dalam mahkamah rayuan malaysia …sh)-241-09-2015.pdfmengecamkan bilik itu seperti dalam gambar p19...

38
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) MAHKAMAH RAYUAN (BIDANGKUASA JENAYAH) BIL: W-05(SH)-241-09/2015 CHONG TAT SIONG …. PERAYU LAWAN PENDAKWA RAYA …. RESPONDEN DIDENGAR BERSAMA RAYUAN-RAYUAN BERIKUT MAHKAMAH RAYUAN (BIDANGKUASA JENAYAH) BIL: W-05(SH)-243-09/2015 FOONG KHAR FAI …. PERAYU LAWAN PENDAKWA RAYA …. RESPONDEN MAHKAMAH RAYUAN (BIDANGKUASA JENAYAH) BIL: W-05(SH)-244-09/2015 LEE PHAK SENG …. PERAYU LAWAN PENDAKWA RAYA …. RESPONDEN MAHKAMAH RAYUAN (BIDANGKUASA JENAYAH) BIL: W-05(H)-247-09/2015 PENDAKWA RAYA …. PERAYU LAWAN 1. CHONG TAT SIONG 2. FOONG KHAR FAI 3. LEE PHAK SENG RESPONDEN-RESPONDEN DALAM MAHKAMAH TINGGI DI KUALA LUMPUR Perbicaraan Jenayah BIL: 45C-43-10/2012 Antara PENDAKWA RAYA LAWAN 1. CHONG TAT SIONG 2. FOONG KHAR FAI 3. LEE PHAK SENG

Upload: hoangduong

Post on 03-Mar-2019

253 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA …SH)-241-09-2015.pdfmengecamkan bilik itu seperti dalam gambar P19 (gambar 28-32). 5 [6] Sepanjang masa berada di dalam bilik tersebut, mangsa dapat

1

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN)

MAHKAMAH RAYUAN (BIDANGKUASA JENAYAH) BIL: W-05(SH)-241-09/2015

CHONG TAT SIONG …. PERAYU

LAWAN PENDAKWA RAYA …. RESPONDEN

DIDENGAR BERSAMA RAYUAN-RAYUAN BERIKUT MAHKAMAH RAYUAN (BIDANGKUASA JENAYAH)

BIL: W-05(SH)-243-09/2015 FOONG KHAR FAI …. PERAYU

LAWAN PENDAKWA RAYA …. RESPONDEN

MAHKAMAH RAYUAN (BIDANGKUASA JENAYAH) BIL: W-05(SH)-244-09/2015

LEE PHAK SENG …. PERAYU

LAWAN PENDAKWA RAYA …. RESPONDEN

MAHKAMAH RAYUAN (BIDANGKUASA JENAYAH) BIL: W-05(H)-247-09/2015

PENDAKWA RAYA …. PERAYU

LAWAN 1. CHONG TAT SIONG 2. FOONG KHAR FAI 3. LEE PHAK SENG … RESPONDEN-RESPONDEN

DALAM MAHKAMAH TINGGI DI KUALA LUMPUR Perbicaraan Jenayah BIL: 45C-43-10/2012

Antara PENDAKWA RAYA

LAWAN 1. CHONG TAT SIONG 2. FOONG KHAR FAI 3. LEE PHAK SENG

Page 2: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA …SH)-241-09-2015.pdfmengecamkan bilik itu seperti dalam gambar P19 (gambar 28-32). 5 [6] Sepanjang masa berada di dalam bilik tersebut, mangsa dapat

2

CORAM

ZAKARIA BIN SAM, HMR BADARIAH BINTI SAHAMID, HMR

ABDUL KARIM BIN ABDUL JALIL, HMR

ALASAN PENGHAKIMAN

Pengenalan

Untuk kemudahan rujukan dalam rayuan ini, perayu-perayu Chong Tat

Siong, Foong Khar Fai dan Lee Phak Seng akan dirujuk sebagai OKT 1,

OKT 2 dan OKT 3 sepertimana rujukan di Mahkamah Tinggi.

Pertuduhan

[1] Ketiga-tiga perayu OKT telah dihadapkan dengan satu pertuduhan

bersama di bawah seksyen 3 Akta Penculikan, 1961. Pertuduhan dibaca

seperti berikut:

“Bahawa kamu bersama- sama seorang lagi yang masih bebas

pada 27 April 2012 jam lebih kurang 7.30 pagi bertempat di Jalan

Kiara 1, Mont Kiara, di dalam Daerah Brickfields, didalam Wilayah

Persekutuan Kuala Lumpur, didalam meneruskan niat bersama

kamu, telah menculik NAYATI MOODLAR (PP NO NRH 411607)

dengan tujuan menuntut wang tebusan sebanyak RM300,000 dan

dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh

Page 3: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA …SH)-241-09-2015.pdfmengecamkan bilik itu seperti dalam gambar P19 (gambar 28-32). 5 [6] Sepanjang masa berada di dalam bilik tersebut, mangsa dapat

3

dihukum dibawah seksyen 3 Akta Penculikan 1961 (Semakan 1989)

(Akta 365) di baca bersama dengan seksyen 34 Kanun Keseksaan”.

Kes Pendakwaan

[2] Ringkasan kes pendakwaan yang berikut dipetik daripada alasan

penghakiman Hakim Mahkamah Tinggi (HMT), Kuala Lumpur.

[3] Mangsa, Nayati Shamelin Moodilar (SP16) mengikut keluarganya

menetap di Malaysia oleh sebab bapanya, Shamelin Krubagaran

Moodliar (SP17), seorang warganegara Belanda bekerja dengan sebuah

syarikat di Malaysia.Pada jam lebih kurang 7.25 pagi 27.04.2012, mangsa

telah diculik oleh dua orang lelaki dan dilarikan ke Chemor,Perak.

Mangsa telah dikurung disebuah rumah di Tanah Hitam, Chemor

sehingga 3.05.2012.Pada 3.05.2012 mangsa telah dibebaskan dengan

selamat di R & R Rawang setelah SP17 membayar wang tebusan

berjumlah RM300,000 yang dipersetujui oleh para penculik. Pada masa

kejadian, mangsa baru berusia 12 tahun. Semasa memberi keterangan

di Mahkamah, mangsa berusia 14 tahun. Mangsa memberi keterangan

secara bersumpah selepas Mahkamah berpuas hati pra-syarat di bawah

seksyen 133A Akta Keterangan 1950 dipenuhi.

Page 4: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA …SH)-241-09-2015.pdfmengecamkan bilik itu seperti dalam gambar P19 (gambar 28-32). 5 [6] Sepanjang masa berada di dalam bilik tersebut, mangsa dapat

4

[4] Menurut mangsa, pada pagi hari kejadian sekitar jam 7.25 dia

sedang berjalan kaki untuk ke sekolah apabila beliau telah ditarik masuk

ke dalam sebuah kereta oleh dua orang lelaki dan dibawa ke suatu tempat

dan telah dikurung di dalam sebuah rumah. Tidak dipertikaikan bahawa

selepas dilarikan, mangsa telah dikurung dalam sebuah rumah di No. 2,

Jalan Seri Desa 2, Taman Seri Desa, Chemor, Perak. Mangsa telah

mengecamkan OKT1 sebagai salah seorang yang telah menarik beliau

dan melarikan beliau dalam sebuah kereta berwarna hitam. OKT1 telah

duduk bersama beliau di kerusi penumpang bahagian belakang kereta.

[5] Menurut mangsa, semasa di dalam kereta hitam dan pada awal

perjalanan, beliau telah dipaksa oleh OKT1 untuk menelan sejenis cecair

dari dalam satu tin sehingga membuatkan beliau rasa mengantuk. OKT1

kemudiannya telah menutup kedua-dua mata mangsa dengan kain hitam.

Sepanjang perjalanan mangsa telah diarahkan oleh OKT1 untuk

berbaring atas tempat pemijak kaki di bahagian belakang kereta tersebut.

Setelah sampai di tempat yang dituju, mangsa telah dibawa keluar dan

ditempatkan dalam satu bilek kecil dalam sebuah rumah. Tiba di bilik

tersebut, OKT1 telah membuka penutup mata mangsa. Mangsa

mengecamkan bilik itu seperti dalam gambar P19 (gambar 28-32).

Page 5: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA …SH)-241-09-2015.pdfmengecamkan bilik itu seperti dalam gambar P19 (gambar 28-32). 5 [6] Sepanjang masa berada di dalam bilik tersebut, mangsa dapat

5

[6] Sepanjang masa berada di dalam bilik tersebut, mangsa dapat

melihat dan mengecamkan muka pemandu kereta hitam tersebut.

Pemandu kereta itu telah mendapatkan daripada mangsa beberapa

maklumat terutama cara untuk berhubung dengan bapa mangsa.

Pemandu kereta turut meminta nombor akaun Facebook milik mangsa.

Mangsa telah memberikannya kepada pemandu itu bersama kata laluan

“soccer!” Selain daripada OKT1 dan pemandu kereta hitam itu, mangsa

turut mengecamkan OKT2 dan juga OKT3 yang turut masuk ke dalam

bilik di mana mangsa telah dikurung. Mangsa menyatakan kaki beliau

telah diikat dengan tali dan mulut beliau ditutup dengan pita pelekat

semasa berada di dalam bilik itu. Setiap kali OKT-OKT keluar dari bilik

itu, pintu bilik itu akan ditutup rapat. Sepanjang masa dikurung, mangsa

menyatakan ketiga-tiga OKT telah melayan beliau dengan baik dan beliau

telah diberikan tilam untuk tidur, pakaian baru, makanan, minuman,

termasuk diberikan laptop untuk bermain game. Sepanjang ditahan di

rumah itu, mangsa hanya nampak ketiga-tiga OKT dan pemandu kereta

(yang masih bebas) tersebut sahaja dan tidak ada orang yang lain.

[7] Mangsa telah dibebaskan pada awal pagi hari yang ketujuh

(3.05.2012) di R&R Rawang. Sepanjang perjalanan, mata mangsa telah

Page 6: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA …SH)-241-09-2015.pdfmengecamkan bilik itu seperti dalam gambar P19 (gambar 28-32). 5 [6] Sepanjang masa berada di dalam bilik tersebut, mangsa dapat

6

ditutup dan beliau berbaring di kerusi belakang kereta. Setelah sampai,

mangsa telah diberikan satu telefon bimbit berwarna hitam jenama Nokia

model 1280 (P160 A) dan diminta untuk menghubungi bapa beliau.

Mangsa turut diberikan sekeping wang nota RM50 oleh OKT2 sebelum

OKT 2 dan OKT3 (yang memandu kereta Honda WPX 996 berwarna

coklat (P132) beredar dari tempat tersebut. Mangsa telah berjaya

mengecamkan ketiga-tiga OKT dalam kawad cam yang telah diadakan

oleh pihak polis. Mangsa turut memberikan peranan setiap OKT dalam

kes penculikan beliau. Kawad cam tersebut telah dijalankan oleh ASP

Arikrishnan A/L Apparau (SP28) pada 15.5.2012 di Balai Polis Jinjang.

[8] Saksi SP17 menyatakan bahawa pada 27.04.2012 seperti biasa

anaknya, mangsa berjalan kaki pergi ke sekolah pada awal pagi. Sekolah

anaknya hanya jarak 300 meter dari rumah beliau. Sekitar jam 7.30 pagi

beliau terima panggilan telefon daripada sekolah menyatakan anaknya

tidak sampai di sekolah. Beliau telah dibawa melihat rakaman CCTV

yang berada di sekitar tempat kejadian termasuk dari Amaspuri

Kondominium yang dibekalkan oleh saksi Lee Chin Hong (SP22) dan juga

oleh KPL Yusram bin Danis (SP23), Polis Bantuan Sunrise. SP17

mengesahkan setelah melihat rakaman CCTV tersebut bahawa anaknya

telah diculik dan dilarikan oleh dua orang lelaki yang memandu sebuah

Page 7: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA …SH)-241-09-2015.pdfmengecamkan bilik itu seperti dalam gambar P19 (gambar 28-32). 5 [6] Sepanjang masa berada di dalam bilik tersebut, mangsa dapat

7

kereta berwarna hitam. SP17 kemudian terus membuat laporan polis

(P139) tentang kejadian.

[9] SP17 telah memberikan keterangan beliau menerima mesej

melalui laman Facebook atas akaun anaknya. Penculik telah memarahi

beliau kerana telah membuat laporan polis. Para penculik turut meminta

wang tebusan sebanyak RM1 juta untuk membebaskan anaknya.

Selepas beberapa perundingan, para penculik bersetuju untuk menerima

wang tebusan sebanyak RM300, 000 untuk membebaskan anak nya.

SP17 berjaya mendapatkan wang tunai RM300, 000 yang diminta dan

atas arahan para penculik, wang tersebut yang diisikan dalam sebuah beg

hitam telah diletakkan oleh SP17 di tepi tangga di Tingkat 8, Sri Chendikia

Kondo, di Cheras. Pada keesokan paginya, SP17 telah menerima

panggilan daripada anaknya yang menyatakan bahawa dia telah pun

dibebaskan di R & R Rawang arah selatan. SP17 telah bergegas ke sana

dan telah bertemu dengan anaknya. Saksi Insp. Mohd Aizam bin

Mohammad (SP14) dan satu pasukan polis telah memeriksa tempat di

mana beg hitam berisi wang RM300, 000 telah diletakkan oleh SP17.

Tiba di sana, di satu kawasan tangga ke tingkat 9, Kondo Seri Chendika,

Taman Connaught, Cheras, SP14 dan pasukan telah menjumpai semula

Page 8: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA …SH)-241-09-2015.pdfmengecamkan bilik itu seperti dalam gambar P19 (gambar 28-32). 5 [6] Sepanjang masa berada di dalam bilik tersebut, mangsa dapat

8

beg hitam tersebut di tepi tangga. Beg hitam itu telah kosong, tanpa

wang. SP14 turut merampas satu puntung rokok di tempat yang sama.

[10] Beberapa orang saksi awam turut dipanggil untuk memberi

keterangan bagi pihak pendakwaan. Saksi Jonathan Robert Daley (SP1)

ialah seorang guru yang mengajar di Sekolah Mont Kiara International

School, di mana mangsa sedang menuntut dan tinggal di Kondo Johan

Kiara, lebih kurang 200 meter dari sekolah tersebut. Pada hari kejadian

beliau sedang berjalan kaki bersama anak perempuan beliau di hadapan

kondo tersebut apabila beliau mendengar seorang kanak-kanak menjerit

meminta tolong. SP1 terus berkejar ke tempat kejadian dan beliau telah

melihat seorang budak sekolah telah dipaksa masuk ke dalam sebuah

kereta jenis Proton Gen 2 berwarna hitam dan terus dilarikan.

[11] Saksi Puan Mok Yek Yong (SP10) memberitahu Mahkamah

bahawa beliau ialah tuan punya berdaftar rumah satu tingkat berkembar

di alamat No. 2, Jalan Seri Desa 2, Taman Seri Desa, Tanah Hitam,

Chemor, Perak. Beliau telah menyewakan rumah itu kepada Chong Tat

Siong (OKT 1) mulai 16.4.2012. SP10 mengesahkan bahawa OKT1 mulai

tinggal di rumah itu pada 18 atau 19 April 2012. Rumah itu disahkan

berdasarkan siasatan pihak polis sebagai tempat dimana mangsa telah

Page 9: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA …SH)-241-09-2015.pdfmengecamkan bilik itu seperti dalam gambar P19 (gambar 28-32). 5 [6] Sepanjang masa berada di dalam bilik tersebut, mangsa dapat

9

dikurung mulai 27.4.2012 sehingga awal pagi 3.5.2014. SP10

menyatakan kawan beliau, Moo Tai Wai (SD4) telah menyaksikan OKT1

menandatangani perjanjian sewaan (P96) yang dimasuki antara beliau

dengan OKT1.

[12] Puan Ho Mun Chee (SP20) menyatakan bahawa beliau ialah isteri

kepada OKT1. Saksi mengesahkan bahawa kereta Proton Gen 2 dengan

nombor pendaftaran WPV 3132 adalah milik beliau. SP20 sahkan kereta

itu berwarna hitam. SP20 menyatakan dalam tahun 2011 beliau dan

OKT1 tinggal bersama ibu OKT1 di Taman Kelebang Jaya, Chemor,

Perak dan pada sepanjang masa tersebut sehingga OKT1 ditangkap,

mereka tinggal di rumah yang sama. SP20 memberitahu pada masa itu

OKT1 yang menggunakan kereta Proton Gen 2 milik beliau. Saksi

mengesahkan pada sepanjang masa itu OKT1 bekerja sebagai penjual

telefon bimbit dan saksi sendiri tidak berkerja.

[13] Liew Teck Foo (SP11) menyatakan beliau berniaga membuka

bengkel mengetuk dan mengecat kenderaan. Bengkel beliau berada di

alamat Lot 12591, Jalan Jelapang off Jalan Kuala Kuang, Chemor. Saksi

mengesahkan pada hujung bulan April 2012, OKT1 telah menghantar ke

bengkel beliau sebuah kereta Gen 2 berwarna hitam No. WPV 3132 untuk

Page 10: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA …SH)-241-09-2015.pdfmengecamkan bilik itu seperti dalam gambar P19 (gambar 28-32). 5 [6] Sepanjang masa berada di dalam bilik tersebut, mangsa dapat

10

diketuk dan dicatkan semula. SP11 menyatakan pada 8.5.2012, pihak

polis telah datang ke bengkel beliau dan telah merampas kereta Proton

Gen 2 tersebut. Pada waktu itu kereta tersebut dalam keadaan

sebahagian telah diplaster dengan simen dan kerja-kerja mengetuk dan

mengecat semula kereta itu masih belum selesai. Insp. Zaffrul Asraff bin

Mohd Puzi (SP19) mengesahkan beliau telah mengetuai sepasukan polis

pergi ke bengkel milik SP11 di Chemor pada 8.5.2012 dan telah

merampas kereta Proton Gen 2 tersebut. Selain merampas kereta

tersebut, SP19 turut merampas beberapa barang kes lain yang ditemui di

beberapa bahagian di dalam kereta tersebut. Barang-barang kes

tersebut termasuklah:

(i) Satu botol minuman plastik jenama ‘100 Plus 500 ml’;

(ii) Satu botol minuman plastik jenama ‘Sea Master Drinking

Water’ 1500 ml;

(iii) Satu stoking warna kelabu jenama ‘Puma’;

(iv) Satu botol minuman plastik jenama ‘Spritzer’;

(v) Satu resit tol ‘PLUS ’bertarikh 27.4.2012 jam 9.07 pagi

berjumlah RM24.80;

(vi) Satu buku berwarna merah bertulisan ‘Mont Kiara

International School’ atas nama Nayati Moodilar Field Journal

Page 11: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA …SH)-241-09-2015.pdfmengecamkan bilik itu seperti dalam gambar P19 (gambar 28-32). 5 [6] Sepanjang masa berada di dalam bilik tersebut, mangsa dapat

11

Grade 7 (P 78A) dan terselit satu helai kertas bertulisan “The

Electromagnectic Spectrum’ atas nama Nayati Moodilar.

Barang kes telah dicamkan oleh mangsa;

(vii) Tiga helai rambut (ditanda 8);

(viii) Satu helai seluar jeans warna hitam jenama ‘RIDERS’saiz 34;

(ix) Tiga helai rambut (ditanda 10)

(x) Satu gumpal tisu warna putih yang telah digunakan;

(xi) Satu bilah pisau warna merah/hitam jenama ‘Rigans RG222

Cutter Knife’;

(xii) Sampel cat kereta warna hitam (P93A)

(xiii) Enam (6) kesan cap jari pada kereta;

(xiv) Tiga (3) kesan swabbing air liur pada kereta; dan

(xv) Satu helai rambut pada pisau [ditanda 12(1)].

[14] Kesemua barang kes tersebut termasuk kereta telah dihantar untuk

pemeriksaan dan analisis forensik dan kimia. Nor Ummiza binti

Kamaruzaman (SP 9) , seorang Pegawai Sains Forensik yang bertugas

di Jabatan Kimia Malaysia di Petaling Jaya mengesahkan telah menerima

sebuah kereta Proton Gen 2 bernombor pendaftaran WPV 3132 ( P131),

dan sampel cat berwarna hitam ( P 93A) yang dikutip oleh SP19 daripada

Page 12: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA …SH)-241-09-2015.pdfmengecamkan bilik itu seperti dalam gambar P19 (gambar 28-32). 5 [6] Sepanjang masa berada di dalam bilik tersebut, mangsa dapat

12

kereta P131. Lain-lain barang kes telah diserahkan kepada Ahli Kimia,

Erizasyira binti Basri (SP8) yang kemudiannya telah menyerahkan

kepada Ahli Kimia yang lain bernama Nur Haliza binti Hassan untuk

dianalisis.

[15] ASP Zuraimi bin Zam Zam ( SP15) telah diarahkan untuk membuat

pemeriksaan di rumah No, 2, Jalan Seri Desa 2, Taman Seri Desa, Tanah

Hitam, Chemor, iaitu rumah di mana mangsa telah dikurung. SP15

bersama pasukan serbuan beliau telah sampai di rumah tersebut pada

jam 11.25 pagi 8.5.2012. SP15 menyatakan rumah itu mempunyai 4 bilik

tidur dan 2 bilik air. Pasukan yang diketuai oleh SP15 telah melakukan

ujian penimbulan cap jari, melukis rajah kasar serta mengumpulkan dan

merampas barang-barang kes yang mempunyai kaitan dengan kes

penculikan mangsa. Gambar-gambar tempat kejadian tersebut turut

dirakamkan oleh D/KPL Che Azmi bin Anan (SP7) sejumlah 146 keping

gambar [P 19 (1-146)]. Terdapat sejumlah 29 kesan cap jari telah berjaya

ditimbulkan dalam rumah tersebut dan sejumlah 64 barang kes turut

dirampas dari rumah tersebut.

[16] D/Sjn. Mohammed bin Dahlan Rose (SP18) telah diarahkan untuk

ke tempat kejadian di mana mangsa telah dilarikan. Saksi dan pasukan

beliau telah sampai di tempat kejadian pada jam 11.15 pagi pada hari

Page 13: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA …SH)-241-09-2015.pdfmengecamkan bilik itu seperti dalam gambar P19 (gambar 28-32). 5 [6] Sepanjang masa berada di dalam bilik tersebut, mangsa dapat

13

kejadian penculikan itu. Di tempat kejadian, SP18 telah menjumpai dan

merampas barang-barang kes berikut:

(i) Satu kasut selipar sebelah kiri berwarna hitam jenama ‘Hush

Puppies’ (P98A);

(ii) Satu helai kain berbentuk baju singlet berwarna putih (P99A)

(iii) Empat helai kertas putih bertulisan Bahasa Inggeris (P 100A-

D) yang dicamkan oleh mangsa sebagai milik beliau yang

jatuh ditempat kejadian sewaktu beliau dipaksa masuk ke

dalam kereta;

(iv) Satu puntung rokok tanpa jenama (P 101 A); dan

(v) Dua puntung rokok jenama ‘Malboro’ (P 102 A dan P103A).

[17] Ketiga-tiga OKT telah ditangkap oleh pihak polis dalam tempoh

satu minggu sahaja selepas mangsa SP16 dibebaskan selepas wang

tebusan dibayar. OKT1 telah ditangkap pada 7.5.2012, OKT2 pada

7.5.2012 dan OKT3 pada 10.5.2015.Sementara seorang lagi suspek yang

memandu kereta Proton Gen 2 semasa mangsa dilarikan telah gagal

ditangkap. Suspek ini telah melarikan diri keluar negara dan masih bebas

sehingga perbicaraan kes ini diselesaikan. Walau bagaimanapun serbuan

dilakukan oleh pihak polis diketuai oleh SP21 ke rumah kediaman suspek

Page 14: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA …SH)-241-09-2015.pdfmengecamkan bilik itu seperti dalam gambar P19 (gambar 28-32). 5 [6] Sepanjang masa berada di dalam bilik tersebut, mangsa dapat

14

tersebut pada 14.5.2012, dan pihak polis telah menemui dan merampas

satu beg plastik warna hitam bertulisan ‘Padini Concept Store’(P196)

yang mengandungi wang tunai note RM100 sebanyak 300 keping

berjumlah RM30,000(P197). Sepasang suami isteri turut ditahan dipremis

tersebut untuk tujuan siasatan.

[18] Insp. Hare Krishnan A/L K.Subramaniam ( SP21) dari Bahagian

Siasatan Khas D9 IPK Kuala Lumpur bersama beberapa anggota serbuan

beliau telah berjaya menangkap OKT2 di Jalan Cheras Hartamas 1,

Taman Cheras Hartamas, Cheras Selangor pada waktu tengah malam

7/5/2012. Daripada OKT2, SP21 telah merampas beberapa barang kes

termasuk sebuah telefon bimbit ( P174) berserta kad SIM ( P 174 A), satu

beg silang jenama ‘Seed’ (P175), satu dompet duit jenama ‘Renoma’

(P176) , satu beg kertas (P177) mengandungi wang note RM50 sebanyak

900 helai berjumlah RM45,000(P178), satu beg laptop jenama ‘Acer’

(P179) serta satu laptop jenama ‘Apple Mac Book’ (P 182)

[19] Pada 10.5.2012 jam 1.00 tengah hari, SP21 bersama pasukan

yang sama telah menyerbu rumah No. 20. Lorong Jentayu 2, Taman

Morib, Banting, Selangor dan telah berjaya menangkap OKT3. Daripada

OKT3, SP21 telah merampas satu telefon bimbit Nokia (P189) serta satu

Page 15: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA …SH)-241-09-2015.pdfmengecamkan bilik itu seperti dalam gambar P19 (gambar 28-32). 5 [6] Sepanjang masa berada di dalam bilik tersebut, mangsa dapat

15

SIM kad Digi (P190 A) dan satu dompet duit (P186) mengandungi My Kad

dan wang note RM50 sebanyak 8 keping berjumlah RM400 (P187).

[20] Menurut keterangan Pegawai Penyiasat , ASP Erwansyah bin

Abdul Basir (SP29), OKT2 telah ditangkap oleh DSP Shazeli bin Kahar di

rumah No.21, Laluan Klebang Jaya 2,Taman Klebang Jaya,Chemor,

Perak. Semasa tangkapan, barang-barang kes berikut turut dirampas

daripada OKT2:

(i) Satu telefon bimbit jenama Nokia 100 RH-130 serta satu

SIM kad Hotlink No. 014-2828287;

(ii) Satu dompet duit warna hitam jenama ‘Bally’;

(iii) Wang tunai RM1000 (note RM 100 satu keping dan note

RM50 sebanyak 18 keping);

(iv) Sebuah jam tangan jenama ‘Patek Phillipe Geneve’; dan

(v) Sebuah kereta Perodua Alza No. AHS 8981 berserta anak

kunci.

[21] SP29 turut mengesahkan wang tunai sejumlah RM45, 000 yang

dirampas daripada OKT2 disahkan sebahagian daripada wang tebusan

RM300, 000 yang dibayar oleh bapa mangsa (SP17). SP 29 juga

mengesahkan wang tunai sejumlah RM 30,000 yang dirampas dari bawah

Page 16: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA …SH)-241-09-2015.pdfmengecamkan bilik itu seperti dalam gambar P19 (gambar 28-32). 5 [6] Sepanjang masa berada di dalam bilik tersebut, mangsa dapat

16

katil dalam bilik tidur suspek yang masih bebas bernama Lee Chung Kee

(KPT No.840830-14-5631) adalah juga sebahagian daripada wang

tebusan yang diserahkan oleh SP17, berdasarkan perbandingan nombor

siri kesemua wang kertas yang dirampas dengan nombor siri wang yang

terdapat dalam salinan fotostat [P 173(1-9] keseluruhan wang tebusan

berjumlah RM300, 000 tersebut.

Dapatan dan Keputusan Hakim Mahkamah Tinggi (HMT)

[22] Pertuduhan terhadap ketiga-tiga OKT adalah satu kesalahan di

bawah seksyen 3 Akta Penculikan 1961 dibaca bersama dengan seksyen

34 Kanun Keseksaan. Seksyen 3 memperuntukkan seperti berikut:

“Whoever with intent to hold any person for ransom, abducts or

wrongfully confines or wrongfully restrains such person shall be

guilty of an offence and shall be punished on conviction with death

or imprisonment for life and shall, if he is not sentenced to death,

also be liable to whipping”.

[23] Menurut HMT, pihak pendakwaan dikehendakki membuktikan

intipati-intipati pertuduhan terhadap ketiga-tiga OKT, seperti berikut:

(i) Bahawa seseorang mangsa telah diculik;

Page 17: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA …SH)-241-09-2015.pdfmengecamkan bilik itu seperti dalam gambar P19 (gambar 28-32). 5 [6] Sepanjang masa berada di dalam bilik tersebut, mangsa dapat

17

(ii) Bahawa mangsa telah dihalang secara salah dengan niat

bagi maksud untuk mendapatkan wang tebusan;

(iii) Bahawa terdapat permintaan untuk wang tebusan;

(iv) Bahawa OKT-OKT ialah orang yang telah melakukan

perbuatan-perbuatan tersebut di atas; dan

(v) Bahawa OKT-OKT telah melakukan perbuatan-perbuatan

tersebut diatas; dan

(vi) Bahawa OKT-OKT telah melakukan perbuatan-perbuatan

tersebut bersama-sama dengan seorang lagi yang masih

bebas dalam melaksanakan niat bersama mereka di bawah

seksyen 34 Kanun Keseksaan.

[24] Di akhir kes pendakwaan, HMT telah memutuskan bahawa pihak

pendakwaan telah membuktikan satu kes prima facie terhadap ketiga-

tiga OKT atas pertuduhan yang dihadapkan kepada mereka. Setelah

membuat pertimbangan maksima semua keterangan saksi-saksi pihak

pendakwaan, HMT mendapati bahawa satu kes prima facie telah berjaya

diwujudkan terhadap ketiga-tiga OKT atas pertuduhan yang dihadapkan.

HMT juga berpuas hati bahawa keterangan saksi utama SP16, seorang

kanak-kanak, telah disokong (corroborated) oleh keterangan daripada

Page 18: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA …SH)-241-09-2015.pdfmengecamkan bilik itu seperti dalam gambar P19 (gambar 28-32). 5 [6] Sepanjang masa berada di dalam bilik tersebut, mangsa dapat

18

punca-punca dan saksi-saksi yang bebas.Seterusnya, ketiga-tiga OKT

dipanggil untuk membela diri atas pertuduhan tersebut.

Kes Pembelaan

[25] Ketiga-tiga OKT telah memilih untuk memberikan keterangan

secara bersumpah. Ringkasan pembelaan ketiga-tiga OKT adalah seperti

berikut:

OKT1

[26] OKT 1 ialah rakan sekerja OKT2 dan OKT 3. Majikan OKT 1 ialah

seorang yang bernama Thomas. Pada sebelah pagi 27.04.2012 OKT 1

telah bersarapan pagi dan membeli peralatan sembahyang bersama

seorang kawan di Bercham .OKT1 telah terima panggilan daripada

Thomas yang akan sampai dari Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan

OKT1 di kedai menjual peralatan sembahyang di Bercham. Tidak lama

kemudian OKT1 telah berjumpa dengan Thomas di kedai tersebut.

[27] Thomas telah meminjam kereta Proton Gen 2 milik isteri

OKT1.OKT1 telah melihat seorang kanak-kanak India di dalam kereta

tersebut.OKT1 telah bertanya kepada Thomas tentang budak itu dan

Thomas menjawab bahawa budak itu ditahan kerana bapa budak itu

berhutang sejumlah wang daripada Thomas. Selepas itu OKT 1 dan

Page 19: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA …SH)-241-09-2015.pdfmengecamkan bilik itu seperti dalam gambar P19 (gambar 28-32). 5 [6] Sepanjang masa berada di dalam bilik tersebut, mangsa dapat

19

Thomas serta budak India itu balik ke rumah yang OKT1 sewa di Tanah

Hitam. Setiba di rumah itu, budak India itu dibawa masuk ke dalam satu

bilik di dalam rumah itu. Thomas telah meminta OKT1 dan dua rakannya

supaya menjaga budak India itu tanpa banyak soal.

[28] Setelah beredar dari rumah itu, Thomas telah menalipon OKT1 dan

memberitahu nya bahawa kereta OKT1 mempunyai calar dan telah

dihantar kesebuah bengkel untuk dicat semula. Thomas memberitahu

OKT 1 alamat bengkel tersebut.

[29] Pada satu pagi apabila bangun daripada tidur OKT1 menyedari

budak India itu tiada lagi di rumah sewa tersebut. OKT 1 diberitahu oleh

dua rakannya melalui telefon bahawa budak India itu telah di bawa ke

Kuala Lumpur.

[30] OKT1 menafikan dia berada di tempat budak India itu diculik pada

pagi kejadian. OKT1 juga menafikan dia ialah salah seorang yang

kelihatan dalam rakaman CCTV yang ditayangkan di mahkamah.OKT1

juga menafikan ada menggunakan akaun Facebook budak India itu untuk

meminta wang tebusan daripada bapa budak India tersebut.

Page 20: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA …SH)-241-09-2015.pdfmengecamkan bilik itu seperti dalam gambar P19 (gambar 28-32). 5 [6] Sepanjang masa berada di dalam bilik tersebut, mangsa dapat

20

[31] OKT1 telah memanggil seorang saksi, Liew Thim Looi (SD5). SD5

telah memberikan keterangan bersumpah dan menyatakan seperti

berikut. SD5 mengenali ketiga-tiga OKT kerana tinggal di kawasan yang

sama di Tanah Hitam, Chemor, Perak. Pada pagi 27.04.2012 SD5 telah

bersarapan pagi dengan OKT1 di kedai kopi SD4. Selepas sarapan

OKT1 dan SD5 telah pergi ke Bercham untuk membeli peralatan

sembahyang. Selepas itu SD5 terus pergi kerja. SD5 tidak tahu apa

berlaku seterusnya ke atas OKT1. SD5 juga mengesahkan antara jam 7

pagi hingga 9 pagi pada 27.4.2012 OKT1 berada bersama-samanya.

OKT2

[32] OKT2 bekerja sebagai bookie bola dan nombor ekor selama 2-3

bulan sebelum kejadian 27.4.2012 dan tinggal bersama OKT1 dan OKT3

disebuah rumah di Tanah Hitam yang disewa oleh OKT1. OKT2 bekerja

di bawah OKT1 dan majikan ialah seorang bernama Thomas yang tinggal

di Kuala Lumpur.

[33] Pada pagi 27.4.2012 OKT2 pergi makan sarapan di kedai SD4.

OKT 3 turut bersarapan di kedai yang sama. Lepas sarapan OKT 2 dan

Page 21: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA …SH)-241-09-2015.pdfmengecamkan bilik itu seperti dalam gambar P19 (gambar 28-32). 5 [6] Sepanjang masa berada di dalam bilik tersebut, mangsa dapat

21

OKT3 pulang ke rumah sewa, disertai SD4. Tidak lama kemudian OKT1

datang menaiki kereta bersama Thomas dan seorang budak lelaki India.

Budak itu dibawa masuk ke dalam sebuah bilik dalam rumah mereka.

Thomas telah meminta mereka menjaga budak itu.Selama satu minggu

budak itu berada dalam rumah itu, OKT2 hanya memberikan makanan

sahaja kepada budak itu.

[34] Pada satu pagi OKT2 menerima panggilan telefon daripada

Thomas meminta OKT3 menghantar budak itu ke R & R Rawang.

Thomas meminta OKT2 memberikan satu telefon bimbit dan wang RM50

kepada budak itu setelah sampai di sana. OKT2 dan OKT3 telah pergi

menghantar budak itu ke Rawang pada pagi itu juga.Setelah menghantar

budak itu, OKT2 balik ke rumah di Cheras. Thomas telah memberi OKT2

sejumlah wang dalam sebuah beg melalui OKT3.

[35] OKT2 telah ditangkap semasa dalam perjalanan untuk balik ke

rumahnya di Cheras untuk mengambil kereta Honda City milik OKT1 yang

disimpan di rumah OKT2.Pihak polis telah merampas wang yang

diberikan oleh Thomas dan dua buah komputer riba milik OKT2 selain

beberapa barang peribadi OKT2.

Page 22: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA …SH)-241-09-2015.pdfmengecamkan bilik itu seperti dalam gambar P19 (gambar 28-32). 5 [6] Sepanjang masa berada di dalam bilik tersebut, mangsa dapat

22

[36] OKT2 telah memanggil seorang saksi, Moo Tai Wai (SD4). Dalam

keterangan bersumpah, SD4 telah menyatakan beliau tinggal di Kampung

Baru Tanah Hitam dan menjalankan perniagaan sebuah kedai kopi yang

hanya dibuka pada sebelah pagi. SD4 mengenali OKT1 sebagai kawan

sekampung sejak daripada kecil. SD4 mengenali OKT2 dan OKT3

selama lebih kurang 3 tahun dan ketiga tiga mereka tinggal dalam sebuah

rumah sewa dan bekerja sebagai bookie bola dengan seorang majikan

bernama Thomas. SD4 pernah pergi ke rumah sewa ketiga-tiga OKT

untuk menonton perlawanan bola dan urusan perjudian bola sepak.

[37] Pada pagi 27.4.2012 OKT1, OKT 2 dan OKT3 telah datang ke

kedai kopi SD4 dan antara jam 10 hinnga 11 pagi SD4 telah pergi ke

rumah sewa ketiga-tiga OKT tersebut. SD4 ada melihat Thomas dan

OKT1 datang kerumah sewa itu dengan membawa seorang budak lelaki

India dan dibawa masuk tinggal dalam rumah itu. Thomas memberitahu

SD4 bahawa bapa budak itu ada berhutang dengannya. SD4 turut

ditangkap polis bersabit dengan budak lelaki itu tetapi telah dibebaskan

kemudian.

Page 23: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA …SH)-241-09-2015.pdfmengecamkan bilik itu seperti dalam gambar P19 (gambar 28-32). 5 [6] Sepanjang masa berada di dalam bilik tersebut, mangsa dapat

23

OKT3

[38] Sejak bulan April 2012, OKT3 tinggal bersama sama dengan OKT1

dan OKT 2 di sebuah rumah sewa di Tanah Hitam, Chemor. OKT3 diambil

bekerja oleh OKT1 sebagai bookie bola dan judi ekor. Majikan ialah

seorang bernama Thomas.

[39] Pada pagi 27.4.2012, OKT3 melihat OKT1 keluar mengikut seorang

kawan pergi membeli peralatan sembahyang. OKT3 dan OKT2 kemudian

turut keluar pergi bersarapan pagi di kedai SD4. Selepas sarapan OKT3

dan OKT2 balik ke rumah sewa, diikuti oleh SD4. Tidak berapa lama

kemudian OKT1 balik menaiki kereta yang dipandu oleh Thomas.

Seorang budak India turut berada bersama Thomas dan OKT1.

[40] Menurut OKT3, budak India itu masuk ke dalam rumah sewa

dengan sendiri; mata nya tidak ditutup dan tangannya tidak diikat. Tidak

ada sesiapa memegang budak itu masuk ke dalam rumah. Thomas

membawa budak itu masuk ke dalam sebuah bilik dan memberitahu

OKT3 bahawa bapa budak itu ada berhutang dengannya dan meminta

OKT-OKT menjaga budak India itu. Lepas Thomas pergi, bilik budak itu

tidak dikunci.

Page 24: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA …SH)-241-09-2015.pdfmengecamkan bilik itu seperti dalam gambar P19 (gambar 28-32). 5 [6] Sepanjang masa berada di dalam bilik tersebut, mangsa dapat

24

[41] Selama budak India itu berada di rumah sewa mereka, OKT3

hanya memberikan makanan kepada budak India itu. Budak itu bebas di

dalam rumah itu. Apabila OKT3 keluar bekerja, OKT3 tidak tahu apa

berlaku kepada budak itu.

[42] Pada 2.5.2012 waktu tengah malam Thomas ada menalipon OKT3

minta hantar budak India itu ke R&R Rawang bersama dengan OKT2 dan

minta beri telefon bimbit dan wang RM50 kepada budak India itu. OKT3

telah memandu kereta dengan membawa OKT2 dan budak India itu ke

R& R Rawang. Selepas meninggalkan budak India itu di situ, OKT3 dan

OKT2 telah pergi ke rumah OKT2 di Cheras. OKT3 tinggal di rumah sewa

OKT2 selama 4 hari.

[43] Pada 6.5.2012 OKT3 menerima panggilan dari Thomas yang

meminta untuk berjumpa OKT3 di Taman Segar, Cheras. Thomas

beritahu dia akan keluar negara dan memberi OKT3 satu beg berisi

sejumlah wang untuk diberikan kepada OKT1. Thomas mengatakan

bahawa wang itu adalah wang perjudian untuk dibayar kepada pemenang

judi. Pada 7.5.2012 OKT3 telah menyerahkan wang itu kepada OKT2.

Page 25: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA …SH)-241-09-2015.pdfmengecamkan bilik itu seperti dalam gambar P19 (gambar 28-32). 5 [6] Sepanjang masa berada di dalam bilik tersebut, mangsa dapat

25

[44] Pada 10.5.2012 waktu pagi, OKT3 telah ditangkap oleh pihak polis

ketika OKT3 berada di rumah teman wanitanya di Banting. Polis ada

merampas sedikit wang daripada OKT3 namun wang itu bukan wang

tebusan tetapi milik teman wanita OKT3.

[45] OKT3 tidak memanggil sebarang saksi untuk menyokong

keterangan nya.

Dapatan dan Keputusan Di akhir Kes Pembelaan

[46] Di akhir kes pembelaan, HMT, mendapati pembelaan OKT-OKT

gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes

pihak pendakwaan. Ringkasan alasan penghakiman HMT di perenggan

83 Rekod Rayuan Jilid 2 adalah seperti berikut:

“Saya telah menimbangkan keterangan membela diri kesemua OKT

dalam kes ini dan mendapati bahawa pembelaan mereka berbentuk

penafian semata-mata. Semua OKT telah meletakkan segala-galanya

atas seorang yang mereka kenali sebagai Thomas, yang masih bebas

dalam kes ini. Menurut OKT 3, Thomas telah pergi keluar Negara setelah

menyerahkan wang RM45, 000 kepadanya untuk diserahkan kepada

OKT1. Sedangkan ketiga-tiga OKT telah dicamkan oleh mangsa dalam

Page 26: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA …SH)-241-09-2015.pdfmengecamkan bilik itu seperti dalam gambar P19 (gambar 28-32). 5 [6] Sepanjang masa berada di dalam bilik tersebut, mangsa dapat

26

kawad cam yang telah diadakan dan turut dicamkan dalam kandang

tertuduh. Semua OKT telah dituduhkan bersama atas niat bersama

dengan suspek yang masih bebas tersebut. Mangsa turut memberitahu

peranan setiap OKT dalam kes ini.”

[47] Atas alasan-alasan tersebut, HMT telah mendapati ketiga-tiga OKT

bersalah dan disabitkan atas pertuduhan yang dihadapkan kepada

mereka. Selepas menimbangkan faktor-faktor kes, HMT telah

menggunakan budi bicaranya menurut Seksyen 3 Akta Culik 1961 dibaca

bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan untuk menjatuhkan hukuman

penjara seumur hidup berkuatkuasa dari tarikh tangkap OKT-OKT dan 6

sebatan rotan ke atas setiap OKT.

Rayuan OKT-OKT

[48] Rayuan ketiga-ketiga OKT adalah terhadap sabitan dan hukuman

yang dijatuhkan oleh HMT.

[49] Meskipun petisyen rayuan mengandungi beberapa alasan rayuan,

semasa bicara di hadapan mahkamah ini, peguam perayu telah berhujah

di atas hanya dua isu sahaja iaitu:-

(i) Kebolehpercayaan (credibility) keterangan mangsa;

Page 27: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA …SH)-241-09-2015.pdfmengecamkan bilik itu seperti dalam gambar P19 (gambar 28-32). 5 [6] Sepanjang masa berada di dalam bilik tersebut, mangsa dapat

27

(ii) Niat bersama.

Isu Pertama: Credibility mangsa

[50] Mangsa hanya berumur 12 tahun pada tarikh kejadian. Sebagai

seorang kanak-kanak keterangan mangsa hendaklah disokong

(corroborated) oleh keterangan bebas yang lain untuk menerima

kesahihannya. Dalam kes ini, tiada keterangan sokongan untuk

menyokong keterangan mangsa.

Isu Kedua: Niat Bersama

[51] HMT telah terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila

memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan

elemen niat bersama di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

[52] HMT telah membuat beberapa inferens mengenai isu niat

bersama, yang diringkaskan seperti berikut:

(i) Bahawa terdapat satu perancangan awal atau satu

pemuafakatan fikiran di kalangan semua perlaku jenayah

(termasuk OKT-OKT) untuk menculik mangsa.

Page 28: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA …SH)-241-09-2015.pdfmengecamkan bilik itu seperti dalam gambar P19 (gambar 28-32). 5 [6] Sepanjang masa berada di dalam bilik tersebut, mangsa dapat

28

(ii) OKT1 telah membenarkan kereta Proton Gen 2 berwarna

hitam milik isterinya untuk digunakan bagi mencapai niat

bersama mereka untuk menculik mangsa.

(iii) Mangsa telah disimpan di sebuah rumah yang telah disewa

khas atas nama OKT1.

(iv) Perayu-perayu telah merancang tempat di mana wang

tebusan akan diserahkan.

(v) Mangsa menyatakan sepanjang masa apabila dibawa

keluar dari bilik di mana mangsa dikurung terutama ke

tandas, mangsa akan dikawal oleh salah seorang OKT. Ini

menunjukkan kesepakatan niat bersama semua OKT

(termasuk yang masih bebas) untuk mengurung dan

menahan mangsa untuk mendapatkan wang tebusan.

Dapatan Mahkamah

[53] Berkenaan isu keterangan sokongan (corroboration) untuk

menyokong keterangan mangsa yang masih kanak-kanak semasa

kejadian, kami berpuas hati bahawa HMT telah mengambil semua

langkah yang perlu berkenaan dengan keterangan mangsa.

Page 29: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA …SH)-241-09-2015.pdfmengecamkan bilik itu seperti dalam gambar P19 (gambar 28-32). 5 [6] Sepanjang masa berada di dalam bilik tersebut, mangsa dapat

29

[54] Sebagai langkah permulaan, HMT telah melakukan proses inkuiri

terhadap tahap kepandaian SP16 dan mendapati SP16 mempunyai tahap

kepandaian dan kecerdikan yang tinggi, dan dapat membezakan antara

fantasi dan realiti. HMT juga mendapati bahawa SP16 faham akan

maksud sumpah dan HMT telah membenarkan SP16 memberikan

keterangan secara bersumpah dengan mematuhi seksyen 133A Akta

Keterangan 1950 dan berpandukan prinsip-prinsip dalam kes Loo Chuan

Huat v PP [1971] 2 MLJ 167 dan Chao Chong & Ors v PP [1960] 26 MLJ

23.

[55] Seterusnya, HMT telah mendapati ada keterangan sokongan yang

mencukupi untuk menyokong keterangan SP16 (perenggan 66-70 Alasan

Penghakiman) seperti berikut:

“Selain keterangan lisan SP1 yang melihat SP16 telah dilarikan oleh

dua orang menggunakan kereta Proton Gen 2 berwarna hitam No.

WPV 3132, juga terdapat keterangan saintifik yang mengaitkan

semua OKT dengan jenayah yang dipertuduhkan. Terdapat bukti

DNA dari rambut dan segumpal kertas tisu yang dijumpai dalam

kereta yang telah digunakan oleh OKT1 dan seorang lagi yang

masih bebas untuk melarikan SP16. Barangan milik pribadi SP16

berupa Gel Rambut (P 161 A) dan Hair Spray (P161B) turut dijumpai

Page 30: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA …SH)-241-09-2015.pdfmengecamkan bilik itu seperti dalam gambar P19 (gambar 28-32). 5 [6] Sepanjang masa berada di dalam bilik tersebut, mangsa dapat

30

dalam kereta yang sama. Kereta WPV 3132 didaftarkan atas nama

saksi SP20, adalah isteri kepada OKT1. Keterangan SP20

menyatakan OKT1 sering menggunakan kereta tersebut

termasuklah pada hari kejadian dimana SP16 mengesahkan OKT1

berada bersama seorang lagi semasa melarikan SP16 ke Chemor,

Perak menggunakan kereta itu.

Keterangan SP16 bahawa OKT2 dan OKT3 selain dari OKT1 dan

seorang lagi berperanan mengurung beliau dirumah di Chemor

disokong dengan bukti forensic. Terdapat DNA dan kesan cap jari

semua OKT dan seorang lagi yang masih bebas berada dibeberapa

tempat dalam rumah tersebut. Saksi SP19 mengesahkan telah

mengutip kesan cap jari setiap OKT yang terdapat dalam rumah

tersebut.Saksi SP10, tuanpunya rumah mengesahkan telah

menyewakan rumah tersebut kepada OKT1 sejak pertengahan

bulan April 2012.

Mengenai permintaan wang tebusan bagi membebaskan SP16,

terdapat keterangan kukuh dan mencukupi diberikan oleh SP17,

bapa mangsa dalam kes ini. SP16 menyatakan bahawa suspek

yang masih bebas telah meminta maklumat peribadi dan kata laluan

akaun Facebook milikbeliau. Maklumat penting tersebut telah

diberikan oleh SP16. SP17 pula mengesahkan beliau telah

Page 31: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA …SH)-241-09-2015.pdfmengecamkan bilik itu seperti dalam gambar P19 (gambar 28-32). 5 [6] Sepanjang masa berada di dalam bilik tersebut, mangsa dapat

31

menerima permintaan untuk wang tebusan dan telah berhubungan

dengan para penculik melalui akaun Facebook anaknya. Setelah

wang tebusan dibayar, mangsa telah dibebaskan. OKT2 dan OKT3

telah membawa SP16 ke R & R Rawang untuk dibebaskan setelah

wang tebusan dibayar. Sebelum membebaskan SP16, OKT2 telah

memberikan satu telefon Nokia dan wang RM50 kepada SP16.

Barang-barang kes tersebut telah kemudiannya ditemui semula

daripada SP16.

Selain itu terdapat saksi bisu yang menyokong keterangan SP16

terhadap fakta SP16 diculik dan dilarikan. Keterangan bisu itu

adalah berbentuk rakaman CCTV yang telah diterima oleh

Mahkamah ini dan telah ditayangkan semasa perbicaraan.SP16

dapat mengecamkan OKT1 dan pemandu kereta hitam yang masih

bebas semasa SP16 ditolak masuk dan dilarikan menggunakan

kereta WPV 3132 tersebut.

Melalui keterangan ASP Zuraini (SP15), beberapa barangan

peribadi SP16 telah ditemui dari dalam rumah tempat SP16

dikurung. Barangan tersebut termasuklah sepasang pakaian

sekolah yang berwarna oren (P42A dan P43A) milik SP16. Ini

konsisten dengan keterangan SP16 bahawa OKT telah menukar

pakaian SP16 setelah sampai dirumah tersebut.”

Page 32: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA …SH)-241-09-2015.pdfmengecamkan bilik itu seperti dalam gambar P19 (gambar 28-32). 5 [6] Sepanjang masa berada di dalam bilik tersebut, mangsa dapat

32

[56] Setelah menilai dapatan HMT, kami berpuas hati bahawa

adanya keterangan bebas yang menyokong keterangan SP16.

[57] Mengenai isu niat bersama tersebut, kami berpuas hati

bahawa adanya keterangan yang kukuh untuk HMT membuat

dapatan niat bersama ketiga-tiga OKT berhubung dengan

pertuduhan terhadap mereka. HMT telah membuat inferens yang

munasabah daripada fakta dan keadaan kes bahawa terdapat satu

perancangan awal atau satu pemuafakatan fikiran di kalangan

ketiga-tiga OKT. HMT dalam alasan penghakimanya menyatakan:

(di perenggan 44-46).

“Fakta bahawa semua perlaku kesalahan tinggal di Chemor,

Perak sedangkan mangsa tinggal di sebuah kediaman mewah

di Mont Kiara, Kuala Lumpur. Tentu satu perancangan awal

dan teliti telah diatur sejak membuat pemilihan target atau

mangsa yang akan diculik. Termasuklah cara mana dan dari

mana mangsa akan dilarikan dan dikurung sehingga wang

tebusan dibayar kepada mereka sebelum mangsa

dibebaskan. OKT1 telah membenarkan kereta Proton Gen 2

berwarna hitam milik isteri beliau untuk digunakan bagi

mencapai niat bersama mereka untuk menculik mangsa.

Page 33: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA …SH)-241-09-2015.pdfmengecamkan bilik itu seperti dalam gambar P19 (gambar 28-32). 5 [6] Sepanjang masa berada di dalam bilik tersebut, mangsa dapat

33

Kereta itu telah dipandu oleh Lee Chung Kee (Thomas) yang

masih bebas. Setelah dilarikan, mangsa telah disimpan

disebuah rumah yang telah disewa khas atas nama OKT1.

Rumah itu baru disewakan daripada saksi SP10 pada

pertengahan bulan April 2012 dan mula diduduki oleh OKT1,

OKT2 dan OKT3 pada penghujung bulan tersebut. Malahan

Lee Chung Kee turut disyaki tinggal dirumah yang sama

memandangkan keterangan SP29 yang menyatakan terdapat

kesan cap jari beliau dirumah itu. Cap jari ketiga-tiga OKT

turut ditemui dibeberapa tempat dalam rumah sewa tersebut.”

[58] Daripada keterangan, HMT juga telah mendapati kewujudan

pemuafakatan di antara ketiga-tiga OKT. Antaranya, menyembunyikan

kereta yang digunakan untuk menculik mangsa dengan menghantar

kereta itu untuk dicat semula; menggunakan sebuah kereta Honda

berwarna coklat untuk menghantar mangsa ke R & R Rawang,

merancang tempat wang tebusan akan diserahkan oleh bapa mangsa.

[59] Satu pemuafakatan untuk mencapai niat bersama antara ketiga-

tiga OKT boleh didapati daripada peranan yang dimainkan oleh setiap

OKT, termasuk Thomas. Menurut HMT:

Page 34: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA …SH)-241-09-2015.pdfmengecamkan bilik itu seperti dalam gambar P19 (gambar 28-32). 5 [6] Sepanjang masa berada di dalam bilik tersebut, mangsa dapat

34

“…Ini termasuklah tugas OKT1, OKT2 dan OKT 3 untuk menjaga

dan melayan dengan baik mangsa sepanjang dikurung dirumah itu.

Apa yang lebih penting peranan mereka untuk memastikan mangsa

tidak akan dibiarkan lari dari rumah itu. Mereka telah didengar oleh

mangsa bercakap-cakap sesama sendiri dalam Bahasa atau loghat

Cina yang langsung tidak difahami oleh mangsa. Mangsa juga

menyatakan sepanjang masa apabila dibawa keluar dari bilik kecil

dimana mangsa dikurung terutama ketandas akan dikawal atau

diescort oleh salah satu OKT. Ini menunjukkan kesepakatan dan

niat bersama semua OKT termasuk yang masih bebas untuk

mengurung dan menahan mangsa untuk mendapatkan wang

tebusan. Sebaik wang tebusan diperolehi, mangsa terus sahaja

dibebaskan di R & R Rawang”.

[60] HMT juga tidak membuat kesilapan dalam mengambil pendirian

bahawa kehadiran setiap OKT dalam mana-mana bahagian menculik,

melarikan, mengurung dan meminta wang tebusan adalah tidak

diperlukan untuk mencapai niat bersama menurut seksyen 34 Kanun

Keseksaan. Rujukan dibuat pada kes Sabarudin bin Non & 3 Ors v PP

(No. 1) [ 2005]1 AMR 4 dan Krishna Rao a/l Guru murthi v PP [2009] 2

CLJ 603

Page 35: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA …SH)-241-09-2015.pdfmengecamkan bilik itu seperti dalam gambar P19 (gambar 28-32). 5 [6] Sepanjang masa berada di dalam bilik tersebut, mangsa dapat

35

[61] Setelah menilai keterangan serta alasan penghakiman HMT, kami

sebulat suara berpendapat bahawa sabitan ketiga-tiga OKT terhadap

pertuduhan adalah selamat. Oleh itu, kami kekalkan sabitan yang

dijatuhkan oleh HMT dan menolak rayuan ketiga-tiga OKT.

Rayuan Pendakwa Raya terhadap Hukuman

[62] Pendakwa Raya telah merayu terhadap hukuman penjara seumur

hidup terhadap OKT 2 dan OKT3 yang dijatuhkan oleh HMT. Menurut

Pendakwa Raya, hukuman yang lebih berat ia itu, hukuman gantung

adalah lebih bersesuaian memandangkan mangsa hanya kanak-kanak

yang berumur 12 tahun dan telah dikurung selama 7 hari sebelum

dibebaskan.HMT telah mengambil kira bahawa mangsa telah dilayan

dengan baik dan ketiga–tiga OKT tiada sabitan lampau dan akan berada

di dalam penjara sekurang-kurangnya 20 tahun. Berdasarkan faktor-

faktor yang relevan [perenggan 89- 91 alasan penghakiman] HMT telah

menggunakan budibicaranya untuk menjatuhi hukuman penjara seumur

hidup dan 6 sebatan rotan ke atas setiap OKT. Kami berpendapat tiada

sebab untuk mengusik keputusan HMT berkenaan hukuman. Dengan

itu, rayuan Pendakwa Raya terhadap hukuman juga ditolak.

Page 36: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA …SH)-241-09-2015.pdfmengecamkan bilik itu seperti dalam gambar P19 (gambar 28-32). 5 [6] Sepanjang masa berada di dalam bilik tersebut, mangsa dapat

36

[63] Akhir kata, kami kekalkan sabitan dan hukuman terhadap ketiga-

tiga OKT. Sabitan di bawah seksyen 3 Akta Penculikan 1961 dibaca

bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan dan hukuman penjara seumur

hidup bermula dari tarikh tangkap dan 6 kali sebatan rotan oleh HMT

terhadap Perayu-Perayu disahkan dan dikekalkan.

11 OKTOBER 2017

TT

DR. BADARIAH BINTI SAHAMID HAKIM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA

Page 37: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA …SH)-241-09-2015.pdfmengecamkan bilik itu seperti dalam gambar P19 (gambar 28-32). 5 [6] Sepanjang masa berada di dalam bilik tersebut, mangsa dapat

37

COUNSEL:

W-05(SH)-241-09/2015

ON BEHALF OF APPELLANT:

En Rejinder Singh Rejinder Singh & Associates ON BEHALF OF RESPONDENT: Puan Nurshafini binti Mustafha Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara PUTRAJAYA

W-05(SH)-243-09/2015

ON BEHALF OF APPELLANT:

En Amirul Ridzuan bin Hanif [Dato’ Hanif bin Hashim En Safuan Haslan bersama] Hanif & Co ON BEHALF OF RESPONDENT: Puan Nurshafini binti Mustafha Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara PUTRAJAYA

Page 38: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA …SH)-241-09-2015.pdfmengecamkan bilik itu seperti dalam gambar P19 (gambar 28-32). 5 [6] Sepanjang masa berada di dalam bilik tersebut, mangsa dapat

38

W-05(SH)-244-09/2015

ON BEHALF OF APPELLANT:

En Amirul Ridzuan bin Hanif [Dato’ Hanif bin Hashim En Safuan Haslan bersama] Hanif & Co ON BEHALF OF RESPONDENT: Puan Nurshafini binti Mustafha Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara PUTRAJAYA

W-05(H)-247-09/2015

ON BEHALF OF APPELLANT:

Puan Nurshafini binti Mustafha Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara PUTRAJAYA ON BEHALF OF RESPONDENT: En Rejinder Singh Rejinder Singh & Associates