tajuk novel: papa...(akhirnya kau tewas jua!) pengarang

39
Tajuk novel: PAPA...(akhirnya kau tewas jua!) Pengarang : Deana Yusof Biodata Pengarang: Nama sebenar Deana Yusof ialah Norhaiza binti Yusof yang dilahirkan pada 3 Mac 1957 di Kepong, Selangor. Beliau memperoleh pendidikan awal di Sekolah Menengah Kampung Baru, Kuala Lumpur.Seterusnya, melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi MARA di Shah Alam, Selangor. kini, Deana merupakan suri rumahtangga sepenuh masa dan menjadi penulis di Pekan Ilmu Publications. Beliau, berazam menulis sebuah novel setahun kerana lebih mementingkan kualiti karya daripada kuantiti. SINOPSIS NOVEL PAPA Cerita bermula pada suatu petang, ketika Intan Julia perasan akan kemesraan papa dengan mama.Mak cik Noraini, pembantu rumah mereka menyediakan minuman petang. Ju berasa kagum tetapi jengkel melihat kehangatan hubungan tersebut meskipun mereka sudah lama mendirikan rumahtangga. mak cik Noraini sering bercerita tentang sejarah percintaan mama dan papa Juliana. Perbualan mereka terputus tatkala papa memberitahu Juliana bahawa mamanya sedang mengandung anak yang kedua.Mendengar berita tersebut, membuatkan hati mak cik Noraini bimbang. Malah rakah-rakan Intan Marliana juba bimbang risiko yang bakal dihadapi oleh Intan Marliana memandangkan mama pernah mengalami komplikasi yang teruk tatkala melahirkan Juliana.Namun, kedegilan Intan Marliana untuk membuktikan kasihnya kepada papa, beliau bertekad

Upload: d-fbuser-21786274

Post on 15-Jun-2015

58.601 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tajuk Novel: PAPA...(Akhirnya Kau Tewas Jua!) Pengarang

Tajuk novel: PAPA...(akhirnya kau tewas jua!)Pengarang : Deana Yusof

Biodata Pengarang:

Nama sebenar Deana Yusof ialah Norhaiza binti Yusof yang dilahirkan pada 3 Mac 1957 di Kepong, Selangor. Beliau memperoleh pendidikan awal di Sekolah Menengah Kampung Baru, Kuala Lumpur.Seterusnya, melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi MARA di Shah Alam, Selangor.kini, Deana merupakan suri rumahtangga sepenuh masa dan menjadi penulis di Pekan Ilmu Publications. Beliau, berazam menulis sebuah novel setahun kerana lebih mementingkan kualiti karya daripada kuantiti.

SINOPSIS NOVEL PAPA

Cerita bermula pada suatu petang, ketika Intan Julia perasan akan kemesraan papa dengan mama.Mak cik Noraini, pembantu rumah mereka menyediakan minuman petang. Ju berasa kagum tetapi jengkel melihat kehangatan hubungan tersebut meskipun mereka sudah lama mendirikan rumahtangga.

mak cik Noraini sering bercerita tentang sejarah percintaan mama dan papa Juliana. Perbualan mereka terputus tatkala papa memberitahu Juliana bahawa mamanya sedang mengandung anak yang kedua.Mendengar berita tersebut, membuatkan hati mak cik Noraini bimbang. Malah rakah-rakan Intan Marliana juba bimbang risiko yang bakal dihadapi oleh Intan Marliana memandangkan mama pernah mengalami komplikasi yang teruk tatkala melahirkan Juliana.Namun, kedegilan Intan Marliana untuk membuktikan kasihnya kepada papa, beliau bertekad untuk meneruskan kandungannya dan pasrah kepada Tuhan.Hal ini demikian kerana, papa memang sudah lama teringin menimang cahaya mata kedua.

Di dalam kereta, Cikgu Suzie mengingatkan Intan Marliana tentang risiko yang bakal dihadapi oleh sahabatnya itu. Namun Intan Marliana tetap dengan pendiriannya untuk terus mengandung dan melahirkan

Page 2: Tajuk Novel: PAPA...(Akhirnya Kau Tewas Jua!) Pengarang

cahaya mata demi cintanya yang mendalam kepada Jefri. Julia yang mendengar perbualan tersebut perasan akan perubahan air muka mamanya. Hal ini menyebabkan Julia ingin tertanya-tanya dan mencari jawapan daripada mak cik Noraini. Makcik Noraini menceritakan sejarah kelahiran Julia yang tidak cukup bulan dan keadaan mamanya yang pengsan serta betapa susahnya untuk menjaga Ju.

Memandangkan Intan Marliana mengandungkan anak kembar, maka Jefri menyediakan dua buah katil buat bakal bayi mereka. Intan Marliana dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia tatkala saat melahirkan tiba.Doktor memaklumkan bahawa mama perlu menjalani pembedahan kerana komplikasi terhadap kandungannya itu.Akhirnya, bayi kembar lelaki yang melekat dari bahagian kepala hingga punggung dilahirkan melalui pembedahan. Namun, tidak panjang umurnya dan meninggal dunia. Manakala Intan Marliana pula koma akibat kehilangan banyak darah.Kembar tersebut dinamakan Ahmad dan Muhammad.

Kesedihan menyelubungi keluarga mereka lantaran anak yang dinanti-nantikan pergi menyahut seruan Ilahi. Jefri menggantikan tempat Intan Marliana menguruskan kehidupan dan tidak jemu-jemu menjaga dan mendoakan agar isterinya pulih seperti sediakala. Ketika di rumah, Ju menatap foto-foto lama milik mama dan papa sambil membayangkan kisah mereka semasa usia muda. Sepucuk surat yang pernah dikirimkan oleh papa kepada mama dibaca.Melalui surat itu, Ju mengetahui betapa tingginya kasih sayang papa terhadap mama.

Juliana pula kian dewasa dan rapat dengan Rasylan, rakan sekolahnya. Papa benar-benar menentang akan hubungan tersebut memandangkan Rasylan merupakan anak angkat yang status keturunannya serta asal-usulnya tidak diketahui.Ju dan Rasylan memperoleh keputusan cemerlan dalam SPM dan berjaya melanjutkan pelajaran di Pusat Matrikulasi, Universiti Islam Antarabangsa(UIA).Dalam masa yang sama, papa mula rapat dengan pelajar beliau yang bernama Aishah. Aishah, sentiasa mengambil berat dan memberi perhatian kepada papa menyebabkan hubungan mereka menjadi rapat. malah ,Ju telah beberapa kali terserempak mereka berbual-bual di kedai makanan segera.

Hakikatnya, papa mula tertarik kepada Aishah dan ingin memperisterikannya. Hasrat hatinya disuarakan kepada mak cik Noraini. Perbualan tersebut telah didengari oleh Ju dan bermula konflik antara mereka kerana Ju berasa kurang senang dengan hasrat papa yang ingin berkahwin lagi. kata-kata Ju menimbulkan kemarahan papa. Ju juga telah ditampar oleh papa. Akhirnya konflik tersebut dapat

Page 3: Tajuk Novel: PAPA...(Akhirnya Kau Tewas Jua!) Pengarang

dileraikan apabila papa berbincang dari hati ke hati dengan Ju.Ju bersetuju kerana kasihan melihat papa yang kesunyian sepanjang mama koma.

Aishah pandai mengambil hati Ju dan sering bertanya khabar dan mengajak bermain tenis.Malah Aisyah membawa Ju pulang ke rumahnya dan ketika itu barulah Ju tahu bahawa Aisyah anak orang berada.Jefri pula tidak jemu-jemu "berbual-bual" dengan isterinya tentang masa depan anak mereka.

Papa selamat diijabkabulkan dan Ju pula akhirnya berjaya menamatkan kursus di UIA.

Intan Marliana telah bertahun-tahun koma akhirnya telah membuka mata di biliknya. Ju terkejut dan berasa amat gembira. Papa hanya tersenyum tenang menghadapi situasi tersebut. Namun keadaan bertukar sepi apabila Aishah masuk ke bilik itu sambil memegang bahu papa. Situasi tersebut menyebabkan papa serba salah lalu menceritakan keadaan yang sebenar. Mama kelihatan marah mendengar berita tersebut dan mendengus dengan kuat sambil melepaskan genggaman tangan papa. Akhirnya mama meninggal dunia selepas lebih tiga tahun koma.

TEMA NOVEL PAPA:

Novel karya Deana Yusof ini bertemakan kasih sayang.Buktinya mama sanggup mempertaruhkan nyawanya untuk mengandung kali kedua sebagai tanda kasih sayang yang mendalam terhadap papa yang inginkan anak meskipun tahu risiko yang bakal dihadapi sekiranya mama meneruskan kandungannya itu. Papa juga membuktikan kasih sayang yang mendalam terhadap mama dengan cara menjaganya, berbual-bual dengan mama sepanjang masa mama koma dengan harapan mama akan pulih seperti dahulu.Malah, Intan Julia turut membuktikan kasih sayangnya dengan mengizinkan papa mengahwini Aishah meskipun pada peringkat awalnya dia menentang hasrat papa.

PERSOALAN NOVEL PAPA:

1. Pengorbanan suami dan isteri demi kebahagian pasangan masing-masing buktinya Intan maliana sanggup mengandung kali kedua demi memenuhi kehendak suaminya. Malah, Jeffri pula berkorban dengan cara menjaga isterinya yang koma selama lebih tiga tahun

Page 4: Tajuk Novel: PAPA...(Akhirnya Kau Tewas Jua!) Pengarang

2. Kesetiaan seorang suami terhadap isterinya. Buktinya ,Jeffri setia menemani isterinya yang koma selepas kehilangan banyak darah semasa melahirkan kembar Ahmad dan Muhammad. Malah, Jeffri juga enggan berkahwin lain ketika didesak oleh Mak Cik Noraini sebagai bukti kesetiaannya itu.Namun, keputusan untuk berkahwin lain dibuat selepas bertahun-tahun hidup keseorangan.

3. Ketabahan menghadapi dugaan daripada Tuhan. Buktinya, Jeffri tabah menghadapi dugaan ketika isterinya koma dan berusaha untuk mengubatinya. Malah, dia juga tabah tatkala kedua-dua anak kembarnya turut meninggalkannya.

4. Keprihatinan terhadap masalah orang lain dapat dibuktikan melalui watak cikgu Suzie yang cuba menasihati Intar Marliana agar tidak terus mengandung kerana sedar akan risiko yang bakal dihadapi.

Tajuk 1 : Sinopsis bab 1 hingga 5 Tajuk 2 : Sinopsis bab 6 hingga 10Tajuk 3 : Sinopsis bab 11 hingga 15Tajuk 4 : Sinopsis bab 16 hingga 20Tajuk 5 : Sinopsis bab 21 hingga 24Tajuk 6 : Sinopsis ringkas keseluruhanTajuk 7 : Tema dan persoalanTajuk 8 : Watak dan perwatakanTajuk 9 : BahasaTajuk 10 : Plot atau jalan ceritaTajuk 11 : LatarTajuk 12 : NilaiTajuk 13 : PengajaranTajuk 14 : Sifat ego dalam novel PapaTajuk 15 : Nilai kasih sayang dalam novel PapaTajuk 16 : Nilai ketabahan dalam novel PapaTajuk 17 : Kritikan sosial dalam novel PapaTajuk 18 : Faedah membaca novel PapaTajuk 19 : Contoh Soal jawab novel Papa

Page 5: Tajuk Novel: PAPA...(Akhirnya Kau Tewas Jua!) Pengarang

latar

Posted by KAISERS comments (0)

latar tempat

Sekolah Menengah Seri Gading

>>>tempat Intan Maliana mengajar

>>>tempat Julia belajar

Restoran Starbucks, Mid Valley Megamall

>>>tempat Julia dan Rasylan sering bekunjung

>>>tempat Julia terserempak dengan papa dan Aisyah

Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras

>>>tempat mama dibedah

>>>tempat kembar siam diumumkan meninggal dunia

Universiti Islam Antarabangsa di Gombak, Selangor

>>>tempat Julia dan Rasylan menyambung pelajaran selepas berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM

Kedai Kopi (Coffee House) di Hotel Paya Serai

>>>tempat Papa memujuk Julia agar merestui perkahwinannya dengan Aisyah.

latar masa

Page 6: Tajuk Novel: PAPA...(Akhirnya Kau Tewas Jua!) Pengarang

ZAMAN MODEN

>>>zaman ini sudah wujud peralatan canggih seperti kelengkapan-kelengkapan di hospital dan sebagainya

>>> (sekitar 2000-an)

TEMPOH MASA

>>>>>bermula dari Julia berada dalam Tingkatan 4 sehingga dia menyambung pengajiannya di UIA(3 tahun)

14 TAHUN DAHULU

>>>sewaktu mama mengimbas kembali kisah silamnya sewaktu melahirkan Julia

latar msyrkt

Masyarakat Moden

>>>sudah wujud permainan moden seperti Tenis dan peralatan canggih di hospital

Masyarakat Pendidik

>>>Papa merupakan pensyarah bidang ekonomi

>>>Mama merupakan guru Matematik

Page 7: Tajuk Novel: PAPA...(Akhirnya Kau Tewas Jua!) Pengarang

Masyarakat anak angkat

>>>Rasylan diambil sebagai anak angkat oleh Datuk Mustakim

Masyarakat Berpoligami

>>>Papa berkahwin dengan Aisyah semasa mama koma

gaya bahasa

Posted by KAISERS comments (0)

Penggunaan Bahasa Inggeris

"Have you think it over?" (m/s 38)

"Julia...I want you to remember only one thing, I LOVE YOU!" kata Papa dengan muka yang amat tenang dan penuh beremosi. (m/s 66)

Ungkapan Bahasa Cina

Macam kata orang Cina, car beh liau, iauitu dimakan tidak habis. (m/s 48)

Sinkof

"Kalau tak sekarang, bila lagi kak? Kerja saya ni bukannya tentu! Sekarang saya ada masa, buat apa nak tangguh-tangguhkan lagi!" (m/s 51)

Page 8: Tajuk Novel: PAPA...(Akhirnya Kau Tewas Jua!) Pengarang

Simile

Renungan mata papa amat tajam setajam tombak hulubalang yang mengawal istana. (m/s 44)

Peribahasa

Walaupun pada mulanya mereka nampak garang, tetapi apabila digertak sedikit, akan senyaplah macam cicak berak kapur! (m/s 34)

nilai pengajaran

Posted by KAISERS comments (0)

NILAI>>> PENGAJARAN>>>CONTOH FROM NOVEL

Tabah

Kita perlulah tabah dalam menghadapi dugaan hidup.

Julia dan papa tabah menghadapi realiti bahawa anak kembar yang dilahirkan mama meninggal dunia manakala mama jatuh koma.

Kasih Sayang

Kita perlulah menunjukkan kasih sayang antara satu sama lain.

Kasih sayang antara papa, mama dan Julia tidak berbelah bahagi. Mereka saling menyayangi dan mengambil berat.

Page 9: Tajuk Novel: PAPA...(Akhirnya Kau Tewas Jua!) Pengarang

Gigih

Kita perlulah berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan.

Julia begitu gigih belajar sehingga dia berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM.

Saling Membantu

Kita mestilah saling membantu antara satu sama lain.

Mama membantu Cikgu Suzie dengan menghantarnya ke bengkel kereta di Seksyen 14. Papa pula membantu Mak Cik Noraini yang kehilangan ahli keluarganya.

Berdikari

Kita harus belajar hidup berdikari untuk kebaikan sendiri.

Julia hidup berdikari semasa menuntut ilmu di UIA.

watak perwatakan

Posted by KAISERS comments (0)

INTAN JULIA

Intan Julia atau lebih dikenali sebagai Julia ialah watak utama novel ini. Julia ialah seorang remaja yang menuntut ilmu di sekolah menengah dalam

tingkatan lima. Bapanya bernama Jeffri manakala ibunya bernama Intan Maliana. Pada mulanya, keluarga Julia amat bahagia. Dia memperoleh kasih sayang yang mendalam daripada ibu dan bapanya. Kehidupannya bertukar suram selepas ibunya koma dan adik kembarnya meninggal dunia. Namun

Julia tabah menghadapi dugaan tersebut.

Page 10: Tajuk Novel: PAPA...(Akhirnya Kau Tewas Jua!) Pengarang

PENYAYANG

PENYAYANG

Julia amat menyayangi ibu bapanya. Semasa ibunya jatuh koma, dia sentiasa mendoakan agar ibunya segera sembuh. Dia juga berusaha untuk menjaga ibunya setiap kali pulang daripada kampus pada hujung minggu. Julia turut

menyayangi bapanya. Demi membahagiakan bapanya, Julia merestui bapanya untuk memperisterikan Aisyah.

KEGIGIHAN DAN KETEKUNAN

GIGIH

Julia gigih mengulang kaji pelajarannya. Berkat kegigihan dan ketekunannya, dia Berjaya lulus SPM dengan cemerlang. Akhirnya, dia ditawarkan peluang untuk menyambung pengajian di Kolej Matrikulasi

Universiti Islam Antarabangsa.

KETABAHAN

TABAH

Julia banyak menghadapi cabarn hidup. Antaranya ialah keadaan ibunya yang jatuh koma, kematian adik-beradik ekmbarnya, kenyataan bahawa

bapanya ingin berkahwin lagi, pertengkaran antara dia dengan Rasylan, dan kematian ibunya. Namun Julia sentiasa tabah dan sabar mengharungi

cabaran serta dugaan hidup.

BERTOLAK ANSUR

BERTOLAK ANSURWalaupun pada awalnya Julia tetap dengan pendiriannya yang tidak mengizinkan papanya berkahwin lagi, namun, setelah dibawa

berbincang, Julia membenarkan atas sebab-sebab kesihatan .

JEFFRI / papa

Jeffri merupakan bapa kepada Julia. Sebagai ketua keluarga, jeffri memikul tanggungjawabnya dengan baik. Dia bekerja sebagai pensyarah dalam bidang ekonomi di Kolej Iktisas. Kasih sayangnya terhadap mama tidak

berbelah bahagi dan berlandaskan keikhlasan hati. Lantaran itu, dia amat sedih apabila mama jatuh koma. Kesunyian yang dialaminya membawa

kepada pperkahwinan antara dia dengan Aisyah.

Page 11: Tajuk Novel: PAPA...(Akhirnya Kau Tewas Jua!) Pengarang

PENYAYANG

Papa amat menyayangi mama dan Julia. Kasih sayangnya terhadap mama tidak berbelah bahagi walau apa jua rintangan yang terpaksa diharunginya.

Dia membawa mama pulang ke rumah agar dia sentiasa dapat berdampingan dengan mama yang koma. Dia juga amat sayang akan Julia.

Dia tidak membenarkan Julia berkawan dengan Rasylan kerana latarbelakang keluarganya tidak baik.

BERPENDIRIAN TEGAS

PENDIRIAN TEGAS

Papa amat tegas dengan pendiriannya bahawa Rasylan bukan orang yang baik-baik. Walaupun Julia menyatakan rasylan baik-baik orangnya, papa

tetap melarang Julia daripada terus berkawan dengan Rasylan. Papa juga tetap dengan pendiriannya untuk berkahwin lagi. Walaupun Julia tidak

bersetuju dengan keputusannya, papa cuba memujuk dengan sedaya upaya supaya Julia menerima kehadiran Aisyah dalam hidupnya.

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

Papa sentiasa berdoa agar mama cepat sembuh. Papa turut sentiasa mengerjakan sembahyang tepat pada waktunya. Papa sentiasa reda dan

berserah kepada takdir.

PRIHATIN

PRIHATIN

Papa prihatin terhadap kesihatan mama dan sentiasa menasihati mama agar menurut arah ndoktor. Dia jugan prihatin dengan perasaan Julia yang tidak

mahu papanya berkahwin lagi lalu memujuknya.

YAYOTT: YANG NI KAU BOLEH MASUKKAN YG PAPA PRIHATIN MASE MAMA SAKIT. DIA TERUS HANTAR MAMA PEGI KLINIK

MASE AWAL2 TU.

Page 12: Tajuk Novel: PAPA...(Akhirnya Kau Tewas Jua!) Pengarang

INTAN MALIANA / mama

Intan Maliana ialah isteri kepada Jeffri dan ibu kepada Julia. Dalam novel ini, watak ini lebih dikenali sebagai mama atau Kak Maliana. Mama amat

menyayangi papa dan sanggup berkorban untuk kebahagiaan papa. Dia pernah menghadapi komplikasi ketika melahirkan Julia suatu ketika dahulu.

Mama bekerja sebagai seorang guru di Sekolah Menengah Seri Gading.

SANGGUP BERKORBAN

SANGGUP BERKOORBAN

Walaupun menyedari hakikat bahawa dirinya akan menghadapi kesulitan semasa melahirkan anak, mama tetap dangan keputusannya untuk

mengandung lagi. Mama sanggup berkorban untuk membahagiakan papa yang ingin menambah ahli keluarganya.

TEGAS PENDIRIAN

PENDIRIAN TEGAS

Mama tegas dengan pendiriannya bahawa dia tidak akan menggugurkan kandungannya. Walaupun banyak orang telah menasihatinya agar tidak

meneruskan kandungan ini, dia tetap dengan keputusannya demi membahagiakan raja hatinya.

BERTANGGUNGJAWAB

BERTANGGUNGJAWAB

Mama merupakan seorang guru yang bertanggungjawab. Dia begitu berusaha member tunjuk ajar kepada pelajarnya sehingga dia disukai oleh pelajarnya. Mama dikatakan sentiasa berdedikasi dalam menyalurkan ilmu

pengetahuan kepada anak muridnya.

PENYAYANGP

PENYAYANG

Kasih sayangnya yang mendalam terhadap papa terbukti apabila dia sanggup mengandung lagi demi memenuhi hasrat papa.

Page 13: Tajuk Novel: PAPA...(Akhirnya Kau Tewas Jua!) Pengarang

TEKNIK PLOT

Posted by KAISERS comments (0)

TEKNIK PLOT >>>

• DIALOG

• Perbualan antara dua atau lebih watak dalam plot sesebuah novel. Teknik ini mampu menghidupkan cerita novel di samping menyalurkan mesej-mesej penting kepada para pembaca melalui dialog antara watak.

• CONTOH

• "Apa you buat dalam bilik tu tadi?" Diam. Tiada jawapan yang kudengar.

• "Aisyah, I'm talking to you, please answer me!" Ulang papa sekali lagi dan kali ini lebih keras daripada tadi. Aku dapat mengenali suara papa. Rasa-rasanya dia sedang marah.

• "Saja, I nak jenguk Kak Maliana, salah ke?"

• PEMERIAN

• Digunakan untuk memerihalkan suatu keadaan, suasana, ciri-ciri fizikal, dan perasaan seseorang. Teknik ini memberi gambaran yang jelas tentang sesuatu peristiwa mahupun keadaan yang timbul dalam plot novel.

• CONTOH

• Kemesraan dua insan itu nyata amat payah untuk dipisahkan. Mereka sering menemani satu sama lain untuk kerja-kerja sedemikian. Mereka lebih menampakkan

Page 14: Tajuk Novel: PAPA...(Akhirnya Kau Tewas Jua!) Pengarang

kemesraannya ketika mama ditemani angin petang yang bertiup lembut.

• MONOLOG DALAMAN

• Percakapan batin sesuatu watak bukan bertujuan untuk berkomunikasi tetapi untuk menyatakan sesuatu keadaan perasaan atau fikiran ketika berhadapan dengan sesuatu situasi.

• CONTOH

• Papa ada di sini? Kali ini dengan siapa pula? Mungkinkah dengan wanita yang kulihat di Starbucks Coffee di Mid Valley dahulu? Oh, tidak. Hati kecilku menjerit kerana tidak mahu terserempak dengannya.

• IMBAS KEMBALI

• Imbas kembali sesuatu watak terhadap peristiwa suatu ketika dahulu. Teknik ini memberi maklumat tentang latar belakang watak serta sebab musabab berlakunya suatu konflik.

• CONTOH

• Soalan yang berbunyi begini pernah aku dengar terkeluar daripada mulut papa ketika dia melarang mama daripada berbelanja sewenang-wenangnya. "Betullah macam apa yang you kata, tapi duit tu bukannya daun kering yang bersepah di tepi jalan,"

• UNSUR KEJUTAN

• melahirkan perasaan kejutan dalam diri pembaca. unsur ini menjadikan plot cerita lebih menarik.

• CONTOH

• "Isteri encik telah selamat melahirkan sepasang anak kembar, tetapi kedua-duanya telah meninggal dunia sewaktu masih dalam kandungan lagi. "

 

Page 15: Tajuk Novel: PAPA...(Akhirnya Kau Tewas Jua!) Pengarang

PLOT

Posted by KAISERS comments (0)

PERMULAAN

Keadaan keluarga Julia, Papa (Jeffri) , dan Mama (Intan Maliana) digambarkan amat bahagiia. Kasih sayang antara papa dengan mama

menjadi asas keharmonian dan kesejahteraan hidup mereka. Sebagai anak, Julia berasa kagum terhadap kasih sayang antara papa dengan mama. Julia turut rasa bangga kerana mempunyai sebuah keluarga yang dibentuk atas

dasar kasih sayang seorang suami yang tidak berbelah bahagi terhadap isterinya.

PERKEMBANGAN

Papa memaklumkan Julia bahawa mama telah mengandung sekali lagi. Julia akan mempunyai adik sebagai pelengkap keluarga mereka. Mak Cik Noraini

bimbang Mama akan menghadapi kompilasi seperti dahulu. Mama jtuh koma manakala Julia menghidapi masalah alah susu tepung. Mak Cik

Noraini terpaksa mengeluarkan susu mama dengan bantuan doktor. Namun, kejadian itu tidak menggentarkan mama. Baginya, dia hanya perlu tabah dan menyerahkan segalanya kepada Allah. Dalam pada itu, dia sanggup

menghadapi risiko demi membahagiakan papa.

Di sekolah pula, Julia sempat berkenalan dengan Rasylan, seorang pelajar baru di kelasnya. Ketampanan Rasylan Berjaya menarik perhatian Julia.

Rasylan merupakan anak angkat kepada Datuk Mustakim. Pada masa yang sama, rakan sekerja mama, Cikgu Suzie, turut menyuarakan

kebimbangannya terhadap keadaan mama yang mengandung lagi. Beliau menasihati mama agar pandai menjaga diri kerana beliau tidak ingin

melaihat mama ditimpa sebarang kecelakaan.

Tidak lama kemudian, mama sakit memandangkan sudah tiba masanya untuk mama bersalin. Papa, Julia Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bersalin. Namun, mama menghadapi komplikasi sekali lagi kerana sukar untuk melahirkan anak kembar yang dikandungnya dan terpaksa

dibedah. Tidak lama kemudian, doktor yang bertanggungjawab membedah mama memberitahu bahawaanak kembar yang dilahirkan mama merupakan

kembar siam. Namun begitu, mereka telah meninggal dunia sewaktu kandungan lagi. Mama pula jatuh koma. Jenazah Ahmad dan Muhammad

dibawa pulang untuk dikebumikan.

Julia dan Rasylan semakin intim dan kini sepasang kekasih. Namun, papa tidak merestui hubungan mereka kerana bagi papa, Raslan tidak mempunyai

latar belakang keluarga yang baik. Bapa angkatnya, Datuk Mustakim, merupakan orang yang melanggar ibu bapa papa sehingga mereka

meninggal dunia.Keengganan Datuk Mustakim untuk bersemuka dengan

Page 16: Tajuk Novel: PAPA...(Akhirnya Kau Tewas Jua!) Pengarang

papa selepas kejadian tersebut telah mencetuskan rasa tidak puas hati dalam diri papa. Rasylan cuba mengaturkan pertemuan antara mereka namun ditolak papa. Papa melarang Julia untuk terus berkawan dengan

Rasylan membuatkan Julia terpaksa merahsiakan hubungan mereka.

Tanpa kehadiran mama di sisi, papa berasa sangat sunyi. Kehidupannya menjadi kurang ceria. Pada saat itulah, papa menjalinkan hubungan intim

dengan Aisyah, salah seorang pelajarnya. Julia pernah terserempak dengan mereka dalam suasana penuh mesra di Restoran Pizza Hutt, Starbucks

Coffee, dan Restoran A&W ketika dia keluar bersama-sama Rasylan. Ketidakpuasan hati Julia memuncak apabila papa ingin berkahwin dengan Aisyah. Julia yang tidak merestui perkahwinan tersebut telah bertengkar dengan papa. Dalam pertengkaran itu, papa telah menampar muka Julia.

Tamparan itu telah meregangkan hubungan Julia dengan papa. Dalam kemarahan, Julia membuat keputusan untuk tidak pulang ke rumah pada

hujung minggu itu. Dia menetap di kampus selam abeberapa minggu. Panggilan papa juga tidak dijawab.

Melalui Rasylan, Julia dapat mengetahui bahawa bapa kandung Rasylan ialah Encik Muaz al-Khalibi, salah seorang pensyarah UIA. Rasylan ialah

anak luar nikah Encik Muaz dan pengemas biliknya yang berbangsa Indonesia. Selepas dilahirkan, Rasylan ditinggalkan oleh ibunya di tepi longkang. Nasib Rasylan baik kerana diselamatkan dan ditempatkan di

rumah anak yatim sehinggalah Datuk Mustakim mengambilnya sebagai anak angkat. Encik Muaz ingin menjalin semula hubungan dengan Rasylan namun

Rasylan enggan. Bagi Rasylan, sikap tidak bertanggungjawab Encik Muaz membuatkannya tidak layak untuk menjadi bapa Rasylan.

Tidak kira dalam apa jua keadaan, Julia tidak akan menafikan hubungan anak dengan bapa antara dia dengan papa. Akhirnya, papa Berjaya memujuk Julia untuk merestui perkahwinannya dengan Aisyah. Julia menerima Aisyah sebagai ibu tirinya demi membahagiakan papa yang kesunyian. Tidak lama

kemudian, Aisyah mengandung. Berita tersebut cukup menggembirakan papa dan Julia.

KLIMAKS

Mama tiba-tiba sahaja sedar daripada koma. Selepas sedar, mama ingin memakan pizza. Papa pula sempat memperkenalkan Aisyah sebagai isteri

keduanya.

PELERAIAN

Mama tidak dapat menerima bahawa dia telah dimadukan dengan Aisyah. Dalam tangisannya, dia telah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Page 17: Tajuk Novel: PAPA...(Akhirnya Kau Tewas Jua!) Pengarang

 

PERSOALAN

Posted by KAISERS comments (0)

•KETABAHAN DALAM MENGHADAPI DUGAAN HIDUP

•Papa terpaksa menerima realiti bahawa mama koma dan zuriatnya meninggal dunia. Kebahagiaan hidup keluarganya tiba-tiba sahaja diragut oleh nasib malang yang langsung tidak diduganya sama sekali. Namun begitu, papa tabah menghadapi liku-liku hidupnya.

•POLIGAMI DALAM SESEBUAH KELUARGA•Akibat kesunyian ketika mama koma, papa membuat keputusan untuk memperisteri Aisyah. Pada mulanya, keinginan papa dibantah hebat oleh Julia. Bagi Julia, papa sepatutnya setia dengan mama, terutamanya pada waktu-waktu genting seperti keadaan mama yang koma, bukannya menduakan mama. Namun, papa berjaya memujuk Julia.

•KEGIGIHAN MENIMBA ILMU PENGETAHUAN•Julia begitu gigih mengulang kaji pelajarannya sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan SPM. Berkat kegigihannya, dia lulus peperiksaan SPM dengan cemerlang. Akhirnya, dia ditawarkan mengikuti pengajian Kolej Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa.

•PENGORBANAN DEMI ORANG YANG DICINTAI•Mama sanggup hamil lagi sekali walaupun berisiko untuk menghadapi komplikasi. Namun, demi membahagiakan papa, mama sanggup menempuh segala dugaan yang bakal dihadapinya. Akhirnya, mama koma akibat komplikasi yang dihadapinya sewaktu melahirkan

kembar siam. Kembar siam tersebut diumumkan meninggal dunia sewaktu kandungan.

 

TEMA

Posted by KAISERS comments (0)

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Papa. . .akhirnya kau tewas jua! karya Deanna Yusof.

Novel ini bertemakan kasih sayang antara ahli keluarga yang menjadi asas keharmonian sesebuah rumah tangga. Dalam sesebuah rumah tangga, kasih sayang seorang suami terhadap isteri dan anaknya menjadi kunci kebahagiaan dan kesejahteraan hidup. Tidak kira apa jua halangan mahupun rintangan, kasih sayang antara ahli keluarga tidak akan pudar jika kasih sayang berlandaskan keikhlasan dan kejujuran.

Tema ini dikaitkan dengan kasih sayang yang mendalam antara Jeffri (Papa) dengan Intan Maliana (Mama) dan anak perempuan tunggal mereka, Julia. Papa begitu mengambil berat akan kebajikan mama dan Julia. Atas kesedaran bahawa seorang suami harus mencurahkan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi terhadap isteri dan anak, Jeffri memikul tanggungjawabnya dengan bersungguh-sungguh dan baik sekali.

Page 18: Tajuk Novel: PAPA...(Akhirnya Kau Tewas Jua!) Pengarang

Kasih sayang antara tiga beranak tersebut jelas dilihat apabila mama sanggup mengandung lagi walaupun risiko untuk menghadapi komplikasi amat tinggi. Sewaktu melahirkan Julia, mama telah menjadi koma manakala Julia yang tidak cukup bulan menghidapi penyakit demam kuning. Mama menghadapi komplikasi ketika melahirkan anak kembarnya. Selepas melahirkan kembar siam tersebut, mama koma manakala kembar siam tersebut diumumkan meninggal dunia sewaktu kandungan. Peristiwa ini meninggalkan impak besar kepada papa. Namun, papa tidak lupa tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga.

Walaupun kasih sayang papa terhadap mama amat mendalam, papa tetap merasa sunyi seperti manusia lain. Dalam kesunyian hiduplah hubungan intim antara papa dengan Aisyah, salah seorang pelajarnya di universiti. Papa akhirnya mengambil Aisyah sebagai isteri. Sekali lagi, papa berasa bahagia sejak kehadiran Aisyah yang mampu membahagiakannya. Namun kasih sayang papa terhadap mama tidak pernah pudar.

Mama yang baru sedar daripada koma terkejut akan berita bahawa dia dimadukan. Apabila mama meninggal dunia, papa menangis buat pertama kalinya kerana dia berasa cukup kehilangan atas pemergian orang yang paling dikasihinya.

 

sinopsis

Posted by KAISERS Saturday, December 19, 2009 comments (0)

SINOPSIS

Page 19: Tajuk Novel: PAPA...(Akhirnya Kau Tewas Jua!) Pengarang

BAB DEMI BAB

BAB 1

Selepas berehat di dalam biliknya, Julia turun ke bawah lalu menuju ke dapur. Dia melihat Mak Cik Noraini, sepupu papa, sedang sibuk membancuh kopi dan menggoreng karipap. Mak Cik Noraini menyuruh Julia makan seketul karipap sahaja dan meninggalkan baki yang lain untuk papa dan mama Julia.

Sambil menghidangkan kopi O kepada Julia, pandangan Mak Cik Noraini tertumpu kea rah tingkap. Julia turut mengikuti perlakuan mak cik kesayangannya itu. Di luar, papa Julia, Encik Jeffri, sedang sibuk mengerjakan kebun sayur-sayuran mereka. Intan Maliana, mama Julia pula sedang berehat di sebuah kerusi plastik berwarna merah sambil bercakap kepada suami tercinta.

Hubungan mesra, intim, dan bahagia terjalin erat antara mereka. Perbualan mereka berkisar tentang kacang panjang yang ditanam oleh mereka sama ada mencukupi untuk mereka berempat. Papa mahu mama memasak lauk pada malam nanti kerana baginya, masakan mama amat sedap dan sentiasa memenuhi seleranya.

Kemudian, mama bertanya kepada papa tentang tanaman jagung. Menurut papa, jagung yang ditanamnya perlu menunggu selama dua atau tiga minggu sebelum jagung tersebut matang. Bagi mama, jagung separa matang sedap dibuat bubur jagung yang merupakan makanan kegemaran Encik Jeffri. Papa sempat mengusikya dengan mengatakan bahawa dia hanya suka bubur jagung masakan kekasih hatinya sahaja. Mama mula merajuk seketika sebelum mereka berdua masuk ke dalam dapur untuk menikmati minuman petang yang disediakan oleh Mak Cik Noraini.

Kasih sayang Encik Jeffri terhadap Puan Intan Maliana begitu dikagumi oleh puteri tunggal mereka, Julia. Julia sendiri berasa harmoni dan bahagia tinggal di sisi mereka berdua yang saling menyayangi. Kadang kala Julia berasa segan apabila papa dan mama tanpa segan silu memperlihatkan belaian kasih saying antar mereka di hadapan Julia kerana bagi Julia, dia sudah menjadi seorang remaja belasan tahun.

SINOPSIS

BAB DEMI BAB

BAB 2

Julia terpaksa pulang sendiri dari sekolah kerana mama kurang sihat. Papa membawa mama ke klinik. Petang itu, rumah kediaman mereka hanya

Page 20: Tajuk Novel: PAPA...(Akhirnya Kau Tewas Jua!) Pengarang

dihuni oleh Julia dan Mak Cik Noraini. Ibu sepupu kesayangan Julia mula menceritakan kisah pertemuan papa dan mama. Julia terkenang akan peristiwa jari mama terhiris pisau. Muka mama pucat lesi kerana takut akan darah.

Lamunan Julia terhenti apabila Mak Cik Noraini menegurnya. Menurut Mak Cik Noraini, papa merupakan seorang guru Sains Pertanian dan sentiasa menasihati pelajarnya agar berbudi kepada tanah. Mama pula sering meminta buah daripada papa.

Bunyi dan honkereta papa kedengaran di pintu hadapan. Julia segera menyambut kepulangan mereka. Julia memeluk mama erat dan tidak sabar untuk mengetahui keadaan mama. Papa mengejutkan Julia dengan berita bahawa mama mengandung. Julia amat gembira dengan berita tersebut. Namun, tidak bagi Mak Cik Noraini. Dia berasa amat bimbang mendengar berita mama mengandung kerana mama pernah mengalami kompilasi sewaktu melahirkan Julia dahulu. Mak Cik Noraini khuatir akan keselamatan Intan Maliana dan bakal zuriatnya . Bagi mama pula, dia telah bersedia menghadapi apa jua dugaan yang bakal ditempuhnya.

SINOPSIS

BAB DEMI BAB

BAB 3

Ketika pulang dari sekolah, Julia terdengar perbualan antara mama dengan Mak Cik Noraini. Mak Cik Noraini mengingatkan peristiwa semasa mama melahirkan Julia. Mama koma akibat kehilangan banyak darah. Selepas Julia dilahirkan juga, Julia menghidap penyakit demam kuning dan alah kepada susu tepung bayi.

Namun, kata mama seorang isteri perlu melakukan pengorbanan demi membahagiakan seorang suami. Oleh sebab papa menginginkan anak lagi, mama sanggup menggadaikan nyawanya. Yang pasti, mama akan menjaga kandungannya dan tidak akan menggugurkan kandungan itu walaupun dirinya menghadapi risiko.

Papa pulang tidak berapa lama selepas itu. Julia mengajak papanya bermain tenis di Kelana Jaya. Pada mulanya, papa enggan tetapi akhirnya bersetuju kerana tidak mahu membabitkan mama yang sedang mengandung.

Papa merupakan seorang pemain tenis yang handal. Lantaran itu, banyak orang, terutamanya anak gadis, tergila-gilakannya. Ketika Julia mengimbas kembali sesuatu peristiwa, secara tidak sengaja bola tenis yang dibaling oleh papa terkena muka Julia. Semasa papa sedang sibuk menuam muka Julia, salah seorang daripada pelajar papa, Aisyah, menegur papa.

Page 21: Tajuk Novel: PAPA...(Akhirnya Kau Tewas Jua!) Pengarang

Selepas bermain tenis, papa mengajak Aisyah minum di kantin. Namun, Julia tidak berasa selesa dengan kehadiran Aisyah lalu mengajak papa pulang. Julia bertanyakan pendapat papa tentang Aisyah. Papa hanya menganggap Aisyah sebagai penuntutnya dan tidak lebih daripada itu.

SINOPSIS

BAB DEMI BAB

BAB 4

Selepas waktu sekolah, mama merungut kerana lama menunggu Julia. Julia menerangkan bahawa beberapa rakan sekelasnya ingin meminjam nota Geografinya. Mama memberitahu Julia bahawa dia terpaksa menghantar Cikgu Suzie ke bengkel kereta di Seksyen 14 untuk mengambil kereta yang telah siap dibaiki.

Dalam perjalanan, Cikgu Suzie bertanya tentang hasrat mama untuk mengandung lagi. Cikgu Suzie mengungkkit kisah silam mama yang koma selepas melahirkan Julia. Julia yang tidak cukup bulan pula menghidap Jaundis. Cikgu Suzie khuatir perkara yang sama akan berlaku kepada kandungannya kali ini.

Namun, mama tetap berkeras untuk tidak menggugurkan kandungannya. Bagi mama, dia sanggup melakukan apa-apa sahaja demi membahagiakan papa, walaupun terpaksa menghadapi pelbagai risiko. Julia amat terharu dengan sikap mamanya yang tabah dan sanggup berkorban.

BAB 5

Kandungan mama kian hari kian membesar. Menurut papa, mama bakal melahirkan anak kembar dalam masa empat bulan lagi. Julia berasa sungguh gembira kerana akan menerima kehadiran adik-adiknya.

Semasa sedang duduk di ruang tamu, mama menyuarakan perasaannya kepada papa tentang kerisauannya mengenai apa yang akan berlaku. Papa mengatakan bahawa sekiranya kejadian lama berulang lagi, dia telah bersedia untuk menghadapinya.

Papa menasihati mama agar sentiasa menurut arahan doktor dan mengambil ubatan tepat pada masanya. Papa juga bertanya kepada mama sama ada dia menyesal ataskeputusannya untuk mengandung itu. Papa khuatir dengan kompilasi yang bakal dialami mama.

Di dapur, Julia bertanyakan keadaan mama ketika melahirkannya kepada Mak Cik Noraini. Mak Cik Noraini menceritakan segalanya dan memberitahu bahawa dialah yang banyak menjaga Julia sejak kecil.

Page 22: Tajuk Novel: PAPA...(Akhirnya Kau Tewas Jua!) Pengarang

SINOPSIS

BAB DEMI BAB

BAB 6

Di kolej tempat papa mengajar itu, terdapat seorang daripada pelajarnya, Aisyah, sering berjumpa dengan papa untuk bertanya tentang pelajarannya. Aisyah amat meminati pengajaran papa. Kadang kala, papa akan menumpangkan Aisyah hingga ke rumahnya di Seksyen 7, Kelana Jaya. Aisyah sering mempelawa papa minum di warung yang berhampiran kolej. Namun, sebagai seorang suami yang setia, papa tidak memenuhi pelawaan Aisyah itu kerana tidak mahu menimbulkan salah faham antara dia, mama dan Intan Julia.

Bagi Julia, Aisyah seorang yang jelita. Badannya lebih besar dan lebih berisi daripada mama dan Julia. Daripada papa, Julia mengetahui bahawa Aisyah akan tamat pengajiannya pada tahun itu. Sebagai anak gadis kepada seorang hartawan yang kaya, kehidupan Aisyah terjamin mewah dan selesa dengan harta ayahnya yang menggunung. Oleh itu, pencapaian akademiknya bukan penentu masa hadapannya.

Pernah Julia menduga papa kalau-kalau papa berminat untuk menjadikan Aisyah sebagai kekasihnya dan seterusnya isteri keduanya. Namun papa memberitahu Julia bahawa dia tidak berminat untuk menjalin hubungan erat dengan Aisyah. Kasihnya terhadap mama tidak berbelah bahagi dan tidak ingin melihat mama berkongsi kasihnya dengan perempuan lain. Lebih-lebih lagi, mama tidak mengizinkan papa memadukannya.

SINOPSIS

BAB DEMI BAB

BAB 7

Papa telah menyediakan pelbagai kelengkapan untuk anak kembar lelakinya. Tindakan papa itu ditegur oleh sepupunya, Mak Cik Noraini kerana menurut kepercayaannya, tidak elok membeli barangan bayi pada peringkat awal kehamilan. Papa memarahi MAk Cik Noraini kerana terlalu mempercayai perkara karut-marut. Bagi papa segalanya terpulang kepada takdir.

Pada pukul 4 pagi, semua orang dikejutkan oleh papa kerana sudah tiba masanya untuk mama bersalin. Julia membantu papa memapah mama menuruni anak tangga. Mama menahan kesakitan. Matanya terbeliak, mulutnya terkumat-kamit dan dahinya berpeluh. Mama mengeluh beberapa kali menyatakan kesakitannya.

Page 23: Tajuk Novel: PAPA...(Akhirnya Kau Tewas Jua!) Pengarang

Selepas masuk ke dalam kereta, Julia ciba mententeramkan mama. Papa masuk ke dalam rumah untuk menyalin pakaian sebelum ke hospital. Mama dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di Cheras untuk menerima rawatan. Bagi papa, kelengkapan di hospital kerajaan lebih baik berbanding kelengkapan di hospital swasta.

Apabila sampai di hospital, beberapa pembantu hospital segera menolak stretcher untuk membawa mama. Semasa mama ditolak menuju ke bilik pembedahan, mama sempat berpesan kepada papa agar reda dengan sebarang kemungkinan yang terjadi. Mama juga memohon maaf atas segala kesalahan dan kesilapannya.

SINOPSIS

BAB DEMI BAB

BAB 8

Mama telah dimasukkan ke dalam bilik pembedahan. Papa, Julia dan Mak Cik Noraini menunggu di luar bilik pembedahan dengan penuh keresahan. Tidak lama kemudian, papa didatangi olehseorang doktor dan papa diminta menandatangani surat kebenaran untuk menjalankan pembedahan ke atas mama kerana terdapat komplikasi terhadap kandungan kembar mama.

Selepas tiga jam berlalu, doktor tersebut memberitahu papa bahawa zuriatnya merupakan kembar siam. Namun begitu, mereka telah meninggal dunia sewaktu masih dalam kandungan. Menurut doktor, mama kehilangan darah yang banyak. Mama Berjaya diselamatkan namun koma. Papa mengisi boring permohonan untuk membawa mayat kedua-dua anak lelakinya pulang untuk disemadikan.

Banyak orang mengunjungi rumah papa dan memberi dorongan kepada papa supaya tabah menghadapi cabaran.

BAB 9

Kini tugas menghantar dan mengambil Julia diambil alih oleh papa. Papa sempat mencium pipi Julia sebelum meninggalkannya. Ketika di dalam kelas, Julia disapa oleh seoarang pelajar baru bernama Rasylan . Rasylan mengatakan bahawa Julia begitu bertuah memiliki seorang bapa yang prihatin. Julia menangis apabila teringat akan mama. Rasylan , tanpa mengetahui sebab Julia menangis, meminta maaf sekiranya dialah yang menyinggung perasaan Julia.

Selepas tamat mengajar, Cikgu Suziyah memberitahu Julia tentang hasratnya untuk melawat mama selepas waktu sekolah. Beliau turut mempelawa Julia agar pergi bersama-samanya. Julia menyatakan bahawa

Page 24: Tajuk Novel: PAPA...(Akhirnya Kau Tewas Jua!) Pengarang

dia akan pergi hospital bersama-sama papa dan mencadangkan Cikgu Suziyah mengikuti kereta ppapa daripada belakang.

Selepas rehat, Julia dan rakan-rakannya ketiadaan guru sejarah. Ketika itulah , Rasylan menyatakan hasratnya untuk berjumpa dengan Julia di perpustakaan selepas waktu persekolahan. Namun, Julia terpaksa menolak.

SINOPSIS

BAB DEMI BAB

BAB 10

Apabila sampai di hospital, papa, Julia, dan Cikgu Suziyah berjalan menuju ke wad ICU. Sebelum memasuki wad tersebut, mereka terpaksa menyalin pakaian untuk memastikan kebersihan. Papa sempat menyatakan hasratnya untuk melihat mama cepat sembuh. Julia amat terharu mendengar kata-kata papa itu.

Ketika Julia menelaah buku di dalam bilik bacaannya, dia melihat foto papa, mama dan dirinya. Pelbagai kenangan manis timbul tenggelam dalam fikirannya. Dia melihat gambar papa dan mama ketika berkahwin, gambar Julia ketika dia dilahirkan, dan gambar semasa menyambut hari jadi Julia yang pertama.

Kemudian Julia mengambil sepucuk surat yang ditulis oleh papa kepada mama lalu membaca kandungannya. Dalam surat tersebut, papa meluahkan perasaan cinta dan kasihnya terhadap mama. Papa berterima kasih terhadap mama atas nasihat dan dorongannya. Papa bersyukur kepada tuhan kerana memilik seorang isteri yang baik seperti mama.

Mak Cik Noraini mengajak Julia makan bersama-samanya. Bagi Julia , Mak Cik Noraini umpama ibu keduanya kerana dialah yang telah menjaga Julia sejak kecil. Namun dia telah kehilangan suami dan anak-anaknya tujuh belas tahun dahulu. Mereka telah terlibat dalam suatu kemalangan ketika dalam perjalanan ke Bidor. Hanya Mak Cik Noraini yang terselamat. Sebagai pertolongan, papa mengajak Mak Cik Noraini tinggal bersama-samanya. Mak Cik Noraini yang mulanya sentiasa menangis diberikan tanggungjawab untuk menjaga Julia. Sejak itu, dia memikul tanggungjawabnya dengan penuh dedikasi.

SINOPSIS

BAB DEMI BAB

BAB 11

Page 25: Tajuk Novel: PAPA...(Akhirnya Kau Tewas Jua!) Pengarang

Keadaan mama masih juga sama seperti dahulu. Pada suatu petang, sekembalinya Julia daripada menduduki kertas Matematik untuk peperiksaan SPMnya, dia terdengar perbualan antara Mak Cik Noraini dengan papa. Mak Cik Noraini meminta papa agar berkahwin lagi. Dia tidak sampai hati melihat papa hidup sendirian dan tidak seceria dahulu.

Namun, papa mengatakan bahawa dia sanggup menanti mama pulih dan sukar baginya mencari pengganti mama. Lebih-lebih lagi, dia perlu menjaga perasaan Julia. Papa bertanyakan Julia tentang peperiksaannya pada hari itu. Menurut Julia, dia dapat menjawab soalansoalan tersebut dengan baik dan yakin. Julia meminta izin daripada papa untuk ke rumah Rasylan pada keesokan harinya.

Pada pandangan papa, Julia sepatutnya memperkenalkan Rasylan kepadanya terlebih dahulu sebelum pergi ke rumahnya. Sebagai seorang perempuan, Julia harus menjaga maruahnya dengan baik. Papa menyedarkan Julia tentang kepentingan untuk membuat pertimbangan yang wajar sebelum mengambil sebarang tindakan.

BAB 12

Pada keesokan hari, sekembalinya Julia dari sekolah, dia mendapati bahawa sebuah ambulans berada di hadapan rumahnya. Mama telah dihantar pulang dan ditempatkan di sebuah bilik yang dilengkapi dengan peralatan perubatan. Julia berasa gembira kerana dapat berdampingan dengan mama lagi.

Petang itu, Julia telah mengikuti Kak Aisyah bermain tenis di Kelab Kelana Jaya. Pada mulanya, Julia agak keberatan untuk pergi kerana dia mahu meluangkan masa dengan mama. Namun, papa menggesanya kerana dia telah berjanji dengan Aisyah.

Ketika dalam perjalanan, Kak Aisyah bertanya sama ada Julia ingin melanjutkan pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi. Julia menyatakan bahwa dia berminat namun terpaksa menangguhkan hasratnya dan menjaga mama. Kak Aisyah menasihati Julia supaya menumpukan perhatian kepada pelajaran kerana itulah tanggungjawab utama Julia.

Selepas bermain tenis, Kak Aisyah membawa Julia pulang ke rumah banglonya dan memperkenalkan Julia kepada ibu bapanya. Julia sempat berbual-bual dengan ibu Kak Aisyah yang bertanyakan keadaan mama. Julia menyatakan bahwa mama sudah dibenarkan untuk dibawa pulang. Dia akan menjaga mama sementara menunggu keputusan SPMnya.

SINOPSIS

BAB DEMI BAB

BAB 13

Page 26: Tajuk Novel: PAPA...(Akhirnya Kau Tewas Jua!) Pengarang

Sudah hampir lapan bulan mama koma. Keputusan SPM Julia bakal diumumkan tidak lama lagi. Papa tetap mencurahkan kasih sayng yang tidak berbelah bahagi kepada mama dan berjanji akan sentiasa menemani mama sehingga ke saat-saat mama sedar. Julia memperkenalkan Rasylan kepada papa. Rasylan memberitahu bahawa dia tinggal di klang bersama-sama Datuk Mustakim yang merupakan bapa angkatnya. Sebelum dijadikan anak yatim oleh Datuk Mustakim, dia tinggal di Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Papa sebenarnya kenal benar dengan Datuk Mustakim. Menurut papa, semasa Julia berumur empat tahun, kereta yang dipandu oleh Datuk Mustakim telah melanggar ibu bapanya. Kemalangan itu menyebabkan bapanya meninggal dunia manakala ibu papa menjadi lumpuh. Datuk Mustakim tidak menghentikan keretanya selepas melanggar ibu bapa papa, mungkin kerana takut dibelasah penduduk kampung. Selepas kejadian tersebut, Datuk Mustakim sentiasa menghantar wang pampasan demi membiayai kesemua kos rawatan ibu papa. Namun, ibu papa meninggal dunia.

Rasylan bersedia untuk mengaturkan pertemuan papa dengan bapa angkatnya. Namun begitu, papa menolak, mungkin kerana masih marah terhadap perbuatan Datuk Mustakim yang meragut nyawa kedua ibu bapanya.

BAB 14

Hubungan Julia dengan Rasylan bertambah intim dan mesra. Nyatalah Julia menaruh hati kepada Rasylan. Setelah pulang ke rumah, Julia ditegur oleh papa kerana buat lewat. Papa tidak senang hati apabila Julia bersahabat dengan Rasylan. Pendirian papa itu amat mengejutkan dan mengecewakan Julia. Julia sendiri berasa keliru dan kecewa dengan perasaan papa itu.

Petang itu, Julia bertanya kepada papa sebab-sebab papa tidak merestui hubungan Julia dengan Rasylan. Menurut papa, latarbelakang Rasylan tidak begitu jelas. Tambahan pula, ibu bapa angkat Rasylan tidak memperlihatkan cirri-ciri yang mulia. Namun bagi Julia, Rasylan baik orangnya. Rasylan bukan sahaja pandai dan bijak, malah, dia memiliki nilai-nilai kemanusiaan yang murni. Namun begitu, sebagai seorang anak yang patuh, dia berjanji akan merenggangkan hubungannya dengan Rasylan.

SINOPSIS

BAB DEMI BAB

BAB 15

Keputusan peperiksaan SPM diumumkan. Julia dan Rasylan Berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang. Papa berasa amat gembira dngan keputusan Julia yang begitu cemerlang. Selepas mendapat keputusan, Julia mempelawa Rasylan untuk meraikan kejayaan itu bersama-sama. Di

Page 27: Tajuk Novel: PAPA...(Akhirnya Kau Tewas Jua!) Pengarang

Starbucks Coffee, Julia terserempak papa bersama seorang perempuan sedang menikmati pizza bersama-sama dengan mesranya. Keadaan itu menyebabkan Julia berasa kurang selesa.

Sekembalinya ke rumah, Julia disambut papa dengan mesra. Papa sempat bertanyakan rancangan Julia selepas itu. Julia memberitahu papa bahawa dia ingin melanjutkan pelajarannya di Universiti Islam Antarabangsa dalam bidang ekonomi. Bagi Julia, UIA menitikberatkan ajaran dan didikan agama yang dapat mendorong kepada pembentukan insan mulia.

BAB 16

Permohonan Julia untuk menyambung pelajaran di Kolej Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa telah diluluskan. Sebelum meninggalkan rumah, Julia ingin memaklumkan perkara itu kepada mama. Julia melihat papa sedang berbual-bual dengan mama. Papa sedang memberitahu mama tentang keputusan Julia untuk menyambung pelajarannya di matrikulasi UIA. Papa akan berasa kehilangan tanpa Julia di sisinya. Dia turut menyuarakan harapannya agar mama cepat sembuh.

Papa menghantar Julia ke UIA untuk sesi pendaftaran. Julia ditempatkan di Asrama Khadijah. Rasylan turutditerima masuk ke universiti yang sama dan ditempatkan di Asrama Usman bin Affan. Selepas pendaftaran, Julia dan Rasylan bertemu. Rasylan menyatakan rasa cemburunya terhadap hubungan mesra Julia dengan papa. Dia sendiri tidak menikmati hubungan semesra itu bersama=sama ibu bapa angkatnya. Belakangan ini, hubungan mereka agak renggang. Mereka tidak menemani Rasylan pada hari pendaftaran kerana pergi ke Kuala Kangsar. Rasylan kecewa dengan sikap mereka.

Pada keesokan hari, Julia dan Rasylan pergi ke kedai buku MPH di Mid Valley. Selepas itu, mereka ke Starbucks Coffee untuk menikmati kopi dan muffin kegemaran Julia. Buat kali keduanya, Julia terserempak papa dan Aisyah yang begitu mesra berbual-bual.

SINOPSIS

BAB DEMI BAB

BAB 17

Peristiwa Julia terserempak dengan papa dan Aisyah begitu merunsingkan Julia. Dia ingin bertanya kepada papa mengenai hubungan mereka pada hari Sabtu nanti. Pada petang sabtu, Julia pulang ke rumah. Julia bertanyakan keadaan mama kepada papa dan dimaklumkan bahawa mama masih koma.

Page 28: Tajuk Novel: PAPA...(Akhirnya Kau Tewas Jua!) Pengarang

Ketika berada dalam bilik, Julia memikirkan hubungan antara papa dengan Aisyah. Baginya, terdapat kemungkinan papa memerlukan teman untuk berkongsi perasaan dan fikirannya. Akhirnya, Julia membuat keputusan bahawa sangkaannya tidak benar. Pada keesokan hari, papa menghantar Julia untuk pulang ke matrikulasi UIA. Papa turut memberikan wang saku yang banyak kepada Julia memandangkan Julia tidak pulang ke rumah pada hujung minggu itu.

Pada hari minggu, papa menelefon Julia. Pada mulanya, Julia agak keberatan untuk menjawabnya kerana dia sibuk dengan tugasannya. Namun begitu, selepas memikirkankalau-kalau papa membawa berita penting tentang mama. Setelah diberitahu bahawa keadaan mama masih sama, Julia berasa sia-sia sahaja dia menjawab panggilan papa itu. Tanpa disedari, Julia telah menyinggung perasaan papa dengan melemparkan soalan yang tidak patut ditanya. Julia sempat memohon maaf kepada papa atas sikapnya itu.

Rasylan mempelawa Julia untuk menjamu selera di Restoran A&W yang terletak di Amcorp Mall. Dalam perjalanan, Rasylan memberitahu Julia tentang Encik Muaz yang mendakwa dirinya sebagai bapa kandung Rasylan. Encik Muaz memintanya untuk menjalankan pemeriksaan DNA. Julia masih merahsiakan hubungannya dengan Rasylan daripada papa memandangkan papa tidak merestui hubungan mereka.

Ketika mereka tiba di pusat beli belah tersebut, Julia terlihat kereta papa. Di suatu sudut Restoran A&W, Julia mendapati papa sedang berbual-bual dengan Aisyah. Julia kecewa dan sedih melihat kemesraan mereka berdua. Kemudian, Julia menyatakan bahawa dia ingin meninggalkan restoran itu kerana dia tidak ingin kehadirannya disedari oleh papa.

SINOPSIS

BAB DEMI BAB

BAB 18

Julia pulang ke rumahnya. Semasa di pintu masuk, Julia terdengar perbualan antara Mak Cik Noraini dengan papa. Mak Cik Noraini menyatakan dia menyokong penuh keputusan papa untuk berkahwin lagi. Ketika masuk ke rumah, papa yang sedang membaca majalah menyambut kedatangan Julia dengan senyuman. Kemudian, Julia duduk di ruang tamu dan cuba membangkitkan niat papa untuk berkahwin lagi. Julia mengingatkan papa bahawa mama masih hidup. Dia juga memberitahu papa bahawa dia telah terserempak papa dengan Aisyah sebanyak tiga kali. Dia tidak sanggup melihat papa menjadi seorang suami yang tidak setia kepada isterinya. Julia menganggap papa sebagai pengkhianat dan seorang suami yang curang. Dakwaan Julia itu benar-benar membuatkan papa marah sehingga bertindak menampar Julia. Julia berasa terkejut dan sedih kerana papa tidak pernah melayannya sedemikian.

Page 29: Tajuk Novel: PAPA...(Akhirnya Kau Tewas Jua!) Pengarang

Pada keesokan harinya, Julia pulang ke kampus. Pelawaan papa untuk bersarapan bersama ditolak Julia. Ekspresi wajah papa jelas memperlihatkan kekesalannya.

SINOPSIS

BAB DEMI BAB

BAB 19

Rasylan menasihati Julia agar menerima kenyataan bahawa papa ingin berkahwin lagi. Bagi Rasylan, papa seperti insan yang lain, ingin mempunyai teman berkongsi pengalaman hidup dengannya. Namun, Julia tetap dengan pendiriannya kerana dia tidak sanggup berkongsi papa dengan perempuan lagi selain mamanya.Kemudian, Julia bertanya Rasylan sama ada dia telah menjalani pemeriksaan DNA. Rasylan memberitahu bahawa keputusan pemeriksaan itu adalah positif. Rasylan memberitahu Julia tentang nasib dirinya sebagai seorang anak luar nikah hasil hubungan Enck Muaz dengan pengemas biliknya yang berbangsa Indonesia. Namun, Encik Muaz meninggalkan Malaysia sewaktu ibu Rasylan mengandungkannya. Selepas Rasylan dilahirkan, dia ditinggalkan di tepi longkang di Bandar Klang kerana tidak sanggup menanggung malu melahirkan anak tanpa suami. Rasylan berasa benci terhadap ibu kandungnya dan Encik Muaz. Baginya, hanya Datuk Mustakim bapanya.

Julia bertemu dengan Rasylan di Laman Budaya. Rasylan yang pada ketika itu sedang berbual-bual dengan Encik Muaz memberitahu Julia bahawa papanya sedang menunggu di luar kampus. Papa mempelawa Julia minum bersamanya kerana ingin membincangkan sesuatu dengan Julia. Di Coffee House, Hotel Paya Serai, papa menerangkan situasi yang sedang dihadapinya. Dia berasa sunyi sejak mama koma. Sebagai seorang lelaki, dia memerlukan teman untuk berkongsi pengalaman hidup. Kesihatan papa juga kian merosot. Namun begitu, Julia mendakwa bahawa papalah punca mama jatuh sakit. Dakwaan Julia itu mengejutkan papa.

Papa tetap bersabar dengan karenah Julia dan memberitahu Julia bahawa dia tetap bersabar sekian lama kerana terhutang budi kepada mama. Penjelasan papa benar-benar membimbangkan Julia. Dia berasa khuatir akan kesihatan papa. Akhirnya, Julia merestui keinginan papanya berkahwin lagi.

SINOPSIS

BAB DEMI BAB

BAB 20

Page 30: Tajuk Novel: PAPA...(Akhirnya Kau Tewas Jua!) Pengarang

Rasylan memberitahu Julia tentang nasib dirinya sebagai seorang anak luar nikah hasil hubungan Enck Muaz dengan pengemas biliknya yang berbangsa Indonesia. Namun, Encik Muaz meninggalkan Malaysia sewaktu ibu Rasylan mengandungkannya. Selepas Rasylan dilahirkan, dia ditinggalkan di tepi longkang di Bandar Klang kerana tidak sanggup menanggung malu melahirkan anak tanpa suami. Rasylan berasa benci terhadap ibu kandungnya dan Encik Muaz. Baginya, hanya Datuk Mustakim bapanya.

Emosi Rasylan itu telah membuatkan Julia terfikir akan keikhlasan hatinya mengizinkan papa untuk berkahwin lagi. Namun dia khuatir kasih sayang papa terhadapnya akan berkurangan. Julia benar-benar berharap mama cepat sembuh supaya keluarga tersebut kembali bahagia.

Hari itu, Julia terpaksa akur dengan pelawaan papa untuk minum di luar. Papa hendak memperkenalkan kak Aisyah kepada Julia. Papa meminta agar memanggil Kak Aisyah “mak cik” . Julia sudah lama berkenalan dengan Aisyah dan pertemuan itu sebenarnya bukan pertemuan yang pertama.

Pada hujung minggu itu, papa meminta agar Julia hadir ke upacara pernikahannya. Namun begitu, Julia enggan dan member alas an bahawa dia ingin menjaga mama di rumah. Ketika melihat Julia menangis, papa bertindak mahu membatalkan upacara pernikahan itu namun dihalang Julia.

BAB 21

Julia mengalami demam panas yang agak serius dan dihantar ke hospital. Ketika terlantar di hospital, Julia bermimpi didatangi seorang lelaki bernama Jeffri yang mirip papa. Jeffri memujuk Julia supaya merelakan keputusan papa untuk berkahwin lagi kerana itulah satu-satunya cara untuk membahagiakan papa. Walau bagaimanapun, Julia tetap berat hati untuk menerimanya. Ketika Julia sedar, papa dan Mak Cik Aisyah sedang memandangnya sambil melemparan senyuman. Kemudian, doktor menyuntik ubat ke dalam badan Julia. Selepas itu, Julia tidak sedarkan diri.

‘SINOPSIS

BAB DEMI BAB

BAB 22

Tiga hari, Julia terlantar di hospital. Pada hari yang ketiga, Julia didatangi Doktor Razif. Beliau cuba bertanyakan sebab-sebab Julia jatuh sakit. Beliau menyatakan bahawa Julia mengalami masalah jiwa dan emosi sehingga menjejaskan kesihatannya. Julia enggan memberiathu masalahnya. Doktor menasihati Julia agar tabah menghadapi dugaan hidup. Papa dan Mak Cik Aisyah menjemput Julia pulang. Mak Cik Aisyah meminta Julia agar mengemaskan rambutnya. Julia yang pada mulanya tidak mengendahkan arahan Mak Cik Aisyah akhirnya akur. Dia mengemaskan rambutnya dan mengenakan gincu pada bibirnya.

Page 31: Tajuk Novel: PAPA...(Akhirnya Kau Tewas Jua!) Pengarang

Cuti pertangahan semester telah tamat dan Julia akan pulang ke kampus. Sebelum dia melangkah turun dari kereta, Julia bertanya kepada papa tentang bilakan mama akan sedar daripada koma. Julia akan menduduki peperiksaan akhir semester yang bakal menentukan sama ada dia akan ditawarkan tempat di kampus induk UIA di Gombak atau tidak. Dia dan Rasylan berusaha bersungguh-sungguh tanpa jemu.

Selepas lapan minggu Julia dan Rasylan belajar, mereka diberi pelepasan selama beberapa hari untuk merehatkan minda. Rasylan mengajak Julia pergi ke Mid Valley. Selepas peperiksaan semester kedua, Julia pulang ke rumahnya. Dia yakin bahawa dia akan memperoleh keputusan yang baik.

Semasa duduk di ruang tamu, Julia bertanya kepada papa tentang perancangan bulan madu mereka. Papa tidak mengendahkan pertanyaan Julia dan bertanya tentang peperiksaan yang diduduki Julia. Julia memberitahu bahawa keputusannya akan diumumkan dua minggu sebelum akhir tahun.

Ketika Julia melepasi bilik bacaan papa, dia terdengar pertelingkahan antara papa dengan ibu tirinya. Papa menegur perbuatan Mak Cik Aisyah yang memasuki bilik mama kerana baginya mama merupakan orang paling penting dalam hidupnya. Daripada perbualan mereka, Julia dapat tahu bahawa Mak Cik Aisyah mengandung. Perbuatan Julia mencuri dengar perbualan papa dan ibu tirinya ditegur Mak Cik Noraini. Ketika berada di meja makan, Julia menceritakan perbualan papa dengan Mak Cik Aisyah kepada Mak Cik Noraini. Julia menyatakan bahawa terdapat kemungkinan Mak Cik Aisyah ingin meracuninya. Mak Cik Noraini terdengar dakwaan Julia dan berasa amat sedih. Julia meminta maaf kerana terlanjur kata. Dia juga menyatakan keikhlasannya untuk menerima Mak Cik Aisyah sebagai ibu tiri. Mak Cik Aisyah berterima kasih atas kesudian Julia untuk menerimanya dan berjanji akan menjaga papa dan Julia dengan baik.

SINOPSIS

BAB DEMI BAB

BAB 23

Hubungan antara Julia dengan Rasylan bertambah intim. Kekacakan Rasylan pula kian terserlah. Tidak kira ke mana mereka berdua di dalam kampus, kemunculan Rasylan menarik perhatian sesetengah warga kampus. Kadang kala, Julia berasa kurang selesa dipandang orang begitu sahaja. Dia menyuarakan ketidakselesaannya buat pengetahuan Rasylan. Namun di luar dugaannya, perkara itu menimbulkan rungutan dan perasaan cemburu dalam diri Rasylan. Rasylan pernah terserempak Julia ditegur dan didampingi seorang senior yang kacak. Julia pula mengungkit kenyataan bahawa Rasylan sentiasa didampingi pelajar-pelajar perempuan, tidak kira senior atau junior. Namun, dia tidak pernah memarahi Rasylan tentang itu.

Page 32: Tajuk Novel: PAPA...(Akhirnya Kau Tewas Jua!) Pengarang

Pertengkaran mereka terhenti apabila pelajar perempuan senior member salam kepada mereka. Rasylan menjawab salam mereka dengan cepat. Bagi Julia, tiada guna untuk dia cemburu kerana baginya, Rasylan mempunyai kebebasan untuk bertegur sapa dengan sesiapa pun.

Dalam perjalanan pulang, Julia bertanya kepada Rasylan sama ada Datuk Mustakim mengetahui tawaran Encik Muaz. Oleh sebab Rasylan mengendahnkan pertanyaannya, dia bertanya pula sama ada Rasylan menerima tawaran Encik Muaz. Menurut Rasylan, dia tidak menerimanya kerana baginya, Encik Muaz seorang yang tidak bertanggungjawab. Dia kecewa Encik Mustakim dan ibunya sanggup meninggalkan Rasylan begitu sahaja. Sebaliknya, dia cukup berterima kasih kepada Datuk Mustakim kerana mengambilnya sebagai anak angkat. Nasihat Julia supaya Rasylan menerima encik Muaz diendahkan oleh Rasylan.

Julia menyatakan bahawa dia akan tetap bersama Rasylan walau apa keputusan yang Rasylan pilih. Bagi Rasylan janji yang dibuat oleh Julia itu masih terlalu awal kerana dia sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku di kemudian hari. Namun, Julia tetap menegaskan bahawa dia akan berpegang teguh pada janjinya.

SINOPSIS

BAB DEMI BAB

BAB 23

Apabila Julia samapi di rumah , suasana rumahnya kelihatan lengang. Papa dan Mak Cik Aisyah telah pergi ke rumah Mak Cik Aisyah di Singapore. Julia berasa gembira menunggu saat kelahiran adiknya tidak lama lagi. Papa kini semakin bersemangat untuk menjalani kehidupan.

Semasa duduk-duduk di ruang tamu, Mak Cik Aisyah bertanyakan masalah Julia. Julia menceritakan masalah hubungan cintanya dengan Rasylan. Julia bertanyakan sama ada ibu tirinya pernah menghadapi masalah seperti itu. Mak Cik Aisyah menyatakan bahawa papalah orang yang dicintainya di universiti. Mak Cik Aisyah menasihati Julia agar sabar menghadapi karenah teman lelakinya kerana perasaan cemburu merupakan perkara biasa dalam hubungan.

Perbualan mereka terhenti apabila papa memberitahu bahawa Rasylan menelefon Julia. Julia yang pada mulanya enggan menjawab panggilan tersebut dinasihati papa supaya menyelesaikan masalah antara mereka secepat mungkin. Rasylan mengajak Julia keluar tetapi Julia menolak.

Selesai sembahyang maghrib, Julia dan pap ke bilik mama. Tanpa disangka, mama membuka matanya, menggerak-gerakkan jarinya dan mulutnya kelihatan terkumat-kamit seolah-olah cuba mengucapkan sesuatu. Papa dan Julia berasa gembira dengan perkembangan mama. Namun, kemunculan

Page 33: Tajuk Novel: PAPA...(Akhirnya Kau Tewas Jua!) Pengarang

Aisyah menghairankan mama. Papa memperkenalkan Aisyah kepada mama dan menerangkan bahawa dia merupakan isteri keduanya.

Mama sukar untuk menerima kenyataan tersebut. Dalam tangisannya, dia menghembuskan nafas yang terakhir. Papa tidak dapt menahan air matanya atas pemergian mama. Bagi Julia, papa betul-betul telah tewas akibat kehilangan isteri kesayangan.