khutbah aidiladha negeri johor tahun 1442h / 2021m

14
KHUTBAH AIDILADHA NEGERI JOHOR TAHUN 1442H / 2021M

Upload: others

Post on 16-Oct-2021

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KHUTBAH AIDILADHA NEGERI JOHOR TAHUN 1442H / 2021M

KHUTBAH AIDILADHA

NEGERI JOHOR

TAHUN 1442H / 2021M

Page 2: KHUTBAH AIDILADHA NEGERI JOHOR TAHUN 1442H / 2021M

TAKBIR HARI RAYA

ڃٺڃٺڃٺ

ڃچ ٻ ٻ ۇ ۇ

3Xٱگ ڃٺ

ں پ پڍ ڃٺ

ڇ ڍڑ ک

ئۇ ئۇ ئۆڈ ۇ ې ۅ ٻ ٻ ۇ ۇ

ڀ ٺ ٺ

جندهوأعزپ ونصر وعدهژ چ ٻ ٻ ۇ ۇ

چئي وهزم

ڃچ ٻ ٻ ۇ ۇ

ٱگ ڃٺ

Page 3: KHUTBAH AIDILADHA NEGERI JOHOR TAHUN 1442H / 2021M

RAKAAT PERTAMA 1. Takbiratul Ihram serta Niat :-

“Sahaja aku solat sunat Aidiladha dua rakaat sebagai (imam / makmum) kerana Allah SWT”.

2. Membaca Doa Iftitah. 3. Bertakbir tujuh (7) kali pada rakaat pertama. Sunat

mengangkat tangan ketika takbir. 4. Sunat diselangi Bacaan Tasbih pada setiap takbir :-

ڤ ڦ پ پ ۅ ٻ پ ٻ ڌ ٻ

5. Membaca surah Al Fatihah dan surah Al-A’laa atau surah-

surah lain. RAKAAT KEDUA 1. Takbir sebanyak lima (5) kali dan diselangi dengan bacaan

tasbih seperti pada rakaat pertama. 2. Membaca surah Al Fatihah dan surah Al-Ghaasyiyah atau

surah-surah lain. 3. Memberi Salam. 4. Setelah Salam sunat diikuti dengan Dua Khutbah Hari Raya.

PANDUAN SOLAT AIDILFITRI

Page 4: KHUTBAH AIDILADHA NEGERI JOHOR TAHUN 1442H / 2021M

1. Memuji Allah pada kedua dua khutbah seperti :-

لله"لحمد "

2. Membaca Selawat pada kedua-dua khutbah seperti :-

للهم صل على محمد""

3. Berpesan mengigatkan Jemaah pada kedua-dua khutbah

supaya mereka bertaqwa kepada Allah SWT seperti :-

لله"أطيعوا / للهتقوا "

4. Membaca satu ayat lengkap daripada Al Quran dalam

salah satu daripada dua khutbah.

5. Mendoakan orang mukmin dalam khutbah kedua seperti

berikut :-

".ۀ ۀ ہ ڃ ڇ ڈ "

RUKUN KHUTBAH

Page 5: KHUTBAH AIDILADHA NEGERI JOHOR TAHUN 1442H / 2021M

1. Berdiri di atas mimbar atau di tempat tinggi. 2. Memandang dan menghadap ke arah jemaah. 3. Memberi salam kepada jemaah pada permulaan khutbah. 4. Duduk sebentar di atas mimbar selepas mengucapkan salam. 5. Memegang tongkat atau seumpamanya. 6. Duduk sebentar antara dua khutbah sekadar panjangnya

membaca surah Al-Ikhlas.

AMALAN KETIKA BERKHUTBAH

Page 6: KHUTBAH AIDILADHA NEGERI JOHOR TAHUN 1442H / 2021M

PELAKSANAAN IBADAH KORBAN KETIKA WABAK COVID-19

Tarikh : 20 Julai 2021M / 10 Zulhijjah 1442

ڃٺڃٺڃٺ

ڃٺڃٺڃٺ

ٱگ ڃٺڃٺڃٺ

ڃٺ چ ٹ ٻ ہ ٱ ٻ

ۇٴ ۋ ۋچ ٺ ڻ ڳٻ ٻ ڦ

ى عبدهمحمداپ ڦ

ٿ سي د ناں صل وسل مڈ

ئۇ وأصحاب ه آل ه ڇ

ہ ہ ۇ ۆ فيائح ٺ

ڎ ۓڈ ئۆ ب تقوىچ أوص يكم

ڱك تاب ه ڍھ ڎٹ

ئۈ ئې ئې ئې ئى ئى ئى ی ی یی

ئج ئح ئم ئى ئي بج بح بخ بم بى بي تج

(59)النساء: ثىتح تختم تى تي ثج ثم

Page 7: KHUTBAH AIDILADHA NEGERI JOHOR TAHUN 1442H / 2021M

Bermaksud : "wahai orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah

dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "ulil amr" (orang

yang berkuasa) daripada kalangan kamu, kemudian jika kamu

berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka

hendaklah kamu mengembalikannya kepada kitab Allah (Al-Quran)

dan sunnah Rasul-Nya jika kamu benar beriman kepada Allah dan

hari akhirat, yang demikian adalah lebih baik bagi kamu dan lebih

elok pula kesudahannya".

ٱگ ڃٺڃٺڃٺ

Muslimin Yang Dirahmati Allah Sekalian,

Marilah bersama-sama kita tingkatkan ketaqwaan dan

keimanan, serta ketaatan kita kepada Allah SWT, semoga kita

dapat mencapai darjat dalam kalangan orang yang mulia dan

bertaqwa disisiNya. Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha

diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat.

Kesyukuran yang tidak terhingga kita panjatkan ke hadhrat Allah

SWT atas nikmat hari raya Aidil Adha ini. Tidak lupa juga marilah

kita mendoakan para Jemaah haji yang sedang mengerjakan ibadat

haji di tanah suci mekah agar diberikan kesihatan, keselamatan dan

seterusnya memperoleh haji yang mabrur.

Sidang Hadirin Yang Dimuliakan Allah Sekalian,

Hari Raya Aidiladha ataupun Hari Raya Korban merupakan

antara hari kebesaran Islam. Pada tanggal 10 Zulhijah ini seluruh

Page 8: KHUTBAH AIDILADHA NEGERI JOHOR TAHUN 1442H / 2021M

umat Islam akan mengagungkan Allah SWT dengan bertakbir,

bertahmid dan bertasbih serta menegakkan syiar Islam dengan

melaksanakan ibadah korban bagi mendekatkan diri kepada Allah

SWT.

Ibadah korban ini merupakan amalan yang sangat dituntut

dalam Islam. Menurut pandangan jumhur ulama, hukum

melaksanakan ibadah korban adalah sunat muakkad bagi mereka

yang berkemampuan. Ibadah ini dilaksanakan apabila tibanya

Aidiladha atau Hari Raya Korban iaitu pada 10 Zulhijah dan hari-

hari Tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Firman Allah SWT dalam

surah Al-Kauthar ayat 1 hingga 2 :

لي لى لم لخ

في فى ثي ثى ثن ثم ثز ثر ٱ

كم كل كا قي قى

Bermaksud : “Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu

(Wahai Muhammad) kebaikan Yang banyak (di dunia dan di

Akhirat). Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu

semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).

Sesungguhnya orang Yang bencikan engkau, Dia lah Yang terputus

(dari mendapat sebarang perkara Yang diingininya)”.

Sidang Hadirin Yang Dimuliakan Allah Sekalian,

Antara kebaikan ibadah korban ini ialah mereka yang

melakukan ibadah korban ini akan mendapat kedudukan yang mulia

di sisi Allah SWT sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Al

Page 9: KHUTBAH AIDILADHA NEGERI JOHOR TAHUN 1442H / 2021M

Imam At Tarmizi daripada Saidatina Aisyah R.Anha, bahawasanya

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-

Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada

menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan

datang pada hari kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya

dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada reda Allah

SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu

(dengan berkorban).”

Namun begitu pada waktu ini, memandangkan wabak Covid-

19 masih lagi melanda negara kita, maka kita hendaklah mematuhi

peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa dalam

melaksanakan ibadah korban ini. Antara peraturan yang perlu kita

patuhi ialah, mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban

hendaklah menghadkan jumlah haiwan korban dan melaksanakan

sembelihan korban di pusat penyembelihan yang berdaftar sahaja.

Hal ini bertujuan mengelakkan perkumpulan yang ramai ketika

ibadah tersebut dilaksanakan. Selain itu, amalan budaya kebiasaan

baru seperti kewajipan memakai pelitup separuh muka, mematuhi

penjarakan dengan orang lain dan mengutamakan kebersihan diri

hendaklah sentiasa diutamakan, bagi memutuskan rantaian wabak

penyakit ini dari terus menjangkiti orang lain.

Justeru sebagai kesimpulan bagi mengakhiri khutbah pada

pagi ini, mimbar ingin menyeru kepada jemaah sekalian, marilah

bersama-sama kita menyambut Aidiladha sebagai tanda ketaatan

dan kesyukuran kita kepada Allah SWT, disamping membantu

Page 10: KHUTBAH AIDILADHA NEGERI JOHOR TAHUN 1442H / 2021M

usaha pihak kerajaan bagi memutuskan rantaian Covid-19 ini. Kita

perlu mematuhi segala langkah-langkah pencegahan yang

disarankan oleh pihak berkuasa, kerana segala arahan dan nasihat

daripada pihak pemerintah ini, bertujuan untuk memelihara

kemaslahatan dan kesalamatan masyarakat keseluruhanya. Hal ini

bertepatan dengan kaedah feqah yang menyebut :

على الرعية منوط بالمصلحة " مالاما ف" تصر

Bermaksud : “Ketetapan sesuatu dasar oleh pemerintah ke atas

rakyatnya adalah berpaksikan kepada kemaslahatan”.

Jadilah masyarakat Islam yang memiliki sifat pengorbanan

dan kesabaran yang tinggi dalam menghadapi ujian ini. Yakinlah

setiap ujian yang diberikan oleh Allah SWT pasti ada hikmahnya,

kerana semakin besar ujian yang Allah SWT turunkan kepada kita,

semakin besar pahala yang akan kita perolehi. Firman Allah SWT

dalam Surah Al-Hajj ayat 37 :

قم قح فم فخ فجفح غم غج عم عج ظم طح ضم ضخ ضح ٱ

لخ لح لج كلكم كخ كح كج

Bermaksud : “Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu

tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi Yang sampai

kepadanya ialah amal Yang ikhlas Yang berdasarkan taqwa dari

kamu. Demikianlah ia memudahkan binatang-binatang itu bagi

kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat

petunjukNya. dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan

Yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang Yang berusaha supaya

baik amalnya”.

Page 11: KHUTBAH AIDILADHA NEGERI JOHOR TAHUN 1442H / 2021M

KHUTBAH KEDUA

ڃٺڃٺڃٺ

ڃٺڃٺڃٺ

ٱگ ڃٺ

ئو ئۇ ئۇ ئۆ ئۆ ئۈ ئۈ ئې ئې ئې ئى ئى

ۇٴ ۋ ۋچ ٺ ڻ ڳٻ ٻ ڦ

ى عبدهمحمداپ ڦ

ٿ سي د ناں صل وسل مڈ

ئۇ وأصحاب ه آل ه ڇ

ہ ہ ۇ ۆ فيائح ٺ

ڎ ۓڈ ئۆ ب تقوىچ أوص يكم

pada hari yang penuh berkat ini, marilah kita meningkatkan

ketakwaan kita kepada Allah SWT, mensyukuri Nikmat Iman dan

Islam yang dikurniakan kepada kita. dalam suasana kita

menyambut Aidiladha ini, jaganlah lupa kita memperbanyakan

selawat kepada Baginda Rasulullah SAW. Allah SWT berfirman

dalam surah Al-Ahzab ayat 56:

Page 12: KHUTBAH AIDILADHA NEGERI JOHOR TAHUN 1442H / 2021M

چ چ چ ڇ ڃ چ ڃڄ ڄ ڄ ڄ ڃ ڃ

(56:الأحزاب ) ڇڇ

bermaksud: "Sesungguhnya Allah dan malaikatnya berselawat

(memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada nabinya

(Muhammad), wahai orang yang beriman, berselawatlah kamu

kepadanya serta ucapkanlah Salam sejahtera dengan

penghormatan yang sepenuhnya".

ٿ سي د ناں صل وسل مڈ

ٿ آل سي د ناڇ

Marilah kita bermohon kepada Allah, semoga Allah meredhai

khalifah-khalifah Rasulullah iaitu Saidina Abu Bakar As-Siddiq R.A,

Saidina Ummar Ibni Al-khatab R.A, Saidina Othman Ibni Affan R.A

dan Saidina Ali Ibni Abi Talib R.A, dan juga sahabat-sahabat

Baginda yang sama-sama berjuang menegakkan Agama Allah

yang Maha suci ini Radiyallahuanhum. Kepada bapa saudara

junjungan kita Saidina Hamzah dan Saidina 'Abbas

Radiyallahuanhuma, cucunda-cucunda Baginda Saidina Hasan dan

Saidina Husain Radiyallahuanhuma, puteri-puteri Baginda

Saidatina Fatimah Azzahra dan lain-lainnya Radiyallahuanhunna,

isteri-isteri Baginda Saidatina Khadijah, Saidatina Aisyah dan lain-

lainnya Radiyallahuanhunna seterusnya kepada sekalian keluarga,

sahabat-sahabat, pengikut-pengikut sahabat Radiyallahuanhum

dan yang menuruti mereka itu dari semasa kesemasa hingga ke hari

kiamat.

Page 13: KHUTBAH AIDILADHA NEGERI JOHOR TAHUN 1442H / 2021M

ۀ ڃ ئە ڈ

ٿ ھۀ ہ

Ya Allah, ampunkanlah sekalian kaum Muslimim dan Muslimat,

mukminin dan mukminat, samada yang masih hidup atau pun yang

telah meninggal dunia. Ya Allah pelihara, lindungi, jauhi dan

selamatkanlah apalah kiranya diri kami, keluarga kami, zuriat

keturunan kami dan umat Islam keseluruhanya daripada apa jua

bala dan bencana, wabak dan penyakit, segala mara bahaya,

kesusahan dan keburukan. Ya Allah kurniakan juga kemuliaan dan

kesejahteraan kepada mereka yang berjihad dan menafkahkan

hartanya kejalanmu seperti pembayar-pembayar zakat, pewakaf-

pewakaf dan seumpamanya. Ya Allah peliharakanlah akidah kami,

yang berlandaskan akidah Ahli Sunnah Waljamaah, aliran Al-

Asyairah dan Al-Maturidiah.

Ya Allah, kurniakanlah Taufiq dan hidayah, kekuatan,

kesejahteraan dan pertolongan kepada ketua-Ketua negara Islam

dan raja-rajanya, khasnya kepada:

ندرإسك سلطانلا رحومالم ابن هيمبراا سلطانلاعبدك الحارس لشريعتك،

Sultan yang Dipertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul

Ta’zim. Kepada Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris

Shah, Permaisuri Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim Tunku

Mahkota Johor, dan Che Puan Besar Khaleeda Binti Bustamam,

Paduka Putera-Putera dan Puterinya, Kerabat-Kerabat Diraja dan

rakyat sekalian.

Page 14: KHUTBAH AIDILADHA NEGERI JOHOR TAHUN 1442H / 2021M

والمشركين، السيئة واخذل الكفرة ومبتدعىلمسلمين، الإسلام واأعز ڈ

لحجاج اولعبيدك لعافية لناالسلامة واكتب ا ڈوكل من هو عدو للدين

ڈئۇ ٿأمة ئيبرك وبحرك وجوك ڳلمسافرينالغزاة واو

ےيا عزيز يا غفار يائە ڻ ۆوأصولنا وفروعنا ھأدخ لنا

ک

پ پ پ پ ڀ ڀ ڀ ڀ ٺ ٺ ٺ ٺ

ۈ ۇٴ ۋ ۋ ۅ ۅ ، ٿ ٿ ٿ ٹ ٹ ٿ

ۉ ۉ ې ې ې

ڃ چ چ چ

ڇ ڍ ڍ ڌ ڌ ڎ ڎ ڇچ ڇ