d. refleksi sains

4
REFLEKSI TUGASAN Tugasan penilaian dan pentaksiran ini merupakan tugasan subjek minor saya pada Semester 7. Tugasan ini adalah berkaitan dengan proses penilaian dan pentaksiran dalam pengajaran Sains. Pensyarah subjek ini iaitu Encik Loh Leh Chiong telah memberikan taklimat berkenaann tugasan ini. Tugasan kali ini menghendaki saya untuk mengumpul maklumat dan membina Jadual Spesifikasi Ujian (JSU).Semasa menerima tugasan ini dari pensyarah, saya berasa agak berat hati kerana saya tidak berpengalaman dalam membina JSU walaupun setelah lapan tahun mengajar. Namun saya harus besikap positif untuk menyiapkan tugasan ini. JSU adalah sebuah jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi kandungan iaitu konstruk yang ditaksir, pemberatan setiap konstruk, konteks, san pemberatan taburan aras kesukaran. Tujuan JSU disediakan adalah untuk menghasilkan set soalan yang lebih berkualiti berbanding soalan yang hanya disediakan secara spontan dan tidak mengikuti aras ilmu. Selain itu, penyediaan JSU dapat membantu menghasilkan soalan yang mempunyai kesahan dan keutuhan. Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang ditetapkan. Banyak pertimbangan yang harus dibuat semasa menyediakan soalan ujian. Ujian sebaiknya mewakili keseluruhan sukatan pelajaran, yang mungkin merangkumi komponen pengetahuan, kemahiran, dan sikap yang telah ditetapkan. Pertimbangan ini dibuat bagi memastikan para pelajar diuji dengan menggunakan soalan yang relevan dengan sukatan pelajaran atau objektif pengajaran yang telah disampaikan di dalam kelas. Penggubalan kertas ujian perlu mengikuti pelbagai proses, termasuk penyediaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). KEKUATAN Membina JSU adalah satu perkara yang agak rumit dan memerlukan masa yang lama untuk menyiapkannya. Namun, saya terus bersikap positif kerana tiada yang mustahil sekiranya kita berusaha dan terus berusaha. Kekuatan yang ada pada saya dalam 56

Upload: cgu-nick

Post on 18-Dec-2015

21 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

refleksi sce

TRANSCRIPT

REFLEKSI TUGASANTugasan penilaian dan pentaksiran ini merupakan tugasan subjek minor saya pada Semester 7. Tugasan ini adalah berkaitan dengan proses penilaian dan pentaksiran dalam pengajaran Sains. Pensyarah subjek ini iaitu Encik Loh Leh Chiong telah memberikan taklimat berkenaann tugasan ini.Tugasan kali ini menghendaki saya untuk mengumpul maklumat dan membina Jadual Spesifikasi Ujian (JSU).Semasa menerima tugasan ini dari pensyarah, saya berasa agak berat hati kerana saya tidak berpengalaman dalam membina JSU walaupun setelah lapan tahun mengajar. Namun saya harus besikap positif untuk menyiapkan tugasan ini.

JSU adalah sebuah jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi kandungan iaitu konstruk yang ditaksir, pemberatan setiap konstruk, konteks, san pemberatan taburan aras kesukaran. Tujuan JSU disediakan adalah untuk menghasilkan set soalan yang lebih berkualiti berbanding soalan yang hanya disediakan secara spontan dan tidak mengikuti aras ilmu. Selain itu, penyediaan JSU dapat membantu menghasilkan soalan yang mempunyai kesahan dan keutuhan. Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang ditetapkan. Banyak pertimbangan yang harus dibuat semasa menyediakan soalan ujian. Ujian sebaiknya mewakili keseluruhan sukatan pelajaran, yang mungkin merangkumi komponen pengetahuan, kemahiran, dan sikap yang telah ditetapkan. Pertimbangan ini dibuat bagi memastikan para pelajar diuji dengan menggunakan soalan yang relevan dengan sukatan pelajaran atau objektif pengajaran yang telah disampaikan di dalam kelas. Penggubalan kertas ujian perlu mengikuti pelbagai proses, termasuk penyediaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU).

KEKUATAN

Membina JSU adalah satu perkara yang agak rumit dan memerlukan masa yang lama untuk menyiapkannya. Namun, saya terus bersikap positif kerana tiada yang mustahil sekiranya kita berusaha dan terus berusaha. Kekuatan yang ada pada saya dalam menyiapkan tugasan ini adalah sumber maklumat yang diperolehi. Saya menyedari bahawa saya mempunyai kurang pengalaman dalam membina JSU maka langkah pertama yang perlu saya buat adalah mencari maklumat menerusi laman sesawang, perpustakaan dan juga rakan sejawatan. Setelah mencari maklumat dalam laman sesawang, saya dapati saya masih kekurangan bahan untuk membina JSU. Maklumat yang saya perolehi adalah berbentuk teori dan saya masih belum faham bagaimana hendak membina JSU. Saya seterusnya bertanya kepada rakan sejawat saya bagaimana hendak membina JSU. Saya amat bersyukur kerana cikgu tersebut mempunyai banyak pengalaman dalam membina JSU kertas sains. Cikgu tersebut memberi tunjuk ajar bagaimana hendak membina JSU berdasarkan teori Taksonomi Bloom. Dengan itu, saya dapat merangka JSU seperti kehendak soalan tugasan.

Selain itu, saya juga berkongsi maklumat dengan rakan-rakan sekuliah. Kami berkongsi maklumat menerusi e-mail. Maklumat yang dikumpul untuk tugasan A dapat diselesaikan dengan mudah kerana perkongsian maklumat di antara rakan sekuliah. Saya sekali lagi berasa bersyukur kerana mempunyai rakan-rakan yang dapat memberi kerjasama yang sepenuhnya. Selain itu, saya juga mendapat format pembinaan JSU dari pensyarah saya dan juga rakan sekuliah. Format-format ini agak berbeza, namun saya memilih format yang mudah dan senang untuk difahami. Pelbagai kertas ujian Sains saya kumpulkan untuk dipilih bagi memudahkan saya untuk membuat JSU. Kami dikehendaki membuat JSU untuk Kertas Bahagian B. Kertas ujian Sains yang bersesuaian telah saya pilih dan dibina JSUnya. Segala ilmu yang saya perolehi dari rakan sejawat saya aplikasikan di dalam membina JSU.

KELEMAHAN DAN CADANGAN PENYELESAIAN

Segala kekuatan yang saya milik belum cukup untuk menambah pengetahuan saya dalam membina JSU. Kelemahan yang saya miliki saya kenal pasti untuk penambahbaikan pada masa depan. Seperti yang telah dimaklumkan, saya kurang berpengalaman dalam membina JSU. Justeru itu, saya juga mengalami masalah dalam menentukan jenis soalan mengikut Taksonomi Bloom. Namun segala kelemahan ini dapat saya atasi dengan mencari maklumat dari laman sesawang, perpustakaan, perkongsian antara rakan sekuliah dan rakan sejawat. Setelah memahami dan mengenal pasti jenis soalan saya mampu untuk membina JSU mengikut kehendak soalan tugasan.

Selain daripada itu, saya agak sukar mendapat maklumat mengenai kekuatan dan kelemahan Peperiksaan Berpusat dan Pentaksiran Berasakan Sekolah. Maklumat yang diperolehi dari laman sesawang amat sedikit. Namun, saya berusaha juga mencari maklumat melalui forum-forum guru yang terdapat di laman facebook dan juga maklumat dari suratkhabar. Maklumat ini saya kumpulkan terlebih dahulu untuk dinilai kesahihannya. Kemudian saya berbincang dengan rakan sekuliah untuk memilih pernyataan yang sesuai supaya menepati soalan tugasan.

Kekangan masa juga merupakan masalah besar buat saya untuk menyiapkan tugasan ini. Sebagai seorang guru, bebanan kerja saya di sekolah menyebabkan saya menangguhkan tugasan ini. Namun semua ini tidak mematahkan semangat saya untuk menyiapkan tugasan ini. Saya cuba membahagikan masa untuk membuat kerja sekolah dan juga tugasan ini. Kehilangan maklumat ini memberi pengajaran kepada saya supaya lebih teratur menyimpan maklumat-maklumat yang telah diperolehi di dalam pendrive pada masa akan datang.

Di samping itu, saya sukar untuk mendapatkan format JSU yang bersesuaian. Format-format yang saya perolehi adalah berbeza di antara satu sama lain. Namun semasa pensyarah saya memaparkan contoh format JSU yang sebenar, saya memutuskan untuk menggunakan format yang telah dipaparkan oleh pensyarah saya. Format yang dipaparkan pula dalam bentuk salinan dan tidak dapat diubah suai. Justeru itu, saya bertanya kepada rakan-rakan sekuliah yang pernah menghadiri bengkel pembinaan JSU. Saya bersyukur kerana salah seorang rakan saya mempunyai format JSU dalam bentuk Excel dan sama seperti yang dipaparkan oleh pensyarah saya. Selepas itu, saya memindahkan JSU yang telah saya bina ke dalam bentuk Excel dan mengikut format yang dipaparkan oleh pensyarah saya.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, saya berasa amat bersyukur dan berbangga kerana dapat membina JSU dengan usaha sendiri. Ini merupakan pengalaman yang amat bermakna buat saya. Dengan ini, saya dapat membina dan menyediakan soalan ujian secara lebih terancang dan sistematik. Selain dapat mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan. JSU akan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan soalan, ini berdasarkan kesahan dari segi pensampelan sukatan pelajaran dapat dijamin. Pembinaan JSU juga dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari semasa ke semasawalaupun dibina oleh pembina solan yang berbeza. Soalan yang akan dibina juga pastinya mengikuti taburan tajuk secara seimbang dan meliputi keseluruhan pelajaran. Maka dengan itu, perbandingan dapat dibuat diantara satu ujian dengan ujian yang lain.

56