dari meja pengarang - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/nadi_upload/nadi ingress edisi...

24

Upload: haxuyen

Post on 02-Mar-2019

295 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Dari Meja Pengarang - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 5 Final.pdf · Akhir kata, Sidang Pengarang mengucapkan “Selamat Menghayati dan
Page 2: Dari Meja Pengarang - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 5 Final.pdf · Akhir kata, Sidang Pengarang mengucapkan “Selamat Menghayati dan

Dari Meja Pengarang

Sidang PengarangKetua Pengarang

Ramli bin Napiah

PengarangMuhamad Azmi bin Muhamad Nor

Penolong Pengarang

Mohamed Diah bin Baharun

Sidang Pengarang

Rosyatimi binti AbdullahRosli bin Ishak

Mohd. Fadli bin Che MeNizaiham binti Mohd. Nor

Mat Ali bin MohamedKhyrun Anuar bin Zainol

Mohd. Azhar bin TaibAhmad Jeffridin bin Jaais (ITSB)

Abdul Aziz bin Mohd. Yunus (ICB)Siti Nurbaya binti Shahrir (MDSB)

Charan Hamdanee (IAV)Rosidi bin Hasan (PT. IMV)

Hidzir bin Abdullah (ITC)

Jurufoto dan EdaranMohd. Fadli bin Che Me

Penerbit

Ingress Corporation BerhadLot 1M, 1st Floor, No. 2, Tasik Ampang, Jalan Hulu Klang,

68000 Ampang, Selangor.Tel: 03-4252 9696 Faks: 03-4252 9393Laman Web: www.ingresscorp.com.my

Rekabentuk dan Urus CetakTriknight Communications Sdn. Bhd.

36-3, Jalan 24/70A, Off Jalan Bukit Kiara, Desa Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur

Tel: 03-2300 1051 / 1052 Faks: 03-2300 1062E-mail: [email protected]

Isi Kandungan

Dari Meja PengarangAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala pujian hanya kepada Allah, Pencipta sekalian alam. Selawat dan salam ke atas Rasulullah s.a.w, keluarga Baginda dan para sahabat.

Al-Hamdulillah, marilah sekali lagi kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpahan dan barakah daripada-Nya, kita sekali lagi berpeluang untuk bersua di dalam Nadi Ingress Edisi Kelima di dalam rentetan 3 bulan Islam yang mulia iaitu Rejab, Sya’aban dan Ramadhan. Sabda Rasulullah s.a.w.:

“Rejab adalah bulan Allah s.w.t., Sya’aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan Umatku.”

(Riwayat Abu al-Fatah bin Abu al-Fawan)

Rejab dan Sya’aban telah berlalu. Ramadhan 1424 Hijrah menjelang lagi. Sebagai muqaddimah, marilah kita sama-sama merebut ganjaran dan kelebihan di dalam bulan-bulan ini bagi membuktikan penghambaan kita kepada Yang Maha Esa di samping meningkatkan amal

2 Dari Meja Pengarang

3-4 Amanat Naib Pengerusi Eksekutif

5 Berita Korporat Ingress Group •MesyuratAgongTahunanKali Keempat •“AnalystBriefing”KaliKeempat • SupplyofMouldingstoToyota • LawatanKWSPkeICB

6-7 BeritaKualiti • InfoQCC • KonvensyenQCCKaliKetujuh • PraPemilihanPenyertaan KonvensyenQCC

8-10 BeritaHRD • AnugerahPekerjaTerbaik2002 • KempenDermaDarah • DelegasiAPOdanNPC • ProgramPekerti(PemantapanEtika Kerja&TDCIngress) • “MotivatedTeamLeadershipWorkshop”

11 BeritaKeselamatan&Kesihatan Pekerjaan • Telinga,MatadanHati

bakti kita ikhlas semata-mata kerana-Nya. Marilah kita sama-sama meraih rahmat dan keampunan-Nya dengan memperbanyakkan amalan zikrullah, mendirikan solat-solat sunat, bertadarrus, bersedekah dan melaksanakan Qiyamullail kerana kebiasaan Qiyamullail akan memudahkan kita menjejaki Lailatul Qadar yang dijanjikan Allah lebih baik dari 1000 bulan ke atas hamba-hamba-Nya yang terpilih.

Selain itu, jadikanlah amalan-amalan sunat sepanjang Ramadhan ini sebagai amalan yang berterusan untuk bulan-bulan Islam yang seterusnya semata-mata untuk mencapai “Mardhatillah”. Amalkanlah sifat sabar yang dipupuk sepanjang Ramadhan untuk kita berusaha dengan penuh komitmen, kesungguhan dan kesabaran di dalam mencapai matlamat syarikat yang kita cintai ini, di samping menjaga hubungan baik kita dengan Allah (Hablumminallah) dan hubungan kita sesama manusia (Hablumminannas).

Saudara dan saudari yang dikasihi sekalian,

Sebahagian daripada kita baru sahaja menjalani Program Mukhayyam yang bertemakan “Tajdid ke Arah Kecemerlangan” dan Anugerah Pekerja Terbaik bagi tahun 2002. Justeru itu, pada bulan yang suci dan mulia ini, sama-samalah kita bermuhasabah dan mula mengatur perancangan mengorak langkah baru ke arah kecemerlangan diri kita, organisasi, masyarakat dan seterusnya ummah. Ini bagi menzahirkan apa yang telah sama-sama kita perolehi pada program Mukhayyam 2003.

Insya-Allah, dengan berakhirnya Ramadhan, fajar Syawal akan menjelma. Gunakanlah kesempatan yang ada untuk kita sama-sama bermaaf-maafan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan mewujudkan keharmonian sesama warga Ingress.

Akhir kata, Sidang Pengarang mengucapkan “Selamat Menghayati dan Menghidupkan Ramadhan al-Mubarak” dan “Salam Aidilfitri” untuk semua. Dengan ingatan tulus ikhlas, maaf zahir dan batin.

Sekian daripada Meja Pengarang.

Wassalam.

12-13 Fokus • Mukhayyam2003

14-15 Berita“Subsidiaries” • KejohananAkhirBadmintonTertutup KumpulanMultiDiscovery • JamuanBarbeku • MatrixHydroGenerationSdn.Bhd. • PerlawananBolaTamparITSBvsPVD PERODUA

16 SudutAgama17 PersonalitiNadiIngress • PeringkatEksekutif

18-19 KelabKakitangan • KursusPengurusanJenazahKali Pertama • ProgramRekreasiKakitangan PerkilanganIESB • Jalan-JalanCariMakan • HariKeluargaITSB

20-21 Nostalgia • SelamatPengantinBaru • CahayaMata

22-23 CandidCamera 24 Karya

Page 3: Dari Meja Pengarang - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 5 Final.pdf · Akhir kata, Sidang Pengarang mengucapkan “Selamat Menghayati dan

Saudara saudari warga Ingress yang dirahmati Allah,

Al-Hamdulillah sekali lagi kita bertemu. Pertemuan kita kali ini amat bermakna kerana ia berlangsung dalam bulan-bulan yang mulia iaitu Rejab, Sya’aban dan Ramadhan.

“Rejab bulan Allah dan kelebihannya terhadap lain-lain bulan bagaikan kelebihan Allah

terhadap makhluk-Nya. Sya’aban bulanku dan kelebihannya terhadap lain-lain bulan bagaikan

kelebihanku atas lain-lain Nabi. Ramadhan bulannya ummatku dan kelebihannya dari lain-

lain bulan bagaikan kelebihan ummatku

terhadap yang lain”.

(maksud Hadis dari kitab Tanbihul Ghafilin)

Rebutlah peluang ganjaran malam Lailatul Qadar yang dijanjikan oleh Allah s.w.t. bersamaan dengan seribu bulan pada kesempatan Ramadhan tahun ini. Yakinlah bahawa Allah sekali-kali tidak akan memungkiri janji. Sedarlah bahawa Allah sedikitpun tidak memerlukan amalan kita. Sebaliknya kita yang perlu beramal bagi mendapatkan keredhaan-Nya. Bayangkan betapa indahnya hidup ini jika kita tergolong di dalam golongan hamba-hamba-Nya yang diredhai. Renungkanlah firman Allah yang bermaksud:

“Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi

diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jema’ah hamba-hamba-Ku dan masuklah

ke dalam syurga-Ku”.

(Surah al-Fajr: ayat 27-30)

Untuk diredhai Allah, kita perlu berusaha untuk mengubah budaya hidup kita dari kejahilan kepada keilmuan; dari kefasikan kepada kewara’kan; dari kekufuran kepada keimanan; dan dari kesyirikan kepada ketauhidan. Perlu

disedari bahawa budaya korporat Ingress adalah merupakan budaya kolektif setiap warga Ingress. Justeru itu, berbagai-bagai program dirancang dan dilaksanakan untuk membina budaya individu warga Ingress agar ia bersesuaian dengan budaya korporat yang hendak dibina oleh kepimpinan Ingress seperti Mukhayyam, siri kuliah Pengurusan Islam, ceramah agama bulanan, kursus-kursus motivasi, QCC dan sebagainya. Sebagai umat Islam yang beriltizam dengan Islam sudah tentu budaya yang ingin dibina oleh kepimpinan Ingress adalah BUDAYA ISLAM; yakni setiap tindak-tanduk kita seharusnya berlandaskan Syariat. Berlandaskan Syariat bermakna berdasarkan al-Quran, as-Sunnah, Ijma’ dan Qias. Iltizam ini memerlukan agar kita berusaha untuk mengurus, memimpin, bekerja, dan berinteraksi dengan pelanggan berdasarkan Islam. Ia bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan kesungguhan dan pengorbanan zahir dan batin.

Saudara saudari,

Imam al-Ghazali pernah berpesan agar kita berusaha supaya “disukai, disayangi dan diredhai.” Pesanan Imam Ghazali ini memerlukan kita memperbaiki akhlak sama ada akhlak kepada Allah mahupun akhlak kepada manusia. Bayangkan betapa perniagaan kita akan berjalan lancar jika para pelanggan kita menyukai, menyayangi dan meredhai kita; bayangkan betapa harmoninya kepimpinan kita jika kita disukai, disayangi dan diredhai oleh anak-anak buah kita; bayangkan betapa seronoknya kita bekerja jika kita disukai, disayangi dan diredhai oleh para penyelia kita. Pencapaian hasrat tersebut memerlukan pengorbanan. Tiada pengorbanan, tiada kejayaan!

Pra syarat utama agar disukai, disayangi dan diredhai ialah maaf-memaafi. Justeru itu, ambillah peluang bulan Syawal yang menjelang tiba ini untuk kita bermaaf-maafan antara satu sama lain. Kita harus sedar bahawa tiada bumi yang tidak ditimpa hujan. Selain itu, program-program rekreasi dan kekeluargaan seperti sukaneka, berbuka puasa, rumah terbuka Hari Raya dan seumpamanya akan juga menjadi pemangkin kepada pembinaan semangat persaudaraan kita. Saya menyarankan agar program-program tersebut diberi sambutan.

Akhir sekali, menjadi harapan saya agar kita berusaha bersungguh-sungguh dengan penuh kesabaran untuk mempertingkatkan pencapaian Syarikat. Marilah sama-sama kita berdoa agar semua operasi kita samada di dalam mahupun di luar negara diberkati, projek-projek kita berjalan seperti yang dirancang dan pendapatan kita

diredhai.

Selamat Berpuasa.Selamat Hari Raya Aidil Fitri.

Maaf Zahir dan Batin.

Blessed members of Ingress,

Al-Hamdulillah we meet again. Our meeting is very meaningful as it happens in the blessed months of Rejab, Sya’aban and Ramadhan.

“Rejab is the month of Allah and it’s virtue is like the greatness of Allah to that of

His creations. Sya’aban is my month and it’s virtue to that of the other months is like my

virtue over the other prophets. Ramadhan is the month of my ummah and it’s virtue over the other months is like the virtue of my ummah to

that of the other ummah”.

(meaning of the hadis narrated in Tanbihul Ghafilin)

Grab the opportunity of the Lailatul Qadar in this Ramadhan which has been promised by Allah s.w.t. to equal that of one thousand months. Rest assure that Allah will never break His promised. We have to realized that Allah do not need our good deeds. It’s we that need to do good deeds in order to earn His pleasure. Imagine how beautiful our life will be if we are part of those devotees that are pleased by Allah. Give a thought to the firman of Allah, the meaning is: (To the righteous soul will be said:

“O (thou) soul, in (complete) rest and satisfaction! Come back thou to thy Lord, well pleased (thyself), and well pleasing

unto Him! Enter thou then among my devotees! Yea, enter thou My heaven!”.

(Surah al-Fajr: ayat 27-30)

To earn the pleasure of Allah, we have to seriously change our culture (way of life) from ignorant to knowledge; from fasiq to wara’; from kufr to iman; and from syirik to tauhid. We have to realized that the Corporate Culture of Ingress is the collective culture of every members of Ingress. Hence, various programmes such as Mukhayyam, Islamic Management

Amanat Naib Pengerusi Eksekutif

Continued on page 4

Carilah Rahmat dan Redha Ilahi

Page 4: Dari Meja Pengarang - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 5 Final.pdf · Akhir kata, Sidang Pengarang mengucapkan “Selamat Menghayati dan

breaking of fast, Hari Raya open house etc will also serve as catalyst towards development of Islamic Brotherhood. Hence, I would like to urge that such programmes be supported.

Lastly, it is my wish that we strive with full of patience to improve our company’s performance. Let’s together we pray that our revenues and operation, domestic as well as overseas is blessed by the Almighty and our projects proceed as planned.

Selamat Berpuasa.Selamat Hari Raya Aidil Fitri.

Maaf Zahir dan Batin.

Ethics lecture series, monthly religious talk, motivational workshops, QCC etc were planned and implemented to develop the individual culture so as to make it compatible to Ingress Corporate Culture. As muslims that are committed to Islam, obviously the culture aspired by Ingress leadership is the ISLAMIC CULTURE i.e. all our actions to be based on the Syari’ah. Based on the Syari’ah means abiding to the al-Qur’an, as-Sunnah, Ijma’ and Qias. This needs our commitment to manage, lead, work and interact with our customers base on the teachings of Islam. It’s not an easy task. It requires seriousness and physical as well as spiritual sacrifices.

Brothers and sisters,

Amanat Naib Pengerusi Eksekutif

Imam al-Ghazali advised us to strive so as “to be likeable, loveable and pleasurable.” Imam Ghazali’s advised requires us to improve our akhlak to Allah as well as to fellow human beings. Imagine how well our business will be if we are “liked, loved and pleased” by our customers; imagine how harmonise our leadership will be if we are “liked, loved and pleased” by our subordinates; imagine how enjoyable work can be if we are “liked, loved and pleased” by our superiors. Sacrifices is a must for such aspirations. No sacrifice, no success!

Main pre-requisite to be “liked, loved and pleased” is forgive and being forgiven. Hence, please take the opportunity of the coming (month of) Syawal to forgive and seek forgiveness. We must realize that no one is free of errors, mistakes and wrong doings. Beside that, recreational and family oriented programmes such as telematches,

Berita Korporat

Mesyuarat Agong Tahunan Kali Keempat, Ingress Corporation Berhad (ICB) telah diadakan pada hari Khamis, 17 Julai 2003 bertempat di Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan pada jam 10.30 pagi.

Mesyuarat Agong pada kali ini dihadiri oleh 167 orang yang terdiri daripada Barisan Ahli Lembaga Pengarah ICB, para Pemegang Saham dalaman dan luaran, jemputan-jemputan khas dan kakitangan ICB serta anak-anak syarikat yang lain. Pihak penganjur yang diketuai oleh Jabatan Komunikasi Korporat juga turut menjemput pihak media samada media cetak mahupun elektronik seperti New Strait Times, The STAR, Star Publication, Bloomberg, Radio Televisyen Malaysia (RTM), Nanyang Siang Pau dan China Press.

Mesyuarat berakhir pada jam 12.30 tengahari dan semua hadirin disajikan dengan juadah makanan tengahari.

Mesyurat Agong Tahunan Kali Keempat

BarisanAhliLembagaPengarahICB.

Sebahagiandaripadatetamuyanghadir.

Ketika“PressConference”.

Continued from page 3

Page 5: Dari Meja Pengarang - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 5 Final.pdf · Akhir kata, Sidang Pengarang mengucapkan “Selamat Menghayati dan

Berita Korporat

Ingress is pleased to announce that its wholly-owned subsidiary Ingress Engineering Sdn. Bhd. (IESB) has, on 21 July 2003, received a Letter of Intent (LOI) dated 18 July 2003 from Assembly Services Sdn. Bhd. (ASSB) a wholly-owned subsidiary of UMW Toyota Motor Sdn. Bhd., the assembler of Toyota vehicles in Malaysia. The LOI is for the supply of mouldings products for Toyota’s Innovative International Multi-Purpose Vehicles (IMV) project which comprises a few makes of vehicles for different market segments.

The LOI confirms the general acceptance by ASSB for the supply of the above products for an aggregate of 20,000 vehicle sets a year commencing May 2004.

The capital expenditure for the project is estimated to be RM 1.5 million, from which the Group is expected to generate annual revenue of RM 1.2 million. Nevertheless, the project will have no material effect for the current financial year ending 31 January 2004.

This announcement is dated 22 July 2003.

Supply of Mouldings to Toyota

“Analyst Briefing” Kali Keempat telah diadakan pada hari Isnin, 22 September 2003 bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 12.30 tengahari di Crown Princess Hotel, Kuala Lumpur. Program yang diadakan selama dua kali setahun sejurus

“AnalystBriefing”

Kali Keempat

selepas pengumuman suku tahun kedua dan keempat diputuskan ini dihadiri oleh semua barisan pengurusan kanan Kumpulan Syarikat Ingress yang terdiri daripada Timbalan Pengurus Besar ke atas dan Para Penganalisa dari pelbagai syarikat seperti broker saham, bank-bank dan lain-lain dengan penyertaan 100 orang hadirin.

Antara objektif utama program ini diadakan adalah untuk memberikan sedikit penerangan mengenai pelaburan syarikat Ingress dan strategi-strategi korporat. Selain itu, prestasi kewangan syarikat bagi tahun kewangan 2003/2004 juga turut diperbincangkan. Sessi “Question & Answer” dijalankan sebelum semua hadirin menikmati jamuan makan tengahari pada jam 12.30 tenghari.RuangPameranprodukkeluaranIngress.

AhliLembagaPengarahICB.

Jabatan Kajian dan Penyeliaan Pelaburan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerjaan (KWSP) telah mengadakan agenda lawatan ke Ingress Corportion Berhad (ICB) pada 29 September 2003 pada jam 5.00 petang. Lawatan ini dketuai oleh Ketua Pegawai Operasi KWSP, Datuk Azlan Zainol dengan diiringi oleh Dr. Roslan A. Ghaffar, Pn. Rita Benoy Bushon, Pn. Sharizad Jumaat, En. Mohd Nasir Ab. Latif, Pn. Jasmin Mohd Khalid dan Cik Zaini Shaari.

Antara agenda utama lawatan adalah untuk mengadakan mesyuarat bersama-sama dengan pihak peng-urusan ICB untuk mendapatkan maklumat dan pendedahan mengenai operasi ICB, perancangan dan strategi masa hadapan serta cabaran-cabaran yang dihadapi oleh ICB di dalam berhadapan dengan industri global. Ini adalah bertujuan untuk menjamin keselesaan pelaburan yang dibuat oleh KWSP ke atas ICB.

Lawatan KWSP ke ICB

SessiperbincanganantaraIngressdanKWSP.

Melawatruangpameranprodukkeluaran Ingress.

Menikmatijamuanringansambilbertukar-tukarinfo.

Bergambarkenangansebelumpulang.

Page 6: Dari Meja Pengarang - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 5 Final.pdf · Akhir kata, Sidang Pengarang mengucapkan “Selamat Menghayati dan

Berita Kualiti

INFO QCCLANGKAH-LANGKAH DI DALAM

MENYELESAIKAN MASALAH

Langkah 5: Mengenalpasti Masalah di Kawasan Kerja

Masalah di kawasan kerja boleh dikenalpasti melalui kae-dah-kaedah seperti berikut:

• Melalui kedah cungkilan budi (Brain Storming) - Semua ahli memberi pendapat dan pandangan tentang masalah yang dihadapi.

• Maklumat dari jabatan lain yang dikumpulkan.• Pandangan atau pendapat daripada pihak atasan yang

berpengalaman.

Langkah 6: Menganalisa Masalah

• Apabila punca-punca masalah dikeluarkan oleh ahli kumpulan, carta untuk mengenalpasti masalah utama mesti dibuat.

• Dengan pengumpulan data, punca utama masalah dapat dikenalpasti dengan menggunakan Carta Pareto.

• Untuk punca masalah paling utama, satu cara “Faktor Khas” mesti dibuat untuk mengenalpasti masalah sebe-nar secara terperinci.

Pra Pemilihan Penyertaan Konvensyen QCC Kumpulan telah diadakan pada hari Isnin, 25 Ogos 2003 bermula pada jam 9.00 pagi ber-tempat di Lobi Eksekutif, Ingress Operasi Nilai. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengurus Jabatan Pengurusan Sistem Kualiti (QMS), En. Ahmad Shukri bin Ishak. Seterusnya Tn. Hj. Ramli Napiah, Pengarah Eksekutif Kumpu-lan pula menyampaikan ucapan pembukaan.

Sebanyak lapan kumpulan telah berentap untuk melayakkan diri bertanding ke peringkat akhir Kon-vensyen QCC Kali Ketujuh yang diadakan di Asia Pattaya Beach Hotel, Pattaya, Thailand pada 27 September 2003. Kumpulan yang terlibat adalah: V-Tech 1 (IESB); Tekad (ITSB); Turbo (IPSB); Achtung 2 (IPSB); Expert (ITSB); The Act (IESB); Buzz (IPSB); dan Smart (ITSB).

Pemilihan pemenang pada kali ini diadili oleh Juri yang tidak asing lagi bagi Kumpulan Syarikat Ingress, iaitu En. Abd. Rahman bin Khamis dan Tn. Hj. Yassin bin Mohamad. Berdasarkan ke-pada kriteria pemarkahan yang telah ditetapkan, maka lima kumpulan telah terpilih untuk menyertai Konvensyen QCC Kali Ketujuh iaitu: Kumpulan Turbo (IPSB); V-Tech 1 (IESB); The Act (IESB); Tekad (ITSB); dan Expert (ITSB).

Majlis berakhir selepas keputusan diumumkan pada jam 3.45 petang.

Pra Pemilihan Penyertaan Konvensyen QCC

Tn.Hj.RamlibinNapiahmenyampaikansedikitucapan.

UcapandaripadaPengurusQMS, En.AhmadShukribinIshak.

Salahsatudaripadakumpulanyangdisaringmenyampaikanpersembahan.

PengurusanKananIngressbersama-samadenganjuridanparapeserta.

Konvensyen QCC Kali Ketujuh

PersembahanTarianKebudayaanThailand.

Page 7: Dari Meja Pengarang - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 5 Final.pdf · Akhir kata, Sidang Pengarang mengucapkan “Selamat Menghayati dan

Berita Kualiti

Konvensyen QCC Kali Ketujuh peringkat Kumpulan Syarikat Ingress telah diadakan dengan jayanya pada 27 September 2003 bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 4.00 petang di Asia Pattaya Beach Hotel, Pattaya, Thailand dengan jumlah jemputan seramai 100 orang dari Malaysia dan 220 orang dari Thailand.

Objektif utama Konvensyen QCC ini diadakan ialah untuk menerapkan QCC sebagai satu budaya Ingress semenjak tahun 1995. Selain itu, konvensyen ini juga diadakan untuk mengenalpasti dan menghargai kumpulan-kumpulan QCC yang terbaik dari segi pencapaian, perse-mbahan dan sumbangan kepada syarikat.

Sebanyak tujuh kumpulan telah berentap di Konvensyen QCC kali ini iaitu: Turbo (IPSB); V-Tech 1 (IESB); The Act (IESB); Tekad (ITSB); Expert (ITSB); EMS Delivery (IAV); dan Power Light (IAV). Berdasarkan kepada keputusan muktamad yang telah diadili oleh tiga orang Juri Professional iaitu Tn. Hj. Ahmad Murshid bin Abu dan En. Mohd. Anuar bin Abdul Karim dari Perbadanan Produktiviti Negara (NPC) serta Khun Sangkrot Jarusombat dari Thailand, maka Juara pada kali ini jatuh kepada Kumpulan The Act yang diketui oleh Saudara Mohd. Hisyam bin Yusuf dan mereka menerima hadiah berupa wang tunai berjumlah Baht 7,500.00 (RM 750.00), piala iringan dan piala pusingan.

Naib Juara pula disandang oleh Kumpulan Expert yang diterajui oleh Saudara Norhaskuan Wan Husin. Sebagai penghargaan syarikat kepada kumpulan ini, mereka menerima wang tunai berjumlah Baht 5,000.00 (RM 500.00) dan piala iringan. Tempat ketiga pula dimenangi oleh Kumpulan Power Light yang dipimpin oleh Khun Nopadull dan mereka menerima hadiah wang tunai Baht 3,500.00 (RM 350.00) dan piala iringan.

Sebagai kesimpulannya, mutu persembahan Kumpulan-kumpulan QCC pada kali ini meningkat dan lebih baik berbanding dengan tahun-tahun sebelum ini. Penggunaan Bahasa Inggeris juga baik untuk tay-angan “slide” dan juga persembahan kumpulan hingga menimbulkan persaingan yang sangat sengit untuk menentukan pemenangnya.

Apa yang penting, Konvensyen QCC ini dapat memberikan pendeda-han mengenai pengetahuan dan pengalaman dalam menjalankan projek dan boleh digunakan sebagai “penanda aras” pada masa hadapan.

PesertadantetamuKonvensyenQCCkaliketujuh.

KumpulanTheActmenerimahadiahdaripadaDato’NasirbinYusuf,PengerusiICB.

SaudaraAnuarbinAbdullahmewakiliKumpulanTheActbersamapialapusingan.

KumpulanTheAct,juaraKonvensyenQCCkaliketujuh.

Persembahanmantapdaripadasalahsatukumpulanyangbertanding.

Page 8: Dari Meja Pengarang - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 5 Final.pdf · Akhir kata, Sidang Pengarang mengucapkan “Selamat Menghayati dan

Berita HRD

Anugerah Pekerja Terbaik 2002Saban tahun, Kumpulan Syarikat Ingress akan memilih calon-calon yang berpotensi untuk dianugerahkan sebagai Pekerja Terbaik bagi setiap kategori Pekerja, Penyelia dan Eksekutif dan seterusnya seorang yang terbaik daripada tiga kategori ini pula akan dinobatkan sebagai PEKERJA TERBAIK bagi tahun berkenaan.

Bagi Majlis Penganugerahan Pekerja Terbaik 2002, pihak pengurusan Ingress telah memutuskan untuk menjayakan program tersebut bersempena dengan Majlis Perasmian Mukhayyam 2003 yang telah dijalankan pada hari Jumaat, 29 Ogos 2003, bertempat di Grand Ball Room, Le Paris Hotel & Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus pada jam 8.00 malam sehingga 10.40 malam.

Bagi kategori Pekerja Terbaik 2002, calon-calon yang telah dikenalpasti adalah:

No Nama Tarikh Mula Kerja Jawatan Syarikat Asal 1 Mohd. Khairuddin bin Mat Raji 10/01/2001 Leader IESB Negeri Sembilan 2 Shaifudin bin Othman 01/11/2000 Operator IPSB Kelantan 3 Mohd. Rizal bin Mohd. Yunus 01/07/1999 Operator ITSB Perak 4 Enawaty binti Asry 20/07/1998 Kerani MD Group Perak 5 Somsak Vongyai 05/08/2002 Operator IAV Thailand

Setiap calon menerima wang tunai berjumlah RM 100.00 dan sijil penganugerahan. Pemenang bagi kategori ini jatuh kepada Saudara Mohd Rizal bin Mohd Yunus dengan menerima hadiah berbentuk wang tunai sebanyak RM 500.00, sijil penganugerahan, piala iringan dan piala pusingan.

Bagi kategori Penyelia Terbaik 2002 pula, calon-calon yang telah disenarai pendekkan adalah:

No Nama Tarikh Mula Kerja Syarikat Asal 1 Suhaimi bin Abdul Ghani 03/01/1995 IESB Pahang 2 Mohd. Azmi bin Kudus 14/04/1997 IPSB Pahang 3 Hj. Amri bin Isfar 01/07/1999 ITSB Selangor 4 Inche Azhar bin Sahar 15/06/1999 MD Group Perak 5 Kasem Monah 01/09/1997 IAV Thailand

Setiap calon juga menerima wang tunai berjumlah RM 100.00 dan sijil penganugerahan. Pemenang bagi kategori ini jatuh kepada Saudara Mohd. Azmi bin Kudus dengan menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak RM 500.00, sijil penganugerahan, piala iringan dan piala pusingan.

Calon-calon bagi kategori Eksekutif Terbaik 2002 juga turut dipertandingkan dan mereka adalah:

No Nama Tarikh Mula Kerja Syarikat Asal 1 Khyrun Anuar bin Zainol 14/11/2000 IESB Kedah 2 Mohd. Effendi bin Mohd. Mokhtar 04/01/1999 IPSB Pahang 3 Kamal bin Abdullah 01/03/1993 ITSB Terengganu 4 Mohd. Jaladi bin Muda 28/12/1999 MD Group Terengganu 5 Saiemadadcha Pathan 01/08/1997 IAV Thailand

Calon-calonPekerjaTerbaik2002.

SaudaraMohd.RizalbinMohd.YunuspenerimaAnugerahKategoriPekerjaTerbaik2002.

SaudaraMohd.AzmibinKuduspenerimaAnugerahKategori

PenyeliaTerbaik2002.�

Page 9: Dari Meja Pengarang - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 5 Final.pdf · Akhir kata, Sidang Pengarang mengucapkan “Selamat Menghayati dan

SaudaraKamalbinAbdullahpenerimaAnugerahKategoriEksekutifTerbaik2002.

PekerjaTerbaik2002bersalam-salamandengancalon-calonlain.

UcapanringkasdaripadaSaudaraMohd.RizalbinMohd.Yunus.

Kempen Derma Darah

Kempen Derma Darah telah diadakan pada hari Selasa, 29 Julai 2003 di Kantin Ingress Operasi Nilai. Program yang bermula pada jam 9.30 pagi ini merupakan kerjasama antara Ingress Operasi Nilai dengan Pusat Perkhidmatan Darah, Jabatan Patologi, Hospital Seremban, Negeri Sembilan.

Pihak Pusat Perkhidmatan Darah ini telah menghantar seramai 12 orang pasukan bergerak

yang dikenali sebagai “Unit Mobile” untuk menjayakan program. Seramai 31 orang kakitangan dari Ingress Engineering Sdn. Bhd. (IESB) dan Ingress Precision Sdn. Bhd. (IPSB) telah berdaftar untuk menderma darah.

Program berakhir pada jam 3.00 petang.

Antarakakitanganyangmendermadarah.

Delegasi APO dan NPC

Pada 2 Julai 2003 yang lalu, satu lawatan sambil belajar oleh 17 orang perwakilan antarabangsa dari Asean Productivity Organization (APO) telah diadakan sebagai salah satu daripada agenda yang telah dirangka di dalam Seminar Penandaarasan APO.Objektif utama seminar ini adalah untuk memberi

pendedahan secara mendalam kepada para peserta berkaitan dengan penandaarasan. Selain itu, ia juga merupakan satu ‘platform’ kepada para peserta bagi membincangkan isu-isu berkenaan penandaarasan bagi tujuan mencapai kecemerlangan organisasi. Oleh sebab itulah, Perbadanan Produktiviti Negara

BergambarkenangandihadapanBangunanKilangIngressNilai.

Setiap calon menerima wang tunai berjumlah RM 100.00 dan sijil penganugerahan. Pemenang bagi kategori ini jatuh kepada Saudara Kamal bin Abdullah dengan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM 500.00, sijil penganugerahan, piala iringan dan piala pusingan.

Kemuncak acara adalah pengumuman Anugerah PEKERJA TERBAIK keseluruhan yang telah menobatkan Saudara Mohd Rizal bin Mohd Yunus sebagai Pemenang. Beliau menerima hadiah berbentuk wang tunai sebanyak RM 1,000.00, sijil penganugerahan, piala iringan serta piala pusingan. Apa yang lebih bermakna kepada beliau apabila beliau turut berpeluang untuk mengikuti rombongan Ingress bagi menunaikan Ibadah Umrah sempena Bulan Ramadhan 1424 Hijrah bersama-sama dengan kakitangan yang lain.

Semoga dengan kemenangan Saudara Mohd. Rizal bin Mohd. Yunus ini akan memberikan motivasi dan dorongan kepada semua kakitangan untuk melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan dengan seikhlas mungkin untuk mencapai keredhaan-Nya.

Berita HRD

Page 10: Dari Meja Pengarang - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 5 Final.pdf · Akhir kata, Sidang Pengarang mengucapkan “Selamat Menghayati dan

�0

Berita HRD

(NPC) telah mengenalpasti Ingress Engineering Sdn. Bhd. (IESB) sebagai salah satu organisasi contoh di Malaysia untuk dilawati.

Delegasi ini dimulakan dengan Taklimat Korporat oleh Pengurus Besar Mouding, En. Mohd. Sorihan Mohamad pada jam 9.00 pagi di Bilik Lembaga Pengarah IESB. Sejurus selepas itu, Pengurus Jabatan Pengurusan Sistem Kualiti, En. Ahmad Shukri Ishak pula menyampaikan taklimat berkenaan dengan Amalan Pengurusan Kualiti di Ingress.

Selepas sessi soal jawab, semua delegasi dibawa ke kawasan perkilangan untuk melihat bagaimana aktiviti dan produk perkilangan di IESB.

Delegasi pulang pada jam 12.00 tengahari setelah menikmati jamuan ringan.

KetikaTaklimatKorporat.

“FactoryTour”.

Etika dan budaya kerja merupakan sebahagian daripada perkara penting yang perlu diberi penekanan bagi menjamin semangat kecintaan terhadap kerja dan kesetiaan kepada organisasi. Pekerja yang beretika dan bermotivsi merupakan aset penting bagi pembangunan syarikat.

Justeru itu, di samping menerapkan nilai dan etika yang murni dalam budaya kerja, latihan ini bertujuan untuk memberikan input yang berguna dalam meningkatkan motivasi pekerja khususnya kakitangan bukan eksekutif yang terdiri daripada “leader”, operator dan kerani. Selain itu, ia juga merupakan program pengukuhan dan lanjutan memandangkan kursus sebegini hanya dijalankan pada kali terakhirnya dalam tahun 2000.

Sessi pertama telahpun dikendalikan pada hari Jumaat, 3 Oktober 2003 sehingga hari Ahad, 5 Oktober 2003 di Dusun Eco-Resort, Bentong, Pahang Darul Makmur. Seramai 27 peserta telah menghadiri kursus ini. Program berbentuk tazkirah dan aktiviti fizikal dijalankan bagi memastikan keseimbangan mental dan fizikal peserta. Program ini diikendalikan oleh Tn. Hj. Ramlee bin Ismail, Pengurus Besar, Pembangunan Sumber Manusia Kumpulan dan dibantu oleh fasilitator dalaman seperti En. Mohd. Nazim bin Ibrahim, En. Rusli bin Muhamad, En. Mohd. Fadli bin Che Me serta En. Khyrun Anuar bin Zainol.

Manakala, bagi aktiviti luaran pula, fasilitator luaran dijemput untuk mengendalikannya. Dua sessi akan datang dicadangkan untuk diadakan pada minggu ketiga bulan Disember 2003 dan minggu pertama bulan Januari 2004.

Program Pekerti (Pemantapan Etika Kerja

& TDC Ingress)

“Motivated Team Leadership Workshop” telah diadakan sebanyak tiga sessi yang telah diadakan pada 16 Julai 2003, 21 dan 23 Ogos 2003 dan 22 dan 23 September, 2003 di Intekma Resort and Convention Centre, Shah Alam bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang dengan penglibatan semua Pengurus Besar, Pengurus dan Eksekutif secara berperingkat-peringkat dari Kumpulan Syarikat Ingress .

Objektif utama kursus ini dikendalikan ialah untuk memberikan pendedahan dan meningkatkan pemahaman peserta mengenai konsep, etika dan nilai organisasi dan kepimpinan. Selain itu, para peserta juga turut didedahkan dengan kriteria, peranan dan tanggungjawab ketua yang efektif, kepentingan kerja berpasukan dan pendedahan umum mengenai budaya syarikat.

Kursus ini dikendalikan oleh Tn. Hj. Ramlee bin Ismail, Pengurus Besar, Pembangunan Sumber Manusia Kumpulan dan turut dibantu oleh En. Mohd. Nazim bin Ibrahim, Pengurus Kewangan, Ingress Precision Sdn. Bhd. Kursus ini merupakan sebahagian dari “Management Development Program” untuk Eksekutif dan Kakitangan Pengurusan.

Tn.Hj.RamleeIsmail,ketuafasilitatorkursus.

Salahsatudaripadaaktivitiyangdijalankan.

“Motivated Team Leadership

Workshop”

Ketikasessiperbincangankumpulan.

Bergambarkenangandihadapanbilikkuliah.

�0

Page 11: Dari Meja Pengarang - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 5 Final.pdf · Akhir kata, Sidang Pengarang mengucapkan “Selamat Menghayati dan

��

Berita Keselamatan dan Kesihatan Perkerjaan

Sains adalah satu cabang ilmu yang mampu membuka rahsia kebesaran Allah s.w.t. dan bukan suatu alat yang meneroka perkara baru dalam kehidupan manusia. Sebagai contoh, masalah telinga, mata dan hati telah dinukil di dalam al-Quran menerangkan fungsinya kepada seluruh manusia dan haiwan.

Menurut urutan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t., organ pertama yang berfungsi ketika lahirnya seorang insan ialah telinga, kemudian diikuti oleh

Ujian Audiometric

Peranti Pendengaran

��

mata dan seterusnya hati. Lantaran itu seseorang bayi yang baru dilahirkan diperintah supaya dilaungkan azan ke telinganya, sedangkan matanya masih tertutup.

Ketiga-tiga nikmat ini amat bernilai kepada manusia yang mahu berfikir dan menggunakannya mengikut garis panduan Ilahi. Sebaliknya pula, ketika Allah hendak menarik semula nikmat-Nya, yang diambil dahulu ialah hati, kemudian diikuti oleh penglihatan dan seterusnya pendengaran.

Jika diteliti sedalam-sedalamnya, inilah suatu kecacatan batiniah yang dipandang ringan dan diabaikan oleh kebanyakan mereka yang tidak mengetahui, kerana kecacatan ini tidak melambangkan kecacatan fizikal. Sebab itu manusia sering tertipu dengan keadaan fizikal yang menarik dan menawan tetapi lemah pada sifat kerohanian-Nya.

Dalam tulisan ini, penulis akan hanya menyentuh satu aspek yang boleh mencacatkan daya pendengaran melalui pengabaian penggunaan telinga terhadap bunyi dari pelbagai sumber di persekitaran kita. Mudah-mudahan panduan ini akan membantu kita memperkasa daya pendengaran kita sebelum ia pudar di pertengahan usia.

Saintis telah mencipta suatu kaedah untuk mengukur daya pendengaran seseorang yang menghasilkan kiraan dalam dBA (decibel). Ia boleh menentukan keupayaan telinga kita mendengar bunyi pada tahap frekuensi (hz) tertentu yang kemampuannya berbeza antara seseorang dengan yang lain.

Pada perbualan biasa, nilai dBA ini mencatatkan kadar 60dBA. Semasa berbisik kadarnya ialah 20dBA, manakala bunyi dentuman muzik di disko ialah 110dBA. Mesin gergaji pemotong besi ialah 120dBA dan bunyi enjin kapal terbang semasa hendak berlepas ialah 130dBA.

Dari aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan seseorang hanya dibenarkan terdedah kepada bunyi bising dengan kadar 85dBA dalam tempoh lapan jam. Ini menunjukan dua tempat yang sering dikunjung oleh manusia terdedah kepada risiko bunyi bising yang tinggi iaitu industri automotif dan pusat-pusat hiburan. Lantaran itu Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Ingress sendiri telah mewajibkan pemakaian peranti pendengaran semasa berada di kawasan perkilangan. Dari pemeriksaan yang telah dijalankan pada bulan

Julai 2003 yang lalu, didapati jumlah pekerja yang telah diperiksa yang mengalamai kecacatan pendengaran meningkat kepada 34% berbanding ujian yang telah dijalankan pada tahun 2001.

Dari pemerhatian yang dibuat, didapati antara punca yang menjurus kepada kecacatan pendengaran adalah:

1. Tidak mahu memakai peranti pendengaran.2. Tidak menggunakan peranti pendengaran yang betul.3. Mendengar muzik melalui sistem “walkman” secara tidak terkawal.

Pakar perubatan juga telah menemui beberapa gejala kesan dari pencemaran bunyi di sekeliling kita yang berlaku secara tidak disedari. Antaranya adalah:

1. Mengakibatkan kerosakan telinga dan pekak.2. Impuls tidak berfungsi dengan baik.3. Gangguan emosi dan tekanan jiwa.4. Perasaan gelisah dan cepat marah.5. Tekanan darah tinggi dan sakit kepala.6. Bunyi yang mengejutkan boleh mengganggu kestabilan perimbangan badan dan denyutan jantung.

Telinga, Mata dan Hati

Page 12: Dari Meja Pengarang - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 5 Final.pdf · Akhir kata, Sidang Pengarang mengucapkan “Selamat Menghayati dan

��

Muk

hayy

am 2

003

Fokus

Mukhayyam 2003Mukhayyam 2003 telah diadakan pada 29 hingga 31 Ogos 2003 bertempat di Le Paris Hotel and Resort Port Dickson, Negeri Sembilan dengan Tema “TAJDID KE ARAH KECEMERLANGAN”. Program yang dikendalikan selama 3 hari 2 malam ini mempunyai objektif untuk melahirkan shaf kepimpinan dan pengurusan yang mempunyai kemampuan jasmani, emosi, roh dan intelek untuk menangani persaingan di Era Globalisasi.

Program yang diwajibkan ke atas kumpulan penyelia ke atas dengan penyertaan kakitangan seramai 260 orang ini dibahagikan kepada 12 kumpulan. Nama-nama kumpulan dibentuk berdasarkan kepada nama-nama imam dan tokoh ilmuan Islam iaitu: Imam Shafie;

Tn.Hj.RamleebinIsmailketikamemberikantaklimatkeseluruhanprogram.

Sessita’arufkumpulan.

MajlisPerasmianMukhayyamdanPenyampaianAnugerahPekerjaTerbaik2002.

Sebahagiandaripadapesertayanghadir.

“Warmingup”sebelumaktivitifizikaldijalankan.

Salahsatudaripadaaktivitifizikal~berlarimengelilingi LeParisHotel&Resort.

Penyampaianhadiahkepadapemenang.

Page 13: Dari Meja Pengarang - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 5 Final.pdf · Akhir kata, Sidang Pengarang mengucapkan “Selamat Menghayati dan

��

Fokus

Mukhayyam 2003Imam Maliki; Imam Hambali; Imam Hanafi; Imam at-Tabari; Imam Ibnu Katsir; Imam al-Qurtubi; Imam as-Suyuti; Imam Bukhari; Imam Muslim; Imam Ibnu Hajar; dan Imam Nawawi.

Jawatankuasa kerja telah dibentuk yang dipengerusikan oleh Tn. Hj. Ramlee bin Ismail, Pengurus Besar Pembangunan Sumber Manusia Kumpulan untuk merangka program yang bertujuan untuk memberi manfaat kepada semua peserta. Variasi program telah digarapkan oleh Jawatankuasa seperti Qiyamullail, Solat Fardhu Berjemaah, Forum, Kuliah, Perbincangan Kumpulan, Sukan dan Rekreasi dan sebagainya demi menjamin keseimbangan spiritual, mental dan fizikal. Selain itu program ini juga menggabungkan idea penceramah dalaman dan luaran di dalam mengupas konsep “TAJDID” dari pelbagai perspektif yang berbeza-beza. Sebagai kesimpulan, “TAJDID” boleh didefinisikan sebagai satu proses perubahan sikap secara sukarela untuk mencapai tahap yang lebih baik dari setiap aspek kehidupan seharian, bertepatan dengan Firman Allah di dalam surah ar-Ra’dhu ayat 11 yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, sehinggalah mereka sendiri yang mengubah nasib mereka”.

Sesungguhnya program Mukhayyam 2003 ini bukan sahaja dapat memberikan pendedahan dan peningkatan ilmu, strategi dan teknik-teknik untuk berubah, sebaliknya ia dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara semua peserta, bersesuaian dengan lagu Tema Mukhayyam yang sering dilagukan bersama-sama sepanjang program iaitu JALINAN dendangan Kumpulan Nasyid Remaja, UNIC.

Tn.Hj.RamelibinMusaketikamenyampaikanUcaptama.

Tn.Hj.AbdulRahimHitam,salahseorangdaripadaAhliPanel.

Menikmatijuadahmakanmalamsetelahpenatberaksi.

KumpulanterbaikyangdiketuaiolehEn.SabirbinJelani.

Dendanganlagu“JALINAN”yangterakhirsebelummajlisberakhir.

Page 14: Dari Meja Pengarang - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 5 Final.pdf · Akhir kata, Sidang Pengarang mengucapkan “Selamat Menghayati dan

��

Berita Subsidiaries

Kejohanan Akhir Badminton Tertutup Kumpulan Multi Discovery untuk merebut Piala Tn. Hj. Shaari bin Omar telah diadakan pada 4 Julai 2003 lalu pada jam 6.00 petang di Kampung Melayu Subang. Objektif utama program ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di antara warga Kumpulan Multi Discovery. Selain itu, program ini juga diadakan untuk meningkatkan tahap kesihatan dengan riadah di samping mencungkil bakat-bakat terpendam di kalangan kakitangan.

Perlawanan ini telah diusahakan oleh Sekretariat Sukan Kumpulan Multi Discovery yang diketuai oleh En. Jaladi bin Muda. Sebanyak lapan pasukan beregu telah dibentuk untuk perlawanan ini. Kumpulan ditentukan melalui undian bagi memastikan kumpulan dibahagi-bahagikan secara adil. Setiap pasukan telah menjalani latihan pada setiap Jumaat di Kampung Melayu Subang selama empat minggu berturut-turut. Kejohanan separuh akhir telah diadakan pada hari Jumaat, 27 Jun 2003 dengan mempersembahkan permainan yang hebat daripada semua pasukan untuk melayakkan diri ke peringkat akhir.

Kejohanan akhir telah menyaksikan beregu pilihan Zairil-Pendi, mendahu-lui permainan dengan “baseline” dan pukulan berhelah peringkat kelima yang mencungapkan pasangan Saipul-Wan Azri. Pasangan Zairil-Pendi mendahului permainan dengan 10-7 untuk peringkat awal. Set kedua menyaksikan beregu Saipul-Wan Azri mula mengatur strategi. Mereka men-dahului dengan 18-14 dan kelihatan pasangan Zairil-Pendi mula keletihan. Beregu Saipul-Wan Azri menjulang tropi kemenangan dengan 21-18 pada set penentuan.

Tempat ketiga pula telah dimenangi oleh beregu Hakimin-Zaki yang menda-hului set pertama dengan 12-0 ke atas pasangan veteran Abdul Razak-Abdul Halim. Perlawanan berakhir dengan kemenangan pasangan Hakimin-Zaki dengan 15-9 pada set kedua.

Sesungguhnya perlawanan ini telah berjaya mewujudkan semangat kesu-kanan di antara warga Kumpulan Multi Discovery serta melapangkan fikiran setelah penat bekerja sepanjang minggu.

Kejohanan Akhir Badminton Tertutup Kumpulan Multi Discovery

PemenangmenerimaPialaPusingandaripadaTn.Hj.ShaariOmar.

Aksisemasaperlawanan.

Pemenangbersamahadiahsertapenyokongsetia.

Pada jam 8.00 malam, Ogos 2003 yang lalu, satu Majlis Jamuan Barbeku yang dianjurkan oleh kakitangan Kumpulan Multi Dis-covery telah diadakan di hadapan Bangunan Multi Discovery Sdn. Bhd. (MDSB) dan Ramusa Engineering Sdn. Bhd. (RESB), Subang Permai. Tujuan program ini diadakan ialah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di antara sesama kakitangan Kumpulan Multi Discovery.

Majlis yang pada mulanya dirancang secara kecil-kecilan oleh be-berapa kakitangan akhirnya menjadi sangat meriah kerana semua kakitangan menyatakan keinginan untuk turut serta dengan sum-bangan ikhlas yang dihulurkan oleh semua pihak.

Secara kebetulan, pada hari yang sama keputusan audit ISO dari SIRIM diumumkan. Untuk ISO tahun ini, RESB telah berjaya den-gan cemerlang dengan “Zero” NCR sementara MDSB mendapat 2 minor NCR.

Menu makan malam adalah ikan dan ayam bakar yang menggu-nakan resepi ciptaan Chef Mohd. Zaki bin Zakaria. Manakala nasi lemak pula disediakan oleh Cik Norazwa.

Jamuan berakhir pada jam 10.00 malam.

Jamuan BarbekuEn.Mohd.ZakiZakaria,penciptaresepibarbeku.

��

Page 15: Dari Meja Pengarang - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 5 Final.pdf · Akhir kata, Sidang Pengarang mengucapkan “Selamat Menghayati dan

��

Berita Subsidiaries

Matrix Hydro Generation Sdn. Bhd. (MHGSB) adalah anak syarikat Ingress Corportion Berhad (ICB) yang baru dan telah ditubuhkan pada 13 Januari 2003 dengan objektif penubuhan untuk melibatkan secara aktif di dalam Program Pembangunan Janakuasa Kecil yang Boleh diperbaharui (Small Renewable Energy Power Programme), SREP.

Pejabat Berdaftar bagi MHGSB ini ialah AMK Corporate Services Sdn. Bhd. di Pertama Complex, Jalan TAR, Kuala Lumpur. Manakala, Syarikat ini beroperasi di Bangunan ICB itu sendiri. MHGSB diasaskan oleh Ir. Mohd. Haizad bin Hussain dan Ahli Lembaga Pengarahnya terdiri daripada Dato’ Mohd Yusof bin Ibrahim, Tn. Hj. Ab Rahim bin Husain Tn. Hj. Zamzuary bin Ahamad Zaini, Ir. Mohd. Haizad bin Hussain, En. Herman bin Abd Latif dan En. Mahamat bin

Tn.Hj.Mohd.ShaaribinOmartidakmelepaskanpeluanguntukturutserta.

Sebahagiandaripadakakitanganyangturutserta.

Ibrahim.

MHGSB di tubuhkan dengan cadangan pembinaan, pentauliahan dan penyenggaraan Janakuasa Kecil Tenaga di lokasi-lokasi berikut:

1. Sungai Liang, Hutan Simpan Semantan Ulu, Daerah Raub, Pahang;

2. Sungai Sia, Hutan Simpan Sungai Sia, Daerah Raub, Pahang;

3. Sungai Rangat, Hutan Simpan Ulu Cheka, Daerah Jerantut, Pahang;

4. Sungai Geliting, Hutan Simpan Ulu Slim, Daerah Slim River, Perak.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) adalah satu-satunya sasaran pasaran kerana pihak TNB akan membeli semua tenaga elektrik yang dijana melalui Perjanjian Jual Beli Tenaga (REPPA) berdasarkan “Willing Seller Willing Buyer” dan “Take and Pay” selama 21 tahun bermula dari tarikh mula tugas projek-projek ini.

Masalah utama penubuhan syarikat ini yang dapat dikenalpasti adalah tidak memerlukan

strategi pemasaran secara dasarnya. Pihak MHGSB harus memastikan loji beroperasi dengan lancar dan masa senggara dikurangkan dan kerosakan loji dielakkan.

Secara kesimpulannya, penubuhan MHGSB masih berada pada tahap awal dalam membuat kajian bagi menentukan kos projek dan reka bentuk. Perlaksanaan projek ini berkemungkinan bermula pada Februari 2004.

Matrix Hydro Generation Sdn. Bhd.

Ingress Technologies Sdn. Bhd. (ITSB) telah menganjurkan satu perlawanan bola tampar persahabatan di antara pihak Pengurusan ITSB dengan PVD PERODUA. Dalam perlawanan pada petang 25 September ini, ITSB telah menunjukkan semangat juang yang tinggi bagi memenangi perlawanan set kedua setelah kalah pada set yang pertama. Pasukan bola tampar PVD PERODUA diket-uai oleh En. Azman bin Brahim manakala pasukan ITSB pula diketuai oleh En. Yusri bin Mo-hamad Kamal.

Perlawanan Bola Tampar ITSB vs PVD

PERODuA

Bergambarkenangansebelumperlawanandimulakan.

PVDPERODUAsedangmengawalbolasebelummenghayunpukulankegelangganglawan.

Page 16: Dari Meja Pengarang - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 5 Final.pdf · Akhir kata, Sidang Pengarang mengucapkan “Selamat Menghayati dan

��

Berdasarkan perangkaan semasa negara, umat Islam kalaupun tidak muncul sebagai juara, setidak-tidaknya berada antara peneraju dalam indeks jenayah atau kes tidak bermoral seperti pelacuran, perjudian, penagihan dadah, rasuah dan penyelewengan.

Mengapa? Adakah kerana agama Islam itu tidak lengkap atau belum sempurna sehingga tidak mampu memandu arah sebaik mungkin kepada penganutnya? Tentu sekali tidak.

Barangkali yang tidak lengkap dan belum sempurna itu ialah individu terbabit sendiri. Usaha membina kerangka Islam di dalam diri peribadinya mungkin belum sempurna sepenuhnya dan kerja memasang cerucuk utuh berteraskan sifat-

apa sahaja sehingga akhirnya tamadun manusia serta kemanusiaan itu sendiri hancur lebur. Allah berfirman di dalam surah al-Qasas, ayat 77 bermaksud:

“DancarilahapayangdianugerahkanAllahkepadamukebahagiaanakhiratdan

janganlahkamumelupakanbahagianmudidunia.Berbuatbaiklahkepadaoranglain

sebagaimanaAllahberbuatbaikkepadamudanjanganlahkamumelakukankerosakan.

SesungguhnyaAllahtidaksukakepadaorang-orangyangberbuatkerosakan”.

Lihatlah betapa indahnya Islam. Allah s.w.t. menggalakkan manusia mencari bukan sahaja kebahagiaan akhirat, malah dunia. Dia tidak sekali-kali menyekatnya. Tetapi demi kebaikan manusia juga, Allah s.w.t. memberi amaran supaya sepanjang usaha itu, janganlah ada sebarang perbuatan yang boleh menjuruskan kepada kerosakan terhadap sesama manusia dan isi maya. Jelas, sungguh cantik dan moleknya Islam.

Di dalam ayat lain misalnya, Allah s.w.t. mengingatkan kepada seluruh ummat manusia dengan firman-Nya:

“Dialahyangmenjadikanbumiiniuntukkamudanmudahdipergunakan.Berjalan-jalanlahdicerukrantausertamakanlahdarirezekiyangdikurniakanAllahdaningatlah,kepadaAllah

jualahkitaakandikembalikan.”

(Surahal-Mulk:ayat15)

Begitu juga dari sudut politik. Islam menetapkan bahawa sistem pentadbiran itu sendiri tidak boleh dipisahkan daripada ketetapan agama. Agama mesti menjadi sandaran dalam menggubal dasar dan peraturan hidup masyarakat demi kebaikan dan keselamatan di dunia dan akhirat.

Allah s.w.t. menjanjikan keselamatan dan kebaikan berlipat-ganda kepada mereka yang memanfaatkan keindahan Islam.

Firman-Nya bermaksud:

“SesungguhnyaorangberimandanmengerjakanamalsolehnescayaAllahakan

menjadikanbagimerekaitutersayangiaitumendapatrestu.”

(SurahMaryam:ayat96)

Di dalam ayat lain, Allah berfirman bermaksud:

“SesiapayangbertakwakepadaAllahmenyediakanbaginyajalankeluar(dari

kesulitan),malahAllahakanmemberikanrezekidariarahyangtidakdisangka-sangkadansesiapayangbertawakkalnescayaAllahakanmemeliharanya.SesungguhnyaAllah

melangsungkansegalaurusannya.”

(Surahat-Thallaq:ayat2-3)

Manusia Selamat Jika Manfaatkan Keindahan Islam

sifat taqwa juga belum sempurna. Lalu jadilah individu berkenaan sebagai manusia berperibadi separuh lengkap dan separuh sempurna. Apa sahaja yang separuh lengkap dan separuh sempurna biasanya mudah lembik dan robek dek asakan bertubi-tubi unsur luaran yang berbalut kenikmatan sementara.

Jika dihalusi dengan iman, malah logik akal sekalipun, Islam amat indah. Jika ajarannya dikuasai, dihayati dan diamalkan selurus mungkin, tidak ada sebab manusia boleh melencung atau tersasar dari jalan diredhai lagi dijamin selamat di dunia dan akhirat.

Apa yang penting ialah setiap individu Muslim perlu mempunyai keazaman dan kekuatan untuk menghijrahkan diri dari pusatan kemelut hidup yang tidak pasti hala tujunya kepada satu kehidupan yang benar-benar berpaksi kepada agama tauhid.

Baik dari sudut sosial, ekonomi atau politik, Islam menggariskan satu jalan yang benar-benar lurus. Janganlah kita menutup mata dan pendengaran untuk tidak mengakui hakikat ini sebagaimana difirmankan oleh Allah s.w.t. bermaksud :

“...merekamempunyaihati,tetapitidakdigunakannyauntukmemahami(ayat-ayatAllah)danmerekamempunyaimata(tetapi)

tidakdigunakannyauntukmelihat(tanda-tandakekuasaanAllah)danmerekamempunyaitelinga(tetapi)tidakdigunakan

untukmendengar(ayat-ayatAllah).Merekaitusebagaibinatangternak,

bahkanmerekalebihsesatlagi.”

(Surahal-A’araf:ayat179)

Semua keindahan yang dicernakan oleh Islam terangkum padat lagi lengkap di dalam al-Quran dan as-Sunnah. Telitilah bagaimana Rasulullah s.a.w. mengaplikasikan keindahan Islam di dalam segenap ruang lingkup kehidupan umatnya samada dari sudut sosial, ekonomi dan politik.

Dari sudut sosial misalnya, Islam menggariskan batas dan keharusan tertentu. Islam tidak menghalangnya tetapi tidak pula membuka ruang selebar-lebarnya sehingga boleh merosakkan perhubungan sesama manusia dan keturunan umat manusia itu sendiri.

Dalam konteks ini Allah s.w.t. mengingatkan bahawa:

“Dantolong-menolonglahkamudalammengerjakankebajikandantakwa,dan

jangantolong-menolongdalamberbuatdosadanpelanggaran.Danbertakwalahkamu

kepadaAllah,sesungguhnyaAllahamatberatseksanya.”

(Surahal-Maidah:ayat2)

Dari sudut ekonomi, Islam juga tidak menghalang usaha mencari habuan dunia tetapi tidak pula membuka ruang menghalalkan manusia berbuat

Sudut Agama

Page 17: Dari Meja Pengarang - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 5 Final.pdf · Akhir kata, Sidang Pengarang mengucapkan “Selamat Menghayati dan

��

Personaliti

Peringkat Eksekutif

BIODATANama Monaliza binti Ahmad Jalaludin

Tarikh Lahir 10 April 1971

Tempat LahirKlang, Selangor

Bilangan Adik-beradik5 orang

Anak yang kePertama

Nama AyahAhmad Jalaludin bin Bujang

PekerjaanPesara Guru

Nama IbuHasmah binti Adnan

PekerjaanSuri rumah

Status PerkahwinanBerkahwin

Nama SuamiAbdul Bakri bin Muhamed

PENDIDIKAN

Beliau mula bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kajang, dari tahun 1978 hingga 1983. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran di Sekolah Menen-gah Agama Maahad Hamidiah, Kajang pada ta-hun 1984 hingga 1988, dari tingkatan satu hingga ke tingkatan lima. Beliau menamatkan pengajian di sekolah berkenaan dengan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pangkat 2.

Berbekalkan keputusan SPM berkenaan, beliau memohon untuk melanjutkan pengajian di salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi pada ketika itu. Pada bulan Julai 1990, beliau diterima oleh Insti-tut Teknologi Mara (ITM) sebagai pelajar dalam bidang ‘Business Studies’. Pada tahun 1993, berkat usaha yang tekun, beliau menamatkan pengajian di sana dengan menggenggam Di-ploma ‘Business Studies’.

PERJALANAN HIDUP

Bapa beliau yang merupakan seorang bekas Guru Besar, telah mendidik anak-anaknya dengan sifat-sifat disiplin, sentiasa hormat kepada orang tua dan tegas. Puan Monaliza menegaskan bahawa bapa beliau memang se-orang yang garang pada anak-anak, dan bapa beliau mempunyai impian melihat anak-anaknya menyambung kerjaya beliau sebagai guru. Puan Monaliza berkata, beliau pernah dipaksa untuk menjadi seorang guru oleh bapanya. Walau bagaimanapun, tawaran melanjutkan pelajaran telah menyelamatkan beliau ketika itu.

PERTEMUAN DENGAN SUAMI

Sebelum melanjutkan pelajaran di ITM, Puan Monaliza telah bekerja sementara di PUSPATI (sekarang dikenali sebagai MINT) selama be-berapa bulan. Setelah beliau menyambung pelajaran di ITM, perkenalan yang diatur melalui seorang rakan ketika bekerja di PUSPATI telah membawa ke jinjang pelamin tidak berapa lama setelah beliau menamatkan pengajian di ITM.

PENGALAMAN KERJA

Setelah menamatkan pelajaran pada tahun 1993, beliau memulakan kerjaya di Ingress sebagai Kerani di Jabatan Kewangan dan Perakaunan. Setelah dua tahun berkhidmat, beliau ditukarkan ke Seksyen Payroll, Jabatan Sumber Manusia sebagai Penyelia. Dari tahun 1995 hingga seka-rang, beliau telah menjawat pelbagai jawatan dari penyelia sehinggalah sekarang ini sebagai Penolong Pengurus Jabatan Sumber Manusia. ANUGERAH / PENGHARGAAN YANG DI-TERIMA

Sepanjang bekerja di Ingress, beliau telah di-anugerahkan beberapa anugerah. Antaranya,

kumpulan QCC bimbingan beliau, Kumpulan TOTAL telah memenangi Konvensyen QCC Kumpulan Syarikat Ingress tahun 2002, yang juga telah memenangi Konvensyen QCC Pering-kat Wilayah Utara (2003) dan Konvensyen QCC Peringkat Kebangsaan 2003 (3 bintang).

CABARAN DAN PENGALAMAN HIDUP

Antara pengalaman hidup yang tidak dapat dilupakan adalah ketika kehilangan cahaya mata semasa dilahirkan. Beliau dan suami yang berharap untuk menimang cahaya mata, telah menunggu lebih dua tahun sebelum beliau disa-hkan mengandung. Namun, takdir menentukan segala-galanya. Allah s.w.t. lebih menyayang-inya kerana bayi berkenaan telah meninggal dunia akibat lemas ketika dilahirkan.

Mengimbau kembali kenangan silam, ia memang menyedihkan dan sukar dilupakan. Setelah ke-jadian berkenaan, beliau masih mencuba untuk mendapatkan cahaya mata sebagai penyeri keluarga. Walau bagaimanapun, kejadian berk-enaan mempunyai hikmahnya yang tersendiri, yang lebih mengeratkan lagi hubungan antara beliau dan ibu bapa serta keluarga dan mengajar beliau agar lebih matang dalam menghadapi cabaran hidup.

PRINSIP / FALSAFAH HIDUP

Beliau berpegang kepada prinsip, sesuatu yang diimpikan, kita perlu berusaha bersung-guh-sungguh dan terus berusaha untuk berjaya mencapainya. “Sekali gagal bukan bererti gagal selamanya”.

NASIHAT UNTUK KAKITANGAN INGRESS

Untuk berjaya, kita perlu bergantung pada usaha sendiri yang perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh, dan elakkan dari hasad dengki kepada kawan yang lebih maju daripada kita. Sekiranya ingin maju, kita perlu berfikiran terbuka, mening-katkan kerjasama (teamwork), bersedia untuk belajar perkara baru walaupun tidak tahu, ber-sikap mesra terhadap orang lain di dalam kerja seharian di samping menanamkan sikap positif dalam menghadapi cabaran kerja seharian.

Page 18: Dari Meja Pengarang - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 5 Final.pdf · Akhir kata, Sidang Pengarang mengucapkan “Selamat Menghayati dan

��

Kelab Kakitangan Ingress

Unit Surau, Kelab Kakitangan Ingress (KKI), Ingress Technologies Sdn. Bhd. (ITSB) buat julung kalinya telah menganjurkan satu kursus pengurusan jenazah. Kursus ini telah menarik penyertaan seramai 30 orang kakitangan ITSB untuk sama-sama turut serta di dalam program ini. Tenaga pengajar kursus ini telah dibawa dari Bahagian Dakwah Islam Kuala Kubu yang dikelolakan oleh Ustaz Syukri bin Mat dan Ustaz Zulkhairi.

Kursus ini dijalankan pada jam 9.00 pagi bertempat di Surau ITSB. Dua orang kakitangan telah dipilih untuk menjadi model mayat bagi memberikan peluang kepada peserta untuk menjalankan tata cara pengendalian jenazah secara teratur dan sempurna.

Program dimulakan dengan cara-cara memandikan jenazah dan seterusnya mengafankan jenazah secara tertib. Setelah jenazah sempurna dikafankan, semua peserta ditunjukkan cara-cara untuk menyembahyangkan jenazah secara teori dan praktikal bagi memberikan gambaran yang sebenar di dalam menjalani kursus pengendalian jenazah ini.

Pihak Sekretariat program mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua

Kursus Pengurusan Jenazah Kali Pertama

Cara-caramemandikanjenazah.

kakitangan yang turut serta menjayakan program ini.

Tatacaramengafankanjenazahjugaturutditunjukkan.

Kaifiyyatsembahyangjenazah.

Program Rekreasi Kakitangan

Perkilangan IESBPada 5 h ingga 7 Sep tember 2003 yang lalu, Kakitangan Perkilangan, Ingress Engineering Sdn. Bhd. (IESB) telah meng-anjurkan satu Program Rekreasi ke Pantai Peranginan Balok, Kuantan Pahang. Program ini disertai oleh 33 kakitangan dan keluarga dan menaiki kenderaan sendiri sebanyak 11 buah secara “konvoi”.Antara program menarik yang diadakan adalah

sukaneka, sukan pantai, “jogging”, Barbeku, Ta’aruf, Tazkirah dan Ronda-ronda Bandar Kuantan. Selain itu program Ziarah ke rumah peserta di Temerloh juga turut diadakan. Semua peserta tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra bersama keluarga.

Secara tidak langsung, program ini bukan sahaja dapat mengukuhkan ikatan silaturrahim di kalangan kakitangan IESB, malah ia dapat membentuk satu program riadah yang berteraskan nilai-nilai murni Islam itu sendiri.

Apa yang penting, program ini memberi satu kelegaan fizikal dan mental kepada semua peserta untuk menghadapi cabaran- cabaran yang mendatang.

Bergambarkenangansebelumpulang.

Program Jalan-jalan Cari Makan telah diadakan pada 1 Julai 2003 di Restoren Phuket, Bandar Baru Nilai. Program yang dianjurkan oleh semua kakitangan perkilangan Ingress Engineering Sdn. Bhd. (IESB) ini diadakan bertujuan untuk meraikan semua kakitangan IESB itu sendiri.

Jalan-Jalan Cari Makan

Menikmatijuadahyangdisediakan.��

Page 19: Dari Meja Pengarang - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 5 Final.pdf · Akhir kata, Sidang Pengarang mengucapkan “Selamat Menghayati dan

��

Unit Rekreasi, Kelab Kebajikan, Ingress Technologies Sdn. Bhd. (ITSB) telah menganjurkan Percutian Hari Keluarga ke Pulau Pinang pada 27 hingga 29 Jun 2003. Seramai 204 orang kakitangan dan keluarga telah mengikuti percutian ini. Pengarah Urusan ITSB, Tn. Hj. Ab Rahim bin Husain dan keluarga serta Pengurus Besar ITSB, En. Hamidi Maulod dan kelurga turut hadir memeriahkan lagi program percutian ini. Percutian Hari Keluarga kali ketiga ini telah berjalan dengan meriah dan bermakna.

Program dimulakan dengan semua kakitangan berkumpul dan berangkat dari ITSB pada jam 12.00 tengah malam, 27 Jun 2003 dan tiba di Pulau Pinang pada jam 6.00 pagi. Sebaik sahaja tiba di Hotel Paradise, Tanjung Bungah, Pulau Pinang, semua peserta telah diberikan kunci bilik dan be-rehat di bilik masing-masing. Selepas makan tengahari, peserta dibawa ke Kompleks Chowrasta untuk membeli-belah dan di antara barang-barang yang menjadi pilihan peserta adalah buah pala jeruk, buah berangan dan pakaian sebagai cenderamata.

Seterusnya pada jam 4.30 petang, semua peserta berkumpul di pantai untuk program sukaneka yang dikelolakan oleh Jawatankusa yang berkenaan. Pelbagai acara telah dijalankan seperti Lari Dalam Guni, Lari Ikat Kaki, Kepit Belon Menggunakan Dahi, “Passing” Air Laut dan Tarik Tali untuk kategori peserta lelaki. Kakitangan wanita pula terlibat dalam acara Kupas Buah Epal dan Anyam Ketupat, manakala bagi kategori kanak-kanak ialah Kutip Gula-gula, Cari Gula-gula dalam Tepung dan Mumia.

Pada sebelah malam pula, Majlis Makan Malam ITSB telah dilansungkan. Majlis ini turut meraikan perpisahan salah seorang kakitangan ITSB yang telah lama berkhidmat dengan Ingress iaitu En. Azhar Syukree bin Johari. Beliau telah meletakkan jawatan dari berkhidmat di ITSB kerana ingin menceburkan diri di dalam dunia perniagaan bersama keluarga beliau. Sessi cabutan bertuah juga turut diadakan dengan jumlah hadiah sebanyak 108 buah dan hadiah utama pada kali ini ialah sebuah televisyen 21”.

Program Percutian Hari Keluarga ini telah berjaya merapatkan lagi hubungan di antara sesama warga ITSB. Program ini diakhiri setelah makan tengahari di Restoran Nasi Kandar yang terkenal di Pulau Pinang dan rombongan tiba di ITSB pada jam 9.00 malam.

Hari Keluarga ITSB

Kakitanganmenunggugiliranuntukmenikmatijamuanmakanmalam.

AmanatterakhirdaripadaSaudaraAzharSyukreebinJohari.

Acaratariktaliuntukmencarikumpulanterkuat.

Sessipengadilanuntukacaramumia.

Kelab Kakitangan Ingress

��

Page 20: Dari Meja Pengarang - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 5 Final.pdf · Akhir kata, Sidang Pengarang mengucapkan “Selamat Menghayati dan

�0

Nostalgia

Nama

Abdul Rahim bin Abdul Manas

Jawatan

Kerani PVDIngress Precision Sdn. Bhd.

Nama Isteri

Siti Aminah binti Hussein

Tarikh Perkahwinan

5 September 2003

Nama

Johan bin Juraimi

Jawatan

Eksekutif, Jabatan Audit Dalaman, Ingress Corporation Berhad

Nama Isteri

Narimah binti Hamid

Tarikh Perkahwinan

11 Mei 2003

Selamat Pengantin Baru

Page 21: Dari Meja Pengarang - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 5 Final.pdf · Akhir kata, Sidang Pengarang mengucapkan “Selamat Menghayati dan

��

CahayaMata1

4

3

2

5

Nostalgia

1. Nama Muhammad Zharfan Hakim bin Ahmad Shukri Tarikh Lahir 12 Ogos 2003 Nama Bapa Ahmad Shukri bin Ishak Jawatan Pengurus, Jabatan QMS (Ingress Precision Sdn. Bhd.) Nama Ibu Dr. Zainiati binti Zainal Abidin

2. Nama Nur Ainul Mardhiatul Syahirah binti Habibullah Tarikh Lahir 23 Mac 2003 Nama Ibu Afizan binti Mohd Shafiai Jawatan Eksekutif, Jabatan QA (Ingress Precision Sdn. Bhd.) Nama Bapa Habibullah binti Abd. Hashim 3. Nama Fatin Syauqina binti Supian

Tarikh Lahir 11 Jun 2003 Nama Bapa Supian bin Mohd Shah Jawatan Penolong Penyelia, Jabatan Kewangan dan Perakaunan (Ingress Precision Sdn. Bhd.) Nama Ibu Fazillahwatty binti Ja’afar

4. Nama Adam Hafidz bin Affendi Tarikh Lahir 18 Julai 2003 Nama Bapa Affendi bin Mohd Saleh Jawatan Fitter, Jabatan Penyenggaraan (Ingress Precision Sdn. Bhd.) Nama Ibu Suhana binti Mohamed Lip

5. Nama Afza Lyna binti Yusri Tarikh Lahir 2 Julai 2003 Nama Bapa Yusri bin Mohamad Kamal Jawatan Eksekutif Jabatan Pemasaran (Ingress Technologies Sdn. Bhd.) Nama Ibu Zulaiha binti Abdullah Jawatan Kerani Jabatan Projek (Ingress Technologies Sdn. Bhd.)

��

Page 22: Dari Meja Pengarang - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 5 Final.pdf · Akhir kata, Sidang Pengarang mengucapkan “Selamat Menghayati dan

��

Nostalgia

Candid Camera

Eh! Macam mana boleh lupa nie. Aku tak

hidupkan suis lagi. Patutlah mesin tak berger-

ak. Malunya ...

Ishk! Janji nak jumpa kat sini pukul 1 tengahari.

Kenapa sampai sekarang batang hidung pun

tak nampak lagi.

Lihatlah tuan-tuan. Baru letak tangan sikit dah kata tak larat nak angkat. Macam mana nak kuat kalau camnu.

La ... Camna nak buat nie. Boss aku masuk meeting. Fail dia lak tertinggal kat sini.

��

Page 23: Dari Meja Pengarang - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 5 Final.pdf · Akhir kata, Sidang Pengarang mengucapkan “Selamat Menghayati dan

��

Nostalgia

Mari mari mari. Hari ini saya ingin tunjukkan

bagaimana membuat gubahan khas untuk

dijadikan hantaran perkahwinan.

Minta-minta la orang yang nak

temuduga ambil aku kerja kat com-

pany ni. Untuk temuduga

aje sudah habis RM1,000

sewa pakaian.

Tak sangka pula nak mula bertugas pun kena

dengar kaunseling ni.

��

Bapa borek anak rintik. Aksi anak dan bapa ketika diminta berposing sebagai pasangan contoh anak yang mendengar kata bapanya.

Apasal panjang sangat diorang baca doa ni.

Ada juga aku tidur dalam dewan ni nanti.

Page 24: Dari Meja Pengarang - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 5 Final.pdf · Akhir kata, Sidang Pengarang mengucapkan “Selamat Menghayati dan

��

Utusan Kesabaran

A Son

AYAH Masih jelas di kaca fikirankuMengimbau kembali memori lamaKetika kau memulakan kehidupan baruSebagai Ayah kepada “Lima Permata”

AYAHAku kagum akan peribadimuTabah melalui ranjau berlikuDalam mengorak langkah mencari sinar baruBerusaha mengubah penderitaan yang lalu

AYAHDahulu aku tidak mengertiMengapa tiada kemewahan melengkapi diriMengapa kepayahan menyelubungi hariSenantiasa daku memendam rasa Menahan nasib diri

AYAHKini daku mengerti dan lebih memahamiRupa-rupanya kepahitan yang menusuk jiwaMerupakan sebuah kemanisan yang hakikiIbarat menelan ubat penyembuh duka

AYAHGelora silam tidak bisa kau tahan Namun harapan menggunung di hatiAkhirnya kau mampu membuktikanKejayaaanmu yang tidak terperi

AYAH Daku amat bersyukur terhadap IlahiKerana kini “Lima Permata” telah menyinariKegelapan yang dahulunya menyulam diriLantas kejayaan menempatkan diriDi kalangan orang yang dihormati

AYAHSeandainya daku diberi peluangIngin daku terbang tinggi di awananAkan daku petik bintang-bintangDan aku jadikan hadiah untukmuSebagai panghargaan

AYAHDaku sangup menyelam, Berkorban jiwa dan ragaDemi mengutip mutiara-mutiaraDi lautan bergeloraSebagai tanda balasanku buat ayah tercintaAkanku sematkan segala pengorbanan muDi dalam minda buat selamanya

Terima kasih ayah...Tanpamu “Lima Permata” tidak akan bercahaya dan bersinarNamun malap di dalam kegelapan yang tiada siapa tahuJaminannya pada masa hadapan

Hasil tarian pena: Puteri Rebutan

Your existence is unexpectedSo sudden, so strong so a liveYour suddenly become theBlood in every vein in my bodyThe heartbeat, the breath, the airWhich keep me going

Your eyes are like angelsReminds me of every miracleExisted in the world

Suddenly I wonderHow in the world could I ownA creature as beautiful as youHow in the world could IFeel the sweetest dream ofHaving to see a smile from a son

Then......I realizeAllah must have blessed my lifeWith an existence of a sonAllah must have blessed meSo I can see my wholeLife though the existenceOf a son...Al-Hamdulillah...

From : Apen

Lantaran hidup iniMenyemai ketabahan hatiJalanan berduriLautan berapiKeimanan di hati rahsia tersembunyi

Tatkala aku sepiMengingati kasih-Mu IlahiWalaupun sendiri dan masih mencariNamun liku ini tetap kugagahiMenghadapi dan terus hadapi

Seringkali aku dugaAcapkali juga hati berkataSabarkah aku dalam mengharunginya?Ku desiskan bisikan jiwaHidup ini sekadar ujian cumaDemi mengapai impian cinta Yang Esa

Oh hati... tabahlahOh jiwa... tenanglahMungkin di sebaliknya terkandung hikmah

Andainya terseksa menghapus dosaAndai luka membersih jiwaTitipan takdir utusan Yang KuasaAku redha atas segalanyaKerana rinduku alam yang nyataSemoga aku ditemukan bahagiaKehidupan abadi di syurga

Hasil Nukilan : Rosalina Ibrahim

��

Karya

Terima Kasih Ayah