dialog penuh

2
Seorang usahawan muda telah menempa nama dalam perusahaan perabot. Sebagai wartawan sebuah majalah, anda diarahkan untuk mewawancara usahawan yang berkenaan. Isi wawancara itu ialah tentang kegiatannya dalam bidang perusahaan perabot dan rancangan-rancangannya pada masa akan datang. Tulislah wawancara anda itu selengkapnya. *** Saya telah mendapat arahan daripada ketua editor untuk mewawancara seorang usahawan muda yang telah berjaya menghasilkan perabot-perabot dan krafrangan hingga mendapat pasaran luar negeri. Yang berikut ialah isi wawancara saya dengan usahawan tersebut, iaitu Puan Laila Pemberita : Assalamualaikum Puan Laila Puan Laila : Selamat sejahtera. Silakan duduk. Pemberita : Terima kasih. Terlebih dahulu rubuan terima kasih saya ucapkan kerana kesudian Puan Laila untuk diwawancara. Bagaimanakah Puan Laila mula melibatkan diri dalam bidang pembuatan perabot dan kraftangan ini? Puan Laila : Sebenarnya, cita-cita saya ialah menjadi arkitek. Walau bagaimanapun, setelah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang seni halus dan perabot di Itali, saya terpaksa melupakan cita-cita itu. Setelah menamatkan pengajian, minat saya untuk membuka perniagaan sendiri dalam bidang ini begitu mendalam. Oleh sebab itulah, saya memberanikan diri untuk membuka perniagaan dalam bidang ini. Pemberita : Bagaimanakah timbulnya minat Puan Laila untuk melibatkan diri dalam bidang ini? Puan Laila : Pada mulanya saya kurang meminati bidang ini, tetapi setelah mengikuti pengajian dalam bidang ini dan setelah melihat keindahan dan kehalusan pada barang-barang perabot dan kraftangan, saya tertarik untuk mengusahakannya sendiri. Pemberita : adakah Puan Laila sendiri yang membuka perniagaan ini? Puan Laila : Pada mulanya bukan saya seorang saja yang terlibat dalam perusahaan ini. Saya dibantu oleh tiga orang sahabat yang secara kebetulan mempunyai minat yang sama seperti saya. Walau bagaimanapun, selepas setahun hanya tinggal saya seorang yang menguruskan perniagaan ini sepenuh masa. Sahabat-sahabat saya telah membuka perniagaan masing-masing. Kini, perniagaan ini saya miliki sepenuhnya. Saya dibantu oleh lima orang pekerja. Pemberita : Apakah masalah yang Puan Laila hadapi ketika memulakan perniagaan ini dahulu? Puan Laila : Masalah utama ialah mendapatkan modal yang secukupnya. Namun begitu, masalah ini dapat saya atasi melalui pinjaman bank. Masalah-masa lain termasuklah persaingan dengan pengusaha perabot yang lain, kesukaran mendapatkan tenaga kerja yang mahir dan kreatif, dan pasaran yang terhad juga. Namun demikian, masalah-masalah tersebut dapat saya atasi secara beransur-ansur. Pemberita : Saya yakin bahawa banyak orang yang kagum akan kejayaan

Upload: umaimah-othman

Post on 17-Dec-2015

24 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

dialog

TRANSCRIPT

Seorang usahawan muda telah menempa nama dalam perusahaan perabot. Sebagai wartawan sebuah majalah, anda diarahkan untuk mewawancara usahawan yang berkenaan. Isi wawancara itu ialah tentang kegiatannya dalam bidang perusahaan perabot dan rancangan-rancangannya pada masa akan datang. Tulislah wawancara anda itu selengkapnya.

***

Saya telah mendapat arahan daripada ketua editor untuk mewawancara seorang usahawan muda yang telah berjaya menghasilkan perabot-perabot dan krafrangan hingga mendapat pasaran luar negeri. Yang berikut ialah isi wawancara saya dengan usahawan tersebut, iaitu Puan Laila

Pemberita : Assalamualaikum Puan Laila

Puan Laila : Selamat sejahtera. Silakan duduk.

Pemberita : Terima kasih. Terlebih dahulu rubuan terima kasih saya ucapkan kerana kesudian Puan Laila untuk diwawancara. Bagaimanakah Puan Laila mula melibatkan diri dalam bidang pembuatan perabot dan kraftangan ini?

Puan Laila : Sebenarnya, cita-cita saya ialah menjadi arkitek. Walau bagaimanapun, setelah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang seni halus dan perabot di Itali, saya terpaksa melupakan cita-cita itu. Setelah menamatkan pengajian, minat saya untuk membuka perniagaan sendiri dalam bidang ini begitu mendalam. Oleh sebab itulah, saya memberanikan diri untuk membuka perniagaan dalam bidang ini.

Pemberita : Bagaimanakah timbulnya minat Puan Laila untuk melibatkan diri dalam bidang ini?

Puan Laila : Pada mulanya saya kurang meminati bidang ini, tetapi setelah mengikuti pengajian dalam bidang ini dan setelah melihat keindahan dan kehalusan pada barang-barang perabot dan kraftangan, saya tertarik untuk mengusahakannya sendiri.

Pemberita : adakah Puan Laila sendiri yang membuka perniagaan ini?

Puan Laila : Pada mulanya bukan saya seorang saja yang terlibat dalam perusahaan ini. Saya dibantu oleh tiga orang sahabat yang secara kebetulan mempunyai minat yang sama seperti saya. Walau bagaimanapun, selepas setahun hanya tinggal saya seorang yang menguruskan perniagaan ini sepenuh masa. Sahabat-sahabat saya telah membuka perniagaan masing-masing. Kini, perniagaan ini saya miliki sepenuhnya. Saya dibantu oleh lima orang pekerja.

Pemberita : Apakah masalah yang Puan Laila hadapi ketika memulakan perniagaan ini dahulu?

Puan Laila : Masalah utama ialah mendapatkan modal yang secukupnya. Namun begitu, masalah ini dapat saya atasi melalui pinjaman bank. Masalah-masa lain termasuklah persaingan dengan pengusaha perabot yang lain, kesukaran mendapatkan tenaga kerja yang mahir dan kreatif, dan pasaran yang terhad juga. Namun demikian, masalah-masalah tersebut dapat saya atasi secara beransur-ansur.

Pemberita : Saya yakin bahawa banyak orang yang kagum akan kejayaan Puan Laila . apakah rancangan-rancangan Puan Laila pada masa yang akan datang?

Puan Laila : Saya bercadang untuk mengeksport perabot dan kraf tangan yang saya usahakan ini ke luar negeri. Saya bercadang juga untuk mengajak pengusaha-pengusaha perabot dan kraf tangan yang lain bergabung tenaga untuk menjayakan rancangan ini.

Pemberita : Adakah Puan Laila yakin bahawa rancangan ini akan berjaya dan mendapat sambutan daripada masyarakat di luar negeri?

Puan Laila : Ya, saya yakin. Hal ini demikian kerana perabot-perabot yang saya hasilkan adalah daripada kayu-kayan yang bermutu tinggi. Selain itu, saya percaya bahawa seni ukirnya yang halus dan reka bentuknya yang unik akan menarik minat masyarakat luar untuk membeli perabot yang saya usahakan ini.

Pemberita : Selain mengeksport perbot ke luar negeri, apakah rancangan lain yang mungkin dijalankan?

Puan Laila : Saya bercadang juga untuk membuka cawangan kedai perabot di negara-negara Asia, khususnya di Filipina, Brunie Darussalam, Jepun, dan Korea Selatan. Saya bercita-cita juga untuk memperluas pasaran perabot ini hingga ke Amerika syarikat dan negara-negara Eropah.

Pemberita : saya mendapati bahawa Puan Laila mengutamakan perabot yang berbentuk tradisional dan antik. Tidakkah Puan Laila bercadang untuk mengusahakan perabot moden pula?

Puan Laila : Pada masa ini, saya lebih mengutamakan perabot berbentuk tradisional dan antik kerana sambutan yang diberikan untuk perabot-perabot ini sungguh baik. Namun demikian, saya bercadang juga untuk mempelbagaikan reka bentuk perabot tersebut pada masa akan datang.

Pemberita : Akhir sekali, apakah pesanan Puan Laila kepada pembaca majalah ini?

Puan Laila : Saya berharap agar mereka yang meminati bidang ini akan mengusahakannya dengan sungguh-sungguh. Mereka perlu menjadi lebih kreatif juga. Tegasnya, kegigihan seseorang itu akan menentukan kejayaannya dalam apa-apa bidang sekali pun.

Pemberita : Nampaknya setakat ini saja wawancara kita kali ini. Terima kasih sekali lagi kerana Puan Laila sudi meluangkan masa untuk diwawancara.

Puan Laila : Sama-sama.

Wawancara saya dengan Puan Laila berakhir pada kira-kira pukul 12.00 teng