definisi pentadbiran

2
DEFINISI PENTADBIRAN Menurut Kamus Dewan, pentadbiran bererti perbuatan melaksanakan urusan mengelola atau menjalankan sesuatu pejabat, kerajaan dan lain-lain lagi. Dengan kata lain pentadbiran ialah satu perlakuan untuk mengurus atau bertindak sebagai ejen dalam hal-ehwal fungsi pemerintahan atau fungsi kerajaan. Pengurusan membawa makna atau konsep betul dan cekap. Memanglah tepat kalau kita mengatakan bahawa pentadbiran ialah sains pengurusan mengenai pengendalian perjalanan pekerjaan atau sesuatu organisasi dengan betul dan cekap. Untuk melaksanakan pengurusan satu organisasi. iaitu satu struktur atau sistem badan yang berwibawa diperlukan untuk melaksanakan peranan pentadbiran ini. Sistem pentadbiran negara boleh berjalan dengan baik jika organisasi itu mempunyai keahlian yang berhubung kait dan berhierarki, iaitu dalam organisasi itu ada golongan yang memerintah dan ada pula golongan yang menerima perintah dan memerintah kumpulan-kumpulan yang di bawahnya. Dengan perkataan lain, sistem pentadbiran negara ini memerlukan kerjasama di antara beberapa golongan agar golongan yang membuat dasar dan yang melaksanakan dasar itu. Pentadbiran umumnya mempunyai cara dan sistem yang boleh berubah- ubah mengikut kemajuan politik, fahaman pemerintah dan keperluan rakyat. Masyarakat kita terdiri daripada berbagai-bagai kaum jadi sistem kerajaan harus menggambarkan cara hidup masyarakat Malaysia. Bersesuaian dengan kepentingan ini sistem kerajaan menggunakan sistem demokrasi berparlimen. Sistem demokrasi berparlimen ini berdasarkan undang-undang. Undang- undang menentukan hak dan tanggungjawab warganegara dan warganegara patut bertindak dan tunduk pada peraturan dan undang-undang. Berdasarkan perlembagaan inilah wujudnya sistem kerajaan demokrasi berparlimen di negara kita. Sistem pentadbiran kerajaan Malaysia merupakan suatu sistem yang melaksanakan dasar dan arahan eksekutif kerajaan untuk melaksanakan pembangunan dan memberi pelbagai kemudahan serta perkhidmatan kepada rakyat. Sebagai sebuah negara persekutuan, sistem pentadbiran kerajaan Malaysia dapat dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan. Sistem pentadbiran kerajaan menjalankan lima peringkat yang penting iaitu membantu kerajaan membentuk dasar awam, merancang melaksana, menyelaras dan akhir sekali menilai kejayaan program-program dan projek-projek kerajaan.

Upload: mrkiwi88

Post on 11-Dec-2015

35 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

tadbir

TRANSCRIPT

Page 1: DEFINISI PENTADBIRAN

DEFINISI PENTADBIRAN

Menurut Kamus Dewan, pentadbiran bererti perbuatan melaksanakan urusan mengelola atau menjalankan sesuatu pejabat, kerajaan dan lain-lain lagi. Dengan kata lain pentadbiran ialah satu perlakuan untuk mengurus atau bertindak sebagai ejen dalam hal-ehwal fungsi pemerintahan atau fungsi kerajaan. Pengurusan membawa makna atau konsep betul dan cekap. Memanglah tepat kalau kita mengatakan bahawa pentadbiran ialah sains pengurusan mengenai pengendalian perjalanan pekerjaan atau sesuatu organisasi dengan betul dan cekap.

Untuk melaksanakan pengurusan satu organisasi. iaitu satu struktur atau sistem badan yang berwibawa diperlukan untuk melaksanakan peranan pentadbiran ini. Sistem pentadbiran negara boleh berjalan dengan baik jika organisasi itu mempunyai keahlian yang berhubung kait dan berhierarki, iaitu dalam organisasi itu ada golongan yang memerintah dan ada pula golongan yang menerima perintah dan memerintah kumpulan-kumpulan yang di bawahnya. Dengan perkataan lain, sistem pentadbiran negara ini memerlukan kerjasama di antara beberapa golongan agar golongan yang membuat dasar dan yang melaksanakan dasar itu.

Pentadbiran umumnya mempunyai cara dan sistem yang boleh berubah-ubah mengikut kemajuan politik, fahaman pemerintah dan keperluan rakyat. Masyarakat kita terdiri daripada berbagai-bagai kaum jadi sistem kerajaan harus menggambarkan cara hidup masyarakat Malaysia. Bersesuaian dengan kepentingan ini sistem kerajaan menggunakan sistem demokrasi berparlimen.

Sistem demokrasi berparlimen ini berdasarkan undang-undang. Undang-undang menentukan hak dan tanggungjawab warganegara dan warganegara patut bertindak dan tunduk pada peraturan dan undang-undang. Berdasarkan perlembagaan inilah wujudnya sistem kerajaan demokrasi berparlimen di negara kita. Sistem pentadbiran kerajaan Malaysia merupakan suatu sistem yang melaksanakan dasar dan arahan eksekutif kerajaan untuk melaksanakan pembangunan dan memberi pelbagai kemudahan serta perkhidmatan kepada rakyat. Sebagai sebuah negara persekutuan, sistem pentadbiran kerajaan Malaysia dapat dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan.

Sistem pentadbiran kerajaan menjalankan lima peringkat yang penting iaitu membantu kerajaan membentuk dasar awam, merancang melaksana, menyelaras dan akhir sekali menilai kejayaan program-program dan projek-projek kerajaan.