dasar dan perundangan pendidikan khas(lv)

5
DASAR DAN PERUNDANGAN PENDIDIKAN KHAS Program pendidikan khas yang dijalankan berlandaskan kepada peraturan, perundangan, deklarasi-deklarasi, dan persidangan (1) Akta dan Peraturan Akta Pendidikan 1961 Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Dasar Pelajran 1979, Bab VI Akta Pendidikan 1996, Bab 8 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas 1997) Akta Pendidikan (pindaan) 2002 Keputusan Jawatankuasa Dasar, Kementerian Pendidikan Malaysia [Jawatankuasa Perancang Pendidikan (JPP), Mesyuarat Pengurusan Kementerian Pendidikan Malaysia, Jawatankuasa Kurikulum Pusat (JKP) dan Mesyuarat Pengurusan Jabatan Pendidikan Khas. Implikasi Akta dan Peraturan ke Atas Pendidikan Khas (i) Akta Pendidikan 1961 Konsep Sekolah Khas: “Sekolah Khas ialah sekolah yang menyediakan layanan pendidikan yang khas untuk murid-murid yang kurang upaya”. (ii) Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979, Bab VI memberi fokus kepada pendidikan kanak-kanak cacat: “Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap pendidikan kanak-kanak cacat, adalah diperakukan kerajaan mengambil alih sepenuhnya tanggungjawab pendidikan itu dari pihak-pihak persatuan yang mengendalikannya pada masa ini. Di samping itu, penyertaan oleh badan-badan

Upload: cikgu-mahathir

Post on 28-Nov-2015

1.330 views

Category:

Documents


54 download

DESCRIPTION

berkenaan dasar dan perundangan pendidikan khas

TRANSCRIPT

Page 1: Dasar Dan Perundangan Pendidikan Khas(Lv)

DASAR DAN PERUNDANGAN PENDIDIKAN KHAS

Program pendidikan khas yang dijalankan berlandaskan kepada peraturan, perundangan,

deklarasi-deklarasi, dan persidangan

(1) Akta dan Peraturan

Akta Pendidikan 1961

Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Dasar Pelajran 1979, Bab VI

Akta Pendidikan 1996, Bab 8

Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas 1997)

Akta Pendidikan (pindaan) 2002

Keputusan Jawatankuasa Dasar, Kementerian Pendidikan Malaysia [Jawatankuasa Perancang

Pendidikan (JPP), Mesyuarat Pengurusan Kementerian Pendidikan Malaysia, Jawatankuasa

Kurikulum Pusat (JKP) dan Mesyuarat Pengurusan Jabatan Pendidikan Khas.

Implikasi Akta dan Peraturan ke Atas Pendidikan Khas

(i) Akta Pendidikan 1961

Konsep Sekolah Khas: “Sekolah Khas ialah sekolah yang menyediakan layanan pendidikan

yang khas untuk murid-murid yang kurang upaya”.

(ii) Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979, Bab VI

memberi fokus kepada pendidikan kanak-kanak cacat:

“Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap

pendidikan kanak-kanak cacat, adalah diperakukan kerajaan mengambil alih sepenuhnya

tanggungjawab pendidikan itu dari pihak-pihak persatuan yang mengendalikannya pada masa

ini. Di samping itu, penyertaan oleh badan-badan sukarela dalam memajukan pendidikan

kanak-kanak cacat hendaklah terus digalakkan.”

(iii) Peraturan Pendidikan 1997 (dlm Akta Pendidikan 1996):

mengakui hak murid berkeperluan khas utk diinklusifkan dalam kelas biasa.

Peraturan (2) menyebut, pendidikan inklusif bermaksud: “satu program pendidikan inklusif

bagi murid-murid dengan keperluan khas yang boleh menghadiri di kalam kelas biasa bersama-

sama dengan murid-murid biasa.”

Page 2: Dasar Dan Perundangan Pendidikan Khas(Lv)

Perkara ini telah dimasukkan dalam Sasaran Kerja Utama (SKU) Kementerian Pendidikan pada

tahun 2000, iaitu: “6.1 mengintegrasikan pelajar yang mempunyai keperluan khas di sekolah

biasa.”

Terdapat ‘Inklusif Penuh’ dan ‘Inklusif Separa’

(iv) Public Law 94-142 (P.L. 94-142) (di USA)

Termaktub sebagai undang-undang pada 1975.

Pangggilan asal ialah “Education for All Handicapped Children Act” dan ditukar kepada

“Individuals with Disabilities Education Act”.

Merupakan mercu tanda kepada perundangan yang telah mengubah senario pendidikan khas.

Ciri-ciri utama P.L., 94-142:

1. Pendidikan awam yang percuma dan sesuai hendaklah diberi kepada semua kanak-

kanak kurang upaya.

2. Sistem persekolahan mesti mempunyai cara-cara untuk melindungi hak-hak kanak-

kanak kurang upaya serta ibu bapa mereka.

3. Kanak-kanak kurang upaya hendaklah dididik bersama-sama dengan kanak-kanak biasa

ke tahap yang maksimum.

4. Satu program pendidikan yang bercorak individu (IEP) hendaklah dibentuk dan

dilaksanakan untuk setiap kanak-kanak kurang upaya.

5. Ibu bapa kanak-kanak kurang upaya hendaklah diberi/memainkan peranan yang aktif

dalam proses membuat keputusan pendidikan tentang kanak-kanak kurang upaya.

6. Negeri-negeri yang memenuhi keperluan-keperluan dalam P.L., 94-142 akan menerima

wang cukai persekutuan untuk membantu membiayai kos tambahan bagi menaja

perkhidmatan pendidikan khas.

(2) Deklarasi Antarabangsa Berkaitan Dengan Pendidikan Khas

1. Deklarasi Hak-Hak Kemanusiaan Sejagat 1948 (PBB)

2. United Nations’ World Program of Action Concerning Disabled Persons (1983)

3. The United Nation Convention on the Rights of the Child (1989)

4. The World’s Declaration on Education for All (1990)

Page 3: Dasar Dan Perundangan Pendidikan Khas(Lv)

5. Deklarasi “The United Nations’ Rule on the Equalisation of Opportunities for Persons with

Disabilities (1993)

6. The Framework for Action on Special Needs Education (Salamanca Statement, 1994).

7. Biwako Millennium Framework for Action towards an Inclusive Barrier-Free and Right-

Based Society for persons with Disabilities in Asia and the Pacific (2002)

Implikasi Deklarasi ke atas Pendidikan Khas

(i) Deklarasi Hak-Hak Kemanusiaan Sejagat 1948 (PBB) menyentuh hak bagi setiap

individu untuk mendapat pendidikan dan ditegaskan semula dalam Persidangan Dunia

bertemakan “Pendidikan Untuk Semua” (Education for All) di Jomtien, Thailand pada 1990:

“Keperluan-keperluan pembelajaran untuk orang kurang upaya menuntut perhatian yang

khusus. Langkah-langkah perlu diambil untuk menyediakan persamaan akses kepada

pendidikan untuk semua kategori orang kurang upaya sebagai bahagian yang sepadu dalam

sistem pendidikan.”

Implikasi:

Deklarasi ini menghasilkan “peraturan-peraturan Standard Mengenai Persamaan Peluang-

peluang Pendidikan untuk orang kurang upaya (1993)”.

Negara-negara dunia digesa memastikan bahawa pendidikan orang kurang upaya dimasukkan

dalam sistem pendidikan negara masing-masing.

(ii) Pernyataan Salamanca (7-10 Jun 1994, Spain):

Dihasilkan dalam ‘Persidangan Dunia Mengenai Pendidikan Berkeperluan Khas: Akses dan

Kualiti’.

“Mereka yang memerlukan pendidikan khas mesti mempunyai akses di sekolah-sekolah biasa

yang menerima mereka dengan pedagogi yang berpusatkan murid dan mampu memenuhi

keperluan mereka”.

“Sekolah-sekolah biasa yang berorientasi inklusif merupakan cara yang paling berkesan untuk

menentang sikap-sikap diskriminasi, membentuk komuniti-komuniti yang menerima, membina

masyarakat yang inklusif dan memenuhi pendidikan untuk semua”.

Implikasi: Pendidikan Inklusif diperkenalkan

Page 4: Dasar Dan Perundangan Pendidikan Khas(Lv)

(3) PERSIDANGAN DUNIA

Laporan Warnock (Warnock Report)

The Committee of Enquiry into Education of Handicapped Children and Young People

ditubuhkan pada 1974. Mesyuarat pertama pada Sept. 1974 dan yang terakhir pada Mac 1978.

Melalui akta-akta yang telah ada menjadikan semua kanak-kanak berkeperluan khas termasuk

dalam kerangka pendidikan khas. Semua kanak-kanak yang walau bagai mana teruk

ketidakupayaannya, tetap dikira sebagai boleh dididik. Tujuan pendidikan adalah sama bagi

semua (berupaya atau tidak berupaya). Intervensi awal kanak-kanak berkeperluan khas

(sehingga 5 tahun).