amanat naib pengerusi eksekutif - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/nadi_upload/nadi...

24

Upload: hoangcong

Post on 06-Feb-2018

330 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Amanat Naib Pengerusi Eksekutif - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 6 Final.pdf · awal penubuhan Ingress terutamanya ketika ... jiwa dan
Page 2: Amanat Naib Pengerusi Eksekutif - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 6 Final.pdf · awal penubuhan Ingress terutamanya ketika ... jiwa dan

Amanat Naib Pengerusi Eksekutif

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas Imam Para Muttaqin dan Pemimpin kepada para Mujahidin iaitu Junjungan Nabi kita Muhammad Shollallahu ‘Alaihi Wasallam, ahli-ahli keluarga Baginda serta orang-orang yang mengikut jejak Baginda hingga ke Hari Akhirat.

Terlebih dahulu marilah kita memanjatkan ke-syukuran ke hadrat Allah s.w.t di atas segala limpahan Rahmat dan Rahim-Nya kepada kita semua. Marilah kita memanjatkan doa ke hadrat Ilahi semoga kita dan seluruh umat Islam selamat dari segala bencana kejahatan musuh-musuh Islam.

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:

“Barangsiapa ingin menjadi semulia-mulia manusia hendaklah bertaqwa kepada Allah, barangsiapa yang ingin menjadi sekuat-kuat manusia, hendaklah bertawakkal kepada Allah dan barangsiapa yang ingin menjadi sekaya-kaya manusia hendaklah menyakinkan bahawa apa yang ada di dalam genggaman Allah itu lebih dapat dipercayai daripada apa yang ada di dalam tangannya sendiri.”

Allah juga mengingatkan kita dalam Surah An-Nur ayat 37 yang bermaksud:

“Mereka yang berjaya adalah lelaki-lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan perusahaan mereka daripada mengingati Allah s.w.t dan mendirikan solat serta menunaikan zakat, mere-ka takut akan tibanya hari (kiamat) yang padanya dibolak-balikkan hati-hati dan penglihatan.”

Saudara saudari warga Ingress yang di-kasihi,

Al-hamdulillah, setelah lebih sedekad kita ber-operasi, kita telah mencapai kejayaan demi kejayaan. Kejayaan kita yang terbaru ialah peralihan Syarikat ke Papan Utama Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) pada 30 Januari 2004 yang lalu. Nama Ingress kini semakin terkenal di rantau ini sebagai sebuah syarikat yang berdaya saing. Namun tidak ramai yang mengetahui tentang pahit-maung yang terpaksa dilalui pada awal penubuhan Ingress terutamanya ketika krisis kewangan 1997/98. Kegawatan ekomoni pada tahun 1997 telah menjejaskan operasi awal di Indonesia dan terpaksa mengubah strategi untuk bertapak awal di Thailand. Perkembangan di Thailand juga terbantut oleh krisis kewangan yang lebih awal di sana. Kita terpaksa meminjam daripada Labuan dalam Dollar Amerika dengan

Perubahan (Tajdid) ke Arah Kecemerlangan

risiko pendedahan pertukaran wang asing yang tinggi. Apabila krisis melanda Kuala Lumpur pada tahun 1998, operasi di Nilai terjejas dengan teruk. Syarikat terpaksa berkongsi saham dengan PNS untuk mengatasi kemelut pengaliran dana yang kritikal. Hanya dengan gabungan pernia-gaan dengan Multi Discovery telah melayakkan Ingress untuk disenaraikan di BSKL pada awal tahun 2001. Yang lain adalah sejarah.

Tujuan saya menceritakan sepintas lalu kisah Ingress ini ialah untuk mengingatkan kita betapa pentingnya mempelajari kesilapan dan kejayaan dahulu sebagai panduan untuk maju ke hadapan. Falsafah asas pengajian sejarah menyebutkan “sesuatu ummah yang buta sejarah tidak akan dapat membina tamadun masa hadapan.” Justeru itu, kita harus tahu dan sedar bahawa generasi awal yang membangunkan Ingress telah mengorbankan banyak masa, harta serta jiwa dan raga mereka. Perhubungan ketika itu amat mesra dan semua orang saling mengenali di antara satu sama lain. Semangat ukhuwwah dan kerjasama berada di tahap yang membang-gakan. Komitmen kerja amat tinggi walaupun ketika itu perolehan masih rendah, pelanggan masih terhad dan “overhead” juga masih rendah. Apakah masih wujud suasana yang sedemikian? Jawapannya ada pada kita semua. Jika kita inginkan suasana indah yang sedemikian, kita sudah pasti akan berusaha melahirkannya.

Saudara-saudari yang budiman,

Resepi dan strategi kejayaan yang lalu tidak semestinya boleh diguna-pakai untuk tahun-ta-hun seterusnya. Keadaan telah banyak berubah tetapi ada juga kunci faktor kejayaan yang harus dikekalkan malah mesti dipertingkatkan dan dihayati.

Perlu disedari bahawa tahun-tahun hadapan yang terdekat ini merupakan tahun-tahun yang kritikal, penuh dengan cabaran. Era globalisasi dan perlaksanaan AFTA telah membuka lem-baran baru dalam perniagaan kita. Sedikit se-banyak kesannya telah dirasai. Sebagai contoh, permintaan untuk kilang kita di Nilai menghadapi penurunan yang agak ketara. Ini telah menjejas-kan prestasi kewangan Syarikat. Harapan peng-guna untuk menikmati penurunan harga kereta terutama kereta tempatan nampaknya meleset. Namun begitu, diharapkan model-model baru Proton diterima baik oleh pengguna dan den-gan itu Insya-Allah kita akan sama-sama dapat menikmati hasilnya. Anggaplah ini sebagai satu cabaran yang menguji kewibawaan, kemampuan serta semangat kita. Pihak pengurusan perlu kreatif dalam mencari ruang serta bidang baru dalam perniagaan. Kita harus berani menerokai

pasaran baru yang terbentang luas di dalam era globalisasi ini. Para sahabat rodhiallahu ‘anhum setelah wafatnya Rasulullah s.a.w telah menerokai dunia baru. Lihatlah bagaimana Ziad bin Thariq yang telah membawa Islam ke dunia Eropah. Nama Beliau adalah sinonim dengan ‘Straits of Gibraltar’ di Sepanyol. Nama-nama seperti Ibn Sina, Ibn Rushd, Ibn Arabi, Al-Ghazali, Ar-Razi, Al-Farabi, Ibn Batuta, Khawarizmi dan lain-lain sudah tidak asing lagi kepada dunia moden. Bagaimana dengan kita? Al-Hamdulillah, kita juga boleh menumpang tempias keagungan tersebut kerana Syarikat kita yang merupakan syarikat orang Islam ialah di antara pelopor kepada industri pembuatan komponen otomotif yang sebelum ini dimonopoli oleh golongan bukan Islam. Tetapi, apakah kita sudah boleh berpuashati? Sudah tentu tidak. Justeru itu, kita harus bersama-sama mendokong usaha murni pihak pengurusan yang bertungkus-lumus untuk menerokai pasaran baru di samping mengekalkan prestasi yang sedia ada.

Saudara saudari warga Ingress yang di-kasihi,

Ingress telah dianggap sebagai model atau contoh di kalangan pembekal komponen otomotif di Malaysia. Namun di kalangan kita, andalah model sebenar. Tanpa kakitangan seperti anda, tidak mungkin Ingress diiktiraf sebagai model di kalangan pembekal komponen otomotif. Akhlak dan cara kita melaksanakan tugas merupakan manifestasi kepada budaya yang telah di-asaskan oleh para Pengasas, Pemimpin serta Pengurusan Syarikat.

Sejarah telah membuktikan bahawa budaya dan akhlak para sahabat Rasulullah s.a.w merupakan sebab utama di sebalik kejayaan mereka. Mereka telah berubah dari budaya atau cara hidup jahili-yyah kepada budaya Islam berdasarkan nilai-nilai dan akhlak yang dibawa oleh Rasulullah

Bersambung di muka surat 4

Page 3: Amanat Naib Pengerusi Eksekutif - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 6 Final.pdf · awal penubuhan Ingress terutamanya ketika ... jiwa dan

Dari Meja Pengarang

Isi Kandungan

Dari Meja PengarangA s s a l a m u a l a i k u m w a r a h m a t u l l a h i wabarakatuh.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia, Nabi Muhammad s.a.w, keluarga Baginda dan para sahabat yang berjuang menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini.

Al-Hamdulillah, kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin-Nya dan kehendak-Nya kita diberi peluang untuk bersua kembali di dalam Majalah Nadi Ingress Edisi Keenam. Sebagai pembuka kata, marilah kita sekali lagi memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, kita masih lagi dapat mengecapi nikmat Iman dan Islam dan merasai nikmat kebahagiaan, keamanan dan kesejahteraan untuk terus membuktikan pengabdian kita kepada Yang Maha Esa.

Saudara saudari warga Ingress yang dikasihi sekalian,

Tahun baru 2004 kini datang menemui kita sama ada kita sedar ataupun kita masih hanyut dibuai mimpi indah tanpa menghiraukan perjalanan masa yang begitu pantas berlalu. Rasa-rasanya kita baru sahaja bersama tahun 2003 dan kini ia sudah pergi meninggalkan kita bersama-sama dengan kenangan dan nostalgia indah dan duka yang tercatat di dalam diari perjalanan hidup kita.

Saudara saudari warga Ingress yang dikasihi sekalian,

2/4-5 AmanatNaibPengerusiEksekutif • Nasihat Luqmanul Hakim kepada Anaknya • Iklan

3 DariMejaPengarang

6-7 Berita“Subsidiaries” • Latihan “Internal Quality Audit” (ISO 9001 : 2000) • Agihan Zakat Ramadhan 1424 Hijrah • Program Gotong-royong Perdana • Program Persijilan 5’s

8-9 BeritaHRD • Umarah 2003 • Majlis Berbuka Puasa dan Ceramah Agama • Latihan di Katayama Kogyo Co., Ltd.

10-11 Fokus • Mukhayyam 2004

12-13 Wajah-WajahIngress • Wajah-wajah Ingress • Mutiara Kata

14-15 PersonalitiNadiIngress • Peringkat Eksekutif • Peringkat Bukan Eksekutif

Sejak akhir-akhir ini, kita sering membaca, menonton mahupun mendengar berita mengenai isu penindasan Umat Islam oleh Yahudi dengan sewenang-wenangnya, peperangan yang tiada noktahnya, penyebaran ideologi dan dakyah yang dipelopori oleh propaganda Yahudi, penularan penyakit-penyakit yang tidak terlintas di fikiran kita sama sekali akan muncul pada abad ini seperti SARS, “monkey pox”, “selesema burung” dan sebagainya, peningkatan kes kemalangan ngeri di jalan raya yang mengorbankan beribu-ribu nyawa, keruntuhan akhlak dan moral masyarakat khususnya muda-mudi kini hingga mereka tanpa segan silu melakukan pelbagai jenayah berat seperti membunuh, memeras ugut, merompak, merogol dan sebagainya. Ini semua adalah ujian dan peringatan yang diberikan oleh Allah kepada hamba-Nya yang mahu berfikir.

Justeru itu, marilah kita sama-sama berdoa agar diberi keimanan dan keyakinan yang benar-benar mantap untuk berhadapan dengan segala cabaran dan rintangan yang bakal kita tempuhi kelak dengan penuh rasa ketakwaan dan pengharapan kepada Allah s.w.t Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang sebagaimana Firman Allah di dalam surah al-A’araf ayat 56 yang bermaksud:

“Janganlah kamu berbuat binasa di muka bumi ini sesudah ia menjadi baik. Mintalah rahmat kepada-Nya, serta takut akan siksa-Nya dan harapkan rahmat-Nya. Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat bagi orang-orang yang berbuat baik.”

16 Berita Korporat • Supply of Collapsible Pipe for Mitsubishi New P-Car • Supply of 103 Moulding and Body Parts to PERODUA • Short Write-ups on Ingress by The STAR • “Analysts & Fund Managers” Briefing Kali Kelima

17-21 Jendela “Oversea” • Program “Immaratul” Masjid • “IAV Motivated Team Leadership” • Majlis Berbuka Puasa 1424 Hijrah • Agihan Zakat Ramadhan IAV • Majlis Berbuka Puasa PT. IMV • Karyawan Perintis PT. IMV

21 Berita Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan • Kemalangan di “Loading Bay” IESB • Kebakaran Lampu

21 Kelab Kakitangan Ingress • Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah

22-23 Nostalgia • Tinggal Kenangan • Selamat Pengantin Baru • Cahaya Mata

24 Sudut Agama • Peperangan Khandak

Gunakanlah peluang yang ada dengan sebaiknya untuk bermuhasabah, beristighfar, bertaubat, melakukan ibadah-ibadah sunat dan sebagainya untuk mencapai keredhaan Allah s.w.t.

Akhir kata, Sidang Pengarang Nadi Ingress mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Masehi 2004 kepada semua kakitangan Ingress yang dikasihi.

Sekian Wassalam.

Sidang PengarangKetuaPengarang

Ramli bin Napiah

SidangPengarang

Mohamed Diah bin BaharunRosyatimi binti Abdullah

Rosli bin IshakKhyrun Anuar bin Zainol

Abdul Aziz bin Mohd. YunusMat Ali bin Mohamed (Operasi Nilai)

Nizaiham binti Mohd. Noor (Operasi Nilai)Mohd. Azhar bin Taib (Operasi Nilai)

Ahmad Jeffridin bin Jaais (ITSB)Siti Nurbaya binti Shahrir (MDSB)

Charan Hamdanee (IAV)Rosidi bin Hasan (PT. IMV)

Hidzir bin Abdullah (ITC)

JurufotodanEdaran

Mohd. Fadli bin Che Me

Penerbit

Ingress Corporation BerhadLot 1M, 1st Floor, No. 2,

Tasik Ampang, Jalan Hulu Klang,68000 Ampang, Selangor.

Tel: 03-4252 9696 Faks: 03-4252 9393Laman Web: www.ingresscorp.com.my

RekabentukdanUrusCetak

Triknight Communications Sdn. Bhd.36-3, Jalan 24/70A, Off Jalan Bukit Kiara, Desa Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur

Tel: 03-2300 1051 / 1052 Faks: 03-2300 1062E-mail: [email protected]

Page 4: Amanat Naib Pengerusi Eksekutif - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 6 Final.pdf · awal penubuhan Ingress terutamanya ketika ... jiwa dan

Amanat Naib Pengerusi Eksekutif

s.a.w sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud:

“Aku telah diutuskan untuk menyempurnakan akhlak”.

Saudara saudari yang dirahmati Allah,

Sejauhmana pencapaian kita di dalam kehidupan bergantung kepada sikap dan kesanggupan kita untuk melakukan perubahan atau tajdid. Resipi sebenar untuk kecemerlangan ada di dalam diri kita sendiri. Hal ini telah disebut oleh Allah s.w.t melalui firman-Nya yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri”.(Surah Ar-Ra’adh, ayat 11)

Budaya atau cara hidup para sahabat rodhiallahu ‘anhum adalah budaya persaudaraan dan kasih sayang. Persaudaraan mereka menjangkaui batasan warna kulit, keturunan serta harta benda. Kita dapat melihat bagaimana Saidina Bilal, seorang hamba Habsyi berkulit hitam telah diterima oleh seluruh ummat Islam sebagai salah seorang yang terkemuka justeru beliau diterima baik oleh para sahabat rodhiallahu ‘anhum. Nama beliau menjadi jolokan kepada Muazzin di sepanjang zaman. Apakah ada tugas yang lebih baik dari mengajak manusia untuk mendirikan solat kepada Allah s.w.t? Lihatlah bagaimana Saidina Abdul Rahman bin Auf, seorang hartawan terulung zaman itu sanggup tidur sebantal dan makan sepinggan dengan sahabat-sahabat yang terkenal dengan kedaifan mereka seperti Abu Hurairah rodhiallahu ‘anhu, Abdullah Ibn Maktum yang buta, Shuib ar-Rumi, seorang “immigrant” berbangsa Rom dan sahabat-sahabat yang lain. Itulah persaudaraan yang telah dibina berdasarkan Islam. Tidakkah indah jika ia menjelma di dalam Syarikat kita ini? Setiap orang bergaul bukan berdasarkan pangkat dan jawatan. Kita bergaul berdasarkan persaudaraan Islam. Kita akui bahawa setiap orang berbeza-beza jawatan dan pangkatnya, namun ia hanya merupakan keperluan untuk memenuhi tuntutan mencari rezeki yang halal sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam. Pangkat dan jawatan hanyalah sebagai manifestasi tanggungjawab serta amanah yang dipikul. Lagi tinggi jawatan, lagi besar tanggungjawab yang harus dipikul dan bukannya satu keistimewaan walaupun menikmati pelbagai keistimewaan.

Di samping itu, budaya para sahabat rodhiallahu ‘anhum juga adalah budaya syura, permuafakatan, perbincangan, nasihat-menasihati serta amar makruf nahi mungkar. Ini bermakna, budaya mereka adalah budaya “participative” (mengambil bahagian dan kebersamaan dalam segenap bidang). Lihatlah bagaimana seorang wanita telah menegur Khalifah Umar al-Khattab dalam

kes penetapan mahar (mas kahwin) di khalayak ramai. Sebagai seorang pemimpin bertaqwa, Saidina Umar mengakui kesilapan beliau dengan ungkapan yang amat terkenal dalam sejarah: “Perempuan itu betul, Umar silap”. Bagaimana dengan kita? Adakah kita sanggup menegur pihak atasan kita jika didapati berlaku kesilapan? Adakah pihak yang ditegur boleh menerima teguran dengan berlapang dada? Di dalam Syarikat kita, suasana permuafakatan, perbincangan, nasihat-menasihati serta amar makruf nahi mungkar dijelmakan melalui sessi “Chairman’s Briefing” yang diadakan secara giliran di antara satu anak Syarikat dengan anak Syarikat yang lain. Di dalam sessi tersebut, kita dapat mendengar serta berdialog dengan saya sendiri dan kakitangan Pengurusan yang berkaitan.

Sessi “Chairman’s Briefing” itu penting kerana kita tidak mahu warga Ingress hanya menjadi “pak turut”. Kita ingin melahirkan warga Ingress yang berilmu dan bermaklumat yang jelas akan matlamat Syarikat, jelas akan matlamat sesuatu tugasan itu dilaksanakan di samping menyedari suasana sekeliling. Semua warga Ingress seharusnya tahu bahawa matlamat terakhir Ingress ialah “Mardhatillah” (keredaan Allah). Justeru itu, semua yang kita rancang serta laksanakan mestilah menjurus kepada realiti tersebut. Maklumat yang tepat juga penting bagi mengelakkan ketidakseragaman maklumat yang diterima yang akhirnya menimbulkan salah faham.

Harus juga disedari bahawa tanpa ilmu dan maklumat, kita tidak akan mampu berubah ke arah kecemerlangan. Justeru itu, pelbagai program telah dirancang dan dilaksanakan. Mukhayyam merupakan salah satu dari program tersebut. Ceramah Bulanan, Kuliah Fardu ‘Ain Mingguan dan Bengkel-bengkel seperti P.E.K.E.R.T.I (Pemantapan Etika Kerja, Teamwork, Disiplin dan Komunikasi Ingress) dan “Motivated Team Leadership” merupakan program-program untuk membina keilmuan dan sahsiah warga Ingress. Imam Syafie berkata: “Aku melihat bahawa pemilik ilmu itu akan mulia, meskipun ia dilahirkan di tengah-tengah keluarga yang buta huruf. Ilmu selalu dapat mengangkat darjat pemiliknya sehingga semua orang mulia menghormatinya.”

Saudara saudari yang budiman,

Para sahabat Rasulullah s.a.w. juga merupakan generasi yang menghidupkan suasana ehsan dan kebajikan di tahap yang amat membanggakan. Mereka saling mendahulukan yang lain, bukan diri sendiri. Saidina Abu Bakar sanggup menebus Saidina Bilal dari dunia kehambaan. Saidina Zubair Bin Awwam sanggup berhutang sehingga 200,000 dinar hanya untuk membantu orang lain. Imam Syafie pernah menerima 32,000 dinar dan kesemuanya disedekahkan semula tanpa

Dari muka surat 2

mengambil sedirhampun untuk dirinya. Inilah tahap ehsan yang telah dilahirkan oleh Islam.

Di Ingress kita juga cuba sedaya yang kita mampu untuk menjaga kebajikan warga kita. Sebagai contoh, kita mempunyai Kelab Kakitangan Ingress (KKI) di Operasi Nilai dan Ingress Technologies Sdn. Bhd. (ITSB) bagi membantu mana-mana kakitangan yang bermasalah di samping menyusun program- program yang berbentuk kebajikan seperti Program Khidmat Masyarakat, Hari Keluarga, Karnival Sukan, Sambutan Hari Raya dan sebagainya. KKI juga mempunyai peruntukan untuk menyediakan sumbangan kepada keluarga yang ditimpa musibah seperti kematian ibu dan bapa.

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Belas kasihanlah di atas dunia, kamu akan mendapat belas kasihan dari Allah s.w.t”. (Hadith riwayat At-Tirmizi)

Saudara saudari,

Mukhayyam ini seharusnya menjadi pemangkin kepada tajdid atau perubahan ke arah kecemerlangan. Negara Islam Madinah wujud setelah berlakunya perubahan besar yang menjadi mercu tanda sejarah dunia, iaitu penghijrahan Rasulullah s.a.w dan para sahabat rodhiallahu ‘anhum dari Makkatul Mukarramah ke Madinatul Munawwarah. Hijrah telah membezakan di antara jahiliyyah dengan keimanan dan ketaqwaan. Sedarkah kita bahawa antara ciri-ciri jahiliyyah ialah keengganan untuk berubah. Abu Jahal dan Abu Lahab tahu dan sedar akan kebenaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w, tetapi kerana ego dan takut akan kehilangan pengaruh, maka mereka telah menolak keperluan untuk berubah dari kekufuran kepada keimanan. Justeru itu, marilah kita sama-sama berubah ke arah kecemerlangan.

Mukhayyam diisi dengan pelbagai aktiviti samada dalam bentuk ilmiah mahupun permainan. Ia dirangka sedemikian rupa bagi men-yemarakkan keinginan kita untuk berubah serta memberikan impak yang maksima untuk menyedarkan diri kita akan peri pentingnya kita berubah demi masa depan kita sendiri dan juga Syarikat. Kecemerlangan Syarikat juga merupakan kecemerlangan kita.

Saudara saudari yang dikasihi, Sebagai sebuah organisasi yang berpegang-teguh kepada prinsip-prinsip yang murni, kita tidak seharusnya tenggelam dengan kemewahan atau angkuh dengan kejayaan yang kita perolehi. Kita juga tidak sepatutnya berduka dengan kegagalan atau hiba dengan kerugian. Bagi kita untung dan rugi adalah lumrah perniagaan. Apa yang penting ialah usaha yang bersungguh-sungguh dengan ilmu yang tepat, azam yang kuat dan beriltizam

Page 5: Amanat Naib Pengerusi Eksekutif - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 6 Final.pdf · awal penubuhan Ingress terutamanya ketika ... jiwa dan

Amanat Naib Pengerusi Eksekutif

ke arah kecemerlangan, matlamat kita akhirnya ialah mencapai keredhaan Allah s.w.t seperti yang ditegaskan dalam surah Al-Hadid ayat 23:

“Dan agar kamu tidak putus asa dengan apa yang hilang daripadamu dan juga agar kamu tidak terlalu gembira dengan kurniaan kepadamu, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang menyombong.”

Saudara saudari sekalian,

Kejayaan Ingress setakat ini adalah disebabkan usaha gigih saudara saudari semua dengan pertolongan Allah. Kekuatan kita terletak kepada sejauh mana perpaduan wujud sesama kita. Dan perpaduan tidak akan wujud tanpa adanya sifat toleransi, kerjasama dalam persaudaraan serta keseimbangan di dalam tarbiyyah kita. Oleh itu marilah kita betulkan, luruskan dan rapatkan saf. Di samping itu, marilah kita berusaha, bertaqwa, bertawakkal serta yakin dengan Qada’ dan Qadar. Sekianlah sahaja sekadar yang mampu secara konsep sahaja sebagai garis panduan. Perancangan dan perbahasan yang terperinci adalah terserah kepada kebijaksanaan saudara saudari sekalian.

“Ya Allah Ya Tuhan kami, kami pohonkan kepada Engkau iman yang sempurna, ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak-anak yang soleh dan solehah. Rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, perniagaan yang memberi untung serta berkat, kesihatan yang berterusan, hajat yang tertunai, hutang yang terbayar, doa yang mustajab dan keselamatan di dunia dan di akhirat.

Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah hati kami hati yang sentiasa menyedari akan hakikat Ketuhanan-Mu dan masa depan kami di akhirat nanti. Ya Allah ya Tuhan kami, jadikanlah kami ini Hamba-Mu yang mengabdi diri kepada Engkau dengan sebaik-baiknya. Berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami, supaya dapat kami melakukan segala apa yang diperintah oleh Engkau dan meninggalkan segala apa yang dilarang oleh engkau.

Ya Allah Ya Tuhan kami, perkenankanlah permohonan kami ini, mustajabkanlah doa kami ini dengan berkat Nabi kami, Nabi Muhammad s.a.w dan dengan berkat amalan kami yang paling ikhlas. Perbetulkanlah kesilapan kami dan ampunkanlah kami, Ameen”.

Nasihat Luqmanul Hakim kepada Anaknya

Satu-satunya manusia yang bukan Nabi, bukan pula Rasul, tetapi kisah hidupnya diabadikan di dalam al-Quran ialah Luqmanul Hakim.

Mengapa? Tidak lain dan tidak bukan kerana hidupnya penuh dengan hikmah.

Suatu hari, dia pernah menasihati anaknya tentang kehidupan.

“Anakku, jika makanan memenuhi perutmu, maka akan matilah fikiran dan kebijaksanaanmu. Semua anggota badanmu akan malas untuk beribadah dan hilanglah pula ketulusan dan keber-sihan hatimu. Padahal, hanya dengan hati yang bersih manusia akan menikmati lazatnya berzikir.”

“Anakku, kalau sejak kecil engkau rajin belajar dan menuntut ilmu, dewasa kelak engkau akan memetik buahnya dan menikmatinya.”

“Anakku, ikutlah engkau pada orang-orang yang sedang menguruskan jenazah, jangan engkau ikut orang-orang yang hendak pergi ke pesta pernikahan.Pernikahan kerana jenazah akan mengingatkan engkau pada kehidupan yang akan datang. Sedangkan pesta pernikahan akan membangkitkan nafsu duniamu.”

“Anakku, aku sudah pernah memikul batu-batu besar, aku juga sudah mengangkat besi-besi berat. Tetapi aku tidak pernah merasakan sesuatu yang lebih berat daripada tangan yang buruk perangainya.”

“Anakku, aku sudah merasakan semua benda yang pahit. Tetapi aku tidak pernah merasa sesuatu yang lebih pahit daripada kemiskinan dan kehinaan.”

“Anakku, aku sudah mengalami penderitaan dan bermacam-macam kesusahan. Tetapi aku belum pernah merasakan penderitaan yang lebih susah daripada menanggung hutang.”

“Anakku, sepanjang hidupku, aku berpegang kepada lapan wasiat para Nabi. Wasiat-wasiat itu adalah:

• Jika engkau beribadah kepada Allah, jagalah fikiranmu baik-baik.• Jika engkau berada di rumah orang lain, jagalah pandanganmu.• Jika engkau berada di tengah-tengah majlis, jagalah lidahmu.• Jika engkau hadir di dalam jamuan makan, jagalah tingkah-lakumu.• Ingatlah Allah selalu.• Ingatlah maut yang akan menjemputmu.• Lupakan budi baik yang telah engkau kerjakan pada orang lain.• Lupakan semua kesalahan orang lain terhadapmu.”

IklanKepada kakitangan yang berminat untuk menyumbang

karya (cerpen, puisi, sajak dll) ataupun merakamkan nostalgia indah (perkahwinan, kelahiran cahaya mata)

di dalam Majalah Nadi Ingress, sila salurkannya kepada Sidang Pengarang

di Syarikat masing-masing.

Page 6: Amanat Naib Pengerusi Eksekutif - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 6 Final.pdf · awal penubuhan Ingress terutamanya ketika ... jiwa dan

Berita “Subsidiaries”

Latihan “Internal Quality Audit”

(ISO 9001:2000)Satu sessi latihan “Internal Quality Audit” (ISO 9001:2000) yang kedua telah dijalankan pada 19 September 2003 di Ingress Technology Centre (ITC), Bangi. Latihan yang bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang ini telah dikendalikan oleh Tn. Hj. Ahmad Shukri bin Ishak, Pengurus QMS, Ingress Precision Sdn. Bhd. (IPSB).

Sessi latihan ini adalah sambungan dari sessi latihan pertama yang telah diadakan pada 16 Ogos 2003 yang lalu. Latihan ini telah disertai oleh semua Eksekutif ke atas dari Talent Synergy Sdn. Bhd. (TSSB) dan Ingress Research Sdn. Bhd. (IRSB).

Agihan Zakat Ramadhan 1424 Hijrah

Sempena ketibaan Ramadhan 1424 Hijrah yang lalu, Ingress Operasi Nilai telah memperuntukkan sebanyak RM 15,000.00 sebagai zakat syarikat untuk disumbangkan kepada fakir miskin di sekitar kariah Nilai. Objektif utama agihan zakat ini dibuat ialah untuk menggalakkan amalan bersedekah dan membayar zakat di kalangan warga Ingress. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengimarahkan bulan Ramadhan dengan amal kebajikan bagi membantu golongan yang benar-benar memerlukan.

Sebanyak lapan kumpulan dibentuk dengan diketuai oleh Amil yang terdiri daripada para Pengurus yang bertanggungjawab untuk mengagih-agihkan zakat berdasarkan kepada kampung yang telah ditetapkan dengan purata sumbangan sebanyak RM 50.00 seorang. Kampung-kampung yang terlibat dengan pengagihan tersebut adalah Kg. Mantin Dalam, Kg. Tanjung Nilai, Kg. Batang Benar, Kg. Gebok, Pekan Nilai, Kg. Labu Hilir dan Kg. Sesapan Kelubi. Satu kumpulan lagi melibatkan fakir miskin sekitar Serdang dan Hulu Langat dan bantuan kepada Kakitangan Ingress sendiri yang dikenalpasti tidak berkemampuan atau berada pada tahap kemiskinan.

Ingress Technologies Sdn. Bhd. (ITSB) juga tidak ketinggalan memperuntukkan sebanyak RM 9,835.00 untuk disalurkan kepada 70 buah keluarga yang dikelolakan oleh Seksyen Perhubungan Perindustrian, Jabatan Sumber Manusia. Agihan zakat ITSB lebih tertumpu kepada golongan Muallaf (saudara baru) dari

kalangan masyarakat Orang Asli di sekitar Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung yang meliputi kawasan Taman Bunga Raya, Pangsapuri Chempaka, Kampung Orang Asli Batu 6 Kuala Kerling, Kampung Orang Asli Hulu Yam Baru dan Kampung Orang Asli Hulu Tamu Batangkali.

Agihan Zakat ITSB telah disempurnakan oleh En. Hamidi Maulod, Pengurus Besar ITSB, En. Hilmi bin Hamdan, Pengurus Jabatan Sumber Manusia ITSB, En. Mohd. Ela bin Abdullah, En. Johari bin Jenang dan En. Mat Mulak (mereka bertiga adalah Tok Batin Suku Temuan).

Semoga usaha murni syarikat ini dapat diteruskan dari tahun ke tahun untuk mencapai mardhatillah dan semoga Allah merahmati dan memberi rezeki yang melimpah ruah kepada Ingress.

AntaramasyarakatOrangAsliyangmenerimasumbangan.

SalahseorangdaripadapenerimaZakatRamadhan 1424Hijrah.

Bantuandihulurkankepadagolonganyangtuadan uzur.

Ibutunggalyangtidakberkemampuanjugatidak dilupakan.

Page 7: Amanat Naib Pengerusi Eksekutif - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 6 Final.pdf · awal penubuhan Ingress terutamanya ketika ... jiwa dan

Berita “Subsidiaries”

Program Amalan 5’S secara tersusun di Ingress Technologies Sdn. Bhd. (ITSB) telahpun dimulakan pada awal tahun 2003 lagi namun Majlis Pelancarannya telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan ITSB, Tn. Hj. Ab Rahim bin Husain pada 27 Mei 2003.

Seminggu kemudian, Jawatankuasa 5’S ITSB telah melantik Perbadanan Produktiviti Negara (NPC) sebagai Perunding 5’S ITSB di dalam usaha untuk mencapai Persijilan 5’S. Sebulan selepas majlis pelancaran program, Jawatankuasa 5’S telah dibubarkan dan Jawatankuasa 5’S yang baru telah dibentuk bagi menepati kehendak dan amalan yang dilaksanakan oleh pihak NPC. Pengerusi Jawatankuasa 5’S yang lama iaitu En. Azri bin Ahmad, Pengurus “Die Engineering” telah digantikan oleh En. Azlan bin Mohd Sahbudin, Penolong Pengurus “Production” untuk meneruskan dan mempertingkatkan lagi amalan-amalan 5’S yang sedia ada di ITSB.

Rentetan dari penubuhan Jawatankuasa 5’S yang baru ini, pelbagai aktiviti telah dirancang dan dilaksanakan oleh Ahli Jawatankuasa 5’S dengan berpandukan kepada tunjuk ajar daripada NPC. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah pengenalan kriteria audit, pengenalan standard atau piawaian baru seperti susun atur meja pejabat, parking, sistem fail dan lain-lain, Program Gotong-royong Perdana ITSB, Zon 5’S Terbaik, latihan dan pelbagai program lain yang banyak membantu ke arah merealisasikan pengiktirafan persijilan 5’S ITSB.

Baru-baru ini, Bahagian Audit dan Persijilan NPC telah menjalankan Audit 5’S ITSB pada 24 Disember 2003 dan pada sessi penutup ITSB telah diumumkan layak untuk diiktiraf sebagai Syarikat Pengamal Budaya 5’S. Syabas diucapkan kepada semua pihak yang telah menggembleng tenaga untuk melaksanakan dan membudayakan amalan 5’S di ITSB.

Program Persijilan 5’S

Program Gotong-royong

Perdana

Sempena Perlaksanaan Program 5’S, pihak pengurusan Ingress Technologies Sdn. Bhd. (ITSB) dengan kerjasama Jawatankuasa 5’S telah melancarkan satu Program Gotong-royong Perdana ITSB pada 4 Oktober 2003. Program ini dijalankan buat julung kalinya di ITSB bagi mewujudkan suasana persekitaran yang lebih bersih dan kondusif sebelum Aktiviti Audit Persijilan 5’S dijalankan.

Program ini disertai oleh 200 orang kakitangan yang terdiri dari pelbagai jawatan dengan lebih menumpukan kepada aktiviti pembersihan kepada tiga amalan 5’S iaitu SISIH, SUSUN dan SUCI.

Sepanjang hampir enam jam program dijalankan, sebanyak tiga buah lori sampah telah digunakan untuk menyisih barang-barang lama yang tidak boleh digunakan lagi dari tempat kerja yang kebanyakannya disimpan begitu sahaja di kawasan yang tidak sepatutnya. Setelah aktiviti gotong-royong dijalankan, persekitaran kawasan kerja kakitangan ITSB telah mencapai tahap kebersihan yang amat memuaskan, lebih teratur dan sistematik.

KakitanganPerkilangansedangmembersihan lantai.

KakitanganPejabatsedangmenyisihkan dokumen.

Longgokansampahdistoryangdisisihdan disusun.

Gambarandariatasaktivitipembersihanyang sedangdijalankan.

Kuiz Ramadhan al-Mubarak

Sepanjang Bulan Ramadhan 1424 Hijrah yang lalu, Biro Kerohanian dan Surau, Kelab Kebajikan Ingress Technologies Sdn. Bhd. (ITSB) telah mengadakan Kuiz Ramadhan al-Mubarak bagi memeriahkan lagi sambutan Bulan Puasa. Soalan Kuiz dibacakan pada setiap hari dan dikumpulkan sehingga satu minggu sebelum dihantar ke Biro Kerohanian dan Surau. Antara topik yang dipersoalkan termasuklah Fardhu Ain, Tajwid, “Lughatul ‘Arabiyyah” (Bahasa ‘Arab), Sirah Nabi dan Kemusykilan Agama. Hadiah diberikan kepada pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga sahaja.

Kuiz ini telah berjaya menarik perhatian para pekerja untuk mendalami ilmu pengetahuan agama di samping memeriahkan lagi sambutan Bulan Ramadhan al-Mubarak.

Page 8: Amanat Naib Pengerusi Eksekutif - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 6 Final.pdf · awal penubuhan Ingress terutamanya ketika ... jiwa dan

Berita HRD

Umrah 2003

Ahli rombongan Umrah bergambar kenangan bersama dengan Sakinah Travel.

Setiap tahun, Kumpulan Syarikat Ingress akan memilih kakitangan yang telah lama berada di dalam tempoh perkhidmatan untuk menunaikan Ibadah Umrah. Pada tahun kewangan 2003/04 bersamaan dengan 1424 Hijrah ini, seramai 11 orang kakitangan telah terpilih untuk menyertai rombongan Umrah Ingress daripada setiap anak syarikat termasuk seorang Pekerja Terbaik 2002 dan seorang Pegawai Pengiring. Mereka yang terpilih adalah:

No Nama Jawatan Syarikat 1 Tn. Hj. Ramli bin Napiah Pengarah Eksekutif Kumpulan Ingress Engineering Sdn. Bhd. 2 Tn. Hj. Ramlee bin Ismail Pengurus Besar @ Pegawai Pengiring Ingress Engineering Sdn. Bhd. 3 En. Ahmad Nadzri bin Mamat @ Mohd Penolong Pengurus Ingress Technologies Sdn. Bhd. 4 Khun Sarayut Mekso Penolong Pengurus Ingress Autoventures Co., Ltd. 5 Pn. Asiah binti Bahari Eksekutif Ingress Precision Sdn. Bhd. 6 En. Mohd. Nadzri bin Mahad Penolong Penyelia Ingress Precision Sdn. Bhd. 7 En. Zamanhuri bin Abd. Ghaffar Penolong Penyelia Ramusa Engineering Sdn. Bhd. 8 En. M. Amiza bin Abdullah Juruteknik Ingress Technologies Sdn. Bhd. 9 En. Shahrizal bin Hamzah Kerani Ingress Engineering Sdn. Bhd. 10 Khun Udon Praloh Pemandu Ingress Autoventures Co., Ltd. 11 En. Mohd. Rizal bin Mohd. Yunus Operator @ Pekerja Terbaik 2002 Ingress Technologies Sdn. Bhd.

Pakej Umrah Ramadhan pada kali ini dipilih dari Syarikat Sakinah Travel & Tours Sdn. Bhd. dan semua ahli rombongan berada di bawah bimbingan Ybhg Ustaz Ali sepanjang berada di Mekah dan Madinah.

Majlis Berbuka Puasa dan Ceramah Agama

Majlis Berbuka Puasa dan Ceramah Agama telah diadakan selama tiga hari berturut-turut bermula dengan Ingress Operasi Nilai, diikuti dengan Kumpulan Multi Discovery dan Ingress Technologies Sdn. Bhd. (ITSB).

Bagi Ingress Operasi Nilai, majlis telah diadakan pada hari Rabu, 29 Oktober 2003 bersamaan 3 Ramadhan 1424 Hijrah bertempat di Surau Ingress Operasi Nilai dengan menjemput penceramah jemputan, Ybhg Ustaz Luqman bin Hj. Abdullah yang membicarakan tentang “Halangan dan Cabaran dalam Penghayatan Ramadhan”. Majlis bermula pada jam 4.30 petang dengan Solat Hajat dan Solat ‘Asar berjemaah, diikuti dengan Bacaan Tahlil dan diteruskan dengan program Ceramah Agama. Sejurus selepas Azan Maghrib berkumandang, semua kakitangan berbuka puasa dengan jamuan ringan yang disediakan. Selepas Solat Maghrib berjemaah, semua kakitangan menikmati juadah

Ustaz Luqman (kanan), penceramah jemputan di Ingress Operasi Nilai.

makan malam dan bagi kakitangan yang berkelapangan, mereka menunggu sehingga selesai Solat Isyak dan Solat Sunat Tarawikh. Majlis berakhir dengan More.

Pada keesokan harinya, Khamis, 30 Oktober 2003 bersamaan 4 Ramadhan 1424 Hijrah, majlis diadakan untuk Kumpulan Multi Discovery pula. Penceramah jemputan ialah Ybhg Ustaz Mohd. Taib Azzamuddin bin Mohd. Taib dengan tajuk Ceramah, “Jihad Melawan Nafsu”. Program Ceramah, Majlis Berbuka Puasa dan Solat Maghrib diadakan di Surau Multi Discovery Sdn. Bhd., Subang Permai dan Program Solat Isyak dan Solat Tarawikh di Masjid at-Taqwa, Subang Permai.

Majlis Berbuka Puasa berakhir pada 31 Oktober 2003 bersamaan 5 Ramadhan 1424 Hijrah di Surau ITSB, Bukit Beruntung dengan menjemput Ybhg Dr. Hj. Hafidzi bin Mohd. Nor, Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mengupas persoalan “Pengajaran dari Badar sebagai Penghayatan Bulan Ramadhan”. Majlis bermula sejurus selepas Solat ‘Asar berjemaah dengan Program Ceramah Agama dan berhenti sejenak untuk Majlis Berbuka Puasa dan Solat Maghrib Berjemaah. Majlis diteruskan lagi dengan Program Solat Isyak berjemaah dan Solat Sunat Tarawikh.

Semoga Majlis Berbuka Puasa ini akan menyemarakkan dan menghidupkan hati-hati semua kakitangan dalam memperkayakan amal ibadah sebagai bekalan untuk menghadapi kehidupan yang abadi.

Majlis Berbuka Puasa di ITSB.

Page 9: Amanat Naib Pengerusi Eksekutif - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 6 Final.pdf · awal penubuhan Ingress terutamanya ketika ... jiwa dan

Bergambar kenangan bersama-sama Pengurusan KK.

Susunan “part” yang rapi dan teratur bagi menjamin kualiti yang dihasilkan.

Latihan di Katayama Kogyo Co., Ltd.

Perbincangan tentang produk yang dihasilkan.

Bahagian perkilangan salah sebuah subkontraktor bagi KK di Jepun.

Di hadapan pintu masuk KK.

Makan malam bersama-sama dengan Pengurusan KK Jepun dan Katayama Kentucky USA.

Bersama-sama dengan bekas pekerja Ingress, Mr. Kawai di hotel penginapan.

Satu program latihan selama 12 hari telah diadakan di Katayama Kogyo Co., Ltd. (KK) pada 15 sehingga 27 Oktober 2003. Tujuan program latihan ini diadakan ialah untuk memberikan pendedahan mengenai “FET Moulding” khususnya mengenai penghasilan produk “Weatherstrip Inner” dan “Beltline Outer” bagi model lori.

Seramai tiga orang kakitangan Ingress telah terpilih untuk menyertai sessi latihan berkenaan yang terdiri daripada Saudara Mohd. Fauzali bin Musa dan Saudara Mohd. Hisyam bin Yusof dari Ingress Engineering Sdn. Bhd. (IESB) serta Saudara Dhenny Suprianto dari PT. Ingress Malindo Ventures (PT. IMV).

Seramai lima orang pegawai dari KK telah terl ibat untuk memberikan penerangan dan pengetahuan kepada mereka yang terdiri daripada para pegawai di bahagian Penyelenggaraan, Perkilangan dan Kawalan Kualiti (QC). Mereka yang terlibat adalah Mr. Mimura, Mr. Hasoba, Mr. Narusa, Mr. Kobayashi dan Mr. Katoaka.

Walaupun Jepun pada ketika itu berada di dalam musim sejuk di bawah paras beku 15oC, namun ketiga-tiga pelatih berkenaan kagum dengan rata-rata sikap kakitangan dan pekerja KK yang sentiasa berbudi bahasa dan menepati waktu bekerja di samping menitikberatkan konsep 5’S sebagai budaya kerja dengan tidak mengenepikan sikap saling menghormati di antara satu sama lain.

Berita HRD

Page 10: Amanat Naib Pengerusi Eksekutif - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 6 Final.pdf · awal penubuhan Ingress terutamanya ketika ... jiwa dan

10

Fokus

Program Mukhayyam 2004 yang bertemakan Tajdid ke Arah Kecemerlangan telah diadakan pada 26 hingga 28 Mac 2004 (5 hingga 7 Safar 1425 Hijrah) yang lalu bertempat di Ayer Keroh d’ Village Resort, Melaka. Program yang dihadiri oleh 421 orang kakitangan Bukan Eksekutif ini diadakan dengan objektif untuk memperjelaskan misi dan visi syarikat di samping mengeratkan silaturrahim serta memupuk semangat kerja berpasukan. Selain itu, ia juga turut diadakan untuk membentuk sahsiah, moral dan semangat daya tahan di kalangan kakitangan.

Peserta dibahagikan kepada 20 kumpulan. Nama-nama kumpu-lan dibentuk berdasarkan kepada Nama-nama Tokoh Ilmuan dan Srikandi Islam. Program pada kali ini lebih menekankan kepada aktiviti berbentuk ketahanan fizikal di samping diselitkan dengan sedikit program berbentuk keilmuan. Bagi aktiviti fizikal, program dikendalikan sepenuhnya oleh Fasilitator Dalaman yang dilantik

10

Mukhayyam 2004

dari kalangan Pengurus, Eksekutif dan Penyelia. Manakala untuk program berbentuk kerohanian pula, seramai tiga orang Penceramah Luaran dijemput untuk turut sama menjayakan program ini iaitu Yang Berbahagia Ustaz Mohd. Rozli bin Abd. Jalil, Yang Berbahagia Ustaz Khairudin bin Aman Razali dan Yang Berbahagia Ustaz Hasanuddin bin Yunus.

Program yang diadakan selama tiga hari dua malam ini dirasmi-kan oleh Naib Pengerusi Eksekutif ICB, Tn. Hj. Rameli bin Musa. Bagi Ucapan Penutup pula, majlis disempurnakan oleh Tn. Hj. Ab Rahim bin Husain, Pengarah Eksekutif Kumpulan, “ACM Malaysia Business”.

Maklum balas positif diterima daripada kebanyakan peserta supaya program Mukhayyam ini dijadikan acara berterusan dari semasa ke semasa untuk kepentingan semua lapisan kakitangan Kumpulan Syarikat Ingress.

Ucapan Penutup oleh Tn. Hj. Ab Rahimbin Husain.

Tn.Hj.RamleebinIsmail,Pengerusi Mukhayyam2004.

UcapanperasmianolehTn.Hj.RamelibinMusa.

YangBerbahagiaUstazKhairudinbin AmanRazali.

Yang Berbahagia Ustaz Rozli bin Abdul

KumpulanSayyidinaAbuBakaras-shiddiq.

Page 11: Amanat Naib Pengerusi Eksekutif - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 6 Final.pdf · awal penubuhan Ingress terutamanya ketika ... jiwa dan

1111

Fokus

SessiTa’arufsesamaahlikumpulan.

Sessipersembahankumpulan.

Sessipendaftaran.

Pesertabersemangatmendendangkanlagutema,JALINAN.

PengerusiMukhayyamdanPengurusanAtasanturutmendendangkanlaguJALINAN.

Khusyukmendengarkuliahmotivasi. Bertungkus-lumusmenyiapkantugasanyangdiberi.

Aktivitibagipesertawanita.

Page 12: Amanat Naib Pengerusi Eksekutif - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 6 Final.pdf · awal penubuhan Ingress terutamanya ketika ... jiwa dan

12

Wajah-Wajah Ingress

Mut

iara

Kat

aM

utia

ra K

ata

Hello,Hello!...Jawablah! “La!...IngatkanEn.PakarhanyapakardalamR&Daje.Rupanyapakarsilatjuga.”

Wajah-wajah Ingress

“Pemenangnyaialah...“

PertandinganSyarahanIngress2004.

Page 13: Amanat Naib Pengerusi Eksekutif - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 6 Final.pdf · awal penubuhan Ingress terutamanya ketika ... jiwa dan

13

Wajah-Wajah Ingress

Mut

iara

Kat

a Sabda Rasulullah s.a.w:

“Sesiapa yang menolong orang lain melakukan sesuatu mak-siat, walaupun hanya dengan setengah kalimah,

maka orang itu dikira berkongsi di dalam melakukan maksiat tersebut.”

Rasulullah s.a.w telah bersabda:

“Ada tiga sifat yang dapat membinasakan seseorang: sifat bakhil yang dipatuhi; hawa nafsu yang diikuti & merasa

bangga dengan diri sendiri.”

Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

“Orang yang cerdik ialah orang yang selalu memperhitung-kan dirinya dan dia suka beramal untuk bekalan sesudah mati, sedangkan orang yang bodoh ialah orang yang suka

mengikut hawa nafsunya dan hanya banyak berangan-angan kepada Allah Taala (berangan untuk mendapatkan kebaikan di akhirat dan pengampunan tetapi dia tidak mahu beramal

ataupun bertaubat.”

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Cinta dunia itu adalah punca segala kejahatan.”

Mut

iara

Kat

aM

utia

ra K

ata

Dara-darapujaanIngress.

IngressBoleh!

“Murid-muridsemua,sekarangikutcikgubaca.”

Eh!eh!...In-teamkerjadenganIngresske?

Kemanapulanakpergiramai-ramaini?

Page 14: Amanat Naib Pengerusi Eksekutif - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 6 Final.pdf · awal penubuhan Ingress terutamanya ketika ... jiwa dan

14

Personaliti

Peringkat Eksekutif

Nama

Asiah binti Bahari

Tarikh Lahir

27 April 1969

Tempat Lahir

Melaka

Bilangan Adik-beradik

8 orang, anak ke-3

Nama Ayah

Bahari bin Jantan

Pekerjaan

Pesara

Nama Ibu

Fatimah binti Yasin

Pekerjaan

Suri rumah

Status Perkahwinan

Berkahwin

Nama Suami

Mustapa bin Ambo

Pekerjaan

Jurukimpal

PENDIDIKAN

Beliau yang dilahirkan pada 27 April 1969 telah memulakan alam persekolahan di Methodist School, Tengkera, Melaka, mulai tahun 1976 (darjah satu) sehingga tamat persekolahan peringkat rendah pada tahun 1981 (darjah enam).

Kemudian beliau melanjutkan persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tanjung dari tahun 1982 (tingkatan satu) sehingga 1986 (tingkatan lima) dan menamatkan pengajian setelah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Kemudian beliau bekerja sambilan sebagai kerani di beberapa tempat seperti PNB dan beberapa kilang dari tahun 1987 sehingga 1989 untuk menambah pengalaman sebelum diterima melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma di dalam bidang Perakaunan di Maktab Sains Mara, Kuala Lumpur.

PERJALANAN HIDUP

Beliau dilahirkan di dalam keluarga yang sederhana. Ibu beliau ialah seorang yang gigih berusaha di dalam memastikan anak-anak bersekolah dan menambah ilmu pengetahuan, manakala bapa bel iau bekerja sebagai seorang buruh dengan pendapatan sebanyak RM 450.00 sebulan, untuk menanggung keperluan keluarga seramai 12 orang. Apa-apa keperluan anak-anak yang diperlukan, ibu seberapa daya berusaha untuk mengadakannya. Ini membuatkan beliau memandang ibu beliau sebagai idola dan berazam untuk lebih berusaha untuk membahagiakan anak-anak dan suami.

PERTEMUAN DENGAN SUAMI

Jodoh dan pertemuan adalah aturan Allah s.w.t. Pertemuan secara tidak sengaja ketika berhari raya pada tahun 1983 telah membuka minda dan mata suami untuk lebih mengenali beliau. Usaha untuk berkenalan dengan lebih dekat disusun dan akhirnya, tiga bulan kemudian, beliau telah diijabkabulkan. Inilah yang dikatakan cinta pandang pertama.

PENGALAMAN KERJA

Setelah menamatkan pengajian beliau pada tahun 1993, beliau telah diterima bekerja di Ingress Engineering Sdn. Bhd. (IESB), dengan jawatan ketika itu sebagai Kerani Akaun. Tidak lama kemudian, atas usaha gigih dan dedikasi yang ditunjukkan, beliau telah dinaikkan pangkat ke jawatan Penyelia.

Kemudian, beliau telah dilantik ke jawatan

Eksekutif pada tahun 1999 sehingga kini.ANUGERAH / PENGHARGAAN YANG DI-TERIMA

Sebagai kakitangan ‘senior’, pada baru-baru ini beliau telah diberi penghargaan di atas khidmat beliau yang telah menjangkau angka sepuluh tahun.

CABARAN DAN PENGALAMAN HIDUP

Antara cabaran dan pengalaman hidup yang tidak dapat beliau lupakan adalah ketika baru ditawarkan untuk menunaikan Ibadah Umrah oleh syarikat dan al-Hamdulillah, berjaya menunaikannya. Ini adalah kerana, telah beberapa kali beliau diberi peluang sebelum ini, tetapi disebabkan oleh beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, ia terpaksa ditolak. Walau bagaimanapun, beliau sedikit terkilan kerana tidak dapat menunaikan Ibadah Umrah bersama suami tersayang yang terpaksa bekerja ketika itu.

PRINSIP / FALSAFAH HIDUP

Beliau berpegang kepada prinsip mudah dan senang, “Sentiasa ingat kepada Allah s.w.t dan ibu bapa tercinta”. Sekiranya ingin berbuat sesuatu, ingatlah selalu kepada Allah s.w.t dan ibu bapa. Jangan sekali-kali menconteng arang ke muka kedua ibu bapa akibat dari perbuatan yang melulu.

Beliau juga masih ingat kepada perumpamaan ini, “kasih saudara pada yang berada, kasih bapa pada yang mendengar kata dan kasih ibu tidak membeza (antara anak-anaknya)”.

NASIHAT UNTUK KAKITANGAN INGRESS

Cintailah diri anda. Sayangilah kedua ibu bapa. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Impian tidak akan terlaksana jika kita tidak berusaha untuk mencapainya.

BIODATA

Page 15: Amanat Naib Pengerusi Eksekutif - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 6 Final.pdf · awal penubuhan Ingress terutamanya ketika ... jiwa dan

15

Personaliti

BIODATA

PENDIDIKAN

Beliau yang dilahirkan pada 26 Ogos 1973 telah memulakan alam persekolahan di Sekolah Ke-bangsaan Jalan Bukit Kajang, dari darjah satu sehingga darjah tiga. Kemudian, beliau berpindah ke Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi dan kekal di sana sehingga tamat persekolahan peringkat rendah.

Seterusnya beliau melanjutkan persekolahan di Sekolah Menengah Bandar Baru Bangi dari tahun 1986 (tingkatan satu) sehingga 1990 (tingkatan lima) dan menamatkan pengajian setelah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

PERJALANAN HIDUP

Allahyarham bapa beliau sentiasa mendidik anak-anaknya dengan menekankan sifat disi-plin, sentiasa hormat pada orang yang lebih tua dan tegas. Hasil dari didikan tersebut telah menjadikan beliau seorang yang tabah dan kuat menghadapi dugaan yang mendatang dalam kehidupan.

PERTEMUAN DENGAN SUAMI

Sebagai seorang anak yang taat kepada ibu bapa, beliau telah dijodohkan dengan Marlyna binti Hj. Bakar pada 14 Febuari 1998. Hasil dari perkahwinan yang bahagia, beliau telah dikurniakan tiga orang permata hati lelaki iaitu Muhammad Afiq Afifi (5 tahun), Muhammad Danial Adly (3 tahun) dan Muhammad Nabil berusia 3 bulan.

PENGALAMAN KERJA

Berbekalkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beliau mula menceburi alam pekerjaan di sebuah kilang, Ishi Sunrock, yang terletak di Kawasan Perindustrian Bandar Baru Bangi. Setelah setahun berada di sana, beliau menyertai Public Bank pada tahun 1992 apabila ditawarkan jawatan sebagai ‘Office Boy’. Setelah hampir setengah tahun berada di sana, beliau telah ditawarkan bekerja di syarikat Ingress En-gineering Sdn. Bhd. (IESB) pada 1 Mac 1993, sebagai Operator Pengeluaran.

Sepanjang perkhidmatan beliau bersama Ingress, beliau telah dinaikkan pangkat beber-apa kali sehingga menjawat jawatan Penolong Penyelia di Jabatan Kejuruteraan (Engineering), Ingress Precision Sdn. Bhd. (IPSB)

ANUGERAH / PENGHARGAAN YANG DI-TERIMA

Sepanjang kerjaya beliau bersama Ingress, banyak penghargaan yang telah beliau terima.

Antaranya adalah kumpulan QCC beliau, ‘Tawon Das’ telah terpilih ke peringkat kebangsaan sebanyak dua kali dan baru-baru ini, kumpulan QCC ‘Formula One’ telah mewakili Ingress Operasi Nilai ke Konvensyen QCC Kumpulan Syarikat Ingress di Thailand.

Selain itu, ketika menyertai Kejohanan Bola Sepak Piala Sapura Holdings, beliau telah dipilih sebagai penjaring gol terbanyak dan mewakili Sapura Holdings ke Kejohanan World Corporate Games pada tahun 1995.

CABARAN DAN PENGALAMAN HIDUP

Antara cabaran dan pengalaman hidup yang tidak dapat beliau lupakan adalah ketika baru berkhid-mat di IESB sebagai Operator Pengeluaran den-gan gaji sebanyak RM 375.00 sebulan (termasuk elaun kedatangan). Ketika itu IESB masih baru dan kewangan sya-rikat masih belum kukuh dan kakitangan bekerja lebih masa tanpa bayaran tambahan. Bagi beliau, ia cukup memeritkan. Namun, berkat kesabaran dan ketahanan, cabaran berkenaan telah dapat ditempuhi.

Cabaran dalam hidup berkeluarga pula tim-bul ketika dikurniakan cahaya mata pertama, kerana pada pandangan beliau, tanggungjawab terhadap keluarga lebih besar yang memer-lukan kepada kesabaran, kecekalan dan kebijaksanaan.

PRINSIP / FALSAFAH HIDUP

Beliau berpegang kepada prinsip sesuatu yang dicita-citakan haruslah dilakukan dengan berusa-ha, berdoa dan bertawakkal setelah melakukan-nya dengan bersungguh-sungguh.

NASIHAT UNTUK KAKITANGAN INGRESS

Untuk berjaya di dalam kehidupan, kita perlu mengelakkan perasaan hasad dengki dan iri hati di atas kejayaan yang telah dicapai oleh orang lain. Sesuatu kejayaan itu bergantung kepada sekuat mana usaha kita dan ketentuan Allah s.w.t.

Selain itu, kerjasama dan semangat berpasukan bukan hanya sekadar sebutan sahaja. Ia haruslah disertakan dengan perbuatan dan tindakan.

Nama

Mohd Nazri bin Mahad

Tarikh Lahir

26 Ogos 1973

Tempat Lahir

Kajang, Selangor

Bilangan Adik-beradik

4 orang, anak ke-4

Nama Ayah

Mahad bin Hj. Md Jai (telah meninggal dunia)

Pekerjaan

Bekas Kakitangan Penyelidikan (MARDI)

Nama Ibu

Hajah Noridah binti Hj. Suboh

Pekerjaan

Suri rumah

Status Perkahwinan

Berkahwin

Nama Isteri

Marlyna binti Hj. Bakar

Pekerjaan

Juruteknik

Peringkat Bukan Eksekutif

Page 16: Amanat Naib Pengerusi Eksekutif - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 6 Final.pdf · awal penubuhan Ingress terutamanya ketika ... jiwa dan

16

Berita Korporat

Supply of Collapsible Pipe for Mitsubishi New P-Car

Supply of 103 Moulding and Body Parts to PERODUA

Short Write-ups on Ingress by The STAR

Ingress is pleased to announce that its subsidiary, Ingress Autoventures Co., Ltd. (IAV) have, on 6th October 2003, received a Letter of Intent (“LOI”) dated 1st October 2003 from Summit Kurata Manufacturing Co., Ltd. (SKM) for the supply of collapsible pipe for Mitsubishi New P-Car.

The LOI confirms the general acceptance by SKM for the supply of the above product at approximately 120,000 car sets per year.

The initial investment for the project is estimated to the Baht 6,205,000, from which the Group is expected to generate annual revenue of Baht 47,820,000 for the next five (5) years. Nevertheless, the project will have no material effect for the current financial year ending 31st January 2004.

This announcement is dated 7th July 2003.

Ingress is pleased to announce that its subsidiaries, Ingress Technologies Sdn. Bhd. (ITSB) and Ingress Engineering Sdn. Bhd. (IESB) have, on 5th August 2003, received a Letters of Instruction (“LOIs”) to supply a total of 103 mouldings and body parts (the Products) for PERODUA new car model code name D73A from PERODUA Manufacturing Sdn. Bhd. (PMSB).

The LOIs confirm the general acceptance by PMSB for the supply of the Products for approximately of 50,000 vehicle sets a year commencing mid financial year ending 31st January 2006 with an estimated annual revenue of RM 27.0 million. The Group is expected to incur an investment of approximately RM 11.0 million.

With the receipt of the LOIs, both subsidiaries shall proceed with the manufacturing of the prototype in respect of the Products. Subsequent announcement on the official appointment will be made upon receipt by both subsidiaries of the formal Letter of Appointment as Parts Supplier from PMSB. The project will have no material impact on the current financial year ending 31st January 2004.

This announcement is dated 7th August 2003.

Monday, 8th December 2003

Analysts are confident that Ingress Corporation Berhad’s automotive division stands a better chance of success as it has ventured beyond Malaysian shores to set up component manufacturing facilities for big international car makers, compared with local players who are too dependant on PROTON. With the full implementation of the Asean Free Trade Area (AFTA) tariff regime soon, Ingress is believed to be banking on growth from its overseas automotive component business to counter the expected dip in national cars sales and lower demand for national cars components.

Saturday, 1st November 2003

The company is involved in power engineering and railway electrification (PER) that covers overhead transmission lines, substations, process and building automation, mechanical and electrical engineering services, manufacture and supply of panel-based electrical equipment and railway electrification works.

The company, whose mainstay is in the automobile parts manufacturing industry, has an engineering arm, wholly-owned Balfour Beatty Rail Sdn. Bhd., which is currently participating in the Ipoh-Rawang railway project conducting electrical works. The systems and integration work, which includes electrical and signaling for the railway project, has been valued at an estimate RM 4.5 billion, or some 30 per cent of the total costs.

Electrical works on the double-tracking however, are only expected to kick in toward the later part of the project, meaning are impact to Ingress’ bottom line will be felt at much later date.

“Analysts & Fund Managers’ Briefing

Kali Kelima

Antaratetamuyanghadir.

SebahagiandaripadaPengurusanKanan,Kumpulan SyarikatIngress.

“Analysts & Fund Managers’ Briefing” Kali Kelima telah diadakan pada 29 Mac 2004 yang lalu bertempat di Hotel Nikko, Kuala Lumpur. Antara agenda utama ia diadakan adalah untuk membentangkan status Kewangan untuk Suku Tahun Keempat bagi Tahun Kewangan berakhir pada 31 Januari 2004.

Selain itu, prospek, masa depan dan peluang-peluang perniagaan serta strategi-strategi korporat turut dibentangkan oleh Ketua-ketua Unit Perniagaan dan wakil. Program ini dihadiri oleh barisan Pengurusan Kanan Kumpulan Syarikat Ingress. Program ini bertambah meriah dengan penyertaan Para Penganalisa dari pelbagai syarikat seperti broker saham, bank-bank dan lain-lain.

Page 17: Amanat Naib Pengerusi Eksekutif - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 6 Final.pdf · awal penubuhan Ingress terutamanya ketika ... jiwa dan

17

Jendela “Oversea”

Pada petang Rabu, 22 Oktober 2003, Jabatan Sumber Manusia telah mengadakan program “Immaratul” Masjid kali pertama di Masjid Darul Ibadah, Pattaya Klhang, Chonburi, Thailand. Peserta yang terlibat terdiri daripada para pekerja Muslim yang bertujuan untuk mentarbiyyah dan sebagai persiapan untuk menghadapi bulan Ramadhan.

“Immaratul” Masjid adalah perkataan di dalam Bahasa Arab yang bermaksud membangunkan Masjid dengan kegiatan-kegiatan yang bertujuan untuk meningkatkan taraf keimanan seseorang Muslim supaya hidup di dalam kebaikan, inginkan kebenaran dan sanggup berdiri di atas pengorbanan di atas jalan Allah, Tuhan sekalian alam.

Antara aktiviti yang diadakan sepanjang program ini adalah seperti berikut:1. Mendirikan solat secara berjamaah2. Seminar3. Ceramah4. Qiyamullail5. Membaca al-Quran6. Muhasabah7. Ziarah kubur8. Gotong-royong

Program ini juga bertujuan untuk mengasuh peribadi muslim untuk mengenal diri sebagai hamba Allah yang lemah dan manusia itu sama sahaja keadaanya. Program ini juga diadakan secara sederhana dan mudah seperti tidur tanpa tilam, bantal dan peralatan lain yang menyenangkan. Dengan demikian, mudah-mudahan

Program “Immaratul” Masjid

17

Bersambung di muka surat 20

SessiCeramahAgama. AktivitiBerkumpulan.

Page 18: Amanat Naib Pengerusi Eksekutif - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 6 Final.pdf · awal penubuhan Ingress terutamanya ketika ... jiwa dan

18

Jendela “Oversea”

CeramahAgamaolehUstazSeangAree. Pesertabergambarkenanganbersamapenceramah.

Sessiperbincangankumpulan.

Sebahagiandaripadapesertabengkel.

Page 19: Amanat Naib Pengerusi Eksekutif - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 6 Final.pdf · awal penubuhan Ingress terutamanya ketika ... jiwa dan

19

“IAV Motivated Team Leadership”

Jendela “Oversea”

Pada 5 November 2003 bersamaan 10 Ramadhan 1424 Hijrah, Ingress Autoventures Co., Ltd. (IAV) telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa sebagaimana yang telah diadakan pada ta-hun-tahun yang lalu. Pada kali ini, Majlis dimeriahkan dengan kehadiran Tn. Hj. Rameli bin Musa, Naib Pengerusi Eksekutif yang sudi beramah-mesra dengan para pekerja. Tidak dinafikan juga betapa bermanfaatnya ceramah yang ber-tajuk “Kemuliaan Bulan Ramadhan” yang dikupas oleh pencer-amah jemputan, Ybhg Dr. Mohd. Nor bin Manuty, bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Perjumpaan pada kali ini diadakan dalam suasana yang muhibbah di Surau IAV.

Majlis Berbuka Puasa 1424 Hijrah

Tn.Hj.RamelibinMusamenyampaikanucapan.

Dr.Mohd.NorManuty,bersongkokhitam.

Menikmatihidanganyangdisediakan.

“IAV Motivated Team Leadership” telah diadakan pada 21 hingga 22 Oktober 2003 yang lepas di Thammasat University, Banglamung Chonburi, Thailand.

Pada kali ini, pihak yang bertanggungjawab telah menjemput Tn. Hj. Ramlee bin Ismail, Pengurus Besar, Pembangunan Sumber Manusia Kumpulan bersama-sama dengan En. Khyrun Anuar bin Zainol, Eksekutif Sumber Manusia, Ingress Operasi Nilai sebagai Pelatih. Seramai 30 peserta dari peringkat Eksekutif telah menyertai program ini yang diadakan dengan tujuan utama supaya memahami tugas yang sebenar sebagai seorang ketua dan mempelajari sifat-sifat seorang ketua mengikut ajaran Islam dan kaedah dunia.

Program ini dimulakan pada jam 7.30 pagi, hari Selasa hingga jam 5.00 petang. Pada waktu malam, semua peserta dapat merasai suasana

hening yang dapat meningkatkan rohani melalui program ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Anas Seang Aree dengan tajuk kupasannya “Pemimpin mengikut Islam”. Selepas itu, sessi soal jawab dibuka bagi mendalami lagi ilmu dan meningkatkan pemahaman terhadapnya.

Pada pagi Rabu, 22 Oktober 2003, sesudah selesai Solat Subuh berjemaah, majlis nasihat-menasihati sesama peserta pula diadakan. Seterusnya program diteruskan lagi dengan sessi kuliah bermula pada jam 7.30 pagi hingga selesai program pada jam 4.30 petang. Selain itu, program seperti seminar, tayangan drama, “games” dan lain-lain juga turut diadakan.

Program ini diterajui oleh Khun Adul Suden dan Khun Anusorn Sri Adulphan, Pengurus dan Eksekutif Jabatan Sumber Manusia.

Page 20: Amanat Naib Pengerusi Eksekutif - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 6 Final.pdf · awal penubuhan Ingress terutamanya ketika ... jiwa dan

20

Berkat kegigihan, kerajinan dan sifat amanah yang dipraktikkan oleh pekerja-pekerja Ingress Autoventures Co., Ltd. (IAV) dari tahun 2001 hingga 2002, IAV telah memper-olehi keuntungan yang boleh mengeluarkan Zakat perniagaan sebanyak lebih kurang 600,000 Baht. Zakat diagih-agihkan kepada lapan asnaf mengikut nas-nas yang telah digariskan di dalam ajaran Islam, khususnya kepada golongan fakir, miskin dan muallaf (saudara baru).

Dalam pembahagian Zakat, pihak pengurusan telah membentuk Ahli Jawatankuasa bagi tahun 2003 yang diketuai oleh Khun Surin Wangchareon, Pengurus Besar IAV. Zakat ini diagih-agihkan kepada golongan yang tidak berupaya di daerah-daerah yang tertentu seperi Pattaya, Chonburi, Rayong, Bangkok, Ayuttaya dan wilayah-wilayah di bahagian selatan Thailand.

Sebahagian dari Zakat itu dibahagi-bahagikan sebelum Hari Raya Aidilfitri 1424 Hijrah seperti berikut:

1. En. Radzuan Shah Jamaludin (Pengurus Besar Kanan), Khun Shareef Anantasart, Eksekutif Kewangan dan Perakaunan, Khun Anan Yutnava dan Ustaz Charan Ham-danee (Ustaz Mohd. Ismail) di bahagian Klhong Takian Ayuttaya.

2. En. Mohd. Ihsan bin Saidin (Pengurus Jabatan PVD / BOI), En. Mohd. Fahji bin Abdul Kadir (Pengurus PE / R&D), Khun Nurudin Darsaersamoh (Eksekutif BOI) di bahagian Kg. Khao Khayai Chonburi.

3. En. Mohd. Fahji bin Abdul Kadir (Pengurus PE / R&D), Ustaz Charan Hamdanee (Ustaz Mohd. Ismail) di bahagian Pattaya.

4. Khun Surin Wangcharoen (Pengurus Besar), Khun Sarawut Sriwannayos (Setiausaha Syarikat) di daerah Bangkok.

5. Khun Nabilah Hajihama (Setiausaha Eksekutif) di wilayah Pattanee.

Zakat IAV adalah hasil usaha dan ketekunan kakitangan IAV yang berazam untuk men-jadikan kerja sebagai “IBADAH”, maka Allah akan menambah rezeki yang “HALAL” dan “BERKAT” yang mendatangkan manfaat yang boleh dikecapi oleh masyarakat.

Jendela “Oversea”

Agihan Zakat Ramadhan IAV

ProgramGotong-royong.

akan wujud suasana yang baik dan tali persaudaraan di antara pekerja menjadi lebih erat serta merasa gembira apabila dapat menolong masyarakat luar melalui aktiviti bergotong-royong dan sebagainya.

Pada majlis penutup, pagi Khamis 23 Oktober 2003, Tn. Hj. Abdul Rahim bin Hitam, Pengarah Urusan IAV mengucapkan terima kasih kepada semua peserta yang hadir dan mengingatkan mereka supaya semua pekerja agar menjadi seorang Muslim yang beramanah memikul tugas dan tanggungjawab sesama manusia dan juga melaksanakan kewajipan yang diperintah oleh Allah, Tuhan semesta alam.

AntarapenerimaZakatRamadhanIAV.

En.IhsanSaidinmenyampaikansumbangankepadayangberhak.

20

Bersambung dari muka surat 17 (Program “Immaratul Masjid”)

Page 21: Amanat Naib Pengerusi Eksekutif - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 6 Final.pdf · awal penubuhan Ingress terutamanya ketika ... jiwa dan

21

Bagi mendekatkan diri dengan masyarakat setempat, anak syarikat Ingress di Indonesia, PT Ingress Malindo Ventures (PT. IMV) telah mengadakan majlis berbuka puasa pada 14 November 2003 di Kilang PT. IMV. Ahli Jawatankuasa telah ditubuhkan bagi merealisasikan majlis tersebut yang diketuai oleh Bapak Wan Musa bin Wan Daud. Walaupun majlis tersebut dijalankan secara serba kekurangan, namun majlis itu berjalan dengan baik dan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara pimpinan syarikat dengan karyawan dan penduduk setempat.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh Komisari & Direktur-direktur PT. IMV, Bapak Herman Z. Latif, Bapak Mas Moechamad Latif dan Bapak Le Muji Tahied Al-Amien.

Pada majlis tersebut juga pihak syarikat memberi wang Tunjangan Hari Raya (THR) kepada orang tua dan fakir miskin di sekitar pabrik PT. IMV.

Pada 18 Disember 2003, seramai empat karyawan (pekerja) PT. IMV telah dihantar ke Malaysia untuk menjalani latihan di dalam pelbagai bidang seperti PVD, “Electrical Robot” & “Welding”, PPC dan QA/QC. Kakitangan tersebut adalah Bapak Aji Nugroho, Bapak Joni Wawan, Bapak Fahd Bahanan dan Bapak Hadi Sumadi.

Jangka masa mereka menimba ilmu di Malaysia selama sebulan itu nanti akan digunakan sepenuhnya bagi memajukan PT. IMV pada masa hadapan.

BapakMasMoechamadLatifmemberisumbangankepada penduduksetempat.

Berdiridarikiri: BapakRashid,BapakAjiNugroho, BapakHadiSumadi. Dudukdarikiri: BapakJalil,BapakJoni,BapakFohd, BapakRosidi.

Majlis Berbuka Puasa PT. IMV

Karyawan Perintis PT. IMV

Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah anjuran Kelab Kakitangan Ingress Bangi telah diadakan di Ingress

Operasi Nilai. Kejohanan yang berlangsung pada 9 Ogos 2003 yang lalu membabitkan enam pasukan

dari pasukan pilihan dari Talent Synergy Sdn. Bhd. (TSSB), Ingress Research Sdn. Bhd. (IRSB), Matrix Power Services Sdn. Bhd.

(MPSSB), Jabatan PVD Ingress Precision Sdn. Bhd. (IPSB) serta pasukan jemputan yang mewakili Jabatan Sumber Manusia (HR), Ingress Operasi Nilai dan Ingress Corporation Berhad (ICB). Kejohanan yang bermula pada jam 8.45 pagi telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Ramli bin Napiah.

Kejohanan ini berlangsung secara liga dan pasukan pilihan HR telah berjaya menewaskan pasukan TSSB dengan lambungan duit setelah kedua-dua pasukan seri selepas tendangan penalti pada peringkat perlawanan akhir. Penjaring gol terbanyak pula dimenangi oleh Saudara Auzani bin Ismail dari pasukan pilihan TSSB dengan enam jaringan gol dan acara menimang bola telah dimenangi oleh Saudara Mohd. Rizal dari pasukan pilihan MPSSB dengan 48 kali timbangan bola.

Kemalangan di “Loading Bay” IESB Satu kemalangan kecil telah berlaku di bahagian “Loading Bay” Ingress Engineering Sdn. Bhd. (IESB) pada 8 Disember 2003, yang mengakibatkan kecederaan pada kulit kepala. Mangsa yang terlibat ialah seorang pekerja subkontraktor yang ditugaskan untuk mengambil barangan siap dari IESB untuk dihantar ke PERODUA.

Peristiwa ini berlaku ketika mangsa sedang membuka pintu lori untuk menurunkan kotak “polybox”. Tanpa disedari, terdapat kotak yang didakwa oleh mangsa tidak diikat telah terjatuh dan menimpa kepalanya. Sejurus selepas kejadian tersebut, Pegawai Keselamatan dan Kesihatan telah membawa mangsa ke klinik Pusat Perubatan Islam Nilai untuk diberi rawatan perubatan.

Kebakaran LampuSemasa kecil menjadi kawan, apabila besar menjadi lawan. Gambaran ini menunjukkan bahawa pengaliran tenaga elektrik yang dikawal memberi banyak faedah kepada manusia, tetapi boleh menjadi musuh apabila pengalirannya terganggu.

Peristiwa kebakaran lampu jalan di perkarangan Ingress Operasi Nilai ini berlaku pada 8 Disember 2003. Kejadian ini disedari semasa kakitangan sedang melakukan kerja-kerja penyenggaraan untuk memperbaiki sumber tenaga elektrik yang sering terputus. Tindakan pantas telah diambil oleh kakitangan yang berkenaan untuk mengelakkan api tersebut daripada merebak. Dilaporkan juga tidak ada sebarang kerosakan berlaku selain daripada bahagian yang terbakar.

Jendela “Oversea”Berita Keselamatan & KesihatanPekerja

Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah

Kelab Kakitangan Ingress

Page 22: Amanat Naib Pengerusi Eksekutif - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 6 Final.pdf · awal penubuhan Ingress terutamanya ketika ... jiwa dan

2222

Nostalgia

Pada 13 Januari 2004 (20 Zulkaedah 1424 Hijrah), Allahyarham Khusaizal bin Puteh Wahab pula dijemput pulang ke rahmatullah pada jam 3.00 pagi setelah lebih dua bulan dimasukkan ke dalam wad dan berada di dalam keadaan koma pada 10 November 2003 yang lalu. Allahyarham memu-lakan perkhidmatannya di Ingress Technologies Sdn. Bhd. (ITSB) sebagai Operator PPC pada 28 Disember 1995 dengan memegang nombor perkhid-matan K 225. Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan dua orang cahayamata sebagai penyambung zuriat. Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Felda Gunung Besout 1, Sungkai, Perak Darul Ridzuan.

Kita sekali lagi dikejutkan dengan pemergian Saudara Mohd. Nazim bin Ibrahim, Pengurus Kewangan dan Perakaunan, Ingress Operasi Nilai pada 2 Mei 2004 yang lalu. Tragedi panahan petir yang menimpa peserta-peserta ekspedisi memanjat Gunung Rajah, Bentong merupakan detik-detik terakhir Allahyarham bersama-sama dengan Ingress. Allahyarham terkenal sebagai seorang yang peramah, aktif, dedikasi dan berkaliber semasa hayat beliau. Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 4, Shah Alam, Selangor.

Marilah kita sedekahkan bacaan al-Fatihah kepada Allahyarham Ni’soh bin Ni’mat, Allahyarhamah Pn. Norley binti Noor, Allahyarhamah Pn. Rashidah binti Musa dan Allahyarham Khusaizal bin Puteh Wahab dan Allahyarham Mohd. Nazim bin Ibrahim.

Sebagai pengajaran kepada kita yang masih memikul amanah, tang-gungjawab dan kewajipan sebagai khalifah di muka bumi ini, buatlah persiapan yang secukupnya dari sekarang kerana kita tidak pasti bilakah saatnya kita akan dijemput oleh ‘Izrail untuk bertemu dengan Rabbul Jalil.

Allah berfirman di dalam surah Ali ‘Imran ayat 185 yang bermaksud:

“Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasai mati”. Itulah janji dan ketentuan Ilahi. Pemergian saudara seislam kita menjadi iktibar dan pengajaran bahawa semua makhluk yang bernyawa termasuk manusia bersifat binasa dan pasti akan menemui Penciptanya yang bersifat kekal abadi. Tiada sesiapapun yang mengetahui bilakah saat kematian akan tiba dan itu semua adalah kebenaran yang tidak dapat disangkal lagi sebagaimana firman Allah s.w.t di dalam surah al-A’araf ayat 34 yang bermaksud:

“Bagi tiap-tiap umat itu ada ajalnya. Apabila tiba ajalnya, maka tidak dile-watkan dan tidak dipercepatkan walau sesaat juapun”.

Dalam jangkamasa terdekat ini, kita semua diuji dengan pemergian insan-insan yang kita sayangi. Bermula dengan pemergian Allahyarham Ni’soh bin Ni’mat pada hari Jumaat, 24 Oktober 2003 (28 Sya’aban 1424 Hijrah) yang lalu akibat kemalangan yang berlaku di hadapan Surau Hidayatus as Salikin, Ton Krabok, Nakleua Choburi, Thailand pada jam 8.30 malam.

Allahyarham mula berkhidmat di Ingress Autoventures Co., Ltd. (IAV) pada 27 Januari 2003 sebagai “Fitter” di Jabatan Penyelenggaraan. Dengan memiliki akhlak yang baik dan lemah-lembut, Allahyarham ialah seorang yang dikasihi ramai semasa hayat beliau. Walupun pemergian Allahyarham membawa suasana yang sedih dan pilu kepada kita semua khususnya kakitangan IAV, marilah kita berdoa agar pemergiannya dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t.

Menjelang 21 November 2003 (Jumaat), bersamaan 26 Ramadhan 1424 Hijrah, Allahyarhamah Pn. Norley binti Noor (isteri kepada Tn. Hj. Rameli bin Musa) pula kembali ke rahmatullah. Allahyarhamah menghembuskan nafasnya yang terakhir lebih kurang jam 8.00 pagi. Allahyarhamah dike-nali sebagai seorang yang penyayang terutama kepada anak-anak yatim dengan menganggotai pimpinan Rumah Ehsan, Desa Subang Permai, Shah Alam, Selangor selain turut melibatkan diri secara aktif dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan semasa hayat Allahyarhamah. Jenazah Allahyarhamah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU 4, Lembah Keramat, Kuala Lumpur. Marilah kita berdoa supaya roh Allahyarhamah digolongkan bersama-sama dengan mereka yang beriman dan bertakwa kepada Yang Maha Esa.

Ketika manusia sejagat disibukkan dengan sambutan ketibaan tahun Masehi 2004 dan semangat serta azam baru, kita sekali lagi menerima berita yang mendukacitakan dengan pemergian Allahyarhamah Rashidah binti Musa (adik kandung kepada Tn. Hj. Rameli bin Musa). Allahyarhamah ialah salah seorang daripada pemegang saham Ingress Corporation Berhad (ICB). Jenazah Allahyarhamah juga dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU 4, Lembah Keramat, Kuala Lumpur.

Page 23: Amanat Naib Pengerusi Eksekutif - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 6 Final.pdf · awal penubuhan Ingress terutamanya ketika ... jiwa dan

23

Nostalgia

NamaKhairul Hamizi bin Hamzah

JawatanPenolong Penyelia, Jabatan KejuruteraanIngress Precision Sdn. Bhd.

Nama IsteriUmmi Habibah binti Mohd Isa

Tarikh Perkahwinan20 Disember 2003

NamaKhun Manop Mankong

JawatanPenyelia, Jabatan “Research & Development”

Nama IsteriKhun Rasiah Yidnordin

Tarikh Perkahwinan5 Oktober 2003

NamaAbd. Aziz bin Mohd. Yunus

JawatanEksekutifJabatan Komunikasi KorporatIngress Corporation Berhad

Nama IsteriNorhazlina binti Hamid

Tarikh Perkahwinan23 Mac 2003

Cahaya Mata

1. Nama Muhammad Faiz bin Mohd Fadli Tarikh Lahir 23 November 2003 Nama Bapa Mohd Fadli bin Che Me Jawatan Penyelia Pentadbiran, Jabatan Sumber Manusia, (Ingress Engineering Sdn. Bhd.) Nama Ibu Norsham binti Mahmood

5. Nama Ahmad Irfan bin Khyrun Anuar Tarikh Lahir 6 Mac 2003 Nama Bapa Khyrun Anuar bin Zainol Jawatan Eksekutif Latihan, Jabatan Sumber Manusia, (Ingress Engineering Sdn. Bhd.) Nama Ibu Nafsiah binti Tamzir

3. Nama Malikah Sorfina binti Mohd Hishamudin Tarikh Lahir 10 November 2003 Nama Bapa Mohd Hishamudin bin Sharudin Jawatan Eksekutif Kewangan dan Perakauan (Ingress Technologies Sdn. Bhd.) Nama Ibu Salfarina binti Salim

4. Nama Ommar Mohammad Dayyan C. Tarikh Lahir 2 Disember 2003 Nama Bapa Dhenny S. Jawatan Penyelia, “Production Moulding” (PT Ingress Malindo Ventures) Nama Ibu Ifada Farhais Spd.

2. Nama Muhammad Danial Iskandar bin Mohd Razif Tarikh Lahir 22 September 2003 Nama Bapa Mohd Razif bin Hishamuddin Jawatan Eksekutif Kewangan dan Perakauan (Ingress Engineering Sdn. Bhd.) Nama Ibu Nik Daliana binti Nik Farid

2

1

3

4

5

23

Page 24: Amanat Naib Pengerusi Eksekutif - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 6 Final.pdf · awal penubuhan Ingress terutamanya ketika ... jiwa dan

24

Kita telahpun menyambut ketibaan Aidilf itri pada 1

Syawal yang lalu. Setelah bertarung dengan nafsu selama

sebulan pada bulan Ramadhan dengan berpuasa, maka ketibaan

Syawal d isambut dengan penuh kemenangan. Semoga kemenangan ini

dapat kita sama-sama rayakan pula apabila bertemu Allah di akhirat kelak bersama dengan

bekalan amal soleh yang mampu meraih kasih sayang Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Kita turut

merayakan kemenangan di atas kejayaan melawan sifat tamak dan kikir dalam diri dengan sama-sama menunaikan Zakat Fitrah bagi menyatakan bahawa kita turut bersimpati kepada mereka yang memerlukan bantuan daripada saudara seagama.

Tarbiyyah melalui puasa dan zakat amat besar ertinya jika ia ditunaikan dengan penuh keikhlasan kerana ia bakal menanam semangat perpaduan berdasarkan aqidah yang satu di samping bersedia untuk berkorban setakat yang mampu demi meningkatkan martabat agama Allah yang suci. Proses tarbiyyah yang dilalui dan diterima sepanjang Ramadhan lalu diharapkan dapat diteruskan pada bulan-bulan lain dalam melahirkan diri sebagai hamba Allah yang bertaqwa dan beruntunglah bagi mereka yang menunaikan ibadah puasa enam hari pada bulan Syawal yang dinyatakan oleh Nabi seperti orang berpuasa sepanjang tahun.

Kedatangan Syawal turut mengingatkan kita semua kepada peperangan Ahzab yang berlaku pada bulan Syawal berlarutan sehingga awal bulan Zulkaedah tahun 5 Hijrah, terutamanya Umat Islam apabila tibanya Hari Raya, maka mereka secara bersama sentiasa melaungkan kalimah “Wa a’azza jundahu wa hazamal Ahzaba wahdah” yang bermaksud:

“Dan Dialah (Allah) yang telah memenangkan tentera-Nya serta mengalahkan tentera Ahzab.”

Peperangan Ahzab yang bererti tentera bersekutu kuffar juga dikenali dengan nama Peperangan Khandak yang bererti parit yang dibina oleh para tentera Islam sebagai kubu dalam menahan kemaraan musuh ke Madinah dengan menggunakan idea yang dicadangkan oleh Salman al-Farisi kepada Rasulullah di mana cara ini merupakan kebiasaan yang digunakan oleh tentera Parsi. Peperangan ini berlaku sejurus selepas penghalauan Yahudi Bani Nadhir oleh Rasulullah s.a.w dari Madinah setelah mereka cuba membunuh Nabi.

Seramai 10,000 orang bala tentera kuffar yang terdiri daripada 4,000 kaum musyrikin Mekah dan 6,000 orang dari Bani Ghatfan telah berjaya dikumpul oleh Yahudi Bani Nadhir untuk bertempur dengan tentera Islam yang hanya berjumlah 3,000 orang. Pada hari pertempuran, tentera kuffar merasa amat terkejut apabila tiba berdekatan dengan kubu parit yang digali oleh tentera Islam memandangkan bangsa Arab sebelum ini tidak pernah berhadapan dengan cara itu di dalam peperangan. Pertempuran besar tidak berlaku di dalam peperangan ini sebaliknya masing-masing hanya menggunakan panah memandangkan mereka dihalang oleh parit. Di dalam peperangan ini, hanya enam orang tentera Islam gugur syahid manakala 10 orang musyrikin berjaya dibunuh.

Peperangan Khandak

Setelah menghadapi pengkhianatan Yahudi dan kesatuan tentera kuffar, Umat Islam akhirnya dianugerahkan kemenangan yang gemilang hasil kesabaran, kesatuan dan keyakinan mereka yang jitu dan utuh kepada Allah.

Jika kita perhatikan kepada peristiwa peperangan Ahzab ini, maka perkara sama terus berulang apabila pada hari ini Yahudi yang berusaha menguasai dunia terus menghasut seluruh musuh Islam untuk bersatu dalam menghadapi kemaraan Islam yang merupakan agama yang menjadi penghalang besar kepada kuffar terutama Yahudi dalam meneruskan kezaliman dan penindasan demi keuntungan mereka.

Dahulu umat Islam boleh mendapat kemenangan ketika berhadapan dengan sekutu kuffar kerana mereka berada di bawah satu kepimpinan, tetapi kini umat Islam dipecahkan dalam banyak kepimpinan mengikut bangsa dan negara. Dahulu umat Islam mampu mencapai kemenangan walupun dengan jumlah yang sedikit kerana mereka lebih cintakan akhirat dan rindukan mati syahid, sedangkan umat Islam kini dengan jumlah yang ramai terus dibaham oleh musuh kerana kebanyakan mereka lebih cintakan dunia dan benci kepada kematian. Dahulu umat Islam diberi kemenangan kerana bersatu hati menghadapi kemaraan musuh tetapi kini umat Islam diuji dengan kekalahan kerana berbalah sesama sendiri akibat terhasut dengan dakyah sehingga kuffar dianggap rakan sedangkan saudara seagama dijadikan lawan. Dahulu umat Islam digeruni dan dihormati kerana memiliki kuasa dan perlaksanaan semua sistem berdasarkan Islam sedangkan Umat Islam kini diberi kuasa tetapi perlaksanaan sistem terus berkiblatkan barat. Dahulu Yahudi di Madinah terus dihalau keluar apabila mengkhianati Nabi dan umat Islam, tetapi kini Yahudi dan kuffar boleh menghalau umat Islam sesuka hati dari tanahair sendiri sehingga berjuta-juta umat Islam menjadi pelarian. Dahulu umat Islam dimuliakan Allah apabila menjadikan Islam sebagai “ad-Deen” (cara hidup) tetapi kini umat Islam dihina oleh Allah kerana meninggalkan Islam.

Oleh itu, kita mestilah kembali kepada kemuliaan itu dengan sama-sama bersatu di bawah payung Islam yang memungkinkan kita mengalahkan tentera bersekutu kuffar yang diketuai oleh Amerika yang didalangi oleh Yahudi laknatullah daripada terus mengganas di muka bumi ini. Firman Allah di dalam Surah al-Ahzab ayat 22 bermaksud:

“Manakala ketika orang-orang yang beriman melihat pasukan Ahzab maka mereka berkata: “Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah dan Rasul-Nya kepada kita. Dan benarlah Allah dan Rasul-Nya”. Dan demikian itu, tidaklah menambahkan kepada mereka melainkan keimanan dan ketundukan”.

Sudut Agama