tajuk 3 4 - ketokohan pengarang ka.pptx

34
KRB 3063 : PENGHAYATAN KARYA AGUNG MELAYU

Upload: babalan

Post on 23-Dec-2015

59 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tajuk 3  4 - Ketokohan Pengarang KA.pptx

KRB 3063 :PENGHAYATAN KARYA

AGUNG MELAYU

Page 2: Tajuk 3  4 - Ketokohan Pengarang KA.pptx

KETOKOHAN PENGARANG KARYA AGUNG

I)Hamzah Fansuri 2)Tun Seri lanang

3)Raja Ali Haji 4)Abdullah Munsyi

Page 3: Tajuk 3  4 - Ketokohan Pengarang KA.pptx

PENGENALAN

• Kajian dan penelitian dalam bidang kesusasteraan Melayu tradisional selalu memberi fokus kepada dua bidang yang utama iaitu kajian teks dan kajian tokoh.

• Kajian tokoh perlu memberi penekanan kepada latar belakang, penulisan beliau, sumbangan dan kepentingan tokoh tersebut dalam zamannya.

• Terdapat ramai tokoh yang dilahirkan dalam era kegemilangan Kesusasteraan Melayu tradisional. Antara tokoh yang sering menjadi bahan kajian dan penelitian sarjana ialah:

• (I)     TUN SERI LANANG(II)    RAJA ALI HAJI(III)   HAMZAH FANSURI(IV)   ABDULLAH MUNSYI

Page 4: Tajuk 3  4 - Ketokohan Pengarang KA.pptx

1. TUN SERI LANANG

• Nama asal ialah Tun Muhammad

• Nama timang-timanngan beliau ~ Tun Seri Lanang

• Bapanya ialah Tun Ahmad Paduka Raja

• Dilahirkan di Bukit Seluyut, Johor pada 1565.

• Meninggal dunia pada tahun 1659 di Lanchok Aceh.

• Dianggap sebagai salah seorang bijak pandai dan pengarang ulung bangsa Melayu, malah dikatakan setaraf dengan Abdullah Munsyi

Page 5: Tajuk 3  4 - Ketokohan Pengarang KA.pptx

TSL & POLITIK

• Menjadi Bendahara Paduka Raja Johor dari tahun 1580 – 1615

• Apabila Johor tewas kepada Aceh, dalam perang di Batu Sawar TSL telah dibawa oleh Sultan Alauddin Riayat Shah III ke Samalanga, Aceh

• Dilantik menjadi Gabenor / uleebalang Salamanga dari tahun 1615 hingga 1659, dengan gelaran ‘Orang Kaya Dato’ Bendahara’.

• TSL telah menjadikan Aceh sebagai pusat penyebaran agama Islam dan pusat pendidikan terutamanya di negeri-negeri Pesisir Timur Aceh.

• TSL Berjaya menjadikan Samalanga sebagai pusat penyebaran Islam dan sehingga kini kawasan ini akan mejadi tumpuan kepada mereka yang hendak mendalami ilmu agama.

Page 6: Tajuk 3  4 - Ketokohan Pengarang KA.pptx

TSL & SM• TSL sangat dikenali melalui karya agungnya, Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) yang merangkumi

pelbagai sejarah masyarakat Melayu, Jawa, Brunei, Patani dan Campa.

• Polemik sejarah ~ TSL sebagai penulis asal atau penyalin teks SM ?

• Syeikh Nuruddin Al-Raniri, ulama dan penasihat agama Sultan Aceh, telah memperakukan TSL sebagai pengarang dan penyusun SM kerana beliau kenal rapat dengan TSL

“kata Bendahara Paduka Raja Tun Sri Lanang yang mengarang kitab misrat Sulalatus Salatin, ia mendengar daripada bapanya, ia mendengar daripada nenek dan datuknya, tatkala ada hijrat al Nabi SAW seribu dua puluh esa, pada bulan Rabiul Awal pada hari Ahad, ia mengarang hikayat pada menyatakan segala raja-raja kerajaan di negeri Melaka, Johor, Pahang dan menyatakan bangsa dan salasilah mereka itu daripada Sultan Iskandar Zulkarnain…”

Page 7: Tajuk 3  4 - Ketokohan Pengarang KA.pptx

TSL & SM

• Mukadimah SM ada mencatatkan bahawa TSL telah menulis kitab tersebut di atas titah Raja Abdullah yang menginginkan hikayat dan istiadat raja-raja Melayu ditulis supaya beroleh kebaikan dan faedah daripadanya untuk tatapan generasi masa kini.

“bahawa hamba minta diperbuatkan hikayat pada Bendahara pada menyatakan peraturan segala raja-raja Melayu dengan istiadatnya supaya didengar oleh anak cucu kita yang kemudian dari kita dan diketahuinyalah segala perkataan, syahadan beroleh faedah mereka itu daripadanya.”

Page 8: Tajuk 3  4 - Ketokohan Pengarang KA.pptx

TSL & SM

• Terdapat beberapa pendapat tentang tarikh sebenar SM dihasilkan;

i. Menurut Winstedt, Sejarah Melayu ditulis oleh Tun Sri Lanang mulai bulan Februari 1614 dan siap pada Januari 1615. Maknanya SM ditulis 103 tahun setelah Melaka ditakluk Portugis. Tambahan pula semasa menulis, TSL berada dalam tawanan di Aceh.

ii. Teuku Iskandar dan A. Samad Ahmad, penulisan SM bermula dari tahun 1612 bersamaan 12 Rabiul Awal 1021 Hijrah bersamaan hari Ahad.

Page 9: Tajuk 3  4 - Ketokohan Pengarang KA.pptx

TSL & PENULISAN

• Francois Valentijn, sarjana barat telah menyenaraikan Sulalatus Salatin & Hikayat Hang Tuah sebagai suatu karya yang wajib dibaca oleh orang barat yang datang ke nusantara. Ini adalah kerana menurut beliau, kehalusan bahasa yang digunakan, keindahan pemikiran dan keteraturan adab yang disampaikan dalam karya tersebut akan membuatkan sesiapa yang membacanya merasa terpesona dan terpana dengan ketinggian ilmunya

Page 10: Tajuk 3  4 - Ketokohan Pengarang KA.pptx

KEPENGARANGAN TSL

Kepengarangan TSL diakui oleh para sarjana sebagai seorang penulis yang prolifik pada zamannya. TSL diiktiraf sebagai pengarang agung kerana;

1. TSL diakui seorang penulis yang kreatif, berpengetahuan luas dalam aspek penggunaan gaya bahasa dan penulisan, peraturan dan adat istiadat melayu.

2. Pelukisan kisah-kisah cinta serta salasilah raja-raja telah disampaikan melalui imaginasi yang kaya, lukisannya yang tepat dan tajam.

3. TSL juga berjaya menunjukkan penguasaan dalam pelbagai bahasa asing seperti bahasa Arab dan Jawa.

4. Penggunaan Bahasa Melayunya pula indah dan sesuai dijadikan panduan penulisan sepanjang zaman.

5. SM dianggap sebagai karya yang begitu indah dan menarik dari segi gaya bahasa dan persuratannya.

Page 11: Tajuk 3  4 - Ketokohan Pengarang KA.pptx

KEPENGARANGAN TSL

6. Gaya bahasa dalam SM meliputi unsur kelucuan, kebijaksaan, sindiran, perlambangan, peribahasa, bidalan, pantun seloka, dan gurindam yang dikarang dalam pelbagai bahasa seperti bahasa Melayu, Arab, Jawa dan lain-lain dengan begitu teliti dan kemas.

* Tun Sri Lanang telah mengakui kepengarangannya sebagai pengarang dan penyusun Sejarah Melayu. Malah, beliau begitu yakin dengan kesempurnaannya seperti yang dinyatakan dalam karyanya

“…maka fakir karanglah hikayat ini, kama sami’tuhu min jaddi wa abi, supaya akan menyukakan duli hadrat baginda. Maka fakir namai hikayat ini Sulalatus Salatin, yakni pertuturan segala raja-raja, hazihi durratul-akhbar, wal amsal, inilah mutiara segala ceritera dan cahaya segala peri umpamanya”

• (A. Samad Ahmad, 1986:3)

Page 12: Tajuk 3  4 - Ketokohan Pengarang KA.pptx

2. HAMZAH FANSURI

• Hamzah Fansuri ialah seorang penyair yang dipercayai dilahirkan pada akhir abad ke-16 di Barus atau Panchor, Sumatera Utara.

• Francois Valentijn dalam bukunya Oud En Nieuw Oost-Indie, menyebut HF dilahirkan di Fansur.

• Hamzah fansuri adalah seorang cendikiawan, ulama tasawuf, sasterawan, dan budayawan terkemuka, yang dikatakan hidup antara pertengahan abad ke-16 hingga awal abad ke-17.

• Hamzah Fansuri dapat dikatakan sebagai tokoh tasawuf dari Aceh yang membawa faham Wahdatul Wujud, yang bersumber dari pemikiran Ibnu Arabi.

• Hamzah Fansuri dikatakan telah menjadi penulis pada masa Kesultanan Aceh diperintah oleh Sultan Alauddin Riayat Syah Sayid al-Mukammal (1588-1604).

Page 13: Tajuk 3  4 - Ketokohan Pengarang KA.pptx

HF – LATAR PENDIDIKAN

• Mendapat pendidikan awalnya di Singkel dan beberapa tempat lain di Aceh.

• HF seorang yang gemar menuntu ilmu dan mengembara ke Banten, Johor, Siam, India, Parsi, Iraq, Makkah dan Madinah untuk menuntut pelbagai ilmu seperti ilmu fiqh, tasawuf, tauhid, akhlaq, mantik, sejarah, bahasa arab dan sastera.

• Oleh kerana gemar mengembara maka, HF fasih berbahasa Melayu, Urdu, Parsi dan Arab.

• Beliau telah membangunkan dan memimpin pesantren (sekolah pondok) di daerah Oboh Simpangkanan Singkel, Aceh.

Page 14: Tajuk 3  4 - Ketokohan Pengarang KA.pptx

KEPENGARANGAN HF• Hamzah Fansuri bukan hanya sebagai seorang ulama tasawuf dan

sasterawan terkemuka, tapi juga perintis dan pelopor dalam pelbagai displin ilmu.

• Sumbangannya sangat besar dalam perkembangan kebudayaan Islam, khususnya dibidang kerohanian, keilmuan, falsafah, bahasa dan sastera.

• Kritikannya yang tajam terhadap perilaku politik dan moral raja-raja, para bangsawan dan golongan kaya & bangsawan telah menonjolkan HF sebagai seorang intelektual yang berani pada zamannya.

• C. Hoykas (Perintis Sastera) mengemukakan pendapat bahawa karangan-karangan HF banyak menggunakan kata-kata Arab di dalamnya. Oleh karena itu, karangan-karangan HF tidak mudah difahami oleh orang biasa.

Page 15: Tajuk 3  4 - Ketokohan Pengarang KA.pptx

SYAIR HF

• Karya-karya Hamzah Fansuri tercipta pada awal abad ke-17.

• Ia menghasilkan beberapa buah syair dan prosa yang bermutu dan dikaji sehingga kini.

• Syair-syair HF yang diketahui tidak kurang 32 untaian.

• Syair-syairnya dianggap sebagai syair Melayu pertama yang ditulis dalam Bahasa Melayu, iaitu sajak empat baris dengan pola bunyi akhir a a a a pada setiap barisnya.

• Syair-syair HF memadukan unsur metafizik, logika, dan estetika secara seimbang

• Winstedt mengatakan bahwa syair-syair HF kebanyakan memakai irama pantun, meskipun urutan sajaknya mengikuti urutan bentuk syair.

Page 16: Tajuk 3  4 - Ketokohan Pengarang KA.pptx

HASIL KARANGAN HF

KARYA-KARYA HAMZAH FANSURI..

1. ASRAR AL-ARIFIN (RAHSIA ORANG YANG BIJAKSANA)2. SHARAB AL-ASYIKIN (MINUMAN SEGALA ORANG YANG BERAHI)3. ZINAT AL-MUWAHIDIN (PERHIASAN SEKALIAN ORANG YANG MENGESAKAN).4. SYAIR SI BURUNG PINGAI5. SYAIR SI BURUNG PUNGGUK6. SYAIR SIDANG FAKIR7. SYAIR DAGANG8. SYAIR PERAHU

Page 17: Tajuk 3  4 - Ketokohan Pengarang KA.pptx

KEPENGARANGAN HF

Ciri-ciri sajaknya yang menonjol menyebabkan ia menjadi dan membentuk konvensi sastera atau puisi Melayu klasik. Ia seterusnya menjadi ikutan penulis-penulis selepas zamannya. Antara pembaharuan ;

i. Kepengarangan – sudah memasukkan nama pengarang dalam penulisan

ii. Memasukkan banyak petikan ayat al-Quran, hadis, pepatah, dan kata-kata Arab. ~ Proses islamisasi bahasa, kebudayaan dan Sastera Melayu abad ke-16.

iii. Dalam setiap bait terakhir syairnya selalu mencantumkan takhallus (nama diri), iaitu nama jolokan yang biasanya didasarkan pada nama tempat kelahiran penyair atau tempat ia dibesarkan.

iv. Terdapat tamsil dan citra simbolik atau konseptual yang biasa digunakan oleh penyair-penyair Arab dan Parsi dalam melukiskan pengalaman dan gagasannya.

v. Paduan yang seimbang antara diksi (pilihan kata), rima dan unsur-unsur estetika lainnya.

Page 18: Tajuk 3  4 - Ketokohan Pengarang KA.pptx

SUMBANGAN HF

1. Di bidang keilmuan, HF telah mempelopori penulisan risalah tasawuf atau keagamaan yang sistematik dan bersifat ilmiah. Sebelum karya-karya HF muncul, masyarakat Melayu mempelajari masalah-masalah agama, tasawuf, dan sastera melalui kitab-kitab yang ditulis dalam bahasa Arab dan Parsi

2. Dalam bidang sastera, HF telah mempelopori penulisan puisi-puisi bersifat falsafah dan mistis bercorak islam. Kedalaman kandungan puisi-puisinya sukar ditandingi oleh penyair lain yang sezaman bahkan sesudahnya.

3. Dalam bidang kesusasteraan pula, HF ialah orang pertama yang memperkenalkan syair dan puisi empat baris dengan skema sajak akhir a a a a

Page 19: Tajuk 3  4 - Ketokohan Pengarang KA.pptx

SUMBANGAN HF

4. Dalam bidang bahasa - HF berjaya mengangkat Bahasa Melayu menjadi bahasa intelektual dan bahasa keilmuan yang hebat. Di zaman beliau, kedudukan Bahasa Melayu menjadi bahasa utama dalam bidang penyebaran ilmu dan persuratan dan mengungguli bahasa-bahasa Nusantara lainnya pada waktu itu. Sumbangan dalam bidang bahasa ini, menyebabkan pada sekitar abad ke-17, Bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar di Institut Pendidikan Islam, malah pemerintahan Hindia Belanda telah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam sistem pentadbiran dan bahasa pengantar di sekolah-sekolah.

Page 20: Tajuk 3  4 - Ketokohan Pengarang KA.pptx

SUMBANGAN HF

5. Proses islamisasi bahasa Melayu.

HF telah membawa proses Islamisasi terhadap bahasa, pemikiran, kebudayaan dan sastera Melayu. Syair-syairnya bukan saja memperkayakan perbendaharaan kata bahasa Melayu tetapi juga mengintegrasikan konsep-konsep islam dalam pelbagai bidang kehidupan dalam sistem bahasa dan budaya Melayu.

Page 21: Tajuk 3  4 - Ketokohan Pengarang KA.pptx

3. RAJA ALI HAJI

• Nama sebenar beliau ialah Raja al-Hajj bin Raja Ahmad al-Hajj bin Raja Haji Fisabilillah bin Opu Daeng Celak Alias Engku Haji Ali bin Engku Haji Ahad Riau.

• Dilahirkan pada tahun 1808 di Pulau Penyengat, Riau.

• Berketurunan pembesar bugis ~ Datuknya Raja Haji, seorang pahlawan yang menjadi Yamtuan Muda Johor pada tahun 1777. Manakala ayahnya Raja Ahmad ialah pembesar Riau yang pernah dihantar berunding dengan belanda di jawa.

• Raja Ali Haji meninggal dunia di Riau pada sekitar tahun 1873. Beliau diangkat oleh pemerintah Republik Indonesia sebagai pahlawan negara pada tahun 2006.

Page 22: Tajuk 3  4 - Ketokohan Pengarang KA.pptx

RAH – PENDIDIKAN

• RAH mendapat pendidikan dan pengaruh awal daripada keperibadian ayahnya.

• Proses pendidikan awal beliau juga banyak dipengaruhi oleh tokoh2 ilmuan hebat dari Kepulauan Riau Lingga, Pulau Penyegat.

• Sarjana dan ilmuan seperti Habib Sheikh as-Saqaf, Sheikh Ahmad Jabarti, Sheikh Ismail bin Abdullah al-Minkabawi, and Sheikh Abdul Ghafur bin Abbas al-Manduri, yang datang ke PuLau Penyegat untuk mengajarkan pelbagai ilmu banyak meninggalkan kesan kepada RAH .

• Latar belakang keluarga daripada keturunan istana memberi peluang dan kesempatan untuk RAH menuntut ilmu dari mubaligh yang datang ke Penyengat untuk mengajar di istana.

Page 23: Tajuk 3  4 - Ketokohan Pengarang KA.pptx

I

• 1822 ~ RAH mengikut ayahnya, Raja Haji Ahmad ke Betawi (Jakarta) yang menjadi utusan Riau untuk berjumpa dengan Gabenor Jeneral Baron Van der Capellen. Pengembaraan berulang-ulang kali ini dimanfaatkan oleh RAH untuk menemui banyak ulama dan mendalami ilmu pengetahuan islamnya, terutama ilmu fiqh.

• 1827/1243h ~ RAH mengikut bapanya ke Makkah al-Musyarrafah. Semasa di Mekah, RAH sempat berguru dengan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani. Beliau mendalami pengetahuan agama dan bahasa Arab.

• Peluang mengembara ini telah membantu RAH mendalami pelbagai ilmu - ilmu nahu, ilmu sharaf, ilmu usuluddin, ilmu fiqh, ilmu tasawuf dan lain-lain.

• Keadaan ini menjadikan RAH berpengetahuan tinggi dalam pendidikan Islam, bahkan menjadi seorang ulama besar pada zamannya.

Page 24: Tajuk 3  4 - Ketokohan Pengarang KA.pptx

RAH ~ KEPENGARANGAN

Karya-karya yang dihasilkan oleh RAH

1. Kitab pengetahuan bahasa  merupakan kamus loghat Melayu- Johor-Pahang-Riau-Lingga yang merupakan kamus ekabahasa yang pertama di Nusantara.

2. Tuhfat al-nafis ("bingkisan berharga" tentang Sejarah Melayu), walaupun sangat lemah dari segi penulisan sejarah kerana tidak memberikan sebarang sumber dan tahunnya, dapat dianggap sebagai suatu penggambaran peristiwa-peristiwa Melayu bersejarah yang lengkap.

3. Mukaddimah Fi Intizam  (Undang-undang dan politik), karangan dalam bidang ketatanegaraan dan undang-undang.

4. Gurindam Duabelas

Page 25: Tajuk 3  4 - Ketokohan Pengarang KA.pptx

RAH - PENGIKTIRAFAN

• Pada 10 november 2004, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, telah menganugerahkan ‘Wira Kebangsaan’ ke atas RAH atas penulisan beliau iaitu, Kitab Pengetahuan Bahasa yang diterbitkan pada sekitar tahun 1985 dan 1986.

• Kitab Pengetahuan Bahasa ini telah digunakan sebagai rujukan terhadap bahasa kebangsaan Indonesia sejak tahun 1928.

• Anugerah ini diberikan kepada RAH sebagai menghargai sumbangan besar beliau terhadap perkembangan bahasa di Indonesia.

Page 26: Tajuk 3  4 - Ketokohan Pengarang KA.pptx

4. ABDULLAH MUNSHI

• Nama sebenar ialah Abdullah Abdul Kadir Munshi atau lebih dikenali sebagai Abdullah Munshi

• Dilahirkan di Melaka pada bulan Ogos 1796 dan meninggal dunia di Mekah pada 1854.

• Dianggap sebagai ‘Bapa Sastera Melayu Moden‘.

• Pendeta Za‟ba dalam karangannya “ Moden Development” menyatakan bahawa “ kesusasteraan melayu moden bermula dengan Abdullah bin Abdul Kadir Munshi” .

Page 27: Tajuk 3  4 - Ketokohan Pengarang KA.pptx

AM & KEPENGARANGAN

• Zuber Usman (1966:9) menyatakan bahawa;

“Abdullah ialah pengarang Melayu yang mula-mula keluar dari kebiasaan lama, yang melanggar dan memetahkan tradisi yang sudah turun-temurun, yang memelingkan penanya dari menceritakan kisah- kisah yang ghaib-ghaib atau khayal ke dunia kenyataan.”

Page 28: Tajuk 3  4 - Ketokohan Pengarang KA.pptx

AM & KEPENGARANGAN

1. Gagasan utama dalam karya-karyanya ditimba daripada pengamatan, pengalaman dan pengetahuan sebenar / dunia nyata - tidak lagi bercerita tentang kebesaran raja-raja Melayu dengan penuh unsur-unsur ghaib, mitos & khayalan

2. Karangan bersifat autobiografi ~ catatan perjalanan & pengalaman

3. Penciptaan karyanya untuk dinikmati oleh masyarakat ~ ciri individualistik (berbeza dengan ciri sastera rakyat – penceritaan & penikmatan secara komunal)

Page 29: Tajuk 3  4 - Ketokohan Pengarang KA.pptx

AM & KEPENGARANGAN

• Penulisan AM memperlihatkan ciri-ciri sastera moden iaitu seperti intelek, emosi, imiginasi, dan teknik

• Kebanyakkan penulisan AM memperlihatkan pemikiran yang menyentuh soal-soal masyarakat, agama, politik, ekonomi dan moral.

• AM dalam penulisannya telah berani mengkritik raja-raja Melayu dan sistem feudalisme istana serta adat / amalan masyarakat Melayu yang dikatakan sebagai karut marut dan tidak menambah kepada ilmu

• Abdullah Munsyi menggunakan bentuk laporan dalam membina karya-karyanya. Dia melaporkan apa saja yang terjadi pada dirinya, yang dilihat dan dialami.

Page 30: Tajuk 3  4 - Ketokohan Pengarang KA.pptx

CIRI2 PENULISAN AM

1. Penulisan AM masih berpegang pada ciri-ciri khusus bahasa Melayu klasik iaitu menggunakan tulisan jawi. Tulisan atau aksara ini dipinjam daripada bahasa arab, kemudian ditambah dengan huruf baru seperti ‘pa’ ‘nga’ ‘ga’ ‘nya’ dan ‘ca’

2. Penulisan AM juga telah menunjukkan menggunakan imbukan men-.

3. Abdullah gemar menggunakan ayat yang panjang- panjang dan menyulitkan pembaca untuk memahaminya.

4. Penghasilan karya-karya AM banyak menggunakan kata pinjaman bahasa Inggeris & bahasa Arab

Page 31: Tajuk 3  4 - Ketokohan Pengarang KA.pptx

• Walaupun pemikiran dan cara penulisan telah mendahului zamannya, AM masih terikat kepada bentuk penulisan sastera tradisi. Antaranya;

i. Abdullah masih tidak dapat melepaskan penggunaan kata asli dalam tulisannya.

ii. Bukan sahaja bahasa yang digunakan itu bahasa lama tetapi struktur ayatnya juga masih seperti cerita hikayat. Contoh struktur ayat lama ini dapat dilihat melalui penggunan kata-kata asli seperti „maka‟, „beberapa lamanya‟, „maka adalah‟, „akan dia‟

iii. Menggunakan pantun dan syair dalam karyanya.

Page 32: Tajuk 3  4 - Ketokohan Pengarang KA.pptx

KETOKOHAN AM

• Abdullah telah jauh meninggalkan bentuk penulisan sastera lama. Ini dapat dilihat melalui persoalan atau tema yang dikemukakan dalam penulisannya, plot & jalan cerita, perwatakan, latar cerita dan sudut pandangan. Hanya gaya bahasa yang masih kekal seperti gaya bahasa sastera lama. Karya penulisan AM telah dijadikan bahan rujukan dan bahan dokumentasi yang penting terutamanya dalam mengkaji perkembangan bahasa Melayu dan sastera moden.

Page 33: Tajuk 3  4 - Ketokohan Pengarang KA.pptx

KESIMPULAN

• Kebanyakkan tokoh-tokoh pengarang zaman kesusasteraan Melayu tradisonal lahir di istana – mereka ini merupakan golongan bangsawan dan berdarah keturunan raja.

• Hal ini kerana, sastera tulisan bermula dan berkembang di istana.

• Para ulama dan ahli agama sering menjadi tetamu untuk mengajarkan ilmu kepada golongan bangsawan, justeru tokoh-tokoh ini mendapat manaat daripada tradisi ilmu ini.

• Kemunculan tokoh-tokoh agung ini juga selari dengan perkembangan ajaran Islam dan perkembangan bahasa Melayu di tempat tersebut.

• Tokoh-tokoh ini telah memberi sumbangan yang besar dalam perkembangan bahasa Melayu dan agama islam yang seterusnya membawa perubahan dan kepercayaan, pemiikiran dan cara hidup masyarakatnya.

Page 34: Tajuk 3  4 - Ketokohan Pengarang KA.pptx

SEKIAN, TERIMA KASIH