150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah

33
MODUL PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH MZU3107 MUZIK DI DALAM BILIK DARJAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa pada Jun 2011 IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

Upload: pejal-ragbi-terengganu

Post on 12-Apr-2017

82 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: 150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah

MODUL PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH

MZU3107

MUZIK DI DALAM BILIK DARJAH

INSTITUT PENDIDIKAN GURUKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa pada Jun 2011

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

Page 2: 150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah

i

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Cetakan Jun 2011 Kementerian Pelajaran Malaysia

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Page 3: 150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah

ii

Cetakan Jun 2011 Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia

MODUL PEMBELAJARAN INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. MODUL PEMBELAJARAN INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Page 4: 150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Falsafah Pendidikan Guru

Panduan Pelajar

Pengenalan

Tajuk Pembelajaran

Tajuk 1 xxxxxxxxxx

1.0 Sipnosis

1.1 Hasil Pembelajaran

1.2 Kerangka Tajuk

……………………………….

……………………………….

Tajuk 1 xxxxxxxxxx

2.0 Sipnosis

2.1 Hasil Pembelajaran

2.2 Kerangka Tajuk

……………………………….

……………………………….

Bibliografi

Panel Penulis Modul

Ikon Modul

KANDUNGAN MUKA SURAT

Page 5: 150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah

vi

PENGENALAN Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda. PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri. SASARAN KURSUS Pelajar Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian yang mendaftar dengan Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG KPM) di bawah Program Pensiswazahan Guru (PPG). JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP) Berdasarkan standard IPG KPM yang memerlukan pelajar mengumpulkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Anggaran peruntukan jam pembelajaran adalah seperti dalam Jadual 1:

PANDUAN PELAJAR

Page 6: 150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah

vii

* Latihan amali akan dijalankan pada hari Ahad atau melalui kursus intensif. SUSUNAN TAJUK MODUL Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. IKON Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat.

Aktiviti-aktiviti Pembelajaran

Agihan Jam pembelajaran

Mengikut Kredit Kursus

3 Kredit 2 Kredit 1 Kredit

Tanpa

Amali

(3+0)

Ada

Amali

(2+1)

(1+2)

(0+3)

Tanpa

Amali

(2+0)

Ada

Amali

(1+1)

(0+2)

Tanpa

Amali

(1+0)

Ada

Amali

(0+1)

Membaca modul

pembelajaran dan

menyiapkan latihan /

tugasan terarah / amali

70

60

70

62

70

65

Menghadiri kelas interaksi

bersemuka (5 kali) 10 10 5 5 5 5

Latihan Amali* - 10 - 8 - 5

Perbincangan Atas Talian 7½ 7½ 5½ 5½ 5½ 5½

Kerja Kursus 20 20 20 20 15 15

Ulangkaji 10 10 10 10 5 5

Amali/Peperiksaan 2½ 2½ 2½ 2½ 2½ 2½

Jumlah Jam Pembelajaran 120 80 40

Page 7: 150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah

viii

PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti. Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam modul pembelajaran dan juga perbincangan Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.

1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan.

2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri

pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan.

3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira

sasaran pembelajaran anda.

4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda.

5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda.

Teliti maklumat yang diterima.

6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-bahan yang bermakna.

7. Cari kawan yang boleh membantu pembelanjaran anda.

Page 8: 150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah

Pengenalan Memberikan penerangan ringkas dan padat mengenai kursus ini serta tajuk-tajuk dipilih untuk dimodulkan. Perkara-perkara yang perlu ditulis merangkumi aspek yang berikut:

1. Penerangan ringkas kursus berkenaan; 2. Tajuk-tajuk dalam modul; 3. Keperluan kursus ( Nature of Subject) berkenaan; 4. Bahan sokongan atau kemudahan yang dapat membantu pembelajaran

kendiri modul itu; 5. Maklumat tentang aktivit atau latihan dalam modul ini.

Page 9: 150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah

Kod & Nama Kursus: MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah Kandungan modul ini dibahagi kepada 5 tajuk/topik. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul.

AGIHAN TAJUK

Page 10: 150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah

INTERAKSI TAJUK/TOPIK

JUMLAH JAMMENGIKUT

PRO FORMA KURSUS

1

Suara kanak-kanak dan remaja Pengembangan repertoire untuk meningkatkan penghargaan estetik

5

4

2

Peneguhan konsep Muzik melalui aktiviti kreatif penciptaan/ penerokaan/ improvisasi/ amali Pengembangan dan pengumpulan bahan pengajaran dan pembelajaran Amali Kemahiran teknik rekorder soprano dan alto

3

3

3

3

Amali Kemahiran teknik rekorder soprano dan alto

9

4

Amali Kemahiran teknik rekorder soprano dan alto Amali Kemahiran Teknik Iringan Menggunakan Gitar/Kibod/Piano

3

6

5

Amali Kemahiran Teknik Iringan Menggunakan Gitar/Kibod/Piano

9

JUMLAH 45

Page 11: 150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

1

TAJUK 1 Suara Kanak-Kanak Dan Remaja Pengembangan Repertoire Untuk Meningkatkan Penghargaan Estetik

SINOPSIS

Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang jenis dan ciri-ciri suara kanak-kanak dan remaja, langkah-langkah dalam pengajaran nyanyian, masalah dalam nyanyian kanak-kanak dan cara-cara mengatasinya, pemilihan pelbagai repertoire yang merangkumi lagu sesuara, lagu lapisan, teknik pengendalian alat iringan, teknik bermain rekoder soprano, alto digabungkan dengan iringan alat perkusi, penyediaan dan penghasilan skor perkusi.

HASIL PEMBELAJARAN 1. Mengenalpasti jenis suara kanak-kanak dan remaja.

2. Mengaplikasikan teknik pengajaran dan pembelajaran nyanyian dalam bilik darjah.

3. Mengenalpasti masalah nyanyian di kalangan kanak-kanak dalam bilik darjah.

4. Mengendalikan nyanyian satu suara dan lapisan suara dalam nyanyian solo dan berkumpulan.

5. Meneroka aktiviti kreatif muzikal yang sesuai untuk memperkukuhkan kefahaman konsep muzik.

Page 12: 150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

2

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Pengembangan repertoire untuk meningkatkan penghargaan estetik

Perkembangan pendengaran perseptif

Mengintegrasi aktiviti pendengaran secara aktif dalam pengenalpastian konsep muzik

Membuat koleksi repertoire untuk meningkatkan persepsi estetik

Membina repertoire Muzik Malaysia yang sesuai untuk pelaksanaan aspek

Suara Kanak-kanak

Perkembangan vokal kanak-kanak dan remaja

Melatih teknik vokal untuk kanak-kanak dan remaja

Menyanyi mengikut pic yang tepat

Mengenalpasti dan menangani masalah nyanyian dalam kelas

Membuat koleksi repertorie nyanyian sesuara dan berlapisan suara untuk sekolah rendah

Page 13: 150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

3

KANDUNGAN ISI Perkembangan Vokal Kanak-Kanak Dan Remaja Suara adalah satu anugerah tuhan kepada setiap manusia. Setiap manusia

mempunyai suara yang unik dan tersendiri dan tidak sama antara satu degan

yang lain. Suara juga berbeza diantara lelaki dan perempuan. Disamping itu

juga ia juga berbeza diantara lelaki dewasa, lelaki remaja dan lelaki kanak-

kanak serta diantara wanita, remaja perempuan dan kanak-kanak perempuan.

Suara akan berubah menjadi lebih garau bagi kanak-kanak lelaki apabila

meningkat dewasa.

Renj suara berbeza mengikut individu yang berbeza. Suara lelaki adalah lebih

rendah picnya dari suara wanita. Suara kanak-kanak lelaki pula lebih tinggi dari

suara lelaki dewasa.

Adalah sukar untuk mendapatkan suara bes dalam pasukan koir di kalangan

pelajar lelaki di sekolah rendah dan di kalangan wanita. Adalah sukar juga

untuk mendapatkan suara soprano di kalalangan lelaki dewasa.

Renj dan Tesitura suara Kanak-kanak 6 hingga 9 tahun Sumber: Campbell & Kassner, 1995: 130

Page 14: 150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

4

Melatih Teknik Vokal Untuk Kanak-Kanak Dan Remaja Untuk menghasilkan vokal yang baik, latihan yang betul adalah amat diperlukan.

Mutu vokal dan renj akan dapat diperbaiki dan dipertingkatkan melalui latihan

menggunakan teknik yang betul.

Semasa menyanyi, postur adalah amat penting. Ia mempengaruhi cara

pernafasan, pengeluaran suara dan keseluruhan nyanyian seseorang penyanyi.

Kedudukan postur yang batul akan memudahkan penyanyi dan menjadikannya

lebih selesa. Pemanpilan di pandangan mata penonton juga menjadi lebih baik.

Ini adalah kerana tubuh badan adalah berfungsi ibarat alat muzik semasa

nyanyian.

Dalam keadaan yang normal, sesebuah persembahan nyanyian adalah dalam

bentuk postur duduk dan postur berdiri sahaja. Terdapat beberapa teknik yang

boleh dipraktikkan untuk mendapatkan postur yang betul dan seterusnya

menghasilkan mutu vokal yang lebih baik.

Bagi postur nyanyian semasa duduk, beberapa langkah perlu dipraktikkan.

Penyanyi perlu duduk tegak dengan kaki diregangkan sedikit. Jangan bersandar

dan duduklah di separuh bahagian kerusi sahaja dengan berat badan

kehadapan. Kedua-dua kaki hendaklah diletakkan dengan selesa di atas lantai

dengan sebelah kaki dikehadapankan. Elakkan dari mengangkat bahu

sementara tangan diletakkan di atas paha. Elakkan dari mendongak kepala

semasa menghasilkan not yang tinggi atau menunduk semasa menghasilkan not

yang rendah. Kebabasan kepala adalah penting dan ia perlu rileks. Pandang

kehadapan ke arah penonton. Penyani juga perlu mengelakkan dari mengangkat

bahu. Ini adalah kerana ia akan mengganggu perjalanan udara dan menghalang

penghasilan ton. Semasa menarik nafas, elakkan dada yang tidak selesa kerana

ia akan nyanyian frasa lagu dengan baik.

Page 15: 150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

5

Seperti juga postur nyanyian semasa duduk, postur nyanyian semasa berdiri

juga mempunyai teknik yang tersendiri. Namun begitu terdapat persamaan

postur secara berdiri dan secara duduk pada bahagian atas badan. Yang

membezakannya hanyalah bahagian kaki sahajadan tangan sahaja. Tangan

perlu diletakkan di belakang badan atau di sisi badan dalam keadaan selesa.

Kaki juga dalam keadaan selesa dengan imbangan berat badan diletakkan di

kedua-dua kaki. Ia juga perlu diregangkan sedikit dengan sebelah kaki di ke

hadapankan sedikit. Perletakan kaki adalah dalam bentuk ‘V’.

Pernafasan yang lancar akan menjamin udara yang cukup untuk membatu

menghasilkan mutu suara yang berkualiti.terdapat empat fasa dalam menarik

nafas iaitu tarik nafas, tahan mengeluarkan nafas dan pemulihan. Fasa ini akan

terus berulang dan berluang lagi. Suara akan dikeluarkan semasa fasa

menghembus nafas. Suara akan keluar bersama-sama udara yang terhembus.

Frasa lagu yang panjang memerlukan nafas yang panjang.

Terdapat beberapa teknik yang perlu dipraktikkan untuk menjadikan mutu suara

lebih baik. Penyanyi perlu bernafas melalui mulut dan bukannya melalui hidung.

Semasa bernafas, penyanyi akan dapat merasakan bahagian dadanya akan

membesar. Pernafasan yang baik ada berhubungkait dengan postur badan yang

betul samada secara berdiri atau secara duduk. Mulut perlu dikukan dengan

besar supaya suara yang dikeluarkan adalah lebih jelas.

Bebepapa perkara perlu dielakkan iaitu jangan naikkan dan menarik ke belakang

bahagian bahu serta jangan naikkan bahagian dagu. Jangan juga

mendongakkan kepala terutamanya semasa menyanyikan lagu yang mempunyai

pic yang tinggi.selalu gunakan udara dari perut semasa menyanyi.

Terdapat beberapa latihan ringkas untuk latihan pernafasan yang boleh

dipraktikkan di dalam bilik darjah atau oleh seseorang penyanyi. Antara latihan

yang boleh dijalankan ialah menghembus dan menarik nafas, bernafas secara

Page 16: 150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

6

mengejut, bernafas secara stacato, bernafas secara legato dan bernafas secara

forte.

Antara aktiviti lain yang boleh untuk memperbaiki pernafasan ialah aktiviti

berlari, bersenam, menyelam, menghembus air di dalam baldi, meniup belon,

mencium bunga dan lain-lain lagi.

Menyanyi Mengikut Pic Yang Tepat Pic ialah unsur muzik yang menggambarkan tinggi atau rendah sesuatu bunyi.

Ia melibatkan bunyi dari alat muzik dan juga vokal serta lain-lain bunyi dan

diukur dengan hertz berasaskan kepada bilangan getaran per saat.

Pic yang tepat memerlukan latihan yang khursus. Latihan yang terbaik ialah

latihan pic latihan lagu solfa, latihan lagu fonasi dan latihan nyanyian lagu

Sila buat latihan pada lagu-lagu berikut dan repertorie lagu-lagu yang lain.

Page 17: 150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

7

Page 18: 150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

8

Latihan Skill

Page 19: 150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

9

Page 20: 150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

10

Latihan nyanyian

Page 21: 150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

11

Mengenalpasti Dan Menangani Masalah Nyanyian Dalam Kelas Antara masalah-masalah yang sering dihadapi oleh guru sewaktu persembahan

nyanyian sama ada kumpulan atau pun individu adalah pic yang tidak tepat

dimana masalah pic yang tidak tepat biasanya berkait rapat dengan

pendengaran pelajar. Pelajar didapati tidak memberi tumpuan sepenuhnya

kepada ketepatan bunyi yang dihasilkan dari nyanyian mereka. Ia berlaku

apabila pelajar menghadapi masalah seperti kebolehan menyanyi yang baik,

kelemahan membaca notasi muzik serta faktor persekitaran yang sering

menganggu para pelajar.

Hearing is an involuntary physical act that happens through our primary sense organ when sound waves impinge upon the ear. Everyone with healthy ears can

hear. Listening takes cultivation and evolves through one's lifetime. (Pauline Oliveros, 2001).

Berdasarkan penyataan diatas dapat kita lihat bahawa latihan

pendengaran merupakan latihan yang paling penting apabila mempelajari muzik

kerana ia dapat menerangkan dengan jelas terhadap konsep untuk

mendapatkan pic yang tepat. Konsep ini perlu difahami oleh semua murid.

Kematangan pendengaran perlu dipertingkatkan dan diperkembangkan dari

masa ke masa dan ia hanya dapat dicapai melalui latihan yang berterusan serta

komitmen yang tinggi. Kemahiran pendengaran yang kurang baik sudah pasti

akan membebankan pelajar untuk memahami dan menguasai kemahiran

nyanyian. Pelajar tidak akan dapat mengetahui sama ada mereka telah

menyanyi dengan betul atau salah. Jika ini berlaku, sudah pasti mereka tidak

dapat menikmati apatah lagi menghayati lagu yang dinyanyikan. Kesilapan

membuat anggaran kelajuan, tekanan dan jumlah udara inilah merupakan antara

punca yang menyebabkan pic berubah dan akan memberi kesan yang ketara

pada pic, harmoni, dan sebagainya. Kesimpulannya, kesemua faktor ini

diakibatkan oleh kelemahan pendengaran yang membawa kepada kelemahan

untuk melakukan perkiraan yang tepat untuk menghasilkan pic yang tepat.

Page 22: 150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

12

Masalah seterusnya adalah intonasi dan kualiti ton yang kurang baik. Ini

menyebabkan bunyi yang dihasilkan tidak tepat. Pic yang dihasilkan mungkin

berbunyi sedikit rendah atau tinggi. Jika ini berlaku maka bunyi yang dihasilkan

akan menyebabkan berlakunya masalah intonasi. Masalah ini juga boleh berlaku

sekiranya ton yang dihasilkan oleh alat vokal itu tidak mencerminkan ton yang

sewajarnya. Tambahan lagi kualiti ton yang dihasilkan oleh seseorang penyanyi

memberi kesan pada lagu yang dimainkan. Terdapat pelajar-pelajar yang tidak

dapat menghasilkan ton yang berkualiti seperti menyanyi terlalu kuat dalam

ensembel atau sering menyanyi di luar piawaian pic atau sumbang, ton yang

kasar dan keras.

Selain daripada itu, masalah dinamik dimana ketepatan dinamik adalah

sesuatu yang subjektif dalam persembahan nyanyian. Aras dinamik tidak boleh

dikurangkan pada sesuatu ukuran desibel (kekuatan bunyi) kerana ianya

berkaitan dengan kebolehan menginterpretasi skor, kemahuan jurulatih dan

mood sesuatu lagu. Selalunya masalah yang timbul kerana penyanyi tidak dapat

merasai kekuatan sebenarnya sesuatu dinamik seperti piano (p) atau forte (f).

Semuanya ditentukan oleh berbagai aspek seperti, register, stail, pencipta,

zaman, kawalan bunyi daripada penyanyi, kehendak konduktor dan citarasa

seseorang. Kegagalan penyanyi mengamati tanda dinamik yang ditulis akan

memberi kesan pada bunyi atau kemerduan sesuatu lagu dan sudah pasti

kekurangan warna atau kecantikan kepada lagu yang dipersembahkan.

Masalah ekspresi sering berlaku kepada pelajar yang kurang pengalaman

muzik dan kurang diberi pendedahan oleh jurulatih mengenai kehendak atau

karektor nyanyian yang ingin dihasilkan. Mereka gagal menterjemahkan

karektor-karektor yang ditulis dalam skor kepada bunyi yang bermakna seperti

mood lagu, kualiti ton, ketepatan irama, keseimbangan, intonasi, dinamik, frasa

lagu dan berbagai aspek estetika yang terkandung didalam lagu tersebut.

(Middleton, James, et. all,1998 )

Page 23: 150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

13

Masalah pengfrasaan juga sering berlaku dalam nyanyian. Pengfrasaan

biasanya ditandakan dengan satu garisan yang menunjukkan pengfrasaan

tersebut. Bahagian ini perlu dimainkan dengan licin tanpa putus. Untuk mengelak

daripada kesan terputus, maka ia dimainkan dengan satu pernafasan bagi satu

frasa. Namun demikian, permasalahan ini timbul apabila skor lagu tidak

dilengkapi dengan tanda frasa. Jika tanda frasa tidak dilengkapkan maka guru

perlu meletakan tanda frasa tersebut. Ada kalanya permasalahan ini timbul

disebabkan oleh kecuaian guru dan pelajar mengesan frasa lagu. Oleh itu,

proses penganalisisan perlu dilaksanakan dan guru perlu menandakan

pengfrasaan yang sesuai. Ini merupakan satu keperluan bagi mengelak daripada

berlakunya masalah pengfrasaan. Pengfrasaan juga berkait rapat dengan tempat

pernafasan iaitu tempat di mana pemuzik alat tiupan mengambil kesempatan

untuk mengambil nafas sebelum memulakan permainan mereka.

Pengfrasaan yang tidak betul akan memberi kesan terhadap

persembahan keseluruhan. Persembahan akan kedengaran seperti terputus-

putus dan tidak lancar. Sedikit sebanyak ia akan mengganggu konsentrasi para

pemuzik dan menyebabkan pemuzik hilang konsentrasi serta tidak dapat

mengeluarkan ekspresi yang terbaik pada persembahan.

Harmoni juga merupakan salah satu masalah yang sering terjadi dalam

persembahan ensemble. Kebanyakan pelajar kurang memahami harmoni dan

peranan atau karektor bagi setiap alat untuk menghasilkan pic yang tepat,

keseimbangan dan harmoni yang bermutu. Terdapat juga pelajar yang tidak

memahami keseimbangan di antara melodi, kaunter melodi dan pergerakan kord

dalam lagu. Masalah ini dapat diatasi dengan berbagai kaedah dan latihan yang

perlu diberi kepada pelajar agar mereka dapat meningkatkan kemahiran

mendengar dan memahami pergerakan harmonik yang terdapat dalam lagu.

Page 24: 150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

14

Setiap masalah yang timbul pasti mempunyai jalan penyelesaian. Bagi

mengatasi masalah kekangan masa, guru ataupun pengarah muzik boleh

menyediakan prosedur latihan yang lebih jelas dengan menyediakan satu jadual

terperinci berkaitan dengan prosedur dalam latihan. Prosedur yang disediakan

secara teliti dapat membantu mereka dalam menyediakan rancangan mengajar

dan melatih dengan lebih baik dan berkesan. Perancangan yang baik ini akan

membantu dalam menyediakan segala keperluan termasuklah bahan-bahan dan

peralatan yang diperlukan dalam menyampaikan pengajaran. Ini dapat

menjimatkan masa yang banyak sekali gus mengelakkan daripada timbulnya

pelbagai masalah kelak.

Seterusnya, masalah corak irama juga dapat dikurangkan jika guru

menjadikan latihan corak irama sebagai salah satu aktiviti wajib semasa warm-

up. Perkenalkan beberapa corak irama pada setiap kali latihan yang dijalankan.

Ia perlu diperkenalkan mengikut urutan serta tahap pelajar iaitu daripada mudah

kepada tahap yang lebih mencabar. Terdapat pelbagai bahan seperti buku dan

skor latihan telah diterbitkan untuk tujuan tersebut. Ia juga boleh didapati

menerusi laman web yang boleh diterokai menerusi Internet. Latihan ini telah

disediakan mengikut tahap-tahap tertentu oleh golongan profesional.

Guru juga boleh menganalisa nilai bagi corak irama tersebut agar pelajar

faham dari segi teorinya. Perkenalkan corak irama bahagian demi bahagian.

Misalnya bar demi bar dengan menggunakan tempo yang lambat dan lajukan

tempo apabila kemajuan telah dicapai. Proses ini perlu diulang sehingga pelajar

dapat menguasainya secara praktikal. Cara penyelesaiannya lain ialah corak

irama ditulis pada papan hitam dan dibahagikan kepada quarter note kepada

empat bahagian yang sama. Kemudian bilang dengan tempo yang lambat setiap

bahagian. Jurulatih perlu membimbing pelajar supaya menepuk irama dengan

betul.

Page 25: 150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

15

Selain itu, penggunaan audio visual mampu membantu pelajar bermain

dengan ton yang baik. Kaedah ini memerlukan kepada beberapa arahan yang

perlu dipatuhi oleh setiap pelajar. Oleh itu, ia perlu dimulakan dengan memberi

arahan atau panduan kepada pelajar. Arahan dan panduan guru perlu jelas serta

mudah difahami. Ini penting agar pelajar tahu apa yang harus didengar dan

diperhatikan. Pelajar perlu diminta untuk membuat komen terhadap

persembahan tersebut sebaik sahaja persembahan tamat.

Bagi mengatasi masalah berkaitan sinkopasi pula, satu kaedah yang

digunakan untuk mendapat ketepatan irama sinkopasi ialah melatih pelajar

menyanyi dan menepuk irama pada keratan-keratan irama yang terdapat

sinkopasi. Selain itu, pelajar perlu menanda ‘downbeats’ dengan pensel pada

skor. Cara ini dapat membantu pelajar jika mereka menghadapi masalah

percampuran not dan tanda rehat. Menconteng skor dengan berbagai tanda

adalah penting dan berkesan untuk mengingatkan pelajar mengenai berbagai

aspek yang terdapat dalam skor seperti pertukaran dinamik, artikulasi dan

tempat yang sesuai untuk menarik nafas. Ianya membantu pelajar mencapai

tahap ketepatan irama yang diperlukan dalam skor.

Pic yang tidak tepat sememangnya suatu masalah yang agak rumit

sekiranya tidak diatasi dengan baik. Untuk mengatasinya, dicadangkan agar

latihan pendengaran dijadikan latihan wajib bagi setiap sesi latihan. Latihan ini

akan memberi fokus kepada ketepatan pic. Latihan ini juga boleh diperkukuhkan

semasa melakukan warm-up.

Memberi arahan semasa permainan ensembel bertujuan untuk

memperbaiki persembahan terutamanya dari segi keseimbangan bunyi, mula

dan akhir, frasa, dinamik, artikulasi dan sebagainya. Terdapat dua kaedah yang

digunakan semasa latihan nyanyian. Kaedah pertama memberi arahan dengan

menggunakan suara. Kaedah kedua ialah memberi arahan menerusi gerak

Page 26: 150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

16

badan dan tangan dengan disertakan ekspresi wajah. Kaedah ini sememangnya

berkesan jika pelajar telah dilatih dengan betul. Ia memerlukan latihan yang

berterusan sehingga ia menjadi satu kebiasaan bagi semua murid.

Ekspresi juga merupakan salah satu elemen yang harus diberi perhatian

di dalam nyanyian. Konduktor perlu memainkan peranan yang penting untuk

membantu penyanyi menyanyi dengan ekspresi. Ia dapat dilakukan dengan

menggunakan gerakan badan dan melakonkan ekspresi wajah mengikut

ekspresi yang diinginkan. Konduktor perlu memberi penerangan mengenai

bagaimana dan kenapa ekpresi sangat penting semasa persembahan.

Demonstrasi adalah cara yang paling berkesan untuk membantu pelajar

mendapat ekpresi yang betul. Penerangan secara lisan perlu diberi dengan jelas,

tepat dan mudah difahami. Jurulatih perlu menerangkan secara teliti apa yang

perlu dilakukan untuk menghasilkan bunyi yang ekpresif.

Selain itu, untuk mengelakkan masalah-masalah sampingan berkaitan kumpulan

penyanyi yang akan dibentuk di sekolah, uji bakat perlu dilaksanakan. Uji bakat adalah

bertujuan mendapatkan ahli-ahli yang benar-benar mempunyai potensi dan kemampuan

dalam nyanyian. Dalam hal ini, kita sebagai guru muzik perlu tahu berapa bilangan ahli

koir atau pemuzik yang diperlukan. Jumlah ahli akan mempengaruhi bunyi keseluruhan

yang dihasilkan nanti. Ini memudahkan proses keseimbangan bunyi. Melalui uji bakat

juga kita dapat memilih ahli yang betul-betul berdisiplin dan komited terhadap

tanggungjawab dan peranan masing-masing.

Membuat Koleksi Repertorie Nyanyian Sesuara Dan Berlapisan Suara Untuk Sekolah Rendah Anda dikendaki Membuat Koleksi Repertorie Nyanyian Sesuara Dan Berlapisan

Suara Untuk Sekolah Rendah.

Page 27: 150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

17

Perkembangan Pendengaran Perseptif

Suara terjadi apabila terdapatnya getaran. Secara umum kekuatan suara

berkaitan dengan amplitud gelombang suara dan nada berkaitan dengan

prekuensi (jumlah gelombang per waktu). Semakin besar suara semakin besar

amplituo, semakin tinggi frekuensi dan semakin tinggi nada. Namun nada juga

ditentukan oleh faktor-faktor lain. Gelombang suara memiliki pola berulang,

walaupun masing - masing gelombang bersifat kompleks, didengar sebagai

suara muzik. Walau bagaimanapun jika ia tidak disusun maka ia akan

menghasilkan bunyi bising.

Telah diketahui bahawa adanya suatu suara akan menurunkan

kemampuan seseorang mendengar suara lain. Fenomena ini dikenal sebagai

masking (penyamaran). Fenomena ini disebabkan oleh refrakter relative atau

absolute pada reseptor dan urat saraf pada saraf audiotik yang sebelumnya

teransang oleh ransangan lain. Tingkat suatu suara menutupi suara lain

berkaitan dengan nadanya. Kecuali pada lingkungan yang sangat kedap suara,

kesan penyamaran suara latar akan meningkatan keupayaan pendengaran

dengan besar yang tertentu dan dapat dilatih.

Penyaluran suara prosesnya adalah telinga mengubah gelombang suara

di lingkungan eksternal menjadi potensi aksi di saraf pendengaran. Gelombang

diubah oleh gendang telinga dan tulang-tulang pendengaran. Gerakan ini

menimbulkan gelombang dalam cairan telinga dalam. Kesan gelombang pada

organ di dalam telinga menimbulkan keupayaan serat-serat saraf.

Pendengaran perseptif ialah keupayaan kita memilih suatu bunyi dari

gabungan beberapa bunyi untuk didengar, dihayati dan dianalisa. Sebagai

contoh kita boleh memilih uuntuk mendengar bunyi gitar dari sebuah lagu yang

dimainkan walaupun lagu itu menggunakan pelbagai alat muzik dan vokal di

dalam gubahannya.

Page 28: 150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

18

Untuk merpertingkatkan perkembangan pendengaran perseptif latihan yang

dicadangkan ialah latihan pendengaran menggunakan kibod. Anda perlu

memainkan muzik dengan menggunakan sebarang rentak dan menggunakan

auto accompaniment. Cuba pilih sejenis alat muzik dan cuba dengarkan

dengan te;iti. Anda akan dapati bahawa anda akan dapat mendengar bunyi alat

muzik trsebut dengan jelas bebanding alat-alat muzik yang lain. Cuba [ula

dengan alat muzik yang lain.. lakukan aktiviti ini berulang-ulang kali untuk

mempertingkatkan kemahiran anda.

Mengintegrasi Aktiviti Pendengaran Secara Aktif Dalam Pengenalpastian Konsep Muzik

Muzik adalah gabungan melodi, irama, ekspresi, tekstur, warna ton, dinamik dan

bentuk.

Rajah rajah di bawah akan dapat menerangkan elemen-elemen muzik dengan

lebih jelas.

Ekspresi

Dinamik Mud

Irama

Detik Meter Tempo Sinkopa

Melodi

Pic kontour Frasa

Page 29: 150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

19

\

\

Bentuk

Teneri Binari

Dinamik

Warna Ton

Cerah Gelap Kaya Lantang Malap

Tekstur

Monofoni Polifoni Homofoni

Page 30: 150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

20

Berdasarkan elemen-eleman muzik di atas, anda dikendaki mendengar

beberapa buah lagu dan sila mengintegrasi aktiviti pendengaran secara aktif

dalam pengenalpastian konsep muzik.

Membuat Koleksi Repertoire Untuk Meningkatkan Persepsi Estetik

Anda dikehendaki Membuat Koleksi Repertoire Untuk Meningkatkan Persepsi

Estetik.

Membina Repertoire Muzik Malaysia Yang Sesuai Untuk Pelaksanaan Aspek “Penghargaan Estetik” Dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik Sekolah Rendah.

Anda dikendaki membina repertoire Muzik Malaysia yang sesuai untuk

pelaksanaan aspek “penghargaan estetik” dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan

Muzik Sekolah Rendah.

Page 31: 150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah

BIBLIOGRAFI

Abdul Fatah Karim (1999). Panduan harmoni asasdalammuzik.KualaLumpur: PenerbitUniversitiMalays. Cambell & Kassner (1995). Music In Childhood. New York: Schirmer Books. Choksky, L. (1986). Teaching music in the twentieth century. New Jersey: Prentice HallInc.

Choksy,L. Abraham,R.M., Gillespie, A..E., & Woods, D. (2001,1986) Teaching Music In the Twentieth Century, New Jersey, Prentice Hall Inc

Christy. Van A & Paton, John Glenn (1997). Foundations in Singing, New York: The Mcgraw-Hill Companies.Inc

Flohr, J.W. (2004). Musical lives of young children. New Jersey: Prentice-Hall

inc.

Herrold, R. M. (1997). Mastering the fundamentals of music. New Jersey: Prentice HallInc. Herrold, R.M. (2001). New approaches to elementary classroom music, 3/E. New Jersey: Prentice-Hall inc. Kamien, R. (1996). Music:An appreciation (7th.Ed).New York:McGraw�Hill Companies,Inc. Kennedy, Michael. (2004). Oxford Consice Dictionary of Music. Oxford: Oxford University Press. Loh,P.K.(1991).Ahandbookofmusictheory.KualaLumpur:PenerbitMuzikal. Nye, R.E., & Nye, V.T (1999). Music in the Elementary School. New Jersey: Prentice-Hall inc.

Taylor, E. (1989). The AB guide to music theory, (Part 1). Great Britain: AssociatedBoard. William M. Anderson, Joy E. Lawrence (1991) Integrating Music Into The Classroom, 2nd Edition Belmont, California, Wadsworth Publishing Company

Wright, C. (2000). Listening to Music (3rd ed.). Canada: Wadsworth, Thomson Learning Inc Zimmeran Marilyn P., (1971). Musical Charactersitics of Children. Reston, Va: Music Educators National Conference.

Page 32: 150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah
Page 33: 150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah

PANEL PENULIS MODUL PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

(PENDIDIKAN MUZIK PENDIDIKAN RENDAH)

NAMA KELAYAKAN

ENCIK ASRI BIN HAJI CHE MAT Pensyarah, IPG Kampus Ipoh, 31150 Hulu Kinta, Ipoh, Perak Darul Ridzauan. [email protected]

Kelulusan: Sarjana Pendidikan (Kepimpinan Pedagogi) Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Muzik) Diploma Perguruan Asas Pengalaman: Pensyarah IPG (4 Tahun) Guru Sekolah Menengah (7 Tahun) Guru Sekolah Rendah (4 Tahun)