dapatan dan refleksi

3
DAPATAN DAN REFLEKSI Analisis dan Interpretesi Data Analisis telah dilakukan bagi setiap data yang diperoleh dan dikumpul dalam kajian tindakan ini. Analisis data ini dilakukan untuk membuat perbandingan sebelum dan selepas kajian ini dilaksanakan terhadap peserta kajian. Secara khususnya, analisis data ini bertujuan untuk melihat sama ada objektif kajian yang telah dinyatakan pada bahagian fokus kajian telah tercapai atau sebaliknya. Bahagian ini akan menerangkan setiap satu hasil analisis kajian yang dibuat. Analisis yang dilakukan dalam kajian ini dikukuhkan lagi dengan triangulasi data daripada rakaman video dan soal selidik yang dilakukan. a) Keputusan Pemerhatian Awal dan Pemerhatian Akhir Keputusan permerhatian awal dan pemerhatian akhir dianalisis secara deskriptif. Hasil pencapaian peserta kajian dalam pemerhatian awal dan pemerhatian akhir dibandingkan bagi melihat dan mengenalpasti peningkatan pencapaian sampel dalam kedua-dua pemerhatian tersebut.

Upload: sabrini-abdul-nasir

Post on 16-Jan-2016

22 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

BM

TRANSCRIPT

Page 1: Dapatan Dan Refleksi

DAPATAN DAN REFLEKSI

Analisis dan Interpretesi Data

Analisis telah dilakukan bagi setiap data yang diperoleh dan dikumpul dalam kajian

tindakan ini. Analisis data ini dilakukan untuk membuat perbandingan sebelum dan

selepas kajian ini dilaksanakan terhadap peserta kajian. Secara khususnya, analisis

data ini bertujuan untuk melihat sama ada objektif kajian yang telah dinyatakan pada

bahagian fokus kajian telah tercapai atau sebaliknya. Bahagian ini akan menerangkan

setiap satu hasil analisis kajian yang dibuat. Analisis yang dilakukan dalam kajian ini

dikukuhkan lagi dengan triangulasi data daripada rakaman video dan soal selidik

yang dilakukan.

a) Keputusan Pemerhatian Awal dan Pemerhatian Akhir

Keputusan permerhatian awal dan pemerhatian akhir dianalisis secara deskriptif.

Hasil pencapaian peserta kajian dalam pemerhatian awal dan pemerhatian akhir

dibandingkan bagi melihat dan mengenalpasti peningkatan pencapaian sampel dalam

kedua-dua pemerhatian tersebut. Keputusan pencapaian peserta kajian dianalisis bagi

membuktikan sama ada objektif pertama kajian ini iaitu meningkatkan kemahiran

interaksi lisan murid dalam pembelajaran Bahasa Malaysia dapat dicapai atau

sebaliknya.

Page 2: Dapatan Dan Refleksi

Objektif 1:

Objektif kajian yang pertama meningkatkan kemahiran interaksi lisan murid dalam

pembelajaran Bahasa Malaysia telah tercapai berpandukan keputusan yang telah

dianalisis. Perbandingan pencapaian peserta kajian dalam pemerhatian awal dan

pemerhatian akhir telahdilakukan dan keputusannya menyokong pernyataan ini.

Skala pemarkahan bagi pemerhatian awal dan akhir adalah seperti yang tercatat di

bahagian instrument iaitu dalam sub topik ujian.