dasar kebersihan negara dilancaramun begitu, kos awalan n dan kos operasi untuk membina dan ....

20
Bergabung bersihkan Hutan Rekreasi Tanjung Tuan SWCorp lancar SLDN selaras standard NOSS Delegasi Malaysia peroleh input berguna sepanjang ISWA 2019 13 7 2 SWCorp News Terbitan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Selamatkan pokok, kurangkan penggunaan kertas! Muat turun dan baca SWCorp News ini secara atas talian di www.swcorp.my/swcorpnews Bil. 05/2019 Empat program utama disambut serentak T ema bagi sambutan Hari Habitat Sedunia pada tahun ini adalah "Transforming Waste to Wealth". Acara bertambah meriah apabila diadakan serentak dengan pelancaran Dasar Kebersihan Negara, pelancaran Hari Kitar Semula Kebangsaan 2019 dan perasmian Pejabat Sekretariat Muafakat Komuniti (SMK) Program Perumahan Rakyat (PPR) Tehel, Jasin, Melaka. DASAR KEBERSIHAN NEGARA Dilancar S ebanyak lima kluster, 14 strategi dan 91 pelan tindakan telah dirangka dalam Dasar Kebersihan Negara untuk dijadikan panduan dan rujukan kepada semua pihak yang berkepentingan untuk bersama-sama mencapai aspirasi mewujudkan negara yang bersih. BERITA DI MUKA 3 9 772289 898005 ISSN 2289-8980 Lets Do It Right! #WasteToWealth #Asingkan #BermulaDengaSaya #JanganGunalah BERITA DI MUKA 10-11

Upload: others

Post on 01-Jan-2020

42 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: DASAR KEBERSIHAN NEGARA Dilancaramun begitu, kos awalan N dan kos operasi untuk membina dan . merawat sisa secara WtE adalah terlalu tinggi berbanding kaedah pelupusan di tapak pelupusan

Bergabung bersihkan Hutan Rekreasi Tanjung Tuan

SWCorp lancar SLDN selaras standard NOSS

Delegasi Malaysia peroleh input berguna sepanjang ISWA 2019 13 72

SWCorpNewsTerbitan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam

Selamatkan pokok, kurangkan penggunaan kertas! Muat turun dan baca SWCorp News ini secara atas talian di www.swcorp.my/swcorpnews

Bil. 05/2019

Empat program utama disambut serentak

Tema bagi sambutan Hari Habitat Sedunia pada tahun ini adalah "Transforming Waste to

Wealth". Acara bertambah meriah apabila diadakan serentak dengan pelancaran Dasar Kebersihan Negara,

pelancaran Hari Kitar Semula Kebangsaan 2019 dan perasmian Pejabat Sekretariat Muafakat Komuniti (SMK) Program Perumahan Rakyat (PPR) Tehel, Jasin, Melaka.

DASAR KEBERSIHAN NEGARA Dilancar

Sebanyak lima kluster, 14 strategi dan 91 pelan tindakan telah dirangka dalam Dasar Kebersihan Negara untuk dijadikan panduan dan rujukan kepada semua pihak yang berkepentingan untuk bersama-sama mencapai aspirasi mewujudkan negara yang bersih.

BERITA DI MUKA 3

9 772289 898005

ISSN 2289-8980

Lets Do It Right! #WasteToWealth #Asingkan #BermulaDengaSaya #JanganGunalah

BERITA DI MUKA 10-11

Page 2: DASAR KEBERSIHAN NEGARA Dilancaramun begitu, kos awalan N dan kos operasi untuk membina dan . merawat sisa secara WtE adalah terlalu tinggi berbanding kaedah pelupusan di tapak pelupusan

2 SWCorp NEWS

▶ BILBAO

Dengan tema, “Circular Economy What Are You Doing”, persidangan International Solid Waste

Association (ISWA) 2019 menyaksikan seramai lebih 1,403 penyertaan dari 80 buah negara. Pada persidangan yang diadakan bermula 9 hingga 11 Oktober 2019 di Euskaldunia Conference Center, di Bilbao, Sepanyol itu, SWCorp yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Ismail Mokhtar, wakil syarikat konsesi kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam serta wakil daripada Waste Management Association of Malaysia (WMAM) hadir bersama delegasi Malaysia yang diketuai oleh Ketua Setiausaha, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Dato' Sri Mohammad Mentek. Sepanjang persidangan, antara aktiviti yang disertai ialah Sesi Concurrent bertajuk “Innovate Waste Recycling” yang membincangkan mengenai kaedah kitar semula terutamanya melibatkan teknologi terkini dalam meningkatkan

kadar kitar semula menggunakan produk yang dibuang untuk dijadikan produk baharu. Perbincangan juga memberi penekanan terhadap kitar semula plastik, logam dan sisa binaan untuk dijadikan produk yang boleh dimanfaat semula untuk kegunaan masyarakat. Satu lagi sesi bertajuk, “New Global Alliance Commits to Help End Plastic Waste In The Environment” juga diadakan pada hari yang sama selain perbincangan dan pertukaran pandangan mengenai pengurusan sisa pepejal. Selain itu, pada kesempatan yang ada, turut diadakan perbincangan dua hala di antara Ketua Setiausaha dengan Ketua Pegawai Eksekutif, Terra Phoenix, Group of Companies, Dr. Tan Ching Seong yang beribu pejabat di Singapura. Kedua-dua membincangkan hala tuju serta perancangan KPKT dalam meningkatkan kadar kitar semula di Malaysia selain pengurusan kutipan sisa pepejal secara global. Delegasi juga berkesempatan

mengunjungi pameran mengenai penggunaan tong komunal bagi sisa pepejal dan kitar semula oleh syarikat Contenur Es. Sepanyol selain mengunjungi pameran mengenai penggunaan lori kompaktor elektrik oleh syarikat Terberg Ros Group of Company (United Kingdom). Semasa sesi-sesi lain antara tajuk yang dibincangkan ialah “New Consumer Behaviours Are Need : Are We Ready”; “Flagship Project, Closing Dumpsites to Protect The Ocean, Planet and People” pada 8 dan 9 Oktober. Tidak lengkap kunjungan ke sana tanpa lawatan teknikal ke Tricantrabria Municipal Waste Treatment Plant, Cantrabri, Sepanyol dan lawatan pengurusan sisa pepejal Underground Bins di Palmona, Sepanyol dan Bayyonne, Perancis. Apa yang pasti sepanjang tiga hari ISWA berlangsung, lebih 100 kertas kerja dan kajian kes sama ada yang bersifat akademik dan teknikal serta

kertas dasar telah dibentangkan oleh peserta daripada pelbagai negara. Antara input berguna yang diperolehi oleh delegasi Malaysia ialah kaedah rawatan sisa pepejal melalui Waste to Energy (WtE) yang merupakan salah satu pilihan terbaik dan terkini untuk merawat dan melupuskan sisa baki. Namun begitu, kos awalan dan kos operasi untuk membina dan merawat sisa secara WtE adalah terlalu tinggi berbanding kaedah pelupusan di tapak pelupusan sanitari. Pelaksanaan loji WtE memerlukan mekanisme model perniagaan yang baik untuk berdaya saing seperti melalui kerjasama pihak awam dan swasta atau Public, Private Partnership (PPP) serta perlu mengambilkira penerimaan orang awam.

SIDANG EDITOR Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejaldan Pembersihan Awam (SWCorp) Alamat:Blok J, Bangunan MKN Embassy Techzone, Jalan Teknokrat 2, 63000 Cyberjaya, Selangor D.E

No. Tel:03-8312 4000

Faks:03-8312 4003

Facebook:www.fb.com/swcorp/MY

PENAUNGISMAIL MOKHTAR

JURU FOTO MUHAMMAD HAZREEN AZIZAN

PROMOSI DAN EDARANNURUL SYAFIEKA MOHD PAUZI

WARTAWANZAITUN ABDUL RASHIP

PENASIHATNIK NORAINI NIK YADR. MOHD PAUZE MOHAMAD TAHA

LUAR NEGARA

Delegasi Malaysia peroleh input berguna sepanjang ISWA 2019

Sepanjang tiga hari ISWA berlangsung, lebih 100 kertas kerja dan kajian kes sama ada yang bersifat akademik dan teknikal serta kertas dasar telah dibentangkan oleh peserta daripada pelbagai negara.

Antara input berguna yang diperolehi oleh delegasi Malaysia ialah kaedah rawatan sisa pepejal melalui Waste to Energy (WtE) yang merupakan salah satu pilihan terbaik dan terkini untuk merawat dan melupuskan sisa baki.

Page 3: DASAR KEBERSIHAN NEGARA Dilancaramun begitu, kos awalan N dan kos operasi untuk membina dan . merawat sisa secara WtE adalah terlalu tinggi berbanding kaedah pelupusan di tapak pelupusan

3SWCorp NEWS

NASIONAL

Dasar Kebersihan Negara dilancar

▶ MELAKA

Tanggungjawab menjaga kebersihan bukan hanya terletak pada kerajaan, malah

semua lapisan masyarakat turut bertanggungjawab dan perlu bersama-sama menjaga kebersihan terutamanya di kawasan kediaman dan persekitaran. Pada masa ini, terdapat pelbagai isu kebersihan seperti pengurusan sampah yang tidak berkesan, tabiat membuang sampah merata-rata serta tahap kebersihan tandas dan premis makanan yang kurang memuaskan. Sikap masyarakat yang tidak mementingkan penjagaan alam sekitar ini boleh menimbulkan impak negatif dalam mewujudkan persekitaran yang kondusif dan sejahtera.

Selain itu, persekitaran yang tidak bersih juga boleh menyebabkan kehadiran vektor seperti tikus, lalat dan nyamuk yang menjadi punca kepada penularan wabak penyakit. Penyakit bawaan vektor seperti demam denggi, malaria dan leptospirosis (kencing tikus) yang berpunca daripada persekitaran yang tidak bersih turut menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan rakyat. Dalam hal ini, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Zuraida Kamaruddin pada

21 Februari 2019 telah mengumumkan untuk menggubal Dasar Kebersihan Negara. Dasar ini merupakan inisiatif kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara bersih dan mewujudkan masyarakat yang membudayakan amalan kebersihan bagi menjamin kesejahteraan hidup dan kelestarian alam sekitar. Sebanyak lima kluster, 14 strategi dan 91 pelan tindakan telah dirangka dalam Dasar Kebersihan Negara ini untuk dijadikan panduan dan rujukan kepada semua pihak yang berkepentingan untuk bersama-sama mencapai aspirasi mewujudkan negara yang bersih. Falsafah dan objektif Dasar Kebersihan Negara mewujudkan sebuah negara yang bersih, mampan dan sejahtera melalui pembudayaan amalan kebersihan diri, keluarga, komuniti dan masyarakat dalam usaha melestarikan alam sekitar. Strategi dan pelan tindakan dirangka bagi mencapai objektif iaitu meningkatkan kesedaran dan membudayakan amalan kebersihan dalam kalangan masyarakat, meningkatkan kebersihan persekitaran dan kelestarian alam sekitar, menggalakkan inisiatif sisa sebagai sumber pendapatan (waste to money)

Majlis NegaraKerajaan Tempatan PERSEKUTUAN

NEGERI

DAERAH / PIHAKBERKUASA TEMPATAN

MajlisTindakan Negeri

MajlisTindakan Daerah

KAEDAH PEMANTAUAN PELAKSANAAN

01 Kesedaran Terhadap Kebersihan.

Kelestarian Alam Sekitar.

Ekonomi Kitaran (Circular Economy).

Tadbir Urus dan Penguatkuasaan.

Modal Insan yang berkualitidan berkemahiran.

02

03

04

05

KLUSTER

FALSAFAH

Mewujudkan sebuah negara yang bersih, mampan dan sejahtera melalui pembudayaan amalan kebersihan diri, keluarga, komuniti dan masyarakat dalam usaha melestarikan alam sekitar.

SASARAN Perubahan minda dan sikap masyarakat tentang aspek penjagaan kebersihan diri, keluarga, komuniti dan alam sekitar.

Peningkatan kesedaran dan tanggungjawab dalam aspek kebersihan pada setiap lapisan masyarakat melalui promosi dan publisiti berterusan.

Pengurangan sisa dihantar ke tapak pelupusan dan peningkatan kadar kitar semula.

Peningkatan tahap kebersihan negara.

Pengurangan pencemaran.

Penurunan kes penyakit bawaan vektor.

Peningkatan kualiti dan kemahiran pekerja dalam sektor pembersihan.

Pengurangan pembiayaan kerajaan bagi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.

Peningkatan penglibatan aktif komuniti, NGO dan pihak swasta dalam program-program dan inisiatif yang dilaksanakan.

Pengukuhan tadbir urus dan penguatkuasaan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.

ke arah ekonomi kitaran (circular economy), memperkasa tadbir urus, dan penguatkuasaan agar lebih cekap, berkesan dan berintegriti. Melalui Dasar Kebersihan Negara dilancarkan pada 3 November 2019 bersempena Sambutan Hari Habitat Sedunia peringkat Malaysia ini kelak, Kementerian berharap agar strategi dan pelan tindakan yang dirangka akan membawa kepada perubahan dan impak yang besar dalam semua lapisan masyarakat dan pelbagai pihak berkepentingan bagi mencapai sasaran ditetapkan.

Dengan usaha bersepadu dan kerjasama antara agensi-agensi kerajaan, dimantapkan lagi dengan kolaborasi pihak swasta serta Badan Bukan Kerajaan (NGO), isu serta cabaran yang dihadapi sekarang akan dapat diselesaikan dan seterusnya memastikan kelestarian alam sekitar terpelihara. Di samping itu, Kementerian turut berhasrat agar Dasar Kebersihan ini menjadi panduan komprehensif kepada pelbagai pihak berkepentingan dan memenuhi Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals – SDG) menjelang tahun 2030.

YB Zuraida KamaruddinMenteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Strategi dan pelan tindakan yang dirangka akan membawa kepada perubahan impak yang besar.

Dasar ini merupakan inisiatif kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara bersih dan mewujudkan masyarakat yang membudayakan amalan kebersihan bagi menjamin kesejahteraan hidup dan kelestarian alam sekitar.

Page 4: DASAR KEBERSIHAN NEGARA Dilancaramun begitu, kos awalan N dan kos operasi untuk membina dan . merawat sisa secara WtE adalah terlalu tinggi berbanding kaedah pelupusan di tapak pelupusan

4 SWCorp NEWS

▶ CYBERJAYA

SWCorp mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pembantu Penguatkuasa SWCorp

Melaka, Norakmal Sulaiman atas penganugerahan Pingat Bakti Masyarakat (PBM) sempena Sambutan Hari Jadi Ke-81 Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil Yaakob, Yang DiPertua Negeri Melaka. Norakmal yang merupakan anak kedua daripada enam adik beradik ini berasal dari Alor Gajah dan mula berkhidmat di SWCorp pada 17 November 2008. Pencapaian Norakmal yang telah mengharumkan nama SWCorp sememangnya melayakkan beliau untuk diberi penghargaan ini. Norakmal menerusi pencapaiannya telah memenangi beberapa anugerah KIK di peringkat Kementerian serta Malaysia Productivity Corporation (MPC). Antaranya termasuk Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2009, menjadi Ketua Biro Perhubungan Awam Kelab Kebajikan dan Sukan SWCorp Melaka, mengetuai kumpulan petanque SWCorp Melaka dan menjadi juara petanque tahun 2015. Selain itu beliau juga telah memberikan khidmat terbaik di dalam menangani isu kebersihan negeri sama ada sebelum, semasa dan selepas program utama anjuran Kerajaan Negeri Melaka selain membantu dan bertindak secara terus dalam menangani segala aduan yang diterima tentang isu kebersihan yang diajukan oleh rakyat.

Beliau juga telah menjadi mata dan telinga pihak kerajaan bagi mencegah isu-isu kebersihan daripada dimanipulasi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab khususnya yang ditularkan di media sosial dengan segera. Tidak habis di situ, Norakmal juga berupaya menyelesaikannya serta menggerakkan rasa cinta di kalangan pengguna media sosial kepada kebersihan khususnya di negeri Melaka sejajar dengan slogan "Pintar, Hijau, Bersih". Lebih menarik apa yang dilakukan oleh anak muda ini ialah penglibatannya secara terus di dalam kempen pengurangan pembaziran makanan di bazar Ramadan bertemakan "MySaveFood" dengan memberi makanan dan minuman yang tidak terjual kepada golongan yang memerlukan. Semoga penganugerahan ini dapat meningkatkan semangat dan memberi contoh kepada warga kerja yang lain untuk terus memberi khidmat terbaik kepada masyarakat khususnya dalam aspek kebersihan.

▶ SEGAMAT

Berbasikal sambil memunggut sampah sarap yang ada di bahu-bahu jalan. Bunyinya agak

pelik, tetapi itulah yang menjadi rutin bagi Muhamad Mufarizam Yahir. Dilahirkan di Kuala Terengganu pada 19 April 1983, anak keempat dari sembilan beradik ini merupakan anak jati Terengganu dan mendapat pendidikan awal di SK Seri Nilam Cabang 3, Kuala Terengganu. Aktiviti memungut sampah ini dilakukan pada setiap hujung minggu. Pada peringkat awal aktiviti ini hanya dilakukan secara individu tanpa ditemani sesiapa. Bagaimanapun apa yang dilakukan oleh bekas pelajar SMK Sultan Ahmad Kuala Terengganu ini mula mendapat perhatian banyak pihak. Ia kemudian menjadi ikutan lebih daripada 30 orang pengayuh hingga ia kini menjadi aktiviti berkumpulan pada setiap hujung minggu. Tanpa diduga, apa yang dilakukan oleh Muhamad Mufarizam dan rakan-rakan pengayuhnya telah tersebar

ke Segamat, Johor Bahru dan Kuala Terengganu. Aktiviti ini juga telah diviralkan dan digelar "Trash Challenge". Anggaran kutipan yang berjaya dikumpulkan sebanyak 300 kilogram dan lebih daripada 30 kawasan yang telah dikutip. Kisah beliau juga turut mendapat paparan di akhbar Harian Metro bertarikh 19 September 2019. Anak muda yang memiliki Sijil Kemahiran Sejuk Beku Penghawa Dingin dari Institut Kemahiran Mara, Besut ini juga bukan calang-calang orangnya. Setelah menamatkan pelajaran tahap sijil beliau berkerja dalam bidang baik pulih penghawa dingin selama beberapa tahun. Pada tahun 2008 beliau mendapat tawaran dari SWCorp sebagai Pembantu Penguatkuasa. Sejak dari itu beliau telah berkhidmat di SWCorp selama 10 tahun. Penempatan terkini adalah di SWCorp Cawangan Segamat dan Labis. Beliau seorang yang rajin, aktif dan berdedikasi dalam pekerjaan mahupun kehidupan. Di dalam karier perkhidmatan, beliau telah dianugerahkan dengan pelbagai anugerah diantaranya Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Juara Reka Cipta Peringkat SWCorp Johor Tahun 2013 dan Pekerja Contoh Dalam Membudayakan Amalan Kebersihan Peringkat SWCorp Johor 2019. Untuk penglibatan luar beliau sering memenangi podium perlumbaan basikal di antara 10 peserta terpantas dalam Pertandingan Fatbike, Planet Xco Beach Race serta Kejohanan Xco Majlis Perbandaran Segamat. Apa yang menjadi hasrat anak muda ini agar apa yang dilakukan olehnya boleh membuka mata orang ramai agar tidak membuang sampah merata-rata dan kebersihan adalah tangungjawab bersama.

Kayuhan “murni” Muhammad Mufarizam

Norakmal harumkan nama SWCorp,

terima Pingat Bakti Masyarakat Apa yang menjadi

hasrat anak muda ini agar apa yang dilakukan olehnya boleh membuka mata orang ramai agar tidak membuang sampah merata-rata dan kebersihan adalah tanggungjawab bersama.

Tahniah kepada Pembantu Penguatkuasa SWCorp Melaka, Norakmal Sulaiman atas penganugerahan Pingat Bakti Masyarakat (PBM).

Page 5: DASAR KEBERSIHAN NEGARA Dilancaramun begitu, kos awalan N dan kos operasi untuk membina dan . merawat sisa secara WtE adalah terlalu tinggi berbanding kaedah pelupusan di tapak pelupusan

5SWCorp NEWS

barangan kitar semula serta membawa barangan tersebut ke pusat yang ditetapkan. ZeComm juga bertujuan mewujudkan jaringan kolaboratif sepanjang masa antara SWCorp dan komuniti dalam usaha mengurangkan janaan sisa pepejal, mewujudkan satu pusat sifar sisa yang mempunyai pusat pengumpulan barangan kitar semula (buy back centre) dan pusat kompos di setiap komuniti terpilih. Selain itu usaha ini menggalakkan penyertaan masyarakat dalam menyebarkan amalan pengurusan sisa pepejal yang efektif dan sistematik ke arah mewujudkan masyarakat celik kitar semula serta sifar sisa.

Sehingga kini, sebanyak enam Pusat ZeComm telah ditubuhkan dan aktif beroperasi dengan pemantauan secara berkala oleh anggota penguatkuasa SWCorp. Pengumpulan data juga dilaksanakan secara bulanan. Inisiatif Komuniti Sifar Sisa ini menggunakan konsep “Waste To Wealth” yang mana sisa sebagai sumber pendapatan sampingan untuk penduduk PPR. ZeComm juga mewujudkan konsep “circular economy” kepada penduduk dan juga faedah kepada kerajaan apabila sisa makanan dan sisa kitar semula dapat dielakkan dari dibuang ke tapak pelupusan.

▶ KUALA LUMPUR

Bermula 17 Disember 2018 secara berperingkat, tidak sampai setahun

pelaksanaannya, Inisiatif Sifar Sisa (ZeComm) telah mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa. ZeComm daripada SWCorp mendapat tempat kedua dalam kategori "Best Inovative Waste Management" sempena Malaysia Innovation and Sustainability Award (MISA) 2019. Pelaksanaan ZeComm mendapat perhatian dan pujian ramai pihak yang menyertai MISA 2019 dan melaluinya banyak pihak telah menyatakan hasrat untuk bekerjasama pada masa akan datang. MISA 2019 merupakan anjuran Malaysia-Dutch Business

Council yang menyaksikan ZeComm disenarai pendek daripada puluhan pencalonan untuk kategori "Best Innovative Waste Management Program". Selain ZeComm, turut tersenarai ialah syarikat antarabangsa yang lain iaitu Better dengan tajuk inovasinya Reusable Cup Service; Big Dutchman (Big Dutchman Waste Management Solution (CompoTower); HQ Pack Sdn. Bhd. (Reusable Packaging Solutions for Sustainable Product Deliveries); Invest Energy Sdn. Bhd. (Waste Heat Recovery Power Project at SLSM); Recycle for Life / Cenviro (Sustainable Waste Management); dan Teleplan Technology Services Sdn. Bhd. (NAND Flash Harvesting). Dalam penyertaan ini, setiap peserta diberi peluang

untuk memberi hujah dan mempertahankan penjelasan mengenai projek masing-masing selama 10 minit di hadapan juri-juri terpilih dari pelbagai negara. Untuk makluman, ZeComm merupakan hasil dari inisatif penduduk mengasingkan sisa makanan dan barang kitar semula (1 kilogram sisa makanan dan 2 kilogram sisa kitar semula) tersebut akan diberi ganjaran satu tanda cop di satu kupon khas. Penebusan kupon adalah berupa barangan harian seperti beras (5 kilogram), minyak masak dan sebagainya yang mana penebusan tertakluk kepada bilangan cop yang diperolehi. Sistem ganjaran ini diharapkan dapat menarik minat penduduk untuk mengasingkan sisa pepejal dan

▶ RABAT

SWCorp sekali lagi mendapat pengiktirafan dunia apabila memenangi

Tempat Kedua Anugerah Kingdom of Saudi Arabia For Environmental Management in The Islamic World di bawah kategori "Best Public Sector Project" bagi tajuk projek "Separation at Source Initiative Towards a Global Waste Management in Malaysia" dengan hadiah bernilai USD20,000. Anugerah yang disampaikan pada 2 Oktober 2019 di 8th Islamic Conference of Environment Ministers, ISESCO Headquarters, Rabat itu diterima oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Teknikal), Dr. Mohd Pauze Mohamad Taha yang mewakili SWCorp. Pasukan yang terlibat dalam projek ini adalah

ZeComm terima anugerah

SWCorp terima anugerah dari Arab Saudi

pegawai-pegawai dari SWCorp Hetty Helena Mohd Yussof, Dr. Tengku Noor Arbaee Tengku Azhar, Mohamad Fadzil Abd Rahim termasuk Dr. Mohd Pauze Mohamad Taha. Islamic Educational, Scientific and Cultural Organization (ISESCO) menawarkan anugerah Kingdom of Saudi Arabia For Environmental Management In The Islamic World bagi tahun 2018 - 2019 di bawah seliaan General Authority of Meteorology and

Environmental Protection of the Kingdom of Saudi Arabia bertujuan menyatukan konsep pengurusan alam sekitar dalam dunia Islam. Ia juga bagi menggalakkan minat dalam konsep pembangunan mampan dan amalan-amalan yang berjaya dalam bidang pengurusan alam sekitar dalam kalangan negara-negara anggota untuk manfaat bersama. Berdasarkan keputusan semasa perbincangan pada

22 Januari 2019 yang telah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Teknikal) telah memutuskan SWCorp menyertai anugerah ini di bawah kategori “Best Practice Projects or Activities In The Public Sector”. Penyertaan telah dihantar pada 28 Februari 2019. Antara intipati artikel tersebut adalah berkaitan inisiatif yang dijalankan oleh kerajaan menerusi SWCorp berkaitan program Pengasingan Sisa Pepejal

Di Punca, program-program kesedaran yang telah dijalankan untuk meningkatkan tahap kesedaran awam berkenaan pengasingan sisa pepejal, data-data Bank Kitar Semula serta hala tuju pengasingan sisa pepejal di Malaysia. Antara lain artikel turut memfokuskan kepada transformasi pengurusan sisa pepejal bersepadu di Malaysia.

MISA 2019 merupakan anjuran Malaysia-Dutch Business Council yang menyaksikan ZeComm disenarai pendek daripada puluhan pencalonan untuk kategori Best Innovative Waste Management Program.

Dalam penyertaan ini, setiap peserta diberi peluang untuk memberi hujah dan mempertahankan penjelasan mengenai projek masing-masing selama 10 minit di hadapan juri-juri terpilih dari pelbagai negara.

ANUGERAH

Page 6: DASAR KEBERSIHAN NEGARA Dilancaramun begitu, kos awalan N dan kos operasi untuk membina dan . merawat sisa secara WtE adalah terlalu tinggi berbanding kaedah pelupusan di tapak pelupusan

6 SWCorp NEWS

▶ HULU SELANGOR

Program Be Green dan pelaksanaan Program Water For Life, anjuran PETRONAS Chemicals Group

Berhad dan PETRONAS Dagangan Berhad yang diadakan di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Dusun Tua, Hulu Langat Selangor pada 19 Oktober lalu turut melibatkan penglibatan SWCorp. Majlis yang dirasmikan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Zuraida Kamaruddin dan Presiden PETRONAS Chemicals Group, Datuk Sazali Hamzah ini mendapat perhatian dan menerima kunjungan daripada pelbagai pihak. SWCorp yang membuka rerurai pameran dan Bengkel Upcycling Tee Bag turut menjadi tumpuan pengunjung. Menerusi pameran ini, ia dapat menyebarkan informasi kepada pengunjung terhadap kempen kitar semula, kempen Value Food No Waste serta Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca.

▶ PUTRAJAYA

SWCorp meraih kemenangan besar apabila memenangi empat kategori

yang dipertandingkan sempena Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) 2019 KPKT. Pada sesi persembahan yang berlangsung pada 10 dan 11 September 2019 diikuti dengan pameran di KPKT, SWCorp mempertaruhkan empat kumpulan iaitu kumpulan Eazy Flexi (SWCorp Johor); SWIT200 (SWCorp Pahang); Smart IQ (SWCorp Kedah dan Environment Idaman Sdn. Bhd.); dan One Smart Crew

(SWCorp Negeri Sembilan dan Majlis Perbandaran Nilai). Oleh kerana Konvensyen KIK KPKT ini terbahagi kepada dua kategori iaitu Primer dan Hibrid, SWCorp telah menghantar dua kumpulan kategori Primer dan dua lagi bagi kategori Hibrid. Selain daripada penyertaan Konvenyen KIK, SWCorp juga telah memenangi Tempat Kedua Pejabat Terbaik dan Johan Pertandingan Video Inovasi. Majlis penyampaian anugerah telah diadakan pada 12 September lalu di Dewan Kristal KPKT dan disampaikan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Zuraida Kamaruddin.

Untuk Pertandingan Pejabat Terbaik KPKT 2019, SWCorp telah memenangi Naib Johan dan menerima hadiah berupa wang tunai RM750 serta sijil penghargaan. Johan pertandingan ini adalah Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT). SWCorp turut menjadi Johan Pertandingan Video Inovasi KPKT 2019 dengan penyertaan SWCorp Negeri Sembilan yang mempertaruhkan video bertajuk Malaysiaku Bersih. Untuk kategori ini menerima wang tunai RM300 dan sijil penghargaan. SWCorp Negeri Sembilan juga turut diumumkan Johan KIK Kategori Primer dengan pasukan SWCorp

Inteligent Team (SWIT), menerusi projeknya iaitu “Pembuangan Sisa Minyak Masak Terpakai dan Lebihan Air Minuman Secara Tidak Terkawal Ke Dalam Longkang”. Hadiah diterima berupa wang tunai RM3,000 dan sijil penghargaan. Selain itu, SWCorp Johor memenangi Persembahan Terbaik KIK Kategori Primer dengan menamakan kumpulan mereka sebagai Easy Flexi menerusi projeknya iaitu “Memudahkan Pengendalian Set Pameran”. Untuk anugerah ini SWCorp Johor diberikan sijil penghargaan. Bagi kategori Persembahan Terbaik KIK Kategori Hibrid, SWCorp Negeri Sembilan dan Majlis Perbandaran

Nilai menamakan kumpulan mereka One Smart Crew dengan projeknya “Memudahkan Kaedah Pengasingan Barang Kitar Semula Di Kediaman Bertanah”. Mereka diberikan sijil penghargaan. Untuk Anugerah Khas KIK, diberikan kepada SWCorp Kedah dan Environment Idaman Sdn. Bhd. atas nama kumpulan, Smart IQ dengan projek Easy Drain Opener (EZ-DO) – “Memudahkan Pemantau Kebersihan Longkang Tertutup”. Mereka menerima hadiah wang tunai RM700 serta sijil penghargaan.

SWCorp raih kemenangan sempena sambutan Hari Inovasi

Rerurai SWCorp jadi tumpuan di program Be Green

Selain itu, pengunjung juga berpeluang untuk mencuba sendiri membuat Tee Bag menggunakan baju terpakai yang kemudiannya dijadikan beg. Beg tersebut boleh terus dipakai untuk meletakkan barangan seperti buku, baju dan lain-lain. Ia secara tidak langsung mendidik masyarakat untuk mengoptimumkan penggunaan barangan yang sudah tidak boleh dipakai namun masih mempunyai nilai. Menariknya, YB Zuraida sempat beramah mesra dengan warga kerja SWCorp dan bertanyakan tentang upcyling Tee Bag yang dibuat. Dianggarkan lebih kurang 200

orang pengunjung telah mengunjung rerurai pameran SWCorp yang terdiri daripada warga PETRONAS, Badan Bukan Kerajaan (NGO), pelajar dan tenaga pengajar IKTBN Dusun Tua, serta wakil penduduk komuniti sekitar Hulu Langat. Dalam satu lagi program iaitu Habitat Awareness 2019 yang diadakan pada 28 September lalu di Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh Perak, SWCorp sekali lagi telah dijemput untuk membuat pameran. Program ini bertemakan kepentingan menghargai alam sekitar dan penghargaan kepada pelajar

arkitek lanskap. Program anjuran Majlis Bandaraya Ipoh ini yang turut disertai oleh pelajar jurusan arkitek landskap dari UTM, UiTM, UIA dan juga UPM ini melibatkan seramai 250 orang. SWCorp juga dijemput mengadakan demonstrasi upcycling Tee Bag (beg daripada baju terpakai). Aktiviti ini mendapat sambutan yang hangat dan meriah dari IPTA berkaitan. Majlis penutupan program telah dirasmikan oleh Setiausaha Majlis Bandaraya Ipoh dengan jayanya.

Page 7: DASAR KEBERSIHAN NEGARA Dilancaramun begitu, kos awalan N dan kos operasi untuk membina dan . merawat sisa secara WtE adalah terlalu tinggi berbanding kaedah pelupusan di tapak pelupusan

7SWCorp NEWS

NASIONALSWCorp lancar SLDN selaras standard NOSS

▶ MERSING

Semua dasar dan inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan adalah bertujuan

untuk memudahkan urusan rakyat. Oleh yang demikian, komunikasi dan interaksi di antara pihak kerajaan dan masyarakat adalah sangat penting untuk menjadikan setiap agensi kerajaan itu lebih dekat di hati setiap rakyat. Sejajar dengan itu, SWCorp selaku agensi kerajaan yang bertanggungjawab bagi pemantauan kebersihan telah mengambil inisiatif dengan melaksanakan Program Sehati Sejiwa – Ayuh Amal 3R Peringkat Negeri Johor Bagi Tahun 2019 yang dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, Suliman Abd Rahman. Program yang diadakan pada 13 Oktober lalu di Dataran Kembara Mersing ini bukti

komitmen kerajaan yang tidak jemu untuk mempromosi dan menyebarluas dasar, program dan inisiatif kepada semua lapisan rakyat tidak kira di mana jua mereka berada. Ia secara langsung dapat mendekatkan rakyat kepada kerajaan dengan budaya turun padang oleh agensi-agensi kerajaan. Dianjurkan bersama syarikat korporat, syarikat konsesi, Persatuan Penduduk, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta agensi lain yang berkaitan, penganjuran program di peringkat negeri yang julung kalinya diadakan di Daerah Mersing ini adalah sebagai persediaan untuk mengangkat Daerah Mersing sebagai Bandar Bersih 2020. Suliman dalam ucapannya berkata, dengan adanya program Sehati Sejiwa ini, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)

melalui SWCorp dapat bertemu serta mendekati masyarakat secara lebih mesra dan pada masa yang sama pelbagai informasi dapat disalurkan kepada masyarakat. Secara tidak langsung ia dapat meningkatkan lagi pemahaman masyarakat berkaitan amalan-amalan penjagaan alam sekitar yang boleh dilaksanakan di peringkat komuniti yang akhirnya akan memberi impak yang tinggi kepada tahap kebersihan negara. Antara aktiviti yang diadakan sebagai pengisian program ialah Taklimat Pencegahan Denggi oleh wakil Pejabat Kesihatan, Taklimat Pencegahan Kebakaran oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Taklimat Pengurusan Sisa dan Amalan 3R oleh SWCorp, “Plogging Race”, pertandingan mewarna bagi kanak-kanak tadika,

Sehati Sejiwa - Ayuh Amal 3R bukti komitmen SWCorppenyampaian penghargaan kepada Ikon Kebersihan, penyampaian Tong Kitar Semula kepada sekolah terpilih serta perasmian Lanskap 3R dan lawatan ke tapak-tapak pameran. Hadir sama pada program ini ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Endau, Alwiyah Talib; Pejabat SUK Bahagian Kerajaan Tempatan, Sharifulizan Sahrifuddin; Yang Dipertua Majlis Daerah Mersing, Noorazmi Amir Hamzah; dan Pengarah SWCorp Johor, Cairul Hisham Jalaluddin.

secara amali yang akan dikawal selia oleh Penyelia sedia ada di lapangan yang merangkumi 70 hingga 80 peratus daripada keseluruhan masa latihan. Tujuan utama pelaksanaan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) kepada pekerja-pekerja sektor pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam ini adalah untuk mengiktiraf serta meningkatkan imej dan memberi nilai tambah kepada bidang pekerjaan ini sebagai bidang profesional setanding dengan bidang-bidang pekerjaan sedia ada. Secara tidak langsung, pelaksanaan SPKM juga dapat meningkatkan imej dan mengubah persepsi negatif masyarakat terhadap profesion pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam sekaligus menjadikannya bidang kerja profesional di Malaysia setanding dengan negara-negara maju yang lain.

▶ ALOR SETAR

SWCorp dilantik sebagai agensi bagi melaksanakan kurikulum bidang latihan pekerjaan dan melaksanakan

program persijilan kemahiran kepada pekerja-pekerja di sektor pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam. Melalui pelantikan ini, SWCorp akan menjadi pusat sehenti bagi menyelaras, mengawal selia dan merancang aktiviti yang akan dijalankan terhadap semua kursus serta latihan dalam sektor pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam mengikut Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS). Bersempena pelantikan ini, satu majlis pelancaran "Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) Bagi Sektor Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam" di antara SWCorp dan syarikat konsesi telah dilakukan oleh Timbalan Ketua Setiausaha

(Pengurusan), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada 24 September lalu. Objektif utama pelaksanaan program adalah untuk menyediakan tenaga kerja berkemahiran menerusi kaedah latihan komprehensif dan terkini yang memenuhi kehendak dan standard industri. Sehubungan itu, Solid Waste Training Centre (SWTC) di bawah SWCorp telah ditauliahkan sebagai Pusat Latihan bagi melaksanakan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia pada 31 Januari 2019 yang lalu. SWTC akan bekerjasama dengan tiga syarikat konsesi iaitu Alam Flora Sdn. Bhd., SWM Environment Sdn. Bhd., Environment Idaman Sdn. Bhd. serta syarikat-syarikat yang berkaitan untuk melaksanakan persijilan kepada pekerja-pekerja (warganegara Malaysia sahaja) sedia ada termasuk pekerja baharu secara berperingkat.

Seramai 70 perantis yang terdiri dari pekerja-pekerja syarikat konsesi di bawah seliaan SWCorp telah berdaftar dengan SWTC dan SWCorp mensasarkan seramai 200 orang perantis akan mengikuti program SLDN setahun. Perantis-perantis yang melaksanakan program pensijilan kemahiran akan diberikan insentif khas dari kerajaan di bawah Program SLDN Rancangan Malaysia Ke-11 yang berjumlah RM625.00 sebulan. Melalui kaedah Sistem Latihan Dual Nasional, SWTC sebagai pusat latihan akan melaksanakan pembelajaran secara teori merangkumi 20 peratus hingga 30 peratus daripada keseluruhan masa latihan oleh tenaga pengajar yang terlatih dan ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Manakala, syarikat konsesi pula akan melaksanakan pembelajaran

Penganjuran program di peringkat negeri yang julung kalinya diadakan di Daerah Mersing ini adalah sebagai persediaan untuk mengangkat Daerah Mersing sebagai Bandar Bersih 2020.

Page 8: DASAR KEBERSIHAN NEGARA Dilancaramun begitu, kos awalan N dan kos operasi untuk membina dan . merawat sisa secara WtE adalah terlalu tinggi berbanding kaedah pelupusan di tapak pelupusan

8 SWCorp NEWS

SWCorp sambut Bulan Sukan Negara

▶ CYBERJAYA

Sebagai usaha membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat dan merealisasikan “Negara

Sukan”, kerajaan telah mengisytiharkan Oktober 2019 sebagai Bulan Sukan Negara 2019. Sambutan yang dijayakan oleh Kementerian Belia dan Sukan selaku penganjur turut bermatlamat membangunkan ekonomi negara selain memupuk semangat sukan dan meningkatkan pengetahuan berkaitan sukan. Menyokong usaha ini, agensi kerajaan lain telah terlibat menganjurkan pelbagai aktiviti bersempena Bulan Sukan Negara ini. Di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan SWCorp sendiri, sama ada di Ibu Pejabat dan di negeri turut diadakan pelbagai aktiviti masing-masing. SWCorp melalui Kelab Sukan dan Rekreasi (KESISMA) telah melaksanakan penyerahan banner kepada Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp, Ismail Mokhtar pada 1 Oktober lalu.

Ia sebagai simbolik sambutan berkenaan selepas warga kerja Ibu Pejabat menyertai aktiviti senamrobik di perkarangan lobi yang membabitkan penyertaan semua pihak pengurusan. Selesai upacara ringkas itu, warga kerja meneruskan aktiviti “plogging” di sekitar bangunan pejabat. Kemudian, aktiviti diteruskan dengan Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia Peringkat SWCorp yang dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan), SWCorp, Nik Noraini Nik Ya. Antara yang menarik semasa sambutan itu para hadirin dikongsikan dengan taklimat pengurusan bencana yang bertajuk Pencemaran Sungai Kim Kim yang disampaikan oleh Dr. Norashikin Bahdan dari Pejabat Kesihatan Johor Bahru dan kemudian diikuti dengan aktiviti pemeriksaan kesihatan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Sepang. Sambutan Bulan Sukan Negara SWCorp dilengkapkan dengan pertandingan futsal, pertandingan badminton, pertandingan bola jaring dan juga E-Sukan yang kesemuanya mendapat sambutan luar biasa daripada seluruh warga kerja.

▶ CYBERJAYA

Sepanjang tiga tahun berkhidmat sebagai Duta Besar Sweden ke Malayisa, H.E Dag Juhlin - Dannfelt

telah melakukan empat kali kunjungan hormat ke SWCorp. Terbaharu ialah pada 10 Oktober lalu. Kunjungan kali keempat beliau turut diiringi oleh Deputy Head of Mission di Kedutaan Sweden, Mr. Ola Pihlblad dan Ketua Pegawai Eksekutif, JM Global, Sweden, Ms. Jessica Magnusson. Sesi Kunjungan Hormat kali ini dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Teknikal), Dr. Mohd Pauze Mohamed Taha dan turut disertai pegawai-pegawai kanan SWCorp yang lain. Kunjungan tersebut bertujuan untuk memperkukuh hubungan kerjasama dua hala di antara kedua-dua negara selain bertukar pandangan khususnya berkaitan teknologi terkini yang digunakan di dalam pengurusan sisa pepejal di Sweden. Selain kunjungan Duta Besar Sweden itu, SWCorp turut menerima lawatan akademik terdiri daripada 28 mahasiswa dan mahasiswi tahun kedua Fakluti Sains Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang diketuai oleh Penyelaras Kursus, Profesor Madya Dr. Normah Awang. Lawatan pada Oktober lalu ini secara keseluruhannya bertujuan untuk mengetahui dengan lebih lanjut pembudayaan amalan kitar semula serta pengurusan fasiliti sisa pepejal. Pada siri lawatan tersebut, pelbagai pengisian berbentuk ilmiah

dibuat antaranya, taklimat “Pengurusan Fasiliti Sisa Pepejal di Malaysia” oleh Jurutera Bahagian Fasiliti, En Azman Omar. Turut diadakan taklimat “Pembitaraan Amalan 3R dan Budaya Kebersihan” oleh Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Nadirah Syed Nazar Hussein Shah dan demonstrasi penggunaan “Reverse Vending Machine“ oleh Penolong Jurutera, Syukry Shahidan. Mahasiswa dan mahasiswi yang hadir dalam lawatan berkenaan ternyata memberi sepenuh tumpuan pada sesi taklimat di samping komited mengambil bahagian dalam kuiz interaktif mengenai 3R (Reduce, Reuse dan Recycle) yang diajukan oleh penceramah.

Kunjungan tersebut bertujuan untuk memperkukuh hubungan kerjasama dua hala di antara kedua-dua negara selain bertukar pandangan khususnya berkaitan teknologi terkini yang digunakan di dalam pengurusan sisa pepejal di Sweden.

Duta Sweden lakukan kunjungan hormat ke

SWCorp

Page 9: DASAR KEBERSIHAN NEGARA Dilancaramun begitu, kos awalan N dan kos operasi untuk membina dan . merawat sisa secara WtE adalah terlalu tinggi berbanding kaedah pelupusan di tapak pelupusan

9SWCorp NEWS

▶ KUALA LUMPUR

Mahkamah Sesyen Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 20 September

lalu telah menjatuhkan hukuman RM10,000 atau penjara tidak lebih enam bulan jika gagal membayar denda ke atas Lean Hin Yoon. Lean Hin Yoon didakwa atas kesalahan mengikut Seksyen 71(1), Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) kerana menyebabkan longgokkan sisa pepejal terkawal di atas

tanah milikan persendirian di lokasi Jalan Tiara Titiwangsa 9, Taman Tiara Titiwangsa, Kuala Lumpur. Pendakwaan berjaya dilakukan hasil daripada operasi anggota penguatkuasa SWCorp Wilayah Persekutuan. Kes disiasat oleh Pegawai Penguatkuasa SWCorp Wilayah Persekutuan Wan Mohd Hardy Alias, manakala Timbalan Pendakwaraya ialah Muhamad Yasser Mohd Nasri dan Pegawai Pendakwa ialah Siti Adora Rahtimin daripada Bahagian Undang-Undang SWCorp.

Tertuduh mengaku salah dan membayar denda. Dalam satu lagi kes di mahkamah yang sama, pada 18 Oktober lalu mahkamah telah menjatuhkan hukuman denda RM10,000 atau lima bulan penjara jika gagal membayar denda ke atas Simon Peter A/L Michael. Mengikut kes yang didakwa, tertuduh telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 71 (1), Akta 672 yang mana tertuduh didapati telah melonggokkan sisa pepejal terkawal (sisa pepejal jenis pembinaan)

di satu kawasan milikan Yayasan Wilayah Persekutuan Mukim Setapak, Kuala Lumpur. Pendakwaan berjaya dilakukan hasil daripada operasi anggota penguatkuasa SWCorp. Tertuduh mengaku salah dan membayar denda berkenaan. SWCorp mengingatkan supaya mana-mana pihak yang mengendalikan kutipan sampah supaya melupuskan sampah tersebut di tempat yang dibenarkan.

OPS!

Longgok sampah secara haram didenda RM20,000

▶ BALING

Mahkamah Sesyen 2 Sungai Petani, pada 7 Oktober lalu telah menjatuhkan hukuman denda

ke atas Maryappan A/L Krishnasamy sebanyak RM20,000 atau penjara 6 bulan jika gagal bayar denda. Ia diputuskan selepas Maryappan didapati bersalah melonggokkan sisa pepejal secara haram. Hakim Priscilla Hemamalini menjatuhkan hukuman tersebut setelah pada peringkat awal tertuduh tidak mengaku salah dan pihak pendakwaan telah memanggil dua saksi bagi memberi keterangan di mahkamah.

Bagaimanapun tertuduh kemudian mengubah pengakuan dengan mengaku salah setelah peguambela tertuduh menarik diri daripada kes tersebut. Tertuduh telah membayar denda berkenaan. Mengikut fakta kes Maryappan A/L Krishnasamy telah menghadapi satu pertuduhan di bawah Seksyen 71 (1) Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 71 (8) Akta yang sama kerana telah melonggokkan sisa pepejal terkawal di Lot 60613 / PT 6931 di Bandar Kuala Ketil, Baling, Kedah.

Dalam kejadian pada 11 Disember 2017 itu, pada jam lebih kurang 12.25 pagi, sepasukan anggota SWCorp diketuai Ayob Daud telah menjalankan operasi pemantauan penguatkuasaan bersama-sama dua orang pembantu penguatkuasa lain di Kawasan Perindustrian Kuala Ketil. Mereka mendapati sebuah motorlori jenis Isuzu berada dalam keadaan mencurigakan dan setelah diekori didapati seorang lelaki telah menghentikan kenderaan tersebut dan melonggokkan sisa pepejal berupa bahan-bahan seperti batang paip di kawasan kejadian. Siasatan lanjut oleh pegawai

penyiasat, Ikrom Dolwahit berkaitan status pemilikan tanah mengesahkan bahawa lokasi tersebut terletak di atas lot kawasan yang dimiliki oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK). Penelitian daripada Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) turut mengesahkan bahawa sisa pepejal tersebut adalah daripada jenis sisa pepejal terkawal di bawah Seksyen 2, Akta 672. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwaraya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Noor Iffa Zarilla Abd Rahman dan Siti Adora Rahtimin dari SWCorp.

DENDA RM10,000longgok sampah secara haram

Pendakwaan berjaya dilakukan hasil daripada operasi anggota penguatkuasa SWCorp. Pesalah didakwa mengikut Seksyen 71 (1), Akta 672.

Page 10: DASAR KEBERSIHAN NEGARA Dilancaramun begitu, kos awalan N dan kos operasi untuk membina dan . merawat sisa secara WtE adalah terlalu tinggi berbanding kaedah pelupusan di tapak pelupusan

10 SWCorp NEWS

acara tumpuan adalah 3R Fun Run. Sebagaimana tahun sebelumnya, 3R Fun Run mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Bertepatan dengan tema tahun ini, pendekatan menggantikan yuran penyertaan kepada barangan kitar semula (10 naskhah surat khabar, 10 unit botol plastik atau 10 unit tin aluminium) memberi gambaran kepada masyarakat tentang nilai barangan ini.

Seramai 2,000 peserta telah menyertai larian pada tahun ini dan sesi pelepasan telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri KPKT YB Senator Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah Ibni Raja Ahmad Baharuddin Shah. Di sepanjang trek larian sejauh 3 kilometer, peserta juga menyertai pelbagai aktiviti sampingan yangberkaitan 3R. Turut mencuri tumpuan adalah pemakaian kostum kitar semula oleh para peserta dan sebanyak enam peserta telah terpilih dalam penggayaan kostum kitar semula terbaik. Sambutan HKSK dan larian 3R Fun Run tahun ini telah dijayakan dengan sokongan dan tajaan daripada syarikat korporat Nestle dan F&N melalui tajaan kelengkapan larian, kit pelari, stesen minuman dan tajaan sampel makanan dan minuman.

Di khemah SWCorp, pengunjung berpeluang menyertai pelbagai aktiviti. Antaranya Waste Hunter, Pertandingan Pertunjukan Fesyen 3R Kanak-Kanak, Kuiz Kahoot!, persembahan oleh Reuz Band dan aktiviti oleh syarikat konsesi. Selain itu, aktiviti upcyling tahun ini memperkenalkan penghasilan produk dulang daripada kayu palet terpakai dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung. Ternyata konsep upcycling dengan penghasilan produk baharu daripada bahan terpakai kian mendapat perhatian masyarakat. Tetamu terhormat yang hadir juga sempat meluangkan masa melawat tapak pameran dan merasmikan Pusat Komuniti Sisa Sifar (Zero Waste Community – ZeComm). Pusat ZeComm di PPR Tehel yang telah beroperasi sejak Januari 2019 mendapat perhatian daripada komuniti PPR Tehel dan inisiatif ini yang menggalakkan penduduk untuk menghantar barangan kitar semula dan sisa makanan untuk ditukar kepada ganjaran berupa barangan keperluan harian. SWCorp turut menerima penghargaan di peringkat kebangsaan melalui "National Scroll of Honour Award For Human Settlement 2019" melalui projek ZeComm ini. Penerokaan potensi sisa makanan bagi menjana tenaga telah membawa kepada satu majlis menandatangani MoU antara SWCorp dan TNB Research Sdn. Bhd. yang telah disempurnakan di khemah SWCorp. Kerjasama sejak tahun 2018 ini bermula dengan kajian rintis di peringkat

▶ MELAKA

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) selaku agensi peneraju bagi program-

program United Nations Human Settlements Programme (UN-Habitat) di Malaysia telah menganjurkan Majlis pelancaran Sambutan Hari Habitat Sedunia Peringkat Malaysia Tahun 2019 dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka pada 3 November lalu. Tema bagi sambutan Hari Habitat Sedunia pada tahun ini adalah “Transforming Waste to Wealth”. Acara bertambah meriah apabila diadakan serentak dengan pelancaran Dasar Kebersihan Negara, pelancaran Hari Kitar Semula Kebangsaan 2019 dan perasmian Pejabat Sekretariat Muafakat Komuniti (SMK) Komuniti Program Perumahan Rakyat (PPR) Tehel, Jasin, Melaka. Majlis yang diadakan di PPR Tehel ini dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka, YAB Adly Zahari, bersama-sama Menteri KPKT, YB Zuraida Kamaruddin. Objektif utama sambutan Hari Habitat Sedunia adalah untuk membangkitkan kesedaran kepada semua masyarakat berkenaan pentingnya tempat tinggal yang selesa, persekitaran yang permai dan bandar yang selamat. Di samping itu, sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan atau ringkasnya HKSK yang disambut setiap tahun turut merupakan usaha kerajaan dalam mempromosikan amalan 3R iaitu Reduce, Reuse dan Recycle ke arah meningkatkan kadar kitar semula negara. Pelbagai program telah dilaksanakan sempena HKSK 2019 oleh SWCorp yang merupakan agensi di bawah KPKT.

Selain daripada itu, dalam usaha mendidik masyarakat ke arah pembangunan komuniti setempat yang lebih harmoni, KPKT telah mengambil inisiatif dengan mewujudkan (SMK) di PPR Tehel ini. Sekretariat ini menempatkan pegawai KPKT yang berperanan untuk membantu penduduk-penduduk di PPR Tehel agar mempelbagaikan aktiviti kemasyarakatan, menjaga kebersihan tempat tinggal, mengasingkan sisa kitar semula bagi menjana pendapatan melalui program ZeComm serta memperkasakan komuniti penduduk setempat. Seramai lebih 2,500 pengunjung memeriahkan sambutan ini dengan

NASIONAL

EMPAT PROGRAM UTAMA DISAMBUT SERENTAK

3R Fun Run dapat sambutan mengalakkan

Di khemah SWCorp, pengunjung berpeluang menyertai pelbagai aktiviti. Antaranya Waste Hunter, Pertandingan Pertunjukkan Fesyen 3R Kanak-Kanak, Kuiz Kahoot!, persembahan oleh Reuz Band dan aktiviti oleh syarikat konsesi.

Page 11: DASAR KEBERSIHAN NEGARA Dilancaramun begitu, kos awalan N dan kos operasi untuk membina dan . merawat sisa secara WtE adalah terlalu tinggi berbanding kaedah pelupusan di tapak pelupusan

11SWCorp NEWS

loji pandu telah memberikan indikator positif dalam penghasilan biogas dan penjanaan elektrik daripada sisa makanan. MoU yang telah dipateri ini diharap akan merancakkan lagi kajian pembangunan sisa makanan kepada tenaga ke skala indusri.

Usaha dihargai Bagi menghargai kejayaan pemegang taruh yang telah giat membudayakan amalan 3R sepanjang tahun ini, majlis penyampaian hadiah turut dijayakan untuk Pertandingan Kitar Semula Sekolah-Sekolah Peringkat Kebangsaan (PerKISS) dan Appreciation of Best Practices On Solid Waste Management. Pemenang bagi Kategori Utama Sekolah Rendah ialah SK Dato’ Sri Syed Ahmad, Ayer Hitam, Kedah; Naib Johan SJKC Yeow Cheng Luan, Mentakab, Pahang; dan Ketiga SJKC Eng Chuan, Georgetown, Pulau Pinang. Bagi Kategori Utama Sekolah Menengah pula, Johan jatuh kepada SMK Simpang Kuala, Alor Setar, Kedah; Naib Johan SMK Padang Kemunting, Kuala Terengganu; dan Ketiga Kolej Tingkatan 6, Pontian, Johor. Manakala bagi Anugerah Khas Pengumpulan barangan kitar semula tertinggi keseluruhan diberikan kepada SK Dato’ Sri Syed Ahmad, Ayer Hitam, Kedah (249,465.15 kilogram) manakala bagi Pembudayaan amalan 3R Terbaik, diberikan kepada SK Sawah Raja, Kota, Negeri Sembilan. Untuk "Appreciation of Best Practices On Solid Waste Management 2019" pula, untuk Kategori Sisa Pepejal Industri diterima oleh SAMSUNG SDI Energy Malaysia Sdn. Bhd. dan Sony EMCS (Malaysia) Sdn. Bhd. manakala bagi Kategori Sisa Pepejal Komersial diberikan kepada MyTOWN Shopping Centre, Central i-City Mall dan DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur. Bagi Kategori Sisa Pepejal Pembinaan, penerima ialah Gadang Engineering (M) Sdn. Bhd., IJM Construction

Sdn. Bhd. dan Gabungan Strategik Sdn. Bhd. Ketua Menteri Melaka dalam ucapannya berkata, program HKSK ini juga dapat membantu merealisasikan misi dan visi kerajaan untuk inisiatif Bandar Bersih. Manakala YB Zuraida dalam ucapannya berharap komuniti di kawasan ini bersama-sama membantu ketua komuniti masyarakat dengan muafakat dan menjalankan tanggungjawab sebagai penduduk dengan sebaiknya. Beliau menyeru agar masyarakat mengambil kesempatan menjadikan sisa sebagai sumber pendapatan sampingan iaitu Waste to Cash.

Nestle, F&N taja aktiviti Hari Kitar Semula Kebangsaan 2019SWCorp menerima tajaan daripada

dua syarikat korporat bersempena sambutan Hari Kitar Semula

Kebangsaan (HKSK) 2019 yang berlangsung di Program Perumahan Rakyat (PPR) Tehel, Bemban, Melaka. Program sehari yang berlangsung pada 3 November lalu telah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan daripada pengunjung, khususnya peserta 3R Fun Run. Menariknya 3R Fun Run ini ialah yuran penyertaannya daripada bahan kitar semula iaitu 10 naskah surat khabar, 10 unit botol plastik atau 10 unit tin aluminium bagi menggantikan yuran tunai. Ia bertepatan dengan tema HKSK 2019 – sisa kepada sumber kekayaan (Waste to Wealth). Pihak Nestle telah terlibat secara langsung dengan menaja kit larian kepada para peserta yang terdiri daripada cenderahati produk Nestle, gerbang (arch) larian dan produk makanan kepada pengunjung. Manakala F&N pula menaja stesen air (water station) kepada peserta larian. Malah SWCorp turut menerima tajaan daripada F&N dan Tetrapak untuk Pertandingan Kitar Semula Sekolah-Sekolah Peringkat Kebangsaan (PerKISS) 2019 yang melibatkan hadiah kepada sekolah bagi PerKISS peringkat negeri. Komitmen daripada pihak penaja dalam program pembudayaan amalan 3R seumpama ini merupakan manifestasi syarikat korporat ini untuk terlibat secara aktif dalam aspek pengurusan sisa pepejal yang lestari serta tanggungjawab sosial korporat mereka terhadap pemeliharaan alam sekitar secara umumnya. Diharapkan kerjasama seumpama ini akan diperhebatkan lagi untuk masa akan datang bagi menyemai budaya amalan 3R (Reduce, Reuse, Recycle) dan memberi inspirasi kepada setiap kelompok masyarakat.

Aktiviti upcyling tahun ini memperkenalkan penghasilan produk dulang daripada kayu palet terpakai dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung. Ternyata konsep upcycling dengan penghasilan produk baharu daripada bahan terpakai kian mendapat perhatian masyarakat.

Page 12: DASAR KEBERSIHAN NEGARA Dilancaramun begitu, kos awalan N dan kos operasi untuk membina dan . merawat sisa secara WtE adalah terlalu tinggi berbanding kaedah pelupusan di tapak pelupusan

12 SWCorp NEWS

GO GREEN COMMUNITY, cara kreatif laksana kempen kebersihan

DALAM NEGERI

▶ KANGAR

Bersempena Karnival Syoknya Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Matematik (STEM) dan Inovasi Peringkat

Kebangsaan anjuran SK Jejawi, Perlis, SWCorp telah dijemput untuk turut serta melengkapkan program berkenaan. Program yang dirasmikan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail ini turut dihadiri Ketua-Ketua Jabatan dari Jabatan Kesihatan, Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pegawai dari SWCorp Perlis. Objektif karnival adalah untuk mengaplikasikan dan mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik dengan betul dan mendalam dalam kehidupan yang juga melibatkan masyarakat dan persekitaran. Melaluinya, SWCorp diberi peluang melaksanakan program-program engagement dengan pelajar berkaitan teknologi hijau dengan memberi penerangan berkaitan teknologi yang digunapakai di tapak pelupusan serta penerangan berkaitan pengkomposan bagi mengelakkan sisa-sisa makanan di buang terus ke tapak pelupusan. Selain itu, pameran juga turut diadakan bagi memberi informasi korporat dan fungsi SWCorp kepada orang awam. Antara aktiviti lain adalah pengedaran risalah Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca, #Jangangunalah, Value Food No Waste serta informasi berkaitan kempen-kempen yang dilakukan bagi mendidik orang awam ke arah menjaga kelestarian alam sekitar. Kuiz kitar semula dan aktiviti mewarna juga diadakan

kepada para pelajar bagi menarik minat pelajar-pelajar untuk berkunjung ke booth SWCorp di samping memberi pendedahan berkaitan penjagaan alam sekitar dan kempen 3R (Reduce, Reuse dan Recycle). Dalam satu peristiwa lain, pada 8 September lalu, Jabatan Kesihatan Perlis dengan kerjasama SWCorp Perlis mengadakan “Program Gotong Royong Mega Perangi Aedes 2.0 dan Program Ikatan Kasih Dun Beseri”. Program gotong royong yang dirasmikan oleh ADUN Beseri, YB Ruzaini Rais ini turut melibatkan beberapa agensi kerajaan negeri Perlis serta penduduk Dun Beseri. Program bertujuan memupuk semangat cintakan kebersihan kawasan tetangga di samping mempromosikan SWCorp kepada masyarakat. Pada program kali ini, SWCorp Perlis telah dipertanggungjawabkan sebagai urus setia aktiviti “Plogging” di mana aktiviti ini telah menjadi salah satu pengisian program pada hari tersebut. Selain itu, SWCorp turut memberi penerangan kepada jemputan dan penduduk berkaitan kaedah-kaedah pembelian barangan kitar semula yang berjaya dikumpul oleh penduduk daripada aktiviti “Plogging” berkenaan. Selain itu, engagement berkaitan pengasingan sisa pepejal turut dilaksanakan oleh warga kerja SWCorp bagi memberi pendedahan tentang penguatkuasaan di premis bertanah. Beberapa aktiviti lain juga turut diadakan seperti Pertandingan Rumah Bersih yang dikelola oleh Majlis Perbandaran Kangar (MPK), Pertandingan Mencari Jentik-Jentik oleh Jabatan Kesihatan, aktiviti sukaneka, pertandingan mewarna serta pameran Jabatan bagi menarik penyertaan orang ramai.

SWCorp meriahkan Karnival STEM dan Inovasi Peringkat

Kebangsaan

▶ PEKAN

Bagi menciptakan kelainan dalam pelaksanaan program Sehati Sejiwa, projek

lukisan mural telah dipilih untuk dilaksanakan di Daerah Pekan. Program ini merupakan program kerjasama di antara SWCorp Pekan dengan Alam Flora Sdn. Bhd., Majlis Daerah Pekan dan Politeknik Muadzam Shah. Menerusi persetujuan yang dicapai, lukisan mural dengan elemen seni “Street Art” bertemakan kebersihan dan hitam putih serta berlatar belakangkan bangunan ikonik telah dipilih. Seramai 43 pelajar bersama tiga tenaga pengajar daripada Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual, Politeknik Muadzam Shah telah melaksanakan program melukis mural di Jalan Teng Quee, Pekan, Pahang ini dengan mengambil masa selama empat hari untuk disiapkan iaitu bermula daripada 15 hingga 18 Oktober 2019. Hasilnya, lukisan mural ini telah menjadi salah satu tarikan terbaharu untuk dilawati pengunjung atau pelancong serta peminat seni dan budaya. SWCorp mengharapkan, melalui lukisan yang mempunyai elemen kebersihan ini dapat menerapkan nilai pentingnya menjaga kebersihan kepada semua pengunjung yang melihat lukisan ini. Selain program Sehati Sejiwa, satu pertandingan membina bahan bantu belajar menggunakan bahan terpakai (Cipta 3B) telah diadakan pada 12 Oktober lalu bertempat di Perpustakaan Awam Sultan Ahmad Shah, Kuantan, Pahang. Sebanyak 57 kumpulan dari pelbagai institusi pendidikan di negeri Pahang telah menyertainya.

Program anjuran bersama Kerajaan Negeri, Pertubuhan Majlis Wanita Kebangsaan (NCWO) dan SWCorp Pahang itu dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB Dato’ Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff. Hadir sama ialah Presiden NCWO, Profesor Tan Sri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin dan Naib Presiden NCWO Zon Timur, Dato’ Sri Maznah Mazlan. YB Dato’ Mohammad Fakhruddin dalam ucapannya berkata, Kerajaan Negeri mengalu-alukan program seperti ini kerana secara tidak langsung dapat menjaga alam sekitar selain meningkatkan pendidikan anak-anak. Peserta yang menyertai pertandingan ini adalah daripada pelbagai institusi pendidikan termasuk sekolah, tadika, Politeknik dan Jabatan Pendidikan Negeri. Pada majlis itu, YB Dato’ Mohammad Fakhruddin turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM5,000 kepada NCWO untuk melaksanakan program seperti ini pada masa akan datang. Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan supaya pertandingan ini dapat dilaksanakan di kawasan yang lebih luas supaya lebih banyak peserta dapat menyertainya. Ketua Penolong Pengarah SWCorp Pahang, Asmawati Abdul Eid turut menyampaikan taklimat kepada semua peserta yang terdiri dari warga pendidik dan pihak NGO bertajuk “Amalan Kitar Semula Bermula Dari Rumah”.

Mural tema kebersihan untuk

program Sehati Sejiwa

▶ KOTA TINGGI

Go Green Community merupakan satu program yang memberi penekanan terhadap kempen kebersihan anjuran

Majlis Daerah Kota Tinggi, Johor. Diadakan pada 15 September 2019 di Air Terjun Kota Tinggi, program ini dirasmikan oleh Yang DiPertua Majlis Daerah Kota Tinggi, Saipol Rahman Amat. Bermula seawal jam 8:00 pagi dengan aktiviti Go Green Walk yang disertai seramai 120 peserta terdiri daripada beberapa sekolah, agensi kerajaan dan orang awam sekitar Kota Tinggi. Menerusi aktiviti Go Green Walk ini, para peserta telah mengutip sampah di sepanjang laluan.

Selain itu turut diadakan pertandingan mewarna, pertandingan roket air, pertandingan reka cipta dari barang kitar semula dan taklimat COMBI oleh Pengerusi COMBI Kebangsaan serta taklimat kebersihan oleh SWCorp. Pengisian program seperti ini dapat memupuk dan menarik minat generasi muda untuk berfikir secara kreatif dan inovatif dalam menjaga alam sekitar dan mengekalkan keseimbangan eko-sistem melalui amalan 3R (Reduce, Reuse dan Recycle). Hasilnya, sepanjang program sebanyak 500 kilogram sampah berjaya dikumpul.

Page 13: DASAR KEBERSIHAN NEGARA Dilancaramun begitu, kos awalan N dan kos operasi untuk membina dan . merawat sisa secara WtE adalah terlalu tinggi berbanding kaedah pelupusan di tapak pelupusan

13SWCorp NEWS

▶ PORT DICKSON

SWCorp Negeri Sembilan dan SWCorp Melaka bergabung dalam program “Plogging - Save The

Environment” di Bukit Batu Putih yang terletak di Tanjung Tuan, Port Dickson, Negeri Sembilan. Program dirasmikan oleh Pengarah SWCorp Negeri Sembilan, Nordin Amat. Diadakan pada 5 Oktober lalu, seramai 100 orang peserta telah menyertai program ini yang terdiri daripada warga SWCorp Negeri Sembilan, SWCorp Melaka dan pelajar Politeknik Port Dickson. Ia dilihat sebagai salah satu usaha terbaik dalam membudayakan amalan menjaga persekitaran yang bersih. Di samping itu, menerusi aktiviti “Plogging” yang dijalankan telah dapat memulihara kawasan sekitar pusat

rekreasi ini selain melahirkan individu yang mencintai alam sekitar tanpa mengira di mana kita berada sesuai dengan minat setiap individu. Program dimulakan dengan taklimat keselamatan oleh Pengurus Cawangan Port Dickson sebelum peserta kemudiannya dibekalkan dengan beg plastik untuk mengisi sisa yang berjaya dikumpul di sepanjang laluan. Kempen kesedaran ini tidak hanya melibatkan peserta yang menyertai

DALAM NEGERIBergabung bersihkan

Hutan Rekreasi Tanjung Tuan

program ini sahaja, malah ia melibatkan semua individu atau kumpulan yang sedang menaiki Bukit Batu Putih pada hari berkenaan. Playcard yang dibawa dan mengandungi mesej kebersihan menjadi daya penarik kepada semua pendaki yang berjaya sampai ke puncak Bukit Batu Putih pada hari berkenaan. Jumlah kutipan sisa yang berjaya dikumpul ialah 14 kilogram dengan pecahan sisa yang dikumpulkan adalah plastik (10.5 kilogram), kertas (3.5 kilogram) dan sisa bercampur (1.0 kilogram).

SWCorp terus aktif jayakan kempen kitar semua

RUANGAN IKLAN

▶ KUALA LUMPUR

#CleanAsYouGo, kempen kesedaran untuk mengitar semula barang-barang yang terdapat di

persekitaran pejabat anjuran Telekom Malaysia™ Berhad yang diadakan pada 16 dan 17 Oktober bertujuan menyokong kelestarian alam sekitar di tempat kerja. Pada program itu, SWCorp Wilayah Persekutuan dijemput terlibat dalam aktiviti “upcycling corner” dengan mengadakan demonstrasi membuat beg guna semula daripada pakaian terpakai. Program yang berlangsung di Lobi Menara TM, Kuala Lumpur ini turut menyajikan demonstrasi membuat beg guna semula daripada pakaian terpakai, kutipan barangan kitar semula (botol plastik, kertas dan tin), jualan promosi istimewa barangan TM dan tebus mata ganjaran UNIFI reward dengan barangan TM. Selain itu, SWCorp Wilayah Persekutuan telah turut serta dalam Projek Pengurangan Sisa Makanan dengan kerjasama JICA, UTM-MJIIT, IKIM, SWCorp dan MGTC

di Presint 11, Putrajaya, Perumahan Awam Sri Kota, Bandar Tun Razak dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Mulia Jalan Budiman Satu, Bandar Tun Razak. Selain taklimat bertajuk Eat "Smart Save Food" disampaikan Profesor Madya Naoko Kaida, daripada Universiti of Tsukuba dan pelajar-pelajar UTM kepada komuniti Perumahan Awam Sri Kota dan PPR Taman Mulia Jalan Budiman Satu, Bandar Tun Razak, mereka yang terlibat juga turut diajar cara-cara membuat kompos, sesi taklimat mengenai tatacara pengurangan sisa makanan dan sesi soal jawab dan uji minda. Taklimat kompos pula disampaikan oleh Jurutera SWCorp Wan Nor Ilza Wan Mohd Yatim. Hadir sama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Teknikal) SWCorp, Dr. Mohd Pauze Mohamad Taha. Dalam satu lagi program, SWCorp Wilayah Persekutuan juga terlibat dengan Program Gotong Royong Blueprint Kebersihan Bukit Bintang “Jom Bersih Bukit Bintang 17, Sayangi

Bukit Bintang” anjuran Local Agenda 21 Kuala Lumpur (LA21KL) di Plaza Low Yat Boulevard, Bukit Bintang Central, Kuala Lumpur. Menerusi program yang dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, YB Khalid Abd Samad

ini, SWCorp Wilayah Persekutuan telah mengambil bahagian menyampaikan taklimat tentang Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca dan amalan kitar semula kepada peserta-peserta yang hadir.

Menerusi aktiviti “Plogging” yang dijalankan telah dapat memulihara kawasan sekitar pusat rekreasi ini selain melahirkan individu yang mencintai alam sekitar tanpa mengira di mana kita berada sesuai dengan minat setiap individu.

Jumlah kutipan sisa yang berjaya dikumpul ialah 14 kilogram dengan pecahan sisa yang dikumpulkan adalah plastik (10.5 kilogram), kertas (3.5 kilogram) dan sisa bercampur (1.0 kilogram).

Page 14: DASAR KEBERSIHAN NEGARA Dilancaramun begitu, kos awalan N dan kos operasi untuk membina dan . merawat sisa secara WtE adalah terlalu tinggi berbanding kaedah pelupusan di tapak pelupusan

14 SWCorp NEWS

Sepanjang program pelbagai aktiviti telah dilakukan, antaranya taklimat kitar semula dan taklimat gotong royong pantai di tepi laut Pulau Tuba serta “Plogging Challenge” Lestari Tuba yang melibatkan 150 pelajar dan dibahagi kepada

enam kumpulan. Turut menarik perhatian ialah gimik pelepasan tukun tiruan bagi tujuan pembiakan ikan dasar laut. Menerusi aktiviti “Plogging Challenge”, sebanyak 378.36 kilogram sisa baki dan 102.67 kilogram sisa kitar semula berjaya dikumpulkan dengan jumlah keseluruhan sisa ialah sebanyak 481.03 kilogram. Apa yang dapat dilihat menerusi program ini ialah peserta memahami bahawa sampah sebenarnya bukan hanya di daratan, ia akan mengalir ke persisir

pantai seterusnya ke laut sekiranya tidak dibuang dengan cara yang betul dan akhirnya mengundang kepada habitat laut. Justeru, usaha ini adalah simbolik kepada agensi lain bahawa tugas untuk memastikan bumi ini kekal bersih memerlukan komitmen bersama. SWCorp kini memberi fokus kepada mengukuhkan jalinan dengan agensi lain agar program kesedaran seperti ini dapat memberi makna kepada setiap yang terlibat selain meningkatkan kesedaran kepada para penduduk sekeliling dan para pelancong.

▶ LANGKAWI

Seramai 150 pelajar dari Pulau Tuba, Langkawi dan 30 warga kerja SWCorp

Cawangan Langkawi dan Environment Idaman Sdn. Bhd. telah bersama-sama dalam satu program yang dinamakan Program Ecovolunteers - Amal Untuk Alam. Program yang diadakan di Pulau Tuba, Langkawi pada 12

Oktober lalu ini telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, BIMB Holdings Berhad, Mohd Muazzam Mohamed Named. Selain pelajar dan warga kerja SWCorp, turut terlibat ialah Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Tuba.

Ecovolunteers beri kebaikan untuk alam

Kempen Jom Asingkan beri kesedaran terhadap alam sekitar

Komposisi yang dijana diyakini dapat diselamatkan jika semua peniaga dan pengunjung mengamalkan amalan kitar semula dengan teratur. Di Melaka, sejak program pengasingan sisa pepejal diperkenalkan pada tahun 2016 sebanyak 1,097,018 tan barang kitar semula berjaya dikumpul. Di Pasar Malam Jalan Kee Ann kerajaan telah menyediakan Tong Kitar Semula untuk kegunaan pengunjung. Iniasitif ini merupakan sokongan untuk membudayakan amalan kitar semula seperti di negara-negara maju yang nyata telah berjaya mengurangkan sisa pepejal ke tapak pelupusan. Lions Club of Tanjung Bidara dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang lain mengambil inisiatif ini membantu kerajaan negeri mendidik, menyebarkan maklumat seterusnya membudayakan amalan kitar semula yang teratur dan berkesan. Ini adalah salah satu sumbangan yang harus diberikan oleh semua NGO dalam merealisasikan hasrat kerajaan.

Sementara itu, bertempat di Japerun Duyong, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, YB Yey Kok Kiew telah merasmikan pogram "#IniRumahKita, Zero Waste".

▶ MELAKA

Lions Club of Tanjung Bidara Malacca dengan kerjasama SWCorp Melaka pada

6 September lalu telah mengadakan program “Kempen Kesedaran Alam Sekitar” Jom Asingkan di Jalan Kee Ann. Menerusi program ini Lions Club mensasarkan 500 hingga 1,000 orang yang terdiri daripada peniaga dan pengunjung akan mendapat manfaat dan pengetahuan baharu. Program turut disokong oleh SWM Environment Sdn. Bhd., Taiwan Budhhist Tzu Chi Foundation Malaysia (Malacca) dan CHS Leo Club yang mendukung usaha murni kerajaan negeri melalui #IniRumahKita bagi mencapai hasrat kerajaan menjadikan Melaka Berwibawa, Pintar, Hijau dan Bersih. Objektif program untuk meningkatkan kesedaran 120 peniaga pasar malam dan pengunjung mengenai kepentingan amalan Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca bagi mengurangkan

jumlah sisa pepejal dihantar ke tapak pelupusan. Secara umumnya proses pengasingan sisa pepejal membabitkan sisa isi rumah mengikut jenis iaitu kertas, plastik dan lain-lain. Namun di pasar malam antara yang dijangka akan dihasilkan seperti botol plastik, kotak, kertas dan tin aluminium.

Program yang diadakan sempena Hari Malaysia pada 16 September lalu turut melibatkan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dan SWCorp. Pada program berkenaan telah diadakan taklimat peraturan-peraturan dan pengenalan barangan yang boleh dikitar semula, taklimat daripada SWCorp dan pengedaran T-Shirt program. Program yang dianjurkan oleh Junior Chamber International (JCI), pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan sejak tahun 1915 di St Loius, United State dengan keahlian lebih 170,000 di 125 negara ini banyak memberi inspirasi kepada golongan muda untuk mengenali tanggungjawab mereka untuk mewujudkan dunia yang lebih baik dan memberi mereka kuasa untuk memacu perubahan. Program turut dikenali sebagai “Hari Pembersihan Dunia” ini merupakan projek tindakan sosial global yang bertujuan memerangi masalah sisa pepejal global.

DALAM NEGERI

Menerusi aktiviti “Plogging Challenge”, sebanyak 378.36 kilogram sisa baki dan 102.67 kilogram sisa kitar semula berjaya dikumpulkan dengan jumlah keseluruhan sisa ialah sebanyak 481.03 kilogram.

Objektif program untuk meningkatkan kesedaran 120 peniaga pasar malam dan pengunjung mengenai kepentingan amalan Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca bagi mengurangkan jumlah sisa pepejal dihantar ke tapak pelupusan.

Komposisi yang dijana diyakini dapat diselamatkan jika semua peniaga dan pengunjung mengamalkan amalan kitar semula dengan teratur. Di Melaka, sejak program pengasingan sisa pepejal diperkenalkan pada tahun 2016 sebanyak 1,097,018 tan barang kitar semula dihasilkan.

Page 15: DASAR KEBERSIHAN NEGARA Dilancaramun begitu, kos awalan N dan kos operasi untuk membina dan . merawat sisa secara WtE adalah terlalu tinggi berbanding kaedah pelupusan di tapak pelupusan

15SWCorp NEWS

▶ ALOR SETAR

SWCorp Cawangan Pendang dan Yan, Majlis Daerah Yan, Yayasan Sultanah Bahiyah dan Environment

Idaman Sdn. Bhd. pada 30 September lalu telah mengadakan program "Love Malaysiaku Trash Hunter" yang bertujuan mendidik dan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga alam sekitar serta mengamalkan kitar semula. Program yang diadakan di Pulau Bidan, Yan, Kedah ini dapat memberi kesedaran kepada masyarakat khususnya pelancong yang datang ke Pulau Bidan mengenai kepentingan menjaga alam sekitar. Dirasmikan oleh Exco Kerajaan Negeri Kedah, YB Ooi Tze Min, diharapkan dapat memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai kepentingan menjaga persekitaran pulau dan aktiviti memulihara keunikan sekitar pulau dan kebersihan pantai. Antara aktiviti yang diadakan sepanjang program ialah litter picking di sepanjang pesisiran pantai Pulau Bidan dan gotong royong mengutip dan membersihkan sampah sarap di sekitar Pulau Bidan. Pada program ini seramai lebih kurang 100 peserta terlibat yang terdiri daripada kakitangan Environment Idaman Sdn. Bhd., SWCorp, Yayasan Sultanah Bahiyah dan Majlis Daerah Yan. Sebanyak 60 kilogram sisa baki berjaya dikutip dan 10 kilogram ialah sisa kitar semula.

Pengunjung yang datang turut memberi maklum balas positif mengenai program berkenaan dan beranggapan keindahan dan kebersihan Pulau Bidan, perlu dipelihara dan sebagai daya tarikan pelancongan di Kedah. Dalam satu program berasingan telah diadakan program sempena Asean Community Engagement Program (ACEP). Diadakan di sepanjang Terusan Mada, program yang dirasmikan oleh Exco Kerajaan Negeri Kedah, YB Dr. Salmee Said ini, bertujuan memupuk semangat gotong royong dan membudayakan amalan kitar semula kepada golongan remaja. Selain itu ia berjaya memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar dan masyarakat bahawa dengan amalan kitar semula, mereka dapat menjana pendapatan sampingan serta boleh memperindahkan tempat tinggal dan kawasan persekitaran. Peserta didedahkan dengan aktiviti gotong royong  dan litter picking di sepanjang terusan selain program Free Market, pertandingan kutipan sisa terbanyak dan kutipan barangan kitar semula mengikut kategori oleh pelajar. Hasil kutipan berjaya diperolehi ialah sebanyak 228.65 kilogram sisa baki dan 399.65 kilogram sisa kitar semula menjadikan jumlah keseluruhan sisa ialah sebanyak 628.3 kilogram. Lebih menarik apabila Green Resource Recovery Sdn. Bhd. (GRRSB) telah membeli kesemua barangan kitar semula berkenaan.

Chin, Pekerja KedaiDengan mengetengahkan nilai komersial

bagi produk dari barangan kitar semula akan menjadikan ia bernilai dan

mempunyai harga. Sebagai contoh, jeans yang terpakai boleh diubah suai menjadi

beg dan bekas pensel. Lebih menarik lagi apabila ditambah aksesori yang ringkas

dan menarik.

Mary, Pekerja SwastaSetiap orang perlu membabitkan diri dalam aktiviti kitar semula. Kita perlu

mengumpul semua jenis barangan yang boleh dikitar semula dan menjualnya di

Pusat Kitar Semula. Selain menyumbang kepada pengurangan kemusnahan dan

pencemaran, ia juga boleh memberi pulangan wang.

Prem, Pekerja SwastaTerdapat pelbagai kebaikan apabila menghasilkan produk menggunakan bahan terbuang yang boleh dikitar semula. Selain daripada boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan, masyarakat juga gemar barangan yang kelihatan cantik serta menarik hasil ubah suai barangan terpakai.

Amir, Kakitangan AwamBagi saya, sisa boleh menjana pendapatan. Ini kerana masyarakat zaman sekarang terutamanya golongan muda mempunyai kreativiti masing-masing untuk menghasilkan pelbagai produk daripada barangan terpakai. Contohnya selain boleh menjualnya kembali, ia juga dapat mengubah kegunaan barangan ini kepada sesuatu benda lain yang berguna dan bernilai.

Amira, Pekerja Swasta Masyarakat perlu menyedari bahawa sisa perlu diuruskan dengan kaedah yang betul kerana di samping boleh menjana pendapatan ia juga boleh mengurangkan pencemaran alam sekitar.

“Sisa sebagai sumber pendapatan sampingan’’

apa pandangan anda?

Perspektif

Alisa, PelajarSisa sememangnya boleh dijadikan

sebagai sumber pendapatan sampingan contohnya sisa makanan boleh dijadikan

baja kompos dan botol minuman boleh dijadikan barang hiasan atau dijual

di Pusat Kitar Semula. Ia juga dapat mengurangkan barangan yang boleh

dikitar semula dari terbuang begitu sahaja yang sudah pasti akan mencemarkan alam

persekitaran dan kehidupan kita.

Love Malaysiaku Trash Hunter,

beri kesedaran

Page 16: DASAR KEBERSIHAN NEGARA Dilancaramun begitu, kos awalan N dan kos operasi untuk membina dan . merawat sisa secara WtE adalah terlalu tinggi berbanding kaedah pelupusan di tapak pelupusan

16 SWCorp NEWS

Beruntunglah bagi anda yang dilahirkan sebagai Islam dan mereka yang terbuka hati memilih Islam sebagai agama dan kepercayaannya. Ini kerana setiap umat Islam sesungguhnya ada tempat untuk mengadu, merayu, merintih dan meminta pertolongan yang tidak dapat diberikan oleh sesiapapun yang hidup dalam dunia ini. Kita ada Allah SWT sebagai tempat untuk kita mengadu dan meminta pertolongan melalui doa yang kita panjatkan setiap hari. Kasihnya Allah SWT kepada umatnya yang taat dan mengikut segala perintah dan menjauhi segala larangannya, maka Allah memberi kelebihan kepada enam waktu ini untuk meminta dan berdoa kepadanya. Kuasa doa amat luar biasa, keajaibannya sungguh indah. Berbisik di lantai ketika sujud, namun dapat didengari di mana jua Allah SWT berada. Kita diberi kelebihan doa sebagai tempat meminta apa yang sering dihajati di dalam hati. Sesungguhnya Allah sahaja yang tahu apa yang terkandung di dalam hati kita dan Dia jualah yang menentukan perkara terbaik untuk kita. Sebagai seorang Muslim, kita perlu percaya dan bersangka baik kepada Allah dengan segala ketentuan dan rezeki yang dilimpahkan. Waktu mustajab yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada hamba-hambaNya perlu dimanfaatkan dengan taat agar segala cita-cita yang dihajati termakbul.

Inilah enam waktu yang paling mustajab untuk berdoa

1. WAKTU ANTARA AZAN DAN IQAMAH

Ketika azan berkumandang pintu langit terbuka dan doa dimakbulkan bagi hambaNya yang taat. Allah SWT mengurniakan waktu istimewa untuk hambaNya yang berdoa pada awal waktu solat iaitu antara azan dan laungan iqamah.

2. SEMASA HUJANWaktu hujan membasahi bumi banyak yang mendapat manfaatnya. Ia adalah rezeki dan rahmat daripada Allah SWT. Tumbuh-tumbuhan, bumi

menjadi sejuk dan haiwan mendapat minuman darinya. Bagi umat-umat yang dikasihiNya, waktu ini jugalah Allah SWT cipta untuk mereka berdoa supaya dapat dikabulkan.

3. 2 WAKTU PADA HARI JUMAAT“Hari Jumaat ada 12 jam yang mana tiada seorang hamba muslim berdoa padanya kecuali akan diberikan (dimakbulkan), maka carilah ia di hujung waktu selepas Asar”  (Hadis Riwayat Abu Daud). Selain itu, satu lagi waktu yang patut dianggap mustajab oleh para ulama adalah ketika waktu imam duduk di mimbar sehingga solat Jumaat selesai.

4. SEPERTIGA TERAKHIR MALAMKekuatan doa pada  solat tahajud  ini adalah ibarat panah yang tepat pada sasaran. Pada ketika sepertiga terakhir malam, Allah SWT memberkati hamba-hambanya dengan turun ke langit dunia dan mengkabulkan hajat yang terbuku di hati mereka. Junjungan besar Rasulullah SAW juga turut mengamalkannya serta menggalakkan umat Islam untuk menggunakan waktu ini sebaik-baiknya untuk beribadat dan berdoa kepada Allah SWT.

5. HARI ARAFAH PADA MUSIM HAJI

Pada Hari Arafah, jemaah haji yang berada di Arafah tidak berhenti beristighfar, berdoa dan beribadah sehingga terbenam matahari. Umat Islam yang lainnya juga perlu menggunakan waktu mustajab ini sebaiknya untuk berdoa supaya mendapat keredhaan dan keampunan Allah SWT serta hajat yang lainnya.

6. KETIKA WAKTU SAHUR DAN BERBUKA PUASA

Sesuai dengan hadis yang dikemukakan tentang keajaiban waktu terakhir sepertiga malam, waktu sahur juga tergolong dalam waktu mustajab itu. Oleh itu banyakkan berdoa dan berzikir sambil bersahur sehingga masuknya waktu solat fardhu Subuh. Setelah penat seharian berpuasa, Allah SWT mengurniakan satu lagi waktu mustajab untuk orang berpuasa memanjatkan doa kepadaNya.

Rohani

Berdoalah pada 6 waktu paling mustajab ini

*Gambar hiasan.

*Gambar hiasan.

Kesihatan

Kementerian Kesihatan Malaysia mendefinisikan peranti elektronik yang mengandungi nikotin adalah dirujuk

sebagai rokok elektronik (eCig), sementara yang tidak mengandungi nikotin, adalah dirujuk sebagai “vape” yang mengandungi komponen utama iaitu bateri, atomizer dan katrij. Kandungan utama rokok elektronik pula terdiri daripada, nikotin, propylene glycol, vegetable glycerin, bahan perisa dan pewarna. Manakala kandungan utama vape adalah propylene glycol, vegetable glycerin, bahan perisa dan pewarna.

Kesan kandungan vape dan eCig

Nikotin Nikotin merupakan hasil tembakau yang menyebabkan ketagihan iaitu sejenis gangguan otak kronik. Penggunaan berpanjangan menghasilkan kebergantungan fisiologi serta dorongan yang kuat untuk menggunakan tembakau. Ketagihan ini berkait rapat dengan kadar kepantasan nikotin diserap dan sampai ke otak. Pendedahan otak kepada nikotin semasa remaja amat berbahaya kerana zaman remaja adalah peringkat kritikal perkembangan otak lalu menjadi pembuka laluan kepada penyalahgunaan dadah. Selain itu, nikotin boleh menggalakkan pembekuan darah dan boleh menyerap masuk ke plasenta ibu mengandung di mana ia akan mengganggu proses perkembangan bayi di dalam kandungan. Melalui beberapa analisis sampel cecair rokok elektronik secara rawak oleh Makmal Toksikologi, Pusat Racun Negara, terdapat kandungan cecair rokok elektronik yang mengandungi nikotin sehingga 4 mg dalam 1 ml cecair. Ini bermakna setiap botol yang mengandungi 25 ml cecair rokok elektronik akan mengandungi sehingga 100 mg nikotin. Nikotin serendah 2 mg sudah boleh menyebabkan gangguan pada perut dan usus. Dos yang lebih tinggi pula boleh menyebabkan kesan yang lebih teruk, antaranya sawan dan kegagalan pernafasan. Manakala nikotin pada paras sekurang-kurangnya 40 mg boleh menyebabkan kematian.

Propylene Glycol (PG) PG boleh menyebabkan kesan jangka pendek dan kesan jangka panjang. Menurut kajian yang dijalankan, kesan jangka pendek meliputi iritasi kepada mata, tekak dan saluran pernafasan, manakala kesan jangka panjang boleh menyebabkan penyakit asma. Kajian ini menyokong bahawa menyedut PG boleh menyebabkan iritasi kepada sistem pernafasan seseorang. PG apabila dipanaskan akan menghasilkan bahan yang membebaskan formaldehid. Formaldehid ialah sejenis bahan yang boleh menyebabkan kanser.

Kajian menunjukkan jumlah penghasilan formaldehid bergantung kepada tahap kepanasan yang digunakan ketika mengewap PG.

Gliserin Gliserin bahan yang selamat di mana ia digunakan di dalam sabun, krim muka dan banyak lagi. Namun, menyedut gliserin ke dalam saluran pernafasan boleh memberikan kesan jangka panjang kepada kesihatan. Kebanyakan gliserin yang digunakan adalah produk dari sayur-sayuran (Vegetable Glicerin). Bahan Perisa Berjenis-jenis bahan perisa digunakan di pasaran. Kebanyakan pengguna beranggapan perisa yang digunakan adalah tidak memudaratkan. Kajian mendapati cecair rokok elektronik ini mampu membunuh sel iaitu sel paru-paru, otak dan lapisan kulit. Kajian ini mengira paras yang mampu membunuh sel-sel ini yang dikenali sebagai sitotoksisiti (cytotoxicity). Cecair rokok elektronik yang mengandungi pelbagai bahan perisa telah menunjukkan paras sitotoksisiti yang tinggi.

Kehadiran Logam Berat Kajian juga mendapati kehadiran logam berat ketika menggunakan rokok elektronik. Ini merupakan tindak balas cecair rokok elektronik yang terendam di dalam gelungan dawai di dalam bahagian atomiser. Partikel Ultra Halus Distribusi saiz partikel dan bilangan partikel yang dikeluarkan oleh rokok elektronik adalah serupa dengan rokok konvensional di mana kebanyakan partikel bersaiz antara 20 - 300 nanometer. Penyebaran partikel bergantung kepada paras nikotin di dalam cecair rokok elektronik. Seperti mana rokok konvensional, partikel daripada rokok elektronik adalah cukup halus untuk menembusi ke dalam paru-paru dan seterusnya memasuki peredaran darah (Zhang et al, 2013). “Gateway” memulakan tabiat merokok Kajian telah menunjukkan rokok elektronik dan vape merupakan satu “Gateway” untuk golongan kanak-kanak memulakan tabiat merokok. Rokok elektronik sebagai pengganti rokok bertujuan berhenti merokok? Kajian perbandingan di antara penggunaan rokok elektronik, NRT dan "placebo" menunjukkan tiada perbezaan signifikan di dalam kejayaan untuk berhenti merokok. Tambahan pula, mereka yang menggunakan rokok elektronik menunjukkan kesukaran mereka untuk menghentikan tabiat merokok akibat kebergantungan kepada nikotin. Sumber : Medik TV

Bukan sekadar wap air

Page 17: DASAR KEBERSIHAN NEGARA Dilancaramun begitu, kos awalan N dan kos operasi untuk membina dan . merawat sisa secara WtE adalah terlalu tinggi berbanding kaedah pelupusan di tapak pelupusan

17SWCorp NEWS

NGO

RUANGAN IKLAN

Amitabha Malaysia merupakan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada tahun

1998 bertujuan membantu golongan kurang berkemampuan di seluruh negara tanpa mengira latar belakang agama, keturunan, etnik dan bangsa. Selepas 10 tahun, lima bidang kebajikan utama menjadi fokus NGO ini. Ia mencakupi bantuan kewangan, rumah perlindungan, pendidikan, anak yatim dan bantuan perubatan. Beroperasi di Johor Bahru dan Kuala Lumpur, Pertubuhan ini memiliki visi untuk memberi kehidupan baharu dan meningkatkan taraf kehidupan yang lebih baik kepada golongan sasar untuk bersama-sama hidup lebih harmoni. Misi Amitabha ialah untuk memberi inspirasi dan menambah baik kehidupan golongan yang tertindas, memperkayakan komuniti dengan

harapan, kekuatan dan kegembiraan. Untuk Skim Bantuan Kewangan, Amitabha Malaysia telah dapat menambah baik kehidupan keluarga-keluarga miskin dengan keperluan asas tanpa mengira bangsa dan agama. Sukarelawan NGO ini akan melawat golongan sasar dan membantu apa yang mereka perlukan. Ini termasuk membantu mendapatkan pekerjaan melalui pelbagai saluran. Untuk rumah penjagaan pula, Amitabha menempatkan 60 warga emas di rumah jagaan yang menyediakan keperluan asas, makanan dan perubatan secara percuma. Ini termasuk juga kesihatan untuk rawatan psikologi bagi menempuh kehidupan yang lebih positif secara fizikal dan mental. Menerusi bidang pendidikan, matlamat NGO ini ialah kemiskian tidak seharusnya menjadi penghalang untuk mendapatkan pendidikan yang sempurna untuk anak-anak.

NGO ini percaya bahawa pendidikan adalah jalan terbaik untuk keluar dari belenggu kemiskinan. Kerana itu, Pertubuhan ini menyediakan Geran Pendidikan (Study Grant) kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah untuk meneruskan pengajian mereka. Amitabha Buddhist Orphanage pula menempatkan 20 orang kanak-kanak daripada latar belakang keluarga berbeza dan jumlah ini semakin meningkat berikutan gejala sosial. Kanak-kanak di sini menerima pendidikan percuma untuk mencorak masa depan mereka yang lebih baik. Bagi bantuan perubatan, Amitabha Haemodialisis Centre menyumbang peralatan yang berkualiti, pasukan perubatan yang prihatin dan rawatan dialisis buah pinggang dengan kadar yang sangat minima bagi mengurangkan beban golongan yang kurang berkemampuan.

Tidak hanya tertumpu kepada matlamat utama penubuhan ini sahaja, mereka juga aktif dalam menjalankan kempen kitar semula di peringkat komuniti. Malah mereka telah menganjurkan 276 kali kempen dalam masa setahun yang melibatkan pengumpulan barangan kitar semula di kawasan perumahan yang meliputi 23 taman. Kempen tersebut diadakan pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Sumber : https://en.amitabhamalaysia.org/charity-work/financialrelief/

AMITABHA MALAYSIA miliki keprihatinan yang luar biasa

Page 18: DASAR KEBERSIHAN NEGARA Dilancaramun begitu, kos awalan N dan kos operasi untuk membina dan . merawat sisa secara WtE adalah terlalu tinggi berbanding kaedah pelupusan di tapak pelupusan

18 SWCorp NEWS

Peralatan yang diperlukan :

1. Pisau

2. Gunting

3. Gam untuk plastik

4. Double sided tape

5. Kertas warna untuk hiasan

6. Botol syampu kosong

7. Pen atau marker

Ruangan kali ini SWCorp News akan terus berkongsi kaedah untuk menghasilkan produk baharu dari barangan terbuang yang sudah pastinya berbaloi. Mari uji kreativiti anda dan selamat mencuba!

Cara-cara membuat bekas serbaguna :

1. Tebuk botol syampu dengan pisau.

2. Gunting botol syampu melalui bekas tebukan pisau kepada dua bahagian.

5. Gunakan kertas warna dan bentukkan rupa yang anda inginkan.

6. Lekatkan bentuk-bentuk tersebut pada botol syampu.

7. Lekatkan double sided tape pada sebelah belakang botol syampu.

Siap

KREDIT KEPADA : https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=888921&mobile=2

3. Gunakan bahagian atas botol syampu dan lukis bentuk yang anda inginkan.

4. Gunting bentuk tersebut dan lekatkan pada bahagian bawah botol syampu.

Tips 3R

Page 19: DASAR KEBERSIHAN NEGARA Dilancaramun begitu, kos awalan N dan kos operasi untuk membina dan . merawat sisa secara WtE adalah terlalu tinggi berbanding kaedah pelupusan di tapak pelupusan

19SWCorp NEWS

Kuala Lumpur : PPR Sg. Bonus

Di Kuala Lumpur, program terkini yang diadakan di PPR Sg. Bonus adalah engagement secara door to door berkaitan program Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca. Menerusinya, anggota penguatkuasa SWCorp telah menemui penduduk secara bersemuka dan bertanyakan tentang aktiviti pengasingan sisa pepejal oleh penduduk. Hasilnya, hebahan dapat dibuat mengenai kesedaran kebersihan dan pengasingan sisa pepejal, kepentingan menjaga alam sekitar di sekitar PPR dan mendidik masyarakat PPR melalui amalan kitar semula.

Pahang : Perumahan Rakyat Pak Mahat

Bagi Perumahan Rakyat Pak Mahat, Kuantan, SWCorp Pahang telah bekerjasama dengan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kuantan, Pihak Pengurusan Perumahan Rakyat Pak Mahat, beberapa agensi dan gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) bagi menjayakan Program Ekspo Rahmah Pak Mahat yang telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri

Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Fuziah Salleh. Satu lagi PPR Angkat di Pahang adalah PAKR Seri Kemuning, Termeloh. Semasa program tersebut, Pegawai SWCorp Pahang telah memberi penerangan berkenaan kepentingan 3R (Reduce, Reuse, Recycle). Antara aktiviti lain yang turut dijalankan oleh SWCorp Pahang adalah gotong royong, kutipan barang kitar semula dan juga pameran kesedaran awam. Hasil daripada program ini, pelbagai permasalahan dan pandangan yang diutarakan mendapat maklum balas daripada agensi yang berkaitan selain meningkatkan kesejahteraan bersama dalam kalangan penduduk.

Negeri Sembilan : Pangsapuri PD Perdana, Port Dickson

Bagi PPR Angkat Pangsapuri PD Perdana, Port Dickson, pada 21 Oktober lalu telah diadakan satu program pengedaran risalah Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca oleh anggota penguatkuasa SWCorp Cawangan Port Dickson. Program bertujuan mendidik masyarakat untuk menguruskan sisa pepejal secara betul dan menggunakan kemudahan yang telah disediakan dengan baik. Seramai empat orang anggota penguatkuasa terlibat dalam menjayakan engagement dengan penduduk di kediaman ini. Menerusi program ini, ia dapat memupuk semangat kerjasama dalam membudayakan amalan kebersihan,

mengeratkan hubungan antara penduduk setempat dan agensi kerajaan serta mendidik masyarakat untuk mencintai alam sekitar dengan rasa kebertanggungjawapan.

Melaka : PPR Tehel dan Sg. Putat

Manakala di Melaka, SWCorp Melaka memperluaskan program PPR Angkat ke PPR Sg. Putat bagi membuka kaunter harian untuk menerima sisa makanan dan barang kitar semula sejak Ogos 2019. Di PPR Tehel, pada bulan Oktober, sebanyak 744.06 kilogram sisa makanan, 413.33 kilogram barangan kitar semula dan 37.76 kilogram kutipan minyak masak telah berjaya dikumpulkan dengan jumlah keseluruhan pada bulan Oktober adalah sebanyak 1,195.16 kilogram. Jumlah keseluruhan sisa makanan 4,910.43 kilogram, barang kitar semula 2,245.83 kilogram dan kutipan sisa minyak 145.87 dengan jumlah keseluruhan 7,302.14 kilogram. Manakala di PPR Sg. Putat, pada bulan Oktober, sebanyak 47.05 kilogram sisa makanan, 86.95 kilogram barangan kitar semula dan 8.8 kilogram kutipan minyak masak telah berjaya dikumpulkan dengan jumlah keseluruhan pada bulan Oktober adalah sebanyak 142.77 kilogram. Jumlah keseluruhan sisa makanan 127.37 kilogram, barang kitar semula 311.59 kilogram dan kutipan sisa minyak 19.41 dengan jumlah keseluruhan 458.36 kilogram.

Johor : PPR Melana Indah

Di Johor, PPR Melana Indah, Iskandar Puteri telah meneruskan aktiviti kutipan barangan kitar semula dan sisa makanan. Pada bulan Oktober, jumlah sisa makanan dan sisa kitar semula yang diselamatkan dari dibuang ke tapak pelupusan adalah sisa makanan sebanyak

1.5 kilogramsisa kitar semula sebanyak 35.20 kilogram, sisa minyak masak sebanyak 11.2 kilogram dengan jumlah keseluruhan sebanyak 47.9 kilogram. Secara keseluruhan sepanjang tahun 2019, jumlah kutipan mencakupi sisa makanan 418.6 kilogram, sisa kitar semula 465 kilogram dan sisa minyak masak 150 kilogram menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,033.6 kilogram Secara umumnya, menerusi program yang dilaksanakan secara berterusan dan turun padang secara berkala oleh SWCorp, ia menunjukkan bahawa SWCorp serius dalam menggalakkan masyarakat menguruskan sisa pepejal dengan amalan yang terbaik.

Kedah : Flat Setia Jaya

Di Kedah bagi PPR Angkat Flat Setia Jaya, Alor Setar, ia meneruskan aktiviti kutipan dan jualan barangan kitar semula yang diadakan pada 25 Oktober 2019 melibatkan SWCorp Kedah dan KRT Flat Setia Jaya. Jualan barangan kitar semula telah dibuat kepada Environment Idaman Sdn. Bhd. Jumlah kutipan yang terkumpul ini ia sekaligus menunjukkan keberkesanan terhadap program-program yang dijalankan selama ini Selain memupuk sikap bertanggungjawab dan amalan 3R di kalangan para penduduk, ia juga dapat menyelamatkan sisa yang boleh dikitar semula dari terus dibuang ke tapak pelupusan. Jumlah kutipan bagi bulan Oktober adalah sebanyak 991.5 kilogram bersamaan RM476.35.

Perlis : Pangsapuri Kuala Perlis

Untuk Perlis, di Pangsapuri Kuala Perlis, SWCorp Negeri Perlis telah mengadakan engagement berkaitan Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca di Pangsapuri Kuala Perlis. Seramai dua anggota penguatkuasa terlibat dalam sesi engagement ini bagi memastikan penduduk menjalankan pengasingan sisa pepejal dengan kaedah yang betul. Selain itu, penduduk turut dinasihatkan supaya menggunakan tong sampah yang disediakan dengan sebaik mungkin dan tidak membuang sampah ke dalam kawasan sekolah bersebelahan.

RUANGAN IKLAN

UndergroundSystem

UndergroundSystem

Gravity

& Vacuum Sys

tems

Hot dipped Galvanised bin

660L / 1100L

Stainless Steel Bins

BenchesKuala Lumpur: 03-8964 0666 / North: 04-264 3288

Manufacturer:

Importer & Exclusive Distributor for:

Exclusive Business Partner:

www.sulomas.com.my

SULOMAS SDN. BHD. (1087745-A) 7, Jalan Nouvelle, Nouvelle Industrial Park Balakong, 43300 Seri Kembangan, Selangor, MalaysiaT +603 8964 0666 F +603 8964 0777 E [email protected]

Kempen "Buang Sampah Ke Dalam Tong Sampah" beri impak positif pada komuniti

Keluaran sebelum ini SWCorp News telah berkongsi tentang kempen “Buang Sampah Ke Dalam Tong Sampah” yang dijalankan di PPR Angkat (sehingga Julai 2019) di setiap negeri sebagai projek perintis. Kali ini SWCorp News akan berkongsi mengenai pelaksanaan di peringkat negeri dan aktiviti yang telah dijalankan sehingga bulan Oktober 2019.

Page 20: DASAR KEBERSIHAN NEGARA Dilancaramun begitu, kos awalan N dan kos operasi untuk membina dan . merawat sisa secara WtE adalah terlalu tinggi berbanding kaedah pelupusan di tapak pelupusan

Dia begitu tekun menyelongkar timbunan sampah yang membukit di situ. Biar apa orang nak kata

tentang pekerjaannya, baginya sampah itu ibarat emas. Dengan sampah itulah dia berjaya menghantar sekolah tiga anaknya hingga mereka berjaya belajar sampai ke universiti. Keman, lelaki yang menyara keluarga dengan hasil sampah yang dikitar semula. Di kampungnya di Bangun, Indonesia ramai yang sepertinya. Bangun adalah antara penempatan miskin di Pulau Jawa dan kebanyakan penduduknya mencari rezeki daripada sampah yang diimport dari negara Barat termasuk Amerika Syarikat, Britain, Belgium dan juga Asia Barat. Hampir satu pertiga daripada penduduk di bandar itu mencari dan menjual semula sampah seperti botol, pembalut dan cawan plastik yang semakin bertimbun di kawasan berkenaan selepas China mengharamkan import sampah dari luar negara pada awal tahun ini. Kebanyakan negara maju berdepan masalah untuk mengatasi peningkatan sampah plastik, tetapi bagi penduduk di Bangun, sampah itu umpama wang bagi mereka. “Saya ada tiga anak dan semua belajar di universiti. Semua ini adalah hasil

kerja keras saya mencari sampah untuk dikitar semula,” kata Keman ketika berdiri di atas padang sampah sedalam buku lali. Sambil terus menyelongkar timbunan sampah, Keman memberitahu, pekerjaan yang dianggap kotor itu kini menjadi sumber pendapatan dan pendidikan anaknya. Sebelum ini, China satu masa dulu adalah negara kitar semula terbesar dunia tetapi keputusan Beijing mengharamkan pengimportan sisa buangan mengakibatkan industri itu menjadi huru-hara. Kini sebahagian besar sampah berkenaan dihantar ke negara Asia Tenggara. Greenpeace memberitahu, import plastik sampah Indonesia meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, daripada 10,000 tan sebulan pada lewat 2017 kepada 35,000 tan sebulan pada lewat tahun lalu. Menyorot kisah Keman, di negara kita usaha mendidik amalan kitar semula terus giat dilakukan. SWCorp sendiri giat menghasilkan produk kitar semula. Antaranya ialah "Tee Bag" dan Tisu Batik Pelangi di samping arca-arca yang dinamakan sebagai "sculpture". Produk ini akan dikongsikan kepada orang awam khususnya semasa pameran yang dijalankan. "Tee Bag" dihasilkan daripada baju terpakai untuk menjadi beg manakala Tisu Batik Pelangi dihasilkan daripada tisu yang ditambah nilai dengan warna yang menarik. Jualan Tisu Batik Pelangi yang dihiaskan menggunakan bingkai boleh mencecah ratusan ringgit setiap satu bergantung kepada nilai estatikanya. SWCorp juga mula mempromosi kempen untuk mengitar semula sampah menjadi sesuatu yang bernilai dan seterusnya boleh menjadi sumber pendapatan sampingan.

Sampah ibarat emas buat Keman

TALIAN INDAHKAN MALAYSIA 1 800 88 7472Salurkan aduan berkaitan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.

KUALA LUMPUR PUTRAJAYA PAHANG NEGERI SEMBILAN MELAKA JOHOR KEDAH PERLIS

www.swcorp.gov.my @swcorp_MYfb.com/swcorpMY @swcorp_MY

Sampahhakikatnya adalah "sisa

buangan" yang hanya bernilai, malah pada

harga yang tidak ternilai, bagi penilai yang bijak

menilai.

Karya Zaini Ujang