kdn. pp 2636 / 5 / 2003 ingress edisi 3 final.pdf · muka surat 4- 5 muka surat 7 muka surat 4- 5....

28
KDN. PP 2636 / 5 / 2003 www.ingresscorp.com.my Edaran Dalaman Jamuan Perpisahan Mr. Naoto Kawai Jamuan Perpisahan Mr. Naoto Kawai Muka surat 4-5 Muka surat 7 Muka surat 4-5

Upload: buinhi

Post on 21-Mar-2019

245 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KDN. PP 2636 / 5 / 2003 Ingress Edisi 3 Final.pdf · Muka surat 4- 5 Muka surat 7 Muka surat 4- 5. 2 Dari Meja Pengarang Sidang Pengarang Ketua Pengarang Ramli bin Napiah Pengarang

KDN. PP �2636 / 5 / 2003 www.ingresscorp.com.my

EdaranDalaman

Jamuan Perpisahan Mr. Naoto KawaiJamuan Perpisahan Mr. Naoto Kawai

Muka surat �4-�5 Muka surat �7 Muka surat �4-�5

Page 2: KDN. PP 2636 / 5 / 2003 Ingress Edisi 3 Final.pdf · Muka surat 4- 5 Muka surat 7 Muka surat 4- 5. 2 Dari Meja Pengarang Sidang Pengarang Ketua Pengarang Ramli bin Napiah Pengarang

2

Dari Meja Pengarang

Sidang PengarangKetua Pengarang

Ramli bin Napiah

Pengarang

Muhamad Azmi bin Muhamad Nor

Penolong Pengarang

Mohamed Diah bin Baharun

Sidang Pengarang

Rosyatimi binti AbdullahRosli bin Ishak

Mohd. Fadli bin Che MeNizaiham binti Mohd. Nor

Mat Ali bin MohamedKhyrun Anuar bin Zainol

Mohd. Azhar bin TaibAhmad Jeffridin bin Jaais (ITSB)

Abdul Aziz bin Mohd. Yunus (ICB)Siti Nurbaya binti Shahrir (MDSB)

Charan Hamdanee (IAV)

Jurufoto dan Edaran

Mohd. Fadli bin Che Me

Penerbit

Ingress Corporation BerhadLot 1M, 1st Floor,

No. 2, Tasik Ampang, Jalan Hulu Klang,68000 Ampang, Selangor.

Tel: 03-4252 9696Faks: 03-4252 9393

Laman Web: www.ingresscorp.com.my

Rekabentuk dan Urus Cetak

Triknight Communications Sdn. Bhd.36-3, Jalan 24/70A,

Off Jalan Bukit Kiara, Desa Sri Hartamas,50480 Kuala Lumpur

Tel: 03-2300 1051 / 1052Faks: 03-2300 1062

E-mail: [email protected]

Isi Kandungan

Dari Meja PengarangAssalamualaikum warahmatullah.

Saudara/saudari warga Ingress yang dikasihi dan sentiasa dilindungi Allah s.w.t. Pujian dan kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpahan dan kurniaan-Nya kita dapat bersua kembali di dalam Nadi Ingress (Bilangan 3).

Warga Ingress yang dikasihi sekalian,

Kita baru sahaja meninggalkan tahun 1423 Hijrah dan menyambut tahun 1424 Hijrah. Setiap tahun, menjelang Awal Muharram kita pasti akan menyambut Maal Hijrah dan menanam azam dan semangat baru untuk berubah ke arah yang lebih baik untuk menjadi seorang Hamba Allah yang sentiasa tunduk dan patuh serta berpegang-teguh kepada ajaran-Nya. Persoalannya, sejauh manakah kita merealisasikan hasrat dan impian yang sentiasa kita perbaharui saban tahun?

Warga Ingress yang dikasihi sekalian,

Marilah kita renung sejenak saat-saat getir yang telah dilalui oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat serta pengikut-pengikut Baginda ketika peristiwa penghijrahan yang pertama dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Betapa rasa ketakwaan dan pengabdian yang tinggi kepada Allah s.w.t, maka Rasulullah tanpa rasa ragu-ragu patuh kepada perintah Allah yang Maha Agung dengan menggunakan strategi dan perancangan yang sistematik untuk menghindar dari diketahui musuh. Akhirnya, berkat kesabaran, keyakinan dan keimanan yang kukuh, Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu hati dan berpadu tenaga untuk menegakkan agama suci, agama Islam yang kita anuti, al-Hamdulillah.

Justeru itu, marilah kita sama-sama mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Rasulullah s.a.w ini. Harapan kita agar seluruh warga Ingress dari pelbagai kumpulan dan peringkat sama-sama menanamkan semangat dan azam yang baru untuk berhijrah dari tahap yang kita lalui sekarang kepada tahap yang lebih baik dengan penuh ketekunan dan kesungguhan sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w:

“Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai seseorang yang apabila dia melakukan sesuatu pekerjaan, maka dia akan melaksanakannya dengan tekun”. (Riwayat Abu Daud)

Dalam keadaan dunia yang bergolak dan bergelora ini, saudara seislam kita di seluruh dunia sedang menghadapi pelbagai dugaan, ujian dan ancaman hingga membawa kepada kehancuran umat Islam. Kita, umat Islam yang hidup dengan aman dan damai di sini perlulah mengubah diri kita sendiri bermula dari sekarang agar memberi tumpuan kepada kehidupan yang sentiasa mendapat keredhaan daripada Allah s.w.t. dan bukannya sekadar menyerah bulat-bulat kepada takdir dan ketentuan Ilahi. Firman Allah s.w.t:

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendirilah yang dapat mengubah nasib hidup mereka”. (ar-Ra’dhu: 11)

Marilah kita sama-sama berdoa agar Allah s.w.t akan memberi perlindungan, keselamatan dan ketabahan kepada saudara-saudara kita yang sedang diancam oleh propaganda musuh yang ingin menghancurkan Islam.

Warga Ingress yang dikasihi sekalian,

Akhir kata, kami, Ahli Sidang Pengarang juga ingin menyeru agar kita semua membuka horizon minda dan membuat persiapan yang rapi dari segi ketahanan mental, fizikal dan spiritual untuk sama-sama membangunkan syarikat supaya mampu berdaya-saing di arus cabaran globalisasi.

Sekian dari Meja Pengarang.

Dari Meja Pengarang 2

Amanat Naib Pengerusi Eksekutif 3 - 5

Berita Korporat Ingress Group 6• “Joint Venture Company of Thailand, will Reinforce Their Productions”• Lawatan dari Maybank Securities ke Ingress Operasi Nilai• “Short Write-up on Ingress by Hwang-DBS Securities Berhad”

Berita Kualiti 7 - 8• Info QCC• Sirim “Surveillance Audit”• Konvensyen QCC Peringkat Pembekal PROTON

Berita “Subsidiaries” 8 - �0• Lawatan oleh Kelab Pembekal TOYOTA dari Filipina• Majlis Jamuan Berbuka Puasa ITSB• Taklimat Naib Pengerusi Eksekutif, Ingress Corporation Berhad di ITSB

• Pengagihan Wang Zakat ITSB kepada Saudara Baru di kalangan Orang Asli di kawasan Bukit Beruntung • Kursus Kesedaran ISO 9001 : 2000

Personaliti Nadi Ingress �� - �3• Peringkat Eksekutif• Peringkat Bukan Eksekutif

Fokus �4 - �5• Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2002

Jendela “Oversea” �6 - �9• IAV 4th Family • IAV Dinner and IAV New Scheme of Service Launching• Conflagration at IAV• IAV Fire Fighting Training• IAV Business Planning and Budget Presentation for FY 2003 / 2004• IAV Umrah 2002

Berita HRD 20• Jamuan Perpisahan Mr. Naoto Kawai• Majlis Penghargaan dan Perletakan Jawatan En.

Mohd Zaki Zainudin• Latihan yang dijalankan oleh Syarikat

Berita Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 2�• Pemeriksaan Mesin “Roll Forming 2” di IPSB dan “Vertical Extruder” di IESB• Perlindungan Kebajikan Sosial (PERKESO)

Kelab Kakitangan 22• Kempen Derma Darah• Program Ceria Ramadhan 2002• Program Tadarrus dan Majlis Khatam al-Quran

Nostalgia 23 - 25• Selamat Pengantin Baru• Cahaya Mata• Tinggal Kenangan Mr. Naoto Kawai ... Jasamu Dikenang

Karya 26

Candid Camera 27

Sudut Agama 28• Marilah Bermuhasabah!

Page 3: KDN. PP 2636 / 5 / 2003 Ingress Edisi 3 Final.pdf · Muka surat 4- 5 Muka surat 7 Muka surat 4- 5. 2 Dari Meja Pengarang Sidang Pengarang Ketua Pengarang Ramli bin Napiah Pengarang

3

Amanat Naib Pengerusi Eksekutif

Pentingnya Iman Di dalam Menhadapi Cabaran

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w., para sahabat r.anhum, dan seluruh umat Islam yang berjuang menegakkan kalimah Allah di muka bumi-Nya ini.

Saudara-saudari warga Ingress yang dikasihi,Terlebih dahulu marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t. di atas segala limpahan rahmat dan rahim-Nya kepada kita semua. Marilah kita memanjatkan doa ke hadrat Ilahi semoga kita dan seluruh umat Islam selamat dari segala bencana kejahatan musuh-musuh Islam.

Menyoroti perkembangan ekonomi dunia ekoran pergolakan politik dan ancaman kepada keamanan dunia sejagat, saya ingin mengingatkan diri saya dan saudara-saudari sekalian agar tidak menyimpang jauh dari matlamat asal kehidupan seperti yang dibawa oleh baginda s.a.w., menyeru semua makhluk Allah supaya hidup dalam keamanan dan kesejahteraan.

Apalah gunanya kita berusaha membina rumah yang indah dengan harapan untuk memberi kebahagiaan kepada penghuninya jika penghuninya asyik berkelahi sesama sendiri dan tidak pernah menikmati kebahagiaan dan keharmonian. Begitulah juga dengan sebuat syarikat atau negara di mana keuntungan yang besar tidak akan membawa sebarang makna jika warga syarikat atau warga negara berkenaan tidak bersatu-padu dan tidak hidup dalam kesejahteraan dan keharmonian.

Oleh sebab itu, matlamat utama kehidupan kita ialah mencari kebahagiaan di dalam hati kita supaya kita dapat menjalani kehidupan kita dengan lancar dan mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Yang demikian itu tidak bermakna bahawa kita tidak ingin mencapai kemajuan di dunia. Malahan sentiasa dianjurkan oleh agama kita agar mencari kebahagiaan di dunia di samping tidak mengabaikan kebahagiaan di akhirat. Justeru itu, jika kita menghadapi cabaran baik dari segi perniagaan ataupun kehidupan kita sehari-hari, kita mestilah jangan menyimpang dari matlamat ini kerana kita akan diberi kekuatan. Jika kita bersabar, bersatu-padu dan tidak buruk-sangka terhadap satu sama lain, Insya-Allah kita akan menghadapi cabaran itu dan akan memperolehi kejayaan. Ini adalah janji Allah di dalam al-Qur’an. Oleh sebab itu, perkara pertama yang mesti kita ingat apabila menghadapi cabaran dan kesusahan ialah bahawa rezeki kita datang dari Allah s.w.t. dan tidak dari projek-projek kita. Jika kita tidak faham dengan kefahaman yang sebenarnya mengenai dari mana datangnya rezeki kita, saya khuatir lambat-laun kita akan menyimpang dari jalan yang benar. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna kita tidak berusaha untuk mengenalpasti kelemahan kita sehingga kita dihadapi dengan cabaran.

Saudara dan saudari yang dikasihi,

had kemampuannya dari segi masa, kewangan dan kawalan.

3. Over Costing / Kos BerlebihanKos berkait dengan bahan, tenaga buruh dan upah. Antara petandanya ialah kekurangan kos dan kelemahan sistem melapor. Ada kalanya kita tersasar ramalan dan ada kalanya kita tidak memperuntukkan belanjawan yang mencukupi. Setiap kali kita tersasar dari belanjawan, bermakna kita tidak membuat belanjawan dengan betul. Ada ketikanya ia disebabkan oleh sistem pengesan yang tidak berkesan atau kita tidak mempunyai sistem pengesan yang sesuai yang menyebabkan kita tersasar dari sasaran dan mempunyai kelebihan stok. Kos berlebihan juga menyebabkan kita mempunyai kadar kejayaan penawaran yang rendah. Justeru itu, kita perlu sentiasa mengukur kos dan melakukan pembaikan.

4. Inadequate Margins / Ketidakcukupan JidarIni adalah jelas. Jika kita tidak mempunyai jidar (margin) yang mencukupi, sudah tentu kita tidak akan berjaya. Kita perlu sedar bahawa jidar adalah fungsi kos dan harga jualan. Ketidakcukupan jidar bermakna kita menjual dengan terlalu rendah atau kos kita terlalu tinggi. Yang mana satu pun, ia bermakna jidar kita terlalu kecil. Ada kalanya ianya disebabkan oleh pergolakan dalam industri; terlalu sedikit tawaran kerja dan terlalu ramai pesaing. Ini juga boleh menyebabkan ketidakcukupan jidar.

5. Under Capitalized / Kekurangan ModalKita perlu melihat kepada kunci kira-kira samada kita ada hutang, penghutang dan pemiutang yang berlebihan. Sebahagian dari petanda kekurangan modal ialah apabila kita mempunyai kadar bayaran kepada pemiutang yang tinggi. Kunci kira-kira juga memaparkan nisbah hutang/ekuiti yang tinggi. Ada syarikat yang meminjam untuk menjelaskan hutang mereka. Itu merupakan petanda kekurangan modal yang jelas. Saya berharap ia tidak berlaku dalam kumpulan kita.

6. Faktor Luaran Kebiasaannya ancaman luaran adalah di luar kawalan pihak pengurusan. Sebagai contoh, apabila terdapat anjakan pada permintaan pasaran atau perubahan dalam teknologi tertentu. Ada di kalangan kita yang berpendapat ianya kerana kita tidak tergolong dalam kumpulan tertentu yang disukai oleh kerajaan. Sesungguhnya kita tidak boleh menggunakan itu sebagai alasan untuk duduk diam. Itu merupakan tindakan yang merugikan. Jika kita yang terendah dalam penawaran tender dan terbaik dalam teknologi, saya yakin kita akan memperolehi kerja yang

Selepas iman dan ibadah, yang merupakan dua bahagian pertama ajaran Rasulullah s.a.w., datang pula yang ketiga iaitu akhlak, yakni hak dan kewajipan yang dipertanggungjawabkan kepada manusia, di mana pengamalannya bukan hanya baik tetapi satu keperluan. Perhubungan ini merujuk kepada, perhubungan di antara kita dan ibu bapa, keluarga, saudara-mara, rakan taulan, pembekal, pelanggan, subkontraktor dan sesiapa sahaja yang kita berinteraksi hatta dengan makhluk lain sekalipun. Dalam aspek perniagaan, ini dinamakan “muamalat”. Bagaimana kita berhubung dengan pelanggan, pemiutang (creditors) dan penghutang (debtors) adalah juga sebahagian dari muamalat.

Saudara dan saudari,Melalui pengalaman saya, banyak faktor yang menyumbang kepada kegagalan sesuatu perniagaan di antaranya :

1. Kurang Urus (Undermanagement)Kadang-kala kita merasakan bahawa perniagaan gagal kerana pengurusan jahat (bad management) Tidak selalunya begitu. Lazimnya disebabkan oleh kurang urus. Pengurusan jahat adalah disebabkan oleh satu atau lebih kesalahan yang dilakukan. Tetapi, kurang urus ialah apabila kita tidak cukup melakukan perkara-perkara betul atau tidak melakukan apa-apa. Kita mungkin tidak melakukan sebarang kesalahan tetapi pada waktu yang sama kita tidak melakukan perkara-perkara betul dengan mencukupi. Kebanyakan syarikat gagal kerana kurang urus, bukan kerana pengurusan jahat.

Sudah tentu ada kes-kes di mana terdapat niat untuk menipu dan ini adalah niat yang jahat dan pengurusan jahat. Walau bagaimanapun, kebanyakan syarikat gagal disebabkan oleh kurang urus. Pengurusan kc~an memberi contoh, hala tuju, strategi melalui teknologi maklumat, peraturan dan kawalan dan sumber pilihan, wang dan manusia. Semua aspek ini merupakan arahan pengurusan kanan dan ada ketikanya kita tidak melakukan perkara-perkara betul dengan mencukupi dalam aspek-aspek tersebut dan dengan itu kita kurang urus syarikat.

2. Penglibatan Berlebihan (Over Commitment)Ini bermaksud kemampuan pengurusan untuk berfungsi dengan jelas, bermakna dan fokus yang berkesan. Penglibatan berlebihan mungkin disebabkan oleh kerumitan sesuatu projek. Ada kalanya kita cuba mengurus projek-projek yang terlalu kompleks sedangkan kita tidak mempunyai kepakaran yang mencukupi atau tenaga pakar untuk melaksanakannya. Ada kalanya terdapat terlalu banyak kepelbagaian dalam sesuatu projek. Projek itu mungkin tergolong dalam kejuruteraan kuasa, tetapi, ia mungkin memerlukan kepakaran yang berlainan. Walaupun kepakaran umumnya adalah pengurusan projek, ada kalanya kita perlukan kepakaran khusus untuk projek-projek tertentu. Justeru, jika kita tidak mempunyai tenaga yang mencukupi, kita tergolong dalam ‘over commitment’ dari sudut sumber manusia. Ataupun kemungkinan terlalu banyak projek yang diterima sehingga memaksa syarikat melampaui

Page 4: KDN. PP 2636 / 5 / 2003 Ingress Edisi 3 Final.pdf · Muka surat 4- 5 Muka surat 7 Muka surat 4- 5. 2 Dari Meja Pengarang Sidang Pengarang Ketua Pengarang Ramli bin Napiah Pengarang

4

Amanat Naib Pengerusi Eksekutif

ditawarkan. Masalah yang sama juga terjadi kepada syarikat-syarikat lain. Hatta, syarikat-syarikat yang dikatakan tergolong dalam yang disukai kerajaan juga tidak selalunya berjaya. Tiada penghujungnya jika kita asyik memberi alasan kerana tidak mendapat projek. Apa yang perlu dilaksanakan ialah memberi penumpuan kepada keutamaan kita.

Saudara-saudari warga Ingress yang dikasihi,Penjelasan saya mengenai faktor-faktor di atas adalah untuk kita berkongsi pengalaman sebagai satu pembelajaran serta pengajaran. Selanjutnya, marilah kita bersama-sama berusaha mencari penyelesaian terbaik untuk membangunkan syarikat yang kita kasihi ini. Kita akan berhadapan dengan krisis pengurusan dan perniagaan jika kita tidak berusaha menghindari masalah-masalah yang dipaparkan di atas. Sehubungan dengan itu, saya ingin mencadangkan beberapa langkah yang perlu diambil oleh pihak pengurusan dan pihak kakitangan:

Pertama, kita perlu mempunyai pengurusan dan kawalan tunai yang mencukupi. Jika kita terus-menerus tergelincir dari jangkaan, mungkin terdapat sesuatu kesilapan dalam sistem, samada sistem kos, sistem melapor atau perhubungan dengan pelanggan.

Kedua, kita perlu sedar bahawa perhubungan kita dengan pemiutang atau penghutang adalah penting. Jika kita lewat dalam membuat pembayaran, berita akan tersebar dan disebabkan itu kos kita akan meningkat disebabkan penawaran harga yang lebih tinggi dari mereka. Apabila kos kita tinggi, jidar kita akan rendah dan jidar yang rendah merupakan antara punca kegagalan banyak syarikat. Justeru, lebih baik kita lihat kepada kos terlebih dahulu. Tidak mudah untuk mendapatkan pulangan sebanyak RM1 Juta, akan tetapi, lebih mudah untuk menjimatkan 5% dari kos untuk mendapatkan jidar yang lebih baik. Setelah itu, kita perlu melihat perhubungan kita dengan para pemiutang. Kita perlu mencari jalan untuk memantapkan perhubungan dengan mereka. Kita perlu berbincang dan menjelaskan kepada mereka agar sebutharga mereka tetap kompetitif.

Ketiga, ialah mencari penyelesaian dan bukan menunding jari, yang mana ia merupakan akhlak kita dengan taulan dan rakan sekerja. Amat penting bagi pihak pengurusan untuk bertenang pada waktu krisis dan adalah baik kita memberi penjelasan mengenai situasi sebenar yang dihadapi kepada anak buah kita. Tidak perlu kita menyembunyikan masalah daripada mereka. Tekankan peri-pentingnya mereka memberi sokongan. Pastikan laluan komunikasi sentiasa terbuka. Semasa krisis, kekerapan menyampaikan laporan perlu dipertingkatkan, mungkin seminggu sekali, bukan sebulan sekali. Kakitangan perlu diberi maklumat bagi mengelakkan khabar angin kerana khabar angin adalah musuh yang paling dasyat. Janganlah kita mencari “kambing hitam”. Saya berharap anda mencari penyelesaian melalui percambahan pemikiran (brainstorming) dan “syura”. Kadang-kadang penyelesaian yang diperlukan sudah ada dalam diri anda. Konsep syura ialah berbincang untuk mendapatkan penyelesaian dan tetap bersatu untuk mengendalikan masalah tersebut. Syura memberi ruang kepada manusia menzahirkan

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful. All praise be to Allah, Lord of the universe. Selawat and salam to pur beloved Prophet Muhammad s.a.w., his companions and all Muslim striving to uphold the words of Allah in this world.

Beloved members of Ingress,First and foremost, let us together express our heartfelt gratitude to Allah s.w.t. on the blessings and mercy bestowed upon us. Let us pray to the Almighty so that we and all Muslim are safe from the destructions engineered by the enemies of Islam.

Looking at the world economic development due to the current political turmoil and threats to the world peace, I would like to remind myself and all of you, not to deviate from our main aim in life as thought by our beloved Prophet Muhammad s.a.w., enjoining all creatures of Allah to live in peace and harmony.

What is the meaning of all the efforts in building a beautiful castle with the hope of giving happiness to it’s occupants if the occupants are constantly squabbling with each other and never enjoy happiness and harmony. The same goes to a company or a nation wherein huge profits or development would never bring any meaning if employees of the company or people of the nation are not united and do not live in peace and harmony.

Brothers and sisters,For that reason, our main aim in life is to seek happiness in our hearts so that we could lead our live efficiently and attain happiness in this world and the hereafter. With that it doesn’t mean that we do not want advancement in this world. In fact, it is always emphasized by our religion that we seek happiness in this world without disregarding happiness in the hereafter. Hence, if we face challenges, either in business or our daily life we must not deviate from this aim as we will be given the strength. If we persevere, united and do have ill-feelings towards each other, Insya-Allah we will be able to face the challenges and attain success. This is the promise made by Allah in the holy Qur’an. For that reason, the first thing that we must remember when faced with challenges and difficulties, is that our “rezeki” or sustenance comes from Allah s.w.t. and not from our projects. For, if we do not understand with the real understanding as to where our “rezeki” comes from, I am afraid that sooner or later we will deviate from the right path. However, it doesn’t mean that we do not seek to identify our shortcomings until we are faced with challenges.

Beloved brothers and sisters,After faith and worship, which constitutes the first two parts of the prophet’s teachings, comes the third, namely moral conduct (akhlak), that is mutual rights and obligations that fall upon human beings, the observance of which is not only proper but, essential. This relationship refers to; relationship between us and parents, families, relatives, friends, suppliers, clients, subcontractors and whoever we interact, even with other creatures. In the business aspect, this is called “muamalat”. How we deal with our clients, creditors and debtors

kekuatan dan manusia, walau sekecil mana sekalipun, jika bersatu akan mempunyai kekuatan untuk mengatasi masalah yang lebih besar. Manusia, ramai mana sekalipun, jika tidak bersatu, tidak akan mampu menangani walau masalah yang kecil.

Keempat, cari jalan untuk mengurangkan perbelanjaan dengan meneliti bil-bil telefon, perbelanjaan perjalanan dan lain-lain. Tidak perlu memotong perbelanjaan yang perlu. Kita mesti mempunyai keutamaan yang betul. Jika kita boleh berjimat, kita akan memperbaiki jidar kita. Pada waktu krisis, kita perlu sentiasa sedar bahawa kelangsungan syarikat mengatasi segala-galanya. Tidakkah lebih baik untuk kekal hidup selama 3 atau 4 tahun berbanding dengan bergembira hanya selama 6 bulan?

Kelima, ialah untuk kita meneliti upah ke atas kakitangan. Ada kalanya perlu untuk digabungkan jabatan atau bahagian tertentu. Pembuangan pekerja merupakan langkah terakhir. Ada masanya strategi memberhentikan kakitangan tidak berkesan untuk menghadapi krisis ekonomi jangka pendek. Kita perlu memberi jaminan kepada kakitangan bahawa kita sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan keberkekalan setiap orang.

Akhir sekali, kita perlu memperkukuhkan keupayaan pihak pengurusan dengan memperkukuhkan kelemahan-kelemahan kita dan memperkukuhkan kekuatan yang ada pada setiap individu. Kita perlu meletakkan jiwa raga setiap orang di tempatnya yang sebenar dan sudah tentu ini memerlukan kepada “iman”. Kita memerlukan kesetiaan, komitmen dan kesanggupan untuk berubah. Tanpa kesanggupan untuk berubah, kita tidak bergerak. Allah mengutuskan Rasulullah s.a.w. untuk mengubah dari “syirik” kepada “tauhid”, dari “maksiat” kepada “amal jariah”. Walau bagaimanapun, tidak mudah untuk berubah dan ia memerlukan kekuatan iman.

Saya juga ingin menegaskan bahawa apabila kita perlu kepada strategi, kita mesti mendefinisikan matlamat kita. Apakah matlamat kita untuk mengurangkan kerugian atau untuk mendapatkan “breakeven”. Kita perlu realistik dan rasionalistik dalam belanjawan. Tidak ada yang lebih mendukacitakan dari membuat bajet yang baik tetapi sering tersasar. Kita semua mesti cuba memahami pengurusan aliran tunai, tidak kira samada kita ini Pengurus Besar, Pengurus Projek atau Jurutera Projek. Kita tidak boleh hanya mengharapkan pihak Akauntan sahaja. Sebagai contoh, Pengurus Projek mesti sedar bahawa jika ia tersasar satu inbois, perancangan aliran tunai akan menjadi kelam-kabut.

Secara ringkasnya, terlebih dahulu kita perlu menilai mengapa prestasi perniagaan kita tidak menyerlah. Kedua, kita perlu memberi tumpuan kepada sebab, bukan kepada petanda (symptom). Ketiga, kita perlu realistik dalam sasaran kita. Selanjutnya, kita perlu mendapatkan bantuan dari orang yang kita yakini atau dari orang yang lebih tua atau berpengalaman. Akhir sekali, janganlah hendaknya kita bertangguh kerana bertangguh akan menambahkan lagi masalah kepada masalah yang sedia ada.

Terima kasih. Wassalam.

Page 5: KDN. PP 2636 / 5 / 2003 Ingress Edisi 3 Final.pdf · Muka surat 4- 5 Muka surat 7 Muka surat 4- 5. 2 Dari Meja Pengarang Sidang Pengarang Ketua Pengarang Ramli bin Napiah Pengarang

5

Sometimes it is due to turbulence in the industry; too small jobs and too many players. This can also cause inadequate margin.

5. Under CapitalizedWe have to look at the balance sheet. We have debts, debtors and creditors. Some of the symptoms of under capitalization is when we have stretched payment for creditors. The balance sheet also shows high debt/equity ratio. Some companies borrow money to pay for their debts. That is an obvious symptom of under capitalization. I hope it do not happen in our group.

6. External Factors External threats are normally beyond the control of management. For example, when there is a shift in market demand or change in certain technology. Some of us may think that may be it was because we do not belong to a certain group favoured by the government. But we cannot use that as an excuse to just sit down. That is a defeating approach. If we are the lowest in tender and the best in technologies, I’m sure we can secure the job. These problems occur in other companies as well. Even for those so called favoured group, they are not always successful. There is no end if we keep giving excuses for not getting projects. All we have to do is to focus our priority.

Dear brothers and sisters,My elaboration on the above factors is for us to share experiences as a learning point as well as to derive lessons from them. Further, let’s put our effort together to find the best solution to develop our beloved company. We will face management and business crisis if we do not take effort to avoid the above stated problems. In relation to that, I would like to suggest a few steps that both management and staff have to take :

First, we need to have adequate cash management and control. If we keep on slipping the projection forecast, there must be something wrong in the system either in the costing system, reporting system or may be in our relationship with customers.

Second, we must realise that relationship with creditors or debtors is important. If we delayed payment, words will spread around and due to that our cost will increase due to higher prices from them the next time around. When we have high cost we will have lower margin and lower margin is part of failure of many companies. So, first it’s better to look at the costing. It is difficult to bring RM1 million turnover, but, it should be easier to save 5% of our cost to give us better margin. Then, we have to look into our relationship with the creditors. We have to find ways and mean to stabilize relationship with them. We need to discuss and explain to them so that their quotations remained competitive.

Third, is to find solution and not to find blame, which is part of our “akhlak” with peers and colleagues. It is important for the management to stay calm in time of crisis and it is OK to explain to our subordinates about actual situation. There is no need to hide problems. Stress the needs for support. Keep the line of communication flowing. In

are also part and parcel of “muamalat”.

Brothers and sisters,Through my experience, there are many factors contributing towards the failure of a business among which :

1. UndermanagementSometimes we feel that business fails because of bad management. Not always so. More often it is because of undermanagement. Bad management is due to one or more wrong doings being committed. But, undermanagement is when we are not doing enough of the right things or simply do not do anything or inaction. We may not be doing the wrong things, but at the same time we do not do enough of the right things. Most companies failed because of undermanagement, not because of bad management.

Of course there were cases where there is intention of fraud and this is bad intention and bad management. However most companies fail because of undermanagement. Senior management set examples, directions, strategy through information technology, procedures and controls and select resources, money and people. All these aspects are senior management directives and there are times we do not do enough of the right things in all these aspects and as such we are undermanaging the company.

2. Over CommitmentIt means management ability to function with a clear, purposeful and effective focus. Over commitment may be due to the complexity of the project. Sometimes we try to handle projects which are too complex and we don’t have enough expertise or the right people to implement the project. Sometimes we have too much diversity in the project. They may fall under power engineering, but, they may require different expertise. Although the general expertise is project management, sometime we do need specific expertise for specific projects. So, if we do not have enough people, we fall in the category of over commitment in terms of human resources. Or it may be we are taking too many projects causing the company to stretch it’s limit, lack of time, lack of finance and lack of control.

3. Over CostingCost relates to material, labour and overhead. Some the symptoms are inadequate costing and reporting system. Sometimes we missed the forecast and sometimes we didn’t do adequate budgeting. Everytime we run away from the budget, it means we did not do proper budgetting. Sometimes it is due to ineffective tracking system or we don’t have a proper tracking system in control which causes us to miss target and have excessive stock. Over costing also cause us to have low bid success rate. Hence, we must always have cost measurement and improvement.

4. Inadequate MarginsThis is obvious. If we don’t have enough margin, of course we can’t be successful. We have to realised that margins are function of cost and selling price. Inadequate margin means we are selling too low or our cost are too high. Either way, our margin is low.

time of crisis, there is a need for frequent reporting, probably once a week instead of once a month. We want to avoid rumours, keep the staff informed as rumours are the worst enemy. We must not look for scapegoats. I wish you will find solution through brainstorming and “syura”. Sometimes the solution are already in you. The concept of “syura” is to brainstorm, have agreed solutions and remain united to handle the problems. “Syura” will unleash people power and people, no matter how small, when united will have the power to overcome bigger problems. Many people, if not united, will not be able to face even smaller problems.

Fourth, look into how to reduce expenses by looking at the breakdowns such as phone bills, travelling expenses, etc. It is not required to cut necessary expenses unnecessarily. We must have the right priority. If we can save expenses, we will improve our margins. In time of crisis, we must keep our mind that survival of the company takes precedence of everything. Isn’t it better to survive 3 or 4 years rather than be happy just for 6 months?

Fifth, is to look into the overhead expenses. Sometimes there is a need to merge certain departments or divisions. Laying off staff shall be the last resort. Sometimes the strategy of laying off staff does not work for temporary economic crisis condition. We have to assure the staff that we are making our best for everybody’s survival.

Lastly, we need to strengthen the ability of the management team by strengthening our weaknesses and strengthening on our common strength. We have to put everybody’s heart in the right place and of course this comes with “iman”. We must have loyalty, commitment and willingness to change. Without willingness to change, we will not move. Allah send Rasulullah s.a.w. to change from “syirik” to “tauhid”, from “maksiat” to “good deeds”. However, to change is hard and requires strong “iman”.

I would also like to stress that whenever we want to have strategies, we must define our objectives. Is it to reduce lost or to break even the profit? We must be realistic and rationalistic in our budget. Nothing is more upsetting than giving good budget but we keep missing the budget. All of us must try to understand about cash flow management, irrespective whether we are General Managers, Project Managers or Project Engineers. We must not leave it only to the Accountants. For instant, Project Manager must know that if he misses an invoice, then cash flow projection will go haywire.

In summary, we have first to inquisitively evaluate why our business is under performance. Second, we have to focus on treating the causes, not the symptoms. Third, we have to be realistic in our targets. Then, we have to seek assistance from the people that we trust or from our seniors. Last, but not least, please do not procrastinate because procrastination means we are adding more problems to our already big problem.

Thank you. Wassalam.

Amanat Naib Pengerusi Eksekutif

5

Page 6: KDN. PP 2636 / 5 / 2003 Ingress Edisi 3 Final.pdf · Muka surat 4- 5 Muka surat 7 Muka surat 4- 5. 2 Dari Meja Pengarang Sidang Pengarang Ketua Pengarang Ramli bin Napiah Pengarang

6

Berita Korporat

“Joint Venture Companies of Thailand, will Reinforce Their Productions”“Japan Katayama Industry”They build a new factory in order to expand the markets, and hope can get Yen 1,000,000,000 per year.

KATAYAMA Automobile Parts Manufacturer will reinforce their productions in their Joint Venture Company “INGRESS” of Thailand. They have had MITSUBISHI and MAZDA as their business partners already.

From this year on, they are going to extend their new business partner. So, they have to establish a new factory after that. They stand a chance to get Yen 1,000,000,000 per year, which is the double of last year.

“INGRESS” was establish in 1997 in Rayong, Thailand, which has one Malaysian automobile parts manufacturer as its partner. They are manufacturing the frames of car doors and some other things of the cars. Until now, they supply their some parts to the other joint venture factories such as MAZDA, FORD and MITSUBISHI Industry.

From this year on, they start a new business with ISUZU GENERAL MOTORS. And from November this year, they start to supply the frames of the car doors and some other things to HONDA. So, that is why they established a second factory (4350 sqm) in March, just located at the next door of their first factory (3360 sqm). They made new equipment at their second factory which were sent from Japan. So, after that, their production lines go up to be 10 lines from 5 lines, which costs about Yen 1,300,000,000.

In order to save the costs and develop the markets, since the latter of 1980, all of the automobile manufacturers have tried to manufacture automobile parts in South

East Asia. That is also why all of them have to establish new factories and have to do some other things in South East Asia.

President KATAYAMA said: “We must supply to the other factories around the world. If we couldn’t do that, then we couldn’t compete with the other companies. And now, I think Thailand is a very important place and point for our business”.

Lawatan dari Maybank Securities ke Ingress Operas NilaiPada 10hb. Januari, 2003, jam 10.00 pagi bertempat di Ingress Operasi Nilai, satu lawatan dari para penganalisis pelaburan syarikat telah diadakan. Lawatan ini adalah hasil dari insiatif pihak Maybank Securities bagi memperkenalkan Ingress di dalam pengeluaran komponen kereta.

Antara wakil yang hadir untuk lawatan tersebut adalah wakil dari Pacific Mutual Fund, BHLB Asset Management, Great Eastern Life Assurance, EPF dan Maybank Securities itu sendiri. Sebelum mereka dibawa ke kilang, mereka juga telah diberi penerangan oleh En. Hamidi Maulod mengenai operasi perkilangan secara keseluruhannya. Aktiviti lawatan ini berakhir pada jam 11.30 pagi dan para penganalisis diberi cenderamata sebagai tanda penghargaan daripada pihak syarikat di atas minat mereka untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Ingress.

“Short Write-up on Ingress by Hwang-DBS Securities Berhad”Ingress announced that it has received approval from the Ministry of Energy, Communications and Multimedia to implement mini hydro power plants in Peninsular Malaysia. Ingress is in joint venture (JV) with H2E Engineering Sdn. Bhd. to build four power plants with a combined capacity of 8.4MW. The approvals of other authorities including the Energy Commission and the execution of a Power Purchase Agreement (PPA) are still pending.

Ingress estimates the total cost to be RM 45 million. Assuming a 50:50 JV, Ingress will have to fork out at RM 23 million for its portion. This assumption is high as it excludes gearing at the JV level. Assuming a 50% debt to equity ratio (not usual for power projects), Ingress outlay will be just RM 12 million.

Funding should not be a problem for Ingress as it has cash balances amounting RM 37 million as at October, 2002. However, we remain concerned over the diversification away from its core auto parts business. Nevertheless, this project is small scale and a PPA will lower the risk. We are maintaining our BUY recommendation with a RM 4.10/share price target based on 8x FY Jan 04 earnings.

Para penganalisis dibawa melawat ke kawasan kilang dan telah diberi penerangan oleh En. Damiri bin

Mohd. Tomin (Pengurus Perkilangan IPSB)

Page 7: KDN. PP 2636 / 5 / 2003 Ingress Edisi 3 Final.pdf · Muka surat 4- 5 Muka surat 7 Muka surat 4- 5. 2 Dari Meja Pengarang Sidang Pengarang Ketua Pengarang Ramli bin Napiah Pengarang

7

Berita Kualiti

Langkah-langkah di dalam Menyelesaikan Masalah

Info QCC

Langkah 1: Mengenalpasti Masalah

Sebelum mengenalpasti masalah, tanyalah diri kita dahulu apa yang boleh kita laksanakan melalui aktiviti QCC. Contohnya:• Membuat sesuatu dengan lebih tepat• Membuat sesuatu dengan lebih cepat• Membuat sesuatu yang lebih cepat dan berterusan• Membuat sesuatu dengan lebih murah• Membuat sesuatu dengan lebih mudah

Jenis masalah Secara Spesifik:• Peningkatan Produktiviti• Peningkatan Kualiti• Pengurangan Kos• Penghantaran Barangan• Pembaikan Proses dalam Pengeluaran• Menjamin Keselamatan• Meningkat Moral

Langkah 2: Memilih Tema / Projek

Kumpulan mestilah memilih subjek yang boleh menghapuskan masalah besar yang dijangka boleh memberi kesan kebaikan, peningkatan dan dapat menguatkan lagi daya saing syarikat. Bandingkan syarikat kamu dengan syarikat lain (terutamanya syarikat pesaing) tentang masalah besar yang dihadapi.

Kenalpasti punca-punca pembaziran, ketidakstabilan dan kekeliruan dan proses pengeluaran. Harus diingat bahawa perbincangan sesama ahli kumpulan adalah kemestian dan tema/projek yang dipilih mestilah berhubung-kait dengan ka-wasan kerja kumpulan.

Kesannya adalah:• Meningkatkan aktiviti kumpulan• Memperbaiki proses pengeluaran• Mengurangkan kos pengeluaran• Mengurangkan kesilapan dalam proses• Meningkatkan jumlah jualan

SIRIM “Surveillance Audit”

Suasana di Bilik Operasi 2 ketika audit Sistem QS-9000 sedang berjalan.

Salah seorang daripada kakitangan Ingress Operasi Nilai sedang mem-beri penerangan kepada Juruaudit.

7

Audit Sistem Kualiti QS-9000 oleh SIRIM QAS telah dijalankan pada 19 dan 20hb. Disember, 2002 bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 5.30 pagi di Bilik Operasi 1 & 2, Ingress Operasi Nilai. Audit ini telah dijalankan ke atas Ingress Engineering Sdn. Bhd. (IESB) dan Ingress Precision Sdn. Bhd. (IPSB) secara serentak. Objektif utama audit ini diadakan adalah untuk mengaudit perlaksanaan Sistem Kualiti QS-9000 di IESB dan IPSB.

Pada kali ini, audit telah diketuai oleh En. Zakaria bin Mohd. Nor dengan dibantu oleh En. Parama Iswara dan En. Kamaruzaman bin Mohd. Jusoh. Hasil dari audit yang dilakukan oleh Juruaudit SIRIM QAS ini, enam NCR berkategori “Minor NCR” telah dikeluarkan terhadap IESB dan IPSB. Walau bagaimanapun, jumlah NCR yang dikeluarkan telah berkurangan sebanyak dua NCR berbanding lapan NCR pada tahun 2001.

Adalah diharapkan agar pada tahun-tahun akan datang, Ingress Operasi Nilai akan lebih bersedia untuk menghadapi audit Sistem Kualiti QS-9000 agar tiada NCR yang dikeluarkan.

Page 8: KDN. PP 2636 / 5 / 2003 Ingress Edisi 3 Final.pdf · Muka surat 4- 5 Muka surat 7 Muka surat 4- 5. 2 Dari Meja Pengarang Sidang Pengarang Ketua Pengarang Ramli bin Napiah Pengarang

8

Berita Kualiti

Konvensyen QCC Peringkat Pembekal PROTONKonvensyen QCC Peringkat Pembekal PROTON telah diadakan pada 22hb. Januari, 2003, bertempat di Hotel Summit, Subang USJ. Konvensyen QCC ini disertai oleh Kumpulan “Help and Support” dari Syarikat Ingress Precision Sdn. Bhd. dengan objektif untuk mempromosi dan membangunkan budaya QCC kepada pembekal PROTON. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memperbaiki produktiviti dan kualiti melalui teknik-teknik QCC selain dari memberi peluang kepada pembekal PROTON untuk berkongsi pendapat di dalam menyelesaikan masalah.

Sesungguhnya penyertaan Kumpulan QCC dari Syarikat Ingress di dalam Konvensyen Pembekal PROTON merupakan penyertaan yang pertama. Setelah melalui peringkat saringan pada 30hb. Oktober, 2002, Kumpulan “Help and Support” telah berjaya menempatkan diri di dalam kelompok enam pasukan yang akan yang akan bertanding di peringkat akhir Konvensyen QCC Pembekal PROTON.

Konvensyen QCC peringkat akhir ini telah menempatkan Kumpulan “Help and Support” sebagai Juara dengan merangkul Piala Pusingan dan Hadiah wang tunai sebanyak RM 2,000.00.

Sesungguhnya, ini merupakan penyertaan yang cemerlang bagi penyertaan yang pertama. Adalah diharapkan agar kecemerlangan ini dapat dikekalkan dan diteruskan oleh Kumpulan-kumpulan QCC yang lain.

Anggota Kumpulan QCC “Help and Support” bergambar kenangan bersama-sama dengan Piala Pusingan dan replika cek yang dimenangi.

Lawatan oleh Kelab Pembekal TOYOTA dari Filipina

Ingress Technologies Sdn. Bhd. (ITSB) telah menerima kunjungan daripada wakil Kelab Pembekal TOYOTA dari Filipina pada hari Khamis, 14hb. November, 2002 yang lalu. Kunjungan ini diketuai oleh Mr. Nobuharu Tabata, Presiden TOYOTA Motor Filipina dan diikuti oleh seramai 21 orang wakil Kelab Pembekal TOYOTA.

Pemilihan ITSB sebagai destinasi lawatan mereka ialah di atas cadangan pihak PERODUA dan Daihatsu.

Rombongan ini tiba di ITSB pada jam 1.30 petang dan telah diberi-kan penerangan mengenai Ingress Corporation Berhad dan ITSB oleh Tn. Haji Ab Rahim Husain, Pengarah Urusan ITSB. Seterusnya peserta rombongan ini telah dibawa mengikuti “Plant Tour” oleh pengurusan ITSB, dengan diketuai oleh En. Mohd. Sorihan Moha-mad, Pengurus Besar.

Rombongan berangkat pulang pada jam 3.00 petang.

Rombongan merakamkan kenangan di hadapan bangunan kilang ITSB.

Berita “Subsidiaries”

Page 9: KDN. PP 2636 / 5 / 2003 Ingress Edisi 3 Final.pdf · Muka surat 4- 5 Muka surat 7 Muka surat 4- 5. 2 Dari Meja Pengarang Sidang Pengarang Ketua Pengarang Ramli bin Napiah Pengarang

9

Berita “Subsidiaries”

Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan yang lalu, ITSB telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa pada 12hb. November, 2002. Majlis ini diadakan di perkarangan kawasan kilang ITSB dan juga di kantin ITSB.

Majlis ini dimulakan dengan program ceramah agama oleh Ustaz dengan ceramah bertajuk “Ramadhan”. Majlis ini dirasmikan oleh Naib Pengerusi Eksekutif, Ingress Corporation Berhad, Tn. Hj. Rameli bin Musa. Kakitangan disajikan dengan hidangan berbuka puasa seperti Nasi Tomato, Kebab dan juga Sate Kajang.

Selepas sahaja menjamu selera, majlis ini disusuli pula dengan Solat Isyak dan Solat Tarawikh berjemaah. Majlis ini telah dihadiri oleh Pengarah Ingress Corporation Berhad, semua kakitangan ITSB, dan juga jemputan yang lain.

Kebab daging dan ayam, antara menu yang disediakan.

Taklimat Naib Pengerusi Eksekutif, Ingress Corporation Berhad di ITSB

Majlis Taklimat Naib Pengerusi Eksekutif Ingress Corporation Berhad telah diadakan di Ingress Technologies Sdn. Bhd. (ITSB) pada 06hb. Februari, 2003. Majlis taklimat ini diadakan buat pertama kali pada tahun 2003 dan dihadiri oleh semua kakitangan ITSB.

Majlis dimulakan dengan sessi taklimat oleh Pengarah Urusan ITSB, Tn. Hj. Ab Rahim bin Husain dan seterusnya oleh Naib Pengerusi Eksekutif, Ingress Corporation Berhad, Tn. Hj. Rameli bin Musa. Antara topik yang disentuh oleh beliau ialah mengenai perkembangan syarikat, sifat amanah dan jujur di dalam

kehidupan seharian.

Pada petang itu juga, majlis dimeriahkan dengan sambutan ulang tahun kelahiran Pengarah Urusan ITSB, Tn. Hj. Ab Rahim bin Husain dengan upacara memotong kek setinggi dua tingkat dan pemberian kad ucapan dan hadiah. Selain itu, ITSB juga turut meraikan pertukaran En. Mohd. Sorihan bin Mohamad ke Ingress Engineering Sdn. Bhd. (IESB).

Majlis ini diakhiri dengan sedikit jamuan pada jam 6.45 petang.

Sessi penyampaian taklimat oleh Tn. Haji Rameli Musa.

Acara memotong kek sempena ulang tahun kelahiran Tn. Hj. Ab. Rahim Husain.

Penyampaian cenderamata tanda kenangan kepada En. Mohd. Sorihan bin Mohamad.

Majlis Jamuan Berbuka Puasa ITSB

Page 10: KDN. PP 2636 / 5 / 2003 Ingress Edisi 3 Final.pdf · Muka surat 4- 5 Muka surat 7 Muka surat 4- 5. 2 Dari Meja Pengarang Sidang Pengarang Ketua Pengarang Ramli bin Napiah Pengarang

�0

Berita “Subsidiaries”

Pada 02 dan 03hb. Disember, 2002, ITSB dengan kerjasama Unit Surau, Kelab Kebajikan, ITSB telah melawat perkampungan saudara baru yang terdiri daripada kaum orang asli di kawasan Bukit Berun-tung untuk mengagihkan duit Zakat bagi tahun 2002.

Pengagihan wang Zakat ini dilakukan oleh Pengurus Sumber Manusia, En. Hilmi Hamdan dan ditemani oleh wakil dari Jabatan Agama Islam Selangor, Ustaz Zulkifli Dawang serta wakil Kelab Kebajikan.

Selain dari perkampungan orang Asli, Zakat ini juga telah diagi-hkan kepada asnab yang tinggal di Perkampungan Orang Asli di Ulu Yam, Perkampungan Orang Asli Hulu Tamu, ibu-ibu tunggal dan masyarakat miskin di Bukit Sentosa dan Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung.

Semoga usaha-usaha seperti ini mendapat keberkatan dan dijadikan iktibar.

Kursus Kesedaran ISO 9001 : 2000Pada 30hb. Januari, 2003, Kumpulan Multi Discovery telah mengadakan kursus Standard Sistem Pengurursan Kualiti ISO 9001 : 2000 bertempat di Institut Kesela-matan dan Kesihatan Pekerjaan (NIOSH),

Bandar Baru Bangi. Seramai 28 orang kakitangan daripada Kumpulan Multi Discovery telah terpilih untuk mengikuti kursus ini yang bertujuan untuk memberi kesedaran terhadap Standard Sistem

Pengurusan Kualiti ISO 9001 : 2000 dan menyediakan peserta dengan faktor-faktor kunci kejayaan semasa mengaplikasikan Standard Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001 : 2000.

Sesungguhnya kursus ini memberi kes-edaran betapa pentingnya perlaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti dalam syarikat Kumpulan Multi Discovery. Faktor-faktor kejayaan dan kegagalan juga turut dit-erangkan dengan terperinci agar dapat dijadikan iktibar semasa perlaksanaan sistem itu nanti. Prinsip-prinsip yang menunjangi Sistem Pengurusan Kualiti 9001 : 2000 juga turut diterangkan semasa kuru-sus ini dijalankan.

Kursus ini dikendalikan oleh Neville Clarke (Malaysia) yang diwakili oleh Mr. Yee Wai Chung. Adalah diharapkan agar kursus ini dapat memantapkan pemahaman para pe-serta terhadap elemen-elemen yang diper-lukan dalam pengurusan kualiti syarikat ke arah memastikan syarikat dapat berdaya saing pada masa hadapan.

Pengagihan Wang Zakat ITSB kepada Saudara Baru di ka-langan Orang Asli di kawasan Bukit Beruntung

Pengagihan wang Zakat syarikat kepada salah seorang dari-pada saudara baru.

Sebahagian daripada saudara baru yang hadir.

Page 11: KDN. PP 2636 / 5 / 2003 Ingress Edisi 3 Final.pdf · Muka surat 4- 5 Muka surat 7 Muka surat 4- 5. 2 Dari Meja Pengarang Sidang Pengarang Ketua Pengarang Ramli bin Napiah Pengarang

��

lagi berhadapan dengan cabaran yang memerlukan kekuatan mental dan spiritual, sekaligus memaksa beliau berdikari menempuh dugaan demi dugaan. Namun, semua pengorbanan nyata berbaloi dengan penganugerahan ijazah di dalam bidang “Mechanical Engineering”.

D. Latar Belakang Keluarga / Perjalanan Hidup

Beliau berasal dari keluarga sederhana. Bapa beliau bergiat di dalam bidang pertanian manakala ibu beliau merupakan suri rumah sepenuh masa. Beliau adalah anak kedua dari empat orang adik-beradik. Usia rumahtangga beliau telahpun menjangkau 17 tahun dan kini beliau mempunyai empat orang cahaya mata iaitu: Farhana (16 tahun); Mardhiah (12 tahun); Shazwani (10 tahun); dan Nabihah (2 tahun).

E. Pengalaman Kerja

Atas usaha gigih tanpa penat dan jemu di dalam mentelaah dan mendalami ilmu-ilmu kejuruteraan, beliau telah ditawarkan untuk berkhidmat sebagai jurutera di Bahagian Bengkel Perkilangan Angkatan Tentera oleh Kementerian Pertahanan Malaysia, bertempat di Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan. Setelah berkhidmat di sana selama enam tahun (1985-1990), beliau beralih angin dengan menyertai FIMA Metal Box pada Ogos 1990 sebagai Jurutera Projek. Sepanjang tempoh perkhidmatan di syarikat berkenaan, beliau telah dinaikkan pangkat dari Jurutera Projek kepada Penolong Pengurus Perkilangan sehingga kepada Pengurus Perkilangan dan Kualiti.

Kemudian beliau menyertai Hitachi Air-Conditioning Products (M) Sdn. Bhd. di Bangi pada tahun 1993 sebagai Penolong Pengurus dan berkhidmat di sana sehingga tahun 1994. Pada Mei 1994, beliau telah diterima masuk ke syarikat Ingress Engineering Sdn. Bhd. (IESB) sebagai Pengurus Projek yang bertanggungjawab secara langsung di dalam proses penubuhan Ingress Precision Sdn. Bhd. (IPSB), untuk sama-sama menggembleng tenaga di dalam pembangunan projek ‘Door Sash’. Setelah IPSB memulakan proses pengeluarannya pada Julai 1995, beliau telah dilantik sebagai Pengurus PE/QC sehingga Januari 1996. Apabila pihak pengurusan Ingress berhasrat untuk menubuhkan Ingress Research Sdn. Bhd. (IRSB), beliau telah terpilih untuk menyertai syarikat berkenaan pada 16hb. Mei, 1996, di mana beliau bertanggungjawab untuk membuat perancangan dan membangunkan syarikat berkenaan.

Setelah dua tahun berkhidmat di IRSB, beliau telah dilantik sebagai Pengurus Jualan dan Pemasaran untuk Kumpulan Syarikat Ingress. Di sini, beliau bertanggungjawab untuk merancang dan menjalankan aktiviti yang diperlukan untuk melebarkan operasi syarikat di dalam perniagaan sedia ada mahupun perniagaan baru. Namun khidmat beliau masih diperlukan di IRSB, lalu pada April 1999, beliau kembali ke sana sebagai Pengurus, menggantikan En. Mohd Idris Karim. Kemuncak perkhidmatan beliau adalah pada 01hb. Februari, 2003, apabila beliau telah diberi kepercayaan dan dilantik sebagai Timbalan Pengurus Besar, yang bertanggungjawab mengawalselia perkembangan IRSB dan Ingress Technology Centre (ITC) di Bangi.

Personaliti

Peringkat Eksekutif

A. Biodata

Nama : Mohd Pakarudin bin Musa Tarikh Lahir : 01hb. Mac, 1961 Tempat Lahir : Pasir Mas, Kelantan Alamat : No. 15, Jalan Tenaga 9 Taman Tenaga Off Jalan Reko 43000 Kajang, Selangor Nama Isteri : Haniza binti Md. Ramli

B. Pertemuan dengan Isteri

Beliau telah bertemu jodoh dengan Pn. Haniza binti Md. Ramli, yang berasal dari Parit Buntar, Perak. Beliau tidak menyangka bahawa perkenalan yang tumbuh melalui rakan-rakan sekerja akhirnya mekar sehingga kedua-duanya mengikat janji dan melangsungkan perkahwinan pada tahun 1986 dan ia utuh sehingga kini.

C. Pendidikan Awal hingga Tertinggi

Beliau memulakan alam persekolahan di Sekolah Kebangsaan Pasir Mas, Kelantan pada tahun 1968. Setelah tamat sekolah rendah, beliau ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) di Ipoh, Perak Darul Ridzuan, sekolah berasrama penuh yang terkemuka ketika itu. Ini merupakan satu titik peralihan di dalam hidup beliau kerana banyak pengalaman baru yang telah ditempuhi sepanjang tempoh persekolahan di sana.

Keputusan cemerlang yang diraih semasa berada di alam persekolahan peringkat menengah menyebabkan beliau telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat “A Level” di College of Further Education, Plymouth, Devon, England. Kemudian, beliau telah melanjutkan pelajaran di University of Strathclyde, Glasgow, Scotland dan telah diijazahkan dengan “Bachelor of Science in Mechanical Engineering”. Sepanjang tempoh berada di negeri orang, beliau sekali

Page 12: KDN. PP 2636 / 5 / 2003 Ingress Edisi 3 Final.pdf · Muka surat 4- 5 Muka surat 7 Muka surat 4- 5. 2 Dari Meja Pengarang Sidang Pengarang Ketua Pengarang Ramli bin Napiah Pengarang

12

F. Prinsip/FalsafahHidup

Beliauyangberpegangkepadapentingnyapelajarandanilmu,amatberpuashatidenganpencapaianakademiknya.Tawaran yang diterima untuk melanjutkan pelajaran keluar negara dianggap sebagai “turning point” ataupuntitik peralihan penting ke arah pembentukan masa depanyangcemerlang. Ini keranapadamasaberkenaanbeliauperlumembuatpilihan:bagaimanadankemanaarahtujuhidupbeliaukelak,darisegisahsiahdanpekerjaan.Beliaumengenang kembali, bagaimanaperlunyaadapeganganagamayangkuatdanniatuntukterusberadadekatdenganIslam. Cabaran terhadap pegangan agama amat kuat,terutamanyaketikaberadadiperantauandimanaseseorangitubebasmembuatpilihansamadauntukhidupbebastanpabatasanataumengikutlunas-lunasagama.

Buku ‘Ihya ‘Ulumuddin’ karya Imam Al-Ghazali dan ‘TheSeven Habits of Highly Effective People’ karya Dr. StevenCoveymerupakanpanduanbeliaudalammendalamidanmembentuksahsiahdanpemikiransebagaiseorangmuslim.IlmuyangdipelajaridarihasilkaryaImamterkemukaIslamberkenaan turut telah menguatkan semangat beliau untukmengharungi cabaran di perantauan. Kata beliau lagi,sebenarnyaideayangdiketengahkanolehStevenCoveydidalambukunyaadalahkonsepyangtelahditekankanolehIslam sejak awal lagi. Cuma, Dr. Steven Covey mengolahideatersebutdengangayayangmenyeluruh,membuatkaniatampakbegituefektif.Namun,sekiranyadilihatdenganmendalam dan teliti, barulah seseorang itu akan sedarbahawaiatiadalaindariapayangtelahditerapkanolehIslamagardiamalkanolehpenganutnya.

Beliau amat bersyukur kerana berkhidmat di Ingressmerupakan satu rahmat kerana di sini (Ingress) mudahuntukmengamalkanIslam,baikdarisegipengamalanataupembelajaran.BerbandingketikadiKementerianPertahanandahulu, terdapat kod etika yang telah awal-awal lagimemisahkankerjadenganpolitikdanagama.Katabeliau:

“Initelahmenghadkankegiatandanpenyebaranilmu-ilmuIslamdikalangankakitanganketikaitu”.

Walaubagaimanapun,setelahberadadiIngress,beliauberasalega kerana usaha untuk mempelajari dan mengamalkanIslamtidaklagitergangguolehperaturanyangketatkeranadisini,aktivitisebeginiamatdigalakkan.

G.Kata-kataDorongandanNasihatuntukKakitanganIngress

Sebagaikata-katadorongandannasihatkepadakakitanganIngress yang lain, beliau ingin mengajak kita semuamemikirkantujuankitabekerjakeranakatanya:

“Kita perlu jelas kenapa kita bekerja. Jika duit adalahpenyebabkitabekerja,iatidakakanmembawakitakemana-mana.Olehitu,lapangkanlahdadadantetapkanlahfikiranbahawakitabekerjauntukmendapatkeredhaanAllahs.w.t.Jadi,sekarangkitatelahpunberadadidalamsuasanayangmemudahkankitauntukberibadat,makasama-samalahkitamengambil peluang ini untuk bekerja di samping mencarikeredhaanAllahs.w.tselagikitaberpeluang”.

Peringkat Bukan Eksekutif

A.Biodata

Nama : AhmadFarisbinOthman TarikhLahir : 12hb.Januari,1974 TempatLahir : KotaBharu,Kelantan BilanganAdik-Beradik : Anakkeempatdari enamorangadik-beradik StatusPerkahwinan : Bujang

B.PendidikanAwalhinggaTertinggi

BeliautelahmenjejakialampersekolahandiSekolahRendahKebangsaanSultanIsmailSatu(1),KotaBharudari tahun1981hingga1986.Setelah tamatpersekolahanperingkatrendah, beliau menyambung pengajian di SekolahMenengah Sultan Ismail, juga di Kota Bharu mulai tahun1987hingga1991.

C.LatarBelakangKeluarga/PerjalananHidup

Mengimbaukembalizamanpersekolahan,beliaumenyatakanbahawaibunyaterlalubanyakberjasapadadiribeliaudankeluarga.Inikeranaayahbeliautelahmeninggalduniaketikabeliaumasihdisekolahrendahdankesemuaadik-beradiknyamasihbersekolahketikaitu.

Demitanggungjawabdanamanah,ibubeliautelahbekerjakerasbagimemastikananak-anaknyadapatmenjalani ke-hidupandengansempurna,sepertikanak-kanakyanglain.Dengan mengambil upah menjahit pakaian, ibunya telahberjayamenyekolahkankesemuaanaknyahinggakepering-katmenengah.Tambahanpula,kakakbeliautelahberjayamelanjutkanpelajarankeluarnegaradanmemerlukanper-belanjaanyangbesaruntukmenampungpengajian.Olehitu,usahagigihdankerjakerasibubeliautelahmem-bibitkankeazamandidalamdiriuntukterusberusaha,demi

Personaliti

Page 13: KDN. PP 2636 / 5 / 2003 Ingress Edisi 3 Final.pdf · Muka surat 4- 5 Muka surat 7 Muka surat 4- 5. 2 Dari Meja Pengarang Sidang Pengarang Ketua Pengarang Ramli bin Napiah Pengarang

�3

Personaliti

memajukan diri sendiri kerana beliau berpendapat, seseorang itu bertanggungjawab memacu kehidupannya dan bebas memilih samada untuk terus maju atau tenggelam di dalam kemunduran.

D. Pengalaman Kerja

Setelah tamat alam persekolahan, beliau yang mempunyai minat mendalam dalam aktiviti memancing dan permainan kereta kawalan jauh (remote control) ini, pada mulanya bekerja membantu saudara beliau menjalankan perniagaan di Kota Bharu. Setelah hampir setahun, perasaan tidak puas dengan pekerjaan ketika itu mula muncul. Bagi menimba pengalaman baru, beliau bertekad untuk merantau ke Kuala Lumpur bersama seorang sepupu beliau. Takdir Allah s.w.t menentukan bahawa beliau dan sepupunya diterima bekerja sebagai Operator Pengeluaran di bahagian “Roll Form-ing” Ingress Engineering Sdn. Bhd. pada bulan April 1993, yang ketika itu beroperasi di Bangi. Beliau bertekad untuk bekerja bersungguh-sungguh dan berusaha meningkatkan diri walaupun banyak dugaan yang terpaksa ditempuhi kerana inilah pertama kali beliau merantau ke tempat orang.

Sejajar dengan hasrat beliau untuk menimba pengalaman dan pengetahuan sebanyak yang mungkin, tuah bagai datang bergolek kerana pada tahun 1995, beliau telah ditukarkan ke Ingress Precision Sdn. Bhd. (IPSB) dan diberi peluang men-jalani latihan di luar negara, bertempat di Katayama Kogyo, Jepun selama tiga bulan. Peluang keemasan ini digunakan sebaik mungkin untuk mempelajari dan mendalami teknik-teknik dan ilmu yang berkaitan dengan pekerjaan beliau di bahagian “Roll Forming” dengan mendampingi kakitangan Katayama Kogyo yang berpengalaman dalam bidang berk-enaan. Pengalaman berada di Jepun telah memberi banyak pendedahan kepada beliau mengenai budaya kerja rakyat Jepun, yang telah dipraktikkan sekembalinya ke Malaysia.

Setelah tamat kursus berkenaan, beliau telah diletakkan sebagai “Leader” di “Line C dan D”, “Roll Forming” IPSB. Peluang ini digunakan sepenuhnya oleh beliau untuk mem-praktikkan kesemua ilmu yang telah dipelajari semasa di Katayama Kogyo. Pada masa yang sama minat beliau di dalam bidang kejuruteraan robot juga semakin men-dalam. Seterusnya, pada tahun 2000, atas minat dalam bidang berkenaan, beliau telah ditukarkan ke Jabatan “Production Engineering” sebagai Fitter, yang bertanggung- jawab menyelenggara mesin-mesin dan robot.

E. Prinsip / Falsafah Hidup

Apabila ditanya tentang prinsip dan falsafah hidup, beliau yang masih bujang menyatakan beliau berpegang pada prinsip cuba untuk terus belajar dan memajukan hidup dan kerjaya. Ini adalah kerana beliau yang amat berminat men-dalami bidang kejuruteraan robot ini ingin mencapai cita-cita idaman menjadi seorang yang berkepakaran dalam bidang berkenaan dan ingin menjadi ‘specialist’ kejuruteraan robot di Ingress. Oleh yang demikian, beliau mengambil peluang untuk terus belajar di dalam bidang tersebut.

F. Kata-kata Dorongan dan Nasihat untuk Kakitangan Ingress

Di akhir perbualan, beliau menyatakan bahawa kita semua (kakitangan Ingress) sepatutnya berasa amat bersyukur kerana telah ditakdirkan bekerja di sini (Ingress). Ini adalah kerana, berdasarkan pengalaman selama hampir sepuluh tahun bersama Ingress, beliau mendapati ada kebebasan dan ruang untuk memajukan diri di sini. Peluang memang sentiasa terbuka, terpulang kepada kakitangan samada mahu menyahut cabaran demi meningkatkan diri atau kekal di takuk lama. Ini adalah berdasarkan apa yang beliau tempuhi send-iri, di mana Ingress memberikan peluang untuk meningkatkan diri dan beliau bersyukur kerana telah mengambil peluang berkenaan. Jika tidak, mungkin tiada perubahan pada kerjaya beliau. Bertukar-tukar tempat kerja dalam tempoh masa yang singkat juga adalah satu kesilapan, kata beliau. Bukankah lebih baik jika seseorang itu kekal di satu-satu syarikat dan belajar memahirkan diri dalam bidang tert-entu. Bertukar tempat kerja bukan sahaja membuang masa, malah boleh mengurangkan motivasi untuk terus maju jika sukar menyesuaikan diri di syarikat baru. Justeru itu, adalah lebih baik kita kekal di satu syarikat dan memastikan kita mempunyai kemahiran yang cukup untuk menghadapi masa depan yang amat mencabar.

Beliau menyeru kepada semua kakitangan, tanpa mengira pangkat dan latar belakang, agar menitikberatkan seman-gat kerja berkumpulan (teamwork). Pada pendapat beliau, ia adalah satu benteng pertahanan yang kukuh di dalam menghadapi krisis dan masalah di tempat kerja. Sekiranya masalah dihadapi secara berkumpulan, maka peluang untuk menyelesaikannya dengan cepat dan tepat adalah lebih tinggi dan secara tidak langsung, kakitangan dapat menambah ilmu dan pengalaman masing-masing kerana pertukaran idea dan kepakaran dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Di Ingress, kerja berkumpulan ini telah lama diamalkan. Cuma, ia perlu dipertingkatkan lagi supaya kakitangan menjadi lebih efisyen di dalam melaksanakan kerja. Penerapan perlu diberi dari peringkat pekerja bawahan, bermula dengan kakitangan pengeluaran sehinggalah kepada kakitangan penguru-san. Dengan ini, Insya-Allah Ingress akan mempunyai tenaga kerja yang mantap dan berdaya saing, di samping mengeratkan lagi ukhuwah di antara kakitangan.

�3

Page 14: KDN. PP 2636 / 5 / 2003 Ingress Edisi 3 Final.pdf · Muka surat 4- 5 Muka surat 7 Muka surat 4- 5. 2 Dari Meja Pengarang Sidang Pengarang Ketua Pengarang Ramli bin Napiah Pengarang

�4

Fokus

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2002Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2002 telah berlangsung pada 21hb. Disember, 2002 bersamaan 16 Syawal 1423 Hijrah bertempat di perkarangan Ingress Operasi Nilai. Majlis ini diadakan dengan penglibatan semua kakitangan Ingress Corporation Berhad, Ingress Operasi Nilai, Ingress Technologies Sdn. Bhd., Kumpulan Syarikat Multi Discovery dan Ingress Technology Centre.

Kakitangan dan keluarga mula berkumpul di perkarangan Ingress pada jam 10.00 pagi. Manakala tetamu kehormat pula dijangka tiba pada jam 10.30 pagi. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Juruacara Majlis, En. Ahmad Rafaei bin Abdul Rashid (MDSB) dan En. Norhazuan bin Wan Hussin (ITSB). Seterusnya Doa Selamat bagi memberkati majlis pula dibaca oleh Ustaz Mohd. Rusdi Ibrahim pada jam 10.45 pagi.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan pembukaan oleh Naib Pengerusi Eksekutif ICB, Tn. Haji Rameli Musa. Seterusnya pada jam 11.00 pagi, upacara penyampaian anugerah perkhidmatan 10 tahun disampaikan kepada kakitangan yang telah berkhidmat di Ingress melebihi 10 tahun. Mereka yang menerima anugerah ini adalah: En. Anuar Ismail (ITSB); En. Hilmi Hamdan (ITSB); Pn. Zuraida Bahari (IRSB); Pn. Asiah Bahari (IPSB); Pn. Suhaiza Shairi (IESB); En. Lahmuddin Lawan (IAV); En. Mohd. Zafree Adnan (IPSB); Pn. Norhaliza Mohd. Noor (IPSB); En. Mohd. Usri Abdul Aziz (IPSB); dan En. Abdul Rahim Jamaludin (IESB).Tn. Haji Rameli Musa ketika menyampaikan

ucapan beliau.

Kakitangan tidak melepaskan peluang untuk bersalam-salaman dengan para pengarah.

Acara lawatan gerai. Pemenang pada kali ini.

Salah seorang daripada penerima anugerah 10 tahun perkhidmatan.

Page 15: KDN. PP 2636 / 5 / 2003 Ingress Edisi 3 Final.pdf · Muka surat 4- 5 Muka surat 7 Muka surat 4- 5. 2 Dari Meja Pengarang Sidang Pengarang Ketua Pengarang Ramli bin Napiah Pengarang

�5

Fokus

Pada jam 11.15 pagi pula merupakan acara kemuncak kerana Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri ini dirasmikan oleh Pengerusi ICB sendiri, Dato’ Haji Nasir bin Yusof. Sejurus selepas perasmian majlis ini, kakitangan lelaki berbaris untuk bersalam-salaman dengan para pengarah dan kakitangan wanita pula dengan isteri para pengarah. Seterusnya para pengarah dibawa melawat gerai pula untuk diadili. Konsep Gerai pada kali ini bertemakan “Kenegerian”. Sebanyak 9 gerai telah dibuka dengan menu dan negeri seperti berikut: Gerai 1 (Nasi Tomato/Ayam Masak Merah/Dalca Tulang/Acar Rampai ~ Johor); Gerai 2 (Air Mineral/Sirap Selasih/Kopi @ Teh ~ Pahang); Gerai 3 (Nasi Impit/Lemang/Kuah Lodeh/Sambal Tumis/Rendang Ayam ~ Negeri Sembilan); Gerai 4 (Nasi Kerabu/Nasi Dagang/Laksam ~ Kelantan); Gerai 5 (Kebab Daging & Ayam/Burger & Chips ~ Putrajaya); Gerai 6 (Mee Kari/Sup Tulang/Char Kue Teow ~ Penang); Gerai 7 (ABC/Ais Krim/Ais Cendol ~ Melaka); Gerai 8 (Biskut Raya/Kuih-muih/Buah-buahan ~ Perak); dan Gerai 9 (Sate’ Ayam dan Daging ~ Selangor).

Seterusnya pada jam 11.30 pagi, semua tetamu syarikat dijemput menikmati juadah yang disediakan. Sambil menikmati juadah yang disediakan, semua tetamu dipersembahkan lagu-lagu Nasyid yang didendangkan oleh Kumpulan UNIC. Seterusnya, acara penyampaian duit raya pula disampaikan kepada semua anak kakitangan. Majlis juga turut diserikan dengan persembahan daripada kakitangan MDSB dan ITSB.

Majlis berhenti sejenak dengan memberi laluan kepada solat Zohor. Sejurus selepas Solat Zohor, majlis diteruskan dengan sambungan persembahan Nasyid daripada Kumpulan UNIC dan persembahan Nasyid daripada Anak-anak Sarawak. Majlis berakhir pada jam 2.30 petang.

Kumpulan UNIC dengan dendangan Nasyid mereka.

Ucapan perasmian oleh Dato’ Haji Nasir Yusof.

Sebahagian daripada tetamu yang hadir. Persembahan Nasyid daripada Anak-anak Sarawak.

Ketibaan VIP diiringi dengan paluan kompang.

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2002

Page 16: KDN. PP 2636 / 5 / 2003 Ingress Edisi 3 Final.pdf · Muka surat 4- 5 Muka surat 7 Muka surat 4- 5. 2 Dari Meja Pengarang Sidang Pengarang Ketua Pengarang Ramli bin Napiah Pengarang

�6

Jendela “Oversea”

Ingress Autoventures Co., Ltd. (IAV) has organized its 4th Family Day at Wang-Ree, Nakhorn Nayok recently towards IAV policy to create good relationship among IAV staff and families.

Wang-Ree is a resort at Nakhorn Nayok, a province at the east side from Bangkok, and about three kilometers from IAV. A total of 270 participants were involved in this program under a theme “FAMILY IS ENERGY OF LIFE”.

Mr. Anusorn Sridulphan from PVD Department officially lead this program. “I feel very strive to manage this program because it is more challenging compared to last year but I will try to do my best to ensure everybody will enjoy it”, said Mr. Anusorn Sridulphan.

There was something for anyone: walk really, games, drawing competition and drama presentation. The spiritual enhancement also be done through tazkirah during this program.

IAV 4th Family Day

Page 17: KDN. PP 2636 / 5 / 2003 Ingress Edisi 3 Final.pdf · Muka surat 4- 5 Muka surat 7 Muka surat 4- 5. 2 Dari Meja Pengarang Sidang Pengarang Ketua Pengarang Ramli bin Napiah Pengarang

�7

Jendela “Oversea”

IAV Dinner was held on 15th January, 2003 at 9.30 pm between Old Factory and New Factory, Pluakdaeng Rayong, Thailand. The staff and their families were invited to joint this program.

The main agenda to organize this program is to launch the new IAV Scheme of Service. Dato’ Haji Nasir bin Yusof, Chairman of Ingress Corporation Berhad officially opened this program and launched the new IAV Scheme of Services respectively.

The Nasyid Group from Bangkok and Banrodfai School were invited to give their presentation. The last agenda was giving some money (duit raya) to all IAV kids by Pn. Norley binti Noor (Executive Vice-Chairman’s wife).

IAV Dinner and IAV New Scheme of Service Launching

Page 18: KDN. PP 2636 / 5 / 2003 Ingress Edisi 3 Final.pdf · Muka surat 4- 5 Muka surat 7 Muka surat 4- 5. 2 Dari Meja Pengarang Sidang Pengarang Ketua Pengarang Ramli bin Napiah Pengarang

�8

IAV Fire Fighting TrainingIAV has organized Fire Fighting Training on 30th January, 2003 at IAV Factory. This training provided everybody awareness and understanding how to take the suitable action and how to use and handle the Fire Fighting Equipments effectively when the fire is happen.

The training started at 04.30 pm. “For the next training, the participants try to do the best”, said Khun Yuthapong.

Jendela “Oversea”

On 14th November, 2002, the conflagration was held at Line Honda about 11.00 am. This is a second time the similar incident was occurred at IAV Factory.

Line Honda is the new line for IAV Factory. The related person are very struggle to find the origin of this fire. The investigator thought that most of the manpower working with this new machine lack of knowledge and skill to control the machine such as how to handle the machine and how to keep safety from any accidents.

All of the staff support and co-operation to avoid this accident are very important. “Safety First” is very important slogan to keep in our mind as a basic fundamental to ensure a healthy and harmony life.

Conflagration at IAV

Page 19: KDN. PP 2636 / 5 / 2003 Ingress Edisi 3 Final.pdf · Muka surat 4- 5 Muka surat 7 Muka surat 4- 5. 2 Dari Meja Pengarang Sidang Pengarang Ketua Pengarang Ramli bin Napiah Pengarang

�9

Jendela “Oversea”

IAV Business Planning and Budget Presentation for FY 2003 / 2004

IAV Umrah 2002On 21st November, 2002 (16th Ramadhan, 1423 Hijrah), IAV has sent two staff for Umrah 2002 at Mecca al-Mukarramah. They are Khun Saeimadadcha Pathan and Khun Kasem Munah. They were being there for five days, three days at Mecca al-Mukarramah and two days at Madinah al-Munawwarah.

They went back to Thailand on 26th November, 2002.

IAV Business Planning and Budget Presentation for FY 2003 / 2004 was held on 20th to 21st February, 2003 at Hemmaraj Conference Center, Pluakdaeng, Rayong Thailand.

This seminar was attended by 50 person from each department and they were required to present their departmental activities and policies towards the changing and expanding company in the future.

Tn. Haji Rameli Musa, Executive Vice-Chairman of Ingress Corporation Berhad was officially opened this function respectively.

Page 20: KDN. PP 2636 / 5 / 2003 Ingress Edisi 3 Final.pdf · Muka surat 4- 5 Muka surat 7 Muka surat 4- 5. 2 Dari Meja Pengarang Sidang Pengarang Ketua Pengarang Ramli bin Napiah Pengarang

20

Jamuan Perpisahan Mr. Naoto KawaiMr. Naoto Kawai, Penasihat Teknikal Bahagian Pengeluaran, Ingress Precision Sdn. Bhd. (IPSB) telah memulakan khidmat beliau di Ingress pada bulan Oktober 1997. Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau, banyak sumbangan dari segi tenaga, ilmu dan pengalaman yang telah beliau curahkan kepada kakitangan di Ingress.

Setelah berkhidmat di sini selama lima tahun tiga bulan, akhirnya beliau telah menamatkan jawatan di IPSB untuk pulang ke negara asal beliau pada 31hb. Januari, 2003 yang lalu. Sebagai menghargai jasa beliau, satu majlis makan malam penghargaan telah diadakan di Hotel Marriot, Putrajaya pada 03hb. Januari, 2003, yang dihadiri oleh Pengarah Syarikat, Pengurus-Pengurus Besar dan Ketua Jabatan.

Pada majlis berkenaan, Pengarah dan kakitangan yang hadir telah menyatakan bahawa kepulangan Mr. Naoto Kawai ke Jepun adalah satu kehilangan besar buat Ingress dan jasa beliau akan tetap dikenang. Pada majlis berkenaan juga hadirin dipersembahkan dengan tayangan “slide” yang merakamkan gambar-gambar beliau sepanjang penglibatan beliau di Ingress. Pihak syarikat juga turut menghadiahkan beliau cenderamata sebagai penghargaan di atas khidmat yang tidak berbelah-bagi yang telah disumbangkan untuk kemajuan Ingress.

Mr. Naoto Kawai merakamkan kenangan terakhir bersama pihak pengurusan syarikat.

Penyampaian cenderamata tanda penghargaan syarikat kepada Mr. Naoto Kawai.

Majlis Penghargaan dan Perletakan Jawatan En. Mohd Zaki ZainudinPada 17hb. Januari, 2003, satu majlis penghargaan sempena perletakan jawatan kakitangan Jabatan Sumber Manusia, En. Mohd Zaki Zainudin, anjuran Kelab HR telah diadakan di Kantin Ingress Nilai.

Beliau yang mula berkhidmat di Ingress pada bulan Julai 2002 lalu dengan menjawat jawatan Eksekutif Perjawatan telah menjalankan tugas beliau dengan baik dan dedikasi. Namun, beliau yang menaruh harapan untuk menjadi seorang pendidik pada masa hadapan telah mendapat peluang untuk menjalani “Kursus Perguruan Lepasan Ijazah” di Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim, Sg. Petani, Kedah. Seperti orang mengantuk disorongkan bantal, beliau tidak sanggup untuk melepaskan peluang keemasan ini.

Pihak Jabatan Sumber Manusia mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau atas jasa yang telah disumbangkan sepanjang khidmat beliau di sini. Adalah diharapkan agar beliau akan berjaya mendidik anak bangsa supaya menjadi generasi pelapis yang berkualiti pada masa akan datang.

Penyampaian cenderamata tanda penghargaan syarikat kepada beliau.

Latihan yang dijalankan oleh SyarikatSepanjang tempoh Disember 2002 sehingga Februari 2003, syarikat telah mengadakan beberapa siri latihan yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran kakitangan di dalam menjalankan tugas seharian yang mana ia dilatih untuk membantu syarikat ke arah aktiviti pengurangan kos yang menjadi fokus utama syarikat pada tahun 2002 dan dilanjutkan ke tahun 2003. Oleh yang demikian, dengan adanya latihan berkenaan, ia berupaya membantu syarikat mencapai matlamatnya di samping meningkatkan kemahiran kakitangan dari semasa ke semasa.

Berikut adalah program latihan yang telah dijalankan sepanjang tempoh tersebut:

Jenis Latihan Kehadiran Tempat Tarikh Masa (Hari) Objektif

“Understanding & Implementing OSHA and its 21 Bilik Latihan 23 ~ 2 hari Memberi pendedahan dan maklumat mengenai Regulations” Ingress Nilai 24/12/02 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 “Manufacturing Cost Reduction Skills for Executives 24 ESSET 02 ~ 2 hari Mengetahui konsep dan bagaimana melakukan & Supervisors” Kajang 03/01/03 aktiviti pengurangan kos “Training for Trainers” 25 ESSET 16 ~ 2 hari Melatih para peserta untuk menjadi jurulatih dalaman Kajang 18/01/03 yang berkebolehan mengendalikan latihan dengan baik “Value Analysis / 24 Bilik Latihan 28 ~ 2 hari Mempelajari cara mengaplikasi teknik-teknik VA/VE dalam Value Engineering” Ingress Nilai 29/01/03 persekitaran tempat kerja supaya kerja menjadi lebih efektif

Berita HRD

Page 21: KDN. PP 2636 / 5 / 2003 Ingress Edisi 3 Final.pdf · Muka surat 4- 5 Muka surat 7 Muka surat 4- 5. 2 Dari Meja Pengarang Sidang Pengarang Ketua Pengarang Ramli bin Napiah Pengarang

2�

Berita Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan

Pemeriksaan Mesin “Roll Forming 2” di IPSB dan “Vertical Extruder” di IESBSatu pemeriksaan awal di Kilang Ingress Operasi Nilai telah dilakukan oleh Pegawai Pemeriksa Kilang dan Jentera, En. Rabushah Khamis dari Jabatan Kilang dan Jentera Seremban, Negeri Sembilan pada 06hb. Mac, 2003 yang lalu. Pemeriksaan ini dibuat berdasarkan kepada Seksyen 36- 39, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Bahagian V, yang menyatakan bahawa tidak ada mana-mana orang atau pihak dibenarkan memasang apa-apa mesin atau jentera sebelum mendapat kebenaran daripada Pegawai Pemeriksa Kilang dan Jentera.

Pemeriksaan ini dibuat ekoran daripada pemasangan dua mesin baru yang bertujuan untuk meningkatkan kecekapan operasi dan menampung keperluan produk baru bagi IPSB. Perkara asas yang diperiksa adalah No. Siri, Kedudukan Mesin dan Nilai Kuasa Pacu. Pihak Ingress telah diwakili oleh En. Zulkifli Mohamad, En. Mat Ali Mohamed, En. Shamratul Nahar Mohamad dan En. Mohd. Ariff Jahrani.

Pada peringkat akhir pemeriksaan tersebut, Pegawai Pemeriksa telah mendapati bahawa semua pemasangan yang telah dibuat memuaskan serta menepati kehendak undang-undang. Walau bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa pemeriksaan selanjutnya akan terus dilakukan untuk melihat aspek keselamatan pekerja semasa mengendalikan

kedua-dua mesin tersebut.

Di dalam sesi temubual dengan pegawai berkenaan, beliau juga ada menyatakan bahawa banyak pihak dan pengilang, terutamanya kilang-kilang kecil tidak faham atau memandang remeh tentang pendaftaran jentera yang mereka gunakan. Ini menyebabkan ramai pekerja menghadapi risiko pekerjaan tanpa mereka sedari. Selain daripada pemasangan jentera yang baru, kelulusan daripada Pegawai Pemeriksa juga diperlukan untuk mengendalikan semua urusan yang berkaitan dengan pemindahan, pengubahsuaian dan juga penambahan pada mana-mana bahagian jentera sedia ada.

Akhirnya beliau mengingatkan semua pihak bahawa penguatkuasaan ini akan dijalankan kepada mana-mana kilang samada mereka melaporkan atau tidak kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Sebarang perlanggaran kepada Seksyen 36 - 39 ini akan membawa kepada denda tidak melebihi RM 5,000.00.

Perlindungan Kebajikan Sosial (PERKESO)Akta PERKESO 1992 pindaan yang baru telah menambahkan faedah untuk pekerja serta meningkatkan kewajipan dan tanggungjawab majikan terhadap para pekerja di mana setiap majikan termasuk organisasi sosial seperti sekolah, yayasan, “kindergarten” dan lain-lain yang mempunyai lebih daripada seorang pekerja diwajibkan mencarum.

Had gaji yang diwajibkan mencarum juga telah dinaikkan daripada RM1,500.00 kepada RM2,000.00. Peraturan yang baru ini juga memberi peluang kepada pekerja yang gajinya melebihi RM2,000.00 diberi pilihan dengan persetujuan kedua-dua pihak untuk mencarum dengan Perkeso.

Pihak Perkeso ada menyediakan dua skim perlindungan iaitu Skim Insuran Bencana Pekerjaan dan Skim Pencen Ilat. Para majikan diwajibkan mencarum untuk pekerjanya bagi Skim

Bencana Pekerjaan sahaja, manakala untuk Skim Pencen Ilat pula adalah diberi pilihan kepada pekerja mencarum bersama majikan dengan kadar 1% daripada gaji bulanan (0.5% pekerja, 0.5% majikan). Mereka yang mengambil Skim Pencen Ilat secara otomatik akan diberi perlindungan mengikut Skim Bencana Pekerjaan juga.Faedah yang disediakan di bawah Skim Bencana Pekerjaan adalah seperti berikut:

1. Faedah Perubatan 2. Faedah Hilang Upaya Sementara 3. Faedah Hilang Upaya Kekal 4. Faedah Layanan Sentiasa 5. Faedah Orang Tanggungan6. Faedah Pengurusan Jenazah7. Faedah Pemulihan8. Faedah Pendidikan

Keterangan lanjut bagi setiap faedah yang dinyatakan di atas akan dihuraikan pada keluaran akan datang.

Page 22: KDN. PP 2636 / 5 / 2003 Ingress Edisi 3 Final.pdf · Muka surat 4- 5 Muka surat 7 Muka surat 4- 5. 2 Dari Meja Pengarang Sidang Pengarang Ketua Pengarang Ramli bin Napiah Pengarang

22

Kempen Derma DarahKempen Derma Darah telah diadakan pada hari Rabu, 18hb. Disember, 2002 bertempat di kantin Ingress Operasi Nilai bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 5.15 petang. Program ini diadakan dengan kerjasama Jabatan Patalogi, Hospital Seremban dan Unit Kebajikan, Kelab Kakitangan Ingress Operasi Nilai.

Program yang dijadikan sebagai acara tahunan ini diadakan dengan objektif untuk melahirkan kakitangan yang prihatin dan berkongsi penderitaan dengan masyarakat sejagat. Seramai 69 orang kakitangan tidak melepaskan peluang untuk menderma darah.

Program Ceria Ramadhan 2002Program Ceria Ramadhan 2002 telah diadakan pada 15, 22 dan 29hb. November, 2002 bertempat di Pasar Ramadhan, Taman Semarak 2, Nilai Negeri Sembilan. Program ini bermula pada jam 5.30 petang sehingga 6.30 petang.

Program Ceria Ramadhan 2002 adalah merupakan program yang julung kalinya dianjurkan oleh Ahli Jawatankuasa Unit Surau, Kelab Kebajikan Ingress Operasi Nilai dan juga sukarelawan yang kebanyakannya terdiri daripada Kakitangan Ingress Operasi Nilai itu sendiri yang berkonsepkan sedekah kepada orang ramai di bulan Ramadhan. Antara objektif utama program ini dijalankan adalah untuk memperkenalkan dan mengharumkan nama baik Ingress Corporation Berhad.

Pelbagai jenis makanan telah dibahagi-bahagikan kepada pengunjung pasar Ramadhan seperti buah tamar, air kacang soya, kuih-muih, mee hoon dan mee goreng dan kue teow.

Adalah diharapkan agar program sebegini akan terus diadakan bagi melahirkan pekerja-pekerja Ingress yang bertanggungjawab dan prihatin terhadap masyarakat terutamanya fakir miskin, golongan yang lemah dan kurang upaya. Ini adalah kerana sumber kewangan yang diperolehi bagi merealisasikan program ini adalah hasil sedekah daripada Kakitangan Ingress selain dari dana Kelab Kakitangan Ingress (KKI).

Program Tadarrus dan Majlis Khatam al-QuranProgram Tadarrus al-Quran telah diadakan pada 06hb. November, 2002 sehingga 02hb. Disember, 2002 di Surau Ingress Operasi Nilai. Program Tadarrus ini melibatkan Naqib, Naqibah dan Ahli-ahli Kumpulan Tadarrus yang terdiri daripada kakitangan Ingress itu sendiri.

Antara objektif utama program ini diadakan adalah untuk menghidupkan dan menceriakan suasana di Bulan Ramadhan al-Mubarak. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengisi waktu yang terluang dengan aktiviti-aktiviti yang lebih bermanfaat di samping memperbanyakkan amalan di bulan puasa.

Program Tadarrus al-Quran dan Majlis Khatam al-Quran adalah merupakan program tahunan syarikat anjuran Unit Surau, Kelab Kakitangan Ingress yang diadakan setiap tahun apabila menjelangnya bulan Ramadhan. Program ini merupakan salah satu daripada usaha yang murni ke arah mendidik dan membimbing kakitangan Ingress dalam mempertingkatkan lagi bacaan al-Quran dengan adanya Tadarrus al-Quran di kalangan kita semua.

Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memupuk sifat dan budaya menyintai al-Quran melalui bacaan dan mengambil pengajaran daripadanya memandangkan semakin ramai di kalangan umat manusia kini yang tidak tahu membaca al-Quran, apatah lagi untuk memahami dan mengambil iktibar daripadanya.

Kelihatan kakitangan begitu komited untuk menderma darah.

Persediaan awal sebelum makanan diagih-agihkan kepada pengunjung Pasar Ramadhan.

Makanan sedia diagih-agihkan kepada pengunjung Pasar Ramadhan.

Air kacang soya dibungkus terlebih dahulu bagi memudahkan proses pengagihan.

Kelab Kakitangan Ingress

Page 23: KDN. PP 2636 / 5 / 2003 Ingress Edisi 3 Final.pdf · Muka surat 4- 5 Muka surat 7 Muka surat 4- 5. 2 Dari Meja Pengarang Sidang Pengarang Ketua Pengarang Ramli bin Napiah Pengarang

23

Selamat Pengantin Baru

Nama : Khun Azman SarepJawatan : Penyelia, Jabatan Perakaunan Ingress Autoventures Co., Ltd.Nama Isteri : Khun Sulaikho WansoontornJawatan : Kerani, Jabatan Kewangan Ingress Autoventures Co., Ltd.Tarikh Perkahwinan : 23hb. Jun, 2002

Nama : Khun Pornchai (Maliki) SangiamJawatan : Operator PPC Ingress Autoventures Co., Ltd.Nama Isteri : Khun Suwannee (Sobah) MalimohTarikh Perkahwinan : 20hb. September, 2002

Nama : Khun Anan (Ayyub) YutinavaJawatan : Kerani, Jabatan PVD Ingress Autoventures Co., Ltd.Nama Isteri : Khun Meenrapat (Hasanah) KanittasoontornTarikh Perkahwinan : 10hb. Oktober, 2002

Nama : Mohd Hishamudin bin SharudinJawatan : Eksekutif, Jabatan Kewangan & Perakaunan Ingress Technologies Sdn. Bhd.Nama Isteri : Salfarina binti SalimTarikh Perkahwinan : 21hb. Disember, 2002

Selamat Pengantin Baru

Nostalgia

23

Page 24: KDN. PP 2636 / 5 / 2003 Ingress Edisi 3 Final.pdf · Muka surat 4- 5 Muka surat 7 Muka surat 4- 5. 2 Dari Meja Pengarang Sidang Pengarang Ketua Pengarang Ramli bin Napiah Pengarang

24

Nostalgia

Cahaya Mata

Nama Ibu : Kapisah binti AbdullahJawatan : Setiausaha Eksekutif (Ingress Precision Sdn. Bhd.)Nama Bapa : Muhamad Jais bin JamaludinTarikh Lahir : 25hb. Disember, 2001

Siti Aishah binti Muhamad Jais

Nama Bapa : Mohd Azli bin KadirJawatan : Penolong Penyelia, Jabatan Perkilangan (Ingress Precision Sdn. Bhd.)Nama Ibu : Khairunnisa binti Md Akhir Jawatan : Eksekutif, Jabatan MIS (Ingress Corporation Berhad)Tarikh Lahir : 25hb. September, 2002

Ali Haikal bin Mohd Azli

Nama Bapa : Mohd Abu Zarim bin Abd RahmanJawatan : Penolong Penyelia, Jabatan Perkilangan (Ingress Engineering Sdn. Bhd.)Nama Ibu : Nor Sazira binti Md SawalJawatan : Kerani, Jabatan Kewangan dan Perakaunan (Ingress Precision Sdn. Bhd.) Tarikh Lahir : 04hb. Oktober, 2002

Muhammad Amirul Najwan bin Mohd Abu Zarim

Nama Ibu : Suhaiza binti ShairiJawatan : Penyelia, Jabatan Sumber Manusia (Ingress Engineering Sdn. Bhd.)Nama Bapa : Kahirul Anuwar bin NordinTarikh Lahir : 07hb. November, 2002

Muhamad Amer Hafiz bin Khairul Anuwar

Nama Bapa : Esrifairuz bin SubohiJawatan : Penolong Pengurus, Jabatan QA (Ingress Precision Sdn. Bhd.)Nama Ibu : Nurita binti JaafarTarikh Lahir : 25hb. Disember, 2002

Nur Afrina binti Esrifairuz

Page 25: KDN. PP 2636 / 5 / 2003 Ingress Edisi 3 Final.pdf · Muka surat 4- 5 Muka surat 7 Muka surat 4- 5. 2 Dari Meja Pengarang Sidang Pengarang Ketua Pengarang Ramli bin Napiah Pengarang

25

Nostalgia

Mr. Naoto Kawai yang dilahirkan pada 21hb. Januari, 1942 (61 tahun) berkelulusan Ijazah Kejuruteraan Mekanikal dari Kyusyu Kogyo University mula menjejakkan kaki ke alam pekerjaan di Katayama Kogyo Co., Ltd. pada April 1966, di bahagian “Production Control Group (Manufacturing Section)”.

Beliau berpengalaman luas di dalam bidang “Production Control / Planning and Mechanical Engineering” dan telah menjawat pelbagai jawatan di bahagian berkenaan. Pada April 1981, beliau telah dinaikkan pangkat kepada Pengurus di bahagian “Production Control in Planning Section of Control Department”. Setelah menimba pengalaman dan menunjukkan kebolehan dalam mengendalikan Seksyen “Production Control”, beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Pengurus Besar, Bahagian Perkilangan pada April 1991.

Berdasarkan kepada pengalaman dan kebolehan yang telah ditunjukkan oleh Mr. Naoto Kawai, beliau telah dipilih untuk menjawat jawatan ‘duta’ Katayama Kogyo di Ingress Precision Sdn. Bhd. (IPSB) untuk tempoh kontrak dua tahun sebagai Pengurus Besar pada 01hb. Oktober, 1997, di mana beliau bertanggungjawab secara langsung untuk membantu dan menyelia perjalanan operasi pengeluaran syarikat, terutama di dalam bidang kejuruteraan, seperti “Preventive Maintenance” dan sebagainya.

Dengan bantuan dan khidmat nasihat beliau, kakitangan syarikat telah dapat mempelajari ilmu-ilmu baru dengan lebih berkesan di mana ia diajar besertakan coretan pengalaman yang membuatkan kakitangan mudah memahami. Hasilnya dapat kita lihat kini di mana kakitangan Ingress dapat mempraktikkan ilmu yang dipelajari secara berdikari.

Atas sebab keperluan tunjuk ajar dan nasihat dalam bidang berkenaan, kontrak perkhidmatan beliau telah dilanjutkan oleh IPSB dalam memastikan lebih ramai kakitangan syarikat dapat mempelajari dengan lebih mendalam mengenai aspek-aspek berkaitan dengan kejuruteraan.

Setelah beliau bersara dari Katayama Kogyo Co., Ltd. pada Januari 2002, pihak syarikat membuat keputusan untuk mengambil beliau berkhidmat sebagai Penasihat Teknikal, berdasarkan kepada perlunya khidmat nasihat beliau di dalam bidang kejuruteraan, demi menghadapi perkembangan teknologi di Ingress dan di dalam bidang automotif.Setelah menabur bakti selama setahun sebagai

Tinggal Kenangan Mr. Naoto Kawai... Jasamu Dikenang

Good Morning ladies and gentlemen,

Your honorable Mr. Rameli Musa, Dr. Ab. Wahab Ismail, Mr. Ramli Napiah, Mr. Ab. Rahim Hitam and all those present for today’s occasion.

First and foremost,

I would like to say a million thanks for all the support, inspiration and hospitality Ingress has given to me.

Because,

Without all that, I cannot be here for more than five years.

The most impressive thing when I step into Ingress is the whole world is facing economic crisis.

I felt very satisfied to learn good experience from Ingress that has recovered successfully and overcome the crisis through Executive Group Activities (EGA). For the past five years, I realized that Technology and Control System/Management has improved tremendously at Ingress.

Therefore, I strongly believe that one day Ingress will be able to deal with carmakers all over the world, after the base is strongly firmed.

Also, compared to my hometown, Malaysia has developed drastically especially for Kuala Lumpur, the North South Highway, the KL Tower, the KLCC, the KLIA, and Putrajaya has brought popularity to Malaysia. Development here has progressed efficiently.

It is the peaceful sunlight and greens, the kindness of Malaysian people with the truthful heart that have supported me for this five years.

Out of work is not out of place, Ingress will be forever in my mind, my heart and soul.

I will forever pray and really hoped that Ingress will be successful in near future so as to Malaysia.

With this, I here again thank all of you for the support and cooperation given throughout my service here in Ingress.

With that ladies and gentlemen, thank you and best regards to all of you.

Mr. Naoto Kawai... jasamu akan tetap kami kenang.

Penasihat Teknikal, beliau akhirnya mengambil keputusan untuk bersara dari alam pekerjaan. Dengan itu, pada 31hb. Januari, 2003, tamatlah kontrak perkhidmatan Mr. Naoto Kawai untuk tempoh lima tahun tiga bulan di Ingress. Khidmat nasihat dan tunjuk ajar yang diberi adalah amat dihargai kerana beliau banyak membantu kakitangan Ingress di dalam mempelajari ilmu-ilmu kejuruteraan yang amat diperlukan dalam menghadapi perkembangan teknologi yang kian pesat.

Harapan syarikat adalah sekiranya diperlukan, Mr. Naoto Kawai masih dapat tampil dan membantu syarikat. Mr. Naoto Kawai.... Jasamu akan tetap kami kenang.

Berikut adalah teks ucapan Mr. Naoto Kawai pada Majlis Penghargaan Sempena Perpisahan beliau pada 27hb. Januari, 2003:

Page 26: KDN. PP 2636 / 5 / 2003 Ingress Edisi 3 Final.pdf · Muka surat 4- 5 Muka surat 7 Muka surat 4- 5. 2 Dari Meja Pengarang Sidang Pengarang Ketua Pengarang Ramli bin Napiah Pengarang

26

Karya

Nukilan:

J: KING. (16800)

Aku Pemuisi Rindu

Di manakah hilang bulan yang menyeri malam

Menangis pungguk berlagu sendu

Bilakah sepi di jiwa

Bilakah duka di hati

Hilang mendung kelabu

Setianya ombak di pantai tak pernah berpisah

Tak seperti setia kita ... punah

Tika sayang semua indah

Tika kasih hilang gundah

Kabur semua segala sengsara

Cinta mungkin buta

Cinta mungkin dusta

Tanyalah diri sendiri mana yang benar

Andainya keliru jangan kau terburu

Sesal tak pedoman

Biar tenang di hati

Kusutkan terhurai

Cintamu layu

Pasti kembang lagi selamanya

Bulankan berseri lagi

Dan pungguk pun redha

Kumasih berirama puisi

Cintaku terus berarah

Berakar sepanjang hayat

Dalam menanti cinta sejati

Ceritera Perjalanan DariNaskhah Seorang DA’IE

Permusafiran yang panjangSinggah di permukiman yang sebentarKami menyambut persinggahanmuSeperti menanti terbitnya rembulanMenyinari pada cebis-cebis daerah yang malap

Tentunya berwibawa seorang Da’ieMenyeru pada semua umatTinggalkan pertelingkahan tegakkan kesatuanPada permukiman yang sebentar ini

Tentunya wibawamu itu didugaSeperti Rasul diduga dengan fitnah umatnyaPada zaman gersangDan dalam permukiman sebentar iniMasih lagi ada sukar yang tertanamPada tanah-tanah yang kecai

Seperti diutusnya Rasul pada zaman kegelapanSeorang Da’ie penyambung wasilahnya sepanjang zamanSeperti serunya Nabi menghambat kejahilanSeorang Da’ie membawa seruan kesatuan

Zaman Rasul, umatnya bagaikan permataMenyinari segenap buanaKini seorang Da’ie melihat umat RasulBagaikan buih di lautanSekali sepoi angin datang, sekali itu hilangSekali lagi seorang Da’ie didugaPada permukiman yang sebentar ini Menyatukan umat Rasul dengan takwaPada jasad dan hati nurani

Tentunya seorang Da’ie yang bertakwaTidak akan serik berkataKembalilah kepada ajaran RasulDan kitab-NyaWalau di mana sahaja permusafirannya

Nukilan:ABU IRFAN

Page 27: KDN. PP 2636 / 5 / 2003 Ingress Edisi 3 Final.pdf · Muka surat 4- 5 Muka surat 7 Muka surat 4- 5. 2 Dari Meja Pengarang Sidang Pengarang Ketua Pengarang Ramli bin Napiah Pengarang

27

Candid Camera

Candid Camera

Candid Camera

Berapa lama lagi nak habiskan ucapan daa... Naik mengantuk aku tunggu.

Weih! Apa ni? Nanti aar dulu. Aku pun nak enter frame sekali

Baiklah! Sebelum saya memulakan ucapan sulung saya, marilah kita sama-sama melakukan senaman mulut.

Hmm ... Kalau bandingkan antara kami berdua, yang mana layak untuk dicalonkan sebagai jejaka paling kacak.

Minta maaf ye, kalau hajat di hati nak beraya, kuih dah habis. Pelita banyak la ... Pilihlah mana yang suka.

Apalah dari tadi asyik belek panel suis tu. Aku dah tak tahan nak gi bilik air ni.

Mana pula cicir duit aku nie. Rasanya baru kejap tadi aku simpan dalam poket.

Aksi seorang petani jaya alaf baru yang sedang mendemonstrasi cara memukul bola golf.

E’eh, banyak juga guna gelas nie yek. Bukan sahaja sesuai untuk isi air, malah boleh juga dijadikan teropong.

27

Page 28: KDN. PP 2636 / 5 / 2003 Ingress Edisi 3 Final.pdf · Muka surat 4- 5 Muka surat 7 Muka surat 4- 5. 2 Dari Meja Pengarang Sidang Pengarang Ketua Pengarang Ramli bin Napiah Pengarang

28

Sudut Agama

Berdosa? Tidak ada seorang insanpun yang suka mendengar perkataan ini diletakkan pada dirinya kerana kita sebenarnya suka mencari dan meletakkan sesuatu kesalahan itu pada orang lain, jarang yang mahu mengaku kesilapan dan dosa sendiri. Demi menutup malu akibat dosa dan kesalahan, maka manusia sering berkata bahawa disebabkan mereka bukan malaikat tetapi manusia, menjadikan mereka tidak dapat lari dari melakukan dosa dan kesilapan. Bak kata pujangga “Bumi mana yang tidak ditimpa hujan”.

Jika kita tidak peka dengan dosa, tidak mustahil bahawa sepanjang meniti kehidupan ini, dosa-dosa akan mengatasi pahala. Meskipun sudah melakukan dosa yang sangat banyak, namun dirasakan seperti seekor lalat yang hinggap di batang hidung, seolah-olah tidak ada apa-apa. Dengan mudah, ringan dan tanpa rasa berdosa sanggup mengabaikan tanggungjawab, melalaikan solat, membuka aurat, menghasut, mencaci-maki, memfitnah, meneguk arak, berzina, merogol, membunuh, merompak dan melakukan pelbagai maksiat dengan rela hati, malah membangga diri.

Kita amat berlainan dengan generasi pada awal kebangkitan Islam, yang merasakan bahawa dosa itu adalah ibarat di hempap gunung sekalipun kecil dosa yang dilakukan. Kepekaan terhadap suruhan dan larangan Allah menjadikan mereka merasa takut untuk mengerjakan maksiat atau kesalahan yang kecil sekalipun. Renungkanlah sejenak, betapa Nabi Adam a.s juga telah menangis beratus-ratus tahun lamanya hanya kerana menyesali kesilapannya memakan buah khuldi yang dilarang oleh Allah s.w.t.

Bagaimana pula keadaannya dengan kita yang sering bergelumang dengan dosa? Sekalipun kita tidak maksum sebagaimana Nabi, tetapi kita diberikan kuasa untuk berubah kerana secara psikologi manusia yang dikurniakan akal fikiran dapat mengenalpasti samada perbuatannya termasuk dosa ataupun tidak, sebagaimana pengertian dosa yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w:

“Apakah yang menimbulkan resah-gelisah dalam hatimu dan engkau takut kalau hal itu diketahui orang lain”.

Hadith Riwayat Muslim

Memang mudah untuk melakukan dosa, tetapi sulit sebenarnya hendak menebus dosa, apatah lagi dosa itu tidak terbilang banyaknya. Ada dosa yang disengajakan dan ada yang berlaku tanpa disedari seperti mencuri waktu bekerja, mengumpat, menyalahgunakan kuasa dan sebagainya. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Sesungguhnya penerimaan taubat itu diterima oleh Allah hanya bagi orang-orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan, kemudian mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu) maka diterima Allah taubatnya dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Bijaksana. Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada kepada orang-orang yang selalu melakukan kejahatan, hingga apabila salah seorang daripada mereka hampir mati, berkatalah ia: “Sesungguhnya

Marilah Bermuhasabah!aku bertaubat sekarang ini,” (sedangkan taubatnya itu sudah terlambat), dan (demikian juga halnya) orang-orang yang mati sedangkan mereka tetap kafir. Orang-orang yang demikian, kami telah sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”

an-Nisaa’: 17~18

Sedarlah bahawa selagi kita merasa bebas berbuat apa sahaja, tanpa merasa ada yang mencatat, mengawasi dan memantau tindak-tanduk kita dalam setiap hembusan nafas, selagi itulah kita akan merasa terlepas dari jerat hukuman. Tetapi tidak dapat dimungkiri, sekalipun perbuatan kita tidak diketahui orang atau sengaja didiamkan begitu sahaja, namun Allah dengan sifat-Nya yang Maha Mengetahui akan menghisab amalan kita sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

“Dan diletakkan kitab, lalu kamu akan melihat orang-orang yang bersalah ketakutan terhadap apa-apa yang (tertulis) di dalamnya dan mereka berkata: “Aduhai! Celaka kami, kitab apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak (pula) yang besar, melainkan ia mencatat semuanya dan mereka dapati, apa-apa yang telah mereka kerjakan ada (tertulis). Dan Tuhanmu tidak menganiaya seorang jua pun”.

al-Kahfi: 49

Oleh itu, bermuhasabahlah selalu kerana kita juga adalah orang-orang yang berdosa. Semoga masih ada lagi kesempatan untuk kita memperbaiki kelemahan diri dan bertaubat.