dari meja pengarang bahan bacaan dan maklumat ilmiah untuk tatapan untuk tatapan warga jupem dan...

51

Upload: truongkien

Post on 12-May-2019

269 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Dari Meja Pengarang

PenasihatDato’ Sr Mohd Noor bin Isa

Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia

PengerusiSr Haji Mohamad Kamali bin Adimin

Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I

Ketua PenyuntingSr Wan Mohamad Darani bin Ab. Rahman

Pengarah Ukur Bahagian Perancangan dan Korporat

PenyuntingSr Abd Rahman bin Mohd Jazuli @ Mahmood

Nurul Hayati binti IsmailMohd Hilmi bin Abdullah

Pengarang / JurugambarHasni bin Omar

Hasanul Ariffi n bin Mohd NorAhmad Najmi bin Awang

Rekabentuk / RekaletakA Hafi z bin Azizi

Ketua PercetakanSr Zoher bin Nomanbhoy

Pengarah Ukur Bahagian Kartografi dan GIS

terbitanBahagian Perancangan dan KorporatJabatan Ukur dan Pemetaan MalaysiaTingkat 13, Wisma JUPEMJalan Sultan Yahya Petra50578 Kuala LumpurTel : 03-2617 0800Fax : 03-26170990

cetakan Seksyen Percetakan Bahagian Kartografi dan GIS Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Jalan Sultan Yahya Petra 50578 Kuala Lumpur

www.jupem.gov.my

Assalamualaikum WBTdan Salam 1 Malaysia

Alhamdulillah, bertemu lagi kita pada sukuan pertama bagi tahun 2018 di lembaran Berita Ukur Bil. 69, edisi April – Jun 2018. Sedar atau tidak kita telah berada Edisi BU 69 pada sukuan kedua tahun 2018 yang menyajikan berita menarik dari pelbagai Bahagian di Ibu Pejabat dan JUPEM Negeri. Ini termasuk aktiviti - aktiviti rasmi dan tidak rasmi anjuran jabatan. Pastinya artikel yang disajikan di dalam BU68 dapat dijadikan sumber bahan bacaan dan maklumat ilmiah untuk tatapan untuk tatapan warga JUPEM dan semua pembaca.

Akhir sekali, sidang pengarang amat mengalu-alukan sebarang sumbangan apa jua hasil karya penulisan untuk dimuatkan dalam berita ukur edisi seterusnya. Karya-karya tersebut boleh diemelkan kepada sidang pengarang melalui emel [email protected] atau [email protected].

Akhir kalam, selamat membaca!

DAPATKAN BERITA UKUR EDISI SEBELUM INI :www.jupem.gov.my/v1/my/media/beritaukur

www.facebook.com/jupem_katsr twitt er.com/jupem_katsr www.instragram.com/jupem_katsr

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia

Wisma JUPEM

Jalan Sultan Yahya Petra

50578 Kuala Lumpur

Tel : 03-26170800 Fax : 03-26933618

www.jupem.gov.my

201660

JAN-MAC

201767

OKT-DIS

PELANCARAN COFFEE TABL

E BOOK

‘FROM BORDERS TO BOUNDARIES - THE JUPEM STORY’

MAJLIS PERHIMPUNAN

BULANAN 1NREYB MENTERI NRE

bersama

SiDANGPENGARANG

Semua rencana, artikel dan bahan tulisan yang terdapat di dalam Berita Ukur ini adalah sumbangan daripada Bahagian-bahagian di Ibu Pejabat dan JUPEM Negeri yang terlibat. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia|Wisma JUPEM, Jalan Sultan Yahya Petra, 50578 Kuala Lumpur

Tel : 03-26170800 Fax : 03-26933618 www.jupem.gov.my

APR - JUN

201869

Menarik di dalam:

“JUPEM SPEARHEAD INITIATIF PENGIKTIRAFAN IBSC-41 BAGI

HYDROGRAPHY AND MARINE TECHNOLOGY PROGRAMME

(UTM HYDRO III)”

3211 2608

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia

Wisma JUPEMJalan Sultan Yahya Petra

50578 Kuala Lumpur

Tel : 03-26170800 Fax : 03-26933618

www.jupem.gov.my

KANDUNGANAPR - JUN

201869

Menarik di dalam:

“JUPEM SPEARHEAD INITIATIF PENGIKTIRAFAN IBSC-41 BAGI HYDROGRAPHY AND MARINE TECHNOLOGY PROGRAMME

(UTM HYDRO III)”

3011 2402

Jabatan Ukur dan Pemetaan MalaysiaWisma JUPEM

Jalan Sultan Yahya Petra50578 Kuala Lumpur

Tel : 03-26170800 Fax : 03-26933618www.jupem.gov.my

KEJAYAAN KERJASAMA JUPEM, UTM DAN PHN DALAM MENDAPATKAN PENGIKTIRAFAN IBSC BAGI ‘HYDROGRAPHY AND MARINE TECHNOLOGY PROGRAMME’ (UTM HYDRO III), CATEGORY A DI INSTITUT TEKNOLOGI BANDUNG, INDONESIAINDONESIA

LAWATAN TURUN PADANG YBHG DATO’ HJ. SUHAIMI BIN HJ. MAMAT TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (PENGURUSAN SUMBER ASLI) KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR (NRE) KE SEMPADAN ANTARABANGSA MALAYSIA – BRUNEI DARUSSALAM | SARAWAK

LAWATAN KERJA BERKAITAN AKTIVITI PENGUKURAN SEMPADAN ANTARABANGSA MALAYSIA – THAILAND DAN SESI PEMERIKSAAN BAJET MENGURUS 2019, JUPEM. KOTA BHARU

MAJLIS PERHIMPUNAN BERSAMA KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIAKUALA LUMPUR

JUPEM SERTAI KARNIVAL GEOMATIK: “JOM, PAKAT MAI!!” PERINGKAT UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM) PERLIS| PERLIS

LAWATAN TEKNIKAL DELEGASI JUPEM KE MyBIM CENTRE MALAYSIA | KUALA LUMPUR

KURSUS TRAINING FOR TRAINER SISTEM PERSEKITARAN BERKUALITI (QE/5S) IBU PEJABAT JUPEM PAHANG

MAJLIS BERBUKA PUASA JUPEM 1439H/2018 KUALA LUMPUR

MAJLIS PERHIMPUNAN DAN SAMBUTAN AIDILFITRI 2018 / 1439H BERSAMA YBHG. DATO’ SRI AZIZAN BIN AHMAD, KETUA SETIAUSAHA NRE (KSU) BERTEMAKAN #NREBERAYA2018PUTRAJAYA

6

8

14

17

19

22

24

4

2

PROGRAM OUTREACH JUPEM SABAH PERPUSTAKAAN WILAYAH SANDAKAN | SABAH

MAJLIS PERJUMPAAN 1NRE PERINGKAT NEGERI KELANTAN BERSAMA TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (PENGURUSAN

SUMBER ASLI) KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR KOTA BAHARU

MAJLIS PERSARAAN SR AHAMAD BIN ZAKARIA | KUALA LUMPUR

TAKLIMAT DAN PERBINCANGAN BERSAMA PARA PENERIMA TANAH KERAJAAN | PERAK

KEMBARA ANTARABANGSA PUSPANITA JUPEM KE BALKAN | BALKAN

MAJLIS TADARUS DAN KHATAM AL-QURAN JUPEM TAHUN 2018 | KUALA LUMPUR

INFO DAN TEKNOTEKNOLOGI PASANG SURUT

TIPS BERHENTI MEROKOK ARTIKEL

26

30

32

40

4245

4648

03

05

19

31

09

11

JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA2 JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA2

PENGENALAN

23 April 2018, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Pusat Hidrografi Nasional (PHN) telah berjaya membentangkan kertas kerja berkaitan bidang hidrografi di Institut Teknologi Bandung (ITB), Bandung, Indonesia. Pembentangan kertas kerja ini bertujuan bagi mendapatkan pengiktirafan dari International Boards on Standard of Competence for Hydrographic Surveyors and Nautical Cartographers (IBSC) bagi Program Hydrography and Marine Technology Programme (UTM HYDRO III) yang akan diadakan di UTM Kuala Lumpur. Objektif utama program ini diadakan bagi mewujudkan satu program hidrografi berteraskan silibus antarabangsa yang diiktiraf oleh International Board on Standards of Competence for Hydrographic Surveyors and Nautical Cartographers (IBSC) berdasarkan kepada Standards of Competence for Category “A” S-5A, First

KEJAYAAN KERJASAMA JUPEM, UTM DAN PHN DALAM MENDAPATKAN PENGIKTIRAFAN IBSC BAGI ‘HYDROGRAPHY AND MARINE TECHNOLOGY PROGRAMME’ (UTM HYDRO III), CATEGORY A DI INSTITUT TEKNOLOGI BANDUNG, INDONESIA

JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA2

Edition, version 1.0.1 – June 2017 yang telah dibangunkan oleh IBSC.

Mesyuarat IBSC yang pertama diadakan pada tahun 1978 di London, United Kingdom dan yang terkini IBSC-41. Pada mesyuarat IBSC-41 kali ini, wakil Malaysia iaitu Profesor Sr Dr. Mohd Razali bin Mahmud, Dekan Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah bersama-sama Dato’ Sr Mohd Noor bin Isa, Ketua Pengarah Ukur Pemetaan Malaysia dan Laksmana Pertama Mohd Hanafi ah bin Hassan, Ketua Pengarah Hidrografi , Pusat Hidrografi Nasional telah membentangkan kertas cadangan program Hydrography and Marine Technology Programme (UTM HYDRO III).

Pada mesyuarat ini, Hydrography and Marine Technology Programme (UTM HYDRO III) telah mendapat pengiktirafan dengan pembetulan minima oleh IBSC setelah memenuhi syarat dan keperluan yang telah ditetapkan. Bagi mengikuti program ini, antara subjek yang telah digariskan dan dipersetujui oleh IBSC adalah subjek Mathematic and Statistic, Computer Programming, Physic, Geodesy, Tides: Theory and Practice, Hydrographic Positioning, Hydrographic Surveys, Hydrographic Information, Law of the Sea, Seamanship and Navigation, Marine Meteorology, Dynamic Oceanography Sedimentology, Remote Sensing dan Hydrographic Field Survey Project. Manakala tenaga pengajar akan terdiri daripada pakar dan pensyarah dari UTM, JUPEM dan PHN. Diakhir program ini, pelajar yang memenuhi syarat dan berjaya lulus dalam peperiksaan akan dianugerahkan Sijil Kategori A (The Hydrography and Marine Technology Programme (UTM

HYDRO III) certifi ed by the FIG/IHO/ICA International Board on Standards of Competence for Hydrographic Surveyors and Nautical Cartographer as meeting the requirements of the FIG/IHO/ICA S-5A Standards of Competence for Category A).

LATAR BELAKANG

Hydrography and Marine Technology Programme (UTM HYDRO III) merupakan idea yang dicetuskan oleh YBhg. Dato’ Sr Mohd Noor bin Isa, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia pada tahun 2017. Mesyuarat pertama berkaitan program ini telah diadakan pada bulan Januari

KEJAYAAN KERJASAMA JUPEM, UTM DAN PHN DALAM MENDAPATKAN PENGIKTIRAFAN IBSC BAGI ‘HYDROGRAPHY AND MARINE TECHNOLOGY PROGRAMME’ (UTM HYDRO III), CATEGORY A DI INSTITUT TEKNOLOGI BANDUNG, INDONESIA

3BERITA UKUR 69 3BERITA UKUR 69 3BERITA UKUR 68

2017 di JUPEM. Seterusnya, satu Jawatankuasa UTM HYDRO III yang dianggotai wakil JUPEM, UTM, LJT, dan Persatuan Jurukur Tanah Bertauliah Semenanjung Malaysia (PEJUTA) telah diwujudkan bagi penyediaan kertas kerja HYDRO III. Pada mesyuarat ini, perkara yang dibincangkan adalah bagi membentuk satu program hidrografi yang diiktiraf oleh badan antarabangsa.

INTERNATIONAL BOARD ON STANDARDS OF COMPETENCE FOR HYDROGRAPHIC SURVEYORS AND NAUTICAL CARTOGRAPHERS (IBSC)

IBSC merupakan badan antarabangsa yang dianggotai 11 personel dari wakil badan-badan profesional antarabangsa seperti International Federation of Surveyors (FIG), International

Hydrographic Organisation (IHO) dan International Cartographic Association (ICA). Peranan IBSC antaranya menyelaras standard minimum kompeten bagi juruukur hidrografi dan juru kartografi , menyelaras silibus program yang ditetapkan oleh Hydrographic Offi ces, Institusi dan badan akademik, memberi khidmat nasihat, komen serta memberi pengiktirafan kepada program yang mencapai tahap yang ditetapkan oleh IBSC. Mesyuarat IBSC ini diadakan sekali dalam setahun dan antara agenda utama mesyuarat adalah menilai, menyelaras silibus dan mempertimbangkan kelulusan permohonan program hidrografi dan kartografi yang diterima dari seluruh dunia.

Certifi cate of Recognition oleh IBSC

HYDROGRAPHIC AND MARINE TECHNOLOGY PROGRAME (UTM HYDRO III)

Hydrographic and Marine Technology Programe (UTM HYDRO III) ini merupakan program baru yang telah mendapat pengiktirafan oleh IBSC bagi tempoh 6 tahun yang akan dianjurkan bersama oleh UTM, JUPEM dan PHN di Malaysia. Program UTM HYDRO III akan dijalankan secara sepenuh masa di Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur selama 42 minggu. Peserta bagi program ini akan terdiri daripada Jurukur Berlesen dan Berdaftar di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Program ini secara amnya mempunyai 7 Modul yang terdiri dari 14 subjek yang perlu diikuti oleh peserta.

KESIMPULAN

Kejayaan mendapat pengiktirafan dari International Boards on Standard of Competence for Hydrographic Surveyors and Nautical Cartographers (IBSC) bagi Program Hydrographic and Marine Technology (UTM HYDRO III) merupakan cabaran kepada agensi yang terlibat. Melalui Strategi Lautan Biru Nasional (NBOS) dan kerjasama berpasukan, pengiktirafan ini telah berjaya dicapai. Diucapkan jutaan terima kasih dan tahniah tidak terhingga kepada agensi terlibat terutamanya Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Pusat Hidrgrafi Nasional (PHN), Lembaga Jurukur Tanah Malaysia (LJT) dan Persatuan Jurukur Bertauliah Malaysia (PEJUTA) dalam merealisasikan penubuhan Hydrography and Marine Technology Programme (UTM HYDRO III) ini.

JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA4 JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA4 JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA4

Program turun padang Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan Sumber Asli) Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE), YBhg. Dato’ Hj. Suhaimi bin Hj. Mamat ke kawasan sempadan antarabangsa Malaysia – Brunei Darussalam telah diadakan pada 13 hingga 15 April 2018 di Hotel Pullman, Miri, Sarawak.Program yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Sr Mohd Noor bin Isa, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia turut melibatkan Agensi-agensi Pusat terdiri daripada pegawai-pegawai Kementerian Kewangan Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam serta pegawai Kementerian. Pengurusan tertinggi dan pegawai kanan JUPEM yang turut serta di dalam program ini. Objektif utama program turun padang ini adalah bertujuan untuk memberi penjelasan dan gambaran sebenar mengenai aktiviti penentuan, penandaan dan pengukuran sempadan antarabangsa Malaysia dengan negara-negara jiran serta menjelaskan betapanya pentingnya peruntukan berterusan bagi membiayai aktiviti pengukuran sempadan antarabangsa tersebut.

LAWATAN TURUN PADANG YBHG. DATO’ HJ. SUHAIMI BIN HJ. MAMAT TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (PENGURUSAN SUMBER ASLI) KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR (NRE) KE SEMPADAN ANTARABANGSA MALAYSIA – BRUNEI DARUSSALAM

5BERITA UKUR 69 5BERITA UKUR 69

JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA6

Kota Bharu, 2 Mei 2018, Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah mengadakan satu Lawatan Kerja berkaitan Aktiviti Pengukuran Sempadan Antarabangsa Malaysia – Thailand bersempena dengan sesi pemeriksaan Bajet Mengurus 2019 yang berlangsung pada 3 Mei 2018. Lawatan dan sesi pemeriksaan bajet ini turut disertai oleh YBhg. Sr John Elvis Koh, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II beserta pegawai jemputan dari Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Kementerian Sumber Asli dan Alam sekitar (NRE).

Sesi lawatan dimulakan dengan taklimat berkenaan Projek Penandaan dan Pengukuran Sempadan Tetap dan Kekal Sempadan Antarabangsa Malaysai-Thailand di Sepanjang Sungai Golok (Kolok River), bertempat di Pangkalan Pasukan Marin, Pangkalan Kubor. Taklimat ini telah disampaikan oleh YBrs. Sr Mohd Latif bin Zainal, Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan Topografi Semenanjung Malaysia (BPTSM). Selesai sahaja taklimat, wakil pegawai jemputan YBhg. Puan Fikriah binti Hj. Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Belanjawan Negara (Ekonomi) daripada MOF dan YBrs. Danial Lee Abdullah @ Lee Kim Su, Setiausaha Bahagian Kewangan dan Perolehan NRE telah menerima sedikit cenderahati sebagai kenang-kenangan daripada pihak JUPEM. Cenderahati ini telah disampaikan sendiri oleh Sr. John Elvis Koh. Setelah itu, para peserta lawatan dibawa meninjau ke Boundary point B (Muara Sungai) dan Simpangan serta kawasan sekitar Sungai Golok, Kelantan.

Bermula seawal jam 9.00 pagi, Mesyuarat Pemeriksaan Bajet Mengurus Tahun 2019 JUPEM berlangsung. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Sr. John Elvis Koh serta turut disertai oleh pegawai- pegawai dari MOF dan NRE. Antara bahagian yang terlibat dalam pembentangan bajet ini adalah Bahagian Khidmat Pengurusan(BKP), Bahagian Perancangan dan Korporat (BPK), Bahagian Geospatial Pertahanan (BGSP), Bahagian Pemetaan Topografi Semenanjung Malaysia (BPTSM) dan Bahagian Kadaster (BK). Mesyuarat ini telah berlangsung dengan jayanya serta berjaya mencapai objektif mesyuarat ini diadakan. Kata sepakat telah dicapai didalam mesyuarat ini berkenaan dengan peruntukan tambahan yang akan dipohon oleh Bahagian yang terlibat. Selain itu, terdapat juga isu-isu lain yang melibatkan Program Khusus, One-Off serta Dasar Baru yang dibincangkan semasa mesyuarat ini. Secara keseluruhannya, mesyuarat ini berjaya memberi

LAWATAN KERJA BERKAITAN AKTIVITI PENGUKURAN SEMPADAN ANTARABANGSA MALAYSIA – THAILAND DAN SESI PEMERIKSAAN BAJET MENGURUS 2019, JUPEM

perincian dan pemahaman yang jelas kepada para-para pegawai daripada MOF dan NRE berkenaan justifi kasi dan rasional peruntukan tambahan Dasar baru, One-off serta Program Khusus yang dikemukakan. Lawatan Kerja Berkaitan Aktiviti Pengukuran Sempadan Antarabangsa Malaysia – Thailand dan Sesi Pemeriksaan Bajet Mengurus 2019, JUPEM secara keseluruhannya telah berjaya menepati sasaran program ini diadakan. Lawatan Kerja Sempadan yang diadakan sehari sebelum Mesyuarat Pemeriksaan Bajet Mengurus 2019 JUPEM telah berjaya memberikan pencerahan dan pengalaman yang amat berguna kepada para pegawai daripada MOF dan NRE berkenaan tugas-tugas JUPEM berkaitan dengan kerja-kerja sempadan. Maklumat-maklumat ini telah berjaya memberi pemahaman yang baik akan peranan JUPEM didalam menjaga kedaulatan sempadan negara seterusnya membantu justifi kasi dan rasional yang dibentangkan oleh pihak JUPEM semasa Mesyuarat Pemeriksaan Bajet Mengurus 2019 diadakan difahami dan diterima.

Semoga segala komitmen dan kesungguhan yang dicurahkan daripada pelbagai pihak yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung didalam Lawatan Kerja Berkaitan Aktiviti Pengukuran Sempadan

7BERITA UKUR 69

Antarabangsa Malaysia – Thailand dan Sesi Pemeriksaan Bajet Mengurus 2019 JUPEM ini dapat memudah cara dan melancarkan proses permohonan peruntukan tambahan Dasar baru, One-off serta Program Khusus yang dikemukakan oleh pihak JUPEM.

JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA8 JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA8

9 April 2018, Majlis Perhimpunan bersama YBhg. Dato’ Sr Mohd Noor bin Isa, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia telah diadakan di Dewan Ukur JUPEM, Kuala Lumpur. Seramai hampir 200 orang pegawai dan kakitangan JUPEM termasuk pegawai-pegawai kader JUPEM dari pelbagai jabatan/agensi dan wakil-wakil Majlis Bersama Jabatan (MBJ) telah hadir bagi mendengar amanat yang disampaikan oleh

MAJLIS PERHIMPUNAN BERSAMA KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA

JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA8

YBhg. Dato’ KPUP. Bersempena majlis tersebut, YBhg. Dato’ KPUP telah menyampaikan Anugerah Khas KPUP kepada 6 orang pegawai dan Anugerah Khidmat Setia kepada 33 orang pegawai yang telah berkhidmat melebihi 38 tahun. Majlis diakhiri dengan pelancaran “Coffee Table Book (CTB) - Evolusi Ukur Kadaster”.

9BERITA UKUR 69 9BERITA UKUR 69 9BERITA UKUR 68

JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA10

JUPEM MENYERTAI PERSIDANGAN DAN PAMERAN PERKHIDMATAN PERTAHANAN ASIA (DSA) KE-16 SERENTAK DENGAN PAMERAN ANTARABANGSA KESELAMATAN KEBANGSAAN (NATSEC) ASIA 2018

Pada 16 April 2018, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia telah menganjurkan Persidangan dan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) Ke-16 serentak dengan Pameran Antarabangsa Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2018. Objektif penganjuran yang berlangsung selama empat hari ini adalah untuk meningkatkan interaksi antara agensi keselamatan iaitu tentera dan polis bersama agensi awam dalam usaha memantapkan tahap keselamatan negara. Selain itu, penganjuran ini diadakan bagi memperkukuhkan hubungan diplomatik antara pelbagai agensi pertahanan dan keselamatan dengan negara luar yang menyertai program ini.

Terdapat lebih 100 syarikat telah mempamerkan produk mereka kepada 350 delegasi dari 45 negara dan 42,000 pelawat dari 70 negara yang hadir pada penganjuran ini. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) juga tidak ketinggalan untuk mempamerkan alat pengukuran seperti dron yang digunakan oleh Bahagian Geospatial Pertahanan (BGSP).

Penganjuran kali ini turut diselitkan dengan forum berkaitan dron yang disertai oleh beberapa orang panel yang terdiri daripada pakar-pakar berkaitan industri dron dari dalam dan luar negara. JUPEM sendiri telah diwakili oleh Lt. Kol. Muhamad Zamri bin Husran yang menjadi panel pertama dalam sesi pembukaan forum dron ini.

11BERITA UKUR 69

JUPEM MENYERTAI PERSIDANGAN DAN PAMERAN 20TH INTERNATIONAL SURVEYORS CONGRESS (20TH ISC)

Pada 28 Jun 2018, Khamis telah berlangsung 20th

International Surveyors Congress yang dianjurkkan oleh Royal Institution of Surveyors, Malaysia (RISM) bertempat di Hotel Istana, Kuala Lumpur. International Surveyors’ Congress kali ini bertemakan ‘Future Proofi ng the Profession’, program ini turut dihadiri oleh YBhg. Tan Sri Rafi dah binti Aziz, Pengerusi AirAsia X Berhad sebagai tetamu kehormat. Program ini dilihat telah berjaya membentuk satu forum dan platform untuk juruukur Malaysia bertukar-tukar pendapat dan pengetahuan bersama juruukur di rantau ASEAN berkenaan teknologi terkini berkaitan bidang pengukuran.

Pihak pengajur turut menyediakan ruang pameran selama dua hari berlangsungnya 20th International Surveyors’ Congress bagi mempromosikan teknologi pengukuran yang terkini kepada pengguna. Pihak JUPEM turut diwakili oleh Bahagian Pangkalan Data Geospatial Negara, Bahagian Kadaster dan Bahagian Perancangan dan Korporat dengan mempamerkan aplikasi MyGeoServe GIOS dan SKIP/SmartKadaster.

MESYUARAT KE-10 KUMPULAN KERJA BERSAMA BAGI KAWASAN-KAWASAN BERMASALAH (JWG-OBP) DALAM PROJEK PENANDAAN DAN PENGUKURAN SEMPADAN ANTARABANGSA MALAYSIA (SABAH) - INDONESIA (KALIMATAN UTARA)

Mesyuarat Ke-10 Kumpulan Kerja Bersama Bagi Kawasan-Kawasan Bermasalah (JWG-OBP) dalam Projek Penandaan dan Pengukuran Sempadan Antarabangsa Malaysia (Sabah) - Indonesia (Kalimatan Utara) telah diadakan di Genting Highland, Malaysia pada 11 - 13 April 2018. Mesyuarat Kumpulan Kerja Bersama Bagi Kawasan-Kawasan Bermasalah (JWG-OBP) dalam Projek Penandaan dan Pengukuran Sempadan Antarabangsa Malaysia (Sabah) - Indonesia (Kalimatan Utara) telah di pengerusikan secara bersama di pihak Malaysia oleh YBhg. Dato’ Sr Mohd Noor bin Isa, Pengerusi JWG-OBP Malaysia merangkap Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia dan rakan sejawat dari Indonesia.Semasa Mesyuarat 11th Annual Consultation antara ketua negara Malaysia dan Indonesia pada 1 Ogos 2016, telah mengarahkan kedua-dua negara mengadakan

perbincangan secara intensif dalam menyelesaikan isu OBP terutama bagi lima kawasan bermasalah antara Malaysia (Sabah) dan Indonesia (Kalimantan Utara). Seterusnya rangka penyelesaian OBP telah dibincangkan dengan lebih lanjut pada Mesyuarat ke-10 Kumpulan Kerja Bersama bagi Kawasan-Kawasan Bermasalah dalam Projek Penandaan dan Pengukuran Sempadan Antarabangsa Malaysia (Sabah) - Indonesia (Kalimantan Utara) (JWG-OBP). Mesyuarat JWG-OBP-10 telah berjaya mencapai kesepakatan dalam mencari penyelesaian melalui dokumen rasmi iaitu OBP Resolution, OBP Action Plan dan OBP SOP. Dokumen ini akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Sempadan untuk kelulusan yang dijangka akan diadakan pada bulan Oktober 2018.

JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA12

JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA14 JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA14

15 Mei 2018, KARNIVAL GEOMATIK: “Jom, Pakat Mai!!” peringkat Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis telah diadakan di Anjung Siswa UiTM Perlis. Majlis perasmian dan penutupan telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Zailuddin Ariffi n, Rektor Kampus, Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Perlis. Turut hadir ialah Sr Ahmad Azmi bin Hashim, Pengarah Ukur dan Pemetaan Perlis, Prof. Madya Dr. Zakaria Mat Arof, Timbalan Rektor HEA UiTM Perlis, Dr. Ahmad Nizan Mat Noor, Timbalan Rektor HEP UiTM Perlis dan Prof. Madya Dr. Mohd Azlan Mohd Ishak, Timbalan Rektor RICAN UiTM Perlis sebagai tetamu kehormat.

Karnival diadakan sebagai memenuhi keperluan silibus pelajar GLS184 dan GLS457 selain mengadakan kolaborasi dengan industri. Pada asalnya silibus GLS184 dan GLS457 melibatkan lawatan akademik ke Balai Cerap di luar kampus. Memandangkan bilangan

pelajar melebihi 200 orang, maka program cerapan dan ceramah akademik telah dijalankan serentak bersempena penganjuran kernival ini. Malah program ini telah melibatkan penglibatan semua warga UiTM Cawangan Perlis secara menyeluruh. Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Perlis telah diberi penghormatan mengadakan pameran sempena karnival tersebut. Kesempatan ini telah digunakan sepenuhnya untuk menyampaikan maklumat kepada warga UiTM amnya dan pelajar-pelajar Jurusan Sains Ukur dan Geomatik khususnya mengenai peluang kerjaya, produk dan perkhidmatan JUPEM yang terdiri daripada ukur kadaster, pemetaan dan geodetik yang menepati sistem kualiti serta memenuhi keperluan pelanggan. Turut membantu JUPEM Perlis dalam pameran pada kali ini adalah Bahagian Perancangan dan Korporat dan Pejabat Topografi Wilayah Taiping.

JUPEM SERTAI KARNIVAL GEOMATIK: “JOM, PAKAT MAI!!” PERINGKAT UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM) PERLIS

15BERITA UKUR 69 15BERITA UKUR 68

12 April 2018, Khamis. Satu Majlis Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Perlis telah diadakan di Taman Negeri Perlis Wang Kelian bertemakan “Hutan Untuk Kesejahteraan Masyarakat”. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Burhanudin bin Haji Arshad, Timbalan Ketua Pengarah Perhutanan (Operasi & Teknikal), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia. Turut hadir ialah YB. Tuan Khaw Hock Kong, Ahli Dewan Undangan Negeri Titi Tinggi, Perlis sebagai tetamu kehormat.

Program dilaksanakan adalah sebagai salah satu usaha pemeliharaan dan pemuliharaan kesejahteraan dan kestabilan alam sekitar di bawah program Restorasi dan Penghijauan Bumi. Antara aktiviti semasa program ini ialah menanam pokok dan pameran dari pelbagai Jabatan / Agensi dibawah NRE selain penyertaan daripada Jabatan Pendidikan Negeri, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Penerangan, Agensi kawalan sempadan Malaysia & Thailand: Imigresen, Kastam, Polis dan Aksem.

Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Perlis telah diberi penghormatan mengadakan pameran sempena sambutan tersebut. Kesempatan ini telah digunakan sepenuhnya untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat mengenai produk dan perkhidmatan JUPEM yang terdiri daripada ukur kadaster, pemetaan dan geodetik yang menepati sistem kualiti serta memenuhi keperluan pelanggan. Majlis ini turut disertai oleh Bahagian Perancangan dan Korporat, Bahagian Ukur Geodetik, Bahagian Geospatial Pertahanan dan Pejabat Topografi Wilayah Taiping.

MAJLIS SAMBUTAN HARI HUTAN ANTARABANGSA PERINGKAT NEGERI PERLIS

JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA16 JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA

17BERITA UKUR 69

LAWATAN TEKNIKAL DELEGASI JUPEM KE myBIM CENTRE MALAYSIA

Pada 15 Mei 2018, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah mengadakan satu sesi lawatan teknikal ke myBIM Centre yang diwakili oleh pegawai dari pelbagai Bahagian di JUPEM serta wakil dari JUPEM Negeri iaitu JUPEM Selangor dan JUPEM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Delegasi lawatan teknikal ini diketuai oleh YBrs. Sr Haji Mohamad Kamali bin Adimin, Timbalan Ketua Pengarah ukur dan Pemetaan I.

JUPEM telah mengorak langkah dalam menyokong ke arah pembangunan Building Information Modelling (BIM) di bawah projek SmartKADASTER pada tahun 2014. Projek tersebut telah mengadaptasi kaedah cerapan secara Terrestrial Laser Scanner (TLS) yang memberikan hasil akhir prosesan data iaitu Level of Detail (LOD) 4 dan fungsi Walkthrough Model bagi bangunan JUPEM dan Putrajaya Sentral. LOD dan Walkthrough Model merupakan antara elemen yang terdapat pada BIM.

Taklimat terperinci serta sesi lawatan di dalam premis myBIM Centre telah dikendalikan oleh Encik Mohammad Farid bin A Hamid, Pengurus Besar CIDB E-Construct Services Sdn Bhd. Penerangan yang diberikan antaranya menyentuh mengenai peranan myBIM Centre dalam menyokong ke arah pelaksanaan BIM di Malaysia selari dengan Program Transformasi Industri Pembinaan di bawah Rancangan Malaysia ke-11. Delegasi JUPEM juga telah diberi pendedahan tentang pengadaptasian BIM di Malaysia dalam menyiap siaga ke arah implementasi BIM bagi kesemua stake holder dalam industri pembinaan.

Lawatan teknikal ini diharapkan dapat memberi pendedahan sewajarnya kepada JUPEM tentang perkembangan sektor BIM di Malaysia dan secara tidak langsung dapat menggalakkan warga JUPEM untuk lebih kehadapan dalam mengadaptasi konsep BIM.

17BERITA UKUR 68

JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA18 JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA18

PENSIJILAN SEMULA DAN NAIKTARAF MS ISO 9001:2015

JUPEM telah menerima kunjungan audit dari pasukan audit SIRIM QAS International Sdn. Bhd. yang diketuai oleh Ketua Juruaudit, Encik Khairul Azmi bin Pumijan berserta empat (4) Juruaudit iaitu Encik Mohd Sharil bin Arshad, Cik Nurulizuwane binti Mat Saruji, Encik Wan Khairul Anuar bin Ali dan Encik Mohd Farid bin Mohd Zaid pada 2 hingga 6 April 2018. Pasukan tersebut telah menjalankan audit di 19 buah lokasi seperti Ibu Pejabat JUPEM Kuala Lumpur, Bahagian, JUPEM Negeri, Pejabat Ukur Daerah dan Pejabat Topografi Wilayah. Skop pensijilan JUPEM yang dinilai adalah Pengurusan dan Penerbitan Peta Topografi serta Pengurusan dan Perkhidmatan Ukur Kadaster. Hasil daripada pengauditan tersebut, JUPEM telah disyorkan untuk dipersijilkan semula dan menaiktaraf SPK MS ISO 9001:2008 kepada versi 2015 dengan beberapa penambahbaikan perlu diambil tindakan bagi memastikan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) JUPEM dilaksanakan dengan lebih berkesan.

JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA18

19BERITA UKUR 69

PENSIJILAN SEMULA DAN NAIKTARAF MS ISO 9001:2015

KURSUS TRAINING FOR TRAINER SISTEM PERSEKITARAN BERKUALITI (QE/5S) IBU PEJABAT JUPEM

Kursus Training for Trainer Sistem Persekitaran Berkualiti (QE/5S) Ibu Pejabat JUPEM telah diadakan pada 26 hingga 28 Jun 2018 bertempat di Institut Latihan Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT). Kursus ini telah dihadiri 36 orang kakitangan JUPEM Ibu Pejabat yang mewakili jawatankuasa promosi, latihan dan audit yang mewakili

19BERITA UKUR 68

Zon QE/5S di Ibu Pejabat JUPEM. Kursus yang dianjurkan bertujuan memberi pendedahan mengenai peranan dan tanggungjawab jawatankuasa berkenaan di zon masing-masing. Hasil daripada kursus ini jabatan dapat melahirkan Champion QE/5S dan seterusnya amalan sistem persekitaran berkualiti terus dibudayakan di setiap zon Ibu Pejabat JUPEM.

JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA20

MESYUARAT PERJANJIAN PERTUKARAN PETA DI ANTARA JUPEM (BGSP)DAN DEFENCE GEOGRAPHIC CENTRE (GDC), UNITED KINGDOM

Mesyuarat Pertukaran Peta di antara JUPEM dan Geographic Defence Centre (DGC), United Kingdom adalah mesyuarat tahunan yang dijalankan di bawah bidang kuasa perjanjian antara Pengarah Pemetaan Negara Malaysia dan Pengarah Ketenteraan Kementerian Pertahanan UK yang ditandatangani pada tahun 1969. Ini adalah agenda penting bagi kedua-dua pihak-pihak untuk membincangkan keperluan untuk kerjasama dan mengkoordinasikan segala keperluan bahan pemetaan antara Malaysia dan United Kingdom sejajar dengan keperluan Angkatan Tentera Malaysia. Mesyuarat Pertukaran Peta ini telah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I selaku pengerusi ganti bagi mesyuarat ini. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh 15 wakil daripada pelbagai Bahagian di JUPEM termasuk pegawai daripada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Perbincangan mesyuarat ini meliputi beberapa perkara seperti program latihan, Data AXVORD untuk Airbus A400m, Addendum Map Exchange dan Maklumat Geospatial Maritim Pertahanan, Perisikan dan Perkhidmatan.

21BERITA UKUR 69

LAWATAN DELEGASI PEJABAT KETUA PENGARAH PENILAIAN DAN PERKHIDMATAN HARTA MALAYSIA KE JUPEM

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah menerima kunjungan dari Delegasi Pejabat Ketua Pengarah Penilaian Dan Perkhidmatan Harta Malaysia (JPPH) pada 27 April 2018 bertempat di Bilik Mesyuarat Berlian, Tingkat 11, Wisma JUPEM. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan dari YBhg. Dato’ Sr Mohd Noor bin Isa, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia dan diikuti oleh ucapan dari YBrs. Sr Haji Nordin bin Daharom, Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta Malaysia. pada pertemuan tersebut, pelbagai isu dibincangkan antaranya pertindihan lot yang dulunya berpandukan Pangkalan Data Ukur Kadaster Berdigit Kebangsaan (PDUK) berbanding dengan data sekarang di bawah National Digital Cadastral Database (NDCDB) serta pembekalan Pelan Akui dan beberapa produk JUPEM untuk kegunaan cawangan JPPH sebagai rujukan membuat charting bagi setiap permohonan nilaian yang diterima.

JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA22 JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA22

Sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak, JUPEM Ibu Pejabat telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa dan Solat Terawih pada Selasa, 5 Jun 2018 bersamaan 20 Ramadhan. Majlis tersebut telah dihadiri oleh YBhg. Dato’ Sr Mohd Noor bin Isa, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, Sr Haji Mohamad Kamili bin Adimin, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I, Sr John Elvis Koh, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II, pegawai kanan dan warga JUPEM. Majlis Berbuka

MAJLIS BERBUKA PUASA JUPEM 1439H/2018

JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA22

23BERITA UKUR 68

Puasa JUPEM kali ini turut dimeriahkan dengan kehadiran ahli-ahli dari Lembaga Jurukur Tanah Malaysia (LJT), RISM, PEJUTA, dan PUSPANITA. Pada majlis sama YBhg. Dato’ KPUP turut berkesempatan untuk menyampaikan sumbangan kepada anak yatim yang kurang bernasib baik di JUPEM. Majlis juga disusuli dengan program Solat Magrib dan Isyak berjemaah berjemaah serta solat terawih yang dipimpin oleh Ustaz Nor Hafi zi bin Abd Rashid, Penolong Pengarah Masjid Jawi.

JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA24

Putrajaya, 26 Jun 2018. Bersempena dengan kedatangan bulan Syawal, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) telah mengadakan satu Majlis Perhimpunan dan Sambutan Aidilfi tri 2018 / 1439H bersama YBhg. Dato’ Sri Azizan bin Ahmad, Ketua Setiausaha NRE (KSU) bertemakan #NREBERAYA2018. Bertempat di Dewan Baiduri, Wisma Sumber Asli. Majlis ini turut diserikan dengan kedatangan YBhg. Dato’Sr Mohd Noor bin Isa, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) serta Ketua – ketua Pengarah Jabatan dan Agensi lain dibawah NRE dan Setiausaha – setiausaha Bahagian Kementerian. JUPEM turut tidak ketinggalan daripada menyertai majlis dengan menyediakan booth sate pada hari tersebut. Menu sate ayam / daging, nasi impit dan kuah kacang telah dipilih sebagai juadah untuk dihidangkan kepada para hadirin. Seramai 100 orang pegawai daripada JUPEM telah dipilih untuk menghadiri majlis ini.

Majlis berakhir pada jam 3.30 petang dengan acara terakhir yang diadakan sebelum bersurai adalah sesi bergambar beramai – ramai. Secara keseluruhannya, majlis ini telah berjaya meningkatkan hubungan ukhuwwah dan persaudaraan sesama kakitangan terutamanya warga NRE dan semua Jabatan serta Agensi di bawah NRE.

MAJLIS PERHIMPUNAN DAN SAMBUTAN AIDILFITRI 2018 / 1439H BERSAMAYBHG. DATO’ SRI AZIZAN BIN AHMAD, KETUA SETIAUSAHA NRE (KSU) BERTEMAKAN #NREBERAYA2018

25BERITA UKUR 69 25BERITA UKUR 68

JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA26

Program Outreach JUPEM Sabah telah diadakan pada 5 April 2018 bertempat di Perpustakaan Wilayah Sandakan, Sandakan. Program ini dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Sr Mohd Noor bin Isa, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Ia dihadiri oleh ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan jabatan dari Majlis Perbandaran Sandakan, Polis Diraja Malaysia (Balai Polis Sandakan), Angkatan Tentera (Batalion 22 RAMD Sandakan), Pasukan Gerakan Am Batalion 15 Sandakan, Agensi Maritim Malaysia (Cawangan Sandakan), Majlis Daerah Kinabatangan, Jabatan Perhutanan Sabah, Pejabat Daerah Telupid, Jabatan Hidupan Liar Sabah (Cawangan Sandakan), Jabatan Kerja Raya Bahagian Sandakan dan Jabatan Tanah Dan Ukur Sabah Daerah Sandakan.

PROGRAM OUTREACH JUPEM SABAH PERPUSTAKAAN WILAYAH SANDAKAN

JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA26

27BERITA UKUR 68

Dalam ucapannya, YBhg. Dato’ KPUP meminta Bahagian Pemetaan Topografi Sabah dapat meneruskan aktiviti kerjasama bersama Perpustakaan Wilayah Sandakan dengan menempatkan produk-produk dan bahan-bahan rujukan berkaitan aktiviti ukur dan pemetaan JUPEM di perpustakaan tersebut. Aturcara diteruskan dengan lawatan tetamu jemputan ke tapak SBM 28 yang terletak di dalam kawasan Perpustakaan Wilayah Sandakan. Ia diikuti aturcara meletakkan plat SBM 28 dan plat JUPEM pada binaan SBM 28 telah disempurnakan bersama oleh YBhg. Dato’ KPUP dan Ketua Perpustakaan Wilayah Sandakan. Program diteruskan dengan penyampaian cenderamata penghargaan kepada Puan Cecilia Chai, Ketua Perpustakaan Wilayah Sandakan di atas kerjasama dalam menjayakan Program Outreach JUPEM Sabah.

JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA28 JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA28

PROGRAM OUTREACH PEJABAT TOPOGRAFI WILAYAH TAWAU BERSEMPENA PROGRAM INFORMASI PENDIDIKAN KERJAYA, ALAM SEKITAR DAN KESIHATAN ANJURAN SM CONVENT ST.URSULA, TAWAU

Pejabat Topografi Wilayah Tawau telah mengadakan Program Outreach bersempena Program Informasi Pendidikan Kerjaya, Alam Sekitar dan Kesihatan anjuran SM Convent St. Ursula, Tawau pada 6 April 2018 bertempat di sekolah berkenaan. Pengisian program tersebut adalah meliputi aktiviti-aktiviti Pameran dan Demonstrasi Peralatan Ukur seperti berikut Pameran

Produk JUPEM dan Inovasi Jabatan, Demonstrasi Peralatan Ukur JUPEM, Jualan Produk JUPEM dan Pameran Kenderaan Kerjaluar. Melalui program ini JUPEM telah dapat memperkenalkan fungsi dan peranan serta memberikan pendedahan berkaitan produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh jabatan.

29BERITA UKUR 69 29BERITA UKUR 68

SANTUNAN MESRA PUB (PTSM) BAGI MENZIARAHI ENCIK MUHAMMAD HAKIMI BIN EMRAN PEMBANTU AWAM H11Pada 6 Jun 2018 bersempena dengan bulan Ramadhan 1439H yang lepas, Pengarah Ukur Bahagian (PTSM), Sr. Mohd Latif bin Zainal serta beberapa pegawai dan kakitangan Bahagian telah meluangkan masa bagi menziarahi kakitangan Pejabat Topografi Wilayah Taiping, Encik Muhammad Hakimi bin Emran, Pembantu Awam Gred H11 yang mengalami lumpuh anggota badan. Lawatan ini bertujuan untuk menyampaikan bantuan kewangan yang mana ianya adalah hasil daripada sumbangan semua warga BPTSM melalui kutipan yang telah dijalankan sebelum bulan ramadhan. Pengarah Ukur Bahagian (PTSM) turut berkesempatan menyampaikan keperluan asas bagi meringankan beban Encik Muhammad Hakimi yang mempunyai lima orang anak yang masih bersekolah di sekolah rendah. Ketika lawatan di rumah beliau di Ipoh, Perak, Encik Muhammad Hakimi kelihatan semakin sihat berbanding sebelum ini di mana beliau baru sahaja menjalani pembedahan bagi pemasangan tempurung kepala pada 3 Mei 2018. Sehingga kini, beliau masih menerima rawatan susulan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Semua kakitangan JUPEM khususnya warga BPTSM mendoakan supaya Encik Muhammad Hakimi akan tabah dalam mengharungi dugaan dan kembali sihat bagi meneruskan pekerjaan seperti biasa.

MAJLIS PERJUMPAAN 1NRE PERINGKAT NEGERI KELANTAN BERSAMA TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (PENGURUSAN SUMBER ASLI) KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR

Pada 2 April 2018, kakitangan awam di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah berkumpul di Convention Hall, Kelantan Trade Center, Kota Bharu bagi sama-sama menghadiri Majlis Perhimpunan bersama YBhg. Dato’ Haji Suhaimi bin Haji Mamat, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan Sumber Asli), Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar bagi mendengar amanat daripada beliau. JUPEM Kelantan telah menghantar seramai 70 orang pegawai yang terdiri daripada kumpulan profesional dan pelaksana. JUPEM Kelantan juga telah diamanahkan sebagai urusetia jamuan bertujuan memantau dan memastikan kelancaran jamuan ringan yang disediakan. Selain mendengar amanat beliau, majlis itu juga turut menyaksikan setiap wakil jabatan mendengarkan aspirasi jabatan masing-masing. JUPEM Kelantan sendiri telah diwakili oleh Encik Rofandi Roslan, Penolong Pengarah Ukur (Seksyen Ukuran Hakmilik) bagi tujuan memperdengarkan aspirasi Jabatan Ukur dan Pemetaan Kelantan.

JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA30

LAWATAN PENANDA ARAS EKSA KE JABATAN PENDAFTARAN NEGARA CAWANGAN UTC, KOTA BHARU

PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN KELANTAN MENZIARAH KAKITANGAN JUPEM KELANTAN

Pada 3 April 2018, JUPEM Kelantan telah menerima jemputan lawatan penandaaras EKSA ke Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan UTC, Kota Bharu. Lawatan tersebut telah disertai oleh AJK EKSA jabatan yang diketuai oleh Encik Faizal bin Mohd Razi. Rombongan telah diberi taklimat oleh Pengurus Cawangan Jabatan Pendaftaran UTC. Selain daripada itu, kami telah dibawa untuk melihat dan memberi pandangan berkaitan setiap ruang yang terdapat di pejabat mereka dan membuat penambahbaikan

Seorang kakitangan JUPEM, Kelantan iaitu Encik Noor Sanusi bin Hassan yang bertugas di Pejabat Juruukur Jajahan Kelantan Selatan telah dimasukkan ke wad Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian. Sr Mustafa bin Haji Md Kasim, Pengarah Ukur dan Pemetaan

31BERITA UKUR 68

sebelum audit sebenar dijalankan dalam tempoh beberapa bulan sahaja lagi. Pejabat pendaftaran cawangan UTC merupakan pejabat baharu yang dibuka untuk memudahkan pengguna bagi menyelesaikan urusan berkaitan memandangkan ia dibuka setiap hari sehingga jam 9.30 malam kecuali hari kelepasan am. Oleh kerana ia merupakan pejabat baharu dalam bangunan baharu, aktiviti-aktiviti EKSA yang dilaksanakan adalah lebih tersusun dan terurus.

Kelantan bersama Sr. Mustafa bin Yaacob, Timbalan Pengarah Ukur dan Pemetaan I, serta beberapa orang pegawai telah melawat beliau di hospital. Dalam lawatan tersebut, tuan pengarah telah menyampaikan sumbangan berupa hamper serta sedikit wang tunai kepada beliau. Beliau telah terlantar dihospital tersebut selama hampir dua bulan dan sehingga kini masih lagi perlu mendapatkan rawatan memandangkan keadaan kedua belah kakinya yang masih belum pulih sepenuhnya akibat jangkitan.

JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA32

Pada 15 Mei 2018 telah berlangsung satu majlis sederhana sempena hari terakhir merupakan hari terakhir YBrs. Sr Ahamad bin Zakaria bertugas di Bahagian Dasar dan Penyelarasan di Ibu Pejabat, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Pada majlis ini YBrs. Sr Ahamad bin Zakaria mengetik perakam buat kali terakhir sebagai pegawai awam sambil diperhatikan oleh YBrs. Sr Haji Mohamad Kamali bin Adimin, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I, YBrs. Sr John Elvis Koh, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II dan lain-lain pegawai.Bagi majlis persaraan YBrs Sr Ahamad bin Zakaria dan kakitangan JUPEM telah diadakan pada 3 Julai 2018 di Dewan Ukur, Ibu Pejabat, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia dengan ucapan persaraan oleh beliau dan penyampaian cenderamata yang disampaikan oleh

MAJLIS PERSARAAN SR AHAMAD BIN ZAKARIA BAHAGIAN DASAR DAN PENYELARASAN PEMETAAN

JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA32

33BERITA UKUR 69

YBrs. Sr Haji Mohamad Kamali bin Adimin, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I. Pada majlis ini juga tayangan khas video berkenaan imbasan jasa perkhidmatan beliau bermula 30 Julai 1982 sehingga 15 Mei 2018 sebagai kakitangan awam. Pada majlis ini tayangan video perjalanan ringkas tentang kehidupan beliau sejak beliau bersama JUPEM yang dipersembahkan khas sebagai kenang-kenangan untuk tatapan warga JUPEM. Harapan dari semua warga JUPEM agar beliau terus berjaya setelah tamat perkhidmatan sebagai Pengarah Ukur Bahagian (Dasar dan Penyelarasan Pemetaan). Pada majlis yang sama turut diraikan persaraan warga JUPEM yang wajib bersara dan bersara secara pilihan.

33BERITA UKUR 68

JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA34 JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA34

CERAPAN HILAL AWAL RAMADHAN 1439HJabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan telah menganjurkan Program Cerapan Rasmi Hilal Ramadhan 1439H. Program berkenaan telah diadakan pada 15 Mei 2018 (Selasa) bertempat di Balai Cerap Teluk Kemang, Port Dickson. Yang Amat Mulia Tunku Dato’ Seri Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz, Tunku Besar Seri Menanti Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuan Hj Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan dan YBhg. Dato’ Hj Mohd Yusof Hj Ahmad, Mufti Negeri Sembilan, turut hadir ke program berkenaan. JUPEM Negeri Sembilan diwakili oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri, Sr Bernard Sia Siew Fang dan Timbalan Pengarah Ukur I, Sr Nik Zamri Sham bin Nik Bahari Shah. Pengarah Ukur Bahagian Ehwal Persempadanan,

Sr Dr Azahari bin Mohamed telah dijemput untuk menyampaikan taklimat ringkas mengenai cerapan hilal yang akan dijalankan sebelum cerapan rasmi dilaksanakan. Taklimat yang disampaikan adalah berkenaan kaedah rukyah iaitu melihat hilal ketika matahari terbenam pada 29 haribulan Hijriah dengan mata kasar atau dengan bantuan alat-alat seperti teleskop dan teodolit. Kaedah ini dipakai untuk tujuan penentuan awal bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah di Malaysia sebelum penggunaan kaedah rukyah dan hisab. Sepanjang waktu cerapan, hilal tidak dapat dilihat kerana langit pada ketika itu telah diliputi dengan awan yang tebal. Keputusan cerapan diumumkan oleh Mufti Negeri Sembilan, Dato’ Hj Mohd Yusof Hj Ahmad.

35BERITA UKUR 69 35BERITA UKUR 69

EKSPEDISI MENDAKI GUNUNG ANGSI, KUALA PILAH

Gunung Angsi terletak di Tanjung Ipoh, Kuala Pilah kira-kira 20 kilometer (km) dari Seremban. Gunung Angsi berketinggian 825 meter dari aras laut dan merupakan puncak tertinggi ketiga di Negeri Sembilan. Ekspedisi mendaki Gunung Angsi telah diadakan pada 28 April 2018 bermula dari Taman Eko Rimba Ulu Bendul disertai oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan JUPEM Negeri Sembilan, Sr Bernard Sia Siew Fang, Juruukur Daerah Negeri Sembilan Timur, Sr Anas Safkhan bin Yusri serta 6 orang kakitangan Pejabat Ukur Daerah.Perjalanan mengambil masa hampir 3 jam untuk sampai ke puncak gunung. Puncak Gunung Angsi ditanda dengan sebuah berop yang telah tumbang. Berop ini menjadi tumpuan pengunjung untuk bergambar dan merupakan mercu tanda puncak Gunung Angsi. Pihak JUPEM akan menjalankan kalobrasi dengan Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan untuk membaiki stesen trigonometri ini.

JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA36

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI JUPEM TERENGGANU

KEJOHANAN TENPIN BOLING MAKSAK PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

Pada 1 April 2018, Koperasi JUPEM Terengganu telah mengadakan mesyuarat Agung bertempat di Dewan Serbaguna, Kilang Batu Sempadan, Cendering, Kuala Terengganu. Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk membentangkan laporan tahunan koperasi JUPEM kepada ahli koperasi.

JUPEM Terengganu telah menyertai kejohanan Tenpin Boling MAKSAK Peringkat Negeri Terengganu tahun 2018 bertempat di Coral Crown Bowl (CCB), Paya Bunga Sentral, Kuala Terengganu pada 27 April 2018. Pertandingan ini disertai oleh 13 orang kakitangan JUPEM Terengganu dan

JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA36

2 orang kakitangan JUPEM Terengganu telah berjaya terpilih untuk melayakkan diri bagi sesi pemilihan kedua yang akan diadakan kelak bagi memilih peserta yang layak mewakili Negeri Terengganu ke Kejohanan Tenpin Boling Maksak Peringkat Kebangsaan.

37BERITA UKUR 69

AKTIVITI PENGUKURAN ARAS JITU DENGAN MENGGUNAKAN PERISIAN TERKINI MyIFOSPada bulan Mei 2018, Satu pasukan kerjaluar telah ditugaskan untuk membuat aktiviti pengukuran aras jitu dengan menggunakan perisian terkini MyIFOS di sepanjang laluan Bandar Kuantan ke Pekan (Failkerja: JUPEM.MYIFOS.GA.2018.2) yang melibatkan 2 SBM dan 36 BM yang baharu. Jarak keseluruhan adalah kira-

37BERITA UKUR 68

kira 37.45 km bermula di perkarangan Masjid KUIPSAS, Kuantan dan berakhir di MRSM Tun Razak, Pekan. Pasukan ini diketuai oleh Encik Zainuddin bin Ismail dan Encik Shukran bin Amran dengan kekuatan 10 orang Pembantu Awam. Peralatan yang digunakan adalah satu set alat ukur aras Trimble Dini dan perisian MyIFOS.

JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA38

JUDU EXPLORACE SURVEY TEAM’S CHALLENGE

PROGRAM MELIHAT ANAK BULAN RAMADHAN 1439H JUPEM TERENGGANU

Pejabat Ukur Daerah Terengganu Utara telah mengadakan aktiviti JUDU Explorace Survey Team’s Challenge pada 29 April 2018 bertempat di Pantai Bukit Keluang, Besut. Program ini turut dihadiri dan dirasmikan oleh Sr Hamdan bin Ab. Aziz, Pengarah Ukur dan Pemetaan Terengganu. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program ini dimana ia melibatkan semua kakitangan Pejabat Ukur Daerah Terengganu Utara. Program ini merupakan salah satu aktiviti pejabat Ukur Daerah untuk melahirkan kakitangan yang lebih berdaya saing dan memupuk semangat serta sikap kerjasama antara satu sama lain.

JUPEM Terengganu dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Terengganu, Pejabat Agama Negeri Terengganu dan Telekom Malaysia berhad Negeri Terengganu telah mengadakan aktiviti Cerapan Anak bulan Ramadhan bertempat di Bukit Besar, Kuala Terengganu. Program ini turut dihadiri oleh Y.A.B Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terengganu. Program ini diadakan pada 15 Mei 2018 bersamaan 29 Syaaban 1439H serentak bagi semua lokasi seluruh Negara. Ia merupakan sebahagian daripada peranan JUPEM untuk menentukan tarikh bermulanya 1 Ramadhan 1439H. Bagi lokasi Bukit Besar, Taklimat cerapan hilal disampaikan oleh Sr Hamdan bin Ab. Aziz, Pengarah ukur dan Pemetaan Terengganu.

JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA38

39BERITA UKUR 69

LAWATAN AKADEMIK PELAJAR UITM KE JUPEM TERENGGANU

KUNJUNGAN MESRA JUPEM TERENGGANU KE RUMAH PESARA

Pada 08 Mei 2018, seramai 50 orang pelajar diiringi dua orang pensyarah dari Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur, UiTM Shah Alam telah mengadakan lawatan sambal belajar ke JUPEM Terengganu. Lawatan berkenaan bertujuan untuk mendapat keterangan lanjut berkenaan Syit Piawai, dan Pelan Akui taklimat. Telah disampaikan oleh Sr Norhanini binti Mamat, Penolong Pengarah Ukur Seksyen Hakmilik Strata, Stratum dan Marin, JUPEM Terengganu. Taklimat dan pendedahan yang diberikan telah dapat membantu pelajar-pelajar bagi mengetahui peranan JUPEM secara amnya.

Pada 24 Mei 2018, Pejabat Ukur Daerah Terengganu Selatan telah mengadakan aktiviti lawatan ke rumah Pesara JUPEM sempena bulan Ramadhan bertujuan meringankan beban pesara sebagai persediaan menyambut Aidilfitri. Kunjungan ini dihadiri oleh Sr Hamdan bin Ab. Aziz, Pengarah Ukur dan Pemetaan Terengganu dan turut menyampaikan sumbangan daripada Pejabat Ukur Daerah Terengganu Selatan kepada pesara - pesara.

39BERITA UKUR 68

JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA40

TAKLIMAT DAN PERBINCANGAN BERSAMA PARA PENERIMA TANAH KERAJAAN

AUDIT PERSIJILAN SEMULA DAN MENAIKTARAF SISTEM PENGURUSAN KUALITI (SPK) DARIPADA MS ISO 9001:2008 KEPADA MS ISO 9008:2015

Pada 13 April 2018, bertempat di Kg. Bandariang, Gerik, satu taklimat dan perbincangan bersama para penerima tanah kerajaan bagi tujuan pertanian telah diadakan. Majlis yang dihadiri oleh Jurukur Daerah Kuala Kangsar/Manjung, Jurukur Daerah Kinta/Perak Tengah, Wakil Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Perak, Ketua Kampung dan wakil penduduk kampung yang terlibat. Perbincangan adalah menjurus kepada keperluan dalam menjalankan kerja ukur bagi tujuan pengeluaran hakmilik tanah kepada penduduk. Dalam perbincangan dalam menjalankan kerja ukur bagi tujuan pengeluaran hakmilik tanah kepada penduduk.Dalam perbincangan tersebut beberapa perkara telah diutarakan antaranya tentang keperluan bakal pemilik tanah untuk membersihkan kawasan tanah tersebut sebelum kerja ukur dijalankan. Ini bagi melicinkan perjalanan kerja ukur di lapangan. Pembersihan kawasan tanah tersebut perlu dibuat ekoran kehadiran gajah yang menjadikan kawasan tersebut sebagai tempat makan telah merencatkan pergerakan kakitangan JUPEM untuk menjalankan kerja ukuran dengan lebih berkesan dan efisien.

JUPEM Perak telah dipilih oleh pihak SIRIM bagi mewakili JUPEM bagi Bahagian Kadaster untuk Audit Persijilan Semula dan Menaiktaraf Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) Daripada MS ISO 9001:2008 Kepada MS ISO 9008:2015 pada 5 April 2018.

41BERITA UKUR 69

PERTANDINGAN BOWLING PUSPANITA 2018Pertandingan Bowling PUSPANITA JUPEM 2018 telah diadakan pada 4 Mei 2018 di UTM Residence Elite Bowling bermula jam 12.00 tengahari sehingga 4.30 petang. Seramai 40 orang ahli PUSPANITA JUPEM telah menyertai pertandingan kali ini. Pertandingan telah dimulakan dengan balingan pertama oleh YBhg. Datin Noor Hasimah binti Mohd Taib, Pengerusi PUSPANITA JUPEM sebagai gimik perasmian.

41BERITA UKUR 68

JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA42

PUSPANITA JUPEM telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Negara-negara Balkan, selama 13 hari 10 malam dari 7 hingga 19 April 2018. Lawatan ini telah diketuai oleh YBhg. Datin Noor Hasimah binti Mohd Taib. Turut hadir dalam lawatan ini terdiri daripada mantan-mantan Pengerusi PUSPANITA JUPEM seperti YBhg. Datin Norlis Norbi dan YBhg. Datin Rodziah Abd. Hamid. Seramai 28 orang ahli PUSPANITA dan keluarga turut menyertai lawatan ke Balkan ini. Kembara antarabangsa ini turut melibatkan beberapa lokasi menarik di Venice, Albania, Bosnia, Crotia Macedonia, Montenegro, Zagreb, Istanbul dan Tehran.

JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA42

KEMBARA ANTARABANGSA PUSPANITA JUPEM KE BALKAN

43BERITA UKUR 69 43BERITA UKUR 68

JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA44

AKTIVITI AMAL LAWATAN KE MAAHAD TAHFIZDHIYA UL-ISLAHPada tahun ini PUSPANITA JUPEM telah mengadakan lawatan ke Maahad Tahfi z bagi menyemarakan lagi bulan Ramadhan dengan dengan aktiviti amal. Program ini diadakan pada 31 Mei 2018 di Sekolah Maahad Tahfi z Dhiya Ul-Islah, Kg. Semarak. Program ini diketuai oleh YBhg. Datin Noor Hasimah binti Mohd Taib bersama 11 orang ahli PUSPANITA bertujuan untuk melihat keadaan anak-anak tahfi z dan suasana mereka belajar serta menyampaikan sumbangan kepada Maahad tahfi z ini.

45BERITA UKUR 69

MAJLIS TADARUS DAN KHATAM AL-QURAN JUPEM TAHUN 2018 Majlis ini telah diadakan pada 8 Jun 2018 bertempat di Surau Al-Muqarrabin JUPEM. Seramai 30 orang ahli terlibat dalam majlis ini yang dibimbing oleh Ustazah Khadijah binti Hariri dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Alhamdulillah pada kali ini PUSPANITA JUPEM berjaya menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran seperti tahun-tahun yang lalu.

JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA46

Pasang surut memainkan peranan penting dalam aktiviti hidrografi dan oseanografi kerana pengukuran pasang surut memberikan maklumat naik turun permukaan laut dan aras purata laut (MSL). Selain itu, pengukuran pasang surut turut digunakan dalam penentuan datum, aras pasang surut, dan ramalan pasang surut bagi sesuatu kawasan diukur. Perkembangan teknologi dalam pengukuran pasang surut juga sangat pantas. Dipasaran tempatan dan luar negara terdapat pelbagai jenis alat pasang surut yang ditawarkan dan harganya bergantung kepada teknik pengukuran dan teknologi yang dibangunkan. Pemilihan alat pasang surut sangatlah dititikberatkan terutama seperti teknik pencerapan, ketahanan alat dan kualiti data pasang surut selepas pengukuran. Teknik cerapan pasang surut pada awalnya dilakukan bermula dengan kaedah manual iaitu dengan menggunakan tide pole dan kemudiannya berkembang kepada kaedah automasi iaitu pencerapan secara digital.

JENIS-JENIS TOLOK PASANG SURUT

Pada masa kini, pelbagai jenis tolok pasang surut berada dipasaran antaranya Float Tide Gauge, Bubble Tide Gauge, Pressure Tide Guage dan Radar Tide Gauge telah digunakan secara meluas untuk operasi di kawasan pelabuhan dan ianya terbukti dapat memberikan ketepatan dalam membuat pengukuran pasang surut. Dalam operasi pelabuhan dan pantai, tolok pasang surut jenis radar adalah sesuai untuk merekod data pasang surut kerana ianya mudah untuk di pasang berbanding dengan tolok pasang surut akustik atau tekanan.

TEKNOLOGI CERAPAN PASANG SURUT

Pressure Tide Gauge

Radar Tide Gauge

Bacaan pasang surut menggunakan staf (manual)

RANGKAIAN PASANG SURUT DI JUPEM

JUPEM juga tidak ketinggalan untuk menaik taraf rangkaian pengukuran pasang surut pada masa ini. Di JUPEM terdapat 21 stesen tolok pasang pasang surut (STAPS) dimana sehingga kini terdapat 6 stesen pasang surut yang masih menggunakan sistem manual dan 13 stesen pasang surut dalam proses menaiktaraf ke sistem telemetri.

47BERITA UKUR 69

Stesen Tolok Pasang Surut Di Miri, Sarawak (STAPS)

INFO DAN TEKNO

KEPAKARAN JUPEM

JUPEM juga menjadi pakar rujuk yang melibatkan pengukuran dan analisis air pasang surut kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBT) dan juga agensi-agensi yang terlibat didalam aktiviti keselamatan dan bencana. Antaranya tanggungjawab JUPEM adalah menyediakan jadual ramalan pasang surut ketika menghadapi air pasang besar; menasihati dan memberi pendapat dalam perkara berkaitan dengan pengukuran pasang surut, menganalisa dan menyediakan ramalan air pasang surut .

PRODUK-PRODUK JUPEM

Antara-antara produk JUPEM yang melibatkan pengukuran pasang surut adalah Buku Jadual Ramalan Pasang Surut Malaysia dan Buku Rekod Cerapan Air Pasang Surut.

JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA48