lumnya juga mempunyai ke berkatan yang lebih baik dari malam­malam sebelum Ramadan. “Jadi, apa nak berkira sangat?” Tanya beliau.

Beliau selanjutnya menyebutkan formula Imam Ghazali yang memberi­tahu bahawa jika puasa Ahad, maka Lailatul Qadr jatuh pada malam 29; dan jika puasa hari Isnin jatuh pada malam 21; dan jika puasa Selasa jatuh pada malam 24.

Begitu juga jika puasa Rabu jatuh pada malam 20; dan jika puasa Khamis jatuh pada malam 25; dan jika puasa Jumaat jatuh pada malam 19; dan jika puasa Sabtu maka malam Qadr jatuh pada malam 23.

Namun bagi Imam Besar Masjid Wilayah itu mempunyai sifir tersendiri. Menurutnya, ejaan “Lailatul Qadr” yang disebut dalam surah al­Qadr itu mengandungi sembilan huruf (Arab); dan ia disebut sebanyak tiga kali dalam surah berkenaan. Justeru katanya, jika kita darab 9 x 3 maka jawabnya 27. “Jadi itulah sandaran saya.” – SS

Sebahagian dari hadirin yang mengikuti forum Di Ambang Ramadan di Masjid al-Muhsinin Kg.Sg. Kandis, Klang.

Page 5: Diet Rasulullah Elak Obesiti M - jamiyah.org.my · sebagaimana mafhum sabda Nabi yang antara lain menyebutkan “Kami suatu kaum yang hanya makan apabila lapar dan berhenti makan

SUARA JAM’IYAH 5 No.56 • 2015/1436H

rasul bagi setiap umatnya bersama agama samawi dan syariat yang sesuai dengan kemampuan umat dan generasi sezaman.

Agama samawi (Islam) diturunkan melalui para nabi untuk membentuk akhlak karimah dan kehidupan ber­adab serta menegakkan keadilan. Ia kemudiannya tersebar keseluruh alam melalui berbagai dakwah dengan meng gunakan pendekatan hikmah dan kebijaksanaan para nabi­Nya.

Penaklukan dan peperangan hanya dilakukan demi membebaskan manusia

Mukadimah

A llah S.W.T. yang telah menjadi­kan alam dan seisinya dengan mendahulukan berbagai rahmat dan kasih sayang

terhadap semua makhluk ciptaan­Nya, berbanding ancaman dan kemurkaan­Nya. Tanpa pendahuluan rahmat dan kasih sayang, Allah tidak akan memberi setitis air pun terhadap manusia yang zalim dan yang engkar terhadap­Nya. Namun untuk manjadikan kehidupan dunia supaya teratur serta aman dan damai, Allah turunkan para nabi dan

dari kongkongan penguasaan dan pen jajahan kumpulan manusia yang derhaka, perosak dan angkuh dan yang me lakukan bannyak kebatilan dan ke­sesatan.

Justeru itu manusia diberi tang­gung jawab sebagai khalifah, pentadbir dan pemakmur dunia dengan meng­ikuti risalah nabinya untuk me makmur­kan dunia; dan pada masa yang sama mematuhi perintah Pencipta sekalian alam semesta ini dengan iba dah dan penghambaan yang diajar kan oleh para nabi.

CINTA ALLAH DAN RASUL PERLU

PEMBUKTIANOleh Haji Isemaail Basri

YDP Jam’iyah, Haji Isemaail Basri (baju hitam membelakangkan kamera) sewaktu memberi tazkirah sebelum memulakan mesyuarat AJK Agung Jam’iyah di ibu pejabat Jam’iyah Jalan Ipoh.

Page 6: Diet Rasulullah Elak Obesiti M - jamiyah.org.my · sebagaimana mafhum sabda Nabi yang antara lain menyebutkan “Kami suatu kaum yang hanya makan apabila lapar dan berhenti makan

SUARA JAM’IYAH 6 No.56 • 2015/1436H

Umat TerpilihHanya mereka yang patuh perintah

Allah dan sunah para nabinya sahaja yang dianggap sebagai umat yang ter pilih di mana amalan dan ibadat mereka diredhai.

Para penganut agama Yahudi dan Nasrani masing­masing mendakwa bahawa mereka adalah kumpulan ter­pilih dan yang mengasihi Allah. Namun Allah meminta mereka membuktikan apakah kata­kata mereka itu benar atau hanya sekadar di bibir sahaja. Hakikatnya mereka adalah golongan yang suka berdaleh, membelakangkan dan memusuhi para rasul dan sangat menyimpan dendam serta hasad ter hadap Rasul terakhir iaitu Nabi Muhammad S.A.W.

Begitu juga di kalangan orang Islam ramai yang mendakwa mereka sangat kasih kepada Rasulullah S.A.W. tetapi tidak melaksanakan sunah­sunah baginda; malah ada yang mempersendakan mereka yang meng hidupkan amalan sunah nabi. Lebih­lebih lagi jika ada di antara para pengamal sunah diuji dengan berbagai musibah dan dugaan termasuk derita sakit dan kemalangan dan penderita an; maka akan ada kalangan umat Islam sendiri yang menyindir dan mem­per senda; malah ada yang memper­olok­olokkan sebagaimana umat ter dahulu yang mempersenda nabi­nabi me reka dengan berkata: “Allah sudah me ninggalkan mereka tanpa pertolongan…”

Cinta RasulSesungguhnya cara pembuktian

yang menunjukkan seseorang itu cinta terhadap Rasulnya ialah dengan meng­amalkan sunah­sunah baginda. Kasih sayang terhadap baginda bukan hanya sekadar di bibir atau hanya dizahirkan melalui lagu­lagu atau perarakan mem­peringati Maulidurrasul yang ditaja dengan berbagai kemudahan termasuk jamuan dan lain­lain keraian.

Justeru untuk mentaati baginda kita perlu kepada ilmu; dan antara ilmu yang paling penting ialah ilmu al­Quran dan sunah­sunah yang ditunjukkan, yang dilakukan dan yang ditegah oleh Allah dan Rasul­Nya. Tegasnya, mukmin

sejati perlu membaca sirah nabi bagi mengetahui perjalanan hidup baginda dan mencontohi akhlak dan amalan baginda.

Hanya melalui ajaran al­Quran dan larangan­larangan yang disebutkan di dalamnya serta mengamalkan contoh­contoh kehidupan baginda sahajalah seseorang itu dapat membuktikan be tapa mereka benar­benar cinta ter­hadap Allah dan Rasul; terutamanya dalam usaha membentuk peribadi muslim, terutamanya dimana umat se dang bertembung dengan berbagai budaya liar dan gaya hidup yang men­cabar keimanan.

Umpamanya – apabila kita meng­iktirtaf kemujaraban sesuatu ubat atau penawar untuk sejenis penyakit; maka kita hendaklah mengamalkan cara pengubatan itu bagi menjadi penawar, memulih serta mencegah dari lebih kritikal dan merebak di kalangan masyarakat lingkungan. Begitu lah contoh dan perbandingan yang terdekat, apabila kita mengakui keberkesanan sesuatu penawar. Begitulah halnya apabila kita mengakui mukjizat al­Quran dan fadilat sunah dan hadis sebagai cara penyelesaian umat dari ancaman gejala sosial, maka kita juga harus meng amalkan sunah sebagai cara hidup harian secara total, ter masuk kaum keluarga, jiran tetangga dan seluruh warga desa dan kota.

Pilih-pilih AmalHari ini kita melihat ramai orang

Islam yang mengamalkan al­Quran se cara pilih­pilih. Mereka melakukan ibadat solat, puasa dan haji serta umrah tetapi pada masa yang sama masih me laku kan berbagai perkara mungkar dan fasik. Mereka berbohong, menipu dan mengumpat sesama sendiri; malah ada yang rasyuah dan mengadu domba sesama manusia.

Begitu juga mereka yang mengakui cinta nabi dengan berselawat melalui perarakan dan perayaan tetapi pada masa yang sama memandang rendah amalan­amalan sunah dengan me­nyanggah hadis­hadis sahih sebagai hadis lemah dan palsu tanpa mem­pelajari ‘mustalah hadis’ secara men­dalam. Akibatnya mereka yang ingin

mengamalkan sunah turut menjadi patah semangat dan me rasa malu untuk berbuat demi kian, sebagaimana ‘malunya bapa saudara Nabi’ untuk menuruti ajaran Muhammad sedang dia sendiri tahu betapa agama yang dibawa oleh anak saudaranya itu ada lah benar. Akibatnya mati dalam ke adaan sombong dan kufur!

Sesungguhnya panduan syariat yang diturunkan oleh Allah S.W.T. serta ajaran sunah adalah luas serta mencakupi segenap kehidupan manusia. Ia me­rangkumi kehidupan berkeluarga, ber­masyrakat, beroganisasi dan ber negara malah meliputi hubungan antara­bangsa. Al­Quran dan hadis adalah pan­duan yang lengkap, sempurna, kamil dan syumul.

Cinta dan KeadilanRasulullah mencintai para sahabat

dan kaum keluarga baginda. Namun kecintaan baginda tidak mengatasi ke cintaannya terhadap Allah yang me­nurunkan syariat; sebab itulah apabila menjatuhkan hukum baginda akan melakukannya secara adil. Pernah disebutkan melalui mafhum sebuah hadis: “Seandainya Fatimah (anak baginda) mencuri akan ku potong tangannya.” Ini menunjukkan betapa ketegasan tidak memilih bulu, kaum keluarga atau sahabat. Tegasnya, ke­adilan mesti dijalankan secara total dengan berpegang kepada maqasid syariah, demi menjamin keselamatan, ke damaian, keamanan dan keberkatan pe merintahan yang berpegang kepada Allah yang lebih berkuasa memerintah.

Ke Arah Mencapai Maqasid Syariah

Hudud atau hukum jenayah (jinayat) hanyalah merupakan cabang dalam perundangan Islam. Terdapat banyak lagi cabang perundangan keluarga, ekonomi dan sosial serta hubungan kenegaraan yang perlu diambil faham dalam pemerintahan Islam.

Kita mengakui bahawa banyak faktor yang perlu dipertimbangkan, terutama untuk member faham kepada masyarakat secara keseluruhan; dan bukan sekadar bagaimana memberi faham kepada masyarakat bukan

Page 7: Diet Rasulullah Elak Obesiti M - jamiyah.org.my · sebagaimana mafhum sabda Nabi yang antara lain menyebutkan “Kami suatu kaum yang hanya makan apabila lapar dan berhenti makan

SUARA JAM’IYAH 7 No.56 • 2015/1436H

Islam, malah masyarakat Islam sendiri ada yang masih takut dengan pelaksanaan ‘potong tangan’ dan ‘rejam sampai mati’ di halayak ramai. Walhal, pelaksanaan kedua hukuman itu memerlukan banyak bukti dan saksi serta syarat yang mesti dipatuhi sebagaimana baginda sendiri tidak semudah itu melaksanakan hukuman rejam terhadap seorang wanita yang telah mengaku berzina.

Kesimpulan dan Keutamaan Dalam kontek dakwah keutamaan

kita berdasarkan keadaan semasa. Ketika ini – di waktu masyarakat sedang gawat berdepan dengan berbagai gejala sosial; dimana undang­undang yang ada dan amaran tidak lagi mampu menenangkan kebimbangan masyarakat dari gejala rompak samun, pencolekan dan pembunuhan, kecurian dan penipuan dan berbagai kezaliman manusia, keutamaan harus diberi kepada maqasid syariah.

Maqasid syariat bukan sekadar hudud, zina, qazaf, qisas dan takzir; tetapi meliputi seluruh kehidupan manusia (jika dilaksanakan) yang akhirnya menjurus kepada keberkatan, kerahmatan dan kerahiman Allah yang diluar jangkaan manusia mukmin dan juga manusia zalim. Tegasnya, suasana ‘baladun tayyibun wa rabbul ghafor’ itu akan dinikmati oleh semua warga yang hidup di dalamnya termasuk yang kuffar, yang murtad dan yang tidak beragama – kesemuanya hidup dalam aman dengan masing­masing menunggu rahmat Allah yang akan mencampakkan semula taufiq dan hidayah ke dalam hati setiap warga. Wallahu a’lam.

Awas, Kemungkaran Hati

– Ustazah Aminah

K aum wanita diingatkan tentang bahaya “kemungkaran hati” yang boleh membawa kepada kerosakan iman. Hati yang merupakan lubuk dan pusat bagi akidah perlu dijaga dari anasir syaitan yang sentiasa

berusaha untuk mencuri iman dari peti simpanan orang­orang mukminin dan mukminat – iaitu hati.

“Adalah amat malang jika hati mulai membenci amaran Allah dan Rasul. Justeru itu jagalah hati jangan sampai terlintas untuk melakukan perkara­perkara mungkar.”

Demikian diingatkan oleh Datin Ustazah Aminah Zakaria (isteri Mantan Mufti Wilayah Persekutuan, al­marhum Datuk Hashim Yahya) ketika menyampaikan ceramah di majlis “Di Ambang Ramadan” di hadapan kira­kira 300 orang hadirin yang kebanyakannya kaum wanita.

“Kita hendaklah sentiasa membetulkan hati dengan berdoa: Ya Allah, betulkanlah hatiku, yakinkanlah hatiku terhadap­Mu, bersihkanlah hatiku daris egala prasangka buruk, tetapkanlah hatiku hanya untuk menyintai­Mu dan rasul­Mu.”

Untuk tujuan itu kita juga digalakkan supaya membanyakkan istighfar dan sentiasa takut kepada Allah serta menggeruni amaran neraka­Nya.

“Allah tidak lihat baju kita yang mahal dan cantik; Allah tidak lihat rumah dan kenderaan kita yang mewah; tetapi Allah lihat kebesaran hati yang sentiasa membesarkan­Nya.”

Katanya, walaupun saiz hati hanya segenggam tangan, ia berupaya menjadi besar jika sentiasa menyimpan kebesaran Allah.

Sebelumnya beliau memberi penerangan mengenai ‘fiqh wanita’ – terutama kepada para remaja dalam mengenali beberapa darah haid, nifas, wiladah atau istihadah. “Ini penting bagi kita, terutama para remaja bagi menjamin ibadah kita sah diterima Allah.”

Ustazah Aminah ketika menyampaikan ceramah yang diadakan di Masjid al-Muhsinin, Kg. Sungai kandis, Klang pada 24 Jun lalu.

Page 8: Diet Rasulullah Elak Obesiti M - jamiyah.org.my · sebagaimana mafhum sabda Nabi yang antara lain menyebutkan “Kami suatu kaum yang hanya makan apabila lapar dan berhenti makan

SUARA JAM’IYAH 8 No.56 • 2015/1436H

KERINDUANAku dizahirkan dengan imantanpa mencari dan mengkaji Sungguuh aku syukur kepada Ilahiyang mengurniakan iman sejatikepada kedua ibu bapakuyang membelai erti maknawi.

Ya AllahRahmatilah keduanya di alam barzakhkepada mereka yang menjadi asbab imantanpanya mungkin aku berkelana dalam sengsaramemburu fatamurgana tanpa hujungnya.

Kerananya aku didewasakanmengenali para musafir yang bertebaran yang bermujahadah ke seluruh alamdengannya aku mengenali kepentingan dakwah dengannya aku menikmati kalimah tayyibah.

Wahai para awwalinpara pemuka dakwah di alam Melayu yang bersusah payah menyebarkan kalimahjazakallahu khairan kathirandengan kesabaran melahirkan para ulamakyang mengajar anak­anak generasi mendatangmengenal kemanisan imantanpa mereka… kami gelap sepanjang zaman.

Aku dizahirkan ketika negara tertegak megahtanpa Abu Lahab dan Abu Jahal di Taif dan di Las Vegasterima kasih para pejuang kemerdekaanterima kasih para umarak, sultan dan rajayang meletakkan asas pembinaansebuah negara yang penuh beruntungdengan kasih sayang dan rahmat­Nya yang tak terhitung.

KERINDUAN IIBetapa sunyi dan gelapnya Hira’ betapa gerunnya dakapan jibrail betapa sukarnya bicara ketuhanan, betapa dahsyatnya rintanganbetapa sedikitnya yang membenarkan betapa deritanya mukmin di zaman permulaanbetapa laparnya dalam kepunganbetapa peritnya ujian.

Segalanya ketentuan Ilahiagar generasi terkemudian merasaibetapa nikmatnya iman yang terhidangtanpa susah payah berperangbagai hidangan yang tersajisekadar memenuhi selera hakiki.

Namun selaku makhluk yang muliatidak sunyi dari ujian dan pancarobasesekali Allah uji kekasih­Nyadengan derita dalaman dan fizikal sebagai tarbiyah dan pengajaran umatnyapengalaman pemuda, peniaga dan pengantarapelengkap kurangan yang adalahir khalifah pemuka agama berakhlak mulia.

wahai nabi kekasih Allahinsan maasum, sempurna akhlakpeninggalanmu intact, selamat dan lengkapsuara hatimu terungkap sempurnadengan al­Quran dan sunahseteguh langit tanpa runtuh dan patah.

Beruntuglah menjadi umat terakhirkeberuntungan generasi peneruswalau tidak pernah ditemukannamun kita sering berususmenjadikan kerinduan ini bertali arussiang malam bersama dalam selawat dan lafzul jalalahmerinduimu dan membesarkan­Nyabetapalah nanti pertemuan kita di sanabersama memetik bunga­bunga…

Isemaail [email protected] 140515

Page 9: Diet Rasulullah Elak Obesiti M - jamiyah.org.my · sebagaimana mafhum sabda Nabi yang antara lain menyebutkan “Kami suatu kaum yang hanya makan apabila lapar dan berhenti makan

SUARA JAM’IYAH 9 No.56 • 2015/1436H

terdapat lima orang perempuan tua memakai skirt dan skaf berserta dua orang wanita muda Tartar berseluar sendat turut bersolat. Musolanya ada mimbar di mana khutbah dibaca dalam bahasa Turki kerana bahasa Tartar sudah pupus di Poland.

Sebelum kami sampai, dikatakan terdapat kira­kira 20 orang muda ber­sama orang Chehnya, Tartar dan Turki bersolat Jumaat di situ.

Mereka ini baik­baik dan sangat meng hormati tetamu. Bilal masjid kemudiannya menjemput kami ke rumah dan menjamu makan. Namanya Ibrahim dan isterinya Zuhrah sungguh baik hati melayan kami dengan pe nuh hormat. Ibrahim walaupun dalam keadaan terketar­ketar kerana Parkinson namun terus melayan kami de ngan mesra sepanjang berada di rumah nya.

Usianya sekitar 60an. Sebelumnya Ibrahim bertanya sama ada kami makan daging atau ayam; tetapi saya memberitahu, “Kami makan ikan saja.” Semua makanan dimasak oleh isteri­nya. Memang sedap macam masakan Aliya saya di Merbau Sempak.

Rupa­rupanya orang­orang Islam di sini makan ayam dan daging yang dibeli di kebanyakan supermarket. Hanya hujung tahun lepas barulah kerajaan Poland membenarkan penyembelihan

binatang oleh orang Islam di seluruh Poland.

Di Warsaw dan Wroclow ada jual daging halal tetapi di tempat lain belum ada. Namun ada juga orang Islam disini yang mengatakan: “Daging­daging di sini semua halal kerana diasingkan dari daging babi…”

Ketika menikmati hidangan saya bersembang dengan Presiden ma sya ­rakat Islam Tartar, Maria Aleksandro­wicz (wanita). Beliau bekas doktor medik yang sudah bersara. Beliau ber­cerita serba sedikit mengenai sejarah negaranya. Maria mem beri tahu, suatu ketika pada tahun 1248, Raja Poland telah meminta bantuan tentera Tartar bagi melawan German, iaitu ketika Poland masih bergabung dengan Lithuania dan Belarus.

Menurutnya lagi, secara rasminya orang Tartar masuk ke Poland sekitar 600 tahun dulu. Tetapi kini di Poland hanya terdapat sekitar 3000 hingga 4000 orang sahaja. Mereka berkahwin campur sehingga sudah tidak dapat dikenal pasti raut wajah asal. Ada yang iras­iras Cina Mongol dengan matanya yang sepet tetapi kebanyakan sudah seperti Mat Salleh. Hanya kalangan mereka sendiri yang mengenali antara satu sama lain.

“Tengok muka boleh kenal,” kata Ibu Maria Aleksandrowicz.

Assalamualaikum,

Pengalaman pertama jumpa orang Tartar di Masjid Bialystok ini; teringat saya kepada Suara

Jam’iyah. Sudah bilangan keberapa kini? Saya tidak tahu apakah catatan saya ini sesuai atau tidak untuk Suara Jam’iyah, namun tugas saya hanya menyampaikan takazah.

Di masjid yang berukuran kira­kira 60 x 30 kaki (anggaran) ini banyak informasi mengenai masyarakat Islam di sini. Memang pelik orang Islam di sini. Hari Jumaat mereka buat solat Zohor sahaja. Yang peliknya, keempat­empat rakaat itu mereka baca secara kuat. “Bagi mengajar makmum yang di belakang,” kata imamnya yang bernama Mustapa.

Tahiyat pun dibaca kuat siap dengan bismillah lagi setiap tahiyat. Imamnya pula hanya hafal surah al­Ikhlas sahaja; itu pun bacaan dengan pelat Cina. Hancuss! Ayat Kursi pun dibaca seke­rat­sekerat kerana lupa, kata imam Mustapa lagi.

Selepas solat, imam baca doa; tetapi tiba­tiba dia berhenti lalu bangun mengambil buku doa dan sambung balik doa. Itu tidak mengapa kerana di luar solat!

Sebaik kami sampai, ada empat orang lelaki tua solat Zohor pada hari Jumaat. Dan di sebalik tirai pula

Solat Zohor dengan NyaringMakan di Sisi Anjing…

Bangunan Masjid Bialystok, Poland.

Warkah Dari

Poland

Page 10: Diet Rasulullah Elak Obesiti M - jamiyah.org.my · sebagaimana mafhum sabda Nabi yang antara lain menyebutkan “Kami suatu kaum yang hanya makan apabila lapar dan berhenti makan

SUARA JAM’IYAH 10 No.56 • 2015/1436H

Yang jelas pada pengamatan kami, budaya Islam sudah hilang dari peng­hidupan mereka. Kaum wanita sudah lama hilang tudung; sementara kaum lelakinya lebih sukar mengenalinya, melainkan mereka yang masuk masjid baru kita tahu agamanya. Pakaian sudah sama macam Mat Saleh; jean t­shirt dan jaket tanpa tutup kepala walaupun solat Jumaat.

“Basically, tak boleh kenal Tartar di luar masjid.Sebab muka dan pakaian dah fully mat salleh… mereka ni lebih fokus pada tarian dan makanan. Agama dah out. Mereka tak ngam dengan Arab. Di bandar Gdansk kaum Tartar berselisih faham dengan Arab kerana berebut masjid. So mesjid di kunci setiap hari dan hanya dibuka dua jam seminggu sekali untuk solat Jumaat.”

Walaupun terdapat ramai juga masyarakat Arab di sini tetapi mereka tidak pandai menggunakan kepandaian Arab untuk manfaat agama. Akibatnya mereka semakin jahil dan generasi muda semakin jauh dari agama. Saya tanya mengenai pengajian Quran untuk anak­anak muda dan Maria mem beri­tahu bahawa dia hanya mengajar solat pada tahun lepas; tetapi tidak mengajar al­Quran.

Beberapa hari kemudiannya Maria pula menjemput kami makan tengahari di rumahnya. Kami pun pergi dengan penuh mahabbah… Dan sebaik pintu rumahnya dibuka, Maria menyambut kami sambil mendokong anjing besar kesayangannya yang menyerupai anjing lassie seraya mempelawa: “Come in, come in…” Kami tergamam seketika, antara nak masuk atau tidak? Namun disebabkan kami sudah menempuh perjalanan jauh; terpaksa masuk juga.

Anjing lassie itu pula amatlah jinak sambil meleset­leset turut me­nyambut kedatangan kami. Seorang sahabat saya tiba­tiba terkena air liur anjing itu. Dia mula rungsing kerana ter paksa menyamaknya. Sepan­jang makan tengahari itu asyik risau kerana si lassie asyik meleset­leset sekitar kerusi makan. Bimbang dengan kejinakannya, kami minta Maria supaya mengurungnya dengan alasan kami tidak selesa dengannya; tetapi dia terus menenangkan kami jangan bimbang kerana anjingnya baik dan mesra

tetamu. Dan kami pun meneruskan suapan “antara bimbang dan ragu” sedang Maria terus meyakinkan kami agar jangan bimbang.

Ketika dalam suasana mesra men jamu selera, seekor lagi datang dengan jeliran lidahnya yang kemerah­merahan. Yang ini lebih besar dan dari jenis bulldog. Rupa­rupanya anjing­anjing itu sudah menjadi sebahagian dari keluarganya; keluar masuk ke dalam bilik dan dapur rumahnya.

Bayangkan jika si presiden pun me melihara anjing dalam rumah, betapa lah anak­anak buahnya? Letih memikirkan tahap agama mereka.

Memang depa dizalimi oleh kerajaan Poland sebab kerajaan telah merampas rumah bapa mereka yang ada halaman yang luas dan diganti dengan rumah flat yang kecil dan sempit; namun mereka masih berbangga kerana mereka masih ada kaitan dengan kesultanan Poland yang

Penulis, Aimi Zulfitri Rashid (tiga dari kiri) bersama sebahagian masyarakat Islam Bialystok, Poland termasuk Presiden Masyarakat Islam Poland, Maria Aleksandrowicz (dua dari kanan).

dihapuskan oleh komunis Rusia. Suatu ketika dulu di Poland

terdapat banyak bangunan masjid yang dibina oleh kaum Tartar. Tetapi sebaik Komunis masuk semua masjid diruntuhkan kecuali dua sahaja yang ditinggalkan, iaitu di Bohinik, 40km dari Bialystok dan di Krusniani kira­kira 70km; namun keduanya sudah jadi macam muzium. Menurut Maria lagi, setiap musim cuti ramai pelawat datang melawat kedua masjid itu. Setiap orang dikenakan bayaran 5 Zloty (bersamaan RM5.00). Imam Mustapa pula tinggal jauh dari masjid; dan solat Jumaat hanya diadakan sebulan sekali. Hanya terdapat tiga buah rumah orang Islam di sekitar masjid ber kenaan. Bayangkan, umat Islam di Poland. Justeru siapakah yang sanggup bertebaran di sini?

Aimi Zulfitri Abdul Rashid Bialystok, Poland.

Penulis ber sama Imam Masjid Bialystok, Mustapa (kiri).