berita perkim · 2017-07-26 · berita kandungan 5 penasihat: pengarang: firdaus lokman tah...

30
PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA www.perkim.net.my Berita Wadah Informasi Dakwah UNTUK AHLI SAHAJA PERCUMA EDISI PERTAMA 2015 Kuala Lumpur (23 Jan) Y.A.Bhg Tun Dr Mahathir menyentuh tentang salah faham orang Islam tentang konsep Jihad yang disempitkan hanya dengan berperang dan jika gugur akan mati syahid. Beliau berkata demikian ketika merasmikan mesyuarat EXCO PERKIM bilangan 1 2015 di sini. Jelas beliau jika dahulu Jihad diisytiharkan melawan tentera kafir tapi sekarang ini Jihad digunakan oleh tentera Islamic State (IS) untuk menentang pemerintah Islam yang sah iaitu Bashar Assad di Syria. Pergolakkan di Syria adalah perancangan musuh-musuh Islam yang berjaya mewujudkan permusuhan antara Tentera IS dan Kerajaan Basyar sehingga orang Islam yang bersaudara sanggup berperang dan berbunuhan sesama sendiri. Beliau menambah Tentera IS yang dipimpin Abu Bakar Al-Baghdadi menjadikan matlamat mendirikan Negara Islam (IS) sebagai faktor menarik pejuang-pejuang Islam dari seluruh dunia termasuk 200 orang muda dari Malaysia. Y.A.Bhg Tun bimbang mereka yang pulang akan merekrut lebih ramai pemuda untuk berjuang di Syria di samping menjadikan Malaysia sebagai pusat latihan dan menyebar fahaman salah mengguna cara keganasan membunuh orang Islam lain untuk mencapai matlamat menubuhkan Negara Islam di Malaysia. Y.A.Bhg Tun melihat penguasaan agama Islam di kalangan orang Melayu masih lemah sehingga mudah dikelirukan oleh golongan yang berkepentingan seperti IS, Almaunah, Syiah dan sebagainya. Golongan Ulama, Ustaz dan Ustazah YANG DIPERTUA PERKIM MAHU MAKSUD JIHAD SEBENAR DIPERJELASKAN perlu juga didedahkan kepada perkembangan geo- politik semasa supaya akidah mereka tidak mudah dipesongkan untuk menyertai IS dan Syiah. Konsep Jihad adalah cukup luas termasuk usaha membasmi kemiskinan ekonomi dan kemiskinan akal melalui pendidikan. Jelas Tun lagi, PERKIM perlu menyebarkan fahaman Islam yang betul dan memperbetulkan fahaman Islam yang salah dan sempit. Perlu disebarkan Islam sebagai agama selamat dan penganut agama Islam yang mencintai perdamaian dan persaudaraan bagi menolak persepsi Islam agama ekstremis dan teroris yang ditonjolkan pengganas IS. Tafsiran-tafsiran salah yang bertentangan dengan ajaran Islam perlu diperbetulkan oleh golongan Ulama seperti soal halal haram darah orang Islam yang mazhab lain, boleh bermusuh dengan orang Islam yang lain atas sebab politik, haram makan kenduri dan semua dakwaan yang diada-adakan ini perlu dijawab dengan hujah berdasarkan ilmu. Menongkah arus globalisasi dan komunikasi moden Malaysia tidak lagi kebal daripada serangan maklumat salah dan menyesatkan yang dibawa masuk ke negara ini yang menggugut akidah, terdapat keperluan segera untuk PERKIM mendedahkan ajaran Islam yang salah dan palsu. Seterusnya Y.A.Bhg Tun berharap PERKIM perlu memperbetulkan ajaran salah yang dapat mencegah orang Islam daripada menjadi sesat adalah sebahagian daripada aktiviti dakwah PERKIM. YABhg Tun juga turut memaklumkan yang beliau telahpun menghantar kawat Takziah kepada keluarga Almarhum King Abdullah Ibni Abdul Aziz As- Saud, Raja Arab Saudi yang mangkat baru-baru ini bagi pihak PERKIM. PERKIM

Upload: others

Post on 18-Jul-2020

4 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Berita PERKIM · 2017-07-26 · Berita KANDUNGAN 5 PENASIHAT: PENGARANG: Firdaus Lokman Tah PENOLONG PENGARANG: Mohd Syahril Rosdi Ahmad Zahudi PENERBIT: Pertubuhan Kebajikan Islam

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIAwww.perkim.net.my

Berita Wadah Informasi Dakwah

UNTUK AHLI SAHAJA

PERCUMA

EDISI PERTAMA 2015

Kuala Lumpur (23 Jan) Y.A.Bhg Tun Dr Mahathir menyentuh tentang salah faham orang Islam tentang konsep Jihad yang disempitkan hanya dengan berperang dan jika gugur akan mati syahid. Beliau berkata demikian ketika merasmikan mesyuarat EXCO PERKIM bilangan 1 2015 di sini.

Jelas beliau jika dahulu Jihad diisytiharkan melawan tentera kafir tapi sekarang ini Jihad digunakan oleh tentera Islamic State (IS) untuk menentang pemerintah Islam yang sah iaitu Bashar Assad di Syria. Pergolakkan di Syria adalah perancangan musuh-musuh Islam yang berjaya mewujudkan permusuhan antara Tentera IS dan Kerajaan Basyar sehingga orang Islam yang bersaudara sanggup berperang dan berbunuhan sesama sendiri.

Beliau menambah Tentera IS yang dipimpin Abu Bakar Al-Baghdadi menjadikan matlamat mendirikan Negara Islam (IS) sebagai faktor menarik pejuang-pejuang Islam dari seluruh dunia termasuk 200 orang muda dari Malaysia. Y.A.Bhg Tun bimbang mereka yang pulang akan merekrut lebih ramai pemuda untuk berjuang di Syria di samping menjadikan Malaysia sebagai pusat latihan dan menyebar fahaman salah mengguna cara keganasan membunuh orang Islam lain untuk mencapai matlamat menubuhkan Negara Islam di Malaysia.

Y.A.Bhg Tun melihat penguasaan agama Islam di kalangan orang Melayu masih lemah sehingga mudah d ike l i rukan o leh go longan yang berkepentingan seperti IS, Almaunah, Syiah dan sebagainya. Golongan Ulama, Ustaz dan Ustazah

YANG DIPERTUA PERKIM MAHU MAKSUD JIHAD

SEBENAR DIPERJELASKAN

perlu juga didedahkan kepada perkembangan geo-politik semasa supaya akidah mereka tidak mudah dipesongkan untuk menyertai IS dan Syiah. Konsep Jihad adalah cukup luas termasuk usaha membasmi kemiskinan ekonomi dan kemiskinan akal melalui pendidikan.

Jelas Tun lagi, PERKIM perlu menyebarkan fahaman Islam yang betul dan memperbetulkan fahaman Islam yang salah dan sempit. Perlu disebarkan Islam sebagai agama selamat dan penganut agama Islam yang mencintai perdamaian dan persaudaraan bagi menolak persepsi Islam agama ekstremis dan teroris yang ditonjolkan pengganas IS.

Tafsiran-tafsiran salah yang bertentangan dengan ajaran Islam perlu diperbetulkan oleh golongan Ulama seperti soal halal haram darah orang Islam yang mazhab lain, boleh bermusuh dengan orang Islam yang lain atas sebab politik, haram makan kenduri dan semua dakwaan yang diada-adakan ini perlu dijawab dengan hujah berdasarkan ilmu.

Menongkah arus globalisasi dan komunikasi moden Malaysia tidak lagi kebal daripada serangan maklumat salah dan menyesatkan yang dibawa masuk ke negara ini yang menggugut akidah, terdapat keperluan segera untuk PERKIM mendedahkan ajaran Islam yang salah dan palsu.

Seterusnya Y.A.Bhg Tun berharap PERKIM perlu memperbetulkan ajaran salah yang dapat mencegah orang Islam daripada menjadi sesat adalah sebahagian daripada aktiviti dakwah PERKIM.

YABhg Tun juga turut memaklumkan yang beliau telahpun menghantar kawat Takziah kepada keluarga Almarhum King Abdullah Ibni Abdul Aziz As-Saud, Raja Arab Saudi yang mangkat baru-baru ini bagi pihak PERKIM.

PERKIMPERKIM

Page 2: Berita PERKIM · 2017-07-26 · Berita KANDUNGAN 5 PENASIHAT: PENGARANG: Firdaus Lokman Tah PENOLONG PENGARANG: Mohd Syahril Rosdi Ahmad Zahudi PENERBIT: Pertubuhan Kebajikan Islam

Berita

KANDUNGAN

5

PENASIHAT:

PENGARANG:Firdaus Lokman Tah

PENOLONG PENGARANG:Mohd Syahril Rosdi Ahmad Zahudi

PENERBIT:Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Ting. 4 & 6, Bangunan PERKIM, 150, Jln. Ipoh, 51000 Kuala Lumpur. : 03-4042 6224 / 03-4041 2482

: 03-4042 7403: [email protected]

http// : www.perkim.net.my

PENCETAK:

Da’imr Enterprise. : 019-333 8800 : [email protected]

Datuk Hj. Hasbullah L. IsaDato' Hj. Yidris AbdullahEn. Zulkefli Arifin Hj. Abdul Hanif HarunEn. Ahmad Mustafa KETUA PENGARANG:Hj. Mohd Zuber Zain

TENAGA REDAKSI

Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor

Tan Sri Dato' Dr. Muhammad Rais Abdul Karim

Risalah BERITA PERKIM diterbitkan oleh Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM). Ia mengandungi artikel berkaitan hal ehwal Islam di Malaysia khasnya dan seluruh dunia Islam. Ia diterbitkan bertujuan untuk menggalakkan kesedaran dan pemahaman mengenai isu-isu yang melibatkan umat Islam merentasi kepelbagaian geografi dan budaya. BERITA PERKIM juga mengandungi berita yang meliputi aktiviti dalam bidang dakwah, sosial, ekonomi dan politik. BERITA PERKIM mengalu-alukan artikel berkaitan oleh pengarang yang ingin menerbitkan karya mereka. Sebarang artikel atau komen boleh dialamatkan kepada: Pengarang, BERITA PERKIM, di alamat seperti di atas. Pengarang juga berhak untuk menyunting apa-apa sumbangan tanpa notis terlebih dahulu dan tidak akan dikembalikan. Pandangan yang dinyatakan dalam BERITA PERKIM tidak semestinya mencerminkan pandangan PERKIM, Pengarang atau Risalah tersebut.

PENAFIAN

7

2

16 & 17 8-10

www.perkim.net.my

SEBAHAGIAN AKTIVITI PERKIM KEBANGSAAN SEPANJANG BULAN JAN. - MAC 2015

PENAUNG:

Tun Dr. Mahathir Mohamad

KERATAN AKHBAR

1

2-4

Lihat M/Surat 3

31

MAJLIS JAMUAN MUHIBBAH DAN RAMAH MESRA TAHUN 2015

PERKIM TERIMA ANUGERAH PENDAKWAH NGO

MAJLIS SAMBUTAN HARI PERKIM

6

PROGRAM USRAH DAN ZIARAH DAKWAH SAUDARA MUSLIM

KERJA KEBAJIKAN PERKIM KIAN MELUAS 13

LAWATAN UKHWAH KE PERKIM KEBANGSAAN 14

PERKIM MAHU TINGKAT PENGLIBATAN DALAM KESUKARELAAN

JASAMU DIKENANG

PAMERAN SEMPENA "KARNIVAL CINTA RASUL DAN

PRIHATIN MANGSA BANJIR” 18

TAHNIAH USTAZ FATHAN 18

PERKIM SARAWAK WANTS ALL ITS BRANCHES TO HAVE OWN OFFICE SPACE

15

15

BANTU MANGSA BANJIR BERTERUSAN

JADUAL KELAS PENGAJIAN FARDU AIN & AL-QURAN

19

19 32

AWANG (29 Mac): Pepatah Inggeris ada mengatakan "Its better late than never". Itu antara kandungan isi ucapan Rperasmian dan penutup oleh Y.Bhg Dato' Dr. Hj. Mustapha

Ma, Naib Yang Dipertua PERKIM di majlis JAMUAN MUHIBBAH DAN RAMAH MESRA TAHUN 2015, Bandar Rawang Selangor. Beliau menyampaikan Ucapan Selamat Tahun Baru Cina kepada penduduk di sekitar Rawang walaupun perayaan tersebut sudah pun sebulan berlalu. Beliau turut menerangkan tujuan program ini dianjurkan adalah untuk lebih mendekati masyarakat Cina di sekitar Rawang dan memperjelaskan yang Islam adalah agama untuk semua bangsa.

MAJLIS JAMUAN MUHIBBAH

DAN RAMAH MESRA TAHUN 2015

Sesi perkongsian pengalaman sebagai Saudara Muslim oleh tetamu jemputan khas.

Ucaptama oleh Pengerusi PERKIM Bahagian Selangor, Y.Bhg. Dato' Haji Mohd Yasin Haji Taib.

Ucapan perasmian dan penutup oleh Y.Bhg Dato' Dr. Hj. Mustapha Ma, Naib Yang diPertua PERKIM

Terdahulu, program tersebut telah dimulakan pada jam 9.30 pagi dengan ucapan a l u a n o l e h Pe n g e r u s i PERKIM cawangan GERAK, Ustaz Amir Ng, disusuli ucapan penghargaan oleh Timbalan Nazir Masjid Nurul Iman Rawang, Tuan Haji Mohamad Nor Bin Shahadan d a n u c a p t a m a o l e h Pengerusi PERKIM Bahagian Selangor, Y.Bhg. Dato' Haji Mohd Yasin Haji Taib.

YANG DIPERTUA PERKIM MAHU MAKSUDJIHAD SEBENAR DIPERJELASKAN

TAHNIAH DATO' HASAN

TOKOH PERKIM TERIMA ANUGERAH UTAMA RAJA KEMBOJA 11-12

KEBEBASAN BERAGAMA DI SABAH 20-25 & 30

TIDAK ADA PAKSAAN DALAM AGAMA 26-28

LAWATAN KERJA DAN KUNJUNGAN HORMAT SUA KE SARAWAK 29-30

Page 3: Berita PERKIM · 2017-07-26 · Berita KANDUNGAN 5 PENASIHAT: PENGARANG: Firdaus Lokman Tah PENOLONG PENGARANG: Mohd Syahril Rosdi Ahmad Zahudi PENERBIT: Pertubuhan Kebajikan Islam

Berita

3www.perkim.net.my

DARI M/SURAT 2

Program yang telah dianjurkan oleh PERKIM Kebangsaan dengan kerjasama PERKIM Selangor, PERKIM GERAK, MACMA, dan Surau Darul Salam Bandar Rawang telah menyajikan pelbagai acara untuk menarik perhatian orang Cina bukan Islam khasnya seperti Pameran Islam Cina, Acara Persembahan Mee Tarik, Tarian Singa, Pertandingan Mewarna kanak-kanak, Pemberian Ang Pau, sajian makanan Cina Muslim dan persembahan nasyid Cina.

Pada majlis tersebut, turut diedarkan borang maklumat untuk dimuatkan dalam buku 'Who'sWho' saudara Muslim Malaysia. Dua orang panel jemputan dalam sesi perkongsian ilmu dan pengalaman

tujuan program ini dianjurkan adalah untuk lebih mendekati

masyarakat Cina di sekitar Rawang dan

memperjelaskan yang Islam adalah agama

untuk semua bangsa.

Acara 'Fun Games' untuk kanak-kanak

Lihat M/Surat 4

Sesi Pendaftaran pada sebelah pagi.

Antara tetamu yang hadir

Page 4: Berita PERKIM · 2017-07-26 · Berita KANDUNGAN 5 PENASIHAT: PENGARANG: Firdaus Lokman Tah PENOLONG PENGARANG: Mohd Syahril Rosdi Ahmad Zahudi PENERBIT: Pertubuhan Kebajikan Islam

4

Berita

www.perkim.net.my

DARI M/SURAT 3

Tetamu menjamu selera

Persembahan Mee Tarik

Persembahan Nasyid Cina.

Penyampaian sijil penghargaan kepada Tuan Haji Sharin Low daripada MACMA yang diwakili oleh Dato' Mustapha Ma. Acara penyampaian Ang Pau.

Penyampaian hadiah cabutan bertuah oleh Tuan Haji Mohd Chan

sebagai seorang saudara Muslim iaitu Ketua Penolong Pengarah Jabatan Agama Islam Johor, Pn. Alina Wong dan pemilik restoran makanan Cina Muslim, Haji Sharin Low adalah antara personaliti yang turut dimuatkan dalam buku 'Whos Who' tersebut.

Seramai 300 orang tetamu hadir terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan kepercayaan memeriahkan majlis tersebut dan rata-rata mereka berminat mendengar tazkirah pendek berkenaan Hudud yang telah disampaikan oleh Pegawai Dakwah PERKIM, Ustaz Sulaiman Ding dalam bahasa mandarin.

Menurut Pengelola Program merangkap Pegawai Dakwah PERKIM, Ustaz Muhammad Farhan Tee hasil daripada p r o g r a m i n i b e r t u j u a n u n t u k mendekatkan lagi masyarakat bukan Islam khususnya orang-orang Cina tempatan dengan maklumat Islam yang sering disalah anggap.

Turut Hadir, Timbalan Pengerusi PERKIM Wilayah Persekutuan merangkap Timbalan Pengarah Dakwah PERKIM Kebangsaan, Tuan Haji Abdul Hanif Harun dan Isteri.

Page 5: Berita PERKIM · 2017-07-26 · Berita KANDUNGAN 5 PENASIHAT: PENGARANG: Firdaus Lokman Tah PENOLONG PENGARANG: Mohd Syahril Rosdi Ahmad Zahudi PENERBIT: Pertubuhan Kebajikan Islam

ERKIM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pengerusi PERKIM PPahang, Y.B Dato' Hasan Arifin pada PRK

di Rompin baru-baru ini. Pengumuman rasmi keputusan pilihan raya kecil (PRK) Rompin dilakukan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK Rompin Datuk Haji Fadzilla Salleh di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di Kuala Rompin.

Turut hadir dalam pengumuman itu termasuklah Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan serta beberapa kepimpinan tertinggi BN lain.

Kawasan Parlimen Rompin mempunyai seramai 53,294 pengundi berdaf tar, menyaksikan majoriti 87% merupakan pengundi Melayu yang kebanyakannya menetap di 14 petempatan Felda di seluruh kawasan Parlimen tersebut.

TAHNIAH DATO' HASAN

Dato' Hasan Arifin (berbaju Melayu Hijau) bersama barisan kepimpinan PERKIM pada majlis bacaan Yaasin dan tahlil bersempena sambutan Hari PERKIM februari lalu

5www.perkim.net.my

Berita

Manakala kelompok kedua terbesar adalah pengundi la in- la in, yang majoritinya meliputi pengundi daripada komuniti masyarakat Orang Asli, dan kaum India, sekitar 9%, diikuti pengundi kaum Cina, hanya pada kadar 2%.

PRK Parl imen Rompin diadakan berikutan kematian penyandangnya,Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis yang maut dalam nahas helikopter pada 4 April lalu.

Page 6: Berita PERKIM · 2017-07-26 · Berita KANDUNGAN 5 PENASIHAT: PENGARANG: Firdaus Lokman Tah PENOLONG PENGARANG: Mohd Syahril Rosdi Ahmad Zahudi PENERBIT: Pertubuhan Kebajikan Islam

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu masyarakat Islam mengambil berat permasalahan yang boleh menggugat kesatuan dan perpaduan umat Islam di negara ini.

Beliau berkata punca-punca permasalahan itu harus diselesaikan secara tuntas agar ia tidak berulang kembali bagi membawa kesejahteraan bukan saja kepada umat Islam, tetapi juga kepada seluruh rakyat di negara ini.

"Tidak bersalahan untuk saya nyatakan bahawa, kesejahteraan yang dianjurkan dalam Islam bertitik tolak daripada prinsip kasih sayang iaitu rahmah.

"Sesuai dengan sabda baginda Rasulullah SAW bahawa seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri," katanya berucap pada majlis Anugerah Dakwah Negara (ADN) di sini, malam ini.

Najib berkata kejayaan Nabi Muhammad menyatukan masyarakat ketika mentadbir Madinah seharusnya diteladani dalam mentadbir rakyat pelbagai kaum di negara ini.

"Kemajmukan umat yang wujud di Malaysia bukanlah suatu yang tidak pernah ditempuhi oleh baginda Rasulullah SAW," katanya.

Najib berkata, usaha untuk mengembangkan syiar Islam dan memperkasanya dalam negara ini adalah selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Negara.

"Saya yakin dan percaya, dakwah menjadi antara faktor utama yang menyumbang kepada kemajuan sumber manusia yang holistik. Islam melalui dakwah sudah melahirkan umat Islam yang berperanan untuk menyumbang secara positif kepada negara di pelbagai peringkat dan lapangan," katanya. Justeru, Najib berkata tema Program Dakwah Negara iaitu 'Kasih Sayang Disemai, Perpaduan Dituai' anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) bertepatan bagi mencapai usaha melahirkan kesejahteraan dalam kalangan umat Islam sebagai contohnya, di Malaysia.

PERKIM TERIMA ANUGERAH PENDAKWAH NGO

“Kepentingan dan keutamaan kesatuan dan perpaduan umat amat jelas apabila Allah SWT melarang kita daripada berpecah belah serta menekankan peri pentingnya persaudaraan di dalam Islam," katanya.

Pada majlis itu, Presiden Malaysian Relief Agency (MRA), Datuk Dr Abdul Razak Kechik, 67, diumum pemenang Anugerah Pendakwah Negara manakala Anugerah Pendakwah Wanita disandang pakar perunding mata dan Pengarah Pusat Lasik Mata, Pusat Perubatan Prince Court, Prof Dr Muhaya Mohamad, 54.Dengan cogankata 'Islam Itu Persaudaraan' untuk menyatupadukan umat Islam, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) memenangi kategori Anugerah Pendakwah NGO manakala Imam Muda Muhamad Asyraf Mohd Ridzuan dipilih sebagai Anugerah Pendakwah Muda.

Anugerah Pendakwah Saudara Kita diberikan kepada Ketua Pegawai Dakwah Islamic Information and Services Foundation (IIS, ) Shah Kirit Kakulal Govindji dan Anugerah Pendakwah Seni Hiburan disandang oleh kumpulan nasyid Raihan.

Semua pemenang bagi setiap kategori masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM15,000 dan sijil penghargaan serta hadiah iringan. Anugerah julung kali diadakan sebagai penutup kepada Program Dakwah Negara bagi meraikan penubuhan 40 tahun yayasan dengan kerjasama Institut Wasatiyah Malaysia (IWM).

Yang Dipertua YADIM, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata anugerah itu adalah satu program untuk meraikan 'orang-orang dakwah' yang selama ini mungkin kurang dikenali walaupun mereka memberikan sumbangan besar kepada masyarakat melalui aktiviti dakwah. - BERNAMA

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak (tengah) bergambar kenangan bersama penerima-penerima anugerah pada Majlis Anugerah Dakwah Negara.

6 www.perkim.net.my

Berita

Page 7: Berita PERKIM · 2017-07-26 · Berita KANDUNGAN 5 PENASIHAT: PENGARANG: Firdaus Lokman Tah PENOLONG PENGARANG: Mohd Syahril Rosdi Ahmad Zahudi PENERBIT: Pertubuhan Kebajikan Islam

Kuala Lumpur (12 Feb 2015): Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) telah mengadakan Majlis Sambutan Hari PERKIM bertempat di Memorial Tunku Abdul Rahman, di sini.

Majlis ini diadakan pada setiap tahun bersempena tanggal 8 Februari 1903 tarikh kelahiran Putera Diraja Negeri Kedah Darul Aman, Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Sultan Abdul Hamid Halim Shah dan kemudian diterima secara rasmi oleh Ahli Majlis Kebangsaan PERKIM sebagai Hari PERKIM.

Almarhum Tunku Abdul Rahman juga tercatat sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan juga "Bapa PERKIM", Pertubuhan yang diasaskan di kediaman rasmi Almarhum, pada 19 Ogos 1960, tiga tahun selepas kemerdekaan negara Malaysia.

Majlis Hari PERKIM ini disempurnakan dan dirasmikan oleh Y.Bhg. Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor selaku Setiausaha Agung

MAJLIS SAMBUTAN HARI PERKIM

Y.Bhg. Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor merasmikan Majlis Sambutan Hari PERKIM.

Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil kepada Almarhum Tunku Abdul Rahman diketuai oleh Ustaz Yus Ondre

Y.Bhg. En Azemi Abdul Aziz, Ketua Pengarah Arkib Negara dalam ucapan aluan beliau.

Kehormat PERKIM. Kira-kira 200 o r a n g t e t a m u h a d i r memeriahkan majlis tersebut antaranya saudara Muslim, jabatan- jabatan kera jaan, swasta, korporat, NGO-NGO Islam dan ahli-ahli Kelab PERKIM.

Tu r u t h a d i r A h l i M a j l i s Kebangsaan, Y.Bhg. Prof. Madya Dato' Hj. Mokhtar Shafii, Naib

Yang Dipertua PERKIM, Dato Mustapha Ma, Pengerusi PERKIM Bahagian Selangor, YBhg. Dato' Haji Mohd Yasin Haji Taib, Pengerusi PERKIM Bahagian Negeri Pahang, Dato Hasan Arifin, Bendahari Kehormat PERKIM Kebangsaan, Tan Sri Dato Dr. Muhammad Rais Abdul Karim, Penolong Setiausaha Agung Kehormat Datuk Hasbullah L. Isa, pegawai dan kakitangan PERKIM Kebangsaan.

Majlis telah dimulakan dengan bacaan Yaasin, tahlil, doa, solat fardhu Maghrib dan Isyak berjemaah diketuai imam bertugas, Ustaz Yus Ondre Abdullah.

Pada majlis tersebut juga turut diadakan penyerahan bahan dokumen dan terbitan PERKIM kepada Arkib Negara Malaysia sebagai penyimpan rasmi data dan maklumat Negara.

Aktiviti

7www.perkim.net.my

Y.Bhg Dato' Haji Mohd Nakhaei Haji Ahmad Pengerusi PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan merangkap Naib Yang Dipertua PERKIM menyampaikan ucaptama mewakili Yang Dipertua PERKIM, Tun dr. Mahathir Mohamad.

Page 8: Berita PERKIM · 2017-07-26 · Berita KANDUNGAN 5 PENASIHAT: PENGARANG: Firdaus Lokman Tah PENOLONG PENGARANG: Mohd Syahril Rosdi Ahmad Zahudi PENERBIT: Pertubuhan Kebajikan Islam

LUMUT (1 Mac) : PERKIM Kebangsaan dengan kerjasama PERKIM Bahagian Negeri Perak telah mengadakan PROGRAM USRAH DAN ZIARAH DAKWAH SAUDARA MUSLIM selama tiga hari yang berpusat di Marina Resort, di sini.

Menurut Ustaz Muhammad Farhan Tee selaku pengelola program berkata, tujuan program ini diadakan adalah untuk m e m b e r i k a n p e n j e l a s a n mengenai konsep usrah kepada Saudara Muslim, mendekati dan menyelami masalah Saudara Musl im yang memerlukan bantuan, membentuk kumpulan usrah yang boleh menjadi

PROGRAM USRAH DAN ZIARAH DAKWAH SAUDARA MUSLIM

Oleh : Muhammad Farhan Tee Abdullah

perintis dalam aktiviti dakwah pada masa akan datang dan m e n j a l i n h u b u n g a n persaudaraan sesama penganjur dan Saudara Muslim. Program tersebut telah disertai oleh 45 orang peserta dari pelbagai kaum dan latar belakang. Seramai 9 keluarga Saudara Muslim telah diziarahi melibatkan kawasan Beruas, Lumut dan Ayer Tawar.

Pada program tersebut, pelbagai acara dan pengisian telah diadakan antaranya, 3 sesi Ce ramah , La t ihan Da lam Kumpulan (LDK), Kembara Ilmu, Forum Mini dan Pertandingan Penghayatan Islam.

Peserta telah disajikan dengan ceramah yang bertajuk Hakikat Kehidupan Muslim yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohd. Khalid Noor, Pegawai Dakwah PERKIM Bahagian Negeri Perak selaku Ketua Fasilitator pada sesi Ceramah pertama. Beliau telah memberikan penjelasan berkenaan tujuan manusia dicipta dan tugas yang perlu dijalankan setelah seseorang bergelar seorang Muslim. Beliau memberikan penjelasan di dalam 5 jenis alam yang ditempuh manusia, iaitu alam roh, rahim, dunia, barzakh, dan akhirat. Sejak di alam roh lagi, manusia telah mengaku Allah itu adalah Tuhan.

Latihan Dalam Kumpulan (LDK), peserta telah dipecahkan kepada lima kumpulan dan diketuai oleh seorang fasilitator.

Sesi ceramah kedua berkenaan isu Akidah, Ustaz Khalid menekankan kepentingan mengetahui dan mempelajari ilmu tauhid dalam mengenal Allah melalui sifat-sifat dan nama-Nya.

Lihat M/Surat 9

Aktiviti

8 www.perkim.net.my

Page 9: Berita PERKIM · 2017-07-26 · Berita KANDUNGAN 5 PENASIHAT: PENGARANG: Firdaus Lokman Tah PENOLONG PENGARANG: Mohd Syahril Rosdi Ahmad Zahudi PENERBIT: Pertubuhan Kebajikan Islam

Lihat M/Surat 10

Pada sesi ceramah kedua berkenaan isu Akidah, Ustaz K h a l i d m e n e k a n k a n kepentingan mengetahui dan mempelajari ilmu tauhid dalam mengenal Allah melalui sifat-sifat dan nama-Nya, kepentingan rukun iman dan syahadah serta s e t i a p M u s l i m p e r l u mementingkan aspek solat kerana ia adalah pengukuh tali ikatan antara manusia dan Allah.

Manakala pada sesi cermah ketiga, peserta telah disajikan dengan ceramah berkaitan Ibadah. Beliau menerangkan segala bentuk kebaikan yang dilakukan semata-mata kerana Allah akan mendapat ganjaran. Ibadah juga adalah bukti perlakuan manusia terhadap kepercayaan akidah yang mantap. Selain itu beliau menjelaskan mengenai rukun Islam itu adalah satu perbezaan di antara orang Islam dan bukan Islam.

Melalui acara Latihan Dalam Kumpulan (LDK), peserta telah d ipecahkan kepada l ima kumpulan dan diketuai oleh seorang fasilitator. Perbincangan dilakukan dengan merujuk kepada ta juk yang te lah dibentangkan oleh Ustaz Khalid, iaitu Hakikat Kehidupan Muslim dan Aqidah. Melalui hasil p e r b i n c a n g a n ku m p u l a n , mereka membentangkan isi tersebut kepada peserta yang lain.

Pada acara Kembara Ilmu, terdapat lima check point yang disediakan. Setiap check point m e m p u ny a i s o a l a n y a n g d i a j u k a n k e p a d a s e t i a p kumpulan. Antara soalan yang d i t a nya i a l a h b e rke n a a n makhluk ciptaan Allah di sekitar hotel tersebut. Ia adalah bertujuan untuk memupuk kesedaran bahawa sekecil-kecil

ciptaan Allah adalah amat berguna di dalam kehidupan. Selain itu, soalan yang ditanya juga adalah membabitkan ilmu fiqh, dan sirah.

Pada acara mini forum yang bertajuk Kasih Allah, Kasih Rasul, Encik Muhammad Farhan Tee Abdullah selaku moderator bersama dua orang ahli panel y a n g j u g a A h l i M a j l i s Kebangsaan PERKIM iaitu Y. Bhg. Ustaz Ann Wan Seng dan Y. Bhg. Ustaz Haji Muhammad Fitri Abdullah telah mengupas mengenai sirah Rasulullah s.a.w. tatkala berdakwah kepada golongan sasaran yang belum Islam.

Y. Bhg. Ustaz Ann Wan Seng ( g a m b a r ) m e n c e r i t a k a n bagaimana khalifah kedua, iaitu Saidina Umar Al-Khattab dan panglima perang, Khalid Al-Walid telah berjaya di islamkan dan menjadi manusia yang berguna. Selain itu beliau menambah, Nabi Muhammad s.a.w. berjaya menukar hati kasar menjadi lebih lembut. Bel iau turut menekankan kepentingan solat di dalam kehidupan. Solat perlulah ikhlas hanya kerana A l lah dan

Antara keluarga Saudara Muslim yang telah diziarahi melibatkan kawasan Beruas, Lumut dan Ayer Tawar, Perak.

Acara Kembara Ilmu, terdapat lima check point yang disediakan. Setiap check point mempunyai soalan yang diajukan kepada setiap kumpulan. Antara soalan yang ditanya ialah berkenaan makhluk ciptaan Allah

USTAZ ANN WAN SENG

DARI M/SURAT 8

Aktiviti

9www.perkim.net.my

Page 10: Berita PERKIM · 2017-07-26 · Berita KANDUNGAN 5 PENASIHAT: PENGARANG: Firdaus Lokman Tah PENOLONG PENGARANG: Mohd Syahril Rosdi Ahmad Zahudi PENERBIT: Pertubuhan Kebajikan Islam

DARI M/SURAT 9

penjagaan makanan adalah amat perlu dalam memupuk hati menjadi lebih bersih.

Beliau turut menegaskan bahawa Islam tidak berkompromi di dalam perkara yang melibatkan aqidah, manakala bab fiqh masih b o l e h d i b a h a s . A l l a h S W T h a n y a mementingkan taqwa di dalam diri manusia, dan bukannya mengira pangkat, latar belakang, jawatan dan bangsa. Antara punca yang mengakibatkan seseorang itu murtad ialah kerana kurangnya ilmu pengetahuan agama yang kukuh.

Di samping itu, Y. Bhg. Ustaz Fitri menyatakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah mengakui umat selepas Baginda adalah mereka yang lebih mulia daripada malaikat. Hal ini kerana mereka percaya dan merindui Rasulullah s.a.w. walaupun tidak pernah bersua dengannya.

Antara cara yang boleh diaplikasikan untuk lebih mencintai Rasul ialah dengan berzikir, selawat, baca Al-Quran, membantu orang di da lam kesusahan, bersedekah dan mengamalkan sunnah lain yang pernah dilakukan Baginda s.a.w. Beliau turut menyebut antara ciri pendakwah ialah mereka yang sentiasa dekat dengan Allah SWT.

Pada acara lain, turut diadakan Pertandingan Penghayatan Islam di mana tiga kategori telah dipertandingkan iaitu Pertandingan Tilawah Al-Quran yang telah dimenangi oleh Saudari Siti Aisyah Abdullah, Pertandingan Azan dimenangi oleh Saudara Muhammad Nur Azman Abdullah dan Pertandingan Ceramah dimenangi oleh Saudara Muhammad Saleh Ravindran Abdullah.

M a j l i s P e r a s m i a n P e n u t u p t e l a h disempurnakan Y. Bhg. Ustaz Haji Muhammad Fitri Abdullah. Beliau dalam ucapan penutup m e n j e l a s k a n P E R K I M m e r u p a k a n 'kemudahan' dan sebagai platform untuk berdakwah. Beliau turut menggalakkan kepada peserta untuk menjadi ahli PERKIM. Sebagai pendakwah, perlulah menggunakan kemudahan teknologi terkini untuk manfaat bersama. Beliau turut menasihatkan agar peserta perlulah berusaha meningkatkan hubungan dengan Allah SWT, ikhlas di dalam setiap perkara yang dilakukan dan sentiasa menghadiri majlis ilmu.

Pertandingan Azan dimenangi oleh Saudara Muhammad Nur Azman Abdullah

Muhammad Saleh Ravindran Abdullah.

Ustaz Haji Muhammad Fitri Abdullah dalam sesi ceramah telah mengupas mengenai sirah Rasulullah s.a.w. tatkala berdakwah kepada golongan sasaran yang belum Islam disusuli merasmikan majlis penutup program.

Antara cara yang boleh diaplikasikan u n t u k l e b i h mencintai Rasul i a l a h d e n g a n berzikir, selawat, b a c a A l - Q u r a n , membantu orang di dalam kesusahan, bersedekah dan m e n g a m a l k a n sunnah lain yang pernah dilakukan Baginda s.a.w.

Pertandingan Tilawah Al-Quran yang dimenangi oleh Saudari Siti Aisyah Abdullah,

10 www.perkim.net.my

Berita

Page 11: Berita PERKIM · 2017-07-26 · Berita KANDUNGAN 5 PENASIHAT: PENGARANG: Firdaus Lokman Tah PENOLONG PENGARANG: Mohd Syahril Rosdi Ahmad Zahudi PENERBIT: Pertubuhan Kebajikan Islam

Lihat M/Surat 12

KEMBOJA (27 Mac): Bâromneath Norodom Sihamoni berkenan menganugerahkan Pingat Munisaraphoin, anugerah tertinggi Negara Kemboja kepada tiga orang ahli PERKIM, Y.B Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim (Menteri Di Jabatan Perdana Menteri merangkap Naib Yang Dipertua PERKIM), Tuan Haji Abdul Hanif Harun (Pengerusi PERKIM Cawangan Bukit Damansara, Naib Pengerusi PERKIM Wilayah Persekutuan, merangkap Timbalan Pengarah Dakwah dan Inovasi PERKIM Kebangsaan) dan Puan Hajah Puteh Kalsom Shamsudin (Naib Pengerusi PERKIM Cawangan Bukit Damansara merangkap Sukarelawan PERKIM Kebangsaan).

Y.B Dato' Seri Dr. Shahidan sering berkunjung ke Negara Kemboja bagi menyampaikan sumbangan untuk pembangunan Islam di sana. Beliau banyak membantu dari segi kewangan mahupun bantuan pendidikan kepada penduduk Islam Kemboja dan juga Negara serantau bagi meningkatkan syiar Islam. Beliau tidak pernah 'lokek' dalam menyampaikan sumbangan samada bantuan tersebut disampaikan sebagai wakil kerajaan, melalui Yayasan yang ditubuhkan oleh beliau (Yayasan Pok Dan Kassim), Wakil NGO seperti PERKIM dan juga daripada duit poket beliau sendiri.

Turut menerima anugerah sama pada majlis tersebut Menteri Dalam Negeri, YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi serta beberapa orang deligasi daripada Malaysia yang telah disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen, bersempena perasmian Masjid Al-Serkal Grand Mosque di Phnom Penh.

Kerajaan Kemboja telah membina Masjid Negara Kemboja yang diberi nama Masjid Al-Serkal, Phnom Penh. Masjid ini mula dibina pada tahun 2012 dan siap sepenuhnya pada Januari 2015 yang berkeluasan 1,800 meter persegi yang mampu menampung 2,000 jemaah pada satu-satu masa. Masjid ini dibina hasil sumbangan masyarakat Islam antarabangsa yang menjadi tanda kerjasama masyarakat antarabangsa dalam membantu saudara Islam di Kemboja. Upacara yang julung-julung kali diadakan di Phnom Penh ini adalah untuk mengiktiraf pencapaian masyarakat Islam di dalam dan luar Kemboja.

Raja Kemboja Samdech Preah

TOKOH PERKIM TERIMA ANUGERAH UTAMA RAJA KEMBOJA

Pingat Munisaraphoin ini diperkenalkan pada tahun 1905 oleh Raja Sisowath, Raja Kemboja pada ketika itu. Pingat yang dianugerah atas perkenan Raja Kemboja ini adalah kepada tokoh yang telah berbakti dalam bidang sastera dan seni, pendidikan, kehakiman, pentadbiran, dan sains.

Pingat Royal Order of Monisaraphon ini terbahagi kepada lima kelas di mana kelas tertinggi ialah Mohasereivoith atau Grand Cross, diikuti dengan Mohasena atau Grand Officer, Adipati atau Commander, Sena atau Officer and Askararidha atau Knight.

Abdul Hanif, 77, sebelum ini telah menerima anugerah sama pada tahun 2012 pada peringkat Sena kini mendapat anugerah lebih tinggi, peringkat Mohasereivoith.

Sekolah / Madrasah Umar Al - Khattab Kampung Seraiweal, Kampong Cham, Kemboja pusat pendidikan Islam yang telah didirikan dan dirasmikan pada 2007 antara usaha yang dijalankan PERKIM melalui Cawangan Bukit Damansara.

Y.B Dato' Seri Dr. Shahidan menerima Pingat Royal Order of Monisaraphon, anugerah peringkat Mohasereivoith, anugerah tertinggi kerajaan K e m b o j a y a n g t e l a h d i s a m p a i k a n P e r d a n a Menterinya, Hun sen.

Berita

11www.perkim.net.my

Page 12: Berita PERKIM · 2017-07-26 · Berita KANDUNGAN 5 PENASIHAT: PENGARANG: Firdaus Lokman Tah PENOLONG PENGARANG: Mohd Syahril Rosdi Ahmad Zahudi PENERBIT: Pertubuhan Kebajikan Islam

3

4

Oleh: MOHD. SYAHRIL ROSDI AHMAD ZAHUDI

“ D DARI M/SURAT 7

333

DARI M/SURAT 11

Kerjasama dan sumbangan yang diberikan oleh Tuan Haji Hanif dan Isteri Puan Hajah Puteh Kalsom kepada Negara Kemboja amat besar sehingga melayakkan beliau untuk menerima anugerah tersebut.

Selama hampir sepuluh tahun, beliau dan isteri telah 43 kali berulang-alik ke Kemboja dengan m e m b a w a n a m a P E R K I M m e m b a n t u membangunkan perkembangan Islam di Kemboja. Pada setiap tahun, beliau membawa amanah rakyat Malaysia yang menyumbang untuk pembangunan Islam seperti pembinaan masjid-masjid, sekolah-sekolah, ibadah korban dan aqiqah, sumbangan Al-Quran, buku-buku agama, bantuan pembinaan sekolah dan elaun guru-guru agama, membina telaga air, memberi tajaan pelajaran di peringkat Universiti, bantuan perniagaan, membantu majlis tertinggi Hal Ehwal Agama Islam Kemboja (HCIRAC) serta pelbagai lagi bentuk bantuan kepada rakyat Islam Kemboja.

Pengiktirafan ini juga adalah satu tanda penghormatan bagi masyarakat Islam dan kerajaan Malaysia yang telah banyak membantu masyarakat Islam Kemboja melalui usaha

kerajaan, agensi-agensi dan NGO-NGO seperti PERKIM.

Rakyat Kemboja telah lama hidup di dalam peperangan dan kemusnahan sejak pengambil alihan kuasa 1970, melalui perang saudara, keganasan rejim Khmer Rouge (1975-1979), pemerintah komunis sehinggalah campurtangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui UNTAC dalam mengembalikan negara tersebut kepada keadaan asal selepas ia merdeka. Iaitu b e r j a y a m e n g e m b a l i k a n k u a s a R a j a Perpelembagaan dan proses demokrasi.

Dalam kemusnahan dan kedaifan ini, masyarakat Islam Kemboja (majoriti dari mereka adalah berasal dari etnik Melayu Cham atau Champa) juga menerima nasib yang sama seperti rakyat Kemboja lain. Penderitaan ini menyebabkan kesinambungan dan pembangunan pendidikan Islam terputus. PERKIM adalah NGO yang telah membantu ketika pelarian Islam Kemboja ketika menyelamatkan diri daripada kekejaman tentera Pol Pot dan memberikan perlindungan pada sekitar 1970-an.

Dari Kiri : Hajah Puteh Kalsom, Y.B Dato Seri Dr. Zahid Hamidi dan Tuan Haji Abdul Hanif Harun menerima Pingat Royal Order of Monisaraphon, disampaikan Perdana Menteri Kemboja, Hun sen.

Berita

12 www.perkim.net.my

Page 13: Berita PERKIM · 2017-07-26 · Berita KANDUNGAN 5 PENASIHAT: PENGARANG: Firdaus Lokman Tah PENOLONG PENGARANG: Mohd Syahril Rosdi Ahmad Zahudi PENERBIT: Pertubuhan Kebajikan Islam

TERENGGGANU (29 Jan): Isteri Menteri Besar, To' Puan Halina Zakaria memuji pengorbanan dan semangat yang dizahirkan pemimpin dan ahli Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Negeri Terengganu (PERKIM) dalam melaksanakan kerja amal dan sosial tanpa bayaran dan sebarang ganjaran.

"Kerja kebajikan tidak berteraskan kepada bayaran, ganjaran mahupun imbuhan. Malah ianya menuntut pengorbanan dan semangat yang padu untuk memastikan kerja-kerja tersebut berjalan dengan baik.

"Saya sangat menyanjung usaha itu apatah lagi di kalangan kita, khususnya puan-puan sekalian yang diberikan amanah untuk menjadi pemimpin organisasi kebajikan seperti PERKIM,"katanya.

Beliau berucap demikian di Majlis Mesyuarat Agung Wanita PERKIM Negeri Terengganu Kali ke-14, di Hotel Primula, Kuala Terengganu, semalam. Turut hadir, Pengerusi Wanita PERKIM Negeri Terengganu To' Puan Patimah Kasma Mokhtar dan Pengerusi PERKIM Bahagian Negeri Terengganu Dato' Alwi Mohamad.

Halina berkata, dalam konteks semasa, penumpuan kepada kerja kebajikan semakin meluas dan tidak lagi terhad kepada anak yatim, orang kurang upaya, orang fakir dan miskin, bagaimanapun aktiviti itu kini lebih bersifat global kepada mualaf, orang asli, mangsa bencana alam dan mangsa keruntuhan institusi keluarga.

"Kerajaan negeri juga sangat mengharapkan bantuan dan kerjasama semua pihak termasuk PERKIM untuk turut sama terlibat dalam membantu golongan berkenaan. "Kerja kebajikan bukanlah satu kerja yang mudah. Jika kita tiada

KERJA KEBAJIKAN PERKIM KIAN MELUAS

Berita

13www.perkim.net.my

iltizam dan kekuatan dalaman pasti kita tidak dapat merealisasikan kerja-kerja amal sosial ini dengan baik dan sempurna. Ramai yang terlibat sekadar mengisi masa terluang atau dengan kata lain secara picisan sahaja, sekadar termampu dengan masa, tenaga dan juga kebolehan yang ada,"katanya.

Menurut beliau, kerja kebajikan yang boleh dijadikan contoh masyarakat umum adalah impak daripada kemusnahan banjir tahun lalu apabila melahirkan keprihatinan dan kecaknaan yang sangat tinggi di kalangan masyarakat bagi membantu mangsa banjir. Katanya, bantuan dalam pelbagai bentuk datang mencurah-curah, malah dikhabarkan laluan ke tempat terlibat menjadi begitu sesak sekali gus membuktikan masyarakat kita begitu prihatin terhadap mereka yang memerlukan pembelaan.

"Saya difahamkan Wanita PERKIM Negeri Terengganu juga terlibat dalam membantu mangsa-mangsa banjir khususnya di Kelantan. Walaupun tidak turun secara langsung tetapi melalui bantuan dan sumbangan yang disalurkan oleh ahli-ahli jawatankuasa Wanita PERKIM khususnya melalui PERKIM Negeri dan juga agensi mahupun NGO lain, secara jelas memberi sedikit semangat dan juga bantuan untuk mangsa banjir untuk menghadapi segala kesusahan yang dihadapi,"katanya.

Tambah beliau, Kerajaan Terengganu sendiri memalui pendekatan baru pentadbiran Transformasi Terengganu Baharu juga membantu dengan menghantar tenaga sukarelawan berskala besar membantu mangsa banjir di Kelantan. Malah, ia dilihat sebagai langkah yang cukup baik dan drastik dalam usaha membantu masyarakat yang terlibat tanpa mengira sempadan negeri. Beliau juga mahu PERKIM supaya terus menjaga kebajikan Saudara Muslim selaras dengan objektif utama pertubuhan itu iaitu untuk membantu urusan kebajikan saudara kita sama ada dalam aspek bimbingan agama, keluarga dan bantuan lain seperti kewangan, barang keperluan, tempat tinggal, mahupun menyediakan peluang pekerjaan.

Sumber: teganukita.my

Page 14: Berita PERKIM · 2017-07-26 · Berita KANDUNGAN 5 PENASIHAT: PENGARANG: Firdaus Lokman Tah PENOLONG PENGARANG: Mohd Syahril Rosdi Ahmad Zahudi PENERBIT: Pertubuhan Kebajikan Islam

ERKIM kebangsaan telah menerima beberapa lawatan ukhuwah sepanjang bulan januari hingga Mac 2015. Antaranya, PERKIM Cawangan Samarahan, PERKIM Bahagian Negeri Johor dan PPejabat Kadi daerah Batu Pahat .

LAWATAN UKHUWAH KE PERKIM KEBANGSAAN

Pada 27 Januari lalu, En Mohd Shaiful Bahri Choo Bin Abdullah bersama beberapa orang Pegawai dan kakitangan PERKIM Bahagian Johor telah melawat PERKIM Kebangsaan bersuaian dengan perlantikan beliau sebagai Setiausaha Kehormat PERKIM Bahagian Johor yang baru. Tujuan beliau adalah untuk lebih mengenali kakitangan dan sukarelawan PERKIM disamping untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai aktiviti PERKIM dan cara kerja yang terdapat di PERKIM Kebangsaan untuk diadaptasikan ke PERKIM Johor. Beliau juga berharap agar pihak ibupejabat dapat membantu beliau dalam usaha menjalankan tanggungjawab yang baru dipikulnya supaya lebih lancar.

Pada majlis berasingan seramai 30 orang ahli PERKIM cawangan Samarahan yang diketua oleh Hajah Siti Binti Haji Sani (wakil pengerusi) telah melawat PERKIM Kebangsaan pada 16 Mac lalu. Datuk Hasbullah L. Isa, Penolong Setiausaha Agung Kehormat telah menyampaikan ucapan aluan dan maklumat mengenai aktiviti PERKIM sejak ditubuhkan lebih 50 tahun lalu.

Manakala pada 21 Mac lalu, seramai 40 o r a n g a h l i rombongan daripada P e j a b a t K a d i Daerah Batu Pahat bersama Saudara M u s l i m t e l a h melawat PERKIM Kebangsaan dan di s a m b u t o l e h P e g a w a i d a n Kakitangan PERKIM ibu pejabat.

Berita

14 www.perkim.net.my

Page 15: Berita PERKIM · 2017-07-26 · Berita KANDUNGAN 5 PENASIHAT: PENGARANG: Firdaus Lokman Tah PENOLONG PENGARANG: Mohd Syahril Rosdi Ahmad Zahudi PENERBIT: Pertubuhan Kebajikan Islam

KUCHING (1 April): Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Sarawak mahu memperkasakan keahlian daripada golongan profesional dan golongan muda untuk bergiat aktif dalam kerja-kerja kesukarelaan terutama dalam bidang kebajikan, pendidikan dan keagamaan.

Menurut Pengerusi PERKIM Sarawak Datuk Hanifah Taib-Alsree, bagaimanapun pertubuhan itu tidak merancang merekrut ahli-ahli secara agresif tetapi perlu berdasarkan sukarela. "Merekrut ahli secara agresif bukan sifat pertubuhan ini, kerana sesiapa yang menyertai PERKIM, haruslah secara sukarela. "Kami akan terus mendedahkan apa yang dijalankan.

"Sekiranya sesiapa berminat dan selesa dengan kegiatan yang dilaksanakan, mereka dialu-alukan untuk menyertai kita," katanya pada sidang media di ibu pejabat PERKIM 'Sri Belian' di Jalan Rodway di sini, semalam.

Hanifah berkata sesiapa yang ingin menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu harus berdasarkan semangat sukarela dan sedia berbakti kepada masyarakat.

PERKIM Sarawak merupakan badan yang aktif dalam mengumpul dana besar untuk menjalankan aktiviti kebajikan, sosial dan kegiatan ekonomi bagi masyarakat kurang berkemampuan selain tidak meminggirkan golongan kurang upaya.

PERKIM MAHU TINGKAT PENGLIBATAN DALAM KESUKARELAAN

“Kita menggalakkan mana-mana daerah kecil untuk menubuhkan cawangan masing-masing asalkan ia menepati peraturan keahlian PERKIM di samping mengambil kira faktor-faktor logistik," katanya.

PERKIM adalah sebuah NGO Islam di Sarawak yang menyatukan wanita-wanita Islam dalam aktiviti-aktiviti kebajikan, pendidikan dan dakwah. Ia mempunyai 18 cawangan setakat 31 Disember 2014 dengan 4,270 ahlinya yang memfokus untuk membantu sesiapa yang memerlukan termasuk mangsa-mangsa bencana, ibu tunggal dan pesakit.

Hanifah berkata pihaknya juga berusaha menyediakan penyelesaian jangka panjang seperti Pusat Pemulihan Angin Ahmar Laila (Laila Stroke Rehabilitation Centre) di Pusat Komersil Bormil di mana pesakit hanya perlu membayar RM10 setiap sesi.

Terdahulu, Hanifah mengumumkan PERKIM Sarawak akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-27 pada 3 hingga 5 April ini di salah sebuah hotel terkemuka di Kuching.

Sebelum ini, Mesyuarat Agung Tahunan PERKIM pernah diadakan di Sibu, Mukah, Bintulu dan pada tahun lepas di Lawas.

Ia dijangka dihadiri 112 perwakilan, 55 pemerhati dan 14 ahli jawatankuasa. Selain membentangkan laporan tahunan PERKIM, pengisian lain dirancang bagi mesyuarat agung kali ini adalah majlis ilmu berbentuk seminar dan tazkirah, aktiviti sampingan yang dapat memantapkan ukhwah dalam kalangan ahli, gerai jualan, makan malam dan sesi penerangan.

Bagi menghargai jasa dan sumbangan kakitangan yang paling lama pernah berkhidmat dengan PERKIM iaitu hampir 44 tahun, satu majlis penyampaian sumbangan sempena persaraan Tuan Haji Noorali Bin Mohd Noor telah diadakan di ibu pejabat PERKIM Kebangsaan pada 29 Januari lalu.

Majlis telah dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Jais Mariappan Abdullah dan ucapan aluan oleh Y.Bhg Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor, Setiausaha Agung PERKIM yang dalam ucapan tersebut mengucap jutaan terima kasih di atas sumbangan bakti yang telah diberikan oleh Haji Noorali atau lebih mesra dengan panggilan 'Pak Ali'.

Untuk rekod, beliau telah memulakan tugas sebagai penjaga parkir di tapak bangunan Ibu pejabat PERKIM Kebangsaan sebelum bangunan tersebut didirikan sekitar awal tahun 1970-an. Beliau kemudian ditugaskan sebagai pembantu di klinik PERKIM dan kemudian sebagai Pembantu Pejabat sehingga bersara pada tahun 2000. Beliau kemudian menyambung tugas sebagai Pembantu dengan jawatan bertaraf kontrak sehingga tahun disember 2014.

JASAMU DIKENANG - TUAN HAJI NOORALI BIN MOHD NOOR

Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor menyampaikan sumbangan saguhati daripada PERKIM kepada Tuan Haji Noorali pada majlis tersebut dan disaksikan oleh kesemua kakitangan PERKIM Kebangsaan.

Sumber :www.theborneopost.com

Berita

15www.perkim.net.my

Page 16: Berita PERKIM · 2017-07-26 · Berita KANDUNGAN 5 PENASIHAT: PENGARANG: Firdaus Lokman Tah PENOLONG PENGARANG: Mohd Syahril Rosdi Ahmad Zahudi PENERBIT: Pertubuhan Kebajikan Islam

KUALA LUMPUR (1 Jan) - Peka dan prihatin dengan nasib mangsa banjir di Pantai Timur, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Wangsa Maju dengan kerjasama Surau As Sa'adah, Seksyen 1, Wangsa Maju, Kuala Lumpur mengambil inisiatif menganjurkan program "Karnival Cinta Rasul dan Prihatin Mangsa Banjir" di pekarangan surau berkenaan. Karnival yang bermula pada jam 8.00 pagi itu juga diadakan bagi memupuk sifat cinta akan Rasulullah S.A.W dan dalam pada masa yang sama mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W bersempena dengan Sambutan Maulidur Rasul 1436H.

PAMERAN SEMPENA "KARNIVAL CINTA

RASUL DAN PRIHATIN MANGSA BANJIR”

ERKIM mengucapkan tahniah kepada Mantan Pensyarah IDIP, Ustaz Ahmad PFathan Mahmood@Mahamad, setelah

memenangi kerusi DUN Chempaka yang menggantikan Mantan penyandang kerusi DUN tersebut merangkap Pengerusi PERKIM Kelantan Allahyarham Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat pada 22 Mac lalu.

Pengumuman pemilihan Ustaz Fathan sebagai calon itu dibuat oleh Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di hadapan kira-kira 500 penyokong parti itu di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) di Kota Baharu.

Ahmad Fathan, 42, merupakan mantan timbalan pengetua dan pensyarah di Institut Dakwah Islamiah Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kota Baharu.

Beliau berkelulusan Sarjana Syariah dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur selain pernah menuntut dalam jurusan Talaqqi Kitab dan Mustami' di

TAHNIAH USTAZ FATHAN

Damaskus, Syria dan Sarjana Muda Syariah di Universiti al-Azhar, Mesir.

Anak jati Kampung Baung, Pengkalan Chepa itu adalah antara tiga calon yang disenarai pendek oleh PAS Kelantan selepas proses pemilihan parti minggu lepas.

PRK DUN Chempaka diadakan berikutan kematian penyandangnya Allahyarham Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat akibat kanser prostat pada 12 Feb lepas.

Terdahulu, karnival berkenaan dirasmikan oleh Pengerusi PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan, Ybhg. Dato' Haji Mohd Nakhaie Ahmad yang juga merupakan Naib Yang Diper tua PERKIM Kebangsaan.

Antara pengisian utama karnival tersebut ialah pameran yang disertai oleh pelbagai agensi kerajaan termasuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan juga Polis Diraja Malaysia (PDRM). Selain itu, pelbagai aktiviti menarik turut dimuatkan sepanjang program berkenaan berlangsung. Antaranya ialah kempen derma darah, sukaneka, pertandingan mewarna, futsal, pertandingan gubahan, gunting rambut " Back To School", Bicara Muslimah oleh juara program Da'i Pendakwah Milenia, Nor Adibah binti Rozain, Ceramah Agama oleh Imam Muda Fakhrul serta persembahan pentas oleh Ustaz Zul Pandan dan Sham Kamikaze.

Berita

18 www.perkim.net.my

Sumber : www.jawi.gov.my

Page 17: Berita PERKIM · 2017-07-26 · Berita KANDUNGAN 5 PENASIHAT: PENGARANG: Firdaus Lokman Tah PENOLONG PENGARANG: Mohd Syahril Rosdi Ahmad Zahudi PENERBIT: Pertubuhan Kebajikan Islam

KUCHING 4 April: Malaysian Muslim Welfare Organisation (PERKIM) Sarawak will soon draw up a Land Application Guideline and distribute it to all its branches. Perkim Sarawak chairperson Dato Hanifah Taib-Alsree said this was to ensure every branch had their own office space for administration and for holding its activities.

"Perkim branches should try to make plans to apply for land as part of a long-term plan to fac i l i tate administ rat ive work and management, implementation of activities, and to ensure permanent financial resources," she said at the 27th Perkim annual general meeting (AGM) here yesterday.

Perkim Sarawak currently has 4,270 members scattered over 18 branches. Hanifah also called on Perkim members to learn and be inspired by other organisations.

Citing Perkim Sarawak's trip to visit Islamic NGO in Singapore last October, she expressed her awe to witness how board of directors, administrative staff and volunteers of an organisation showed a committed, responsible, and sincere work ethic. "Their strong spirit of volunteerism played a big role in shaping their organisation, particularly welfare ones, to progress effectively.

"I hope Perkim members in Sarawak can learn from them and instill this value in Perkim Sarawak." Hanifah also advised members to inculcate a positive and practical work culture.

Present was Minister of Welfare, Women and Family Development Datuk Fatimah Abdullah, who is also Perkim Sarawak vice chairperson.

PERKIM SARAWAK WANTS ALL ITS BRANCHES TO HAVE

OWN OFFICE SPACE

Hanifah (seated centre) in a group photo with Perkim Sarawak members during the AGM in Kuching yesterday. Fatimah is on her right. - Photo by Muhammad Rais Sanusi

Sumber : the borneo post

BINTULU (1 Feb): Bantuan segera atau susulan harus diberikan secara berterusan untuk membantu mangsa banjir sebagai tanda sokongan kepada mereka agar dapat meneruskan kehidupan seperti biasa, kata Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah.

Beliau berkata, sejak dilanda banjir pada Ahad, 25 Januari lalu dengan kumpulan pertama seramai 335 penduduk merangkumi 22 keluarga dari Rumah Limin Anai Sungai Sebungan, Sebauh dipindahkan, bantuan serta-merta sama ada pemindahan atau proses penyaluran bantuan telah dijalankan secara pantas dan sampai ke golongan sasar pada masa diperlukan.

"Semangat sebeginilah yang ingin kita lihat yang mana semua pihak tidak kira kaum dan latar belakang keluarga saling bantu-membantu antara sama lain tatkala sesebuah kawasan itu dilanda musibah banjir atau musibah lain," ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Sejambak Kasih anjuran Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Bintulu di sebuah hotel di sini, malam kelmarin.

Fatimah berkata, semua ini jelas membuktikan masyarakat pelbagai kaum di negeri ini tidak kira agama dan latar belakang memiliki semangat kemasyarakatan yang cukup kuat terutama ketika menghadapi musibah.

Katanya, beliau telah dimaklumkan semua jabatan kerajaan dan swasta, badan bukan kerajaan (NGO), badan perniagaan, perindustrian serta pihak berkaitan lain turut turun padang serta menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban mangsa banjir.

"Saya difahamkan kesemua mangsa banjir yang ditempatkan di Stadium Tertutup Bintulu sejak malam Ahad hingga Khamis lalu juga telah mendapat layanan serta bantuan yang amat baik terutama daripada Jabatan Kebajikan Bintulu, NGO dan sebagainya yang turut serta dalam proses pemindahan dan agihan bantuan buat mangsa terjejas," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau berharap agar bantuan susulan terus diberikan buat mangsa terjejas banjir bagi memastikan mereka mendapat bantuan sewajarnya dari semasa ke semasa mengikut keperluan mereka.

"Semua ini bagi membantu mangsa meneruskan semula kehidupan mereka dengan memberikan bantuan susulan, kata-kata perangsang dan juga dorongan sebagai sokongan moral buat mereka," katanya.

Turut hadir Pengerusi PERKIM Cawangan Bintulu Dora Abdul Rahman, dan Timbalan Pengerusi Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Cawangan Bintulu Elizabeth Nail Wen.

Sumber: theborneopost.com

BANTU MANGSA BANJIR BERTERUSAN

Berita

19www.perkim.net.my

Page 18: Berita PERKIM · 2017-07-26 · Berita KANDUNGAN 5 PENASIHAT: PENGARANG: Firdaus Lokman Tah PENOLONG PENGARANG: Mohd Syahril Rosdi Ahmad Zahudi PENERBIT: Pertubuhan Kebajikan Islam

É ¯I jB Mm Ì IÊË ÈiÌ Å A¼m m ÂÝ

KEBEBASAN BERAGAMA DI SABAH

enurut laporan akhbar The Star lima hari lepas, ahli-ahli Persatuan Islam Bersatu MSabah (USIA) telah berjaya memujuk Tun

Mustapha supaya terus menerajui persatuan itu.

Saya amat memahami kenapa mereka meminta beliau terus menjadi pengerusi USIA iaitu kerana beliau adalah penggerak utama persatuan itu. Bukan itu sahaja, malah beliau juga adalah pengasas persatuan itu dan orang yang telah banyak menyumbangkan tenaga dan wang ringgit hingga menjadikan USIA persatuan Islam yang jauh lebih berjaya berbanding persatuan Islam lain di dunia.

Tu n M u st a p h a menyerahkan cek untuk bantuan mangsa banj i r kepada Tun Abdul Razak pada 1976

(8 SEPTEMBER 1975)(PETIKAN ARTIKEL DARIPADA CORETAN KENANGAN

TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL HAJ TERBITAN JABATAN PENERANGAN MALAYSIA 2007)

Tun Mustapha telah melaksanakan tugas berdakwah yang belum pernah wujud di Sabah dan berjaya menarik beribu-ribu orang memeluk Islam. Saya berpendapat bahawa tidak ada orang lain yang dapat menandingi kejayaan beliau dalam tugas tersebut pada zaman ini.

Menurut Tun Mustapha, semua suku kaum di Sabah berasal daripada satu rumpun, tetapi mereka menjadi jahil dan mundur kerana mereka diajar supaya menjalani kehidupan secara berpuak- puak dan bukan sebagai satu kaum.

C on toh nya , s em a s a b e ra da d i b awa h pemerintahan British, kawasan di negeri itu dibahagikan mengikut kawasan kediaman orang Melayu, Bajau, Dusun, Dayak. Kedayan, Orang Sungai, Bisaya, Sulu, Tidong dan sebagainya, sejajar dengan dasar penjajah iaitu "pecah dan perintah". Mereka juga membenarkan pelbagai

Berita

20 www.perkim.net.my

Lihat M/Surat 21

Page 19: Berita PERKIM · 2017-07-26 · Berita KANDUNGAN 5 PENASIHAT: PENGARANG: Firdaus Lokman Tah PENOLONG PENGARANG: Mohd Syahril Rosdi Ahmad Zahudi PENERBIT: Pertubuhan Kebajikan Islam

DARI M/SURAT 20

Lihat M/Surat 22

kumpulan mubaligh Kristian menarik penduduk berkenaan memeluk agama mereka. Di bandar pula, mereka menubuhkan sekolah mubaligh bagi mengembangkan ajaran Kristian kepada generasi muda.

Pada zaman dahulu. kebanyakan penduduk Sabah tidak menganut sebarang agama. Tetapi, oleh kerana mubaligh Katolik bergiat dengan begitu aktif berbanding mubaligh agama lain dalam mengagihkan makanan dan barangan keperluan kepada penduduk tempatan, maka ramailah daripada mereka menganut agama itu.

Berdasarkan hakikat ini, terlintas di fikiran Tun Mustapha bahawa sekiranya mubaligh Kristian dapat menarik penduduk negeri itu menganut agama mereka, maka beliau juga boleh melakukan perkara serupa untuk menarik mereka menganut Islam. Bagaimanapun, satu perbezaan paling nyata dalam usaha ini ialah beliau boleh mewujudkan suatu bangsa dengan menjadikan Islam sebagai asasnya. Mubaligh Kristian boleh menarik orang menganut agama mereka, tetapi nrereka tidak berjaya menanam di dalam diri penganut Kristian bahawa mereka terdiri daripada bangsa yang sama. Sekiranya mereka memeluk Islam, pelbagai suku kaum ini boleh mengekalkan identiti suku kaum masing-masing dan pada waktu yang sama, bersatu di bawah payung Islam kerana agama suci ini tidak membezakan bangsa serta warna kulit. Lagi pun, mereka ini kesemuanya berasal daripada rumpun yang sama iaitu bangsa Melayu.

KECOH

Inilah sebabnya kenapa mubaligh agama lain dengki dengan kejayaan Tun Mustapha. Apabila beliau mengarahkan sembilan paderi Roman Katolik meninggalkan Sabah pada 1972 kerana kesalahan mereka tinggal di negeri itu melebihi had yang dibenarkan, maka timbullah kekecohan.

Kesemua paderi itu yang tempoh lawatan mereka tamat pada 1972 ialah Joseph Hass yang pasnya tamat pada 14 Mei dan pas khasnya luput tarikh pada 27 Julai; Patrick J. Macdonald (21 Mei dan 27 Julai); Anton G. Lampe (17 Mei dan 27 Julai); John T. Tijsen (24 April dan 7 Ogos); Lambert J.G. Visschedujk (27 Februari dan 21 April); Johannes A.A. (1.6 Januari dan 23 Mac); Van Gastel Wilhelmus (1 Julai dan 24 September); Francis w. Prerichs (12 Jun dan 24 September) dan Johannes H (23 Disember, 1971 dan 6 Mei, 1972).

Tun Mustapha berpendapat bahawa rakyat Sabah tidak perlu mendapatkan bimbingan dan bantuan daripada sumber luar apabila ia boleh didapati. dari dalam negeri. Mentaliti dan semangat imperialis tidak boleh dibiarkan terus mengancam negara ini setelah kita mencapai kemerdekaan baik daripada segi politik atau agama. Kerjasama dan persefahaman boleh dicapai melalui semangat muhibah dan setiakawan.

Berita

21www.perkim.net.my

Page 20: Berita PERKIM · 2017-07-26 · Berita KANDUNGAN 5 PENASIHAT: PENGARANG: Firdaus Lokman Tah PENOLONG PENGARANG: Mohd Syahril Rosdi Ahmad Zahudi PENERBIT: Pertubuhan Kebajikan Islam

LAPORAN

Sejajar dengan itu, tugas menarik rakyat Sabah memeluk Islam dilaksanakan dengan penuh ikhlas dan bersemangat oleh Tun Mustapha serta pembantu beliau. Hasilnya, tidak kurang 96.400 rakyat negeri itu menjadi Muslim. Dalam pada itu. mubaligh agama lain tidak dilalang menjalankan kegiatan mereka dan tidak sesiapa pun ditahan kerana mengamalkan ajaran agama yang menjadi pilihannya.

Bagaimanapun. pelbagai berita palsu disebarkan di negara Kristian. Ada laporan yang mengatakan bahawa Tun Mustapha telah memenjarakan paderi, membunuh penganut Kristian dan tidak membenarkan penganut agama, selain Islam, mengamalkan ajaran agama mereka di Sabah.

Memang aneh bagaimana cerita seperti ini boleh disebarkan dan lebih aneh lagi bagaimana ia mudah dipercayai sedangkan apa yang dapat dilihat di Sabah amat berbeza daripada apa yang digambarkan itu.

PERSIDANGAN

Pada 1971, saya menghadiri Persidangan Majlis Gereja Kristian di Geneva atas kedudukan saya sebagai Setiausaha Agung Sekretariat Islam di Jeddah. Tujuan persidangan itu diadakan ialah untuk memupuk persefahaman antara agama besar di dunia kerana wujud kesedaran bahawa kerjasama antara mereka boleh melahirkan persefahaman lebih erat dalam kalangan masyarakat antarabangsa ketika dunia dilanda pelbagai masalah kebelakangan ini.

Tun Mustapha menyambut ketibaan Menteri Haji dan Wakaf Arab Saudi. Sheikh Abdul Wahab Abdel Wassie ke Majlis Jamuan Tengahari, di Kuala Lumpur pada 28 Januari 1971.

DARI M/SURAT 21Berita

22 www.perkim.net.my

Lihat M/Surat 23

Page 21: Berita PERKIM · 2017-07-26 · Berita KANDUNGAN 5 PENASIHAT: PENGARANG: Firdaus Lokman Tah PENOLONG PENGARANG: Mohd Syahril Rosdi Ahmad Zahudi PENERBIT: Pertubuhan Kebajikan Islam

Tun Mustapha bergambar kenangan bersama keluarga dalam satu percutian.

DARI M/SURAT 22

Lihat M/Surat 24

Selepas sesi awal, apabila pelbagai aspek persefahaman antara sesama manusia dibincangkan, persidangan itu hilang meriahnya. Majlis berkenaan mengutarakan satu pertanyaan kepada saya tentang pembunuhan panganut Kristian di Sabah.

Saya cuba menjelaskan bahawa tidak berlaku sebarang perkara luar biasa di negeri itu dan mereka dipelawa melawat Sabah untuk melihat sendiri keadaan di sana.

Bagaimanapun, kata saya, perkara yang menjadi kebimbangan paling besar dalam kalangan mereka yang mampu berfikir secara waras sekarang ialah konsep hak asasi manusia seperti yang dianjurkan oleh PBB dan semua negara yang bertamadun, yang kini dicabuli secara terang-terangan di negara yang berjiran dengan Sabah iaitu Filipina.

Di negara itu. kata saya lagi, orang Islam diserang di rumah mereka dan di tempat mereka beribadat. Mereka .juga dihalau dari kampung halaman masing-masing yang telah mereka duduki sejak beberapa generasi untuk memberi peluang kepada penganut Katolik menduduki tempat itu. Inilah perkara yang sepatutnya diberi perhatian oleh Majlis Gereja Kristian atas nama kemanusiaan.

Kata saya, sesuatu yang tidak masuk akal pada zaman moden in i i a lah apabila di Manila, t i d a k t e r d a p a t sebuah pun masjid dan tidak terdapat walaupun sebidang tanah di ibu negara Filipina itu untuk dijadikan kubur oleh o r a n g I s l a m , walaupun Filipina mempunyai empat juta umat Islam.

Apabila saya melawat Manila pada 1960, s a y a t i m b u l k a n perkara ini kepada Presiden Macapagal dan jawapan beliau ialah: "Saya tidak boleh berbuat apa-apa tentang perkara ini kerana orang Kristian akan marah kepada saya."

saya menghadiri Persidangan Majlis Gereja

Kristian di Geneva atas kedudukan saya sebagai

Setiausaha Agung Sekretariat Islam di Jeddah. Tujuan

persidangan itu diadakan ialah untuk memupuk

persefahaman antara agama besar di dunia kerana wujud

kesedaran bahawa kerjasama antara mereka boleh

melahirkan persefahaman lebih erat dalam kalangan masyarakat antarabangsa

ketika dunia dilanda pelbagai masalah kebelakangan ini.

“Saya berada di Manila kerana melakukan lawatan rasmi dan turut bersama saya ialah Ketua Menteri Pulau Pinang ketika itu. Tan Sri Wong Pau Nee, seorang yang berpegang kuat pada ajaran Katoiik. Beliau amat terkejut dengan jawapan Presiden itu.

Secara kebetulan, semasa Tan Sri Wong Pau Nee menjadi Duta Besar Malaysia ke Rome pada awal 1 9 7 3 , s a y a b e r p e l u a n g mengunjungi Pope dan saya bawa isu berkaitan Filipina itu u n t u k p e r h a t i a n

Berita

23www.perkim.net.my

Page 22: Berita PERKIM · 2017-07-26 · Berita KANDUNGAN 5 PENASIHAT: PENGARANG: Firdaus Lokman Tah PENOLONG PENGARANG: Mohd Syahril Rosdi Ahmad Zahudi PENERBIT: Pertubuhan Kebajikan Islam

DARI M/SURAT 23

beliau. Bagaimanapun, beliau diberi maklumat berlainan berhubung perkara itu oleh kerajaan Filipina dan dalam perbincangan kami itu, saya dapat melihat betapa beliau lebih cenderung untuk mempercayai apa yang diceritakan oleh Kerajaan Filipina kepadanya.

MASJID

Saya masih ingat dengan jelas bahawa pada pengunjung Persidangan Maphilindo, saya mengakhiri ucapan dengan berkata: "Saya datang ke negara ini bukan sahaja untuk BERMAIN, tetapi juga untuk mengerjakan solat. Bagaimanapun, malangnya. tidak ada masjid di Manila untuk saya mengerjakan solat.

Hasil daripada desakan dan rayuan dari dalam dan luar negara, kini, saya dengar, kerajaan Filipina membenarkan umat Islam membina sebuah Pusat Kebajikan di mana mereka boleh mengadakan perjumpaan berbentuk agama termasuk mengerjakan solat, tetapi mereka tidak boleh memanggil tempat itu sebagai masjid. Adakah di mana-mana tempat di dunia hari ini di mana toleransi beragama diamalkan dengan sebegitu buruk dan tidak berperikemanusiaan seperti di Filipina?

Di Malaysia, Perlembagaan memperuntukkan bahawa setiap orang berhak mengamalkan agamanya dan banyak gereja, kuil serta masjid dibina oleh kerajaan. Perayaan agama disambut secara bebas dan meriah oleh semua kaum.

Tun Mustapha adalah seorang manusia yang ikhlas dan terkenal, walaupun kadangkala beliau suka membuat kelakar. Ini mungkin sesuatu yang pelik kerana beliau terkenal sebagai penganut Islam yang patuh kepada ajaran agamanya. Saya hormati beliau sebagai seorang manusia yang memiliki sikap tolak ansur terhadap diri sendiri dan orang lain.

Ketika saya tinggal di Jeddah sebagai Setiausaha Agung Sekretariat Islam, saya melihat ramai orang datang ke Mekah, tetapi saya tidak melihrat orang yang mengunjungi tanah suci itu sekerap Tun Mustapha.

Apabila ke Mekah, Tun Mustapha akan menghabiskan sebahagian besar masa beliau untuk mengerjakan solat di Masjid atau mengerjakan tawaf dan Saie (atau Umrah).

Daripada pengalaman. sendiri, saya tahu ibadat itu memerlukan banyak tenaga dan amat mencabar kerana kita terpaksa berhimpit-himpit dengan jemaah lain dan ada kalanya, kita ditolak ke sana ke mari hingga menyukarkan kita memberi tumpuan terhadap ibadat yang dikerjakan.

KEBAJIKAN

Setiap tahun. Tun Mustapha membawa beratus-ratus jemaah dari Sabah, termasuk saudara baru, ke Tanah Suci. Oleh kerana beliau sendiri yang menjaga kebajikan mereka semasa di sana, maka hasilnya, mereka mendapat cukup jagaan serta begitu berdisiplin semasa beribadat. Ketika

S e k i r a n y a m e r e k a memeluk Islam, pelbagai suku kaum ini boleh mengekalkan identiti suku kaum masing-masing dan pada waktu yang sama, bersatu di bawah payung Islam kerana agama suci ini t i d a k m e m b e z a k a n bangsa serta warna kulit. Lagi pun, mereka ini kesemuanya berasal daripada rumpun yang s a m a i a i t u b a n g s a Melayu.

Berita

24 www.perkim.net.my

Lihat M/Surat 25

Page 23: Berita PERKIM · 2017-07-26 · Berita KANDUNGAN 5 PENASIHAT: PENGARANG: Firdaus Lokman Tah PENOLONG PENGARANG: Mohd Syahril Rosdi Ahmad Zahudi PENERBIT: Pertubuhan Kebajikan Islam

mengerjakan ibadat haji bersama berjuta-juta umat Islam lain, bukanlah sesuatu yang mudah untuk memastikan setiap orang berpuas hati dengan layanan yang diterimanya, tetapi Tun Mustapha berjaya berbuat demikian.

Banyak anggota rombongan yang hilang arah dan terpisah dengan kumpulan mereka kerana tidak terdapat sistem siar raya untuk membuat pengumuman tentang kehilangan mereka. Ada kalanya, seseorang itu mengambil masa berhari-har i sebelum ber jaya menemui semula kumpulannya. Saya pernah terpisah daripada pembantu saya dan mengambil masa dua hari untuk menemuinya semula. Dalam satu lagi kejadian, setiausaha saya hilang dalam lautan manusia. Apa yang boleh dilakukan dalam keadaan ini ialah berdoa sahaja semoga dapat berjumpa semula dengannya.

Oleh itu, adalah sesuatu yang menakjubkan apabila beratus-ratus jemaah dari Sabah tidak terpisah antara satu sama lain apabila mengerjakan haji. Ini adalah berkat kelebihan yang dimiliki oleh Tun Mustapha.

Tun Mustapha pernah menjadi Mutawif saya. Mutawif adalah orang yang menjadi pembimbing bagi sesuatu kumpulan jemaah apabila mereka mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali sewaktu mengerjakan Tawaf dan berulang alik sebanyak tujuh kali di laluan sepanjang 500 ela untuk mengerjakan Saie serta berjalan sejauh dua batu sambil memuji kebesaran Allah S.W.T tanpa henti.

Ketika itu, saya tidak berjaya mendapatkan khidmat seorang mutawif kerana semuanya telah diambil oleh jemaah lain. Melihat keadaan saya ini. Tun Mustapha menawarkan diri untuk menjadi Mutawif saya. Beliau mengeluarkan sebuah buku dalam bahasa Arab dan Melayu serta membacanya dengan kuat semasa kami mengerjakan ibadat itu. Beliau tetap berusaha membaca kandungan buku itu sedapat mungkin walaupun dalam keadaan yang agak gelap kerana cahaya lampu yang tidak terang, manakala kami pula berasak-asak dengan jemaah lain.

Pada suatu ketika, beliau menyebut satu perkataan Arab yang kedengaran agak lucah dalam bahasa Melayu. Apabila mendengar ucapannya itu. saya meminta Tun Mustapha berhenti menyebutnya dan menunjukkan kepada saya perkataan sebenar. Setelah itu, barulah saya tahu beliau tersalah menyebutnya, dan kami semua ketawa.

Baru-baru ini, saya membeli seekor kuda baru dan atas cadangan beliau, saya namakan kuda itu sebagai Mutawif. Setakat ini, kuda berkenaan telah menang dua perlumbaan. Kemenangan terbarunya ialah di Kuala Lumpur iaitu pada hari Tun Mustapha menang undi percaya di Sabah dengan majoriti dua pertiga.

KEISTIMEWAAN

Tun Mustapha telah mengumumkan hasrat beliau untuk bersara. Satu Rang Undang-undang telah diluluskan yang memberi keistimewaan seumur hidup kepada beliau setelah bersara sebagai Ketua Menteri pada 31 Oktober. Beliau akan mendapat pencen, sebuah rumah, sebuah kereta kerajaan, pengawal peribadi, seorang setiausaha dan juruiring polis bermotosikal. Beliau juga akan mempunyai kedudukan lebih tinggi daripada semua pegawai tadbir, selain daripada Yang Dipertua Negara dan Ketua Menteri serta isteri mereka. Beliau juga boleh memasang bendera Sabah, bendera USNO atau mana-mana bendera yang beliau suka di keretanya.

Ketika membentangkan Rang Undang-undang itu. Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Mohamed Said Keruak berkata keistimewaan khas itu diberi bagi menghargai sumbangan Tun Mustapha terhadap Sabah dan kerana kedudukan beliau sebagai Bapa Sabah.

Biar apa pun yang mungkin diperkatakan oleh Pembangkang. namun Tun Mustapha memang layak menerima anugerah yang diberi kepada beliau oleh Dewan Undangan Negeri Sabah itu. Beliau memerlukan semua "bantuan" kecil ini bagi menambah prestij terhadap usaha beliau dalam memperjuangkan Islam.

Semua pihak di Sabah sepatutnya menganggap apa yang telah berlaku sebagai sejarah serta mengambil pendirian bahawa yang berlalu, biarkanlah berlalu dan menumpukan perhatian terhadap usaha memajukan negeri itu agar Sabah terus dapat memberi sumbangan terhadap kemakmuran Malaysia.

Berita

25www.perkim.net.my

DARI M/SURAT 24

Lihat M/Surat 30

Page 24: Berita PERKIM · 2017-07-26 · Berita KANDUNGAN 5 PENASIHAT: PENGARANG: Firdaus Lokman Tah PENOLONG PENGARANG: Mohd Syahril Rosdi Ahmad Zahudi PENERBIT: Pertubuhan Kebajikan Islam

pabila ditinjau adat kejadian alam bahawa tiap satu kejadian akan menemui dua Aperkara menjadi dasar pemilihannya,

perkara yang baik dan berkebajikan akan menerima balasan yang baik jua dan perkara yang jahat akan menerima balasan yang jahat jua. Di atas adat kejadian yang sedia ada, bahawa Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) sering kali menerima pujian di samping menerima cabaran-cabaran, daripada cabaran-cabaran yang diterima ialah USIA mengislamkan dengan menggunakan paksaan, cabaran ini telah dijelaskan oleh Setiausaha Agong USIA Tuan Haji Mohd. Noor bin Haji Mansoor, dalam ucapannya di majlis pengislaman pada ll Jun 1972 di tempat kediamannya di Tanjong Aru Kota Kinabalu, penjelasannya ialah tidak ada sama sekali jenis paksaan yang dilakukan oleh USIA sebagaimana yang dilaungkan oleh sesetengah pihak yang tidak mengetahui akan dasar perjuangan USIA. Oleh yang sedemikian sangatlah elok dan kena pada masanya ucapan beliau dijadikan sebuah buku kecil serta saya harap ianya akan memberi penjelasan yang muktamat bagi pembaca-pembacanya bukan sahaja terhadap perkara yang tersebut di atas bahkan buku ini mengariskan perjuangan USIA secara umum.

TIDAK ADA PAKSAAN

DALAM AGAMA

Lihat M/Surat 27

Di Majlis Pengislaman di Tanjung Aru, Kota Kinabalu Pertubuhan Islam Seluruh sabah USIA, 1972

Oleh: Haji Muhammad bin Haji Ahmad, ADK. Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Merangkap Ketua Penerangan USIA Pusat.

RINGKASAN HIDUP

Tuan Haji Mohd. Noor bin Haji Mansoor telah dilahirkan di Kota Belud pada 23 April 1943 dan memulakan persekolahannya di Sekolah Rendah Kerajaan Kota Belud dan seterusnya ke Sacred Heart, dan La Sails School Kota Kinabalu. Setelah tamat pelajarannya, beliau menjawat jawatan sebagai Pegawai Pentadbir di Jabatan Kerajaan untuk beberapa waktu. Kemudian beliau menyambungkan pelajarannya ke Universiti Singapura dalam tahun 1964 dan lulus dengan mendapat Ijazah Bachelor of Laws (Hons) dalam tahun 1968. Kelulusannya itu menempatkan beliau sebagai seorang anak bumiputra Sabah yang pertama memperoleh gelaran peguam.

Dalam aktiviti sosial beliau terkenal di kalangan kaum belia dan beliawanis dengan memegang jawatan Timbalan Yang DiPertua dalam beberapa buah Persatuan dan Pertubuhan yang antara lainnya ialah Sanya, Pepass/USNO, Bahasa, Majlis Sukan Negeri, Persatuan Badminton Bumiputra Sabah, dan Pesuruhjaya Antarabangsa Pengakap. Beliau telah dilantik oleh YAB. Tun Yang Di-Pertua USIA sebagai Penolong Setiausaha Agung pada 17/9/71 dan kemudiannya sebagai Setiausaha Agung USIA pada 23 April 1972.

Tuan Haji Mohd. Noor bin Haji Mansoor telah mendirikan rumah tangga dengan Puan Hajjah Aidah Binti OKK Haji Mahali dalam tahun 1966 dan dari hasil perkongsian hidupnya itu beliau telah dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata, seorang perempuan dan dua orang lelaki.

18hb. lulai, 1972.

Berita

26 www.perkim.net.my

Page 25: Berita PERKIM · 2017-07-26 · Berita KANDUNGAN 5 PENASIHAT: PENGARANG: Firdaus Lokman Tah PENOLONG PENGARANG: Mohd Syahril Rosdi Ahmad Zahudi PENERBIT: Pertubuhan Kebajikan Islam

27www.perkim.net.my

DARI M/SURAT 26

Lihat M/Surat 28

UCAPAN SETIAUSAHA AGUNG USIA TUAN HAJI MOHD. NOOR BIN HAJI MANSOOR DI UPACARA PENGISLAMAN DI TANJONG ARU KOTA KINABALU PADA 11 JUN 1972.

Saya mengucapkan syukur kehadhrat Allah S.W.T, untuk sekian kalinya kita telah dapat bersama-sama meraikan dan menyaksikan majlis upacara pengislaman malam ini. Majlis upacara pengislaman ini adalah merupakan rangkaian yang sambung menyambung dari beberapa upacara pengislaman yang telah dilakukan selama ini. Majlis seumpama ini, diadakan ialah mengucapkan syukur kepada Allah, yang telah membuka pintu hati sebilangan saudara-saudara sebangsa dan setanah air khasnya dan rakan-rakan kita yang lain amnya untuk menerima Islam sebagai agama yang hak dan benar.

Selain dari itu maka majlis ini juga, kiranya diharap akan menjadi bukti nyata kepada sesetengah golongan yang masih lagi meragukan keikhlasan dan kerelaan saudara dan keluarga kita yang memeluk agama Islam. Suara-suara sumbang yang menuduh bahawa Pertubuhan Islam Seluruh Sabah telah melakukan tindakan-tindakan dan p a k s a a n - p a k s a a n d a l a m m e n j a l a n ka n perkembangan agama Islam di Sabah ini, belum lagi hilang dari pendengaran telinga kita.

To h m a h a n d a n t u d u h a n y a n g a m a t mendukacitakan ini perlulah dikendurkan sekendur-kendurnya melalui keterangan dan penjelasan yang luas sehingga hakikat kebenaran yang dijalankan oleh Pertubuhan Islam ini tidak disalahfahamkan malah hendaknya mendapat penghargaan dari semua pihak.

Sukalah saya mengambil kesempatan ini untuk memakalumkan kepada tuan-tuan bahawa dalam sejarah perkembangan agama Islam tidak pernah berlaku sama sekali apa yang dikatakan 'paksaan' atau pun 'ugutan' pada orang yang bukan Islam supaya memeluk agama Islam. Sesungguhnya paksaan atau pun ugutan itu tidak ada sekali pun disebut dalam al-Quran malah al-Quran sebagai sumber ajaran ugama Islam telah memberi penegasan dan penjelasan dalam perkara ini dengan ayat yang berbunyi: 'La ikraha fid-din' yang bererti "tidak ada paksaan dalam ugama."

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,Saya percaya ramai rakan-rakan saya baik di kalangan pejabat mahupun di luar pejabat berasa hairan dan terkejut melihat saya menceburkan diri

dalam pertubuhan agama seperti Pertubuhan USIA ini. Mereka hairan mengapa saya, seorang yang bukan tergolong dalam lengkongan ulama' harus mengambil peranan penting dalam memegang tcraju Pertubuhan USIA yang mempunyai prinsip utamanya, mengembang dan memajukan agama Islam. Seorang yang menjalankan tugas agama, menurut mereka, seharusnya mempunyai kaliber dan keahlian dalam hal-hal yang bersangkutan dengan hukum-hakam agama.

Tidaklah saya nafikan bahawa seorang yang mengembangkan ajaran agama itu haruslah mempunyai pengetahuan yang lengkap dalam selok-belok hukum agama, akan tetapi setahu saya, bahawa kewajipan menyampaikan tabligh dan dakwah Islam ini tidak terhad kepada sesuatu golongan atau pun satu-satu kelompok orang Islam, akan tetapi setiap seorang Islam secara automatik berkewajipan sepenuhnya untuk menjalankan tugas-tugas dakwah tanpa lengah-lengah lagi.

Oleh sebab itulah maka tanggungjawab dakwah telah dipikul bersama oleh ahli-ahli USIA khasnya dan umat Islam amnya dan maka itulah juga pegawai-pegawai mubaligh dalam pertubuhan terdiri dari pelbagai lapangan hidup, baik petani mahu pun pegawai, balk nelayan mahu pun guru, malahan terdapat pegawai mubaligh terdiri dari mereka yang baharu sahaja memeluk agama Islam.

Maka itulah perkataan Islam, sejak dijalankan dakwahnya oleh Nabi Muhammad S.A.W sendiri sehingga ke hari ini perjalanannya terus berkembang dari satu masa ke satu masa, perkembangannya, seakan-akan deruan ombak yang datang bergulung ke pantai dengan tidak dapat ditahan-tahan. Perkembangan agama Islam di Sabah ini adalah menjadi bukti bicara yang nyata dan terang.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Kalau kita melihat dunia sekarang ini maka kita nampak kehidupan kita betapa gelora perasaan manusia melihat dan mengalami pelbagai pergolakan hidup manusia mencari hakikat kebahagiaan dan kesejahteraan, namun hakikat kebahagiaan dan kesejahteraan itu belum lagi d ipe ro leh i . Sebaga i con tohnya , un tuk mendapatkan kebahagiaan dan keamanan maka mereka menubuhkan Liga Bangsa-Bangsa Bersatu

Berita

Page 26: Berita PERKIM · 2017-07-26 · Berita KANDUNGAN 5 PENASIHAT: PENGARANG: Firdaus Lokman Tah PENOLONG PENGARANG: Mohd Syahril Rosdi Ahmad Zahudi PENERBIT: Pertubuhan Kebajikan Islam

28 www.perkim.net.my

DARI M/SURAT 27

dalam tahun 1945 dengan maksud dan tujuan untuk mencari kata sepakat mendirikan satu dunia baru iaitu dunia yang damai dan tenteram. Liga Bangsa-Bangsa Bersatu ini menarik minat dunia sehingga ia menjadi satu pertubuhan yang besar yang dinamakan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Akan tetapi sayangnya Bangsa-Bangsa Bersatu ini belum berjaya untuk menjadikan dirinya model yang boleh diikut oleh seluruh masyarakat manusia di mana asas yang kukuh bagi kesejahteraan manusia dapat ditegakkan. Selama berpuluh-puluh tahun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu wujud maka selama itulah perdamaian yang dicita-citakan oleh manusia masih menjadi impian belaka.

Adakah Islam boleh memberikan sumbangan untuk keamanan dan kesejahteraan manusia? Saya tidak tahu apa yang harus dijawab oleh tuan-tuan akan tetapi bagi saya, dengan tidak ada ragu-ragu lagi saya memberikan jawapan "ia." Sebab Islam terlahir dan dilahlrkan oleh Allah menerusi Nabi Muhammad S.A.W semata-mata untuk kesejahteraan umat manusia yang ada di muka alam ini, bagaimana firman Tuhan yang bermaksud: "Tidak kami utus akan di kau wahai Muhamad kecuali membawa rahmat Allah untuk sekalian yang dijadikan di alam".

Tidak perlu bagi saya menghuraikan kebenarannya kerana melalui waktu-waktu yang singkat dalam majlis ini tuan-tuan dan puan-puan boleh mengetahui sendiri mengkaji dan menilik detik-detik sejarah mula-mula Islam diperturunkan sehingga ke hari ini menerusi buku-buku dan karya-karya tulisan yang dibuat oleh orang-orang Islam mahupun orentalis-orientalis Barat.

Memadailah kalau saya huraikan kalimah Islam itu sendiri, yang menurut fahaman saya, berasal dari akar perkataan Arab, 'Salama' yang bererti selamat atau pun kesejahteraan. Pengertian kalimah itu sendiri sudah cukup jelas bahawa pengertian apa yang dituntut dan di ketengahkan oleh agama Islam di kalangan masyarakat manusia seluruhnya tidak lain dan tidak bukan ialah mencapai kehidupan yang sejahtera.

Untuk mencapai kesejahteraan ini maka manusia harus mempunyai peraturan-peraturan hidup yang disusun rapi dan tidak diganggu gugat oleh peredaran zaman. Islam satu-satunya agama yang diper turunkan oleh Al lah telah mampu memperlihatkan nilai peraturan hidup manusia

sehingga ramai bilangan manusia dari berbagai-bagai bangsa telah ditawan olehnya dan mengakui bahawa Islam adalah satu-satunya agama yang di dalamnya lengkap dengan peraturan-peraturan yang menyentuh aspek kehidupan manusia baik lahiriah mahupun rohaniah.

Saya tidak bermaksud untuk berucap lebih panjang di majlis ini kerana saya difahamkan bahawa seorang pensyarah undangaan akan dijemput memberikan ucapannya sesudah saya ini, cuma saya mengambil kesempatan, menyeru tiap-tiap ahli USIA, amnya tiap-tap seorang Islam hendaklah menjalankan tugas yang diamanahkan oleh Allah kepada mereka dalam menjalankan 'dakwah Islam kepada orang-orang bukan Islam khasnya kepada mereka yang belum beragama.

Dengan menjalankan tugas ini tuan-tuan sebagai ahli USIA dan sebagai seorang Islam secara tidak langsung telah memberikan sumbangan yang amat besar dalam memenuhi aspirasi-aspirasi yang dimimpikan oleh bangsa-bangsa di dunia sekarang ini, iaitu keamanan dan kesejahteraan hidup manusia. Islam, sebagaimana yang saya katakan tadi bererti kesejahteraan, maka dengan mengembang dan memperluaskan penyebaran agama Islam maka secara langsung tuan-tuan telah memenuhi tugas yang mulia sebagaimana yang diingini oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Hanya sekianlah ucapan saya dan saya sudahi dengan Assalamu-alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Berita

sejarah perkembangan agama Islam tidak pernah berlaku sama sekali apa yang dikatakan 'paksaan' atau pun 'ugutan' pada orang yang bukan Islam supaya m e m e l u k a g a m a I s l a m . Sesungguhnya paksaan atau pun ugutan itu tidak ada sekali pun disebut dalam al-Quran malah al-Quran sebagai sumber ajaran ugama Islam telah memberi penegasan dan penjelasan dalam perkara ini dengan ayat yang berbunyi: 'La ikraha fid-din' yang bererti "tidak ada paksaan dalam agama."

Page 27: Berita PERKIM · 2017-07-26 · Berita KANDUNGAN 5 PENASIHAT: PENGARANG: Firdaus Lokman Tah PENOLONG PENGARANG: Mohd Syahril Rosdi Ahmad Zahudi PENERBIT: Pertubuhan Kebajikan Islam

LAWATAN KERJA DAN KUNJUNGAN HORMAT SUA PERKIM KE HIKMAH SARAWAK DAN PERKIM BAHAGIAN

ang Berbahagia Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor, Setiausaha Agung Kehormat PERKIM telah Ymelakukan lawatan kerja dan kunjungan

hormat ke HIKMAH Sarawak dan menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan PERKIM Bahagian Wanita dan PERKIM Perak baru-baru ini.

Sebagai seorang SUA, adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk memantau dan memberikan buah fikiran untuk pergerakan dakwah samada di peringkat Pusat mahupun negeri. Justeru itu, lawatan kerja sebegini adalah perlu berterusan bagi mengangkat imej PERKIM dan memartabatkan lagi syiar Islam khasnya.

Pada 3 April lalu Y.Bhg Tan Sri SUA te lah menghadir i Perasmian Perhimpunan Perwakilan HIKMAH Tiga Tahun Sekali kali ke-18 yang telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Taib Mahmud di Dewan HIKMAH, Petra Jaya, Kuching. Seluruh perwakilan dan pemerhati dari 12 Cawangan

Y.Bhg Tan Sri Yusof bersalaman dengan para perwakilan HIKMAH ketika tiba di majlis perasmian perhimpunan.

HIKMAH seluruh Sarawak i a i t u d a r i K u c h i n g , Samarahan , S r i Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit, Mukah, Bintulu, Miri dan L i m b a n g d a n W i l a y a h Persekutuan terlibat dalam Perhimpunan tiga tahun sekali ini. Pada masa inilah seluruh perwakilan dan pemerhati akan berhimpun bagi membincangkan hala t u j u H I K M A H b a g i pembangunan dakwah di Sarawak Bumi Kenyalang ini.

Pada majlis berlainan, Y.Bhg Tan Sri turut menghadiri dan

Tan Sri Yusof ketika menyampaikan ucaptama ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PERKIM Perak Kali Ke-41 di Hotel Taiping Perdana.

lawatan kerja sebegini adalah perlu

berterusan bagi mengangkat imej PERKIM dan

memartabatkan lagi syiar Islam khasnya.

Lihat M/Surat 30

29www.perkim.net.my

Berita

Page 28: Berita PERKIM · 2017-07-26 · Berita KANDUNGAN 5 PENASIHAT: PENGARANG: Firdaus Lokman Tah PENOLONG PENGARANG: Mohd Syahril Rosdi Ahmad Zahudi PENERBIT: Pertubuhan Kebajikan Islam

memantau perjalanan proses Mesyuarat Agung PERKIM Bahagian Perak yang telah berlangsung pada 5 April lalu di Hotel Taiping Perdana. Beliau turut menyampaikan ucaptama dan Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang PERKIM Bahagian Perak kepada kakitangan PERKIM Perak.

Manakala pada 3 Mei lalu, PERKIM Wanita Kebangsaan turut mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 35 di Hotel Seri Pasifik Kuala Lumpur. Pada Majlis Makan Malam bersempena mesyuarat tersebut Yang Dipertua PERKIM Y.A.Bhg Tun Dr. Mahathir, Menteri di JPM merangkap Naib Yang Dipertua PERKIM Y.B Dato Seri Dr. Shahidan Kassim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Hajjah Rohani Abdul Karim dan Setiausaha Agung Kehormat PERKIM Y.Bhg Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor turut hadir memeriahkan majlis.

MENGEJUTKAN

Dalam pilihan raya pada 5-14 April 1976, BERJAYA memenangi majoriti kerusi di Dewan Undangan Negeri Sabah dan merampas kuasa pentadbiran negeri daripada USNO. Selepas pilihan raya itu, satu kemalangan ngeri telah berlaku yang mengorbankan sembilan nyawa, termasuk Ketua Menteri dan pemimpin Berjaya, Tun Mohamed Fuad. Akibatnya, kerusi bagi empat kawasan Dewan Undangan Negeri Sabah perlu ditandingi semula dalam pilihan raya kecil.

USNO tidak menyertai pilihan raya kecil itu kerana menurut parti berkenaan, ia dinasihati supaya tidak berbuat demikian oleh pihak yang mempunyai kedudukan paling tinggi dalam Kerajaan Pusat. Bagi menjaga air muka serta wang, mereka mematuhi nasihat itu.

Pelbagai sebab diberi berkaitan kejayaan Berjaya dalam pilihan raya berkenaan, walaupun sebenarnya pihak yang memainkan peranan paling penting ialah gereja. Bagaimanapun, kita berharap agar agama tidak dipergunakan bagi mengocak kedamaian yang telah sekian lama dinikmati oleh rakyat Sabah.

SAMB. DARI M/SURAT 25

Yang DiPertua PERKIM Y.A.Bhg Tun Dr. Mahathir dan isteri Tun siti Hasmah, Menteri di JPM merangkap Naib Yang Dipertua PERKIM Y.B Dato Seri Dr. Shahidan Kassim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Hajjah Rohani Abdul Karim, Ketua PERKIM Wanita Kebangsaan Merangkap Naib Yang Dipertua PERKIM YBM Tunku Noor Hayati Tunku Abdul Rahman Putra, Naib Yang Dipertua PERKIM Datuk Nakhaie Ahmad, Setiausaha Agung Kehormat PERKIM Y.Bhg Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor dan beberapa orang tetamu kenamaan bergambar kenangan pada Majlis Makan Malam bersempena mesyuarat Agung Tahunan PERKIM Wanita Kebangsaan kali ke-35.

Tan Sri Yusof menyampaikan Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang PERKIM Bahagian Perak kepada kakitangan PERKIM Perak sambil diperhatikan oleh Pengerusi PERKIM Bahagian Perak, Dato' Dr. Hj. Abu Bakar Shaari

Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Taib Mahmud merasmikan majlis perhimpunan sambil disaksikan oleh barisan kepimpinan HIKMAH.

DARI M/SURAT 29

30 www.perkim.net.my

Berita

Page 29: Berita PERKIM · 2017-07-26 · Berita KANDUNGAN 5 PENASIHAT: PENGARANG: Firdaus Lokman Tah PENOLONG PENGARANG: Mohd Syahril Rosdi Ahmad Zahudi PENERBIT: Pertubuhan Kebajikan Islam

Sumbangan Mangsa Banjir Temerloh 8 Jan 2015-04-01

SEBAHAGIAN AKTIVITI PERKIM KEBANGSAAN BULAN JANUARI - MAC 2015

Majlis Perkahwinan Silang Budaya 2015

Misi Banjir Kelantan (29-31 Jan 2015)

31www.perkim.net.my

Lawatan Perkim Cawangan Samarahan (16 Mac)

Lawatan Pejabat Kadi Batu Pahat (21 Mac 2015 )

Majlis Persaraan 'old Timer' Perkim Tuan Haji Noorali Selepas 43 Tahun Perkhidmatan

Majlis Sambutan Hari Perkim 2015

Lawatan Kerja Setiusaha Kehormat Perkim Bahagian Johor (27 Jan 2015)

Majlis Jamuan Muhibbah Dan Ramah Mesra 2015 (29 Mac 2015)

Program Dakwah Masjid Putrajaya (setiap minggu) oleh Unit Antarabangsa PERKIM (28 March 2015)

Program Dakwah Pelancong di Masjid Wilayah (setiap Minggu) oleh unit Antarabangsa PERKIM, Kuala Lumpur.

Program Dakwah Pelancong di Masjid Negara (setiap Minggu) oleh unit Antarabangsa PERKIM, Kuala Lumpur.

Aktiviti

Page 30: Berita PERKIM · 2017-07-26 · Berita KANDUNGAN 5 PENASIHAT: PENGARANG: Firdaus Lokman Tah PENOLONG PENGARANG: Mohd Syahril Rosdi Ahmad Zahudi PENERBIT: Pertubuhan Kebajikan Islam

Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) KebangsaanTingkat 4 & 6, Bangunan Perkim, Jalan Ipoh, 51200, Kuala Lumpur. * Tel: 03-4042 6224 / 4041 2482

Faks: 03-4042 7403 *Emel: [email protected]

JADUAL KELAS PENGAJIAN FARDU AIN & AL-QURANSAUDARA MUSLIM PERKIM TAHUN 2015

JADUAL KELAS PENGAJIAN FARDU AIN & AL-QURANSAUDARA MUSLIM PERKIM TAHUN 2015

PERKIM

www.perkim.net.my PERKIM Kebangsaan perkimHQ PERKIMKEBANGSAAN PERKIM KEBANGSAAN

� � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � �ISNIN

� � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � ! " � # $ % & ' ( % ) % * ' % % + � , - . ! # / # 0 " # # 1 2 2 � � �� � � � � � 3 ' � � � � 4 5 � � � � 6 � � � � ! ! 7 8 # 9 9 # ! : # / 8 7 � # 1 % & ' ( % ) % * ' % % + � , - . ! # / # 0 " # " 7 � # 7� � � � � � � ; � 6 6 � � � � � < � 6 � � ; � 6= � � � � 6 � � � � 6 UMUM SYARIAH % > ' % % ) % ? ' ( % � @ �

B. INGGERIS ANGGERIK

SELASA

� � � � � � � � � 6 � = � � @ @ � � A � � � � � � B @ � � � � � � �PERKIM FIQH ASAS 05.30-07.00 PTG B. MALAYSIA ANGGERIK � 3 ' � � � � � � � � � � � � 6 , � @ ) 4 � � � � C # � ! D # � 9 $ 7 # 1 % > ' % % ) % ? ' ( % � - . ! # 1 9 # � 1 " 7 � # 7� � � � � � � � � � � � � 6 � � � � � � � B � � 5 � � � � � � � 6PERKIM HADITH 08.00-09.30 MLM B. MALAYSIA ANGGERIK

RABU

� � ' � � � � � � � � � � @ 4 � � � � �PERKIM HADITH 05.30-07.00 PTG B. INGGERIS ANGGERIK � � � � � � � � � � � � � < � � � � 6 � B B � = � � @ @ � � � � � � ! - ! - 1 2 # 1 " E / # F % > % % ) % ? ' ( % � @ � - . 1 2 2 � � " # 1 2 2 � � �� � � � � � � � � � � � � 3 � � � � � � � � + + � 6 � = � � @ @ � � � � � � ! 8 � # : # / 8 7 � # 1 % > ' % % ) % ? ' ( % � @ � - . ! # / # 0 " # " 7 � # 7

� $ # ! " � � � � � 6 � 4 � � � � � � � 6 = � 6 6 � 4 � � � 7 ! 7 ! $ # / # / : $ # � # ! 1 " / # ! % & ' ( % ) % * ' % % + � , - . 1 2 2 � � " # 1 2 2 � � �� � � � � � 5 � � � � � < � G = � 6 � = � � @ , B 6 � ! # H � # � $ / # � % > ' % % ) % ? ' ( % � @ � - . ! # / # 0 " # # 1 2 2 � � �� � � � � � 5 � � 6 5 5 � � � � � 6 4 � � � � � � � � � 6 ! # H � # / 8 7 � # 1 % & ' % % ) * ' % % + � , - . ! # / # 0 " # " 7 � # 7 C 7 ! # # F � � � � � � � @ � � � � 6 � � 6 , � � � � 5 6 , � � � � ! # 8 9 # $ % & ' ( % ) % * ' % % + � , - . ! # 1 9 # � 1 # 1 2 2 � � �� � � � � � � 6 � < � = � 6 � � � � � < < � C # H ! 7 8 # 9 9 # ! % & ' ( % ) * ' % % + � , - . ! # / # 0 " # " 7 � # 7� � � � � � � @ � � � � 6 � � 6 , � � � � 5 6 , � � � � ! ! 7 8 # 9 9 # ! % > ' % % ) % ? ' ( % � - . ! # 1 9 # � 1 # 1 2 2 � � �

" # - F 7 � � � � � � 5 � � � � � < � @ � � < � � � = � � @ @ � � ! # H � - ! - 1 2 # 1 " E / # F I % ' % % ) I I ' ( % � , � - . 1 2 2 � � " " 7 � # 7� � � � � � � � 5 6 � � � � � � � ! F # � # 1 1 7 ! I % ' % % ) I I ' ( % + , - . ! # / # 0 " # # 1 2 2 � � �� � � � � � ; � 6 , � � � � � C # H F # D " � # / J 8 7 � # 1 I I ' ( % ) % I ' % % + � , - . ! # / # 0 " # # 1 2 2 � � �� � � � � � � � � � � � � � � = � � @ 4 � � � � � � � � ! # / 8 7 � # 1 : F # C H 9 I I ' ( % ) % I ' % % + � , - . ! # / # 0 " # " 7 � # 7� � � � � � 3 ' 6 � � � � � � � � = ' 6 � � � � � C # H F # C H 9 % K ' ( % ) % L ' % % + � , - . ! # / # 0 " # # 1 2 2 � � �� � � � � � � � � � B � � � � 5 6 3 � 6 � � ! # H � ! 7 8 # 9 9 # ! % K ' ( % ) % L ' % % + � , - . ! # / # 0 " # " 7 � # 7� � � � � 6 5 � � � � � � , � � � � @ � � # D # # / J 8 7 � # 1 % K ' ( % ) % L ' % % + � , - . ! # / # 0 " # " 7 � # 7� � � � � � � � 6 � @ � = � � � 6 � � @ � � � � 9 7 F # # 1 � F # - # 8 9 # $ M N O P O Q R� F # - F # " # 7 D M S O T R % & ' % % ) % U ' ( % + � , - . ! # / # 0 " # # 1 2 2 � � �

# $ # 9� � � � � � 5 � � � � � < � @ � � < � � � = � � @ @ � � ! # H � - ! - 1 2 # 1" E / # F / � / # � I % ' % % ) I I ' ( % + , - . 1 2 2 � � " " 7 � # 7� � � � � � � 4 � � � � 3 � 4 � � � � 4 ! # " - ! - 1 2 # 1" E / # F H # 1 F # I % ' % % ) I I ' ( % + , - . ! # / # 0 " # " 7 � # 7� � � � � � � � 6 � � � 6 � � � � � � V I W ( XY� � � � � < � � � � � � � � � B 6 V L X 7 # ! Z # 8 9 # $ M N O Q R I % ' % % ) I I ' ( % + , = ' � � @ � � � � � � 6 , , B � � 4� � � � � � 5 � � � � � � G � 5 � � � � 6�� � � � � � � @ � � � � � 6 � 5 � � � � � � � 7 � !# " 9 # D � F # - D 8 $D 7 � 7 [ # / J ! # " # Z / I I ' ( % ) % I ' % % � , � = ' � � @ � � � � � � 6 , , B � � 4� � � � � 6 � 4 � � � � � � � 6 = � 6 6 � 4 � � � 7 ! 7 ! 7 1 9 � � " F # 1 9 1 2 " / # ! I I ' ( % ) % I ' % % � , � = ' � 6 , , B � � � � � � � �� � � � � � 3 � 5 � � � � � 6 � � � � 6 � = � � @ @ � � � � � � ! D # � 9 $ 7 # 1 I I ' ( % ) % I ' % % � , � = ' � � � � @ � � � � �� � � � � � � � � 6 � � � 6 5 � 7 # ! - # $ # " # # � # - % K ' % % ) % ( ' ( % + � , = ' � � � = � 6 , , B � � 4� � � � � � � � � � � � � 3 � � � � 6 7 � ! # / J 8 7 � # 1 % K ' % % ) % ( ' ( % + � , = ' � � @ � � � � � � � � � �� � � � � � 5 � � � � � 6 � 3 ' � 5 6 � # D # ! 7 8 # 9 9 # ! % K ' % % ) % ( ' ( % + � , = ' � � @ � � � � � � � � � �� � � � � � � � � = � 6 � � � � � 4 � � � @ � @ � � < � � C # H 8 � # # F % & ' % % ) % U ' ( % + � , = ' � � @ � � � � � � 6 , , B � � 4

* JADUAL KELAS TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN *