bimbingan oleh guru pembimbing kepada … kemahiran membuat refleksi dan penilaian kendiri 34 3.8...

23
BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA GURU PELATIH UTM LIM WEE MEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: duongnguyet

Post on 11-May-2019

358 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA … Kemahiran membuat refleksi dan penilaian kendiri 34 3.8 Penutup 35 BAB IV ANALISIS DATA 36 4.1 Pengenalan 36 4.2 Analisis Hasil Dapatan Dari

BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA GURU PELATIH

UTM

LIM WEE MEI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA … Kemahiran membuat refleksi dan penilaian kendiri 34 3.8 Penutup 35 BAB IV ANALISIS DATA 36 4.1 Pengenalan 36 4.2 Analisis Hasil Dapatan Dari
Page 3: BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA … Kemahiran membuat refleksi dan penilaian kendiri 34 3.8 Penutup 35 BAB IV ANALISIS DATA 36 4.1 Pengenalan 36 4.2 Analisis Hasil Dapatan Dari
Page 4: BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA … Kemahiran membuat refleksi dan penilaian kendiri 34 3.8 Penutup 35 BAB IV ANALISIS DATA 36 4.1 Pengenalan 36 4.2 Analisis Hasil Dapatan Dari

i

BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA GURU PELATIH UTM

LIM WEE MEI

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Matematik Minor Fizik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2008

Page 5: BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA … Kemahiran membuat refleksi dan penilaian kendiri 34 3.8 Penutup 35 BAB IV ANALISIS DATA 36 4.1 Pengenalan 36 4.2 Analisis Hasil Dapatan Dari

ii

“Saya akui bahawa penulisan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan, di mana-mana satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : …………………………………..

Nama Penulis : LIM WEE MEI

Tarikh : ………………………………….. 24. 04. 2008

Page 6: BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA … Kemahiran membuat refleksi dan penilaian kendiri 34 3.8 Penutup 35 BAB IV ANALISIS DATA 36 4.1 Pengenalan 36 4.2 Analisis Hasil Dapatan Dari

iii

DEDIKASI

Kepada Tuhan yang Maha Esa dan Maha Kuasa.

Ibu dan Ayah yang Disayangi,

Abang dan kakak yang Dikasihi,

Segala Pengorbanan, Dorongan, Kesabaran Serta Kasih Sayang

Dari Kalian Amatlah Ku Sanjungi dan Ku Hargai…

Pembimbing yang Dihormati,

Segala bimbingan, Tunjuk Ajar dan Jasamu Tidak akan Ku Lupai …..

Teman-teman Seperjuangan

Terima Kasih

Di atas Sokongan dan Semangat Dari Kalian Sepanjang Pengajian Ku

Page 7: BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA … Kemahiran membuat refleksi dan penilaian kendiri 34 3.8 Penutup 35 BAB IV ANALISIS DATA 36 4.1 Pengenalan 36 4.2 Analisis Hasil Dapatan Dari

iv

PENGHARGAAN

Di ruangan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyelia

saya iaitu Prof. Dr. Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali yang banyak memberi tunjuk

ajar dan bimbingan sepanjang kajian ini dijalankan. Segala teguran, nasihat dan

kata-kata semangat akan tetap saya ingati dan hargai.

Setinggi-tinggi penghargaan turut dirakamkan kepada pengetua-pengetua dan

guru-guru yang bertugas di sekolah menengah yang terlibat dengan kajian ini. Selain

itu, ucapan ribuan terima kasih juga ditunjukkan kepada semua guru pelatih UTM

yang mengambil bahagian dalam kajian ini kerana telah bekerjasama dalam proses

mengutip data.

Saya juga ingin berterima kasih kepada ayah, ibu, abang-abang dan kakak

yang amat saya sayangi atas sokongan moral dalam menyiapkan projek sarjana muda

ini. Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-

rakan saya serta semua pihak yang sudi membantu dan memberi nasihat kepada saya

bagi melengkapkan projek sarjana muda ini.

Page 8: BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA … Kemahiran membuat refleksi dan penilaian kendiri 34 3.8 Penutup 35 BAB IV ANALISIS DATA 36 4.1 Pengenalan 36 4.2 Analisis Hasil Dapatan Dari

v

ABSTRAK

Kajian ini melihat kepada hubungan antara peningkatan prestasi guru pelatih

UTM dengan penyeliaan guru pembimbing semasa menjalankan latihan mengajar di

sekolah menengah kebangsaan di negeri Johor. Tujuan kajian ini dilaksanakan

adalah untuk melihat sama ada peningkatan dalam kemahiran mengajar, nilai sahsiah

dan profesionalisme guru serta kemahiran reflektif dan penilaian kendiri yang

berlaku pada guru pelatih berkaitan dengan bimbingan guru pembimbing mereka.

Kajian ini dilakukan ke atas 6 orang guru pelatih UTM yang dipilih tanpa mengambil

kira pengkhususan dan mata pelajaran yang diajar oleh mereka. Keseluruhan

penyelidikan berbentuk deskriptif. Dapatan kajian diperolehi melalui kaedah

temubual dan pemerhatian pengajaran, seterusnya akan dianalisis secara kualitatif.

Dapatan kajian menunjukkan :1) Bimbingan guru pembimbing membantu dalam

meningkatkan strategi dan kemahiran mengajar di kalangan guru pelatih semasa

latihan mengajar; 2) Kebanyakan peningkatan dari segi nilai sahsiah dan sikap

bertanggungjawab di kalangan guru pelatih semasa latihan mengajar adalah tidak

berkaitan dengan bimbingan guru pembimbing; 3) Guru pembimbing jarang atau

tidak pernah memberi sebarang bimbingan berkenaan dengan kemahiran membuat

refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek tugas guru kepada guru pelatih

semasa latihan mengajar. Beberapa cadangan dikemukakan untuk menjadi panduan

kajian selanjutnya.

Page 9: BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA … Kemahiran membuat refleksi dan penilaian kendiri 34 3.8 Penutup 35 BAB IV ANALISIS DATA 36 4.1 Pengenalan 36 4.2 Analisis Hasil Dapatan Dari

vi

ABSTRACT This research is conducted to look at the relationship between achievement of

training teacher and supervisor teacher during teaching practical at secondary school

in Johor. The research is done to see whether there is increase in teaching skills,

ethical values, the teacher’s professionalism, reflective skills and self assessment in

training teachers. Six training teachers were chosen randomly regardless of their

major area of study. The research is in descriptive form. The research is carried out

by interviewing and observing. Then it is analyzed qualitatively. The results

shows :1) Supervisor teacher helps in improving the strategy and teaching skills

amongst training teachers during practical training; 2) The ethical values and

responsibilities amongst practical teachers have nothing to do with supervisor

teachers, 3) Supervisor teachers seldom or do not give guidance in writing reflection

and individual assessment in all aspects during teaching practical. The researcher

recommends a few suggestions for due consideration and guidance for next research.

Page 10: BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA … Kemahiran membuat refleksi dan penilaian kendiri 34 3.8 Penutup 35 BAB IV ANALISIS DATA 36 4.1 Pengenalan 36 4.2 Analisis Hasil Dapatan Dari

vii

SENARAI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

SENARAI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SINGKATAN xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

BAB I PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Persoalan Kajian 7

1.5 Objektif Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Skop Kajian 9

1.8 Definisi Istilah 9

1.8.1 Bimbingan 9

Page 11: BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA … Kemahiran membuat refleksi dan penilaian kendiri 34 3.8 Penutup 35 BAB IV ANALISIS DATA 36 4.1 Pengenalan 36 4.2 Analisis Hasil Dapatan Dari

viii

1.8.2 Guru Pembimbing 9

1.8.3 Latihan Mengajar 10

1.8.4 Maktab 10

1.8.5 Pensyarah Pembimbing 10

1.8.6 Penyeliaan 10

1.8.7 Profesionalisme 11

1.8.8 Refleksi 11

1.9 Penutup 11

BAB II SOROTAN KAJIAN 12

2.1 Pengenalan 12

2.2 Bimbingan Guru Pembimbing Dalam

Membantu Guru Pelatih Dari Segi Strategi

Dan Kemahiran Pengajaran 13

2.3 Bimbingan Guru Pembimbing Dalam

Membantu Guru Pelatih Dari Segi Nilai

Sahsiah Dan Tanggungjawab Guru 17

2.4 Bimbingan Guru Pembimbing Dalam

Membantu Guru Pelatih Dari Segi Kemahiran

Membuat Refleksi Dan Penilaian Kendiri 21

2.5 Penutup 24

BAB III METODOLOGI KAJIAN 25

3.1 Pengenalan 25

3.2 Reka Bentuk Kajian 25

3.3 Tempat Kajian 27

3.4 Populasi dan Persampelan Kajian 27

3.5 Instrumen Kajian 27

Page 12: BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA … Kemahiran membuat refleksi dan penilaian kendiri 34 3.8 Penutup 35 BAB IV ANALISIS DATA 36 4.1 Pengenalan 36 4.2 Analisis Hasil Dapatan Dari

ix

3.5.1 Kaedah Temubual 28

3.5.2 Kaedah Pemerhatian 30

3.6 Prosedur Kajian 30

3.7 Analisis Data 32

3.7.1 Strategi dan kemahiran pengajaran 32

3.7.2 Nilai sahsiah dan tanggungjawab

sebagai guru 33

3.7.3 Kemahiran membuat refleksi dan

penilaian kendiri 34

3.8 Penutup 35

BAB IV ANALISIS DATA 36

4.1 Pengenalan 36

4.2 Analisis Hasil Dapatan Dari Sampel 36

4.2.1 Hasil Dapatan Responden 1 37

4.2.2 Hasil Dapatan Responden 2 40

4.2.3 Hasil Dapatan Responden 3 45

4.2.4 Hasil Dapatan Responden 4 51

4.2.5 Hasil Dapatan Responden 5 56

4.2.6 Hasil Dapatan Responden 6 62

4.3 Analisis Hasil Dapatan Persoalan Kajian 68

4.3.1 Dapatan Persoalan Kajian Pertama 69

4.3.2 Dapatan Persoalan Kajian Kedua 74

4.3.3 Dapatan Persoalan Kajian Ketiga 76

4.4 Penutup 78

BAB V RUMUSAN DAN CADANGAN 79

5.1 Pengenalan 79

Page 13: BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA … Kemahiran membuat refleksi dan penilaian kendiri 34 3.8 Penutup 35 BAB IV ANALISIS DATA 36 4.1 Pengenalan 36 4.2 Analisis Hasil Dapatan Dari

x

5.2 Perbincangan 80

5.3 Kesimpulan 82

5.4 Implikasi / Cadangan Kajian 83

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 85

5.6 Penutup 86

RUJUKAN 88

LAMPIRAN 95

Page 14: BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA … Kemahiran membuat refleksi dan penilaian kendiri 34 3.8 Penutup 35 BAB IV ANALISIS DATA 36 4.1 Pengenalan 36 4.2 Analisis Hasil Dapatan Dari

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

4.1 Peningkatan kemahiran mengajar yang berlaku

pada responden kajian 69

4.2 Peningkatan kemahiran mengajar yang berlaku

pada responden kajian disebabkan oleh

bimbingan guru pembimbing mereka 70

4.3 Bimbingan guru pembimbing dalam membantu

responden kajian dari segi peningkatan dalam

kemahiran pengajaran 70

4.4 Peningkatan nilai sahsiah dan profesionalisme

yang berlaku pada responden kajian 74

4.5 Bimbingan guru pembimbing dalam membantu

responden kajian dari segi peningkatan nilai

sahsiah dan sikap bertanggungjawab sebagai guru 74

4.6 Peningkatan kemahiran membuat refleksi dan

penilaian kendiri yang berlaku pada responden kajian 76

4.7 Bimbingan guru pembimbing dalam membantu

responden kajian dari segi peningkatan kemahiran

membuat refleksi dan penilaian kendiri sebagai guru 77

Page 15: BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA … Kemahiran membuat refleksi dan penilaian kendiri 34 3.8 Penutup 35 BAB IV ANALISIS DATA 36 4.1 Pengenalan 36 4.2 Analisis Hasil Dapatan Dari

xii

SENARAI SINGKATAN

SINGKATAN NAMA PENUH

EPRD Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan

FPN Falsafah Pendidikan Negara

KPM Kementerian Pendidikan Malaysia

SPF Sarjana Muda Sains serta pendidikan (Fizik/Matematik)

SPH Sarjana Muda Teknologi Pendidikan (Kemahiran Hidup)

SPM Sijil Pelajaran Malaysia

SPP Sarjana Muda Sains dan komputer serta pendidikan (Fizik)

SPT Sarjana Muda Sains dan komputer serta pendidikan

(Matematik)

STPM Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

UTM Universiti Teknologi Malaysia

Page 16: BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA … Kemahiran membuat refleksi dan penilaian kendiri 34 3.8 Penutup 35 BAB IV ANALISIS DATA 36 4.1 Pengenalan 36 4.2 Analisis Hasil Dapatan Dari

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Pra-temubual 95

B Borang Pasca-temubual 99

C Borang Pemerhatian Pengajaran 102

D Laporan Pra-temubual Responden Kajian 104

E Laporan Pasca-temubual Responden Kajian 130

F Laporan Pemerhatian Pengajaran Responden Kajian 145

G Pengesahan Soalan-Soalan Kajian 158

H Surat Pengesahan Status Pelajar UTM 160

I Surat Kebenaran Kementerian Pelajaran Malaysia 162

J Surat Kebenaran Bahagian Perancangan Dan

Penyelidikan Dasar Pendidikan 165

Page 17: BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA … Kemahiran membuat refleksi dan penilaian kendiri 34 3.8 Penutup 35 BAB IV ANALISIS DATA 36 4.1 Pengenalan 36 4.2 Analisis Hasil Dapatan Dari

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan Latihan mengajar adalah satu komponen penting dalam program pendidikan

guru. Ia memberikan satu siri pengalaman amali berasaskan situasi sebenar dalam

bilik darjah yang memberi peluang kepada guru pelatih mempraktikkan pengetahuan

dan teori yang diperolehi oleh mereka di universiti (PM Hj. Md. Idris b. Mansor dan

Dr. Md. Nor b. Bakar, 1998). Semasa latihan mengajar, guru pelatih akan dibimbing

dan diselia oleh pensyarah pembimbing dan guru pembimbing di sekolah di mana

mereka menjalani latihan mengajar. Penyelia yang berperanan sebagai pembimbing

dan penilai dikehendaki bertanggungjawab agar melatih guru pelatih menjadi

seorang guru yang berwibawa.

Tujuan utama penyeliaan latihan mengajar diamalkan adalah untuk memberi

bimbingan kepada guru pelatih yang mengambil bahagian, di samping menilai

perancangan dan pengajaran, sahsiah guru pelatih turut dibina. Kemahiran

pengajaran dan profesionalisme guru pelatih dipercayai akan dipertingkat melalui

proses penyeliaan tersebut. Selain daripada itu, sikap dan tingkah laku guru pelatih

juga dipercayai akan mengalami perubahan yang positif, mereka akan lebih

menyedarkan tentang tanggungjawab guru serta mempunyai keyakinan diri yang

tinggi apabila menjalankan tugas sebagai seorang guru pada masa depan.

Guru pembimbing yang ditugaskan membimbing guru pelatih merupakan

salah seorang penyelia yang akan bersama-sama dengan guru pelatih sepanjang

Page 18: BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA … Kemahiran membuat refleksi dan penilaian kendiri 34 3.8 Penutup 35 BAB IV ANALISIS DATA 36 4.1 Pengenalan 36 4.2 Analisis Hasil Dapatan Dari

2

tempoh latihan mengajar, mereka terdiri daripada golongan guru yang

berpengalaman dan mempunyai berkemahiran tinggi dalam semua tugas guru.

Disebabkan masa interaksi antara guru pelatih dengan guru pembimbing jauh lebih

lama daripada masa interaksi antara guru pelatih dengan pensyarah pembimbing,

maka pengaruh bimbingan guru pembimbing terhadap guru pelatih adalah lebih

nyata berbanding dengan bimbingan pensyarah pembimbing. Kajian penyelidikan

ini akan cuba mengkaji secara khusus tentang penyeliaan yang dilakukan oleh guru

pembimbing.

1.2 Latar Belakang Masalah

Dengan adanya penyeliaan yang lebih kerap, maklum balas dari penyelia

yang diberi kepada guru-guru pelatih dapat diambil tindak ikut dan seterusnya

memantau kemajuan guru pelatih tersebut (Haji Abdul Talib B. Md. Zin, 1986). Dari

pernyataan di atas, peranan dan sikap seseorang penyelia akan menjadi faktor utama

dalam mempengaruhi tingkah laku dan peningkatan profesionalisme seseorang guru

pelatih. Seseorang penyelia yang bertanggungjawab dalam tugasnya akan

menyumbangkan bimbingan dan tunjuk ajar yang mencukupi serta bermakna kepada

guru pelatih.

Oleh kerana masa guru pelatih berada dan berinteraksi dengan guru

pembimbing adalah jauh lebih lama berbanding dengan interaksinya dengan

pensyarah pembimbing UTM, maka adalah amat penting guru pembimbing

memahami dan jelas akan peranan dan tanggungjawabnya dalam Program Latihan

Mengajar tersebut supaya dapat membantu guru pelatih dengan sepenuhnya. Bidang

tugas guru pembimbing adalah memberikan tunjuk ajar dan menilai prestasi guru

pelatih, merangkumi aspek pengajaran dan sahsiah (Abu Hassan & Meor Ibrahim,

1997). Menurut Garis Panduan Pelaksanaan Praktikum dari maktab-maktab

perguruan dan Panduan Latihan Praktik dari universiti-universiti di Malaysia, secara

keseluruhan, kita dapat menyimpulkan peranan dan tanggungjawab guru

pembimbing seperti berikut.

Page 19: BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA … Kemahiran membuat refleksi dan penilaian kendiri 34 3.8 Penutup 35 BAB IV ANALISIS DATA 36 4.1 Pengenalan 36 4.2 Analisis Hasil Dapatan Dari

3

Dari segi pengajaran dan aspek profesionalisme guru pelatih,

Memberi taklimat atau penerangan awal kepada guru pelatih tentang

kepentingan membuat persediaan mengajar yang lengkap dan

melaksanakan pengajaran mengikut bilangan waktu mengajar yang telah

ditetapkan.

Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada guru pelatih tentang jadual

waktu, sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran, panduan guru,

rancangan kerja semester, persediaan mengajar harian, sumber pengajaran

dan pembelajaran, proses pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran,

pengurusan bilik darjah dan pengelolaan kokurikulum.

Memastikan guru pelatih membuat refleksi dan penilaian kendiri sepanjang

latihan mengajar untuk mempertingkatkan mutu pengajaran.

Menyemak, memberi ulasan bertulis dan menandatangani buku persediaan

mengajar pelajar.

Mengadakan perbincangan dengan guru pelatih setelah setiap sesi

pengajaran.

Menggalakkan dan memberi panduan kepada guru pelatih tentang

penggunaaan pelbagai cara pendekatan, kaedah, teknik dan kreativiti dalam

pengajaran.

Menjalankan penyeliaan bersama dengan pensyarah pembimbing (penyelia

UTM) dan boleh mengadakan perbincangan (jika boleh) untuk tujuan

penyelarasan penilaian.

Dari segi perkembangan sahsiah guru pelatih,

Membimbing guru pelatih terutama dari segi pergaulan yang sihat,

peningkatan jati diri dan pemupukan nilai profesionalisme keguruan.

Page 20: BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA … Kemahiran membuat refleksi dan penilaian kendiri 34 3.8 Penutup 35 BAB IV ANALISIS DATA 36 4.1 Pengenalan 36 4.2 Analisis Hasil Dapatan Dari

4

Sentiasa memberi peneguhan positif terhadap tingkah laku guru pelatih

yang baik.

Membina sikap positif yang berterusan pada keperibadian guru pelatih.

Menentukan masalah sahsiah yang dihadapi oleh guru pelatih dan memberi

nasihat yang bermakna.

Dari segi penyeliaan dan penilaian,

Memantau kelancaran latihan mengajar dan prestasi guru pelatih sepanjang

tempoh latihan mengajar.

Mamaklumkan kepada pensyarah pembimbing (penyelia UTM) tentang

kes-kes yang memerlukan perhatian dan tindakan, seperti guru pelatih yang

berprestasi cemerlang atau guru pelatih yang hampir menghadapi kegagalan.

Menyerahkan keputusan akhir latihan mengajar dengan menggunakan

borang-borang tertentu kepada pengurusan latihan mengajar semasa

berakhir tempoh latihan mengajar.

Memberikan cadangan tertentu kepada pihak pengurusan latihan mengajar

jika perlu.

Melahirkan guru atau pendidik yang mempunyai kemahiran, kecekapan dan

kesediaan serta keikhlasan untuk membanteras polirasi budaya, agama, kaum, dan

lain-lainnya di kalangan bakal guru ialah satu cabaran kepada pendidikan perguruan.

Kalau kita mempertimbangkan secara mendalam tentang aspek ini dan sedar akan

tanggungjawab guru pembimbing, kita boleh dapat gambaran tentang tahap

kesukaran dalam menjalani tugas sebagai guru pembimbing.

Memandangkan tempoh latihan mengajar yang singkat dan terhad (13

minggu), kekurangan dalam pemberian bimbingan kepada guru pelatih oleh guru

Page 21: BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA … Kemahiran membuat refleksi dan penilaian kendiri 34 3.8 Penutup 35 BAB IV ANALISIS DATA 36 4.1 Pengenalan 36 4.2 Analisis Hasil Dapatan Dari

5

pembimbing adalah tidak dapat dielakkan. Kewujudan kelemahan-kelemahan dalam

proses bimbingan tersebut pula akan mengakibatkan profesionalisme bakal guru

dipertikaikan dalam perkara-perkara tertentu, terutamanya dari segi sikap dan sahsiah

guru.

Kajian ini akan cuba memberi penumpuan kepada bimbingan yang dilakukan

oleh guru pembimbing terhadap guru pelatih. Bimbingan dan tunjuk ajar adalah

penting dalam membentuk seorang bakal guru yang bermutu, bukan hanya penilaian

guru pembimbing yang akan mempengaruhi prestasi guru pelatih, sikap guru

pembimbing juga menentukan profesionalisme guru pelatih.

1.3 Pernyataan Masalah

Segala pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi sewaktu latihan

mengajar biasanya memberi kesan yang mendalam dan rnenjadi ingatan sepanjang

hayat bagi kebanyakan guru (Abu Hassan & Meor Ibrahim, 1997). Disebabkan

kebanyakan pengalaman dan pengetahuan guru pelatih yang diperolehi semasa

latihan mengajar adalah diiringi dengan pendapat dan nasihat guru pembimbing,

maka pengaruh bimbingan guru pembimbing adalah besar dan membawa kesan yang

nyata terhadap sifat keguruan seseorang guru pelatih pada masa depan.

Dalam Program Latihan Mengajar, ada guru pelatih yang dibimbing oleh

guru pembimbing yang bertanggungjawab sepenuhya, tetapi ada juga guru pelatih

yang dibimbing oleh guru pembimbing yang tidak bertanggungjawab. Oleh itu,

kadang-kala kita akan dapat dengar rungutan guru pelatih tentang kualiti bimbingan

guru pembimbing mereka yang dilantik oleh pihak sekolah. Sama ada guru

pembimbing yang terlalu sibuk dalam pengurusan dan pengajaran sekolah sehingga

tiada masa untuk melakukan bimbingan, ataupun sikap sesetengah guru pembimbing

yang sememangnya tidak mengambil berat tentang pasal membimbing guru pelatih.

Page 22: BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA … Kemahiran membuat refleksi dan penilaian kendiri 34 3.8 Penutup 35 BAB IV ANALISIS DATA 36 4.1 Pengenalan 36 4.2 Analisis Hasil Dapatan Dari

6

Semua kejadian ini akan mempengaruhi mutu bimbingan guru pembimbing yang

diberikan kepada guru pelatih.

Kekurangan yang berlaku dalam bimbingan guru pembimbing tersebut

mungkin berlaku di sesetengah aspek yang tertentu seperti sikap dan sahsiah guru

pelatih sahaja atau secara keseluruhan tentang sifat keguruan seseorang guru pelatih.

Walau bagaimanapun, kekurangan demikian tentu akan membawa kesan negatif

kepada pembentukan keguruan seseorang guru pelatih. Selain daripada itu, kita juga

sering mendengar guru pelatih mengadu bahawa penulisan reflektif adalah suatu

beban kerana mereka dipaksa menulisnya, lagipun sesetengah guru pembimbing

tidak memberi perhatian terhadap penulisan reflektif kerana membincangkan aspek-

aspek kemahiran pengajaran yang lebih penting. Tambahan pula, sesetengah guru

pelatih mempunyai anggapan bahawa menulis reflektif dan membuat penilaian

kendiri adalah sukar kerana pandangan yang objektif dikehendaki dan jarang

mendapat bimbingan dalam aspek ini.

Persoalan yang timbul di sini ialah sejauh manakah bimbingan yang diberi

oleh guru pembimbing membantu guru pelatih dalam aspek strategi dan kemahiran

pengajaran, aspek nilai sahsiah dan tanggungjawab guru serta aspek membuat

refleksi dan penilaian kendiri. Memandangkan semua aspek tersebut merupakan

komponen-komponen penting dalam program praktikum, di mana profesionalisme

guru pelatih akan dinilai menerusi aspek-aspek tersebut, persoalan seperti ini perlu

dipertimbangkan.

Page 23: BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA … Kemahiran membuat refleksi dan penilaian kendiri 34 3.8 Penutup 35 BAB IV ANALISIS DATA 36 4.1 Pengenalan 36 4.2 Analisis Hasil Dapatan Dari

7

1.4 Persoalan

Tujuan utama kajian ini dilaksanakan ialah untuk mengkaji persoalan-

persoalan berikut:

1. Adakah peningkatan berlaku di kalangan guru pelatih dari segi strategi

dan kemahiran pengajaran di bawah bimbingan guru pembimbing

semasa menjalani latihan mengajar ?

2. Adakah bimbingan guru pembimbing membantu dalam meningkatkan

nilai sahsiah dan sikap bertanggungjawab di kalangan guru pelatih

semasa menjalani latihan mengajar ?

3. Adakah bimbingan guru pembimbing membantu guru pelatih dari segi

membuat refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek tugas guru

semasa menjalani latihan mengajar ?

1.5 Objektif Kajian

Dalam kajian ini, terdapat tiga objektif utama seperti berikut:

1. Mengkaji sama ada bimbingan guru pembimbing membantu guru

pelatih UTM dari segi peningkatan strategi dan kemahiran pengajaran

semasa menjalani latihan mengajar.

2. Mengenal pasti sama ada bimbingan guru pembimbing membantu guru

pelatih UTM dari segi peningkatan nilai sahsiah dan tanggungjawab

sebagai guru semasa menjalani latihan mengajar.

3. Mengkaji sama ada bimbingan guru pembimbing membantu guru

pelatih UTM dari segi kemahiran membuat refleksi dan penilaian

kendiri untuk semua aspek tugas guru semasa menjalani latihan

mengajar.