pbimbingan dalam pendidikan; interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah

Upload: gengkapak

Post on 30-May-2018

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 PBimbingan dalam Pendidikan; Interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah

    1/32

    Bab 3: Bimbingan Dalam Pendidikan: Tingkah

    Laku Bermasalah

    Bimbingan Dalam Pendidikan

    3.1 Pengantar Kepada Bimbingan

    3.1.1 Konsep bimbingan

    Bimbingan bermaksud memberi panduan atau nasihat

    kepada seseorang.

    Perkhidmatan panduan (Bimbingan) dijalankan di sekolah-

    sekolah mulai sejak tahun 1963 berikutan dengan perakuan

    Suruhanjaya UNESCO. Tujuan utama adalah untuk memberi

    kesedaran kepada guru-guru tentang kepentingan memberi

    perhatian terhadap kebolehan mental dan fizikal, minat dan

    bakat bagi setiap pelajar.

    Bimbingan ialah satu proses untuk menolong pelajar

    mempelajari, memahami pengalaman, nilai, sikap, dan

    perlakuan yang sesuai dengan kehendak masyarakat.

    Pelajar yang memerlukan bimbingan adalah pelajar yang

    menghadapi masalah peribadi dari segi intelek, rohani,

    emosi ataupun sosial. Masalah-masalah yang biasanya

    dihadapi oleh pelajar boleh dikategorikan kepada masalah

    akademik dan masalah emosi-sosial. Dalam proses

    bimbingan, pelajar yang berkenaan akan diberi panduan

    atau nasihat yang boleh membantunya menyelesaikan

    masalah tertentu.

    1

  • 8/14/2019 PBimbingan dalam Pendidikan; Interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah

    2/32

    3.1.2 Konsep bimbingan dalam pendidikan

    Menurut Crow dan Crow (1983), di bawah konteks

    pendidikan, bimbingan merujuk kepada pemberian bantuan ataupertolongan yang betul kepada pelajar. Perkhidmatan bimbingan di

    sekolah mestilah merangkumi perkhidmatan bimbingan peribadi

    sosial, pelajaran, vokasional dan program mencegah salah guna

    dadah.

    Proses bimbingan merangkumi aspek-aspek seperti

    orientasi, inventori, penempatan, kaunseling, tunjuk ajar, nasihat

    dan juga tindakan susulan.

    Perkhidmatan bimbingan diadakan adalah bertujuan untuk:

    a) mengembangkan inisiatif, tanggungjawab, arahan

    kendiri dan bimbingan kendiri pelajar.

    b) mengembangkan kebolehan pelajar memilih

    matlamat sendiri, mengetahui diri sendiri dan

    sekolah.

    c) mengelak, menjangka dan mencegah krisis

    daripada bermula dalam kehidupan pelajar.

    d) Monolong pelajar menyesuaikan diri dengan

    sekolah dan hidup secara memuaskan.

    3.1.3 Prinsip bimbingan

    1. Setiap pelajar yang menghadapi masalah harus diberi

    peluang perkhidmatan bimbingan tanpa mengira jantina,

    kaum, status sosial, latar belakang dan kepercayaannya.

    2

  • 8/14/2019 PBimbingan dalam Pendidikan; Interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah

    3/32

    2. Perkhidmatan bimbingan ialah tanggungjawab bersama di

    antara

    a) guru pembimbing dengan pelajar yang memerlukanbimbingan

    b) guru pembimbing dengan pihak sekolah termasuk

    ibu-bapa pelajar berkenaan.

    3. Perkhidmatan bimbingan haruslah diadakan untuk

    mengembangkan peribadi individu secara sistematik dan

    tersusun.

    4. Perkhidmatan bimbingan mesti diuruskan mengikut prosedur

    dan peraturan yang ditetapkan seperti:

    Dijalankan dengan adanya persetujuan daripada pelajar

    yang terlibat tanpa sebarang paksaan. Hubungan yang

    mesra dan kepercayaan perlu diwujudkan di antara guru

    pembimbing dan pelajar yang terlibat.

    Dijalankan dalam keadaan yang selesa dan selamat. Segala

    perkara yang dibincangkan haruslah dirahsiakan oleh pihak

    guru bimbingan. Segala maklumat pelajar adalah sulit

    supaya hak pelajar dipeliharakan.

    Tindakan susulan haruslah dirancangkan selepas

    perkhidmatan bimbingan diberi untuk memastikan masalah

    yang dihadapi tidak akan timbul semula.

    3

  • 8/14/2019 PBimbingan dalam Pendidikan; Interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah

    4/32

    Diuruskan oleh kaunselor yang bertauliah atau guru

    bimbingan yang terlatih.

    3.1.4 Matlamat bimbingan

    1. Matlamat bimbingan ialah untuk membantu pelajar

    memahami diri mereka sendiri dengan mendalam dan

    mengoptimakan tujuan hidup mereka.

    2. Perkhidmatan bimbingan diberi agar pelajar dapat

    menyelesaikan masalah peribadi, pembelajaran atau kerjaya

    yang dihadapinya melalui usaha diri sendiri dengan nasihat

    dan dorongan guru bimbingannya.

    3.1.5 Pendekatan bimbingan

    1. Bimbingan ialah satu proses yang berterusan mengikut

    susunan dan bersifat mendidik.

    2. Bimbingan diberi berdasarkan kesedaran tingkah laku yang

    bersesuaian dengan kehendak masyuarakat, kesedaran

    kehormatan dan harga diri serta kesedaran hak memilih atau

    menolak untuk pelajar.

    3. Proses bimbingan mesti dipraktikkan berdasarkan prinsip-

    prinsip bimbingan yang baik.

    (a) Pendekatan bimbingan dalam perkembangan

    4

  • 8/14/2019 PBimbingan dalam Pendidikan; Interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah

    5/32

    Aktiviti-aktiviti yang memotivasikan individu dijalankan untuk

    membentuk personaliti dan konsep kendiri yang positif ke

    arah mencapai prestasi diri yang lebih baik.

    Bimbingan diberi berdasarkan kepercayaan bahawa

    manusia mempunyai kebolehan dan kesanggupan yang

    tidak ada had.

    (b) Pendekatan bimbingan dalam pencegahan

    Bimbingan menyediakan satu sistem tanggungjawab

    bersama di antara guru-guru, pentadbir, ibu-bapa, rakan

    sebaya dan ahli-ahli komuniti untuk mencegah dan

    menyekat kemungkinan berlakunya permasalahan-

    permasalahan dalam sistem persekolahan. Contohnya,

    penyalahgunaan dadah, AIDS, budaya lepak dan

    sebagainya.

    (c) Pendekatan bimbingan dalam pemulihan

    Disediakan untuk pelajar-pelajar yang lemah supaya

    mereka dapat mempertingkatkan prestasi diri dalam

    pencapaian akademik.

    (d) Pendekatan bimbingan dalam krisis

    Krisis merujuk kepada kes-kes kritikal seperti bertumbuk

    dengan tujuan mencedera, percubaan membunuh orang

    atau diri, masalah mental atau penyalahgunaan dadah.

    5

  • 8/14/2019 PBimbingan dalam Pendidikan; Interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah

    6/32

    Krisis-krisis yang biasa yang dihadapi oleh guru

    bimbingan ialah masalah pembelajaran, masalah

    peribadi, masalah kurang kecerdasan dan masalah

    mental di kalangan pelajar-pelajar selokah.

    Krisis masalah pembelajaran yang biasa dihadapi oleh

    pelajar-pelajar ialah ketidaksinambungan di antara

    kurikulum dengan perkembangan kognitif mereka atau

    pun strategi dan kaedah mengajar guru yang kurang

    sesuai dengan diri mereka.

    Selain daripada itu, guru bimbingan juga boleh

    membimbing pelajar-pelajar yang menghadapi masalah

    peribadi seperti mereka yang mempunyai motivasi dan

    konsep kendiri yang rendah atau pun yang mempunyai

    masalah kemiskinan dan masalah sosial.

    Masalah kecerdasan mental di kalangan pelajar adalah

    masalah seperti cepat lupa atau sukar memahami

    sesuatu konsep yang diajar oleh guru. Seorang guru

    pembimbing boleh menolong pelajar dengan

    mencadangkan pelbagai cara atau latihan yang boleh

    meningkatkan daya ingatan pelajar.

    Untuk mengesahkan pelajar yang mengalami krisis

    mental, guru bimbingan perlu mengenali ciri-ciri yang

    akan ditunjukkan oleh pelajar seperti berikut:

    (i) tidak boleh menyebut perkataan-perkataan dengan tepat

    6

  • 8/14/2019 PBimbingan dalam Pendidikan; Interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah

    7/32

    (ii) tidak boleh menyusun perkataan-perkataan untuk

    membina ayat dengan tepat

    (iii) membaca dengan kadar lambat atau langsung tidakboleh membaca

    (iv) jangka masa penumpuan perhatian semasa guru

    mengajar adalah sangat singkat

    3.1.6 Jenis bimbingan

    1. Bimbingan merupakan satu tugas pendidikan yang penting.

    Di kebanyakan sekolah, guru biasa berperanan penting

    dalam usaha membimbing pelajar-pelajar di bawah

    penjagaannya. Contohnya, guru darjah / tingkatan bagi

    setiap kelas merupakan guru bimbingan bagi pelajar-pelajar

    dalam kelasnya.

    2. Seorang guru biasa perlu mengesan masalah atau keadaan-

    keadaan yang tidak memuaskan yang boleh menjejaskan

    pencapaian akademik murid-muridnya.

    3. Guru juga perlu memberikan bimbingan untuk

    mengembangkan lagi peribadi dan sosial murid-muridnya.

    4. Masalah kejutan budaya, krisis keluarga, konflik dalam

    persahabatan dan soal kewangan adalah antara masalah-

    masalah yang memerlukan bimbingan di sekolah.

    7

  • 8/14/2019 PBimbingan dalam Pendidikan; Interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah

    8/32

    5. Dalam proses bimbingan, peranan seorang guru

    pembimbing ialah seperti berikut:

    a) mengenal pasti murid-murid yang bermasalahb) membuat rujukan kepada pihak tertentu

    c) mengumpul seberapa banyak maklumat yang boleh

    mengenai murid yang terlibat dalam proses bimbingan.

    d) memberikan bimbingan secara individu atau pun

    berkelompok.

    (a) Bimbingan individu

    1. Menurut Cottle dan Downie (1970), bimbingan individu

    adalah proses perbincangan di antara seorang kaunselor

    dan seorang kliennya, di mana kaunselor berusaha

    menolong kliennya memahami diri sendiri dan menerima

    masalah yang dihadapi, sehingga dia membuat

    pertimbangan dan mengambil keputusan daripada pilihan-

    pilihan yang boleh membantunya mengatasi masalah.

    2. Di dalam sekolah, bimbingan individu merujuk kepada

    proses perhubungan bersemuka di antara seorang pelajar

    dengan seorang guru bimbingan yang menyediakan peluang

    untuk sesuatu situasi temu bual. Tujuannya adalah untuk

    membantu pelajar berkenaan untuk mengenal pasti masalah

    yang dihadapi, dan seterusnya membuat pilihan daripada

    alternatif-alternatif yang disarankan, dengan harapan dapat

    membantu pelajar menyelesaikan masalah diri sendiri.

    8

  • 8/14/2019 PBimbingan dalam Pendidikan; Interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah

    9/32

    3. Seorang guru bimbingan perlu membuat bimbingan secara

    individu untuk murid-murid yang mempunyai konsep kendiri

    yang sangat rendah atau yang bersifat pemalu.

    4. Dalam bimbingan individu, peranan guru bukanlah untuk

    memberikan nasihat tetapi menolong murid untuk

    membangkitkan diri mereka.

    5. Kebanyakan murid tidak tahu apa yang mereka hendak dan

    bagaimana untuk mendapatkanya. Oleh itu, guru bimbingan

    berperanan untuk membimbing murid-murid ini secara

    individu dengan meminta mereka untuk

    a) menerangkan situasi semasa mereka dan sensasi

    yang mereka rasai.

    b) mengalami dan melafazkan semua emosi semasa

    yang dirasai secara eksplisit.

    c) menyoal diri secara asertif tentang keadaan semasa

    mereka

    d) menyuarakan secara eksplisit keperluan-keperluan

    semasa dan masa depan mereka.

    6. Tujuan-tujuan bimbingan individu ialah:

    a) menjalin hubungan yang baik dan mesra di antara guru

    bimbingan dengan pelajar.

    b) membantu pelajar membina kemahiran dan keyakinan

    untuk menyelesaikan masalah diri sendiri.

    c) membantu pelajar supaya membuat keputusan secara

    rasional dan praktikal.

    9

  • 8/14/2019 PBimbingan dalam Pendidikan; Interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah

    10/32

    d) menyelesaikan masalah dengan berkesan atau

    mencegah masalah kritikal menimbul, atau mengubah

    tingkah laku negatif kepada positif.

    (b) Bimbingan secara kelompok

    1. Jika ramai pelajar di sekolah menghadapi masalah yang

    sama dalam pencapaian akademik atau penyesuaian sosial,

    bimbingan secara kelompok adalah lebih sesuai dijalankan.

    2. Menurut C.A. Mahler dan E. Caldwell, bimbingan secara

    kelompok adalah proses sosial tentang masalah

    perkembangan dan sikap para pelajar di bawah keadaan

    terkawal. Isi kandungan bimbingan secara kelompok

    merangkumi keperluan dan minat bersama di kalangan

    kebanyakan pelajar.

    3. Di dalam sekolah, bimbingan secara kelompok adalah

    proses mencari alternatif untuk menolong sekumpulan

    pelajar yang menghadapi masalah yang serupa, sama ada

    dalam bidang akademik atau bidang emosi-sosial. Teknik

    yang biasanya digunakan untuk melaksanakan proses

    bimbingan secara kelompok ialah pemerhatian atau soal

    selidik dalam peringkat pembentukan kumpulan, dan sesi

    sumbangsaran.

    4. Guru bimbingan boleh menggunakan kaedah

    sumbangsaran, dalam bimbingan berkelompok kerana ia

    dapat:

    a) membincangan isu masalah yang dihadapi

    10

  • 8/14/2019 PBimbingan dalam Pendidikan; Interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah

    11/32

    b) membina hubungan yang rapat antara ahli kumpulan

    c) mencadangkan alternatif-alternatif kepada masalah yang

    dihadapi

    d) mencapai kata sepakate) mengahir tindakan susulan yang dipersetujui oleh semua

    ahli

    5. Guru bimbingan perlu mengadakan sesi bimbingan

    berkelompok dengan ahli keluarga pelajar jika masalah yang

    dihadapi pelajar berpunca daripada keluarganya.

    6. Bimbingan berkelompok juga boleh dibentuk daripada satu

    kumpulan yang terdiri daripada lima atau lapan orang ibu-

    bapa yang boleh bertemu dan mengenali semua ahli dalam

    kumpulan. Lama-kelamaan, ini akan menolong mereka

    untuk berkongsi perasaan mereka tentang anak-anak

    mereka yang menunjukkan tingkah laku bermasalah di

    sekolah.

    7. Pengalaman guru bimbingan dalam mengendalikan

    bimbingan secara kelompok adalah penting. Masa dan

    ketika guru bimbingan campur tangan semasa perbincangan

    dijalankan adalah penting.

    Peringkat-peringkat asas bimbingan secara kelompok:

    1. Mengenalpasti dan membentuk kumpulan serta objektif

    untuk bimbingan secara kelompok.

    2. Sesi sumbangsaraan:

    11

  • 8/14/2019 PBimbingan dalam Pendidikan; Interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah

    12/32

    a) Orientasi dan pendedahan diri.

    b) Konflik dan pertentangan.

    c) Perkembangan hubungan yang rapat dan integrasid) Mengusulkan alternatif penyelesaian masalah.

    e) Membuat keputusan berdasarkan rumusan.

    3. Tindakan susulan.

    3.2 Peranan guru dalam Perkhidmatan Bimbingan

    dan Kaunseling

    3.2.1 Konsep

    Bimbingan membawa erti memberi panduan atau nasihat

    kepada seseorang.

    Mengikut Crow dan Crow (1983), bimbingan di bawah

    konteks pendidikan, merujuk kepada bantuan dan

    pertolongan yang diberikan dengan betul kepada pelajar

    yang berkenaan.

    Kaunseling, mengikut Shertzer dan Stone (1963), ialah

    proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri

    dan situasinya.

    Model Wilber Schramm III:

    12

  • 8/14/2019 PBimbingan dalam Pendidikan; Interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah

    13/32

    3.2.1 Konsep Hubungan Interpersonal

    Hubungan interpersonal berkaitan dengan perkembangan

    kita dengan orang lain.

    Ia merupakan satu bentuk komunikasi dalam sesi

    kaunseling.

    Banyak saluran komunikasi dan maklum balas adalah serta

    merta.

    Prinsip untuk memahami perasaan orang dinyatakan oleh

    Covey (2000). Seek first to understand, then to be

    understood.

    Prinsip-prinsip dalam kemahiran komunikasi interpersonal adalah

    seperti berikut:

    Manusia sentiasa berkomunikasi sama ada dengan nada

    suara, gerak badan dan ekspresi muka.

    Mesej

    Mesej

    Pengenkod- Pentafsir

    Pendekod

    13

  • 8/14/2019 PBimbingan dalam Pendidikan; Interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah

    14/32

    Manusia tidak boleh elak daripada berkomunikasi.

    Sekali sesuatu perkataan atau ayat telah dikatakan, ia tidak

    boleh ditarik balik.

    Komunikasi ialah satu proses yang kompleks.

    3.2.1 Kemahiran komunikasi interpersonal

    a. Membina hubungan

    - Pembinaan hubungan adalah suatu proses di mana guru

    membina hubungan yang baik dengan muruid-muridnya.

    - Mengambil tahu keperluan fisiologi dan psikologi murid-

    muridnya.

    - Kaunselor mesti boleh dipercayai.

    b. Memberi perhatian

    - Guru patut memberi perhatian kepada murid-murid agar

    mereka berasa selesa dan tenang.

    - Guru mesti duduk dekat dengan klien.

    - Kedudukan badan, kontak mata dan perwatakan guru

    harus sesuai.

    - Kaunselor mesti prihatin tentang segala percakapan

    termasuk isi-isi tersirat dan perasaan yang dibawa oleh

    kliennya.

    c. Mendengar secara aktif

    - Guru perlu menggunakan nada suara yang lembut.

    - Pengalaman guru.

    - Penggunaan psikologi.

    - Mendengar secara teliti dan penuh minat.

    14

  • 8/14/2019 PBimbingan dalam Pendidikan; Interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah

    15/32

    d. Menggunakan bahasa yang sesuai

    - Pemilihan dan penyusunan kata-kata serta ayat.

    - Perbincangan pertama hendaklah dimulakan dengan

    butiran peribadi murid-murid.

    e. Memahami gerak geri badan

    - Memberi tindak balas yang sesuai.

    - Kaunselor perlu mengamalkan cara duduk yang

    membongkok supaya boleh cipta suasana yang kondusif.

    f. Memberi tindak balas yang sesuai

    - Kaunselor mesti ikhlas.

    - kaunselor tidak boleh memberi nasihat tapi hanya boleh

    memberi panduan.

    - Kaunselor boleh memberikan peneguhan positif.

    - Kaunselor boleh bertanya soalan terbuka dan meminta

    maklumat lanjut.

    - Refleksi.

    3.2.2 Halangan dalam Komunikasi

    Halangan Fizikal

    Bilik kaunseling yang tidak kondusif.

    Tempat duduk yang tidak selesa dan lampu yang

    terang.

    Halangan Psikologikal

    Tak boleh mengkritik dan komen negatif.

    Perlu memberikan peluang kepada klien-klien untuk

    menyatakan semua perasaan negatif.

    15

  • 8/14/2019 PBimbingan dalam Pendidikan; Interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah

    16/32

    Halangan Persekitaran

    Satu persekitaran yang positif.

    Halangan Sosial

    Kaunseling berkelompok dan rakan sebaya.

    Memastikan tidak ada konflik atau idea-idea yang

    bercanggah

    3.2.3 Implikasi Penggunaan Kemahiran Komunikasi Dalam

    Mewujudkan Hubungan Interpersonal Yang Berkesan

    Tidak rasa malu atau diperkecilkan.

    Ia akan sentiasa didekati oleh murid yang bermasalah.

    Kaunselor perlu mempunyai komunikasi interpesonal positif.

    16

  • 8/14/2019 PBimbingan dalam Pendidikan; Interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah

    17/32

    Bab 4 Tingkah Laku Bermasalah

    4.1 Pengertian

    Sebarang tingkah laku yang boleh menjejaskan

    keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

    Tingkah laku yang tidak normal, iaitu abnormal behaviour

    dalam Bahasa Inggeris

    Terkeluar dari nilai, norma dan sosial masyarakat, termasuk

    sekolah

    Bertentangan dengan tingkah laku yang dipersepsi, dirasai,

    dilakukan dan dialami oleh kebanyakan orang dalam

    masyarakat.

    4.2 Jenis Tingkah Laku Bermasalah

    Rajah 1: Jenis Tingkah Laku Bermasalah

    Tingkah LakuBermasalah

    Tingkah LakuBermasalah

    Tingkah LakuBermasalah Positif

    17

  • 8/14/2019 PBimbingan dalam Pendidikan; Interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah

    18/32

    4.2.1 Tingkah Laku Bermasalah Positif

    Jadual 1: Tingkah laku Bermasalah Positif

    Tingkah Laku Bermasalah Positif

    Ingin

    Tahu Proaktif

    Pelajar bertindak terlebih dahulu di

    dalam bilik darjah tanpa menunggu

    arahan atau tunjuk ajar daripada

    guru. Kemalangan berlaku kerana

    tanpa mematuhi arahan yang jelas.

    Pintar Cerdas Cepat Belajar

    Menyelesaikan tugasan dengan

    lebih cepat disebabkan keupayaan

    mental menyebabakan mereka

    akan cepat berasa bosan

    seterusnya akan bergerak ke sana

    ke mari tanpa tujuan

    4.2.2 Tingkah Laku Bermasalah Negatif

    Tingkah laku destruktif, tingkah laku disruptif, tingkah laku

    bergantung, tingkah laku hiperaktif, tingkah laku bimbang, tingkahlaku murung, pengunduran diri dan pengasingan diri.

    Jadual 3.2: Tingkah laku Bermasalah Negatif

    Tingkah Laku Bermasalah Negatif

    Bergantung

    (Tingkah laku yangmenghalang)

    Disruptif

    (Tingkah laku yangmenganggu)

    Destruktif

    (Tingkah laku anti sosial)

    kelakuan yang

    membahayakan diri

    sahaja tetapi tidak

    menganggu pelajar lain

    hiperatif bertindak tanpa

    memikir akibatnya

    ,membahayakan diri dan

    pelajar lain

    melakukan aktiviti jenayah

    dan mengancam

    keselamatan orang dan

    kemudahan-kemudahan

    sekolah

    18

  • 8/14/2019 PBimbingan dalam Pendidikan; Interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah

    19/32

    Kebimbangan

    Pergantungan

    berlebihan

    Pengundurandiri

    Pengasingan

    diri

    Hiperaktif

    Kelakuan

    nakal

    Bising Bergerak

    sesuka hati

    Ketawa kuat

    Agresif secara

    lisan/fizikal

    Pemusuhan

    nyata (Over

    hostility)

    Vandalisme Kumpulan liar

    Klik

    Geng

    4.3 Cara-cara Mengenal Pasti Murid-murid Yang Bermasalah

    Tingkah Laku

    Rajah 2: Teknik Mengenal Pasti Masalah Tingkah Laku

    4.3.1 Teknik Jenis Ujian Psikologi

    1. Ujian Pencapaian Akademik

    Teknik

    Jenis Ujian Psikologi(Ujian Dianostik)

    Jenis Bukan Ujian(Pemerhatian/

    Temu bual)

    Kajian(Kajian Kes /

    Kajian dokumen/Kajian Membujur

    19

  • 8/14/2019 PBimbingan dalam Pendidikan; Interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah

    20/32

    ~Ujian sumatif dan penilaian formatif sekolah termasuk UPSR,

    PMR, SPM dan STPM

    2. Ujian Kecerdasan~Mengukur darjah kecerdasan pelajar (IQ) yang disarankan oleh

    Terman dan Binet

    3. Ujian Kecendungan Bakat

    ~Ujian Aptitude Differentiate (DAT)

    4. Ujian Minat

    ~ Menilai minat pelajar terhadap sesuatu aktiviti atau kerjaya

    5. Ujian Personaliti

    ~ Mengkaji aspek bukan kognitif seperti aspek efekti,motivasi,

    emosi dan sikap seseorng pelajar

    ~Mendapat maklumat hal peribadi serta nilai dan sikap pelajar

    6. Ujian Saringan

    ~ Mengasingkan pelajar-pelajar yang cerdas dengan kurang cerdas

    7. Ujian Diagnostik

    ~ Mengesan punca kelemahan atau masalah penguasaan

    kemahiran pembelajaran pelajar

    8. Ujian Aptitud Khas

    ~Ujian Aptitud Mekanikal, Ujian Aptitud Mekanikal, Ujian Aptitud

    Seni atau Muzik

    ~Mengukur potensi pelajar dalam bidang tertentu

    20

  • 8/14/2019 PBimbingan dalam Pendidikan; Interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah

    21/32

    4.3.2 Teknik Jenis Bukan Ujian

    (i) Pemerhatian

    Mengenal pasti ciri-ciri perkembangan pelajar daripada

    bidang efektif dan psikomotor khasnya bagi mata pelajaranAgama Islam, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Jasmani

    Tempat: Di dalam dan luar bilik darjah

    Cara Merekod:

    1.senarai semak darjah pencapaian tingkah laku

    2.skala kadar 5 mata,(1)amat buruk, (2) buruk, (3) sederhana, (4)

    baik, (5) terbaik

    (ii) Temu bual

    Soalan selidik melalui teknik temu bual

    Mendapatkan maklumat dan butir-butir pelajar

    Teknik menjalankan temu bual:

    Tentukan tujuan dan objektif temu bual

    Tentukan bidang maklumat yang hendak diperolehi

    Tentukan soalan-soalan yang bertulis yang hendak

    dikemukakan semasa temu bual

    Menyediakan tempat yang kondusif untuk temu bual

    Bermula dengan soalan yang menyenangkan dan

    menimbulkan rasa keyakinan pelajar

    Tentukan tujuan dan objektif temu bual

    Tentukan bidang maklumat yang hendak diperolehi

    Tentukan soalan-soalan yang bertulis yang hendak

    dikemukakan semasa temu bual

    Menyediakan tempat yang kondusif untuk temu bual

    21

  • 8/14/2019 PBimbingan dalam Pendidikan; Interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah

    22/32

    Bermula dengan soalan yang menyenangkan dan

    menimbulkan rasa keyakinan pelajar

    Kajian Dokumen

    4.3.3 Teknik Jenis Kajian

    1. Kad Rekod Persekolahan Murid Sekolah

    ~ Mengetahui kemajuannya dalam bidang akademik dan

    kokurikulum dari setahun ke setahun, memahami sifat-sifat, minat,

    kesihatan dan latar belakang keluarganya.

    Butir-butir pelajar

    Buti-butir keluarga

    Rekod kedatangan sekolah dan gerakerja kokurikulum

    Keputusan ujian

    Biasiswa, hadiah kewangan dan lain-lain anugerah

    Sifat-sifat diri

    Butir-butir pelajar

    Buti-butir keluarga

    Rekod kedatangan sekolah dan gerakerja kokurikulum

    Keputusan ujian

    Biasiswa, hadiah kewangan dan lain-lain anugerah

    Sifat-sifat diri

    2. Rekod Anekdot

    ~ sejenis dokumen berbentuk laporan berdasarkan pemerhatian

    sesuatu kejadian atau peristiwa seseorang pelajar oleh gurunya.

    ~ merekod tingkah laku atau personaliti pelajar yang diperhatikan

    termasuk komen guru yang memerhatikannya.

    22

  • 8/14/2019 PBimbingan dalam Pendidikan; Interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah

    23/32

    Jadual 3: Rekod Anekdot

    Rekod Anekdot

    Nama pelajar: Tingkatan: .

    Jantina: .. Umur: ..

    Tarikh Tempat Kejadian /

    peristiwa

    Komen

    --------------

    Nama Guru:

    4.4 Pengurusan Tingkah Laku

    4.4.1 Pengertian

    Satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku

    bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan

    teknik-teknik atau kaedah-kaedah yang sesuai

    Peranan Guru

    ~ memodelkan tingkah laku yang positif

    ~ menggunakan contoh-contoh visual dan konkrit untuk

    menunjukkan interaksi yang positif dalam sistem persekolahan

    ~ membetulkan tingkah laku murid yang salh dengan

    menunjukkan mereka tingkah laku yang betul

    23

  • 8/14/2019 PBimbingan dalam Pendidikan; Interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah

    24/32

    Proses

    Rajah 3: Proses Pengurusan Tingkah Laku

    Menetapkan matlamat tingkah laku yang betul harus ditunjukkan oleh murid

    Mengenal pasti tingkah laku bermasalah yang ditunjukkan oleh seseorang murid

    Memodifikasikan tingkah lakunya sehingga murid tidak mengharapkan

    ganjaran ekstrinsik dan menujukkan tingkah laku yang betulkerana motivasi intrisiknya

    Merekod Kekerapan Tingkah Laku

    Yang Hendak Diubah

    Mengenal Pasti Tingkah Laku

    Jenis Tindakan Yang Akan Dikenakan

    Penilaian

    24

    Menggunakan pelbagai teknik modifikasi tingkah laku sehinggatingkah laku yang salah diperbaiki atau diperbetulkan

  • 8/14/2019 PBimbingan dalam Pendidikan; Interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah

    25/32

    Rajah 4: Proses Modifikasi Tingkah Laku

    4.4.2 Objektif:

    1. mengajar murid-murid kemahiran baru dan tingkah laku

    betul yang harus ditunjukkan oleh mereka.

    2. memperbetulkan semua tingkah laku bermasalah dan

    belajar respon-respon alternative yang boleh diterima dalam

    satu persekitaran sosial.

    3. Guru mesti meneguhkan semua tingkah laku positif yang

    ditunjukkan oleh murid secara konsisten dan tetap untuk

    memastikan kejayaan sesuatu program pengurusan tingkah

    laku.

    4. Mengubah tingkah laku negatif atau salah laku murid yang

    dikesan dalam bilik darjah kepada tingkah laku positif,

    menyelesaikan tingkah laku bermasalah yang berlaku, demi

    membentuk iklim bilik darjah yang berdisiplin dan kondusif

    untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

    5. Objektif pengurusan modifikasi tingkah laku murid ialah:

    (a) Pengekalan dan peningkatan tingkah laku yang diingini

    (b) Pengurangan dan pelupusan tingkah laku yang tidak diingini.

    4.4.2.1 Pengekalan Dan Peningkatan Tingkah Laku Yang

    Diingini

    1. Ganjaran:

    (a) Pemenang pingat mingguan

    (b) Memberikan pelekat (murid-murid yang lebih muda)

    (c) Membuat carta bintang ( kanak-kanak yang lebih muda)

    (d) Memberikan pujian (memberitahu merid-murid yang lain

    atau menyebarkan nama murid dalam perhimpunan)

    25

  • 8/14/2019 PBimbingan dalam Pendidikan; Interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah

    26/32

    2. Kata-kata pujian dalam peneguhan sosial:

    (a) Saya sukakan cara anda bekerja dalm aktiviti kumpulan

    (b) Sangat bagus, itu adalah satu soalan yang baik

    3. Guru mesti selalu memberikan pujian bersama ganjaran

    yang berbentuk materialistic (hadiah atau barang maujud)

    sahingga murid hanya ingin menerima pujian sahaja

    (motivasi intrinsik)

    4. Modifiaksi tingkah laku berjaya, murid dapat

    menyesuaikan diri dan berfungsi dalam bilik darjah tanpa

    mengharapkan apa-apa ganjaran esktrinsik.

    4.4.2.2 Pengurangan dan Pelupusan Tingkah Laku yang

    tidak diingini

    1. Guru perlu menggunakan peneguhan negative dalam bentuk

    denda atau hukuman untuk menggurangkan dan

    melupuskan tingkah laku yang tidak diingini.

    2. Bentuk-bentuk denda:

    (a) Kritikan

    (b) Amaran

    (c) Kerja Tambahan

    3. Hukuman merotan adalah perlu untuk mengikis tingkah laku

    yang sangat berbahaya.

    4.4.3 Teknik-teknik Modifikasi Tingkah Laku

    (a) Peneguhan (Reinforcement)

    26

  • 8/14/2019 PBimbingan dalam Pendidikan; Interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah

    27/32

    Skinner- apabila sesuatu gerak balas atau tingkah laku

    yang dihasilkan adalah memuaskan, peluang

    mengulang tingkah laku operan ini akan bertambah.

    Peneguhan positif- mengawal tingkah laku murid

    dengan motivasi, hadiah, ganjaran, dan sentuhan serta

    kata-kata perangsang yang dapat membaiki atau

    mengubah tingkah laku.

    Faktor- faktor yang mempengaruhi keberkesanan

    peneguhan positive

    1. Pilih secara khusus tingkah laku yang ingin

    diulangi

    2. Pilih jenis peneguh (reinforces)

    3. Deprivasi

    4. Kesegaran

    5. Penjelasan

    6. Perubahan kepada persekitaran semula jadi

    Dua jenis ganjaran atau peneguhan positif iaitu:

    (i) Ganjaran primer (susu, makanan, gula)

    (ii) Ganjaran terlazim ( bintang, token, markah tinggi),

    penerimaan sosial dan sentuhan, perkataan (lisan

    atau bertulis), permainan dan aktiviti, ekspresi dan

    wajah guru (muka atau badan).

    27

  • 8/14/2019 PBimbingan dalam Pendidikan; Interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah

    28/32

    Peneguhan negative denda , memarahi murid,

    menggunakan kata-kata kesat atau menyuruh mereka

    menjalani time-out.

    (b) Dendaan

    Dimarahi oleh guru

    Diberikan amaran

    Hukuman yang dibayar dengan membuat kerja di

    sekolah seperti mengutip sampah atau mencuci tandas.

    Time-out sama ada di dalam bilik darjah atau di luar

    bilik darjah

    Dihantar ke bilik guru besar

    Ibu bapa murid yang menunjukkan tingkah laku

    bermasalah disuruh datang ke sekolah untuk

    membincangkan masalah tersebut murid

    (c) Reverse Psychology Menggunakan psikologi untuk modifikasikan tingkah

    laku negative kepada yang positif.

    Memerlukan kemahiran guru memahami psikologi

    pelajar serta mengenal pasti sikap, pandangan dan

    pemikiran dalamnya.

    (d) Shaping

    Proses pembentukan tingkah laku yang diingini melalui

    beberapa peneguhan diberi secara beransur-ansur

    dekat kepada tingkah balas yang diharapkan

    Guru mesti sangat spesifik dalam menetapkan matlamat

    tingkah laku yang perlu dicapai olah murid.

    28

  • 8/14/2019 PBimbingan dalam Pendidikan; Interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah

    29/32

    E.g. murid yang mempunyai tingkah laku bermasalah

    iaitu selalu bergerak dalam bilik darjah, guru boleh

    menetapkan matlamat tingkah lakunya sebagai

    Berhenti bergerak di dalam bilik darjah.

    (e) Token Ekonomi

    System untuk membahagiakn beberapa peneguh

    simbolik yang akan ditukarkan kepada pelbagai

    peneguh yang sebanar diidamkan.

    Sistem merit ditentukan berdasarkan criteria respons

    terhadap tingkah laku yang diingini.

    Point merit (token) yang dikumpulkan boleh ditukarkan

    seterusnya dengan peneguhan yang diidamkan

    (f) Kontrak ( Lisan dan Bertulis)

    Cara yang berkesan untuk memodifikasikan tingkah

    laku negative kepada positif

    Murid-murid mesti menandatangani kontrak ini dan jika

    mereka pecahkannya, mereka perlu menjalani hukuman

    yang dinyatakan dalam kontrak tersebut.

    Semua penerangan ganjaran atau hukuman yang akan

    diberikan akan dinyatakan dalam kontrak.

    Perlu ditandatangani oleh kedua-dua pihak (guru dan

    murid)

    (g) Kawalan Kendiri

    29

    1. Menentukan tingkah laku yang ingin di modifikasikan

  • 8/14/2019 PBimbingan dalam Pendidikan; Interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah

    30/32

    Rajah 5: Kawalan Kendiri

    (h) Peneguhan kendiri (Motivasi intrisik)

    3. Merancang program tindakan:Memulih strategi untuk menambah atau mengurangkan kekuatan respons

    4. Implement dan menilai

    program

    5. Penutup: Menamatkan program

    30

    2. Mengumpulkan data:

    Mengenal pasti antenseden kawalan

    Menentukan respons peringkat awal

    Mengenal pasti akibat kawalan

  • 8/14/2019 PBimbingan dalam Pendidikan; Interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah

    31/32

    Rajah 6: Peneguhan Kendiri

    (i) Modeling ( Modifikasi tingkah laku melalui ubah suai luaran)

    o Pemerhatian dan peniruan

    o Dipelajari melalui bahasa, misalan dan teladan

    o Meniru kemahiran daripad kecekapan demonstrasi

    modelnya, dan dapat menguasai kemahiran itu jika

    memperoleh kepuasan dan peneguhan

    o Meliputi pemerhatian, peingatan, peniruan dengan tingkah

    laku atau gerak balas yang sesuai

    4.5 Implikasi modifikasi tingkah laku terhadap

    proses pengajaran & pelajaran

    1. Suasana pengajaran dan pembelajaran yang sihat akan

    dapat diwujudkan

    2. Membantu murid mengubah tingkah laku negative dan

    melicinkan proses p&p3. Masa akan dapat dijimatkan kerana guru tidak perlu

    mengendalikan kes salah laku

    4. Standard tingkah laku pelajar seragam; tidak terdapat

    unsur pulih kasih. Semua pelajar dikehendaki mematuhi

    peraturan-peraturan yang sama.

    PemerhatianMenetapkan piawai

    t/laku diri Menilai diri

    Memperoleh diri kepuasannyaPeneguahan diri

    31

  • 8/14/2019 PBimbingan dalam Pendidikan; Interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah

    32/32

    5. Objektif guru untuk meningkatkan pencapaian akademik

    akan tercapai

    6. Keharmonian pelajar-pelajar di dalam sesebuah kelas akan

    ditingkatkan kerana gangguan dapat dikurangkan melaluimodifikasi tingkah laku

    7. Meningkatkan prestasi dan keberkesanan aktiviti

    pembelajaran murid

    8. Membentuk tingkah laku positif ( fizikal, mental, emosi dan

    sosial)

    9. Meningkatkan motivasi kendiri serta disiplin arahan diri.

    10.Membentuk murid yang berilmu pengetahuan, cinta

    membaca serta berakhlak mulia.

    Rumusan, dalam modifikasi tingkah laku, guru perlu:

    1. Menekankan aspek dan pemikiran yang positif

    2. Meneguhkan tingkah laku positif dengan secepat mungkin

    3. Mengelak daripada menggunakan hukuman

    4. Meninjau apa yang digemari oleh murid-murid agar peneguh

    yang digunakan itu berkesan

    5. Menekankan kepada pengakuan dan pengiktirafan

    kebolehan murid-murid.